SlideShare a Scribd company logo
BAHAGIANKHIDMATSOKONGANDANPEMBANGUNANINDUSTRI (KSI)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan programAgro pelancongan?
ProgramAgropelancongan telah mula diperkenalkan oleh MOA sejak tahun 1989
melalui pembangunan Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah
Alam, Selangor.
Secara asasnya, sektor agropelancongan boleh dikategorikan kepada tiga (3)
kategori utama iaitu:
i. Agropelancongan berasaskan ladang tanaman
ii. Agropelancongan berasaskan ladang ternakan
iii. Agropelancongan berasaskan perikanan.
2. Di manakah saya boleh mendapat senaraipusat-pusatagropelancongan yang
terdapat di Malaysia?
Jabatan dan Agensidi bawah Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tanitelah
membangunkan 35 pusatagropelancongan di seluruh Malaysia. Direktori
Agropelancongan Malaysia boleh didapati di Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani di laman web Agrolink: http://www.moa.gov.my/rekreasi_pelancongan
3. Apakah bantuan yang disediakan oleh pihak Kementerian dalam pembangunan
pusatagropelancongan?
Strategi pembangunan programagropelancongan adalah menjurus kepada usaha-
usaha untuk menyedia, melengkap dan meningkatkan kemudahan infrastruktur
seperti jalan masuk, pondok wakaf, tempatletak kereta dan tandas awam. Kos
pembinaan atau penyediaan kemudahan-kemudahan tersebutadalah dibiayai
menerusipemberian secara langsung oleh Jabatan/Agensidi bawah MOA.
Manakala projek-projek atau kegiatan yang mempunyaiciri-ciri komersilseperti
pembinaan chalet, restoran dan gerai makanan dibiayai sama ada oleh pihak
swasta atau Jabatan/AgensiKerajaan.
4. Saya difahamkan Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tanimempunyai
tanah untuk diberi kepada orang ramai. Bagaimanakah cara untuk saya memohon
tanah Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani?
Individu yang berminatuntuk mengusahakan ternakan lembu tetapi tidak
mempunyaitanah boleh berhubung terus dengan Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat. Permohonan
terus dengan Kementerian boleh dikemukakan melalui Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Taniuntuk pertimbangan.
5. Adakah Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tanimempunyaitanah untuk
disewa, dipajak atau diagihkan kepada orang ramai? Bagaimanakah saya boleh
mendapatkan tanah berkenaan?
Tanah yang dikawaloleh Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Taniadalah
didaftarkan di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Permohonan
boleh dikemukakan terus ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian untuk
mendapatkan ulasan dariKementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani
6. Adakah Kerajaan menyediakan bantuan pinjaman mudah untuk menjalankan
projek pertanian dan asas tani?
Dalam Rancangan Malaysia Ke9, Kerajaan telah menyediakan Dana sebanyak
RM830 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang disalurkan melalui Bank
Pertanian Malaysia (BPM). Skim-skimtersebutadalah:
SkimKredit Padi
SkimPembiayaan MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB)
SkimKredit IKS
SkimKredit Pengeluaran Makanan
SkimUsahawan Tani Siswazah Komersial
SkimPembangunan Pertanian Bukan Makanan
SkimPembiayaan Bot Perikanan. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui
cawangan Agrobank berhampiran.
WARISAN BUDAYA.
Kepentingan budayatradisonal kita
Posted on 16 Mac, 2008 by admin
Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan.
Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di
negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan
sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada
warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana
mempunyai identiti tersendiri.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya
tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya,
pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya
tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia.
Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah
terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain
dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas
mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih
dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan
sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan
identiti ini perlu dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat
majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung-
mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran.
Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut
merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling
mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan
memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat
Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini
akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya,
keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di
kebanyakan tempat, misalnya di Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik
ialah budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional
seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan
gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati
corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita
dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang
merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi,
budaya penting untuk mengembangkan pelancongan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui
budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak
akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup
nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian
Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang
banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga
mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan
benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya
Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi
muda harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan
kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan
kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan
warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya
sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan
bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu
menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat
dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini,
warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda
melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya
boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh
menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan
mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada
mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan
terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai
mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat
dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan
pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media
massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai. Sehubungan
dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan
lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh
diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya.
Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya.
Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan,
pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus
dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas
televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.
Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di
muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”.
Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya
dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya
terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek
hujan.
KELUARGA SAKINAH
1- Apakah maksud Keluarga Sakinah ?
Keluarga Sakinah perlu dijadikan suatu cita-cita oleh semua umat Islam. Asas
sebuah ummah yang kuat adalah lahir daripada rumahtangga yang kuat
berpegang dengan agama Islam. Sakinah bermaksud ketenangan. Kita boleh rujuk
di dalam Surah Al-Furqan, ayat74.
Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami
isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan
jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
Kata sahabatIbnu Alias, Keluarga Sakinah ialah di dalam sesebuah keluarga itu
mereka patuh kepada perintah Allah.
Oleh itu, Keluarga Sakinah adalah keluarga yang dilahirkan ketenangan dan
kedamaian.
2- Di mana asas ketenangan sesebuah keluarga?
Asas ketenangan sesebuah keluarga itu berbalik kepada insan itu sendiri iaitu si
ayah dan si ibu tersebut sebelum mereka berkahwin. Oleh itu, kemantapan
agama seseorang itu amatlah penting untuk mewujudkan sesebuah keluarga yang
tenang dan terteram jiwa.
3- Di mana keberkatan sesebuah rumah tangga?
Jika kita membeli sesebuah kereta atau apa jua barangan akan dibekalkan sebuah
manual sebagai panduan kita. Oleh itu, Allah juga telah bekalkan kita sebuah
manual yang hebat untuk dijadikan panduan sehingga hari kiamat. Jika sebuah
kereta mempunyaisebuah manual, apatah lagi manusia yang beroperasidi muka
bumi ini sudah tentu mempunyai manualnya.
Oleh itu, kita perlu rujuk manual yang telah dibekalkan kepada kita iaitu Al-Quran.
Keluarga Sakinah bukanlah sebuah keluarga yang tiada masalah, tetapi mereka
dapat menghadapi setiap permasalahan itu dengan penuh keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
4- Bagaimana seseorang bapa atau ibu yang sedang hadapi permasalahan di
dalam keluarga mereka sekarang. Adakah masih ada jalan penyelesaian?
Dr Danial menceritakan pengalaman beliau sendiri menghadapi sepasang suami
isteri yang berpengaruh dan dilimpahi kemewahan tetapi kekurangan aspek
agama. Anak-anak mereka lalai dengan kemewahan dunia dan tidak hormati
mereka sebagaiibu bapa. Oleh itu, beliau meminta mereka melakukan langkah
pertama dengan bertaubatdan mengakui kesilapan. Jumpa anak-anak dan akui
kesilapan mereka di dalam memberi didikan agama. Alhamdulillah, selepas itu
anak-anak mereka pun maafkan mereka dan sama-sama kemasjid untuk solat
berjemaah yang tidak pernah mereka lakukannya sebelumini.
Ibu bapa perlu beri contoh yang baik kepada anak-anak. AlQuran bukan setakat
dibaca tetapi dikaji.
5- Kenapa ibu bapa masa kini tidak boleh dijadikan contoh kepada anak-anak?
Kita perlu lihat bagaimana tahap pendidikan agama mereka sebelum berkahwin.
Perumpaannya ialah sesebuah perkahwinan itu diibaratkan sebuah kapal. Jika
pada mulanya lagi kapalitu sudah bocor kerana kekurangan amalan agama di
dalamnya. Bagaimana dengan kapaltersebut ingin terus berlayar? Lama kelamaan
kapal tersebutsemakin luas bocornya dan akhirnya tenggelam. Maka sebab itu
sesebuah perkahwinan itu banyak berakhir dengan penceraian.
Oleh itu amat penting ibu bapa atau pasangan suamiisteri cuba perbaiki diri dari
semasa ke semasa terutama berkaitan ilmu agama.
6- Apakah kecemerlangan yang sebenarnya yang perlu dicari?
Surah Al-Baqarah ayat 201 bermaksud "Dan diantara mereka ada orang yang
bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami dari siksa neraka."
Oleh itu, kecemerlangan yang dicari dan dikejar oleh kita ialah kejayaan di dunia
dan di akhirat. Kita perlu ubah pemikiran jika hanya mahu berjaya di dunia
semata-mata. Anak-anak perlu cemerlang di dalam IQ, EQ dan juga SQ.Jika
berjaya di dalam peperiksaan sahaja, maka hanya IQ sahaja cemerlang. Oleh itu,
perlu ada kesimbangan di dalam semua aspek kehidupan terutama berkaitan
hubungan dengan Allah s.w.t.
Ujar Ustaz Roslan pula ialah hubungan ibu bapa tidak mantap dengan Allah s.w.t
menyebabkan anak-anak juga tidak menjaga hubungan mereka dengan Allah
s.w.t. Kebanyakan daripada kita meletakkan keutamaan tidak pada tempatnya.
Contoh, kita akan memaksa anak tepat waktu menghadiri kelas tuisyen tetapi
anak-anak diberi kelonggaran jika terlewat atau tertinggal waktu solat.
7- Apakah ciri-ciri segera Keluarga Sakinah?
Satu perkara sahaja yang perlu ada di dalam sesebuah keluarga atau terapkan ke
dalam diri anak-anak iaitu INGATKANALLAH. Di mana jua berada di muka bumi,
sentiasa ingatkan Allah s.w.tpada setiap masa. Insya-Allah mereka akan terhindar
daripada melakukan sesuatu yang menyalahi batas-batas yang ditetapkan oleh
Islam.
WARGA TUA.
Jun 23, 2007 — mindabahasa
Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu sepertiwarga emas
atau golongan veteran. Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang
berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang selalu beranggapan
bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang
ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu
tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif
dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan
negara dan bangsa.
Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat
kebangsaan diadakan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan
kepada golongan tersebutagar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu
golongan yang membawa beban. Tanggapan sebeginiharuslah dikikis,
malahan golongan muda haruslah menghargai jasa mereka selama
ini. Semua agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan
menghargai segala jasa baik golongan tua. Kita perlu sentiasa beringat
bahawa kita juga akan menjadi tua dan pada ketika itu, kita juga mahu agar
orang lain menghormati dan menyayangi diri kita. Apakah sumbangan
yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya banyak perkara
boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan
negara. Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan dengan menyumbang idea yang bernas berdasarkan
pengalaman yang telah dilalui. Yang utama ialah semangat untuk hidup
dan memberikan sumbangan yang berguna kepada manusia di sekeliling
kita.
Bagi generasimuda, mereka masih bergantung harap kepada golongan
tua dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku
kehidupan yang penuh mencabar ini. Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari
mereka, generasimuda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir
luar yang mempunyai niat yang jahat. Jika ini berlaku, keharmonian
sebuah negara boleh tergugat. Oleh itu, golongan tua hendaklah terus
membimbing golonganmuda berdasarkan pengalaman mereka agar hala
tuju hidup golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna.
Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit
tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan
kemampuan mereka. Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar
kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun
seorang profesorbolehmenulis artikel-artikel ilmiah yang bersesuaian
dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan
oleh masyarakat umum. Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh
juga mengajar bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar
rumahnya. Bagi yang mempunyai kemahiran, misalnya mahir bertukang,
melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu untuk
mendapatkan sedikit pulangan. Beberapacontoh yang disebutkan di atas
hanyalah beberapasaranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga
emas untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan
agama.
Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang
ingin mereka sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri
hari tua mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan itu kelihatannya
kecil, golongan ini tidak perlulah berasa rendah diri atau merasakan
usahanya sia-sia kerana semua yang besardan hebat itu bermula dari
yang kecil kerana sedikit-sedikitlama-lama menjadi bukit. Hal ini kerana
sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai impak yang besar pada
kemudian hari. Walaupun begitu, mungkin ada sesetengahwarga tua
yang berpendapatbahawa masa tua ini adalah masa untuk mereka
berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan anak-
anak. Namun begitu pendapat sebeginitidak tepat kerana sikap
tersebut akan hanya mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang mereka ada
sedangkan ilmu di dada mereka itu amat berguna dan diperlukan dalam
membantu membangunkan negara.
Lagipun, ramai yang berpendapatbahawa jika golongan warga emas ini
hanya mahu berehat, mereka akan lebih mudah ‘sakit’. Untuk menjamin
sumbangan yang lebih berkesan, kesihatan warga tua ini perlulah diberikan
perhatian. Di samping itu, penjagaan makanan dan pengambilan makanan
tambahan juga adalah amat digalakkan. Mereka harus prihatin dengan
apa yang dimakan kerana sesuatu yang dimakan itu akan menjadi darah
daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran
seseorang. Dalam masa yang sama, golongan warga emas ini perlulah
sentiasa bersikap terbuka, senang didekati dan bersediabertukar-tukar
idea dengan golongan muda agar percambahan ilmu antara mereka dan
golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara
semulajadi. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada proses
ini. Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu memberikan
sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan
negara. Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia
emas dengan penuh gemilang.
PELANCONGANKESIHATAN
IndustriPelancongan Kesihatan Di Malaysia
Industripelancongan kesihatan semakin mendapat tempat dalam kalangan
masyarakatkini. Fenomena ini telah mencetuskan pelbagai reaksidalam kalangan
masyarakatglobaldan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah memajukan industri
pelancongan kesihatan di Malaysia.
Sebagaimana yang kita sedari, industripelancongan memainkan peranan yang
semakin penting dan dominan sebagai nadi ekonomidalam menjana
pertumbuhan ekonomi dan memangkinkan pembangunan di Malaysia. Pada
tahun 1990, kerajaan Malaysia telah mengadakan Tahun Melawat Malaysia untuk
menggamit kebanjiran pelancong baik dari negara atas angin mahupun dari
negara bawah angin. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bidang pelancongan
mendatangkan manfaat yang tidak ternilai dan menjanjikan pulangan yang
lumayan. Selain menjadisumber pendapatan negara, industripelancongan
berperanan mustahak dalam membaiki, dan meningkatkan taraf hidup rakyat
dengan mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan, perhotelan,
perniagaan dan penghasilan kraftangan agar rakyatdapat mencari nafkah hidup
dan mata pencarian dengan tulang empat kerat dan mengikis sikap menantikan
nasi disajikan kemulut. Atas kesedaran ini, segala sumber kekuatan Malaysia
dalam industripelancongan harus dicungkil, dikembangkan dan dimanfaatkan
semaksimumnya dengan terancang agar impian Malaysia sebagaidestinasi
pelancongan antarabangsa yang tersohor tercapai secemerlangnya. Dalam
konteks ini, salah satu bidang dalam industripelancongan ialah pelancongan
kesihatan. Menurut Kamus Dewan, pelancongan kesihatan bertujuan untuk
menarik pelancong berkunjung keMalaysia atas sebab perawatan dan perubatan
di samping makan angin. Persoalan yang berputar-putar dalam kotak minda kita
ialah apakah langkah-langkah untuk memajukan industripelancongan kesihatan
di Malaysia? Oleh itu, langkah-langkah memajukan industripelancongan yang
mewarnaifokus perbincangan akan dikupas lebih mendalam untuk kepentingan
semua pihak terutama rakyatdan negara kita.
Jika kita bersedia memeras otak dan berhempas pulas, pendekatan yang berkesan
untuk memajukan industri pelancongan kesihatan tentu ada kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Sebagai mukadimah perbincangan, Kementerian
Kesihatan dan Kementerian Pelancongan harus bekerjasama sepertiberat sama
dipikul, ringan sama dijinjing untuk membina kewibawaan dan kredibiliti Malaysia
dalam indutri pelancongan kesihatan. Kerajaan harus mengupah pakar perubatan
yang terkenal di luar negara untuk melatih staf sokongan kesihatan misalnya
jururawat, juruterapi, jurulatih kecergasan, jurusolek dan tukang urut. Universiti
dan kolej perubatan swasta harus ditubuhkan untuk melatih doktor berkelayakan
profesional, berdedikasidan mahir. Dalam hal ini, doktor yang telah bersara patut
dilantik semula secara kontrak bagi memberikan tunjuk ajar dan melatih mereka
yang pengalamannya baru setahun jagung setampuk pinang dan berpengetahuan
cetek dalam bidang perubatan. Doktor yang telah bersara sebenarnya mempunyai
pengetahuan yang amat luas kerana mereka dianggap seperti kelapa, makin tua
makin berminyak. Disamping itu, kerjasama dan pertukaran kepakaran dengan
negar-negara lain harus dijalankan bagi berkongsimaklumatkritikal agar lebih
mahir dan cekap dalam merawat penyakityang sofistikated. Tegasnya, jika kualiti
dan kuantiti staf sokongan dapatdicari jalan penyelesaian, negara Malaysia sudah
pasti akan diyakini oleh pelancong asing yang datang dari Timur mahupun Barat.
Sebagai lontaran idea kedua, pengaplikasian teknologi yang canggih dan lengkap
dalam bidang perubatan amat penting bagi memajukan industripelancongan
kesihatan seperti yang dikatakan oleh nenek moyang kita mengais hendaklah
berkuku kerana tanpa fasilitet dan kemudahan yang canggih, pakar perubatan
tidak dapat menunjukkan kepakaran mereka. Dalamhal ini, pusatpemulihan
kesihatan yang dapat memenuhi pelbagai keperluan pelancong harus ditubuhkan
selengkapnya. Sebagaicontoh, Pusat Jantung Malaysia di Kuala Lumpur harus
didirikan di bandar utama supaya dapatmemberikan perkhidmatan kepada
pelancong yang menghidap penyakitkardiovaskular. Seterusnya, pusatpenjagaan
kesihatan harus ditubuhkan untuk membantu pesakit diabetes mengawal berat
badan yang sesuaidan memberikan nasihat serta rawatan kepada mereka
tentang pengamalan pemakanan yang seimbang dan mengikisan konsep hidup
untuk makan. Bagi pelancong yang mementingkan kecantikan fizikal, pusat
perawatan muka dan pelangsingan badan seperti spa harus ditubuhkan dan
dikawalsecara profesionalagar dapat memelihara kecantikan, kelangsingan
badan dan kesihatan dariluar dan dalam bak bulan purnama.
Dalam usaha memajukan industripelancongan kesihatan, kos perubatan dan
perawatan tidak dapat diketepikan. Memang lumrah bahawa kos perubatan dan
perawatan yang kompetitif malah lebih rendah tetapi mutu perkhidmatan
setanding negara maju yang lain dapat menggamit kebanjiran pelancong asing ke
Malaysia. Menurut laporan ‘News Straits Times’, PusatPemulihan Mahkota
Melaka yang menawarkan perubatan dan perawatan yang tarafnya setanding
dengan negara Barat tetapi dengan kos yang rendah telah berjaya menarik
pelancong negara serantau yang berjumlah 2 000 orang sebulan. Tidak
ketinggalan juga, kemudahan insurans kesihatan harus disediakan secara talian
terus supaya pelancong dapat berkunjung kenegara kita untuk mendapat
rawatan dan perubatan dengan lebih yakin dan selesa. Berbekalkan cogan kata,
mesra pelanggan, industripelancongan kesihatan di Malaysia akan dapat gah ke
puncak kegemilangannya.
Seperkara lagi, teknik promosiyang pragmatik harus dilaksanakan bagi
memajukan industripelancongan kesihatan di Malaysia. Dalam hal ini, maklumat
komprehensif berkaitan dengan perawatan dan perubatan di Malaysia sepatutnya
disebar luas kepada masyarakatglobal. Media massa merupakan wahana dan
medium yang amat berkesan dalam penyebaran maklumatkerana berkembang
pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Selain itu, maklumat berkenaan juga
perlu disebarkan di lokasiyang strategik di tempat awamdi luar negara agar
dapat menarik kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Pada masa yang sama,
pihak hospitalhendaklah berusaha mendapatpengiktirafan terutamanya di
peringkatantarabangsa. Atas kesedaran ini, pihak hospital perlu memenuhi syarat
yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak kurang penting juga,
pihak hospitaljuga harus mencipta laman web sendiri untuk menonjolkan
kecanggihan perubatan dan perawatan hospital masing-masing. Janganlah pihak
hospital mencari alasan dan bersikap genggam-genggambara api rasa hangat
dilepaskan kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Kesimpulannya, kudratdan usaha yang berlipat ganda harus digembleng
sepadunya dalam usaha memajukan industripelancongan kesihatan. Harus kita
sedari, setiap bangunan yang tersergammegah tidak bergantung pada sebatang
tiang sahaja tetapi tiang-tiang dan pasak-pasak yang saling menopang antara satu
sama lain kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kejayaan yang semanis madu
tidak akan dapat kita kecapi tanpa curahan usaha yang sepahit hempedu kerana
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Atas
kesedaran ini, kerajaan perlu bersikap proaktif, progresif dan dinamik dalam
memajukan industripelancongan kesihatan. Seandainya segenap lapisan
masyarakatbekerjasama selangkah sederap, bertindak sepakatseia sekata dan
bergerak sehati sejiwa, sudah pastiusaha kita dalam membangunkan industri
pelancongan kesihatan akan berjaya dan Malaysia akan terkenal sebagaidestinasi
pelancongan kesihatan antarabangsa dipersada dunia

More Related Content

Viewers also liked

Трубчатый пастеризатор
Трубчатый пастеризаторТрубчатый пастеризатор
Трубчатый пастеризатор
qwer78
 
Edge 2016 your hero images need you
Edge 2016 your hero images need youEdge 2016 your hero images need you
Edge 2016 your hero images need you
akamaidevrel
 
Rhythm
RhythmRhythm
오픈스택 커뮤니티 소개 및 기술 동향
오픈스택 커뮤니티 소개 및 기술 동향오픈스택 커뮤니티 소개 및 기술 동향
오픈스택 커뮤니티 소개 및 기술 동향
Nalee Jang
 
slidershare
slidershareslidershare
slidershare
Alvaro Castillo
 

Viewers also liked (6)

Трубчатый пастеризатор
Трубчатый пастеризаторТрубчатый пастеризатор
Трубчатый пастеризатор
 
201602151126
201602151126201602151126
201602151126
 
Edge 2016 your hero images need you
Edge 2016 your hero images need youEdge 2016 your hero images need you
Edge 2016 your hero images need you
 
Rhythm
RhythmRhythm
Rhythm
 
오픈스택 커뮤니티 소개 및 기술 동향
오픈스택 커뮤니티 소개 및 기술 동향오픈스택 커뮤니티 소개 및 기술 동향
오픈스택 커뮤니티 소개 및 기술 동향
 
slidershare
slidershareslidershare
slidershare
 

Similar to Tugasan bm

Kewirausahaan
KewirausahaanKewirausahaan
Kewirausahaan
Pamela Smith
 
Profile MATRA 2020 A
Profile MATRA 2020 AProfile MATRA 2020 A
Profile MATRA 2020 A
Hai Dai
 
Peningkatan PAD Kalimantan Tengah
Peningkatan PAD Kalimantan Tengah Peningkatan PAD Kalimantan Tengah
Peningkatan PAD Kalimantan Tengah
gifariwk
 
Rencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan MelayuRencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan MelayuPuteri Farahin
 
proposal-bussiness-plan-wisata-edukasi-sebagai-upaya-pelestarian-dan-pengenal...
proposal-bussiness-plan-wisata-edukasi-sebagai-upaya-pelestarian-dan-pengenal...proposal-bussiness-plan-wisata-edukasi-sebagai-upaya-pelestarian-dan-pengenal...
proposal-bussiness-plan-wisata-edukasi-sebagai-upaya-pelestarian-dan-pengenal...
PETUAPESONAUTTANUA
 
Buku Membangun Desa Wisata
Buku Membangun Desa WisataBuku Membangun Desa Wisata
Buku Membangun Desa Wisata
TV Desa
 
Srini mutia r.
Srini mutia r.Srini mutia r.
Srini mutia r.rinoarpa
 
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
NurZahidah22
 
Proposal desa budaya panggungharjo sewon bantul
Proposal desa budaya panggungharjo sewon bantulProposal desa budaya panggungharjo sewon bantul
Proposal desa budaya panggungharjo sewon bantul
Training Management Forum of Indonesia
 
Makalah kewarganegaraan (repaired)
Makalah kewarganegaraan (repaired)Makalah kewarganegaraan (repaired)
Makalah kewarganegaraan (repaired)Agustina Aryanti
 
koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh Nadia Bohari
 
Proposal festival kampung sarjana
Proposal festival kampung sarjanaProposal festival kampung sarjana
Proposal festival kampung sarjana
Kampung Sarjana
 
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docxBusiness Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
HeriHermawan66
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Loh Yan
 
Budaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptx
Budaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptxBudaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptx
Budaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptx
SatrioSitumorang
 

Similar to Tugasan bm (20)

Hw anis
Hw anisHw anis
Hw anis
 
Hw anis
Hw anisHw anis
Hw anis
 
Hw anis
Hw anisHw anis
Hw anis
 
Kewirausahaan
KewirausahaanKewirausahaan
Kewirausahaan
 
Profile MATRA 2020 A
Profile MATRA 2020 AProfile MATRA 2020 A
Profile MATRA 2020 A
 
Peningkatan PAD Kalimantan Tengah
Peningkatan PAD Kalimantan Tengah Peningkatan PAD Kalimantan Tengah
Peningkatan PAD Kalimantan Tengah
 
Rencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan MelayuRencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan Melayu
 
proposal-bussiness-plan-wisata-edukasi-sebagai-upaya-pelestarian-dan-pengenal...
proposal-bussiness-plan-wisata-edukasi-sebagai-upaya-pelestarian-dan-pengenal...proposal-bussiness-plan-wisata-edukasi-sebagai-upaya-pelestarian-dan-pengenal...
proposal-bussiness-plan-wisata-edukasi-sebagai-upaya-pelestarian-dan-pengenal...
 
Buku Membangun Desa Wisata
Buku Membangun Desa WisataBuku Membangun Desa Wisata
Buku Membangun Desa Wisata
 
Srini mutia r.
Srini mutia r.Srini mutia r.
Srini mutia r.
 
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
Peranan mengalakkan warisan budaya tradisional tidak lenyap di telan peredera...
 
Proposal desa budaya panggungharjo sewon bantul
Proposal desa budaya panggungharjo sewon bantulProposal desa budaya panggungharjo sewon bantul
Proposal desa budaya panggungharjo sewon bantul
 
Makalah kewarganegaraan (repaired)
Makalah kewarganegaraan (repaired)Makalah kewarganegaraan (repaired)
Makalah kewarganegaraan (repaired)
 
koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh
 
Proposal festival kampung sarjana
Proposal festival kampung sarjanaProposal festival kampung sarjana
Proposal festival kampung sarjana
 
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docxBusiness Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
 
Pariwisata dan olahraga
Pariwisata dan olahragaPariwisata dan olahraga
Pariwisata dan olahraga
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1
 
Proposal 2015
Proposal 2015Proposal 2015
Proposal 2015
 
Budaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptx
Budaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptxBudaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptx
Budaya Nasional dan Pariwisata Indonesia.pptx
 

Recently uploaded

Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
adolfnuhujanan101
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
setiatinambunan
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 

Recently uploaded (20)

Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 

Tugasan bm

  • 1. BAHAGIANKHIDMATSOKONGANDANPEMBANGUNANINDUSTRI (KSI) 1. Apakah yang dimaksudkan dengan programAgro pelancongan? ProgramAgropelancongan telah mula diperkenalkan oleh MOA sejak tahun 1989 melalui pembangunan Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor. Secara asasnya, sektor agropelancongan boleh dikategorikan kepada tiga (3) kategori utama iaitu: i. Agropelancongan berasaskan ladang tanaman ii. Agropelancongan berasaskan ladang ternakan iii. Agropelancongan berasaskan perikanan. 2. Di manakah saya boleh mendapat senaraipusat-pusatagropelancongan yang terdapat di Malaysia? Jabatan dan Agensidi bawah Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tanitelah membangunkan 35 pusatagropelancongan di seluruh Malaysia. Direktori Agropelancongan Malaysia boleh didapati di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di laman web Agrolink: http://www.moa.gov.my/rekreasi_pelancongan 3. Apakah bantuan yang disediakan oleh pihak Kementerian dalam pembangunan pusatagropelancongan? Strategi pembangunan programagropelancongan adalah menjurus kepada usaha- usaha untuk menyedia, melengkap dan meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan masuk, pondok wakaf, tempatletak kereta dan tandas awam. Kos pembinaan atau penyediaan kemudahan-kemudahan tersebutadalah dibiayai menerusipemberian secara langsung oleh Jabatan/Agensidi bawah MOA. Manakala projek-projek atau kegiatan yang mempunyaiciri-ciri komersilseperti pembinaan chalet, restoran dan gerai makanan dibiayai sama ada oleh pihak swasta atau Jabatan/AgensiKerajaan.
  • 2. 4. Saya difahamkan Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tanimempunyai tanah untuk diberi kepada orang ramai. Bagaimanakah cara untuk saya memohon tanah Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani? Individu yang berminatuntuk mengusahakan ternakan lembu tetapi tidak mempunyaitanah boleh berhubung terus dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat. Permohonan terus dengan Kementerian boleh dikemukakan melalui Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Taniuntuk pertimbangan. 5. Adakah Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tanimempunyaitanah untuk disewa, dipajak atau diagihkan kepada orang ramai? Bagaimanakah saya boleh mendapatkan tanah berkenaan? Tanah yang dikawaloleh Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Taniadalah didaftarkan di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Permohonan boleh dikemukakan terus ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian untuk mendapatkan ulasan dariKementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani 6. Adakah Kerajaan menyediakan bantuan pinjaman mudah untuk menjalankan projek pertanian dan asas tani? Dalam Rancangan Malaysia Ke9, Kerajaan telah menyediakan Dana sebanyak RM830 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang disalurkan melalui Bank Pertanian Malaysia (BPM). Skim-skimtersebutadalah: SkimKredit Padi SkimPembiayaan MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) SkimKredit IKS SkimKredit Pengeluaran Makanan SkimUsahawan Tani Siswazah Komersial SkimPembangunan Pertanian Bukan Makanan
  • 3. SkimPembiayaan Bot Perikanan. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui cawangan Agrobank berhampiran. WARISAN BUDAYA. Kepentingan budayatradisonal kita Posted on 16 Mac, 2008 by admin Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling
  • 4. mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan. Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan. Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri. Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya
  • 5. sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa. Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”. Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.
  • 6. Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan. KELUARGA SAKINAH 1- Apakah maksud Keluarga Sakinah ? Keluarga Sakinah perlu dijadikan suatu cita-cita oleh semua umat Islam. Asas sebuah ummah yang kuat adalah lahir daripada rumahtangga yang kuat berpegang dengan agama Islam. Sakinah bermaksud ketenangan. Kita boleh rujuk di dalam Surah Al-Furqan, ayat74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." Kata sahabatIbnu Alias, Keluarga Sakinah ialah di dalam sesebuah keluarga itu mereka patuh kepada perintah Allah. Oleh itu, Keluarga Sakinah adalah keluarga yang dilahirkan ketenangan dan kedamaian. 2- Di mana asas ketenangan sesebuah keluarga? Asas ketenangan sesebuah keluarga itu berbalik kepada insan itu sendiri iaitu si ayah dan si ibu tersebut sebelum mereka berkahwin. Oleh itu, kemantapan agama seseorang itu amatlah penting untuk mewujudkan sesebuah keluarga yang tenang dan terteram jiwa. 3- Di mana keberkatan sesebuah rumah tangga? Jika kita membeli sesebuah kereta atau apa jua barangan akan dibekalkan sebuah manual sebagai panduan kita. Oleh itu, Allah juga telah bekalkan kita sebuah
  • 7. manual yang hebat untuk dijadikan panduan sehingga hari kiamat. Jika sebuah kereta mempunyaisebuah manual, apatah lagi manusia yang beroperasidi muka bumi ini sudah tentu mempunyai manualnya. Oleh itu, kita perlu rujuk manual yang telah dibekalkan kepada kita iaitu Al-Quran. Keluarga Sakinah bukanlah sebuah keluarga yang tiada masalah, tetapi mereka dapat menghadapi setiap permasalahan itu dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. 4- Bagaimana seseorang bapa atau ibu yang sedang hadapi permasalahan di dalam keluarga mereka sekarang. Adakah masih ada jalan penyelesaian? Dr Danial menceritakan pengalaman beliau sendiri menghadapi sepasang suami isteri yang berpengaruh dan dilimpahi kemewahan tetapi kekurangan aspek agama. Anak-anak mereka lalai dengan kemewahan dunia dan tidak hormati mereka sebagaiibu bapa. Oleh itu, beliau meminta mereka melakukan langkah pertama dengan bertaubatdan mengakui kesilapan. Jumpa anak-anak dan akui kesilapan mereka di dalam memberi didikan agama. Alhamdulillah, selepas itu anak-anak mereka pun maafkan mereka dan sama-sama kemasjid untuk solat berjemaah yang tidak pernah mereka lakukannya sebelumini. Ibu bapa perlu beri contoh yang baik kepada anak-anak. AlQuran bukan setakat dibaca tetapi dikaji. 5- Kenapa ibu bapa masa kini tidak boleh dijadikan contoh kepada anak-anak? Kita perlu lihat bagaimana tahap pendidikan agama mereka sebelum berkahwin. Perumpaannya ialah sesebuah perkahwinan itu diibaratkan sebuah kapal. Jika pada mulanya lagi kapalitu sudah bocor kerana kekurangan amalan agama di dalamnya. Bagaimana dengan kapaltersebut ingin terus berlayar? Lama kelamaan kapal tersebutsemakin luas bocornya dan akhirnya tenggelam. Maka sebab itu sesebuah perkahwinan itu banyak berakhir dengan penceraian. Oleh itu amat penting ibu bapa atau pasangan suamiisteri cuba perbaiki diri dari semasa ke semasa terutama berkaitan ilmu agama.
  • 8. 6- Apakah kecemerlangan yang sebenarnya yang perlu dicari? Surah Al-Baqarah ayat 201 bermaksud "Dan diantara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka." Oleh itu, kecemerlangan yang dicari dan dikejar oleh kita ialah kejayaan di dunia dan di akhirat. Kita perlu ubah pemikiran jika hanya mahu berjaya di dunia semata-mata. Anak-anak perlu cemerlang di dalam IQ, EQ dan juga SQ.Jika berjaya di dalam peperiksaan sahaja, maka hanya IQ sahaja cemerlang. Oleh itu, perlu ada kesimbangan di dalam semua aspek kehidupan terutama berkaitan hubungan dengan Allah s.w.t. Ujar Ustaz Roslan pula ialah hubungan ibu bapa tidak mantap dengan Allah s.w.t menyebabkan anak-anak juga tidak menjaga hubungan mereka dengan Allah s.w.t. Kebanyakan daripada kita meletakkan keutamaan tidak pada tempatnya. Contoh, kita akan memaksa anak tepat waktu menghadiri kelas tuisyen tetapi anak-anak diberi kelonggaran jika terlewat atau tertinggal waktu solat. 7- Apakah ciri-ciri segera Keluarga Sakinah? Satu perkara sahaja yang perlu ada di dalam sesebuah keluarga atau terapkan ke dalam diri anak-anak iaitu INGATKANALLAH. Di mana jua berada di muka bumi, sentiasa ingatkan Allah s.w.tpada setiap masa. Insya-Allah mereka akan terhindar daripada melakukan sesuatu yang menyalahi batas-batas yang ditetapkan oleh Islam. WARGA TUA. Jun 23, 2007 — mindabahasa Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu sepertiwarga emas atau golongan veteran. Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif
  • 9. dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa. Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan diadakan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebutagar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban. Tanggapan sebeginiharuslah dikikis, malahan golongan muda haruslah menghargai jasa mereka selama ini. Semua agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan menghargai segala jasa baik golongan tua. Kita perlu sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi tua dan pada ketika itu, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri kita. Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara. Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan menyumbang idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Yang utama ialah semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan yang berguna kepada manusia di sekeliling kita. Bagi generasimuda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari mereka, generasimuda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir luar yang mempunyai niat yang jahat. Jika ini berlaku, keharmonian sebuah negara boleh tergugat. Oleh itu, golongan tua hendaklah terus membimbing golonganmuda berdasarkan pengalaman mereka agar hala tuju hidup golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna. Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun seorang profesorbolehmenulis artikel-artikel ilmiah yang bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat umum. Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya. Bagi yang mempunyai kemahiran, misalnya mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu untuk mendapatkan sedikit pulangan. Beberapacontoh yang disebutkan di atas
  • 10. hanyalah beberapasaranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama. Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan itu kelihatannya kecil, golongan ini tidak perlulah berasa rendah diri atau merasakan usahanya sia-sia kerana semua yang besardan hebat itu bermula dari yang kecil kerana sedikit-sedikitlama-lama menjadi bukit. Hal ini kerana sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai impak yang besar pada kemudian hari. Walaupun begitu, mungkin ada sesetengahwarga tua yang berpendapatbahawa masa tua ini adalah masa untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan anak- anak. Namun begitu pendapat sebeginitidak tepat kerana sikap tersebut akan hanya mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang mereka ada sedangkan ilmu di dada mereka itu amat berguna dan diperlukan dalam membantu membangunkan negara. Lagipun, ramai yang berpendapatbahawa jika golongan warga emas ini hanya mahu berehat, mereka akan lebih mudah ‘sakit’. Untuk menjamin sumbangan yang lebih berkesan, kesihatan warga tua ini perlulah diberikan perhatian. Di samping itu, penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan juga adalah amat digalakkan. Mereka harus prihatin dengan apa yang dimakan kerana sesuatu yang dimakan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran seseorang. Dalam masa yang sama, golongan warga emas ini perlulah sentiasa bersikap terbuka, senang didekati dan bersediabertukar-tukar idea dengan golongan muda agar percambahan ilmu antara mereka dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada proses ini. Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu memberikan sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan negara. Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas dengan penuh gemilang.
  • 11. PELANCONGANKESIHATAN IndustriPelancongan Kesihatan Di Malaysia Industripelancongan kesihatan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakatkini. Fenomena ini telah mencetuskan pelbagai reaksidalam kalangan masyarakatglobaldan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah memajukan industri pelancongan kesihatan di Malaysia. Sebagaimana yang kita sedari, industripelancongan memainkan peranan yang semakin penting dan dominan sebagai nadi ekonomidalam menjana pertumbuhan ekonomi dan memangkinkan pembangunan di Malaysia. Pada tahun 1990, kerajaan Malaysia telah mengadakan Tahun Melawat Malaysia untuk menggamit kebanjiran pelancong baik dari negara atas angin mahupun dari negara bawah angin. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bidang pelancongan mendatangkan manfaat yang tidak ternilai dan menjanjikan pulangan yang lumayan. Selain menjadisumber pendapatan negara, industripelancongan berperanan mustahak dalam membaiki, dan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan, perhotelan, perniagaan dan penghasilan kraftangan agar rakyatdapat mencari nafkah hidup dan mata pencarian dengan tulang empat kerat dan mengikis sikap menantikan nasi disajikan kemulut. Atas kesedaran ini, segala sumber kekuatan Malaysia dalam industripelancongan harus dicungkil, dikembangkan dan dimanfaatkan semaksimumnya dengan terancang agar impian Malaysia sebagaidestinasi pelancongan antarabangsa yang tersohor tercapai secemerlangnya. Dalam konteks ini, salah satu bidang dalam industripelancongan ialah pelancongan kesihatan. Menurut Kamus Dewan, pelancongan kesihatan bertujuan untuk menarik pelancong berkunjung keMalaysia atas sebab perawatan dan perubatan di samping makan angin. Persoalan yang berputar-putar dalam kotak minda kita ialah apakah langkah-langkah untuk memajukan industripelancongan kesihatan di Malaysia? Oleh itu, langkah-langkah memajukan industripelancongan yang
  • 12. mewarnaifokus perbincangan akan dikupas lebih mendalam untuk kepentingan semua pihak terutama rakyatdan negara kita. Jika kita bersedia memeras otak dan berhempas pulas, pendekatan yang berkesan untuk memajukan industri pelancongan kesihatan tentu ada kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sebagai mukadimah perbincangan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan harus bekerjasama sepertiberat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk membina kewibawaan dan kredibiliti Malaysia dalam indutri pelancongan kesihatan. Kerajaan harus mengupah pakar perubatan yang terkenal di luar negara untuk melatih staf sokongan kesihatan misalnya jururawat, juruterapi, jurulatih kecergasan, jurusolek dan tukang urut. Universiti dan kolej perubatan swasta harus ditubuhkan untuk melatih doktor berkelayakan profesional, berdedikasidan mahir. Dalam hal ini, doktor yang telah bersara patut dilantik semula secara kontrak bagi memberikan tunjuk ajar dan melatih mereka yang pengalamannya baru setahun jagung setampuk pinang dan berpengetahuan cetek dalam bidang perubatan. Doktor yang telah bersara sebenarnya mempunyai pengetahuan yang amat luas kerana mereka dianggap seperti kelapa, makin tua makin berminyak. Disamping itu, kerjasama dan pertukaran kepakaran dengan negar-negara lain harus dijalankan bagi berkongsimaklumatkritikal agar lebih mahir dan cekap dalam merawat penyakityang sofistikated. Tegasnya, jika kualiti dan kuantiti staf sokongan dapatdicari jalan penyelesaian, negara Malaysia sudah pasti akan diyakini oleh pelancong asing yang datang dari Timur mahupun Barat. Sebagai lontaran idea kedua, pengaplikasian teknologi yang canggih dan lengkap dalam bidang perubatan amat penting bagi memajukan industripelancongan kesihatan seperti yang dikatakan oleh nenek moyang kita mengais hendaklah berkuku kerana tanpa fasilitet dan kemudahan yang canggih, pakar perubatan tidak dapat menunjukkan kepakaran mereka. Dalamhal ini, pusatpemulihan kesihatan yang dapat memenuhi pelbagai keperluan pelancong harus ditubuhkan selengkapnya. Sebagaicontoh, Pusat Jantung Malaysia di Kuala Lumpur harus didirikan di bandar utama supaya dapatmemberikan perkhidmatan kepada pelancong yang menghidap penyakitkardiovaskular. Seterusnya, pusatpenjagaan kesihatan harus ditubuhkan untuk membantu pesakit diabetes mengawal berat badan yang sesuaidan memberikan nasihat serta rawatan kepada mereka
  • 13. tentang pengamalan pemakanan yang seimbang dan mengikisan konsep hidup untuk makan. Bagi pelancong yang mementingkan kecantikan fizikal, pusat perawatan muka dan pelangsingan badan seperti spa harus ditubuhkan dan dikawalsecara profesionalagar dapat memelihara kecantikan, kelangsingan badan dan kesihatan dariluar dan dalam bak bulan purnama. Dalam usaha memajukan industripelancongan kesihatan, kos perubatan dan perawatan tidak dapat diketepikan. Memang lumrah bahawa kos perubatan dan perawatan yang kompetitif malah lebih rendah tetapi mutu perkhidmatan setanding negara maju yang lain dapat menggamit kebanjiran pelancong asing ke Malaysia. Menurut laporan ‘News Straits Times’, PusatPemulihan Mahkota Melaka yang menawarkan perubatan dan perawatan yang tarafnya setanding dengan negara Barat tetapi dengan kos yang rendah telah berjaya menarik pelancong negara serantau yang berjumlah 2 000 orang sebulan. Tidak ketinggalan juga, kemudahan insurans kesihatan harus disediakan secara talian terus supaya pelancong dapat berkunjung kenegara kita untuk mendapat rawatan dan perubatan dengan lebih yakin dan selesa. Berbekalkan cogan kata, mesra pelanggan, industripelancongan kesihatan di Malaysia akan dapat gah ke puncak kegemilangannya. Seperkara lagi, teknik promosiyang pragmatik harus dilaksanakan bagi memajukan industripelancongan kesihatan di Malaysia. Dalam hal ini, maklumat komprehensif berkaitan dengan perawatan dan perubatan di Malaysia sepatutnya disebar luas kepada masyarakatglobal. Media massa merupakan wahana dan medium yang amat berkesan dalam penyebaran maklumatkerana berkembang pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Selain itu, maklumat berkenaan juga perlu disebarkan di lokasiyang strategik di tempat awamdi luar negara agar dapat menarik kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Pada masa yang sama, pihak hospitalhendaklah berusaha mendapatpengiktirafan terutamanya di peringkatantarabangsa. Atas kesedaran ini, pihak hospital perlu memenuhi syarat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak kurang penting juga, pihak hospitaljuga harus mencipta laman web sendiri untuk menonjolkan kecanggihan perubatan dan perawatan hospital masing-masing. Janganlah pihak
  • 14. hospital mencari alasan dan bersikap genggam-genggambara api rasa hangat dilepaskan kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kesimpulannya, kudratdan usaha yang berlipat ganda harus digembleng sepadunya dalam usaha memajukan industripelancongan kesihatan. Harus kita sedari, setiap bangunan yang tersergammegah tidak bergantung pada sebatang tiang sahaja tetapi tiang-tiang dan pasak-pasak yang saling menopang antara satu sama lain kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kejayaan yang semanis madu tidak akan dapat kita kecapi tanpa curahan usaha yang sepahit hempedu kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Atas kesedaran ini, kerajaan perlu bersikap proaktif, progresif dan dinamik dalam memajukan industripelancongan kesihatan. Seandainya segenap lapisan masyarakatbekerjasama selangkah sederap, bertindak sepakatseia sekata dan bergerak sehati sejiwa, sudah pastiusaha kita dalam membangunkan industri pelancongan kesihatan akan berjaya dan Malaysia akan terkenal sebagaidestinasi pelancongan kesihatan antarabangsa dipersada dunia