SlideShare a Scribd company logo
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK 
DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM 
Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz 
Fakulti Pendidikan, 
Universiti Teknologi Malaysia 
ABSTRAK : Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information 
Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di 
kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah dikaji bagi 
menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Matematik, 
kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan masalah-masalah yang dihadapi oleh 
guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam P&P Matematik. Sampel kajian terdiri 
daripada lima orang guru pelatih UTM yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah 
berhampiran. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan cerapan terhadap 
guru pelatih. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian 
mendapati guru-guru pelatih kurang meggunakan ICT dalam P&P Matematik. Ini adalah 
disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan 
ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah dikemukakan kepada 
pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi 
penggunaan ICT dalam P&P Matematik. 
ABSTRACT : The purpose of this research is to study the use of Information Communication 
Technology (ICT) in Mathematics teaching and learning processes among the trainee teachers. 
Three aspects were studied to answer the questions of this research. The aspects are the 
advantages uses of the ICT in Mathematics’ teaching and learning, the disadvantages uses of the 
ICT in Mathematics’ teaching and learning and the problems in the use of ICT in Mathematics’ 
teaching and learning. This research samples consist of five trainee teachers who are teaching in 
nearby schools. There were two technique used for this research: observations and interviews. 
The research shows that the trainee teachers do not frequently using ICT in their teaching and 
learning of Mathematics. This is because of the external factors such as lack of ICT’s facilities 
and contents of learning are not suitable for the learning session. A few suggestions are given to 
the expertise, trainee teachers and school to further consolidate the use of ICT in teaching and 
Learning of Mathematics. 
Katakunci : Information Communication Technology (ICT), Mathematics 
PENGENALAN 
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa 
penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik 
seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari 
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar 
kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal 
display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu 
penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran 
(P&P) ialah melalui penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan penggunaan 
komputer di sekolah semakin berkembang. 
Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk 
mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains, 
Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh 
mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang 
juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran menurut Kassim Abbas (2006). 
Manakala CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca sahaja cakera padat merupakan 
salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses P&P. penggunaan CD-ROM 
sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan. Malah kerana saiznya yang kecil ia mudah 
disimpan dan dengan dibawa. Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan. Gabungan 
elemen teks, grafik, audio, video dan animasi menjadikannya lebih menarik serta memudahkan 
pemahaman tentang sesuatu konsep menurut Ismail Zain, (2003). 
PERNYATAAN MASALAH 
Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat 
dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses P&P di UTM sudah lama digunakan, 
maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi mengenai penggunaannya walaubagaimanapun fakulti 
pendidikan (FP) sudah dilengkapi dengan segala prasarana ICT seperti kemudahan projektor, 
kemudahan akses internet yang baik serta makmal-makmal komputer, malah para pendidik juga 
turut dibekalkan dengan komputer masing-masing. Pihak yang berkaitan perlu mengambil 
langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses P&P berasaskan ICT dapat berjalan dengan 
lancar. Justeru itu fokus kajian adalah kepada mengenalpasti sejauhmana bakal-bakal guru 
mengaplikasikan penggunaan ICT disekolah. Adakah penggunaan ICT ini dapat membantu para 
pendidik dan pelajar dalam proses P&P, sumber ICT yang digunakan dan masalah-masalah yang 
dihadapi oleh para pendidik dan pelajar dalam menggunakan ICT dalam P&P. 
OBJEKTIF KAJIAN 
i. Mengenalpasti kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran 
Matematik. 
ii. Mengenalpasti kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran 
Matematik. 
iii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT 
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. 
KEPENTINGAN KAJIAN 
i. Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajaran 
dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping 
memperolehi pembelajaran yang bermakna.
ii. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian dengan 
suasana pengajaran dan pembelajaran Matematik. 
iii. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaan 
ICT seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka. 
iv. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam menggunakan 
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. 
SKOP DAN BATASAN KAJIAN 
Kajian ini bakal dilakukan terhadap para pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang 
sedamg mengikuti latihan mengajar selama dua belas minggu bagi sesi 2008/2009 khusus kepada 
guru-guru pelatih yang mengajar subjek Matematik. Lima orang guru pelatih akan dipilih 
sebagai responden untuk mengetahui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran 
Matematik dikalangan guru-guru pelatih. 
Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor dalaman seperti kesediaan responden untuk 
memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual. Kekangan lain seperti faktor tempoh 
latihan praktikal dijalankan yang agak terhad dan penglibatan guru pelatih dengan aktiviti-aktiviti 
sekolah sedikit sebanyak membataskan kajian yang dijalankan. 
KERANGKA KONSEP KAJIAN 
Rajah 1 : Kerangka konsep kajian. 
METODOLOGI 
Reka Bentuk Kajian 
Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan dan juga pemerhatian. Menurut Mohd 
Majid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat 
untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku.
Temubual dan pemerhatian dilakukan untuk melihat secara tepat dan secara langsung bagaimana 
cara guru-guru pelatih UTM memilih teknik pengajaran dan mengaplikasikannya dalam 
pengajaran dan pembelajaran. Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang digunakan 
dalam kajian ini. Ianya digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif untuk 
membantu penyelidik menyokong analisis penggunaan ICT ketika proses pengajaran dan 
pembelajaran Matematik. 
Pemerhatian diperlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menerusi proses pemerhatian, 
penyelidik boleh menghubungkaitkan antara penemuan yang diperolehi dengan proses temubual 
(Merriam, 2001). Dalam kajian ini, penyelidik akan melakukan pemerhatian semasa guru pelatih 
UTM sedang mengajar Matematik. Ini untuk melihat secara lansung dan secara dekat teknik 
yang mereka gunakan untuk pengamalan penggunaan ICT semasa mengajar dalam bilik darjah. 
Tempat Kajian 
Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah berdekatan yang mempunyai guru-guru 
pelatih UTM yang dipilih sebagai responden dan guru-guru pelatih ini mengajar Matematik di 
sekolah tersebut. 
Sampel Kajian 
Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan guru-guru 
pelatih UTM yang sedang menjalani latihan mengajar di sekolah menengah yang berdekatan. 
Disebabkan penyelidik perlu menjalankan temubual dan pemerhatian secara individu dan 
terperinci, jadi hanya lima orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Sampel kajian 
adalah guru-guru pelatih yang mengajar Matematik. 
Instrumen Kajian 
Instrumen kajian adalah pemerhatian dan soalan temubual. Pemerhatian merupakan salah satu 
teknik yang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung. 
Manakala temubual pula sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara 
lansung dan terperinci (Mohd Najib, 1999). Temubual dan pemerhatian adalah untuk 
mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan kelemahan serta 
masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran 
Matematik. 
DAPATAN KAJIAN 
Responden A 
Pemahaman ICT : ICT adalah Internet, komputer, teknologi dan sumber-sumber ICT yang selalu 
digunakan adalah Internet, komputer, teknologi.
Penggunaan ICT dan P&P dalam Matematik : Responden tidak selalu menggunakan kemudahan 
ICT sepanjang menjalani latihan mengajar disekolah tersebut, responden hanya menggunakan 
ICT untuk sesetengah topik yang dirasakan perlu sahaja. 
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : Power point, LCD, CD. 
Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Bukan semua topik yang 
diajar boleh menggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan 
menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan. 
Kelebihan ICT : Dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang 
diajarkan kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar 
kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar. 
Kelemahan ICT : Kelemahan dalam menggunakan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. 
Untuk sesetengah tajuk yang diajar, responden hanya ingin mencapai dua objektif sedangkan isi 
pengajaran dalam cd berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif 
yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari. 
Masalah menggunakan ICT : Kemudahan-kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami 
kerosakan. Terpaksa mengambil masa untuk memasang peralatan-peralatan yang ingin 
digunakan semasa P&P. 
Cara mengatasi : Mencari alternatif lain. 
Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik : 
Penggunaan ICT hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. 
Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Pelajar lebih seronok. 
Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : LCD, CD, computer. 
Responden B 
Pemahaman mengenai ICT dan sumber-sumber ICT yang diketahui : ICT adalah komputer, ohp 
dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknologi. 
Penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Menggunakan ICT dalam tajuk Line and Plane. 
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : komputer, LCD, CD dan 
Courseware. 
Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : ICT boleh meningkatkan 
keberkesanan P&P Matematik, namun bukan semua topik sesuai untuk diakplikasikan ICT 
dalam proses pengajarannya.
Kelebihan ICT : Melalui penggunaan komputer dan LCD, responden dapat mengaitkan P&P 
Matematik dengan kehidupan seharian. 
Kelemahan ICT : ICT tidak membantu dalam sesetengah tajuk yang memerlukan penerangan 
yang mendalam dan tajuk yang melibatkan proses penyelesaian masalah yang mana lebih mudah 
pemahamannya jika kaedah chalk and talk diaplikasikan. 
Masalah menggunakan ICT : Terpaksa mengambil masa pada awal kelas dan masa tamatnya 
kelas untuk memasang peralatan yang ingin digunakan semasa proses P&P. 
Cara mengatasi : Meminta bantuan pelajarnya untuk membantu dalam proses pemasangan 
peralatan-peralatan yang diperlukan untuk proses P&P. 
Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik : ICT 
dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik kerana melalui penggunaan ICT, 
pelajar akan lebih tertarik dengan isi pengajaran yang dipaparkan. 
Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Pelajar lebih suka guru 
menggunakan kaedah chalk and talk. 
Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : LCD (setiap kelas), OHP, 
CD-ROM dan komputer. 
Responden C 
Pemahaman ICT : Komputer, LCD dan internet. 
Penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Mengaplikasikan penggunaaan ICT dalam P&P 
Matematik. 
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : Komputer, LCD projector 
dan CD-Rom. 
Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Pelajar akan memberikan 
sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang 
dipaparkan. 
Kelebihan ICT : Pelajar lebih bersemangat dan pelajar akan memberikan sepenuh tumpuan 
semasa sesi P&P. 
Kelemahan ICT : Pelajar mempunyai masalah untuk memahami tajuk yang diajarkan. 
Masalah menggunakan ICT : Memerlukan masa untuk memasang barang-barang kelengkapan 
didalam kelas. Masalah dari segi untuk memasang peralatan-peralatan yang diperlukan untuk 
digunakan semasa proses P&P.
Cara mengatasi : Meminta bantuan guru pembimbingnya untuk mengajarkan cara pemasangan 
peralatan yang betul. Meminta bantuan pelajarnya untuk membantu beliau membawa peralatan-peralatan 
yang diperlukan ke kelas. 
Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik : 
penggunaan ICT membantu dengan memudahkan proses P&P kerana dengan menggunakan ICT 
responden tidak perlu untuk menulis pada papan hitam dan hanya perlu klik pada sahaja. 
Penggunaan ICT juga membantu menpercepatkan proses P&P. pelajar juga lebih berminat untuk 
belajar. 
Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Pelajar sangat berminat jika 
penggunaan ICT diaplikasikan. 
Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : LCD projektor, CD dan 
courseware. 
Responden D 
Pemahaman ICT : Teknologi yang memudahkan manusia dalam menjalani urusan harian. 
Penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Kurang menggunakan ICT dalam P&P kerana masalah 
kekurangan komputer. 
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : Komputer. 
Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Penggunaan ICT dapat 
meningkatkan prestasi pelajar. 
Kelebihan ICT : Penggunaan ICT sangat membantu proses P&P kerana ia membantu untuk 
memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan. 
Kelemahan ICT : Penggunaan ICT tidak membantu dalam semua tajuk. 
Masalah menggunakan ICT : Masalah kelengkapan yang tidak mencukupi dan masalah makmal 
computer yang tidak mempunyai komputer didalamnya. 
Cara mengatasi : Mengajar tanpa menggunakan ICT. 
Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik : ICT 
sangat membantu beliau dalam menjalani proses P&P. ini kerana melalui penggunaan ICT, tugas 
mengajar dapat diringankan dan masa pengajaran dapat dijimatkan kerana semua persediaan 
mengajar telah disiapkan sebelum proses P&P dimulakan. 
Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Pelajar berminat jika 
penggunaan ICT diaplikasikan dalam P&P Matematik.
Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : CD rom, LCD dan 
komputer. 
Responden E 
Pemahaman ICT : Mengajar dan menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan 
komputer. 
Penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Menggunakan ICT dalam P&P Matematik 
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : CD rom 
Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Tidak semua tajuk yang 
diajarkan memerlukan penggunaan ICT. 
Kelebihan ICT : Memudahkan pemahaman pelajar. 
Kelemahan ICT : Tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT. 
Masalah menggunakan ICT : Masalah kerosakan komputer yang disediakan. 
Cara mengatasi : Meneruskan sesi P&P tanpa menggunakan kemudahan ICT. 
Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik : 
Menjimatkan masa pengajaran walaupun masa yang diambil agak lama untuk penyediaan bahan-bahan 
pengajaran. 
Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Respon pelajar terhadap 
penggunaan ICT dalam P&P Matematik biasa-biasa sahaja kerana para pelajar memang selalu 
didedahkan dengan penggunaan ICT dalam P&P. 
Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : CDROM, LCD dan 
kemudahan-kemudahan lain. 
PERBINCANGAN 
penggunaan ICTdi kalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik 
semasa menjalani latihan mengajar di sekolah yang berkenaan bergantung kepada kemudahan 
yang disediakan disekolah. 
Guru-guru pelatih UTM didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas 
beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang 
dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P.
i. Untuk memulakan pengajaran didalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari 
kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini 
akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurang. 
ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini 
kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas. 
Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan 
bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum 
digunakan. 
Penggunaan ICT ini turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan. Penggunaan ICT oleh 
guru pelatih ini hanya digunakan untuk sesetengah tajuk yang memerlukan daya imaginasi 
pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk yang tertentu ini akan membantu 
memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan. 
Semua ini merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dikalangan guru 
pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan 
mengajar. 
RUJUKAN 
Adrian Oldknow & Ron Taylor (2003), Teaching Mathematics Using Information and 
Communication Technology. British Library Catalouging-in-Publication Data. 
Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS 
Professional Publishing Sdn Bhd. 
Best, J. W. and Kahn, J. V. (1998). Research in Education. 8th ed. Needham Height, MA: Ally & 
Bacon. 
Bogdan, R. C. dan Biklen, S. K. (1998). Qualitative Research for Education : An Introduction to 
Theory and Methods. 3rd ed. Boston : Ally & Bacon 157-181. 
Borba M. C. and Villarreal M. E. (2005), Humans-with-Media and the Reorganization of 
Mathematical Thinking Information and Communication Technologies, Modelling, 
Experimentation and Visualisation. Springer Science+Business Media, Inc. 
Cleborne D. Maddux, D. Lamont Johnson an Jerry W. Willis (2001), Educational Computing 
Learning With Tomorrow’s Technologies. Ally & Bacon. 
Crown P. (2006), Teaching Mathematics. Routledge taylor and francis group London & new 
york. 
Douglas H. Clements (1989), Computers In Mathematics Education. Prientice Hall, Englewood 
Cliffs, New Jersey. 
Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber. Utusan Publication & 
Distributor Sdn Bhd. 
John P. D. & Wheeler S. (2008), The Digital Classroom Harnessing Technology for the Future. 
Routledge Taylor & Francis Group, London & Newyork. 
Juriah Long (Ed) (1998). Inovasi Dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan 
Teknologi Maklumat. Universiti Kebangsaan Malaysia. 
Kassim bin Abbas (2006). Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mat Rofa Ismail (2004). Matematik Merentas Tamadun. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala 
Lumpur. 
Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education, Revised 
and Expanded from Case Study Research in Education. California: Jossey- Bass 
Publisher. 
Mohd Majid Abdul Ghafar (1992). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, penerbit UTM. 
Neuman, W. L. (1991). Social Research Methods Qualitative & Quantitaive Approaches. 
Needham Height, MA : Ally & Bacon. 
Nik Azis Nik Pa (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Dewan bahasa dan Pustaka. 
Kuala Lumpur. 
Norhashim Abu Samah (1996), Pengajaran Bantuan Komputer. Dewan Bahasa Pustaka. 
Rozinah Jamaludin (2000). Asas-asas Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publication & 
Distributor Sdn Bhd. 
Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan 
Matematik. Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd. 
Tomei L. A. (2003), Challenges of Teaching with Technlogy Across the Curriculum : Issues and 
Solutions. Information Science Publishing. 
Way J. & Beardon T. (Eds) (2003), ICT and Primary Mathematics. Open University Press 
McGraw-Hill Education. 
Wei Chi Yang, Yahya Abu Hasan. (Ed) (1997), Computer Technology in Mathematical 
Research and Teaching. USM Penang Malaysia. 
Yin, R. K. (1993). Application of Case Study Research. Newbury Park, California : SAGE 
publications.

More Related Content

What's hot

Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP MatematikPenggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
ikhwankmk92
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Tee Teh
 
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Samsul Hamdan
 
Isu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalIsu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnal
btsumathy
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
Ker0
 
Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikan
digitalsejarah
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
isuict12
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Farah Waheeda
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Muhammad Affrini Azim Zahari
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)Wak Sekawi
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahNurul Iqah
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranMohamad Ishak
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemik
nooriza kassim
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdP
Rain_Ain
 
Jurnal penelitian
Jurnal penelitianJurnal penelitian
Jurnal penelitianuiia
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanpeningla
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
Wan Suhaimi Wan Setapa
 
What's hot (20)

Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP MatematikPenggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
 
Untitled 1
Untitled 1Untitled 1
Untitled 1
 
Isu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalIsu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnal
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikan
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemik
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdP
 
Jurnal penelitian
Jurnal penelitianJurnal penelitian
Jurnal penelitian
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikan
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
Similar to Tesis Maths

Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200shila siti
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Ety Sue
 
Tugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauanTugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauansiti75
 
DRAF PROPOSAL
DRAF PROPOSALDRAF PROPOSAL
DRAF PROPOSAL
MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044zailaamir
 
Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044zailaamir
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044zailaamir
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 zailaamir
 
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Setiawan Wibowo
 
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
Deni Riansyah
 
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khasTeknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
kakmila
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranpeggylau9318
 
Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2
Nurul Atiyah
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
Ermahijra Kalam
 
Kumpulan 8 Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
Kumpulan 8   Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdPKumpulan 8   Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
Kumpulan 8 Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
Irma Gurlz
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
SYAZWANI IBRAHIM
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
shamsuhaila85
 
Similar to Tesis Maths (20)

Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
 
Tugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauanTugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauan
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
DRAF PROPOSAL
DRAF PROPOSALDRAF PROPOSAL
DRAF PROPOSAL
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
 
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
 
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khasTeknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Kumpulan 8 Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
Kumpulan 8   Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdPKumpulan 8   Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
Kumpulan 8 Isu Berkaitan Penggunaan Teknologi dalam PdP
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&pAmalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
 
More from Tee Teh

Topic 2 fractions
Topic 2 fractionsTopic 2 fractions
Topic 2 fractions
Tee Teh
 
Rancangan
RancanganRancangan
Rancangan
Tee Teh
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
Tee Teh
 
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematikPengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Pengguna perisian interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Tee Teh
 
Mpkasakan sis pendidikan
Mpkasakan sis pendidikanMpkasakan sis pendidikan
Mpkasakan sis pendidikan
Tee Teh
 
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikM pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
Tee Teh
 
Internet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd pInternet sebagai media dlm pd p
Internet sebagai media dlm pd p
Tee Teh
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
Tee Teh
 
penggunaan-teknologi dalam PdP Maths
penggunaan-teknologi dalam PdP Mathspenggunaan-teknologi dalam PdP Maths
penggunaan-teknologi dalam PdP Maths
Tee Teh
 
More from Tee Teh (9)

Recently uploaded

ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
WILDANREYkun
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Hernowo Subiantoro
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Recently uploaded (20)

Tesis Maths

  • 1. PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK : Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam P&P Matematik. Sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih UTM yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan cerapan terhadap guru pelatih. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurang meggunakan ICT dalam P&P Matematik. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Matematik. ABSTRACT : The purpose of this research is to study the use of Information Communication Technology (ICT) in Mathematics teaching and learning processes among the trainee teachers. Three aspects were studied to answer the questions of this research. The aspects are the advantages uses of the ICT in Mathematics’ teaching and learning, the disadvantages uses of the ICT in Mathematics’ teaching and learning and the problems in the use of ICT in Mathematics’ teaching and learning. This research samples consist of five trainee teachers who are teaching in nearby schools. There were two technique used for this research: observations and interviews. The research shows that the trainee teachers do not frequently using ICT in their teaching and learning of Mathematics. This is because of the external factors such as lack of ICT’s facilities and contents of learning are not suitable for the learning session. A few suggestions are given to the expertise, trainee teachers and school to further consolidate the use of ICT in teaching and Learning of Mathematics. Katakunci : Information Communication Technology (ICT), Mathematics PENGENALAN Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
  • 2. Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ialah melalui penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran menurut Kassim Abbas (2006). Manakala CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca sahaja cakera padat merupakan salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses P&P. penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan. Malah kerana saiznya yang kecil ia mudah disimpan dan dengan dibawa. Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan. Gabungan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi menjadikannya lebih menarik serta memudahkan pemahaman tentang sesuatu konsep menurut Ismail Zain, (2003). PERNYATAAN MASALAH Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses P&P di UTM sudah lama digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi mengenai penggunaannya walaubagaimanapun fakulti pendidikan (FP) sudah dilengkapi dengan segala prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang baik serta makmal-makmal komputer, malah para pendidik juga turut dibekalkan dengan komputer masing-masing. Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses P&P berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu fokus kajian adalah kepada mengenalpasti sejauhmana bakal-bakal guru mengaplikasikan penggunaan ICT disekolah. Adakah penggunaan ICT ini dapat membantu para pendidik dan pelajar dalam proses P&P, sumber ICT yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pendidik dan pelajar dalam menggunakan ICT dalam P&P. OBJEKTIF KAJIAN i. Mengenalpasti kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. ii. Mengenalpasti kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. iii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. KEPENTINGAN KAJIAN i. Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping memperolehi pembelajaran yang bermakna.
  • 3. ii. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran Matematik. iii. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaan ICT seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka. iv. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini bakal dilakukan terhadap para pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sedamg mengikuti latihan mengajar selama dua belas minggu bagi sesi 2008/2009 khusus kepada guru-guru pelatih yang mengajar subjek Matematik. Lima orang guru pelatih akan dipilih sebagai responden untuk mengetahui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dikalangan guru-guru pelatih. Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor dalaman seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual. Kekangan lain seperti faktor tempoh latihan praktikal dijalankan yang agak terhad dan penglibatan guru pelatih dengan aktiviti-aktiviti sekolah sedikit sebanyak membataskan kajian yang dijalankan. KERANGKA KONSEP KAJIAN Rajah 1 : Kerangka konsep kajian. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan dan juga pemerhatian. Menurut Mohd Majid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku.
  • 4. Temubual dan pemerhatian dilakukan untuk melihat secara tepat dan secara langsung bagaimana cara guru-guru pelatih UTM memilih teknik pengajaran dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Ianya digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik menyokong analisis penggunaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Pemerhatian diperlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menerusi proses pemerhatian, penyelidik boleh menghubungkaitkan antara penemuan yang diperolehi dengan proses temubual (Merriam, 2001). Dalam kajian ini, penyelidik akan melakukan pemerhatian semasa guru pelatih UTM sedang mengajar Matematik. Ini untuk melihat secara lansung dan secara dekat teknik yang mereka gunakan untuk pengamalan penggunaan ICT semasa mengajar dalam bilik darjah. Tempat Kajian Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah berdekatan yang mempunyai guru-guru pelatih UTM yang dipilih sebagai responden dan guru-guru pelatih ini mengajar Matematik di sekolah tersebut. Sampel Kajian Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan guru-guru pelatih UTM yang sedang menjalani latihan mengajar di sekolah menengah yang berdekatan. Disebabkan penyelidik perlu menjalankan temubual dan pemerhatian secara individu dan terperinci, jadi hanya lima orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Sampel kajian adalah guru-guru pelatih yang mengajar Matematik. Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah pemerhatian dan soalan temubual. Pemerhatian merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung. Manakala temubual pula sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara lansung dan terperinci (Mohd Najib, 1999). Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. DAPATAN KAJIAN Responden A Pemahaman ICT : ICT adalah Internet, komputer, teknologi dan sumber-sumber ICT yang selalu digunakan adalah Internet, komputer, teknologi.
  • 5. Penggunaan ICT dan P&P dalam Matematik : Responden tidak selalu menggunakan kemudahan ICT sepanjang menjalani latihan mengajar disekolah tersebut, responden hanya menggunakan ICT untuk sesetengah topik yang dirasakan perlu sahaja. Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : Power point, LCD, CD. Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan. Kelebihan ICT : Dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar. Kelemahan ICT : Kelemahan dalam menggunakan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Untuk sesetengah tajuk yang diajar, responden hanya ingin mencapai dua objektif sedangkan isi pengajaran dalam cd berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari. Masalah menggunakan ICT : Kemudahan-kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami kerosakan. Terpaksa mengambil masa untuk memasang peralatan-peralatan yang ingin digunakan semasa P&P. Cara mengatasi : Mencari alternatif lain. Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik : Penggunaan ICT hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Pelajar lebih seronok. Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : LCD, CD, computer. Responden B Pemahaman mengenai ICT dan sumber-sumber ICT yang diketahui : ICT adalah komputer, ohp dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknologi. Penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Menggunakan ICT dalam tajuk Line and Plane. Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : komputer, LCD, CD dan Courseware. Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : ICT boleh meningkatkan keberkesanan P&P Matematik, namun bukan semua topik sesuai untuk diakplikasikan ICT dalam proses pengajarannya.
  • 6. Kelebihan ICT : Melalui penggunaan komputer dan LCD, responden dapat mengaitkan P&P Matematik dengan kehidupan seharian. Kelemahan ICT : ICT tidak membantu dalam sesetengah tajuk yang memerlukan penerangan yang mendalam dan tajuk yang melibatkan proses penyelesaian masalah yang mana lebih mudah pemahamannya jika kaedah chalk and talk diaplikasikan. Masalah menggunakan ICT : Terpaksa mengambil masa pada awal kelas dan masa tamatnya kelas untuk memasang peralatan yang ingin digunakan semasa proses P&P. Cara mengatasi : Meminta bantuan pelajarnya untuk membantu dalam proses pemasangan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk proses P&P. Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik : ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik kerana melalui penggunaan ICT, pelajar akan lebih tertarik dengan isi pengajaran yang dipaparkan. Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Pelajar lebih suka guru menggunakan kaedah chalk and talk. Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : LCD (setiap kelas), OHP, CD-ROM dan komputer. Responden C Pemahaman ICT : Komputer, LCD dan internet. Penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Mengaplikasikan penggunaaan ICT dalam P&P Matematik. Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : Komputer, LCD projector dan CD-Rom. Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan. Kelebihan ICT : Pelajar lebih bersemangat dan pelajar akan memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi P&P. Kelemahan ICT : Pelajar mempunyai masalah untuk memahami tajuk yang diajarkan. Masalah menggunakan ICT : Memerlukan masa untuk memasang barang-barang kelengkapan didalam kelas. Masalah dari segi untuk memasang peralatan-peralatan yang diperlukan untuk digunakan semasa proses P&P.
  • 7. Cara mengatasi : Meminta bantuan guru pembimbingnya untuk mengajarkan cara pemasangan peralatan yang betul. Meminta bantuan pelajarnya untuk membantu beliau membawa peralatan-peralatan yang diperlukan ke kelas. Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik : penggunaan ICT membantu dengan memudahkan proses P&P kerana dengan menggunakan ICT responden tidak perlu untuk menulis pada papan hitam dan hanya perlu klik pada sahaja. Penggunaan ICT juga membantu menpercepatkan proses P&P. pelajar juga lebih berminat untuk belajar. Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Pelajar sangat berminat jika penggunaan ICT diaplikasikan. Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : LCD projektor, CD dan courseware. Responden D Pemahaman ICT : Teknologi yang memudahkan manusia dalam menjalani urusan harian. Penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Kurang menggunakan ICT dalam P&P kerana masalah kekurangan komputer. Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : Komputer. Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi pelajar. Kelebihan ICT : Penggunaan ICT sangat membantu proses P&P kerana ia membantu untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan. Kelemahan ICT : Penggunaan ICT tidak membantu dalam semua tajuk. Masalah menggunakan ICT : Masalah kelengkapan yang tidak mencukupi dan masalah makmal computer yang tidak mempunyai komputer didalamnya. Cara mengatasi : Mengajar tanpa menggunakan ICT. Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik : ICT sangat membantu beliau dalam menjalani proses P&P. ini kerana melalui penggunaan ICT, tugas mengajar dapat diringankan dan masa pengajaran dapat dijimatkan kerana semua persediaan mengajar telah disiapkan sebelum proses P&P dimulakan. Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Pelajar berminat jika penggunaan ICT diaplikasikan dalam P&P Matematik.
  • 8. Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : CD rom, LCD dan komputer. Responden E Pemahaman ICT : Mengajar dan menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan komputer. Penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Menggunakan ICT dalam P&P Matematik Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P Matematik : CD rom Penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan P&P Matematik : Tidak semua tajuk yang diajarkan memerlukan penggunaan ICT. Kelebihan ICT : Memudahkan pemahaman pelajar. Kelemahan ICT : Tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT. Masalah menggunakan ICT : Masalah kerosakan komputer yang disediakan. Cara mengatasi : Meneruskan sesi P&P tanpa menggunakan kemudahan ICT. Bagaimana penggunaan ICT dapat membantu dalam menjalani proses P&P Matematik : Menjimatkan masa pengajaran walaupun masa yang diambil agak lama untuk penyediaan bahan-bahan pengajaran. Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik : Respon pelajar terhadap penggunaan ICT dalam P&P Matematik biasa-biasa sahaja kerana para pelajar memang selalu didedahkan dengan penggunaan ICT dalam P&P. Sumber-sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah : CDROM, LCD dan kemudahan-kemudahan lain. PERBINCANGAN penggunaan ICTdi kalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan mengajar di sekolah yang berkenaan bergantung kepada kemudahan yang disediakan disekolah. Guru-guru pelatih UTM didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P.
  • 9. i. Untuk memulakan pengajaran didalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurang. ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas. Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan. Penggunaan ICT ini turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan. Penggunaan ICT oleh guru pelatih ini hanya digunakan untuk sesetengah tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk yang tertentu ini akan membantu memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan. Semua ini merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dikalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan mengajar. RUJUKAN Adrian Oldknow & Ron Taylor (2003), Teaching Mathematics Using Information and Communication Technology. British Library Catalouging-in-Publication Data. Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Best, J. W. and Kahn, J. V. (1998). Research in Education. 8th ed. Needham Height, MA: Ally & Bacon. Bogdan, R. C. dan Biklen, S. K. (1998). Qualitative Research for Education : An Introduction to Theory and Methods. 3rd ed. Boston : Ally & Bacon 157-181. Borba M. C. and Villarreal M. E. (2005), Humans-with-Media and the Reorganization of Mathematical Thinking Information and Communication Technologies, Modelling, Experimentation and Visualisation. Springer Science+Business Media, Inc. Cleborne D. Maddux, D. Lamont Johnson an Jerry W. Willis (2001), Educational Computing Learning With Tomorrow’s Technologies. Ally & Bacon. Crown P. (2006), Teaching Mathematics. Routledge taylor and francis group London & new york. Douglas H. Clements (1989), Computers In Mathematics Education. Prientice Hall, Englewood Cliffs, New Jersey. Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber. Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd. John P. D. & Wheeler S. (2008), The Digital Classroom Harnessing Technology for the Future. Routledge Taylor & Francis Group, London & Newyork. Juriah Long (Ed) (1998). Inovasi Dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan Teknologi Maklumat. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kassim bin Abbas (2006). Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • 10. Mat Rofa Ismail (2004). Matematik Merentas Tamadun. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education, Revised and Expanded from Case Study Research in Education. California: Jossey- Bass Publisher. Mohd Majid Abdul Ghafar (1992). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, penerbit UTM. Neuman, W. L. (1991). Social Research Methods Qualitative & Quantitaive Approaches. Needham Height, MA : Ally & Bacon. Nik Azis Nik Pa (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Dewan bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Norhashim Abu Samah (1996), Pengajaran Bantuan Komputer. Dewan Bahasa Pustaka. Rozinah Jamaludin (2000). Asas-asas Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd. Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd. Tomei L. A. (2003), Challenges of Teaching with Technlogy Across the Curriculum : Issues and Solutions. Information Science Publishing. Way J. & Beardon T. (Eds) (2003), ICT and Primary Mathematics. Open University Press McGraw-Hill Education. Wei Chi Yang, Yahya Abu Hasan. (Ed) (1997), Computer Technology in Mathematical Research and Teaching. USM Penang Malaysia. Yin, R. K. (1993). Application of Case Study Research. Newbury Park, California : SAGE publications.