Topik ini membincangkan tiga model pembelajaran yaitu model tingkah laku, interaksi, dan kognitif yang dibangunkan oleh tokoh-tokoh pendidikan untuk menjelaskan proses pembelajaran kanak-kanak. Model-model ini memberi penekanan kepada persekitaran, interaksi sosial, dan proses kognitif dalam pembelajaran. Topik ini juga menjelaskan aplikasi model-model tersebut dalam pendidikan awal kanak-kanak.
2. Hasil Pembelajaran
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membuat perbandingan antara model tingkah laku, model
interaksi dan model kognitif;
2. Mengenal pasti tokoh-tokoh yang mengasaskan model-model
pembelajaran ini;
3. Membincangkan teori yang berkaitan dengan model
pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak; dan
4. Menjelaskan aplikasi model pembelajaran dalam pendidikan
awal kanak-kanak.
6. Topik ini akan membincangkan model tingkah laku,
model interaksi dan model kognitif.
Model-model ini dibangunkan berdasarkan teori-teori
yang dibentuk oleh tokoh-tokoh pendidikan awal
kanak-kanak.
TEORI PEMBELAJARAN
7. MODEL TINGKAH LAKU
● Model tingkah laku dikenali sebagai model behavioris
● Model ini memberi penekanan bahawa pembelajaran adalah
berkaitan dengan perubahan tingkah laku yang dibentuk oleh
unsur persekitaran.
● Rangsangan dan gerak balas berkait rapat dengan perubahan
tingkah laku.
● Perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan
menggunakan motivasi yang sesuai. Penggunaan ganjaran,
intensif dan peneguhan dijadikan sebagai dorongan dalam proses
pembentukan tingkah laku
9. Cikgu Radziah menggunakan lagu Mari Berkemas untuk
diperdengarkan kepada kanak-kanak sebagai isyarat tamat
tempoh sesuatu aktiviti. Pada peringkat awal pembelajaran,
Cikgu Radziah memperkenalkan lagu tersebut dengan
memberi arahan apa yang sepatutnya dilakukan oleh
murid-murid. Setelah kanak-kanak biasa mendengar lagu
yang dimainkan oleh Cikgu Radziah, mereka akan terus
mengemas dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Lagu itu
telah menjadi rangsangan dan berlakunya gerak balas yang
menjadi amalan.
11. Law of Learning
Edward Thorndike developed the first three laws of
learning: readiness, exercise, and effect. He set also
the law of effect which means that any behavior that is
followed by pleasant consequences is likely to be
repeated, and any behavior followed by unpleasant
consequences is likely to be avoided
12.
13.
14. Aplikasi
Cikgu Halim sedang memerhati seorang murid yang sedang mencuba
memadankan bentuk-bentuk untuk disesuaikan dengan ruang. Pada
awalnya, murid ini telah mencuba dengan berbagai cara berkali-kali.
Akhirnya, murid itu berjaya memadankan kesemua bentuk-bentuk
dengan padanan yang tepat. Cikgu Halim melihat murid itu merasa
gembira dan mencuba sekali lagi. Murid itu dapat melakukannya
dengan membuat beberapa kesilapan. Sekali lagi murid itu mencuba
memadankan dan kali ini murid itu berjaya melakukannya dalam masa
yang singkat. Perlakuan murid ini menunjukkan perlakuan yang
dilakukan berulang-ulang akan lebih memudahkan pelajar
tersebut membuat padanan bentuk-bentuk untuk kali yang
seterusnya sehingga berjaya.