1. 1
SURAU RAUDHATUL FAIZIN
SEKOLAH AGAMA MENENGAH BANDAR BARU SALAK TINGGI
1. PENDAHULUAN
Program kuliah dan tazkirah adalah salah satu aktiviti yang dilaksanakan
untuk para pelajar SAM BBST terutama melibatkan pelajar asrama. Program
ini perlu dilaksanakan agar pelajar asrama dapat mengisi masa lapang
dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Program ini dapat menghidupkan
sunnah Rasulullah di samping melatih pelajar mempunyai keyakinan diri
apabila berhadapan dengan para jemaah seterusnya dapat merapatkan
hubungan antara warga SAM BBST.
2. MATLAMAT
Program yang dirancang adalah untuk kecemerlangan sahsiah pelajar SAM
BBST sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program
yang dirancang, perlu dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan
hasil yang membanggakan.
3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga SAM BBST yang memiliki sahsiah diri yang mulia,
berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal
ibadah demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi.
KERTAS KERJA KULIAH DAN TAZKIRAH
TAHUN 2019
2. 2
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan
kesihatan di kalangan warga SAM BBST.
3.4 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga SAM
BBST.
3.5 Melatih pelajar mempunyai keyakinan diri apabila berhadapan dengan
orang ramai.
4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
5. JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
Pengerusi : Pn. Norafizah binti Ahmad (Pengetua)
Timbalan Pengerusi I : Pn. Nor Hashimah binti Abu Bakar (PK HEM)
Timbalan Pengerusi II : Pn. Nohayati binti Zakaria (PK Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi III : Tn. Hj. Zamri bin Tujan (PK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi IV : Pn. Faridah Bt Ibrahim (PK TING.6)
Penyelaras : En. Zulkifli Bin Abd Mubi
Pengurus Projek : En. Syed Naqhaie B. Syed Othman
AJK : Pn. Che Maizan Bt Che Hassan
En. Mohd Hazimi bin Zainal
En. Hanafiah Bin Mohammad
En. Syahrul Fazli Hafiz Bin Abdullah
En. Mohd Razali B Osman
En. Abu Hashim Bin Bakar
Pn. Norhaslinda Bt Zulkifli
Pn. Nor 'Aeida Binti Ab Wahid
Pn. Che Yusairah Bt Che Bahanudin
Pn. Tumisah Bt Akim
Pn. Mahfuzah Bt Mohd Mansor
Pn. Siti Fatimah Bt Mohd Mokhtaruddin
Pn. Suhailah Bt Jaafar
Pn. Noor Huda Bt Settu
Pn. Noor 'Atikah Bt Sarif
Pn. Nasrah Bt Sujangi
Pn. Rossuhana Bt Suaid
3. 3
5. AKTIVITI
5.1 Kuliah Mingguan / Bulanan
5.2 Tazkirah
6. PERUNTUKAN KEWANGAN
Cadangan bayaran penceramah atau pentazkirah adalah daripada peruntukan
kewangan asrama dan sumbangan orang perseorangan.
7. HARAPAN
Diharap program yang dirancang ini dapat mencapai objektif serta mendapat
kerjasama yang baik dari semua pihak sama ada pihak pengurusan sekolah,
asrama, guru atau pun murid SAM BBST. Semoga program yang diatur serta
dilaksanakan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada
kepada semua pihak khususnya murid.
Disediakan oleh :
(MOHD HAZIMI BIN ZAINAL)
Pengurus Program
Disemak oleh :
(ZULKIFLI BIN ABD MUBI)
Guru Kanan Mata Pelajaran
Disokong oleh :