SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
1 | P a g e
ISI KANDUNGAN
BIL TOPIK MUKA
SURAT
1 PENGENALAN 2
2 BATU SEREMBAN 3
3 GASING 6
4 KONDA KONDI 8
5 SEPAK RAGA 11
6 WAU 16
7 CADANGAN 19
8 RUJUKAN 20
2 | P a g e
PENGENALAN
Permainan tradisional ialah permainan yang telah wujud sejak zaman nenek moyang dahulu kala
lagi. Ia juga dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan tradisional ini boleh dimainkan secara
individu atau berkumpulan. Ianya bergantung kepada jenis permainan yang dimainkan.
Permainan tradisional boleh dimainkan sama ada di dalam rumah atau luar kawasan rumah.
Antara permainan tradisional yang masih dimainkan sehingga ke hari ini ialah wau, gasing,
konda kondi, sepak raga, batu seremban dan galah panjang.
Permainan tradisional ini adalah antara warisan negara yang perlu kita pelihara agar keunikan
negara Malaysia dapat dikekalkan. Permainan tradisional ini juga melambangkan adat, budaya
dan identiti sesuatu bangsa. Permainan ini bukan sahaja dimainkan untuk mengisi masa lapang
malah juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam diri masyarakat setempat. Hubungan
silaturahim ini dapat dipupuk bukan sahaja dalam kalangan ahli kumpulan sahaja tetapi dengan
pihak lawan juga. Selain itu, permainan tradisional membantu masyarakat mengamalkan gaya
hidup sihat kerana majoriti permainan ini dapat membantu mencergaskan tubuh badan. Serta
keunikan permainan tradisional juga mampu menarik minat dan perhatian para pelancong. Hal
ini akan dapat meningkatkan lagi ekonomi penduduk setempat dan negara kita. Akhir sekali,
permainan tradisional ini juga boleh dijadikan salah satu medium pendidikan secara tidak formal.
Para pemain dapat belajar erti hormat menghormati, kasih sayang, dan saling bantu membantu
dalam kalangan pemain tanpa mengira agama, dan etnik. Secara tidak langsung nilai nilai murni
dapat diterapkan dalam diri setiap individu.
3 | P a g e
BATU SEREMBAN
Nama lain bagi batu Seremban ialah selambut ataupun putu mama. Permainan ini tidak
memerlukan kawasan dan waktu yang khas untuk dimainkan. Bilangan permain nya juga tidak
dihadkan dan sekurang-kurang nya adalah dua orang permain.
Permainan batu seremban ini hanya memerlukan biji-biji batu kecil yang bersesuaian dengan saiz
tangan permain. Bagi menambahkan lagi keselesaan permain, batu seremban kini dijahit kecil-
kecil dengan mengunakan kain lebihan dan diisi di dalamnya dengan kacang hijau atau apa-apa
sahaja bijian yang sesuai. Bilangan biji batu seremban juga tidak ditetapkan dan kebiasaan nya
bernombor ganjil seperti lima biji.
Pemenang permainan batu seremban ini ditentukan dengan bilangan mata yang dipungut oleh
individu pemain. Sebelum permainan bermula, penentuan giliran bagi setiap permain ditetapkan.
Kebiasaan nya bagi permainan yang memulakan permainan, dia adalah orang yang paling
berpeluang memungut mata terbanyak. Kebiasaannya, para permain akan meletakkan batu-batu
ini dibelakang tapak tangan sebelum dilambung dan menangkap semula sebanyak batu yang
mungkin menggunakan telapak tangan. Semakin banyak batu yang berjaya ditangkap, semakin
banyak mata yang diperolehi.
Peraturan yang perlu diikuti oleh setiap permain semasa sesi permainan ini berjalan adalah :
a) Selepas batu seremban diselerakkan di atas lantai, permain yang ingin memungut batu
tersebut tidak boleh menyentuh mana-mana batu lain disekitarnya. Jika terdapat permain
yang menyentuhnya, permain itu dianggap ‘mati’ bagi pusingan tersebut.
b) Batu yang dilambung perlu disambut sebelum jatuh ke lantai. Jika permain tidak sempat
meyambut batu yang dilambung tersebut, permain itu juga dianggap ‘mati’ dan mata
tidak akan diambil.
c) Pada setiap tahap permainan, semua bilangan batu yang asal akan dikumpulkan semula
dan diselerakkan di atas lantai untuk tahap yang seterusnya.
4 | P a g e
d) Setelah permain yang sebelumnya atau yang telah mendahului mata membuat kesalahan,
maka permain seterusnya akan memulakan gilirannya.
e) Jika permain telah ‘mati’, permain tersebut hanya boleh menyambung permainan nya di
pusingan yang seterusnya.
f) Setiap permain yang ‘mati’, akan menyambung permainan nya dengan tahap yang
permain itu telah ‘mati’ pada pusingaan sebelumnya.
g) Individu permain itu akan terus bermain bermula dari tahap 1 hingga 10 sekiranya
permain tersebut tidak lagi membuat sebarang kesalahan.
h) Permainan akan diberhentikan jika terdapat pesetujuan bersama daripada setiap permain.
i) Pemenang ditentukan daripada permain yang berjaya memungut mata tertinggi.
Permainan batu seremban atau selambut ini mempunyai empat tahap peringkat permainan. Setiap
pemain perlu melalui tahap pertama dahulu dan seterusnya menghabiskan permainan ini hingga
ke tahap yang ke sepuluh. Cara permainan di setiap tahap adalah seperti berikut :
a) Tahap Pertama
Pada peringkat pertama, pemain perlu mengumpulkan kelima-lima batu kecil dalam genggaman
sebelah telapak tangan. Kemudian, batu-batu tersebut diselerakkan di atas lantai. Pemain perlu
mengambil sebiji batu diantara semua batu yang telah diselerakkan untuk dilambung ke atas.
Sebelum batu yang dilambung itu jatuh kelantai, pemain perlu menangkap sebiji batu di atas
lantai.
b) Tahap Kedua
Pada tahap ini, pemain perlu melambung semula kesemua biji batu seremban hingga ianya
berselerakan di permukaan lantai dan pemain akan memilih sebiji batu. Kemudian, dengan
5 | P a g e
melambung kan sebiji batu tersebut, pemain perlu menangkap dua biji batu lagi yang terdapat di
permukaan lantai. Perbuatan ini berulang sehingga batu tiada lagi batu yang perlu dikutip.
c) Tahap Tiga
Di tahap tiga ini, seperti biasa pemain perlu melambung hingga terseleraknya batu-batu
seremban tersebut. Kemudian, dengan memilih sebiji batu, batu itu dilambung dan dikutip sebiji
lagi batu yang terdapat di permukaan lantai. Selepas itu, tiga biji batu yang masih berbaki di
lantai pula akan dipunggut dengan menggunakan cara yang sama.
d) Tahap Empat
Pada peringkat yang terakhir ini adalah peringkat untuk menimbang batu seremban. Selepas
semua batu dikumpulkan dan digengam di telapak tangan pemain. Pemain perlu melambung
kesemuanya sehingga iannya mendarat di atas permukaan belakang telapak tanggan pemain.
Batu-batu yang berjaya mendarat itu tadi kemudian dilambung dan pemain perlu berjaya
memunggutnya semula sebelum ianya jatuh ke permukaan lantai. Jumlah biji yang berjaya
dikutip pemain yang akan menentukan mata pemain pada pusingan tersebut.
Gambar 1 : Cara pemainan batu seremban
Gambar 2 : Permainan batu seremban
6 | P a g e
GASING
Gasing sememangnya diketahui umum merupakan salah satu permainan tradisional yang masih
dimainkan dan dikekalkan sehingga hari ini. Gasing termasuk dalam salah satu kumpulan
mainan masa lapang dan juga permainan untuk beriadah. Terdapat berbagai bagai cerita yang
berbeza tentang asal usulnya mengikut daerah dan kampung. Ada dikatakan permainan gasing
ini berasal dari Mekah dan dimainkan sejak 450 Masihi. Selepas itu permainan ini dibawa ke
tanah Melayu oleh pedagang pedagang Arab yang datang berdagang di Tanah Melayu. Justeru
itu permainan ini telah mula diperkenalkan semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Masih terdapat satu cerita yang dibawa oleh seorang pemain veteran yang tinggal di Pahang.
Beliau mengatakan permainan ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang
berbentuk bulat dan leper. Apabila dilemparkan alat ini, ia akan berpusing ligat dan melayang
sebelum mengenai binatang dan buruan yang diburu. Kemudian mereka menggunakan tali utuk
mendapatkan pukulan kuat dan kencang. Bertitik tolak dari sinilah permainan ini akhirnya
diminati.
Gasing ini dimain oleh golongan kanak kanak dan dewasa. Terdapat dua jenis gasing kanak
kanak iaitu gasing Cina dan gasing Melayu. Umumnya kaknak kanak suka bermain dengan
gasing Cina. Ianya berbntuk seperti telur, besar dibahagian atas serta tirus di bahagian bawahnya.
Golongan dewasa pula bermain gasing jantung, gasing piring, gasing telur, gasing berembang
dan gasing kepala duri. Gasing ini agak leper dan besar. Gasing ini memerlukan tenaga yang
kuat untuk melilit tali atau melempar gasing.
Terdpat juga berbagai bagai jenis gasing yang biasa di lihat di negeri Pantai Timur kerana
disanalah aktiviti permainan gasing begitu popular. Antaranya terdapat gasing leper Kelantan,
gasing uri, gasing kuno, gasing baba, gasing jantung dan gasing tanjung.
Dalam permainan gasing, pemain mesti mempunyai kemahiran memangkah, mengangkat,
menegak dan membela uri gasing. Langkah langkah yang perlu ada untuk bermain gasing
dengan baik ialah:
7 | P a g e
a) Mengikat Tali
Tali gasing terlebih dahulu diikat pada sebatang pokok dan hujung tali satu lagi diikat pada
kepala gasing. Tali diikat pada gasing sehingga habis. Tali yang diikat pada pokok ditanggalkan
secara perlahan lahan dan diikat pada lengan tangan sambil memegang gasing.
b) Melilit gasing
Melilit gasing dengan cara menekan tali gasing pada leher gasing terlebih dahulu kemudian
barulah dililit disekeliling gasing. Gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan
kanan bersedia untuk melilit. Lilitan pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali
diikat dengan ketat dan kuat.
c) Memusing Gasing
Umumnya untuk pusingan yang biasa diamalkan iaitu bagi pusingan sorong tarik dan pusingan
sentap. Gasing dipegang secara secara mengiring dan dihayun ke belakang. Bagi pusingan
sentap, gaya pusingan adalah pusingan tegak, kuat dan ligat. Pemain memegang gasing dengan
kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Tangan diayun kearah sasaran.
d) Memangkah Gasing
Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran. Terdapat empat gaya
pangkah iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah terbang.
e) Mengangkat Gasing
Sebelum gasing diangkat, pemain menentukan pusingan dan kedudukan gasing. Mencari liuk
pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah ini yang akan diangkat.
Gasing yang hendak diangkat hendaklah dalam keadaan tegak dan tali yang digunakan untuk
mengangkat gasing mestilah dalam keadaan tegang.
Gambar 3 : Buah gasing dan talinya
8 | P a g e
KONDA KONDI
Permainan konda kondi ini memerlukan alat untuk memainkannya. Alat yang digunakan untuk
memainkannya ialah dua batang kayu yang berukuran dua belas hingga lima belas inci panjang
dan sebatang kayu pendek yang berukuran empat hingga lima inci panjang. Batang kayu yang
panjang dikenali sebagai ibu manakala batang kayu yang pendek dinamakan sebagai anak. Untuk
memainkan permainan ini, biasanya ia memerlukan satu kawasan yang lapang di kawasan tanah
yang luas dan berbentuk empat segi. Setiap sisi kawasan ini ditandakan sebagai sempadan dan ia
dikenali sebagai ‘boundary’. Setelah kawasan permainan dipastikan mempunyai sempadan yang
tertentu maka sebuah lubang perlu dibina dan ia perlu dibentuk dengan bentuk bujur iaitu
berukuran 1.5 inci tahap kedalamannya dan lebarnya berukuran 2.5 inci. Lubang yang dibina
dikenali sebagai rumah.
Permainan ini memerlukan dua pasukan iaitu di antara enam hingga lapan orang pemain.
Pasukan akan dipilih mengikut undian. Satu pasukan dikenali sebagai pasukan pemukul dan satu
kumpulan lagi dikenali sebagai pasukan penyambut. Terdapat tiga langkah atau kaedah yang
harus dipatuhi bagi pemain yang berada dalam pasukan pemukul iaitu bagi setiap giliran.
Manakala pasukan yang dikenali sebagai pasukan penyambut akan berkumpul secara rawak di
kawasan yang ditetapkan yang dikenali sebagai ‘boundary’.
Langkah langkah yang harus diikuti ialah:
a) Cungkil
Kayu yang dikenali sebagai kayu anak akan diletakkan dalam keadaan bersilang di dalam
lubang. Pemain pemukul akan mencungkil kayu anak dengan menggunakan kayu ibu sejauh
jarak yang mungkin. Walau bagaimanapun pemain pemukul yang memulakan permainan harus
memastikan kayu anak tidak melepasi sempadan yang dikenali sebagai boundary. Jika kayu
dipukul itu melepasi boundary maka pemain pemukul yang membuat pukulan tersebut akan mati
daripada permainan. Pemain dari kumpulan penyambut pula akan cuba menangkap kayu anak
tersebut. Jika pemain penyambut berjaya menyambut dengan menggunakan dua belah tangannya
maka hanya pemain pemukul pertama yang mati. Dengan sendirinya pasukan penyambut akan
mengambil alih tempat sebagai pasukan pemukul, menggantikan pasukan pemukul yang telah
9 | P a g e
mati. Jika pemain dari pasukan penyambut tidak berjaya menyambut maka salah seorang
daripada peserta penyambut akan cuba membaling kayu anak agar mengenai kayu ibu yang
diletakkan seperti kayu anak tadi. Pasukan penyambut juga boleh menendang atau menampar
kayu anak ketika kayu masih berada di udara bagi mendekatkan jarak balingan ke arah kayu ibu.
Jika semua usaha tidak berjaya, maka pemain pemukul akan meneruskan pula langkah yang
kedua.
b) Kendi
Dalam langkah kedua ini markah akan mula dikira. Kedudukan pemain dari pasukan pemukul
adalah dalam keadaan berdiri. Pada kedudukan ini pemain pemukul akan memukul kayu anak
dengan menggunakan kayu ibu sejauh yang mungkin. Pada kali ini, lubang akan dikawal oleh
pemain pemukul dan seterusnya akan cuba memukul kembali kayu anak pada jarak yang jauh.
Disini markah akan mula diperolehi iaitu markah akan dikira mengikut jarak kayu anak dan
rumah dengan mengira menggunakan kayu ibu. Jika pemukul tidak berjaya memukul kayu anak
dan dia tersasar ke belakang, maka markah akan dikira seperti cara mula tadi. Setelah pemukul
kayu tadi berjaya mendapatkan markah, maka pemain tersebut boleh meneruskan langkah yang
terakhir dalam permainan ini.
c) Ayam
Dalam langkah ini peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pemain adalah sama dengan langkah
yang dilalui dalam peringkat pertama dan kedua. Kedudukan pemain dari pasukan pemukul
adalah dalam keadaan mencangkung menghadap lubang. Kayu anak akan diletakkan di dalam
lubang yang dikenali sebagai rumah dengan hujung kayu anak berdekatan sedikit keluar dari
lubang rumah. Setelah itu kayu anak akan diketuk pada hujung yang terkeluar itu dengan
menggunakan kayu ibu sehingga ia melambung ke atas dan seterusnya pemain pemukul akan
memukul kayu anak tersebut ke hadapan dengan menggunakan kayu ibu. Setelah jarak dikenal
pasti maka pengiraan markah akan dibuat. Walaupun begitu, pemain dari pasukan pemukul boleh
membuat pilihan iaitu dengan menjerit perkataan ayam. Pemain penyambut akan membaling
kayu anak seperti yang dilakukan dalam langkah kedua. Namun begitu, jarak akan diukur dengan
menggunakan kayu anak pula. Kira markah akan dibuat bermula dari kedudukan jarak kayu
sehingga ke lubang rumah.
10 | P a g e
Gambar 4 : Permainan Konda kondi
Gambar 5 : Cara bermain Konda kondi
11 | P a g e
SEPAK RAGA
Permainan tradisional ini dikenali sebagai sepak raga pada asalnya, namun kini telah dikenali
sebagai sepak takraw yang menjadi salah satu sukan tradisional melayu yang dipertandingkan di
peringkat antarabangsa. Permainan tradisional sepak takraw yang dahulu dan kini tidak
mempunyai banyak perbezaan. Penambahan syarat peraturan ketika memainkannya yang
membezakan kedua-dua permainan ini.
Asal usul permainan ini bermaksud punca atau sumber utama sesuatu itu wujud. Permainan
sepak raga ini dikatakan dalam sejarah telah wujud sejak zaman pemerintahan raja-raja Melayu
Melaka abad ke-15 Masihi. Dipetik daripada buku Sejarah Melayu, ianya dimainkan bagi
mengisi masa lapang golongan raja pada ketika itu. Namun ianya turut mendapat sambutan baik
daripada rakyat jelata pada ketika itu yang sehingga kini masih degemari oleh segenap pelosok
dunia.
Dari segi peralatan, permainan sepak raga hanya memerlukan sebuah bolah raga yang diperbuat
daripada buluh rotan. Pada asalnya, bola ini sepak raga ini diperbuat daripada bilah-bilah rotan
yang dianyam menjadi bulat dan besarnya seperti isi buah kelapa yang mempunyai lapisan dua
atau tiga lapis. Namun, seiring dengan peredaran waktu, saiz dan bentuk bola raga turut berubah
menjadi satu lapis anyaman dan saiznya lebih kecil dan ringan dari yang asalnya. Bola raga kini
mestilah mempunyai sembilan hingga sebelas urat dan mempunyai hampir dua belas lubang.
Lilitan sebiji bola raga pula adalah tidak kurang daripada 0.41 meter ( 16 inci ) dan tidak
melebihi 0.43 meter ( 17 inci ). Beratnya pula adalah tidak kurang daripada 160 gram – 180
gram.
Dari segi cara permainan sepak raga pula turut punyai perubahan. Pada asalnya permainan ini
dimainkan dalam kumpulan namun kini ianya dimainkan secara beregu dan tidak melibatkan
ramai pemain dalam satu kumpulan. Cara permainannya yang tidak memerlukan banyak tenaga
disukai oleh segenap lapisan usia. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh para nelayan
malahan golongan kanak-kanak dan muda mudi turut mengemarinya. Permainan ini hanya
memerlukan kecekapan dan kepantasan kaki serta pengecaman mata pemain.
12 | P a g e
Pada masa dahulu, permainan ini dimainkan dalam kumpulan yang kecil dan tidak mempunyai
jangka masa yang ditetapkan kecuali terdapat pertandingan. Ianya dimainkan dalam satu bulatan
yang besar dan seorang permain di tengah dan tugasnya adalah untuk memulakan lambungan
kepada pemain di dalam bulatan. Pemain yang menyambut lambungan bola tersebut boleh
menimbang bola tersebut beberapa kali sebelum menghantarnya kepada pemain seterusnya.
Pemain adalah perlu menimbang bola raga tersebut agar tidak jatuh ke tanah.
Apa yang penting dalam permainan sepak raga ini adalah agar pemain tidak menjatuhkan bola ke
tanah. Pemain yang mampu menimbang bola dengan lebih banyak tanpa menjatuhkannya adalah
antara pemain yang hebat. Lebih lama bola ditimbang lagi seronok pemainan sepak raga dapat
dinikmati oleh para pemain. Jika bola raga jatuh ke tanah. Permainan baru akan dimula semula.
Selain kiraan lambungan bola, kiraan bagi beraapa kali bola raga jatuh ke tanah dalam jangka
masa yang ditetapkan juga diambil kira jika diadakan pertandingan dalam kalangan kumpulan-
kumpulan kecil yang bermain serentak.
Namun, kini permainan ini telah diperbaharui dengan kaedaah beregu diantara dua kumpulan.
Perubahan ini dikatakan mula pada kira-kira akhir tahun 20-an atau lebih awal darinya. Ada juga
maklumat yang mengatanya bermula di Pulau Pinang. Perubahan tersebut berlaku dari segi gaya
permainan dan nama permainan ini pada awalnya dikenali sebagai sepak raga jaring.
Perubahan ini turut diikuti dengan perubahan pada saiz bola raga yang digunakan serta
penetapan beberapa undang-undang yang ditetapkan ketika memainkan permainan sepak raga
jaring. Saiz gelangan juga dikecilkan umpama sama saiznya dengan saiz gelangan badminton.
Namun pemain dibenarkan menyelamatkan bola raga diluar garisan gelangang dan kaki pemain
tidak boleh melebihi jaring ketika libasan dibuat untuk menjatuhkan bola di gelangang pihak
lawan.
Cara permainan sepak raga atau kini dikenali sebagai takraw boleh dibahagikan kepada :
a) Undian
Undian akan dibuat bagi menetukan kumpulan yang akan memulakan permainan. Undian boleh
dilalukan dalam pelbagai cara dan yang paling kerap dilakukan adalah dengan mengunakan
13 | P a g e
lambungan syiling. Kumpulan yang menang undian layak menentukan sama ada ingin
memulakan sepakan bola atau memilih kawasan gelanggang.
b) Sepakan Mula
Sebelum permainan bermula, semua pemain hendaklah berada dalam bulatan dan kawasan servis
masing-masing. Permainan bermula sebaik sahaja pengadil memberikan isyarat kepada pemain
di apit kiri untuk melambungkan bola raga kepada pemain tengah atau dikenali sebagai tekong.
Tekong perlu menyambut bola raga dan menghantarnya ke pihak lawan. Pemain-pemain lain
hanya dibenarkan bergerak selepas tekong yang memulakan servis melambung bola raga
melepasi jaring gelanggang pihak lawan. Pemain pihak lawan pula perlu menyambut bola raga
tersebut dan tiada hak kawasan yang dikenakan. Bola hendaklah disepak melepasi gelanggang
dan mendarat dipihak lawan. Kegagalan mana-mana pasukan untuk menyambut bola raga atau
memberikan servis dan menyebabkannya jatuh ke tanah akan membantu pasukan lawan
mengumpul mata. Serta, mana-mana kumpulan yang dapat mengumpul mata akan memula servis
di pusingan seterusnya.
c) Ketika Permainan
Permainan ini bermula sebaik sahaja bola sepakan awal daripada tekong melepasi jaring.
Manakala pemain pihak lawan perlu menyambut bola tersebut dan menghantar kepada rakan
pasukannya untuk bola raga tersebut itu dihantar semula kepada pihak lawan. Permainan akan
diteruskan selagi bola belum dimatikan atau keluar daripada gelanggang.
d) Tukar Sepak
Tukar sepak ini berlaku apabila kegagalan pasukan pihak lawan menyambut dan membuat servis
selepas tekong menghantar bola di permulaan permainan. Selain itu, situasi ini juga boleh
berlaku apabila, mana-mana pasukan berjaya menjatuhkan bola raga ke gelanggang pihak
lawannya. Mata akan diberikan pada pasukan tersebut, dan pasukan tersebut layak untuk
memulakan permainan. Hal ini boleh berlaku beberapa kali sehingga pihak lawan pula berjaya
mencari mata. Maka tukar sepak akan berlaku semula.
14 | P a g e
e) Kiraan Mata
Hanya pasukan yang berjaya membuat servis sahaja yang layak mendapat mata. Terdapat empat
set bagi setiap perlawanan dan setiap set, pasukan perlu berjaya mengumpul sehingga 15 mata
bagi memenangi set tersebut. Jika setiap pasukan masing-masing berjaya memenangi dua set,
set tambahan akan dibuat. Manakala jika pasukan punya seri pada mata kedudukan mereka
seperti 14-14 maka tiga mata lagi akan ditambah menjadi mata akhirnya 17 dan jika pada
kedudukan 13-13 maka lima mata akan ditambah menjadi 18 mata akhir yang perlu bagi setiap
kumpulan mengutipnya.
f) Bola Keluar / Bola Kandas
Situasi bola keluar berlaku apabila bola raga ini melepasi garisan belakang gelanggang pasukan
yang peryambutnya, dan bola ini tidak lagi disentuh oleh mana-mana pemain dalam pasukan
tersebut. Mata akan diberikan pada pasukan dibahagian gelanggang tersebut. Manakala bola
kandas berlaku apabila tekong yang memulakan permainan gagal membuat servis dan
menghantar bola tersebut ke gelanggang lawan. Mata akan diberikan kepada pasukan lawan.
g) Permainan Tamat
Permainan ini dikira tamat apabila mana-mana pasukan berjaya mengumpul mata akhir. Tiada
had masa yang ditetapkan bagi setiap permainan.
Seterusnya, bagi permainan sepak raga ini terdapat beberapa teknik kemahiran yang perlu ada
bagi setiap pemain. Antaranya adalah teknik menyepak dan mengawal bola. Pemain perlu bijak
mengawal bola dengan melambung bola raga tersebut tanpa bisa jatuh ke tanah. Cara menyepak
bola raga yang betul adalah dengan menggunakan sekitar bahagian buku lali ataubahagian dalam
kaki. Seterusnya, teknik menghantar dan menerima bola adalah antara teknik dimana pemain
akan mengumpan bola kepada rakan sepasukannya dan rakannya akan menerima bola
umpanannya. Selain itu, pemain perlu bijak dalam membuat servis, walaupun pada sepak mula
hanya tekong yang akan memberikan servis, namun servis yang baik mampu menentukan
peluang mata yang akan diperolehi pemain pada awal pemainan. Disamping itu, pemain perlu
mahir dalam teknik menanduk bola dimana pemain perlu menggunakan kepalanya untuk tujuan
mengumoan, menerima, membuat rejaman atau pun menyelamatkan bola dari serangan atau
15 | P a g e
rejaman pihak lawan. Akhir sekali adalah teknik dimana permain perlu membuat libasan atau
turut dikenali sebagai rejaman. Ianya adalah proses untuk mematikan bola kedalam gelanggang
pihak lawan. Antara contoh jenis-jenis libasan yang ada ialah, libasan gunting, libasan gulung
hadapan, libasan belakang, libasan cantas dan juga libasan terbang. Ketepatan dan ketinggian
memainkan peranan yang penting untuk pemain dalam membuat sebarang libasan.
Gelanggang yang bersegi empat bujur dan mempunyai permukaan yang rata digunakan dalam
permain sepak raga ini. Ianya berukuran 44 kaki panjang dan lebih kurang 20 kaki lebar.
Manakala, lebar bagi garisan tepi gelanggang hendaklah tidak lebih daripada 3.8 cm ( 1.5 inci )
dan garisan teras yang lebarnya dengan ukuran yang sama untuk membahagikan gelanggang
kepada dua petak yang sama besar. Serta jaring akan diikat dipertengahan gelanggang dengan
ukuran 5 kaki di bahagian tengan dan 5 kaki 1 inci dibahagian tiang.
Gambar 6 : Perbezaan gelanggang sepak raga dengan sepak takraw
Gambar 7 : Sepak raga
16 | P a g e
WAU
Wau atau juga lebih dikenali sebagai permainan layang layang bagi sebilangan penduduk di
bandar sering dimainkan pada waktu petang. Ianya biasa dimainkan di kawasan lapang seperti
padang dan sebagainya. Wau juga dikenali sebagai teraju tiga dalam kalangan masyarakat pantai
timur. Permainan wau atau layang layang sudah lama wujud dan menjadi permainan rakyat
Malaysia, bahkan ia telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah Melaka,
sekitar tahun 1500M.
Mengikut cerita dahulu kala wau merupakan permainan yang sering dimainkan oleh kanak
kanak. Tiada banyak permainan menjadikan permainan wau popular dalam kalangan golongan
kecil untuk mengisi waktu lapang mereka. Difahamkan bahawa dahulu wau ini diperbuat dari
daun yang tertentu dan diikat dengan tali pada tulang belakang daun. Setelah seimbang dan siap
maka ia dinaikkan di tempat yang mempunyai angin dan ketika sedang asyik bermain tali wau
itu putus. Maka angin yang kuat itu telah menerbangkan wau itu lalu kanak kanak itu menangis
“Wa.., wa.., wa..” maka lahirlah perkataan wau. Tetapi kenyataan ini bukanlah fakta yang jelas
dan masih menjadi persoalan kebenarannya yang dikatakan berkaitan dengan asal usul nama wau
yang dikenali hingga ke hari ini.
Wau-wau yang dihasilkan biasanya megikut idea dan kretiviti si pmbuat wau untuk menjelaskan
kemahiran yang ada serta menyumbangkan sesuatu untuk dihargai oleh orang lain. Antara wau
atau layang layang yang popular di Malaysia ialah:
a) Wau bulan
Wau bulan merupakan wau yang bahagian ekornya menyerupai bulan sabit atau tanduk dan
mengandungi bulan penuh dibahagian labu iaitu di antara bulan sabit dengan sayapnya.
b) Wau kucing
Wau yang bahagian ekornya mempunyai kepala kucing jika diterbalikkan secara grafik.
17 | P a g e
c) Wau merak
Wau yang mempunyai bentuk burung merak.
d) Wau lenggang kebayak
Merupakan wau kucing yang berekor.
e) Wau kapal
Merupakan sebuah wau yang bahagian ekornya berbentuk kapal laut atau kapal layar dan
berasal dari negeri Selangor.
Wau mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Di Malaysia, antara negeri yang mahir membuat wau
ialah di negeri Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim dan juga Terengganu Darul Iman.
Kadangkala pembuatan wau mengambil masa yang lama. Pengambilan masa yang lama ini
merangkumi dari kerja kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka wau, proses mengimbangkan
serta menstabilkan kepak wau sehinggalah kepada kerja kerja melekatkan kertas pada rangka
wau tersebut yang kadangkala mengambil masa dua minggu. Biasanya rangka wau diperbuat
daripada buluh yang diraut rapi dengan mempunyai ukuran ukuran tertentu. Rangka buluh tulang
belakang lebih besar berbanding daripada saiz kepaknya, kemudiaan ia diikat dengan
menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan atau direka akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lut
sinar dengan berlainan warna. Lapisan yang pertama perlu menggunakan kertas berkilat dan
berwarna putih sebagai latar belakang sesebuah wau. Lapisan kedua menggunakan warna yang
berbeza dan ia bercorak awan larat iaitu seperti bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang
telah ditebuk. Pada lapisan ketiga sesebuah wau pula corak berlainan yang dihasilkan iaitu yang
telah ditebuk akan ditampalkan. Lapisan kedua dan ketiga diperlukan adalah untuk mencantikkan
lagi wau yang bakal dihasilkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta di hujung kiri dan
kanan kepak, wau yang dihasilkan akan dihiasi dengan rambu rambu halus yang berwarna warni
untuk menambah kecantikan sesebuah wau. Busul wau diregangkan di bahagian belakang
tengkuk wau agar ia mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan di udara.
18 | P a g e
Busul wau diperbuat daripada daun rumbia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu
dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak
dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mngimbangi wau apabila telah bersedia untuk
diterbangkan. Jelasnya setiap wau mesti mempunyai kepala, kepak, pinggang dan ekor. Setiap
satu bahagian perlu penelitian agar wau yang dihasilkan kelihatan menarik serta boleh dimainkan
dengan baik.
Gambar 8 : Jenis wau
19 | P a g e
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Permainan tradiasional rakyat adalah permainan yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim akyat
sekelilingnya. Permainan ini perlu dipelajari oleh anak-anak muda kini agar tradisi permainan ini tidak
lupus ditelan zaman. Usaha pihak-pihak tertentu dalam mengekalnya dengan mengadakan acara-acara
pertandingan permainan tradisional ini perlu diperluaskan bukan sahaja diperingkat sekolah malahan
diperingkat pusat-pusat bandar yang jelas kurangnya acara-acara seperti ini. Kebiasaannya, pertandingan
seperti ini hanya diadakan di peringkat sekolah dan di kawasan-kawasan kampung. Kita perlu memecah
tradisi ini, agar rakyat dibandar turut sama mengenali permainan tradisional ini. Hal ini kerana,
pemainan tradisional ini bukan sahaja dapat memupuk ukhuwah , malahan juga dapat membantu
pemainnya menyihatkan tubuh badan dengan mengurangkan penggunaan bahan teknologi seperti
bermain permainan di dalam telefon pintar. Dengan menggunakan teknologi untuk mendapatkan
kesoronokan tanpa mengeluarkan sebarang peluh adalah tidak wajar dan perlu dikurangkan oleh anak-
anak muda celik teknologi pada masa kini.
Kesimpulannya, sesungguhnya Malaysia kaya dengan berbagai tradisi antaranya adalah dari aspek
permainan tradisionalnya. Permainan tradisional sewajarnya dijadikan mainan wajib generasi kini dan
seterusnya bukan hanya dijadikan sebagai satu pengetahuan yang tidak dipraktikkan. Tradisi zaman
dahulu melambangkan betapa berusaha dan gigihnya rakyat terdahulu mencari keseronokan disamping
berkomunikasi secara berhadapan. Bukan seperti kini, yang jauh dijadikan kawan tetapi yang dihadapan
mata diabaikan. Semoga permainan tradisi ini tidak menjadi salah satu perkara yang pupus ditelan
peredaran zaman.
20 | P a g e
RUJUKAN
1. Fieda. 2003. Permainan Gasing. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
2. Fieda. 2003. Permainan Konda Kondi. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
3. Fieda. 2003. Permainan Wau. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
4. Fieda. 2003. Permainan Batu Seremban. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
5. Fieda. 2003. Permainan Sepak Raga. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

More Related Content

What's hot

permainan tradisional
permainan tradisional permainan tradisional
permainan tradisional Mitha Ye Es
 
Permainan Tradisional Kelompok 5
Permainan Tradisional Kelompok 5Permainan Tradisional Kelompok 5
Permainan Tradisional Kelompok 5Mitha Ye Es
 
Bm permainan tradisional
Bm permainan tradisionalBm permainan tradisional
Bm permainan tradisionallimsiokc
 
Permainan Tradisional Kelompok 2
Permainan Tradisional  Kelompok 2Permainan Tradisional  Kelompok 2
Permainan Tradisional Kelompok 2Mitha Ye Es
 
Permainan olahraga tanpa alat
Permainan olahraga tanpa alatPermainan olahraga tanpa alat
Permainan olahraga tanpa alatridwansoleh
 
Mainan tradisional
Mainan tradisionalMainan tradisional
Mainan tradisionalHooda Hudaya
 

What's hot (7)

permainan tradisional
permainan tradisional permainan tradisional
permainan tradisional
 
Permainan Tradisional Kelompok 5
Permainan Tradisional Kelompok 5Permainan Tradisional Kelompok 5
Permainan Tradisional Kelompok 5
 
Bm permainan tradisional
Bm permainan tradisionalBm permainan tradisional
Bm permainan tradisional
 
Guli
GuliGuli
Guli
 
Permainan Tradisional Kelompok 2
Permainan Tradisional  Kelompok 2Permainan Tradisional  Kelompok 2
Permainan Tradisional Kelompok 2
 
Permainan olahraga tanpa alat
Permainan olahraga tanpa alatPermainan olahraga tanpa alat
Permainan olahraga tanpa alat
 
Mainan tradisional
Mainan tradisionalMainan tradisional
Mainan tradisional
 

Similar to Permainan Tradisional

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELAS
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELASPERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELAS
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELASbmhairul10
 
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...Guo Jing Lim
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)chaisy
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)Hong Inn Looi
 
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKANkuangwei94
 
2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukanbingzhen ho
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)Tingting Wong
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)Tingting Wong
 
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...Guo Jing Lim
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)Vinnie Liong
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)SinceNg
 
2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukanPei Yiing
 
Permainan Tradisional Kelompok 6
Permainan Tradisional Kelompok 6Permainan Tradisional Kelompok 6
Permainan Tradisional Kelompok 6Mitha Ye Es
 
Permainan Tradisional Kelompok 4
Permainan Tradisional  Kelompok 4Permainan Tradisional  Kelompok 4
Permainan Tradisional Kelompok 4Mitha Ye Es
 
Permainan Tradisional Kelompok 3
Permainan Tradisional  Kelompok 3Permainan Tradisional  Kelompok 3
Permainan Tradisional Kelompok 3Mitha Ye Es
 
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptxPERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptxNOORAZNIERABINTIISMA
 

Similar to Permainan Tradisional (20)

Statak wm
Statak wmStatak wm
Statak wm
 
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELAS
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELASPERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELAS
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA-KETIGA BELAS
 
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
 
2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan
 
Dolanan tradisional
Dolanan tradisionalDolanan tradisional
Dolanan tradisional
 
Permainan Tradisional Kelompok 6
Permainan Tradisional Kelompok 6Permainan Tradisional Kelompok 6
Permainan Tradisional Kelompok 6
 
Permainan Tradisional Kelompok 4
Permainan Tradisional  Kelompok 4Permainan Tradisional  Kelompok 4
Permainan Tradisional Kelompok 4
 
Kartu remi
Kartu remiKartu remi
Kartu remi
 
Permainan Tradisional Kelompok 3
Permainan Tradisional  Kelompok 3Permainan Tradisional  Kelompok 3
Permainan Tradisional Kelompok 3
 
Monday
MondayMonday
Monday
 
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptxPERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
 

Permainan Tradisional

  • 1. 1 | P a g e ISI KANDUNGAN BIL TOPIK MUKA SURAT 1 PENGENALAN 2 2 BATU SEREMBAN 3 3 GASING 6 4 KONDA KONDI 8 5 SEPAK RAGA 11 6 WAU 16 7 CADANGAN 19 8 RUJUKAN 20
  • 2. 2 | P a g e PENGENALAN Permainan tradisional ialah permainan yang telah wujud sejak zaman nenek moyang dahulu kala lagi. Ia juga dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan tradisional ini boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan. Ianya bergantung kepada jenis permainan yang dimainkan. Permainan tradisional boleh dimainkan sama ada di dalam rumah atau luar kawasan rumah. Antara permainan tradisional yang masih dimainkan sehingga ke hari ini ialah wau, gasing, konda kondi, sepak raga, batu seremban dan galah panjang. Permainan tradisional ini adalah antara warisan negara yang perlu kita pelihara agar keunikan negara Malaysia dapat dikekalkan. Permainan tradisional ini juga melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Permainan ini bukan sahaja dimainkan untuk mengisi masa lapang malah juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam diri masyarakat setempat. Hubungan silaturahim ini dapat dipupuk bukan sahaja dalam kalangan ahli kumpulan sahaja tetapi dengan pihak lawan juga. Selain itu, permainan tradisional membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat kerana majoriti permainan ini dapat membantu mencergaskan tubuh badan. Serta keunikan permainan tradisional juga mampu menarik minat dan perhatian para pelancong. Hal ini akan dapat meningkatkan lagi ekonomi penduduk setempat dan negara kita. Akhir sekali, permainan tradisional ini juga boleh dijadikan salah satu medium pendidikan secara tidak formal. Para pemain dapat belajar erti hormat menghormati, kasih sayang, dan saling bantu membantu dalam kalangan pemain tanpa mengira agama, dan etnik. Secara tidak langsung nilai nilai murni dapat diterapkan dalam diri setiap individu.
  • 3. 3 | P a g e BATU SEREMBAN Nama lain bagi batu Seremban ialah selambut ataupun putu mama. Permainan ini tidak memerlukan kawasan dan waktu yang khas untuk dimainkan. Bilangan permain nya juga tidak dihadkan dan sekurang-kurang nya adalah dua orang permain. Permainan batu seremban ini hanya memerlukan biji-biji batu kecil yang bersesuaian dengan saiz tangan permain. Bagi menambahkan lagi keselesaan permain, batu seremban kini dijahit kecil- kecil dengan mengunakan kain lebihan dan diisi di dalamnya dengan kacang hijau atau apa-apa sahaja bijian yang sesuai. Bilangan biji batu seremban juga tidak ditetapkan dan kebiasaan nya bernombor ganjil seperti lima biji. Pemenang permainan batu seremban ini ditentukan dengan bilangan mata yang dipungut oleh individu pemain. Sebelum permainan bermula, penentuan giliran bagi setiap permain ditetapkan. Kebiasaan nya bagi permainan yang memulakan permainan, dia adalah orang yang paling berpeluang memungut mata terbanyak. Kebiasaannya, para permain akan meletakkan batu-batu ini dibelakang tapak tangan sebelum dilambung dan menangkap semula sebanyak batu yang mungkin menggunakan telapak tangan. Semakin banyak batu yang berjaya ditangkap, semakin banyak mata yang diperolehi. Peraturan yang perlu diikuti oleh setiap permain semasa sesi permainan ini berjalan adalah : a) Selepas batu seremban diselerakkan di atas lantai, permain yang ingin memungut batu tersebut tidak boleh menyentuh mana-mana batu lain disekitarnya. Jika terdapat permain yang menyentuhnya, permain itu dianggap ‘mati’ bagi pusingan tersebut. b) Batu yang dilambung perlu disambut sebelum jatuh ke lantai. Jika permain tidak sempat meyambut batu yang dilambung tersebut, permain itu juga dianggap ‘mati’ dan mata tidak akan diambil. c) Pada setiap tahap permainan, semua bilangan batu yang asal akan dikumpulkan semula dan diselerakkan di atas lantai untuk tahap yang seterusnya.
  • 4. 4 | P a g e d) Setelah permain yang sebelumnya atau yang telah mendahului mata membuat kesalahan, maka permain seterusnya akan memulakan gilirannya. e) Jika permain telah ‘mati’, permain tersebut hanya boleh menyambung permainan nya di pusingan yang seterusnya. f) Setiap permain yang ‘mati’, akan menyambung permainan nya dengan tahap yang permain itu telah ‘mati’ pada pusingaan sebelumnya. g) Individu permain itu akan terus bermain bermula dari tahap 1 hingga 10 sekiranya permain tersebut tidak lagi membuat sebarang kesalahan. h) Permainan akan diberhentikan jika terdapat pesetujuan bersama daripada setiap permain. i) Pemenang ditentukan daripada permain yang berjaya memungut mata tertinggi. Permainan batu seremban atau selambut ini mempunyai empat tahap peringkat permainan. Setiap pemain perlu melalui tahap pertama dahulu dan seterusnya menghabiskan permainan ini hingga ke tahap yang ke sepuluh. Cara permainan di setiap tahap adalah seperti berikut : a) Tahap Pertama Pada peringkat pertama, pemain perlu mengumpulkan kelima-lima batu kecil dalam genggaman sebelah telapak tangan. Kemudian, batu-batu tersebut diselerakkan di atas lantai. Pemain perlu mengambil sebiji batu diantara semua batu yang telah diselerakkan untuk dilambung ke atas. Sebelum batu yang dilambung itu jatuh kelantai, pemain perlu menangkap sebiji batu di atas lantai. b) Tahap Kedua Pada tahap ini, pemain perlu melambung semula kesemua biji batu seremban hingga ianya berselerakan di permukaan lantai dan pemain akan memilih sebiji batu. Kemudian, dengan
  • 5. 5 | P a g e melambung kan sebiji batu tersebut, pemain perlu menangkap dua biji batu lagi yang terdapat di permukaan lantai. Perbuatan ini berulang sehingga batu tiada lagi batu yang perlu dikutip. c) Tahap Tiga Di tahap tiga ini, seperti biasa pemain perlu melambung hingga terseleraknya batu-batu seremban tersebut. Kemudian, dengan memilih sebiji batu, batu itu dilambung dan dikutip sebiji lagi batu yang terdapat di permukaan lantai. Selepas itu, tiga biji batu yang masih berbaki di lantai pula akan dipunggut dengan menggunakan cara yang sama. d) Tahap Empat Pada peringkat yang terakhir ini adalah peringkat untuk menimbang batu seremban. Selepas semua batu dikumpulkan dan digengam di telapak tangan pemain. Pemain perlu melambung kesemuanya sehingga iannya mendarat di atas permukaan belakang telapak tanggan pemain. Batu-batu yang berjaya mendarat itu tadi kemudian dilambung dan pemain perlu berjaya memunggutnya semula sebelum ianya jatuh ke permukaan lantai. Jumlah biji yang berjaya dikutip pemain yang akan menentukan mata pemain pada pusingan tersebut. Gambar 1 : Cara pemainan batu seremban Gambar 2 : Permainan batu seremban
  • 6. 6 | P a g e GASING Gasing sememangnya diketahui umum merupakan salah satu permainan tradisional yang masih dimainkan dan dikekalkan sehingga hari ini. Gasing termasuk dalam salah satu kumpulan mainan masa lapang dan juga permainan untuk beriadah. Terdapat berbagai bagai cerita yang berbeza tentang asal usulnya mengikut daerah dan kampung. Ada dikatakan permainan gasing ini berasal dari Mekah dan dimainkan sejak 450 Masihi. Selepas itu permainan ini dibawa ke tanah Melayu oleh pedagang pedagang Arab yang datang berdagang di Tanah Melayu. Justeru itu permainan ini telah mula diperkenalkan semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Masih terdapat satu cerita yang dibawa oleh seorang pemain veteran yang tinggal di Pahang. Beliau mengatakan permainan ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Apabila dilemparkan alat ini, ia akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang dan buruan yang diburu. Kemudian mereka menggunakan tali utuk mendapatkan pukulan kuat dan kencang. Bertitik tolak dari sinilah permainan ini akhirnya diminati. Gasing ini dimain oleh golongan kanak kanak dan dewasa. Terdapat dua jenis gasing kanak kanak iaitu gasing Cina dan gasing Melayu. Umumnya kaknak kanak suka bermain dengan gasing Cina. Ianya berbntuk seperti telur, besar dibahagian atas serta tirus di bahagian bawahnya. Golongan dewasa pula bermain gasing jantung, gasing piring, gasing telur, gasing berembang dan gasing kepala duri. Gasing ini agak leper dan besar. Gasing ini memerlukan tenaga yang kuat untuk melilit tali atau melempar gasing. Terdpat juga berbagai bagai jenis gasing yang biasa di lihat di negeri Pantai Timur kerana disanalah aktiviti permainan gasing begitu popular. Antaranya terdapat gasing leper Kelantan, gasing uri, gasing kuno, gasing baba, gasing jantung dan gasing tanjung. Dalam permainan gasing, pemain mesti mempunyai kemahiran memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Langkah langkah yang perlu ada untuk bermain gasing dengan baik ialah:
  • 7. 7 | P a g e a) Mengikat Tali Tali gasing terlebih dahulu diikat pada sebatang pokok dan hujung tali satu lagi diikat pada kepala gasing. Tali diikat pada gasing sehingga habis. Tali yang diikat pada pokok ditanggalkan secara perlahan lahan dan diikat pada lengan tangan sambil memegang gasing. b) Melilit gasing Melilit gasing dengan cara menekan tali gasing pada leher gasing terlebih dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan bersedia untuk melilit. Lilitan pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali diikat dengan ketat dan kuat. c) Memusing Gasing Umumnya untuk pusingan yang biasa diamalkan iaitu bagi pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Gasing dipegang secara secara mengiring dan dihayun ke belakang. Bagi pusingan sentap, gaya pusingan adalah pusingan tegak, kuat dan ligat. Pemain memegang gasing dengan kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Tangan diayun kearah sasaran. d) Memangkah Gasing Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran. Terdapat empat gaya pangkah iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah terbang. e) Mengangkat Gasing Sebelum gasing diangkat, pemain menentukan pusingan dan kedudukan gasing. Mencari liuk pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah ini yang akan diangkat. Gasing yang hendak diangkat hendaklah dalam keadaan tegak dan tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah dalam keadaan tegang. Gambar 3 : Buah gasing dan talinya
  • 8. 8 | P a g e KONDA KONDI Permainan konda kondi ini memerlukan alat untuk memainkannya. Alat yang digunakan untuk memainkannya ialah dua batang kayu yang berukuran dua belas hingga lima belas inci panjang dan sebatang kayu pendek yang berukuran empat hingga lima inci panjang. Batang kayu yang panjang dikenali sebagai ibu manakala batang kayu yang pendek dinamakan sebagai anak. Untuk memainkan permainan ini, biasanya ia memerlukan satu kawasan yang lapang di kawasan tanah yang luas dan berbentuk empat segi. Setiap sisi kawasan ini ditandakan sebagai sempadan dan ia dikenali sebagai ‘boundary’. Setelah kawasan permainan dipastikan mempunyai sempadan yang tertentu maka sebuah lubang perlu dibina dan ia perlu dibentuk dengan bentuk bujur iaitu berukuran 1.5 inci tahap kedalamannya dan lebarnya berukuran 2.5 inci. Lubang yang dibina dikenali sebagai rumah. Permainan ini memerlukan dua pasukan iaitu di antara enam hingga lapan orang pemain. Pasukan akan dipilih mengikut undian. Satu pasukan dikenali sebagai pasukan pemukul dan satu kumpulan lagi dikenali sebagai pasukan penyambut. Terdapat tiga langkah atau kaedah yang harus dipatuhi bagi pemain yang berada dalam pasukan pemukul iaitu bagi setiap giliran. Manakala pasukan yang dikenali sebagai pasukan penyambut akan berkumpul secara rawak di kawasan yang ditetapkan yang dikenali sebagai ‘boundary’. Langkah langkah yang harus diikuti ialah: a) Cungkil Kayu yang dikenali sebagai kayu anak akan diletakkan dalam keadaan bersilang di dalam lubang. Pemain pemukul akan mencungkil kayu anak dengan menggunakan kayu ibu sejauh jarak yang mungkin. Walau bagaimanapun pemain pemukul yang memulakan permainan harus memastikan kayu anak tidak melepasi sempadan yang dikenali sebagai boundary. Jika kayu dipukul itu melepasi boundary maka pemain pemukul yang membuat pukulan tersebut akan mati daripada permainan. Pemain dari kumpulan penyambut pula akan cuba menangkap kayu anak tersebut. Jika pemain penyambut berjaya menyambut dengan menggunakan dua belah tangannya maka hanya pemain pemukul pertama yang mati. Dengan sendirinya pasukan penyambut akan mengambil alih tempat sebagai pasukan pemukul, menggantikan pasukan pemukul yang telah
  • 9. 9 | P a g e mati. Jika pemain dari pasukan penyambut tidak berjaya menyambut maka salah seorang daripada peserta penyambut akan cuba membaling kayu anak agar mengenai kayu ibu yang diletakkan seperti kayu anak tadi. Pasukan penyambut juga boleh menendang atau menampar kayu anak ketika kayu masih berada di udara bagi mendekatkan jarak balingan ke arah kayu ibu. Jika semua usaha tidak berjaya, maka pemain pemukul akan meneruskan pula langkah yang kedua. b) Kendi Dalam langkah kedua ini markah akan mula dikira. Kedudukan pemain dari pasukan pemukul adalah dalam keadaan berdiri. Pada kedudukan ini pemain pemukul akan memukul kayu anak dengan menggunakan kayu ibu sejauh yang mungkin. Pada kali ini, lubang akan dikawal oleh pemain pemukul dan seterusnya akan cuba memukul kembali kayu anak pada jarak yang jauh. Disini markah akan mula diperolehi iaitu markah akan dikira mengikut jarak kayu anak dan rumah dengan mengira menggunakan kayu ibu. Jika pemukul tidak berjaya memukul kayu anak dan dia tersasar ke belakang, maka markah akan dikira seperti cara mula tadi. Setelah pemukul kayu tadi berjaya mendapatkan markah, maka pemain tersebut boleh meneruskan langkah yang terakhir dalam permainan ini. c) Ayam Dalam langkah ini peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pemain adalah sama dengan langkah yang dilalui dalam peringkat pertama dan kedua. Kedudukan pemain dari pasukan pemukul adalah dalam keadaan mencangkung menghadap lubang. Kayu anak akan diletakkan di dalam lubang yang dikenali sebagai rumah dengan hujung kayu anak berdekatan sedikit keluar dari lubang rumah. Setelah itu kayu anak akan diketuk pada hujung yang terkeluar itu dengan menggunakan kayu ibu sehingga ia melambung ke atas dan seterusnya pemain pemukul akan memukul kayu anak tersebut ke hadapan dengan menggunakan kayu ibu. Setelah jarak dikenal pasti maka pengiraan markah akan dibuat. Walaupun begitu, pemain dari pasukan pemukul boleh membuat pilihan iaitu dengan menjerit perkataan ayam. Pemain penyambut akan membaling kayu anak seperti yang dilakukan dalam langkah kedua. Namun begitu, jarak akan diukur dengan menggunakan kayu anak pula. Kira markah akan dibuat bermula dari kedudukan jarak kayu sehingga ke lubang rumah.
  • 10. 10 | P a g e Gambar 4 : Permainan Konda kondi Gambar 5 : Cara bermain Konda kondi
  • 11. 11 | P a g e SEPAK RAGA Permainan tradisional ini dikenali sebagai sepak raga pada asalnya, namun kini telah dikenali sebagai sepak takraw yang menjadi salah satu sukan tradisional melayu yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Permainan tradisional sepak takraw yang dahulu dan kini tidak mempunyai banyak perbezaan. Penambahan syarat peraturan ketika memainkannya yang membezakan kedua-dua permainan ini. Asal usul permainan ini bermaksud punca atau sumber utama sesuatu itu wujud. Permainan sepak raga ini dikatakan dalam sejarah telah wujud sejak zaman pemerintahan raja-raja Melayu Melaka abad ke-15 Masihi. Dipetik daripada buku Sejarah Melayu, ianya dimainkan bagi mengisi masa lapang golongan raja pada ketika itu. Namun ianya turut mendapat sambutan baik daripada rakyat jelata pada ketika itu yang sehingga kini masih degemari oleh segenap pelosok dunia. Dari segi peralatan, permainan sepak raga hanya memerlukan sebuah bolah raga yang diperbuat daripada buluh rotan. Pada asalnya, bola ini sepak raga ini diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam menjadi bulat dan besarnya seperti isi buah kelapa yang mempunyai lapisan dua atau tiga lapis. Namun, seiring dengan peredaran waktu, saiz dan bentuk bola raga turut berubah menjadi satu lapis anyaman dan saiznya lebih kecil dan ringan dari yang asalnya. Bola raga kini mestilah mempunyai sembilan hingga sebelas urat dan mempunyai hampir dua belas lubang. Lilitan sebiji bola raga pula adalah tidak kurang daripada 0.41 meter ( 16 inci ) dan tidak melebihi 0.43 meter ( 17 inci ). Beratnya pula adalah tidak kurang daripada 160 gram – 180 gram. Dari segi cara permainan sepak raga pula turut punyai perubahan. Pada asalnya permainan ini dimainkan dalam kumpulan namun kini ianya dimainkan secara beregu dan tidak melibatkan ramai pemain dalam satu kumpulan. Cara permainannya yang tidak memerlukan banyak tenaga disukai oleh segenap lapisan usia. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh para nelayan malahan golongan kanak-kanak dan muda mudi turut mengemarinya. Permainan ini hanya memerlukan kecekapan dan kepantasan kaki serta pengecaman mata pemain.
  • 12. 12 | P a g e Pada masa dahulu, permainan ini dimainkan dalam kumpulan yang kecil dan tidak mempunyai jangka masa yang ditetapkan kecuali terdapat pertandingan. Ianya dimainkan dalam satu bulatan yang besar dan seorang permain di tengah dan tugasnya adalah untuk memulakan lambungan kepada pemain di dalam bulatan. Pemain yang menyambut lambungan bola tersebut boleh menimbang bola tersebut beberapa kali sebelum menghantarnya kepada pemain seterusnya. Pemain adalah perlu menimbang bola raga tersebut agar tidak jatuh ke tanah. Apa yang penting dalam permainan sepak raga ini adalah agar pemain tidak menjatuhkan bola ke tanah. Pemain yang mampu menimbang bola dengan lebih banyak tanpa menjatuhkannya adalah antara pemain yang hebat. Lebih lama bola ditimbang lagi seronok pemainan sepak raga dapat dinikmati oleh para pemain. Jika bola raga jatuh ke tanah. Permainan baru akan dimula semula. Selain kiraan lambungan bola, kiraan bagi beraapa kali bola raga jatuh ke tanah dalam jangka masa yang ditetapkan juga diambil kira jika diadakan pertandingan dalam kalangan kumpulan- kumpulan kecil yang bermain serentak. Namun, kini permainan ini telah diperbaharui dengan kaedaah beregu diantara dua kumpulan. Perubahan ini dikatakan mula pada kira-kira akhir tahun 20-an atau lebih awal darinya. Ada juga maklumat yang mengatanya bermula di Pulau Pinang. Perubahan tersebut berlaku dari segi gaya permainan dan nama permainan ini pada awalnya dikenali sebagai sepak raga jaring. Perubahan ini turut diikuti dengan perubahan pada saiz bola raga yang digunakan serta penetapan beberapa undang-undang yang ditetapkan ketika memainkan permainan sepak raga jaring. Saiz gelangan juga dikecilkan umpama sama saiznya dengan saiz gelangan badminton. Namun pemain dibenarkan menyelamatkan bola raga diluar garisan gelangang dan kaki pemain tidak boleh melebihi jaring ketika libasan dibuat untuk menjatuhkan bola di gelangang pihak lawan. Cara permainan sepak raga atau kini dikenali sebagai takraw boleh dibahagikan kepada : a) Undian Undian akan dibuat bagi menetukan kumpulan yang akan memulakan permainan. Undian boleh dilalukan dalam pelbagai cara dan yang paling kerap dilakukan adalah dengan mengunakan
  • 13. 13 | P a g e lambungan syiling. Kumpulan yang menang undian layak menentukan sama ada ingin memulakan sepakan bola atau memilih kawasan gelanggang. b) Sepakan Mula Sebelum permainan bermula, semua pemain hendaklah berada dalam bulatan dan kawasan servis masing-masing. Permainan bermula sebaik sahaja pengadil memberikan isyarat kepada pemain di apit kiri untuk melambungkan bola raga kepada pemain tengah atau dikenali sebagai tekong. Tekong perlu menyambut bola raga dan menghantarnya ke pihak lawan. Pemain-pemain lain hanya dibenarkan bergerak selepas tekong yang memulakan servis melambung bola raga melepasi jaring gelanggang pihak lawan. Pemain pihak lawan pula perlu menyambut bola raga tersebut dan tiada hak kawasan yang dikenakan. Bola hendaklah disepak melepasi gelanggang dan mendarat dipihak lawan. Kegagalan mana-mana pasukan untuk menyambut bola raga atau memberikan servis dan menyebabkannya jatuh ke tanah akan membantu pasukan lawan mengumpul mata. Serta, mana-mana kumpulan yang dapat mengumpul mata akan memula servis di pusingan seterusnya. c) Ketika Permainan Permainan ini bermula sebaik sahaja bola sepakan awal daripada tekong melepasi jaring. Manakala pemain pihak lawan perlu menyambut bola tersebut dan menghantar kepada rakan pasukannya untuk bola raga tersebut itu dihantar semula kepada pihak lawan. Permainan akan diteruskan selagi bola belum dimatikan atau keluar daripada gelanggang. d) Tukar Sepak Tukar sepak ini berlaku apabila kegagalan pasukan pihak lawan menyambut dan membuat servis selepas tekong menghantar bola di permulaan permainan. Selain itu, situasi ini juga boleh berlaku apabila, mana-mana pasukan berjaya menjatuhkan bola raga ke gelanggang pihak lawannya. Mata akan diberikan pada pasukan tersebut, dan pasukan tersebut layak untuk memulakan permainan. Hal ini boleh berlaku beberapa kali sehingga pihak lawan pula berjaya mencari mata. Maka tukar sepak akan berlaku semula.
  • 14. 14 | P a g e e) Kiraan Mata Hanya pasukan yang berjaya membuat servis sahaja yang layak mendapat mata. Terdapat empat set bagi setiap perlawanan dan setiap set, pasukan perlu berjaya mengumpul sehingga 15 mata bagi memenangi set tersebut. Jika setiap pasukan masing-masing berjaya memenangi dua set, set tambahan akan dibuat. Manakala jika pasukan punya seri pada mata kedudukan mereka seperti 14-14 maka tiga mata lagi akan ditambah menjadi mata akhirnya 17 dan jika pada kedudukan 13-13 maka lima mata akan ditambah menjadi 18 mata akhir yang perlu bagi setiap kumpulan mengutipnya. f) Bola Keluar / Bola Kandas Situasi bola keluar berlaku apabila bola raga ini melepasi garisan belakang gelanggang pasukan yang peryambutnya, dan bola ini tidak lagi disentuh oleh mana-mana pemain dalam pasukan tersebut. Mata akan diberikan pada pasukan dibahagian gelanggang tersebut. Manakala bola kandas berlaku apabila tekong yang memulakan permainan gagal membuat servis dan menghantar bola tersebut ke gelanggang lawan. Mata akan diberikan kepada pasukan lawan. g) Permainan Tamat Permainan ini dikira tamat apabila mana-mana pasukan berjaya mengumpul mata akhir. Tiada had masa yang ditetapkan bagi setiap permainan. Seterusnya, bagi permainan sepak raga ini terdapat beberapa teknik kemahiran yang perlu ada bagi setiap pemain. Antaranya adalah teknik menyepak dan mengawal bola. Pemain perlu bijak mengawal bola dengan melambung bola raga tersebut tanpa bisa jatuh ke tanah. Cara menyepak bola raga yang betul adalah dengan menggunakan sekitar bahagian buku lali ataubahagian dalam kaki. Seterusnya, teknik menghantar dan menerima bola adalah antara teknik dimana pemain akan mengumpan bola kepada rakan sepasukannya dan rakannya akan menerima bola umpanannya. Selain itu, pemain perlu bijak dalam membuat servis, walaupun pada sepak mula hanya tekong yang akan memberikan servis, namun servis yang baik mampu menentukan peluang mata yang akan diperolehi pemain pada awal pemainan. Disamping itu, pemain perlu mahir dalam teknik menanduk bola dimana pemain perlu menggunakan kepalanya untuk tujuan mengumoan, menerima, membuat rejaman atau pun menyelamatkan bola dari serangan atau
  • 15. 15 | P a g e rejaman pihak lawan. Akhir sekali adalah teknik dimana permain perlu membuat libasan atau turut dikenali sebagai rejaman. Ianya adalah proses untuk mematikan bola kedalam gelanggang pihak lawan. Antara contoh jenis-jenis libasan yang ada ialah, libasan gunting, libasan gulung hadapan, libasan belakang, libasan cantas dan juga libasan terbang. Ketepatan dan ketinggian memainkan peranan yang penting untuk pemain dalam membuat sebarang libasan. Gelanggang yang bersegi empat bujur dan mempunyai permukaan yang rata digunakan dalam permain sepak raga ini. Ianya berukuran 44 kaki panjang dan lebih kurang 20 kaki lebar. Manakala, lebar bagi garisan tepi gelanggang hendaklah tidak lebih daripada 3.8 cm ( 1.5 inci ) dan garisan teras yang lebarnya dengan ukuran yang sama untuk membahagikan gelanggang kepada dua petak yang sama besar. Serta jaring akan diikat dipertengahan gelanggang dengan ukuran 5 kaki di bahagian tengan dan 5 kaki 1 inci dibahagian tiang. Gambar 6 : Perbezaan gelanggang sepak raga dengan sepak takraw Gambar 7 : Sepak raga
  • 16. 16 | P a g e WAU Wau atau juga lebih dikenali sebagai permainan layang layang bagi sebilangan penduduk di bandar sering dimainkan pada waktu petang. Ianya biasa dimainkan di kawasan lapang seperti padang dan sebagainya. Wau juga dikenali sebagai teraju tiga dalam kalangan masyarakat pantai timur. Permainan wau atau layang layang sudah lama wujud dan menjadi permainan rakyat Malaysia, bahkan ia telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah Melaka, sekitar tahun 1500M. Mengikut cerita dahulu kala wau merupakan permainan yang sering dimainkan oleh kanak kanak. Tiada banyak permainan menjadikan permainan wau popular dalam kalangan golongan kecil untuk mengisi waktu lapang mereka. Difahamkan bahawa dahulu wau ini diperbuat dari daun yang tertentu dan diikat dengan tali pada tulang belakang daun. Setelah seimbang dan siap maka ia dinaikkan di tempat yang mempunyai angin dan ketika sedang asyik bermain tali wau itu putus. Maka angin yang kuat itu telah menerbangkan wau itu lalu kanak kanak itu menangis “Wa.., wa.., wa..” maka lahirlah perkataan wau. Tetapi kenyataan ini bukanlah fakta yang jelas dan masih menjadi persoalan kebenarannya yang dikatakan berkaitan dengan asal usul nama wau yang dikenali hingga ke hari ini. Wau-wau yang dihasilkan biasanya megikut idea dan kretiviti si pmbuat wau untuk menjelaskan kemahiran yang ada serta menyumbangkan sesuatu untuk dihargai oleh orang lain. Antara wau atau layang layang yang popular di Malaysia ialah: a) Wau bulan Wau bulan merupakan wau yang bahagian ekornya menyerupai bulan sabit atau tanduk dan mengandungi bulan penuh dibahagian labu iaitu di antara bulan sabit dengan sayapnya. b) Wau kucing Wau yang bahagian ekornya mempunyai kepala kucing jika diterbalikkan secara grafik.
  • 17. 17 | P a g e c) Wau merak Wau yang mempunyai bentuk burung merak. d) Wau lenggang kebayak Merupakan wau kucing yang berekor. e) Wau kapal Merupakan sebuah wau yang bahagian ekornya berbentuk kapal laut atau kapal layar dan berasal dari negeri Selangor. Wau mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Di Malaysia, antara negeri yang mahir membuat wau ialah di negeri Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim dan juga Terengganu Darul Iman. Kadangkala pembuatan wau mengambil masa yang lama. Pengambilan masa yang lama ini merangkumi dari kerja kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka wau, proses mengimbangkan serta menstabilkan kepak wau sehinggalah kepada kerja kerja melekatkan kertas pada rangka wau tersebut yang kadangkala mengambil masa dua minggu. Biasanya rangka wau diperbuat daripada buluh yang diraut rapi dengan mempunyai ukuran ukuran tertentu. Rangka buluh tulang belakang lebih besar berbanding daripada saiz kepaknya, kemudiaan ia diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan atau direka akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lut sinar dengan berlainan warna. Lapisan yang pertama perlu menggunakan kertas berkilat dan berwarna putih sebagai latar belakang sesebuah wau. Lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan ia bercorak awan larat iaitu seperti bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga sesebuah wau pula corak berlainan yang dihasilkan iaitu yang telah ditebuk akan ditampalkan. Lapisan kedua dan ketiga diperlukan adalah untuk mencantikkan lagi wau yang bakal dihasilkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta di hujung kiri dan kanan kepak, wau yang dihasilkan akan dihiasi dengan rambu rambu halus yang berwarna warni untuk menambah kecantikan sesebuah wau. Busul wau diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau agar ia mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan di udara.
  • 18. 18 | P a g e Busul wau diperbuat daripada daun rumbia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mngimbangi wau apabila telah bersedia untuk diterbangkan. Jelasnya setiap wau mesti mempunyai kepala, kepak, pinggang dan ekor. Setiap satu bahagian perlu penelitian agar wau yang dihasilkan kelihatan menarik serta boleh dimainkan dengan baik. Gambar 8 : Jenis wau
  • 19. 19 | P a g e CADANGAN DAN KESIMPULAN Permainan tradiasional rakyat adalah permainan yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim akyat sekelilingnya. Permainan ini perlu dipelajari oleh anak-anak muda kini agar tradisi permainan ini tidak lupus ditelan zaman. Usaha pihak-pihak tertentu dalam mengekalnya dengan mengadakan acara-acara pertandingan permainan tradisional ini perlu diperluaskan bukan sahaja diperingkat sekolah malahan diperingkat pusat-pusat bandar yang jelas kurangnya acara-acara seperti ini. Kebiasaannya, pertandingan seperti ini hanya diadakan di peringkat sekolah dan di kawasan-kawasan kampung. Kita perlu memecah tradisi ini, agar rakyat dibandar turut sama mengenali permainan tradisional ini. Hal ini kerana, pemainan tradisional ini bukan sahaja dapat memupuk ukhuwah , malahan juga dapat membantu pemainnya menyihatkan tubuh badan dengan mengurangkan penggunaan bahan teknologi seperti bermain permainan di dalam telefon pintar. Dengan menggunakan teknologi untuk mendapatkan kesoronokan tanpa mengeluarkan sebarang peluh adalah tidak wajar dan perlu dikurangkan oleh anak- anak muda celik teknologi pada masa kini. Kesimpulannya, sesungguhnya Malaysia kaya dengan berbagai tradisi antaranya adalah dari aspek permainan tradisionalnya. Permainan tradisional sewajarnya dijadikan mainan wajib generasi kini dan seterusnya bukan hanya dijadikan sebagai satu pengetahuan yang tidak dipraktikkan. Tradisi zaman dahulu melambangkan betapa berusaha dan gigihnya rakyat terdahulu mencari keseronokan disamping berkomunikasi secara berhadapan. Bukan seperti kini, yang jauh dijadikan kawan tetapi yang dihadapan mata diabaikan. Semoga permainan tradisi ini tidak menjadi salah satu perkara yang pupus ditelan peredaran zaman.
  • 20. 20 | P a g e RUJUKAN 1. Fieda. 2003. Permainan Gasing. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 2. Fieda. 2003. Permainan Konda Kondi. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 3. Fieda. 2003. Permainan Wau. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 4. Fieda. 2003. Permainan Batu Seremban. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 5. Fieda. 2003. Permainan Sepak Raga. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.