SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
Prosa Tradisional
                                 (Hikayat Khoja Maimun)

  Sinopsis



Bab 1 :

       Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik
bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung
Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat
ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat
keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja
Maimun turut membeli seekor burung tiung betina.

       Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah.
Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika
itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi
Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung
melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan
hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung
sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha
melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya.

Bab 2: Cetera Pertama

       Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri
saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah
membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan
menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri
saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati

       Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan
kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan
menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar
suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat
persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat.
Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas
dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke
pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang
membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali.

         Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah
siang. Pada hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun
Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.

Bab 3: Cetera Kedua

         Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang
dicurahkannya     selama   ini.   Kehadirannya   dialu-alukan     dan   Raja   Tabristan   yang
menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif
telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya
murka.

         Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan.
Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif
inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus
membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun
dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif.

         Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia
dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab
menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan
bercerita lagi.

Bab 4 : Cetera Ketiga

         Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala
tindak tanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu
memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya.
Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya.
Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya
berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain.

       Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia
setia, namun kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai
kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan
kain itu akan luntur

       Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim
kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu
menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji
kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal.
Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun
turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi.
Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat.

       Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian
apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi
Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya.


  Tema

Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri.

Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang
isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang.


  Persoalan

   1. Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.

        Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpura-
       pura tidur.
2. Persoalan kecurangan seorang isteri

        Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja.

   3. Persoalan kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.

        Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki.

   4. Persoalan kejujuran dalam sebuah perhubungan

        Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya.


Plot


Secara keseluruhannya plot prosa tradisional digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:

   i.   Permulaan
        Khoja Maimun digambarkan sebagai seorang saudagar yang kaya dan memiliki isteri
        yang cantik bernama Bibi Zainab. Mereka membeli burung bayan jantan dan tiung
        betina. Khoja Maimun mengusahakankan perniagaannya di tempat lain tanpa membawa
        isterinya.
   ii. Perkembangan
        Bibi Zainab rindu akan suaminya yang pergi belajar. Bibi Zainab jatuh hati kepada anak
        raja. Dalam Cetera Pertama, Bayan bercerita kisah seekor burung Bayan yang dicabut
        bulunya oleh isteri saudagar. Manakala dalam cetera kedua, Bayan bercerita kisah Taif
        dengan Raja Tabristan. Seterusnya dalam Cetera Ketiga, Bayan bercerita kisah suami
        yang amat cemburu kepada isterinya.
   iii. Konflik
        Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja semasa ketiadaan suaminya.
   iv. Klimaks
        Bibi Zainab berpakaian cantik untuk bertemu kekasihnya. Bayan menasihati Bibi Zainab
        supaya tidak berpakaian yang keterlaluan kerana boleh mendatangkan fitnah.
v. Peleraian
        Bibi Zainab melupakan hasrat untuk bertemu kekasihnya kerana lebih berminat dengan
        cerita Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf kerana berniat
        curang terhadap suaminya.



    Watak dan Perwatakan


Watak Utama

Burung Bayan

     Bersaiz kecil
     Taat pada tuannya – Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku
      curang kepada tuannya Khoja Maimun.
     Pandai membuat ramalan – Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk
      membeli sanbal benar-benar terjadi.
     Bijak bercerita – Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga dapat
      mengelakkannya daripada berlaku curang.



Watak Sampingan

Bibi Zainab

     Cantik
     Penyayang terhadap suami – Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar.
     Curang – Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam.
     Kejam - Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya.
Khoja Maimun

      Bertanggungjawab – Dia pergi belayar demi mencari rezeki.
      Penyayang – Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab.
      Bijak – Khoja Maimun bijak menjalankan perniagaan.



Taif

      Setia – Taif tetap berbakti kepada raja walaupun dimurkai oleh raja.
      Rela berkorban - Dia sanggup kematian anaknya demi Raja Tabristan.
      Taat perintah – Taif menurut perintah Raja Tabristan yang mahu dia menyiasat tentang
       bunyi suara yang didengar.


    Latar


Latar Masa

Waktu malam

         Bibi Zainab berhias dengan cantik untuk menemui kekasih hatinya.

Waktu pagi

         Bayan selesai bercerita pada waktu pagi .

Latar Tempat

     i.   Negeri Ajam

         Khoja Maimun menetap di situ

     ii. Pekan

         Khoja Maimun dan Bibi Zainab membeli burung bayan dan tiung di pekan.
iii. Jendela

      tempat Bibi Zainab melihat anak raja

   iv. Kubur Tuan Syeikh

      Isteri saudagar berdoa di kubur dan bertemu semula dengan Bayan.




Latar Masyarakat

   1. Masyarakat yang mementingkan ajaran agama -Isteri saudagar menasihati raja agar
       bertaubat

   2. Masyarakat yang menurut hawa nafsu - Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan
       berahinya terhadap anak raja

   3. Masyarakat yang pemurah - Raja Tabristan menganugerahi Taif pelbagai hadiah.

   4. Masyarakat yang jujur memikul amanah yang diberikan - Taif begitu setia dan jujur
       kepada Raja Tabristan.



   Teknik Penceritaan


   Pemerian
   Pengarang menceritakan suasana ketika Khoja maimun hendak pergi belayar –
       Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk
   diciumnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik
   dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air
   matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka Khoja maimun pun pergilah
   belayar.
Dialog
  Dialog antara Khoja Maimun dengan penjual burung bayan di pekan –
  “Hendakkah tuan hamba membeli Bayan?”
        Maka sahut Khoja Maimun, “Berapa harganya?” Maka kata orang itu, “Seribu dinar
  Bayan hamba ini harganya.”


  Monolog dalaman
  Taif pun fikir di dalam hatinya, “Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa
  sekali-kali raja tiada percaya seperti kataku. Jikalau demikian baik aku katakan yang
  lainlah.”



Gaya Bahasa

 a) Simile

        ….dan ia seumpama air yang masin…kuning seperti muka orang durjana

 b) Penggunaan bahasa Arab

        Allah azzawajalla

 c) Perlambangan

        ….emas itu berkuasa….

 d) Inversi

        “ seribu dinar bayan hamba ini harganya”


Nilai

  1. Nilai kasih sayang terhadap pasangan
        Contoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.
2. Nilai ketaatan terhadap ketua
    Contoh: Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh
    anaknya.
 3. Nilai prihatin terhadap keluarga
    Contoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari
    nafkah buat keluarga
 4. Nilai keinsafan atas kesalahan yang dilakukan -
    Contoh:      Bibi Zainab insaf atas kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan
    suaminya.




Pengajaran


 1. Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada
    kemungkaran
 2. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih
    sejahtera.
 3. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar       memperoleh
    kebahagian yang berkekalan.
 4. Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak
    mendatangkan kemudaratan.
Latihan


 1. Senaraikan tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun.
 2. Tuliskan tiga nilai yang di peroleh dalam Hikayat Khoja Maimun berserta contoh.


Jawapan


 1. Tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun ialah
      Bayan merupakan binatang yang bijaksana. Selain itu, taat kepada tuannya dan boleh
      membuat ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku pada masa depan.


 2.   Tiga nilai yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai kasih sayang terhadap pasangan
      contohnya Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati. Kedua nilai
      ketaatan terhadap ketua contoh Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga
      rela membunuh anaknya. Ketiga nilai prihatin terhadap keluarga contoh Khoja Maimun
      dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga

More Related Content

What's hot

Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'
Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'
Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'noorizamdz
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisSyazwani Mohd
 
Banjir di mata emak
Banjir di mata emakBanjir di mata emak
Banjir di mata emakYenny Rahman
 
Analisis Teks Cerpen Menggunakan Teori Psikologi Dalam Sastera
Analisis Teks Cerpen Menggunakan Teori Psikologi Dalam SasteraAnalisis Teks Cerpen Menggunakan Teori Psikologi Dalam Sastera
Analisis Teks Cerpen Menggunakan Teori Psikologi Dalam SasteraArifahAzlanShah1
 
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)Sherrr_aaa
 
Drama Gelanggang Tok Wali
Drama Gelanggang Tok WaliDrama Gelanggang Tok Wali
Drama Gelanggang Tok WaliAzwira Ariwana
 
Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakSabrina Eyna
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 PAKLONG CIKGU
 
Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
 Negeri-negeri selat di Tanah Melayu  Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
Negeri-negeri selat di Tanah Melayu BalqisH yuha
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 
Kerajaan Melayu Tradisional
Kerajaan Melayu TradisionalKerajaan Melayu Tradisional
Kerajaan Melayu TradisionalDino Onid
 
Bangunan bersejarah di Malaysia
Bangunan bersejarah di MalaysiaBangunan bersejarah di Malaysia
Bangunan bersejarah di MalaysiaZulkifli Hamzah
 
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Nurul Atikah
 
20120323170318 kuliah 2 sistem kerajaan awal asia tenggara
20120323170318 kuliah 2   sistem kerajaan awal asia tenggara20120323170318 kuliah 2   sistem kerajaan awal asia tenggara
20120323170318 kuliah 2 sistem kerajaan awal asia tenggaraTatulrich Tatul
 

What's hot (20)

Imbuhan Pe
Imbuhan PeImbuhan Pe
Imbuhan Pe
 
Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'
Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'
Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'
 
Al khawarizmi
Al khawarizmiAl khawarizmi
Al khawarizmi
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
Banjir di mata emak
Banjir di mata emakBanjir di mata emak
Banjir di mata emak
 
SELOKA KELAS 4C
SELOKA KELAS 4C SELOKA KELAS 4C
SELOKA KELAS 4C
 
Analisis Teks Cerpen Menggunakan Teori Psikologi Dalam Sastera
Analisis Teks Cerpen Menggunakan Teori Psikologi Dalam SasteraAnalisis Teks Cerpen Menggunakan Teori Psikologi Dalam Sastera
Analisis Teks Cerpen Menggunakan Teori Psikologi Dalam Sastera
 
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Drama Gelanggang Tok Wali
Drama Gelanggang Tok WaliDrama Gelanggang Tok Wali
Drama Gelanggang Tok Wali
 
Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanak
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
 Negeri-negeri selat di Tanah Melayu  Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Kerajaan Melayu Tradisional
Kerajaan Melayu TradisionalKerajaan Melayu Tradisional
Kerajaan Melayu Tradisional
 
Bangunan bersejarah di Malaysia
Bangunan bersejarah di MalaysiaBangunan bersejarah di Malaysia
Bangunan bersejarah di Malaysia
 
Teks penggulungan
Teks penggulunganTeks penggulungan
Teks penggulungan
 
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Perbezaan adat perpatih dgn adat temengguung { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
 
20120323170318 kuliah 2 sistem kerajaan awal asia tenggara
20120323170318 kuliah 2   sistem kerajaan awal asia tenggara20120323170318 kuliah 2   sistem kerajaan awal asia tenggara
20120323170318 kuliah 2 sistem kerajaan awal asia tenggara
 
Apa itu cerpen
Apa itu cerpenApa itu cerpen
Apa itu cerpen
 

More from Azwira Ariwana

More from Azwira Ariwana (20)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 

Khoja Maimum

  • 1. Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun) Sinopsis Bab 1 : Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina. Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya. Bab 2: Cetera Pertama Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat
  • 2. persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali. Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya. Bab 3: Cetera Kedua Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya murka. Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif. Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi. Bab 4 : Cetera Ketiga Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya.
  • 3. Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain. Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat. Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya. Tema Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri. Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang. Persoalan 1. Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan. Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpura- pura tidur.
  • 4. 2. Persoalan kecurangan seorang isteri Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja. 3. Persoalan kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga. Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki. 4. Persoalan kejujuran dalam sebuah perhubungan Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya. Plot Secara keseluruhannya plot prosa tradisional digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: i. Permulaan Khoja Maimun digambarkan sebagai seorang saudagar yang kaya dan memiliki isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Mereka membeli burung bayan jantan dan tiung betina. Khoja Maimun mengusahakankan perniagaannya di tempat lain tanpa membawa isterinya. ii. Perkembangan Bibi Zainab rindu akan suaminya yang pergi belajar. Bibi Zainab jatuh hati kepada anak raja. Dalam Cetera Pertama, Bayan bercerita kisah seekor burung Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Manakala dalam cetera kedua, Bayan bercerita kisah Taif dengan Raja Tabristan. Seterusnya dalam Cetera Ketiga, Bayan bercerita kisah suami yang amat cemburu kepada isterinya. iii. Konflik Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja semasa ketiadaan suaminya. iv. Klimaks Bibi Zainab berpakaian cantik untuk bertemu kekasihnya. Bayan menasihati Bibi Zainab supaya tidak berpakaian yang keterlaluan kerana boleh mendatangkan fitnah.
  • 5. v. Peleraian Bibi Zainab melupakan hasrat untuk bertemu kekasihnya kerana lebih berminat dengan cerita Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf kerana berniat curang terhadap suaminya. Watak dan Perwatakan Watak Utama Burung Bayan  Bersaiz kecil  Taat pada tuannya – Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku curang kepada tuannya Khoja Maimun.  Pandai membuat ramalan – Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk membeli sanbal benar-benar terjadi.  Bijak bercerita – Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga dapat mengelakkannya daripada berlaku curang. Watak Sampingan Bibi Zainab  Cantik  Penyayang terhadap suami – Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar.  Curang – Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam.  Kejam - Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya.
  • 6. Khoja Maimun  Bertanggungjawab – Dia pergi belayar demi mencari rezeki.  Penyayang – Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab.  Bijak – Khoja Maimun bijak menjalankan perniagaan. Taif  Setia – Taif tetap berbakti kepada raja walaupun dimurkai oleh raja.  Rela berkorban - Dia sanggup kematian anaknya demi Raja Tabristan.  Taat perintah – Taif menurut perintah Raja Tabristan yang mahu dia menyiasat tentang bunyi suara yang didengar. Latar Latar Masa Waktu malam  Bibi Zainab berhias dengan cantik untuk menemui kekasih hatinya. Waktu pagi  Bayan selesai bercerita pada waktu pagi . Latar Tempat i. Negeri Ajam  Khoja Maimun menetap di situ ii. Pekan  Khoja Maimun dan Bibi Zainab membeli burung bayan dan tiung di pekan.
  • 7. iii. Jendela  tempat Bibi Zainab melihat anak raja iv. Kubur Tuan Syeikh  Isteri saudagar berdoa di kubur dan bertemu semula dengan Bayan. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mementingkan ajaran agama -Isteri saudagar menasihati raja agar bertaubat 2. Masyarakat yang menurut hawa nafsu - Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan berahinya terhadap anak raja 3. Masyarakat yang pemurah - Raja Tabristan menganugerahi Taif pelbagai hadiah. 4. Masyarakat yang jujur memikul amanah yang diberikan - Taif begitu setia dan jujur kepada Raja Tabristan. Teknik Penceritaan Pemerian Pengarang menceritakan suasana ketika Khoja maimun hendak pergi belayar – Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka Khoja maimun pun pergilah belayar.
  • 8. Dialog Dialog antara Khoja Maimun dengan penjual burung bayan di pekan – “Hendakkah tuan hamba membeli Bayan?” Maka sahut Khoja Maimun, “Berapa harganya?” Maka kata orang itu, “Seribu dinar Bayan hamba ini harganya.” Monolog dalaman Taif pun fikir di dalam hatinya, “Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa sekali-kali raja tiada percaya seperti kataku. Jikalau demikian baik aku katakan yang lainlah.” Gaya Bahasa a) Simile ….dan ia seumpama air yang masin…kuning seperti muka orang durjana b) Penggunaan bahasa Arab Allah azzawajalla c) Perlambangan ….emas itu berkuasa…. d) Inversi “ seribu dinar bayan hamba ini harganya” Nilai 1. Nilai kasih sayang terhadap pasangan Contoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.
  • 9. 2. Nilai ketaatan terhadap ketua Contoh: Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. 3. Nilai prihatin terhadap keluarga Contoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga 4. Nilai keinsafan atas kesalahan yang dilakukan - Contoh: Bibi Zainab insaf atas kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan suaminya. Pengajaran 1. Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada kemungkaran 2. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera. 3. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagian yang berkekalan. 4. Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak mendatangkan kemudaratan.
  • 10. Latihan 1. Senaraikan tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun. 2. Tuliskan tiga nilai yang di peroleh dalam Hikayat Khoja Maimun berserta contoh. Jawapan 1. Tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun ialah Bayan merupakan binatang yang bijaksana. Selain itu, taat kepada tuannya dan boleh membuat ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku pada masa depan. 2. Tiga nilai yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai kasih sayang terhadap pasangan contohnya Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati. Kedua nilai ketaatan terhadap ketua contoh Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. Ketiga nilai prihatin terhadap keluarga contoh Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga