SlideShare a Scribd company logo
TOPIK 1
MANUSIA DAN AGAMA
Hasil Pembelajaran
Di akhir topik ini, pelajar akan dapat;
(1) menjelaskan pengertian manusia dari pelbagai pandangan para sarjana. (C2 : PLO1)
(2) menghuraikan hubungan antara manusia dengan agama berdasarkan penemuan
semasa melalui perbincangan dan pembentangan tugasan (P2 : PLO3)
(3) mematuhi nilai kemanusiaan yang bersesuaian dengan kefahaman terhadap konsep
ketuhanan dalam penglibatan dan pelaksanaan tugasan yang diberi. (A2 : PLO8)
1. Pendahuluan
Banyak persoalan yang bermain di fikiran manusia tentang diri mereka sendiri dan banyak juga
yang tidak terjawab. Antaranya yang sering dipersoalkan ialah siapakah sebenarnya manusia?
Apakah ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu disebutkan sebagai manusia? Apakah
perbezaan antara manusia dengan benda dan hidupan lain di alam ini? Apakah maksudnya
apabila disebut bahawa “semua manusia adalah bersaudara”? Bagaimanakah kedudukan kita
sebagai manusia berbanding dengan makhluk yang lain di alam ini? Apakah sebab-sebab yang
membuatkan kewujudan kita begitu penting bagi alam ini? Persoalan tentang hakikat manusia
dan kemanusiaan seperti di atas menjadi di antara isu pokok dalam bidang falsafah, psikologi,
agama dan juga kehidupan seharian manusia. Berbagai pihak membuat tafsiran tentang
jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dan tafsiran mereka biasanya condong kepada
kecenderungan mereka sendiri.
Dari Mana Manusia dan Agama?
Ahli agama berpendirian bahwa agama itu berasal dari Kudrat Maha Pencipta, yang
memberikan bimbingannya kepada Manu Pertama, dan Manu Pertama itu mewariskan kepada
keturunannya. Sebahagiannya tetap taat kepada bimbingannya dan sebahagaiannya beransur-
ansur menyangkal, lalu mengemukakan ajaran-ajaran yang menyimpang dari fakta kebenaran.
Hal ini berlaku pada sesuatu masa mengikut suasana dan keadaan. Sebab itulah Maha
Pencipta dengan kuasaNya melahirkan seorang insan pilihan bagi sesuatu kaum. Maha
Pencipta telah mengutuskan Pembaharu Agama atau Nabi atau Manu untuk membimbing
manusia kepada agama.
Pengertian Manu
Mengikut para sarjana makhluk yang pertama dilahirkan ke dunia dinamakan sebagai
manu. Perbahasan ilmu bahasa mengenai manu juga berlangsung dengan begitu panjang.
Antaranya dapat dibahagiakan kepada aspek perbincangan dari sudut:
1. Manu dari Perspektif Bahasa
a. Manu adalah satu perkataan dari bahasa Sankrit.
b. Bahasa Arab menyebutnya dengan Man.
c. Bahasa lunggeris pula menyebutnya dengan Man.
2. Manu dari Perspektif Agama
a. Agama Brahma memanggilkan Manu Pertama itu dengan Shatarupa.
b. Agama Yahudi, Kristian dan Islam memanggil Manu Pertama itu dengan Adam.
Asas Kajian Manusia dan Agama
Dalam membuat penelitian kalangan ilmuan yang menumpukan sebahagian hayatnya
kepada penyelidikan dan penelitian masalah keagamaan, terutama para sarjana psikologi, pada
umumnya berpegang pada teori Evolusi dari Charles Darwin (1809 - 1992). Mengikut teori
Darwin segala benda berasal dari bentuk yang sederhana dan secara beransur berkembang ke
arah tingkatan-tingkatan bentuk yang lebih tinggi dan sempurna. Ini bermakna segala benda
mengalami proses kejadiannya. laitu bermula dari tahap penciptaan dan berakhir ketahap
kesempurnaan.
Sehubungan dengan itu juga fokus penyelidikan mengenai masalah manusia dan
agama turut ditumpukan kepada kelompok-kelompok bahan atau maklumat akeologi. Penelitian
turut dibataskan pada cara hidup dan metod pemikiran primitif seperti latar belakang manusia
dan kebudayaanya pada zaman dahulu. Secara umumnya pandangan tentang manusia dapat
dibahagikan kepada tiga iaitu pandangan klasik falsafah Barat, pandangan sains dan
pandangan agama-agama (Titus and Smith, 1974: 22).
Manusia Pada Pandangan Falsafah Klasik Barat
Pandangan Plato tentang manusia adalah di antara beberapa definisi manusia yang diterima
pakai menurut perspektif falsafah klasik barat. Menurut Titus dan Smith (1974: 19) “Plato having
defined man to be a two legged animal without feathers, Diogenes plucked a cock and brought
it into the Academy, and said, “This is Plato’s man.” Plato mendefinisikan manusia sebagai
binatang berkaki dua tanpa bulu pelepah, maka layaklah anak muridnya Diogenes membawa
ayam yang telah dibuang semua bulu pelepahnya ke Akademi (pusat pengajian ilmu di zaman
Greek) dan berkata menjelaskan bahawa itulah manusia menurut pandangan Plato. Satu lagi
definisi falsafah klasik Barat tentang manusia adalah “binatang yang boleh bercakap” atau
hayawanun natiq- the talking animal. Pandangan ini diwarisi daripada pemikiran falsafah Greek
serta Rom dan mengalami sedikit perubahan pada zaman Renaissance (The Enlightenment)
yang menekankan bahawa manusia ini bukan sekadar boleh bercakap tetapi juga mempunyai
fungsi berfikir lalu dikatakan bahwa manusia adalah “binatang yang boleh bercakap dan berfikir”
(a rational being). Akal adalah unsur paling utama yang meletakkan manusia ditempat yang
paling tinggi berbanding makhluk lain. Bagi Plato, akal adalah bahagian yang tertinggi dalam
jiwa manusia dan fungsi akal adalah untuk memandu tingkah laku. Bagi Aristotle akal adalah
juga bahagian yang tertinggi dalam jiwa manusia dan ianya adalah anugerah yang
membezakan manusia dengan makhluk lain. Menurut tafsiran klasik ini, definisi manusia
umumnya difahami daripada pandangan alam semulajadi dan keunikan kekuatan akalnya. Akal
adalah prinsip yang tersendiri dan dengan itu ianya berbeza daripada jasad. Akal juga adalah
merupakan kebanggaan kepada manusia. Bagi Socrates, Plato dan pengikut mereka, manusia
yang cerdik adalah manusia yang berhikmah atau berilmu pengetahuan (Titus and Smith, 1974:
23).
Manusia Pada Pandangan Sains
Kemajuan ilmu di dalam bidang biologi dan sains sosial di abad ke dua puluh bagaimanapun
telah membawa manusia ke arah memikirkan persoalan baru dan berbeza tentang diri mereka.
Contohnya, kajian terhadap orang-orang yang dipanggil “primitive” telah menunjukkan
kepelbagaian adat dan nilai yang mana para ahli antropologi mula berpendapat bahawa bayi
yang baru dilahirkan adalah seumpama sehelai kertas putih yang tercorak di atasnya setiap
budaya manusia. Kanak-kanak Vietnam yang diambil daripada ibu bapa kandungnya ketika
dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga orang Amerika mungkin akan mempelajari untuk
mengutamakan daya persaingan dan materialistik sepertimana juga kanak-kanak Amerika
(Titus and Smith, 1974: 20). Secara umumnya terdapat dua pandangan sains terhadap manusia
iaitu satunya melihat dari sudut biologi dan satu lagi dari sudut tingkah laku. Dari sudut biologi ia
melihat manusia dari aspek fizikal atau anggota tubuh dan juga kandungan fizikal manusia itu
iaitu kandungan kimianya. Tafsiran sempit sains tentang manusia ini menekankan bahawa
manusia dan segala aktivitinya adalah ditentukan oleh undang-undang fizik dan kimia. Dalam
pandangan ini, manusia dilihat hanyalah sebagai satu bentuk hidupan “yang lebih tinggi”
berbanding dengan hidupan dan benda yang lain. Manusia dalam pandangan sains adalah
sebahagian daripada susunan fizikal alam semulajadi sepertimana juga benda-benda yang lain.
Ia mempunyai saiz, berat, bentuk dan warna. Manusia mengisi ruang dan masa, undang-
undang fizik seperti graviti bertindak terhadap manusia sepertimana juga ianya bertindak
terhadap benda-benda yang lain (Titus and Smith, 1974: 25).
Dari sudut biologi juga kita menemui teori-teori biologi tentang asal-usul manusia seperti
teori evolusi yang diasaskan oleh Charles Darwin (1809-1882). Teori Evolusi dari sudut biologi
berpendapat bahawa semua hidupan meningkat daripada tahap yang rendah, dalam bentuk
yang termudah kepada tahap yang lebih tinggi dan dalam bentuk yang lebih kompleks. Kata
Darwin, “I have called this principle, by which each slight variation, if useful, is preserved, by the
term Natural Selection” (Charles Darwin, The Origin of Species). Manusia dilihat oleh Darwin
dan pengikut teori evolusinya sebagai berkembang daripada binatang satu sel dan dari sudut ini
manusia adalah sama dengan spesies binatang-binatang lain yang berasal daripada “pre-
existing form” atau bentuk yang paling mudah (Darwin, The Descent of Man). Pandangan
Darwin ini secara mudahnya membuat kita menarik kesimpulan bahawa manusia adalah subjek
kepada perubahan yang berbentuk evolusi dan hasilnya “manusia” yang ada pada hari ini
semestinya akan berbeza dengan “manusia” pada lima ribu tahun yang akan datang (Titus and
Smith, 1974: 20). Pandangan Darwinisme atau ahli sains evolusi ini semakin menyusahkan kita
membuat tafsiran tentang manusia kerana manusia menurut Darwinisme pada masa lalu
tidaklah sama dengan manusia pada masa ini dan juga pada masa yang akan datang…if this is
indeed the case, what is unique or special to man? What constitutes “human” nature in a
continually evolving process? (Titus and Smith, 1974: 20). Jadi, apakah yang unik dan
istimewanya manusia?
Dari sudut tingkah laku atau behaviourisme, manusia dilihat sebagai satu agen
perubahan dalam bertingkah laku yang meliputi aspek emosi, pemikiran dan pergerakan atau
perbuatan. Seperti kata John B. Watson, seorang pengasas pemikiran behaviorisme dalam
psikologi, “Teriakan seorang ahli sains tingkah laku biasanya berbunyi: “Berikan aku seorang
bayi dan duniaku akan membesarkan ia. Aku akan mengajarkan dia merangkak; memanjat dan
mengajarkan dia menggunakan kedua-dua tangannya untuk membina bangunan daripada batu
dan kayu. Aku boleh jadikan dia seorang pencuri, seorang yang mahir bermain senjata ataupun
seorang yang jahat.” (Titus and Smith, 1974: 26). Berdasarkan teori ini kemungkinan untuk
membentuk manusia dalam apa juga rupa bentuk adalah tidak terbatas kerana manusia
dianggap sebagai anak kepada persekitaran (al-insan ibn al-bi’ah). Selain daripada pandangan
behaviorisme dalam psikologi terdapat banyak lagi teori-teori tentang manusia berkaitan tingkah
laku seperti teori psikologi Sigmund Freud tentang “libido seks” iaitu tingkah laku manusia
terhasil daripada desakan naluri seksual.
Karl Marx (1818-1883) melihat tingkah laku manusia dari sudut proses ekonomi. Semua
teori-teori dalam sains tingkah laku sama ada sosiologi, psikologi dan sebagainya tidak sunyi
daripada kritikan mahupun pembuktian tentang kesilapan besar mereka. Pandangan-
pandangan ini walaupun tidaklah semuanya salah tetapi adalah pandangan yang terlalu sempit
dan berat sebelah… these are not totally false but extremely lopsided views (Titus and Smith,
1974: 28).
Manusia Pada Pandangan Agama
Terdapat dua sudut pandangan agama tentang manusia iaitu pandangan agama-agama barat
dan pandangan agama-agama timur. Agama-agama barat (the Western Religions) adalah
terdiri daripada agama-agama Yahudi, Kristian dan Islam. Pandangan ketiga-tiga agama ini
tentang manusia mempunyai banyak aspek kesamaan kecuali beberapa perkara yang berbeza
yang nanti akan diperjelaskan. Judaeo-Christian berpandangan bahawa manusia adalah
diciptakan oleh Tuhan berdasarkan imej Tuhan. Manusia dijadikan oleh Tuhan dan dihantar ke
dunia untuk berkhidmat kepada Tuhan. Mereka mempunyai keupayaan untuk melakukan
kebaikan dan juga kejahatan.
Agama Kristian menekankan konsep "cinta" dan "social-mindedness" sebagai nilai
utama. Mereka menjadikan kedatangan dan kehidupan Jesus of Nazareth sebagai lambang
kebaikan individu dan masyarakat. Agama Yahudi menekankan konsep keadilan dan
kebenaran untuk kaum dan bangsa mereka. Agama Islam datang dengan konsep yang
komprehensif tentang manusia. Manusia menurut pandangan Islam adalah makhluk yang
paling mulia yang diciptakan oleh Allah s.w.t dan diturunkan ke muka bumi untuk melaksanakan
ibadat dan berkhidmat kepada Allah s.w.t dan mereka akan kembali menemui Tuhan mereka
setelah mati. Manusia mempunyai tanggungjawab dan amanah yang mesti dipikul iaitu
melakukan kebaikan di muka bumi ini untuk mendapat balasan yang baik di akhirat. Penciptaan
manusia diperjelaskan dengan mantap melalui Al-Quran dan begitu juga tanggungjawab yang
perlu dilakukannya (Rujuk surah-surah 15: 29, 23: 12-14)
Terdapat kepelbagaian pandangan tentang manusia di dalam agama-agama Timur atau
Eastern Religions. Di sini dibawakan dua pandangan utama iaitu daripada pandangan agama
Hindu dan agama Buddha. Tema umum yang dipegang oleh hampir kesemua pemikir Hindu
ialah manusia hendaklah berpegang kepada kehidupannya yang abadi yang tidak akan hancur
dan musnah. Diri manusia yang sebenar adalah diri yang tidak musnah. Pada pandangan
agama Hindu, manusia hidup di dunia sentiasa berusaha mencari kemewahan dan
keseronokan (Artha dan Kama- wealth and pleasure). Manusia seharusnya sedar bahawa
mereka juga mempunyai tanggungjawab atau Dharma (duty or obligation) dan sekiranya
manusia tidak melaksanakan tanggungjawab mereka maka mereka tidak akan dapat
melepaskan diri daripada kesengsaraan terperangkap dengan ketidaksempurnaan hidup di
dunia. Kesempurnaan atau Mokhsa (enlightenment) hanya dapat dicapai melalui manusia
melakukan kebaikan di dunia ini kerana mereka akan hidup lagi pada dasa warsa yang akan
datang (re-incarnation). Kata Ananda Comaraswamy (1942: 86), “The same applied to the
individual who, if only concerned with the good of the work to be done and not with himself, and
if he thinks of “himself” only as an instrument governed by his art, is worthy of all honor, but if he
asserts and seeks to express himself, worthy of all dishonor and shame”. Agama Hindu juga
menekankan sifat “ketuhanan” yang wujud dalam setiap diri manusia dan lantaran kerana itu
sifat ketuhanan ini menjelaskan kenapa agama Hindu menganggap manusia sendiri bersifat
abadi dan tidak musnah. “In last analysis the man himself is the “City of God” and it can as well
be said of him as of any other city that “The city can never otherwise be happy unless it is drawn
by those painters who copy a divine original.” (Coomaraswamy, 1942: 71).
Manusia pada pandangan agama Buddha hidup berasaskan Karma atau ketentuan.
Bagaimanapun ketentuan ini tidak dianggap sebagai “preordained fate” atau ketentuan yang
telah ditetapkan sejak azali. Karma merujuk kepada perbuatan manusia sama ada baik atau
buruk ketika hidupnya. Nilaian perbuatan akan menentukan nasib pada kehidupan yang akan
datang. Ini adalah kerana agama Buddha berpandangan bahawa kehidupan manusia adalah
berpindah dari satu kelahiran kepada satu kelahiran yang lain. Setiap kelahiran atau kehidupan
terkandung di dalamnya "dukkha" atau sengsara. Karma memainkan peranan yang penting
dalam menentukan tafsiran manusia menurut ajaran agama Buddha. Ini adalah kerana
seseorang manusia tidak boleh mempastikan apakah dia pada kelahiran yang akan datang juga
akan hidup sebagai “manusia” atau tidak. Kelahiran semula manusia bergantung kepada
Karmanya pada kehidupan yang lalu. Jika dia melakukan amalan yang jahat maka tak mungkin
dia akan dapat wujud kembali pada kelahiran akan datang sebagai manusia. Secara jelasnya
terdapat enam jenis kehidupan yang mungkin akan ditempuhi oleh manusia pada kehidupannya
yang akan datang menurut ajaran Buddha. Hanya mereka yang memenuhi kehidupan mereka
dengan kebaikan sahaja yang layak untuk mendapat tiga kehidupan yang beruntung iaitu the
realm of demigods (separuh manusia dan separuh dewa), the realm of gods (dewa dewi), dan
the realm of men iaitu manusia yang sebenar. Manusia yang jahat akan menempah salah satu
daripada tiga bentuk kelahiran semula yang penuh dengan kesengsaraan iaitu sama ada
dilahirkan sebagai binatang, hantu ataupun dimasukkan ke dalam neraka (Bukkyo Dendo
Kyokai, The Teaching of Buddha, 1966). Konsep manusia menurut ajaran Buddha nampaknya
terikat dengan konsep “re-incarnation” atau kelahiran semula. Manusia pada asasnya tidak
mempunyai jati dirinya sendiri khususnya selepas ia menemui kematian.
Kejadian Manusia Dari Perspektif Islam
Asal usul kejadian manusia dari perspektif Islam merangkumi satu pandangar yang bersifat
menyeluruh dan boleh dipertanggungjawabkan. la bermula dari asai kejadian manusia dan
proses kejadian yang selanjutnya.
1. Asal Kejadian Adam
Dalam al-Quran, Allah swt telah menjelaskan tentang Firman Allah kepada Malaikat
mengenai hasratNya hendak menjadikan seorang khalifah di buka bumi sebagaimana
firmanNya:
"Dan ingatlah ketika Tuhan engkau berkata kepada Malaikat "Sesungguhnya Aku
hendak jadikan di muka bumi seorang khalifah" (al-Baqarah: 30)
Di dalam al-Quran seorang khalifah yang dimaksudkan itu ialah Adam a.s
'Dan telah diajarkanNya kepada Adan nama-nama semua benda" (al-Baqarah : 31)
Kitab-kitab tafsir menceritakan setelah Adam dicipta, ia diberikan tempat tinggal di sebuah
taman syurga. Ketika inilah Allah menciptakan isterinya yang bernama Hawa sebagai pasangan
hidup. Mengikut "Kitab Perjanjian Lama" orang Yahudi dan Nasranl menyebut bahawa Hawa
dicipta dari tulang rusuk Adam, yang diambil dari Adam ketika tidur. Fakta kejadian Hawa ini
disebut juga di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
"Peliharalah perempuan-perempuan itu sebaik-baiknya, kerana sesungguhnya
perempuan dijadikan dari tulang rusuk" (riwayat: Bukhari dan Muslim)
Allah swt telah memerintahkan Adam dan Hawa untuk tinggal di Syurga dengan keadaan aman
dan damai. Disamping itu Allah juga memperingatkan Adam dan Hawa agar menjauhi pohon
Khuldi dan juga dilarang memakan buahnya. Bagaimanapun Adam dan Hawa telah menerima
ujian dan godaan daripada syaitan. Syaitan sering memujuk dan menggoda keduaNya agar
melanggar larangan Allah. Akhirnya mereka terpengaruh dengan hasutan syaitan serta
melanggar larangan dan tegahan Allah swt.
Peristiwa ini menyebabkan kemurkaan Allah kepada Adam dan Hawa. Mereka diperintahkan
keluar dari syurga dan tinggal di bumi. Ketika inilah lahirnya keturunan Adam dan Hawa yang
bermula dengan Qabil dan Habil. Daripada jenerasi merekalah lahirnya manusia yang
kemudiannya berkembang biak bersuku-suku, berbangsa-bangsa, berlainan warna kulit,
bahasa, budaya dan agama. (Hamka, 1990)
Proses Kejadian Manusia
Menurut al-Quran dan al-hadis, manusia diciptakan oleh Allah swt dengan dua unsur
iaitu jasmani dan rohani.
1. Unsur Jasmani
Ringkasnya dapatlah difahami bahawa unsur-unsur jasmani manusia diciptakan oleh
Allah dari unsur-unsur yang ada di bumi seperti tanah dan air. Ilmu sains turut membuktikan
bahawa unsur-unsur yang ada pada manusia juga kedapatan di bumi. Walaupun hujjah sains
tidak boleh dikira mutlak namun bukti dan data penyelidikan telah membantu hakikat kebenaran
yang telah direkodkan oleh al-Quran.
Oleh kerana asal kejadian manusia dari unsur-unsur yang ada di bumi, maka tuntutan dan
keperluan hidupnya juga berasal dari bumi. Keperluan harian manusia seperti makanan,
minuman, pakaian, perhiasan dan keamanan adalah diperolehi dari bumi.
b. Unsur Rohani
Al-Quran dan al-Hadis menjelaskan unsur-unsur rohani sebagaimana berikut:
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan pad any a roh dari
(ciptaanKu)" (al-Hijr: 29)
"Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya
selama empat puluh hari air mani, kemudian jadi segumpal darah, seperti yang demikian
itu, empat puluh hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga iaitu
empat puluh hari, kemudian diutuskan kepadanya Malaikat lalu ditiupkan roh padanya"
(riwayat: Bukhari dan Muslim)
Dalam ayat dan hadis di atas Allah menjelaskan bahawa pada awalnya jasmani
manusia diciptakan, setelah sempurna penciptaan barulah Allah mengirimkan Malaikat lalu
meniupkan roh pada jasad tersebut.
Sebagaimana unsur jasmani yang memiliki tuntutan dan keperluan untuk Kehidupan,
maka unsur rohani juga mempunyai kehendak yang sama. Namun begitu tuntutan rohani agak
berbeza dengan tuntutan jasmani. Tuntutan dan keperluan rohani berpunca dari alam ketinggi
dan kekudusan. la memerlukan hidangan dan makanan yang berupa aqidah, ibadah,
ketundukan, kepatuhan, keimanan dan keikhsanan. Jelasnya tuntutan dan keperluan rohani
ialah penyerahan dan pengabdian diri kepada Pencipta.
Ciri-ciri Manusia
Al-Quran dan al-Hadis meneritakan banyak perkara berhubung dengan manusia.
Manusia diberi fokas utama oleh al-Quran kerana ia menjadi sasaran seruan al-Quran. Al-
Quran menyebutkan ciri-ciri manusia seperti berikut:
1. Manusia adalah makhluk dari tanah.
Manusia adalah satu jenis daripada jenis-jenis makhluk yang mempunyai kesamaan dalam satu
aspek dan mempunyai kelainan dalam aspek yang lain. Manusia sebenarnya adalah makhluk
dari tanah.
"Dan Allah jadikan kamu dari tanah" (Fatir 35: 11)
Menurut Alexis Carel
"Setelah diterangkan percantuman yang sebati di antara bahan kimia yang tersusun
darinya jisim manusia dan tanah dari berbagai jenis beliau berkata bawa manusia dicipta
dari tanah: (Muhammad al-Mubarak: 1988)
2. Manusia adalah satu jenis dari jenis-jenis haiwan.
Manusia merupakan satu jenis dari berbagai jenis haiwan atau binatang. Mereka hampir
sama dengan binatang dalam berbagai perkara dan lebih teruk daripada binatang dalam
setengah perkara.
"Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari
haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian lagi berjalan dengan dua
kaki, sedangkan sebahagian yang lain hpr'dlan rlonnpn (al-Nur - 24:45)
3. Manusia adalah makhluk yang istimewa.
Manusia merupakan insan yang diciptakan oleh Allah dengan mempunyai sifat-sifat
yang istimewa. Kedudukan dan mertabat manusia adalah lebih baik daripada binatang.
Manusia mempunyai potensi yang baik kerana diberikan padanya akal dan ilmu pengetahuan.
Diberikan kepada manusia ilmu, akal dan pancaindera supaya ia dapat menjalankan tugas
menghidup dan memakmurkan alam.
"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian" (al-Tin: 4)
4. Keistimewaan manusia dari aspek rohani.
Manusia diciptakan oleh Allah swt mempunyai dua unsur iaitu Jasmani dan Rohani.
Unsur jasmani adalah untuk membolehkan manusia berusaha, bekerja, dan saling bantu-
membantu untuk membina kehidupan samada secara individu, keluarga, bermasyarakat dan
bernegara. Unsur rohani pula untuk mengerakkan diri manusia kepada ketundukkan, kepatuhan
dan pengabdian diri kepada Pencipta. Unsur rohani inilah yang mengangkat martabat manusia
bagi menghampiri PenciptaNya.
"Kemudian diperelokkannya dan Allah tiupkan padanya ruhNya" (al-Sajadah: 9)
"Sesungguhnya Kami muliakan bani Adam" (al-lsra': 70)
Pengertian Agama
Menurut Sidi Ghazalba (1977), persoalan berkaitan pengertian agama dalam bahasa Melayu
Nusantara agak sukar dijawab oleh orang awam kerana mereka lebih suka mengambil berat
tentang pengisian atau amalan agama itu sendiri berbanding dengan bersusah payah
mengetahui maksud perkataan "agama". Jika ditanyakan kepada orang Islam berbangsa
Melayu, "apa agama tuan?, maka dijawab, "agama saya Islam”. Jika ditanya seterusnya, ''apa
itu Islam?”. Javvapan yang paling mudah ialah, "Islam itu agama”. Hal ini membavva kita
kepada memahami bahawa untuk mengetahui secara mendalam dan tepat tentang maksud
kata "agama" itu adalah agak sukar dan memerlukan pengkajian yang mendalam. A. Mukti Ali
(1982) menyebut, "barangkali tidak ada kata yang paling sulit diberi pengertian dan definisi
selain dari kata agama." Hakikatnya agama telah lama berada dalam pemikiran manusia seiring
dengan kevvujudannya. Kesukaran untuk memberi definisi yang tepat adalah kerana ia adalah
suatu yang berkembang, dinamik, asasi, personal dan mempunyai skop yang amat luas.
Terdapat beberapa pandangan berkaitan maksud agama dari segi etimologi bahasa
Melayu yang berasal daripada bahasa Sankrit. Pandangan pertama mengatakan bahawa
perkataan agama ini terdiri daripada dua suku kata iaitu "a" dan "gama". Dalam bahasa Sanskrit
“a” bermaksud "tidak" dan "gama" bermaksud "kacau." Oleh itu maksud agama dari sudut
bahasa Melayu yang berasaskan bahasa Sanskrit ini ialah "tidak kacau" (A. Mukti Ali, 1982).
Namun begitu menurut Sidi Ghazalba (1977), jika perkataan "agama" ditinjau daripada akar
kata "gam" ia membavva maksud "jalan" atau arah tuju. Ini kerana akar kata perkataan "agama"
dalam bahasa Sankrit adalah dilihat berasal daripada perkataan bahasa serumpunnya dalam
Indo-Germanic (bahasa bangsa Aryan) seperti bahasa orang Belanda dan Inggeris. la
dikatakan mempunyai kaitan dengan perkataan "ga' atau "gaan' dalam bahasa Belanda dan
"go" dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "pergi" atau "jalan". Ringkasnya dari sudut ini
maksud agama adalah jalan atau cara-cara untuk sampai kepada keredhaan Tuhan (Endang
Saifuddin, 1982). Hal ini menurut Sidi Ghazalba (1977) lagi bersesuaian dengan makna agama
bagi kebanyakan ajaran seperti taoisme, shinto dan buddhisme. Bahkan makna dalam ajaran
Islam yang merujuk kepada "shariat", "tariqat" dan "sirat" adalah juga membavva maksud
"jalan".
Dalam masyarakat Melayu Nusantara, perkataan "agama" mempunyai tiga rupa bentuk
sebutan iaitu "agama", "ugama" dan "igama". Sebutan "agama" dikatakan wujud dalam bahasa
Melayu di Indonesia, "igama" dalam bahasa Jawa dan "ugama" dalam bahasa Melayu di
Malaysia. Seorang penyelidik, Kiai Musa '1-Makhfuld dari Kementerian Agama Republik
Indonesia dalam kajiannya pada tahun 1950-an mendapati bahawa masyarakat Hindu Bali
mempunyai tanggapan yang berbeza berkaitan tiga perkataan ini. "Agama" dikatakan
bermaksud peraturan, tatacara dan upacara berkaitan hubungan manusia dengan raja. "Igama"
dalam hubungannya dengan dewa-dewa, manakala perkataan "ugama" dalam hubungannya
sesama manusia (Sidi Ghazalba, 1977).
Perkataan "ugama" dan "agama" dalam istilah bahasa Melayu Malaysia digunakan seeara
bersama dan membavva maksud yang sama. Kamus Dewan menjelaskan bahawa maksud
"ugama" atau "agama" (bagi ajaran yang mempercayai Tuhan) adalah "kepercayaan pada
Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya,
kepervttyaan pada Yang Maha Kuasa." Manakala bagi ajaran yang mempercayai dewa dan
sebagainya dikatakan maksudnya adalah "kepercayaan kepada sesuatu dewa dan lain-lain
yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa."
Dalam bahasa Arab agama boleh dirujuk kepada perkataan "ad-din" yang bermaksud "cara
hidup.” Perkataan "ad-din" menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1993) tidak boleh
disamakan dengan maksud perkataan "agama" dalam bahasa Melayu mahu pun "religion"
dalam bahasa Inggeris. Ini adalah disebabkan maksud mendalam yang terkandung dalamnya
adalah merupakan cerminan pengajaran Al-Quran, kitab agung agama Islam. Secara
ringkasnya perkataan "din" mempunyai emjpat pengertian yang utama. 'Pertamanya bermaksud
"keberhutangan" ataiu indebtedness, keduanya "penyerahan diri" atau submissiveness,
ketiganya "kekuasaan pemerintahan" atau judicious power dan akhir sekali "kecenderungan
kepada fitrah" atau natural inclination. Kesemuanya terkandung dalam satu kenyataan iaitu
"manusia hendaklah menjalani satu cara hidup, bekerja dan melaksanakan tanggungjawab
dengan penuh dedikasi dan ketundukan di haw ah payung aturan pemerintahan Allah dalam
keadaan fitrah kebiasaan dirinya yang dijadikan oleh Allah." "Keberhutangan'" dan "penyerahan
diri"" bermaksud bahawa manusia semestinya melaksanakan tugas dan tanggungjawab
sebagai seorang Muslim dengan penuh dedikasi, ketundukan dan penyerahan diri hanya
kepada Allah bagi membayar kembali "hutang" yang diberikan oleh Allah dalam bentuk nikmat
kehidupan yang begitu berharga. "Kekuasaan pemerintahan" membawa maksud bahawa
ajaran Islam telah menyediakan saftu aturan hidup dan pemerintahan yang menyeluruh, sesuai
dan maju bagi diikuti oleh setiap umatnya. "Kecenderungan kepada fitrah*' pula merujuk kepada
kesesuaian ajaran Islam dengan fitrah manusia yang sentiasa inginkan dirinya mengetahui
Allah, ingin berbakti dan inendapat ganjaran hasil daripada kebaktiannya.
Dalam bahasa Inggeris maksud agama biasanya dirujuk kepada perkataan "religion."
Perkataan religion adalah berasal daripada perkataan "religio” dalam bahasa Latin yang
bermaksud "to bind' atau "mengikaf' iaitu makna perkataan yang menjelaskan prinsip-prinsip
penyatuan, pengharmonian dan displin yang mengikat dalam semua perkara. Menurut kamus
bahasa Inggeris Oxford (2005) "religion" adalah "the belief in and worship of a superhuman
controlling power, especially a personal God or gods or a particular system of faith and worship
iaitu kepercayaan dan penyembahan kepada kuasa yang agung khususnya Tuhan atau tuhan-
tuhan, juga bermaksud satu sistem kepercayaan dan penyembahan. Secara menyeluruhnya
agama atau religion adalah human beings (Encyclopedia of Britanica, 2002) relation to that
which they regard as holy, sacred spiritual or divine. Religion is commonly regarded as
consisting of a persons relation to God or to gods or spirits. Worship is probably the most basic
element of religion, but moral conduct, right belief and participation in religious institutions are
generally also constituent elements of the religious life as practiced by believers and worshipers
and as commanded by religious sages and scriptures.”
Maksudnya, hubungan manusia dengan apa yang mereka anggap sebagai mulia, suci
ruhaniah atau ketuhanan. Agama secara umumnya dianggap sebagai mencakupi hubungan
antara manusia dengan Tuhan atau tuhan-tuhan atau roh. Penyembahan mungkin merupakan
unsur asasi bagi agama. Namun begitu perbuatan bermoral, kepercayaan yang betul dan
penyertaan dalam institusi keagamaan umumnya dianggap sebagai unsur-unsur utama bagi
kehidupan beragama seperti yang diamalkan oleh penganut-penganut agama dan seperti yang
diseru oleh ahli-ahli agama dan kitab-kitab.
Kesimpulan
Pandangan yang berbagai tentang manusia tidaklah dapat mengkaburi pandangan asal
manusia itu sendiri terhadap dirinya. Manusia sebenarnya sudahpun mempunyai satu
pengetahuan tentang dirinya. Segala tingkah lakunya di alam inilah yang sebenarnya
menggambarkan pandangan dirinya terhadap “dirinya sendiri”. Beberapa kesimpulan dapat
dirumuskan dalam perbincangan tentang manusia iaitu antaranya kita melihat bahawa falsafah
menekankan dua unsur asas manusia iaitu fizikal yang kebinatangan dan akal yang
kemanusiaan. Titik persamaan manusia dengan makhluk lain adalah fizikalnya dan titik
perbezaan manusia dengan makhluk lain adalah akalnya.
Dari sudut pandangan agama pula kita dapat membuat kesimpulan bahawa semua
agama bersetuju bahawa manusia dijadikan dengan mempunyai matlamat dan tugasan yang
perlu dilaksanakan di alam ini. Titik perbezaan antara pandangan agama ini mungkin dari sudut
“Siapa” yang menjadikan dan “bagaimana” proses kejadian itu serta perkara-perkara yang
berkaitan dengan nasib manusia pada masa atau kehidupan akan datang. Akhir sekali dalam
sudut pandangan sains kita mendapati kepelbagaian dan beberapa kesempitan ruang yang
terhasil akibat terhadnya pancaindera manusia yang menjadi punca penggalian ilmu sains itu
sendiri.
Aktiviti
1. Pernahkah persoalan-persoalan berikut anda tanyakan kepada diri anda sendiri?
a. Asal-usul anda.
b. Tujuan anda dijadikan.
c. Tugas anda sepanjang hidup ini.
d. Kemanakah anda selepas anda mati?
2. Bincangkan implikasi daripada pandangan falsafah barat terhadap manusia.
3. Bandingkan pandangan agama-agama di bawah terhadap manusia:
a. Islam.
b. Kristian.
c. Yahudi.
4. Bincangkan aspek-aspek terpenting dalam pandangan Hinduism dan Buddhism terhadap
manusia ?
5. Walaupun sains dianggap sebagai satu ilmu yang “pasti” ia sebenarnya tidak mempunyai
pandangan yang “pasti" tentang manusia. Jelaskan pandangan ini.
Rujukan
Adam, Charles J, Janet O`Dea and Thomas O`Dea (1972). Judaism, Christianity and Islam.
New York: Harper and Row.
A. Mukti Ali (1971). Agama, Universitas dan Pembangunan. Bandung: Institut IKIP.
Annemarie de Waal Malefijt (1968). Religion and Culture: An Introduction to Anthropology of
Religion. London: MacMillan.
Aslam Hady (1986). Pengantar Filsafat Agama. Jakarta: CV Rajawali.
Charlesworth, M.J (1972). Philosophy of Religion: The Historic Approaches. London: Macmillan.
Durkheim, Emile (1947). Elementary Forms of Religious Life: A Study in Religious Sociology.
Glencove: Free Press.
Endang Saifuddin Anshari (1982). Sains, Falsafah dan Agama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Freeman, Kathleen (1970). God, Man and States: Greek Concepts. Connecticut: Greenwood
Press.
Glynn, Patrick (1999). God: The Evidence, The Reconciliation of Faith and Reason in
Postsecular World. California: Prima Publishing.
Hattstein, Markus (t.t). World Religions. Koln: Konemann.
Hoebel, E. Adamson (1972). Anthropology: The Study of Man. New York: Mc Graw Hill.
H. Abu Jamin Roham (1991). Agama Wahyu dan Kepercayaan Budaya. Jakarta: Media
Dakwah.
Haron Din (et.al.) (1993). Manusia dan Islam. 3 Jilid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Idris Zakaria (1989). Pemikiran Islam Tentang Kehidupan. Selangor: Marwilis Publisher.
Koltak, Conrad Phillip (1994). Anthropology, The Exploration of Human Diversity. New York: Mc
Graw Hill.
James, William (1936). The Varieties of Religious Experience: A Study of Human Nature. New
York: The Modern Library.
Jung, Carl (1989). Memories, Dreams, Reflection. Recorded and edited by Aniela Jaffe, trans.
from the German by Richard and Clara Winston. New York: Vintage Books.
Thomas F. O’dea, Thomas F. (1966). The Sociology of Religion. New Jersey: Prentice-Hall.

More Related Content

What's hot

Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah
Jairdayatie Saifuddin
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeSiti Zulaikha
 
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahTajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Mahyuddin Khalid
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazali
nurAkhma
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahMohd Syahir Ismail
 
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan IslamIsu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
Enigma
 
Kebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di MalaysiaKebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di Malaysia
surrenderyourthrone
 
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
StacksApp
 
Kepimpinan khulafa al rasyidin
Kepimpinan khulafa al rasyidinKepimpinan khulafa al rasyidin
Kepimpinan khulafa al rasyidinKhairul Anwar
 
2. fitrah manusia
2. fitrah manusia2. fitrah manusia
2. fitrah manusiaDya Imani
 
Hubungan Etnik Bab-6
Hubungan Etnik Bab-6Hubungan Etnik Bab-6
Hubungan Etnik Bab-6
Fadhil Ismail
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Reefear Ajang
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Sharifah Nadia
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
Guru Sejarah PraU
 
Salah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama IslamSalah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama Islam
Muhammad Ridzuan
 
(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & modenwananip
 
Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-dinFazd Alias
 
Konsep insan
Konsep insanKonsep insan
Konsep insanhazrina22
 
Persamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaanPersamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaanEi Reen
 

What's hot (20)

Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahTajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazali
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan IslamIsu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
 
Kebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di MalaysiaKebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di Malaysia
 
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
 
Kepimpinan khulafa al rasyidin
Kepimpinan khulafa al rasyidinKepimpinan khulafa al rasyidin
Kepimpinan khulafa al rasyidin
 
2. fitrah manusia
2. fitrah manusia2. fitrah manusia
2. fitrah manusia
 
Hubungan Etnik Bab-6
Hubungan Etnik Bab-6Hubungan Etnik Bab-6
Hubungan Etnik Bab-6
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
 
Spe Bab4
Spe Bab4Spe Bab4
Spe Bab4
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
 
Salah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama IslamSalah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama Islam
 
(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden
 
Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-din
 
Konsep insan
Konsep insanKonsep insan
Konsep insan
 
Persamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaanPersamaan n perbezaan
Persamaan n perbezaan
 

Similar to Manusia+dan+agama++bab+1 +copy

Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu.pptx
Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu.pptxTugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu.pptx
Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu.pptx
RestiWanda1
 
Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu .pptx
Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu .pptxTugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu .pptx
Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu .pptx
RestiWanda1
 
Manusia dan pendidikan
Manusia dan pendidikanManusia dan pendidikan
Manusia dan pendidikan
Wali Min
 
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
Zukét Printing
 
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
Zukét Printing
 
Makalah Filsafat Olahraga "Filosofi Manusia"
Makalah Filsafat Olahraga "Filosofi Manusia"Makalah Filsafat Olahraga "Filosofi Manusia"
Makalah Filsafat Olahraga "Filosofi Manusia"
KeyshaWahono
 
makalah.docx
makalah.docxmakalah.docx
makalah.docx
DanielBangun3
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuayu Naoman
 
BMP MKDU4112
BMP MKDU4112BMP MKDU4112
BMP MKDU4112
Mang Engkus
 
Hubungan ilmu pengetahuan filsafat
Hubungan ilmu pengetahuan filsafatHubungan ilmu pengetahuan filsafat
Hubungan ilmu pengetahuan filsafatDedi Yulianto
 
Landasan Kependidikan
Landasan KependidikanLandasan Kependidikan
Landasan Kependidikan
bigbossjava
 
Materi filsafat 6 des 2012
Materi filsafat 6 des 2012Materi filsafat 6 des 2012
Materi filsafat 6 des 2012Amaludin Mal
 
Bab i pendahuluan (tgs livi)
Bab i pendahuluan (tgs livi)Bab i pendahuluan (tgs livi)
Bab i pendahuluan (tgs livi)Livi Pungus
 
PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptxPENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
faizatunnisambrillia
 
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agamaHubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
BahrulAllam
 
Metode Ilmiah "antroposentris"
Metode Ilmiah "antroposentris"Metode Ilmiah "antroposentris"
Metode Ilmiah "antroposentris"
University of Lampung
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
Warnet Raha
 

Similar to Manusia+dan+agama++bab+1 +copy (20)

Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu.pptx
Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu.pptxTugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu.pptx
Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu.pptx
 
Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu .pptx
Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu .pptxTugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu .pptx
Tugas Akhir Kelompok 8 Pengantar Filsafat Ilmu .pptx
 
Manusia dan pendidikan
Manusia dan pendidikanManusia dan pendidikan
Manusia dan pendidikan
 
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
 
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
Makhluk Manusia Teori Evolusi dan Sejarah Perkembangan Manusia Serta Klasifik...
 
Makalah Filsafat Olahraga "Filosofi Manusia"
Makalah Filsafat Olahraga "Filosofi Manusia"Makalah Filsafat Olahraga "Filosofi Manusia"
Makalah Filsafat Olahraga "Filosofi Manusia"
 
makalah.docx
makalah.docxmakalah.docx
makalah.docx
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmu
 
BMP MKDU4112
BMP MKDU4112BMP MKDU4112
BMP MKDU4112
 
Hubungan ilmu pengetahuan filsafat
Hubungan ilmu pengetahuan filsafatHubungan ilmu pengetahuan filsafat
Hubungan ilmu pengetahuan filsafat
 
Landasan Kependidikan
Landasan KependidikanLandasan Kependidikan
Landasan Kependidikan
 
Materi filsafat 6 des 2012
Materi filsafat 6 des 2012Materi filsafat 6 des 2012
Materi filsafat 6 des 2012
 
Bab i pendahuluan (tgs livi)
Bab i pendahuluan (tgs livi)Bab i pendahuluan (tgs livi)
Bab i pendahuluan (tgs livi)
 
PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptxPENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
PENGANTAR FILSAFAT ILMU.pptx
 
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agamaHubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
Hubungan filsafat,ilmu pengetahuan dan agama
 
Metode Ilmiah "antroposentris"
Metode Ilmiah "antroposentris"Metode Ilmiah "antroposentris"
Metode Ilmiah "antroposentris"
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Makalah filsafat 4 (2)
Makalah filsafat 4 (2)Makalah filsafat 4 (2)
Makalah filsafat 4 (2)
 

Manusia+dan+agama++bab+1 +copy

  • 1. TOPIK 1 MANUSIA DAN AGAMA Hasil Pembelajaran Di akhir topik ini, pelajar akan dapat; (1) menjelaskan pengertian manusia dari pelbagai pandangan para sarjana. (C2 : PLO1) (2) menghuraikan hubungan antara manusia dengan agama berdasarkan penemuan semasa melalui perbincangan dan pembentangan tugasan (P2 : PLO3) (3) mematuhi nilai kemanusiaan yang bersesuaian dengan kefahaman terhadap konsep ketuhanan dalam penglibatan dan pelaksanaan tugasan yang diberi. (A2 : PLO8) 1. Pendahuluan Banyak persoalan yang bermain di fikiran manusia tentang diri mereka sendiri dan banyak juga yang tidak terjawab. Antaranya yang sering dipersoalkan ialah siapakah sebenarnya manusia? Apakah ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu disebutkan sebagai manusia? Apakah perbezaan antara manusia dengan benda dan hidupan lain di alam ini? Apakah maksudnya apabila disebut bahawa “semua manusia adalah bersaudara”? Bagaimanakah kedudukan kita sebagai manusia berbanding dengan makhluk yang lain di alam ini? Apakah sebab-sebab yang membuatkan kewujudan kita begitu penting bagi alam ini? Persoalan tentang hakikat manusia dan kemanusiaan seperti di atas menjadi di antara isu pokok dalam bidang falsafah, psikologi, agama dan juga kehidupan seharian manusia. Berbagai pihak membuat tafsiran tentang jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dan tafsiran mereka biasanya condong kepada kecenderungan mereka sendiri. Dari Mana Manusia dan Agama? Ahli agama berpendirian bahwa agama itu berasal dari Kudrat Maha Pencipta, yang memberikan bimbingannya kepada Manu Pertama, dan Manu Pertama itu mewariskan kepada keturunannya. Sebahagiannya tetap taat kepada bimbingannya dan sebahagaiannya beransur- ansur menyangkal, lalu mengemukakan ajaran-ajaran yang menyimpang dari fakta kebenaran. Hal ini berlaku pada sesuatu masa mengikut suasana dan keadaan. Sebab itulah Maha Pencipta dengan kuasaNya melahirkan seorang insan pilihan bagi sesuatu kaum. Maha Pencipta telah mengutuskan Pembaharu Agama atau Nabi atau Manu untuk membimbing manusia kepada agama.
  • 2. Pengertian Manu Mengikut para sarjana makhluk yang pertama dilahirkan ke dunia dinamakan sebagai manu. Perbahasan ilmu bahasa mengenai manu juga berlangsung dengan begitu panjang. Antaranya dapat dibahagiakan kepada aspek perbincangan dari sudut: 1. Manu dari Perspektif Bahasa a. Manu adalah satu perkataan dari bahasa Sankrit. b. Bahasa Arab menyebutnya dengan Man. c. Bahasa lunggeris pula menyebutnya dengan Man. 2. Manu dari Perspektif Agama a. Agama Brahma memanggilkan Manu Pertama itu dengan Shatarupa. b. Agama Yahudi, Kristian dan Islam memanggil Manu Pertama itu dengan Adam. Asas Kajian Manusia dan Agama Dalam membuat penelitian kalangan ilmuan yang menumpukan sebahagian hayatnya kepada penyelidikan dan penelitian masalah keagamaan, terutama para sarjana psikologi, pada umumnya berpegang pada teori Evolusi dari Charles Darwin (1809 - 1992). Mengikut teori Darwin segala benda berasal dari bentuk yang sederhana dan secara beransur berkembang ke arah tingkatan-tingkatan bentuk yang lebih tinggi dan sempurna. Ini bermakna segala benda mengalami proses kejadiannya. laitu bermula dari tahap penciptaan dan berakhir ketahap kesempurnaan. Sehubungan dengan itu juga fokus penyelidikan mengenai masalah manusia dan agama turut ditumpukan kepada kelompok-kelompok bahan atau maklumat akeologi. Penelitian turut dibataskan pada cara hidup dan metod pemikiran primitif seperti latar belakang manusia dan kebudayaanya pada zaman dahulu. Secara umumnya pandangan tentang manusia dapat dibahagikan kepada tiga iaitu pandangan klasik falsafah Barat, pandangan sains dan pandangan agama-agama (Titus and Smith, 1974: 22). Manusia Pada Pandangan Falsafah Klasik Barat Pandangan Plato tentang manusia adalah di antara beberapa definisi manusia yang diterima pakai menurut perspektif falsafah klasik barat. Menurut Titus dan Smith (1974: 19) “Plato having defined man to be a two legged animal without feathers, Diogenes plucked a cock and brought it into the Academy, and said, “This is Plato’s man.” Plato mendefinisikan manusia sebagai binatang berkaki dua tanpa bulu pelepah, maka layaklah anak muridnya Diogenes membawa
  • 3. ayam yang telah dibuang semua bulu pelepahnya ke Akademi (pusat pengajian ilmu di zaman Greek) dan berkata menjelaskan bahawa itulah manusia menurut pandangan Plato. Satu lagi definisi falsafah klasik Barat tentang manusia adalah “binatang yang boleh bercakap” atau hayawanun natiq- the talking animal. Pandangan ini diwarisi daripada pemikiran falsafah Greek serta Rom dan mengalami sedikit perubahan pada zaman Renaissance (The Enlightenment) yang menekankan bahawa manusia ini bukan sekadar boleh bercakap tetapi juga mempunyai fungsi berfikir lalu dikatakan bahwa manusia adalah “binatang yang boleh bercakap dan berfikir” (a rational being). Akal adalah unsur paling utama yang meletakkan manusia ditempat yang paling tinggi berbanding makhluk lain. Bagi Plato, akal adalah bahagian yang tertinggi dalam jiwa manusia dan fungsi akal adalah untuk memandu tingkah laku. Bagi Aristotle akal adalah juga bahagian yang tertinggi dalam jiwa manusia dan ianya adalah anugerah yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Menurut tafsiran klasik ini, definisi manusia umumnya difahami daripada pandangan alam semulajadi dan keunikan kekuatan akalnya. Akal adalah prinsip yang tersendiri dan dengan itu ianya berbeza daripada jasad. Akal juga adalah merupakan kebanggaan kepada manusia. Bagi Socrates, Plato dan pengikut mereka, manusia yang cerdik adalah manusia yang berhikmah atau berilmu pengetahuan (Titus and Smith, 1974: 23). Manusia Pada Pandangan Sains Kemajuan ilmu di dalam bidang biologi dan sains sosial di abad ke dua puluh bagaimanapun telah membawa manusia ke arah memikirkan persoalan baru dan berbeza tentang diri mereka. Contohnya, kajian terhadap orang-orang yang dipanggil “primitive” telah menunjukkan kepelbagaian adat dan nilai yang mana para ahli antropologi mula berpendapat bahawa bayi yang baru dilahirkan adalah seumpama sehelai kertas putih yang tercorak di atasnya setiap budaya manusia. Kanak-kanak Vietnam yang diambil daripada ibu bapa kandungnya ketika dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga orang Amerika mungkin akan mempelajari untuk mengutamakan daya persaingan dan materialistik sepertimana juga kanak-kanak Amerika (Titus and Smith, 1974: 20). Secara umumnya terdapat dua pandangan sains terhadap manusia iaitu satunya melihat dari sudut biologi dan satu lagi dari sudut tingkah laku. Dari sudut biologi ia melihat manusia dari aspek fizikal atau anggota tubuh dan juga kandungan fizikal manusia itu iaitu kandungan kimianya. Tafsiran sempit sains tentang manusia ini menekankan bahawa manusia dan segala aktivitinya adalah ditentukan oleh undang-undang fizik dan kimia. Dalam pandangan ini, manusia dilihat hanyalah sebagai satu bentuk hidupan “yang lebih tinggi”
  • 4. berbanding dengan hidupan dan benda yang lain. Manusia dalam pandangan sains adalah sebahagian daripada susunan fizikal alam semulajadi sepertimana juga benda-benda yang lain. Ia mempunyai saiz, berat, bentuk dan warna. Manusia mengisi ruang dan masa, undang- undang fizik seperti graviti bertindak terhadap manusia sepertimana juga ianya bertindak terhadap benda-benda yang lain (Titus and Smith, 1974: 25). Dari sudut biologi juga kita menemui teori-teori biologi tentang asal-usul manusia seperti teori evolusi yang diasaskan oleh Charles Darwin (1809-1882). Teori Evolusi dari sudut biologi berpendapat bahawa semua hidupan meningkat daripada tahap yang rendah, dalam bentuk yang termudah kepada tahap yang lebih tinggi dan dalam bentuk yang lebih kompleks. Kata Darwin, “I have called this principle, by which each slight variation, if useful, is preserved, by the term Natural Selection” (Charles Darwin, The Origin of Species). Manusia dilihat oleh Darwin dan pengikut teori evolusinya sebagai berkembang daripada binatang satu sel dan dari sudut ini manusia adalah sama dengan spesies binatang-binatang lain yang berasal daripada “pre- existing form” atau bentuk yang paling mudah (Darwin, The Descent of Man). Pandangan Darwin ini secara mudahnya membuat kita menarik kesimpulan bahawa manusia adalah subjek kepada perubahan yang berbentuk evolusi dan hasilnya “manusia” yang ada pada hari ini semestinya akan berbeza dengan “manusia” pada lima ribu tahun yang akan datang (Titus and Smith, 1974: 20). Pandangan Darwinisme atau ahli sains evolusi ini semakin menyusahkan kita membuat tafsiran tentang manusia kerana manusia menurut Darwinisme pada masa lalu tidaklah sama dengan manusia pada masa ini dan juga pada masa yang akan datang…if this is indeed the case, what is unique or special to man? What constitutes “human” nature in a continually evolving process? (Titus and Smith, 1974: 20). Jadi, apakah yang unik dan istimewanya manusia? Dari sudut tingkah laku atau behaviourisme, manusia dilihat sebagai satu agen perubahan dalam bertingkah laku yang meliputi aspek emosi, pemikiran dan pergerakan atau perbuatan. Seperti kata John B. Watson, seorang pengasas pemikiran behaviorisme dalam psikologi, “Teriakan seorang ahli sains tingkah laku biasanya berbunyi: “Berikan aku seorang bayi dan duniaku akan membesarkan ia. Aku akan mengajarkan dia merangkak; memanjat dan mengajarkan dia menggunakan kedua-dua tangannya untuk membina bangunan daripada batu dan kayu. Aku boleh jadikan dia seorang pencuri, seorang yang mahir bermain senjata ataupun seorang yang jahat.” (Titus and Smith, 1974: 26). Berdasarkan teori ini kemungkinan untuk membentuk manusia dalam apa juga rupa bentuk adalah tidak terbatas kerana manusia dianggap sebagai anak kepada persekitaran (al-insan ibn al-bi’ah). Selain daripada pandangan
  • 5. behaviorisme dalam psikologi terdapat banyak lagi teori-teori tentang manusia berkaitan tingkah laku seperti teori psikologi Sigmund Freud tentang “libido seks” iaitu tingkah laku manusia terhasil daripada desakan naluri seksual. Karl Marx (1818-1883) melihat tingkah laku manusia dari sudut proses ekonomi. Semua teori-teori dalam sains tingkah laku sama ada sosiologi, psikologi dan sebagainya tidak sunyi daripada kritikan mahupun pembuktian tentang kesilapan besar mereka. Pandangan- pandangan ini walaupun tidaklah semuanya salah tetapi adalah pandangan yang terlalu sempit dan berat sebelah… these are not totally false but extremely lopsided views (Titus and Smith, 1974: 28). Manusia Pada Pandangan Agama Terdapat dua sudut pandangan agama tentang manusia iaitu pandangan agama-agama barat dan pandangan agama-agama timur. Agama-agama barat (the Western Religions) adalah terdiri daripada agama-agama Yahudi, Kristian dan Islam. Pandangan ketiga-tiga agama ini tentang manusia mempunyai banyak aspek kesamaan kecuali beberapa perkara yang berbeza yang nanti akan diperjelaskan. Judaeo-Christian berpandangan bahawa manusia adalah diciptakan oleh Tuhan berdasarkan imej Tuhan. Manusia dijadikan oleh Tuhan dan dihantar ke dunia untuk berkhidmat kepada Tuhan. Mereka mempunyai keupayaan untuk melakukan kebaikan dan juga kejahatan. Agama Kristian menekankan konsep "cinta" dan "social-mindedness" sebagai nilai utama. Mereka menjadikan kedatangan dan kehidupan Jesus of Nazareth sebagai lambang kebaikan individu dan masyarakat. Agama Yahudi menekankan konsep keadilan dan kebenaran untuk kaum dan bangsa mereka. Agama Islam datang dengan konsep yang komprehensif tentang manusia. Manusia menurut pandangan Islam adalah makhluk yang paling mulia yang diciptakan oleh Allah s.w.t dan diturunkan ke muka bumi untuk melaksanakan ibadat dan berkhidmat kepada Allah s.w.t dan mereka akan kembali menemui Tuhan mereka setelah mati. Manusia mempunyai tanggungjawab dan amanah yang mesti dipikul iaitu melakukan kebaikan di muka bumi ini untuk mendapat balasan yang baik di akhirat. Penciptaan manusia diperjelaskan dengan mantap melalui Al-Quran dan begitu juga tanggungjawab yang perlu dilakukannya (Rujuk surah-surah 15: 29, 23: 12-14) Terdapat kepelbagaian pandangan tentang manusia di dalam agama-agama Timur atau Eastern Religions. Di sini dibawakan dua pandangan utama iaitu daripada pandangan agama Hindu dan agama Buddha. Tema umum yang dipegang oleh hampir kesemua pemikir Hindu
  • 6. ialah manusia hendaklah berpegang kepada kehidupannya yang abadi yang tidak akan hancur dan musnah. Diri manusia yang sebenar adalah diri yang tidak musnah. Pada pandangan agama Hindu, manusia hidup di dunia sentiasa berusaha mencari kemewahan dan keseronokan (Artha dan Kama- wealth and pleasure). Manusia seharusnya sedar bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab atau Dharma (duty or obligation) dan sekiranya manusia tidak melaksanakan tanggungjawab mereka maka mereka tidak akan dapat melepaskan diri daripada kesengsaraan terperangkap dengan ketidaksempurnaan hidup di dunia. Kesempurnaan atau Mokhsa (enlightenment) hanya dapat dicapai melalui manusia melakukan kebaikan di dunia ini kerana mereka akan hidup lagi pada dasa warsa yang akan datang (re-incarnation). Kata Ananda Comaraswamy (1942: 86), “The same applied to the individual who, if only concerned with the good of the work to be done and not with himself, and if he thinks of “himself” only as an instrument governed by his art, is worthy of all honor, but if he asserts and seeks to express himself, worthy of all dishonor and shame”. Agama Hindu juga menekankan sifat “ketuhanan” yang wujud dalam setiap diri manusia dan lantaran kerana itu sifat ketuhanan ini menjelaskan kenapa agama Hindu menganggap manusia sendiri bersifat abadi dan tidak musnah. “In last analysis the man himself is the “City of God” and it can as well be said of him as of any other city that “The city can never otherwise be happy unless it is drawn by those painters who copy a divine original.” (Coomaraswamy, 1942: 71). Manusia pada pandangan agama Buddha hidup berasaskan Karma atau ketentuan. Bagaimanapun ketentuan ini tidak dianggap sebagai “preordained fate” atau ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali. Karma merujuk kepada perbuatan manusia sama ada baik atau buruk ketika hidupnya. Nilaian perbuatan akan menentukan nasib pada kehidupan yang akan datang. Ini adalah kerana agama Buddha berpandangan bahawa kehidupan manusia adalah berpindah dari satu kelahiran kepada satu kelahiran yang lain. Setiap kelahiran atau kehidupan terkandung di dalamnya "dukkha" atau sengsara. Karma memainkan peranan yang penting dalam menentukan tafsiran manusia menurut ajaran agama Buddha. Ini adalah kerana seseorang manusia tidak boleh mempastikan apakah dia pada kelahiran yang akan datang juga akan hidup sebagai “manusia” atau tidak. Kelahiran semula manusia bergantung kepada Karmanya pada kehidupan yang lalu. Jika dia melakukan amalan yang jahat maka tak mungkin dia akan dapat wujud kembali pada kelahiran akan datang sebagai manusia. Secara jelasnya terdapat enam jenis kehidupan yang mungkin akan ditempuhi oleh manusia pada kehidupannya yang akan datang menurut ajaran Buddha. Hanya mereka yang memenuhi kehidupan mereka dengan kebaikan sahaja yang layak untuk mendapat tiga kehidupan yang beruntung iaitu the realm of demigods (separuh manusia dan separuh dewa), the realm of gods (dewa dewi), dan
  • 7. the realm of men iaitu manusia yang sebenar. Manusia yang jahat akan menempah salah satu daripada tiga bentuk kelahiran semula yang penuh dengan kesengsaraan iaitu sama ada dilahirkan sebagai binatang, hantu ataupun dimasukkan ke dalam neraka (Bukkyo Dendo Kyokai, The Teaching of Buddha, 1966). Konsep manusia menurut ajaran Buddha nampaknya terikat dengan konsep “re-incarnation” atau kelahiran semula. Manusia pada asasnya tidak mempunyai jati dirinya sendiri khususnya selepas ia menemui kematian. Kejadian Manusia Dari Perspektif Islam Asal usul kejadian manusia dari perspektif Islam merangkumi satu pandangar yang bersifat menyeluruh dan boleh dipertanggungjawabkan. la bermula dari asai kejadian manusia dan proses kejadian yang selanjutnya. 1. Asal Kejadian Adam Dalam al-Quran, Allah swt telah menjelaskan tentang Firman Allah kepada Malaikat mengenai hasratNya hendak menjadikan seorang khalifah di buka bumi sebagaimana firmanNya: "Dan ingatlah ketika Tuhan engkau berkata kepada Malaikat "Sesungguhnya Aku hendak jadikan di muka bumi seorang khalifah" (al-Baqarah: 30) Di dalam al-Quran seorang khalifah yang dimaksudkan itu ialah Adam a.s 'Dan telah diajarkanNya kepada Adan nama-nama semua benda" (al-Baqarah : 31) Kitab-kitab tafsir menceritakan setelah Adam dicipta, ia diberikan tempat tinggal di sebuah taman syurga. Ketika inilah Allah menciptakan isterinya yang bernama Hawa sebagai pasangan hidup. Mengikut "Kitab Perjanjian Lama" orang Yahudi dan Nasranl menyebut bahawa Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam, yang diambil dari Adam ketika tidur. Fakta kejadian Hawa ini disebut juga di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: "Peliharalah perempuan-perempuan itu sebaik-baiknya, kerana sesungguhnya perempuan dijadikan dari tulang rusuk" (riwayat: Bukhari dan Muslim) Allah swt telah memerintahkan Adam dan Hawa untuk tinggal di Syurga dengan keadaan aman dan damai. Disamping itu Allah juga memperingatkan Adam dan Hawa agar menjauhi pohon Khuldi dan juga dilarang memakan buahnya. Bagaimanapun Adam dan Hawa telah menerima ujian dan godaan daripada syaitan. Syaitan sering memujuk dan menggoda keduaNya agar melanggar larangan Allah. Akhirnya mereka terpengaruh dengan hasutan syaitan serta melanggar larangan dan tegahan Allah swt. Peristiwa ini menyebabkan kemurkaan Allah kepada Adam dan Hawa. Mereka diperintahkan keluar dari syurga dan tinggal di bumi. Ketika inilah lahirnya keturunan Adam dan Hawa yang bermula dengan Qabil dan Habil. Daripada jenerasi merekalah lahirnya manusia yang kemudiannya berkembang biak bersuku-suku, berbangsa-bangsa, berlainan warna kulit, bahasa, budaya dan agama. (Hamka, 1990)
  • 8. Proses Kejadian Manusia Menurut al-Quran dan al-hadis, manusia diciptakan oleh Allah swt dengan dua unsur iaitu jasmani dan rohani. 1. Unsur Jasmani Ringkasnya dapatlah difahami bahawa unsur-unsur jasmani manusia diciptakan oleh Allah dari unsur-unsur yang ada di bumi seperti tanah dan air. Ilmu sains turut membuktikan bahawa unsur-unsur yang ada pada manusia juga kedapatan di bumi. Walaupun hujjah sains tidak boleh dikira mutlak namun bukti dan data penyelidikan telah membantu hakikat kebenaran yang telah direkodkan oleh al-Quran.
  • 9. Oleh kerana asal kejadian manusia dari unsur-unsur yang ada di bumi, maka tuntutan dan keperluan hidupnya juga berasal dari bumi. Keperluan harian manusia seperti makanan, minuman, pakaian, perhiasan dan keamanan adalah diperolehi dari bumi. b. Unsur Rohani Al-Quran dan al-Hadis menjelaskan unsur-unsur rohani sebagaimana berikut: "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan pad any a roh dari (ciptaanKu)" (al-Hijr: 29) "Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari air mani, kemudian jadi segumpal darah, seperti yang demikian itu, empat puluh hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga iaitu empat puluh hari, kemudian diutuskan kepadanya Malaikat lalu ditiupkan roh padanya" (riwayat: Bukhari dan Muslim) Dalam ayat dan hadis di atas Allah menjelaskan bahawa pada awalnya jasmani manusia diciptakan, setelah sempurna penciptaan barulah Allah mengirimkan Malaikat lalu meniupkan roh pada jasad tersebut. Sebagaimana unsur jasmani yang memiliki tuntutan dan keperluan untuk Kehidupan, maka unsur rohani juga mempunyai kehendak yang sama. Namun begitu tuntutan rohani agak berbeza dengan tuntutan jasmani. Tuntutan dan keperluan rohani berpunca dari alam ketinggi dan kekudusan. la memerlukan hidangan dan makanan yang berupa aqidah, ibadah, ketundukan, kepatuhan, keimanan dan keikhsanan. Jelasnya tuntutan dan keperluan rohani ialah penyerahan dan pengabdian diri kepada Pencipta. Ciri-ciri Manusia Al-Quran dan al-Hadis meneritakan banyak perkara berhubung dengan manusia. Manusia diberi fokas utama oleh al-Quran kerana ia menjadi sasaran seruan al-Quran. Al- Quran menyebutkan ciri-ciri manusia seperti berikut: 1. Manusia adalah makhluk dari tanah. Manusia adalah satu jenis daripada jenis-jenis makhluk yang mempunyai kesamaan dalam satu aspek dan mempunyai kelainan dalam aspek yang lain. Manusia sebenarnya adalah makhluk dari tanah. "Dan Allah jadikan kamu dari tanah" (Fatir 35: 11) Menurut Alexis Carel "Setelah diterangkan percantuman yang sebati di antara bahan kimia yang tersusun darinya jisim manusia dan tanah dari berbagai jenis beliau berkata bawa manusia dicipta dari tanah: (Muhammad al-Mubarak: 1988) 2. Manusia adalah satu jenis dari jenis-jenis haiwan.
  • 10. Manusia merupakan satu jenis dari berbagai jenis haiwan atau binatang. Mereka hampir sama dengan binatang dalam berbagai perkara dan lebih teruk daripada binatang dalam setengah perkara. "Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian lagi berjalan dengan dua kaki, sedangkan sebahagian yang lain hpr'dlan rlonnpn (al-Nur - 24:45) 3. Manusia adalah makhluk yang istimewa. Manusia merupakan insan yang diciptakan oleh Allah dengan mempunyai sifat-sifat yang istimewa. Kedudukan dan mertabat manusia adalah lebih baik daripada binatang. Manusia mempunyai potensi yang baik kerana diberikan padanya akal dan ilmu pengetahuan. Diberikan kepada manusia ilmu, akal dan pancaindera supaya ia dapat menjalankan tugas menghidup dan memakmurkan alam. "Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian" (al-Tin: 4) 4. Keistimewaan manusia dari aspek rohani. Manusia diciptakan oleh Allah swt mempunyai dua unsur iaitu Jasmani dan Rohani. Unsur jasmani adalah untuk membolehkan manusia berusaha, bekerja, dan saling bantu- membantu untuk membina kehidupan samada secara individu, keluarga, bermasyarakat dan bernegara. Unsur rohani pula untuk mengerakkan diri manusia kepada ketundukkan, kepatuhan dan pengabdian diri kepada Pencipta. Unsur rohani inilah yang mengangkat martabat manusia bagi menghampiri PenciptaNya. "Kemudian diperelokkannya dan Allah tiupkan padanya ruhNya" (al-Sajadah: 9) "Sesungguhnya Kami muliakan bani Adam" (al-lsra': 70) Pengertian Agama Menurut Sidi Ghazalba (1977), persoalan berkaitan pengertian agama dalam bahasa Melayu Nusantara agak sukar dijawab oleh orang awam kerana mereka lebih suka mengambil berat tentang pengisian atau amalan agama itu sendiri berbanding dengan bersusah payah mengetahui maksud perkataan "agama". Jika ditanyakan kepada orang Islam berbangsa Melayu, "apa agama tuan?, maka dijawab, "agama saya Islam”. Jika ditanya seterusnya, ''apa itu Islam?”. Javvapan yang paling mudah ialah, "Islam itu agama”. Hal ini membavva kita kepada memahami bahawa untuk mengetahui secara mendalam dan tepat tentang maksud kata "agama" itu adalah agak sukar dan memerlukan pengkajian yang mendalam. A. Mukti Ali (1982) menyebut, "barangkali tidak ada kata yang paling sulit diberi pengertian dan definisi selain dari kata agama." Hakikatnya agama telah lama berada dalam pemikiran manusia seiring dengan kevvujudannya. Kesukaran untuk memberi definisi yang tepat adalah kerana ia adalah suatu yang berkembang, dinamik, asasi, personal dan mempunyai skop yang amat luas.
  • 11. Terdapat beberapa pandangan berkaitan maksud agama dari segi etimologi bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Sankrit. Pandangan pertama mengatakan bahawa perkataan agama ini terdiri daripada dua suku kata iaitu "a" dan "gama". Dalam bahasa Sanskrit “a” bermaksud "tidak" dan "gama" bermaksud "kacau." Oleh itu maksud agama dari sudut bahasa Melayu yang berasaskan bahasa Sanskrit ini ialah "tidak kacau" (A. Mukti Ali, 1982). Namun begitu menurut Sidi Ghazalba (1977), jika perkataan "agama" ditinjau daripada akar kata "gam" ia membavva maksud "jalan" atau arah tuju. Ini kerana akar kata perkataan "agama" dalam bahasa Sankrit adalah dilihat berasal daripada perkataan bahasa serumpunnya dalam Indo-Germanic (bahasa bangsa Aryan) seperti bahasa orang Belanda dan Inggeris. la dikatakan mempunyai kaitan dengan perkataan "ga' atau "gaan' dalam bahasa Belanda dan "go" dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "pergi" atau "jalan". Ringkasnya dari sudut ini maksud agama adalah jalan atau cara-cara untuk sampai kepada keredhaan Tuhan (Endang Saifuddin, 1982). Hal ini menurut Sidi Ghazalba (1977) lagi bersesuaian dengan makna agama bagi kebanyakan ajaran seperti taoisme, shinto dan buddhisme. Bahkan makna dalam ajaran Islam yang merujuk kepada "shariat", "tariqat" dan "sirat" adalah juga membavva maksud "jalan". Dalam masyarakat Melayu Nusantara, perkataan "agama" mempunyai tiga rupa bentuk sebutan iaitu "agama", "ugama" dan "igama". Sebutan "agama" dikatakan wujud dalam bahasa Melayu di Indonesia, "igama" dalam bahasa Jawa dan "ugama" dalam bahasa Melayu di Malaysia. Seorang penyelidik, Kiai Musa '1-Makhfuld dari Kementerian Agama Republik Indonesia dalam kajiannya pada tahun 1950-an mendapati bahawa masyarakat Hindu Bali mempunyai tanggapan yang berbeza berkaitan tiga perkataan ini. "Agama" dikatakan bermaksud peraturan, tatacara dan upacara berkaitan hubungan manusia dengan raja. "Igama" dalam hubungannya dengan dewa-dewa, manakala perkataan "ugama" dalam hubungannya sesama manusia (Sidi Ghazalba, 1977). Perkataan "ugama" dan "agama" dalam istilah bahasa Melayu Malaysia digunakan seeara bersama dan membavva maksud yang sama. Kamus Dewan menjelaskan bahawa maksud "ugama" atau "agama" (bagi ajaran yang mempercayai Tuhan) adalah "kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepervttyaan pada Yang Maha Kuasa." Manakala bagi ajaran yang mempercayai dewa dan sebagainya dikatakan maksudnya adalah "kepercayaan kepada sesuatu dewa dan lain-lain yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa." Dalam bahasa Arab agama boleh dirujuk kepada perkataan "ad-din" yang bermaksud "cara hidup.” Perkataan "ad-din" menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1993) tidak boleh disamakan dengan maksud perkataan "agama" dalam bahasa Melayu mahu pun "religion" dalam bahasa Inggeris. Ini adalah disebabkan maksud mendalam yang terkandung dalamnya adalah merupakan cerminan pengajaran Al-Quran, kitab agung agama Islam. Secara ringkasnya perkataan "din" mempunyai emjpat pengertian yang utama. 'Pertamanya bermaksud "keberhutangan" ataiu indebtedness, keduanya "penyerahan diri" atau submissiveness, ketiganya "kekuasaan pemerintahan" atau judicious power dan akhir sekali "kecenderungan kepada fitrah" atau natural inclination. Kesemuanya terkandung dalam satu kenyataan iaitu "manusia hendaklah menjalani satu cara hidup, bekerja dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan ketundukan di haw ah payung aturan pemerintahan Allah dalam keadaan fitrah kebiasaan dirinya yang dijadikan oleh Allah." "Keberhutangan'" dan "penyerahan diri"" bermaksud bahawa manusia semestinya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan penuh dedikasi, ketundukan dan penyerahan diri hanya kepada Allah bagi membayar kembali "hutang" yang diberikan oleh Allah dalam bentuk nikmat
  • 12. kehidupan yang begitu berharga. "Kekuasaan pemerintahan" membawa maksud bahawa ajaran Islam telah menyediakan saftu aturan hidup dan pemerintahan yang menyeluruh, sesuai dan maju bagi diikuti oleh setiap umatnya. "Kecenderungan kepada fitrah*' pula merujuk kepada kesesuaian ajaran Islam dengan fitrah manusia yang sentiasa inginkan dirinya mengetahui Allah, ingin berbakti dan inendapat ganjaran hasil daripada kebaktiannya. Dalam bahasa Inggeris maksud agama biasanya dirujuk kepada perkataan "religion." Perkataan religion adalah berasal daripada perkataan "religio” dalam bahasa Latin yang bermaksud "to bind' atau "mengikaf' iaitu makna perkataan yang menjelaskan prinsip-prinsip penyatuan, pengharmonian dan displin yang mengikat dalam semua perkara. Menurut kamus bahasa Inggeris Oxford (2005) "religion" adalah "the belief in and worship of a superhuman controlling power, especially a personal God or gods or a particular system of faith and worship iaitu kepercayaan dan penyembahan kepada kuasa yang agung khususnya Tuhan atau tuhan- tuhan, juga bermaksud satu sistem kepercayaan dan penyembahan. Secara menyeluruhnya agama atau religion adalah human beings (Encyclopedia of Britanica, 2002) relation to that which they regard as holy, sacred spiritual or divine. Religion is commonly regarded as consisting of a persons relation to God or to gods or spirits. Worship is probably the most basic element of religion, but moral conduct, right belief and participation in religious institutions are generally also constituent elements of the religious life as practiced by believers and worshipers and as commanded by religious sages and scriptures.” Maksudnya, hubungan manusia dengan apa yang mereka anggap sebagai mulia, suci ruhaniah atau ketuhanan. Agama secara umumnya dianggap sebagai mencakupi hubungan antara manusia dengan Tuhan atau tuhan-tuhan atau roh. Penyembahan mungkin merupakan unsur asasi bagi agama. Namun begitu perbuatan bermoral, kepercayaan yang betul dan penyertaan dalam institusi keagamaan umumnya dianggap sebagai unsur-unsur utama bagi kehidupan beragama seperti yang diamalkan oleh penganut-penganut agama dan seperti yang diseru oleh ahli-ahli agama dan kitab-kitab. Kesimpulan Pandangan yang berbagai tentang manusia tidaklah dapat mengkaburi pandangan asal manusia itu sendiri terhadap dirinya. Manusia sebenarnya sudahpun mempunyai satu pengetahuan tentang dirinya. Segala tingkah lakunya di alam inilah yang sebenarnya menggambarkan pandangan dirinya terhadap “dirinya sendiri”. Beberapa kesimpulan dapat dirumuskan dalam perbincangan tentang manusia iaitu antaranya kita melihat bahawa falsafah menekankan dua unsur asas manusia iaitu fizikal yang kebinatangan dan akal yang kemanusiaan. Titik persamaan manusia dengan makhluk lain adalah fizikalnya dan titik perbezaan manusia dengan makhluk lain adalah akalnya. Dari sudut pandangan agama pula kita dapat membuat kesimpulan bahawa semua agama bersetuju bahawa manusia dijadikan dengan mempunyai matlamat dan tugasan yang
  • 13. perlu dilaksanakan di alam ini. Titik perbezaan antara pandangan agama ini mungkin dari sudut “Siapa” yang menjadikan dan “bagaimana” proses kejadian itu serta perkara-perkara yang berkaitan dengan nasib manusia pada masa atau kehidupan akan datang. Akhir sekali dalam sudut pandangan sains kita mendapati kepelbagaian dan beberapa kesempitan ruang yang terhasil akibat terhadnya pancaindera manusia yang menjadi punca penggalian ilmu sains itu sendiri. Aktiviti 1. Pernahkah persoalan-persoalan berikut anda tanyakan kepada diri anda sendiri? a. Asal-usul anda. b. Tujuan anda dijadikan. c. Tugas anda sepanjang hidup ini. d. Kemanakah anda selepas anda mati? 2. Bincangkan implikasi daripada pandangan falsafah barat terhadap manusia. 3. Bandingkan pandangan agama-agama di bawah terhadap manusia: a. Islam. b. Kristian. c. Yahudi. 4. Bincangkan aspek-aspek terpenting dalam pandangan Hinduism dan Buddhism terhadap manusia ? 5. Walaupun sains dianggap sebagai satu ilmu yang “pasti” ia sebenarnya tidak mempunyai pandangan yang “pasti" tentang manusia. Jelaskan pandangan ini. Rujukan Adam, Charles J, Janet O`Dea and Thomas O`Dea (1972). Judaism, Christianity and Islam. New York: Harper and Row.
  • 14. A. Mukti Ali (1971). Agama, Universitas dan Pembangunan. Bandung: Institut IKIP. Annemarie de Waal Malefijt (1968). Religion and Culture: An Introduction to Anthropology of Religion. London: MacMillan. Aslam Hady (1986). Pengantar Filsafat Agama. Jakarta: CV Rajawali. Charlesworth, M.J (1972). Philosophy of Religion: The Historic Approaches. London: Macmillan. Durkheim, Emile (1947). Elementary Forms of Religious Life: A Study in Religious Sociology. Glencove: Free Press. Endang Saifuddin Anshari (1982). Sains, Falsafah dan Agama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Freeman, Kathleen (1970). God, Man and States: Greek Concepts. Connecticut: Greenwood Press. Glynn, Patrick (1999). God: The Evidence, The Reconciliation of Faith and Reason in Postsecular World. California: Prima Publishing. Hattstein, Markus (t.t). World Religions. Koln: Konemann. Hoebel, E. Adamson (1972). Anthropology: The Study of Man. New York: Mc Graw Hill. H. Abu Jamin Roham (1991). Agama Wahyu dan Kepercayaan Budaya. Jakarta: Media Dakwah. Haron Din (et.al.) (1993). Manusia dan Islam. 3 Jilid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Idris Zakaria (1989). Pemikiran Islam Tentang Kehidupan. Selangor: Marwilis Publisher. Koltak, Conrad Phillip (1994). Anthropology, The Exploration of Human Diversity. New York: Mc Graw Hill. James, William (1936). The Varieties of Religious Experience: A Study of Human Nature. New York: The Modern Library. Jung, Carl (1989). Memories, Dreams, Reflection. Recorded and edited by Aniela Jaffe, trans. from the German by Richard and Clara Winston. New York: Vintage Books. Thomas F. O’dea, Thomas F. (1966). The Sociology of Religion. New Jersey: Prentice-Hall.