SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1
1.0 Pengenalan
Masih ingatkah anda tentang Perang Salib? Iaitu Perang terbesar antara agama Islam dan
Kristian yang berlangsung selama beberapa siri membuktikan permusuhan antara Islam dan
Kristian sejak berkurun lamanya. Apakah pula pengakhiran Perang Salib ini? Pada Perang Salib
inilah bermulanya kejatuhan Islam apabila Baitulmaqdis jatuh ke tangan Kristian namun
kekalahan inilah yang memangkinkan umat Islam pada ketika itu untuk bersatu membangunkan
Islam semula. Manakala bagi barat pula bermulanya zaman reformasi setelah zaman kegelapan
yang akhirnya membawa kepada ketamadunan masyarakat barat di Eropah.1
Namun semua cerita tersebut adalah sejarah yang berlaku suatu ketika dulu iaitu kira-kira
pada tahun 1096 Masihi hingga 1291 Masihi. Hari ini Islam dan Kristian telah bertapak kukuh
dan menjadi salah satu agama utama di dunia. Walaupun Islam merupakan agama rasmi dan
agama persekutuan bagi Malaysia namun terdapat beberapa tempat seperti di Sabah yang
mempunyai masyarakat majoriti menganut agama Kristian. Hal ini membuktikan Islam dan
Kristian kini mampu duduk di bawah langit dan di atas tanah yang sama. Malah, jarang sekali
kedengaran pertelingkahan antara Islam dan Kristian, jika ada pun mungkin hanya
pertelingkahan kecil yang tidak akan membawa kepada pertelingkahan yang lebih besar seperti
Perang Salib.
Jika anda seorang muslim, pernahkah anda menjejakkan kaki ke dalam gereja? Atau jika
anda seorang Kristian, pernahkah anda memahami kenapa muslim perlu melaungkan azan lima
kali sehari? Jika tidak pernah, anda kini boleh melakukannya kerana mentaliti masyarakat hari
ini kian terbuka dan menerima bahawa semua orang boleh menganut kepercayaan masing-
masing. Berbeza dengan keadaan dahulu sangat sukar untuk menambah ilmu pengetahuan
tentang agama lain kerana dikhuatiri akan menganut agama tersebut. Hari ini semua maklumat di
hujung jari, hanya perlu tekan ‘search’ dan anda akan temui beribu-ribu link tentang agama lain,
atau anda boleh juga meminjam buku di perpustakaan. Tiada sesiapa yang akan halang jika niat
kerana menuntut ilmu.
1
Perang Salib: Bagaimana Ia Bermula dan Berakhir, 2011
http://www.kembarahadi.com/2013/02/perang-salib-bagaimana-ia-bermula-dan.html
2
Satu perkara yang menjadikan Islam dan Kristian menjadi agama yang unik ialah melalui
perkongsian nabi Isa atau Jesus. Apabila merujuk kepada seorang individu yang sama tetapi
berbeza nama iaitu Nabi Isa di dalam agama Islam dan Jesus di dalam agama Kristian terdapat
beberapa pandangan berbeza mengenai hal ini. Pendapat-pendapat ini akan dibincangkan secara
mendalam di topic-topik seterusnya.
3
2.0 Perbezaan Antara Jesus dan Nabi Isa
2.1 Kelahiran Jesus atau Nabi Isa
“Kelahiran Jesus Kristus adalah seperti berikut: pada waktu Maryam, ibu-Nya
bertunangan dengan Yusuf, ternyata ia mengandung dari Roh Khudus, sebelum mereka
hidup sebagai suami isteri. Ini disebabkan Yusuf suaminya seorang yang tulus hati dan
tidak mahu mencemarkan nama isterinya di khalayak ramai, ia bermaksud
meceraikannya dengan diam-diam. Tetapi ketika ia mempertimbangkan maksud itu,
Malaikat Tuhan Nampak kepadanya dalam mimpi dan berkata: Yusuf, anak Daud,
janganlah engkau takut mengambil Maryam sebagai isterimu, sebab anak yang di dalam
kandungannya adalah dari Roh Khudus. Ia akan melahirkan anak lelaki dan engkau
akan menamakan dia Jesus, kerana dialah yang akan menyelamatkan umat-Nya dari
dosa mereka.”
(Matius 1:18-21)2
Seterusnya cerita kelahiran Jesus diteruskan lagi oleh oleh penganut Kristian. Mereka
menceritakan bagaimana Jesus atau Nabi Isa dilahirkan oleh ibunya di sebuah kandang haiwan
yang bersebelahan sebuah pondok kecil di desa itu. Mereka mengatakan bahawa sebahagian dari
pengembala (penyembah berhala) telah datang ke tempat Jesus yang dilahirkan dan bersembah
sujud kepadanya, serta memberi berbagai hadiah, kerana mereka meyakini bahawa anak yang
dilahirkan itu akan menjadi raja bangsa Yahudi. Dikisahkan juga bahawa raja yang berkuasa di
negeri Yahudi pada ketika itu, iaitu Raja Herodes menggigil ketakutan setelah mengetahui
lahirnya bayi tersebut. Dia takut kalau-kalau kerajannya akan ditumbangkan oleh anak itu. Oleh
kerana terlalu takut dia memerintahkan tenteranya untuk menyembelih semua anak Yahudi yang
lahir di Betlehem dan sekitarnya dengan harapan bahawa Jesus adalah salah satu bayi yang
disembelih. Namun, Maryam dan suaminya Yusuf telah terlebih dahulu membawa Jesus ke
Mesir dan tidak pulang-pulang lagi sehingga Raja Herodes meninggal dunia.3
Demikian yang
diceritakan di dalam kitab Injil.
2
Ahmad Rafaai Ayudin, Perselisihan Tentang Nabi Isa, Penerbitan Al-Khautsar, Kuala Lumpur, 1994, hlm. 44
3
Ahmad Rafaai Ayudin, Perselisihan Tentang Nabi Isa, hlm. 47
4
Apa pula yang diceritakan di dalam al-Quran? Al-Quran memulakan cerita dengan
menyebut berita gembira yang disampaikan oleh malaikat kepada Maryam bahawa ia akan diberi
seorang putera yang suci. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam kitab al-Quran ini perihal Maryam,
tatkala ia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian
Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka; maka Kami hantarkan
kepadanya: roh dari Kami, lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki,
yang sempurna bentuk kejadiannya. Maryam berkata: ‘sesungguhnya aku berlindung
kepada (Allah) ar-Rahman daripada (gangguan) mu; kalaulah engkau seorang yang
bertakwa.’ Ia berkata: ‘sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu
dikurniakan seorang anak yang suci’. Maryam bertanya dengan cemas ‘bagaimanakah
aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang
lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?’ Ia menjawab: ‘Demikianlah keadaan
tak usah dihairankan; Tuhanmu berfirman; Hal ini mudah bagi-Ku; dan Kami hendak
menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami)
untuk umat manusia, dan sebagai satu rahmat daripada Kami; dan hal itu adalah satu
perkara yang ditetapkan berlakunya’.”
(Surah Maryam: 16-21)4
Al-Quran selanjutnya menceritakan seksaan batin yang dideritai oleh Maryam dan
kehamilannya itu dan usahanya menjauhkan diri dari kelompok masyarakat untuk menghindari
caci maki mereka yang menyakitkan. Seterusnya diceritakan bahawa Maryam lebih suka
memilih mati daripada hidup terhina di tengah-tengah masyarakat.5
Firman Allah yang
bermaksud:
Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke
tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (besandar) pada
pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan
aku menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan. Maka Jibril menyerunya dari
4
Ahmad Rafaai Ayudin, Perselisihan Tentang Nabi Isa, hlm. 53
5
Ahmad Deedat, Injil Membantah Ketuhanan Yesus, Syarikat S. Abdul Majeed, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 27
5
tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Rabbmu telah
menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke
arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.
Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia,
maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Yang Maha
Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini”.
Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya
berkata: “Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat
mungkar. Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang penjahat
dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina”.6
(Surah Maryam: 22-28)
Demikianlah firman Allah dalam al-Quran yang telah memutihkan maruah Maryam dan
menyucikan puteranya dari fitnah, mengangkat nama baik puteranya dari tuduhan anak haram
dan mengeluarkannya dari tuduhan sebagai wanita penzina. Bahkan Maryam telah diangkat
sebagai wanita pilihan Allah di dunia. Betapa beruntung seorang wanita biasa seperti Maryam.
Sedang hari ini terlalu ramai wanita melahirkan anak luar nikah, belum termasuk bayi-bayi yang
dibuang di celah-celah longkang, tong sampah dan lain-lain. Dan mereka tidak pernah malu
dengan caci maki masyarakat sedangkan Maryam sanggup memencilkan diri dari masyarakat,
demi mengelak dihina dan dikatakan penzina sedangkan anak yang dikandungkannya itu
bukanlah hasil dari maksiat yang dilakukannya.
6
Ahmad Rafaai Ayudin, Perselisihan Tentang Nabi Isa, hlm. 57-58
6
2.2 Gelaran Jesus dan Nabi Isa
Dalam agama Kristian terdapat beberapa gelaran Jesus. ‘Jesus’ merupakan perkataan
Yunani yang bermaksud ‘Tuhan menolong’7
. Selain itu Jesus juga dikenali sebagai Kristus yang
bermaksud diurapi atau dijadikan khusus oleh Allah menjadi nabi dan imam yang tiada taranya.
Manakala dalam agama Islam gelaran bagi Nabi Isa adalah al-Masih. Gelaran al-Masih
disebut di dalam al-Quran sebanyak 11 kali, nama Isa sebanyak 25 kali dan Ibnu Mariam
sebanyak 23 kali. Kesemuanya tersebut dalam:
a. Surah al-Baqarah ayat 87, 136 dan 235.
b. Surah Ali ‘Imran ayat 45, 52, 55, 59,dan 84.
c. Surah an-Nisa ayat 157, 163, 171, dan 172.
d. Surah al-Maidah ayat 17, 46, 72, 75, 78, 110, 112, 114 dan 116.
e. Surah al-An’am ayat 85.
f. Surah at-Taubah ayat 30 dan 31.
g. Surah Maryam ayat 34.
h. Surah al-Mukminun ayat 50.
i. Surahal-Ahzab ayat 7.
j. Surah asy-Syura ayat 13.
k. Surah az-Zukruf ayat 57 dan 63.
l. Surah al-Hadid ayat 27.
m. Surah as-Shaf ayat 6 dan 148
.
Walau bagaimanapun terdapat seorang tokoh iaitu Dr. F.L Bakker yang menulis dalam
bukunya bertajuk Tuhan Jesus di dalam Agama Islam meyatakan bahawa al-Quran telah
mengubah nama Jesus. Tuduhan tersebut adalah tidak berasas kerana dalam buku tafsiran Injil
ada menyatakan bahawa sebutan nama Jesus menurut bahasa Iberani adalah ‘Jeschua’ atau
‘Josua’. Apabila nama itu dilafazkan di dalam bahasa Arab akan berlaku sedikit perubahan bunyi
‘Iesaa’ (Jo=’Ie_sua=saa). Kemudian dalam bahasa Indonesia ditulis ‘Isa’. Melalui penjelasan ini
terbuktilah bahawa tidak berlaku sebarang perubahan nama Jesus di dalam al-Quran seperti yang
7
H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, Firma Islamyah Medan, Medan, 1971, hlm. 177
8
H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 188
7
diuar-uarkan oleh beliau. Dan bagaimana pula terdapat perubahan nama nabi Isa di dalam al-
Quran sedangkan al-Quran itu adalah kata-kata dari Allah yang Maha mengetahui segalanya
termasuk apa yang tidak diketahui oleh manusia.
2.3 Hubungan Jesus atau Nabi Isa dengan Allah
Bagi agama Kristian, Jesus merupakan anak tunggal kepada Allah.
“Ia akan menjadi besar dan akan disebut anak Allah yang Maha Tinggi. Dan Allah akan
mengurniakan kepadanya takhta Daud, bapa leluhurnya dan Ia akan menjadi atas kaum
keturunanYakkub buat selam-lamanya dan kerajaannya tidak akan berkesudahan”
(Lukas 1:32-33)9
Sememangnya terdapat beberapa pihak yang menyangkal perkara tersebut. Hal ini
kerana, dalam masyarakat Yunani dan Rom gelaran ‘anak Allah’ digunakan seorang raja dan
pahlawan yang berjaya memerintah negeri yang aman. Di samping itu, dikatakan juga terdapat
catatan di dalam buku-buku yahudi bahawa gelaran tersebut hanyalah untuk orang-orang yang
soleh sahaja. Namun adalah sesuatu yang pasti bahawa Jesus ada menyatakan “Barangsiapa yang
melakukan kehendak bapaku yang di syurga, ialah saudaraku laki-laki dan saudaraku yang
perempuan”. Penganut Kristian juga mengatakan di dalam kitab Injil tercatat bahawa Jesus
adalah seorang manusia yang lahir dari Maryam adalah lebih dari seorang manusia yang sudah
wujud sejak awal dan dekat dengan Allah. Demikian gambaran Jesus dalam agama Kristian.10
Berbeza pula dengan agama Islam, Allah berfirman yang bermaksud:
Ketika malaikat berkata: “Hai Maryam sesungguhnya Allah menggembirakan kamu
(dengan kelahiran seorang putra yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) dari-
Nya, namanya al-Masih Isa putra Maryam , seorang terkemuka di dunia akhirat dan
termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah). Dan dia berbicara dengan
9
Ahmad Rafaai Ayudin, Perselisiahan Tentang Nabi Isa, hlm. 46
10
H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 180
8
manusia dalam buaian, dan ketika sudah dewasa dan dia termasuk orang-orang yang
shalih”.
Maryam berkata, “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku
belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun.”
Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril), “Demikianlah Allah menciptakan apa yang
dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, Allah hanya cukup
berkata ‘Jadilah’, lalu jadilah dia.”
(Surah Imran : 45-47)11
Jelaslah bahawa ayat di atas menyatakan bahawa Nabi Isa dilahirkan oleh ibunya yang
tidak disentuh oleh mana-mana lelaki pun yang bermaksud Nabi Isa merupakan anak manusia
iaitu Maryam yang dilahirkan tidak berbapa. Firman Allah yang bermaksud:
Dan orang-orang Yahudi: “Uzair ialah anak Allah”, dan orang-orang Nasrani berkata:
“Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu)
mereka menyamai orang-orang kafir dahulu semoga Allah binasakan mereka.
Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
(Surah At-Taubah :30)12
Jelas bahawa ayat tersebut menyatakan bahawa Allah tidak beranak dan tidak ada Tuhan
lain selain-Nya. Pengakuan orang Nasrani yang menyatakan al-Masih merupakan anak Allah
adalah meniru dan menyerupai orang-orang kafir dahulu yang menyatakan Allah juga beranak.
Nabi Isa adalah anak manusia biasa yang makan dan minum seperti anak-anak manusia yang lain
juga. Bagi umat Islam kelahiran Nabi Isa yang tidak berbapa itu bukanlah sesuatu yang ganjil.
Peristiwa tersebut adalah tanda kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa.13
Jika benar Nabi Isa itu
adalah anak Allah, maka bererti Allah itu setaraf dengan manusia, kerana hanya manusia dan
binatang yang mempunyai anak. Dan jika Allah itu setaraf dengan manusia dan binatang,
semestinya Dia tidak layak disembah.
11
Muhammad ‘Ataur Rahim, Jesus a Prophet of Islam, Perniagaan Jahabersa, Johor, 1999, hlm. 319
12
Muhammad ‘Ataur Rahim, Jesus a Prophet of Islam, hlm. 322
13
Abu Husny, Nabi Isa Dalam Pandangan Islam, Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1967, hlm. 24
9
2.4 Jesus adalah Tuhan, Nabi Isa adalah Nabi dan Rasul
Ds. B.J Boland ada menulis bahawa Jesus adalah Tuhan yang bermaksud ia mempunyai
segala kuasa baik di syurga mahupun di bumi.14
Agama Kristian ada menyatakan bahawa apabila
Jesus disebut sebagai Tuhan maka sebutan itu adalah terjemahan daripada kata Yunani iaitu
Kyrios15
. Kristian mengaku juga bahawa Jesuslah yang sebenar-benar Kyrios yang mutlak dan
tiada bandingannya. Bagi mereka juga Jesus adalah Tuhan yang menjalankan kuasa
pemerintahan, dia yang berkuasa penuh terhadap perbuatan, perkataan, malah kehidupan dan
kematian kita. Dia yang berkuasa penuh ke atas bumi dan alam semesta, ke atas sekalian
manusia, malaikat, kuasa-kuasa jahat, syurga dan neraka.16
Selain itu agama Kristian juga menganggap Jesus sebagai nabi. Menurut kitab Injil,
seorang nabi adalah individu yang dituntun oleh Allah. Pengaruh Tuhan berlaku terhadap orang
tersebut. Maka orang yang menjadi nabi mendapat kelebihan untuk mengetahui perkara-perkara
yang tersembunyi dari orang lain. Dr. D. Bakker mengatakan bahawa:
Tuhan Jesus adalah nabi. Perkerjaan nabi itu menyatakan kehendak Tuhan Allah tentang
jalan yang lebih baik bagi manusia yang berdosa. Tuhan Jesus adalah nabi yang Maha
Tinggi.17
Berbeza dengan agama Islam, Nabi Isa adalah seorang nabi dan Rasul bagi Bani Israil.
Firman Allah yang bermaksud:
Kata (Isa) : Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Ia telah memberikan kepadaku kitab
(Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
(Surah Maryam:30)
Firman Allah yang bermaksud:
Ketika Isa anak Maryam berkata: Hai Bani Israil! Sesungguhnya aku rasul Allah untuk
kamu, membenarkan Taurat yang dihadapanku dan menyampaikan khabar gembira
14
H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 182
15
Kata Yunani Kyrios bermaksud orang yang berkuasa atas sesuatu atau seseorang berdasarkan haknya yang sah
16
H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 183
1717
H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 182-183
10
dengan kedatangan seorang rasul dikemudianku namanya Ahmad. Tatkala rasul itu telah
datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang terang, mereka berkata: Inilah sihir yang
nyata.
(Surah as-Shaf:6)18
Ayat-ayat dia atas jelas menunjukkan bahawa Nabi Isa adalah seorang rasul yang diutus
oleh Allah untuk Bani Israil. Dan baginda diutus untuk menyampaikan khabar gembira tentang
kedatangan seorang rasul yang selepasnya bernama Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Allah
itu adalah Tuhan, nabi Isa adalah nabi. Tidak mungkin Tuhan menjadi nabi dan nabi Isa menjadi
Tuhan. Sedangkan Islam itu percaya kepada rukun iman iaitu beriman kepada ALLAH, beriman
kepada malaikat-malaikat, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada
hari kiamat, dan beriman kepada Qada dan Qadar. Islam tidak mengatakan bahawa Tuhan itu ada
tiga, empat atau lima. Tuhan itu cuma satu, bukan nabi Isa tetapi Allah s.w.t.
2.5 Jesus atau Nabi Isa sebagai Hakim
Dalam agama Kristian ada menyatakan bahawa Pengakuan Imam Rasul 19
menerangkan
tentang Jesus seperti berikut: “pada hari yang ketiga bangkit pula dari antara orang mati, naik ke
syurga, duduk di sebelah kanan Allah, bapa yang Maha kuasa dan akan dari sana untuk
menghakimi orang yang hidup dan yang mati”.20
Pengakuan ini menyatakan bahawa Jesus akan
muncul lagi untuk meghakimi orang yang hidup dan yang mati. Mengenai kemunculan Jesus
tersebut, Dr. R. Soedarmo ada menulis bahawa:
“Tuhan Jesus akan datang kembali untuk menghakimi kita. Bilakah? Tidak ada seorang
pun yang menjawab pertanyaan tersebut. Mungkin waktu kemunculan itu masih jauh
tetapi mungkin juga sudah semakin hamper.oleh kerana itu berjaga-jagalah”.21
18
Muhammad ‘Ataur Rahim, Jesus a Prophet of Islam, hlm. 323
19
Pengakuan Imam Rasul adalah pengakuan yang diterima oleh semua paderi di gereja iaitu mengaku bahawa
mempercayai Allah sebagai Tuhan, Jesus sebagai anak Tuhan dan juga roh khudus
20
H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 185
21
Muhammad ‘Ataur Rahim, Jesus a Prophet of Islam, hlm. 325
11
Anggapan ini mempunyai sedikit persamaan tetapi tetap berbeza dalam agama Islam.
Nabi Muhammad s.a.w menerangkan bahawa Nabi Isa akan muncul lagi untuk kedua kali
sebagai hakim yang adil dan akan menghancurkan salib. Baginda bersabda:
Maksudnya: Demi Tuhan yang diriku di tangan-Nya, sesungguhnya hampirlah akan
turun pada kamu (Isa) anak Maryam menjadi hakim yang adil. Maka ia akan
menghancurkan salib dan ia akan membunuh babi.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan sabda Rasulullah ini jelas bahawa Nabi Isa akan muncul lagi untuk menjadi
hakim yang adil. Baginda akan menentukan berbagai-bagai hukuman dia antara manusia dengan
berpandukan al-Quran seperti yang telah diterangkan dalam hadis yang lain. Baginda akan
menghancurkan salib iaitu agama Kristian kerana agama tersebut telah membawa namanya
sedangkan ajarannya jauh menyeleweng dari agama yang telah diajarkan kepada manusia
dahulu. Kemudian, baginda akan membunuh nabi iaitu melarang orang memelihara dan
memakan babi.22
Persamaan antara agama Islam dan Kristian ialah nabi Isa akan muncul lagi
namun perbezaannya ialah bagi Kristian nabi Isa akan menyelamatkan mereka sedangkan bagi
Islam nabi Isa akan menghancurkan Kristian.
2.6 Peristiwa Penyaliban Jesus atau Nabi Isa
Menurut kitab Injil, Jesus telah disalibkan dan mati di atas kaju salib. Keterangan
mengenai pensaliban Jesus dinyatakan berulang kali di dalam kitab Injil. Oleh itu, agama
Kristian mengandaikan Jesus mati di atas kaju salib. Menurut kitab perjanjian Lama, orang yang
mati tergantung adalah terkutuk. K. Riedel ada menulis bahawa orang Yahudi tidak biasa
menyalibkan orang yang dihukum mati, melainkan mereka direjam, lalu digantung pada suatu
kaju. Orang yang mati sedemikian dipandang sebagai orang yang dikutuk oleh Allah.
Berbeza dalam agama Islam, Jesus atau Nabi Isa sebenarnya tidak disalib. Allah
berfirman yang bermaksud:
22
H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 195-196
12
"Dan kerana ucapan mereka" 'Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, 'Isa
putera Maryam, Rasul Allah' padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula)
menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan 'Isa bagi
mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) 'Isa,
benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai
keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka,
mereka tidak (pula) yakin bahawa mereka bunuh itu adalah 'Isa.
"tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat 'Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Surah an-Nisa : 157-15823
Ayat ini membuktikan tanpa ditutupi, bahawa semua itu hanya merupakan cerita yang tidak ada
sal usulnya. Malah tidak pernah terdapat riwayat sanad yang sahih yang boleh dijadikan sandaran
terhadap kisah ini. Kristian menganggap mereka yang mati tergantung di kaju salib iaitu nabi Isa
adalah seorang yang mati terkutuk. 24
Namun mereka tetap menyembah dan menganggap nabi Isa
adalah salah satu Tuhan dan anak Tuhan. Jika nabi Isa disembah kerana lahir tidak berbapa,
cuba anda fikirkan antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa
orang Kristian tidak menyembah Maryam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi
Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa
bukan Adam yang disembah ? Firman Allah swt :
"Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti
(kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman
kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.
(Surah Al-Imran: 59) 25
23
Abu Husny, Nabi Isa Dalam Pandangan Islam, hlm. 76
24
Ahmad Deedat, Injil Membantah Ketuhanan Yesus, hlm. 28
25
15 Soal Jawab Orang Kafir yang Persoalkan Kebenaran Islam, 2012
http://www.szlihin.com/2012/10/15-soal-jawab-orang-kafir-yang.html
13
3.0 Kesimpulan
Walaupun Islam dan Kristian berkongsi nabi yang sama namun terdapat banyak perbezaan
antara Jesus dan Nabi Isa termasuklah dalam peristiwa kelahiran, gelaran, kedudukan serta
peristiwa penyaliban baginda. Perbezaan antara Jesus dan Nabi Isa bagai langit dan bumi
walaupun baginda adalah individu yang sama. Sebagai seorang penganut agama Islam, kita
mestilah percaya kepada setiap perkara yang tercatat di dalam al-Quran. Al-Quran telah
membuktikan bahawa Nabi Isa adalah seorang nabi dan rasul. Baginda bukan anak Allah seperti
yang dipercayai oleh penganut Kristian. Baginda juga masih hidup tetapi telah diangkat ke langit
oleh Allah ketika Yahudi merancang membunuh baginda. Malah orang yang disalib seperti yang
disembah oleh penganut Kristian pada hari ini sebenarnya bukanlah Nabi Isa. Terdapat
tanggapan bahawa individu yang disalib itu adalah pengkhianat yang bersekongkol bersama
Yahudi untuk membunuh Nabi Isa namun terdapat juga tanggapan lain bahawa invividu tersebut
adalah penyokong Nabi Isa. Pendek kata, Nabi Isa boleh menjadi Jesus tetapi Jesus tidak akan
menjadi Nabi Isa. Hal ini bermaksud penganut agama lain khususnya Kristian boleh
mempercayai kebenaran tentang nabi Isa seperti yang tercatat dalam al-Quran namun penganut
agama Islam tidak boleh mempercayai pembohongan-pembohongan tentang Jesus seperti yag
tercatat dalam kitab Injil.
14
4.0 Bibliografi
Abu Husny. Nabi Isa Dalam Pandangan Islam. Penerbitan Pustaka Antara: Kuala Lumpur. 1967
Ahmad Deedat. Injil Membantah Ketuhanan Yesus. Syarikat S. Abdul Majeed: Kuala Lumpur.
1991
Ahmad Rafaai Ayudin. Perselisihan Tentang Nabi Isa. Penerbitan Al-Khautsar: Kuala Lumpur.
1994
Endo Shusaku. A Life of Jesus. C.E Tuttle: Tokyo. 1979
H. Hasbullah Bakry. Nabi Isa dalam al-Quran dan Nabi Muhammad dan Bible. Mutiara: Jakarta.
1983
H.M Arsjad Thalib Lubis. Perbandingan Kristen dan Islam. Firma Islamyah Medan: Medan.
1971
Maamiry Ahmed Hamoud. Jesus Christ as Known by Muslims. Lancer Books: New Delhi. 1989
Muhammad ‘Ataur Rahim. Jesus a Prophet of Islam. Perniagaan Jahabersa: Johor. 1999
Nora. Nabi ‘Isa tidak disalib dan Nabi Musa dengan Raja Firaun. Mainor: Singapura. 1968
Perang Salib: Bagaimana Ia Bermula dan Berakhir. 2011
http://www.kembarahadi.com/2013/02/perang-salib-bagaimana-ia-bermula-dan.html
Sou’yb Joesoef. Isa Nabi Umat Islam=Jesus Prophet of Islam. Madju: Jakarta. 1984

More Related Content

What's hot

72699095 assignment-tarannum
72699095 assignment-tarannum72699095 assignment-tarannum
72699095 assignment-tarannumAishah Sweet
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid123syahier
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
Pembukaan kota mekah 2
Pembukaan kota mekah 2Pembukaan kota mekah 2
Pembukaan kota mekah 2Wan Iza
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaEzad Azraai Jamsari
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisMukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisEzad Azraai Jamsari
 
Bab 27 akhlak terpuji hiasan diri
Bab 27 akhlak terpuji hiasan diriBab 27 akhlak terpuji hiasan diri
Bab 27 akhlak terpuji hiasan diriNUR
 
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hCeramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hDausi Nuzula
 
Bab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahBab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahSiti Mariah
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanNajid Jamal
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al SunnahWanBK Leo
 

What's hot (20)

Mazhab
MazhabMazhab
Mazhab
 
72699095 assignment-tarannum
72699095 assignment-tarannum72699095 assignment-tarannum
72699095 assignment-tarannum
 
Sahifah madinah
Sahifah madinahSahifah madinah
Sahifah madinah
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Pembukaan kota mekah 2
Pembukaan kota mekah 2Pembukaan kota mekah 2
Pembukaan kota mekah 2
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisMukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
 
Bab 27 akhlak terpuji hiasan diri
Bab 27 akhlak terpuji hiasan diriBab 27 akhlak terpuji hiasan diri
Bab 27 akhlak terpuji hiasan diri
 
Piagam madinah
Piagam madinahPiagam madinah
Piagam madinah
 
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hCeramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
 
Bab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahBab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwah
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
Konsep Nubuwwah
Konsep NubuwwahKonsep Nubuwwah
Konsep Nubuwwah
 
Nota dakwah
Nota dakwahNota dakwah
Nota dakwah
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
 
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayuPengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
 

Similar to PERBEZAAN ISA DAN JESUS

Nabi isa (yahudi kristian-islam)
Nabi isa (yahudi kristian-islam)Nabi isa (yahudi kristian-islam)
Nabi isa (yahudi kristian-islam)Aein Rly
 
Makalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmi
Makalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmiMakalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmi
Makalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmigis nargis
 
Membumikan alquran
Membumikan alquranMembumikan alquran
Membumikan alquranagustiachmad
 
Kisah Teladan Rasul Ulul azmi
Kisah Teladan Rasul Ulul azmiKisah Teladan Rasul Ulul azmi
Kisah Teladan Rasul Ulul azmiArza Mukhib
 
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkapBerikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkapmuji jj
 
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad sawPelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad sawfitriani2909
 
Rangkuman semester1 kelas 6.pdf
Rangkuman semester1 kelas 6.pdfRangkuman semester1 kelas 6.pdf
Rangkuman semester1 kelas 6.pdfYuliNabila
 
Jadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubairJadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubairErman Hidayat
 
! Serulah dengan bukti seperti para nabi datang selalu membawa tanda tanda &a...
! Serulah dengan bukti seperti para nabi datang selalu membawa tanda tanda &a...! Serulah dengan bukti seperti para nabi datang selalu membawa tanda tanda &a...
! Serulah dengan bukti seperti para nabi datang selalu membawa tanda tanda &a...Nano Nani
 
Surah Al-Maidah Ayat 110
Surah Al-Maidah Ayat 110Surah Al-Maidah Ayat 110
Surah Al-Maidah Ayat 110setoalhafiz
 
Sirah Nabawiyah 40: Andai Matahari dan Bulan
Sirah Nabawiyah 40: Andai Matahari dan BulanSirah Nabawiyah 40: Andai Matahari dan Bulan
Sirah Nabawiyah 40: Andai Matahari dan BulanAbuNailah
 
Yang aku tahu allah bersamaku (salim a fillah)
Yang aku tahu allah bersamaku (salim a fillah)Yang aku tahu allah bersamaku (salim a fillah)
Yang aku tahu allah bersamaku (salim a fillah)Sirajuddin Putra
 
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swtSelamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swtNoviShinta
 
Nabi muhammad biografi
Nabi muhammad biografiNabi muhammad biografi
Nabi muhammad biografiChaerul Uman
 
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & RasulMuhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasulladychandrakasih Charsy
 

Similar to PERBEZAAN ISA DAN JESUS (20)

Nabi isa (yahudi kristian-islam)
Nabi isa (yahudi kristian-islam)Nabi isa (yahudi kristian-islam)
Nabi isa (yahudi kristian-islam)
 
Makalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmi
Makalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmiMakalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmi
Makalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmi
 
Membumikan alquran
Membumikan alquranMembumikan alquran
Membumikan alquran
 
Kisah Teladan Rasul Ulul azmi
Kisah Teladan Rasul Ulul azmiKisah Teladan Rasul Ulul azmi
Kisah Teladan Rasul Ulul azmi
 
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkapBerikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
 
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad sawPelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
 
Rangkuman semester1 kelas 6.pdf
Rangkuman semester1 kelas 6.pdfRangkuman semester1 kelas 6.pdf
Rangkuman semester1 kelas 6.pdf
 
Isa
IsaIsa
Isa
 
Kisah nabi isa
Kisah nabi isaKisah nabi isa
Kisah nabi isa
 
Jadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubairJadilah pemuda laksana zubair
Jadilah pemuda laksana zubair
 
Aku ingin pintar vb
Aku ingin pintar vbAku ingin pintar vb
Aku ingin pintar vb
 
! Serulah dengan bukti seperti para nabi datang selalu membawa tanda tanda &a...
! Serulah dengan bukti seperti para nabi datang selalu membawa tanda tanda &a...! Serulah dengan bukti seperti para nabi datang selalu membawa tanda tanda &a...
! Serulah dengan bukti seperti para nabi datang selalu membawa tanda tanda &a...
 
Surah Al-Maidah Ayat 110
Surah Al-Maidah Ayat 110Surah Al-Maidah Ayat 110
Surah Al-Maidah Ayat 110
 
Dimana Yesus Wafat
Dimana Yesus WafatDimana Yesus Wafat
Dimana Yesus Wafat
 
Sirah Nabawiyah 40: Andai Matahari dan Bulan
Sirah Nabawiyah 40: Andai Matahari dan BulanSirah Nabawiyah 40: Andai Matahari dan Bulan
Sirah Nabawiyah 40: Andai Matahari dan Bulan
 
Yang aku tahu allah bersamaku (salim a fillah)
Yang aku tahu allah bersamaku (salim a fillah)Yang aku tahu allah bersamaku (salim a fillah)
Yang aku tahu allah bersamaku (salim a fillah)
 
Ceramah israa' dan mikraaj 5 mei 2016
Ceramah israa' dan mikraaj  5 mei 2016Ceramah israa' dan mikraaj  5 mei 2016
Ceramah israa' dan mikraaj 5 mei 2016
 
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swtSelamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
 
Nabi muhammad biografi
Nabi muhammad biografiNabi muhammad biografi
Nabi muhammad biografi
 
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & RasulMuhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
 

Recently uploaded

bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxSaefAhmad
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 

Recently uploaded (20)

bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 

PERBEZAAN ISA DAN JESUS

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Masih ingatkah anda tentang Perang Salib? Iaitu Perang terbesar antara agama Islam dan Kristian yang berlangsung selama beberapa siri membuktikan permusuhan antara Islam dan Kristian sejak berkurun lamanya. Apakah pula pengakhiran Perang Salib ini? Pada Perang Salib inilah bermulanya kejatuhan Islam apabila Baitulmaqdis jatuh ke tangan Kristian namun kekalahan inilah yang memangkinkan umat Islam pada ketika itu untuk bersatu membangunkan Islam semula. Manakala bagi barat pula bermulanya zaman reformasi setelah zaman kegelapan yang akhirnya membawa kepada ketamadunan masyarakat barat di Eropah.1 Namun semua cerita tersebut adalah sejarah yang berlaku suatu ketika dulu iaitu kira-kira pada tahun 1096 Masihi hingga 1291 Masihi. Hari ini Islam dan Kristian telah bertapak kukuh dan menjadi salah satu agama utama di dunia. Walaupun Islam merupakan agama rasmi dan agama persekutuan bagi Malaysia namun terdapat beberapa tempat seperti di Sabah yang mempunyai masyarakat majoriti menganut agama Kristian. Hal ini membuktikan Islam dan Kristian kini mampu duduk di bawah langit dan di atas tanah yang sama. Malah, jarang sekali kedengaran pertelingkahan antara Islam dan Kristian, jika ada pun mungkin hanya pertelingkahan kecil yang tidak akan membawa kepada pertelingkahan yang lebih besar seperti Perang Salib. Jika anda seorang muslim, pernahkah anda menjejakkan kaki ke dalam gereja? Atau jika anda seorang Kristian, pernahkah anda memahami kenapa muslim perlu melaungkan azan lima kali sehari? Jika tidak pernah, anda kini boleh melakukannya kerana mentaliti masyarakat hari ini kian terbuka dan menerima bahawa semua orang boleh menganut kepercayaan masing- masing. Berbeza dengan keadaan dahulu sangat sukar untuk menambah ilmu pengetahuan tentang agama lain kerana dikhuatiri akan menganut agama tersebut. Hari ini semua maklumat di hujung jari, hanya perlu tekan ‘search’ dan anda akan temui beribu-ribu link tentang agama lain, atau anda boleh juga meminjam buku di perpustakaan. Tiada sesiapa yang akan halang jika niat kerana menuntut ilmu. 1 Perang Salib: Bagaimana Ia Bermula dan Berakhir, 2011 http://www.kembarahadi.com/2013/02/perang-salib-bagaimana-ia-bermula-dan.html
  • 2. 2 Satu perkara yang menjadikan Islam dan Kristian menjadi agama yang unik ialah melalui perkongsian nabi Isa atau Jesus. Apabila merujuk kepada seorang individu yang sama tetapi berbeza nama iaitu Nabi Isa di dalam agama Islam dan Jesus di dalam agama Kristian terdapat beberapa pandangan berbeza mengenai hal ini. Pendapat-pendapat ini akan dibincangkan secara mendalam di topic-topik seterusnya.
  • 3. 3 2.0 Perbezaan Antara Jesus dan Nabi Isa 2.1 Kelahiran Jesus atau Nabi Isa “Kelahiran Jesus Kristus adalah seperti berikut: pada waktu Maryam, ibu-Nya bertunangan dengan Yusuf, ternyata ia mengandung dari Roh Khudus, sebelum mereka hidup sebagai suami isteri. Ini disebabkan Yusuf suaminya seorang yang tulus hati dan tidak mahu mencemarkan nama isterinya di khalayak ramai, ia bermaksud meceraikannya dengan diam-diam. Tetapi ketika ia mempertimbangkan maksud itu, Malaikat Tuhan Nampak kepadanya dalam mimpi dan berkata: Yusuf, anak Daud, janganlah engkau takut mengambil Maryam sebagai isterimu, sebab anak yang di dalam kandungannya adalah dari Roh Khudus. Ia akan melahirkan anak lelaki dan engkau akan menamakan dia Jesus, kerana dialah yang akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka.” (Matius 1:18-21)2 Seterusnya cerita kelahiran Jesus diteruskan lagi oleh oleh penganut Kristian. Mereka menceritakan bagaimana Jesus atau Nabi Isa dilahirkan oleh ibunya di sebuah kandang haiwan yang bersebelahan sebuah pondok kecil di desa itu. Mereka mengatakan bahawa sebahagian dari pengembala (penyembah berhala) telah datang ke tempat Jesus yang dilahirkan dan bersembah sujud kepadanya, serta memberi berbagai hadiah, kerana mereka meyakini bahawa anak yang dilahirkan itu akan menjadi raja bangsa Yahudi. Dikisahkan juga bahawa raja yang berkuasa di negeri Yahudi pada ketika itu, iaitu Raja Herodes menggigil ketakutan setelah mengetahui lahirnya bayi tersebut. Dia takut kalau-kalau kerajannya akan ditumbangkan oleh anak itu. Oleh kerana terlalu takut dia memerintahkan tenteranya untuk menyembelih semua anak Yahudi yang lahir di Betlehem dan sekitarnya dengan harapan bahawa Jesus adalah salah satu bayi yang disembelih. Namun, Maryam dan suaminya Yusuf telah terlebih dahulu membawa Jesus ke Mesir dan tidak pulang-pulang lagi sehingga Raja Herodes meninggal dunia.3 Demikian yang diceritakan di dalam kitab Injil. 2 Ahmad Rafaai Ayudin, Perselisihan Tentang Nabi Isa, Penerbitan Al-Khautsar, Kuala Lumpur, 1994, hlm. 44 3 Ahmad Rafaai Ayudin, Perselisihan Tentang Nabi Isa, hlm. 47
  • 4. 4 Apa pula yang diceritakan di dalam al-Quran? Al-Quran memulakan cerita dengan menyebut berita gembira yang disampaikan oleh malaikat kepada Maryam bahawa ia akan diberi seorang putera yang suci. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam kitab al-Quran ini perihal Maryam, tatkala ia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka; maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami, lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya. Maryam berkata: ‘sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) ar-Rahman daripada (gangguan) mu; kalaulah engkau seorang yang bertakwa.’ Ia berkata: ‘sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci’. Maryam bertanya dengan cemas ‘bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?’ Ia menjawab: ‘Demikianlah keadaan tak usah dihairankan; Tuhanmu berfirman; Hal ini mudah bagi-Ku; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia, dan sebagai satu rahmat daripada Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang ditetapkan berlakunya’.” (Surah Maryam: 16-21)4 Al-Quran selanjutnya menceritakan seksaan batin yang dideritai oleh Maryam dan kehamilannya itu dan usahanya menjauhkan diri dari kelompok masyarakat untuk menghindari caci maki mereka yang menyakitkan. Seterusnya diceritakan bahawa Maryam lebih suka memilih mati daripada hidup terhina di tengah-tengah masyarakat.5 Firman Allah yang bermaksud: Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (besandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan. Maka Jibril menyerunya dari 4 Ahmad Rafaai Ayudin, Perselisihan Tentang Nabi Isa, hlm. 53 5 Ahmad Deedat, Injil Membantah Ketuhanan Yesus, Syarikat S. Abdul Majeed, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 27
  • 5. 5 tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Rabbmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini”. Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya berkata: “Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang penjahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina”.6 (Surah Maryam: 22-28) Demikianlah firman Allah dalam al-Quran yang telah memutihkan maruah Maryam dan menyucikan puteranya dari fitnah, mengangkat nama baik puteranya dari tuduhan anak haram dan mengeluarkannya dari tuduhan sebagai wanita penzina. Bahkan Maryam telah diangkat sebagai wanita pilihan Allah di dunia. Betapa beruntung seorang wanita biasa seperti Maryam. Sedang hari ini terlalu ramai wanita melahirkan anak luar nikah, belum termasuk bayi-bayi yang dibuang di celah-celah longkang, tong sampah dan lain-lain. Dan mereka tidak pernah malu dengan caci maki masyarakat sedangkan Maryam sanggup memencilkan diri dari masyarakat, demi mengelak dihina dan dikatakan penzina sedangkan anak yang dikandungkannya itu bukanlah hasil dari maksiat yang dilakukannya. 6 Ahmad Rafaai Ayudin, Perselisihan Tentang Nabi Isa, hlm. 57-58
  • 6. 6 2.2 Gelaran Jesus dan Nabi Isa Dalam agama Kristian terdapat beberapa gelaran Jesus. ‘Jesus’ merupakan perkataan Yunani yang bermaksud ‘Tuhan menolong’7 . Selain itu Jesus juga dikenali sebagai Kristus yang bermaksud diurapi atau dijadikan khusus oleh Allah menjadi nabi dan imam yang tiada taranya. Manakala dalam agama Islam gelaran bagi Nabi Isa adalah al-Masih. Gelaran al-Masih disebut di dalam al-Quran sebanyak 11 kali, nama Isa sebanyak 25 kali dan Ibnu Mariam sebanyak 23 kali. Kesemuanya tersebut dalam: a. Surah al-Baqarah ayat 87, 136 dan 235. b. Surah Ali ‘Imran ayat 45, 52, 55, 59,dan 84. c. Surah an-Nisa ayat 157, 163, 171, dan 172. d. Surah al-Maidah ayat 17, 46, 72, 75, 78, 110, 112, 114 dan 116. e. Surah al-An’am ayat 85. f. Surah at-Taubah ayat 30 dan 31. g. Surah Maryam ayat 34. h. Surah al-Mukminun ayat 50. i. Surahal-Ahzab ayat 7. j. Surah asy-Syura ayat 13. k. Surah az-Zukruf ayat 57 dan 63. l. Surah al-Hadid ayat 27. m. Surah as-Shaf ayat 6 dan 148 . Walau bagaimanapun terdapat seorang tokoh iaitu Dr. F.L Bakker yang menulis dalam bukunya bertajuk Tuhan Jesus di dalam Agama Islam meyatakan bahawa al-Quran telah mengubah nama Jesus. Tuduhan tersebut adalah tidak berasas kerana dalam buku tafsiran Injil ada menyatakan bahawa sebutan nama Jesus menurut bahasa Iberani adalah ‘Jeschua’ atau ‘Josua’. Apabila nama itu dilafazkan di dalam bahasa Arab akan berlaku sedikit perubahan bunyi ‘Iesaa’ (Jo=’Ie_sua=saa). Kemudian dalam bahasa Indonesia ditulis ‘Isa’. Melalui penjelasan ini terbuktilah bahawa tidak berlaku sebarang perubahan nama Jesus di dalam al-Quran seperti yang 7 H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, Firma Islamyah Medan, Medan, 1971, hlm. 177 8 H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 188
  • 7. 7 diuar-uarkan oleh beliau. Dan bagaimana pula terdapat perubahan nama nabi Isa di dalam al- Quran sedangkan al-Quran itu adalah kata-kata dari Allah yang Maha mengetahui segalanya termasuk apa yang tidak diketahui oleh manusia. 2.3 Hubungan Jesus atau Nabi Isa dengan Allah Bagi agama Kristian, Jesus merupakan anak tunggal kepada Allah. “Ia akan menjadi besar dan akan disebut anak Allah yang Maha Tinggi. Dan Allah akan mengurniakan kepadanya takhta Daud, bapa leluhurnya dan Ia akan menjadi atas kaum keturunanYakkub buat selam-lamanya dan kerajaannya tidak akan berkesudahan” (Lukas 1:32-33)9 Sememangnya terdapat beberapa pihak yang menyangkal perkara tersebut. Hal ini kerana, dalam masyarakat Yunani dan Rom gelaran ‘anak Allah’ digunakan seorang raja dan pahlawan yang berjaya memerintah negeri yang aman. Di samping itu, dikatakan juga terdapat catatan di dalam buku-buku yahudi bahawa gelaran tersebut hanyalah untuk orang-orang yang soleh sahaja. Namun adalah sesuatu yang pasti bahawa Jesus ada menyatakan “Barangsiapa yang melakukan kehendak bapaku yang di syurga, ialah saudaraku laki-laki dan saudaraku yang perempuan”. Penganut Kristian juga mengatakan di dalam kitab Injil tercatat bahawa Jesus adalah seorang manusia yang lahir dari Maryam adalah lebih dari seorang manusia yang sudah wujud sejak awal dan dekat dengan Allah. Demikian gambaran Jesus dalam agama Kristian.10 Berbeza pula dengan agama Islam, Allah berfirman yang bermaksud: Ketika malaikat berkata: “Hai Maryam sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putra yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) dari- Nya, namanya al-Masih Isa putra Maryam , seorang terkemuka di dunia akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah). Dan dia berbicara dengan 9 Ahmad Rafaai Ayudin, Perselisiahan Tentang Nabi Isa, hlm. 46 10 H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 180
  • 8. 8 manusia dalam buaian, dan ketika sudah dewasa dan dia termasuk orang-orang yang shalih”. Maryam berkata, “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun.” Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril), “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, Allah hanya cukup berkata ‘Jadilah’, lalu jadilah dia.” (Surah Imran : 45-47)11 Jelaslah bahawa ayat di atas menyatakan bahawa Nabi Isa dilahirkan oleh ibunya yang tidak disentuh oleh mana-mana lelaki pun yang bermaksud Nabi Isa merupakan anak manusia iaitu Maryam yang dilahirkan tidak berbapa. Firman Allah yang bermaksud: Dan orang-orang Yahudi: “Uzair ialah anak Allah”, dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai orang-orang kafir dahulu semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (Surah At-Taubah :30)12 Jelas bahawa ayat tersebut menyatakan bahawa Allah tidak beranak dan tidak ada Tuhan lain selain-Nya. Pengakuan orang Nasrani yang menyatakan al-Masih merupakan anak Allah adalah meniru dan menyerupai orang-orang kafir dahulu yang menyatakan Allah juga beranak. Nabi Isa adalah anak manusia biasa yang makan dan minum seperti anak-anak manusia yang lain juga. Bagi umat Islam kelahiran Nabi Isa yang tidak berbapa itu bukanlah sesuatu yang ganjil. Peristiwa tersebut adalah tanda kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa.13 Jika benar Nabi Isa itu adalah anak Allah, maka bererti Allah itu setaraf dengan manusia, kerana hanya manusia dan binatang yang mempunyai anak. Dan jika Allah itu setaraf dengan manusia dan binatang, semestinya Dia tidak layak disembah. 11 Muhammad ‘Ataur Rahim, Jesus a Prophet of Islam, Perniagaan Jahabersa, Johor, 1999, hlm. 319 12 Muhammad ‘Ataur Rahim, Jesus a Prophet of Islam, hlm. 322 13 Abu Husny, Nabi Isa Dalam Pandangan Islam, Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1967, hlm. 24
  • 9. 9 2.4 Jesus adalah Tuhan, Nabi Isa adalah Nabi dan Rasul Ds. B.J Boland ada menulis bahawa Jesus adalah Tuhan yang bermaksud ia mempunyai segala kuasa baik di syurga mahupun di bumi.14 Agama Kristian ada menyatakan bahawa apabila Jesus disebut sebagai Tuhan maka sebutan itu adalah terjemahan daripada kata Yunani iaitu Kyrios15 . Kristian mengaku juga bahawa Jesuslah yang sebenar-benar Kyrios yang mutlak dan tiada bandingannya. Bagi mereka juga Jesus adalah Tuhan yang menjalankan kuasa pemerintahan, dia yang berkuasa penuh terhadap perbuatan, perkataan, malah kehidupan dan kematian kita. Dia yang berkuasa penuh ke atas bumi dan alam semesta, ke atas sekalian manusia, malaikat, kuasa-kuasa jahat, syurga dan neraka.16 Selain itu agama Kristian juga menganggap Jesus sebagai nabi. Menurut kitab Injil, seorang nabi adalah individu yang dituntun oleh Allah. Pengaruh Tuhan berlaku terhadap orang tersebut. Maka orang yang menjadi nabi mendapat kelebihan untuk mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi dari orang lain. Dr. D. Bakker mengatakan bahawa: Tuhan Jesus adalah nabi. Perkerjaan nabi itu menyatakan kehendak Tuhan Allah tentang jalan yang lebih baik bagi manusia yang berdosa. Tuhan Jesus adalah nabi yang Maha Tinggi.17 Berbeza dengan agama Islam, Nabi Isa adalah seorang nabi dan Rasul bagi Bani Israil. Firman Allah yang bermaksud: Kata (Isa) : Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Ia telah memberikan kepadaku kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. (Surah Maryam:30) Firman Allah yang bermaksud: Ketika Isa anak Maryam berkata: Hai Bani Israil! Sesungguhnya aku rasul Allah untuk kamu, membenarkan Taurat yang dihadapanku dan menyampaikan khabar gembira 14 H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 182 15 Kata Yunani Kyrios bermaksud orang yang berkuasa atas sesuatu atau seseorang berdasarkan haknya yang sah 16 H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 183 1717 H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 182-183
  • 10. 10 dengan kedatangan seorang rasul dikemudianku namanya Ahmad. Tatkala rasul itu telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang terang, mereka berkata: Inilah sihir yang nyata. (Surah as-Shaf:6)18 Ayat-ayat dia atas jelas menunjukkan bahawa Nabi Isa adalah seorang rasul yang diutus oleh Allah untuk Bani Israil. Dan baginda diutus untuk menyampaikan khabar gembira tentang kedatangan seorang rasul yang selepasnya bernama Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Allah itu adalah Tuhan, nabi Isa adalah nabi. Tidak mungkin Tuhan menjadi nabi dan nabi Isa menjadi Tuhan. Sedangkan Islam itu percaya kepada rukun iman iaitu beriman kepada ALLAH, beriman kepada malaikat-malaikat, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada hari kiamat, dan beriman kepada Qada dan Qadar. Islam tidak mengatakan bahawa Tuhan itu ada tiga, empat atau lima. Tuhan itu cuma satu, bukan nabi Isa tetapi Allah s.w.t. 2.5 Jesus atau Nabi Isa sebagai Hakim Dalam agama Kristian ada menyatakan bahawa Pengakuan Imam Rasul 19 menerangkan tentang Jesus seperti berikut: “pada hari yang ketiga bangkit pula dari antara orang mati, naik ke syurga, duduk di sebelah kanan Allah, bapa yang Maha kuasa dan akan dari sana untuk menghakimi orang yang hidup dan yang mati”.20 Pengakuan ini menyatakan bahawa Jesus akan muncul lagi untuk meghakimi orang yang hidup dan yang mati. Mengenai kemunculan Jesus tersebut, Dr. R. Soedarmo ada menulis bahawa: “Tuhan Jesus akan datang kembali untuk menghakimi kita. Bilakah? Tidak ada seorang pun yang menjawab pertanyaan tersebut. Mungkin waktu kemunculan itu masih jauh tetapi mungkin juga sudah semakin hamper.oleh kerana itu berjaga-jagalah”.21 18 Muhammad ‘Ataur Rahim, Jesus a Prophet of Islam, hlm. 323 19 Pengakuan Imam Rasul adalah pengakuan yang diterima oleh semua paderi di gereja iaitu mengaku bahawa mempercayai Allah sebagai Tuhan, Jesus sebagai anak Tuhan dan juga roh khudus 20 H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 185 21 Muhammad ‘Ataur Rahim, Jesus a Prophet of Islam, hlm. 325
  • 11. 11 Anggapan ini mempunyai sedikit persamaan tetapi tetap berbeza dalam agama Islam. Nabi Muhammad s.a.w menerangkan bahawa Nabi Isa akan muncul lagi untuk kedua kali sebagai hakim yang adil dan akan menghancurkan salib. Baginda bersabda: Maksudnya: Demi Tuhan yang diriku di tangan-Nya, sesungguhnya hampirlah akan turun pada kamu (Isa) anak Maryam menjadi hakim yang adil. Maka ia akan menghancurkan salib dan ia akan membunuh babi. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Berdasarkan sabda Rasulullah ini jelas bahawa Nabi Isa akan muncul lagi untuk menjadi hakim yang adil. Baginda akan menentukan berbagai-bagai hukuman dia antara manusia dengan berpandukan al-Quran seperti yang telah diterangkan dalam hadis yang lain. Baginda akan menghancurkan salib iaitu agama Kristian kerana agama tersebut telah membawa namanya sedangkan ajarannya jauh menyeleweng dari agama yang telah diajarkan kepada manusia dahulu. Kemudian, baginda akan membunuh nabi iaitu melarang orang memelihara dan memakan babi.22 Persamaan antara agama Islam dan Kristian ialah nabi Isa akan muncul lagi namun perbezaannya ialah bagi Kristian nabi Isa akan menyelamatkan mereka sedangkan bagi Islam nabi Isa akan menghancurkan Kristian. 2.6 Peristiwa Penyaliban Jesus atau Nabi Isa Menurut kitab Injil, Jesus telah disalibkan dan mati di atas kaju salib. Keterangan mengenai pensaliban Jesus dinyatakan berulang kali di dalam kitab Injil. Oleh itu, agama Kristian mengandaikan Jesus mati di atas kaju salib. Menurut kitab perjanjian Lama, orang yang mati tergantung adalah terkutuk. K. Riedel ada menulis bahawa orang Yahudi tidak biasa menyalibkan orang yang dihukum mati, melainkan mereka direjam, lalu digantung pada suatu kaju. Orang yang mati sedemikian dipandang sebagai orang yang dikutuk oleh Allah. Berbeza dalam agama Islam, Jesus atau Nabi Isa sebenarnya tidak disalib. Allah berfirman yang bermaksud: 22 H.M Arsjad Thalib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam, hlm. 195-196
  • 12. 12 "Dan kerana ucapan mereka" 'Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, 'Isa putera Maryam, Rasul Allah' padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan 'Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) 'Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa mereka bunuh itu adalah 'Isa. "tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat 'Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Surah an-Nisa : 157-15823 Ayat ini membuktikan tanpa ditutupi, bahawa semua itu hanya merupakan cerita yang tidak ada sal usulnya. Malah tidak pernah terdapat riwayat sanad yang sahih yang boleh dijadikan sandaran terhadap kisah ini. Kristian menganggap mereka yang mati tergantung di kaju salib iaitu nabi Isa adalah seorang yang mati terkutuk. 24 Namun mereka tetap menyembah dan menganggap nabi Isa adalah salah satu Tuhan dan anak Tuhan. Jika nabi Isa disembah kerana lahir tidak berbapa, cuba anda fikirkan antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Maryam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa bukan Adam yang disembah ? Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. (Surah Al-Imran: 59) 25 23 Abu Husny, Nabi Isa Dalam Pandangan Islam, hlm. 76 24 Ahmad Deedat, Injil Membantah Ketuhanan Yesus, hlm. 28 25 15 Soal Jawab Orang Kafir yang Persoalkan Kebenaran Islam, 2012 http://www.szlihin.com/2012/10/15-soal-jawab-orang-kafir-yang.html
  • 13. 13 3.0 Kesimpulan Walaupun Islam dan Kristian berkongsi nabi yang sama namun terdapat banyak perbezaan antara Jesus dan Nabi Isa termasuklah dalam peristiwa kelahiran, gelaran, kedudukan serta peristiwa penyaliban baginda. Perbezaan antara Jesus dan Nabi Isa bagai langit dan bumi walaupun baginda adalah individu yang sama. Sebagai seorang penganut agama Islam, kita mestilah percaya kepada setiap perkara yang tercatat di dalam al-Quran. Al-Quran telah membuktikan bahawa Nabi Isa adalah seorang nabi dan rasul. Baginda bukan anak Allah seperti yang dipercayai oleh penganut Kristian. Baginda juga masih hidup tetapi telah diangkat ke langit oleh Allah ketika Yahudi merancang membunuh baginda. Malah orang yang disalib seperti yang disembah oleh penganut Kristian pada hari ini sebenarnya bukanlah Nabi Isa. Terdapat tanggapan bahawa individu yang disalib itu adalah pengkhianat yang bersekongkol bersama Yahudi untuk membunuh Nabi Isa namun terdapat juga tanggapan lain bahawa invividu tersebut adalah penyokong Nabi Isa. Pendek kata, Nabi Isa boleh menjadi Jesus tetapi Jesus tidak akan menjadi Nabi Isa. Hal ini bermaksud penganut agama lain khususnya Kristian boleh mempercayai kebenaran tentang nabi Isa seperti yang tercatat dalam al-Quran namun penganut agama Islam tidak boleh mempercayai pembohongan-pembohongan tentang Jesus seperti yag tercatat dalam kitab Injil.
  • 14. 14 4.0 Bibliografi Abu Husny. Nabi Isa Dalam Pandangan Islam. Penerbitan Pustaka Antara: Kuala Lumpur. 1967 Ahmad Deedat. Injil Membantah Ketuhanan Yesus. Syarikat S. Abdul Majeed: Kuala Lumpur. 1991 Ahmad Rafaai Ayudin. Perselisihan Tentang Nabi Isa. Penerbitan Al-Khautsar: Kuala Lumpur. 1994 Endo Shusaku. A Life of Jesus. C.E Tuttle: Tokyo. 1979 H. Hasbullah Bakry. Nabi Isa dalam al-Quran dan Nabi Muhammad dan Bible. Mutiara: Jakarta. 1983 H.M Arsjad Thalib Lubis. Perbandingan Kristen dan Islam. Firma Islamyah Medan: Medan. 1971 Maamiry Ahmed Hamoud. Jesus Christ as Known by Muslims. Lancer Books: New Delhi. 1989 Muhammad ‘Ataur Rahim. Jesus a Prophet of Islam. Perniagaan Jahabersa: Johor. 1999 Nora. Nabi ‘Isa tidak disalib dan Nabi Musa dengan Raja Firaun. Mainor: Singapura. 1968 Perang Salib: Bagaimana Ia Bermula dan Berakhir. 2011 http://www.kembarahadi.com/2013/02/perang-salib-bagaimana-ia-bermula-dan.html Sou’yb Joesoef. Isa Nabi Umat Islam=Jesus Prophet of Islam. Madju: Jakarta. 1984