SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
KOTA A FAMOSA (MELAKA)
SEJARAH PENUBUHAN
Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada
tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana
Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang
masih tinggal di Asia.
A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka
pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh
paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu,
sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara
rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A--Famosa mengambil masa selama
5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh
paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut
diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan
menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak
Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion),
dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali
sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte
Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.
Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan
tujuh puluh meriam di semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran
dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja,
Jalan Mahkamah dan Jalan Istana.
Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja,
tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal
menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu
Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
KOTA BELANDA (PULAU PANGKOR)
SEJARAH PENUBUHAN
Kota Belanda telah di bina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah
yang diperolehi oleh orang Perak. Oleh kerana rakyat tidak suka cara Belanda
memperolehi bijih timah jadi mereka telah membinasakan kota ini pada tahun 1690.
Pada tahun 1743, Belanda membinanya semula dan menempatkan seramai 60 orang
pengawal untuk menjaga kota tersebut sehingga 1748. Selepas itu kota tersebut tidak di
gunakan lagi. Kota ini telah di bina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan
telah diwartakan sebagai monument lama.
Pada peringkat awal, pedagang Perak telah menjalankan perdagangan dengan
pedagang-pedagang lain secara senyap dengan menawarkan harga yang lebih baik.
Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Syarikat Belanda.
Beberapa serangan telah dibuat oleh orang-orang Melayu terhadap kota ini atas sebab
tidak puas hati dengan kekerasan orang-orang Belanda. Akhirnya, serangan oleh
Panglima Kulup Ali telah memusnahkan kota tersebut. Peluang untuk bertapak semula
terbuka apabila keadaan politik negeri Perak yang bergolak akibat perebutan kuasa dan
kawasan bijih timah. Orang-orang Belanda berjaya mendapatkan monopoli perdagangan
bijih timah tersebut.
Bagi menjaga kepentingan dan keselamatan orang Belanda dan hasil bijihnya sebuah
Kota Belanda telah didirikan di Pulau Pangkor pada tahun 1670. Kota tersebut telah
musnah diserang oleh sekumpulan pahlawan-pahlawan Melayu yang diketuai oleh
Panglima Kulup Ali pada tahun 1690 dan askar-askar Belanda telah melarikan diri ke
tempat lain. Berikutan serangan pahlawan-pahlawan Melayu, Kota Belanda berjaya
dibina semula di bawah kuasa Negeri Perak.
BUKIT MELAWATI (SELANGOR)
SEJARAH PENUBUHAN
Bukit Melawati merupakan sebuah pusat pentadbiran dan kota kesultanan Negeri
Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Pada masa tersebut terdapat sebuah
kota yang sangat kukuh di puncak bukit ini. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan
Ibrahim (1782 - 1826) sebagai benteng pertahanan dari serangan Penjajah Belanda
keranan negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan
Johor dan Riau.
Pada tahun 1784 akhirnya Kota ini dapat ditawan oleh Belanda dan diberi nama 'Kota
Altingsburg', bersempena nama Gabenor Jeneral Belanda. Kejayaan Belanda tidak lama
kerana Sultan telah berjaya menawan semula kotanya daripada kuasa asing,
sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sultan Ibrahim.
Pada malam 27 Januari 1785, orang Pahang dan Penggawa Permatang telah
membantu baginda Sultan menawan semula kota ini daripada tangan Belanda. Baginda
meletakkan batu-batu besar ke dalam muara Sungai Selangor dan berjaya menghalang
kemaraan tentera Belanda. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah
berjaya menawan bukit ini sebelum subuh menyinsing.
Di Bukit Melawati terdapat beberapa buah rumah pegawai tinggi kerajaan, sebuah
rumah rehat, dan monumen sejarah yang ditinggalkan. Bukit Melawati juga mempunyai
sebuah rumah api yang masih berfungsi sehingga ke hari ini sebagai panduan laluan
laut.
Rumah api ini telah dibina pada tahun 1907 oleh British semasa era pendudukannya di
Tanah Melayu. Tingginya kira-kira 83 kaki dari aras laut dan 27 kaki dari tapaknya.
Dahulu, rumah api ini menggunakan kuasa generator tetapi sekarang ia menggunakan
tenaga elektrik sepenuhnya.
Selain itu, tembok batu di Kota Malawati juga mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.
Kota ini terletak di kawasan lapang dan telah dibina oleh orang-orang Melayu ketika
pemerintahan Sultan Selangor ke-2, bertujuan untuk mempertahankan Kuala Selangor
daripada serangan Belanda pada masa itu. Kota ini menjadi tapak asas pentadbiran
Kesultanan Melayu pada masa itu.
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
(KUALA LUMPUR)
SEJARAH PENUBUHAN
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di
Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian
rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi
bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang
merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan
digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan
Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu
merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gagah pada masa itu.
Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan
Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu
ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200
meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali
sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik
kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan
Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum
merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-
negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas
kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad
ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada
Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun
1978.
Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman
(yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera
juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat
unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia
mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya
terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga
yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah
arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu
elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.
BANGUNAN STADHUYS (MELAKA)
SEJARAH PENUBUHAN
Bangunan Stadthuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam. Bangunan
Stadhuys (“dewan perbandaran” dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan
bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka,
Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor
Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni
rekabentuk Belanda yang halus.
Bangunan Stadthuys adalah salah ssebuah bangunan yang tertua yang telah dibina oleh
Pemerintah Belanda di Melaka. Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di
bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah
sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Melacca Free School
dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan
percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada
anak-anak golongan Cina yang kaya.
Seterusnya, catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825,
menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Selain itu,
surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja,
Encik J.Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten.
Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar.
Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore. Seterusnya, tidak
lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang.
Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, Stadthuys, seperti semua bangunan
pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara, ianya juga dicat putih. Melalui
perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan oleh Belanda
dan bandar tersebut menjadi tanah jajahan British.
Pada tahun 1911, British mengecat bangunan Stadthuys dan Gereja Christ dengan
warna merah salmon. Sebab-sebab sebenar mengapa bangunan ini telah dicat merah
oleh British kini hilang ditelan zaman tetapi legenda dan teori-teori berkaitannya masih
banyak.
LEMBAH BUJANG (KEDAH)
SEJARAH PENUBUHAN
Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia
kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang
adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras
di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur
dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap strategik
kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah.
Ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan tinggalan sejarah di
tapak arkeologi atau carigali seperti runtuhan candi, struktur bandar dan pelabuhan
terpendam, ratusan ribu pecahan seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau
Tanah Arab serta dari India, patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang
berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan semula semua artifak sejarah
ini telah membuktikan bahawa telah wujudnya sebuah petempatan dan kerajaan pada
masa yang lampau di Lembah Bujang.
Kawasan Lembah Bujang pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua. Kerajaan
Kedah Tua dikatakan bermula dengan pembukaan petempatan di Lembah Bujang.
Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal
"Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan
kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai
pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala
perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang
membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu.
Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang
mempunyai pengaruh Hindu - Buddha.
Lembah bujang berkembang sebagai sebuah petempatan dan pelabuhan kerana
mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Kebiasaannya, sesebuah tempat atau kawasan dipilih
sebagai petempatan adalah berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya ialah mudah
didatangi kerana kemudahan pengangkutan contohnya sungai dan jalan darat yang baik,
terlindung daripada bencana semulajadi dan serangan lanun serta bekalan makanan
yang mudah didapati.
ISTANA LAMA SERI MENANTI (NEGERI
SEMBILAN)
SEJARAH PENUBUHAN
Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada
1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar
Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus.
Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad
Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun
1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana
lama.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang
Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato'
Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah
diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan
telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang
panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu.
Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini
ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu
yang dipanggil pasak.
Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali.
Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam
upacara tersebut.
Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk
dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964.
Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas
kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini
dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan
pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja
adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan.
BATU BERSURAT PADANG TARA
(TERENGGANU)
SEJARAH PENUBUHAN
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai
Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902,
Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli
perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh
kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah
atasnya.
Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan
meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala
Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal
Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan
Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto
berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden
untuk dibuat pembacaan.
Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.
Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum
Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan
hukuman mengikut taraf seseorang.
Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman.
Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke
Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada
Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut
untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991,
Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan
Negeri Terengganu.
Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di
Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan agama Islam sebagai agama
rasmi dan Undang-Undang Islam.
TUGU NEGARA (KUALA LUMPUR)
SEJARAH PENUBUHAN
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada
8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam
Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa
Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan
bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu
Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara,
Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir,
persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Tugu Negara dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat
daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang
bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di
Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di
dunia.

More Related Content

What's hot

Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatfiro HAR
 
Zaman air batu
Zaman air batu Zaman air batu
Zaman air batu Syarel Saz
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)sblm1053uum
 
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islamMelaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islamAin Athirah Mohd Salleh
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKAhamdan che hassan
 
Tingkatan 2 bab 12 Petempatan
Tingkatan 2 bab 12 PetempatanTingkatan 2 bab 12 Petempatan
Tingkatan 2 bab 12 PetempatanLee Chop Way Lcw
 
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah MelayuKedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayusejarahkita
 
Peta malaysia
Peta malaysia Peta malaysia
Peta malaysia Adilah Hrn
 
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnikHalangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnikHansyitake
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUKeningau Vocational College
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaFariszuddin
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhafarsya1305
 
Warisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysiaWarisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysiaNur Syafika
 
Revolusi perindustrian keempat
Revolusi perindustrian keempatRevolusi perindustrian keempat
Revolusi perindustrian keempatnhana81
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di MalaysiaRamli Rem
 
Geografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanGeografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanNabihahAdam22
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomihusnuzan84
 

What's hot (20)

Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selat
 
Zaman air batu
Zaman air batu Zaman air batu
Zaman air batu
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)
 
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islamMelaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam
Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
 
Tingkatan 2 bab 12 Petempatan
Tingkatan 2 bab 12 PetempatanTingkatan 2 bab 12 Petempatan
Tingkatan 2 bab 12 Petempatan
 
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah MelayuKedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
 
Pengertian sejarah
Pengertian sejarahPengertian sejarah
Pengertian sejarah
 
KEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAHKEPENTINGAN SEJARAH
KEPENTINGAN SEJARAH
 
Peta malaysia
Peta malaysia Peta malaysia
Peta malaysia
 
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnikHalangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddha
 
Warisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysiaWarisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysia
 
Revolusi perindustrian keempat
Revolusi perindustrian keempatRevolusi perindustrian keempat
Revolusi perindustrian keempat
 
Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
 
Geografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanGeografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-Petempatan
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
 

Similar to Bangunan bersejarah di Malaysia

buku skrap print.docx
buku skrap print.docxbuku skrap print.docx
buku skrap print.docxkushafendy
 
Penjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa AsingPenjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa AsingNajwa Norizam
 
Istana lama seri menanti
Istana lama seri menantiIstana lama seri menanti
Istana lama seri menantiSue Noor
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala LumpurSejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpurdigitalsejarah
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANFatnin Izni
 
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan
Lmcp1532 pembangunan bandar mapanLmcp1532 pembangunan bandar mapan
Lmcp1532 pembangunan bandar mapanNurulNabilah98
 
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan taiping
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan taipingLmcp 1532 pembangunan bandar mapan taiping
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan taipingDivaghar Human
 
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan britishKekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan britishisharsmiaa
 
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu MelakaBab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu MelakaRedwan Haris
 
Pelan pembangunan bandar taiping
Pelan pembangunan bandar taipingPelan pembangunan bandar taiping
Pelan pembangunan bandar taipingalazanizainal
 
Pelan pembangunan bandar taiping
Pelan pembangunan bandar taipingPelan pembangunan bandar taiping
Pelan pembangunan bandar taipingalazanizainal
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Akhy Sham
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)nur_waniatul
 
Cuti cuti Malaysia(Malacca)
Cuti cuti Malaysia(Malacca)Cuti cuti Malaysia(Malacca)
Cuti cuti Malaysia(Malacca)cyberns_
 

Similar to Bangunan bersejarah di Malaysia (20)

buku skrap print.docx
buku skrap print.docxbuku skrap print.docx
buku skrap print.docx
 
Mercu Tanda Malaysia skrap
Mercu Tanda  Malaysia skrapMercu Tanda  Malaysia skrap
Mercu Tanda Malaysia skrap
 
Penjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa AsingPenjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa Asing
 
Kuala lumpur
Kuala lumpurKuala lumpur
Kuala lumpur
 
Istana lama seri menanti
Istana lama seri menantiIstana lama seri menanti
Istana lama seri menanti
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
 
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala LumpurSejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
 
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan
Lmcp1532 pembangunan bandar mapanLmcp1532 pembangunan bandar mapan
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan
 
Selangor
SelangorSelangor
Selangor
 
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptxBAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
 
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan taiping
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan taipingLmcp 1532 pembangunan bandar mapan taiping
Lmcp 1532 pembangunan bandar mapan taiping
 
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan britishKekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
 
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu MelakaBab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
 
Pelan pembangunan bandar taiping
Pelan pembangunan bandar taipingPelan pembangunan bandar taiping
Pelan pembangunan bandar taiping
 
Pelan pembangunan bandar taiping
Pelan pembangunan bandar taipingPelan pembangunan bandar taiping
Pelan pembangunan bandar taiping
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)
 
Syahirah
SyahirahSyahirah
Syahirah
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
 
Cuti cuti Malaysia(Malacca)
Cuti cuti Malaysia(Malacca)Cuti cuti Malaysia(Malacca)
Cuti cuti Malaysia(Malacca)
 

More from Zulkifli Hamzah (15)

Slide rancangan perniagaan
Slide rancangan perniagaanSlide rancangan perniagaan
Slide rancangan perniagaan
 
NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTANOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA
 
NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTANOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA
 
NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA
 
NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA
 
NOTA khb ELEKTRIK TG 1
NOTA khb ELEKTRIK TG 1NOTA khb ELEKTRIK TG 1
NOTA khb ELEKTRIK TG 1
 
nota rekacipta
nota rekacipta nota rekacipta
nota rekacipta
 
nota reka cipta
nota reka ciptanota reka cipta
nota reka cipta
 
NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA
 
Report amali kimpalan
Report amali kimpalanReport amali kimpalan
Report amali kimpalan
 
Report jahit blaus kasual
Report jahit blaus kasualReport jahit blaus kasual
Report jahit blaus kasual
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
ROSELLE
ROSELLEROSELLE
ROSELLE
 
Report amali 3
Report amali 3Report amali 3
Report amali 3
 
Kajian lapangan ladang ternakan ikan
Kajian lapangan ladang ternakan ikanKajian lapangan ladang ternakan ikan
Kajian lapangan ladang ternakan ikan
 

Recently uploaded

2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 

Recently uploaded (12)

2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 

Bangunan bersejarah di Malaysia

  • 1. KOTA A FAMOSA (MELAKA)
  • 2. SEJARAH PENUBUHAN Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A--Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah dan Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
  • 3. KOTA BELANDA (PULAU PANGKOR) SEJARAH PENUBUHAN
  • 4. Kota Belanda telah di bina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi oleh orang Perak. Oleh kerana rakyat tidak suka cara Belanda memperolehi bijih timah jadi mereka telah membinasakan kota ini pada tahun 1690. Pada tahun 1743, Belanda membinanya semula dan menempatkan seramai 60 orang pengawal untuk menjaga kota tersebut sehingga 1748. Selepas itu kota tersebut tidak di gunakan lagi. Kota ini telah di bina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monument lama. Pada peringkat awal, pedagang Perak telah menjalankan perdagangan dengan pedagang-pedagang lain secara senyap dengan menawarkan harga yang lebih baik. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Syarikat Belanda. Beberapa serangan telah dibuat oleh orang-orang Melayu terhadap kota ini atas sebab tidak puas hati dengan kekerasan orang-orang Belanda. Akhirnya, serangan oleh Panglima Kulup Ali telah memusnahkan kota tersebut. Peluang untuk bertapak semula terbuka apabila keadaan politik negeri Perak yang bergolak akibat perebutan kuasa dan kawasan bijih timah. Orang-orang Belanda berjaya mendapatkan monopoli perdagangan bijih timah tersebut. Bagi menjaga kepentingan dan keselamatan orang Belanda dan hasil bijihnya sebuah Kota Belanda telah didirikan di Pulau Pangkor pada tahun 1670. Kota tersebut telah musnah diserang oleh sekumpulan pahlawan-pahlawan Melayu yang diketuai oleh Panglima Kulup Ali pada tahun 1690 dan askar-askar Belanda telah melarikan diri ke tempat lain. Berikutan serangan pahlawan-pahlawan Melayu, Kota Belanda berjaya dibina semula di bawah kuasa Negeri Perak. BUKIT MELAWATI (SELANGOR)
  • 5. SEJARAH PENUBUHAN Bukit Melawati merupakan sebuah pusat pentadbiran dan kota kesultanan Negeri Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Pada masa tersebut terdapat sebuah kota yang sangat kukuh di puncak bukit ini. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan
  • 6. Ibrahim (1782 - 1826) sebagai benteng pertahanan dari serangan Penjajah Belanda keranan negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan Johor dan Riau. Pada tahun 1784 akhirnya Kota ini dapat ditawan oleh Belanda dan diberi nama 'Kota Altingsburg', bersempena nama Gabenor Jeneral Belanda. Kejayaan Belanda tidak lama kerana Sultan telah berjaya menawan semula kotanya daripada kuasa asing, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Pada malam 27 Januari 1785, orang Pahang dan Penggawa Permatang telah membantu baginda Sultan menawan semula kota ini daripada tangan Belanda. Baginda meletakkan batu-batu besar ke dalam muara Sungai Selangor dan berjaya menghalang kemaraan tentera Belanda. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum subuh menyinsing. Di Bukit Melawati terdapat beberapa buah rumah pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, dan monumen sejarah yang ditinggalkan. Bukit Melawati juga mempunyai sebuah rumah api yang masih berfungsi sehingga ke hari ini sebagai panduan laluan laut. Rumah api ini telah dibina pada tahun 1907 oleh British semasa era pendudukannya di Tanah Melayu. Tingginya kira-kira 83 kaki dari aras laut dan 27 kaki dari tapaknya. Dahulu, rumah api ini menggunakan kuasa generator tetapi sekarang ia menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya. Selain itu, tembok batu di Kota Malawati juga mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Kota ini terletak di kawasan lapang dan telah dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2, bertujuan untuk mempertahankan Kuala Selangor daripada serangan Belanda pada masa itu. Kota ini menjadi tapak asas pentadbiran Kesultanan Melayu pada masa itu. BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD (KUALA LUMPUR)
  • 7. SEJARAH PENUBUHAN Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang
  • 8. merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gagah pada masa itu. Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200 meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri- negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978. Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini. BANGUNAN STADHUYS (MELAKA)
  • 10. Bangunan Stadthuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam. Bangunan Stadhuys (“dewan perbandaran” dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus. Bangunan Stadthuys adalah salah ssebuah bangunan yang tertua yang telah dibina oleh Pemerintah Belanda di Melaka. Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Melacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya. Seterusnya, catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Selain itu, surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J.Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore. Seterusnya, tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, Stadthuys, seperti semua bangunan pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara, ianya juga dicat putih. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan oleh Belanda dan bandar tersebut menjadi tanah jajahan British. Pada tahun 1911, British mengecat bangunan Stadthuys dan Gereja Christ dengan warna merah salmon. Sebab-sebab sebenar mengapa bangunan ini telah dicat merah oleh British kini hilang ditelan zaman tetapi legenda dan teori-teori berkaitannya masih banyak. LEMBAH BUJANG (KEDAH)
  • 12. Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah. Ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan tinggalan sejarah di tapak arkeologi atau carigali seperti runtuhan candi, struktur bandar dan pelabuhan terpendam, ratusan ribu pecahan seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah Arab serta dari India, patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan semula semua artifak sejarah ini telah membuktikan bahawa telah wujudnya sebuah petempatan dan kerajaan pada masa yang lampau di Lembah Bujang. Kawasan Lembah Bujang pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua. Kerajaan Kedah Tua dikatakan bermula dengan pembukaan petempatan di Lembah Bujang. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha. Lembah bujang berkembang sebagai sebuah petempatan dan pelabuhan kerana mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Kebiasaannya, sesebuah tempat atau kawasan dipilih sebagai petempatan adalah berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya ialah mudah didatangi kerana kemudahan pengangkutan contohnya sungai dan jalan darat yang baik, terlindung daripada bencana semulajadi dan serangan lanun serta bekalan makanan yang mudah didapati.
  • 13. ISTANA LAMA SERI MENANTI (NEGERI SEMBILAN)
  • 14. SEJARAH PENUBUHAN Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama. Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British. Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut. Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan.
  • 15. BATU BERSURAT PADANG TARA (TERENGGANU)
  • 16. SEJARAH PENUBUHAN Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang. Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura. Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.
  • 18. SEJARAH PENUBUHAN Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Tugu Negara dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.