WKL didirikan pada 2007 untuk meningkatkan kualitas hidup masyarakat setempat dan menghasilkan produk makanan dan kesehatan tradisional seperti serunding, sos, minyak kelapa, dan garam kunyit. Perusahaan fokus pada serunding dengan merek ZANIZ3 dan berhasil meraih sertifikasi halal serta penghargaan di pameran pertanian. WKL senantiasa meningkatkan produktivitas untuk memenuhi permintaan yang meningkat.
1. PENGENALAN
Perniagaan Warisan Kampung Laut Ent. (WKL) telah dimulakan pada 12
Februari 2007 yang telah diusahakan oleh Pn.Wan Samsiah binti Wan Mohd Nor di
Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Penubuhan WKL adalah untuk meningkatkan kualiti
hidup di samping menjana ekonomi keluarga serta kawasan setempat. Produk
makanan dan kesihatan yang dihasilkan oleh WKL seperti serunding, sos pencicah, sos
rojak buah, garam kunyit segera dan minyak kelapa dara (V.C.O) dihasilkan secara
tradisional memandangkan permintaan terhadap produk tersebut semakin tinggi pada
masa kini.
Tumpuan utama WKL adalah produk serunding dan sos dengan jenama ZANIZ3.
WKL memasarkan produk serunding memandangkan produk makanan ini boleh
dikategorikan sebagai makanan tradisional masyarakat Malaysia. Ramuan dan resepi
yang digunakan untuk menghasilkan produk serunding WKL agak unik dan produk
keluarannya berjaya menembusi pasaran di seluruh Malaysia. Serunding ini dibuat
menggunakan serunding daging lembu tempatan, daging kerbau yang diimport,
cendawan, ikan segar dan ayam segar. Walau bagaimanapun kepuasan hati pelanggan
tetap diutamakan.
Melihat pada trend permintaan yang semakin meningkat, WKL sentiasa
meningkatkan produktiviti bagi menampung keperluan pelanggan. Dalam penghasilan
produk, WKL menekankan tahap kebersihan dan kesegaran bagi menjamin kualiti
setiap produk yang dihasilkan dan ini menjadikan Warisan Kg. Laut Ent. adalah salah
satu antara dua pengusaha serunding di Kelantan yang mendapat Persijilan Halal
daripada JAHEIK.
VISI
Memperkenalkan produk tradisional ke peringkat antarabangsa.
MISI
1. Meringankan tahap kehidupan dan sara hidup yang lebih produktif.
2. Memberi peluang dan ruang pekerjaan yang lebih luas kepada beliawan dan
beliawanis untuk turut sama berkongsi kejayaan, pendapatan serta pengalaman
perniagaan.
3. Mengagihkan sumber perniagaan secara sistematik dan menjadi garis panduan
untuk mengurus perniagaan seharian dengan lebih efektif.
2. 4. Melebarkan sayap perniagaan ke seluruh negara dan menembusi pasaran global
berasaskan produk halal.
SKOP PERNIAGAAN
1. Membuat, membekal dan menjual pelbagai serunding seperti:
a) Serunding ayam
b) Serunding daging
c) Serunding ikan
d) Serunding cendawan
2. Membuat, membekal dan menjual sos pencicah serbaguna dan sos rojak buah.
3. Membuat, membekal dan menjual minyak kelapa dara (V.C.O) seperti:
a) Sabun minyak kelapa dara
b) Miyak rambut kelapa dara
c) Makanan kesihatan minyak kelapa dara
4. Membuat, membekal dan menjual garam kunyit segera.
MAKLUMAT INDUSTRI
NAMA SYARIKAT WARISAN KG.LAUT ENTERPRISE
NAMA PEMILIK HJH.WAN SAMSIAH BT. WAN MOHD NOR
ALAMAT SYARIKAT LOT 1407, KG.BENDANG PULAU,PALEKBANG,16040
TUMPAT, KELANTAN
NO.PENDAFTARAN KT0208458-K
TARIKH 15 FEBRUARI 2006
3. DITUBUHKAN
NO. TELEFON 09-7257746
NO.FAKS 09-7252533
JENIS MILIKAN TUNGGAL
JENIS MEMBUAT,MEMBEKAL DAN MENJUAL PRODUK MAKANAN
PERNIAGAAN DAN KESIHATAN SEPERTI:
a) SERUNDING
b) SOS
c) MINYAK KELAPA DARA(V.C.O)
d) GARAM KUNYIT SEGERA
PENCAPAIAN PRODUK
TAHUN PENCAPAIAN
2009 Persijilan Halal
Sos Rojak Buah
- Tempat kedua Hari Penternak
Peladang Negeri Kelantan
Sos Pencicah
- Tempat ketiga Hari Penternak
Peladang Negeri Kelantan
2010 One Malaysia Best
Serunding Ikan
- Tempat pertama Ekspo Pertanian
Negeri Kelantan 2010
4. Serunding Cendawan
- Tempat pertama Ekspo Pertanian
Negeri Kelantan 2010
Serunding Daging
- Tempat kedua Ekspo Pertanian
Negeri Kelantan 2010