SlideShare a Scribd company logo
1 of 40
Download to read offline
2
Penafian
E-book ini dihasilkan untuk memberi panduan secara
umum kepada pembaca. Pembaca disarankan
merujuk kepada penasihat atau pengamal
professional untuk sesuatu hasil yang bersifat khusus
kepada diri anda.
Tiada jaminan diperakukan bahawa maklumat yang
terkandung dalam e-book ini adalah tepat dan
lengkap. Pengarang secara khususnya tidak
bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan,
liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang
berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan
naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
3
Tips yang dinyatakan dalam naskah ini mungkin tidak
sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat
menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.
Hak Cipta Terpelihara © 2014 Dr A. Jamil
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan e-
book ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua
cara sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum
mendapat izin daripada penulis.
4
Isi Kandungan
Penafian
Kata Pengantar
Pendahuluan
Susahkah menyimpan wang?
Apa yang difikirkan oleh manusia yang boleh membuat simpanan wang
secara konsisten?
7+1 Tips/ Helah menyimpan wang
TIPS 1
Buat bayaran ke dalam akaun simpanan secara berjadual melalui arahan
tetap (standing instruction).
TIPS 2
Kumpul semua duit syiling dalam satu tabung transparent.
TIPS 3
Gandakan wang simpanan bila ada peluang
TIPS 4
Sistem 6 jars
Jar 1 = FFA - Financial Freedom account
Jar 2 = NEC – Necessities (keperluan hidup)
Jar 3 = EDU – Education (pendidikan)
Jar 4 = LTSS – Long term saving for spending (perbelanjaan jangka
masa panjang)
Jar 5 = Give (memberi derma)
Jar 6 = Play (memanjakan diri/ berseronok)
TIPS 5
Teruskan tabiat membuat bayaran
TIPS 6
Sukakan angka yang besar
TIPS 7
Jaga-jaga, jika anda obses berbelanja
TIPS 8
Masih tidak boleh menyimpan?
Penutup
5
Kata Pengantar
Begitu pentingkah menyimpan wang?
Jawapan yang satu dunia tahu ialah “Ya!!”
Tetapi betapa sukarnya slogan ‘menyimpan/
menabung wang’ untuk dilakukan.
Menurut pepatah yang popular, ‘Put aside some
money for rainy days’. Simpan wang untuk masa-
masa yang tidak dijangka. Wang simpanan amat
penting untuk masa hadapan anda dan keluarga. Ia
boleh digunakan untuk pelaburan, saat kecemasan,
perubatan, kegunaan pendidikan anak-anak,
melancong, membeli rumah yang lebih selesa dan
kenderaan yang lebih baik serta untuk kegunaan
masa tua kelak.
6
Maka, dalam e-book ini, saya berkongsi
pengalaman tentang penyimpanan wang yang
diperolehi melalui pembacaan, pengalaman
peribadi serta pengalaman rakan-rakan. Panduan
ini adalah panduan praktikal yang terbukti
berkesan kepada yang telah mengaplikasikannya
(termasuk saya sendiri).
Semoga Tuhan memberkati kalian yang tidak
berhenti mencari ilmu yang bermanfaat.
Selamat berjaya!
Dr A. Jamil (PhD)
Kinning Park,
Glasgow, Scotland, United Kingdom.
7
Pendahuluan
Susahkah menyimpan wang?
Terdapat variasi jawapan untuk soalan ini.
Sekelompok manusia boleh menyimpan 10%
daripada gaji bulanannya untuk simpanan.
Sekelompok lagi manusia mampu menyimpan
hingga 50-75% daripada gaji bulanannya.
Malangnya, sekelompok besar manusia gagal
menyimpan wang secara konsisten. Jika
menyimpan pun, wang tersebut akan digunakan
beberapa bulan selepas disimpan dalam bank atas
alasan yang bukan kecemasan, contohnya untuk
membuat persiapan hari raya dan sebagainya.
8
Kelemahan manusia dalam memupuk tabiat
menyimpan wang adalah akibat kesilapan cara
manusia berfikir. Berikut adalah antara cetusan
hati manusia tentang menyimpan wang:
(1) Aku dapat simpan RM100 sahaja sebulan,
berapa sangatlah yang boleh aku kumpul.
Lebih baik aku gunakan sahaja wang ini.
Kesilapan: Beliau tidak menyedari selepas 5
tahun, jumlah simpanannya boleh
mencecah RM6000 tidak termasuk dividen.
(2) Bermula bulan ini, aku akan buat simpanan
wang sebanyak RM2000 sebulan. Aku
makan mee segera sahajalah. (Selepas 3
bulan, RM6000 terpaksa dikeluarkan dari
bank untuk menanggung kos rawatan di
9
hospital dan terpaksa pula mengambil cuti
tanpa gaji).
Kesilapan: Jumlah simpanan yang tidak
realistik dengan keperluan hidup.
p/s: Untuk kesejahteraan hidup, anda boleh
memotong perbelanjaan yang lain seperti
pakaian, perhiasan dan hiburan. Tetapi
bukan mengurangkan kos membeli
makanan berkhasiat. Ingat, kesihatan tubuh
badan dan otak adalah aset utama manusia
untuk mencari rezeki.
(3) Wow, cantiknya sport rim kereta dia. Boleh
gunakan wang simpanan yang ada untuk
tukar sport rim kereta aku, rasanya cukup tu
(mula mencongak jumlah simpanan yang
ada).
10
Kesilapan: menggunakan wang simpanan
untuk memenuhi keinginan, bukan
keperluan.
11
Apa yang difikirkan oleh manusia yang boleh
membuat simpanan wang secara konsisten?
Golongan yang boleh membuat simpanan secara
konsisten sebenarnya mempunyai cara berfikir
yang berbeza. Sesetengah mereka sememangnya
mempunyai tabiat berdisiplin, patuh dan
sayangkan wang yang telah diusahakn dengan titik
peluh sendiri.
Golongan yang boleh menyimpan 10% daripada
jumlah pendapatan bulanan, mempunyai satu
fikiran normal iaitu, ‘Oh, apa salahnya menyimpan
10% sahaja kerana saya boleh gunakan lebihan
90% wang untuk kegunaan yang lain!’.
12
Golongan yang berjaya menyimpan 50-75% jumlah
pendapatan bulanan pula mempunyai fikiran yang
bijak dan berdisiplin. Mereka bijak mendidik diri
dan bijak menguruskan wang, walaupun
pendapatan mereka tidak tinggi. Golongan ini
mempunyai motivasi tinggi untuk mencapai cita-
citanya seperti untuk pelaburan, membeli aset,
menyambung pengajian, untuk perniagaan dan
sebagainya.
Malangnya, masih ramai gagal menyimpan
walaupun 10% dari hasil pendapatan bulanan
secara konsisten. Ya, secara konsisten, bukan
berselang-selang bulan mengikut kesukaan hati.
13
7+1 Tips/ Helah menyimpan wang
Maka, untuk membantu anda menyimpan wang
secara konsisten, saya akan senaraikan 7 tips
memberi helah kepada minda anda tentang
menyimpan wang. Jika anda masih gagal
menyimpan wang dengan 7 helah tadi, ada 1 lagi
helah tambahan yang boleh dilakukan.
Hasilnya, anda akan menyimpan wang secara
konsisten tanpa perlu memerah orak atau
bersusah payah. Kini, anda boleh menyimpan wang
(10-75% daripada jumlah pendapatan) secara
konsisten sambil tersenyum. Lebih banyak
disimpan, lebih bagus, asalkan ia realistik!
14
TIPS 1
Buat bayaran ke dalam akaun simpanan
secara berjadual melalui arahan tetap
(standing instruction).
Katakanlah gaji anda ialah RM2500 sebulan. Anda
menerima gaji pada setiap 20 haribulan. Anda
boleh membuat standing instruction supaya
RM250 (10% daripada RM2500) ditolak daripada
akaun anda pada setiap 21 haribulan untuk
dimasukkan ke dalam akaun simpanan pilihan
anda. Anda boleh membuat standing instruction
sendiri (secara online), melalui panggilan telefon
kepada pihak bank, atau pergi ke kaunter bank
untuk mendapatkan bantuan membuat standing
instruction dari pegawai di sana.
15
Anda boleh membuat standing instruction secara
interbank (antara bank atau dua bank berbeza).
Sesetengah bank meletakkan caj untuk tujuan
standing instruction interbank. Namun, caj ini tidak
mahal iaitu antara RM2-RM5 bergantung kepada
jenis bank.
Ia amat berbaloi kerana simpanan wang dilakukan
secara automatik. Anda pasti tidak akan terkenang
RM250 yang disimpan itu.
16
TIPS 2
Kumpul semua duit syiling dalam satu tabung
transparent.
Minta pasangan dan anak-anak mengisi duit
syiling (lebihan berbelanja) dalam tabung yang
diletak di kawasan yang mudah dilihat, contohnya
di sebelah televisyen dan sebagainya.
Beritahu anak-anak, apabila tabung itu penuh,
isinya akan dimasukkan dalam akaun simpanan
mereka. Anda juga boleh mengasingkan tabung
anak-anak dengan melabel setiap tabung
mengikut nama mereka. Sebaiknya, tabung itu
transparent, supaya isinya boleh dilihat. Ini akan
17
memberi motivasi kepada anak-anak untuk
menyimpan wang. Anda juga perlu mempunyai
tabung transparent ini. Anda/anak-anak akan
berasa bangga melihat tabung itu berisi penuh
dengan wang, walaupun duit syiling!
p/s: tabung transparent ini boleh berupa bekas
Tupperware atau jar. Tidak perlu membeli tabung
yang mahal.
18
TIPS 3
Gandakan wang simpanan bila ada peluang
Tahukah anda mengapa kebanyakan manusia
berada dalam bebanan hutang (yang tidak
berkesudahan)?
Mengapa manusia gagal menyimpan wang, apatah
lagi untuk menggandakan wang simpanan?
Ini kerana manusia cenderung menggunakan
lebihan wang untuk membayar hutang atau
membuat hutang baru.
Lihat kepada tiga situasi yang sering berlaku
kepada manusia:
19
(1) Anda membayar RM600 sebulan untuk
membayar ansuran kereta. Setelah 9 tahun
berlalu, hutang kepada pihak bank telah
selesai. Bermakna, anda ada lebihan RM600
untuk bulan-bulan berikutnya. Ah, sesuatu
yang melegakan bukan?
Malangnya, kebanyakan manusia memilih
untuk menggunakan lebihan RM600 setiap
bulan ini untuk membuat hutang baru.
Maka, kitaran hutang anda tidak akan
berkesudahan hingga mati.
20
Manusia yang bijak, akan mengambil
RM600 ini untuk dimasukkan ke dalam
akaun/tabung simpanan. Maka, jumlah
simpanan wang akan bertambah.
Katakanlah jumlah simpanan wang yang
tetap (sebelum ini) adalah RM250. Apabila
hutang kereta telah dilangsaikan dengan
bank, sewajarnya jumlah simpanan
meningkat kepada RM850 sebulan!
Lumayan bukan?
(2) Untuk anda yang bekerja makan gaji,
bukankah anda ada kenaikan gaji setiap
tahun? Katakanlah kenaikan gaji anda
adalah RM250 setahun, maka tambahkan
21
jumlah simpanan anda kepada *RM100
setiap bulan pada tahun tersebut.
Contoh: Jika anda boleh menyimpan RM250
x 12 bulan pada tahun 2014. Maka, anda
boleh tingkatkan menyimpan RM350 x 12
bulan pada tahun 2015. Seterusnya,
simpanan meningkat kepada RM450 x 12
bulan pada tahun 2016. Ini bermakna jumlah
simpanan anda sewajarnya berganda dari
tahun ke tahun.
* RM100 adalah 40/100 daripada RM250.
Mengambil 40% daripada nilai kenaikan gaji
anda adalah nilai yang realistik. Lebihan
60% nilai kenaikan gaji anda adalah untuk
22
menampung kos sara hidup global yang
tentunya meningkat dari tahun ke tahun.
(3) Jika anda dinaikkan pangkat, menerima
kenaikan gred gaji atau jumlah pendapatan
(sale) meningkat (untuk yang bekerja
sendiri); gunakan wang kenaikan itu untuk
menambah wang simpanan.
(4) Jika anda menerima bonus tahunan,
gunakan peluang ini untuk mengambil
(sekurang-kurangnya) 40% nilai bonus
untuk menambah jumlah simpanan anda.
23
Contoh: Gaji bulanan anda ialah RM2500.
Bonus tahunan (jika bonus separuh gaji)
ialah RM1250.
Ambil 40% daripada RM1250 untuk
menambah jumlah simpanan anda. Ini
bermakna anda telah menambah RM500
dalam akaun simpanan pada tahun itu.
Kesimpulan:
Jika situasi 1 hingga 3 berlaku kepada anda,
jangan berlengah lagi, segera tambah wang untuk
standing instruction ke dalam akaun simpanan.
Situasi ke 4 pula berlaku setahun sekali. Erm,
penambahan RM500 (sekali dalam setahun) ke
24
dalam akaun simpanan, tidaklah teruk sangat
bukan?
Yang penting, jangan pernah berfikir untuk
membuat hutang baru!
25
TIPS 4
Sistem 6 jars
Sistem 6 jars diperkenalkan oleh T Harv Eker iaitu
penulis buku terlaris “Secret of the Millionaire
Mind”.
Beliau menyarankan supaya kita menyediakan 6 jar
yang berbeza (anda boleh gunakan sebarang
bekas yang dirasakan sesuai untuk menyimpan
wang). Labelkan jar ini seperti di bawah:
Jar 1 = FFA - Financial Freedom account
Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
FFA digunakan untuk anda membuat pelaburan
sebagai pendapatan pasif kelak.
26
Jar 2 = NEC – Necessities (keperluan hidup)
Masukkan 50% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
NEC ialah bayaran keperluan hidup seperti bayaran
ansuran bulanan rumah dan kereta, makanan,
minuman, pengangkutan dan sebagainya.
Jar 3 = EDU – Education (pendidikan)
Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
Gunakan wang ini untuk menambah nilai diri anda
dengan membeli buku-buku bacaan bermanfaat,
menyertai seminar-seminar, membeli CD ilmu atau
menyambung pengajian.
27
Jar 4 = LTSS – Long term saving for spending
(perbelanjaan jangka masa panjang)
Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
Wang dalam LTSS digunakan untuk perbelanjaan
yang besar (kelak) seperti bayaran muka
(downpayment) membeli kereta baru, rumah baru,
membeli perabot, membina gazebo di depan rumah
dan sebagainya.
Jar 5 = Give (memberi derma)
Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
Gunakan wang dalam Give untuk tujuan amal dan
menderma.
28
Jar 6 = Play (memanjakan diri/ berseronok)
Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
Tabung Play boleh digunakan setiap akhir bulan
atau setiap dua bulan bergantung kepada
perbelanjaan yang anda ingini. Anda boleh
gunakan wang ini untuk membeli barangan yang
anda suka atau telah lama diidamkan. Ia juga
boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan spa
dan sebagainya. Apa sahaja asalkan anda seronok
melakukannya. Reward yourself!
Sistem 6 jars adalah satu metafora untuk anda
membuat 6 akaun simpanan wang yang berbeza.
Pindahkan wang pendapatan anda mengikut
29
peratus yang telah dicadangkan ke dalam 6 akaun
ini secara konsisten setiap bulan.
Namun demikian, banyak juga yang membuat
system 6 jars ini dengan meletak 6 tabung fizikal di
atas meja kerja dan sebagainya. Secara
rasionalnya, teknik visual ini akan memberi lebih
motivasi untuk menyimpan wang. Terpulang
kepada anda bagaimana untuk melaksanakan
system 6 jars. Yang penting, teruskan menyimpan
wang dan pastikan wang itu selamat!
p/s: Untuk yang bekerja sendiri, perlu mewujudkan
Jar 7 iaitu Tax (cukai). Anda perlu mengasingkan
wang terhadap cukai yang dikenakan kepada
pendapatan hasil perniagaan anda.
30
TIPS 5
Teruskan tabiat membuat bayaran
Katakanlah bayaran ansuran bulanan motosikal
anda telah langsai, gunakan jumlah wang yang
sama untuk terus membuat bayaran. Tetapi buat
bayaran ke dalam akaun/tabung simpanan anda.
Beritahu diri anda yang anda akan terus membuat
bayaran seolah-olah anda masih membayar
ansuran bulanan motosikal.
Sedangkan anda sedang menggandakan wang
simpanan anda.
Seronok bukan?
31
TIPS 6
Sukakan angka yang besar
Adakah anda suka melihat amaun yang besar
tercatat dalam akuan simpanan anda?
Jika ya, anda boleh menjadikan ia sebagai satu
motivasi untuk anda terus menyimpan wang.
Individu yang mempunyai keseronokan
menyimpan wang ini lazimnya seorang yang rajin,
berdisiplin dan mungkin juga mempunyai latar
belakang dari keluarga yang pernah susah (tidak
semua). Golongan ini dapat merasai the feeling of
satisfaction (kepuasan yang tidak terhingga)
apabila melihat angka dalam akaun simpanannya
semakin berganda.
32
Tambahan pula, golongan ini merasakan berbaloi
bekerja keras dan dapat menyimpan wang.
Andakah itu? Jika ya, tahniah, anda adalah
manusia yang boleh menyimpan wang tanpa perlu
bersusah payah/ tanpa paksaan.
33
TIPS 7
Jaga-jaga, jika anda obses berbelanja
Tips ke-7 ini amat penting.
Ya, amat penting terutama bagi individu yang
pantang mempunyai wang, pasti ingin
dibelanjakan. Individu ini berbeza dengan individu
dalam TIPS 6 tadi.
Terdapat sesetengah manusia, mempunyai satu
misi automatik dalam fikirannya; jika aku punyai
wang, aku mesti beli sesuatu (walaupun barangan
itu bukan keperluannya). Arahan itu muncul secara
automatik dari minda. Sungguh ajaib tetapi
memudaratkan.
Inilah yang sering terjadi hingga wang dalam
34
akaun simpanan tidak berganda, malahan semakin
berkurang dan terus kosong.
Apa yang perlu golongan ini lakukan ialah:
(1) Simpan wang dalam akaun yang sukar
untuk dikeluarkan wang tunai (mungkin
anda boleh pilih bank yang tiada di kawasan
tempat anda tinggal).
(2) Simpan wang dalam akaun yang anda tiada
kad ATM. Ya, pastinya mengelak daripada
anda mengeluarkan wang secara mudah.
(3) Berikan kad ATM kepada ibu atau ayah di
kampung. (Saya yakin, ibu bapa adalah
pemegang amanah terbaik di dunia).
(4) Anda telah membuat standing instruction
ke dalam akaun simpanan bukan? Jangan
pernah fikitkan tentang wang itu. Lupakan
35
mereka. Gunakan mereka apabila anda
benar-benar memerlukan sahaja. Mungkin
semak jumlah dalam akaun simpanan
apabila anda telah menemui cara untuk
membuat pelaburan hartanah atau lain-lain
pelaburan yang bermanfaat.
36
TIPS 8
Masih tidak boleh menyimpan?
Saya mempunyai seorang rakan yang amat sukar
menyimpan wang. Isterinya seorang aktivis NGO
dan sering menyertai badan-badan amal hingga ke
luar negara. Jika suaminya mempunyai wang, pasti
si isteri akan meminta dengan alasan untuk
keperluan badan amal dan tujuan sosial. Selain itu,
si isteri juga mempunyai citarasa kehidupan yang
agak mewah.
Ya, tujuan amal itu sangat bagus, tetapi sehingga
ke tahap keluarga tiada dana simpanan, tiada dana
kecemasan, tiada dana pelaburan dan tiada dana
pendidikan anak-anak. Itu adalah petanda buruk
37
bukan?
Rakan saya telah cuba menyimpan wang dalam
akaun yang berbeza-beza. Tetapi isteri amat bijak,
kesemua akaun itu berjaya dikesan dengan mudah.
Puas rakan saya ini memikirkan bagaimana cara
menyimpan wang tanpa pengetahuan si isteri.
Akhiranya, beliau memasukkan wang simpanan ke
dalam akaun bank ibu dan ayahnya di kampung.
Mereka sama-sama berpakat untuk menamakan
beliau sebagai penama akaun tersebut.
Hasilnya sangat membanggakan, beliau berjaya
menyimpan sejumlah wang yang banyak dalam
kedua-dua akaun ibu dan ayahnya.
Tanpa disentuh.
38
Bukankah saya sudah kata, ibu dan ayah
sememangnya pemegang amanat paling jujur di
dunia.
39
Penutup
Semoga anda dapat mempraktikkan tips/ helah
yang telah disenaraikan tadi. Cuba lihat pepatah di
bawah,
“Formal education will make you a living;
self-education will make you a fortune.”
Jim Rohn
Saya yakin, dengan ilmu yang anda perolehi ini, jika
diamalkan akan membawa anda kepada
kesenangan hidup dan kelapangan fikiran. Didik
diri anda mengawal kewangan anda melalui ilmu
yang diperolehi. Jangan berlengah lagi,
mulakannya sekarang (now)!
Selamat berjaya!
40
e-publisher

More Related Content

Viewers also liked

Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan finalAdila Dila
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanNajwa Cassiopiea
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...Fadzliaton Zainudin
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATRahsia Anggun
 
Ciri ciri bilik darjah yang berkesan
Ciri ciri bilik darjah yang berkesanCiri ciri bilik darjah yang berkesan
Ciri ciri bilik darjah yang berkesanMoriss Mc
 

Viewers also liked (8)

Buku MMI
Buku MMIBuku MMI
Buku MMI
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan final
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKAT
 
Ciri ciri bilik darjah yang berkesan
Ciri ciri bilik darjah yang berkesanCiri ciri bilik darjah yang berkesan
Ciri ciri bilik darjah yang berkesan
 
Bahan kursus ju kelas abad ke 21
Bahan kursus ju kelas abad ke 21Bahan kursus ju kelas abad ke 21
Bahan kursus ju kelas abad ke 21
 

Similar to Nak senang simpan duit ebook

Pengurusan kewangan yang bijak
Pengurusan kewangan yang bijakPengurusan kewangan yang bijak
Pengurusan kewangan yang bijakMohd Nazirul Mubin
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaharris-7575
 
Sepuluh Tips Bijak Mengelola Keuangan
Sepuluh Tips Bijak Mengelola KeuanganSepuluh Tips Bijak Mengelola Keuangan
Sepuluh Tips Bijak Mengelola KeuanganAmat Bejo
 
Amalan menabung
 Amalan menabung Amalan menabung
Amalan menabungsairee
 
Amalan menabung
 Amalan menabung Amalan menabung
Amalan menabungRosni Yus
 
Pulihkan keuangan usai liburan dengan 10 trik ini
Pulihkan keuangan usai liburan dengan 10 trik iniPulihkan keuangan usai liburan dengan 10 trik ini
Pulihkan keuangan usai liburan dengan 10 trik iniJava Wisata Tours & Travel
 
Mengantisipasi ancaman phk dengan jaring pengaman!
Mengantisipasi ancaman phk dengan jaring pengaman!Mengantisipasi ancaman phk dengan jaring pengaman!
Mengantisipasi ancaman phk dengan jaring pengaman!Mitra Rencana Edukasi
 
12 cara ampuh untuk menggapai financial freedom (www.ilmubisnisusaha.net )
12 cara ampuh untuk menggapai financial freedom (www.ilmubisnisusaha.net )12 cara ampuh untuk menggapai financial freedom (www.ilmubisnisusaha.net )
12 cara ampuh untuk menggapai financial freedom (www.ilmubisnisusaha.net )andre m
 
Berhemat atau meningkatkan penghasilan
Berhemat atau meningkatkan penghasilanBerhemat atau meningkatkan penghasilan
Berhemat atau meningkatkan penghasilanMitra Rencana Edukasi
 
PKM Gasal 2021-2022.pptx
PKM Gasal 2021-2022.pptxPKM Gasal 2021-2022.pptx
PKM Gasal 2021-2022.pptxniaekawati1
 
9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari
9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari
9 kesalahan tentang uang yang harus dihindariIdham Idham
 
Credit union pelitakasih_brosur
Credit union pelitakasih_brosurCredit union pelitakasih_brosur
Credit union pelitakasih_brosurFelix Serano
 
Deposito masih menjadi andalan
Deposito masih menjadi andalanDeposito masih menjadi andalan
Deposito masih menjadi andalanYuga Siswanto
 
Artikel personal finance kontan investasi
Artikel personal finance kontan investasiArtikel personal finance kontan investasi
Artikel personal finance kontan investasiwiriadisastra
 

Similar to Nak senang simpan duit ebook (20)

Menabung itu mudah
Menabung itu mudahMenabung itu mudah
Menabung itu mudah
 
Pengurusan kewangan yang bijak
Pengurusan kewangan yang bijakPengurusan kewangan yang bijak
Pengurusan kewangan yang bijak
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang mulia
 
Sepuluh Tips Bijak Mengelola Keuangan
Sepuluh Tips Bijak Mengelola KeuanganSepuluh Tips Bijak Mengelola Keuangan
Sepuluh Tips Bijak Mengelola Keuangan
 
Amalan menabung
 Amalan menabung Amalan menabung
Amalan menabung
 
Amalan menabung
 Amalan menabung Amalan menabung
Amalan menabung
 
Urus wang
Urus wangUrus wang
Urus wang
 
Pulihkan keuangan usai liburan dengan 10 trik ini
Pulihkan keuangan usai liburan dengan 10 trik iniPulihkan keuangan usai liburan dengan 10 trik ini
Pulihkan keuangan usai liburan dengan 10 trik ini
 
Mengantisipasi ancaman phk dengan jaring pengaman!
Mengantisipasi ancaman phk dengan jaring pengaman!Mengantisipasi ancaman phk dengan jaring pengaman!
Mengantisipasi ancaman phk dengan jaring pengaman!
 
12 cara ampuh untuk menggapai financial freedom (www.ilmubisnisusaha.net )
12 cara ampuh untuk menggapai financial freedom (www.ilmubisnisusaha.net )12 cara ampuh untuk menggapai financial freedom (www.ilmubisnisusaha.net )
12 cara ampuh untuk menggapai financial freedom (www.ilmubisnisusaha.net )
 
Closing panin
Closing paninClosing panin
Closing panin
 
Berhemat atau meningkatkan penghasilan
Berhemat atau meningkatkan penghasilanBerhemat atau meningkatkan penghasilan
Berhemat atau meningkatkan penghasilan
 
PKM Gasal 2021-2022.pptx
PKM Gasal 2021-2022.pptxPKM Gasal 2021-2022.pptx
PKM Gasal 2021-2022.pptx
 
9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari
9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari
9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari
 
9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari
9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari
9 kesalahan tentang uang yang harus dihindari
 
Newweb7011 a
Newweb7011 aNewweb7011 a
Newweb7011 a
 
Credit union pelitakasih_brosur
Credit union pelitakasih_brosurCredit union pelitakasih_brosur
Credit union pelitakasih_brosur
 
Ayo belanja produktif
Ayo belanja produktifAyo belanja produktif
Ayo belanja produktif
 
Deposito masih menjadi andalan
Deposito masih menjadi andalanDeposito masih menjadi andalan
Deposito masih menjadi andalan
 
Artikel personal finance kontan investasi
Artikel personal finance kontan investasiArtikel personal finance kontan investasi
Artikel personal finance kontan investasi
 

Recently uploaded

DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaDAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaarmanamo012
 
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IMateri Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IIkaAliciaSasanti
 
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).pptPerhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).pptSalsabillaPutriAyu
 
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxCryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxumusilmi2019
 
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
Ukuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnyaUkuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnya
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnyaIndhasari3
 
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxPPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxZefanya9
 
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).pptIntroduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppttami83
 
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISKEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISHakamNiazi
 
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...ChairaniManasye1
 
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptModal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptFrida Adnantara
 
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxPERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxHakamNiazi
 
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaEkonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaWahyuKamilatulFauzia
 
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.pptSlide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.pptwxmnxfm57w
 
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalKELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalAthoillahEconomi
 
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxWAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxMunawwarahDjalil
 
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non BankPresentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bankzulfikar425966
 
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...OknaRyana1
 
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga KeuanganPresentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuanganzulfikar425966
 
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxUNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganuang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganlangkahgontay88
 

Recently uploaded (20)

DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaDAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
 
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IMateri Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
 
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).pptPerhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
 
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxCryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
 
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
Ukuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnyaUkuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnya
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
 
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxPPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
 
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).pptIntroduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
 
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISKEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
 
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
 
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptModal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
 
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxPERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
 
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaEkonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
 
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.pptSlide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
 
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalKELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
 
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxWAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
 
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non BankPresentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
 
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
 
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga KeuanganPresentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
 
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
 
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganuang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
 

Nak senang simpan duit ebook

  • 1.
  • 2. 2 Penafian E-book ini dihasilkan untuk memberi panduan secara umum kepada pembaca. Pembaca disarankan merujuk kepada penasihat atau pengamal professional untuk sesuatu hasil yang bersifat khusus kepada diri anda. Tiada jaminan diperakukan bahawa maklumat yang terkandung dalam e-book ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
  • 3. 3 Tips yang dinyatakan dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Hak Cipta Terpelihara © 2014 Dr A. Jamil Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan e- book ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada penulis.
  • 4. 4 Isi Kandungan Penafian Kata Pengantar Pendahuluan Susahkah menyimpan wang? Apa yang difikirkan oleh manusia yang boleh membuat simpanan wang secara konsisten? 7+1 Tips/ Helah menyimpan wang TIPS 1 Buat bayaran ke dalam akaun simpanan secara berjadual melalui arahan tetap (standing instruction). TIPS 2 Kumpul semua duit syiling dalam satu tabung transparent. TIPS 3 Gandakan wang simpanan bila ada peluang TIPS 4 Sistem 6 jars Jar 1 = FFA - Financial Freedom account Jar 2 = NEC – Necessities (keperluan hidup) Jar 3 = EDU – Education (pendidikan) Jar 4 = LTSS – Long term saving for spending (perbelanjaan jangka masa panjang) Jar 5 = Give (memberi derma) Jar 6 = Play (memanjakan diri/ berseronok) TIPS 5 Teruskan tabiat membuat bayaran TIPS 6 Sukakan angka yang besar TIPS 7 Jaga-jaga, jika anda obses berbelanja TIPS 8 Masih tidak boleh menyimpan? Penutup
  • 5. 5 Kata Pengantar Begitu pentingkah menyimpan wang? Jawapan yang satu dunia tahu ialah “Ya!!” Tetapi betapa sukarnya slogan ‘menyimpan/ menabung wang’ untuk dilakukan. Menurut pepatah yang popular, ‘Put aside some money for rainy days’. Simpan wang untuk masa- masa yang tidak dijangka. Wang simpanan amat penting untuk masa hadapan anda dan keluarga. Ia boleh digunakan untuk pelaburan, saat kecemasan, perubatan, kegunaan pendidikan anak-anak, melancong, membeli rumah yang lebih selesa dan kenderaan yang lebih baik serta untuk kegunaan masa tua kelak.
  • 6. 6 Maka, dalam e-book ini, saya berkongsi pengalaman tentang penyimpanan wang yang diperolehi melalui pembacaan, pengalaman peribadi serta pengalaman rakan-rakan. Panduan ini adalah panduan praktikal yang terbukti berkesan kepada yang telah mengaplikasikannya (termasuk saya sendiri). Semoga Tuhan memberkati kalian yang tidak berhenti mencari ilmu yang bermanfaat. Selamat berjaya! Dr A. Jamil (PhD) Kinning Park, Glasgow, Scotland, United Kingdom.
  • 7. 7 Pendahuluan Susahkah menyimpan wang? Terdapat variasi jawapan untuk soalan ini. Sekelompok manusia boleh menyimpan 10% daripada gaji bulanannya untuk simpanan. Sekelompok lagi manusia mampu menyimpan hingga 50-75% daripada gaji bulanannya. Malangnya, sekelompok besar manusia gagal menyimpan wang secara konsisten. Jika menyimpan pun, wang tersebut akan digunakan beberapa bulan selepas disimpan dalam bank atas alasan yang bukan kecemasan, contohnya untuk membuat persiapan hari raya dan sebagainya.
  • 8. 8 Kelemahan manusia dalam memupuk tabiat menyimpan wang adalah akibat kesilapan cara manusia berfikir. Berikut adalah antara cetusan hati manusia tentang menyimpan wang: (1) Aku dapat simpan RM100 sahaja sebulan, berapa sangatlah yang boleh aku kumpul. Lebih baik aku gunakan sahaja wang ini. Kesilapan: Beliau tidak menyedari selepas 5 tahun, jumlah simpanannya boleh mencecah RM6000 tidak termasuk dividen. (2) Bermula bulan ini, aku akan buat simpanan wang sebanyak RM2000 sebulan. Aku makan mee segera sahajalah. (Selepas 3 bulan, RM6000 terpaksa dikeluarkan dari bank untuk menanggung kos rawatan di
  • 9. 9 hospital dan terpaksa pula mengambil cuti tanpa gaji). Kesilapan: Jumlah simpanan yang tidak realistik dengan keperluan hidup. p/s: Untuk kesejahteraan hidup, anda boleh memotong perbelanjaan yang lain seperti pakaian, perhiasan dan hiburan. Tetapi bukan mengurangkan kos membeli makanan berkhasiat. Ingat, kesihatan tubuh badan dan otak adalah aset utama manusia untuk mencari rezeki. (3) Wow, cantiknya sport rim kereta dia. Boleh gunakan wang simpanan yang ada untuk tukar sport rim kereta aku, rasanya cukup tu (mula mencongak jumlah simpanan yang ada).
  • 10. 10 Kesilapan: menggunakan wang simpanan untuk memenuhi keinginan, bukan keperluan.
  • 11. 11 Apa yang difikirkan oleh manusia yang boleh membuat simpanan wang secara konsisten? Golongan yang boleh membuat simpanan secara konsisten sebenarnya mempunyai cara berfikir yang berbeza. Sesetengah mereka sememangnya mempunyai tabiat berdisiplin, patuh dan sayangkan wang yang telah diusahakn dengan titik peluh sendiri. Golongan yang boleh menyimpan 10% daripada jumlah pendapatan bulanan, mempunyai satu fikiran normal iaitu, ‘Oh, apa salahnya menyimpan 10% sahaja kerana saya boleh gunakan lebihan 90% wang untuk kegunaan yang lain!’.
  • 12. 12 Golongan yang berjaya menyimpan 50-75% jumlah pendapatan bulanan pula mempunyai fikiran yang bijak dan berdisiplin. Mereka bijak mendidik diri dan bijak menguruskan wang, walaupun pendapatan mereka tidak tinggi. Golongan ini mempunyai motivasi tinggi untuk mencapai cita- citanya seperti untuk pelaburan, membeli aset, menyambung pengajian, untuk perniagaan dan sebagainya. Malangnya, masih ramai gagal menyimpan walaupun 10% dari hasil pendapatan bulanan secara konsisten. Ya, secara konsisten, bukan berselang-selang bulan mengikut kesukaan hati.
  • 13. 13 7+1 Tips/ Helah menyimpan wang Maka, untuk membantu anda menyimpan wang secara konsisten, saya akan senaraikan 7 tips memberi helah kepada minda anda tentang menyimpan wang. Jika anda masih gagal menyimpan wang dengan 7 helah tadi, ada 1 lagi helah tambahan yang boleh dilakukan. Hasilnya, anda akan menyimpan wang secara konsisten tanpa perlu memerah orak atau bersusah payah. Kini, anda boleh menyimpan wang (10-75% daripada jumlah pendapatan) secara konsisten sambil tersenyum. Lebih banyak disimpan, lebih bagus, asalkan ia realistik!
  • 14. 14 TIPS 1 Buat bayaran ke dalam akaun simpanan secara berjadual melalui arahan tetap (standing instruction). Katakanlah gaji anda ialah RM2500 sebulan. Anda menerima gaji pada setiap 20 haribulan. Anda boleh membuat standing instruction supaya RM250 (10% daripada RM2500) ditolak daripada akaun anda pada setiap 21 haribulan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan pilihan anda. Anda boleh membuat standing instruction sendiri (secara online), melalui panggilan telefon kepada pihak bank, atau pergi ke kaunter bank untuk mendapatkan bantuan membuat standing instruction dari pegawai di sana.
  • 15. 15 Anda boleh membuat standing instruction secara interbank (antara bank atau dua bank berbeza). Sesetengah bank meletakkan caj untuk tujuan standing instruction interbank. Namun, caj ini tidak mahal iaitu antara RM2-RM5 bergantung kepada jenis bank. Ia amat berbaloi kerana simpanan wang dilakukan secara automatik. Anda pasti tidak akan terkenang RM250 yang disimpan itu.
  • 16. 16 TIPS 2 Kumpul semua duit syiling dalam satu tabung transparent. Minta pasangan dan anak-anak mengisi duit syiling (lebihan berbelanja) dalam tabung yang diletak di kawasan yang mudah dilihat, contohnya di sebelah televisyen dan sebagainya. Beritahu anak-anak, apabila tabung itu penuh, isinya akan dimasukkan dalam akaun simpanan mereka. Anda juga boleh mengasingkan tabung anak-anak dengan melabel setiap tabung mengikut nama mereka. Sebaiknya, tabung itu transparent, supaya isinya boleh dilihat. Ini akan
  • 17. 17 memberi motivasi kepada anak-anak untuk menyimpan wang. Anda juga perlu mempunyai tabung transparent ini. Anda/anak-anak akan berasa bangga melihat tabung itu berisi penuh dengan wang, walaupun duit syiling! p/s: tabung transparent ini boleh berupa bekas Tupperware atau jar. Tidak perlu membeli tabung yang mahal.
  • 18. 18 TIPS 3 Gandakan wang simpanan bila ada peluang Tahukah anda mengapa kebanyakan manusia berada dalam bebanan hutang (yang tidak berkesudahan)? Mengapa manusia gagal menyimpan wang, apatah lagi untuk menggandakan wang simpanan? Ini kerana manusia cenderung menggunakan lebihan wang untuk membayar hutang atau membuat hutang baru. Lihat kepada tiga situasi yang sering berlaku kepada manusia:
  • 19. 19 (1) Anda membayar RM600 sebulan untuk membayar ansuran kereta. Setelah 9 tahun berlalu, hutang kepada pihak bank telah selesai. Bermakna, anda ada lebihan RM600 untuk bulan-bulan berikutnya. Ah, sesuatu yang melegakan bukan? Malangnya, kebanyakan manusia memilih untuk menggunakan lebihan RM600 setiap bulan ini untuk membuat hutang baru. Maka, kitaran hutang anda tidak akan berkesudahan hingga mati.
  • 20. 20 Manusia yang bijak, akan mengambil RM600 ini untuk dimasukkan ke dalam akaun/tabung simpanan. Maka, jumlah simpanan wang akan bertambah. Katakanlah jumlah simpanan wang yang tetap (sebelum ini) adalah RM250. Apabila hutang kereta telah dilangsaikan dengan bank, sewajarnya jumlah simpanan meningkat kepada RM850 sebulan! Lumayan bukan? (2) Untuk anda yang bekerja makan gaji, bukankah anda ada kenaikan gaji setiap tahun? Katakanlah kenaikan gaji anda adalah RM250 setahun, maka tambahkan
  • 21. 21 jumlah simpanan anda kepada *RM100 setiap bulan pada tahun tersebut. Contoh: Jika anda boleh menyimpan RM250 x 12 bulan pada tahun 2014. Maka, anda boleh tingkatkan menyimpan RM350 x 12 bulan pada tahun 2015. Seterusnya, simpanan meningkat kepada RM450 x 12 bulan pada tahun 2016. Ini bermakna jumlah simpanan anda sewajarnya berganda dari tahun ke tahun. * RM100 adalah 40/100 daripada RM250. Mengambil 40% daripada nilai kenaikan gaji anda adalah nilai yang realistik. Lebihan 60% nilai kenaikan gaji anda adalah untuk
  • 22. 22 menampung kos sara hidup global yang tentunya meningkat dari tahun ke tahun. (3) Jika anda dinaikkan pangkat, menerima kenaikan gred gaji atau jumlah pendapatan (sale) meningkat (untuk yang bekerja sendiri); gunakan wang kenaikan itu untuk menambah wang simpanan. (4) Jika anda menerima bonus tahunan, gunakan peluang ini untuk mengambil (sekurang-kurangnya) 40% nilai bonus untuk menambah jumlah simpanan anda.
  • 23. 23 Contoh: Gaji bulanan anda ialah RM2500. Bonus tahunan (jika bonus separuh gaji) ialah RM1250. Ambil 40% daripada RM1250 untuk menambah jumlah simpanan anda. Ini bermakna anda telah menambah RM500 dalam akaun simpanan pada tahun itu. Kesimpulan: Jika situasi 1 hingga 3 berlaku kepada anda, jangan berlengah lagi, segera tambah wang untuk standing instruction ke dalam akaun simpanan. Situasi ke 4 pula berlaku setahun sekali. Erm, penambahan RM500 (sekali dalam setahun) ke
  • 24. 24 dalam akaun simpanan, tidaklah teruk sangat bukan? Yang penting, jangan pernah berfikir untuk membuat hutang baru!
  • 25. 25 TIPS 4 Sistem 6 jars Sistem 6 jars diperkenalkan oleh T Harv Eker iaitu penulis buku terlaris “Secret of the Millionaire Mind”. Beliau menyarankan supaya kita menyediakan 6 jar yang berbeza (anda boleh gunakan sebarang bekas yang dirasakan sesuai untuk menyimpan wang). Labelkan jar ini seperti di bawah: Jar 1 = FFA - Financial Freedom account Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda (selepas ditolak cukai). FFA digunakan untuk anda membuat pelaburan sebagai pendapatan pasif kelak.
  • 26. 26 Jar 2 = NEC – Necessities (keperluan hidup) Masukkan 50% daripada pendapatan bulanan anda (selepas ditolak cukai). NEC ialah bayaran keperluan hidup seperti bayaran ansuran bulanan rumah dan kereta, makanan, minuman, pengangkutan dan sebagainya. Jar 3 = EDU – Education (pendidikan) Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda (selepas ditolak cukai). Gunakan wang ini untuk menambah nilai diri anda dengan membeli buku-buku bacaan bermanfaat, menyertai seminar-seminar, membeli CD ilmu atau menyambung pengajian.
  • 27. 27 Jar 4 = LTSS – Long term saving for spending (perbelanjaan jangka masa panjang) Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda (selepas ditolak cukai). Wang dalam LTSS digunakan untuk perbelanjaan yang besar (kelak) seperti bayaran muka (downpayment) membeli kereta baru, rumah baru, membeli perabot, membina gazebo di depan rumah dan sebagainya. Jar 5 = Give (memberi derma) Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda (selepas ditolak cukai). Gunakan wang dalam Give untuk tujuan amal dan menderma.
  • 28. 28 Jar 6 = Play (memanjakan diri/ berseronok) Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda (selepas ditolak cukai). Tabung Play boleh digunakan setiap akhir bulan atau setiap dua bulan bergantung kepada perbelanjaan yang anda ingini. Anda boleh gunakan wang ini untuk membeli barangan yang anda suka atau telah lama diidamkan. Ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan spa dan sebagainya. Apa sahaja asalkan anda seronok melakukannya. Reward yourself! Sistem 6 jars adalah satu metafora untuk anda membuat 6 akaun simpanan wang yang berbeza. Pindahkan wang pendapatan anda mengikut
  • 29. 29 peratus yang telah dicadangkan ke dalam 6 akaun ini secara konsisten setiap bulan. Namun demikian, banyak juga yang membuat system 6 jars ini dengan meletak 6 tabung fizikal di atas meja kerja dan sebagainya. Secara rasionalnya, teknik visual ini akan memberi lebih motivasi untuk menyimpan wang. Terpulang kepada anda bagaimana untuk melaksanakan system 6 jars. Yang penting, teruskan menyimpan wang dan pastikan wang itu selamat! p/s: Untuk yang bekerja sendiri, perlu mewujudkan Jar 7 iaitu Tax (cukai). Anda perlu mengasingkan wang terhadap cukai yang dikenakan kepada pendapatan hasil perniagaan anda.
  • 30. 30 TIPS 5 Teruskan tabiat membuat bayaran Katakanlah bayaran ansuran bulanan motosikal anda telah langsai, gunakan jumlah wang yang sama untuk terus membuat bayaran. Tetapi buat bayaran ke dalam akaun/tabung simpanan anda. Beritahu diri anda yang anda akan terus membuat bayaran seolah-olah anda masih membayar ansuran bulanan motosikal. Sedangkan anda sedang menggandakan wang simpanan anda. Seronok bukan?
  • 31. 31 TIPS 6 Sukakan angka yang besar Adakah anda suka melihat amaun yang besar tercatat dalam akuan simpanan anda? Jika ya, anda boleh menjadikan ia sebagai satu motivasi untuk anda terus menyimpan wang. Individu yang mempunyai keseronokan menyimpan wang ini lazimnya seorang yang rajin, berdisiplin dan mungkin juga mempunyai latar belakang dari keluarga yang pernah susah (tidak semua). Golongan ini dapat merasai the feeling of satisfaction (kepuasan yang tidak terhingga) apabila melihat angka dalam akaun simpanannya semakin berganda.
  • 32. 32 Tambahan pula, golongan ini merasakan berbaloi bekerja keras dan dapat menyimpan wang. Andakah itu? Jika ya, tahniah, anda adalah manusia yang boleh menyimpan wang tanpa perlu bersusah payah/ tanpa paksaan.
  • 33. 33 TIPS 7 Jaga-jaga, jika anda obses berbelanja Tips ke-7 ini amat penting. Ya, amat penting terutama bagi individu yang pantang mempunyai wang, pasti ingin dibelanjakan. Individu ini berbeza dengan individu dalam TIPS 6 tadi. Terdapat sesetengah manusia, mempunyai satu misi automatik dalam fikirannya; jika aku punyai wang, aku mesti beli sesuatu (walaupun barangan itu bukan keperluannya). Arahan itu muncul secara automatik dari minda. Sungguh ajaib tetapi memudaratkan. Inilah yang sering terjadi hingga wang dalam
  • 34. 34 akaun simpanan tidak berganda, malahan semakin berkurang dan terus kosong. Apa yang perlu golongan ini lakukan ialah: (1) Simpan wang dalam akaun yang sukar untuk dikeluarkan wang tunai (mungkin anda boleh pilih bank yang tiada di kawasan tempat anda tinggal). (2) Simpan wang dalam akaun yang anda tiada kad ATM. Ya, pastinya mengelak daripada anda mengeluarkan wang secara mudah. (3) Berikan kad ATM kepada ibu atau ayah di kampung. (Saya yakin, ibu bapa adalah pemegang amanah terbaik di dunia). (4) Anda telah membuat standing instruction ke dalam akaun simpanan bukan? Jangan pernah fikitkan tentang wang itu. Lupakan
  • 35. 35 mereka. Gunakan mereka apabila anda benar-benar memerlukan sahaja. Mungkin semak jumlah dalam akaun simpanan apabila anda telah menemui cara untuk membuat pelaburan hartanah atau lain-lain pelaburan yang bermanfaat.
  • 36. 36 TIPS 8 Masih tidak boleh menyimpan? Saya mempunyai seorang rakan yang amat sukar menyimpan wang. Isterinya seorang aktivis NGO dan sering menyertai badan-badan amal hingga ke luar negara. Jika suaminya mempunyai wang, pasti si isteri akan meminta dengan alasan untuk keperluan badan amal dan tujuan sosial. Selain itu, si isteri juga mempunyai citarasa kehidupan yang agak mewah. Ya, tujuan amal itu sangat bagus, tetapi sehingga ke tahap keluarga tiada dana simpanan, tiada dana kecemasan, tiada dana pelaburan dan tiada dana pendidikan anak-anak. Itu adalah petanda buruk
  • 37. 37 bukan? Rakan saya telah cuba menyimpan wang dalam akaun yang berbeza-beza. Tetapi isteri amat bijak, kesemua akaun itu berjaya dikesan dengan mudah. Puas rakan saya ini memikirkan bagaimana cara menyimpan wang tanpa pengetahuan si isteri. Akhiranya, beliau memasukkan wang simpanan ke dalam akaun bank ibu dan ayahnya di kampung. Mereka sama-sama berpakat untuk menamakan beliau sebagai penama akaun tersebut. Hasilnya sangat membanggakan, beliau berjaya menyimpan sejumlah wang yang banyak dalam kedua-dua akaun ibu dan ayahnya. Tanpa disentuh.
  • 38. 38 Bukankah saya sudah kata, ibu dan ayah sememangnya pemegang amanat paling jujur di dunia.
  • 39. 39 Penutup Semoga anda dapat mempraktikkan tips/ helah yang telah disenaraikan tadi. Cuba lihat pepatah di bawah, “Formal education will make you a living; self-education will make you a fortune.” Jim Rohn Saya yakin, dengan ilmu yang anda perolehi ini, jika diamalkan akan membawa anda kepada kesenangan hidup dan kelapangan fikiran. Didik diri anda mengawal kewangan anda melalui ilmu yang diperolehi. Jangan berlengah lagi, mulakannya sekarang (now)! Selamat berjaya!