SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
MALAM AJAIB ISRA’ MI’RAJ
Oleh Ust. Hj Ahmad Azzam Hanafiah Al Marhum,
(Disediakan untuk Sibaran Oleh :D.W. Ust AGS )
‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬ ‫بسم‬
‫ا‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ‫ا‬
‫ًْل‬‫ي‬َ‫ل‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ِ‫ب‬ ٰ
‫ى‬َ‫ر‬ْ‫س‬َ‫أ‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ َ‫ان‬َ‫ح‬ْ‫ب‬ُ‫س‬
ْ‫ل‬
‫ا‬َ‫ب‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ ‫ى‬َ‫ص‬ْ‫ق‬َ ْ
‫اْل‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ال‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫ام‬َ‫ر‬َ‫ح‬
‫َا‬‫ن‬ْ‫ك‬َ‫ر‬
ْ‫ال‬ ُ‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚ ‫َا‬‫ن‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬‫آ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ه‬َ‫ي‬ ِ
‫ر‬ُ‫ن‬ِ‫ل‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫ح‬
ِ
‫ص‬َ‫ب‬
ُ‫ير‬
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari, dari Masjid Al-Haram (di
Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis di Plastain), yang
telah Kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadaNya, tanda-tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya
Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat).”
‫ى‬ َ‫و‬َ‫ه‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫إ‬ ِ‫م‬ْ‫ج‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫و‬ 1
‫ى‬ َ‫َو‬‫غ‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ب‬ ِ‫اح‬َ‫ص‬ َّ‫ل‬َ‫ض‬ ‫ا‬َ‫م‬ 2
‫ى‬ َ‫و‬َ‫ه‬ْ‫ال‬ ِ‫ن‬َ‫ع‬ ُ‫ق‬ِ‫نط‬َ‫ي‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫و‬ 3
‫ى‬َ‫ح‬‫و‬ُ‫ي‬ ٌ‫ي‬ْ‫ح‬ َ‫و‬ َّ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬ 4
‫ى‬ َ‫و‬ُ‫ق‬ْ‫ال‬ ُ‫د‬‫ي‬ِ‫د‬َ‫ش‬ ُ‫ه‬َ‫م‬َّ‫ل‬َ‫ع‬ 5
‫ى‬ َ‫و‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬َ‫ف‬ ٍ‫ة‬َّ‫ر‬ِ‫م‬ ‫و‬ُ‫ذ‬ 6
‫ى‬َ‫ل‬ْ‫ع‬َ‫ْل‬‫ا‬ ِ‫ق‬ُ‫ف‬ُ‫اْل‬ِ‫ب‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ 7
‫ى‬َّ‫ل‬َ‫د‬َ‫ت‬َ‫ف‬ ‫َا‬‫ن‬َ‫د‬ َّ‫م‬ُ‫ث‬ 8
‫َى‬‫ن‬ْ‫د‬َ‫أ‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ِ‫ْن‬‫ي‬َ‫س‬ ْ‫و‬َ‫ق‬ َ‫اب‬َ‫ق‬ َ‫ان‬َ‫ك‬َ‫ف‬ 9
1 DEMI BINTANG DIKALA TERBENAM, 2 RAKAN KAMU,
MUHAMMAD, TIDAKLAH SESAT DAN TIDAK JUGA KELIRU. 3
TIDAKLAH DIA MENUTURKAN AJARAN AGAMA (AL QURAN)
MENURUT HAWA NAFSUNYA, 4 IA SEMATA-MATA WAHYU
YANG TELAH DITURUNKAN, 5 YANG DIAJARKAN
KEPADANYA OLEH JIBRIL YANG GAGAH PERKASA, 6 YANG
MEMPUNYAI KETEGUHAN, LALU MEMPERLIHATKAN DIRINYA
DENGAN RUPANYA YANG ASAL, 7 KETIKA BERADA DIUFUK
YANG TINGGI. 8 KEMUDIAN, JIBRIL MENDEKATI
MUHAMMAD, LALU BERTAMBAH DEKAT, 9 SEHINGGALAH
JARAKNYA SEKITAR DUA HUJUNG BUSUR PANAH ATAU
LEBIH DEKAT LAGI.
PERJUMPAAN NABI DALAM
PERJALANAN
1. JIN BERSULUH
Mula-mula sekali Nabi telah terlihat seorang jin sedang
membawa suluh yang sangat hebat dan menggerunkan,
seolah-olah hendak mengganggu perjalanan Nabi, kemudian
Jibril suruh Nabi berdoa - meminta perlindungan Tuhan, maka
Nabi pun teruslah berdoa, sebagaimana yang diajar oleh Jibril:
‫ما‬ ‫شر‬ ‫من‬ ،‫فاجر‬ ‫وال‬ ‫بر‬ ‫يجاوزهن‬ ‫ال‬ ‫الالتي‬ ‫التامات‬ ‫هللا‬ ‫وبكلمات‬ ،‫الكريم‬ ‫هللا‬ ‫بوجه‬ ‫أعوذ‬
‫ومن‬ ،‫منها‬ ‫يخرج‬ ‫ما‬ ‫وشر‬ ،‫األرض‬ ‫في‬ ‫ذرأ‬ ‫ما‬ ‫وشر‬ ،‫فيها‬ ‫يعرج‬ ‫ما‬ ‫وشر‬ ،‫السماء‬ ‫من‬ ‫ينزل‬
‫رحمن‬ ‫يا‬ ‫بخير‬ ‫يطرق‬ ‫طارقا‬ ‫إال‬ ،‫والنهار‬ ‫الليل‬ ‫طوارق‬ ‫ومن‬ ،‫والنهار‬ ‫الليل‬ ‫فتن‬
"
“(AKU BERLINDUNG DENGAN WAJAH ALLAH YANG MAHA
MULIA, DENGAN KALIMAH-KALIMAH ALLAH YANG SEMPURNA,
YANG TIDAK
DIGANGGU OLEH ORANG-ORANG YANG BAIK DAN JUGA OLEH
ORANG-ORANG YANG JAHAT, DARIPADA BAHAYA YANG TURUN
DARI LANGIT DAN JUGA DARI BAHAYA YANG NAIK KEPADANYA,
DAN DARI BAHAYA YANG
MELATA DI BUMI DAN JUGA DARI BAHAYA YANG TERBIT
DARIPADANYA, DAN DARIPADA FITNAH MALAM DAN SIANG,
MELAINKAN YANG DATANG MEMBAWA KEBAJIKAN, WAHAI
TUHAN YANG MAHA PEMURAH”.
SELEPAS SAHAJA NABI BERDOA, TIBA-TIBA JIN ITUPUN
TUMBANG - HANCUR LEBUR DENGAN SULUH-SULUHNYA
SEKALI.
2. ORANG BERTANAM DAN MENGETAM
Terlihat oleh Nabi pula orang-orang bertanam gandum,
hari itu bertanam dan hari itu juga menuainya, pada esoknya
pokok-pokok itu berbuah semula. Melihat kejadian ganjil ini;
Nabi telah bertanya kepada Jibril. Jawab Jibril, inilah
(gambaran) orang yang berjihad (berjuang) di jalan Allah, maka
diberi balasan yang berlipat ganda atas perjuangan mereka itu.
(Riwayat Ahmad, Abu Ya' la dan lain-lain).
ِ َّ
‫ٱّلل‬ ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ ََٰ‫و‬ْ‫م‬َ‫أ‬ َ‫ون‬ُ‫ق‬ِ‫ف‬‫ن‬ُ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ٱل‬ ُ‫ل‬َ‫ث‬َّ‫م‬
َ‫ع‬ْ‫ب‬َ‫س‬ ْ‫ت‬َ‫ت‬َ‫ب‬ۢ‫ن‬َ‫أ‬ ٍ‫ة‬َّ‫ب‬َ‫ح‬ ِ‫ل‬َ‫ث‬َ‫م‬َ‫ك‬
ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ َ‫ل‬ِ‫ب‬‫َا‬‫ن‬َ‫س‬
َ‫م‬ِ‫ل‬ ُ‫ف‬ِ‫ع‬ ََٰ‫ض‬ُ‫ي‬ ُ َّ
‫ٱّلل‬ َ‫و‬ ۗ ٍۢ‫ة‬َّ‫ب‬َ‫ح‬ ُ‫ة‬َ‫ئ‬ْ‫ا‬ِ‫م‬ ٍۢ‫ة‬َ‫ل‬ُ‫ب‬ۢ‫ن‬ُ‫س‬
ٌ‫م‬‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ ٌ‫ع‬ِ‫س‬ ََٰ‫و‬ ُ َّ
‫ٱّلل‬ َ‫و‬ ۗ ُ‫ء‬ٓ‫ا‬َ‫ش‬َ‫ي‬ ‫ن‬
(Surah Al Baqarah ayat 261)
"(Perbandingan orang-orang yang menafkahkan hartanya di
jalan Allah, adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menjadi
tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai itu ada seratus buah, dan
Allah melipat gandakannya bagi mereka yang dikehendakinya,
Allah Maha Luas PemberianNya lagi Maha Mengetahui),"
3. BAU YANG HARUM SEMERBAK
Dalam perjalanan Nabi tercium pula suatu bau yang sangat
harum semerbak dan lalu bertanya kepada Jibril.
Jawab Jibril, ini ialah haruman pengorbanan seorang
perempuan di zaman Firaun, kerana mempertahankan agama
Allah.
4. ORANG YANG MEMECAHKAN KEPALANYA SENDIRI
Terlihat oleh Nabi pula satu kumpulan orang-orang yang
memukul kepalanya sendiri sehingga pecah, setelah pecah
kepala itu bertangkup dan bertaut semula dan kemudian
mereka memukul semula, demikianlah keadaan-nya selama-
lama. Nabi telah bertanya kepada Jibril, jawab Jibril:
"Inilah dia orang-orang yang berat kepalanya, malas
mengerjakan sembahyang.
(Al-Tabrani dan Al-Bazzar).
5. ORANG YANG BERTELANJANG
Sampai pula Nabi kepada suatu kumpulan orang yang
bertelanjang, kecuali secebis kain penutup kemaluannya
(bercawat) sahaja, mereka bercampur gaul lelaki perempuan
dengan keadaan sangat kotor dan hina, makanan mereka tiada
ada selain dari bara-bara api (Jahanam).
"Siapa pula orang ini?" tanya Nabi kepada Jibril.
Jawab Jibril: "Inilah orang-orang yang tiada menunaikan
zakatnya.“
(Riwayat Al-Tabrani)
ِ‫ف‬‫ن‬ُ‫ي‬ َ‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ة‬َّ‫ض‬ِ‫ف‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ب‬َ‫ه‬َّ‫ذ‬‫ال‬ َ‫ون‬ُ‫ز‬ِ‫ن‬ْ‫ك‬َ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ َ‫و‬
ُ‫ه‬ ْ‫ر‬ِ‫ش‬َ‫ب‬َ‫ف‬ ِ َّ
‫َّللا‬ ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ه‬َ‫ن‬‫و‬ُ‫ق‬
ٍ‫ب‬‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ع‬ِ‫ب‬ ْ‫م‬
ٍ‫يم‬ِ‫ل‬َ‫أ‬
*
ْ‫ك‬ُ‫ت‬َ‫ف‬ َ‫م‬َّ‫ن‬َ‫ه‬َ‫ج‬ ِ
‫َار‬‫ن‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ‫ى‬َ‫م‬ْ‫ح‬ُ‫ي‬ َ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬
‫و‬ُ‫ه‬ُ‫ظ‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ب‬‫نو‬ُ‫ج‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ه‬‫ا‬َ‫ب‬ ِ‫ج‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫ى‬ َ‫و‬
ْ‫م‬ُ‫ه‬‫ر‬
ْ‫ك‬َ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬‫ن‬ُ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ق‬‫و‬ُ‫ذ‬َ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أل‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬ ْ‫َز‬‫ن‬َ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫ذ‬‫ـ‬َ‫ه‬
َ‫ون‬ُ‫ز‬ِ‫ن‬
}
(
34
‫ـ‬
35
.)
Surah At Taubah 34-35
"(Dan orang-orang yang menyimpan emas, dan perak tanpa
mereka belanjakan di jalan Allah, maka peringatkan mereka
dengan siksa yang amat pedih, (iaitu pada hari dibakar emas
dan perak di dalam api neraka Jahannam, la diselar dengannya
dahi mereka, rusuk mereka serta belakang mereka. Inilah dia
(akibatnya) apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, maka
kamu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu)."
6. MEMILIH DAGING BUSUK
Terlihat oleh Nabi pula - di malam ajaib itu, kepada atau
kumpulan sedang berebut-rebut menerkam kepada daging
busuk lagi kotor padahal di hadapan mata mereka tersedia
daging yang baik lagi bersih. Tanya Nabi kepada Jibril, apa pula
hal orang-orang ini? Jawab Jibril: Inilah perbandingan orang-
orang yang pergi berebut-rebut kepada kumpulan perempuan
lacur-sedang mereka masing-masing sudah ada mempunyai
isteri, atau mereka boleh berkahwin dengan jalan yang halal.
Begitu pula di pihak perempuan, mereka meronta-ronta
hendak bebas lepas supaya dapat bercampur gaul dengan
lelaki yang durjana di taman-taman hiburan dan di kelab-relab
malam, mereka sampai meninggalkan kehidupan yang mulia di
rumah-tangga pergi memilih kehidupan yang rendah hina
meniadi bunga raya.
Kerana keji dan jahatnya perbuatan zina itu maka al-Quran
juga telah menetapkan hukuman:
َ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِ‫م‬ ٍۢ‫د‬ ِ‫ح‬ ََٰ‫و‬ َّ‫ل‬ُ‫ك‬ ْ‫ا‬‫ُو‬‫د‬ِ‫ل‬ْ‫ٱج‬َ‫ف‬ ‫ى‬ِ‫ن‬‫ا‬َّ‫ٱلز‬ َ‫و‬ ُ‫ة‬َ‫ي‬ِ‫ن‬‫ا‬َّ‫ٱلز‬
ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ذ‬ُ‫خ‬ْ‫أ‬َ‫ت‬ َ
‫ال‬ َ‫و‬ ۖ ٍۢ‫ة‬َ‫د‬ْ‫ل‬َ‫ج‬ َ‫ة‬َ‫ئ‬ْ‫ا‬ِ‫م‬ ‫ا‬
‫ى‬ِ‫ف‬ ٌ‫ة‬َ‫ف‬ْ‫أ‬َ‫ر‬ ‫ا‬َ‫م‬
‫ٱ‬ ِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ْ‫ٱل‬ َ‫و‬ ِ َّ
‫ٱّلل‬ِ‫ب‬ َ‫ون‬ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬‫ن‬ُ‫ك‬ ‫ن‬ِ‫إ‬ ِ َّ
‫ٱّلل‬ ِ‫ين‬ِ‫د‬
ِ‫ئ‬ٓ‫ا‬َ‫ط‬ ‫ا‬َ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ب‬‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ع‬ ْ‫د‬َ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫ي‬ْ‫ل‬ َ‫و‬ ۖ ِ
‫ر‬ ِ‫اخ‬َ‫ء‬ْ‫ل‬
َ‫ن‬ِ‫م‬ ٌ‫ة‬َ‫ف‬
َ‫ين‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ٱل‬
Surah Al Nur :2
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah
kamu dera (sebat) tiap-tiap seorang daripada keduanya 100
kali dera, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh rasa belas
kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah,
jika sebenarnya kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat)."
7. BATANG MELINTANG DI TENGAH JALAN
Dengan demikian terlihat pula oleh Nabi s.a.w. kepada
sebatang kayu yang melintang di tengah-tengah jalan,
manakala orang-orang yang lalu di situ semuanya terkait oleh
rantingnya, lalu Nabi bertanya pula kepada Jibril, jawab Jibril
Inilah bandingannya orang-orang yang suka menyekat
perjalanan orang lain, dia tiada senang akan satu-satu
kemajuan orang lain kerana itu dia sentiasa berikhtiar untuk
menyekatnya ataupun terus disamun atau dicurinya harta-
benda orang itu.
8. ORANG BERENANG DALAM LAUTAN DARAH
Selepas itu terjumpa pula oleh Nabi satu golongan orang-
orang yang berenang dalam lautan darah, sambil memakan
batu-batu yang dilontarkan kepada mereka, “apakah halnya
orang-orang ini? Jibril!” Tanya Nabi kepada Jibril.
Jawab Jibril: Inilah dia orang yang memakan harta riba.
9. ORANG MEMBERKAS KAYU
Terlihat pula oleh Nabi dalam perjalannya ini kepada seorang
lelaki yang sedang memberkas kayu walaupun ia tiada berdaya
upaya hendak memikulnya disebabkan terlalu besar berkasnya
tetapi ditambahnya pula sehingga semakin besarlah berkas itu.
Terus pula Nabi bertanya kepada Jibril, jawab Jibril: Inilah
bandingan orang-orang yang suka menerima amanah orang
lain tetapi ia tiada sanggup menunaikannya, begitupun ia
bukannya berikhtiar mencari jalan supaya dapat menunaikan
amanah itu. Tetapi sebaliknya ia sentiasa pula menerima apa
sahaja amanah yang baru
(Al-Tabari, Al-Bazzar dan lain-lain).
Pada hal Allah berfirman:
َ‫و‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ل‬ْ‫ه‬َ‫أ‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫ت‬‫َا‬‫ن‬‫ا‬َ‫م‬َ ْ
‫األ‬ ‫وا‬ُّ‫د‬َ‫ؤ‬ُ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ر‬ُ‫م‬ْ‫أ‬َ‫ي‬ َ َّ
‫َّللا‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬
ُ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ح‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ِ
‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ْن‬‫ي‬َ‫ب‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫م‬َ‫ك‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫إ‬
ْ‫ال‬ِ‫ب‬ ‫وا‬
ِ‫ل‬ْ‫د‬َ‫ع‬
َ‫ب‬ ‫ا‬ً‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َ‫س‬ َ‫ان‬َ‫ك‬ َ َّ
‫َّللا‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ظ‬ِ‫ع‬َ‫ي‬ ‫ا‬َّ‫م‬ِ‫ع‬ِ‫ن‬ َ َّ
‫َّللا‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬
‫ا‬ً‫ير‬ ِ
‫ِص‬
[
‫النساء‬
:
58
.]
“(Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan
segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukuman di
antara manusia, (memerintah ) hendaklah kamu menghukum
dengan adil, sesungguhnya Allah pemberi pengajaran yang
sebaik- baîknya kepada kamu. Sesungguhnya 'Allah itu sentiasa
maha mendengar lagi maha melihat)"
Maksud surah An Nisa’ ayat 58
10. ORANG YANG LIDAHNYA KENA POTONG
Sampai pula Nabi kepada suatu kumpulan yang masing-
masing lidahnya kena gunting, tetapi selepas digunting
kembali sediakala, kemudian digunting orang semula.
Demikianlah halnya sepanjang masa.
Sabda Nabi: Bagaimana pula orang-orang ini, Jibril? Jawab
Jibril: Inilah orang yang suka berbohong, mengadu dumba dan
menjalankan bermacam-macam fitnah. Maka inilah balasan
yang munasabah, iaitu dengan digunting lidahnya.
(Al-Tabari, Al-Bazzae dan lain-lain).
11. ORANG YANG MENCAKAR MUKA SENDIRI
Terlihat pula oleh Nabi suatu puak manusia yang mencakar-
cakar akan muka mereka sendiri dengan kuku mereka yang
sangat tajam (kuku tembaga) ; sehingga muka dan anggota
mereka menjadi calar-balar.
"Siapa pula orang-orang ini?" tanya Nabi kepada Jibril. Jawab
Jibril: "Itulah puak yang suka mengumpat dan menyebut-
nyebut kea’iban (keburukan) orang lain.
12. LEMBU KELUAR DARI LUBANG YANG KECIL
Terlihat pula oleh Nabi seekor lembu keluar dari suatu lubang
batu; yang sangat kecil. Kemudian lembu tersebut hendak
masuk kembali. Tetapi kerana lubang itu tersangat kecil, tiada
sepadan dengan badan lembu yang begitu besar, maka
tidaklah dapat ia masuk kembali. Melihat kejadian ini lalu Nabi
bertanya pula kepada Jibril, jawab Jibril : itulah bandingan
orang yang suka bercakap besar. Akhirnya ia menyesal atas
keterlanjurannya itu, tetapi apakan daya ,sesalan itu tidak
berguna; walau bagaimanapun hal itu tidak akan dapat ditarik
balik.
13. SERUAN YAHUDI
Dalam perjalanan seterusnya, Nabi terdengar pula suatu suara
dari sebelah kanannya "lihatlah saya wahai Muhammad!
Tumpang bertanya sebentar" begitulah bunyi suara menyeru
Nabi. Tetapi Nabi tiada memperdulikannya. Hanya ia bertanya
kepada Jibril pula, jawab Jibril: Itulah seruan Yahudi, kalau tuan
menjawab tadi, maka ia menandakan umat tuan akan dapat
dipengaruhi oleh Yahudi.
(Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).
14. SERUAN NASRANI
Kemudian terdengar pula oleh Nabi suatu suara dari sebelah
kirinya, "lihatlah saya wahai Muhammad! Tumpang bertanya
sekejap". Tetapi Nabi tetap tiada memperdulikannya; hanya ia
bertanya kepada Jibril pula. Maka jawab Jibril: Itulah seruan
Nasrani. Sekiranya tuan layani tadi menandakan umat tuan
akan dapat dipengaruhi oleh di‘ayah Nasrani pula.
(Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).
15. SERUAN PEREMPUAN MUDA
Kemudian Nabi bersua pula dengan seorang perempuan muda
yang sedang bergaya; mendedahkan kecantikannya, sambil dia
menyeru kepada Nabi "Lihatlah saya Muhammad! Tumpang
bertanya,"
Tetapi Nabi berjalan terus, tiada memperdulikannya. Hanya dia
bertanya kepada Jibril, jawab Jibril: Itulah pengaruh dunia,
kalau tuan layani seruannya tadi maka umat tuan akan
mementingkan dunia semata-mata.
(Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).
16. SERUAN PEREMPUAN TUA
Terlihat oleh Nabi pula kepada seorang perempuan tua duduk
di tepi jalan, sambil berseru pula kepada Nabi "Lihat-lah saya
Muhammad, tumpang bertanya." Tetapi Nabi tiada peduli juga,
dia hanya bertanya lagi kepada Jibril. Jawab Jibril: Itulah
bandingan umur dunia, tada tinggal lagi hanya itulah sahaja.
17. SERUAN ORANG TUA (LELAKI)
Pada kali ini Nabi bersua pula dengan seorang lelaki tua
(syaikh) sambil berseru kepada Nabi,
"Tunggu sebentar Muhammad!". "Jalan terus" kata Jibril pula.
Nabi pun terus berjalan, sambil bertanya kepada Jibril: Siapa
pula orang ini Jibril? Jawab Jibril: Itulah dia Iblis ‫هللا‬ ‫عدو‬
) )
“aduwullah"
SAMPAI KE BAITUL MAQDIS (PALESTIN)
Sesudahnya melalui bermacan-macam tadi, maka
sampailah Nabi kita ke Baitul Maqdis. Baginda masuk ke
masjid sembahyang dua rakaat bersama dengan arwah
segala nabi-nabi dan rasul-rasul yang dahulu dan Nabi
Muhammad sendiri menjadi imamnya.
(Ibnu Abi Hatim).
NAIK KE LANGIT
Keluar dari masjid "Baitul Maqdis" baginda dibawa oleh
Jibril naik ke langit dari satu tingkat ke satu tingkat
sehingga ke langit yang ketujuh.
Di langit pertama berjumpa dengan Nabi Allah Adam, di
langit kedua berjumpa Nabi Isa dan Yahya, di langit yang
ketiga berjumpa Nabi Yusuf, di langit yang keempat
berjumpa Nabi Idris, di langit yang kelima berjumpa Nabi
Harun, di langit yang keenam berjumpa Nabi Musa dan di
langit yang ketujuh berjumpa dengan Nabi Ibrahim.
(Riwayat Al-Bukhari).
SAMPAI KEPADA "SIDRATUL
MUNTAHA" DAN "MUSTAWA"
Sesudah itu Nabi naik ke suatu tempat bernama "Sidratul
Muntaha" setakat ini, tinggallah Jibril - Mikail . Nabi terus naik
hingga sampai kepada suatu tempat bernama "Mustawa" di
sini dapatlah didengar "Qalam" menuliskan suratan "Taqdir" di
"Lauh Al-Mahfuz" dan di sinilah juga Nabi mengadap Hadrat
Allah dengan tiada ada hijab, dan menerima perintah
mengerjakan sembahyang lima waktu.

More Related Content

Similar to MALAM AJAIB ISRA’ MI’RAJ

ISRAK & MIKRAJ.pptx
ISRAK & MIKRAJ.pptxISRAK & MIKRAJ.pptx
ISRAK & MIKRAJ.pptxredzuan18
 
Hikmah isra' mi'raj by alfan bainofi
Hikmah isra' mi'raj by alfan bainofiHikmah isra' mi'raj by alfan bainofi
Hikmah isra' mi'raj by alfan bainofialfan bainofi
 
Peristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikrajPeristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikrajhafizahhalim3
 
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalah
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian MasalahRahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalah
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalahmahdafaruq
 
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalah
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian MasalahRahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalah
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalahmahdafaruq
 
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Noor Hayati Haya Haya
 
KEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAHKEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAHandri zulfikar
 
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMPENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMHJWANZ
 
Retorika dakwah ans mkl
Retorika dakwah ans mklRetorika dakwah ans mkl
Retorika dakwah ans mklAhmad Rouf
 
Akhirat - Orientasi Hidup Kita
Akhirat - Orientasi Hidup KitaAkhirat - Orientasi Hidup Kita
Akhirat - Orientasi Hidup KitaErwin Wahyu
 
Hadits hadits qudsi - muwaththa malik
Hadits hadits qudsi - muwaththa malikHadits hadits qudsi - muwaththa malik
Hadits hadits qudsi - muwaththa malikArifuddin Ali.
 
Sirah Nabawiyah 84: Bai'at Aqabah II
Sirah Nabawiyah 84: Bai'at Aqabah IISirah Nabawiyah 84: Bai'at Aqabah II
Sirah Nabawiyah 84: Bai'at Aqabah IIAbuNailah
 
Sirah Nabawiyah 30: Dakwah Jahriyah Kepada Keluarga Terdekat
Sirah Nabawiyah 30: Dakwah Jahriyah Kepada Keluarga TerdekatSirah Nabawiyah 30: Dakwah Jahriyah Kepada Keluarga Terdekat
Sirah Nabawiyah 30: Dakwah Jahriyah Kepada Keluarga TerdekatAbuNailah
 
Materi pai kelas_3_pertemuan_ke_5
Materi pai kelas_3_pertemuan_ke_5Materi pai kelas_3_pertemuan_ke_5
Materi pai kelas_3_pertemuan_ke_5AlImamIslamicSchool
 
slide kelebihan bulan muharram.pptx
slide kelebihan bulan muharram.pptxslide kelebihan bulan muharram.pptx
slide kelebihan bulan muharram.pptxMOHDBADROLBINHARONMo
 

Similar to MALAM AJAIB ISRA’ MI’RAJ (20)

ISRAK & MIKRAJ.pptx
ISRAK & MIKRAJ.pptxISRAK & MIKRAJ.pptx
ISRAK & MIKRAJ.pptx
 
Hikmah isra' mi'raj by alfan bainofi
Hikmah isra' mi'raj by alfan bainofiHikmah isra' mi'raj by alfan bainofi
Hikmah isra' mi'raj by alfan bainofi
 
Israk mikraj
Israk mikrajIsrak mikraj
Israk mikraj
 
Peristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikrajPeristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikraj
 
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalah
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian MasalahRahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalah
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalah
 
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalah
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian MasalahRahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalah
Rahasia AlFatihah dan Penyelesaian Masalah
 
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
 
Ziarah Asyura
Ziarah AsyuraZiarah Asyura
Ziarah Asyura
 
KEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAHKEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAH
 
Neraka
NerakaNeraka
Neraka
 
The ismail legacy
The ismail legacyThe ismail legacy
The ismail legacy
 
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMPENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
 
Retorika dakwah ans mkl
Retorika dakwah ans mklRetorika dakwah ans mkl
Retorika dakwah ans mkl
 
Akhirat - Orientasi Hidup Kita
Akhirat - Orientasi Hidup KitaAkhirat - Orientasi Hidup Kita
Akhirat - Orientasi Hidup Kita
 
The meaning-of-life
The meaning-of-lifeThe meaning-of-life
The meaning-of-life
 
Hadits hadits qudsi - muwaththa malik
Hadits hadits qudsi - muwaththa malikHadits hadits qudsi - muwaththa malik
Hadits hadits qudsi - muwaththa malik
 
Sirah Nabawiyah 84: Bai'at Aqabah II
Sirah Nabawiyah 84: Bai'at Aqabah IISirah Nabawiyah 84: Bai'at Aqabah II
Sirah Nabawiyah 84: Bai'at Aqabah II
 
Sirah Nabawiyah 30: Dakwah Jahriyah Kepada Keluarga Terdekat
Sirah Nabawiyah 30: Dakwah Jahriyah Kepada Keluarga TerdekatSirah Nabawiyah 30: Dakwah Jahriyah Kepada Keluarga Terdekat
Sirah Nabawiyah 30: Dakwah Jahriyah Kepada Keluarga Terdekat
 
Materi pai kelas_3_pertemuan_ke_5
Materi pai kelas_3_pertemuan_ke_5Materi pai kelas_3_pertemuan_ke_5
Materi pai kelas_3_pertemuan_ke_5
 
slide kelebihan bulan muharram.pptx
slide kelebihan bulan muharram.pptxslide kelebihan bulan muharram.pptx
slide kelebihan bulan muharram.pptx
 

MALAM AJAIB ISRA’ MI’RAJ

  • 1. MALAM AJAIB ISRA’ MI’RAJ Oleh Ust. Hj Ahmad Azzam Hanafiah Al Marhum, (Disediakan untuk Sibaran Oleh :D.W. Ust AGS )
  • 2. ‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬ ‫بسم‬ ‫ا‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ‫ا‬ ‫ًْل‬‫ي‬َ‫ل‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ِ‫ب‬ ٰ ‫ى‬َ‫ر‬ْ‫س‬َ‫أ‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ َ‫ان‬َ‫ح‬ْ‫ب‬ُ‫س‬ ْ‫ل‬ ‫ا‬َ‫ب‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ ‫ى‬َ‫ص‬ْ‫ق‬َ ْ ‫اْل‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ال‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫ام‬َ‫ر‬َ‫ح‬ ‫َا‬‫ن‬ْ‫ك‬َ‫ر‬ ْ‫ال‬ ُ‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚ ‫َا‬‫ن‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬‫آ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ه‬َ‫ي‬ ِ ‫ر‬ُ‫ن‬ِ‫ل‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫ح‬ ِ ‫ص‬َ‫ب‬ ُ‫ير‬ "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis di Plastain), yang telah Kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadaNya, tanda-tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat).”
  • 3. ‫ى‬ َ‫و‬َ‫ه‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫إ‬ ِ‫م‬ْ‫ج‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫و‬ 1 ‫ى‬ َ‫َو‬‫غ‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ب‬ ِ‫اح‬َ‫ص‬ َّ‫ل‬َ‫ض‬ ‫ا‬َ‫م‬ 2 ‫ى‬ َ‫و‬َ‫ه‬ْ‫ال‬ ِ‫ن‬َ‫ع‬ ُ‫ق‬ِ‫نط‬َ‫ي‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫و‬ 3 ‫ى‬َ‫ح‬‫و‬ُ‫ي‬ ٌ‫ي‬ْ‫ح‬ َ‫و‬ َّ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬ 4 ‫ى‬ َ‫و‬ُ‫ق‬ْ‫ال‬ ُ‫د‬‫ي‬ِ‫د‬َ‫ش‬ ُ‫ه‬َ‫م‬َّ‫ل‬َ‫ع‬ 5 ‫ى‬ َ‫و‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬َ‫ف‬ ٍ‫ة‬َّ‫ر‬ِ‫م‬ ‫و‬ُ‫ذ‬ 6 ‫ى‬َ‫ل‬ْ‫ع‬َ‫ْل‬‫ا‬ ِ‫ق‬ُ‫ف‬ُ‫اْل‬ِ‫ب‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ 7 ‫ى‬َّ‫ل‬َ‫د‬َ‫ت‬َ‫ف‬ ‫َا‬‫ن‬َ‫د‬ َّ‫م‬ُ‫ث‬ 8 ‫َى‬‫ن‬ْ‫د‬َ‫أ‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ِ‫ْن‬‫ي‬َ‫س‬ ْ‫و‬َ‫ق‬ َ‫اب‬َ‫ق‬ َ‫ان‬َ‫ك‬َ‫ف‬ 9
  • 4. 1 DEMI BINTANG DIKALA TERBENAM, 2 RAKAN KAMU, MUHAMMAD, TIDAKLAH SESAT DAN TIDAK JUGA KELIRU. 3 TIDAKLAH DIA MENUTURKAN AJARAN AGAMA (AL QURAN) MENURUT HAWA NAFSUNYA, 4 IA SEMATA-MATA WAHYU YANG TELAH DITURUNKAN, 5 YANG DIAJARKAN KEPADANYA OLEH JIBRIL YANG GAGAH PERKASA, 6 YANG MEMPUNYAI KETEGUHAN, LALU MEMPERLIHATKAN DIRINYA DENGAN RUPANYA YANG ASAL, 7 KETIKA BERADA DIUFUK YANG TINGGI. 8 KEMUDIAN, JIBRIL MENDEKATI MUHAMMAD, LALU BERTAMBAH DEKAT, 9 SEHINGGALAH JARAKNYA SEKITAR DUA HUJUNG BUSUR PANAH ATAU LEBIH DEKAT LAGI.
  • 5. PERJUMPAAN NABI DALAM PERJALANAN 1. JIN BERSULUH Mula-mula sekali Nabi telah terlihat seorang jin sedang membawa suluh yang sangat hebat dan menggerunkan, seolah-olah hendak mengganggu perjalanan Nabi, kemudian Jibril suruh Nabi berdoa - meminta perlindungan Tuhan, maka Nabi pun teruslah berdoa, sebagaimana yang diajar oleh Jibril: ‫ما‬ ‫شر‬ ‫من‬ ،‫فاجر‬ ‫وال‬ ‫بر‬ ‫يجاوزهن‬ ‫ال‬ ‫الالتي‬ ‫التامات‬ ‫هللا‬ ‫وبكلمات‬ ،‫الكريم‬ ‫هللا‬ ‫بوجه‬ ‫أعوذ‬ ‫ومن‬ ،‫منها‬ ‫يخرج‬ ‫ما‬ ‫وشر‬ ،‫األرض‬ ‫في‬ ‫ذرأ‬ ‫ما‬ ‫وشر‬ ،‫فيها‬ ‫يعرج‬ ‫ما‬ ‫وشر‬ ،‫السماء‬ ‫من‬ ‫ينزل‬ ‫رحمن‬ ‫يا‬ ‫بخير‬ ‫يطرق‬ ‫طارقا‬ ‫إال‬ ،‫والنهار‬ ‫الليل‬ ‫طوارق‬ ‫ومن‬ ،‫والنهار‬ ‫الليل‬ ‫فتن‬ "
  • 6. “(AKU BERLINDUNG DENGAN WAJAH ALLAH YANG MAHA MULIA, DENGAN KALIMAH-KALIMAH ALLAH YANG SEMPURNA, YANG TIDAK DIGANGGU OLEH ORANG-ORANG YANG BAIK DAN JUGA OLEH ORANG-ORANG YANG JAHAT, DARIPADA BAHAYA YANG TURUN DARI LANGIT DAN JUGA DARI BAHAYA YANG NAIK KEPADANYA, DAN DARI BAHAYA YANG MELATA DI BUMI DAN JUGA DARI BAHAYA YANG TERBIT DARIPADANYA, DAN DARIPADA FITNAH MALAM DAN SIANG, MELAINKAN YANG DATANG MEMBAWA KEBAJIKAN, WAHAI TUHAN YANG MAHA PEMURAH”. SELEPAS SAHAJA NABI BERDOA, TIBA-TIBA JIN ITUPUN TUMBANG - HANCUR LEBUR DENGAN SULUH-SULUHNYA SEKALI.
  • 7. 2. ORANG BERTANAM DAN MENGETAM Terlihat oleh Nabi pula orang-orang bertanam gandum, hari itu bertanam dan hari itu juga menuainya, pada esoknya pokok-pokok itu berbuah semula. Melihat kejadian ganjil ini; Nabi telah bertanya kepada Jibril. Jawab Jibril, inilah (gambaran) orang yang berjihad (berjuang) di jalan Allah, maka diberi balasan yang berlipat ganda atas perjuangan mereka itu. (Riwayat Ahmad, Abu Ya' la dan lain-lain).
  • 8. ِ َّ ‫ٱّلل‬ ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ ََٰ‫و‬ْ‫م‬َ‫أ‬ َ‫ون‬ُ‫ق‬ِ‫ف‬‫ن‬ُ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ٱل‬ ُ‫ل‬َ‫ث‬َّ‫م‬ َ‫ع‬ْ‫ب‬َ‫س‬ ْ‫ت‬َ‫ت‬َ‫ب‬ۢ‫ن‬َ‫أ‬ ٍ‫ة‬َّ‫ب‬َ‫ح‬ ِ‫ل‬َ‫ث‬َ‫م‬َ‫ك‬ ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ َ‫ل‬ِ‫ب‬‫َا‬‫ن‬َ‫س‬ َ‫م‬ِ‫ل‬ ُ‫ف‬ِ‫ع‬ ََٰ‫ض‬ُ‫ي‬ ُ َّ ‫ٱّلل‬ َ‫و‬ ۗ ٍۢ‫ة‬َّ‫ب‬َ‫ح‬ ُ‫ة‬َ‫ئ‬ْ‫ا‬ِ‫م‬ ٍۢ‫ة‬َ‫ل‬ُ‫ب‬ۢ‫ن‬ُ‫س‬ ٌ‫م‬‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ ٌ‫ع‬ِ‫س‬ ََٰ‫و‬ ُ َّ ‫ٱّلل‬ َ‫و‬ ۗ ُ‫ء‬ٓ‫ا‬َ‫ش‬َ‫ي‬ ‫ن‬ (Surah Al Baqarah ayat 261) "(Perbandingan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai itu ada seratus buah, dan Allah melipat gandakannya bagi mereka yang dikehendakinya, Allah Maha Luas PemberianNya lagi Maha Mengetahui),"
  • 9. 3. BAU YANG HARUM SEMERBAK Dalam perjalanan Nabi tercium pula suatu bau yang sangat harum semerbak dan lalu bertanya kepada Jibril. Jawab Jibril, ini ialah haruman pengorbanan seorang perempuan di zaman Firaun, kerana mempertahankan agama Allah.
  • 10. 4. ORANG YANG MEMECAHKAN KEPALANYA SENDIRI Terlihat oleh Nabi pula satu kumpulan orang-orang yang memukul kepalanya sendiri sehingga pecah, setelah pecah kepala itu bertangkup dan bertaut semula dan kemudian mereka memukul semula, demikianlah keadaan-nya selama- lama. Nabi telah bertanya kepada Jibril, jawab Jibril: "Inilah dia orang-orang yang berat kepalanya, malas mengerjakan sembahyang. (Al-Tabrani dan Al-Bazzar).
  • 11. 5. ORANG YANG BERTELANJANG Sampai pula Nabi kepada suatu kumpulan orang yang bertelanjang, kecuali secebis kain penutup kemaluannya (bercawat) sahaja, mereka bercampur gaul lelaki perempuan dengan keadaan sangat kotor dan hina, makanan mereka tiada ada selain dari bara-bara api (Jahanam). "Siapa pula orang ini?" tanya Nabi kepada Jibril. Jawab Jibril: "Inilah orang-orang yang tiada menunaikan zakatnya.“ (Riwayat Al-Tabrani)
  • 12. ِ‫ف‬‫ن‬ُ‫ي‬ َ‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ة‬َّ‫ض‬ِ‫ف‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ب‬َ‫ه‬َّ‫ذ‬‫ال‬ َ‫ون‬ُ‫ز‬ِ‫ن‬ْ‫ك‬َ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ َ‫و‬ ُ‫ه‬ ْ‫ر‬ِ‫ش‬َ‫ب‬َ‫ف‬ ِ َّ ‫َّللا‬ ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ه‬َ‫ن‬‫و‬ُ‫ق‬ ٍ‫ب‬‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ع‬ِ‫ب‬ ْ‫م‬ ٍ‫يم‬ِ‫ل‬َ‫أ‬ * ْ‫ك‬ُ‫ت‬َ‫ف‬ َ‫م‬َّ‫ن‬َ‫ه‬َ‫ج‬ ِ ‫َار‬‫ن‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ‫ى‬َ‫م‬ْ‫ح‬ُ‫ي‬ َ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ ‫و‬ُ‫ه‬ُ‫ظ‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ب‬‫نو‬ُ‫ج‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ه‬‫ا‬َ‫ب‬ ِ‫ج‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫ى‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬‫ر‬ ْ‫ك‬َ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬‫ن‬ُ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ق‬‫و‬ُ‫ذ‬َ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أل‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬ ْ‫َز‬‫ن‬َ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫ذ‬‫ـ‬َ‫ه‬ َ‫ون‬ُ‫ز‬ِ‫ن‬ } ( 34 ‫ـ‬ 35 .) Surah At Taubah 34-35 "(Dan orang-orang yang menyimpan emas, dan perak tanpa mereka belanjakan di jalan Allah, maka peringatkan mereka dengan siksa yang amat pedih, (iaitu pada hari dibakar emas dan perak di dalam api neraka Jahannam, la diselar dengannya dahi mereka, rusuk mereka serta belakang mereka. Inilah dia (akibatnya) apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, maka kamu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu)."
  • 13. 6. MEMILIH DAGING BUSUK Terlihat oleh Nabi pula - di malam ajaib itu, kepada atau kumpulan sedang berebut-rebut menerkam kepada daging busuk lagi kotor padahal di hadapan mata mereka tersedia daging yang baik lagi bersih. Tanya Nabi kepada Jibril, apa pula hal orang-orang ini? Jawab Jibril: Inilah perbandingan orang- orang yang pergi berebut-rebut kepada kumpulan perempuan lacur-sedang mereka masing-masing sudah ada mempunyai isteri, atau mereka boleh berkahwin dengan jalan yang halal.
  • 14. Begitu pula di pihak perempuan, mereka meronta-ronta hendak bebas lepas supaya dapat bercampur gaul dengan lelaki yang durjana di taman-taman hiburan dan di kelab-relab malam, mereka sampai meninggalkan kehidupan yang mulia di rumah-tangga pergi memilih kehidupan yang rendah hina meniadi bunga raya. Kerana keji dan jahatnya perbuatan zina itu maka al-Quran juga telah menetapkan hukuman: َ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِ‫م‬ ٍۢ‫د‬ ِ‫ح‬ ََٰ‫و‬ َّ‫ل‬ُ‫ك‬ ْ‫ا‬‫ُو‬‫د‬ِ‫ل‬ْ‫ٱج‬َ‫ف‬ ‫ى‬ِ‫ن‬‫ا‬َّ‫ٱلز‬ َ‫و‬ ُ‫ة‬َ‫ي‬ِ‫ن‬‫ا‬َّ‫ٱلز‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ذ‬ُ‫خ‬ْ‫أ‬َ‫ت‬ َ ‫ال‬ َ‫و‬ ۖ ٍۢ‫ة‬َ‫د‬ْ‫ل‬َ‫ج‬ َ‫ة‬َ‫ئ‬ْ‫ا‬ِ‫م‬ ‫ا‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ ٌ‫ة‬َ‫ف‬ْ‫أ‬َ‫ر‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ٱ‬ ِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ْ‫ٱل‬ َ‫و‬ ِ َّ ‫ٱّلل‬ِ‫ب‬ َ‫ون‬ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬‫ن‬ُ‫ك‬ ‫ن‬ِ‫إ‬ ِ َّ ‫ٱّلل‬ ِ‫ين‬ِ‫د‬ ِ‫ئ‬ٓ‫ا‬َ‫ط‬ ‫ا‬َ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ب‬‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ع‬ ْ‫د‬َ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫ي‬ْ‫ل‬ َ‫و‬ ۖ ِ ‫ر‬ ِ‫اخ‬َ‫ء‬ْ‫ل‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ٌ‫ة‬َ‫ف‬ َ‫ين‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ٱل‬
  • 15. Surah Al Nur :2 "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera (sebat) tiap-tiap seorang daripada keduanya 100 kali dera, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh rasa belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika sebenarnya kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat)."
  • 16. 7. BATANG MELINTANG DI TENGAH JALAN Dengan demikian terlihat pula oleh Nabi s.a.w. kepada sebatang kayu yang melintang di tengah-tengah jalan, manakala orang-orang yang lalu di situ semuanya terkait oleh rantingnya, lalu Nabi bertanya pula kepada Jibril, jawab Jibril Inilah bandingannya orang-orang yang suka menyekat perjalanan orang lain, dia tiada senang akan satu-satu kemajuan orang lain kerana itu dia sentiasa berikhtiar untuk menyekatnya ataupun terus disamun atau dicurinya harta- benda orang itu.
  • 17. 8. ORANG BERENANG DALAM LAUTAN DARAH Selepas itu terjumpa pula oleh Nabi satu golongan orang- orang yang berenang dalam lautan darah, sambil memakan batu-batu yang dilontarkan kepada mereka, “apakah halnya orang-orang ini? Jibril!” Tanya Nabi kepada Jibril. Jawab Jibril: Inilah dia orang yang memakan harta riba.
  • 18. 9. ORANG MEMBERKAS KAYU Terlihat pula oleh Nabi dalam perjalannya ini kepada seorang lelaki yang sedang memberkas kayu walaupun ia tiada berdaya upaya hendak memikulnya disebabkan terlalu besar berkasnya tetapi ditambahnya pula sehingga semakin besarlah berkas itu. Terus pula Nabi bertanya kepada Jibril, jawab Jibril: Inilah bandingan orang-orang yang suka menerima amanah orang lain tetapi ia tiada sanggup menunaikannya, begitupun ia bukannya berikhtiar mencari jalan supaya dapat menunaikan amanah itu. Tetapi sebaliknya ia sentiasa pula menerima apa sahaja amanah yang baru (Al-Tabari, Al-Bazzar dan lain-lain).
  • 19. Pada hal Allah berfirman: َ‫و‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ل‬ْ‫ه‬َ‫أ‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫ت‬‫َا‬‫ن‬‫ا‬َ‫م‬َ ْ ‫األ‬ ‫وا‬ُّ‫د‬َ‫ؤ‬ُ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ر‬ُ‫م‬ْ‫أ‬َ‫ي‬ َ َّ ‫َّللا‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ُ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ح‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ِ ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ْن‬‫ي‬َ‫ب‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫م‬َ‫ك‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫إ‬ ْ‫ال‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ ِ‫ل‬ْ‫د‬َ‫ع‬ َ‫ب‬ ‫ا‬ً‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َ‫س‬ َ‫ان‬َ‫ك‬ َ َّ ‫َّللا‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ظ‬ِ‫ع‬َ‫ي‬ ‫ا‬َّ‫م‬ِ‫ع‬ِ‫ن‬ َ َّ ‫َّللا‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ‫ا‬ً‫ير‬ ِ ‫ِص‬ [ ‫النساء‬ : 58 .] “(Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukuman di antara manusia, (memerintah ) hendaklah kamu menghukum dengan adil, sesungguhnya Allah pemberi pengajaran yang sebaik- baîknya kepada kamu. Sesungguhnya 'Allah itu sentiasa maha mendengar lagi maha melihat)" Maksud surah An Nisa’ ayat 58
  • 20. 10. ORANG YANG LIDAHNYA KENA POTONG Sampai pula Nabi kepada suatu kumpulan yang masing- masing lidahnya kena gunting, tetapi selepas digunting kembali sediakala, kemudian digunting orang semula. Demikianlah halnya sepanjang masa. Sabda Nabi: Bagaimana pula orang-orang ini, Jibril? Jawab Jibril: Inilah orang yang suka berbohong, mengadu dumba dan menjalankan bermacam-macam fitnah. Maka inilah balasan yang munasabah, iaitu dengan digunting lidahnya. (Al-Tabari, Al-Bazzae dan lain-lain).
  • 21. 11. ORANG YANG MENCAKAR MUKA SENDIRI Terlihat pula oleh Nabi suatu puak manusia yang mencakar- cakar akan muka mereka sendiri dengan kuku mereka yang sangat tajam (kuku tembaga) ; sehingga muka dan anggota mereka menjadi calar-balar. "Siapa pula orang-orang ini?" tanya Nabi kepada Jibril. Jawab Jibril: "Itulah puak yang suka mengumpat dan menyebut- nyebut kea’iban (keburukan) orang lain.
  • 22. 12. LEMBU KELUAR DARI LUBANG YANG KECIL Terlihat pula oleh Nabi seekor lembu keluar dari suatu lubang batu; yang sangat kecil. Kemudian lembu tersebut hendak masuk kembali. Tetapi kerana lubang itu tersangat kecil, tiada sepadan dengan badan lembu yang begitu besar, maka tidaklah dapat ia masuk kembali. Melihat kejadian ini lalu Nabi bertanya pula kepada Jibril, jawab Jibril : itulah bandingan orang yang suka bercakap besar. Akhirnya ia menyesal atas keterlanjurannya itu, tetapi apakan daya ,sesalan itu tidak berguna; walau bagaimanapun hal itu tidak akan dapat ditarik balik.
  • 23. 13. SERUAN YAHUDI Dalam perjalanan seterusnya, Nabi terdengar pula suatu suara dari sebelah kanannya "lihatlah saya wahai Muhammad! Tumpang bertanya sebentar" begitulah bunyi suara menyeru Nabi. Tetapi Nabi tiada memperdulikannya. Hanya ia bertanya kepada Jibril pula, jawab Jibril: Itulah seruan Yahudi, kalau tuan menjawab tadi, maka ia menandakan umat tuan akan dapat dipengaruhi oleh Yahudi. (Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).
  • 24. 14. SERUAN NASRANI Kemudian terdengar pula oleh Nabi suatu suara dari sebelah kirinya, "lihatlah saya wahai Muhammad! Tumpang bertanya sekejap". Tetapi Nabi tetap tiada memperdulikannya; hanya ia bertanya kepada Jibril pula. Maka jawab Jibril: Itulah seruan Nasrani. Sekiranya tuan layani tadi menandakan umat tuan akan dapat dipengaruhi oleh di‘ayah Nasrani pula. (Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).
  • 25. 15. SERUAN PEREMPUAN MUDA Kemudian Nabi bersua pula dengan seorang perempuan muda yang sedang bergaya; mendedahkan kecantikannya, sambil dia menyeru kepada Nabi "Lihatlah saya Muhammad! Tumpang bertanya," Tetapi Nabi berjalan terus, tiada memperdulikannya. Hanya dia bertanya kepada Jibril, jawab Jibril: Itulah pengaruh dunia, kalau tuan layani seruannya tadi maka umat tuan akan mementingkan dunia semata-mata. (Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).
  • 26. 16. SERUAN PEREMPUAN TUA Terlihat oleh Nabi pula kepada seorang perempuan tua duduk di tepi jalan, sambil berseru pula kepada Nabi "Lihat-lah saya Muhammad, tumpang bertanya." Tetapi Nabi tiada peduli juga, dia hanya bertanya lagi kepada Jibril. Jawab Jibril: Itulah bandingan umur dunia, tada tinggal lagi hanya itulah sahaja.
  • 27. 17. SERUAN ORANG TUA (LELAKI) Pada kali ini Nabi bersua pula dengan seorang lelaki tua (syaikh) sambil berseru kepada Nabi, "Tunggu sebentar Muhammad!". "Jalan terus" kata Jibril pula. Nabi pun terus berjalan, sambil bertanya kepada Jibril: Siapa pula orang ini Jibril? Jawab Jibril: Itulah dia Iblis ‫هللا‬ ‫عدو‬ ) ) “aduwullah"
  • 28.
  • 29. SAMPAI KE BAITUL MAQDIS (PALESTIN) Sesudahnya melalui bermacan-macam tadi, maka sampailah Nabi kita ke Baitul Maqdis. Baginda masuk ke masjid sembahyang dua rakaat bersama dengan arwah segala nabi-nabi dan rasul-rasul yang dahulu dan Nabi Muhammad sendiri menjadi imamnya. (Ibnu Abi Hatim).
  • 30.
  • 31. NAIK KE LANGIT Keluar dari masjid "Baitul Maqdis" baginda dibawa oleh Jibril naik ke langit dari satu tingkat ke satu tingkat sehingga ke langit yang ketujuh. Di langit pertama berjumpa dengan Nabi Allah Adam, di langit kedua berjumpa Nabi Isa dan Yahya, di langit yang ketiga berjumpa Nabi Yusuf, di langit yang keempat berjumpa Nabi Idris, di langit yang kelima berjumpa Nabi Harun, di langit yang keenam berjumpa Nabi Musa dan di langit yang ketujuh berjumpa dengan Nabi Ibrahim. (Riwayat Al-Bukhari).
  • 32. SAMPAI KEPADA "SIDRATUL MUNTAHA" DAN "MUSTAWA" Sesudah itu Nabi naik ke suatu tempat bernama "Sidratul Muntaha" setakat ini, tinggallah Jibril - Mikail . Nabi terus naik hingga sampai kepada suatu tempat bernama "Mustawa" di sini dapatlah didengar "Qalam" menuliskan suratan "Taqdir" di "Lauh Al-Mahfuz" dan di sinilah juga Nabi mengadap Hadrat Allah dengan tiada ada hijab, dan menerima perintah mengerjakan sembahyang lima waktu.