SlideShare a Scribd company logo
2O2O
SASBADI
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
LAPORAN
PEPERIKSAAN
STPM
&
MUET
2020
GEOGRAFI
(942)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603-6126 1600 Faks: +603-6136 1488
Laman web: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.my
SASBADI SDN. BHD.198501006847
(Anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad 201201038178)
Lot 12, Jalan Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603-6145 1188 Faks: +603-6145 1199
Laman web: www.sasbadisb.com E-mel: enquiry@sasbadi.com
Geografi(942)
(942)
(942)
(942)
(942)
(942)
(942)
LAPORAN
PEPERIKSAAN
STPM & MUET
2O2O
LAPORAN
PEPERIKSAAN
STPM & MUET
(iii)
Geografi (942/1).............................................................................................. 1 – 4
Geografi (942/2).............................................................................................. 5 – 8
Geografi (942/3).............................................................................................. 9 – 10
KANDUNGAN
PRESTASI KESELURUHAN
Pada Semester 1, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 12 224. Peratusan calon
yang lulus penuh ialah 39.79%.
Peratusan calon bagi setiap gred adalah seperti yang berikut:
Gred A A– B+ B B– C+ C C– D+ D D–
Peratusan 5.73 2.84 4.09 5.09 6.32 7.42 8.30 7.42 8.30 9.64 34.77
RESPONS CALON
Komen am
Pada keseluruhannya, mutu jawapan calon adalah pada tahap sederhana. Kebanyakan calon dapat
membahagikan isi jawapan mengikut perenggan dengan sistematik dan dapat memberikan contoh
yang bersesuaian sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan. Namun terdapat juga calon yang tidak
memahami istilah Geografi yang digunakan seperti endogenetik dan menua sehingga menyebabkan
jawapan terpesong daripada kehendak soalan. Sebahagian besar calon juga gagal mendapat markah
kesimpulan bagi kata tugas soalan bincangkan dan sejauh manakah. Terdapat juga calon yang tidak
menjawab beberapa soalan struktur dengan lengkap dan hanya menjawab soalan esei dengan ringkas
sahaja.
Komen soalan demi soalan
BAHAGIAN A: Alam Sekitar Fizikal yang terdiri daripada 1 soalan struktur
dan 2 soalan esei
Soalan 1 (Soalan Struktur)
Soalan (a)(i) menghendaki calon mentakrifkan konsep tenaga. Terdapat calon memberikan takrif tenaga
sebagai tenaga yang digunakan harian seperti tenaga elektrik, tenaga domestik, tenaga kinetik, tenaga
endogenik, dan tenaga eksogenik. Jawapan yang sepatutnya adalah keupayaan untuk melakukan sesuatu
kerja.
Soalan (b) menghendaki calon menerangkan bagaimana tenaga haba dipindahkan dari matahari ke
permukaan bumi. Kebanyakan calon tidak dapat menjelaskan bagaimana tenaga haba dipindahkan
dari matahari ke permukaan bumi. Jawapan yang sepatutnya adalah tenaga haba dipindahkan dari
matahari dalam sinaran matahari melalui gelombang elektromagnet dalam bentuk gelombang pendek
ke permukaan bumi.
Soalan (c) menghendaki calon menerangkan pengaruh tenaga eksogenik terhadap sistem biosfera dan
atmosfera. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana gagal menerangkan
pengaruh tenaga eksogenik yang betul. Ramai calon memberikan pernyataan secara umum atau
menyenaraikan ciri sistem biosfera seperti tumbuhan, haiwan, dan manusia yang tidak berkaitan
SEMESTER
1
1
GEOGRAFI (942/1)
dengan pengaruh bahangan. Jawapan yang sepatutnya bagi pengaruh tenaga eksogenik terhadap
sistem biosfera adalah tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk proses tumbesaran atau
proses fotosintesis. Haiwan dan manusia memerlukan bahangan dalam menyeimbangkan suhu badan.
Pengaruh tenaga eksogenik terhadap sistem atmosfera pula adalah bahangan yang berbeza dari matahari
telah mewujudkan iklim yang berbeza di tempat yang berbeza atau telah mempengaruhi unsur-unsur
cuaca dalam sistem atmosfera. Contohnya, bahangan matahari tinggi berserta sejatan di permukaan
bumi telah menyebabkan kelembapan udara rendah/udara kering dan menyebabkan tekanan udara
rendah atau sebaliknya.
Soalan (d) menghendaki calon menjelaskan tiga kesan negatif lebihan tenaga endogenik terhadap
litosfera. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Calon keliru tentang
kesan negatif lebihan tenaga endogenik dan terdapat calon yang menjawab tenaga eksogenik seperti
sejatan, hakisan, dan luluhawa. Calon juga salah tafsir antara litosfera dengan biosfera dan atmosfera
menyebabkan jawapan calon banyak berkait dengan pencemaran udara, hakisan tanah, dan kepupusan
flora dan fauna. Jawapan calon cenderung kepada lebihan tenaga endogenik terhadap kehidupan manusia
dan bukannya litosfera. Jawapan yang sepatutnya adalah berlakunya gempa bumi atau letusan gunung
berapi terhadap litosfera, iaitu kerosakan struktur tanah atau permukaan bumi atau tanah berasid. Calon
juga boleh menjelaskan kesan negatif terhadap litosfera akibat daripada lebihan tenaga endogenik.
Contohnya, kerosakan struktur tanah disebabkan berlakunya gempa bumi.
Soalan 2 (Soalan Esei)
Soalan (a) menghendaki calon membincangkan enam pengaruh solstis musim sejuk terhadap aktiviti
manusia di kawasan sejuk sederhana. Sebahagian besar calon tidak dapat menyatakan enam pengaruh
solstis musim sejuk dengan betul sebaliknya hanya menghuraikan aktiviti yang sesuai di kawasan solstis
musim sejuk tetapi tidak merujuk kepada keadaan persekitaran ketika musim berkenaan. Jawapan
calon hanya berkisar kepada persekitaran bersalji dan suhu sejuk sahaja bagi aktiviti yang berbeza.
Kebanyakan calon membincangkan aktiviti manusia sahaja tanpa mengaitkannya dengan pengaruh
solstis musim sejuk. Jawapan yang sepatutnya adalah pengaruh permukaan tanah dilitupi salji, getah
pokok beku, tasik atau laut atau sungai beku, malam lebih panjang dari siang, suhu terlalu rendah,
permukaan tanah membeku, bahangan suria yang rendah, kelembapan udara rendah, dan tindakan fros
terhadap aktiviti manusia seperti pertanian, pembalakan, pelancongan, penternakan, perikanan, dan
pengangkutan.
Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan bagaimana proses geomorfologi dipengaruhi oleh tenaga
suria. Kebanyakan calon dapat mengenal pasti semua proses geomorfologi dan dapat menghuraikan
proses dan kesan dengan baik, iaitu bagaimana proses luluhawa, pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan,
dan pemendapan dipengaruhi oleh tenaga suria.
Soalan 3 (Soalan Esei)
Soalan (a)(i) menghendaki calon menjelaskan empat proses geomorfologi yang berlaku di permukaan
bumi hasil daripada proses endogenetik. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan
baik disebabkan tidak dapat mengenal pasti dan menjelaskan proses endogenik yang menyebabkan
terbentuknya proses gelinciran, lipatan, dan letusan gunung berapi. Calon tidak dapat membezakan antara
proses endogenik dan eksogenik. Jawapan sepatutnya adalah proses gelinciran, lipatan, pembentukan
gunung berapi, pembentukan batuan, dan pembentukan jurang.
Soalan (a)(ii) menghendaki calon menghuraikan tiga bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses
endogenetik. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana jawapan calon
merujuk kepada bentuk muka bumi seperti jeram, air terjun, tanah tinggi, tanah pamah, dan gua.
Sebahagianbesarcalonjugahanyadapatmenyenaraikanbentukmukabumitanpadapatmenghuraikannya
SEMESTER
1
2
dengan baik. Ini kerana calon tidak dapat menghuraikan proses pembentukan setiap bentuk muka bumi
dengan baik serta tidak memberikan penekanan kepada peranan tenaga endogenetik dalam huraian
jawapan mereka. Terdapat juga sebahagian kecil calon yang menghuraikan bentuk muka bumi hasil
daripada proses eksogenetik. Jawapan yang sepatutnya adalah gunung bongkah, lurah gelinciran, pantai
timbul, gunung lipat, gunung berapi, kaldera atau krater, dataran tinggi, dan kolam air panas.
Soalan (a)(iii) menghendaki calon membincangkan lima kepentingan bentuk muka bumi yang terhasil
akibat proses endogenetik terhadap aktiviti manusia. Kebanyakan calon gagal menjelaskan bentuk
muka bumi akibat proses endogenik dengan tepat. Calon hanya menjelaskan aktiviti manusia dan
proses bentuk muka bumi secara umum sahaja. Kebanyakan calon tidak memberikan penekanan kepada
bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses endogenetik kerana jawapan hanya ditumpukan kepada
aktiviti manusia sahaja. Jawapan yang sepatutnya adalah bentuk muka bumi cerun, gunung lipat,
dataran tinggi lava, kaldera, gunung bongkah, kolam air panas, geiser, tanah lava bes, pantai timbul,
gunung berapi, dan jurang lautan mempengaruhi aktiviti pertanian, pelancongan, sukan, petempatan,
penjanaan tenaga geotermal, dan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Soalan (b)(i) menghendaki calon membincangkan sejauh manakah proses luluhawa fizikal di kawasan
tropika lembap giat dipengaruhi oleh aktiviti manusia. Sebahagian besar calon yang menjawab soalan ini
gagal mengenal pasti faktor lain yang mempengaruhi luluhawa fizikal. Calon juga gagal mengenal pasti
aktiviti manusia dengan tepat kerana calon hanya merujuk kepada aktiviti penyahhutanan, penebangan
pokok, perindustrian, dan pengangkutan. Sebahagian besar calon yang menjawab soalan ini juga gagal
mengenal pasti ayat penegasan, iaitu terdapat faktor lain yang mempengaruhi luluhawa fizikal. Jawapan
yang sepatutnya adalah berpunca daripada aktiviti pertanian, pembalakan, perlombongan, pembinaan,
penghutanan, dan penternakan. Selain itu, terdapat faktor lain seperti tumbuhan, iklim, batuan, haiwan,
masa, dan aspek.
Soalan (b)(ii) menghendaki calon menjelaskan enam kepentingan hasil luluhawa kepada aktiviti manusia.
Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana tidak dapat mengemukakan
hasil luluhawa bagi menjelaskan kepentingannya kepada aktiviti manusia. Jawapan yang sepatutnya
adalah hasil luluhawa ialah tanah liat kaolin, tanah laterit, gua batu kapur, bahan nitrat atau humus,
pandang darat karst, dan regolit yang mana kepentingannya adalah untuk aktiviti pertanian, pelancongan,
perindustrian, memungut sarang burung, dan keagamaan.
BAHAGIAN B: Alam Sekitar Manusia yang terdiri daripada 1 soalan struktur
dan 2 soalan esei
Soalan 4 (Soalan Struktur)
Soalan (a) menghendaki calon menyatakan tiga ciri demografi bagi sesebuah negara. Kebanyakan calon
dapat menjawab soalan ini dengan baik. Namun terdapat calon yang memberikan jawapan migrasi
menunjukkan calon tidak faham istilah “demografi”. Jawapan yang sepatutnya adalah kadar kelahiran,
kadar kematian, umur, jantina, jangka hayat, dan nisbah tanggungan.
Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan faktor kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden
yang menyumbang kewujudan penduduk menua yang tinggi kepada sesebuah negara. Kebanyakan
calon hanya mengulang pernyataan soalan iaitu “kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden
yang menyumbang kepada jangka hayat” tetapi tidak memberikan contoh teknologi/kesihatan moden.
Bagi calon yang dapat mengemukakan isi seperti gaya hidup, ubat-ubatan, dan alatan, calon ini juga
tidak mampu mengaitkan dengan penduduk menua. Selain itu, calon juga mengaitkan kewujudan
penduduk menua yang tinggi dengan dasar kerajaan, peningkatan taraf pendidikan, kadar kelahiran
yang tinggi, dan kadar kelahiran yang rendah akibat kemajuan dalam teknologi perubatan. Calon gagal
menyenaraikan ciri-ciri teknologi perubatan dan kesihatan moden yang dapat memanjangkan jangka
SEMESTER
1
3
hayat penduduk di sesebuah negara. Jawapan yang sepatutnya adalah penemuan ubatan dan vaksin,
kemudahan hospital, kempen amalan gaya hidup sihat, kepakaran yang tinggi dalam bidang perubatan,
dan penggunaan alatan dan mesin moden.
Soalan (c) menghendaki calon menjelaskan tiga kesan negatif kewujudan penduduk menua yang
tinggi di sesebuah negara. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu peluang
pekerjaan untuk golongan muda terhad, tanggungan kewangan kerajaan meningkat, masalah kewangan
golongan menua, masalah kesihatan fizikal dan mental, nisbah tanggungan golongan aktif meningkat,
dan ekonomi dalaman negara mengecut.
Soalan 5 (Soalan Esei)
Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan enam faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di
Malaysia. Terdapat calon yang keliru antara konsep kepadatan penduduk dengan konsep pertumbuhan
penduduk dan migrasi. Calon mengemukakan isi dan huraian yang merujuk kepada faktor pertumbuhan
penduduk yang pesat dan ada yang menghuraikan faktor migrasi antarabangsa ke Malaysia. Terdapat juga
calon yang tidak memahami konsep kemudahan asas, kemudahan sosial, dan kemudahan infrastruktur
menyebabkan mereka membuat huraian yang tidak tepat. Contohnya, mereka mengemukakan isi faktor
kemudahan infrastruktur tetapi huraian merujuk kepada kemudahan sosial. Jawapan yang sepatutnya
adalah bentuk muka bumi, cuaca, jenis tanih, saliran, dasar kerajaan, ekonomi, kemudahan sosial, sejarah,
sumber alam, kemudahan infrastruktur, kemudahan perhubungan telekomunikasi, dan pembandaran.
Soalan (b) menghendaki calon membincangkan enam kesan negatif kepadatan penduduk yang tinggi
terhadap sosioekonomi penduduk di sesebuah kawasan. Terdapat calon yang tidak memahami kesan
sosioekonomi. Terdapat calon yang membincangkan persaingan pekerjaan, masalah sosial akibat
desakan hidup, kesesakan lalu lintas, kemiskinan, masalah perumahan, dan kekurangan kemudahan asas
akibat persaingan dengan warga asing/pendatang tanpa izin yang berhijrah ke Malaysia. Jawapan yang
sepatutnya adalah persaingan pekerjaan, masalah sosial, masalah pencemaran, penyakit, kesesakan
lalu lintas, persaingan untuk mendapatkan kemudahan asas, kemiskinan, kesesakan penduduk, kesan
psikologi, kualiti hidup merosot, dan penawaran perkhidmatan ekonomi yang tidak seimbang.
Soalan 6 (Soalan Esei)
Soalan (a) menghendaki calon membincangkan enam strategi bagi membangunkan kawasan desa di
Malaysia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu program pembangunan
in-situ, Program Pertanian Bersepadu (IADP), pembangunan wilayah, perindustrian desa, pembandaran
desa, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), pusat pertumbuhan desa, dan pembangunan sosial.
Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan enam kesan positif pembangunan desa di Malaysia.
Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu peluang pekerjaan, peningkatan
pendapatan, darjah ketersampaian yang tinggi, peningkatan kemudahan telekomunikasi, peningkatan
kemudahan infrastruktur, peningkatan jumlah penduduk, perubahan gaya hidup yang lebih moden,
perubahan sektor ekonomi desa, dan peningkatan kualiti hidup.
SEMESTER
1
4
PRESTASI KESELURUHAN
Pada Semester 2, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 11 997. Peratusan calon
yang lulus penuh ialah 58.00%.
Peratusan calon bagi setiap gred adalah seperti yang berikut:
Gred A A– B+ B B– C+ C C– D+ D D–
Peratusan 9.02 4.84 5.73 6.21 9.89 10.64 11.67 8.99 11.17 7.15 14.69
RESPONS CALON
Komen am
Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon adalah pada tahap sederhana. Sebahagian calon dapat
memahami kehendak soalan dan istilah geografi seperti edaran air tanih, larian air permukaan,
dan ekonomi sekunder dengan baik namun huraian fakta masih lemah. Calon juga dapat membuat
perancangan dan menulis jawapan yang padat dengan fakta dan huraian, namun sebahagian calon
yang lemah kurang perancangan menyebabkan jawapan kurang bermutu. Calon juga tidak dapat
menghuraikan soalan proses dengan baik.
Komen soalan demi soalan
BAHAGIAN A: Alam Sekitar Fizikal
Soalan 1 (Struktur)
Soalan (a) menghendaki calon melengkapkan ciri lapisan troposfera dan stratosfera dalam jadual yang
diberikan. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Jawapan yang sepatutnya
bagi jarak dari laut untuk lapisan troposfera adalah antara 0 hingga 20 km manakala bagi lapisan
troposfera adalah antara 16 hingga 50 km. Jawapan gas utama di lapisan troposfera ialah oksigen
manakala di stratosfera ialah nitrogen. Bagi lapisan pemisah pula jawapan yang betul ialah tropopaus.
Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan fungsi lapisan troposfera dan stratosfera. Kebanyakan
calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Sebahagian calon memberikan ciri lapisan tersebut
seperti lapisan yang paling rendah dan lapisan utama dalam atmosfera. Jawapan yang sepatutnya bagi
fungsi lapisan troposfera adalah sebagai tempat laluan kapal terbang dan pesawat ringan manakala bagi
lapisan stratosfera pula sebagai lapisan untuk pengangkutan udara seperti jet (penerbangan supersonik)
melintas kerana kawasan ini bebas dari ancaman alam seperti ribut.
Soalan (c) menghendaki calon menjelaskan tiga aktiviti manusia yang menyebabkan perubahan
kandungan gas di atmosfera. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik.
Sebahagian calon tidak menyatakan aktiviti manusia dengan jelas dan nama gas yang dibebaskan.
Jawapan yang sepatutnya adalah kegiatan perindustrian, kegiatan domestik, pertanian, pengangkutan,
perhutanan, dan pembinaan.
SEMESTER
2
5
GEOGRAFI (942/2)
Soalan 2 (Esei)
Soalan (a) menghendaki calon membincangkan enam kesan fenomena El Niño terhadap sektor
pertanian. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Kelemahan calon yang
utama adalah tidak dapat menyatakan kesan fenomena El Niño dengan betul. Sektor pertanian yang
dinyatakan pula hanya aktiviti dalam pertanian seperti meracun, menanam, dan membajak tetapi bukan
secara menyeluruh terhadap sektor pertanian. Jawapan yang sepatutnya bagi kesan positif antaranya
adalah suhu tinggi yang berpanjangan membuatkan proses pengawetan lebih berkesan dan tanah kering
memudahkan aktiviti membajak. Antara kesan negatif pula adalah kekurangan hujan menyebabkan
kekurangan sumber air untuk tumbesaran tanaman, angin kencang memusnahkan tanaman, suhu
tinggi menyebabkan tumbuhan mati, kadar kelembapan rendah mengganggu tumbesaran tanaman, dan
bahangan bumi memusnahkan tanaman.
Soalan (b) menghendaki calon mencadangkan enam langkah mitigasi untuk mengurangkan kesan
El Niño terhadap sektor pertanian. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik.
Kelemahan calon adalah menjawab langkah mitigasi melibatkan langkah perundangan dan bukan
perundangan. Jawapan yang sepatutnya adalah menjadikan air bawah tanah sebagai sumber alternatif,
menggunakan benih yang lebih tahan lasak, mempertingkatkan sistem pengairan moden, menanam
jenis tanaman yang lebih sesuai, menanam pada waktu yang sesuai, menggunakan teknik pertanian
yang lebih moden, pembenihan awan yang lebih kerap, meningkatkan penyebaran maklumat berkaitan
langkah mitigasi, dan sebagainya.
Soalan 3 (Esei)
Soalan (a) menghendaki calon menghuraikan sejauh mana jenis tanah mempengaruhi proses larian air
permukaan di kawasan tropika lembap. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik.
Antara faktor jenis tanah adalah pasir, tanah liat/aluvium/kaolin, gambut, dan laterit. Faktor lain pula
adalah intensiti hujan, kecerunan, kandungan air dalam tanih, litupan tumbuh-tumbuhan, batuan, dan
aktiviti manusia.
Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan bagaimana aktiviti manusia dapat mempengaruhi edaran
air tanih. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara aktiviti manusia adalah
penghutanan, pembinaan, pertanian, pembangunan/pembandaran, perlombongan, aktiviti domestik, dan
perindustrian. Di samping aktiviti manusia yang dinyatakan calon juga perlu menghuraikan proses
aktiviti tersebut dan kesannya kepada edaran air tanih.
BAHAGIAN B: Alam Sekitar Manusia
Soalan 4 (Struktur)
Soalan (a) menghendaki calon menyatakan tiga aktiviti ekonomi dalam sektor tertier. Kebanyakan
calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu pelancongan, pengangkutan dan perhubungan,
perdagangan dan perniagaan, kewangan, perkhidmatan, utiliti, teknologi maklumat dan komunikasi,
penyelidikan dan pembangunan.
Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan tiga kepentingan sektor pengangkutan dan perhubungan
kepada ekonomi sesebuah negara. Kebanyakan calon tidak menekankan kepentingan terhadap ekonomi
negara, sebaliknya terhadap kepentingan sosial secara umum. Jawapan yang sepatutnya adalah Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK), peluang pekerjaan, kesan pengganda, pelaburan modal, perluasan
pasaran, dan pembangunan kawasan.
SEMESTER
2
6
Soalan (c) menghendaki calon menghuraikan kesan pembangunan sistem pengangkutan kereta api
elektrik terhadap alam sekitar fizikal, alam sekitar manusia, dan penduduk. Kebanyakan calon dapat
menghuraikan kesan terhadap alam sekitar fizikal dan penduduk dengan baik tetapi keliru dengan
kepentingan terhadap alam sekitar manusia. Kesan terhadap alam sekitar fizikal kemusnahan alam sekitar
semasa pembinaan jalan kereta api, kesan terhadap alam sekitar manusia menyebabkan perhubungan
lebih baik, aktiviti ekonomi semakin berkembang, dan berlakunya pembangunan kawasan. Manakala
kesan terhadap penduduk pula adalah darjah ketersampaian, iaitu jarak perhubungan yang semakin
dekat.
Soalan 5 (Esei)
Soalan (a) menghendaki calon menghuraikan enam sumbangan sektor ekonomi sekunder terhadap
pembangunan kawasan luar bandar di Malaysia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan
baik, iaitu peluang pekerjaan, peningkatan ekonomi kawasan, kewujudan bandar baharu, perkembangan
dan pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar, perkembangan dan pembangunan sosial, peningkatan
taraf hidup, perluasan pasaran, dan peningkatan kualiti penduduk.
Soalan (b) menghendaki calon membincangkan enam cabaran dalam mempergiatkan sektor ekonomi
sekunder di Malaysia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu modal, pasaran,
tenaga buruh, bahan mentah, produk yang homogeneous, teknologi yang rendah, sikap/persepsi
penduduk terhadap barangan tempatan, dan persaingan dengan produk tiruan.
Soalan 6 (Esei)
Soalan (a)(i) menghendaki calon melukis graf yang sesuai untuk menunjukkan imbangan perdagangan
berdasarkan data import dan eksport yang diberi. Kelemahan calon adalah kesilapan dalam memilih
graf, iaitu bar kompaun dan graf garis, tidak mengira imbangan perdagangan, salah melabel paksi, dan
skala. Calon seharusnya mengira nilai imbangan perdagangan dengan formula eksport tolak import.
Jawapan yang sepatutnya adalah RM1 294 juta bagi Brunei Darussalam, -RM1 340 juta bagi Filipina,
-RM11 300 juta bagi Indonesia, RM531 juta bagi Kemboja, RM449 juta bagi Myanmar, RM1 164
juta bagi Thailand, dan RM3 061 juta bagi Vietnam. Graf yang sesuai adalah graf bar cermin. Markah
diberi pada tajuk, skala, label paksi (y), dan 7 plotan yang betul.
SEMESTER
2
7
4000
2000
-2000
Imbangan
Perdagangan
(RM
Juta)
-4000
-6000
-8000
-10000
-12000
-14000
0
Brunei
Darussalam
Filipina
Indonesia
Kemboja Myanmar Vietnam
Negara
Thailand
Imbangan Perdagangan Malaysia Dengan Negara
Anggota ASEAN Terpilih Tahun 2010
Soalan (a)(ii) menghendaki calon menjelaskan tiga pola imbangan perdagangan Malaysia dengan
negara anggota ASEAN berdasarkan graf yang telah dilukis. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab
soalan dengan baik. Calon sepatutnya memberikan tiga jenis pola sahaja, iaitu pola imbangan negatif
tertinggi (negara serta nilai), pola imbangan positif tertinggi (negara serta nilai), dan pola keseluruhan
(tidak sekata).
Soalan (b) menghendaki calon membincangkan empat peranan kerjasama ekonomi dalam menggalakkan
perdagangan dalam kalangan negara anggota ASEAN. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan
ini dengan baik. Kelemahan calon yang ketara adalah tidak dapat menghuraikan fakta dengan tepat.
Sebahagian calon juga hanya menjawab kerjasama ekonomi secara umum tanpa mengaitkannya
dengan perdagangan. Calon seharusnya menjawab perkongsian buruh, pasaran, perkongsian teknologi,
perkongsian modal, perkongsian kepakaran, perkongsian bahan mentah, dan meningkatkan aliran
perdagangan.
SEMESTER
2
8
PRESTASI KESELURUHAN
Pada Semester 3, sebanyak 11 851 orang calon telah menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran ini
dan 65.43% daripadanya telah mendapat lulus penuh.
Gred A A– B+ B B– C+ C C– D+ D F
Peratusan 14.23 4.19 10.85 6.24 12.13 6.02 11.77 9.96 4.21 7.03 13.38
RESPONS CALON
Komen am
Secara umumnya, mutu jawapan keseluruhan calon adalah baik. Kebanyakan calon dapat menjelaskan
dan menghuraikan isi yang dikehendaki oleh soalan dengan baik.
Komen soalan demi soalan
BAHAGIAN A: Alam Sekitar Fizikal
Bahagian ini terdiri daripada dua soalan struktur.
Soalan 1
Soalan (a) menghendaki calon menyatakan hidupan pada aras trofik pertama dan aras trofik kedua.
Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu menyatakan tumbuhan atau nama
tumbuhan bagi aras trofik pertama dan nama binatang yang makan tumbuhan atau sekadar menamakan
haiwan yang makan tumbuhan bagi aras trofik kedua.
Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan tiga proses pemindahan tenaga pada setiap aras trofik.
Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Jawapan calon sepatutnya menerangkan
proses apabila berlaku situasi makan dan dimakan dalam sesebuah ekosistem dengan lengkap, iaitu
pengguna primer memakan tumbuhan hijau, pengguna sekunder memakan pengguna primer, pengguna
tertier memakan pengguna sekunder dan setiap proses perlu berserta contoh dan huraian.
Soalan (c) menghendaki calon menjelaskan bentuk persaingan sesama spesies dalam suatu ekosistem
hutan. Kebanyakan calon boleh menjawab soalan ini dengan baik, iaitu bersaing untuk mendapatkan
tenaga matahari/air/ruang atau nutrisi, dan bersaing untuk mendapatkan makanan/pasangan/habitat
dengan merujuk kepada spesies tumbuhan ataupun haiwan.
Soalan 2
Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan konsep sistem gunaan manusia. Kebanyakan calon dapat
menjawab soalan ini dengan baik, iaitu penggunaan sistem fizikal (atmosfera, biosfera, litosfera,
hidrosfera) untuk keperluan kehidupan manusia/aktiviti manusia.
SEMESTER
3
9
GEOGRAFI (942/3)
Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan kepentingan sistem fizikal terhadap sistem gunaan manusia,
iaitu merujuk kepada biosfera dan litosfera. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik,
iaitu biosfera memberi manfaat kepada tumbuhan dan haiwan sebagai makanan, habitat, dan aktiviti
manusia. Manakala litosfera membekalkan sumber galian, tanih, batuan, dan bentuk muka bumi untuk
aktiviti manusia.
Soalan (c) menghendaki calon menghuraikan gangguan pada sistem fizikal, iaitu hidrosfera dan
atmosfera yang menyebabkan bencana alam. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan
baik. Jawapan yang sepatutnya adalah apabila berlaku lebihan air/hujan yang banyak (hidrosfera)
menyebabkan banjir. Bagi sistem atmosfera pula berlaku gangguan kepada peningkatan atau penurunan
unsur cuaca seperti suhu, kerpasan, angin, dan bahangan suria yang menyebabkan sesuatu bencana
alam. Sebagai contoh, peningkatan suhu di permukaan bumi telah menyebabkan berlakunya pemanasan
global.
BAHAGIAN B: Alam Sekitar Manusia
Bahagian ini terdiri daripada dua soalan struktur.
Soalan 3
Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan dua kesan negatif aktiviti pembinaan landasan kereta
api terhadap alam sekitar fizikal. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu
kemusnahan habitat dan kemusnahan flora dan fauna, hakisan permukaan meningkat, pergerakan jisim,
larian air permukaan meningkat, pencemaran alam sekitar, banjir, dan peningkatan suhu setempat.
Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan tiga langkah untuk mengatasi kesan aktiviti pembinaan
landasan kereta api. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu pembinaan
gabion/tembok/menyimen bagi menghalang runtuhan/mengurangkan bunyi bising, menanam rumput
tutup bumi/pokok bagi menghalang hakisan permukaan/menyederhanakan suhu, menyiram air di tapak
pembinaan bagi menghalang debu atau memasang sungkupan plastik/kanvas bagi menghalang hakisan,
penguatkuasaan undang-undang/pemantauan/denda semasa aktiviti pembinaan, dan membina sistem
saliran yang sistematik/longkang/parit.
Soalan 4
Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu pemeliharaan merujuk kepada
menjaga/melindungi/memelihara sumber alam dari mengalami gangguan/kepupusan/kemusnahan/
ancaman. Manakala pemuliharaan pula merujuk kepada usaha membaik pulih/memelihara sumber
yang mengalami gangguan/kepupusan/kemusnahan/ancaman.
Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan tiga langkah pemeliharaan kawasan terumbu karang
di Malaysia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu perundangan/akta/
pemantauan/penguatkuasaan terhadap kawasan terumbu karang daripada dicerobohi, pendidikan alam
sekitar sama ada secara formal atau tidak formal berkaitan dengan terumbu karang, kempen kesedaran
seperti cintai hidupan lain, mewujudkan kawasan taman laut bagi mengekalkan habitat/kawasan
pembiakan, dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti mencari kaedah untuk rawatan dan
meningkatkan populasi terumbu karang.
SEMESTER
3
10
2O2O
SASBADI
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
LAPORAN
PEPERIKSAAN
STPM
&
MUET
2020
GEOGRAFI
(942)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603-6126 1600 Faks: +603-6136 1488
Laman web: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.my
SASBADI SDN. BHD.198501006847
(Anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad 201201038178)
Lot 12, Jalan Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603-6145 1188 Faks: +603-6145 1199
Laman web: www.sasbadisb.com E-mel: enquiry@sasbadi.com
Geografi
LAPORAN
PEPERIKSAAN
STPM & MUET
2O2O
LAPORAN
PEPERIKSAAN
STPM & MUET

More Related Content

Similar to Laporan 2020- Penggal 1 - 3.pdf

Meteorologi
Meteorologi Meteorologi
Meteorologi
pcwna
 
Soal OSK Geografi 2015
Soal OSK Geografi 2015Soal OSK Geografi 2015
Soal OSK Geografi 2015
Muhamad Dzaki Albiruni
 
5. kul geo tata lingkungan
5. kul geo tata lingkungan5. kul geo tata lingkungan
5. kul geo tata lingkungan
Akbar Akbar
 
Mitigasi bencana geologi dalam pengembangan lapangan panas bumi
Mitigasi bencana geologi dalam pengembangan lapangan panas bumiMitigasi bencana geologi dalam pengembangan lapangan panas bumi
Mitigasi bencana geologi dalam pengembangan lapangan panas bumi
Herman Satmoko
 
X geografi kd 3.5_final dinamika pedosfer
X geografi kd 3.5_final dinamika pedosferX geografi kd 3.5_final dinamika pedosfer
X geografi kd 3.5_final dinamika pedosfer
jopiwildani
 
X geografi kd 3.5_dinamika litosfer terhadap kehidupan
X geografi kd 3.5_dinamika litosfer terhadap kehidupanX geografi kd 3.5_dinamika litosfer terhadap kehidupan
X geografi kd 3.5_dinamika litosfer terhadap kehidupan
jopiwildani
 
X geografi kd 3.5_final
X geografi kd 3.5_finalX geografi kd 3.5_final
X geografi kd 3.5_final
jopiwildani
 
[PPT SEM AKHIR] LIQUIFAKSI KABUPATEN KONAWE UTARA.pptx
[PPT SEM AKHIR] LIQUIFAKSI KABUPATEN KONAWE UTARA.pptx[PPT SEM AKHIR] LIQUIFAKSI KABUPATEN KONAWE UTARA.pptx
[PPT SEM AKHIR] LIQUIFAKSI KABUPATEN KONAWE UTARA.pptx
RioCendrajaya
 
Ekologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkunganEkologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkunganclemenscemons
 
To un 2015 geografi b
To un 2015 geografi bTo un 2015 geografi b
To un 2015 geografi b
Kasmadi Rais
 
Pengantar ilmu kebumian (dr. bayong)
Pengantar ilmu kebumian (dr. bayong)Pengantar ilmu kebumian (dr. bayong)
Pengantar ilmu kebumian (dr. bayong)Haura Alia Nabila
 
Print samudra geografi
Print samudra geografiPrint samudra geografi
Print samudra geografiKhaidir Cp
 
SOAL USBN GEOGRAFI K13 2016-2017
SOAL USBN GEOGRAFI K13 2016-2017SOAL USBN GEOGRAFI K13 2016-2017
SOAL USBN GEOGRAFI K13 2016-2017
Nashriyah Tsabitah
 
Analisis Materi Fisika SMK K13 dan K merdeka.pptx
Analisis Materi Fisika SMK K13 dan K merdeka.pptxAnalisis Materi Fisika SMK K13 dan K merdeka.pptx
Analisis Materi Fisika SMK K13 dan K merdeka.pptx
RisnawatiUding
 
PPT agroklimat bab I pendahuluan
PPT agroklimat bab I pendahuluanPPT agroklimat bab I pendahuluan
PPT agroklimat bab I pendahuluanJuwita Hutajulu
 
Potensi Watulimo, Trenggalek.pptx
Potensi Watulimo, Trenggalek.pptxPotensi Watulimo, Trenggalek.pptx
Potensi Watulimo, Trenggalek.pptx
GustianRipi
 
Dampak Perubahan Iklim terhadap Ekologi Laut
Dampak Perubahan Iklim terhadap Ekologi LautDampak Perubahan Iklim terhadap Ekologi Laut
Dampak Perubahan Iklim terhadap Ekologi Laut
Dadang Setiawan
 
RPT Geo Semester 3 2022.pdf
RPT Geo Semester 3 2022.pdfRPT Geo Semester 3 2022.pdf
RPT Geo Semester 3 2022.pdf
NazrinaNazifah
 

Similar to Laporan 2020- Penggal 1 - 3.pdf (20)

Meteorologi
Meteorologi Meteorologi
Meteorologi
 
Soal OSK Geografi 2015
Soal OSK Geografi 2015Soal OSK Geografi 2015
Soal OSK Geografi 2015
 
5. kul geo tata lingkungan
5. kul geo tata lingkungan5. kul geo tata lingkungan
5. kul geo tata lingkungan
 
Mitigasi bencana geologi dalam pengembangan lapangan panas bumi
Mitigasi bencana geologi dalam pengembangan lapangan panas bumiMitigasi bencana geologi dalam pengembangan lapangan panas bumi
Mitigasi bencana geologi dalam pengembangan lapangan panas bumi
 
X geografi kd 3.5_final dinamika pedosfer
X geografi kd 3.5_final dinamika pedosferX geografi kd 3.5_final dinamika pedosfer
X geografi kd 3.5_final dinamika pedosfer
 
X geografi kd 3.5_dinamika litosfer terhadap kehidupan
X geografi kd 3.5_dinamika litosfer terhadap kehidupanX geografi kd 3.5_dinamika litosfer terhadap kehidupan
X geografi kd 3.5_dinamika litosfer terhadap kehidupan
 
X geografi kd 3.5_final
X geografi kd 3.5_finalX geografi kd 3.5_final
X geografi kd 3.5_final
 
[PPT SEM AKHIR] LIQUIFAKSI KABUPATEN KONAWE UTARA.pptx
[PPT SEM AKHIR] LIQUIFAKSI KABUPATEN KONAWE UTARA.pptx[PPT SEM AKHIR] LIQUIFAKSI KABUPATEN KONAWE UTARA.pptx
[PPT SEM AKHIR] LIQUIFAKSI KABUPATEN KONAWE UTARA.pptx
 
Ekologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkunganEkologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkungan
 
To un 2015 geografi b
To un 2015 geografi bTo un 2015 geografi b
To un 2015 geografi b
 
Pengantar ilmu kebumian (dr. bayong)
Pengantar ilmu kebumian (dr. bayong)Pengantar ilmu kebumian (dr. bayong)
Pengantar ilmu kebumian (dr. bayong)
 
Print samudra geografi
Print samudra geografiPrint samudra geografi
Print samudra geografi
 
PMR GRED A
PMR GRED APMR GRED A
PMR GRED A
 
SOAL USBN GEOGRAFI K13 2016-2017
SOAL USBN GEOGRAFI K13 2016-2017SOAL USBN GEOGRAFI K13 2016-2017
SOAL USBN GEOGRAFI K13 2016-2017
 
1. geom konsep dasar)
1. geom konsep dasar)1. geom konsep dasar)
1. geom konsep dasar)
 
Analisis Materi Fisika SMK K13 dan K merdeka.pptx
Analisis Materi Fisika SMK K13 dan K merdeka.pptxAnalisis Materi Fisika SMK K13 dan K merdeka.pptx
Analisis Materi Fisika SMK K13 dan K merdeka.pptx
 
PPT agroklimat bab I pendahuluan
PPT agroklimat bab I pendahuluanPPT agroklimat bab I pendahuluan
PPT agroklimat bab I pendahuluan
 
Potensi Watulimo, Trenggalek.pptx
Potensi Watulimo, Trenggalek.pptxPotensi Watulimo, Trenggalek.pptx
Potensi Watulimo, Trenggalek.pptx
 
Dampak Perubahan Iklim terhadap Ekologi Laut
Dampak Perubahan Iklim terhadap Ekologi LautDampak Perubahan Iklim terhadap Ekologi Laut
Dampak Perubahan Iklim terhadap Ekologi Laut
 
RPT Geo Semester 3 2022.pdf
RPT Geo Semester 3 2022.pdfRPT Geo Semester 3 2022.pdf
RPT Geo Semester 3 2022.pdf
 

More from Siti Hajar

Laporan 2015 - Penggal 1.pdf
Laporan 2015 - Penggal 1.pdfLaporan 2015 - Penggal 1.pdf
Laporan 2015 - Penggal 1.pdf
Siti Hajar
 
Laporan 2016 - Penggal 1 (1).pdf
Laporan 2016 - Penggal 1 (1).pdfLaporan 2016 - Penggal 1 (1).pdf
Laporan 2016 - Penggal 1 (1).pdf
Siti Hajar
 
Laporan 2019- Penggal 1 - 3.pdf
Laporan 2019- Penggal 1 - 3.pdfLaporan 2019- Penggal 1 - 3.pdf
Laporan 2019- Penggal 1 - 3.pdf
Siti Hajar
 
Siklon Tropika.docx
Siklon Tropika.docxSiklon Tropika.docx
Siklon Tropika.docx
Siti Hajar
 
Analisis soalan sejak 2013 tema 3
Analisis soalan sejak 2013 tema 3Analisis soalan sejak 2013 tema 3
Analisis soalan sejak 2013 tema 3
Siti Hajar
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Siti Hajar
 
Slaid pulau haba
Slaid pulau habaSlaid pulau haba
Slaid pulau haba
Siti Hajar
 
1 struktur atmosfera
1 struktur atmosfera1 struktur atmosfera
1 struktur atmosfera
Siti Hajar
 
Prosespembangunanekonomi 150307074006-conversion-gate01
Prosespembangunanekonomi 150307074006-conversion-gate01Prosespembangunanekonomi 150307074006-conversion-gate01
Prosespembangunanekonomi 150307074006-conversion-gate01
Siti Hajar
 
Prosedur pelaksanaan dan edaran pps skp mg2
Prosedur pelaksanaan dan edaran pps skp mg2Prosedur pelaksanaan dan edaran pps skp mg2
Prosedur pelaksanaan dan edaran pps skp mg2
Siti Hajar
 
Magnet dan kegunaannya
Magnet dan kegunaannyaMagnet dan kegunaannya
Magnet dan kegunaannya
Siti Hajar
 

More from Siti Hajar (11)

Laporan 2015 - Penggal 1.pdf
Laporan 2015 - Penggal 1.pdfLaporan 2015 - Penggal 1.pdf
Laporan 2015 - Penggal 1.pdf
 
Laporan 2016 - Penggal 1 (1).pdf
Laporan 2016 - Penggal 1 (1).pdfLaporan 2016 - Penggal 1 (1).pdf
Laporan 2016 - Penggal 1 (1).pdf
 
Laporan 2019- Penggal 1 - 3.pdf
Laporan 2019- Penggal 1 - 3.pdfLaporan 2019- Penggal 1 - 3.pdf
Laporan 2019- Penggal 1 - 3.pdf
 
Siklon Tropika.docx
Siklon Tropika.docxSiklon Tropika.docx
Siklon Tropika.docx
 
Analisis soalan sejak 2013 tema 3
Analisis soalan sejak 2013 tema 3Analisis soalan sejak 2013 tema 3
Analisis soalan sejak 2013 tema 3
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
 
Slaid pulau haba
Slaid pulau habaSlaid pulau haba
Slaid pulau haba
 
1 struktur atmosfera
1 struktur atmosfera1 struktur atmosfera
1 struktur atmosfera
 
Prosespembangunanekonomi 150307074006-conversion-gate01
Prosespembangunanekonomi 150307074006-conversion-gate01Prosespembangunanekonomi 150307074006-conversion-gate01
Prosespembangunanekonomi 150307074006-conversion-gate01
 
Prosedur pelaksanaan dan edaran pps skp mg2
Prosedur pelaksanaan dan edaran pps skp mg2Prosedur pelaksanaan dan edaran pps skp mg2
Prosedur pelaksanaan dan edaran pps skp mg2
 
Magnet dan kegunaannya
Magnet dan kegunaannyaMagnet dan kegunaannya
Magnet dan kegunaannya
 

Recently uploaded

0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
AdrianAgoes9
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 

Recently uploaded (20)

0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 

Laporan 2020- Penggal 1 - 3.pdf

  • 1. 2O2O SASBADI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA LAPORAN PEPERIKSAAN STPM & MUET 2020 GEOGRAFI (942) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel: +603-6126 1600 Faks: +603-6136 1488 Laman web: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.my SASBADI SDN. BHD.198501006847 (Anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad 201201038178) Lot 12, Jalan Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: +603-6145 1188 Faks: +603-6145 1199 Laman web: www.sasbadisb.com E-mel: enquiry@sasbadi.com Geografi(942) (942) (942) (942) (942) (942) (942) LAPORAN PEPERIKSAAN STPM & MUET 2O2O LAPORAN PEPERIKSAAN STPM & MUET
  • 2. (iii) Geografi (942/1).............................................................................................. 1 – 4 Geografi (942/2).............................................................................................. 5 – 8 Geografi (942/3).............................................................................................. 9 – 10 KANDUNGAN
  • 3. PRESTASI KESELURUHAN Pada Semester 1, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 12 224. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 39.79%. Peratusan calon bagi setiap gred adalah seperti yang berikut: Gred A A– B+ B B– C+ C C– D+ D D– Peratusan 5.73 2.84 4.09 5.09 6.32 7.42 8.30 7.42 8.30 9.64 34.77 RESPONS CALON Komen am Pada keseluruhannya, mutu jawapan calon adalah pada tahap sederhana. Kebanyakan calon dapat membahagikan isi jawapan mengikut perenggan dengan sistematik dan dapat memberikan contoh yang bersesuaian sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan. Namun terdapat juga calon yang tidak memahami istilah Geografi yang digunakan seperti endogenetik dan menua sehingga menyebabkan jawapan terpesong daripada kehendak soalan. Sebahagian besar calon juga gagal mendapat markah kesimpulan bagi kata tugas soalan bincangkan dan sejauh manakah. Terdapat juga calon yang tidak menjawab beberapa soalan struktur dengan lengkap dan hanya menjawab soalan esei dengan ringkas sahaja. Komen soalan demi soalan BAHAGIAN A: Alam Sekitar Fizikal yang terdiri daripada 1 soalan struktur dan 2 soalan esei Soalan 1 (Soalan Struktur) Soalan (a)(i) menghendaki calon mentakrifkan konsep tenaga. Terdapat calon memberikan takrif tenaga sebagai tenaga yang digunakan harian seperti tenaga elektrik, tenaga domestik, tenaga kinetik, tenaga endogenik, dan tenaga eksogenik. Jawapan yang sepatutnya adalah keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja. Soalan (b) menghendaki calon menerangkan bagaimana tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi. Kebanyakan calon tidak dapat menjelaskan bagaimana tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi. Jawapan yang sepatutnya adalah tenaga haba dipindahkan dari matahari dalam sinaran matahari melalui gelombang elektromagnet dalam bentuk gelombang pendek ke permukaan bumi. Soalan (c) menghendaki calon menerangkan pengaruh tenaga eksogenik terhadap sistem biosfera dan atmosfera. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana gagal menerangkan pengaruh tenaga eksogenik yang betul. Ramai calon memberikan pernyataan secara umum atau menyenaraikan ciri sistem biosfera seperti tumbuhan, haiwan, dan manusia yang tidak berkaitan SEMESTER 1 1 GEOGRAFI (942/1)
  • 4. dengan pengaruh bahangan. Jawapan yang sepatutnya bagi pengaruh tenaga eksogenik terhadap sistem biosfera adalah tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk proses tumbesaran atau proses fotosintesis. Haiwan dan manusia memerlukan bahangan dalam menyeimbangkan suhu badan. Pengaruh tenaga eksogenik terhadap sistem atmosfera pula adalah bahangan yang berbeza dari matahari telah mewujudkan iklim yang berbeza di tempat yang berbeza atau telah mempengaruhi unsur-unsur cuaca dalam sistem atmosfera. Contohnya, bahangan matahari tinggi berserta sejatan di permukaan bumi telah menyebabkan kelembapan udara rendah/udara kering dan menyebabkan tekanan udara rendah atau sebaliknya. Soalan (d) menghendaki calon menjelaskan tiga kesan negatif lebihan tenaga endogenik terhadap litosfera. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Calon keliru tentang kesan negatif lebihan tenaga endogenik dan terdapat calon yang menjawab tenaga eksogenik seperti sejatan, hakisan, dan luluhawa. Calon juga salah tafsir antara litosfera dengan biosfera dan atmosfera menyebabkan jawapan calon banyak berkait dengan pencemaran udara, hakisan tanah, dan kepupusan flora dan fauna. Jawapan calon cenderung kepada lebihan tenaga endogenik terhadap kehidupan manusia dan bukannya litosfera. Jawapan yang sepatutnya adalah berlakunya gempa bumi atau letusan gunung berapi terhadap litosfera, iaitu kerosakan struktur tanah atau permukaan bumi atau tanah berasid. Calon juga boleh menjelaskan kesan negatif terhadap litosfera akibat daripada lebihan tenaga endogenik. Contohnya, kerosakan struktur tanah disebabkan berlakunya gempa bumi. Soalan 2 (Soalan Esei) Soalan (a) menghendaki calon membincangkan enam pengaruh solstis musim sejuk terhadap aktiviti manusia di kawasan sejuk sederhana. Sebahagian besar calon tidak dapat menyatakan enam pengaruh solstis musim sejuk dengan betul sebaliknya hanya menghuraikan aktiviti yang sesuai di kawasan solstis musim sejuk tetapi tidak merujuk kepada keadaan persekitaran ketika musim berkenaan. Jawapan calon hanya berkisar kepada persekitaran bersalji dan suhu sejuk sahaja bagi aktiviti yang berbeza. Kebanyakan calon membincangkan aktiviti manusia sahaja tanpa mengaitkannya dengan pengaruh solstis musim sejuk. Jawapan yang sepatutnya adalah pengaruh permukaan tanah dilitupi salji, getah pokok beku, tasik atau laut atau sungai beku, malam lebih panjang dari siang, suhu terlalu rendah, permukaan tanah membeku, bahangan suria yang rendah, kelembapan udara rendah, dan tindakan fros terhadap aktiviti manusia seperti pertanian, pembalakan, pelancongan, penternakan, perikanan, dan pengangkutan. Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan bagaimana proses geomorfologi dipengaruhi oleh tenaga suria. Kebanyakan calon dapat mengenal pasti semua proses geomorfologi dan dapat menghuraikan proses dan kesan dengan baik, iaitu bagaimana proses luluhawa, pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan, dan pemendapan dipengaruhi oleh tenaga suria. Soalan 3 (Soalan Esei) Soalan (a)(i) menghendaki calon menjelaskan empat proses geomorfologi yang berlaku di permukaan bumi hasil daripada proses endogenetik. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik disebabkan tidak dapat mengenal pasti dan menjelaskan proses endogenik yang menyebabkan terbentuknya proses gelinciran, lipatan, dan letusan gunung berapi. Calon tidak dapat membezakan antara proses endogenik dan eksogenik. Jawapan sepatutnya adalah proses gelinciran, lipatan, pembentukan gunung berapi, pembentukan batuan, dan pembentukan jurang. Soalan (a)(ii) menghendaki calon menghuraikan tiga bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses endogenetik. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana jawapan calon merujuk kepada bentuk muka bumi seperti jeram, air terjun, tanah tinggi, tanah pamah, dan gua. Sebahagianbesarcalonjugahanyadapatmenyenaraikanbentukmukabumitanpadapatmenghuraikannya SEMESTER 1 2
  • 5. dengan baik. Ini kerana calon tidak dapat menghuraikan proses pembentukan setiap bentuk muka bumi dengan baik serta tidak memberikan penekanan kepada peranan tenaga endogenetik dalam huraian jawapan mereka. Terdapat juga sebahagian kecil calon yang menghuraikan bentuk muka bumi hasil daripada proses eksogenetik. Jawapan yang sepatutnya adalah gunung bongkah, lurah gelinciran, pantai timbul, gunung lipat, gunung berapi, kaldera atau krater, dataran tinggi, dan kolam air panas. Soalan (a)(iii) menghendaki calon membincangkan lima kepentingan bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses endogenetik terhadap aktiviti manusia. Kebanyakan calon gagal menjelaskan bentuk muka bumi akibat proses endogenik dengan tepat. Calon hanya menjelaskan aktiviti manusia dan proses bentuk muka bumi secara umum sahaja. Kebanyakan calon tidak memberikan penekanan kepada bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses endogenetik kerana jawapan hanya ditumpukan kepada aktiviti manusia sahaja. Jawapan yang sepatutnya adalah bentuk muka bumi cerun, gunung lipat, dataran tinggi lava, kaldera, gunung bongkah, kolam air panas, geiser, tanah lava bes, pantai timbul, gunung berapi, dan jurang lautan mempengaruhi aktiviti pertanian, pelancongan, sukan, petempatan, penjanaan tenaga geotermal, dan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Soalan (b)(i) menghendaki calon membincangkan sejauh manakah proses luluhawa fizikal di kawasan tropika lembap giat dipengaruhi oleh aktiviti manusia. Sebahagian besar calon yang menjawab soalan ini gagal mengenal pasti faktor lain yang mempengaruhi luluhawa fizikal. Calon juga gagal mengenal pasti aktiviti manusia dengan tepat kerana calon hanya merujuk kepada aktiviti penyahhutanan, penebangan pokok, perindustrian, dan pengangkutan. Sebahagian besar calon yang menjawab soalan ini juga gagal mengenal pasti ayat penegasan, iaitu terdapat faktor lain yang mempengaruhi luluhawa fizikal. Jawapan yang sepatutnya adalah berpunca daripada aktiviti pertanian, pembalakan, perlombongan, pembinaan, penghutanan, dan penternakan. Selain itu, terdapat faktor lain seperti tumbuhan, iklim, batuan, haiwan, masa, dan aspek. Soalan (b)(ii) menghendaki calon menjelaskan enam kepentingan hasil luluhawa kepada aktiviti manusia. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana tidak dapat mengemukakan hasil luluhawa bagi menjelaskan kepentingannya kepada aktiviti manusia. Jawapan yang sepatutnya adalah hasil luluhawa ialah tanah liat kaolin, tanah laterit, gua batu kapur, bahan nitrat atau humus, pandang darat karst, dan regolit yang mana kepentingannya adalah untuk aktiviti pertanian, pelancongan, perindustrian, memungut sarang burung, dan keagamaan. BAHAGIAN B: Alam Sekitar Manusia yang terdiri daripada 1 soalan struktur dan 2 soalan esei Soalan 4 (Soalan Struktur) Soalan (a) menghendaki calon menyatakan tiga ciri demografi bagi sesebuah negara. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Namun terdapat calon yang memberikan jawapan migrasi menunjukkan calon tidak faham istilah “demografi”. Jawapan yang sepatutnya adalah kadar kelahiran, kadar kematian, umur, jantina, jangka hayat, dan nisbah tanggungan. Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan faktor kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden yang menyumbang kewujudan penduduk menua yang tinggi kepada sesebuah negara. Kebanyakan calon hanya mengulang pernyataan soalan iaitu “kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden yang menyumbang kepada jangka hayat” tetapi tidak memberikan contoh teknologi/kesihatan moden. Bagi calon yang dapat mengemukakan isi seperti gaya hidup, ubat-ubatan, dan alatan, calon ini juga tidak mampu mengaitkan dengan penduduk menua. Selain itu, calon juga mengaitkan kewujudan penduduk menua yang tinggi dengan dasar kerajaan, peningkatan taraf pendidikan, kadar kelahiran yang tinggi, dan kadar kelahiran yang rendah akibat kemajuan dalam teknologi perubatan. Calon gagal menyenaraikan ciri-ciri teknologi perubatan dan kesihatan moden yang dapat memanjangkan jangka SEMESTER 1 3
  • 6. hayat penduduk di sesebuah negara. Jawapan yang sepatutnya adalah penemuan ubatan dan vaksin, kemudahan hospital, kempen amalan gaya hidup sihat, kepakaran yang tinggi dalam bidang perubatan, dan penggunaan alatan dan mesin moden. Soalan (c) menghendaki calon menjelaskan tiga kesan negatif kewujudan penduduk menua yang tinggi di sesebuah negara. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu peluang pekerjaan untuk golongan muda terhad, tanggungan kewangan kerajaan meningkat, masalah kewangan golongan menua, masalah kesihatan fizikal dan mental, nisbah tanggungan golongan aktif meningkat, dan ekonomi dalaman negara mengecut. Soalan 5 (Soalan Esei) Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan enam faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di Malaysia. Terdapat calon yang keliru antara konsep kepadatan penduduk dengan konsep pertumbuhan penduduk dan migrasi. Calon mengemukakan isi dan huraian yang merujuk kepada faktor pertumbuhan penduduk yang pesat dan ada yang menghuraikan faktor migrasi antarabangsa ke Malaysia. Terdapat juga calon yang tidak memahami konsep kemudahan asas, kemudahan sosial, dan kemudahan infrastruktur menyebabkan mereka membuat huraian yang tidak tepat. Contohnya, mereka mengemukakan isi faktor kemudahan infrastruktur tetapi huraian merujuk kepada kemudahan sosial. Jawapan yang sepatutnya adalah bentuk muka bumi, cuaca, jenis tanih, saliran, dasar kerajaan, ekonomi, kemudahan sosial, sejarah, sumber alam, kemudahan infrastruktur, kemudahan perhubungan telekomunikasi, dan pembandaran. Soalan (b) menghendaki calon membincangkan enam kesan negatif kepadatan penduduk yang tinggi terhadap sosioekonomi penduduk di sesebuah kawasan. Terdapat calon yang tidak memahami kesan sosioekonomi. Terdapat calon yang membincangkan persaingan pekerjaan, masalah sosial akibat desakan hidup, kesesakan lalu lintas, kemiskinan, masalah perumahan, dan kekurangan kemudahan asas akibat persaingan dengan warga asing/pendatang tanpa izin yang berhijrah ke Malaysia. Jawapan yang sepatutnya adalah persaingan pekerjaan, masalah sosial, masalah pencemaran, penyakit, kesesakan lalu lintas, persaingan untuk mendapatkan kemudahan asas, kemiskinan, kesesakan penduduk, kesan psikologi, kualiti hidup merosot, dan penawaran perkhidmatan ekonomi yang tidak seimbang. Soalan 6 (Soalan Esei) Soalan (a) menghendaki calon membincangkan enam strategi bagi membangunkan kawasan desa di Malaysia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu program pembangunan in-situ, Program Pertanian Bersepadu (IADP), pembangunan wilayah, perindustrian desa, pembandaran desa, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), pusat pertumbuhan desa, dan pembangunan sosial. Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan enam kesan positif pembangunan desa di Malaysia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, darjah ketersampaian yang tinggi, peningkatan kemudahan telekomunikasi, peningkatan kemudahan infrastruktur, peningkatan jumlah penduduk, perubahan gaya hidup yang lebih moden, perubahan sektor ekonomi desa, dan peningkatan kualiti hidup. SEMESTER 1 4
  • 7. PRESTASI KESELURUHAN Pada Semester 2, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 11 997. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 58.00%. Peratusan calon bagi setiap gred adalah seperti yang berikut: Gred A A– B+ B B– C+ C C– D+ D D– Peratusan 9.02 4.84 5.73 6.21 9.89 10.64 11.67 8.99 11.17 7.15 14.69 RESPONS CALON Komen am Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon adalah pada tahap sederhana. Sebahagian calon dapat memahami kehendak soalan dan istilah geografi seperti edaran air tanih, larian air permukaan, dan ekonomi sekunder dengan baik namun huraian fakta masih lemah. Calon juga dapat membuat perancangan dan menulis jawapan yang padat dengan fakta dan huraian, namun sebahagian calon yang lemah kurang perancangan menyebabkan jawapan kurang bermutu. Calon juga tidak dapat menghuraikan soalan proses dengan baik. Komen soalan demi soalan BAHAGIAN A: Alam Sekitar Fizikal Soalan 1 (Struktur) Soalan (a) menghendaki calon melengkapkan ciri lapisan troposfera dan stratosfera dalam jadual yang diberikan. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Jawapan yang sepatutnya bagi jarak dari laut untuk lapisan troposfera adalah antara 0 hingga 20 km manakala bagi lapisan troposfera adalah antara 16 hingga 50 km. Jawapan gas utama di lapisan troposfera ialah oksigen manakala di stratosfera ialah nitrogen. Bagi lapisan pemisah pula jawapan yang betul ialah tropopaus. Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan fungsi lapisan troposfera dan stratosfera. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Sebahagian calon memberikan ciri lapisan tersebut seperti lapisan yang paling rendah dan lapisan utama dalam atmosfera. Jawapan yang sepatutnya bagi fungsi lapisan troposfera adalah sebagai tempat laluan kapal terbang dan pesawat ringan manakala bagi lapisan stratosfera pula sebagai lapisan untuk pengangkutan udara seperti jet (penerbangan supersonik) melintas kerana kawasan ini bebas dari ancaman alam seperti ribut. Soalan (c) menghendaki calon menjelaskan tiga aktiviti manusia yang menyebabkan perubahan kandungan gas di atmosfera. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Sebahagian calon tidak menyatakan aktiviti manusia dengan jelas dan nama gas yang dibebaskan. Jawapan yang sepatutnya adalah kegiatan perindustrian, kegiatan domestik, pertanian, pengangkutan, perhutanan, dan pembinaan. SEMESTER 2 5 GEOGRAFI (942/2)
  • 8. Soalan 2 (Esei) Soalan (a) menghendaki calon membincangkan enam kesan fenomena El Niño terhadap sektor pertanian. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Kelemahan calon yang utama adalah tidak dapat menyatakan kesan fenomena El Niño dengan betul. Sektor pertanian yang dinyatakan pula hanya aktiviti dalam pertanian seperti meracun, menanam, dan membajak tetapi bukan secara menyeluruh terhadap sektor pertanian. Jawapan yang sepatutnya bagi kesan positif antaranya adalah suhu tinggi yang berpanjangan membuatkan proses pengawetan lebih berkesan dan tanah kering memudahkan aktiviti membajak. Antara kesan negatif pula adalah kekurangan hujan menyebabkan kekurangan sumber air untuk tumbesaran tanaman, angin kencang memusnahkan tanaman, suhu tinggi menyebabkan tumbuhan mati, kadar kelembapan rendah mengganggu tumbesaran tanaman, dan bahangan bumi memusnahkan tanaman. Soalan (b) menghendaki calon mencadangkan enam langkah mitigasi untuk mengurangkan kesan El Niño terhadap sektor pertanian. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Kelemahan calon adalah menjawab langkah mitigasi melibatkan langkah perundangan dan bukan perundangan. Jawapan yang sepatutnya adalah menjadikan air bawah tanah sebagai sumber alternatif, menggunakan benih yang lebih tahan lasak, mempertingkatkan sistem pengairan moden, menanam jenis tanaman yang lebih sesuai, menanam pada waktu yang sesuai, menggunakan teknik pertanian yang lebih moden, pembenihan awan yang lebih kerap, meningkatkan penyebaran maklumat berkaitan langkah mitigasi, dan sebagainya. Soalan 3 (Esei) Soalan (a) menghendaki calon menghuraikan sejauh mana jenis tanah mempengaruhi proses larian air permukaan di kawasan tropika lembap. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara faktor jenis tanah adalah pasir, tanah liat/aluvium/kaolin, gambut, dan laterit. Faktor lain pula adalah intensiti hujan, kecerunan, kandungan air dalam tanih, litupan tumbuh-tumbuhan, batuan, dan aktiviti manusia. Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan bagaimana aktiviti manusia dapat mempengaruhi edaran air tanih. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Antara aktiviti manusia adalah penghutanan, pembinaan, pertanian, pembangunan/pembandaran, perlombongan, aktiviti domestik, dan perindustrian. Di samping aktiviti manusia yang dinyatakan calon juga perlu menghuraikan proses aktiviti tersebut dan kesannya kepada edaran air tanih. BAHAGIAN B: Alam Sekitar Manusia Soalan 4 (Struktur) Soalan (a) menghendaki calon menyatakan tiga aktiviti ekonomi dalam sektor tertier. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu pelancongan, pengangkutan dan perhubungan, perdagangan dan perniagaan, kewangan, perkhidmatan, utiliti, teknologi maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan. Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan tiga kepentingan sektor pengangkutan dan perhubungan kepada ekonomi sesebuah negara. Kebanyakan calon tidak menekankan kepentingan terhadap ekonomi negara, sebaliknya terhadap kepentingan sosial secara umum. Jawapan yang sepatutnya adalah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), peluang pekerjaan, kesan pengganda, pelaburan modal, perluasan pasaran, dan pembangunan kawasan. SEMESTER 2 6
  • 9. Soalan (c) menghendaki calon menghuraikan kesan pembangunan sistem pengangkutan kereta api elektrik terhadap alam sekitar fizikal, alam sekitar manusia, dan penduduk. Kebanyakan calon dapat menghuraikan kesan terhadap alam sekitar fizikal dan penduduk dengan baik tetapi keliru dengan kepentingan terhadap alam sekitar manusia. Kesan terhadap alam sekitar fizikal kemusnahan alam sekitar semasa pembinaan jalan kereta api, kesan terhadap alam sekitar manusia menyebabkan perhubungan lebih baik, aktiviti ekonomi semakin berkembang, dan berlakunya pembangunan kawasan. Manakala kesan terhadap penduduk pula adalah darjah ketersampaian, iaitu jarak perhubungan yang semakin dekat. Soalan 5 (Esei) Soalan (a) menghendaki calon menghuraikan enam sumbangan sektor ekonomi sekunder terhadap pembangunan kawasan luar bandar di Malaysia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu peluang pekerjaan, peningkatan ekonomi kawasan, kewujudan bandar baharu, perkembangan dan pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar, perkembangan dan pembangunan sosial, peningkatan taraf hidup, perluasan pasaran, dan peningkatan kualiti penduduk. Soalan (b) menghendaki calon membincangkan enam cabaran dalam mempergiatkan sektor ekonomi sekunder di Malaysia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu modal, pasaran, tenaga buruh, bahan mentah, produk yang homogeneous, teknologi yang rendah, sikap/persepsi penduduk terhadap barangan tempatan, dan persaingan dengan produk tiruan. Soalan 6 (Esei) Soalan (a)(i) menghendaki calon melukis graf yang sesuai untuk menunjukkan imbangan perdagangan berdasarkan data import dan eksport yang diberi. Kelemahan calon adalah kesilapan dalam memilih graf, iaitu bar kompaun dan graf garis, tidak mengira imbangan perdagangan, salah melabel paksi, dan skala. Calon seharusnya mengira nilai imbangan perdagangan dengan formula eksport tolak import. Jawapan yang sepatutnya adalah RM1 294 juta bagi Brunei Darussalam, -RM1 340 juta bagi Filipina, -RM11 300 juta bagi Indonesia, RM531 juta bagi Kemboja, RM449 juta bagi Myanmar, RM1 164 juta bagi Thailand, dan RM3 061 juta bagi Vietnam. Graf yang sesuai adalah graf bar cermin. Markah diberi pada tajuk, skala, label paksi (y), dan 7 plotan yang betul. SEMESTER 2 7
  • 10. 4000 2000 -2000 Imbangan Perdagangan (RM Juta) -4000 -6000 -8000 -10000 -12000 -14000 0 Brunei Darussalam Filipina Indonesia Kemboja Myanmar Vietnam Negara Thailand Imbangan Perdagangan Malaysia Dengan Negara Anggota ASEAN Terpilih Tahun 2010 Soalan (a)(ii) menghendaki calon menjelaskan tiga pola imbangan perdagangan Malaysia dengan negara anggota ASEAN berdasarkan graf yang telah dilukis. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Calon sepatutnya memberikan tiga jenis pola sahaja, iaitu pola imbangan negatif tertinggi (negara serta nilai), pola imbangan positif tertinggi (negara serta nilai), dan pola keseluruhan (tidak sekata). Soalan (b) menghendaki calon membincangkan empat peranan kerjasama ekonomi dalam menggalakkan perdagangan dalam kalangan negara anggota ASEAN. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Kelemahan calon yang ketara adalah tidak dapat menghuraikan fakta dengan tepat. Sebahagian calon juga hanya menjawab kerjasama ekonomi secara umum tanpa mengaitkannya dengan perdagangan. Calon seharusnya menjawab perkongsian buruh, pasaran, perkongsian teknologi, perkongsian modal, perkongsian kepakaran, perkongsian bahan mentah, dan meningkatkan aliran perdagangan. SEMESTER 2 8
  • 11. PRESTASI KESELURUHAN Pada Semester 3, sebanyak 11 851 orang calon telah menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran ini dan 65.43% daripadanya telah mendapat lulus penuh. Gred A A– B+ B B– C+ C C– D+ D F Peratusan 14.23 4.19 10.85 6.24 12.13 6.02 11.77 9.96 4.21 7.03 13.38 RESPONS CALON Komen am Secara umumnya, mutu jawapan keseluruhan calon adalah baik. Kebanyakan calon dapat menjelaskan dan menghuraikan isi yang dikehendaki oleh soalan dengan baik. Komen soalan demi soalan BAHAGIAN A: Alam Sekitar Fizikal Bahagian ini terdiri daripada dua soalan struktur. Soalan 1 Soalan (a) menghendaki calon menyatakan hidupan pada aras trofik pertama dan aras trofik kedua. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu menyatakan tumbuhan atau nama tumbuhan bagi aras trofik pertama dan nama binatang yang makan tumbuhan atau sekadar menamakan haiwan yang makan tumbuhan bagi aras trofik kedua. Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan tiga proses pemindahan tenaga pada setiap aras trofik. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Jawapan calon sepatutnya menerangkan proses apabila berlaku situasi makan dan dimakan dalam sesebuah ekosistem dengan lengkap, iaitu pengguna primer memakan tumbuhan hijau, pengguna sekunder memakan pengguna primer, pengguna tertier memakan pengguna sekunder dan setiap proses perlu berserta contoh dan huraian. Soalan (c) menghendaki calon menjelaskan bentuk persaingan sesama spesies dalam suatu ekosistem hutan. Kebanyakan calon boleh menjawab soalan ini dengan baik, iaitu bersaing untuk mendapatkan tenaga matahari/air/ruang atau nutrisi, dan bersaing untuk mendapatkan makanan/pasangan/habitat dengan merujuk kepada spesies tumbuhan ataupun haiwan. Soalan 2 Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan konsep sistem gunaan manusia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu penggunaan sistem fizikal (atmosfera, biosfera, litosfera, hidrosfera) untuk keperluan kehidupan manusia/aktiviti manusia. SEMESTER 3 9 GEOGRAFI (942/3)
  • 12. Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan kepentingan sistem fizikal terhadap sistem gunaan manusia, iaitu merujuk kepada biosfera dan litosfera. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu biosfera memberi manfaat kepada tumbuhan dan haiwan sebagai makanan, habitat, dan aktiviti manusia. Manakala litosfera membekalkan sumber galian, tanih, batuan, dan bentuk muka bumi untuk aktiviti manusia. Soalan (c) menghendaki calon menghuraikan gangguan pada sistem fizikal, iaitu hidrosfera dan atmosfera yang menyebabkan bencana alam. Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Jawapan yang sepatutnya adalah apabila berlaku lebihan air/hujan yang banyak (hidrosfera) menyebabkan banjir. Bagi sistem atmosfera pula berlaku gangguan kepada peningkatan atau penurunan unsur cuaca seperti suhu, kerpasan, angin, dan bahangan suria yang menyebabkan sesuatu bencana alam. Sebagai contoh, peningkatan suhu di permukaan bumi telah menyebabkan berlakunya pemanasan global. BAHAGIAN B: Alam Sekitar Manusia Bahagian ini terdiri daripada dua soalan struktur. Soalan 3 Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan dua kesan negatif aktiviti pembinaan landasan kereta api terhadap alam sekitar fizikal. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu kemusnahan habitat dan kemusnahan flora dan fauna, hakisan permukaan meningkat, pergerakan jisim, larian air permukaan meningkat, pencemaran alam sekitar, banjir, dan peningkatan suhu setempat. Soalan (b) menghendaki calon menghuraikan tiga langkah untuk mengatasi kesan aktiviti pembinaan landasan kereta api. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu pembinaan gabion/tembok/menyimen bagi menghalang runtuhan/mengurangkan bunyi bising, menanam rumput tutup bumi/pokok bagi menghalang hakisan permukaan/menyederhanakan suhu, menyiram air di tapak pembinaan bagi menghalang debu atau memasang sungkupan plastik/kanvas bagi menghalang hakisan, penguatkuasaan undang-undang/pemantauan/denda semasa aktiviti pembinaan, dan membina sistem saliran yang sistematik/longkang/parit. Soalan 4 Soalan (a) menghendaki calon menjelaskan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu pemeliharaan merujuk kepada menjaga/melindungi/memelihara sumber alam dari mengalami gangguan/kepupusan/kemusnahan/ ancaman. Manakala pemuliharaan pula merujuk kepada usaha membaik pulih/memelihara sumber yang mengalami gangguan/kepupusan/kemusnahan/ancaman. Soalan (b) menghendaki calon menjelaskan tiga langkah pemeliharaan kawasan terumbu karang di Malaysia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, iaitu perundangan/akta/ pemantauan/penguatkuasaan terhadap kawasan terumbu karang daripada dicerobohi, pendidikan alam sekitar sama ada secara formal atau tidak formal berkaitan dengan terumbu karang, kempen kesedaran seperti cintai hidupan lain, mewujudkan kawasan taman laut bagi mengekalkan habitat/kawasan pembiakan, dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti mencari kaedah untuk rawatan dan meningkatkan populasi terumbu karang. SEMESTER 3 10
  • 13. 2O2O SASBADI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA LAPORAN PEPERIKSAAN STPM & MUET 2020 GEOGRAFI (942) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel: +603-6126 1600 Faks: +603-6136 1488 Laman web: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.my SASBADI SDN. BHD.198501006847 (Anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad 201201038178) Lot 12, Jalan Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: +603-6145 1188 Faks: +603-6145 1199 Laman web: www.sasbadisb.com E-mel: enquiry@sasbadi.com Geografi LAPORAN PEPERIKSAAN STPM & MUET 2O2O LAPORAN PEPERIKSAAN STPM & MUET