SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
KISAH KFC
Kisah perjalanan Colonel Sanders mengembangkan perniagaannya patutu memberikan
inspirasi kepada anak-anak muda yang baru berjinak-jinak hendak memulakan
perniagaan kerana kejyaan terbukti, tidak akan dating dengan mudah.
Awal Usia
Harland mempunyai kehidupan awal yang susah selepas ayahnya meninggal dunia
ketika usianya baru enam tahun dan dua adiknya yang masih kecil. Atas desakan hidup,
ibunya terpaksa melakukan pelbagai kerja hanya untuk menampung keperluan hidup
sementara Harland ditugaskan menjaga adik-adiknya di rumah, termasuklah menyiapkan
adik-adiknya, mengemas rumah dan memasak. Kemahiran memasaknya pula diasah
dari kesempitan hidup yang dirasai.
Tidak cukup dengan itu, Harland telah mula bekerja pada umurnya 10 tahun untuk
memastikan belanja rumah mencukupi. Pekerjaan pertama beliau adalah sebagai
pembantu lading dengan gaji 2 dollar sebulan. Mungkin bosan dengan pekerjaannya,
pada usia 16 tahun, Harland memalsukan dokumen pengenalan diri lalu menyertai
tentera.
Harland tidak kekal lama dalam tentera selepas ditugaskan di Cuba 3 bulan sebelum
perkhidmatannya berakhir dan dia memulakan hidup di Alabama dengan melakukan
pelbagai jenis pekerjaan bagi menampung hiudp dan Harland juga pernah mencuba
nasib sebagai peguam, sebelum bertumbuk dengan anak guamnya sendiri di dalam
mahkamah. Dia juga pernah menjadi bidan bersalin kerana pada waktu itu, ramai orang
tidak mampu mengupah doctor.
Menuju Kematangan
Harland akhirnya menemui kehidupan stabil sebagai pengusaha stesen minyak selama
6 tahun sebelum Amerika mengalami kemerosoton ekonomi teruk yang digelarkan ‘The
Great Depression.’
Pada tahun 1930, ketika berusia 40 tahun, Harland tidak ada pendapatan tetap dan
hamper-hampir muflis yang memaksanya ke sebuah daerah bernama Corbin di
Kentucky. Di sana beliau mendapat kontrak dengan syarkat Shell untuk menguruskan
sebuah stesen minyak yang baru dibina dan Shell membenarkan Harland serta
keluarganya tinggal di situ.
Sayangnya Harland pada stesen minyak itu, apabila wujud sebuah lagi stesen minyak
berdekatan yang dikendalikan oleh syarikat lain, dia berbalas-balas tembakan dengan
pengusaha stesen tersebut atas dasar persaingan. Nasib menyebelahi Harland kerana
lawannya yang melepaskan tembakan dahulu dan tidak ada pertuduhan dapat dibuat
atas tindakannya.
Era Sanders Court and Café
Semakin hari semakin ramai pemandu yang berhenti mengisi minyak dan bertanyakan di
mana lokasi yang menarik untuk makan. Melihat pemandu-pemandu yang menghadapi
kesukaran mendapatkan makanan, Harland mula menjual makanan kepada pemandu
yang singgah. Oleh kerana kekurangan tempat makan, semua pengunjung akan
menggunakan meja makan keluarga Harland sebagai tempat menjamu selera.
Rumah Harland yang menyediakan makanan menyelerakan membuatkan ramai orang
yang datang berkunjung semata-mata untuk makan. Menu yang dihidangkan mula
mengalami proses penambahan- Harland mula menyiapkan steak, ham, telur, biskut dan
yang paling terkenal, ayam goreng.
Melihat perniagaannya mula laris, Harland kemudiannya membeli sebuah motel
berdekatan dan mengubahsuainya menajdi restoran yang mampu menempatkan 142
tetamu dalam satu masa dan menamakannya ‘Sanders Court and Café.’
Bergelar Colonel
Walau pun begitu, beliau masih menghadapi masalah apabila proses menyediakan ayam
goreng agak perlahan sehinggakan pelanggan terpaksa menunggu lama. Ketika melawat
kedai barang elektrik di sekitar daerah tersebut, Harland menemui ‘periuk tekanan’ yang
mampu memasak ayam goring dalam waktu yang lebih singkat.
Pada tahun 1935, Gabenor Kentucky yang bernama Ruby Laffoon, menganugerahkan
pangkat Colonel pada Harland Sanders atas sumbangannya dalam mempopularkan
hidangan masyarakat tempatan Kentucky.
Sejak dari hari itu, Harland Sanders mula dikenalai dengan gelaran Colonel Sanders
namun nasib tidak menyebelahi Colonel Sanders apabila pada awal 1950, lebuhraya
baru dibina mengakibatkan orang ramai tidak lagi melalui jalan di mana restorannya
berada.
Menyedari hakikat yang perniagaannya perlu berkembang ke luar, Colonel Sanders yang
pada ketika itu sudah berusia 62 tahun, menjual semua asetnya dan mula berkelana
mencari pengusaha yang mahu menggunakan resepi ayam goreng beliau untuk dijual di
restoran mereka.
Kentucky Fried Chicken dan Hujung Usia
Restoran pertama yang bersetuju menjadi francais Colonel Sanders adalah sebuah hotel
bernama Do Drop Inn yang terletak di Salt Lake City, Utah yang menjadi tapak pertama
Kentucky Fried Chicken. Pada tahun1952, Colonel Sanders Berjaya menjual francaisnya
kepada lebih 200 cawangan lain di serata Kanada dan Amerika Syarikat. Pada tahun
1964, Colonel Sanders menjual syarikat francaisnya dengan harga 2 juta dan hanya
meneruskan tugasnya sebagai duta kepada Kentucky Fried Chicken sehinggalah
penghujung hayatnya. Colonel Sanders didapati menghidap penyakit leukemia pada Jun
1980 sebelum meghembuskan nafas terakhirnya pada 16 Disember 1980 ketika berusia
90 tahun. Sehingga tahun 2014, sebanyak 18,875 restoran Kentucky Fried Chicken telah
dibuka di seluruh dunia.
KISAH BAGAIMANA SEORANG JURUJUAL MENGAMBIL ALIH SYARIKAT
RESTORAN TERBESAR DUNIA - McDonald’s
Pada hujung tahun 1930, keluarga Patrick McDonald, telah berpindah dari New
Hampshire ke Holloywood. Anak-anak Patrick, iaitu Richard dan Maurice McDonald
bekerja sebagai pemindah barang dan tukang cuci di studio Motion-Pictur. Perniagaan
makanan bermula apabila Patrick membuka gerai makan (food stand) berdekatan
dengan Lapanga Terbang Monrovia, California.
Menu pertama yang dijual ketika itu adalah sosej dan kemudiannya Patrick memasukkan
hamburger ke dalam menu dengan harga 10 sen bersama jus oren dengan harga 5 sen.
Maurice, 37 dan Richard, 31 yang dikenali sebagai Mac dan Dick tertanya-tanya sama
ada impian mereka untuk bergelar jutawan menjadi kenyataan sebelum umur mereka
mencecah 50 tahun.
Pembukaan McDonald’s pertama pada 1940
Pada tahun 1940, adik beradik ini telah memindahkan perniagaan tersebut menjadi
sebuah restoran kecil berkonsepkan pandu lalu di San Bernardino, California dan
menamakan ia semula kepada ‘McDonald’s Bar-B-Que’. Menu restoran ini ditambah
menjadi 25 kesemuanya yang mana kebanyakannya adalah berbeku.
Namun pada Oktober 1948, mereka menyedari bahawa keuntungan terbesar yang
mereka perolehi adalah daripada menjjual hamburger dan mereka boleh mengaut lebih
keuntungan dengan mengubah konsep restoran dengan menghapuskan pandu lalu
kepada sistem layan diri. Mereka juga menyelaraskan menu di mana hanya menu-menu
yang terjual laris sahaja dikekalkan.
Antara menu-menu yang dikekalkan adalah hamburger, cheeseburger, keropok kentang,
kopi, air berkarbonat dan juga pai epal. Perubahan yang digunapakai adalah
menggunakan lampu pemanas sinar merah untuk mengekalkan kepanasan keropok
kentang. Menurut Dick, mereka adalah orang yang pertama menggunakan teknik ini
dalam industri makanan. Selepas setahun beroperasi dengan sistem baru, mereka
menukarkan menu keropok kentang dan pai epal dengan kentang goreng dan milkshake.
Perubahan rekabentuk dan strategi McDonald’s
Untuk memaksimakan kecekapan servis, Mac dan Dick meghasilkan system beratur
ketika pelanggan membeli makanan dan juga menyediakan makanan lebih awal.
Restoran itu kemudiannya dinamakan semula sekali lagi kepada yang lebih ringkas, iaitu
“McDonald’s” yang anda lihat seperti hari ini, dan dibuka semula pada 12 Disember 1948.
Mac dan Dick yang bercita-cita tinggi ingin melebarkan sayap mereka untuk mancapai
dua sasaran baru iaitu penambahbaikan kecekapan serta penampilan yang lebih menarik
di mata pelanggan. Mereka memulakan usaha dengan menemuramah 4 arkitek dan
akhirnya memilih Stanley Clark Meston dari Fontana. Kerja-kerja merekacipta bangunan
baru mereka mula dilakukan.
Mereka melakukannya dengan melukis setiap peralatan restoran dengan ukuran sebenar
menggunakan kapur di atas sebuah gelanggang tenis di belakang rumah mereka.
Akhirnya rekabentuk restoran mereka siap dan sangat menarik perhatian dengan jubin
seramik berwarna merah dan putih, lampu neon merah, putih kuning dan hijau, serta satu
lengkungan logam berwarna kuning setinggi 25 kaki, yang digelar sebagai “golden
arches”. Mereka juga menggunakan satu karekter yang diberi nama Speedee memakai
topi chef yang diletakkan pada papan tanda restoran.
Perubahan yang unik juga telah dilancarkan oleh McDonald’s apabila mengubah restoran
mereka menjadi rangkaian “fast-food” dimana mereka mematikan pemanas di dalam
restoran bagi mengelakkan pelanggan daripada berada lama di dalam restoran. Mereka
juga meghasilkan tempat duduk tetap dan bersudut supaya pelanggan makan lebih cepat
dan menjauhkan kerusi antara satu sama lain supaya pelanggan kurang bersosial di
dalam restoran.
Akhir sekali mereka menggunakan cawan berbentuk kon untuk mengisi minuman yang
memaksa pelanggan untuk sentiasa memegang minuman mereka sambal makan yang
mempercepatkan proses makanan. Sistem dan strategi ini telah digunapakai
kemudiannya oleh restoran-restoran lain seperti Burger King, White Castle dan Subway
untuk menjadikan restoran mereka sebagai sebuah restoran fast-food.
Pembukaan francais pertama di Phoenix Arizona
Pada tahun 1953, Mac dan Dick mula mencari mereka yang mahu membuka restoran
mereka secara francais, dan Neil Fox, seorang pengedar untuk General Petroleum
Corporation adalah orang pertama yang menyertai McDonald’s. restoran Neil Fox adalah
restoran McDonald’s pertama yang menggunakan rekabentuk baru arkitek Stanley Clark
Meston telah dibuka pada Mei 1953 di North Central Avenue, Phoenix, Arizona. Restoran
kedua menyusul 3 bulan selepas yang pertama beroperasi, kali ini oleh dua abang ipar
Neil Fox, Roger William dan Burdette London di Lakewoo Boulevard di Downey,
California.
Sehingga kini, restoran do Downey, California ini merupakan restoran McDonald tertua
yang masih kekal dan restoran ini tidak perlu mengikut spesifikasi pembentukan semula
dan pembentukan semula dan pengemaskinian restoran yang ditentukan oleh
McDonald’s Corporation kerana ia merupakan francais di bawah Mac dan Dick, bukannya
McDonald’s Corporation. Pada ketika ini, Mac dan Dick telah Berjaya membuka beberapa
francais McDonald’s di serata California dan Arizona.
Kedatangan jurujual Ray Kroc mengubah sejarah McDonald’s
Pada mulanya Mac dan Dick berasa ragu-ragu akan idea tersebut kerana perniagaan
mereka di San Bernardino sedang berkembang pesat, dan juga francais lain sedan
beroperasi serta dalam perancangan, yang membuatkan mereka berat hati untuk
mengambil risiko yang besar.
Ray kemudiannya meyakinkan mereka dengan menawarkan untuk bertanggungjawab
sepenuhnya untuk membuka francais baru di tempat lain dan akhirnya diberikan hak
untuk menubuhkan francais McDonald’s di seluruh Ameika Syarikat kecuali di
kebanyakan kawasan di California dan Arizona yang telah menjadi kawasan Mac dan
Dick. Sebagai pulangan, Mac dan Dick diberikan 0.8% daripada keuntungan kasar.
Hubungan di antara Ray dan adik beradik McDonald agak dingin keransa mempunyai
falsafah yang berbeza dalam menjalankan perniagaan. Ray yang ingin mengubahsuai
hiasan restoran itu tidak dipersetujui oleh Mac dan Dick, namun setelah didesak akhirnya
Ray mendapat kebenaran bertulis untuk mengubah konsep restorannya.
Pembukaan McDonald’s pertama oleh Ray Kroc dan penubuhan McDonald’s
Corporation
Francais pertama yang dibuka oleh Ray di Des Plaines, Illinois pada 5 April 1955 dan
seterusnya menubuhkan McDonald’s Corporation. Ruang dalam dan luar restoran itu
telah dicat oleh tukang cat berpengalaman Eugene Wright yang sehingga kini menjadi
warna francais McDonald’s. setelah restoran pertama Ray beroperasi, beliau giat mencari
orang baru untuk dijual francais kepada mereka, dan ia tidak mengambil masa yang lama.
Namun, pada tahun 1956, Ray telah mendapat tahu bahwa Mac dan Dick telah
memberikan hak perlesenan di Cook County, Illinois kepada syarikat aiskrim Frejlach,
hanya 53 kilometer dari francais kepunyaan Ray. Ray yang marah dengan tindakan Mac
dan Dick kerana tidak memberitahunya terlebih dahulu akan perkara tersebut
kemudiannya membeli semula hak itu daripada Frejlach dengan harga 5 kali ganda harga
yang dibeli Frejlach, iaitu RM107,150.
Dalam tiga tahun pertama, francai McDonald’s agak perlahan dan menjelang tahun1958,
sebanyak 34 restoran dibuka. Jumlah itu meningkat kepada 102 buah selepas Ray Kroc
membuka 68 buah francais pada tahun 1959.
Logo Golden Arches yang kini terkenal di seluruh dunia telah diperkenalkan pada tahun
1962 dan setahun selepas itu, McDonald’s mencapai jumlah jualan hamburger sbanyak
satu juta, serta memperkenalkan Ronald McDonald sebagai mascot untuk menarik lebih
ramai kanak-kanak.
McDonald’s pertama di Malaysia
Pada tahun 1982, restoran McDonald’s pertama telah dibukan di persimpangan antara
Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang oleh Tan Sri Vincent Tan. Pada Julai 2011,
francais McDonald’s terbesar dibuka di Olympic Park, London bersempena Sukan
Olimpik London 2012 bersaiz separuh padang American Football yang mmapu
menampung 1,500 pelanggan dengan 470 orang staf bertugas ketika sukan tersebut
berlangsung.
Keuntungan besar sepanjang zaman pada tahun 2011
Pada Januari 2012, McDonald’s Corporationtelah mengumumkan tahun 2011 sebagai
tahun yang memperolehi pendapatan teringgi dengan hasil sebanyak RM115.6 billion,
Sehingga penghujung tahun 2016, McDonald’s telah beroperasidi 120 buah negara
dengan jumlah francais sebnyak 36,899 dan pekerja lebih daripada 375,000 orang.
Namun disebali cerita ini, terdapat banyak dakwaan bahawa Ray Kroc menipu dan
menekan dua beradik pengasas McDonald ini, sehingga membuatkan Maurice McDonald
mati akibat sakit jantung, dan Richard McDonald hanya mempunyai simpanan hanya
RM7.7 juta ketika beliau mati. Ray Kroc pula, yang mati pada tahun1984, meninggalkan
harta sebanyak RM2.14 billion.
KISAH KEJAYAAN SAMSUNG
Samsung adalah salah satu penyelia OEM terbesar di dunia teknologi. Didirikan oleh Lee
Byung-chul pada tahun 1938 sebagai syarikat menjual mee dan makanan laut kering,
Samsung kemudiannya berkembang sebagai syarikat perdagangan eksport pelbagai
produk dari Korea Selatan ke Beijing, China. Kemudiannya Samsung secara bertahap
berkembang menjadi syarikat multinasional seperti sekarang ini.
Perkataan Samsung bererti “tiga bintang” di Korea. Hal ini menjadi nama yang terkait
dengan pelbagai jenis dunia perniagaan di Korea Selatan dan di pelbagai tempat lain di
dunia. Kini diperingkat antarabangsa, Samsung mengasosiasikan nama dengan industri
elektronik, informasi teknologi dan pembuatan.
Sejarah Samsung
Sejarah Samsung bermula pada tahun 1938 dimana Lee Byung-Chull (1910 – 1987)
berasal dari keluarga pemilik tanah yang luas di daerah Uireyeong datang ke Kota Daegu
dan mendirikan Samsung Sanghoe, sebuah syarikat perdagangan kecil dengan 40 orang
pekerja yang berlokasi di Su-dong (sekarang Ingyo-dong).
Syarikat yang dibangunkan Lee mengalami kemajuan dan ia memindahkan pejabat
urusannya ke Seoul pada tahun 1947. Ketika Perang Korea, Lee terpaksa meninggalkan
Seoul dan mendirikan kilang penyulingan gula di Busan yang dikenali dengan nama Cheil
Jedang. Setelah perang tamat, pada tahun 1954, Lee mendirikan Cheil Mojik dan
membangun kilang di Chimsan-dong, Daegu sebagai yang mengeluarkan tekstil.
Perkembangan Samsung
Dari tahun 1958 dan seterusnya Samsung mulai melebarkan sayapnya ke industri lain
seperti kewangan, media, bahan kimia dan pembuatan kapal sepanjang tahun 1970-an.
Pada akhir 60-an, Samsung Group mulai masuk ke dalam industri elektronik. Untuk
memastikan pertumbuhan syarikat berkembang dengan pesat, Samsung mebahagi
tugas kerja dalam bentuk divisyen-divisyen elektronik, di antaranya Samsung Electronics
Co Devices, Samsung Electro-Mechanical Co, Samsung Corning Co, dan Samsung
Semiconductor & Telecomunication Co, dan membuat fasiliti di Suwon.
Produk pertamanya adalah televisyen hitam-putih. Pada tahun 1980, syarikat yang
diakuisisi oleh Hanguk tongsin jeonja di Gumi, mulai membuat peranti telekomunikasi.
Produk awalnya adalah switchboards. Bermula dari produk ini, Samsung mulai
menghasilkan telerfon dan mesin faks dan akhirnya menjadi Samsung’s mobile phone
manufacturing. Daripada kilang inilah, Samsung telah menghasilkan hamper satu billion
telefon bimbit sehinggalah hari ini.
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, Samsung Electronics berinvestasi dalam
penyelidikan dan pembangunan (R&D). pelaburan dalam R&D ini sangat penting untuk
mendorong syarikat itu ke garis depan dalam industri elektronik global. Pada tahun
1980an Samsung adalah syarikat penghasil, pengedar dan menjual pelbagai jenis
peralatan dan produk elektronik di seluruh dunia.
Pada tahun 1982, Samsung membangunkan sebuah kilang untuk menghasilkan
televisyen di Portugal. Pada tahun 1984 pula, Samsung membangunkan sebuah lagi
kilang bernilai $ 25 juta di New York. Dan pada tahun 1987, Samsung membangunkan
kemudahan lain bernilai $25 juta di UK.
Ekspansi Samsung
Pada tahun 1987, pengasas dan ketua Samsung, Lee Byung-Chull meninggal dan Kun-
Hee Lee mengambil alih jawatan sebagai pengerusi Samsung. Pada tahun 1990an
Samsung mulai membangunkan kilang melebarkan sayapnya secara global di Amerika
Syarikat, Britain, Jerman, Thailand, Mexico, Sepanyol dan China sehingga 1997.
Samsung mulai bangkit sebagai syarikat global pada 1990-an. Cabang pembinaan
Samsung Berjaya mendapatkan kontrak untuk membangun satu daripada dua menara
berkembar Petronas Towers di Malaysia, Taipei 101 di Taiwan dan Khalifa Burj di United
Emirat Arab.
Pada tahun 1993, Lee Kun-hee menjual 10 anak syarikat Samsung Group,
memperkemas dan menggabungkan beberapa opersai dan anak syarikatnya untuk focus
kepada 3 industri teras iaitu elektronik, teknikal dan bahan kimia. Pada tahun 1996,
Samsung membeli kembali Sungkyunkwan University foundation.
Samsung Menghadapi Krisis Kewangan Asia 1997
Pada tahun 1997 hampir semua syarikat perniagaan di Korea mengalami krisis besar an
tidak terkecuali Samsung. Mereka menjual beberapa unit perniagaan masing-masing
untuk mengurangkan beban hutang dan mengurangkan pekerja sebanyak 50000 orang.
Namun berkat pelaburan dalam industri elektronik, Samsung Berjaya untuk bertahan dan
terus berkembang hingga saat ini.
Dibandingkan dengan syarikat besar yang lain di Korea. Samsung terselamat dari krisis
kewangan Asia tahun 1997 yang relatifnya tidak berpengaruh besar terhadap Samsung.
Namun, Samsung Motor dijual kepada Renault kerana mengalami kerugian yang
signifikan. Pada tahun 2010, saham Renault Samsung sebanyak 80.1 peratus dimiliki
oleh Renault dan 19.9 peratus dimiliki oleh Samsung.
Selain itu, Samsung menghasilkan pelbagai pesawat dari tahun 1980-an. Syarikat ini
didirikan pada tahun1999 sebagai Korea Aerospace Industries (KAI), hasil
penggabungan antara tiga bahagian aerospace domestik utama Samsung Aerospace,
Daewoo Heavy Industries, dan Hyundai Space dan Aircraft Company.
Samsung Mulai Berjaya
Samsung menjadi pengedar terbesar memori cip di dunia pada tahun 1992, dan
membuat cip dunia terbesar kedua setelah Intel. Sepuluh tahun kemudian, Samsung
tumbuh menjadi pengeluar terbesar di dunia membuat panel layar liquid-crystal.
Pada tahun 2006, S-LCD didirikan sebagai syarikat kerjasama antara Samsung dan Sony
dalam rangka menyediakan pengeluaran yang stabil dari panel LCD untuk mereka dan
mengoperasikan kilang-kilang serta membangun kemudahan di Tangjung, Korea
Selatan.
Samsung Mengungguli Sony Sebagai Perusahaan Elektronik Terbesar
Samsung Electronics mengungguli Sony sebagai salah satu jenama paling popular di
dunia pengguna elektronik pada tahun 2004 dan 2005. Dan kini Samsung menjadi
pengeluar telefon pintar tebesar mengatasi Apple Inc, sekaligus pengeluar telefon bimbit
terbesar dunia mengatasi Nokia.
Samsung Semakin Maju
Kejayaan Samsung sebagai sebuah penyedia teknologi terus berkembang melalui
penggabungan beberapa anak syarikatnya seperti Samsung Electronics telah bergabung
dengan Samsung Semikonduktor dan Telekomunikasi. Dengan cara ini ia dapat
membantu Samsung untuk terus utuh di pasaran global dengan produk teknologi tinggi
yang akan menjadi pilihan di setiap rumah.
Perkembangan ini dijangka berkembang untuk dekad berikutnya di mana Samsung terus
akan melampaui batas dan restrukturisasi rencana bisnis untuk sentiasa mengikut trend
global.
Mengaplikasikan bentuk baru pengurusan terbukti menjadi perpindahan yang bijaksana
bagi Samsung di mana produk dihasilakn mereka sentiasa mendahului pesaing lain
dengan ciri atau aplikasi yang satu tingkat lebih tinggi berbanding pesaing, tetapi pada
harga yang munasabah dan berpatutan.
Belajar Dari Samsung
20 tahun yang lalu, tidak ramai yang meramalkan bahawa Samsung dapat mengubah
dirinya dari pengeluar peralatan kos rendah kepada pemimpin dunia dalam R&D,
pemasaran, dan reka bentuk, dengan jenama yang kini lebih bernilai daripada Pepsi,
Nike, atau American Express.
Malash masih ramai yang ragu akan strategi yang telah digunapakai Samsung, yang kini
telah terbukti Berjaya. Selama dua dekad, Samsung telah mengaplikasikan cantuman
amalan perniagaan Barat ke dalam system asasnya yang bermodelkan system
perniagaan Jepun, menggabungkan tradisi kehebatan pembuatan kos rendah dengan
keupayaan untuk membawa produk berkualiti tinggi, margin tinggi produk berjenama
dengan pantas ke pasaran.
Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada peningkatan proses yang
berterusan. Samsung memberi tumpuan kepada inovasi yang berasaskan strategi ‘Blue
Ocean Strategy’. Inovasi inilah menjadi modal Samsung untuk terkehadapan dalam
setiap produknya.
Samsung turut mementingkan pembinaan imej untuk jenamanya, di mana kira-kira 20
peratus daripada perbelanjaannya adalah untuk penjenamaan. Untuk itu, Samsung
secara agresif menjadi penaja beberapa kejohanan besar dunia antaranya Sukan Olimpik
dan World Cup demi meningkatkan nilai jenamanya. Untuk menghasilkan tenaga kerja
yang berprestasi, Samsung membawa tenaga kerja luar yang tidak boleh bertutur Bahasa
dan tidak biasa dengan budaya syarikat.
Disebalik tradisi Confucian yang menghoramti pekerja yang lebih tua, Samsung
sebaliknya memperkenalkan system gaji merit dan promosi jawatan, meletakkan
sesetengah orang muda dalam kedudukan kuasa ke atas orang-orang yang lebih tua
berbanding mereka. Ia telah menjadi laluan kepada perubahan pemikiran dalam strategi
pengurusan masa kini.
Rahsia kejayaan terus Samsung dalam peningkaytan struktur pengurusan dan
penerapan falsafah-nya. “kami akan mencurahkan sumber daya manusia dan teknologi
untuk menciptakan produk dan perkhidmatan, sehingga memberikan sumbangan yang
lebih baik kepada masyrakat global.”
KISAH KEJATUHAN DAN KEBANGKITAN SEMULA NOKIA
Sekitar penghujung tahun 1990an dan awal tahun 2000an, Nokia adalah sebuah jenama
telefon bimbit yang sangat gah dalam kalangan pengguna. Sebut sahaja Nokia 3310,
3650,7610, N97 dan N-Gage, pasti ramai yang berasas nostalgia. Nokia hari ini hanya
tinggal sejarah, yang akan terus dikenang dalam hari kebanyakan daripada kita.
Dalam masa kurang daripada satu dekad, Nokia jenama keluaran Finland muncul
sebagai jaguh dalam revolusi telefon bimbit dunia. Syarikat ini berkembang dengan
pantas untuk menjadi salah sebuah jenama paling dikenali dan berharga di dunia.
Ketika di kemuncak kejayaan, Nokia memilih perkongsian pasaran dunia yang sangat
besar, melebihi 40 peratus. Perjalanannya untuk menjadi juara berlalu dengan mudah,
begitu juga ketika kejatuhannya, apabila menjual perniagaan telefon bimbitnya kepada
Microsoft pada tahun 2013.
Kejayaan Awal Nokia Yang Sangat Pantas
Dengan kepimpinan yang muda dan bertenaga, kejayaan awal Nokia adalah hasil
daripada pilihan pihak pengurusan syarikat yang mempunyai visi yang jelas dan berani
dalam memanfaatkan teknologi Nokia, pada ketika digitalisasi rangkaian telefon sedang
berkembang pesat di seluruh Eropah.
Namun begitu, ketika pertengahan tahun 1990an, Nokia telah mengalami masalah
rantaian bekalan, yang hamper-hampir menyebabkan kejatuhannya. Sebagai tindak
balas, system dan proses yang lebh disiplin telah diwajibkan, menjadikan Nokia sangat
efisyen dalam meningkatkan pengeluaran dan jualan, melebihi pencabarnya.
Antara tahun 1996 hingga 2000, jumlah pekerja di Nokia Mobile Phones (NMP)
meningkat sebanyak 150 peratus kepada 27353, dengan peningkatan pendapatan kasar
sehingga 503 peratus. Perkembangan pantas ini hadir dengan kos yang tersendiri. Kos
tersebut adalah dalam bentuk tekanan kepada pengurus di pusat penyelidikan dan
pembangunan (R&D), yang mengalami kesukaran untuk melakukan inovasi dalam masa
yang singkat.
Terlalu Selesa Dengan Kedudukan
Mengetuai pasaran telefon bimbit selama hamper lebih satu dekad, Nokia tidak
mempunyai pelan yang kukuh untuk masa depan, seperti berpuas hati dengan produk
sedia ada. Ketika Apple melancarkan iPhone pada Januari 2007, sebuah telefon
‘sentuhan’ pertama, Nokia masih berbangga dengan produk siri-E nya.
Pada saat tersebut, definisi telefon pintar telah mengalami sebuah perubahan yang
sangat besar, yang sangat tidak dijangka oleh ramai pihak, termasuklah Nokia sendiri.
Kejayaan awal iPhone tidak memberi apa-apa impak mendalam kepada Nokia, namun
lama kelamaan, Nokia mula terkesan. Dengan kehadiran pesaing lain seperti Samsung,
Nokia masih gagal menyesuaikan diri untuk memahami kehendak pengguna.
Kejatuhan Nokia berlaku berlaku tanpa mereka sendiri sedari, dan dengan sangat pantas.
Menurut nombor-nombor yang dikeluarkan oleh syarikat penganalisis, Gartner,
perkongsian pasaran telefon pintar oleh Nokia pada tahun 2007 adalah sangat dominan,
iaitu pad akadar 49.4 peratus. Tahun berikutnya, ianya berkurangan kepada 43.7 peratus,
dan terus menurun tahun demi tahun, kepada 41.1 peratus, dan 34.2 peratus. Sehingga
awal tahun 2103, jumlah itu berada pad akadar 3 peratus sahaja.
Pecubaan Bangun Semula Dari Kejatuhan
Ramai yang berpendapat bahwa kejatuhan Nokia pada awalnya adalah disebabkan oleh
Symbian, system operasi jenama tersebut. Mereka seolah-olah ‘terlupa’ tentang
kepentingan perisian (software), dan memberikan focus kepada hardware semata-mata.
Tidak seperti Nokia, Apple memilih untuk menambahbaik kedua-duanya, dan hasilnya,
mereka kekal dominan sehingga ke hari ini.
Nokia sangat bergantung kepada Symbian sehinggalah mereka diambil alih oleh
Microsoft. Namun perpindahan system operasi kepada Windows dilihat agak terlambat,
kerana Apple dan Samsung sudahpun mendominasikan system perisian pada ketika itu.
Ketika man Samsung melakukan pembaharuan terhadap produk telefon pintarnya tahun
demi tahun, telefon Nokia-Window yang dilancarkan pada tahun 2011 ketinggalan dari
segi teknologi asas untuk meningkatkan jualannya. Siri Nokia Lumia dilancarkan dengan
penuh gah, namun tidak berjaya menarik hati para pengguna.
Antara sebabnya termasuklah rekaannya, yang munhgkin dilihat kurang menarik, jika
dibandingkan dengan telefon keluaran Samsung mahupun Apple. Jika fizikal luaran tidak
diambil kira, teknologi telefon Nokia masih terkebelakang, daripada pelbagai segi.
Apa Yang Kita Boleh Pelajari Daripada Kisah Nokia
Kejatuhan Nokia dalam dunia telefon pintar tidak boleh diterangkan hanya dengan satu
jawapan yang mudah. Pengurusan syarikat yang lemah, struktur organisasi yang tidak
berfungsi, birokrasi, persaingan dalaman, gagal melakukan inovasi mengikut trend, dan
lain-lain adalah antara penyebab utama kejatuhan Nokia.
Melihat daripada perspektif luaran, kejatuhan Nokia adalah disebabkan oleh kegagalan
untuk menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, kekurangan penggunaan teknologi
baharu yang lebih canggih dan inovasi yang tidak focus serta sia-sia. Pengajarannya,
untuk terus relevan dalam pasaran, sesebuah syarikat perlu menyesuaikan diri dengan
perubahan trend semasa.
Nokia Hari Ini & Kaitannya Dengan Hmd Global
HMD Global ditubuhkan di Espoo, Finland, tempat kelahiran Nokia pada tahun 2016
dengan matlamat untuk menghidupkan semula jenama telefon ini. Bagi mencapai cita-
citanya itu, HMD menggaji bekas pekerja Nokia di bawah bumbungnya.
Startup ini sebenarnya dimiliki oleh sebuah dana persendirian yang dikenali sebagai
Smart Connect LP, yang berdaftar di Luxemburg, di bawah pimpinan bekas eksekutif
Nokia iaitu Jean-Francoise Baril.
Dengan barisan pimpinan eksekutif yang mantap sejak 2 tahun lalu, HMD memberi
tumpuan secara eksklusif kepada kebangkitan semula jenama ini. Sejak penyertaan
HMD, Nokia berjaya mengambil tempat dalam pasaran telefon harga pertengahan.
Syarikat ini turut mula mengeluarkan model baharu bagi bersaing dengan jenama lain di
pasaran, contohnya seperti Nokia 8 Sirroco, namun produk ini masih belum berjaya
menarik perhatian umum.
HMD juga memperkenalkan semula beberapa telefon Nokia dengan reka bentuk
klasiknya, seperti model 3310, lengkap dengan permainan popularnya iaitu Snake.
Setahun kemudian, HMD menghidupkan semula Nokia 8810, model yang lebih dikenali
sebagai telefon pisang.
Walaupun syarikat ini mempunyai permulaan yang baik, perjalanannya masih sukar.
Pada tahun 2017, Arto Nummela, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) nya yang asal telah
meninggalkan HMD. HMD yakin mereka mampu menerajui jenama Nokia dengan
pimpinan sedia ada.

More Related Content

What's hot

Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
 Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat PenggunaSTPM
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Thivyaapriya Sambamoorthy
 
laras bahasa
 laras bahasa laras bahasa
laras bahasaJenny 美
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukSyahira Md Desa
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)saadiah alidrus
 
Presentation on KFC
Presentation on KFCPresentation on KFC
Presentation on KFCTanya Sharma
 
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2Fadhirul Fitri
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3hamali yusof
 
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaNurhawa Rosman
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..nakirah
 
2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaranyunnach
 
Penentuan harga.
Penentuan harga.Penentuan harga.
Penentuan harga.liltraxx
 
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1Ashraf Azim
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKNormarjana Ibrahim
 
Saluran agihan
Saluran agihan Saluran agihan
Saluran agihan Kit Cokiez
 

What's hot (20)

Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
 Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
 
laras bahasa
 laras bahasa laras bahasa
laras bahasa
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
 
McDonald's Vs. KFC
McDonald's Vs. KFCMcDonald's Vs. KFC
McDonald's Vs. KFC
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
 
Kfc.ppt
Kfc.pptKfc.ppt
Kfc.ppt
 
Presentation on KFC
Presentation on KFCPresentation on KFC
Presentation on KFC
 
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3
 
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
 
2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Penentuan harga.
Penentuan harga.Penentuan harga.
Penentuan harga.
 
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
 
Saluran agihan
Saluran agihan Saluran agihan
Saluran agihan
 

Recently uploaded

E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRizalAminulloh2
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 

Recently uploaded (20)

E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 

Kisah syarikat besar

  • 1. KISAH KFC Kisah perjalanan Colonel Sanders mengembangkan perniagaannya patutu memberikan inspirasi kepada anak-anak muda yang baru berjinak-jinak hendak memulakan perniagaan kerana kejyaan terbukti, tidak akan dating dengan mudah. Awal Usia Harland mempunyai kehidupan awal yang susah selepas ayahnya meninggal dunia ketika usianya baru enam tahun dan dua adiknya yang masih kecil. Atas desakan hidup, ibunya terpaksa melakukan pelbagai kerja hanya untuk menampung keperluan hidup sementara Harland ditugaskan menjaga adik-adiknya di rumah, termasuklah menyiapkan adik-adiknya, mengemas rumah dan memasak. Kemahiran memasaknya pula diasah dari kesempitan hidup yang dirasai. Tidak cukup dengan itu, Harland telah mula bekerja pada umurnya 10 tahun untuk memastikan belanja rumah mencukupi. Pekerjaan pertama beliau adalah sebagai pembantu lading dengan gaji 2 dollar sebulan. Mungkin bosan dengan pekerjaannya, pada usia 16 tahun, Harland memalsukan dokumen pengenalan diri lalu menyertai tentera. Harland tidak kekal lama dalam tentera selepas ditugaskan di Cuba 3 bulan sebelum perkhidmatannya berakhir dan dia memulakan hidup di Alabama dengan melakukan pelbagai jenis pekerjaan bagi menampung hiudp dan Harland juga pernah mencuba nasib sebagai peguam, sebelum bertumbuk dengan anak guamnya sendiri di dalam mahkamah. Dia juga pernah menjadi bidan bersalin kerana pada waktu itu, ramai orang tidak mampu mengupah doctor.
  • 2. Menuju Kematangan Harland akhirnya menemui kehidupan stabil sebagai pengusaha stesen minyak selama 6 tahun sebelum Amerika mengalami kemerosoton ekonomi teruk yang digelarkan ‘The Great Depression.’ Pada tahun 1930, ketika berusia 40 tahun, Harland tidak ada pendapatan tetap dan hamper-hampir muflis yang memaksanya ke sebuah daerah bernama Corbin di Kentucky. Di sana beliau mendapat kontrak dengan syarkat Shell untuk menguruskan sebuah stesen minyak yang baru dibina dan Shell membenarkan Harland serta keluarganya tinggal di situ. Sayangnya Harland pada stesen minyak itu, apabila wujud sebuah lagi stesen minyak berdekatan yang dikendalikan oleh syarikat lain, dia berbalas-balas tembakan dengan pengusaha stesen tersebut atas dasar persaingan. Nasib menyebelahi Harland kerana lawannya yang melepaskan tembakan dahulu dan tidak ada pertuduhan dapat dibuat atas tindakannya. Era Sanders Court and Café Semakin hari semakin ramai pemandu yang berhenti mengisi minyak dan bertanyakan di mana lokasi yang menarik untuk makan. Melihat pemandu-pemandu yang menghadapi kesukaran mendapatkan makanan, Harland mula menjual makanan kepada pemandu yang singgah. Oleh kerana kekurangan tempat makan, semua pengunjung akan menggunakan meja makan keluarga Harland sebagai tempat menjamu selera. Rumah Harland yang menyediakan makanan menyelerakan membuatkan ramai orang yang datang berkunjung semata-mata untuk makan. Menu yang dihidangkan mula mengalami proses penambahan- Harland mula menyiapkan steak, ham, telur, biskut dan yang paling terkenal, ayam goreng.
  • 3. Melihat perniagaannya mula laris, Harland kemudiannya membeli sebuah motel berdekatan dan mengubahsuainya menajdi restoran yang mampu menempatkan 142 tetamu dalam satu masa dan menamakannya ‘Sanders Court and Café.’ Bergelar Colonel Walau pun begitu, beliau masih menghadapi masalah apabila proses menyediakan ayam goreng agak perlahan sehinggakan pelanggan terpaksa menunggu lama. Ketika melawat kedai barang elektrik di sekitar daerah tersebut, Harland menemui ‘periuk tekanan’ yang mampu memasak ayam goring dalam waktu yang lebih singkat. Pada tahun 1935, Gabenor Kentucky yang bernama Ruby Laffoon, menganugerahkan pangkat Colonel pada Harland Sanders atas sumbangannya dalam mempopularkan hidangan masyarakat tempatan Kentucky. Sejak dari hari itu, Harland Sanders mula dikenalai dengan gelaran Colonel Sanders namun nasib tidak menyebelahi Colonel Sanders apabila pada awal 1950, lebuhraya baru dibina mengakibatkan orang ramai tidak lagi melalui jalan di mana restorannya berada. Menyedari hakikat yang perniagaannya perlu berkembang ke luar, Colonel Sanders yang pada ketika itu sudah berusia 62 tahun, menjual semua asetnya dan mula berkelana mencari pengusaha yang mahu menggunakan resepi ayam goreng beliau untuk dijual di restoran mereka.
  • 4. Kentucky Fried Chicken dan Hujung Usia Restoran pertama yang bersetuju menjadi francais Colonel Sanders adalah sebuah hotel bernama Do Drop Inn yang terletak di Salt Lake City, Utah yang menjadi tapak pertama Kentucky Fried Chicken. Pada tahun1952, Colonel Sanders Berjaya menjual francaisnya kepada lebih 200 cawangan lain di serata Kanada dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1964, Colonel Sanders menjual syarikat francaisnya dengan harga 2 juta dan hanya meneruskan tugasnya sebagai duta kepada Kentucky Fried Chicken sehinggalah penghujung hayatnya. Colonel Sanders didapati menghidap penyakit leukemia pada Jun 1980 sebelum meghembuskan nafas terakhirnya pada 16 Disember 1980 ketika berusia 90 tahun. Sehingga tahun 2014, sebanyak 18,875 restoran Kentucky Fried Chicken telah dibuka di seluruh dunia.
  • 5. KISAH BAGAIMANA SEORANG JURUJUAL MENGAMBIL ALIH SYARIKAT RESTORAN TERBESAR DUNIA - McDonald’s Pada hujung tahun 1930, keluarga Patrick McDonald, telah berpindah dari New Hampshire ke Holloywood. Anak-anak Patrick, iaitu Richard dan Maurice McDonald bekerja sebagai pemindah barang dan tukang cuci di studio Motion-Pictur. Perniagaan makanan bermula apabila Patrick membuka gerai makan (food stand) berdekatan dengan Lapanga Terbang Monrovia, California. Menu pertama yang dijual ketika itu adalah sosej dan kemudiannya Patrick memasukkan hamburger ke dalam menu dengan harga 10 sen bersama jus oren dengan harga 5 sen. Maurice, 37 dan Richard, 31 yang dikenali sebagai Mac dan Dick tertanya-tanya sama ada impian mereka untuk bergelar jutawan menjadi kenyataan sebelum umur mereka mencecah 50 tahun. Pembukaan McDonald’s pertama pada 1940 Pada tahun 1940, adik beradik ini telah memindahkan perniagaan tersebut menjadi sebuah restoran kecil berkonsepkan pandu lalu di San Bernardino, California dan menamakan ia semula kepada ‘McDonald’s Bar-B-Que’. Menu restoran ini ditambah menjadi 25 kesemuanya yang mana kebanyakannya adalah berbeku. Namun pada Oktober 1948, mereka menyedari bahawa keuntungan terbesar yang mereka perolehi adalah daripada menjjual hamburger dan mereka boleh mengaut lebih keuntungan dengan mengubah konsep restoran dengan menghapuskan pandu lalu kepada sistem layan diri. Mereka juga menyelaraskan menu di mana hanya menu-menu yang terjual laris sahaja dikekalkan. Antara menu-menu yang dikekalkan adalah hamburger, cheeseburger, keropok kentang, kopi, air berkarbonat dan juga pai epal. Perubahan yang digunapakai adalah menggunakan lampu pemanas sinar merah untuk mengekalkan kepanasan keropok kentang. Menurut Dick, mereka adalah orang yang pertama menggunakan teknik ini
  • 6. dalam industri makanan. Selepas setahun beroperasi dengan sistem baru, mereka menukarkan menu keropok kentang dan pai epal dengan kentang goreng dan milkshake. Perubahan rekabentuk dan strategi McDonald’s Untuk memaksimakan kecekapan servis, Mac dan Dick meghasilkan system beratur ketika pelanggan membeli makanan dan juga menyediakan makanan lebih awal. Restoran itu kemudiannya dinamakan semula sekali lagi kepada yang lebih ringkas, iaitu “McDonald’s” yang anda lihat seperti hari ini, dan dibuka semula pada 12 Disember 1948. Mac dan Dick yang bercita-cita tinggi ingin melebarkan sayap mereka untuk mancapai dua sasaran baru iaitu penambahbaikan kecekapan serta penampilan yang lebih menarik di mata pelanggan. Mereka memulakan usaha dengan menemuramah 4 arkitek dan akhirnya memilih Stanley Clark Meston dari Fontana. Kerja-kerja merekacipta bangunan baru mereka mula dilakukan. Mereka melakukannya dengan melukis setiap peralatan restoran dengan ukuran sebenar menggunakan kapur di atas sebuah gelanggang tenis di belakang rumah mereka. Akhirnya rekabentuk restoran mereka siap dan sangat menarik perhatian dengan jubin seramik berwarna merah dan putih, lampu neon merah, putih kuning dan hijau, serta satu lengkungan logam berwarna kuning setinggi 25 kaki, yang digelar sebagai “golden arches”. Mereka juga menggunakan satu karekter yang diberi nama Speedee memakai topi chef yang diletakkan pada papan tanda restoran. Perubahan yang unik juga telah dilancarkan oleh McDonald’s apabila mengubah restoran mereka menjadi rangkaian “fast-food” dimana mereka mematikan pemanas di dalam restoran bagi mengelakkan pelanggan daripada berada lama di dalam restoran. Mereka juga meghasilkan tempat duduk tetap dan bersudut supaya pelanggan makan lebih cepat dan menjauhkan kerusi antara satu sama lain supaya pelanggan kurang bersosial di dalam restoran. Akhir sekali mereka menggunakan cawan berbentuk kon untuk mengisi minuman yang memaksa pelanggan untuk sentiasa memegang minuman mereka sambal makan yang
  • 7. mempercepatkan proses makanan. Sistem dan strategi ini telah digunapakai kemudiannya oleh restoran-restoran lain seperti Burger King, White Castle dan Subway untuk menjadikan restoran mereka sebagai sebuah restoran fast-food. Pembukaan francais pertama di Phoenix Arizona Pada tahun 1953, Mac dan Dick mula mencari mereka yang mahu membuka restoran mereka secara francais, dan Neil Fox, seorang pengedar untuk General Petroleum Corporation adalah orang pertama yang menyertai McDonald’s. restoran Neil Fox adalah restoran McDonald’s pertama yang menggunakan rekabentuk baru arkitek Stanley Clark Meston telah dibuka pada Mei 1953 di North Central Avenue, Phoenix, Arizona. Restoran kedua menyusul 3 bulan selepas yang pertama beroperasi, kali ini oleh dua abang ipar Neil Fox, Roger William dan Burdette London di Lakewoo Boulevard di Downey, California. Sehingga kini, restoran do Downey, California ini merupakan restoran McDonald tertua yang masih kekal dan restoran ini tidak perlu mengikut spesifikasi pembentukan semula dan pembentukan semula dan pengemaskinian restoran yang ditentukan oleh McDonald’s Corporation kerana ia merupakan francais di bawah Mac dan Dick, bukannya McDonald’s Corporation. Pada ketika ini, Mac dan Dick telah Berjaya membuka beberapa francais McDonald’s di serata California dan Arizona. Kedatangan jurujual Ray Kroc mengubah sejarah McDonald’s Pada mulanya Mac dan Dick berasa ragu-ragu akan idea tersebut kerana perniagaan mereka di San Bernardino sedang berkembang pesat, dan juga francais lain sedan beroperasi serta dalam perancangan, yang membuatkan mereka berat hati untuk mengambil risiko yang besar. Ray kemudiannya meyakinkan mereka dengan menawarkan untuk bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuka francais baru di tempat lain dan akhirnya diberikan hak untuk menubuhkan francais McDonald’s di seluruh Ameika Syarikat kecuali di
  • 8. kebanyakan kawasan di California dan Arizona yang telah menjadi kawasan Mac dan Dick. Sebagai pulangan, Mac dan Dick diberikan 0.8% daripada keuntungan kasar. Hubungan di antara Ray dan adik beradik McDonald agak dingin keransa mempunyai falsafah yang berbeza dalam menjalankan perniagaan. Ray yang ingin mengubahsuai hiasan restoran itu tidak dipersetujui oleh Mac dan Dick, namun setelah didesak akhirnya Ray mendapat kebenaran bertulis untuk mengubah konsep restorannya. Pembukaan McDonald’s pertama oleh Ray Kroc dan penubuhan McDonald’s Corporation Francais pertama yang dibuka oleh Ray di Des Plaines, Illinois pada 5 April 1955 dan seterusnya menubuhkan McDonald’s Corporation. Ruang dalam dan luar restoran itu telah dicat oleh tukang cat berpengalaman Eugene Wright yang sehingga kini menjadi warna francais McDonald’s. setelah restoran pertama Ray beroperasi, beliau giat mencari orang baru untuk dijual francais kepada mereka, dan ia tidak mengambil masa yang lama. Namun, pada tahun 1956, Ray telah mendapat tahu bahwa Mac dan Dick telah memberikan hak perlesenan di Cook County, Illinois kepada syarikat aiskrim Frejlach, hanya 53 kilometer dari francais kepunyaan Ray. Ray yang marah dengan tindakan Mac dan Dick kerana tidak memberitahunya terlebih dahulu akan perkara tersebut kemudiannya membeli semula hak itu daripada Frejlach dengan harga 5 kali ganda harga yang dibeli Frejlach, iaitu RM107,150. Dalam tiga tahun pertama, francai McDonald’s agak perlahan dan menjelang tahun1958, sebanyak 34 restoran dibuka. Jumlah itu meningkat kepada 102 buah selepas Ray Kroc membuka 68 buah francais pada tahun 1959. Logo Golden Arches yang kini terkenal di seluruh dunia telah diperkenalkan pada tahun 1962 dan setahun selepas itu, McDonald’s mencapai jumlah jualan hamburger sbanyak satu juta, serta memperkenalkan Ronald McDonald sebagai mascot untuk menarik lebih ramai kanak-kanak.
  • 9. McDonald’s pertama di Malaysia Pada tahun 1982, restoran McDonald’s pertama telah dibukan di persimpangan antara Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang oleh Tan Sri Vincent Tan. Pada Julai 2011, francais McDonald’s terbesar dibuka di Olympic Park, London bersempena Sukan Olimpik London 2012 bersaiz separuh padang American Football yang mmapu menampung 1,500 pelanggan dengan 470 orang staf bertugas ketika sukan tersebut berlangsung. Keuntungan besar sepanjang zaman pada tahun 2011 Pada Januari 2012, McDonald’s Corporationtelah mengumumkan tahun 2011 sebagai tahun yang memperolehi pendapatan teringgi dengan hasil sebanyak RM115.6 billion, Sehingga penghujung tahun 2016, McDonald’s telah beroperasidi 120 buah negara dengan jumlah francais sebnyak 36,899 dan pekerja lebih daripada 375,000 orang. Namun disebali cerita ini, terdapat banyak dakwaan bahawa Ray Kroc menipu dan menekan dua beradik pengasas McDonald ini, sehingga membuatkan Maurice McDonald mati akibat sakit jantung, dan Richard McDonald hanya mempunyai simpanan hanya RM7.7 juta ketika beliau mati. Ray Kroc pula, yang mati pada tahun1984, meninggalkan harta sebanyak RM2.14 billion.
  • 10. KISAH KEJAYAAN SAMSUNG Samsung adalah salah satu penyelia OEM terbesar di dunia teknologi. Didirikan oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938 sebagai syarikat menjual mee dan makanan laut kering, Samsung kemudiannya berkembang sebagai syarikat perdagangan eksport pelbagai produk dari Korea Selatan ke Beijing, China. Kemudiannya Samsung secara bertahap berkembang menjadi syarikat multinasional seperti sekarang ini. Perkataan Samsung bererti “tiga bintang” di Korea. Hal ini menjadi nama yang terkait dengan pelbagai jenis dunia perniagaan di Korea Selatan dan di pelbagai tempat lain di dunia. Kini diperingkat antarabangsa, Samsung mengasosiasikan nama dengan industri elektronik, informasi teknologi dan pembuatan. Sejarah Samsung Sejarah Samsung bermula pada tahun 1938 dimana Lee Byung-Chull (1910 – 1987) berasal dari keluarga pemilik tanah yang luas di daerah Uireyeong datang ke Kota Daegu dan mendirikan Samsung Sanghoe, sebuah syarikat perdagangan kecil dengan 40 orang pekerja yang berlokasi di Su-dong (sekarang Ingyo-dong). Syarikat yang dibangunkan Lee mengalami kemajuan dan ia memindahkan pejabat urusannya ke Seoul pada tahun 1947. Ketika Perang Korea, Lee terpaksa meninggalkan Seoul dan mendirikan kilang penyulingan gula di Busan yang dikenali dengan nama Cheil Jedang. Setelah perang tamat, pada tahun 1954, Lee mendirikan Cheil Mojik dan membangun kilang di Chimsan-dong, Daegu sebagai yang mengeluarkan tekstil.
  • 11. Perkembangan Samsung Dari tahun 1958 dan seterusnya Samsung mulai melebarkan sayapnya ke industri lain seperti kewangan, media, bahan kimia dan pembuatan kapal sepanjang tahun 1970-an. Pada akhir 60-an, Samsung Group mulai masuk ke dalam industri elektronik. Untuk memastikan pertumbuhan syarikat berkembang dengan pesat, Samsung mebahagi tugas kerja dalam bentuk divisyen-divisyen elektronik, di antaranya Samsung Electronics Co Devices, Samsung Electro-Mechanical Co, Samsung Corning Co, dan Samsung Semiconductor & Telecomunication Co, dan membuat fasiliti di Suwon. Produk pertamanya adalah televisyen hitam-putih. Pada tahun 1980, syarikat yang diakuisisi oleh Hanguk tongsin jeonja di Gumi, mulai membuat peranti telekomunikasi. Produk awalnya adalah switchboards. Bermula dari produk ini, Samsung mulai menghasilkan telerfon dan mesin faks dan akhirnya menjadi Samsung’s mobile phone manufacturing. Daripada kilang inilah, Samsung telah menghasilkan hamper satu billion telefon bimbit sehinggalah hari ini. Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, Samsung Electronics berinvestasi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). pelaburan dalam R&D ini sangat penting untuk mendorong syarikat itu ke garis depan dalam industri elektronik global. Pada tahun 1980an Samsung adalah syarikat penghasil, pengedar dan menjual pelbagai jenis peralatan dan produk elektronik di seluruh dunia. Pada tahun 1982, Samsung membangunkan sebuah kilang untuk menghasilkan televisyen di Portugal. Pada tahun 1984 pula, Samsung membangunkan sebuah lagi kilang bernilai $ 25 juta di New York. Dan pada tahun 1987, Samsung membangunkan kemudahan lain bernilai $25 juta di UK.
  • 12. Ekspansi Samsung Pada tahun 1987, pengasas dan ketua Samsung, Lee Byung-Chull meninggal dan Kun- Hee Lee mengambil alih jawatan sebagai pengerusi Samsung. Pada tahun 1990an Samsung mulai membangunkan kilang melebarkan sayapnya secara global di Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Thailand, Mexico, Sepanyol dan China sehingga 1997. Samsung mulai bangkit sebagai syarikat global pada 1990-an. Cabang pembinaan Samsung Berjaya mendapatkan kontrak untuk membangun satu daripada dua menara berkembar Petronas Towers di Malaysia, Taipei 101 di Taiwan dan Khalifa Burj di United Emirat Arab. Pada tahun 1993, Lee Kun-hee menjual 10 anak syarikat Samsung Group, memperkemas dan menggabungkan beberapa opersai dan anak syarikatnya untuk focus kepada 3 industri teras iaitu elektronik, teknikal dan bahan kimia. Pada tahun 1996, Samsung membeli kembali Sungkyunkwan University foundation. Samsung Menghadapi Krisis Kewangan Asia 1997 Pada tahun 1997 hampir semua syarikat perniagaan di Korea mengalami krisis besar an tidak terkecuali Samsung. Mereka menjual beberapa unit perniagaan masing-masing untuk mengurangkan beban hutang dan mengurangkan pekerja sebanyak 50000 orang. Namun berkat pelaburan dalam industri elektronik, Samsung Berjaya untuk bertahan dan terus berkembang hingga saat ini. Dibandingkan dengan syarikat besar yang lain di Korea. Samsung terselamat dari krisis kewangan Asia tahun 1997 yang relatifnya tidak berpengaruh besar terhadap Samsung. Namun, Samsung Motor dijual kepada Renault kerana mengalami kerugian yang signifikan. Pada tahun 2010, saham Renault Samsung sebanyak 80.1 peratus dimiliki oleh Renault dan 19.9 peratus dimiliki oleh Samsung. Selain itu, Samsung menghasilkan pelbagai pesawat dari tahun 1980-an. Syarikat ini didirikan pada tahun1999 sebagai Korea Aerospace Industries (KAI), hasil
  • 13. penggabungan antara tiga bahagian aerospace domestik utama Samsung Aerospace, Daewoo Heavy Industries, dan Hyundai Space dan Aircraft Company. Samsung Mulai Berjaya Samsung menjadi pengedar terbesar memori cip di dunia pada tahun 1992, dan membuat cip dunia terbesar kedua setelah Intel. Sepuluh tahun kemudian, Samsung tumbuh menjadi pengeluar terbesar di dunia membuat panel layar liquid-crystal. Pada tahun 2006, S-LCD didirikan sebagai syarikat kerjasama antara Samsung dan Sony dalam rangka menyediakan pengeluaran yang stabil dari panel LCD untuk mereka dan mengoperasikan kilang-kilang serta membangun kemudahan di Tangjung, Korea Selatan. Samsung Mengungguli Sony Sebagai Perusahaan Elektronik Terbesar Samsung Electronics mengungguli Sony sebagai salah satu jenama paling popular di dunia pengguna elektronik pada tahun 2004 dan 2005. Dan kini Samsung menjadi pengeluar telefon pintar tebesar mengatasi Apple Inc, sekaligus pengeluar telefon bimbit terbesar dunia mengatasi Nokia. Samsung Semakin Maju Kejayaan Samsung sebagai sebuah penyedia teknologi terus berkembang melalui penggabungan beberapa anak syarikatnya seperti Samsung Electronics telah bergabung dengan Samsung Semikonduktor dan Telekomunikasi. Dengan cara ini ia dapat membantu Samsung untuk terus utuh di pasaran global dengan produk teknologi tinggi yang akan menjadi pilihan di setiap rumah. Perkembangan ini dijangka berkembang untuk dekad berikutnya di mana Samsung terus akan melampaui batas dan restrukturisasi rencana bisnis untuk sentiasa mengikut trend global.
  • 14. Mengaplikasikan bentuk baru pengurusan terbukti menjadi perpindahan yang bijaksana bagi Samsung di mana produk dihasilakn mereka sentiasa mendahului pesaing lain dengan ciri atau aplikasi yang satu tingkat lebih tinggi berbanding pesaing, tetapi pada harga yang munasabah dan berpatutan. Belajar Dari Samsung 20 tahun yang lalu, tidak ramai yang meramalkan bahawa Samsung dapat mengubah dirinya dari pengeluar peralatan kos rendah kepada pemimpin dunia dalam R&D, pemasaran, dan reka bentuk, dengan jenama yang kini lebih bernilai daripada Pepsi, Nike, atau American Express. Malash masih ramai yang ragu akan strategi yang telah digunapakai Samsung, yang kini telah terbukti Berjaya. Selama dua dekad, Samsung telah mengaplikasikan cantuman amalan perniagaan Barat ke dalam system asasnya yang bermodelkan system perniagaan Jepun, menggabungkan tradisi kehebatan pembuatan kos rendah dengan keupayaan untuk membawa produk berkualiti tinggi, margin tinggi produk berjenama dengan pantas ke pasaran. Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada peningkatan proses yang berterusan. Samsung memberi tumpuan kepada inovasi yang berasaskan strategi ‘Blue Ocean Strategy’. Inovasi inilah menjadi modal Samsung untuk terkehadapan dalam setiap produknya. Samsung turut mementingkan pembinaan imej untuk jenamanya, di mana kira-kira 20 peratus daripada perbelanjaannya adalah untuk penjenamaan. Untuk itu, Samsung secara agresif menjadi penaja beberapa kejohanan besar dunia antaranya Sukan Olimpik dan World Cup demi meningkatkan nilai jenamanya. Untuk menghasilkan tenaga kerja yang berprestasi, Samsung membawa tenaga kerja luar yang tidak boleh bertutur Bahasa dan tidak biasa dengan budaya syarikat. Disebalik tradisi Confucian yang menghoramti pekerja yang lebih tua, Samsung sebaliknya memperkenalkan system gaji merit dan promosi jawatan, meletakkan
  • 15. sesetengah orang muda dalam kedudukan kuasa ke atas orang-orang yang lebih tua berbanding mereka. Ia telah menjadi laluan kepada perubahan pemikiran dalam strategi pengurusan masa kini. Rahsia kejayaan terus Samsung dalam peningkaytan struktur pengurusan dan penerapan falsafah-nya. “kami akan mencurahkan sumber daya manusia dan teknologi untuk menciptakan produk dan perkhidmatan, sehingga memberikan sumbangan yang lebih baik kepada masyrakat global.”
  • 16. KISAH KEJATUHAN DAN KEBANGKITAN SEMULA NOKIA Sekitar penghujung tahun 1990an dan awal tahun 2000an, Nokia adalah sebuah jenama telefon bimbit yang sangat gah dalam kalangan pengguna. Sebut sahaja Nokia 3310, 3650,7610, N97 dan N-Gage, pasti ramai yang berasas nostalgia. Nokia hari ini hanya tinggal sejarah, yang akan terus dikenang dalam hari kebanyakan daripada kita. Dalam masa kurang daripada satu dekad, Nokia jenama keluaran Finland muncul sebagai jaguh dalam revolusi telefon bimbit dunia. Syarikat ini berkembang dengan pantas untuk menjadi salah sebuah jenama paling dikenali dan berharga di dunia. Ketika di kemuncak kejayaan, Nokia memilih perkongsian pasaran dunia yang sangat besar, melebihi 40 peratus. Perjalanannya untuk menjadi juara berlalu dengan mudah, begitu juga ketika kejatuhannya, apabila menjual perniagaan telefon bimbitnya kepada Microsoft pada tahun 2013. Kejayaan Awal Nokia Yang Sangat Pantas Dengan kepimpinan yang muda dan bertenaga, kejayaan awal Nokia adalah hasil daripada pilihan pihak pengurusan syarikat yang mempunyai visi yang jelas dan berani dalam memanfaatkan teknologi Nokia, pada ketika digitalisasi rangkaian telefon sedang berkembang pesat di seluruh Eropah. Namun begitu, ketika pertengahan tahun 1990an, Nokia telah mengalami masalah rantaian bekalan, yang hamper-hampir menyebabkan kejatuhannya. Sebagai tindak balas, system dan proses yang lebh disiplin telah diwajibkan, menjadikan Nokia sangat efisyen dalam meningkatkan pengeluaran dan jualan, melebihi pencabarnya. Antara tahun 1996 hingga 2000, jumlah pekerja di Nokia Mobile Phones (NMP) meningkat sebanyak 150 peratus kepada 27353, dengan peningkatan pendapatan kasar sehingga 503 peratus. Perkembangan pantas ini hadir dengan kos yang tersendiri. Kos tersebut adalah dalam bentuk tekanan kepada pengurus di pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), yang mengalami kesukaran untuk melakukan inovasi dalam masa yang singkat.
  • 17. Terlalu Selesa Dengan Kedudukan Mengetuai pasaran telefon bimbit selama hamper lebih satu dekad, Nokia tidak mempunyai pelan yang kukuh untuk masa depan, seperti berpuas hati dengan produk sedia ada. Ketika Apple melancarkan iPhone pada Januari 2007, sebuah telefon ‘sentuhan’ pertama, Nokia masih berbangga dengan produk siri-E nya. Pada saat tersebut, definisi telefon pintar telah mengalami sebuah perubahan yang sangat besar, yang sangat tidak dijangka oleh ramai pihak, termasuklah Nokia sendiri. Kejayaan awal iPhone tidak memberi apa-apa impak mendalam kepada Nokia, namun lama kelamaan, Nokia mula terkesan. Dengan kehadiran pesaing lain seperti Samsung, Nokia masih gagal menyesuaikan diri untuk memahami kehendak pengguna. Kejatuhan Nokia berlaku berlaku tanpa mereka sendiri sedari, dan dengan sangat pantas. Menurut nombor-nombor yang dikeluarkan oleh syarikat penganalisis, Gartner, perkongsian pasaran telefon pintar oleh Nokia pada tahun 2007 adalah sangat dominan, iaitu pad akadar 49.4 peratus. Tahun berikutnya, ianya berkurangan kepada 43.7 peratus, dan terus menurun tahun demi tahun, kepada 41.1 peratus, dan 34.2 peratus. Sehingga awal tahun 2103, jumlah itu berada pad akadar 3 peratus sahaja. Pecubaan Bangun Semula Dari Kejatuhan Ramai yang berpendapat bahwa kejatuhan Nokia pada awalnya adalah disebabkan oleh Symbian, system operasi jenama tersebut. Mereka seolah-olah ‘terlupa’ tentang kepentingan perisian (software), dan memberikan focus kepada hardware semata-mata. Tidak seperti Nokia, Apple memilih untuk menambahbaik kedua-duanya, dan hasilnya, mereka kekal dominan sehingga ke hari ini. Nokia sangat bergantung kepada Symbian sehinggalah mereka diambil alih oleh Microsoft. Namun perpindahan system operasi kepada Windows dilihat agak terlambat, kerana Apple dan Samsung sudahpun mendominasikan system perisian pada ketika itu.
  • 18. Ketika man Samsung melakukan pembaharuan terhadap produk telefon pintarnya tahun demi tahun, telefon Nokia-Window yang dilancarkan pada tahun 2011 ketinggalan dari segi teknologi asas untuk meningkatkan jualannya. Siri Nokia Lumia dilancarkan dengan penuh gah, namun tidak berjaya menarik hati para pengguna. Antara sebabnya termasuklah rekaannya, yang munhgkin dilihat kurang menarik, jika dibandingkan dengan telefon keluaran Samsung mahupun Apple. Jika fizikal luaran tidak diambil kira, teknologi telefon Nokia masih terkebelakang, daripada pelbagai segi. Apa Yang Kita Boleh Pelajari Daripada Kisah Nokia Kejatuhan Nokia dalam dunia telefon pintar tidak boleh diterangkan hanya dengan satu jawapan yang mudah. Pengurusan syarikat yang lemah, struktur organisasi yang tidak berfungsi, birokrasi, persaingan dalaman, gagal melakukan inovasi mengikut trend, dan lain-lain adalah antara penyebab utama kejatuhan Nokia. Melihat daripada perspektif luaran, kejatuhan Nokia adalah disebabkan oleh kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, kekurangan penggunaan teknologi baharu yang lebih canggih dan inovasi yang tidak focus serta sia-sia. Pengajarannya, untuk terus relevan dalam pasaran, sesebuah syarikat perlu menyesuaikan diri dengan perubahan trend semasa. Nokia Hari Ini & Kaitannya Dengan Hmd Global HMD Global ditubuhkan di Espoo, Finland, tempat kelahiran Nokia pada tahun 2016 dengan matlamat untuk menghidupkan semula jenama telefon ini. Bagi mencapai cita- citanya itu, HMD menggaji bekas pekerja Nokia di bawah bumbungnya. Startup ini sebenarnya dimiliki oleh sebuah dana persendirian yang dikenali sebagai Smart Connect LP, yang berdaftar di Luxemburg, di bawah pimpinan bekas eksekutif Nokia iaitu Jean-Francoise Baril.
  • 19. Dengan barisan pimpinan eksekutif yang mantap sejak 2 tahun lalu, HMD memberi tumpuan secara eksklusif kepada kebangkitan semula jenama ini. Sejak penyertaan HMD, Nokia berjaya mengambil tempat dalam pasaran telefon harga pertengahan. Syarikat ini turut mula mengeluarkan model baharu bagi bersaing dengan jenama lain di pasaran, contohnya seperti Nokia 8 Sirroco, namun produk ini masih belum berjaya menarik perhatian umum. HMD juga memperkenalkan semula beberapa telefon Nokia dengan reka bentuk klasiknya, seperti model 3310, lengkap dengan permainan popularnya iaitu Snake. Setahun kemudian, HMD menghidupkan semula Nokia 8810, model yang lebih dikenali sebagai telefon pisang. Walaupun syarikat ini mempunyai permulaan yang baik, perjalanannya masih sukar. Pada tahun 2017, Arto Nummela, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) nya yang asal telah meninggalkan HMD. HMD yakin mereka mampu menerajui jenama Nokia dengan pimpinan sedia ada.