SlideShare a Scribd company logo
KESAN JEREBU
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah, rakyat Malaysia telah
digemparkan lagi dengan berita Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Kuala Lumpur
yang meningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu. Keadaan jerebu di Malaysia
yang berlaku secara tahunan telah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di bandar raya
besar tersebut. Masalah jerebu yang seperti bangkai gajah yang tidak dapat ditutup
dengan daun nyiru telah mendapat liputan meluas daripada pihak media massa dan
dalam kalangan rakyat Malaysia. Keadaan jerebu bertambah serius akibat berlakunya
fenomena El-Nino. Persoalannya, apakah faktor dominan berlakunya jerebu? Adakah pihak
kerajaan sahaja yang memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah jerebu
ini? Tepuk dada tanyalah selera. Oleh sebab setiap yang berlaku pasti ada akibatnya,
masalah jerebu telah mendatangkan pelbagai impak yang negatif kepada negara kita dan
juga rakyat kita.
Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan
terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap
setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh
2 kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda
jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di
Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala
aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup
buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa jelaslah jerebu boleh
mendatangkan keburukan terhadap negara kita.
Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih lemah
seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu
menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit
selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit
respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan
mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan
mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan
sakit kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah
bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada kesihatan orang ramai.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut
terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah
menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan
demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat
dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari
pendapatan buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing,
kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam
akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan
seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat
jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan
melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan
keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak
langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.
Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di negara
kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat ganda daripada
kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan kurang daripada yang biasa.
Hal ini akan menyebabkan tanaman akan mengambil masa yang lebih lama untuk
membesar. Kualiti dan hasil tanaman juga akan merosot. Hal ini disebabkan oleh proses
fotosintesis yang terjejas akibat kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses
pernafasan yang melibatkan penyerapan gas oksigen dan pembebasan gas karbon
dioksida ini menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok
balak akan mengambil masa yang lebih panjang untuk matang. Secara tegasnya, hasil dan
kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30 peratus. Sumber petani akan turut terjejas sekali
gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian turut terjejas. Bagi fauna pula,
hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan oksigen yang terlarut dalam air pula akan
berkurang dan hidupan akuatik seperti ikan-ikan tidak akan mendapat oksigen yang
secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu akan menjejaskan flora dan fauna negara.
Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan berganding
bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia bagi mendukung kebenaran yang
kita sepakati, persis kata cendekiawan, “bagai aur dengan tebing.” Sekiranya masalah ini
dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di hujung
tanduk.” Kebobrokan sikap anak-anak juga mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam
daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk mengatasi
masalah jerebu dan seterusnya menggapai impian Wawasan 2020. Sekiranya masalah
jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan
menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita
akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna lagi
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini
seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing
sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain.
Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha
untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan
semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak
mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak
mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah
dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari
bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar
seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus
diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita
dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan
perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid
akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam
mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di
dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.
Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-
murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di
institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-
besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik
ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan
Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan
perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-
pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan
filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat
cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di
kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari
kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di
samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum
tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai
bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu
masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-
pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-
pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah
selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah
dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan
menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati
ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak
dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk
dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan
datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi
individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang
memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan
menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan
dalam kalangan masyarakat
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN
KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
ANAK-ANAK
Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling
mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan
pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang
tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung
untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun
2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya
mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini
adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup
memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah
bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada
dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan
dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak
kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.
Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan
lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa
lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola
dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan
menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah
kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era
globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi
untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya
mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan
merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.
Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang
dan bekerja kerasdengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang
lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan
keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.
Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak
mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup
susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak
mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini
menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk
menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan
Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih
sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan
cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi
anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam
bidang pelajaran.
Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-
anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan
agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran.
Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak
mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam
masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM
2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna
mampu meraih kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu
adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan
agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga
demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.
Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-
anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur
dengan tebingdan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat
melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan
mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan
kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak
lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era
globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk
negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU
Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak
membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam
keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita
yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini
dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari
kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah
mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-
legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu
diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan
memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta
Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar
sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap
daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka
menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini,
kerana “sudah terhantuk baru tengadah”. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan
sikap sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis kilang
mereka harus disita. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu
mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang sistem penapisan asap dalam
kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam udara.
Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga dengan
organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif secara
giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang
perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut
mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut
diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu.
Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat
ditangani dengan cara yang efektif.
Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu
ialah pembenihan awanperlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada
menular. Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda
Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan demikian, kerja
pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,
suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, Titisan yang sangat ringan ini tidak
dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu, iodin perak ataupun ais kering akan ditabur
untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar
lalu ditarik oleh graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila
cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh memainkan peranan penting
apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa bersama jerebu
jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan pembenihan awan.
Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena jerebu. Ibu
bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah
mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di
bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu
bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada
anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam
supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu
kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”. Berpegang pada
prinsip “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa
sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan udara. Dalam membentuk
keperibadian mereka supaya menjadi individu yang mengamalkan sikap mesra alam, ibu
bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilai-nilai murni, seperti nilai
bertanggungjawab dan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam jiwa anak-anak untuk
menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka dalam memelihara kebersihan
udara. Ibu bapa turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata anak-anak mereka
terhadap isu jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran kerajaan.
Melalui langkah tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara serius ini sejak umur
yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu terhadap negara
supaya mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha menangani masalah jerebu.
Maka, peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu turut mendatangkan
impak positif kerana mereka menjadi penentu sahsiah generasi muda.
Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan pemimpin
dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh pembakaran
hutan serta mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin negara
Indonesia boleh memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti
dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan.
Mereka juga patut melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat
terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan
menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan.
Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak membakar
sampah sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran
sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan sebagai akibatnya
kesihatan manusia akan terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit
kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu,
kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan
tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah. Dengan adanya kerjasama daripada
masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani sebelumnasi menjadi bubur.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi
masalah
tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi.
Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia
dapat
berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang
sememangnya
berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah
jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama
FAKTOR JEREBU
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada
hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang
tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub
dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada
tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang
teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu,
Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks
Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat.
Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak
mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata
orang tua-tua , “ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”.
Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan
secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika
memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan
sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan
global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran
hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu
seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan
secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan
membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar
sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya.
Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah
separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.
Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa
kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini
dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah
rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka
sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat
pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah
mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap
daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah
jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan
kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa
asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin
dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan
asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujanjuga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta
buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin
telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan
setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang
memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan
sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai
selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan
berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke
angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara
kita.
Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal.
Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang
perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya,
sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan
udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk
mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang
mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan
nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk
apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah
sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal
dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita
lagi.
Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang
buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi
tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh
aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya
langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan
persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak
mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan
alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan
masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat
hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika
langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah
melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan
Pengangkutan Awam
“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun
yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang
rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat,
Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha
menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam
berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai
pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM)
dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong
pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang
proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan
pengangkutan awam.
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan
bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam
yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke
tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan
haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai
untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah
Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita.
Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang
masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara
barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket
untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata,
pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan
rakyat untuk mengatur pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan,
jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh
pengendali.
Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan
awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan
kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain
itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang
menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan
lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan.
Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian
penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal.
Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa
untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan
pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka
kurang keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan
untuk mendapat balik keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.
Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan
mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat
menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk
menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah
diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih
banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para
penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangancinta
akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan
sebagainya.Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca,
perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat
mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan
mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam
kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan
perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya,
langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang.
Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”, pendidikansejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk
menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan
supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam
dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep
yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik
daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar
yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej
buruk yang mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan
golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama
mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan
awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan
menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka
jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka.
Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan
jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke
sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan
darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga
manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-
usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan
awam.

More Related Content

What's hot

KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWANKELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
Asmawi Abdullah
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
Asmawi Abdullah
 
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Asmawi Abdullah
 
Pencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebuPencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebu
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Razali Samad
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
Asmawi Abdullah
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
Fariszuddin
 
Pa powerpoint
Pa powerpointPa powerpoint
Pa powerpoint
Syafizani Hoo
 
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananSem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Nafhatul Nadzirah
 
Skema kertas model 2
Skema kertas model 2Skema kertas model 2
Skema kertas model 2
Asmawi Abdullah
 
Bm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorikBm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorik
Kasmah De' Davinci
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierharalhaj
 
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarAktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
haralhaj
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
Nur Az
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Asmawi Abdullah
 
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Farhana Aisyah Norzelan
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkah
jayadarshu
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
Asri Mohad
 
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINTEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
Asmawi Abdullah
 

What's hot (20)

KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWANKELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
KELEMBAPAN UDARA DAN PEMBENTUKAN AWAN
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
 
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
Bahagian B Tema 4 Globaslisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.
 
Pencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebuPencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebu
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
 
Pa powerpoint
Pa powerpointPa powerpoint
Pa powerpoint
 
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananSem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
 
Skema kertas model 2
Skema kertas model 2Skema kertas model 2
Skema kertas model 2
 
Bm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorikBm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorik
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertier
 
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarAktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
 
AIR TANIH
AIR TANIHAIR TANIH
AIR TANIH
 
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkah
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
 
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINTEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
 

Viewers also liked

Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanLangkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanAzli Aziz
 
Jerebu powerpoint
Jerebu powerpointJerebu powerpoint
Jerebu powerpoint
Kavitha Manoharan Vita
 
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysiakesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap MalaysiaSuci Larasati
 
Form 1 Science text book Chap1answer
Form 1 Science text book Chap1answerForm 1 Science text book Chap1answer
Form 1 Science text book Chap1answer
christine tlz
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
UNie ONie
 
Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah Belalang Chizu
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
share with me
 
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatanKesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Mohd Shukri Suib
 
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan SebayaContoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebayanazri15
 

Viewers also liked (11)

Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanLangkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
 
Jerebu powerpoint
Jerebu powerpointJerebu powerpoint
Jerebu powerpoint
 
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysiakesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
 
Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 
Form 1 Science text book Chap1answer
Form 1 Science text book Chap1answerForm 1 Science text book Chap1answer
Form 1 Science text book Chap1answer
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
Dadah
DadahDadah
Dadah
 
Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatanKesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
 
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan SebayaContoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
 

Similar to Kesan jerebu

Langkah
LangkahLangkah
Langkah
misssyakira
 
Aqillassay
AqillassayAqillassay
Aqillassay
Aqilla Yasmin
 
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
MohdTajuddin
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
sairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
sairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
sairee
 
Soalan karangan PA
Soalan karangan PASoalan karangan PA
Soalan karangan PA
lealolalita7
 
bab 7(pengajian malaysia)
bab 7(pengajian malaysia)bab 7(pengajian malaysia)
bab 7(pengajian malaysia)
YASMINE HASLAN
 
globalisasi
globalisasiglobalisasi
globalisasi
Sopha Mustafa
 
Dampak perkembangan teknologi
Dampak perkembangan teknologiDampak perkembangan teknologi
Dampak perkembangan teknologichris_william
 
Karangan yg siap
Karangan yg siapKarangan yg siap
Karangan yg siap
Nur Ameena
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3
Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3
Kay Aniza
 
Implementasi prinsip 3 r (reuse, reduce, dan recycle) di dalam penyelenggaraa...
Implementasi prinsip 3 r (reuse, reduce, dan recycle) di dalam penyelenggaraa...Implementasi prinsip 3 r (reuse, reduce, dan recycle) di dalam penyelenggaraa...
Implementasi prinsip 3 r (reuse, reduce, dan recycle) di dalam penyelenggaraa...Pratiwi Pratiwi
 
Tugasan bm
Tugasan bm Tugasan bm
Tugasan bm
zaleha abdullah
 
MASALAH SOSIAL
MASALAH SOSIALMASALAH SOSIAL
MASALAH SOSIAL
Phopy Dwi Pratiwi
 
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsanganLatihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangangmurugian
 
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
firo HAR
 
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa firo HAR
 

Similar to Kesan jerebu (20)

Langkah
LangkahLangkah
Langkah
 
Aqillassay
AqillassayAqillassay
Aqillassay
 
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
 
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Soalan karangan PA
Soalan karangan PASoalan karangan PA
Soalan karangan PA
 
bab 7(pengajian malaysia)
bab 7(pengajian malaysia)bab 7(pengajian malaysia)
bab 7(pengajian malaysia)
 
globalisasi
globalisasiglobalisasi
globalisasi
 
Dampak perkembangan teknologi
Dampak perkembangan teknologiDampak perkembangan teknologi
Dampak perkembangan teknologi
 
Karangan yg siap
Karangan yg siapKarangan yg siap
Karangan yg siap
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3
 
Implementasi prinsip 3 r (reuse, reduce, dan recycle) di dalam penyelenggaraa...
Implementasi prinsip 3 r (reuse, reduce, dan recycle) di dalam penyelenggaraa...Implementasi prinsip 3 r (reuse, reduce, dan recycle) di dalam penyelenggaraa...
Implementasi prinsip 3 r (reuse, reduce, dan recycle) di dalam penyelenggaraa...
 
Tugasan bm
Tugasan bm Tugasan bm
Tugasan bm
 
MASALAH SOSIAL
MASALAH SOSIALMASALAH SOSIAL
MASALAH SOSIAL
 
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsanganLatihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
 
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
 
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa Cabrn pmbinaan ngara bgsa
Cabrn pmbinaan ngara bgsa
 

Kesan jerebu

  • 1. KESAN JEREBU Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah, rakyat Malaysia telah digemparkan lagi dengan berita Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Kuala Lumpur yang meningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu. Keadaan jerebu di Malaysia yang berlaku secara tahunan telah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di bandar raya besar tersebut. Masalah jerebu yang seperti bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan daun nyiru telah mendapat liputan meluas daripada pihak media massa dan dalam kalangan rakyat Malaysia. Keadaan jerebu bertambah serius akibat berlakunya fenomena El-Nino. Persoalannya, apakah faktor dominan berlakunya jerebu? Adakah pihak kerajaan sahaja yang memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah jerebu ini? Tepuk dada tanyalah selera. Oleh sebab setiap yang berlaku pasti ada akibatnya, masalah jerebu telah mendatangkan pelbagai impak yang negatif kepada negara kita dan juga rakyat kita. Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap negara kita. Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada kesihatan orang ramai. Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu. Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di negara kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat ganda daripada kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan kurang daripada yang biasa.
  • 2. Hal ini akan menyebabkan tanaman akan mengambil masa yang lebih lama untuk membesar. Kualiti dan hasil tanaman juga akan merosot. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan penyerapan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil masa yang lebih panjang untuk matang. Secara tegasnya, hasil dan kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30 peratus. Sumber petani akan turut terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian turut terjejas. Bagi fauna pula, hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan oksigen yang terlarut dalam air pula akan berkurang dan hidupan akuatik seperti ikan-ikan tidak akan mendapat oksigen yang secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu akan menjejaskan flora dan fauna negara. Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia bagi mendukung kebenaran yang kita sepakati, persis kata cendekiawan, “bagai aur dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” Kebobrokan sikap anak-anak juga mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk mengatasi masalah jerebu dan seterusnya menggapai impian Wawasan 2020. Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan. Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid
  • 3. akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid- murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar- besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang- pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin- pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin- pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat
  • 4. PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak. Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak. Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan bekerja kerasdengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran. Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak- anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran.
  • 5. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik. Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak- anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebingdan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar- legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana “sudah terhantuk baru tengadah”. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif.
  • 6. Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu ialah pembenihan awanperlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada menular. Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan demikian, kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, Titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu, iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh memainkan peranan penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa bersama jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan pembenihan awan. Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena jerebu. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”. Berpegang pada prinsip “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan udara. Dalam membentuk keperibadian mereka supaya menjadi individu yang mengamalkan sikap mesra alam, ibu bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilai-nilai murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam jiwa anak-anak untuk menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka dalam memelihara kebersihan udara. Ibu bapa turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata anak-anak mereka terhadap isu jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran kerajaan. Melalui langkah tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara serius ini sejak umur yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu terhadap negara supaya mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha menangani masalah jerebu. Maka, peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu turut mendatangkan impak positif kerana mereka menjadi penentu sahsiah generasi muda. Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan. Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak membakar sampah sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu,
  • 7. kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah. Dengan adanya kerjasama daripada masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani sebelumnasi menjadi bubur. Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama FAKTOR JEREBU Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , “ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”. Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu. Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap
  • 8. daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujanjuga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita. Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing- masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi. Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
  • 9. Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam “Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali. Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapat balik keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam. Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk
  • 10. menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangancinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya.Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang. Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikansejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka. Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha- usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan awam.