SlideShare a Scribd company logo
`
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT
Pensyarah : Puan Wan Nur’Asyiqin Bt. Wan Mohamad
SET 24
Disediakan oleh :
NOOR ASDAYANTI BINTI ABU BAKAR (A 145710)
SITI NURSA’IDAH BINTI JANTAN (A145700)
NOOR AMIRA AINI BINTI NOOR ANWAR (A 145705)
ANA SYAKIRAH BINTI KHAIRUL ANSOR (A145737)
NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ (A145735)
Laporan Aktiviti
Pada 2 Januari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Citra, kumpulan kami telah
mengadakan perjumpaan dengan pensyarah.Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk
menyempurnakan tuntutan yang terdapat dalam HHHC 9301 Kemahiran Pengurusan
Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Aktiviti yang dijalankan pada perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasti
segala kelebihan dan kekurangan yang terdapat di dalam menyempurnakan projek “Guna
Semula” yang telah kami jalankan pada bulan Disember 2014.Pada mulanya kami di beri
penerangan mengenai aktiviti ini oleh pensyarah.Setelah mendengar penerangan dengan teliti
,masing-masing di kalangan kami diberikan tiga helai “sticker note” yang berwarna-
warni.Kami dikehendaki menulis kelebihan atau pencapaian yang diperolehi sepanjang
menjalankan projek “Guna Semula”.Satu “sticker note” untuk satu kelebihan. Kesemua ahli
kumpulan berfikir dengan mendalam dan bersikap terbuka dalam menulis pendapat masing-
masing .Selepas itu,kami di kehendaki membaca apa yang di tulis oleh setiap ahli kumpulan
dan mencari isi penting di dalamnya.Setelah menjumpai isi penting tersebut, kami dikendaki
mencatatnya di papan putih dan memberi nilai (“ranking” ) terhadap setiap isi penting yang
dicatat. Antara isi penting yang di perolehi ialah bertanggungjawab, kreatif, ekonomi,
inovatif, kesihatan, pengalaman dan penjimatan.Setelah menjumlahkan nilai yang diberikan
setiap ahli kumpulan ,masing-masing berpendapat pengalaman serta bertanggungjawab
adalah pencapaian dan kelebihan yang di peroleh dalam projek “Guna Semula”.Cara yang
sama turut di gunakan untuk mengenalpasti permasalahan dan kekurangan.Dengan
menggunakan cara ini kami telah mengetahui bahawa banyak masalah serta kekurangan di
sebalik projek .Antara kekurangan dalam projek “Guna Semula” adalah kualiti, buruk, alatan,
idea, dan kawasan.Ahli kumpulan berpendapat isi penting dalam permasalahan projek “Guna
Semula” adalah idea dan menyusahkan.Setiap di kalangan kami kekurangan idea dan berasa
menyusahkan itu pada ketika hendak mengunting kotak-kotak untuk dijadikan bahan guna
semula.
Melalui aktiviti yang di jalankan, dari segi kemahiran komunikasi banyak membantu
kumpulan kami dalam meluahkan pendapat masing –masing dengan lebih berkeyakinan dan
terbuka tanpa perlu menyakiti hati ahli kumpulan pada masa yang sama setiap dikalangan
ahli kumpulan ternyata mampu memberi respon yang positif dalam aktiviti yang
dijalankan.Aktiviti ini di anggap unik dan menarik kerana tidak mengambil masa yang lama
untuk menyempurnakannya. Pada masa hadapan, aktiviti diatas wajar untuk di
implementasikan dan diaplikasikan dalam setiap projek atau program agar segala
kekurangan dan masalah isu berbangkit berjaya dirungkai.Keseluruhannya ,aktiviti ini
memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk mengasah kemahiran pengurusan
maklumat masing-masing.
Ulasan Ahli Kumpulan ( Asda,Sa’idah,Amira,Ana dan Farahin)
Secara peribadinya, banyak yang saya perolehi dalam menjalankan dan menyempurnakan
tuntutan HHHC 9301 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan
Maklumat.Antaranya semasa dalam menyiapkan tugasan projek “Guna Semula” dimana saya
telah mengasah semula minat serta kemahiran kreatif dan inovatif yang terdapat dalam diri
saya.Pada masa yang sama, saya berasa diri menjadi lebih bertanggungjawab dalam
memelihara dan memulihara alam sekitar.Projek yang di jalankan ini telah membantu saya
dalam mencari maklumat,merungkai isi di dalam maklumat dan menyusun segala maklumat
mengikut kehendak serta menjadikannya lebih sistematik dan teratur.Sepanjang
menyempurnakan tugasan ,saya telah berjaya mengubah beberapa sikap negatif yang terdapat
di dalam diri.Contohnya,kurang keyakinan dalam berkomunikasi dan meluahkan
pendapat.Aktiviti yang dijalankan sedikit sebanyak telah member keyakinan dalam diri saya
untuk berhadapan dengan orang luar dan menyuarakan idea dan pandangan.Secara
keseluruhannya ,projek serta aktiviti yang dijalankan di dalam HHHC 9301 sedikit sebanyak
telah memberi saya kelebihan dan keyakinan untuk berhadapan dengan cabaran di alam
pekerjaan pada masa akan datang.
Selepas aktiviti dijalankan,saya mendapati banyak kelebihan dan juga pencapaian yang
berjaya diperoleh sepanjang program.Sebagai contoh, kemahiran dan kreativiti dalam diri
berjaya ditonjolkan. Produk guna semula kami ternyata menjadi dan sangat cantik untuk
diguna semula.Selain itu ,daripada aspek kerjasama, ternyata setiap ahli menyumbang
tenagadan masa tanpa sebarang masalah.Saya sangat berpuas hati dengan setiap
tanggungjawab yang berjaya dilaksanakan semasa program dijalankan. Bukan itu sahaja,
kursus ini juga sangat membantu dalam mendidik jiwa lebih mencintai alam sekitar.
Kebersihan juga diutamakan demi mencegah diri daripada penyakit yang berbahaya.Selain
itu,kami juga mendapat pengalaman baru kerana sebelum ini tiada kursus mahupun program
kitar semula dan guna semula yang kami sertai. Pengalaman ini akan kami jadikan
pembelajaran sepanjang hayat dan akan digunakan di masa hadapan.
Berdasarkan pendapat saya, aktiviti yang telah dijalankan bagi melengkapkan HP Kemahiran
pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat telah memupuk nilai nilai murni
jika kita mengamalkannya. Antaranya ialah nilai murni cintakan alam sekitar. Melalui aktiviti
guna semula, kita dapat memelihara alam sekitar daripada dirosakkan atau dicemar. Selain
itu, kita juga dapat memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini kerana,
banyak bahan bahan guna semula yang boleh diinovasikan untuk menjadi sesuatu benda yang
baru yang boleh diguna pakai. Akhir sekali, aktiviti sebegini yang telah dijalankan secara
berkumpulan dapat memupuk semangat berpasukan antara kami semua. Semangat kerjasama
antara kami menyebabkan aktiviti yang dijalankan berjalan lancar.
Melalui aktiviti guna semula dibawah HP kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran
sepanjang hayat, ianya telah membantu setiap individu yang terlibat dalam aktiviti ini untuk
meningkatkan mutu keboleh – upayaan dan kemahiran dalam diri masing-masing. Sebagai
contoh, konsep “berfikir sebelum buang”. Bukan semua barangan yang telah digunakan boleh
dianggap sebagai sampah, sekiranya kita bijak dalam memanipulasikan sesuatu bahan atau
barangan, satu barangan baru mampu dihasilkan.
Selain itu, proses persefahaman secara rasional dalam perkongsian maklumat juga dapat
dipelajari melalui aktiviti ini.Setiap manusia mempunyai ideology dan pandangan yang
berbeza terhadap sesuatu perkara, namun sekiranya masing-masing tegar mempertahankan
pendapat masing-masing tanpa melihat pandangan orang lain,kata sepakat gagal diperoleh.
Konsep tolak ansur dalam perkongsian idea sebenarnya mampu menjana malah melahirkan
idea yang lebih terkehadapan sekiranya maklumat difahami dan dihayati bersama.
Disamping itu, aktiviti ini juga mengajar kita menghayati konsep ‘kesedaran dan
penghargaan’ .Pemahaman secara terperinci mengenai kepentingan interaksi dan kaitan
sebenar fungsi sesuatu produk dan keseimbangan alam dapatditerapkan secara khusus, bukan
untuk waktu tertentu individu tersebut, bahkan sepanjang hayat
Bagi saya, projek ini menerapkan nilainya sesuatu maklumat dan setiap maklumat
memerlukan pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik dapat membantu kami dalam
merancang strategi untuk mendapatkan kejayaan dan kemahiran yang boleh diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Saya telah mempelajari banyak perkara tentang komponen dan
elemen dalam menguruskan sesuatu maklumat dengan baik. Antaranya:
-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan
menggunakan maklumat.
lehan untuk menggunakan maklumat yang telah diperoleh.
Selain itu, saya juga telah mempelajari beberapa nilai murni yang dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian seterusnya menjadikan saya seorang individu yang berdisiplin,
berdedikasi dan lebih prihatin terhadap masyarakat dan alam sekeliling. Antaranya ialah
bertanggungjawab, tolong menolong, kerjasama, keberanian, berfikiran terbuka, kreativiti
dan inovasi.Secara kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak perkara melalui projek ini.
Ilmu dan maklumat yang saya perolehi akan saya amal dan praktikkan dalam kehidupan
seharian agar menjadi individu yang lebih cemerlang bukan sahaja dari segi pembelajaran
malahan etika dan sosial.
Kesimpulan
Sesungguhnya kursus HHHC9301 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat ini memberikan banyak kesan yang positif dalam diri ahli
kumpulan.Kemahiran dalam menguruskan maklumat telah berjaya di pertingkatkan pada
masa yang sama ,ahli kumpulan dapat melaksanakan setiap arahan dan tugasan dengan lebih
cekap hasil daripada pengurusan maklumat yang sistematik.Mempelajari mengenai
tanggungjawab terhadap alam sekitar ini merupakan satu proses pembelajaran sepanjang
hayat.Hal ini kerana alam sekitar merupakan sebahagian daripda kehidupan kita,di mana
ianya saling melengkapi antara satu sama lain.Sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar
perlu ada di dalam jati diri bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara. Bak kata pepatah
"belajarlah mulai dari buaian hingga liang kubur", sesungguhnya aktiviti guna semula ini
mendatangkan nilai dan natijah yang baik terhadap semua individu ahli kumpulan kami,
malah masing-masing mampu menghayati dan dapat mempelajari sesuatu nilai yang penting
dalam kehidupan. Selain belajar, kita juga dituntut untuk dapat memanfaatkan kesempatan
sebaik-baiknya. Kesempatan itu jarang diperolehi, akan tetapi, ada juga manusia yang
memperoleh kesempatan dengan mudah namun tidak mampu memanfaatkan kesempatan
tersebut sebaiknya. Elakkan menjadi manusia sedemikian malah sentiasa mengajar diri untuk
berfikiran sihat dan positif, agar kita sama-sama mampu memperoleh kesempatan dengan
mudah serta memahami dan menghayatinya.Keseluruhannya,kursus ini telah berjaya dalam
memastikan serta melahirkan mahasiswa yang mahir menguruskan maklumat untuk
kesenangan mahasisiwa sendiri pada masa hadapan kelak.
Lampiran
Dari kanan : Asdayanti ,Sa’idah,Puan Nur Asyiqin,Amira,Ana,Farahin
Pendapat Ahli Kumpulan Mengenai Kekurangan dan Kelemahan dalam Projek
Pendapat Ahli Kumpulan Mengenai Kelebihan dan Pencapaian dalam Projek

More Related Content

What's hot (8)

Eseimen kaunseling
Eseimen kaunselingEseimen kaunseling
Eseimen kaunseling
 
Makalah kdpls
Makalah kdplsMakalah kdpls
Makalah kdpls
 
Profesi kependidikan
Profesi kependidikanProfesi kependidikan
Profesi kependidikan
 
Konsep Dasar Bimbingan dan Konseling Kelompok
Konsep Dasar Bimbingan dan Konseling KelompokKonsep Dasar Bimbingan dan Konseling Kelompok
Konsep Dasar Bimbingan dan Konseling Kelompok
 
Nota ringkas bimbingan dan kaunseling
Nota ringkas bimbingan dan kaunselingNota ringkas bimbingan dan kaunseling
Nota ringkas bimbingan dan kaunseling
 
Refleksi madela
Refleksi madelaRefleksi madela
Refleksi madela
 
Makalah bkp dan kkp
Makalah bkp dan kkpMakalah bkp dan kkp
Makalah bkp dan kkp
 
Makalah bk sosial
Makalah bk sosialMakalah bk sosial
Makalah bk sosial
 

Similar to laporan akhir

Refleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkimRefleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkim
iffahroslan
 
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJOMODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
Daniel Doni
 
Refleksi madela
Refleksi madelaRefleksi madela
Refleksi madela
melcassie
 
Modul Projek Kewirausahaan - MENGOLAH SINGKONG MENJADI SUMBER WIRAUSAHA - Fas...
Modul Projek Kewirausahaan - MENGOLAH SINGKONG MENJADI SUMBER WIRAUSAHA - Fas...Modul Projek Kewirausahaan - MENGOLAH SINGKONG MENJADI SUMBER WIRAUSAHA - Fas...
Modul Projek Kewirausahaan - MENGOLAH SINGKONG MENJADI SUMBER WIRAUSAHA - Fas...
MuchamadMaskur
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
deera zahrin
 

Similar to laporan akhir (20)

Laporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatLaporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
 
Kursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahKursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiah
 
Program bimbingan-dan-konseling
Program bimbingan-dan-konselingProgram bimbingan-dan-konseling
Program bimbingan-dan-konseling
 
Laporan kemahiran sosial
Laporan kemahiran sosialLaporan kemahiran sosial
Laporan kemahiran sosial
 
Pembentangan sepanjang hayat
Pembentangan sepanjang hayatPembentangan sepanjang hayat
Pembentangan sepanjang hayat
 
Pembentangan sepanjang hayat
Pembentangan sepanjang hayatPembentangan sepanjang hayat
Pembentangan sepanjang hayat
 
Pembuktian hp sepanjang hayat
Pembuktian hp sepanjang hayatPembuktian hp sepanjang hayat
Pembuktian hp sepanjang hayat
 
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatLaporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
 
Laporan akhir hp kreatif
Laporan akhir hp kreatifLaporan akhir hp kreatif
Laporan akhir hp kreatif
 
Refleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkimRefleksi dan hasil pembelajaran opkim
Refleksi dan hasil pembelajaran opkim
 
Laporan kemahiran kepimpinan
Laporan kemahiran kepimpinanLaporan kemahiran kepimpinan
Laporan kemahiran kepimpinan
 
Refleksi hp pemikiran
Refleksi hp pemikiranRefleksi hp pemikiran
Refleksi hp pemikiran
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJOMODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
 
Laporan kemahiran komunikasi
Laporan kemahiran komunikasiLaporan kemahiran komunikasi
Laporan kemahiran komunikasi
 
Refleksi madela
Refleksi madelaRefleksi madela
Refleksi madela
 
Modul Projek Kewirausahaan - MENGOLAH SINGKONG MENJADI SUMBER WIRAUSAHA - Fas...
Modul Projek Kewirausahaan - MENGOLAH SINGKONG MENJADI SUMBER WIRAUSAHA - Fas...Modul Projek Kewirausahaan - MENGOLAH SINGKONG MENJADI SUMBER WIRAUSAHA - Fas...
Modul Projek Kewirausahaan - MENGOLAH SINGKONG MENJADI SUMBER WIRAUSAHA - Fas...
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
ppt bk aul.pptx
ppt bk aul.pptxppt bk aul.pptx
ppt bk aul.pptx
 

More from farahinyaziz (11)

Lampiran
LampiranLampiran
Lampiran
 
Laporan
Laporan Laporan
Laporan
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatLaporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Refleksi diri
Refleksi diriRefleksi diri
Refleksi diri
 
Lampiran dan gambar progam
Lampiran dan gambar progamLampiran dan gambar progam
Lampiran dan gambar progam
 
Kertas kerja HHHC 9701
Kertas kerja HHHC 9701Kertas kerja HHHC 9701
Kertas kerja HHHC 9701
 
Seni Kristal
Seni KristalSeni Kristal
Seni Kristal
 
Report pd
Report pdReport pd
Report pd
 
Hasil kerja dan Refleksi Diri
Hasil kerja dan Refleksi DiriHasil kerja dan Refleksi Diri
Hasil kerja dan Refleksi Diri
 
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLSHP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
 

laporan akhir

  • 1. ` HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Pensyarah : Puan Wan Nur’Asyiqin Bt. Wan Mohamad SET 24 Disediakan oleh : NOOR ASDAYANTI BINTI ABU BAKAR (A 145710) SITI NURSA’IDAH BINTI JANTAN (A145700) NOOR AMIRA AINI BINTI NOOR ANWAR (A 145705) ANA SYAKIRAH BINTI KHAIRUL ANSOR (A145737) NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ (A145735)
  • 2. Laporan Aktiviti Pada 2 Januari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Citra, kumpulan kami telah mengadakan perjumpaan dengan pensyarah.Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk menyempurnakan tuntutan yang terdapat dalam HHHC 9301 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Aktiviti yang dijalankan pada perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasti segala kelebihan dan kekurangan yang terdapat di dalam menyempurnakan projek “Guna Semula” yang telah kami jalankan pada bulan Disember 2014.Pada mulanya kami di beri penerangan mengenai aktiviti ini oleh pensyarah.Setelah mendengar penerangan dengan teliti ,masing-masing di kalangan kami diberikan tiga helai “sticker note” yang berwarna- warni.Kami dikehendaki menulis kelebihan atau pencapaian yang diperolehi sepanjang menjalankan projek “Guna Semula”.Satu “sticker note” untuk satu kelebihan. Kesemua ahli kumpulan berfikir dengan mendalam dan bersikap terbuka dalam menulis pendapat masing- masing .Selepas itu,kami di kehendaki membaca apa yang di tulis oleh setiap ahli kumpulan dan mencari isi penting di dalamnya.Setelah menjumpai isi penting tersebut, kami dikendaki mencatatnya di papan putih dan memberi nilai (“ranking” ) terhadap setiap isi penting yang dicatat. Antara isi penting yang di perolehi ialah bertanggungjawab, kreatif, ekonomi, inovatif, kesihatan, pengalaman dan penjimatan.Setelah menjumlahkan nilai yang diberikan setiap ahli kumpulan ,masing-masing berpendapat pengalaman serta bertanggungjawab adalah pencapaian dan kelebihan yang di peroleh dalam projek “Guna Semula”.Cara yang sama turut di gunakan untuk mengenalpasti permasalahan dan kekurangan.Dengan menggunakan cara ini kami telah mengetahui bahawa banyak masalah serta kekurangan di sebalik projek .Antara kekurangan dalam projek “Guna Semula” adalah kualiti, buruk, alatan, idea, dan kawasan.Ahli kumpulan berpendapat isi penting dalam permasalahan projek “Guna Semula” adalah idea dan menyusahkan.Setiap di kalangan kami kekurangan idea dan berasa menyusahkan itu pada ketika hendak mengunting kotak-kotak untuk dijadikan bahan guna semula. Melalui aktiviti yang di jalankan, dari segi kemahiran komunikasi banyak membantu kumpulan kami dalam meluahkan pendapat masing –masing dengan lebih berkeyakinan dan terbuka tanpa perlu menyakiti hati ahli kumpulan pada masa yang sama setiap dikalangan ahli kumpulan ternyata mampu memberi respon yang positif dalam aktiviti yang
  • 3. dijalankan.Aktiviti ini di anggap unik dan menarik kerana tidak mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya. Pada masa hadapan, aktiviti diatas wajar untuk di implementasikan dan diaplikasikan dalam setiap projek atau program agar segala kekurangan dan masalah isu berbangkit berjaya dirungkai.Keseluruhannya ,aktiviti ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk mengasah kemahiran pengurusan maklumat masing-masing. Ulasan Ahli Kumpulan ( Asda,Sa’idah,Amira,Ana dan Farahin) Secara peribadinya, banyak yang saya perolehi dalam menjalankan dan menyempurnakan tuntutan HHHC 9301 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat.Antaranya semasa dalam menyiapkan tugasan projek “Guna Semula” dimana saya telah mengasah semula minat serta kemahiran kreatif dan inovatif yang terdapat dalam diri saya.Pada masa yang sama, saya berasa diri menjadi lebih bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.Projek yang di jalankan ini telah membantu saya dalam mencari maklumat,merungkai isi di dalam maklumat dan menyusun segala maklumat mengikut kehendak serta menjadikannya lebih sistematik dan teratur.Sepanjang menyempurnakan tugasan ,saya telah berjaya mengubah beberapa sikap negatif yang terdapat di dalam diri.Contohnya,kurang keyakinan dalam berkomunikasi dan meluahkan pendapat.Aktiviti yang dijalankan sedikit sebanyak telah member keyakinan dalam diri saya untuk berhadapan dengan orang luar dan menyuarakan idea dan pandangan.Secara keseluruhannya ,projek serta aktiviti yang dijalankan di dalam HHHC 9301 sedikit sebanyak telah memberi saya kelebihan dan keyakinan untuk berhadapan dengan cabaran di alam pekerjaan pada masa akan datang. Selepas aktiviti dijalankan,saya mendapati banyak kelebihan dan juga pencapaian yang berjaya diperoleh sepanjang program.Sebagai contoh, kemahiran dan kreativiti dalam diri berjaya ditonjolkan. Produk guna semula kami ternyata menjadi dan sangat cantik untuk diguna semula.Selain itu ,daripada aspek kerjasama, ternyata setiap ahli menyumbang tenagadan masa tanpa sebarang masalah.Saya sangat berpuas hati dengan setiap tanggungjawab yang berjaya dilaksanakan semasa program dijalankan. Bukan itu sahaja,
  • 4. kursus ini juga sangat membantu dalam mendidik jiwa lebih mencintai alam sekitar. Kebersihan juga diutamakan demi mencegah diri daripada penyakit yang berbahaya.Selain itu,kami juga mendapat pengalaman baru kerana sebelum ini tiada kursus mahupun program kitar semula dan guna semula yang kami sertai. Pengalaman ini akan kami jadikan pembelajaran sepanjang hayat dan akan digunakan di masa hadapan. Berdasarkan pendapat saya, aktiviti yang telah dijalankan bagi melengkapkan HP Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat telah memupuk nilai nilai murni jika kita mengamalkannya. Antaranya ialah nilai murni cintakan alam sekitar. Melalui aktiviti guna semula, kita dapat memelihara alam sekitar daripada dirosakkan atau dicemar. Selain itu, kita juga dapat memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini kerana, banyak bahan bahan guna semula yang boleh diinovasikan untuk menjadi sesuatu benda yang baru yang boleh diguna pakai. Akhir sekali, aktiviti sebegini yang telah dijalankan secara berkumpulan dapat memupuk semangat berpasukan antara kami semua. Semangat kerjasama antara kami menyebabkan aktiviti yang dijalankan berjalan lancar. Melalui aktiviti guna semula dibawah HP kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, ianya telah membantu setiap individu yang terlibat dalam aktiviti ini untuk meningkatkan mutu keboleh – upayaan dan kemahiran dalam diri masing-masing. Sebagai contoh, konsep “berfikir sebelum buang”. Bukan semua barangan yang telah digunakan boleh dianggap sebagai sampah, sekiranya kita bijak dalam memanipulasikan sesuatu bahan atau barangan, satu barangan baru mampu dihasilkan. Selain itu, proses persefahaman secara rasional dalam perkongsian maklumat juga dapat dipelajari melalui aktiviti ini.Setiap manusia mempunyai ideology dan pandangan yang berbeza terhadap sesuatu perkara, namun sekiranya masing-masing tegar mempertahankan pendapat masing-masing tanpa melihat pandangan orang lain,kata sepakat gagal diperoleh. Konsep tolak ansur dalam perkongsian idea sebenarnya mampu menjana malah melahirkan idea yang lebih terkehadapan sekiranya maklumat difahami dan dihayati bersama. Disamping itu, aktiviti ini juga mengajar kita menghayati konsep ‘kesedaran dan penghargaan’ .Pemahaman secara terperinci mengenai kepentingan interaksi dan kaitan
  • 5. sebenar fungsi sesuatu produk dan keseimbangan alam dapatditerapkan secara khusus, bukan untuk waktu tertentu individu tersebut, bahkan sepanjang hayat Bagi saya, projek ini menerapkan nilainya sesuatu maklumat dan setiap maklumat memerlukan pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik dapat membantu kami dalam merancang strategi untuk mendapatkan kejayaan dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Saya telah mempelajari banyak perkara tentang komponen dan elemen dalam menguruskan sesuatu maklumat dengan baik. Antaranya: -cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan menggunakan maklumat. lehan untuk menggunakan maklumat yang telah diperoleh. Selain itu, saya juga telah mempelajari beberapa nilai murni yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian seterusnya menjadikan saya seorang individu yang berdisiplin, berdedikasi dan lebih prihatin terhadap masyarakat dan alam sekeliling. Antaranya ialah bertanggungjawab, tolong menolong, kerjasama, keberanian, berfikiran terbuka, kreativiti dan inovasi.Secara kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak perkara melalui projek ini. Ilmu dan maklumat yang saya perolehi akan saya amal dan praktikkan dalam kehidupan seharian agar menjadi individu yang lebih cemerlang bukan sahaja dari segi pembelajaran malahan etika dan sosial. Kesimpulan Sesungguhnya kursus HHHC9301 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat ini memberikan banyak kesan yang positif dalam diri ahli kumpulan.Kemahiran dalam menguruskan maklumat telah berjaya di pertingkatkan pada masa yang sama ,ahli kumpulan dapat melaksanakan setiap arahan dan tugasan dengan lebih cekap hasil daripada pengurusan maklumat yang sistematik.Mempelajari mengenai tanggungjawab terhadap alam sekitar ini merupakan satu proses pembelajaran sepanjang
  • 6. hayat.Hal ini kerana alam sekitar merupakan sebahagian daripda kehidupan kita,di mana ianya saling melengkapi antara satu sama lain.Sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar perlu ada di dalam jati diri bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara. Bak kata pepatah "belajarlah mulai dari buaian hingga liang kubur", sesungguhnya aktiviti guna semula ini mendatangkan nilai dan natijah yang baik terhadap semua individu ahli kumpulan kami, malah masing-masing mampu menghayati dan dapat mempelajari sesuatu nilai yang penting dalam kehidupan. Selain belajar, kita juga dituntut untuk dapat memanfaatkan kesempatan sebaik-baiknya. Kesempatan itu jarang diperolehi, akan tetapi, ada juga manusia yang memperoleh kesempatan dengan mudah namun tidak mampu memanfaatkan kesempatan tersebut sebaiknya. Elakkan menjadi manusia sedemikian malah sentiasa mengajar diri untuk berfikiran sihat dan positif, agar kita sama-sama mampu memperoleh kesempatan dengan mudah serta memahami dan menghayatinya.Keseluruhannya,kursus ini telah berjaya dalam memastikan serta melahirkan mahasiswa yang mahir menguruskan maklumat untuk kesenangan mahasisiwa sendiri pada masa hadapan kelak. Lampiran
  • 7. Dari kanan : Asdayanti ,Sa’idah,Puan Nur Asyiqin,Amira,Ana,Farahin Pendapat Ahli Kumpulan Mengenai Kekurangan dan Kelemahan dalam Projek
  • 8. Pendapat Ahli Kumpulan Mengenai Kelebihan dan Pencapaian dalam Projek