SlideShare a Scribd company logo
Malas punca kegagalan

DALAM menempuh hidup yang serba mencabar, tidak dinafikan ada segelintir daripada kita yang
akan ketinggalan.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada kegagalan. Antaranya tidak mempunyai tujuan
hidup, kurangnya keyakinan, tidak berdisiplin dan tidak berani mengambil risiko.

Namun, faktor utama mungkin boleh dikaitkan dengan sifat malas. Perasaan itu wujud seiring
dengan keengganan kita melakukan sesuatu tugas dan suka menunda kerja. Seterusnya,
melarikan diri daripada kewajipan.

Implikasi yang diberikan oleh perasaan ini amat kuat. Apabila satu perasaan itu terdetik di hati
secara langsungnya akan mempengaruhi fikiran dan fizikal kita. Keadaan ini akan menjadi teruk
sekiranya rasa tersebut dilayan dalam jangka masa yang lama. Pengaruhnya amat kuat dalam
memberi impak kepada kejayaan seseorang.

Keselesaan kita berada dalam sesuatu lingkungan atau zon membuatkan sukar untuk kita keluar
melakukan perubahan. Seharusnya kita harus membuka mata dan melihat kerana motivasi itu ada
di mana-mana sahaja.

Lihatlah pada kerajinan yang ditunjukkan oleh seorang pengutip sampah dan pemandu bas.
Mereka sanggup melakukan kerja bertahap rendah kerana sudah tiada pilihan untuk melakukan
tugas yang bertaraf hebat. Bukankah mereka lebih baik daripada golongan malas yang menunggu
bulan jatuh ke riba?

Sehubungan itu, seorang individu yang masih dibuai perasaan malas harus mengaplikasikan
faktor persekitaran mereka sebagai penyuntik motivasi.

Mungkin panduan yang disenaraikan ini mampu digunakan oleh remaja dan pekerja untuk terus
menongkah arus perdana yang semakin sengit persaingannya.
1. Menetapkan tujuan: Orang malas tidak memiliki motivasi untuk berkembang ke arah kehidupan
yang lebih baik. Ini membuatkan mereka tidak mempunyai tujuan atau matlamat hidup yang nyata
dan jelas. Keadaan ini hanya mengakibatkan kehidupan mereka terumbang-ambing dan menjadi
pasif, seterusnya cenderung menyerahkannya kepada nasib.

Dengan itu, kehidupan yang kita dijalani akan berasa bosan. Jika diamati, tujuan hidup ini mampu
menyentuh emosi dan mencetuskan perasaan untuk berbuat sesuatu. Secara tidak langsung
mendorong dan membakar semangat manusia agar berjaya. Setiap manusia yang diciptakan itu
adalah unik sama ada dalam aspek minat, kecenderungan, kebolehan, cara berfikir dan bertindak.

Sehubungan itu, tetapkan apa tujuan hidup anda dan mulakan langkah yang berani.

2. Berani hadapi ketakutan: Orang yang malas juga boleh dikaitkan dengan mereka yang takut
menghadapi kegagalan. Ia disebabkan mereka berasa malu dan kurang keyakinan untuk
mendepani masalah yang dihadapinya.

Berani menghadapi risiko untuk meraih kejayaan dalam hidup adalah penting bagi setiap individu.
Setiap perjuangan perlu disertai dengan risiko.

Di saat anda dihantui perasaan cemas dan takut, seharusnya jangan melarikan diri tetapi
menghadapi dengan tenang kerana kejayaannya mampu membangkitkan keyakinan diri. Gunakan
masa silam kita sebagai guru paling berguna untuk mengubah kehidupan. Kata orang, alah bisa
tegal biasa.

3. Meningkatkan kemampuan diri: Untuk terus memangkin kejayaan seharusnya kita perlu terus
berlatih dan berusaha meningkatkan kemampuan diri. Berada dalam keadaan yang sama hanya
mengakibatkan produktiviti dan motivasi untuk berjaya semakin berkurang.

Belajar adalah kunci untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Sekiranya kita terus tekun,
secara langsung kemampuan kita juga akan meningkat. Semangat ketekunan itu boleh terus
membara jika anda menyemat dalam fikiran dengan kata-kata 'saya ingin dan mahukan perkara
tersebut'.

Contohnya, jika kita ingin menjadi perunding cara, maka fokuskan kelakuan kita ke arah tersebut
dengan mengasah kemampuan, mendiagnosis masalah, mencari penyebab, menganalisis,
menyediakan jalan penyelesaian dan memperbaiki kemampuan berkomunikasi.

4. Disiplin diri: Disiplin melatih seseorang mengawal kelakuan mereka untuk berjaya. Ia
menggabungkan sikap sabar, berorientasi matlamat dan tanggungjawab dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Perkara yang perlu ada dalam pemikiran seseorang dalam mencapai tahap
disiplin yang tinggi adalah kekuatan dalam melawan segala dugaan.

Golongan berdisiplin adalah mereka yang menghormati janji dan komitmen yang telah dibuat
dalam diri mereka. Sikap begini secara langsung membina semangat kemahuan yang tinggi,
pergorbanan, tumpuan, sikap terbuka dan mencabar minda mereka untuk mencapai apa yang
diingini.

5. Lingkungan positif: Jika perasaan malas mulai muncul dalam diri anda, jangan terus berdiam
diri. Langkah terbaik dalam menghilangkan perasaan tersebut adalah dengan menghampiri orang
yang sedang tekun dan bersemangat melakukan sesuatu.

Dekati mereka yang sedang bekerja keras dalam merealisasikan impian mereka. Berada dalam
lingkungan golongan yang mempunyai arah hidup, optimis dan motivasi diri secara tidak
langsung akan menginspirasi dan menimbulkan semangat yang membuak-buak untuk terus
berada dalam landasan yang betul.

More Related Content

What's hot

Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan

nooraini kasturi
 
Contoh pembayang pantun
Contoh pembayang pantun Contoh pembayang pantun
Contoh pembayang pantun
NADZIRAH ABU BAKAR
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
google
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
aina_athirah
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf

LIMXINGHOOIMoe
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Junidah Sukiman
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat

Salasiah Hassan Bahari
 
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
Sardi Ahmad
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera

JANGAN TINGGAL DAKU
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
ly infinitryx
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1

Ilyani Azmi
 
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum MawarSajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Tanusia Nantha
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm modenBengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm modenYahya Othman
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan firo HAR
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
SUFINA SHUKRI
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
ramlahcm69
 
What's hot (20)

Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
 
Contoh pembayang pantun
Contoh pembayang pantun Contoh pembayang pantun
Contoh pembayang pantun
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
 
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum MawarSajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum Mawar
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm modenBengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
Viewers also liked

Kuliah 3 penjagaan fizikal, mental dan emosi
Kuliah 3 penjagaan fizikal, mental dan emosiKuliah 3 penjagaan fizikal, mental dan emosi
Kuliah 3 penjagaan fizikal, mental dan emosiLee Oi Wah
 
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasiMenghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasiLee Oi Wah
 
Pengenalan kepada latihan pemanduan modul perubatan & etika dan profesionalisma
Pengenalan kepada  latihan pemanduan modul perubatan & etika dan profesionalismaPengenalan kepada  latihan pemanduan modul perubatan & etika dan profesionalisma
Pengenalan kepada latihan pemanduan modul perubatan & etika dan profesionalismaLee Oi Wah
 
Kuliah 1 kursus pemanduan ambulan jknp 2013
Kuliah  1 kursus pemanduan ambulan jknp 2013Kuliah  1 kursus pemanduan ambulan jknp 2013
Kuliah 1 kursus pemanduan ambulan jknp 2013Lee Oi Wah
 
Penerapan budaya koporat
Penerapan budaya koporatPenerapan budaya koporat
Penerapan budaya koporatLee Oi Wah
 
Viewers also liked (6)

Kuliah 3 penjagaan fizikal, mental dan emosi
Kuliah 3 penjagaan fizikal, mental dan emosiKuliah 3 penjagaan fizikal, mental dan emosi
Kuliah 3 penjagaan fizikal, mental dan emosi
 
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasiMenghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
 
Pengenalan kepada latihan pemanduan modul perubatan & etika dan profesionalisma
Pengenalan kepada  latihan pemanduan modul perubatan & etika dan profesionalismaPengenalan kepada  latihan pemanduan modul perubatan & etika dan profesionalisma
Pengenalan kepada latihan pemanduan modul perubatan & etika dan profesionalisma
 
Kuliah 1 kursus pemanduan ambulan jknp 2013
Kuliah  1 kursus pemanduan ambulan jknp 2013Kuliah  1 kursus pemanduan ambulan jknp 2013
Kuliah 1 kursus pemanduan ambulan jknp 2013
 
Presentation pd
Presentation pdPresentation pd
Presentation pd
 
Penerapan budaya koporat
Penerapan budaya koporatPenerapan budaya koporat
Penerapan budaya koporat
 
Similar to Malas punca kegagalan

Makalah bk tentang hambatan karir
Makalah bk tentang hambatan karirMakalah bk tentang hambatan karir
Makalah bk tentang hambatan karir
devinGrandonk
 
Devin Grandonk
 
4113935-phpapp01
4113935-phpapp014113935-phpapp01
4113935-phpapp01FBnya Jhoe
 
Makalah strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Makalah strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapiMakalah strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Makalah strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapiZuzax Gates
 
3. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, mengubah pola fikir dan motivasi b...
3. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, mengubah pola fikir dan motivasi b...3. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, mengubah pola fikir dan motivasi b...

Azahfadilah
 
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapiStrategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapiZuzax Gates
 
Usaha3,iwan muklas,hapzi ali,mengubah pola fikir dan motivasi berprestasi,uni...
Usaha3,iwan muklas,hapzi ali,mengubah pola fikir dan motivasi berprestasi,uni...Usaha3,iwan muklas,hapzi ali,mengubah pola fikir dan motivasi berprestasi,uni...

IwanMuklas
 
Bimbingan klompok
Bimbingan klompokBimbingan klompok
Bimbingan klompok
ade fikri
 
Sifat-sifat Kepimpinan abab ke 21 -Ken Blankard
Sifat-sifat Kepimpinan abab ke 21 -Ken BlankardSifat-sifat Kepimpinan abab ke 21 -Ken Blankard

Timothy Wooi
 
Makalah kwu (Menunjukan Sikap Pantang Menyerah, Mengelola konflik, Membangun ...
Makalah kwu (Menunjukan Sikap Pantang Menyerah, Mengelola konflik, Membangun ...Makalah kwu (Menunjukan Sikap Pantang Menyerah, Mengelola konflik, Membangun ...

Rocky Asep Prabowo
 
Makalah kwu (Menunjukan Sikap Pantang Menyerah, Mengelola konflik, Membangun...
Makalah kwu  (Menunjukan Sikap Pantang Menyerah, Mengelola konflik, Membangun...Makalah kwu  (Menunjukan Sikap Pantang Menyerah, Mengelola konflik, Membangun...

Materi Strategi Menuju Sukses
Materi Strategi Menuju SuksesMateri Strategi Menuju Sukses
Materi Strategi Menuju Sukses
Eko Mardianto
 
Bermental juara
Bermental juaraBermental juara
Bermental juaraPT. SASA
 
P.K - SIKAP.PPTX
P.K - SIKAP.PPTXP.K - SIKAP.PPTX
P.K - SIKAP.PPTX
Wahyuda9
 
Ciri kepimpinan pelajar
Ciri kepimpinan pelajarCiri kepimpinan pelajar
Ciri kepimpinan pelajarzuhaipgm
 
Similar to Malas punca kegagalan (20)

More from Lee Oi Wah

Ebd in healthcare improvement
Ebd in healthcare improvementEbd in healthcare improvement
Ebd in healthcare improvement
Lee Oi Wah
 
Overview of clinical governance
Overview of clinical governanceOverview of clinical governance
Overview of clinical governance
Lee Oi Wah
 
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatan
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatanTadbir urus perkhidmatan klinik kesihatan

Fundamental principle of qa projects
Fundamental principle of qa projectsFundamental principle of qa projects
Fundamental principle of qa projects
Lee Oi Wah
 
Gp pencegahan rasuah kkm
Gp pencegahan rasuah kkmGp pencegahan rasuah kkm
Gp pencegahan rasuah kkm
Lee Oi Wah
 
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatanKod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan

Panduan kemudahan rawatan perubatan
Panduan kemudahan rawatan perubatanPanduan kemudahan rawatan perubatan
Panduan kemudahan rawatan perubatan
Lee Oi Wah
 
Identifying potential leaders ppt
Identifying potential leaders pptIdentifying potential leaders ppt
Identifying potential leaders ppt
Lee Oi Wah
 
Caj rawatan pesakit wna
Caj rawatan pesakit wnaCaj rawatan pesakit wna
Caj rawatan pesakit wna
Lee Oi Wah
 
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasiMenghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Lee Oi Wah
 
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauTaklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau

Pengungsian bangunan (fsat)
Pengungsian bangunan (fsat)Pengungsian bangunan (fsat)
Pengungsian bangunan (fsat)
Lee Oi Wah
 
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatanSenarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan

Audit eksa
Audit eksaAudit eksa
Audit eksa
Lee Oi Wah
 
Layman cpr
Layman cprLayman cpr
Layman cpr
Lee Oi Wah
 
Infant bls (instruktor)
Infant  bls (instruktor)Infant  bls (instruktor)
Infant bls (instruktor)
Lee Oi Wah
 
Adult BLS
Adult BLSAdult BLS
Adult BLS
Lee Oi Wah
 
Pengurusan kenderaan di kk
Pengurusan kenderaan di kkPengurusan kenderaan di kk
Pengurusan kenderaan di kk
Lee Oi Wah
 
Pengurusan kutipan hasil di kaunter
Pengurusan kutipan hasil di kaunterPengurusan kutipan hasil di kaunter
Pengurusan kutipan hasil di kaunter
Lee Oi Wah
 
Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Akauntabiliti dalam pengurusan kewanganAkauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Lee Oi Wah
 
More from Lee Oi Wah (20)

  • 1. Malas punca kegagalan DALAM menempuh hidup yang serba mencabar, tidak dinafikan ada segelintir daripada kita yang akan ketinggalan. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada kegagalan. Antaranya tidak mempunyai tujuan hidup, kurangnya keyakinan, tidak berdisiplin dan tidak berani mengambil risiko. Namun, faktor utama mungkin boleh dikaitkan dengan sifat malas. Perasaan itu wujud seiring dengan keengganan kita melakukan sesuatu tugas dan suka menunda kerja. Seterusnya, melarikan diri daripada kewajipan. Implikasi yang diberikan oleh perasaan ini amat kuat. Apabila satu perasaan itu terdetik di hati secara langsungnya akan mempengaruhi fikiran dan fizikal kita. Keadaan ini akan menjadi teruk sekiranya rasa tersebut dilayan dalam jangka masa yang lama. Pengaruhnya amat kuat dalam memberi impak kepada kejayaan seseorang. Keselesaan kita berada dalam sesuatu lingkungan atau zon membuatkan sukar untuk kita keluar melakukan perubahan. Seharusnya kita harus membuka mata dan melihat kerana motivasi itu ada di mana-mana sahaja. Lihatlah pada kerajinan yang ditunjukkan oleh seorang pengutip sampah dan pemandu bas. Mereka sanggup melakukan kerja bertahap rendah kerana sudah tiada pilihan untuk melakukan tugas yang bertaraf hebat. Bukankah mereka lebih baik daripada golongan malas yang menunggu bulan jatuh ke riba? Sehubungan itu, seorang individu yang masih dibuai perasaan malas harus mengaplikasikan faktor persekitaran mereka sebagai penyuntik motivasi. Mungkin panduan yang disenaraikan ini mampu digunakan oleh remaja dan pekerja untuk terus menongkah arus perdana yang semakin sengit persaingannya.
  • 2. 1. Menetapkan tujuan: Orang malas tidak memiliki motivasi untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik. Ini membuatkan mereka tidak mempunyai tujuan atau matlamat hidup yang nyata dan jelas. Keadaan ini hanya mengakibatkan kehidupan mereka terumbang-ambing dan menjadi pasif, seterusnya cenderung menyerahkannya kepada nasib. Dengan itu, kehidupan yang kita dijalani akan berasa bosan. Jika diamati, tujuan hidup ini mampu menyentuh emosi dan mencetuskan perasaan untuk berbuat sesuatu. Secara tidak langsung mendorong dan membakar semangat manusia agar berjaya. Setiap manusia yang diciptakan itu adalah unik sama ada dalam aspek minat, kecenderungan, kebolehan, cara berfikir dan bertindak. Sehubungan itu, tetapkan apa tujuan hidup anda dan mulakan langkah yang berani. 2. Berani hadapi ketakutan: Orang yang malas juga boleh dikaitkan dengan mereka yang takut menghadapi kegagalan. Ia disebabkan mereka berasa malu dan kurang keyakinan untuk mendepani masalah yang dihadapinya. Berani menghadapi risiko untuk meraih kejayaan dalam hidup adalah penting bagi setiap individu. Setiap perjuangan perlu disertai dengan risiko. Di saat anda dihantui perasaan cemas dan takut, seharusnya jangan melarikan diri tetapi menghadapi dengan tenang kerana kejayaannya mampu membangkitkan keyakinan diri. Gunakan masa silam kita sebagai guru paling berguna untuk mengubah kehidupan. Kata orang, alah bisa tegal biasa. 3. Meningkatkan kemampuan diri: Untuk terus memangkin kejayaan seharusnya kita perlu terus berlatih dan berusaha meningkatkan kemampuan diri. Berada dalam keadaan yang sama hanya mengakibatkan produktiviti dan motivasi untuk berjaya semakin berkurang. Belajar adalah kunci untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Sekiranya kita terus tekun, secara langsung kemampuan kita juga akan meningkat. Semangat ketekunan itu boleh terus membara jika anda menyemat dalam fikiran dengan kata-kata 'saya ingin dan mahukan perkara tersebut'. Contohnya, jika kita ingin menjadi perunding cara, maka fokuskan kelakuan kita ke arah tersebut dengan mengasah kemampuan, mendiagnosis masalah, mencari penyebab, menganalisis, menyediakan jalan penyelesaian dan memperbaiki kemampuan berkomunikasi. 4. Disiplin diri: Disiplin melatih seseorang mengawal kelakuan mereka untuk berjaya. Ia menggabungkan sikap sabar, berorientasi matlamat dan tanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perkara yang perlu ada dalam pemikiran seseorang dalam mencapai tahap disiplin yang tinggi adalah kekuatan dalam melawan segala dugaan. Golongan berdisiplin adalah mereka yang menghormati janji dan komitmen yang telah dibuat dalam diri mereka. Sikap begini secara langsung membina semangat kemahuan yang tinggi, pergorbanan, tumpuan, sikap terbuka dan mencabar minda mereka untuk mencapai apa yang
  • 3. diingini. 5. Lingkungan positif: Jika perasaan malas mulai muncul dalam diri anda, jangan terus berdiam diri. Langkah terbaik dalam menghilangkan perasaan tersebut adalah dengan menghampiri orang yang sedang tekun dan bersemangat melakukan sesuatu. Dekati mereka yang sedang bekerja keras dalam merealisasikan impian mereka. Berada dalam lingkungan golongan yang mempunyai arah hidup, optimis dan motivasi diri secara tidak langsung akan menginspirasi dan menimbulkan semangat yang membuak-buak untuk terus berada dalam landasan yang betul.