Menteri Pertahanan akan mewajibkan semua pelajar lepasan SPM mengikuti program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk menanamkan semangat patriotik dan nilai-nilai murni. PLKN saat ini hanya terbuka untuk pelajar tertentu, namun dengan kewajiban ini diharapkan dapat menanamkan cinta tanah air pada generasi muda dan mencegah insiden penghinaan terhadap kepimpinan negara.
Mengukuhkan pertahan negara dan menjamin keamanan sosial
1. Saya sebagai Menteri Pertahanan Negara akan mewajibkan semua pelajar lepasan spm wajib
terlibat dalam pusat latihan khidmat (PLKN) . Kita akan memastikan semua pelajar terilbat dalam PLKN
dan bukan seperti sekarang yang hanya terpilih sahaja dapat mengikuti PLKN ini. Hal ini disebabkan
program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik
kepada generasi muda untuk mempertahankan negara daripada anasir luar dan menjamin keamanan
sosial. Melalui PLKN para remaja dapat belajar cara-cara berdikari, bersatu-padu, bertoleransi dan
menghormati antara satu sama lain. Remaja juga dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin
luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Hal ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup
pada masa kini yang menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup
masyarakat sebelum Pra Merdeka. Jadi, PLKN merupakan satu platform yang dilancarkan untuk
memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang
didedahkan. Secara tidak langsung juga para remaja juga akan turut menghormati Yang di – Pertuan
Agong ( YDPA ) sebagai ketua negara dan pemimpin negara . Justeru , insiden menghina YDPA oleh
seorang rakyat Malaysia melalui laman sosial baru – baru ini juga dapat dielakkan melalui semangat
patiotisme jitu yang ditanam di jiwa dan sanubari para remaja melalui aktiviti yang dirancang di PLKN .
Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) juga, rata – rata remaja memiliki semangat patriotisme
yang jitu dan dapat mempertahankan negara sekiranya tenaga mereka diperlukan oleh negara pada
suatu hari nanti selepas tamat menjalani latihan PLKN. Hal ini membuktikan PLKN mampu membina
remaja yang memiliki semangat patriotisme yang tinggi, sekali gus melahirkan generasi yang mengetahui
hal – hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan , kedaulatan Negara dan cabaran negara dari dalam
dan luar negara. Penyemaian cinta akan negara dalam kalangan remaja sejak mereka muda lagi amatlah
penting, bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Saya juga merangkap menteri
pertahanan negara akan memastikan aktiviti – aktiviti yang dijalankan di PLKN akan melibatkan pelbagai
kaum juga . Setiap peserta yang dipecahkan mengikut kumpulan terdiri daripada semua kaum .Melalui
ini, kita bukan sahaja akan dapat melahirkan remaja yang sayangkan negara malah mampu melahirkan
satu genarasi yang dapat memperkukuh ikatan integrasi antara kaum dengan wujudnya bibit-bibit kasih
sayang dan saling menghormati antara satu sama lain. Pendek kata , melalui penglibatan semua pelajar
lepasan spm , semangat patriotik dapat disemai di naluri semua pelajar dan bukan seperti sekarang
kerana objektif PLKN hanya sampai kepada pelajar yang terpilih mengikuti program ini sahaja . AkhirAkhir
kata , saya ingin memetik kata – kata ini yang keluar daripada seorang tokoh kemerdekaan india iaitu ,kata , saya ingin memetik kata – kata ini yang keluar daripada seorang tokoh kemerdekaan india iaitu ,
Mahatma Gandhi yang boleh kita jadikan pedoman dan panduan kepada kita . Kata – katanya berbunyi “Mahatma Gandhi yang boleh kita jadikan pedoman dan panduan kepada kita . Kata – katanya berbunyi “
Janganlah fikirkan sangat apa yang negara boleh manfaatkan kita tetapi fikirkan bagaimana kita bolehJanganlah fikirkan sangat apa yang negara boleh manfaatkan kita tetapi fikirkan bagaimana kita boleh
menyumbang kepada manfaat negara” .menyumbang kepada manfaat negara” .