SlideShare a Scribd company logo
BAB KANDUNGAN                               MUKA SURAT



Pendahuluan                                       1-8



Sistem Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu         9-15
      Politik,Ekonomi dan sosial.




Sistem Pentadbiran Jepun di Sarawak               15-16




Sistem Pentadbiran Jepun di Sarawak               17-22
      Politik,Ekonomi dan sosial



Rumusan                                           22-23


Rujukan                                           24




                                                         1
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat

tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang

putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah

terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain

selain daripada mereka yang berkulit putih sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan

tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk

Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun

bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.


Latar belakang


Sewaktu antara tempoh perperangan, strategi tentera British di Timur Tengah

dilemahkan oleh kurang perhatian dan belanjawan.


Rancangan kerajaan British bergantung sepenuhnya dengan meletakkan angkatan laut

yang   kuat   di   Singapura,   apabila   berlakunya   sebarang   pergeseran   dengan

musuh,pangkalan tentera laut Singapura dapat melindungi kepentingan British di Asia

Tenggara, Timur Tengah dan laluan ke Australia.


Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, Britain, Timur Tengah dan Soviet Union

dianggap lebih penting dalam pembahagian sumber tenaga manusia dan peralatan,

sehinggakan angkatan tentera udara Tanah Melayu yang dirancang antara 300 hingga

500 kapal terbang tidak pernah tercapai dan bilamana tentera Jepun menjajah dengan

dua ratus kereta kebal tentera British di Tanah Melayu tidak mempunyai walau satu

kereta kebal pun mereka kekurangan alatan peperangan dan askar.



                                                                                     2
Penjajahan Jepun


Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah

Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi

(amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju

kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di

Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan

darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat

Tanah Melayu.


Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember

1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera

Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl.

Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan

permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah

korban yang tinggi. Serangan demi serangan pihak Jepun yang menyerbu ke pantai

menyebabkan pihak British terpaksa berundur. Oleh itu, mereka bergerak dan

menawan lapangan terbang Kota Baharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun

menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara.




                                                                                3
Lt. Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun




Lt. Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu




                                                                4
Lockheed Hudson Mk V


Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor

Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of

Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah

tempat pendaratan Jepun     di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun

menyerang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran

Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.


Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah

satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju

Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.


Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star

pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember

1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang
                                                                                  5
mendudukinya pada hari yang sama. Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa

imperialis bermula dengan pemerintahan Maharaja Meiji pada tahun 1868. Ia dikenali

sebagai Kebangkitan Meiji. 2. Kemenangan Jepun yang telah menewaskan Russia

dalam Perang Russia-Jepun pada tahun 1905 menyebabkan Jepun dianggap sebagai

kuasa besar. Jepun menakluki Korea dan Manchuria pada tahun 1931, dan sebahagian

besar timur negara China sejak tahun 1937.


Sebab-sebab Jepun menakluki Asia Tenggara         ialah hendak mendapatkan bahan

mentah bagi kegiatan industrinya, mendapatkan pasaran baru bagi barangan buatan

Jepun ,mendapatkan kawasan baru untuk pertanian dan menampung penduduknya

yang semakin bertambah, Kebangkitan pengaruh ketenteraan Jepun dalam pentadbiran

serta Amerkia Syarikat    telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun. Ini

menyebabkan Jepun terdesak dan menyerang Asia Tenggara.


Jepun dalam propagandanya telah menggunakan slogan dalam melaksanakan dasar

perluasan kuasa untuk mempengaruhi penduduk Asia Tenggara. Slogan itu ialah Asia

untuk Asia – bermaksud : negara Asia untuk orang Asia dan ia tidak wajar dijajah Barat

dan Semangat Asia- bermaksud negara Asia juga kuat. Kawasan Kesemakmuran

Bersama Asia Timur Raya –bermaksud : rancangan Jepun mewujudkan zon ekonomi di

kalangan negara negara Asia.


Sebab Kejayaan Tentera Jepun Di Tanah MelayuTentera British


Tentera British di Tanah Melayu tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun.

Lagipun, British tidak menyangka serangan akan dilancarkan dari bahagian



                                                                                     6
utara.Dengan itu, pertahanan British tertumpu di selatan terutamanya di Singapura.

Pihak British yakin pertahanan di Singapura tidak dapat ditembusi oleh tentera

Jepun.Tambahan pula, British telah tersilap jangkaan mengenai kekuatan dan

kecekapan tentera Jepun.Pada masa yang sama, British telah menumpukan

perhatiannya dalam perang menentang Kuasa-kuasa Paksi di Eropah.British tidak

mampu    menghantar     lebih   banyak   kapal-kapal   perang      dan   tentera   untuk

mempertahankan tanah jajahannya di Timur.


Berikutan peristiwa kemusnahan kapal Prince of Wales dan Repulse, kebanyakan

tentera British mula kehilangan semangat untuk berperang.Kapal-kapal tersebut

ditenggelamkan   kerana    kekurangan    kapal   terbang   untuk   melindunginya    dari

udara.Askar-askar India dalam tentera British hilang kepercayaan apabila pengintip-

pengintip Jepun menyebarkan khabar angin yang mencemarkan nama orang British.




Kekuatan Tentera Jepun


Tentera Jepun mempunyai rancangan serangan yang teliti. Tenteranya telah

dilengkapkan   supaya     bersedia   menyerang   Tanah     Melayu.Sebelum     serangan

dilancarkan, Jepun menjalankan pengintipan di seluruh Asia Tenggara.Dengan cara

tersebut, mereka dapat mengumpul maklumat lengkap tentang keadaan bentuk muka

bumi Tanah Melayu untuk mengatur strategi serangan.Melalui pengintipan, pihak Jepun

mendapat tahu bahawa pertahanan di Singapura sukar ditembusi dari laut. Oleh itu,

mereka menyerang dari utara.Askar-askar Jepun juga menerima latihan khas dalam

peperangan di hutan.


                                                                                       7
Jeneral Yamashita merupakan seorang pemimpin tentera yang berkebolehan dan

berkaliber. Beliau mempunyai banyak pengalaman.Tambahan pula, pasukan Jepun

mempunyai angkatan tentera yang kuat lagi lengkap.Kapal terbang perang jenis Zero

telah membolehkan tentera Jepun menguasai ruang udara.Tentera Jepun juga

menggunakan kereta kebal.


Untuk menempuh hutan dengan lebih mudah, cepat dan senyap, tentera Jepun

menggunakan basikal dalam kemaraannya ke bahagian selatan Tanah Melayu.Askar-

askar Jepun mempunyai disiplin dan semangat nasionalisme yang kuat.Juruterbang

Jepun rela melakukan serangan kamikaze ketika menyerang pangkalan laut Amerika di

Pearl Harbour.Serangan jenis ini memerlukan pengorbanan nyawa sendiri untuk

membunuh musuh.Penduduk tempatan juga banyak memberi bantuan dan kerjasama

kepada pihak Jepun.Mereka percaya bahawa Jepun akan menunaikan janjinya selepas

ia membebaskan negara mereka daripada kuasa-kuasa Barat.




                                                                                8
Sistem Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu


Politik




Ketika pendudukan Jepun, pentadbiran negara dikuasai sepenuhnya oleh Jepun.Sistem

pentadbiran yang diamalkan oleh Jepun ialah kerajaan tentera dan dikenali sebagai

Pemerintahan Tentera Tanah Melayu.Tanah Melayu dan Sumatera disatukan di bawah

satu pentadbiran.Pusat kerajaan Jepun ialah di Singapura atau Syonan.Tanah Melayu

dibahagikan kepada 7 buah wilayah. Setiap wilayah diperintah oleh seorang Gabenor

Jepun.


Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand pada akhir tahun

1943 sebagai tanda penghargaan Jepun kepada kerajaan Thailand.Gabenor Jepun di

peringkat negeri menerima arahan terus daripada ketua pemerintah tentera Tanah

Melayu.Jepun menganggap Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya dan enggan

mengiktiraf taraf raja-raja Melayu sebagai Sultan.

                                                                                 9
Akan tetapi, pihak Jepun terpaksa mengubah dasarnya terhadap raja-raja Melayu.Ini

kerana pihak Jepun berpendapat bahawa orang Melayu tidak akan menentang mereka

sekiranya Sultan-sultan dilayan dengan baik.Maka, raja-raja Melayu dibenarkan

menggunakan gelaran 'Sultan' dan mereka diberi kuasa ke atas perkara-perkara yang

menyentuh adat resam Melayu dan agama Islam.


Elaun juga akan diberi kepada Sultan-sultan dan ini bergantung kepada kerjasama

yang diberikan kepada pihak Jepun.Jepun tidak mempunyai ramai pegawai untuk

mengendalikan pentadbiran Tanah Melayu.Oleh itu, orang Melayu diambil untuk

menyandang jawatan-jawatan pentadbiran yang dahulunya dikhaskan untuk orang

British.




Pentadbiran Pusat


Pentadbiran Tanah Melayu diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera.Jepun

memerintah Tanah Melayu sebagai sebuah tanah jajahan.Pada mulanya, Tanah

Melayu dan Sumatera disatukan tetapi pada April 1943, Sumatera diasingkan.Negeri-

negeri Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Melaka

yang dikelaakan sebagai daerah diletakkan di bawah kawalan Gabenor atau

'Mayor'.Negeri-negeri Melayu Utara terletak di bawah pemerintahan Siam.Setiap

daerah dibahagikan lagi kepada kawasan kecil untuk memudahkan pentadbiran dan

kawalan iaitu kampung,Jiran tetangga dan keluargaSistem pendaftaran keluarga

dijalankan dan setiap keluarga diberi sijil yang bergelar 'Sijil Kehidupan Dan

Keamanan'.


                                                                                    10
Majlis Mesyuarat Negeri


Sebelum pendudukan Jepun, Sultan-sultan adalah Pengerusi Majlis Mesyuarat

Negeri.Akan tetapi, apabila Jepun memerintah Tanah Melayu, Gabenor Jepun menjabi

Pengerusi manakala Sultan hanya merupakan Naib Pengerusi.Majlis Mesyuarat Negeri

tidak lagi diberi kuasa untuk membuat undang-undang. lahanya merupakan badan

penasihat.




Kempetai


Kempetai ialah pasukan polis Jepun yang ditubuhkan untuk menggantikan polis

tempatan.Kempetai sangat ditakuti kerana kekejaman dan cara-cara penyeksaan yang

diamalkan oleh mereka.Ramai orang yang anti Jepun dibunuh oleh Kempetai.Pasukan

kempetai menjalankan tugas dengan menyeksa dan membunuh orang yang disyaki

menentang Jepun. dan memastikan penduduk tempatan mematuhi undang-undang

pemerintahan tentera Jepun.


Semasa pemerintahan Inggeris, wujud fahaman kebangsaan yang berjuang untuk

membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Inggeris. Pergerakan ini yang

dipimpin oleh Ibrahim Yaakob, mempunyai matlamat untuk menyatukan Malaysia dan

Indonesia dengan konsep Melayu Raya. Pada Mei 1937 pergerakan ini menubuhkan

sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda. Menyedari bahawa

                                                                              11
pertubuhan ini akan mengugat pengaruh Inggeris, pada 1940 pemimpin pertubuhan ini

telah ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu, kerajaan

Jepun telah membebaskan pemimpin tersebut yang kemudiannya telah menubuhkan

badan      yang      dikenali     sebagai     Pembela       Tanahair      (PETA).



Walau bagaimanapun disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh PETA tidak sehaluan

dengan pemerintah Jepun, badan ini kemudiannya diharamkan. Namun begitu aktiviti

PETA masih terus berjalan dan kemuncaknya pada 1945 Ibrahim Yaakob dan Dr.

Burhanuddin telah merancang penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang dikenali

sebagai KRIS( Kesatuan Indonesia Semenanjung).Tetapi rancangan ini tidak sempat

dilaksanakan kerana pemerintah Jepun telah menyerah kalah. Kejayaan Jepun

mengalahkan Inggerisserta pengalaman orang Melayu memerintah Tanah Melayu yang

diberikan oleh Jepun bagi mengisi jawatan yang sebelum ini dikuasai oleh pentadbir

Inggeris juga telah berjaya membangkitkan kesedaran politik khususnya di kalangan

orang Melayu. Disebabkan kesedaran politik inilah rancangan Inggeris untuk

menubuhkan Malayan Union selepas berakhirnya pendudukan Jepun telah mendapat

tentangan yang meluas daripada orang Melayu sehingga menyebabkan rancangan

Malayan Union tidak dapat dilaksanakan.




                                                                                12
Ekonomi




Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan membiayai

peperangan. Mata wang Jepun diperkenalkan.pengenalan dasar ekonomi kawalan.

Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digiatkan. Catuan makanan

dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian. Layanan istimewa

diberikan kepada ―kaisha‖(syarikat Jepun).

Sewaktu pemerintah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu pelbagaiinfrastruktur asas

telah dimusnahkan bagi memastikan penjajah Jepun menghadapi kesukaran untuk

membangunkan dan menguasai ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha memulihkan

ekonomi Tanah Melayu, pentadbiran Jepun telah memperkenalkan mata wang barudi

Tanah Melayu. Walau bagaimanapun disebabkan pengeluaran mata wang yang tidak

terkawal, inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Di samping itu, perdagangan import-

eksport Tanah Melayu dengan dunia luar juga semakin lumpuh. Pengeluaran getah dan

bijih timah telah terjejas teruk akibat peperangan. Pengangguran juga semakin ketara

selain beberapa keperluan asas dan barang makanan semakin sukar diperoleh.


                                                                                  13
Sosial




Pengaruh Barat dan cina dihapuskan. Sekolah Inggeris dan cina ditutup bagi

menghapuskan pengaruh Barat. Kesetiaan terhadap Jepun; kesetiaan penduduk Tanah

Melayu ditumpu kepada maharaja. Kimigayo (Lagu Kebangsaan Jepun) dinyanyikan

pada setiap pagi di sekolah. Galakan budaya Jepun apabila Nippon_go (bahasa Jepun)

menjadi bahasa pengantar di sekolah. Cuti sempena hari-hari perayaan Negara jepun

diperkenalkan. Orang melayu dilayan dengan baik untuk mendapatkan kerjasama

mereka bagi meneruskan pemerintahan. Orang Cina dilayan dengan kasar kerana

menyokong kerajaan China dalam perang China-Jepun. Orang India dilayan dengan

baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India.

Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera Jepun telah

menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pendudukan Jepun

juga telah mengamalkan sikap anti-Cina. Keadaan ini menyebabkan sebahagian

daripada orang Cina telah melarikan diri ke hutan dan menyertai tentera MPAJA.

Sebaliknya pada masa yang sama, ramai orang Melayu yang bekerja dengan tentera

                                                                                14
Jepun sebagai askar dan polis. Ini menyebabkan apabila berlakunya pertempuran

antara tentera Jepun dengan MPAJA, maka pertempuran ini melibatkan orang Melayu

dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan

permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Pergeseran ini semakin buruk

khususnya selepas Jepun menyerah kalah. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang

Cina yang menganggotai MPAJA untuk membalas dendam bukan sahaja kepada orang

Melayu yang menganggotai tentera Jepun tetapi juga kepada orang Melayu yang lain.

Lantas hubungan kedua-dua kaum tersebut menjadi renggang. Di samping itu,

pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan taraf hidup dan kesihatan

penduduk Tanah Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah

merebak. Kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat ditambah lagi dengan

kemudahan perubatan yang terhad telah menjejaskan mutu dan tarafkesihatan

penduduk di Tanah Melayu. Di samping itu, ramai rakyat Tanah Melayu telah dikerah

untuk bertugas bagi membina landasan kereta api di antara Burma dengan Thailand,

yang juga dikenali sebagai landasan keretapi maut.



Pentadbiran Jepun di Sarawak


Pada masa tentera Jepun menyerang Sarawak ketika Raja Charles Vyner Brooke

berada di Australia.Tentera Jepun mula-mula mendarat di Miri pada 16 Disember 1941.


Walaupun kawasan lombong minyak ditawan, tentera Jepun tidak dapat memperolehi

minyak kerana semua mesin dan peralatan telah dimusnahkan oleh tentera

British.Selepas itu, Kuching dibom dan ditawan pada 25 Disember 1941.Manakala Sibu



                                                                                 15
jatuh ke tangan Jepun pada 27 Disember 1941.Askar-askar British cuba melarikan diri

ke Kalimantan tetapi ditangkap dan dijadikan orang tawanan perang di batu Lintang.


Serangan Jepun ke atas Sarawak menerima hanya sedikit tentangan kerana

pertahanan Sarawak tidak tersusun.Tambahan pula, angkatan tenteranya juga

kurangbersedia untukberperang.Sarawak hanya dipertahankan oleh pasukan tempatan

dan pasukan Regimen Punjabi. Sehubungan dengan itu, Sarawak tidak ada pemimpin

kerana Raja Charles Vyner Brooke tidak berada di Sarawak pada masa itu. Tentera

Jepun lebih ramai daripada tentera British menyebabkan mereka mudah menawan

Sarawak. Ketika itu, penduduk tidak menyangka negeri mereka akan diserang. Mereka

tidak memberi tentangan ketika diserang.


Penduduk Sarawak menderita semasa pemerintahan Jepun kerana bekalan makanan,

ubat dan pakaian amat kekurangan.Ramai penduduk ditawan dan dimasukkan ke

dalam penjara.Dengan itu, apabila pihak British menghantar tenteranya ke Bahagian

Keempat, mereka dibantu oleh penduduk tempatan.Australia juga menghantar bantuan

tentera. Pada 15 Ogos 1945, Jepun menyerah kalah.Sarawak bebas daripada

penjajahan Jepun pada 11 September 1945.


Pentadbiran Jepun di Sabah dan dan Sarawak juga bercorak ketenteraan.Negeri

Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan ke dalam satu unit pentadbiran yang dikenali

sebagai   Borneo     Utara.   Borneo       Utara   dibahagikan   kepada   5    wilayah

pentadbiran.Gabenor Jeneral adalah ketua tertinggi kerajaan. Beliau bertanggungjawab

ke atas sistem pentadbiran di Sabah, Sarawak dan Brunei.Pusat pentadbirannya

terletak di Kuching. la kemudiannya dipindahkan ke Sabah selepas tahun 1943.

                                                                                     16
Pentadbiran Jepun di Sabah


Pada 1 Januari 1942, Jepun menyerang Labuan, Membakut dan Beaufort.Kira-Kira satu

minggu kemudian, Jesselton (Kota Kinabalu) ditawan dan diikuti oleh Sandakan pada

19 Januari 1942.Tawau jatuh pada 24 Januari 1942 dan Lahad Datu tiga hari

kemudiannya.Pada 1 Februari 1942, tentera Jepun menduduki Kudat dan seluruh

negeri Sabah jatuh kepada tentera Jepun.Jepun memperkuatkan kedudukan mereka

dengan menubuhkan garison-garison di Pensiangan, Tenom, Keningau, Beaufort dan

Ranau.British tidak dapat mempertahankan Sabah kerana pasukan pertahanannya

Kecil dan lemah.Sabah dipertahankan oleh The North Borneo Armed Constabulary dan

Pasukan Sukarelawan yang terdiri daripada penduduk bumiputera, orang India, Cina

dan Eropah.Perdagangan di Sabah tergendala akibat serangan Jepun. Penduduk

mengalami kekurangan makanan dan barang keperluan harian.Perkhidmatan kesihatan

tidak dapat. diteruskan kerana kekurangan ubat dan alat-alat kelengkapan lain.


Wabak penyakit seperti beri-beri dan cirit-birit mengancam penduduk Sabah.Penduduk

tempatan dan orang tawanan perang dijadikan buruh paksa untuk membina jalan raya

yang menghubungkan Keningau dan Api-api.




Sabah seperti juga Sarawak berada dalam keadaan yang tenang di bawah

pemerintahan Syarikat Berpiagam Sabah. Pada 1 Januari 1942, apabila Pulau Labuan

ditawan,bilangan askar Jepun ialah       kira-kira 25,000 orang. Pada bulan Mei 1942,

seluruh Sabah telah ditawan dan berada di bawah pemerintahan Jepun sehingga tahun


                                                                                   17
1945. Satu perjanjian dineterai antara pemerintahan Jepun dengan Residen Syarikat di

Jesselton pada 13 Januari 1942. Jepun membenarkan aktiviti harian seperti pertanian,

perniagaan, komunikasi, kebudayaan, pelajaran dan keagamaan diteruskan seperti

biasa. Askar Jepun ditempatkan di Jesselton dan Beaufortdan dibenarkan mendapat

bekalan makanan daripada penduduk tempatan melalui kawalann pemerintahan

tempatan   askar      Jepun.   Pemerintah   Jepun   membenarkan   kakitangan    awam

meneruskan khidmat mereka tetapi segala urusan penting kerajaan perlu dibincangkan

dengan mereka. Polis tempatan dibenarkan mengawasi ketenteraman awam dan

menguatkuasakan undang-undang tetapi semua perkara yang berkaitan dengan aspek

persenjataan dan peluru diletakkan di bawah kawalan pemerintahan Jepun. Undang-

undang yang sedia ada diteruskan dengan memansuhkan apa-apa perundangan yang

bertentangan dengan undang-undang Jepun. Nilai mata wangJepun disamakan dengan

mata wang Sabah. Segala janji manis Jepun itu tinggal janji kosong apabila mereka

kemudiannya menghadapi pelbagai masalah dan terpaksa meneruskan pemerintahan

secara tegas dan keras.


Pada 19 Januari 1942,askar Jepun tiba di Sandakan, ibu negeri Sabah. Apabila

Gabenor    Syarikat     mengeluarkan   arahan   supaya   kakitangan   awam     Eropah

meninggalkan tugas, mereka telah ditahan oleh Jepun,kecuali pegawai perubatan ,

jurutera elektrik dan beberapa pengembara Eropah yang berada jauh di pedalam.

Orang Eropah yang ditawan dan ditahan telah dihantar ke kem tahanan di Pulau

Berhala, Sandakan.


Sabah diletakkan di bawah pemerintahan tentera Jepun. Askar Jepun telah

membahagikan kawasan pentadbirannya kepada dua wilayah pentadbiran, iaitu

                                                                                   18
bahagian pantai barat dinamakan Seikal Shiu dan bahagian pantai timur pula sebagai

Tokai Shiu. Wilayah pantai barat merangkumi Kudat dan daerah pedalaman manakala

wilayah pantai timur pula termasuk Sandakan dan Tawau. Labuan pula dinamakn

semula sebagai Maedashima, mengambil sempena nama pemerintahan askar Jepun

yang berjaya menakluki Pulau Borneo, Jeneral Maeda. Bandar Jesselton ditukarkan

namanya kepada api-api dan Sandakan kepa Elopura




Jepun telah meletakkan seorang Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi yang

bertanggungjawab mengawasi pentadbiran di Borneo. Pada mulanya Gabenor Jeneral

ditempatkan di Kuching tetapi dipindahkan ke Sandakan selepas bulan Oktober1943.

Pemerintahan Jepun memberikan perhatian dan tumpuan kepada kawasan pedalaman.

Unit pengawal keselamaab ditubuhkan dengan dianggotai oleh penduduk tempatan dan

bertanggungjawab kepada Ketua Kampung dan Ketua Anak Negeri. Pentadbiran

kampung juga berfungsi sebagai polis rahsia dan penyebar dakyah Jepun.


Jepun mendirikan markas mereka hampir di semua kawasan pedalaman seperti di

Ranau, Keningau , Pensiangan, Penungah, Tenom, Lamag dan sebagainya. Ranau

dipilih sebagai pusat pentadbiran dan pertahanan bagi Seikai Shiu kerana

kedudukannya dapat menghubungkannya dengan daerah Pensiangan di kawasan

pedalaman Sabah. Penubuhan pusat pentadbiran di kawasan pedalaman dibuat kerana

Jepun memerlukan kawasan untuk membekalkan makanan bagi kegunaan askar Jepun

khasnya dan penduduk Sabah amnya. Penubuhan pusat-pusat pentadbiran di kawasan




                                                                                19
pedalaman itu telah meninggalkan kesan yang penting dari segi kemajuan sisitem

perhubungan di Sabah.


Bagi mengukuhkan keselamatan negeri,askar Jepun telah ditempatkan di semua pusat

pentadbiran dan pertahanan yang diwujudkan di seluruh Sabah. Bilangannya ditambah

dengan memaksa penduduk tempatan menyertai pasukan sukarela atau Giyu Gun.

Ketua kampung juga diarah untuk mengumpulkan pemuda-pemuda kampung untuk

menjadi askar sukarela. Namun begitu, kebanyakan pemuda tempatan keberatan

menyertai pasukan tersebut. Penduduk tempatan juga dilantik sebagai anggota polis

yang baru. Terdapat juga pasukan polis tentera Jepun yang dikenali sebagai Kempeitai

ditempatkan di seluruh negeri. Jepun juga melantik beberapa orang penduduk

tempatan yang dinamakn Jikidan untuk membantu menjalankan pentadbiran dan juga

menyebarkan dakyah Jepun di peringkat kampung serta bertanggungjawab kepada

ketua kampung.


Disebabkan tumpuan yang berlebihan diberikan kepada bidang pentadbiran dan

peperangan, pembangunan sektor ekonomi telah tidak dapat dilaksanakan dengan

baik.   Perkembangan    ekonomi    di   Sabah    tidak   memberangsangkan.      Jepun

melaksanakan dasar ekonomi kawalan iaitu bertindak memenuhi keperluan makanan

bagi penduduknya melalui kegiatan pengumpulan makanan. Kegiatan import dan

eksport terhenti akibat peperangan. Oleh itu, penduduk Sabah terpaksa melibatkan diri

dalam kegiatan yang bercorak sara diri seperti menanam padi, buah-buahan dan sayur-

sayuran. Namun demikian, masih berlaku kekurangan makanan yang menyebabkan

penduduk menghadapi kesengsaraan hidup. Rakyat menghadapi masalah kekurangan

zat makanan dan merebaknya penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri.

                                                                                   20
Dari segi sosial pula,Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan dalam semua

bidang, terutama dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Pelajar sekolah diajar

memuja dan mentaati Jepun untuk membina negara order baru yang berteraskan

perpaduan sejati, etika kerja yang murni dan bersemangat tinggi. Bahasa Jepun ,

Nippongo dan tulisan Jepun, tulisan Katakan dan tulisan kanji diajar di sekolah-sekolah.

Guru-guru juga digalakkkan menguasai bahasa Jepun. Semua pengaruh barat

dihapuskan dengan menutup sekolah-sekolah Inggeris dan melarang penggunaan

bahasa Inggeris di sekolah dan dalam pergaulan.


Apabila Jepun menyerang negara China pada tahun 1937, orang-orang China yang

berada di seberang laut, termasuk yang berada di Sabah telah menghantar bantuan ke

negara mereka melalui sumbangan kepada tabung peperangan Kerajaan China.

Selepas Jepun menguasai Sabah, layanan buruk diberikan kepada orang China kerana

sifat dendam mereka. Penduduk Cina yang dewasa dikenakan membayar cukai kepala

sebanyak $6.00 seorang. Pada pertengahan tahun 1942, penduduk Cina di Sabah

dikehendaki memberikan sumbangan sebanyak $1,000,000 kepada pemerintah Jepun

sebagai derma atau sumbangan untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada

Jepun.kesukaran untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan dan membayar

sumbangan wang menyebabkan tauke-tauke Cina melarikan diri ke kawasan yang jauh

dari bandar dan memulakan kehidupan dengan berkebun. Contohnya, orang Cina di

bandar Kota Kindabalu telah melarikan diri ke kawasan Kinarut dan Penampang,

manakala orang Cina di Sandakan ke Batu Sapi dan Pasir Putih.


Penduduk peribumi yang dicurigai oleh Jepun, khususnya yang pernah berkhidmat

sebagai polis dan askar sukarela Syarikat Berpiagam Sabah menerima layanan buruk.

                                                                                     21
Kebanyakan orang Eropah, termasuk tahanan perang dan pegawai tadbir dipenjarakan.

Tahanan perang ditempatkan di Pulau Berhala di Sandakan pada peringkat awal tetapi

kemudiannya dipindahkan ke kem tahanan di Kuching. Penduduk peribumi juga dikerah

menjai buruh paksa untuk membina jalanraya dan landasan kapalterbang di Jesselton,

Sandakan, Kudat dan Keningau. Jepun juga membenci agama Kristian kerana

perkaitan agama tersebut dengan British. Golongan mubaligh Kristian yang berbangsa

Eropah dan juga Cina dipenjarakan dan gereja-gereja mereka dirampas untuk dijadikan

stesen radio dan pelbagai kegunaan lain.




Rumusan

Pendudukan dan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah

meninggalkan pelbagai kesan yang merangkumi aspek-aspek politik, sosial, ekonomi

dan nasionalisme kepada penduduk tempatan. Di samping kesan-kesan negtif seperti

penindasan, penderitaan dan kezaliman terdapat juga kesan positif akibat daripada

dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak Jepun. Kesan jangka panjang yang berlaku

ialah wujud semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat       iaitu keinginan untuk

memerintah sendiri dan mencapai kemerdekaan. Penjajahan Jepun dapat memberi

pengajaran kepada rakyat..


Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam menjana

ekonomi Tanah Melayu dan Sarawak dan Sabah. ini merupakan salah satu sebab

mengapa Jepun akhirnya ditentang oleh masyarakat pribumi. Sebagai kesimpulannya,

niat negara-negara Imperialisme ini bukan untuk merubah negara yang dijajah mereka,


                                                                                 22
tetapi lebih kepada mencari keuntungan untuk memantapkan mereka sebagai sebuah

kuasa besar dunia. Dalam hal ini, Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah

keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.Pengalaman

hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya

semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan

mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada

kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.




                                                                             23
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)


KOD KURSUS         :    TH10203 SEJARAH MALAYSIA: ABAD
                       KE-20 HINGGA PRA KEMERDEKAAN


TUGASAN            :    4. Bandingkan corak pemerintahan Jepun di Tanah
                          Melayu dengan Sarawak dan Sabah.


NAMA               :    ZAINALIUS KIBAK
NOMBOR MATRIK      :    CT10210836




                                                                     24
25

More Related Content

What's hot

Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
hibatullah92
 
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
monica sam
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 
SJHK3103 Penulisan Sejarah
SJHK3103 Penulisan SejarahSJHK3103 Penulisan Sejarah
SJHK3103 Penulisan Sejarah
Lia Lyana Pura William Kilie
 
Dasar desentralisasi
Dasar desentralisasiDasar desentralisasi
Dasar desentralisasi
Zafarul_Irshard
 
Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahan
firo HAR
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
Maryam Ahmad
 
BAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASANBAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASAN
hanisahadha
 
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapHsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Tatulrich Tatul
 
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
FaFai S.
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
nurAkhma
 
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Danial Akhmal
 
Kedudukan golongan petani dlm sistem eko feudalisme diamalkn d perancis(sej s...
Kedudukan golongan petani dlm sistem eko feudalisme diamalkn d perancis(sej s...Kedudukan golongan petani dlm sistem eko feudalisme diamalkn d perancis(sej s...
Kedudukan golongan petani dlm sistem eko feudalisme diamalkn d perancis(sej s...
azam_hazel
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
fadz dila
 
Kajian rintis
Kajian rintisKajian rintis
Kajian rintis
Ilham Afnan
 
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Russlan Ssvs
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkorfiro HAR
 
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuPembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
hidayahperlis
 

What's hot (20)

Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
 
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
Bahasa melayu moden (sumbangan pertubuhan dan institusi) STPM PENGGAL 1
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
SJHK3103 Penulisan Sejarah
SJHK3103 Penulisan SejarahSJHK3103 Penulisan Sejarah
SJHK3103 Penulisan Sejarah
 
Dasar desentralisasi
Dasar desentralisasiDasar desentralisasi
Dasar desentralisasi
 
Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahan
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASINGBAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
 
BAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASANBAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASAN
 
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapHsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
 
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
Dasar & Kesan Pendudukan Jepun Ke Atas Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Di Ind...
 
Kedudukan golongan petani dlm sistem eko feudalisme diamalkn d perancis(sej s...
Kedudukan golongan petani dlm sistem eko feudalisme diamalkn d perancis(sej s...Kedudukan golongan petani dlm sistem eko feudalisme diamalkn d perancis(sej s...
Kedudukan golongan petani dlm sistem eko feudalisme diamalkn d perancis(sej s...
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Kajian rintis
Kajian rintisKajian rintis
Kajian rintis
 
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkor
 
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuPembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
 

Viewers also liked

Urusan kenaikan pangkat secara time based pppld tahun 2013m
Urusan kenaikan pangkat secara time based pppld tahun 2013mUrusan kenaikan pangkat secara time based pppld tahun 2013m
Urusan kenaikan pangkat secara time based pppld tahun 2013m
Zainalius Kibak
 
Kodevidenspbstingkatan2kh 121204092844-phpapp01
Kodevidenspbstingkatan2kh 121204092844-phpapp01Kodevidenspbstingkatan2kh 121204092844-phpapp01
Kodevidenspbstingkatan2kh 121204092844-phpapp01Zainalius Kibak
 
Fpp 1999 43_a
Fpp 1999 43_aFpp 1999 43_a
Fpp 1999 43_a
Zainalius Kibak
 
Jpend32[08]
Jpend32[08]Jpend32[08]
Jpend32[08]
Zainalius Kibak
 
65576530 aplikasi-web-2-0-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
65576530 aplikasi-web-2-0-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran65576530 aplikasi-web-2-0-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
65576530 aplikasi-web-2-0-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
Zainalius Kibak
 
Borang gred induk09 copy
Borang gred induk09   copyBorang gred induk09   copy
Borang gred induk09 copyZainalius Kibak
 
Return slip
Return slipReturn slip
Return slip
Zainalius Kibak
 

Viewers also liked (9)

Urusan kenaikan pangkat secara time based pppld tahun 2013m
Urusan kenaikan pangkat secara time based pppld tahun 2013mUrusan kenaikan pangkat secara time based pppld tahun 2013m
Urusan kenaikan pangkat secara time based pppld tahun 2013m
 
Kodevidenspbstingkatan2kh 121204092844-phpapp01
Kodevidenspbstingkatan2kh 121204092844-phpapp01Kodevidenspbstingkatan2kh 121204092844-phpapp01
Kodevidenspbstingkatan2kh 121204092844-phpapp01
 
Fpp 1999 43_a
Fpp 1999 43_aFpp 1999 43_a
Fpp 1999 43_a
 
Jpend32[08]
Jpend32[08]Jpend32[08]
Jpend32[08]
 
65576530 aplikasi-web-2-0-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
65576530 aplikasi-web-2-0-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran65576530 aplikasi-web-2-0-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
65576530 aplikasi-web-2-0-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
 
Di sebalik wajah
Di sebalik wajahDi sebalik wajah
Di sebalik wajah
 
Borang gred induk09 copy
Borang gred induk09   copyBorang gred induk09   copy
Borang gred induk09 copy
 
Return slip
Return slipReturn slip
Return slip
 
Gaji
GajiGaji
Gaji
 

Similar to Jepun

Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitaBab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
rubiah ali
 
Sejarah tingkatan 3
Sejarah tingkatan 3Sejarah tingkatan 3
Sejarah tingkatan 3
syarifahislam
 
Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3
Cg Man
 
Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3
Umi Yah
 
Sejarah tingkatan 3 pw
Sejarah tingkatan 3 pwSejarah tingkatan 3 pw
Sejarah tingkatan 3 pwHameyah Kasim
 
Ppt1 B [Recovered]
Ppt1 B [Recovered]Ppt1 B [Recovered]
Ppt1 B [Recovered]bmfithrigyss
 
Powerpoint Melayu
Powerpoint MelayuPowerpoint Melayu
Powerpoint MelayuBmaida10
 
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1A'dilah Hanum
 
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara KitaBab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Nur Rahifah Karim
 
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
norlizaismail2013
 
NOTA SEJARAH TINGKATAN 3
NOTA SEJARAH TINGKATAN 3NOTA SEJARAH TINGKATAN 3
NOTA SEJARAH TINGKATAN 3
daniel iman zoorman
 
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-notaAmilinda Amsar
 
Kemerdekaan
KemerdekaanKemerdekaan
Kemerdekaan
Fishy Yi
 

Similar to Jepun (20)

Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitaBab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
 
Sejarah tingkatan 3
Sejarah tingkatan 3Sejarah tingkatan 3
Sejarah tingkatan 3
 
Bab 1 ting 3
Bab 1 ting 3Bab 1 ting 3
Bab 1 ting 3
 
Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3
 
Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3
 
Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3Bab 1-ting-3
Bab 1-ting-3
 
Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3Jawaban bab1-t3
Jawaban bab1-t3
 
Sejarah tingkatan 3 pw
Sejarah tingkatan 3 pwSejarah tingkatan 3 pw
Sejarah tingkatan 3 pw
 
Ppt1 B [Recovered]
Ppt1 B [Recovered]Ppt1 B [Recovered]
Ppt1 B [Recovered]
 
Powerpoint Melayu
Powerpoint MelayuPowerpoint Melayu
Powerpoint Melayu
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
 
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara KitaBab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
Bab 1 (Tingkatan 3) ~ Pendudukan Jepun di Negara Kita
 
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia
 
Sejarah ting 3
Sejarah ting 3Sejarah ting 3
Sejarah ting 3
 
Nota sejarah ting 3
Nota sejarah ting 3Nota sejarah ting 3
Nota sejarah ting 3
 
NOTA SEJARAH TINGKATAN 3
NOTA SEJARAH TINGKATAN 3NOTA SEJARAH TINGKATAN 3
NOTA SEJARAH TINGKATAN 3
 
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
 
Kemerdekaan
KemerdekaanKemerdekaan
Kemerdekaan
 

Jepun

  • 1. BAB KANDUNGAN MUKA SURAT Pendahuluan 1-8 Sistem Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu 9-15 Politik,Ekonomi dan sosial. Sistem Pentadbiran Jepun di Sarawak 15-16 Sistem Pentadbiran Jepun di Sarawak 17-22 Politik,Ekonomi dan sosial Rumusan 22-23 Rujukan 24 1
  • 2. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II. Latar belakang Sewaktu antara tempoh perperangan, strategi tentera British di Timur Tengah dilemahkan oleh kurang perhatian dan belanjawan. Rancangan kerajaan British bergantung sepenuhnya dengan meletakkan angkatan laut yang kuat di Singapura, apabila berlakunya sebarang pergeseran dengan musuh,pangkalan tentera laut Singapura dapat melindungi kepentingan British di Asia Tenggara, Timur Tengah dan laluan ke Australia. Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, Britain, Timur Tengah dan Soviet Union dianggap lebih penting dalam pembahagian sumber tenaga manusia dan peralatan, sehinggakan angkatan tentera udara Tanah Melayu yang dirancang antara 300 hingga 500 kapal terbang tidak pernah tercapai dan bilamana tentera Jepun menjajah dengan dua ratus kereta kebal tentera British di Tanah Melayu tidak mempunyai walau satu kereta kebal pun mereka kekurangan alatan peperangan dan askar. 2
  • 3. Penjajahan Jepun Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu. Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi. Serangan demi serangan pihak Jepun yang menyerbu ke pantai menyebabkan pihak British terpaksa berundur. Oleh itu, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Baharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara. 3
  • 4. Lt. Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun Lt. Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu 4
  • 5. Lockheed Hudson Mk V Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang. Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang 5
  • 6. mendudukinya pada hari yang sama. Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa imperialis bermula dengan pemerintahan Maharaja Meiji pada tahun 1868. Ia dikenali sebagai Kebangkitan Meiji. 2. Kemenangan Jepun yang telah menewaskan Russia dalam Perang Russia-Jepun pada tahun 1905 menyebabkan Jepun dianggap sebagai kuasa besar. Jepun menakluki Korea dan Manchuria pada tahun 1931, dan sebahagian besar timur negara China sejak tahun 1937. Sebab-sebab Jepun menakluki Asia Tenggara ialah hendak mendapatkan bahan mentah bagi kegiatan industrinya, mendapatkan pasaran baru bagi barangan buatan Jepun ,mendapatkan kawasan baru untuk pertanian dan menampung penduduknya yang semakin bertambah, Kebangkitan pengaruh ketenteraan Jepun dalam pentadbiran serta Amerkia Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun. Ini menyebabkan Jepun terdesak dan menyerang Asia Tenggara. Jepun dalam propagandanya telah menggunakan slogan dalam melaksanakan dasar perluasan kuasa untuk mempengaruhi penduduk Asia Tenggara. Slogan itu ialah Asia untuk Asia – bermaksud : negara Asia untuk orang Asia dan ia tidak wajar dijajah Barat dan Semangat Asia- bermaksud negara Asia juga kuat. Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya –bermaksud : rancangan Jepun mewujudkan zon ekonomi di kalangan negara negara Asia. Sebab Kejayaan Tentera Jepun Di Tanah MelayuTentera British Tentera British di Tanah Melayu tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun. Lagipun, British tidak menyangka serangan akan dilancarkan dari bahagian 6
  • 7. utara.Dengan itu, pertahanan British tertumpu di selatan terutamanya di Singapura. Pihak British yakin pertahanan di Singapura tidak dapat ditembusi oleh tentera Jepun.Tambahan pula, British telah tersilap jangkaan mengenai kekuatan dan kecekapan tentera Jepun.Pada masa yang sama, British telah menumpukan perhatiannya dalam perang menentang Kuasa-kuasa Paksi di Eropah.British tidak mampu menghantar lebih banyak kapal-kapal perang dan tentera untuk mempertahankan tanah jajahannya di Timur. Berikutan peristiwa kemusnahan kapal Prince of Wales dan Repulse, kebanyakan tentera British mula kehilangan semangat untuk berperang.Kapal-kapal tersebut ditenggelamkan kerana kekurangan kapal terbang untuk melindunginya dari udara.Askar-askar India dalam tentera British hilang kepercayaan apabila pengintip- pengintip Jepun menyebarkan khabar angin yang mencemarkan nama orang British. Kekuatan Tentera Jepun Tentera Jepun mempunyai rancangan serangan yang teliti. Tenteranya telah dilengkapkan supaya bersedia menyerang Tanah Melayu.Sebelum serangan dilancarkan, Jepun menjalankan pengintipan di seluruh Asia Tenggara.Dengan cara tersebut, mereka dapat mengumpul maklumat lengkap tentang keadaan bentuk muka bumi Tanah Melayu untuk mengatur strategi serangan.Melalui pengintipan, pihak Jepun mendapat tahu bahawa pertahanan di Singapura sukar ditembusi dari laut. Oleh itu, mereka menyerang dari utara.Askar-askar Jepun juga menerima latihan khas dalam peperangan di hutan. 7
  • 8. Jeneral Yamashita merupakan seorang pemimpin tentera yang berkebolehan dan berkaliber. Beliau mempunyai banyak pengalaman.Tambahan pula, pasukan Jepun mempunyai angkatan tentera yang kuat lagi lengkap.Kapal terbang perang jenis Zero telah membolehkan tentera Jepun menguasai ruang udara.Tentera Jepun juga menggunakan kereta kebal. Untuk menempuh hutan dengan lebih mudah, cepat dan senyap, tentera Jepun menggunakan basikal dalam kemaraannya ke bahagian selatan Tanah Melayu.Askar- askar Jepun mempunyai disiplin dan semangat nasionalisme yang kuat.Juruterbang Jepun rela melakukan serangan kamikaze ketika menyerang pangkalan laut Amerika di Pearl Harbour.Serangan jenis ini memerlukan pengorbanan nyawa sendiri untuk membunuh musuh.Penduduk tempatan juga banyak memberi bantuan dan kerjasama kepada pihak Jepun.Mereka percaya bahawa Jepun akan menunaikan janjinya selepas ia membebaskan negara mereka daripada kuasa-kuasa Barat. 8
  • 9. Sistem Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu Politik Ketika pendudukan Jepun, pentadbiran negara dikuasai sepenuhnya oleh Jepun.Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh Jepun ialah kerajaan tentera dan dikenali sebagai Pemerintahan Tentera Tanah Melayu.Tanah Melayu dan Sumatera disatukan di bawah satu pentadbiran.Pusat kerajaan Jepun ialah di Singapura atau Syonan.Tanah Melayu dibahagikan kepada 7 buah wilayah. Setiap wilayah diperintah oleh seorang Gabenor Jepun. Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand pada akhir tahun 1943 sebagai tanda penghargaan Jepun kepada kerajaan Thailand.Gabenor Jepun di peringkat negeri menerima arahan terus daripada ketua pemerintah tentera Tanah Melayu.Jepun menganggap Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya dan enggan mengiktiraf taraf raja-raja Melayu sebagai Sultan. 9
  • 10. Akan tetapi, pihak Jepun terpaksa mengubah dasarnya terhadap raja-raja Melayu.Ini kerana pihak Jepun berpendapat bahawa orang Melayu tidak akan menentang mereka sekiranya Sultan-sultan dilayan dengan baik.Maka, raja-raja Melayu dibenarkan menggunakan gelaran 'Sultan' dan mereka diberi kuasa ke atas perkara-perkara yang menyentuh adat resam Melayu dan agama Islam. Elaun juga akan diberi kepada Sultan-sultan dan ini bergantung kepada kerjasama yang diberikan kepada pihak Jepun.Jepun tidak mempunyai ramai pegawai untuk mengendalikan pentadbiran Tanah Melayu.Oleh itu, orang Melayu diambil untuk menyandang jawatan-jawatan pentadbiran yang dahulunya dikhaskan untuk orang British. Pentadbiran Pusat Pentadbiran Tanah Melayu diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera.Jepun memerintah Tanah Melayu sebagai sebuah tanah jajahan.Pada mulanya, Tanah Melayu dan Sumatera disatukan tetapi pada April 1943, Sumatera diasingkan.Negeri- negeri Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Melaka yang dikelaakan sebagai daerah diletakkan di bawah kawalan Gabenor atau 'Mayor'.Negeri-negeri Melayu Utara terletak di bawah pemerintahan Siam.Setiap daerah dibahagikan lagi kepada kawasan kecil untuk memudahkan pentadbiran dan kawalan iaitu kampung,Jiran tetangga dan keluargaSistem pendaftaran keluarga dijalankan dan setiap keluarga diberi sijil yang bergelar 'Sijil Kehidupan Dan Keamanan'. 10
  • 11. Majlis Mesyuarat Negeri Sebelum pendudukan Jepun, Sultan-sultan adalah Pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri.Akan tetapi, apabila Jepun memerintah Tanah Melayu, Gabenor Jepun menjabi Pengerusi manakala Sultan hanya merupakan Naib Pengerusi.Majlis Mesyuarat Negeri tidak lagi diberi kuasa untuk membuat undang-undang. lahanya merupakan badan penasihat. Kempetai Kempetai ialah pasukan polis Jepun yang ditubuhkan untuk menggantikan polis tempatan.Kempetai sangat ditakuti kerana kekejaman dan cara-cara penyeksaan yang diamalkan oleh mereka.Ramai orang yang anti Jepun dibunuh oleh Kempetai.Pasukan kempetai menjalankan tugas dengan menyeksa dan membunuh orang yang disyaki menentang Jepun. dan memastikan penduduk tempatan mematuhi undang-undang pemerintahan tentera Jepun. Semasa pemerintahan Inggeris, wujud fahaman kebangsaan yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Inggeris. Pergerakan ini yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob, mempunyai matlamat untuk menyatukan Malaysia dan Indonesia dengan konsep Melayu Raya. Pada Mei 1937 pergerakan ini menubuhkan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda. Menyedari bahawa 11
  • 12. pertubuhan ini akan mengugat pengaruh Inggeris, pada 1940 pemimpin pertubuhan ini telah ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu, kerajaan Jepun telah membebaskan pemimpin tersebut yang kemudiannya telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Pembela Tanahair (PETA). Walau bagaimanapun disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh PETA tidak sehaluan dengan pemerintah Jepun, badan ini kemudiannya diharamkan. Namun begitu aktiviti PETA masih terus berjalan dan kemuncaknya pada 1945 Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin telah merancang penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang dikenali sebagai KRIS( Kesatuan Indonesia Semenanjung).Tetapi rancangan ini tidak sempat dilaksanakan kerana pemerintah Jepun telah menyerah kalah. Kejayaan Jepun mengalahkan Inggerisserta pengalaman orang Melayu memerintah Tanah Melayu yang diberikan oleh Jepun bagi mengisi jawatan yang sebelum ini dikuasai oleh pentadbir Inggeris juga telah berjaya membangkitkan kesedaran politik khususnya di kalangan orang Melayu. Disebabkan kesedaran politik inilah rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union selepas berakhirnya pendudukan Jepun telah mendapat tentangan yang meluas daripada orang Melayu sehingga menyebabkan rancangan Malayan Union tidak dapat dilaksanakan. 12
  • 13. Ekonomi Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan membiayai peperangan. Mata wang Jepun diperkenalkan.pengenalan dasar ekonomi kawalan. Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digiatkan. Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian. Layanan istimewa diberikan kepada ―kaisha‖(syarikat Jepun). Sewaktu pemerintah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu pelbagaiinfrastruktur asas telah dimusnahkan bagi memastikan penjajah Jepun menghadapi kesukaran untuk membangunkan dan menguasai ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha memulihkan ekonomi Tanah Melayu, pentadbiran Jepun telah memperkenalkan mata wang barudi Tanah Melayu. Walau bagaimanapun disebabkan pengeluaran mata wang yang tidak terkawal, inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Di samping itu, perdagangan import- eksport Tanah Melayu dengan dunia luar juga semakin lumpuh. Pengeluaran getah dan bijih timah telah terjejas teruk akibat peperangan. Pengangguran juga semakin ketara selain beberapa keperluan asas dan barang makanan semakin sukar diperoleh. 13
  • 14. Sosial Pengaruh Barat dan cina dihapuskan. Sekolah Inggeris dan cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat. Kesetiaan terhadap Jepun; kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpu kepada maharaja. Kimigayo (Lagu Kebangsaan Jepun) dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah. Galakan budaya Jepun apabila Nippon_go (bahasa Jepun) menjadi bahasa pengantar di sekolah. Cuti sempena hari-hari perayaan Negara jepun diperkenalkan. Orang melayu dilayan dengan baik untuk mendapatkan kerjasama mereka bagi meneruskan pemerintahan. Orang Cina dilayan dengan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam perang China-Jepun. Orang India dilayan dengan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India. Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera Jepun telah menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pendudukan Jepun juga telah mengamalkan sikap anti-Cina. Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada orang Cina telah melarikan diri ke hutan dan menyertai tentera MPAJA. Sebaliknya pada masa yang sama, ramai orang Melayu yang bekerja dengan tentera 14
  • 15. Jepun sebagai askar dan polis. Ini menyebabkan apabila berlakunya pertempuran antara tentera Jepun dengan MPAJA, maka pertempuran ini melibatkan orang Melayu dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Pergeseran ini semakin buruk khususnya selepas Jepun menyerah kalah. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Cina yang menganggotai MPAJA untuk membalas dendam bukan sahaja kepada orang Melayu yang menganggotai tentera Jepun tetapi juga kepada orang Melayu yang lain. Lantas hubungan kedua-dua kaum tersebut menjadi renggang. Di samping itu, pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan taraf hidup dan kesihatan penduduk Tanah Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah merebak. Kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat ditambah lagi dengan kemudahan perubatan yang terhad telah menjejaskan mutu dan tarafkesihatan penduduk di Tanah Melayu. Di samping itu, ramai rakyat Tanah Melayu telah dikerah untuk bertugas bagi membina landasan kereta api di antara Burma dengan Thailand, yang juga dikenali sebagai landasan keretapi maut. Pentadbiran Jepun di Sarawak Pada masa tentera Jepun menyerang Sarawak ketika Raja Charles Vyner Brooke berada di Australia.Tentera Jepun mula-mula mendarat di Miri pada 16 Disember 1941. Walaupun kawasan lombong minyak ditawan, tentera Jepun tidak dapat memperolehi minyak kerana semua mesin dan peralatan telah dimusnahkan oleh tentera British.Selepas itu, Kuching dibom dan ditawan pada 25 Disember 1941.Manakala Sibu 15
  • 16. jatuh ke tangan Jepun pada 27 Disember 1941.Askar-askar British cuba melarikan diri ke Kalimantan tetapi ditangkap dan dijadikan orang tawanan perang di batu Lintang. Serangan Jepun ke atas Sarawak menerima hanya sedikit tentangan kerana pertahanan Sarawak tidak tersusun.Tambahan pula, angkatan tenteranya juga kurangbersedia untukberperang.Sarawak hanya dipertahankan oleh pasukan tempatan dan pasukan Regimen Punjabi. Sehubungan dengan itu, Sarawak tidak ada pemimpin kerana Raja Charles Vyner Brooke tidak berada di Sarawak pada masa itu. Tentera Jepun lebih ramai daripada tentera British menyebabkan mereka mudah menawan Sarawak. Ketika itu, penduduk tidak menyangka negeri mereka akan diserang. Mereka tidak memberi tentangan ketika diserang. Penduduk Sarawak menderita semasa pemerintahan Jepun kerana bekalan makanan, ubat dan pakaian amat kekurangan.Ramai penduduk ditawan dan dimasukkan ke dalam penjara.Dengan itu, apabila pihak British menghantar tenteranya ke Bahagian Keempat, mereka dibantu oleh penduduk tempatan.Australia juga menghantar bantuan tentera. Pada 15 Ogos 1945, Jepun menyerah kalah.Sarawak bebas daripada penjajahan Jepun pada 11 September 1945. Pentadbiran Jepun di Sabah dan dan Sarawak juga bercorak ketenteraan.Negeri Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan ke dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Borneo Utara. Borneo Utara dibahagikan kepada 5 wilayah pentadbiran.Gabenor Jeneral adalah ketua tertinggi kerajaan. Beliau bertanggungjawab ke atas sistem pentadbiran di Sabah, Sarawak dan Brunei.Pusat pentadbirannya terletak di Kuching. la kemudiannya dipindahkan ke Sabah selepas tahun 1943. 16
  • 17. Pentadbiran Jepun di Sabah Pada 1 Januari 1942, Jepun menyerang Labuan, Membakut dan Beaufort.Kira-Kira satu minggu kemudian, Jesselton (Kota Kinabalu) ditawan dan diikuti oleh Sandakan pada 19 Januari 1942.Tawau jatuh pada 24 Januari 1942 dan Lahad Datu tiga hari kemudiannya.Pada 1 Februari 1942, tentera Jepun menduduki Kudat dan seluruh negeri Sabah jatuh kepada tentera Jepun.Jepun memperkuatkan kedudukan mereka dengan menubuhkan garison-garison di Pensiangan, Tenom, Keningau, Beaufort dan Ranau.British tidak dapat mempertahankan Sabah kerana pasukan pertahanannya Kecil dan lemah.Sabah dipertahankan oleh The North Borneo Armed Constabulary dan Pasukan Sukarelawan yang terdiri daripada penduduk bumiputera, orang India, Cina dan Eropah.Perdagangan di Sabah tergendala akibat serangan Jepun. Penduduk mengalami kekurangan makanan dan barang keperluan harian.Perkhidmatan kesihatan tidak dapat. diteruskan kerana kekurangan ubat dan alat-alat kelengkapan lain. Wabak penyakit seperti beri-beri dan cirit-birit mengancam penduduk Sabah.Penduduk tempatan dan orang tawanan perang dijadikan buruh paksa untuk membina jalan raya yang menghubungkan Keningau dan Api-api. Sabah seperti juga Sarawak berada dalam keadaan yang tenang di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Sabah. Pada 1 Januari 1942, apabila Pulau Labuan ditawan,bilangan askar Jepun ialah kira-kira 25,000 orang. Pada bulan Mei 1942, seluruh Sabah telah ditawan dan berada di bawah pemerintahan Jepun sehingga tahun 17
  • 18. 1945. Satu perjanjian dineterai antara pemerintahan Jepun dengan Residen Syarikat di Jesselton pada 13 Januari 1942. Jepun membenarkan aktiviti harian seperti pertanian, perniagaan, komunikasi, kebudayaan, pelajaran dan keagamaan diteruskan seperti biasa. Askar Jepun ditempatkan di Jesselton dan Beaufortdan dibenarkan mendapat bekalan makanan daripada penduduk tempatan melalui kawalann pemerintahan tempatan askar Jepun. Pemerintah Jepun membenarkan kakitangan awam meneruskan khidmat mereka tetapi segala urusan penting kerajaan perlu dibincangkan dengan mereka. Polis tempatan dibenarkan mengawasi ketenteraman awam dan menguatkuasakan undang-undang tetapi semua perkara yang berkaitan dengan aspek persenjataan dan peluru diletakkan di bawah kawalan pemerintahan Jepun. Undang- undang yang sedia ada diteruskan dengan memansuhkan apa-apa perundangan yang bertentangan dengan undang-undang Jepun. Nilai mata wangJepun disamakan dengan mata wang Sabah. Segala janji manis Jepun itu tinggal janji kosong apabila mereka kemudiannya menghadapi pelbagai masalah dan terpaksa meneruskan pemerintahan secara tegas dan keras. Pada 19 Januari 1942,askar Jepun tiba di Sandakan, ibu negeri Sabah. Apabila Gabenor Syarikat mengeluarkan arahan supaya kakitangan awam Eropah meninggalkan tugas, mereka telah ditahan oleh Jepun,kecuali pegawai perubatan , jurutera elektrik dan beberapa pengembara Eropah yang berada jauh di pedalam. Orang Eropah yang ditawan dan ditahan telah dihantar ke kem tahanan di Pulau Berhala, Sandakan. Sabah diletakkan di bawah pemerintahan tentera Jepun. Askar Jepun telah membahagikan kawasan pentadbirannya kepada dua wilayah pentadbiran, iaitu 18
  • 19. bahagian pantai barat dinamakan Seikal Shiu dan bahagian pantai timur pula sebagai Tokai Shiu. Wilayah pantai barat merangkumi Kudat dan daerah pedalaman manakala wilayah pantai timur pula termasuk Sandakan dan Tawau. Labuan pula dinamakn semula sebagai Maedashima, mengambil sempena nama pemerintahan askar Jepun yang berjaya menakluki Pulau Borneo, Jeneral Maeda. Bandar Jesselton ditukarkan namanya kepada api-api dan Sandakan kepa Elopura Jepun telah meletakkan seorang Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi yang bertanggungjawab mengawasi pentadbiran di Borneo. Pada mulanya Gabenor Jeneral ditempatkan di Kuching tetapi dipindahkan ke Sandakan selepas bulan Oktober1943. Pemerintahan Jepun memberikan perhatian dan tumpuan kepada kawasan pedalaman. Unit pengawal keselamaab ditubuhkan dengan dianggotai oleh penduduk tempatan dan bertanggungjawab kepada Ketua Kampung dan Ketua Anak Negeri. Pentadbiran kampung juga berfungsi sebagai polis rahsia dan penyebar dakyah Jepun. Jepun mendirikan markas mereka hampir di semua kawasan pedalaman seperti di Ranau, Keningau , Pensiangan, Penungah, Tenom, Lamag dan sebagainya. Ranau dipilih sebagai pusat pentadbiran dan pertahanan bagi Seikai Shiu kerana kedudukannya dapat menghubungkannya dengan daerah Pensiangan di kawasan pedalaman Sabah. Penubuhan pusat pentadbiran di kawasan pedalaman dibuat kerana Jepun memerlukan kawasan untuk membekalkan makanan bagi kegunaan askar Jepun khasnya dan penduduk Sabah amnya. Penubuhan pusat-pusat pentadbiran di kawasan 19
  • 20. pedalaman itu telah meninggalkan kesan yang penting dari segi kemajuan sisitem perhubungan di Sabah. Bagi mengukuhkan keselamatan negeri,askar Jepun telah ditempatkan di semua pusat pentadbiran dan pertahanan yang diwujudkan di seluruh Sabah. Bilangannya ditambah dengan memaksa penduduk tempatan menyertai pasukan sukarela atau Giyu Gun. Ketua kampung juga diarah untuk mengumpulkan pemuda-pemuda kampung untuk menjadi askar sukarela. Namun begitu, kebanyakan pemuda tempatan keberatan menyertai pasukan tersebut. Penduduk tempatan juga dilantik sebagai anggota polis yang baru. Terdapat juga pasukan polis tentera Jepun yang dikenali sebagai Kempeitai ditempatkan di seluruh negeri. Jepun juga melantik beberapa orang penduduk tempatan yang dinamakn Jikidan untuk membantu menjalankan pentadbiran dan juga menyebarkan dakyah Jepun di peringkat kampung serta bertanggungjawab kepada ketua kampung. Disebabkan tumpuan yang berlebihan diberikan kepada bidang pentadbiran dan peperangan, pembangunan sektor ekonomi telah tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Perkembangan ekonomi di Sabah tidak memberangsangkan. Jepun melaksanakan dasar ekonomi kawalan iaitu bertindak memenuhi keperluan makanan bagi penduduknya melalui kegiatan pengumpulan makanan. Kegiatan import dan eksport terhenti akibat peperangan. Oleh itu, penduduk Sabah terpaksa melibatkan diri dalam kegiatan yang bercorak sara diri seperti menanam padi, buah-buahan dan sayur- sayuran. Namun demikian, masih berlaku kekurangan makanan yang menyebabkan penduduk menghadapi kesengsaraan hidup. Rakyat menghadapi masalah kekurangan zat makanan dan merebaknya penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri. 20
  • 21. Dari segi sosial pula,Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Pelajar sekolah diajar memuja dan mentaati Jepun untuk membina negara order baru yang berteraskan perpaduan sejati, etika kerja yang murni dan bersemangat tinggi. Bahasa Jepun , Nippongo dan tulisan Jepun, tulisan Katakan dan tulisan kanji diajar di sekolah-sekolah. Guru-guru juga digalakkkan menguasai bahasa Jepun. Semua pengaruh barat dihapuskan dengan menutup sekolah-sekolah Inggeris dan melarang penggunaan bahasa Inggeris di sekolah dan dalam pergaulan. Apabila Jepun menyerang negara China pada tahun 1937, orang-orang China yang berada di seberang laut, termasuk yang berada di Sabah telah menghantar bantuan ke negara mereka melalui sumbangan kepada tabung peperangan Kerajaan China. Selepas Jepun menguasai Sabah, layanan buruk diberikan kepada orang China kerana sifat dendam mereka. Penduduk Cina yang dewasa dikenakan membayar cukai kepala sebanyak $6.00 seorang. Pada pertengahan tahun 1942, penduduk Cina di Sabah dikehendaki memberikan sumbangan sebanyak $1,000,000 kepada pemerintah Jepun sebagai derma atau sumbangan untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada Jepun.kesukaran untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan dan membayar sumbangan wang menyebabkan tauke-tauke Cina melarikan diri ke kawasan yang jauh dari bandar dan memulakan kehidupan dengan berkebun. Contohnya, orang Cina di bandar Kota Kindabalu telah melarikan diri ke kawasan Kinarut dan Penampang, manakala orang Cina di Sandakan ke Batu Sapi dan Pasir Putih. Penduduk peribumi yang dicurigai oleh Jepun, khususnya yang pernah berkhidmat sebagai polis dan askar sukarela Syarikat Berpiagam Sabah menerima layanan buruk. 21
  • 22. Kebanyakan orang Eropah, termasuk tahanan perang dan pegawai tadbir dipenjarakan. Tahanan perang ditempatkan di Pulau Berhala di Sandakan pada peringkat awal tetapi kemudiannya dipindahkan ke kem tahanan di Kuching. Penduduk peribumi juga dikerah menjai buruh paksa untuk membina jalanraya dan landasan kapalterbang di Jesselton, Sandakan, Kudat dan Keningau. Jepun juga membenci agama Kristian kerana perkaitan agama tersebut dengan British. Golongan mubaligh Kristian yang berbangsa Eropah dan juga Cina dipenjarakan dan gereja-gereja mereka dirampas untuk dijadikan stesen radio dan pelbagai kegunaan lain. Rumusan Pendudukan dan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah meninggalkan pelbagai kesan yang merangkumi aspek-aspek politik, sosial, ekonomi dan nasionalisme kepada penduduk tempatan. Di samping kesan-kesan negtif seperti penindasan, penderitaan dan kezaliman terdapat juga kesan positif akibat daripada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak Jepun. Kesan jangka panjang yang berlaku ialah wujud semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat iaitu keinginan untuk memerintah sendiri dan mencapai kemerdekaan. Penjajahan Jepun dapat memberi pengajaran kepada rakyat.. Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam menjana ekonomi Tanah Melayu dan Sarawak dan Sabah. ini merupakan salah satu sebab mengapa Jepun akhirnya ditentang oleh masyarakat pribumi. Sebagai kesimpulannya, niat negara-negara Imperialisme ini bukan untuk merubah negara yang dijajah mereka, 22
  • 23. tetapi lebih kepada mencari keuntungan untuk memantapkan mereka sebagai sebuah kuasa besar dunia. Dalam hal ini, Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan. 23
  • 24. SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG) KOD KURSUS : TH10203 SEJARAH MALAYSIA: ABAD KE-20 HINGGA PRA KEMERDEKAAN TUGASAN : 4. Bandingkan corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah. NAMA : ZAINALIUS KIBAK NOMBOR MATRIK : CT10210836 24
  • 25. 25