SlideShare a Scribd company logo
1


       Variasi bahasa merujuk kepada kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor

teknikal bahasa, iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek merujuk kepada varian

daripada sesebuah bahasa mengikut pengguna. Dialek juga dikenali sebagai loghat, iaitu

jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu atau bahagiam negeri yang

mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu. Dialek juga berbeza daripada sebutan

umum yang digunakan di negara ini. Maka, dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari

segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa berbanding bahasa baku atau bahasa Melayu Standard.

Bahasa Melayu Standard pula merujuk kepada satu jenis bahasa yang menggambarkan

keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Keseragaman dalam bentuk beerti bahawa

bahasa Melayu Standard telah dikodfikasikan baik dari segi ejaan, peristilahan mahupun

tatabahasa.


       Dialek dipengaruhi oleh faktor geografi manakala bahasa Melayu Standard pula

dipengaruhi faktor sosial. Untuk tugasan ini, saya telah menganalisis persamaan dan

perbezaan antara Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard dari segi sistem

bunyi, pembentukan kata, perbendaharaan kata dan pembentukan ayat. Perbezaan antara

dialek dengan bahasa Melayu Standard ialah dialek digunakan dalam urusan tidak formal,

tidak mematuhi peraturan tatabahasa, ada penutur asli, banyak menggunakan istilah daerah,

sebutan tidak tepat atau tidak ikut ejaan, guna unsur kependekan kata, berbentuk lisan dan

sistem sapaan berbeza. Manakala, bahasa Melayu Standard pula sering digunakan untuk

urusan rasmi, mematuhi peraturan tatabahasa, berbentuk formal, mempunyai pelbagai laras,

mengalami perancangan bahasa, tiada unsur singkatan, bahasa tersusun dan mempunyai

maksud yang jelas.


       Sistem bunyi tergolong dalam bidang kajian fonologi yang merujuk kepada bunyi

yang penting dalam sesuatu bahasa yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.

Dialek Melayu Sarawak dan Bahasa Melayu Standard mempunyai persamaan dan perbezaan
2


dari segi sistem bunyi. Kajian dalam bidang ini dilakukan untuk kepentingan melambangkan

bunyi-bunyi bagi pengejaan berdasarkan susunan fonem-fonem sesuatu bahasa. Dialek

Melayu Sarawak mempunyai perkataan yang mempunyai ejaan yang sama, namun,

kebanyakan adalah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan antara Dialek Melayu Sarawak

dari segi sistem bunyi berbanding bahasa Melayu Standard ialah pengguguran konsonan [g]

di akhir kata. Pada akhir kata semua sengauan yang mengikuti vokal [i], iaitu vokal yang

paling tinggi akan mengalami pengguguran konsanan [g]. Jenis asimilasi ini dapat

dibandingkan dengan patalisasi dalam bahasa lain. Pendek kata sengauan akhir disesuaikan

dengan vokal tinggi itu. Sengauan depan dalam dialek ini / ɲ / atau [ng] akan muncul sebagai

[-n] jika mengikuti [i]. Misalnya :


        pusing - pusin                kuning - kunin                  pening - penin

     kambing - kambin                  cacing - cacin                 piring – pirin

        tebing – tebin                gasing – gasin                  daging – dagin

        jeling – jelin                 jering – jerin




       Selain itu, dalam bahasa Melayu Standard. Terdapat glotalisasi /ʔ / pada akhir kata

dan ini juga wujud dalam Dialek Melayu Sarawak. Perkataan yang berakhir dengan huruf

dengan [k] seperti pada kata emak, kakak, masak, adik, kelak juga terdapat dalam dialek

Melayu Sarawak. Maksudnya sistem bunyi tersebut tetap dikekalkan. Namun, dalam Dialek

Melayu Sarawak, /ʔ / atau [k] akan wujud pada akhir kata yang berakhir dengan vokal atau

merujuk kepada kesenyapan dalam Bahasa Melayu Standard. Antaranya ialah seperti berikut

:


      mandi - mandiʔ                   layu - layuʔ                    lupa - lupaʔ

        lama - lamaʔ                   bapa - bapaʔ                      isi - isiʔ
3


         nasi - nasiʔ                   pilu - piluʔ                    tuli - tuliʔ




       Selain itu, terdapat perkataan dalam Dialek Melayu Sarawak yang wujud /ʔ / pada

akhir kata misalnya,


       tetaʔ – ketawa                 gilaʔ – sangat                  kitaʔ – awak

          aoʔ – ya                    kameʔ – saya                     ndaʔ – tidak

        maoʔ – mahu                     siʔ – tidak                  jameʔ - pinjam




       Dalam Dialek Melayu Sarawak, kewujudan konsonan [h] di depan kata akan disekat

atau digugurkan (kecuali dalam beberapa kata pinjaman). Ciri-ciri ini juga banyak terdapat

pada dialek lain yang ada di Malaysia. Antara contoh yang pengguguran konsanan [h] pada

awal kata ialah seperti berikut :


         hitam – itam                  hujan – ujan                    hidup – idup

         hisap –isap                   hutan – utan                      hari –ari




       Selain itu, fonem /r/ dalam Bahasa Melayu Standard akan dibunyikan sebagai fonem

/Ɣ / dalam Dialek Melayu Sarawak, iaitu fonem ini terdapat pada lingkungan awal kata,

tengah kata dan akhir kata. Antara contoh di awal kata ialah seperti Ɣ umah, Ɣ ambut, Ɣ ata,

Ɣ ojak, Ɣ ingan, Ɣ ugi, Ɣ acun, Ɣ abun, Ɣ ebah, Ɣ ebus, Ɣ empah, Ɣ endam, Ɣ apat, Ɣ atus dan

Ɣ asa. Contoh kata yang mengandungi fonem /Ɣ / di tengah-tengahnya ialah geƔ ak, daƔ ah,

keƔ ak, goƔ eng, kaƔ i, peƔ ah dan kuƔ us. Manakala di akhir kata pula, fonem ini turut

wujud misalnya pada kata pagaƔ , ulaƔ dan besaƔ .
4




       Selain itu, terdapat kata dalam Dialek Melayu Sarawak yang menggugurkan konsonan

/k/ di akhir kata dan digantikan dengan konsonan /t/. Bunyi yang dihasilkan konsanan /k/

ialah letupan lelangit lembut manakala bunyi yang dihasilkan oleh konsonan /t/ pula ialah

letupan gusi tidak bersuara. Antara kata tersebut seperti di bawah :


         balik – balit                    bilik – bilit                   naik – nait

         baik – bait                    manik – manit                    terik – terit

         tarik – tarit                    sisik – sisit




       Dalam Bahasa Melayu Standard, terdapat diftong /ai/, /au/ dan /oi/. Diftong adalh

rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusa nafas sahaja dan mempunyai satu

puncak kelantangan. Dalam kata Dialek Melayu Sarawak, ada antara diftong tersebut kekal

dan ada yang berubah. Diftong dalam Bahasa Melayu Standard tidak kelihatan produktif

dalam Dialek Melayu Sarawak. Misalnya diftong /ai/, hanya segelintir kata yang

mengekalkan bunyi diftong tersebut seperti cukai, gulai dan keldai. Untuk menghasilkan

bunyi diftong ini, keadaan bibir agak terhampar, lidah mula-mula pada kedudukan depan

untuk membunyikan vokal /a/, seterusnya lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara

membunyikan vokal depan tinggi /i/. Kebanyakan kata yang mengandungi diftong /ai/ pada

akhir kata Dialek Melayu Sarawak akan menjadi e-taling, /ə/. Antaranya ialah :


       sungai - sungə                    dawai -dawə                     tupai - tupə

        pantai - pantə                   kedai - kedə                    cerai - cerə

      memakai - makə                   mencapai - nyapə                  punai - punə

        rantai - rantə                   juntai - juntə                bangkai - bangkə
5




        Untuk membunyikan diftong /au/, keadaan bibir daripada hampar kepada bundar.

Hujung lidah mula-mula pada kedudukan depan untuk memnbunyikan vokal depan rendah

/a/, seterusnya lidah secara cepat diluncurkan kea rah cara membunyikan vokal belakang

tinggi /u/ dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras. Dalam Dialek Melayu Sarawak,

diftong /au/ akan dileburkan menjadi /o/. Antara perkataan yang mempunyai unsur tersebut

adalah seperti berikut :


mengigau – ngigo                    limau – limo                        panau – pano

tembakau – temako                   langau – lango                      kerbau – kerbo




        Manakala, diftong /oi/ pula tetap tidak berubah dalam Dialek Melayu Sarawak. Untuk

membunyikan diftong ini, keadaan bibir daripada hampar ke bundar. Mula-mula depan lidah

pada kedudukan seperti membunyikan vokal separuh tinggi /o/ dan seterusnya lidah secara

cepat diluncurkan ke arah membunyikan vokal depan tinggi dengan lidah dinaikkan kea rah

lelangit keras, rendah sedikit daripada membunyikan vokal /i/. Antara perkataan yang masih

mengekalkan bunyi diftong ini adalah kaloi, amboi, koboi dan dodoi. Namun, terdapat

perkataan dalam Dialek Melayu Sarawak yang menggunakan unsur ini dalam sesetengah kata

seperti paloi yang bermaksud bodoh dan kosoi iaitu nama sejenis kuih.


        Selain itu, keselarasan huruf vokal yang terdapat dalam Bahasa Melayu juga turut

berbeza dalam Dialek Melayu Sarawak. Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau

kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan

antara huruf vokal pada suku kata awal dan suku kata akhir tertutup. Antara pola keselarasan

huruf vokal dalam Bahasa Melayu Standard ialah a - a, a - i, a - u, e-pepet - a, e-pepet – i, e-

pepet – u, e-taling – a, e-taling - e-taling, e-taling – o, i – a, i – i, i – u, o – a, o – e-taling, o –
6


o, u – a, u – i dan u – u. Namun dalam Dialek Melayu Sarawak, ada di antara keselarasan

huruf vokal ini ada yang dikekalkan dan ada yang tidak digunakan dan menggunakan

keselarasan vokal seperti berikut :


Keselarasan Huruf                                   Contoh kata

         vokal

    e-pepet – o         jemur – jemor        jeruk – jerok         jerung - jerong

         a–o            cangkul – cangkol   jagung – jagong        kampung - kampong

         u–o            duduk – dudok       gunung – gunong        kurung - kurong

    a – e-taling        dalih - daleh

 e-pepet – e-taling     jernih – jerneh

         i-o            bisul - bisol




         Selain itu, antara aspek lain yang menjadi analisis dalam tugasan ini ialah aspek

pembentukan kata antara Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard. Proses

pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan

sistem morfologi bahasa itu yang melibatkan proses perimbuhan, penggandaan dan juga

proses     kata majmuk. Untuk analisis ini, saya telah memilih aspek imbuhan untuk

membezakan imbuhan Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard. Proses

perimbuhan pula boleh dibahagikan kepada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan

sisipan dan imbuhan apitan. Antara imbuhan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Standard

ialah ke-, pen-, pe-, per-, juru-, ber-, men-, mempeR-, mem-, meng-, di-, ber-...-an, ber-...-

kan, me-...-kan, mem-...-kan, men-...-kan, menge-...-kan, me-...-i, meng-...-i, memper-...-kan,

ke-...-an, per-...-an dan diper-...-an.
7


       Imbuhan awalan di- yang terdapat dalam Bahasa Melayu Standard berfungsi untuk

membentuk kata kerja dan makna imbuhan ini adalah pekerjaan yang telah selesai. Antaranya

dibuat, dimakan, dilukis, dipijak, dibasuh, dijaga, dipukul dan diminum. Semuanya

merupakan kata kerja yang telah selesai dan imbuhan ini adalah untuk kata kerja dalam ayat

pasif. Fungsi imbuhan ini turut dikekalkan dalam Dialek Melayu Sarawak. Contohnya,

dipolah (dibuat), dipijak, ditangga (ditengok), disuroh (disuruh), dianok (dimarah), dipake

(dipakai) dan sebagainya. Imbuhan apitan yang melibatkan imbuhan di- seperti di...i dan

di...kan pula tidak produktif dalam Dialek Melayu Sarawak kerana imbuhan di... juga turut

digunakan untuk mengantikan imbuhan tersebut. Misalnya dalam ayat ini, “ Nya dianok bapa

nya,” yang bermaksud “ Dia dimarahi oleh ayahnya.” Dalam Bahasa Melayu Standard,

kedua-dua apitan itu juga berfungsi untuk membentuk kata kerja pasif. Contohnya

penggunaan imbuhan apitan di...kan sebagai kata kerja pasif dalam ayat ini, “ Senjata itu

didekatkan oleh Leftenan Adnan dengan kawannya, Leftenen Hassan.”


       Selain itu, imbuhan meN- dalam Bahasa Melayu Standard berfungsi sebagai kata

kerja aktif sama ada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Dalam buku Tatabahasa

Dewan Edisi Baharu, awalan meN- ini mempunyai empat kelainan, bergantung pada bunyi

huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Kelainan yang dimaksudkan itu ialah

me-, mem-, men- dan menge-. Men- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang

bermula dengan huruf /m/, /n/, /ny/, /r/, /l/, /w/ dan /y/. Kata dasar Bahasa Melayu yang

bermula dengan bunyi huruf /k/, /s/, /p/ dan /t/ juga menerima awalan me- ini dalam kes huruf

pertama dalam kata dasar menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu /m/

bagi /p/, /n/ bagi /t/, /ng/ bagi /k/ dan /ny/ bagi /s/. Namun, dalam Dialek Melayu Sarawak,

imbuhan me- akan digugurkan tetapi kata tersebut tetap melambangkan kata kerja.

Contohnya seperti berikut :
8


Menembak - nembak             Menangis - nangis             Menumis - numis

Memindah - mindah             Menunggu - nunggu             Meminang - minang

Menukar - nukar               Menimbang - nimbang           Menerang - nerang




       Dalam imbuhan meng- dan meny- juga terdapat perbezaan dalam Dialek Melayu

Sarawak kerana imbuhan tersebut digugurkan /me/ di depan. Contohnya adalah seperti

berikut:


Menyuruh - nyuroh             Menyokong - nyokong           Menyambut - nyambut

Mengalah - ngalah             Mengetam - ngetam             Mengikis - ngikis




       MeN- menjadi mem- pula apabila bergabung dengan perkataan yang bermula dengan

bunyi huruf /b/ serta perkataan serapan (pinjaman) yang bermula dengan bunyi /f/, /p/ dan

/v/, gugus konsonan yang bermula dengan bunyi /b/ dan /p/. Contohnya membeli, membaca,

membalas, membeli, mempopular, dan memproses. Imbuhan mem- juga akan digugurkan

dalam Dialek Melayu Sarawak seperti membaca menjadi maca dan membagi menjadi bagi.

Walau bagaimanapun, imbuhan mem- ini juga akan bertukar menjadi em- atau en- dalam

sesetengah kata dalam Dialek Melayu Sarawak, misalnya kata membalut akan menjadi

embalut, membawa akan menjadi embak, membasuh menjadi embasoh, membarut menjadi

embarut dan membaham menjadi engigit. Imbuhan ber- pula tidak digugurkan tetapi

dipendekkan menjadi be- seperti di bawah :


Berdebar - bedebar            Berdayung - bedayong          Berbungkus - bungkus

Berlumba - belombak           Bertunang – betunang          Bertumbuk - betumbok
9


       Analisis yang seterusnya ialah mengenai aspek perbendaharaan kata. Perbendaharaan

kata   boleh ditakrifkan sebagai perkataan yang dikenali dan digunakan oleh golongan

tertentu. Perbendaharaan kata Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard ada

yang sama dan ada yang berbeza. Antara contoh perbendaharaan kata yang sama adalah

seperti renggang, rendah, rendam, rotan, kukus, langgar, kuli, kurus, janggut, gusar, gesek,

getah, goncang, cabut dan sebagainya.


       Manakala jadual di bawah pula adalah perbendaharaan kata yang terdapat dalam

Dialek Melayu Sarawak yang tidak terdapat dalam Bahasa Melayu Standard.


Mikik - membaiki        Mikol- memikul           Geruk - leher        Sigat - rajin

Lari - bekot            Pesik - tanggalkan       Uras - marah         Ternak - inang

Kancin - butang         Kemaik - kotor           Tigak - tumit        Encerik - merasa

Gerek - kekasih         Tapok - bersembunyi      Jamek - minjam       Manok – ayam

Asuk - anjing           Pusak - kucing           Ngibe - membimbing   Nembiak – budak

Lejuk – bosan / jemu    Penjan - tingkap         Supan - malu         Latong – jamban

Mancal - nakal          Lepeh - lipas            Leput - pengsan      Gudi - wau




       Kata ganti nama dalam Dialek Melayu Sarawak juga berbeza dengan Bahasa Melayu

Standard. Namun ada yang sama seperti aku, kau, bila dan apa. Kata ganti nama tergolong

dalam penggolonggan kata nama di samping kata nama am dan kata nama khas. Perbezaan

kata ganti nama tersebut boleh diperhatikan di jadual di bawah:


Jenis Kata Ganti Nama                                      Contoh

Kata Ganti Nama Diri         saya-kamek, awak-kitak, dia-nya, mereka-sidak

Kata Ganti Nama Tempat       sana-sinun, sini-sitok, situ-sia
10


Kata Ganti Nama Tunjuk         ini-tok, itu-nyo, begini-camtok, begitu-camya

Kata Ganti Nama Tanya          Kenapa-kenak, mengapa-napa




         Selain itu, saya juga mengemukakan perbezaan makna leksikal antara kata dalam

Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard dalam aspek perbendaharaan kata

ini. Misalya kata /tapak/ dalam Bahasa Melayu Standard merujuk kepada tapak bangunan,

tapak kasut dan sebagainya. Namun dalam Dialek Melayu Sarawak pula, /tapak/ merujuk

kepada pinggan. Contoh lain adalah seperti berikut :


        Kata                      Makna (BMS)                         Makna (DMS)

Tangga                Benda      yang   digunakan      untuk Lihat

                      menaiki sesuatu tempat yang tinggi

Kepak                 Merujuk kepada kepak ayam              Penat atau lenguh

Lawa                  Cantik                                 Sombong

Belon                 Merujuk kepada getah yang boleh Kapal Terbang

                      diisikan dengan udara dan boleh

                      terapung

Tikam                 Menggunakan sesuatu yang tajam         Baling

Madah                 Memuji-muji                            Memberitahu

Biak                  Proses pertumbuhan                     muda




         Analisis terakhir adalah mengenai pembentukan ayat yang merupakan kajian sintaksis

yang mengkaji bentuk, struktur, binaan atau konstruksi ayat. Ayat mengandungi unsur klausa,

manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk

perkataan. Jadi, ayat terletak pada peringkat tertinggi dalam tatabahasa. Ayat mengandungi
11


makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta

mengandungi intonasi yang sempurna.


       Dari segi pembentukan ayat, terdapat persamaan antara Dialek Melayu Sarawak

dengan Bahasa Melayu Standard, iaitu ayat tunggal terdiri daripada subjek dan

predikat.subjek ialah bahagian yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang

menerangkan subjek. Misalnya, dalam ayat Abu menunggang basikal, Abu ialah subjek

kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan, manakala menungganag basikal merupakan

predikat kerana menjadi bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut. Dalam ayat Dialek

Melayu Sarawak juga begitu, misalnya dalam ayat ini, Ali mikik moto (Ali membaiki

motosikal). Ali ialah subjek dan mikik moto ialah predikat.


       Ayat pasif mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Dalam bahasa Melayu

Standard, terdapat ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Untuk ayat pasif

yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh       FN yang letaknya selepas

kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan mekna atau struktur ayat. Misalnya, dalam

ayat di bawah:


           1. Baju ini sudah digosok Sally semalam.

           2. Sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi.


       Namun demikian, sekiranya binaan oleh        FN itu terletak jauh daripada kata kerja,

       maka oleh tidak boleh digugurkan. Perhatikan contoh berikut :


           1. Baju ini sudah digosok semalam oleh Sally.

           2. Sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.


       Dalam Dialek Melayu Sarawak, kata sendi nama oleh tetap digugurkan. Dari ayat

       nombor dua di atas, dalam Dialek Melayu Sarawak menjadi sampah ditunok bapak
12


pagi tek. Penggunaan kata sendi nama oleh digugurkan dalam ayat pasif Dialek

Melayu Sarawak.


Di bawah merupakan ayat dalam Bahasa Melayu Standard dengan ayat dalam ayat

Dialek Melayu Sarawak.


          Bahasa Melayu Standard                  Dialek Melayu Sarawak

Apa yang awak sedang buat? (Ayat Apa polah kitak?

Tanya)

Boleh tak? (Ayat permintaan)              Boleh sik?

Bila awak sampai?( Ayat Tanya)            Bila kitak sampe?




         Kesimpulannya, Dialek Melayu Sarawak mempunyai lebih banyak perbezaan

berbanding persamaan dengan Bahasa Melayu Standard terutama dari segi sistem

bunyi. Sebutan perkataan Dialek Melayu Sarawak mempunyai banyak perbezaan

berbanding perkataan Bahasa Melayu Standard. Malah, dari segi sistem imbuhan,

kosa kata dan pembentukan ayat juga mempunyai perbezaan yang ketara. Boleh

dikatakan kebanyakan daripada analisis di atas menunjukkan perbezaan antara Bahasa

Melayu Standard dengan Dialek Melayu Sarawak.
13




BIBLIOGRAFI


James T. Collins 1987. Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Zainal Abidin Merjan 1992. Daftar Kata. Bahasa Malaysia – Dialek Melayu Sarawak.:

Dewan Bahasa dan Pustaka.


Madzhi Johari 1988. Fonologi Dialek Melayu Kuching (Sarawak). Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayu
kamalslaw
 
Bab 2 intonasi
Bab 2 intonasiBab 2 intonasi
Bab 2 intonasi
wanarizwan
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi640119045499
 
Bab 2 (1)
Bab 2 (1)Bab 2 (1)
Bab 2 (1)
wanarizwan
 
Bab 2 (2)
Bab 2 (2)Bab 2 (2)
Bab 2 (2)
wanarizwan
 
Latihan Topikal STPM Baharu : Soalan Fonologi
Latihan Topikal STPM Baharu  : Soalan Fonologi  Latihan Topikal STPM Baharu  : Soalan Fonologi
Latihan Topikal STPM Baharu : Soalan Fonologi
Mohd Fadil Talib
 
MPU 1212: Bab 2
MPU 1212: Bab 2MPU 1212: Bab 2
MPU 1212: Bab 2
Zulhana Zulkifle
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonanbunikshah
 
Fonem dan alofon
Fonem dan alofonFonem dan alofon
Fonem dan alofonCikgu Isnin
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fatin Ain Nabila
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayu
Zaimah Bakar
 

What's hot (16)

Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayu
 
Contoh soalan fonetik pgsr
Contoh soalan fonetik pgsrContoh soalan fonetik pgsr
Contoh soalan fonetik pgsr
 
Bab 2 intonasi
Bab 2 intonasiBab 2 intonasi
Bab 2 intonasi
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
Bab 2 (1)
Bab 2 (1)Bab 2 (1)
Bab 2 (1)
 
Bab 2 (2)
Bab 2 (2)Bab 2 (2)
Bab 2 (2)
 
Latihan Topikal STPM Baharu : Soalan Fonologi
Latihan Topikal STPM Baharu  : Soalan Fonologi  Latihan Topikal STPM Baharu  : Soalan Fonologi
Latihan Topikal STPM Baharu : Soalan Fonologi
 
MPU 1212: Bab 2
MPU 1212: Bab 2MPU 1212: Bab 2
MPU 1212: Bab 2
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
 
Bahan
BahanBahan
Bahan
 
Fonem dan alofon
Fonem dan alofonFonem dan alofon
Fonem dan alofon
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Bm mei 2012
Bm mei 2012Bm mei 2012
Bm mei 2012
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayu
 
Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
 

Similar to Jawapan sej bm dialek 1

Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Nor Hasnira
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Roziah Geera
 
Loghat Terengganu Tatabahasa
 Loghat Terengganu Tatabahasa Loghat Terengganu Tatabahasa
Loghat Terengganu Tatabahasa
ApdanCheWan
 
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptxWEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
Ewei Voon
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108Ida Ayuni
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
Ke Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa MelayuKe Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa Melayu
Pihin Hassanal
 
TUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docxTUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docx
MuhammadShukri23
 
Bab 2 (1)
Bab 2 (1)Bab 2 (1)
Bab 2 (1)
wanarizwan
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Cornard Conot
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Nazira M
 
Kepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaKepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaPAKLONG CIKGU
 
Fonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjFonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjNur Azah Ahmad
 
Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3
SMK Chalok (Model Khas)
 
Interaksi 2
Interaksi 2Interaksi 2
Interaksi 2
Zinky Gurlz
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Fairuz Alwi
 

Similar to Jawapan sej bm dialek 1 (20)

Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
Loghat Terengganu Tatabahasa
 Loghat Terengganu Tatabahasa Loghat Terengganu Tatabahasa
Loghat Terengganu Tatabahasa
 
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptxWEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Ke Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa MelayuKe Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa Melayu
 
TUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docxTUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docx
 
Bab 2 (1)
Bab 2 (1)Bab 2 (1)
Bab 2 (1)
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 
Kepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaKepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasa
 
Fonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjFonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjj
 
Pedoman jawi
Pedoman jawiPedoman jawi
Pedoman jawi
 
Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3
 
bahasa melayu
bahasa melayubahasa melayu
bahasa melayu
 
Interaksi 2
Interaksi 2Interaksi 2
Interaksi 2
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
 
Bm
BmBm
Bm
 

Recently uploaded

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (7)

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 

Jawapan sej bm dialek 1

  • 1. 1 Variasi bahasa merujuk kepada kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa, iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek merujuk kepada varian daripada sesebuah bahasa mengikut pengguna. Dialek juga dikenali sebagai loghat, iaitu jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu atau bahagiam negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu. Dialek juga berbeza daripada sebutan umum yang digunakan di negara ini. Maka, dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa berbanding bahasa baku atau bahasa Melayu Standard. Bahasa Melayu Standard pula merujuk kepada satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Keseragaman dalam bentuk beerti bahawa bahasa Melayu Standard telah dikodfikasikan baik dari segi ejaan, peristilahan mahupun tatabahasa. Dialek dipengaruhi oleh faktor geografi manakala bahasa Melayu Standard pula dipengaruhi faktor sosial. Untuk tugasan ini, saya telah menganalisis persamaan dan perbezaan antara Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard dari segi sistem bunyi, pembentukan kata, perbendaharaan kata dan pembentukan ayat. Perbezaan antara dialek dengan bahasa Melayu Standard ialah dialek digunakan dalam urusan tidak formal, tidak mematuhi peraturan tatabahasa, ada penutur asli, banyak menggunakan istilah daerah, sebutan tidak tepat atau tidak ikut ejaan, guna unsur kependekan kata, berbentuk lisan dan sistem sapaan berbeza. Manakala, bahasa Melayu Standard pula sering digunakan untuk urusan rasmi, mematuhi peraturan tatabahasa, berbentuk formal, mempunyai pelbagai laras, mengalami perancangan bahasa, tiada unsur singkatan, bahasa tersusun dan mempunyai maksud yang jelas. Sistem bunyi tergolong dalam bidang kajian fonologi yang merujuk kepada bunyi yang penting dalam sesuatu bahasa yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Dialek Melayu Sarawak dan Bahasa Melayu Standard mempunyai persamaan dan perbezaan
  • 2. 2 dari segi sistem bunyi. Kajian dalam bidang ini dilakukan untuk kepentingan melambangkan bunyi-bunyi bagi pengejaan berdasarkan susunan fonem-fonem sesuatu bahasa. Dialek Melayu Sarawak mempunyai perkataan yang mempunyai ejaan yang sama, namun, kebanyakan adalah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan antara Dialek Melayu Sarawak dari segi sistem bunyi berbanding bahasa Melayu Standard ialah pengguguran konsonan [g] di akhir kata. Pada akhir kata semua sengauan yang mengikuti vokal [i], iaitu vokal yang paling tinggi akan mengalami pengguguran konsanan [g]. Jenis asimilasi ini dapat dibandingkan dengan patalisasi dalam bahasa lain. Pendek kata sengauan akhir disesuaikan dengan vokal tinggi itu. Sengauan depan dalam dialek ini / ɲ / atau [ng] akan muncul sebagai [-n] jika mengikuti [i]. Misalnya : pusing - pusin kuning - kunin pening - penin kambing - kambin cacing - cacin piring – pirin tebing – tebin gasing – gasin daging – dagin jeling – jelin jering – jerin Selain itu, dalam bahasa Melayu Standard. Terdapat glotalisasi /ʔ / pada akhir kata dan ini juga wujud dalam Dialek Melayu Sarawak. Perkataan yang berakhir dengan huruf dengan [k] seperti pada kata emak, kakak, masak, adik, kelak juga terdapat dalam dialek Melayu Sarawak. Maksudnya sistem bunyi tersebut tetap dikekalkan. Namun, dalam Dialek Melayu Sarawak, /ʔ / atau [k] akan wujud pada akhir kata yang berakhir dengan vokal atau merujuk kepada kesenyapan dalam Bahasa Melayu Standard. Antaranya ialah seperti berikut : mandi - mandiʔ layu - layuʔ lupa - lupaʔ lama - lamaʔ bapa - bapaʔ isi - isiʔ
  • 3. 3 nasi - nasiʔ pilu - piluʔ tuli - tuliʔ Selain itu, terdapat perkataan dalam Dialek Melayu Sarawak yang wujud /ʔ / pada akhir kata misalnya, tetaʔ – ketawa gilaʔ – sangat kitaʔ – awak aoʔ – ya kameʔ – saya ndaʔ – tidak maoʔ – mahu siʔ – tidak jameʔ - pinjam Dalam Dialek Melayu Sarawak, kewujudan konsonan [h] di depan kata akan disekat atau digugurkan (kecuali dalam beberapa kata pinjaman). Ciri-ciri ini juga banyak terdapat pada dialek lain yang ada di Malaysia. Antara contoh yang pengguguran konsanan [h] pada awal kata ialah seperti berikut : hitam – itam hujan – ujan hidup – idup hisap –isap hutan – utan hari –ari Selain itu, fonem /r/ dalam Bahasa Melayu Standard akan dibunyikan sebagai fonem /Ɣ / dalam Dialek Melayu Sarawak, iaitu fonem ini terdapat pada lingkungan awal kata, tengah kata dan akhir kata. Antara contoh di awal kata ialah seperti Ɣ umah, Ɣ ambut, Ɣ ata, Ɣ ojak, Ɣ ingan, Ɣ ugi, Ɣ acun, Ɣ abun, Ɣ ebah, Ɣ ebus, Ɣ empah, Ɣ endam, Ɣ apat, Ɣ atus dan Ɣ asa. Contoh kata yang mengandungi fonem /Ɣ / di tengah-tengahnya ialah geƔ ak, daƔ ah, keƔ ak, goƔ eng, kaƔ i, peƔ ah dan kuƔ us. Manakala di akhir kata pula, fonem ini turut wujud misalnya pada kata pagaƔ , ulaƔ dan besaƔ .
  • 4. 4 Selain itu, terdapat kata dalam Dialek Melayu Sarawak yang menggugurkan konsonan /k/ di akhir kata dan digantikan dengan konsonan /t/. Bunyi yang dihasilkan konsanan /k/ ialah letupan lelangit lembut manakala bunyi yang dihasilkan oleh konsonan /t/ pula ialah letupan gusi tidak bersuara. Antara kata tersebut seperti di bawah : balik – balit bilik – bilit naik – nait baik – bait manik – manit terik – terit tarik – tarit sisik – sisit Dalam Bahasa Melayu Standard, terdapat diftong /ai/, /au/ dan /oi/. Diftong adalh rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusa nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Dalam kata Dialek Melayu Sarawak, ada antara diftong tersebut kekal dan ada yang berubah. Diftong dalam Bahasa Melayu Standard tidak kelihatan produktif dalam Dialek Melayu Sarawak. Misalnya diftong /ai/, hanya segelintir kata yang mengekalkan bunyi diftong tersebut seperti cukai, gulai dan keldai. Untuk menghasilkan bunyi diftong ini, keadaan bibir agak terhampar, lidah mula-mula pada kedudukan depan untuk membunyikan vokal /a/, seterusnya lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara membunyikan vokal depan tinggi /i/. Kebanyakan kata yang mengandungi diftong /ai/ pada akhir kata Dialek Melayu Sarawak akan menjadi e-taling, /ə/. Antaranya ialah : sungai - sungə dawai -dawə tupai - tupə pantai - pantə kedai - kedə cerai - cerə memakai - makə mencapai - nyapə punai - punə rantai - rantə juntai - juntə bangkai - bangkə
  • 5. 5 Untuk membunyikan diftong /au/, keadaan bibir daripada hampar kepada bundar. Hujung lidah mula-mula pada kedudukan depan untuk memnbunyikan vokal depan rendah /a/, seterusnya lidah secara cepat diluncurkan kea rah cara membunyikan vokal belakang tinggi /u/ dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras. Dalam Dialek Melayu Sarawak, diftong /au/ akan dileburkan menjadi /o/. Antara perkataan yang mempunyai unsur tersebut adalah seperti berikut : mengigau – ngigo limau – limo panau – pano tembakau – temako langau – lango kerbau – kerbo Manakala, diftong /oi/ pula tetap tidak berubah dalam Dialek Melayu Sarawak. Untuk membunyikan diftong ini, keadaan bibir daripada hampar ke bundar. Mula-mula depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal separuh tinggi /o/ dan seterusnya lidah secara cepat diluncurkan ke arah membunyikan vokal depan tinggi dengan lidah dinaikkan kea rah lelangit keras, rendah sedikit daripada membunyikan vokal /i/. Antara perkataan yang masih mengekalkan bunyi diftong ini adalah kaloi, amboi, koboi dan dodoi. Namun, terdapat perkataan dalam Dialek Melayu Sarawak yang menggunakan unsur ini dalam sesetengah kata seperti paloi yang bermaksud bodoh dan kosoi iaitu nama sejenis kuih. Selain itu, keselarasan huruf vokal yang terdapat dalam Bahasa Melayu juga turut berbeza dalam Dialek Melayu Sarawak. Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata awal dan suku kata akhir tertutup. Antara pola keselarasan huruf vokal dalam Bahasa Melayu Standard ialah a - a, a - i, a - u, e-pepet - a, e-pepet – i, e- pepet – u, e-taling – a, e-taling - e-taling, e-taling – o, i – a, i – i, i – u, o – a, o – e-taling, o –
  • 6. 6 o, u – a, u – i dan u – u. Namun dalam Dialek Melayu Sarawak, ada di antara keselarasan huruf vokal ini ada yang dikekalkan dan ada yang tidak digunakan dan menggunakan keselarasan vokal seperti berikut : Keselarasan Huruf Contoh kata vokal e-pepet – o jemur – jemor jeruk – jerok jerung - jerong a–o cangkul – cangkol jagung – jagong kampung - kampong u–o duduk – dudok gunung – gunong kurung - kurong a – e-taling dalih - daleh e-pepet – e-taling jernih – jerneh i-o bisul - bisol Selain itu, antara aspek lain yang menjadi analisis dalam tugasan ini ialah aspek pembentukan kata antara Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard. Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu yang melibatkan proses perimbuhan, penggandaan dan juga proses kata majmuk. Untuk analisis ini, saya telah memilih aspek imbuhan untuk membezakan imbuhan Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard. Proses perimbuhan pula boleh dibahagikan kepada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan sisipan dan imbuhan apitan. Antara imbuhan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Standard ialah ke-, pen-, pe-, per-, juru-, ber-, men-, mempeR-, mem-, meng-, di-, ber-...-an, ber-...- kan, me-...-kan, mem-...-kan, men-...-kan, menge-...-kan, me-...-i, meng-...-i, memper-...-kan, ke-...-an, per-...-an dan diper-...-an.
  • 7. 7 Imbuhan awalan di- yang terdapat dalam Bahasa Melayu Standard berfungsi untuk membentuk kata kerja dan makna imbuhan ini adalah pekerjaan yang telah selesai. Antaranya dibuat, dimakan, dilukis, dipijak, dibasuh, dijaga, dipukul dan diminum. Semuanya merupakan kata kerja yang telah selesai dan imbuhan ini adalah untuk kata kerja dalam ayat pasif. Fungsi imbuhan ini turut dikekalkan dalam Dialek Melayu Sarawak. Contohnya, dipolah (dibuat), dipijak, ditangga (ditengok), disuroh (disuruh), dianok (dimarah), dipake (dipakai) dan sebagainya. Imbuhan apitan yang melibatkan imbuhan di- seperti di...i dan di...kan pula tidak produktif dalam Dialek Melayu Sarawak kerana imbuhan di... juga turut digunakan untuk mengantikan imbuhan tersebut. Misalnya dalam ayat ini, “ Nya dianok bapa nya,” yang bermaksud “ Dia dimarahi oleh ayahnya.” Dalam Bahasa Melayu Standard, kedua-dua apitan itu juga berfungsi untuk membentuk kata kerja pasif. Contohnya penggunaan imbuhan apitan di...kan sebagai kata kerja pasif dalam ayat ini, “ Senjata itu didekatkan oleh Leftenan Adnan dengan kawannya, Leftenen Hassan.” Selain itu, imbuhan meN- dalam Bahasa Melayu Standard berfungsi sebagai kata kerja aktif sama ada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, awalan meN- ini mempunyai empat kelainan, bergantung pada bunyi huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Kelainan yang dimaksudkan itu ialah me-, mem-, men- dan menge-. Men- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf /m/, /n/, /ny/, /r/, /l/, /w/ dan /y/. Kata dasar Bahasa Melayu yang bermula dengan bunyi huruf /k/, /s/, /p/ dan /t/ juga menerima awalan me- ini dalam kes huruf pertama dalam kata dasar menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu /m/ bagi /p/, /n/ bagi /t/, /ng/ bagi /k/ dan /ny/ bagi /s/. Namun, dalam Dialek Melayu Sarawak, imbuhan me- akan digugurkan tetapi kata tersebut tetap melambangkan kata kerja. Contohnya seperti berikut :
  • 8. 8 Menembak - nembak Menangis - nangis Menumis - numis Memindah - mindah Menunggu - nunggu Meminang - minang Menukar - nukar Menimbang - nimbang Menerang - nerang Dalam imbuhan meng- dan meny- juga terdapat perbezaan dalam Dialek Melayu Sarawak kerana imbuhan tersebut digugurkan /me/ di depan. Contohnya adalah seperti berikut: Menyuruh - nyuroh Menyokong - nyokong Menyambut - nyambut Mengalah - ngalah Mengetam - ngetam Mengikis - ngikis MeN- menjadi mem- pula apabila bergabung dengan perkataan yang bermula dengan bunyi huruf /b/ serta perkataan serapan (pinjaman) yang bermula dengan bunyi /f/, /p/ dan /v/, gugus konsonan yang bermula dengan bunyi /b/ dan /p/. Contohnya membeli, membaca, membalas, membeli, mempopular, dan memproses. Imbuhan mem- juga akan digugurkan dalam Dialek Melayu Sarawak seperti membaca menjadi maca dan membagi menjadi bagi. Walau bagaimanapun, imbuhan mem- ini juga akan bertukar menjadi em- atau en- dalam sesetengah kata dalam Dialek Melayu Sarawak, misalnya kata membalut akan menjadi embalut, membawa akan menjadi embak, membasuh menjadi embasoh, membarut menjadi embarut dan membaham menjadi engigit. Imbuhan ber- pula tidak digugurkan tetapi dipendekkan menjadi be- seperti di bawah : Berdebar - bedebar Berdayung - bedayong Berbungkus - bungkus Berlumba - belombak Bertunang – betunang Bertumbuk - betumbok
  • 9. 9 Analisis yang seterusnya ialah mengenai aspek perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata boleh ditakrifkan sebagai perkataan yang dikenali dan digunakan oleh golongan tertentu. Perbendaharaan kata Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard ada yang sama dan ada yang berbeza. Antara contoh perbendaharaan kata yang sama adalah seperti renggang, rendah, rendam, rotan, kukus, langgar, kuli, kurus, janggut, gusar, gesek, getah, goncang, cabut dan sebagainya. Manakala jadual di bawah pula adalah perbendaharaan kata yang terdapat dalam Dialek Melayu Sarawak yang tidak terdapat dalam Bahasa Melayu Standard. Mikik - membaiki Mikol- memikul Geruk - leher Sigat - rajin Lari - bekot Pesik - tanggalkan Uras - marah Ternak - inang Kancin - butang Kemaik - kotor Tigak - tumit Encerik - merasa Gerek - kekasih Tapok - bersembunyi Jamek - minjam Manok – ayam Asuk - anjing Pusak - kucing Ngibe - membimbing Nembiak – budak Lejuk – bosan / jemu Penjan - tingkap Supan - malu Latong – jamban Mancal - nakal Lepeh - lipas Leput - pengsan Gudi - wau Kata ganti nama dalam Dialek Melayu Sarawak juga berbeza dengan Bahasa Melayu Standard. Namun ada yang sama seperti aku, kau, bila dan apa. Kata ganti nama tergolong dalam penggolonggan kata nama di samping kata nama am dan kata nama khas. Perbezaan kata ganti nama tersebut boleh diperhatikan di jadual di bawah: Jenis Kata Ganti Nama Contoh Kata Ganti Nama Diri saya-kamek, awak-kitak, dia-nya, mereka-sidak Kata Ganti Nama Tempat sana-sinun, sini-sitok, situ-sia
  • 10. 10 Kata Ganti Nama Tunjuk ini-tok, itu-nyo, begini-camtok, begitu-camya Kata Ganti Nama Tanya Kenapa-kenak, mengapa-napa Selain itu, saya juga mengemukakan perbezaan makna leksikal antara kata dalam Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard dalam aspek perbendaharaan kata ini. Misalya kata /tapak/ dalam Bahasa Melayu Standard merujuk kepada tapak bangunan, tapak kasut dan sebagainya. Namun dalam Dialek Melayu Sarawak pula, /tapak/ merujuk kepada pinggan. Contoh lain adalah seperti berikut : Kata Makna (BMS) Makna (DMS) Tangga Benda yang digunakan untuk Lihat menaiki sesuatu tempat yang tinggi Kepak Merujuk kepada kepak ayam Penat atau lenguh Lawa Cantik Sombong Belon Merujuk kepada getah yang boleh Kapal Terbang diisikan dengan udara dan boleh terapung Tikam Menggunakan sesuatu yang tajam Baling Madah Memuji-muji Memberitahu Biak Proses pertumbuhan muda Analisis terakhir adalah mengenai pembentukan ayat yang merupakan kajian sintaksis yang mengkaji bentuk, struktur, binaan atau konstruksi ayat. Ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan. Jadi, ayat terletak pada peringkat tertinggi dalam tatabahasa. Ayat mengandungi
  • 11. 11 makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna. Dari segi pembentukan ayat, terdapat persamaan antara Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard, iaitu ayat tunggal terdiri daripada subjek dan predikat.subjek ialah bahagian yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Misalnya, dalam ayat Abu menunggang basikal, Abu ialah subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan, manakala menungganag basikal merupakan predikat kerana menjadi bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut. Dalam ayat Dialek Melayu Sarawak juga begitu, misalnya dalam ayat ini, Ali mikik moto (Ali membaiki motosikal). Ali ialah subjek dan mikik moto ialah predikat. Ayat pasif mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Dalam bahasa Melayu Standard, terdapat ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan mekna atau struktur ayat. Misalnya, dalam ayat di bawah: 1. Baju ini sudah digosok Sally semalam. 2. Sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh FN itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Perhatikan contoh berikut : 1. Baju ini sudah digosok semalam oleh Sally. 2. Sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. Dalam Dialek Melayu Sarawak, kata sendi nama oleh tetap digugurkan. Dari ayat nombor dua di atas, dalam Dialek Melayu Sarawak menjadi sampah ditunok bapak
  • 12. 12 pagi tek. Penggunaan kata sendi nama oleh digugurkan dalam ayat pasif Dialek Melayu Sarawak. Di bawah merupakan ayat dalam Bahasa Melayu Standard dengan ayat dalam ayat Dialek Melayu Sarawak. Bahasa Melayu Standard Dialek Melayu Sarawak Apa yang awak sedang buat? (Ayat Apa polah kitak? Tanya) Boleh tak? (Ayat permintaan) Boleh sik? Bila awak sampai?( Ayat Tanya) Bila kitak sampe? Kesimpulannya, Dialek Melayu Sarawak mempunyai lebih banyak perbezaan berbanding persamaan dengan Bahasa Melayu Standard terutama dari segi sistem bunyi. Sebutan perkataan Dialek Melayu Sarawak mempunyai banyak perbezaan berbanding perkataan Bahasa Melayu Standard. Malah, dari segi sistem imbuhan, kosa kata dan pembentukan ayat juga mempunyai perbezaan yang ketara. Boleh dikatakan kebanyakan daripada analisis di atas menunjukkan perbezaan antara Bahasa Melayu Standard dengan Dialek Melayu Sarawak.
  • 13. 13 BIBLIOGRAFI James T. Collins 1987. Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Merjan 1992. Daftar Kata. Bahasa Malaysia – Dialek Melayu Sarawak.: Dewan Bahasa dan Pustaka. Madzhi Johari 1988. Fonologi Dialek Melayu Kuching (Sarawak). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.