SlideShare a Scribd company logo
Kajian Tindakan : Mengatasi sikap sambalewa pelajar 1 SVM Program Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara , Kolej Vokasional Ipoh dalam menjalankan
Pentaksiran Berterusan.
Disediakan Oleh;
Pn Erma Sharina binti Mat Zaki
Pensyarah
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
Kolej Vokasional Ipoh.
Abstrak
Pentaksiran Berterusan (PB) merupakan pentaksiran formatif secara bertulis dan amali yang
diadakan sepanjang semester dan dikendalikan oleh pensyarah di seluruh Kolej Vokasional
(KV). Ini berbeza dengan sistem pendidikan terdahulu yang hanya menumpukan peperiksaan
di akhir pembelajaran untuk mengukur prestasi individu . Peperiksaan yang hanya menguji
pencapaian individu pada satu masa telah mematikan kebermaknaan Pendidikan dan
membunuh keseronokan alam persekolahan. Ini kerana Pendidikan dilihat hanya berperanan
untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Akan tetapi , pelajar dilihat masih terbawa
sikap pembelajaran konvensional dengan memandang enteng mengenai Pentaksiran
Berterusan. Hal ini di kukuhkan dengan sikap sambalewa pelajar ketika menyiapkan tugasan
dan menghantar tugasan.
PENDAHULUAN
Pendidikan Vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju kearah konsep
pendidikan untuk semua seperti yang digariskan oleh UNESCO. Program transformasi
kerajaan dan model baru ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan
kemampanan, berhasrat untuk merealisasikan ekonomi berpendapatan tinggi. Dalam
memenuhi aspirasi ini, Pendidikan vokasional adalah laluan penting kearah melahirkan modal
insan yang berkemahiran tinggi,berpengetahuan , berinovatif dan mampu bersaing pada
peringkat serantau dan juga global.
Perubahan sistem pembelajaran yang bercorak konvensional kepada pembelajaran
holistik adalah satu perubahan yang dijangka dapat meningkatkan kualiti program pengajaran
di institusi Pendidikan Teknik dan vokasional seperti Kolej Vokasional (KV). Pembelajaran
Berasaskan Kompetensi (PBK) adalah satu pendekatan berstruktur kepada pembelajaran dan
penilaian yang disasarkan kearah mencapai hasil tertentu. PBK membantu pelajar
memperolehi kemahiran dan pengetahuan agar dapat melaksanakan tugas mengikut piawai
tertentu. Contoh PBK yang dijalankan di KV adalah Pentaksiran Berterusan (PB) yang akan
dilaksanakan sepanjang semester seperti tugasan, kuiz, ujian , amali dan lain-lain yang
bersesuaian .
Pentaksiran Berterusan (PB) merupakan pentaksiran formatif secara bertulis dan
amali yang diadakan sepanjang semester dan dikendalikan oleh pensyarah di seluruh Kolej
Vokasional (KV). Ini berbeza dengan sistem pendidikan terdahulu yang hanya menumpukan
peperiksaan di akhir pembelajaran untuk mengukur prestasi individu . Peperiksaan yang
hanya menguji pencapaian individu pada satu masa telah mematikan kebermaknaan
Pendidikan dan membunuh keseronokan alam persekolahan. Ini kerana Pendidikan dilihat
hanya berperanan untuk menghadapi peperiksaan semata-mata.
Justeru itu, pentaksiran di Kolej Vokasional melibatkan Pentaksiran Berterusan (PB)
sebanyak 70% dan Pentaksiran Akhir (PA) 30% yang mampu menilai kemampuan pelajar
berasaskan kompetensi sepanjang semester. Pentaksiran ini dilihat dapat melahirkan pelajar
yang sentiasa cakna dengan setiap tajuk , samada teori mahupun amali tanpa perlu menunggu
peperiksaan akhir. Akan tetapi, masih terdapat pelajar Kolej Vokasional yang masih
memandang enteng mengenai PB dan masih terbawa sikap pembelajaran konvensional. Hal
ini di kukuhkan dengan sikap sambalewa pelajar ketika menyiapkan tugasan dan menghantar
tugasan.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (TPPU) , Jabatan Teknologi
Mekanikal dan Pembuatan merupakan salah satu bidang yang ditawarkan di Kolej Vokasional
Ipoh. Seperti program vokasional yang lain, bidang ini mempunyai komponen teori dan
praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa
professional (juruteknik/pembantu Teknik) dalam bidang kejuruteraan . Selain itu, pelajar
berpeluang menyambung pelajaran ke IPTA, IPTS , dan institusi kemahiran awam dan swasta,
atau menjadi usahawan.
Program ini merangkumi dua tahun (2) tahun pengajian di peringkat Sijil dan dua (2)
tahun enam (6) bulan di peringkat Diploma (termasuk On the Job Training). Pelajar yang
berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan layak
menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama.
Walaubagaimanapun , pelajar yang tidak melepasi syarat kemasukan ke peringkat Diploma
akan menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dan dianugerahkan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai di kolej Vokasional yang sama.
Seterusnya pelajar yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma
Vokasional Malaysia (DVM) oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berfokus kepada SVM, KV menggunakan sistem penilaian dan pentaksiran yang
melibatkan dua komponen iaitu Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA). PB
SVM di jalankan sepenuhnya oleh pihak kolej berdasarkan perancangan kuliah yang telah di
tetapkan. PB dirancang, ditadbir, dinilai dan dilaporkan secara terancang mengikut Garis
Panduan Pengurusan Pentaksiran & Penilaian yang telah di tetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia mengikut Dokumen Pentaksiran Standard kompetensi (DPSK). PB yang
melibatkan jumlah markah yang besar iaitu 70% berbanding PA yang hanya menyumbang
30%.
Dengan adanya sistem PB ini, pelajar di lihat mampu mencapai proses pembelajaran
dengan baik yang tidak hanya tertumpu kepada peperiksaan akhir sahaja. Para pensyarah
sedaya upaya akan memberikan yang terbaik sepanjang menilai PB pelajar dengan memberi
peluang kepada pelajar membuat ulangan sekiranya tidak kompeten. Hal ini, seharusnya
membuatkan pelajar lebih berusaha untuk memperbaiki kelemahan sedia ada supaya
kompeten untuk ulangan seterusnya. Akan tetapi, masih terdapat pelajar yang memandang
enteng mengenai markah PB dan membuat PB dengan sambalewa tanpa mengambil kira
risiko yang perlu dihadapi.
ISU DAN FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian lalu, didapati pelajar masih terbawa sikap pembelajaran
konvensional dengan menganggap PB hanya sebagai kerja sekolah yang perlu disemak dan
bukannya sebagai penilaian. Pensyarah juga acap kali perlu mengingatkan pelajar untuk
menghantar tugasan walaupun tarikh penghantaran tugasan telah ditetapkan. Sikap ini jelas
menunjukkan pelajar masih tidak komited dan bersikap sambalewa dalam menghantar PB.
Budaya ini jelas tidah sihat kerana pelajar masih perlu mengharapkan bantuan pensyarah
dalam menyiapkan tugasan. Ini tidak akan mencapai sasaran untuk menjadikan pembelajaran
sebagai berpusat pelajar ‘student centered’.
Perkara ini diperkukuhkan lagi apabila terdapat tiga (3) pelajar 1SVM 2021 gagal
semasa semester satu (1) mereka di KV. Hal ini , jelas membimbangkan kerana setelah
diperhatikan, pelajar-pelajar ini sememangnya bermasalah semasa membuat dan
menghantar PB mereka. Mereka hanya menghantar PB yang tidak lengkap, tidak mengikut
tarikh yang ditetapkan dan membuat PB tanpa mengikut piawai yang sebenar. Mereka boleh
membuat ulangan, akan tetapi ulangan yang dihantar tetap mempamirkan kualiti yang sama
dan masih tidak mencapai piawai yang baik.
Oleh itu , fokus kajian akan tertumpu kepada pelajar 1SVM TPPU yang mungkin masih
berada dalam fasa bulan madu seperti pelajar tingkatan 4, sepertimana yang berlaku di
Sekolah Menengah Harian.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ialah :
1. Meningkatkan kesedaran pelajar 1SVM TPPU mengenai kepentingan Pentaksiran
Berterusan.
2. Mengubah minda pelajar supaya pembelajaran dalam keadaan berpusat pelajar ‘
student centered’ dan bukannya berpusat guru ‘teacher centered’.
3. Mengurangkan potensi gagal pelajar pada sem akan datang.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini, melibatkan sekumpulan pelajar 1SVM program TPPU seramai 28 orang di mana 3
daripada pelajar ini telah gagal pada sem lalu tetapi masih boleh meneruskan pengajian
dengan menyambung Sijil Kemahiran Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian yang digunakan ialah;
1. PEMERHATIAN
Sikap pelajar diperhatikan secara langsung sepanjang PDPC berlangsung dengan
mengambil kira setiap pandangan rakan-rakan pensyarah mengenai sikap pelajar
ketika menghantar PB.
2. INTERVENSI
Intervensi yang dibuat pada minggu ke 7 setiap sem menunjukkan terdapat
beberapa pelajar yang bermasalah dalam menghantar PB.
3. Semakan PB
Semakan PB mendapati hasil kerja pelajar berada pada aras yang lemah. Pelajar
menghantar tugasan tetapi tidak lengkap dan tidak mencapai piawai yang
dikehendaki, dan pensyarah perlu kerap kali meminta agar pelajar menghantar dan
membuat Pb dengan betul.
4. Surat Amaran PB
Surat Amaran PB telah diberikan kepada pelajar – pelajar yang dilihat gagal
menghantar PB walau telah diberi peringatan secara lisan.
5. Soal Selidik Google Form (GF)
Soal selidik GF diberikan kepada pelajar untuk melihat sejauh mana anggapan pelajar
mengenai PB, punca mereka tidak menghantar PB dan membuat PB secara sambalewa
serta kesan terhadap pelajar.
DAPATAN KAJIAN
Hasil soal selidik google form mendapati ;
BIL PERKARA PERATUS
1 Saya masih berada dalam fasa bulan madu kerana
menganggap tahun 1 SVM sama seperti tingkatan 4.
Ya – 46.2 %
Tidak – 53.8%
2. Saya tahu Penilaian Berterusan (PB) adalah sama
pentingnya dengan Penilaian Akhir (PA)
Ya – 100 %
Tidak - 0
3. Saya menganggap PB hanya kerja sekolah biasa dan
tidak di nilai
Ya – 7.7 %
Tidak – 92.3.7%
4. Saya menghantar tugasan mengikut tarikh yang telah di
tetapkan Oleh Pensyarah
Ya – 92.3 %
Tidak – 7.7%
5. Saya membuat PB dengan bersungguh-sungguh tanpa
perlu bantuan Pensyarah
Ya – 15.4 %
Tidak – 84.6%
6. Punca saya tidak membuat PB dan menghantar PB
dengan baik adalah kerana
Suka buat last
minute = 46.2%
Tidak terlibat kerana
sentiasa hantar PB =
58.3%
7. Setelah saya melihat keputusan SVM pada sem lalu,
pandangan saya terhadap kepentingan Pb telah
berubah iaitu akan membuat PB dengan lebih baik dan
menghantar pada waktu yang di tetapkan
Ya – 100 %
Tidak – 0%
8. Pada pendapat anda, apa yang perlu dilakukan oleh
Pensyarah terhadap pelajar yang gagal menghantar PB
dałam tempoh yang ditetapkan dań membuat PB
dengan sambalewa(tidak bersungguh-sungguh).
1.Memberi amaran
keras kepada ibu
bapa pelajar
2.Melakukan denda
untuk tingkatkan
kesedaran
3.Memberi nasihat
secara lisan
4. Memberi amaran
keras kepada pelajar
dengan menyatakan
markah akan
dipotong.
5.berhubung terus
dengan ibu bapa
melalui telefon.
6. Pensyarah perlu
tegas terhadap
pelajar tersebut.
REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan kajian dan soal selidik yang di lakukan, pelajar kelihatan mula sedar akan
kepentingan menghantar PB setelah mereka mendapat keputusan SVM sem lalu . Hal ini
dijelaskan dengan 100% pelajar menyatakan YA pada soalan “Setelah saya melihat
keputusan SVM pada sem lalu, pandangan saya terhadap kepentingan Pb telah berubah
iaitu akan membuat PB dengan lebih baik dan menghantar pada waktu yang di tetapkan’.
Kajian ini telah dilakukan pada semester 1 sebelum keputusan Semester 1 SVM
diedarkan. Pensyarah telah berusaha sedaya upaya melakukan kaedah dan langkah terbaik
dengan meningatkan pelajar secara individu, membuat intervensi untuk melihat pelajar yang
masih tercicir, menghantar surat amaran PB kepada ibubapa Penjaga dan kerap kali
mengeluaran senarai nama tercicir menghantar PB. Walaupun akhirnya pelajar menghantar
PB, akan tetapi kualiti yang dihantar hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga.
Kemungkinan juga perkara ini berlaku kerana pada ketika tu Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PDPR) sedang berlangsung, namun perkara itu tidak boleh dijadikan
alasan untuk pelajar tidak menghantar tugasan , hal ini kerana setiap tugasan yang diberikan
akan dinilai sebagai Pentaksiran Berterusan. Pelajar yang culas menghantar tugasan dilihat
mempunyai masalah setelah sesi bersemuka kerana setiap pensyarah kursus mencari pelajar
tersebut dan meminta PB yang telah diberikan. Lebih menjadi masalah apabila pelajar ini
langsung tidak membuat PB yang telah diberikan.
Hal ini, disaksikan sendiri oleh rakan-rakan pelajar yang lain mengenai sikap
sambalewa rakan mereka akhirnya memakan diri sendiri kerana pelajar ini dilihat tertekan
dalam menyiapkan tugasan. Akibat dari kesan lambat menghantar PB ini, dapat dilihat pelajar
– pelajar ini turut bermasalah untuk menjawab soalan akhir sehingga menyebabkan mereka
gagal pada sem lalu. Perkara ini benar-benar memberikan impak yang besar terhadap rakan-
rakan lain. Perkara ini diakui para pelajar setelah pengkaji bertanyakan sendiri apakah impak
setelah melihatkan rakan-rakan mereka terkandas semasa sem lalu, rata-rata para pelajar
menyatakan mereka takut untuk bermain-main dan akan bersungguh – sungguh untuk
menghantar PB serta mendengar arahan Pensyarah. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan soal
selidik yang dijalankan iaitu “Saya membuat PB dengan bersungguh-sungguh tanpa perlu
bantuan Pensyarah” di nilai sebanyak 83.3% responden menyatakan ya dan hanya 16.7%
mengatakan tidak.
CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN
Kajian ini adalah antara usaha peringkat awal dalam mengesan faktor dan usaha-usaha yang
dilakukan oleh pensyarah untuk mengatasi sikap sambalewa pelajar 1 SVM Program
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara , Kolej Vokasional Ipoh dalam menjalankan
Pentaksiran Berterusan. Faktor-faktor telah dikesan melalui pemerhatian dan soal selidik
dimana pelajar dilihat gemar melakukan tugasan di saat-saat akhir sehingga mereka tiada
masa untuk membuat PB dengan baik.
Kajian Tindakan lanjutan perlu di teruskan agar pelajar sentiasa peka akan
kepentingan PB dan tanggungjawab sebagai pelajar dan tidak hanya mengharapkan
pensyarah untuk mengambil tindakan. Tindakan sewajarnya perlu di ambil bagi membendung
pelajar gagal terutama di saat-saat semester. Cadangan kajian lanjutan adalah mengenai
kaedah yang akan digunakan pensyarah untuk mengatasi masalah ini sekiranya berlanjutan
dengan mengambil kira faktor latar belakang dan tempat tinggal samada di asrama atau di
rumah.
PENUTUP
Melalui kajian ini , pensyarah dapat melihat sejauh mana kesediaan pelajar 1SVM
TPPU dalam membuat PB. Pensyarah juga dapat mengambil tindakan awal agar pelajar tidak
gagal bagi semester seterusnya. Tambahan pula, melalui kajian ini pensyarah dapat
mengenali sikap pelajar dengan lebih baik dan pensyarah dapat menerapkan sikap berpusat
pelajar kepada para pelajar dengan tidak hanya bergantung kepada pensyarah semata-
mata.Pensyarah dilihat boleh menukar pendekatan yang berbeza bersesuai dengan citra
pelajar 1SVM TPPU.
Melalui kajian ini juga , pensyarah perlu memahami pelajarnya dengan baik.
Pensyarah merupakan penyumbang terbesar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
Prestasi pelajar dilihat pada keberkesanan dalam pengajaran di bilik kuliah. Selain
penghantaran PB yang berkesan . Pensyarah perlu lebih mengutamakan keberkesanan
pengajarannya dengan mengurangkan factor kelemahan pelajar menyiapkan PB dengan baik
agar PB yang dihasilkan berkualiti selaras dengan usaha yang di matlamatkan. Peranan
pensyarah ini membantu kolej dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.

More Related Content

Similar to Kajian tindakan 2022 sambalewa dalam menghantar pb

Panduan penilaian untuk sma
Panduan penilaian untuk sma Panduan penilaian untuk sma
Panduan penilaian untuk sma
Hendri Saputra
 
Panduan penilaian untuk sma
Panduan penilaian untuk sma Panduan penilaian untuk sma
Panduan penilaian untuk sma
RETNO AYU P
 
Penilaian sebagai Bagian dari Pembelajaran Matematika
Penilaian sebagai Bagian dari Pembelajaran MatematikaPenilaian sebagai Bagian dari Pembelajaran Matematika
Penilaian sebagai Bagian dari Pembelajaran Matematika
Andina Aulia Rachma
 
SESI LIBAT URUS PBS PPD TEMERLOH 2022 (1).pptx
SESI LIBAT URUS PBS PPD TEMERLOH 2022 (1).pptxSESI LIBAT URUS PBS PPD TEMERLOH 2022 (1).pptx
SESI LIBAT URUS PBS PPD TEMERLOH 2022 (1).pptx
subramega1
 
15097-45715-1-PB.pdf
15097-45715-1-PB.pdf15097-45715-1-PB.pdf
15097-45715-1-PB.pdf
tutibakti
 
Panduan Penilaian untuk SMA
Panduan Penilaian untuk SMAPanduan Penilaian untuk SMA
Panduan Penilaian untuk SMA
AKHMAD SUDRAJAT
 
Panduan penilaian untuk sma final sesuai Permendikbud No. 53 Tahun 2015
Panduan penilaian untuk sma final sesuai Permendikbud No. 53 Tahun 2015Panduan penilaian untuk sma final sesuai Permendikbud No. 53 Tahun 2015
Panduan penilaian untuk sma final sesuai Permendikbud No. 53 Tahun 2015
Kahar Muzakkir
 
Panduan penilaian-untuk-sma
Panduan penilaian-untuk-smaPanduan penilaian-untuk-sma
Panduan penilaian-untuk-sma
Rosman D Siregar
 
Panduan sma
Panduan smaPanduan sma
Panduan sma
Chusnul Labib
 
Panduan sma
Panduan smaPanduan sma
Panduan sma
Chusnul Labib
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Laila Wati Johari
 
Laporan Pemantauan EDUP3073.docx
Laporan Pemantauan EDUP3073.docxLaporan Pemantauan EDUP3073.docx
Laporan Pemantauan EDUP3073.docx
nanipgktb
 
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Moon Hameed
 
Pedoman penulisan soal sma, ma, smk, mak
Pedoman penulisan soal sma, ma, smk, makPedoman penulisan soal sma, ma, smk, mak
Pedoman penulisan soal sma, ma, smk, mak
SMANEDA HIJAU BERSERI
 
Pelaksanaan PSG Bersertifikat ISO di SMK Negeri 1 Malang
Pelaksanaan PSG Bersertifikat ISO di SMK Negeri 1 MalangPelaksanaan PSG Bersertifikat ISO di SMK Negeri 1 Malang
Pelaksanaan PSG Bersertifikat ISO di SMK Negeri 1 Malang
Mahmudi Moch
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Badriyatun Kamar
 
Pedoman penulisan soal smp, m ts
Pedoman penulisan soal smp, m tsPedoman penulisan soal smp, m ts
Pedoman penulisan soal smp, m ts
SMANEDA HIJAU BERSERI
 
3. pentaksiran
3. pentaksiran3. pentaksiran
3. pentaksiran
servowriter
 
Similar to Kajian tindakan 2022 sambalewa dalam menghantar pb (20)

Panduan penilaian untuk sma
Panduan penilaian untuk sma Panduan penilaian untuk sma
Panduan penilaian untuk sma
 
Panduan penilaian untuk sma
Panduan penilaian untuk sma Panduan penilaian untuk sma
Panduan penilaian untuk sma
 
Penilaian sebagai Bagian dari Pembelajaran Matematika
Penilaian sebagai Bagian dari Pembelajaran MatematikaPenilaian sebagai Bagian dari Pembelajaran Matematika
Penilaian sebagai Bagian dari Pembelajaran Matematika
 
SESI LIBAT URUS PBS PPD TEMERLOH 2022 (1).pptx
SESI LIBAT URUS PBS PPD TEMERLOH 2022 (1).pptxSESI LIBAT URUS PBS PPD TEMERLOH 2022 (1).pptx
SESI LIBAT URUS PBS PPD TEMERLOH 2022 (1).pptx
 
15097-45715-1-PB.pdf
15097-45715-1-PB.pdf15097-45715-1-PB.pdf
15097-45715-1-PB.pdf
 
Panduan Penilaian untuk SMA
Panduan Penilaian untuk SMAPanduan Penilaian untuk SMA
Panduan Penilaian untuk SMA
 
Panduan penilaian untuk sma final sesuai Permendikbud No. 53 Tahun 2015
Panduan penilaian untuk sma final sesuai Permendikbud No. 53 Tahun 2015Panduan penilaian untuk sma final sesuai Permendikbud No. 53 Tahun 2015
Panduan penilaian untuk sma final sesuai Permendikbud No. 53 Tahun 2015
 
Panduan penilaian-untuk-sma
Panduan penilaian-untuk-smaPanduan penilaian-untuk-sma
Panduan penilaian-untuk-sma
 
Panduan sma
Panduan smaPanduan sma
Panduan sma
 
Panduan sma
Panduan smaPanduan sma
Panduan sma
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
Laporan Pemantauan EDUP3073.docx
Laporan Pemantauan EDUP3073.docxLaporan Pemantauan EDUP3073.docx
Laporan Pemantauan EDUP3073.docx
 
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
 
Pedoman penulisan soal sma, ma, smk, mak
Pedoman penulisan soal sma, ma, smk, makPedoman penulisan soal sma, ma, smk, mak
Pedoman penulisan soal sma, ma, smk, mak
 
Pelaksanaan PSG Bersertifikat ISO di SMK Negeri 1 Malang
Pelaksanaan PSG Bersertifikat ISO di SMK Negeri 1 MalangPelaksanaan PSG Bersertifikat ISO di SMK Negeri 1 Malang
Pelaksanaan PSG Bersertifikat ISO di SMK Negeri 1 Malang
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Pedoman penulisan soal smp, m ts
Pedoman penulisan soal smp, m tsPedoman penulisan soal smp, m ts
Pedoman penulisan soal smp, m ts
 
1
11
1
 
3. pentaksiran
3. pentaksiran3. pentaksiran
3. pentaksiran
 
Recently uploaded

peluang kejadian total dan kaidah nbayes
peluang kejadian total dan kaidah nbayespeluang kejadian total dan kaidah nbayes
peluang kejadian total dan kaidah nbayes
ayyurah2004
 
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdfTokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Mutia Rini Siregar
 
LAPORAN BIMBINGAN TEKNIS TRANSISI PAUD - SD.pdf
LAPORAN BIMBINGAN TEKNIS TRANSISI PAUD - SD.pdfLAPORAN BIMBINGAN TEKNIS TRANSISI PAUD - SD.pdf
LAPORAN BIMBINGAN TEKNIS TRANSISI PAUD - SD.pdf
RosidaAini3
 
Modul Ajar Statistika Data Fase F kelas
Modul Ajar Statistika Data Fase F  kelasModul Ajar Statistika Data Fase F  kelas
Modul Ajar Statistika Data Fase F kelas
ananda238570
 
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdfDemonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
d2spdpnd9185
 
Pembelajaran Ekosistem Kelas 5 Semester 1
Pembelajaran Ekosistem Kelas 5 Semester 1Pembelajaran Ekosistem Kelas 5 Semester 1
Pembelajaran Ekosistem Kelas 5 Semester 1
niswati10
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Kimia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
Arumdwikinasih
 
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdfBiografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
pristayulianabila
 
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdfKelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
JALANJALANKENYANG
 
Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdf
Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdfRangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdf
Rangkuman Kehadiran Guru di Kelas- www.kherysuryawan.id.pdf
mad ros
 
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIANSINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
NanieIbrahim
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
SABDA
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Sosdiklihparmassdm
 
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptxPPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
AqlanHaritsAlfarisi
 
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdfTugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Thahir9
 
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptxPemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
ssuser4dafea
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
YuristaAndriyani1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
Recently uploaded (20)

Kajian tindakan 2022 sambalewa dalam menghantar pb

  • 1. Kajian Tindakan : Mengatasi sikap sambalewa pelajar 1 SVM Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara , Kolej Vokasional Ipoh dalam menjalankan Pentaksiran Berterusan. Disediakan Oleh; Pn Erma Sharina binti Mat Zaki Pensyarah Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara Kolej Vokasional Ipoh. Abstrak Pentaksiran Berterusan (PB) merupakan pentaksiran formatif secara bertulis dan amali yang diadakan sepanjang semester dan dikendalikan oleh pensyarah di seluruh Kolej Vokasional (KV). Ini berbeza dengan sistem pendidikan terdahulu yang hanya menumpukan peperiksaan di akhir pembelajaran untuk mengukur prestasi individu . Peperiksaan yang hanya menguji pencapaian individu pada satu masa telah mematikan kebermaknaan Pendidikan dan membunuh keseronokan alam persekolahan. Ini kerana Pendidikan dilihat hanya berperanan untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Akan tetapi , pelajar dilihat masih terbawa sikap pembelajaran konvensional dengan memandang enteng mengenai Pentaksiran Berterusan. Hal ini di kukuhkan dengan sikap sambalewa pelajar ketika menyiapkan tugasan dan menghantar tugasan. PENDAHULUAN Pendidikan Vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju kearah konsep pendidikan untuk semua seperti yang digariskan oleh UNESCO. Program transformasi kerajaan dan model baru ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan, berhasrat untuk merealisasikan ekonomi berpendapatan tinggi. Dalam memenuhi aspirasi ini, Pendidikan vokasional adalah laluan penting kearah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi,berpengetahuan , berinovatif dan mampu bersaing pada peringkat serantau dan juga global.
  • 2. Perubahan sistem pembelajaran yang bercorak konvensional kepada pembelajaran holistik adalah satu perubahan yang dijangka dapat meningkatkan kualiti program pengajaran di institusi Pendidikan Teknik dan vokasional seperti Kolej Vokasional (KV). Pembelajaran Berasaskan Kompetensi (PBK) adalah satu pendekatan berstruktur kepada pembelajaran dan penilaian yang disasarkan kearah mencapai hasil tertentu. PBK membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan agar dapat melaksanakan tugas mengikut piawai tertentu. Contoh PBK yang dijalankan di KV adalah Pentaksiran Berterusan (PB) yang akan dilaksanakan sepanjang semester seperti tugasan, kuiz, ujian , amali dan lain-lain yang bersesuaian . Pentaksiran Berterusan (PB) merupakan pentaksiran formatif secara bertulis dan amali yang diadakan sepanjang semester dan dikendalikan oleh pensyarah di seluruh Kolej Vokasional (KV). Ini berbeza dengan sistem pendidikan terdahulu yang hanya menumpukan peperiksaan di akhir pembelajaran untuk mengukur prestasi individu . Peperiksaan yang hanya menguji pencapaian individu pada satu masa telah mematikan kebermaknaan Pendidikan dan membunuh keseronokan alam persekolahan. Ini kerana Pendidikan dilihat hanya berperanan untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Justeru itu, pentaksiran di Kolej Vokasional melibatkan Pentaksiran Berterusan (PB) sebanyak 70% dan Pentaksiran Akhir (PA) 30% yang mampu menilai kemampuan pelajar berasaskan kompetensi sepanjang semester. Pentaksiran ini dilihat dapat melahirkan pelajar yang sentiasa cakna dengan setiap tajuk , samada teori mahupun amali tanpa perlu menunggu peperiksaan akhir. Akan tetapi, masih terdapat pelajar Kolej Vokasional yang masih memandang enteng mengenai PB dan masih terbawa sikap pembelajaran konvensional. Hal ini di kukuhkan dengan sikap sambalewa pelajar ketika menyiapkan tugasan dan menghantar tugasan. LATAR BELAKANG KAJIAN Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (TPPU) , Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan merupakan salah satu bidang yang ditawarkan di Kolej Vokasional Ipoh. Seperti program vokasional yang lain, bidang ini mempunyai komponen teori dan
  • 3. praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa professional (juruteknik/pembantu Teknik) dalam bidang kejuruteraan . Selain itu, pelajar berpeluang menyambung pelajaran ke IPTA, IPTS , dan institusi kemahiran awam dan swasta, atau menjadi usahawan. Program ini merangkumi dua tahun (2) tahun pengajian di peringkat Sijil dan dua (2) tahun enam (6) bulan di peringkat Diploma (termasuk On the Job Training). Pelajar yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama. Walaubagaimanapun , pelajar yang tidak melepasi syarat kemasukan ke peringkat Diploma akan menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai di kolej Vokasional yang sama. Seterusnya pelajar yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Berfokus kepada SVM, KV menggunakan sistem penilaian dan pentaksiran yang melibatkan dua komponen iaitu Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA). PB SVM di jalankan sepenuhnya oleh pihak kolej berdasarkan perancangan kuliah yang telah di tetapkan. PB dirancang, ditadbir, dinilai dan dilaporkan secara terancang mengikut Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran & Penilaian yang telah di tetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut Dokumen Pentaksiran Standard kompetensi (DPSK). PB yang melibatkan jumlah markah yang besar iaitu 70% berbanding PA yang hanya menyumbang 30%. Dengan adanya sistem PB ini, pelajar di lihat mampu mencapai proses pembelajaran dengan baik yang tidak hanya tertumpu kepada peperiksaan akhir sahaja. Para pensyarah sedaya upaya akan memberikan yang terbaik sepanjang menilai PB pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar membuat ulangan sekiranya tidak kompeten. Hal ini, seharusnya membuatkan pelajar lebih berusaha untuk memperbaiki kelemahan sedia ada supaya kompeten untuk ulangan seterusnya. Akan tetapi, masih terdapat pelajar yang memandang enteng mengenai markah PB dan membuat PB dengan sambalewa tanpa mengambil kira risiko yang perlu dihadapi.
  • 4. ISU DAN FOKUS KAJIAN Berdasarkan pemerhatian lalu, didapati pelajar masih terbawa sikap pembelajaran konvensional dengan menganggap PB hanya sebagai kerja sekolah yang perlu disemak dan bukannya sebagai penilaian. Pensyarah juga acap kali perlu mengingatkan pelajar untuk menghantar tugasan walaupun tarikh penghantaran tugasan telah ditetapkan. Sikap ini jelas menunjukkan pelajar masih tidak komited dan bersikap sambalewa dalam menghantar PB. Budaya ini jelas tidah sihat kerana pelajar masih perlu mengharapkan bantuan pensyarah dalam menyiapkan tugasan. Ini tidak akan mencapai sasaran untuk menjadikan pembelajaran sebagai berpusat pelajar ‘student centered’. Perkara ini diperkukuhkan lagi apabila terdapat tiga (3) pelajar 1SVM 2021 gagal semasa semester satu (1) mereka di KV. Hal ini , jelas membimbangkan kerana setelah diperhatikan, pelajar-pelajar ini sememangnya bermasalah semasa membuat dan menghantar PB mereka. Mereka hanya menghantar PB yang tidak lengkap, tidak mengikut tarikh yang ditetapkan dan membuat PB tanpa mengikut piawai yang sebenar. Mereka boleh membuat ulangan, akan tetapi ulangan yang dihantar tetap mempamirkan kualiti yang sama dan masih tidak mencapai piawai yang baik. Oleh itu , fokus kajian akan tertumpu kepada pelajar 1SVM TPPU yang mungkin masih berada dalam fasa bulan madu seperti pelajar tingkatan 4, sepertimana yang berlaku di Sekolah Menengah Harian. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ialah : 1. Meningkatkan kesedaran pelajar 1SVM TPPU mengenai kepentingan Pentaksiran Berterusan. 2. Mengubah minda pelajar supaya pembelajaran dalam keadaan berpusat pelajar ‘ student centered’ dan bukannya berpusat guru ‘teacher centered’. 3. Mengurangkan potensi gagal pelajar pada sem akan datang.
  • 5. KUMPULAN SASARAN Kajian ini, melibatkan sekumpulan pelajar 1SVM program TPPU seramai 28 orang di mana 3 daripada pelajar ini telah gagal pada sem lalu tetapi masih boleh meneruskan pengajian dengan menyambung Sijil Kemahiran Malaysia. METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian yang digunakan ialah; 1. PEMERHATIAN Sikap pelajar diperhatikan secara langsung sepanjang PDPC berlangsung dengan mengambil kira setiap pandangan rakan-rakan pensyarah mengenai sikap pelajar ketika menghantar PB. 2. INTERVENSI Intervensi yang dibuat pada minggu ke 7 setiap sem menunjukkan terdapat beberapa pelajar yang bermasalah dalam menghantar PB. 3. Semakan PB Semakan PB mendapati hasil kerja pelajar berada pada aras yang lemah. Pelajar menghantar tugasan tetapi tidak lengkap dan tidak mencapai piawai yang dikehendaki, dan pensyarah perlu kerap kali meminta agar pelajar menghantar dan membuat Pb dengan betul. 4. Surat Amaran PB Surat Amaran PB telah diberikan kepada pelajar – pelajar yang dilihat gagal menghantar PB walau telah diberi peringatan secara lisan. 5. Soal Selidik Google Form (GF)
  • 6. Soal selidik GF diberikan kepada pelajar untuk melihat sejauh mana anggapan pelajar mengenai PB, punca mereka tidak menghantar PB dan membuat PB secara sambalewa serta kesan terhadap pelajar. DAPATAN KAJIAN Hasil soal selidik google form mendapati ; BIL PERKARA PERATUS 1 Saya masih berada dalam fasa bulan madu kerana menganggap tahun 1 SVM sama seperti tingkatan 4. Ya – 46.2 % Tidak – 53.8% 2. Saya tahu Penilaian Berterusan (PB) adalah sama pentingnya dengan Penilaian Akhir (PA) Ya – 100 % Tidak - 0 3. Saya menganggap PB hanya kerja sekolah biasa dan tidak di nilai Ya – 7.7 % Tidak – 92.3.7% 4. Saya menghantar tugasan mengikut tarikh yang telah di tetapkan Oleh Pensyarah Ya – 92.3 % Tidak – 7.7% 5. Saya membuat PB dengan bersungguh-sungguh tanpa perlu bantuan Pensyarah Ya – 15.4 % Tidak – 84.6% 6. Punca saya tidak membuat PB dan menghantar PB dengan baik adalah kerana Suka buat last minute = 46.2% Tidak terlibat kerana sentiasa hantar PB = 58.3% 7. Setelah saya melihat keputusan SVM pada sem lalu, pandangan saya terhadap kepentingan Pb telah berubah iaitu akan membuat PB dengan lebih baik dan menghantar pada waktu yang di tetapkan Ya – 100 % Tidak – 0% 8. Pada pendapat anda, apa yang perlu dilakukan oleh Pensyarah terhadap pelajar yang gagal menghantar PB dałam tempoh yang ditetapkan dań membuat PB dengan sambalewa(tidak bersungguh-sungguh). 1.Memberi amaran keras kepada ibu bapa pelajar 2.Melakukan denda untuk tingkatkan kesedaran 3.Memberi nasihat secara lisan
  • 7. 4. Memberi amaran keras kepada pelajar dengan menyatakan markah akan dipotong. 5.berhubung terus dengan ibu bapa melalui telefon. 6. Pensyarah perlu tegas terhadap pelajar tersebut. REFLEKSI KAJIAN Berdasarkan kajian dan soal selidik yang di lakukan, pelajar kelihatan mula sedar akan kepentingan menghantar PB setelah mereka mendapat keputusan SVM sem lalu . Hal ini dijelaskan dengan 100% pelajar menyatakan YA pada soalan “Setelah saya melihat keputusan SVM pada sem lalu, pandangan saya terhadap kepentingan Pb telah berubah iaitu akan membuat PB dengan lebih baik dan menghantar pada waktu yang di tetapkan’. Kajian ini telah dilakukan pada semester 1 sebelum keputusan Semester 1 SVM diedarkan. Pensyarah telah berusaha sedaya upaya melakukan kaedah dan langkah terbaik dengan meningatkan pelajar secara individu, membuat intervensi untuk melihat pelajar yang masih tercicir, menghantar surat amaran PB kepada ibubapa Penjaga dan kerap kali mengeluaran senarai nama tercicir menghantar PB. Walaupun akhirnya pelajar menghantar PB, akan tetapi kualiti yang dihantar hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Kemungkinan juga perkara ini berlaku kerana pada ketika tu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) sedang berlangsung, namun perkara itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pelajar tidak menghantar tugasan , hal ini kerana setiap tugasan yang diberikan akan dinilai sebagai Pentaksiran Berterusan. Pelajar yang culas menghantar tugasan dilihat mempunyai masalah setelah sesi bersemuka kerana setiap pensyarah kursus mencari pelajar tersebut dan meminta PB yang telah diberikan. Lebih menjadi masalah apabila pelajar ini langsung tidak membuat PB yang telah diberikan.
  • 8. Hal ini, disaksikan sendiri oleh rakan-rakan pelajar yang lain mengenai sikap sambalewa rakan mereka akhirnya memakan diri sendiri kerana pelajar ini dilihat tertekan dalam menyiapkan tugasan. Akibat dari kesan lambat menghantar PB ini, dapat dilihat pelajar – pelajar ini turut bermasalah untuk menjawab soalan akhir sehingga menyebabkan mereka gagal pada sem lalu. Perkara ini benar-benar memberikan impak yang besar terhadap rakan- rakan lain. Perkara ini diakui para pelajar setelah pengkaji bertanyakan sendiri apakah impak setelah melihatkan rakan-rakan mereka terkandas semasa sem lalu, rata-rata para pelajar menyatakan mereka takut untuk bermain-main dan akan bersungguh – sungguh untuk menghantar PB serta mendengar arahan Pensyarah. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan soal selidik yang dijalankan iaitu “Saya membuat PB dengan bersungguh-sungguh tanpa perlu bantuan Pensyarah” di nilai sebanyak 83.3% responden menyatakan ya dan hanya 16.7% mengatakan tidak. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN Kajian ini adalah antara usaha peringkat awal dalam mengesan faktor dan usaha-usaha yang dilakukan oleh pensyarah untuk mengatasi sikap sambalewa pelajar 1 SVM Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara , Kolej Vokasional Ipoh dalam menjalankan Pentaksiran Berterusan. Faktor-faktor telah dikesan melalui pemerhatian dan soal selidik dimana pelajar dilihat gemar melakukan tugasan di saat-saat akhir sehingga mereka tiada masa untuk membuat PB dengan baik. Kajian Tindakan lanjutan perlu di teruskan agar pelajar sentiasa peka akan kepentingan PB dan tanggungjawab sebagai pelajar dan tidak hanya mengharapkan pensyarah untuk mengambil tindakan. Tindakan sewajarnya perlu di ambil bagi membendung pelajar gagal terutama di saat-saat semester. Cadangan kajian lanjutan adalah mengenai kaedah yang akan digunakan pensyarah untuk mengatasi masalah ini sekiranya berlanjutan dengan mengambil kira faktor latar belakang dan tempat tinggal samada di asrama atau di rumah.
  • 9. PENUTUP Melalui kajian ini , pensyarah dapat melihat sejauh mana kesediaan pelajar 1SVM TPPU dalam membuat PB. Pensyarah juga dapat mengambil tindakan awal agar pelajar tidak gagal bagi semester seterusnya. Tambahan pula, melalui kajian ini pensyarah dapat mengenali sikap pelajar dengan lebih baik dan pensyarah dapat menerapkan sikap berpusat pelajar kepada para pelajar dengan tidak hanya bergantung kepada pensyarah semata- mata.Pensyarah dilihat boleh menukar pendekatan yang berbeza bersesuai dengan citra pelajar 1SVM TPPU. Melalui kajian ini juga , pensyarah perlu memahami pelajarnya dengan baik. Pensyarah merupakan penyumbang terbesar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Prestasi pelajar dilihat pada keberkesanan dalam pengajaran di bilik kuliah. Selain penghantaran PB yang berkesan . Pensyarah perlu lebih mengutamakan keberkesanan pengajarannya dengan mengurangkan factor kelemahan pelajar menyiapkan PB dengan baik agar PB yang dihasilkan berkualiti selaras dengan usaha yang di matlamatkan. Peranan pensyarah ini membantu kolej dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.