SlideShare a Scribd company logo
Orang –orang ini dalam seharinya
menyembah berhala di dalam gua atau
gunung atau pohon keramat. Akan tetapi,
di Kartu Tanda Penduduk ( KTP ) mereka,
agama yang tecantum adalah agama
Hindu. Mereka mengaku melakukan solat
5 waktu, berpuasa dan berzakat.
Walaupun pada kenyataannya mereka
masih menganut animisme di daerah
mereka.
Sistem norma dan susunan adat etnik Bugis keseluruhannya disebut
panggadderreng. Sistem adat keramat masyarakat Bugis terdiri daripada unsur iaitu:
Ade’ ( sebahagian daripada panggaderreng yang secara khususnya terdiri
daripada:
a) Ade’ Akkalabinengeng merupakan norma bagi hal ehwal
perkahwinan serta hubungan saudara dan wujud sebagai kaedah-
kaedah perkahwinan, kaedah-kaedah keturunan, susunan mengenai
hak dan kewajipan keluarga dalam rumahtangga, etika dalam hal
rumah tangga dan sopan santun dalam pergaulan antara saudara.
b) Ade’ Tana merupakan norma bagi hal berkaitan negara dan
pemerintahan negara dan wujudnya undang-undang negara, undang-
undang antara negara serta etika dan pembinaan insan politik.
Undang-undang ( undang-undang adalah unsur berkaitan semua aktiviti dan
konsep-konsep yang berkaitan dengan keadilan, menentukan prosedur serta
hak dan kewajipan seseorang individu semasa di dakwa atau mendakwa
sesuatu kes.
Wari’
Sara’
Rapang
Perkahwinan ideal :
ASSIALANG MAOLA Perkahwinan antara saudara sepupu
derajat kesatu, baik dari pihak ayah
maupun ibu.
ASSIALANNA MEMANG Perkahwinan antara saudara sepupu
derajat kedua, baik dari pihak ayah
mahupun ibu.
RIPADDEPPE’ ABELAE Perkahwinan antara saudara sepupu
derajat ketiga, baik dari pihak ayah
mahupun ibu atau masih mempunyai
hubungan kekeluargaan.
Perkahwinan yang dilarang dan dianggap sumbang ( salimara ):
1) Perkahwinan antara anak dengan ibu/ayah
2) Perkahwinan antara saudara sekandung
3) Perkahwinan antara menantu dan mertua
4) Perkahwinan antara paman/bibi dengan kemenakan
5) Perkahwinan antara kakak/nenek dengan cucu
Tahap-tahap dalam perkahwinan secara adat :
1) LETTU ( LAMARAN )
Kunjungan keluarga si lelaki kepada calon perempuan untuk menyampaikan
keinginannya untuk melamar calon mempelai perempuan.
2) MAPPETTUADA ( KESEPEKATAN PERNIKAHAN )
Kunjungan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk membicarakan
waktu pernikahan, jenis sunrang/ mas kahwin, belanja atau belanja
perkahwinan penyelenggaraan pesta dan sebagainya
3) MEN’DREK DOIK ( NAIK DUIT )
Pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa
meminang. Oleh itu, semasa dulang hantaran diberikan ketika majlis
pernikahan, dulang itu hanya simbolik sahaja kerana wang hantaran telah
diserahkan.
Semasa majlis ini berlangsung, pihak pengantin lelaki akan menyarungkan
cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba majlis pernikahan yang berlangsung
selepas tiga hingga tujuh hari setelah majlis ‘naik duit’.
4) MADDUPPA ( MENGUNDANG )
Kegiatan kedua-dua belah pihak setelah tercapainya kesepakatan
untuk memberitahu kepada semua kaum kerabat mengenai
perkahwinan yang akan dilaksanakan.
Seminggu sebelum majlis persandingan, 2 orang wanita
dipertanggungjawabkan oleh pihak pengantin perempuan untuk
menjemput tetamu. Wanita ini terdiri daripada wanita yang telah
berumah tangga. Wanita yang belum berkahwin tidak manis
berkunjung ke rumah tetamu dan dikhuatiri lambat bertemu jodoh.
Kedua-dua wanita ini digelar PATTAMPA yang bermaksud pemanggil
tetamu. Pattampa akan mattampa iaitu berkunjung dari rumah ke
rumah.
Pattampa akan membawa dulang yang dibalut dengan kain berwarna
dan bermanik.
Dulang diisi dengan dua bungkus rokok pelbagai jenama beserta
mancis.
Tetamu yang dijemput akan membuka dulang dan mengambil
sebatang rokok lalu membakarnya. Adat ini penting kerana bagi tetamu
yang mempunyai anak dara kerana dengan cara ini diharapkan anak
mereka pula akan menemui jodoh.
5) MAPPACCI ( PEMBERSIHAN )
Pada malam ini, pelbagai acara berlangsung yang dimulai dengan
majlis khatam al-Quran, disusuli dengan majlis berzanji.
Selepas pengantin dipakaikan inai, rombongan gadis muda bakan
bersiap ke rumah pengantin lelaki untuk menghantar lebihan inai
daripada bakal isteri kepada pengantin lelaki. Ini adalah usaha agar
mempelai hidup harmoni.
Sebelum pengantin perempuan memakai inai, adat memakai bedak
dilakukan dengan meriah. Ini adalah untuk melicinkan kulit dan
menambahkan seri wajah pengantin perempuan. Bedak ini dinamakan
bedak ke’cek yang bermaksud sejuk
Gambar : majlis berinai
6) PERSANDINGAN
Hari pernikahan dimulai dengan mappaendre belanja, iaitu proses dari
mempelai lelaki disertai rombongan dari kaum kerabat, pria-wanita,
tua-muda dengan membawa pelbagai jenis makanan, pakaian wanita
dan mas kahwin ke rumah mempelai wanita.
Sampai di rumah mempelai wanita langsung diadakan upacara
pernikahan, dilanjutkan dengan akad nikah.
Pada majlis itu, para tetamu memberikan kado tau paksolo’.
Selesai akad nikah dan majlis pernikahan di rumah mempelai wanita,
seterusnya diadakan acara mapparola iaitu menghantar mempelai
wanita ke rumah mempelai lelaki.
Anak-anak gadis menyerikan majlis dengan memakai baju Bodo.
Pakaian ini menjadi nilai kerana baju Bodo diperagakan oleh golongan
istana pada zaman kesultanan Bugis.
Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan akan berlanjutan
sehingga larut malam.
Gambar: Tempayan untuk Gambar: pelamin yang
tetamu mengisi wang semasa diperbuat daripada
datang bertandang. buluh.
1) SELEPAS LAHIR
 Azan akan berkumandang di telinga kanan bagi bayi lelaki dan telinga
kiri bagi perempuan.
 Azan dan iqamat akan dilakukan pada hari ketiga waktu maghrib bagi
tujuan memperdengarkan kalimah Islam pada awal kelahirannya.
 Tembuni / uri akan ditanam mengikut adat Bugis iaitu dengan
memasukkan tembuni itu ke dalam tin yang diletakkan bersama tulang
ikan, buku, pensel dan jarum.
 Tulang ikan ( si anak tidak akan tercekik apabila makan ikan )
Buku dan pensel ( si anak bijak belajar )
Jarum ( si anak mempunyai fikiran yang tajam )
Cebisan / Al-Quran kecil ( si anak akan lancar mengaji )
 Lubang akan digali dan ditutup dengan kelapa bulat yang dipasang
dengan lilin yang menyala agar membolehkan fikiran si anak sentiasa
terang dan tajam.
2) CARU-CARU ( MA’PA’KATAN )
 upacara keselamatan sebagai tanda selamat datng kepada bayi yang
baru dilahirkan.
 Diadakan seminggu selepas kelahiran iaitu selepas jatuh tali pusat.
 Lima ekor ayam akan disembelih iaitu 3 ekor jantan dan 2 ekor betina
( mewakili ayah, ibu dan adik-beradiknya yang dipercayai tanah, air dan
angin. )
 Jika tidak berkemampuan, memadai 3 ekor ayam sahaja.
3) TOMPOLO ( UPACARA PEMBERIAN NAMA )
 Upacara pemberian nama serta pemberitahuan kepada saudara-mara
yang biasanya dilakukan pada hari ke-40 selepas kelahiran.
4) MACCERA / AQIQAH
 upacara penyembelihan kambing
 menggunting beberapa helai rambut bayi oleh tok imam atau guru
kampung.
 Gunting hendaklah dibasahkan dengan air kelapa di mana ia
melambangkan kuat dan serba guna.
 Kelapa ialah diambil daripada kepercayaan Bugis dan makanan manis
diberikan supaya mulut si anak manis semanis makanan yang pertama
kali dirasainya.
 Kambing pula mengikut kepercayaan Bugis, menjadi kenderaan pada
hari kiamat.
 Juga diadakan adat mappenrek tojang atau naik buai. Buaian
digantung bersama setandan pisang dan 40 biji lepek-lepek atau
bilunda ( pulut yang dibungkus dengan daun kelapa muda )
5) PERTAMA KALI BAYI DI BAWA BERJALAN
 bayi akan disertakan bekalan nasi putih/ nasi pulut dan telur rebus
 simbolik bahawa bayi tersebut sentiasa membawa rezeki walaupun
bayi tidak boleh memakan makanan tersebut.
 Bayi tidak boleh keluar rumah ketika hampir maghrib atau waktu
malam kerana dipercayai syaitan sedang berkeliaran
 Bayi akan diberikan cenderamata / Pabbarekkeng sumangek / penguat
semangat oleh tuan rumah.
6) PEMAKAIAN TANGKAL
 Kuning dan hitam untuk kanak-kanak yang baru lahir sehingga
umurnya 3 tahun adalah untuk mengelak gangguan daripada makhluk
halus.
 Tangkal akan diisi dengan cebisan kertas Al-Quran atau rempah yang
telah dijampi.
 Kadang-kala duit syiling yang diikat dengan benang atau tali untuk
dijadikan tangkal dan dipasang di bahagian pinggang bayi.
 tetamu yang datang menziarahi keluarga si mati akan membawa sidakka (
sumbangan ) seperti wang, beras atau kain.
 Pengurusan mayat dimulakan dengan memandikan mayat daripada orang
tertentu / ahli keluarga sendiri.
 Bahagian –bahagian yang mesti dilakukan ialah :
I. Pajenekang : menyiram air mandian mayat dan diiringi bacaan doa.
II. Pasucina : menggosok bahagian tubuh mayat
III. Pabbisina : membersihkan alat kelamin si mayat
IV. Pamaralui : menyiram air mandi terakhir dan mewudukkan mayat.
 mayat akan di roko ( dikafankan ) oleh anggota keluarganya yang dibalut
dengan kain putih.
 Mayat disembahyangkan mengikut tatacara Isam.
 Pebuleka ( usungan mayat yang diperbuat daripada bambu atau pohon
pinang ) akan dilumur dengan darah ayam / haiwan lain yang disembelih
untuk dijadikan kanre pasuru ( nasi penguburan ).
 Kanre pasuru hanya boleh dimakan oleh ahli keluarga sahaja setelah
dibacakan doa dengan pembakaran dupa.
 Sebelum pabuleka mayat diusung ke tanah perkuburan, ia akan dilangkah
oleh cucu atau anak kecil si mati agar roh tidak mengganggu anak kecil tadi.
 Sewaktu pabuleka diturunkan dari rumah, anak kecil diminta lalu di bawah
pabuleka untu mengelakkan anak-anak rindu dan terkena badi mayat.
 Upacara pengembumian seperti dlam Islam iaitu bacan Al-Fatihah dan talqin
oleh imam. Imam akan diberikan tikar dan pakaian si mati sebagai imbalan /
ganjaran.
 Selesai pengembumian :
I. Kelapa dan payung akan diletakkan atas kubur ( dijadikan minuman si
mati dan untuk melindungi roh sebagai simbol keturunan. )
II. Botol susu akan diletakkan jika mayat tersebut seorang bayi ( roh si
bayi tetap wujud dan masih memerlukan susu )
 Kenduri arwah :
I. Malam ke-3 ( ½ ekor ayam kampung akan disembelih sebagai
penyambung nyawa )
II. Malam ke-7 / ke-14 ( 1 ekor kambing / ayam akan disembelih )
III. Malam ke-40 ( lembu akan disembelih jika berkemampuan )
 Ketika mayat turu dari rumah, semua yang melihat tidak boleh menyentuh
dinding.
 Bertujuan memohon kebenaran untuk menggantikan atau mengusir
roh-roh atau makhluk hakus selama dipercayai menghuni rumah
tersebut.
 Upacara ritual rumah ini diketuai oleh panrita bala yang mengetahui
lokasi yang sesuai untuk membina rumah, kayu-kayan untuk
menjadikan tiang serta doa-doa dan jampi-jampi yang perli dibaca.
 Jika tiada panrita bala, orang tersebut akan mendapat penyakit,
meninggal dunia atau ditimpa malapetaka.
 Sebelum tiang dipasang, roh-roh itu harus diusir dengan cara
memberikan sajian berupa beras, gula,kelapa, lilin, alannota ( dibentuk
daripada lipatan daun sirih sebanyak sembilan keping, 3 ulas pinang
dan secubit kapur )yang diletakkan di pocci bola.
 Cebisan ayat Al-Quran juga ditanam di bawah pocci bola yang
disertakan dengan pembacaan doa dan jampi serapah panrita bala.
 Pisang dan buahan manis digantung di atas pocci bola.
 Pocci bola ialah tempat roh berkumpul seperti roh dewa sri ( sangyang
sri ) iaitu dewa yang memelihara sawah dan padi.
 Semasa mendirikan rumah, seseorang mesti mengambil berat tentang
cara pembuatan lobang pasa’ atau tempat penyambungan kayu.
 Kesalahan pemasangan akan membuat tuan rumah meninggal.
 Setelah siap dipasang, rumah tersebut akan dipercik air appasili
dengan pembacaan doa-doa pengusir roh.
 Selesai upacar ritual, majlis jamuan akan diadakan sebagai tanda
kesyukuran dan pemberitahuan kepada saudar-mara tentang
peepindahan.
Gambar : rumah tradisional kaumBugis.
Kaum Bugis mempunyai pelbagai jenis adat resam. Antaranya
ialah adat bermasyarakat, adat upacara dalam perkahwinan, adat upacara kelahiran,
adat upacara kematian, adat upacara naik rumah baru dan adat panen. Terdapat
lima unsur dalam adat bermasyarakat yang mempunyai sistem norma dan susunan
adat etnik Bugis disebut Panngadderreng yang merangkumi hal-hal ehwal
perkahwinan, keturunan, etika dalam hal rumah tangga, hal ehwal negara dan
pemerintahan negara serta undang – undangnya. Lima unsur tersebut ialah Ade’,
undang-undang, wari’, sara’ dan rapang.
Adat seterusnya ialah adat upacara perkahwinan di mana bagi
kaum Bugis, tiada adat pertunangan. Upacara pernikahan adalah perkara yang
paling penting. Kaum Bugis mempunyai tahap-tahap dalam perkahwinan iaitu lettu
( lamaran ), mappettuada ( kesepekatan pernikahan ), men’drek doik( naik duit ),
maduppa ( mengundang ) dan mappaci ( pembersihan ). Adat dalam perkahwinan
menitikberatkan kepentingan kedua-dua belah pihak agar keharmonian dalam
rumah tangga si mempelai akan berterusan selama-lamanya. Seperti masyarakat
Melayu yang beragama Islam, kaum Bugis juga tidak terlepas dari perkahwinan
yang dilarang ataupun dianggap sumbang atau dalam bahasa Bugis iaitu salimara.
Antara ciri perkahwinan yang dilarang ialah perkahwinan antara anak dengan ibu
atau ayah, perkahwinan antara saudara sekandung, perkahwinan antara menantu
dengan mertua, perkahwinan antara paman atau bibi dengan kemenakan dan
perkahwinan antara kakak atau nenek dengan cucu.
Berbeza dengan masyarakat Melayu, amalan mengundang
atau menjemput tetamu bagi kaum Bugis dilakukan oleh dua orang wanita yang
dipertanggungjawabkan oleh pihak perempuan. Wanita – wanita tersebut dalam
kalangan yang telah berkahwin . mereka akan membawa dulang yang berisi rokok
pelbagai jenama berserta mancis. Rokok menjadi lambang prestij sesebuah
keluarga kerana pada suatu ketika dahulu, rokok hanya dimiliki oleh golongan yang
berkemampuan sahaja. Mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan
oleh pengantin lelaki tidak dihias dengan bunga dan dipegang begitu sahaja. Sompa
akan disediakan oleh pengantin lelaki. Di dalam sompa itu terkandung wang mas
kawin, beras, buah pala, kayu manis dan jarum. Sompa harus diletakkan di tempat
yang berharga dan selamat kerana jika ia jatuh masyarakat Bugis percaya bahawa
itulah petanda tidak baik.
Beras itu melambangkan keperluan asas dalam kehidupan
manakala buah pala dan kayu manis merupakan perisa dan keharmonian dalam
rumah tangga. Majlis persandingan sama seperti masyarakat Melayu. Semasa
pengantin perempuan di bawa ke rumah pengantin lelaki ataupun dalam erti kata
lain majlis sambut menantu, pengantin perempuan akan diperkenalkan kepada
keseluruhan keluarga pengantin lelaki. Ibu mertua akan memberikan rantai emas
atau cincin kepada pengantin perempuan. Lagi tinggi nilai pemberian, lagi tinggi
penghargaan kepada pengantin perempuan.
Bagi adat kelahiran pula, salah satu perkara yang diterapkan
setiap kali kelahiran ialah melaungkan azan di telinga kanan bagi bayi lelaki dan
iqamah bagi telinga bayi perempuan. Tembuni atau uri juga sebelum ditanam perlu
dimasukkan beberapa objek seperti tulang ikan, buku, pensel, jarum dan cebisan
atau Al-Quran kecil. Uri tersebut perlu dimasukkan ke dalam tin. Objek-objek yang
perlu dimasukkan itu mempunyai maksud tersendiri di mana tulang ikan supaya si
kecil nanti tidak akan tercekik apabila makan ikan. Buku dan pensel pula bermaksud
supaya si anak akan menjadi bijak dalam pelajaran manakala jarum pula
beranggapan dapat menajamkan pemikiran si anak tersebut. Cebisan atau Al-Quran
kecil pula adalah bermaksud suapaya si anak tersebut dapat mengaji dengan lancar.
Dalam adat kelahiran, terdapat tahap-tahap yang dijalankan
seperti upacara keselamatan sebagai tanda selamat datng kepada bayi yang baru
lahir. Dalam upacara ini, akan diadakan upacara penyembelihan setelah seminggu
kelahiran atau setelah jatuh tali pusat bayi tersebut. Upacara pemberian nama atau
dalam bahasa Bugis Tompolo dibuat pada hari ke-40 kelahiran. Aqiqah juga
diadakan sepertimana dalam masyarakat Melayu beragama Islam. Kambing
disembelih sebagai kenderaan pada hari kiamat kelak. Seseorang bayi mempunyai
pantang larang di mana tidak boleh keluar hampir waktu maghrib atau waktu malam.
Bayi juga perlu memakai tangkal sehingga umur tiga tahun untuk mengelakkan
gangguan daripada makhluk halus.
Tangkal tersebut akan diisi dengan cebisan ayat Al-Quran
atau rempah yang telah dijampi. Pada pinggang bayi juga kadang-kala dipasang
tangkal yang berupa duit syiling yang diikat dengan benang atau tali.
Dalam adat upacara kematian kaum Bugis pula, ia
dilaksanakan mengikut tatacara Islam disamping unsur-unsur kepercayaan asli yang
diwarisi oleh orang tua. Tetamu yang datang perlu membawa sidakka iaitu
sumbangan kepada keluarga si mati seperti wang, beras atau kain. Pengurusan
mayat dimulai dengan memandikan mayat oleh ahli keluarga atau orang-orang
tertentu. Ketika memandikan mayat, terdapat empat bahagian yang perlu dilakukan
iaitu menyiram air keseluruhan mayat diiringi doa, menggosok bahagian tubuh
mayat, membersihkan alat kelamin dan menyiram air mandi terakhir serta
mewudukkan mayat. Selepas memandikan, mayat tersebut akan dikafankan dengan
kain putih. Pabuleka atau usungan mayat akan dilumur dengan darah ayam atau
haiwan lain yang telah disembelih dan haiwan tersebut hanya boleh dimakan oleh
ahli keluarga sahaja.
Pabuleka akan dilangkah oleh cucu atau anak kecil si mati
sebagai tanda roh tidak akan mengganggu mereka. Selain itu, anak kecil tersebut
akan lalu di bawah pabuleka supaya hilang kerinduan mereka terhadap si mati.
Iamam yang membaca talqin akan diberi tikar atau pakaian si mati sebagai tanda
penghargaan atau ganjaran. Amalan ritual dengan meletakkan kelapa dan payung di
atas kubur si mati adalah kerana kelapa itu dijadikan minuman untuk roh si mati
manakala payung pula sebagai perlindungan terhadap roh. Jika si mati itu seorang
bayi, maka sebotol susu akan diletakkan di atas kubur supaya roh bayi tersebut
dapat minum susu. Kenduri arwah akan dijalankan secara berperingkat di mana
akan diadakan pada malam ketiga, ketujuh, ke-40 dan ke-100. Ketika mayat
diturunkan dari rumah, sesiapa yang melihat mayat tersebut tidak boleh menyentuh
dinding. Ini adalah pantang larang atau pammali yang harus diikuti bagi setiap kaum
Bugis.
Bagi adat naik rumah baru pula, ia diadakan bertujuan untuk
mengusir makhluk-makhluk halus yang mungkin menghuni di rumah itu selama ini.
Panrita bala adalah individu yang penting untuk menguruskan upacara naik rumah
baru. Sebelum tiang dipasang, roh-roh tersebut akan diusir terlebih dahulu supaya
dapat mengelakkan gangguan daripada makhluk ini. Pocci bola merupakan tempat
atau kawasan roh berkumpul. Jadi, cebisan ayat Al-quran akan ditanam di bawah
pocci bola dengan disertai janji serapah. Setiap rumah akan dipercikkan dengan air
appasili berserta pembacaan doa-doa pengusir roh.
Selesai upacara tersebut, majlis jamuan akan diadakan tanda
kesyukuran dan pemberitahuan kepada saudara mara yang terdekat. Majlis ini
diadakan pada waktu pagi sebelum terbit matahari. Jika setelah rumah baru itu
didiami dan penghuninya masih mendapat gangguan maka upacara songka bola
akan diadakan. Adat upacara kematian walaupun pengurusan mayat mengikut
tatacara Islam tetapi masih lagi diselitkan dengan amalan ritual yang merupakan
kepercayaan nenek moyang kaum Bugis.
Dari segi pakaian tradisional Bugis pula, pakaian yang dipakai
oleh golongan wanita ialah kain sarung yang dipakai dengan baju kebaya labuh.
Bagi golongan lelaki pula akan memakai baju Sikap sut padanan lima dilengkapi
tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergaris atau
bertelepuk perada emas. Semasa perkahwinan pula, pakaian tradisi akan dipakai
oleh pengantin iaitu baju Bodo iaitu pakaian yang berasal dari daerah Bugis. Baju
Bodo hijau akan dipakai oleh gadis lingkungan istana yang dipakai dengan kain
sarung sutera atau songket. Material baju Bodo ini adalah daripada kain organza
yang dipadankan dengan kain tenun corak tapak catur benang emas.
Dalam tarian Poja pula, penari akan mengenakan pakaian
yang juga dinamakan baju Bodo atau baju Tokko yang bermaksud baju tiada lengan
yang diperbuat daripada kain organza jugaserta mempunyai anak baju di dalamnya.
Setiap warna pakaian yang dipakai oleh kaum Bugis ini memberi maksud tersendiri
di mana jika warna jingga hanya dipakai oleh kanak-kanak perempuan yang
berumur 10 tahun, jinga dan merah untuk gadis berumur 10 hingga 14 tahun, merah
pula bagi wanita berumur 17 hingga 25 tahun, putih bagi para inang dan dukun, hijau
pula dikhaskan untuk wanita berketurunan bangsawan dan ungu dipakai oleh para
janda.

More Related Content

What's hot

Undang2 99 perak
Undang2 99 perakUndang2 99 perak
Undang2 99 perak
Kartini hasri
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahfiro HAR
 
Suku kaum murut
Suku kaum murutSuku kaum murut
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewangan
Nur Az
 
Kesan globalisasi
Kesan globalisasiKesan globalisasi
Kesan globalisasi
SITI HAJAR
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
Zen Shah
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Thanushah Soniyasee
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
Lala Aliron
 
STPM BAHASA MELAYU P3 BAB1 : WACANA
STPM BAHASA MELAYU P3 BAB1 : WACANASTPM BAHASA MELAYU P3 BAB1 : WACANA
STPM BAHASA MELAYU P3 BAB1 : WACANA
Aisyahbuhari Buhari
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
homogenus
 
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan MakananDasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan MakananMis Sem
 
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJTOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
Asri Mohad
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
FaFai S.
 
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Safinah Harun
 
Dasar pertanian negara
Dasar pertanian negaraDasar pertanian negara
Dasar pertanian negara
munnianwar
 

What's hot (20)

Undang2 99 perak
Undang2 99 perakUndang2 99 perak
Undang2 99 perak
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Suku kaum murut
Suku kaum murutSuku kaum murut
Suku kaum murut
 
Amalan membaca
Amalan membacaAmalan membaca
Amalan membaca
 
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewangan
 
Kesan globalisasi
Kesan globalisasiKesan globalisasi
Kesan globalisasi
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Pengertian ekonomi
Pengertian ekonomiPengertian ekonomi
Pengertian ekonomi
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
 
STPM BAHASA MELAYU P3 BAB1 : WACANA
STPM BAHASA MELAYU P3 BAB1 : WACANASTPM BAHASA MELAYU P3 BAB1 : WACANA
STPM BAHASA MELAYU P3 BAB1 : WACANA
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
 
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan MakananDasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
 
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJTOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
 
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
 
Dasar pertanian negara
Dasar pertanian negaraDasar pertanian negara
Dasar pertanian negara
 
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negaraKesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
 

Similar to Kepercayaan kaum bugis

Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore VJ Asenk
 
Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2
venillasatiasilan
 
17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu
Green Heart
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaanAzarina Arsat
 
EDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumEDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam Kaum
Afifah Yusoff
 
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUBUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
Danial DI
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Ribut Taufan
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Devi D Hazel Eye
 
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya Aceh
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya AcehMakna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya Aceh
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya AcehKeisya Kenshi
 
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya Aceh
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya AcehMakna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya Aceh
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya AcehKeisya Kenshi
 
Upacara kawinan adat jawa
Upacara kawinan adat jawaUpacara kawinan adat jawa
Upacara kawinan adat jawa
Faisal ind
 
SARAWAK
SARAWAKSARAWAK
SARAWAK
Leonardo Leo
 
Agama Hindu
Agama HinduAgama Hindu
Agama Hindu
wk_aiman
 
ISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMAISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMA
sicua050896
 
Adat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabauAdat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabau
Asmara01
 
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)Chrystal Abin
 
Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)princessvalues
 
Tata upacara dan tata rias pengantin ambon
Tata upacara dan tata rias pengantin ambonTata upacara dan tata rias pengantin ambon
Tata upacara dan tata rias pengantin ambon
Nolis Marliati
 

Similar to Kepercayaan kaum bugis (20)

Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore
 
Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2
 
17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
 
EDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumEDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam Kaum
 
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUBUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
 
Kaum iban
Kaum ibanKaum iban
Kaum iban
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...
 
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya Aceh
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya AcehMakna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya Aceh
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya Aceh
 
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya Aceh
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya AcehMakna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya Aceh
Makna Perkawinan Menurut Adat dan Budaya Aceh
 
Upacara kawinan adat jawa
Upacara kawinan adat jawaUpacara kawinan adat jawa
Upacara kawinan adat jawa
 
SARAWAK
SARAWAKSARAWAK
SARAWAK
 
Agama Hindu
Agama HinduAgama Hindu
Agama Hindu
 
Adat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat ibanAdat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat iban
 
ISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMAISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMA
 
Adat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabauAdat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabau
 
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
Kenali Suku Kaum Rungus ( Hubungan Etnik)
 
Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)
 
Tata upacara dan tata rias pengantin ambon
Tata upacara dan tata rias pengantin ambonTata upacara dan tata rias pengantin ambon
Tata upacara dan tata rias pengantin ambon
 

Recently uploaded

Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
haryonospdsd011
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
lastri261
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 

Recently uploaded (20)

Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 

Kepercayaan kaum bugis

  • 1. Orang –orang ini dalam seharinya menyembah berhala di dalam gua atau gunung atau pohon keramat. Akan tetapi, di Kartu Tanda Penduduk ( KTP ) mereka, agama yang tecantum adalah agama Hindu. Mereka mengaku melakukan solat 5 waktu, berpuasa dan berzakat. Walaupun pada kenyataannya mereka masih menganut animisme di daerah mereka.
  • 2. Sistem norma dan susunan adat etnik Bugis keseluruhannya disebut panggadderreng. Sistem adat keramat masyarakat Bugis terdiri daripada unsur iaitu: Ade’ ( sebahagian daripada panggaderreng yang secara khususnya terdiri daripada: a) Ade’ Akkalabinengeng merupakan norma bagi hal ehwal perkahwinan serta hubungan saudara dan wujud sebagai kaedah- kaedah perkahwinan, kaedah-kaedah keturunan, susunan mengenai hak dan kewajipan keluarga dalam rumahtangga, etika dalam hal rumah tangga dan sopan santun dalam pergaulan antara saudara. b) Ade’ Tana merupakan norma bagi hal berkaitan negara dan pemerintahan negara dan wujudnya undang-undang negara, undang- undang antara negara serta etika dan pembinaan insan politik. Undang-undang ( undang-undang adalah unsur berkaitan semua aktiviti dan konsep-konsep yang berkaitan dengan keadilan, menentukan prosedur serta hak dan kewajipan seseorang individu semasa di dakwa atau mendakwa sesuatu kes. Wari’ Sara’ Rapang
  • 3. Perkahwinan ideal : ASSIALANG MAOLA Perkahwinan antara saudara sepupu derajat kesatu, baik dari pihak ayah maupun ibu. ASSIALANNA MEMANG Perkahwinan antara saudara sepupu derajat kedua, baik dari pihak ayah mahupun ibu. RIPADDEPPE’ ABELAE Perkahwinan antara saudara sepupu derajat ketiga, baik dari pihak ayah mahupun ibu atau masih mempunyai hubungan kekeluargaan. Perkahwinan yang dilarang dan dianggap sumbang ( salimara ): 1) Perkahwinan antara anak dengan ibu/ayah 2) Perkahwinan antara saudara sekandung 3) Perkahwinan antara menantu dan mertua 4) Perkahwinan antara paman/bibi dengan kemenakan 5) Perkahwinan antara kakak/nenek dengan cucu Tahap-tahap dalam perkahwinan secara adat : 1) LETTU ( LAMARAN ) Kunjungan keluarga si lelaki kepada calon perempuan untuk menyampaikan keinginannya untuk melamar calon mempelai perempuan. 2) MAPPETTUADA ( KESEPEKATAN PERNIKAHAN ) Kunjungan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk membicarakan waktu pernikahan, jenis sunrang/ mas kahwin, belanja atau belanja perkahwinan penyelenggaraan pesta dan sebagainya 3) MEN’DREK DOIK ( NAIK DUIT ) Pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Oleh itu, semasa dulang hantaran diberikan ketika majlis pernikahan, dulang itu hanya simbolik sahaja kerana wang hantaran telah diserahkan.
  • 4. Semasa majlis ini berlangsung, pihak pengantin lelaki akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah majlis ‘naik duit’. 4) MADDUPPA ( MENGUNDANG ) Kegiatan kedua-dua belah pihak setelah tercapainya kesepakatan untuk memberitahu kepada semua kaum kerabat mengenai perkahwinan yang akan dilaksanakan. Seminggu sebelum majlis persandingan, 2 orang wanita dipertanggungjawabkan oleh pihak pengantin perempuan untuk menjemput tetamu. Wanita ini terdiri daripada wanita yang telah berumah tangga. Wanita yang belum berkahwin tidak manis berkunjung ke rumah tetamu dan dikhuatiri lambat bertemu jodoh. Kedua-dua wanita ini digelar PATTAMPA yang bermaksud pemanggil tetamu. Pattampa akan mattampa iaitu berkunjung dari rumah ke rumah. Pattampa akan membawa dulang yang dibalut dengan kain berwarna dan bermanik. Dulang diisi dengan dua bungkus rokok pelbagai jenama beserta mancis. Tetamu yang dijemput akan membuka dulang dan mengambil sebatang rokok lalu membakarnya. Adat ini penting kerana bagi tetamu yang mempunyai anak dara kerana dengan cara ini diharapkan anak mereka pula akan menemui jodoh. 5) MAPPACCI ( PEMBERSIHAN ) Pada malam ini, pelbagai acara berlangsung yang dimulai dengan majlis khatam al-Quran, disusuli dengan majlis berzanji. Selepas pengantin dipakaikan inai, rombongan gadis muda bakan bersiap ke rumah pengantin lelaki untuk menghantar lebihan inai daripada bakal isteri kepada pengantin lelaki. Ini adalah usaha agar mempelai hidup harmoni. Sebelum pengantin perempuan memakai inai, adat memakai bedak dilakukan dengan meriah. Ini adalah untuk melicinkan kulit dan menambahkan seri wajah pengantin perempuan. Bedak ini dinamakan bedak ke’cek yang bermaksud sejuk
  • 5. Gambar : majlis berinai 6) PERSANDINGAN Hari pernikahan dimulai dengan mappaendre belanja, iaitu proses dari mempelai lelaki disertai rombongan dari kaum kerabat, pria-wanita, tua-muda dengan membawa pelbagai jenis makanan, pakaian wanita dan mas kahwin ke rumah mempelai wanita. Sampai di rumah mempelai wanita langsung diadakan upacara pernikahan, dilanjutkan dengan akad nikah. Pada majlis itu, para tetamu memberikan kado tau paksolo’. Selesai akad nikah dan majlis pernikahan di rumah mempelai wanita, seterusnya diadakan acara mapparola iaitu menghantar mempelai wanita ke rumah mempelai lelaki. Anak-anak gadis menyerikan majlis dengan memakai baju Bodo. Pakaian ini menjadi nilai kerana baju Bodo diperagakan oleh golongan istana pada zaman kesultanan Bugis. Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan akan berlanjutan sehingga larut malam. Gambar: Tempayan untuk Gambar: pelamin yang tetamu mengisi wang semasa diperbuat daripada datang bertandang. buluh.
  • 6. 1) SELEPAS LAHIR  Azan akan berkumandang di telinga kanan bagi bayi lelaki dan telinga kiri bagi perempuan.  Azan dan iqamat akan dilakukan pada hari ketiga waktu maghrib bagi tujuan memperdengarkan kalimah Islam pada awal kelahirannya.  Tembuni / uri akan ditanam mengikut adat Bugis iaitu dengan memasukkan tembuni itu ke dalam tin yang diletakkan bersama tulang ikan, buku, pensel dan jarum.  Tulang ikan ( si anak tidak akan tercekik apabila makan ikan ) Buku dan pensel ( si anak bijak belajar ) Jarum ( si anak mempunyai fikiran yang tajam ) Cebisan / Al-Quran kecil ( si anak akan lancar mengaji )  Lubang akan digali dan ditutup dengan kelapa bulat yang dipasang dengan lilin yang menyala agar membolehkan fikiran si anak sentiasa terang dan tajam. 2) CARU-CARU ( MA’PA’KATAN )  upacara keselamatan sebagai tanda selamat datng kepada bayi yang baru dilahirkan.  Diadakan seminggu selepas kelahiran iaitu selepas jatuh tali pusat.  Lima ekor ayam akan disembelih iaitu 3 ekor jantan dan 2 ekor betina ( mewakili ayah, ibu dan adik-beradiknya yang dipercayai tanah, air dan angin. )  Jika tidak berkemampuan, memadai 3 ekor ayam sahaja. 3) TOMPOLO ( UPACARA PEMBERIAN NAMA )  Upacara pemberian nama serta pemberitahuan kepada saudara-mara yang biasanya dilakukan pada hari ke-40 selepas kelahiran. 4) MACCERA / AQIQAH  upacara penyembelihan kambing  menggunting beberapa helai rambut bayi oleh tok imam atau guru kampung.  Gunting hendaklah dibasahkan dengan air kelapa di mana ia melambangkan kuat dan serba guna.
  • 7.  Kelapa ialah diambil daripada kepercayaan Bugis dan makanan manis diberikan supaya mulut si anak manis semanis makanan yang pertama kali dirasainya.  Kambing pula mengikut kepercayaan Bugis, menjadi kenderaan pada hari kiamat.  Juga diadakan adat mappenrek tojang atau naik buai. Buaian digantung bersama setandan pisang dan 40 biji lepek-lepek atau bilunda ( pulut yang dibungkus dengan daun kelapa muda ) 5) PERTAMA KALI BAYI DI BAWA BERJALAN  bayi akan disertakan bekalan nasi putih/ nasi pulut dan telur rebus  simbolik bahawa bayi tersebut sentiasa membawa rezeki walaupun bayi tidak boleh memakan makanan tersebut.  Bayi tidak boleh keluar rumah ketika hampir maghrib atau waktu malam kerana dipercayai syaitan sedang berkeliaran  Bayi akan diberikan cenderamata / Pabbarekkeng sumangek / penguat semangat oleh tuan rumah. 6) PEMAKAIAN TANGKAL  Kuning dan hitam untuk kanak-kanak yang baru lahir sehingga umurnya 3 tahun adalah untuk mengelak gangguan daripada makhluk halus.  Tangkal akan diisi dengan cebisan kertas Al-Quran atau rempah yang telah dijampi.  Kadang-kala duit syiling yang diikat dengan benang atau tali untuk dijadikan tangkal dan dipasang di bahagian pinggang bayi.
  • 8.  tetamu yang datang menziarahi keluarga si mati akan membawa sidakka ( sumbangan ) seperti wang, beras atau kain.  Pengurusan mayat dimulakan dengan memandikan mayat daripada orang tertentu / ahli keluarga sendiri.  Bahagian –bahagian yang mesti dilakukan ialah : I. Pajenekang : menyiram air mandian mayat dan diiringi bacaan doa. II. Pasucina : menggosok bahagian tubuh mayat III. Pabbisina : membersihkan alat kelamin si mayat IV. Pamaralui : menyiram air mandi terakhir dan mewudukkan mayat.  mayat akan di roko ( dikafankan ) oleh anggota keluarganya yang dibalut dengan kain putih.  Mayat disembahyangkan mengikut tatacara Isam.  Pebuleka ( usungan mayat yang diperbuat daripada bambu atau pohon pinang ) akan dilumur dengan darah ayam / haiwan lain yang disembelih untuk dijadikan kanre pasuru ( nasi penguburan ).  Kanre pasuru hanya boleh dimakan oleh ahli keluarga sahaja setelah dibacakan doa dengan pembakaran dupa.  Sebelum pabuleka mayat diusung ke tanah perkuburan, ia akan dilangkah oleh cucu atau anak kecil si mati agar roh tidak mengganggu anak kecil tadi.  Sewaktu pabuleka diturunkan dari rumah, anak kecil diminta lalu di bawah pabuleka untu mengelakkan anak-anak rindu dan terkena badi mayat.  Upacara pengembumian seperti dlam Islam iaitu bacan Al-Fatihah dan talqin oleh imam. Imam akan diberikan tikar dan pakaian si mati sebagai imbalan / ganjaran.  Selesai pengembumian : I. Kelapa dan payung akan diletakkan atas kubur ( dijadikan minuman si mati dan untuk melindungi roh sebagai simbol keturunan. ) II. Botol susu akan diletakkan jika mayat tersebut seorang bayi ( roh si bayi tetap wujud dan masih memerlukan susu )  Kenduri arwah : I. Malam ke-3 ( ½ ekor ayam kampung akan disembelih sebagai penyambung nyawa ) II. Malam ke-7 / ke-14 ( 1 ekor kambing / ayam akan disembelih ) III. Malam ke-40 ( lembu akan disembelih jika berkemampuan )  Ketika mayat turu dari rumah, semua yang melihat tidak boleh menyentuh dinding.
  • 9.  Bertujuan memohon kebenaran untuk menggantikan atau mengusir roh-roh atau makhluk hakus selama dipercayai menghuni rumah tersebut.  Upacara ritual rumah ini diketuai oleh panrita bala yang mengetahui lokasi yang sesuai untuk membina rumah, kayu-kayan untuk menjadikan tiang serta doa-doa dan jampi-jampi yang perli dibaca.  Jika tiada panrita bala, orang tersebut akan mendapat penyakit, meninggal dunia atau ditimpa malapetaka.  Sebelum tiang dipasang, roh-roh itu harus diusir dengan cara memberikan sajian berupa beras, gula,kelapa, lilin, alannota ( dibentuk daripada lipatan daun sirih sebanyak sembilan keping, 3 ulas pinang dan secubit kapur )yang diletakkan di pocci bola.  Cebisan ayat Al-Quran juga ditanam di bawah pocci bola yang disertakan dengan pembacaan doa dan jampi serapah panrita bala.  Pisang dan buahan manis digantung di atas pocci bola.  Pocci bola ialah tempat roh berkumpul seperti roh dewa sri ( sangyang sri ) iaitu dewa yang memelihara sawah dan padi.  Semasa mendirikan rumah, seseorang mesti mengambil berat tentang cara pembuatan lobang pasa’ atau tempat penyambungan kayu.  Kesalahan pemasangan akan membuat tuan rumah meninggal.  Setelah siap dipasang, rumah tersebut akan dipercik air appasili dengan pembacaan doa-doa pengusir roh.  Selesai upacar ritual, majlis jamuan akan diadakan sebagai tanda kesyukuran dan pemberitahuan kepada saudar-mara tentang peepindahan. Gambar : rumah tradisional kaumBugis.
  • 10. Kaum Bugis mempunyai pelbagai jenis adat resam. Antaranya ialah adat bermasyarakat, adat upacara dalam perkahwinan, adat upacara kelahiran, adat upacara kematian, adat upacara naik rumah baru dan adat panen. Terdapat lima unsur dalam adat bermasyarakat yang mempunyai sistem norma dan susunan adat etnik Bugis disebut Panngadderreng yang merangkumi hal-hal ehwal perkahwinan, keturunan, etika dalam hal rumah tangga, hal ehwal negara dan pemerintahan negara serta undang – undangnya. Lima unsur tersebut ialah Ade’, undang-undang, wari’, sara’ dan rapang. Adat seterusnya ialah adat upacara perkahwinan di mana bagi kaum Bugis, tiada adat pertunangan. Upacara pernikahan adalah perkara yang paling penting. Kaum Bugis mempunyai tahap-tahap dalam perkahwinan iaitu lettu ( lamaran ), mappettuada ( kesepekatan pernikahan ), men’drek doik( naik duit ), maduppa ( mengundang ) dan mappaci ( pembersihan ). Adat dalam perkahwinan menitikberatkan kepentingan kedua-dua belah pihak agar keharmonian dalam rumah tangga si mempelai akan berterusan selama-lamanya. Seperti masyarakat Melayu yang beragama Islam, kaum Bugis juga tidak terlepas dari perkahwinan yang dilarang ataupun dianggap sumbang atau dalam bahasa Bugis iaitu salimara. Antara ciri perkahwinan yang dilarang ialah perkahwinan antara anak dengan ibu atau ayah, perkahwinan antara saudara sekandung, perkahwinan antara menantu dengan mertua, perkahwinan antara paman atau bibi dengan kemenakan dan perkahwinan antara kakak atau nenek dengan cucu. Berbeza dengan masyarakat Melayu, amalan mengundang atau menjemput tetamu bagi kaum Bugis dilakukan oleh dua orang wanita yang dipertanggungjawabkan oleh pihak perempuan. Wanita – wanita tersebut dalam kalangan yang telah berkahwin . mereka akan membawa dulang yang berisi rokok pelbagai jenama berserta mancis. Rokok menjadi lambang prestij sesebuah keluarga kerana pada suatu ketika dahulu, rokok hanya dimiliki oleh golongan yang berkemampuan sahaja. Mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan oleh pengantin lelaki tidak dihias dengan bunga dan dipegang begitu sahaja. Sompa akan disediakan oleh pengantin lelaki. Di dalam sompa itu terkandung wang mas kawin, beras, buah pala, kayu manis dan jarum. Sompa harus diletakkan di tempat yang berharga dan selamat kerana jika ia jatuh masyarakat Bugis percaya bahawa itulah petanda tidak baik.
  • 11. Beras itu melambangkan keperluan asas dalam kehidupan manakala buah pala dan kayu manis merupakan perisa dan keharmonian dalam rumah tangga. Majlis persandingan sama seperti masyarakat Melayu. Semasa pengantin perempuan di bawa ke rumah pengantin lelaki ataupun dalam erti kata lain majlis sambut menantu, pengantin perempuan akan diperkenalkan kepada keseluruhan keluarga pengantin lelaki. Ibu mertua akan memberikan rantai emas atau cincin kepada pengantin perempuan. Lagi tinggi nilai pemberian, lagi tinggi penghargaan kepada pengantin perempuan. Bagi adat kelahiran pula, salah satu perkara yang diterapkan setiap kali kelahiran ialah melaungkan azan di telinga kanan bagi bayi lelaki dan iqamah bagi telinga bayi perempuan. Tembuni atau uri juga sebelum ditanam perlu dimasukkan beberapa objek seperti tulang ikan, buku, pensel, jarum dan cebisan atau Al-Quran kecil. Uri tersebut perlu dimasukkan ke dalam tin. Objek-objek yang perlu dimasukkan itu mempunyai maksud tersendiri di mana tulang ikan supaya si kecil nanti tidak akan tercekik apabila makan ikan. Buku dan pensel pula bermaksud supaya si anak akan menjadi bijak dalam pelajaran manakala jarum pula beranggapan dapat menajamkan pemikiran si anak tersebut. Cebisan atau Al-Quran kecil pula adalah bermaksud suapaya si anak tersebut dapat mengaji dengan lancar. Dalam adat kelahiran, terdapat tahap-tahap yang dijalankan seperti upacara keselamatan sebagai tanda selamat datng kepada bayi yang baru lahir. Dalam upacara ini, akan diadakan upacara penyembelihan setelah seminggu kelahiran atau setelah jatuh tali pusat bayi tersebut. Upacara pemberian nama atau dalam bahasa Bugis Tompolo dibuat pada hari ke-40 kelahiran. Aqiqah juga diadakan sepertimana dalam masyarakat Melayu beragama Islam. Kambing disembelih sebagai kenderaan pada hari kiamat kelak. Seseorang bayi mempunyai pantang larang di mana tidak boleh keluar hampir waktu maghrib atau waktu malam. Bayi juga perlu memakai tangkal sehingga umur tiga tahun untuk mengelakkan gangguan daripada makhluk halus. Tangkal tersebut akan diisi dengan cebisan ayat Al-Quran atau rempah yang telah dijampi. Pada pinggang bayi juga kadang-kala dipasang tangkal yang berupa duit syiling yang diikat dengan benang atau tali.
  • 12. Dalam adat upacara kematian kaum Bugis pula, ia dilaksanakan mengikut tatacara Islam disamping unsur-unsur kepercayaan asli yang diwarisi oleh orang tua. Tetamu yang datang perlu membawa sidakka iaitu sumbangan kepada keluarga si mati seperti wang, beras atau kain. Pengurusan mayat dimulai dengan memandikan mayat oleh ahli keluarga atau orang-orang tertentu. Ketika memandikan mayat, terdapat empat bahagian yang perlu dilakukan iaitu menyiram air keseluruhan mayat diiringi doa, menggosok bahagian tubuh mayat, membersihkan alat kelamin dan menyiram air mandi terakhir serta mewudukkan mayat. Selepas memandikan, mayat tersebut akan dikafankan dengan kain putih. Pabuleka atau usungan mayat akan dilumur dengan darah ayam atau haiwan lain yang telah disembelih dan haiwan tersebut hanya boleh dimakan oleh ahli keluarga sahaja. Pabuleka akan dilangkah oleh cucu atau anak kecil si mati sebagai tanda roh tidak akan mengganggu mereka. Selain itu, anak kecil tersebut akan lalu di bawah pabuleka supaya hilang kerinduan mereka terhadap si mati. Iamam yang membaca talqin akan diberi tikar atau pakaian si mati sebagai tanda penghargaan atau ganjaran. Amalan ritual dengan meletakkan kelapa dan payung di atas kubur si mati adalah kerana kelapa itu dijadikan minuman untuk roh si mati manakala payung pula sebagai perlindungan terhadap roh. Jika si mati itu seorang bayi, maka sebotol susu akan diletakkan di atas kubur supaya roh bayi tersebut dapat minum susu. Kenduri arwah akan dijalankan secara berperingkat di mana akan diadakan pada malam ketiga, ketujuh, ke-40 dan ke-100. Ketika mayat diturunkan dari rumah, sesiapa yang melihat mayat tersebut tidak boleh menyentuh dinding. Ini adalah pantang larang atau pammali yang harus diikuti bagi setiap kaum Bugis. Bagi adat naik rumah baru pula, ia diadakan bertujuan untuk mengusir makhluk-makhluk halus yang mungkin menghuni di rumah itu selama ini. Panrita bala adalah individu yang penting untuk menguruskan upacara naik rumah baru. Sebelum tiang dipasang, roh-roh tersebut akan diusir terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan gangguan daripada makhluk ini. Pocci bola merupakan tempat atau kawasan roh berkumpul. Jadi, cebisan ayat Al-quran akan ditanam di bawah pocci bola dengan disertai janji serapah. Setiap rumah akan dipercikkan dengan air appasili berserta pembacaan doa-doa pengusir roh.
  • 13. Selesai upacara tersebut, majlis jamuan akan diadakan tanda kesyukuran dan pemberitahuan kepada saudara mara yang terdekat. Majlis ini diadakan pada waktu pagi sebelum terbit matahari. Jika setelah rumah baru itu didiami dan penghuninya masih mendapat gangguan maka upacara songka bola akan diadakan. Adat upacara kematian walaupun pengurusan mayat mengikut tatacara Islam tetapi masih lagi diselitkan dengan amalan ritual yang merupakan kepercayaan nenek moyang kaum Bugis. Dari segi pakaian tradisional Bugis pula, pakaian yang dipakai oleh golongan wanita ialah kain sarung yang dipakai dengan baju kebaya labuh. Bagi golongan lelaki pula akan memakai baju Sikap sut padanan lima dilengkapi tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergaris atau bertelepuk perada emas. Semasa perkahwinan pula, pakaian tradisi akan dipakai oleh pengantin iaitu baju Bodo iaitu pakaian yang berasal dari daerah Bugis. Baju Bodo hijau akan dipakai oleh gadis lingkungan istana yang dipakai dengan kain sarung sutera atau songket. Material baju Bodo ini adalah daripada kain organza yang dipadankan dengan kain tenun corak tapak catur benang emas. Dalam tarian Poja pula, penari akan mengenakan pakaian yang juga dinamakan baju Bodo atau baju Tokko yang bermaksud baju tiada lengan yang diperbuat daripada kain organza jugaserta mempunyai anak baju di dalamnya. Setiap warna pakaian yang dipakai oleh kaum Bugis ini memberi maksud tersendiri di mana jika warna jingga hanya dipakai oleh kanak-kanak perempuan yang berumur 10 tahun, jinga dan merah untuk gadis berumur 10 hingga 14 tahun, merah pula bagi wanita berumur 17 hingga 25 tahun, putih bagi para inang dan dukun, hijau pula dikhaskan untuk wanita berketurunan bangsawan dan ungu dipakai oleh para janda.