SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Prosa Tradisional
                              ( Hikayat Langlang Buana)

   Sinopsis


        Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang
pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui
bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang
bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor
burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi
yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak
berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan
Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap
pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan
dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai          tuan yang bernama Raja Indera
Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin
sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera
Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana
Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka.
Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera
Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan
keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan
angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan
daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu
mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja
Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya
pertumpahan darah yang dahsyat.


  Tema


Percintaan anak raja

Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik
perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup
kehilangan Raja Indera Bumaya.
Persoalan


1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar Untuk
   Menentang Hulubalang Raja Bahrum .

2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri Menjadi
   Seekor Burung Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.


 Watak dan Perwatakan


          WATAK                                        PERWATAKAN
                                Anak raja dari Negeri Lela Gambar
                                Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya
                                sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak
                                geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
                                Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama
                                Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu
                                kasih.
    Raja Indera Bumaya
                                Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung
                                bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya
                                daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.
                                Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat
                                ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya .
                                Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa
                                Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
                                Puteri Raja Bahrum Dewa
                                Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.
                                Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona
                                dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi    berlangir
                                Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila
                                mendapat burung Bayan
                                Sangat mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak sanggup
                                hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati.
                                Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada
                                bersama-sama puterinya.
                                Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung
                                Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan
     Raja Bahrum Dewa           anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya.
                                Mengambil       berat    akan   anakandanya.      Baginda
                                menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang
                                memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai
                                celaka dan memalukan baginda.
Latar


Latar Masa

   Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya.
    Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.
   Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir



Latar Tempat

   Kolam tempat Tuan Puteri mandi
   Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.
   Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya.


Latar Masyarakat

   Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

   Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja
    Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya.

   Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja
    Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya.


    Nilai


NILAI                                                        PERISTIWA

Nilai keberanian   Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa.
Nilai              Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga
Kasih sayang       sanggup mati bersama-samanya.
Nilai              Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya.
bekerjasama
Nilai              Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati
kebijaksanaan      Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Nilai              Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan
ketaatan           rakyat Raja Bahrum Dewa
Pengajaran

1.     Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya sanggup
       melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri .

2.     Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja
       Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya.

3.     Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma
       sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri.



Soalan

 1. Mengapakah Raja Indera Bumaya menjelma sebagai Burung Bayan ?

 2. Apakah punca yang menyebabkan Raja Bahrum Dewa amat marah ?



 Jawapan

 1. Raja Indera Bumaya ingin memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

 2. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah memalukan Raja Bahrum Dewa kerana memadu
    kasih dengan Raja Indera Bumaya di dalam mahligai .

More Related Content

What's hot

308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spmarisha akram
 
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5Atiqah Yoseob
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanHana Roxstar
 
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuPentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuYanti Nazirah
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.manjaiqbal257
 
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)Xiiao Irene
 
Pelan induk pembangunan luar bandar KKLW
Pelan induk pembangunan luar bandar KKLWPelan induk pembangunan luar bandar KKLW
Pelan induk pembangunan luar bandar KKLWAbdullah Musa
 
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi UtamaGeografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi UtamaJolynn Tee
 
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...KelvinSmart2
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratSUFINA SHUKRI
 
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARAKERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARAIzatul Hanim
 
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATNorWahida Salim
 

What's hot (20)

Negeri-negeri Melayu Baru
Negeri-negeri Melayu BaruNegeri-negeri Melayu Baru
Negeri-negeri Melayu Baru
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 
Cerita tahap 1
Cerita tahap 1Cerita tahap 1
Cerita tahap 1
 
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
 
Bab 3 sejarah ting 2
Bab 3 sejarah ting 2Bab 3 sejarah ting 2
Bab 3 sejarah ting 2
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladan
 
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuPentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
 
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
 
Nota Bahasa Melayu #1
Nota Bahasa Melayu #1Nota Bahasa Melayu #1
Nota Bahasa Melayu #1
 
5.1 Industri Kecil dan Sederhana
5.1 Industri Kecil dan Sederhana5.1 Industri Kecil dan Sederhana
5.1 Industri Kecil dan Sederhana
 
Kata Tugas 1
Kata Tugas 1Kata Tugas 1
Kata Tugas 1
 
Pelan induk pembangunan luar bandar KKLW
Pelan induk pembangunan luar bandar KKLWPelan induk pembangunan luar bandar KKLW
Pelan induk pembangunan luar bandar KKLW
 
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi UtamaGeografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
 
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif By Kelvin - Latihan pengukuhan - ayat aktif kepada ...
 
Teks bercerita bm
Teks bercerita bmTeks bercerita bm
Teks bercerita bm
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
 
Syair bidasari
Syair bidasariSyair bidasari
Syair bidasari
 
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARAKERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
 
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
 

Similar to Hikayat Langlang Buana

Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buanasrdz31
 
2 geliga hikmat
2 geliga hikmat2 geliga hikmat
2 geliga hikmatAini13
 
Hikayat indera nata form 4
Hikayat indera nata    form 4Hikayat indera nata    form 4
Hikayat indera nata form 4geeahmad
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihanabidin1961
 
Hikayat inderaputera bm
Hikayat inderaputera bmHikayat inderaputera bm
Hikayat inderaputera bmumimckk
 
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS Idrus Aizat
 
Hikayat inderaputera bm
Hikayat inderaputera bmHikayat inderaputera bm
Hikayat inderaputera bmumimckk
 

Similar to Hikayat Langlang Buana (15)

Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buana
 
Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buana
 
Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buana
 
School project
School projectSchool project
School project
 
Syair Misa Gumitar
Syair Misa GumitarSyair Misa Gumitar
Syair Misa Gumitar
 
2 geliga hikmat
2 geliga hikmat2 geliga hikmat
2 geliga hikmat
 
Hikayat Indera Nata
Hikayat Indera NataHikayat Indera Nata
Hikayat Indera Nata
 
Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Hikayat indera nata form 4
Hikayat indera nata    form 4Hikayat indera nata    form 4
Hikayat indera nata form 4
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
 
Nota padat hin
Nota padat hinNota padat hin
Nota padat hin
 
Hikayat inderaputera bm
Hikayat inderaputera bmHikayat inderaputera bm
Hikayat inderaputera bm
 
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
DUA GELIGA HIKMAT - NOTA RUJUKAN KOMSAS
 
Merah silu
Merah siluMerah silu
Merah silu
 
Hikayat inderaputera bm
Hikayat inderaputera bmHikayat inderaputera bm
Hikayat inderaputera bm
 

More from Azwira Ariwana

More from Azwira Ariwana (20)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 
Cerpen Pungut
Cerpen PungutCerpen Pungut
Cerpen Pungut
 
Cerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar AmanatCerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar Amanat
 

Hikayat Langlang Buana

  • 1. Prosa Tradisional ( Hikayat Langlang Buana) Sinopsis Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka. Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat. Tema Percintaan anak raja Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya.
  • 2. Persoalan 1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar Untuk Menentang Hulubalang Raja Bahrum . 2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Burung Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Watak dan Perwatakan WATAK PERWATAKAN Anak raja dari Negeri Lela Gambar Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih. Raja Indera Bumaya Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya . Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Puteri Raja Bahrum Dewa Periang. Tuan puteri suka bergurau senda. Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berlangir Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan Sangat mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati. Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya. Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan Raja Bahrum Dewa anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya. Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda.
  • 3. Latar Latar Masa  Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya. Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.  Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir Latar Tempat  Kolam tempat Tuan Puteri mandi  Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.  Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya. Latar Masyarakat  Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.  Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya.  Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya. Nilai NILAI PERISTIWA Nilai keberanian Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa. Nilai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga Kasih sayang sanggup mati bersama-samanya. Nilai Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya. bekerjasama Nilai Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati kebijaksanaan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Nilai Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan ketaatan rakyat Raja Bahrum Dewa
  • 4. Pengajaran 1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri . 2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya. 3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri. Soalan 1. Mengapakah Raja Indera Bumaya menjelma sebagai Burung Bayan ? 2. Apakah punca yang menyebabkan Raja Bahrum Dewa amat marah ? Jawapan 1. Raja Indera Bumaya ingin memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. 2. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah memalukan Raja Bahrum Dewa kerana memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya di dalam mahligai .