TAJUK:
Sistem Pendidikan Berasaskan Web ( Web-Based Education –WBE)
Penulis Jurnal:
Salimah Mokhtar, Maizatul Akhmar Ismail & Ali Fauzi Ahmad Khan
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Sumber Jurnal:
Prosiding Persatuan Teknologi Pendidikan, 2002. Intruksi Dan Pembelajaran Berasaskan
Teknologi: Satu Penilaian Semula.


PENDAHULUAN:
Jurnal ini membincangkan penggunaan sistem berasaskan web dalam bidang pendidikan. Web
sebagai satu fenomena baru yang kini kian rancak digunakan oleh para akademik bagi
menyokong pengajaran sesuatu kursus yang dijalankan secara nyata ataupun secara maya.
Penulis juga menyatakan contoh pelbagai perisian yang dihasilkan secara komersial seperti
Blackboard, e-College.com, IntraLearn, LearningSpace (Lotus Corporation,1998) WebCT
(Goldberg,1997), Virtual-U (Harasim & Calvert,1997) dan sebagainya. Perbandingan terhadap
perisian perisian tersebut boleh didapati daripada laman web
http://www.marshall.edu/it/cit/webct/compare/comparison.html. Bagi universiti pula
dibangunkan perisian kursus persendirian untuk membolehkan pelajar dan pensyarah
menempatkan nota kuliah dan mencapainya melalui laman web berkenaan. Contohnya Sistem
laman Web Universiti Malaya dikenali dengan Kursus On-Line (KOL).


PENYATAAN MASALAH
Mengikut pengkaji terdapat banyak sistem berasaskan web yang dibangunkan samada secara
persendirian atau pun yang dikormesialkan. Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah
mengapa terdapat pertindihan usaha dalam membangunkan sistem yang sama. Hasil pemerhatian
dan pengalaman, pengkaji menyimpulkan bahawa sistem yang digunapakai sekarang ini
mempunyai beberapa kekurangan terutamanya dari segi kefungsian, tidak fleksibel, serta jarang
beroperasi selama 24-7-365.
OBJEKTIF DAN MATLAMAT KAJIAN
Mengikut jurnal ini, WBE merujuk kepada satu sistem pengajaran dan pembelajaran berasaskan
Web yang bermatlamat untuk melancarkan pengendalian kursus dengan menyajikan secara
sistematik bagi menambah kecekapan tenaga pengajar serta meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran ketahap yang tertinggi.
Sistem WBE juga bertujuan sebagai pelengkap berguna pengajar sebagai arena interaksi pelajar
dengan ilmu diluar waktu kelas untuk mengulangkaji dan sebagainya. Bagi pelajar yang tidak
mahir IT, capaian ke WBE akan menjadi wadah atau peluang untuk menjinakkan mereka dengan
teknologimaklumat dan komunikasi.Di samping itu unsure-unsur yang tidak berkesempatan
untuk ditampilkan oleh pengajar dalam kelas dapat digarapkan dalam WBE.


METODOLOGI KAJIAN
Mengikut pengkaji, pembangunan sistem WBE perlu berasaskan model konsepsual yang ideal
dan mempertimbangkan beberapa criteria tertentu. Kajian yang meluas dan mendalam berkaitan
proses pendidikan , aspek pedagogi dan andragogi, aspek teknologi maklumat dan komunikasi,
pendekatan baru pengajaran serta perancangan rapi adalah pra-syarat dalammemodelkan suatu
sistem WBE yang ideal.
Model konseptual WBE yang dihuraikan dalam jurnal ini adalah bersandarkan kepada dua entiti
yang utama iaitu modul pengajar dan modul pelajar yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Modul pengajar mengandungi perkara-perkara berkaitan dengan tugas-tugas
perancangan, persediaan, penyampaian dan pengurusan kursus. Bagi tujuan perancangan WBE
menyediakan alatan kelendar dan templat yang boleh disesuaikan dengan mudah mengikut
keperluan pengguna. Untuk tujuan penyediaan pula WBE menyediakan kemudahan untuk
pengajar menyusun bahan-bahan pengajaran secara sistematik dan logikal, kemudahan simulasi
serta satu templet yang mudah disesuaikan. Dalam penyampaian pengajaran WBE dapat
menyediakan kuliah maya sebagai gantikepada kuliah yang tidak dapat dijalankan dan juga
kemudahan kemudahan untuk berkongsi maklumat dan idea. Penilaian melalui WBE dibuat
berdasarkan hasil pembelajaran, dimana kuiz, latihan dan ujian dijalankan secara dalam
talian.WBE juga menyediakan kemudahan komunikasi, emel dan perbincangan e-kumpulan serta
templet pemarkahan. Dalam modul pelajar pula terdiri dari hal-hal yang , melibatkan
pendorongan, belajar serta ulangkaji, mendapat maklumbalas dan mencerna pengetahuan yang
difahami bagi pembelajaran mendalam (deep learning).


CABARAN KAJIAN:
Mengikut pengkaji , penggunaan WBE bukan sekadar untuk menempatkan silibus dan
melambakkan nota kuliah serta rujukan dilikasi web yang mudah dicapai oleh pelajar tetapi
fungsinya adalah lebih meluas. Pengkaji merujuk kepada Daniel (1998) dalam tesisnya,
menyatakan bahawa sistem WEB yang ideal mesti meraih sepenuhnya faedah-faedah yang
terdapat pada WEB, dan pada masa yang sama mengelakkan kekurangannya. Sistem yang
sempurna pastinya lengkap, informatif, sediaada (operasi 24-27-365), fleksibel, dijamin
selamat,interaktif, umum,telus, senang digunakan dan adaptif. Pengkaji merumuskan bahawa
matlamat utama sistem WBE ini adalah untuk mengadakan persekitaran tambahan (pertemuan
siber) yang bermakna bagi menampung pesekitaran pembelajaran normal. Sistem WBE yang
ideal mestilah memenuhi semua kriteria dan matlamat tersebut.


KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan sistem WBE yang ideal akan memberikan impak
dalam kejayaan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan ICT. Namun demikian dalam
usaha membangunkan sistem WBE yang lengkap lagi sempurna memerlukan kajian mendalam
serta meluas untuk memahami keperluan pengguna serta memerlukan perancangan yang rapi.
Model konseptual dan kriteria pembangunan yang disarankan oleh pengkaji dalam jurnal ini
boleh dijadikan panduan dalam mewujudkan sistem tersebut. Di tambah pula dengan pendekatan
rekayasa ulang (Business Process Reengineering – BPR) digabungkan dengan pemprototaipan
sesuai untuk digunakan sebagai metadologi pembangunan sistem ini. Pelbagai cabaran dalam
pembangunan sistem WBE nanti haruslah ditangani dengan bijak dan terbuka. Pembangunan
WBE diharapkan mencapai kejayaan sebagaimana matalamat dan objektif yang dicadangkan
seterusnya dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang berketrampilan, berkemahiran dan
berkualiti.

Jurnal 2Sistem Pendidikan Berasaskan Web ( Web-Based Education –WBE)

  • 1.
    TAJUK: Sistem Pendidikan BerasaskanWeb ( Web-Based Education –WBE) Penulis Jurnal: Salimah Mokhtar, Maizatul Akhmar Ismail & Ali Fauzi Ahmad Khan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sumber Jurnal: Prosiding Persatuan Teknologi Pendidikan, 2002. Intruksi Dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi: Satu Penilaian Semula. PENDAHULUAN: Jurnal ini membincangkan penggunaan sistem berasaskan web dalam bidang pendidikan. Web sebagai satu fenomena baru yang kini kian rancak digunakan oleh para akademik bagi menyokong pengajaran sesuatu kursus yang dijalankan secara nyata ataupun secara maya. Penulis juga menyatakan contoh pelbagai perisian yang dihasilkan secara komersial seperti Blackboard, e-College.com, IntraLearn, LearningSpace (Lotus Corporation,1998) WebCT (Goldberg,1997), Virtual-U (Harasim & Calvert,1997) dan sebagainya. Perbandingan terhadap perisian perisian tersebut boleh didapati daripada laman web http://www.marshall.edu/it/cit/webct/compare/comparison.html. Bagi universiti pula dibangunkan perisian kursus persendirian untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menempatkan nota kuliah dan mencapainya melalui laman web berkenaan. Contohnya Sistem laman Web Universiti Malaya dikenali dengan Kursus On-Line (KOL). PENYATAAN MASALAH Mengikut pengkaji terdapat banyak sistem berasaskan web yang dibangunkan samada secara persendirian atau pun yang dikormesialkan. Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah mengapa terdapat pertindihan usaha dalam membangunkan sistem yang sama. Hasil pemerhatian dan pengalaman, pengkaji menyimpulkan bahawa sistem yang digunapakai sekarang ini mempunyai beberapa kekurangan terutamanya dari segi kefungsian, tidak fleksibel, serta jarang beroperasi selama 24-7-365.
  • 2.
    OBJEKTIF DAN MATLAMATKAJIAN Mengikut jurnal ini, WBE merujuk kepada satu sistem pengajaran dan pembelajaran berasaskan Web yang bermatlamat untuk melancarkan pengendalian kursus dengan menyajikan secara sistematik bagi menambah kecekapan tenaga pengajar serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran ketahap yang tertinggi. Sistem WBE juga bertujuan sebagai pelengkap berguna pengajar sebagai arena interaksi pelajar dengan ilmu diluar waktu kelas untuk mengulangkaji dan sebagainya. Bagi pelajar yang tidak mahir IT, capaian ke WBE akan menjadi wadah atau peluang untuk menjinakkan mereka dengan teknologimaklumat dan komunikasi.Di samping itu unsure-unsur yang tidak berkesempatan untuk ditampilkan oleh pengajar dalam kelas dapat digarapkan dalam WBE. METODOLOGI KAJIAN Mengikut pengkaji, pembangunan sistem WBE perlu berasaskan model konsepsual yang ideal dan mempertimbangkan beberapa criteria tertentu. Kajian yang meluas dan mendalam berkaitan proses pendidikan , aspek pedagogi dan andragogi, aspek teknologi maklumat dan komunikasi, pendekatan baru pengajaran serta perancangan rapi adalah pra-syarat dalammemodelkan suatu sistem WBE yang ideal. Model konseptual WBE yang dihuraikan dalam jurnal ini adalah bersandarkan kepada dua entiti yang utama iaitu modul pengajar dan modul pelajar yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Modul pengajar mengandungi perkara-perkara berkaitan dengan tugas-tugas perancangan, persediaan, penyampaian dan pengurusan kursus. Bagi tujuan perancangan WBE menyediakan alatan kelendar dan templat yang boleh disesuaikan dengan mudah mengikut keperluan pengguna. Untuk tujuan penyediaan pula WBE menyediakan kemudahan untuk pengajar menyusun bahan-bahan pengajaran secara sistematik dan logikal, kemudahan simulasi serta satu templet yang mudah disesuaikan. Dalam penyampaian pengajaran WBE dapat menyediakan kuliah maya sebagai gantikepada kuliah yang tidak dapat dijalankan dan juga kemudahan kemudahan untuk berkongsi maklumat dan idea. Penilaian melalui WBE dibuat berdasarkan hasil pembelajaran, dimana kuiz, latihan dan ujian dijalankan secara dalam talian.WBE juga menyediakan kemudahan komunikasi, emel dan perbincangan e-kumpulan serta templet pemarkahan. Dalam modul pelajar pula terdiri dari hal-hal yang , melibatkan pendorongan, belajar serta ulangkaji, mendapat maklumbalas dan mencerna pengetahuan yang
  • 3.
    difahami bagi pembelajaranmendalam (deep learning). CABARAN KAJIAN: Mengikut pengkaji , penggunaan WBE bukan sekadar untuk menempatkan silibus dan melambakkan nota kuliah serta rujukan dilikasi web yang mudah dicapai oleh pelajar tetapi fungsinya adalah lebih meluas. Pengkaji merujuk kepada Daniel (1998) dalam tesisnya, menyatakan bahawa sistem WEB yang ideal mesti meraih sepenuhnya faedah-faedah yang terdapat pada WEB, dan pada masa yang sama mengelakkan kekurangannya. Sistem yang sempurna pastinya lengkap, informatif, sediaada (operasi 24-27-365), fleksibel, dijamin selamat,interaktif, umum,telus, senang digunakan dan adaptif. Pengkaji merumuskan bahawa matlamat utama sistem WBE ini adalah untuk mengadakan persekitaran tambahan (pertemuan siber) yang bermakna bagi menampung pesekitaran pembelajaran normal. Sistem WBE yang ideal mestilah memenuhi semua kriteria dan matlamat tersebut. KESIMPULAN Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan sistem WBE yang ideal akan memberikan impak dalam kejayaan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan ICT. Namun demikian dalam usaha membangunkan sistem WBE yang lengkap lagi sempurna memerlukan kajian mendalam serta meluas untuk memahami keperluan pengguna serta memerlukan perancangan yang rapi. Model konseptual dan kriteria pembangunan yang disarankan oleh pengkaji dalam jurnal ini boleh dijadikan panduan dalam mewujudkan sistem tersebut. Di tambah pula dengan pendekatan rekayasa ulang (Business Process Reengineering – BPR) digabungkan dengan pemprototaipan sesuai untuk digunakan sebagai metadologi pembangunan sistem ini. Pelbagai cabaran dalam pembangunan sistem WBE nanti haruslah ditangani dengan bijak dan terbuka. Pembangunan WBE diharapkan mencapai kejayaan sebagaimana matalamat dan objektif yang dicadangkan seterusnya dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang berketrampilan, berkemahiran dan berkualiti.