SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
KERTAS MAKLUMAN
(MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGOPERASIAN KKQ PADA 7-9.12.2011
DI HOTEL DE PALMA AMPANG)
PANDUAN PELAKSANAAN KELAS KHAS KEMAHIRAN
MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ)
1. PENDAHULUAN
1.1 Satu daripada keunikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran
Agama (KAA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi ( SBPI ) , Sekolah Menengah Agama Persekutuan ( SMAP ) dan Kolej Islam Sultan
Alam Shah ( KISAS ) ialah wujudnya Kelas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran
(KKQ).
1.2 Program KKQ memperkasakan penguasaan kemahiran al-Quran di kalangan murid-murid
yang mengikuti kelas berkenaan dari aspek kemahiran Taranum, Hafazan, Tajwid ,Ulum Al-
Quran, Rasm Uthmani dan Qiraat Al-Sab’ie.
1.3 Sekolah - sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan KKQ perlu mematuhi garis panduan
yang seragam bagi memudahkan pencapaian objektif program berkenaan. (Rujuk lampiran
sekolah-sekolah yang melaksanakan KKQ)
1.4 Panduan pelaksanaan kelas KKQ ini menjelaskan perkara - perkara penting yang perlu
dimaklumi dan dipatuhi. Ini merangkumi objektif dan matlamat panduan, rasional, latar
belakang, status kelas kemahiran al-Quran, peperiksaan dan persijilan, jadual waktu, peranan
dan tanggungjawab guru KKQ dan penutup.
2 OBJEKTIF DAN MATLAMAT PANDUAN
2.1 Kertas ini bertujuan menjelaskan peraturan dan panduan berhubung dengan pelaksanaan
Kelas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ).
2.2 Membuat penjelasan tugas guru KKQ di sekolah - sekolah yang melaksanakan KKQ.
1
2.3 Memberi panduan kepada pentadbir mengambil faedah daripada penempatan guru KKQ di
sekolah masing - masing.
3 RASIONAL
3.1 Pekeliling dan surat edaran berkenaan dengan KKQ yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran telah diedarkan kepada pihak sekolah seperti pekeliling
KP(BPPP)Sulit/03/9JPP/M(87) serta MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia KP(PP)0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002. Kertas
panduan ini hanya membuat penegasan semula terhadap perkara tersebut.
3.2 Kurikulum KKQ turut menerima perubahan selaras dengan semakan semula kurikulum
Pendidikan Islam teras dan elektif. Perubahan itu perlu dijelaskan bagi memastikan
keselarasan kelas berkenaan.
3.3 Arahan dan panduan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah perlu bagi
menjelaskan beberapa aspek berkaitan pelaksanaan KKQ di sekolah - sekolah tertentu.
4 LATAR BELAKANG
4.1 Kelas Khas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah dilaksanakan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986 hingga sekarang.
4.2 Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran
(JPP) pada tahun 1985.
4.3 Kelas Khas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) adalah merupakan salah
satu daripada aktiviti kokurikulum. Berdasarkan pekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9JPP/M(87)
kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah yang telah dinyatakan di atas.
2
4.4 Jawatan guru KKQ telah diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002
berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia
KP(PP)0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002.
4.5 Bahagian Pendidikan Islam (BPI) (dahulu dikenali JAPIM) dari semasa ke semasa sentiasa
mengadakan kursus - kursus khas kepada guru - guru yang mengajar KKQ bagi menambah
atau melengkapkan guru - guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
berkaitan.
5 PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN
5.1 STATUS KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QURAN
5.1.1 Kelas Kemahiran al-Quran adalah salah satu kegiatan kokurikulum. Namun begitu ia
wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut
sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
5.1.2 Oleh kerana statusnya sebagai kegiatan kokurikulum, maka proses pembelajarannya
dilaksanakan di luar jadual waktu rasmi. Bagi murid sesi pagi , kelas KKQ hendaklah
dilaksanakan pada sebelah petang sementara bagi murid sesi petang kelas KKQ
hendaklah dilaksanakan pada sebelah pagi. Namun begitu ia menjadi tugas rasmi
bagi guru dan pihak sekolah hendaklah meletakkan jadual kelas KKQ dalam jadual
induk sekolah.
5.1.3 Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah untuk menyusun jadual yang
membolehkan guru yang terbabit datang lewat kerana mereka terpaksa pulang lebih
lewat berbanding dengan guru-guru lain, begitu juga sebaliknya.
3
5.1.4 Pihak sekolah hendaklah mewujudkan kelab atau persatuan Kemahiran Membaca
Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) yang dianggotai oleh guru dan pelajar-pelajar
KKQ. Pelajar yang terbabit dalam kelas ini hendaklah dianggap telah mengikuti salah
satu daripada kegiatan kokurikulum yang diwajibkan dan kehadiran mereka dalam
kelas ini hendaklah diambil kira ketika memberi markah dalam kegiatan kokurikulum.
5.1.5 Sekiranya pihak sekolah tidak dapat mewujudkan kelab atau persatuan KKQ, program
KKQ ini dicadangkan supaya diletakkan di bawah Persatuan Agama Islam sekolah
sebagai salah satu dari aktiviti persatuan tersebut. Ini bermakna pelajar KKQ
diwajibkan mendaftar sebagai ahli Persatuan Agama Islam sekolah, begitu juga dengan
guru KKQ, hendak dilantik sebagai salah seorang guru penasihat Persatuan Agama
Islam sekolah. Ahli dan guru penasihat persatuan ini akan dibahagikan kepada dua
kumpulan sewaktu aktiviti ko-akademik dijalankan. Kumpulan pelajar dan guru KKQ
menjalani program KKQ manakala kumpulan pelajar lain menjalankan aktiviti yang
telah ditetapkan oleh Persatuan Agama Islam seperti biasa.
5.1.6 Guru yang mengajar kelas tersebut secara khusus juga tidak diberi jawatan - jawatan
berat seperti ketua panitia, setiausaha pentadbiran sekolah, guru penyelaras sesuatu
bidang, ketua rumah sukan, guru tingkatan, dan seumpamanya. Ini bagi membolehkan
guru terbabit memberi tumpuan yang sepenuhnya supaya kelas berkenaan dapat
berjalan dengan baik serta menjalankan aktiviti pemulihan al-Quran, budaya al-
Quran dan segala aktiviti berkaitan al-Quran. Namun begitu, ianya terletak kepada
budi bicara pentadbiran sekolah untuk melantik guru-guru tersebut sebarang jawatan
di atas dasar keperluan sekolah.
5.1.7 Pentadbir sekolah juga diharap dapat membantu usaha-usaha menambah
bahan - bahan bantuan mengajar yang diperlukan serta memastikan kelas berkenaan
berjalan dengan baik.
5.2 PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN
5.2.1 Setiap murid yang mengikuti kelas ini adalah layak untuk mendaftar sebagai calon bagi
peperiksaan khas yang akan dilaksanakan semasa di tingkatan tiga dan juga
tingkatan lima.
4
5.2.2 Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan)
meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab’ie.
Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran
Malaysia.
5.2.3 Peperiksaan lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan
yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru
berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada kementerian untuk disatukan
dengan markah peperiksaan objektif.
5.2.4 Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak seluruh negara. Skrip jawapan calon
akan dihantar kepada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk diperiksa dan diberi markah.
5.2.5 Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang
ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam yang merupakan Pengerusi
Jawatankuasa Khas Kelas Khas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran.
Kejayaan mereka ini diiktiraf sebagai menyertai aktiviti kokurikulum Peringkat
Kebangsaan dengan memperolehi 17 markah.
5.3 JADUAL WAKTU
5.3.1 Antara isu yang sering timbul berhubung dengan kelas KKQ ialah jadual waktu kelas.
Hal ini perlu diberi perhatian supaya kelas tersebut dapat berjalan dengan lebih
teratur.
5.3.2 Jika berlaku pertembungan dengan aktiviti lain seperti sukan, kelas tambahan dan
seumpamanya, keutamaan hendaklah diberikan kepada kelas KKQ.
5.3.3 Jadual untuk kelas KKQ hendaklah disusun dengan baik dan bersifat fleksibel. Jadual
yang diperuntukkan untuk kelas ini adalah tiga jam seminggu iaitu 180 minit bagi
setiap tingkatan seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan
Pelajaran (JPP).
5.3.4 Guru KKQ yang mengajar di sekolah yang hanya mempunyai pelajar KAA tingkatan 1
sehingga tingkatan 3, wajib mengajar kelas ini selama 9 jam atau 540 minit
seminggu iaitu menyamai 13.5 masa mengajar seminggu. Baki dari jumlah masa
mengajar tersebut hendaklah guru KKQ mewujudkan kelas-kelas/program
pemulihan al-Quran bagi semua tingkatan di pelbagai aliran dan dimasukkan dalam
5
jadual rasmi guru mengajar. Jika sekiranya terdapat lagi lebihan masa, bolehlah diarah
guru tersebut membantu mengajar subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
5.3.5 Bagi guru KKQ yang mengajar di SMKA dan sekolah-sekolah yang mewujudkan kelas
KAA sehingga tingkatan 5, wajib mengajar kelas ini selama 15 jam atau 900 minit
seminggu iaitu menyamai 22.5 masa mengajar seminggu. Baki dari jumlah masa
tersebut (6 hingga 8 masa) hendaklah diwujudkan juga kelas-kelas pemulihan al-
Quran.
5.3.6 Pihak sekolah hendaklah menetapkan semua waktu kelas termasuklah kelas
pemulihan tersebut diluar jadual waktu rasmi sama ada pada waktu pagi bagi pelajar
sesi petang dan waktu petang bagi pelajar sesi pagi. Namun ia menjadi tugas rasmi
bagi guru berkenaan, Begitu juga jadual mereka adalah rasmi dan termasuk dalam
jadual induk sekolah.
5.3.7 Berikut ini dicadangkan beberapa contoh jadual perlaksanaan kelas berkenaan bagi
Kelas Aliran Agama (KAA) mengikut kesesuaian sekolah :
5.3.8.1 Jadual bagi Tingkatan 1,2 dan 3 – Kelas dilaksanakan waktu petang
5.3.8.2 Jadual Sesi Petang (Tingkatan 1 dan 2) – Kelas dilaksanakan waktu pagi
6
Hari /
Masa
2.30 – 3.00
Petang
3.00 – 3.30
Petang
3.30 – 4.00
Petang
4.00 – 4.30
Petang
Isnin
TINGKATAN SATU
Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Hafazan
Selasa
TINGKATAN DUA
Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Hafazan
Rabu
TINGKATAN TIGA
Taranum
Khamis
TINGKATAN TIGA
Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Hafazan
Jumaat TINGKATAN SATU TINGKATAN DUA
Taranum Taranum
5.3.8.3 Jadual bagi Tingkatan 1,2, 3, 4 dan 5 – Kelas dilaksanakan waktu petang
* Waktu K
* Se
• Sekiranya kelas tasmik tidak dapat dijalankan pada hari tersebut, kelas
tasmik ditunda ke masa yang sesuai
7
Hari /
Masa
10.00 – 10.30
Pagi
10.30 – 11.00
Pagi
11.00 – 11.30
Pagi
11.30 – 12.00
Pagi
Isnin
TINGKATAN SATU
Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Hafazan
Selasa
TINGKATAN DUA
Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Hafazan
Rabu
*KOKURIKULUM (AKADEMIK) - TINGKATAN SATU & DUA
Taranum Rasm
Khamis
TINGKATAN 1 & 2
Taranum Rasm
Hari /
Masa
2.30 pm – 5.30 pm / 3.30 pm – 6.30 pm
Isnin
TINGKATAN SATU
Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Taranum
Hafazan /
Tasmik*
Selasa
TINGKATAN DUA
Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Taranum
Hafazan /
Tasmik*
Rabu
TINGKATAN TIGA
Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Taranum
Hafazan /
Tasmik*
Khamis
TINGKATAN EMPAT
Tajwid Qiraat Taranum
Hafazan /
Tasmik*
Jumaat TINGKATAN LIMA
Rasm Qiraat Taranum
Hafazan /
Tasmik*
• Kokurikulum (Akademik) Kelab dan Persatuan tidak dijalankan pada setiap
minggu, tetapi mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
(12 kali pertemuan setahun)
5.4 STATUS MURID
5.4.1 Adalah dicadangkan supaya bilangan murid dalam sebuah kelas tidak melebihi 20
orang. Ini bagi membolehkan guru memberi tumpuan kepada tiap-tiap murid secara
individu dan latih tubi .
5.4.2 Murid hendaklah dipilih dari kalangan meraka yang benar-benar memenuhi ciri-ciri
kelayakan memasuki kelas tersebut kerana kandungan sukatan pelajaran dalam mata
pelajaran ini adalah tinggi antaranya adalah :
5.4.2.1 Baik dan lancar membaca al-Quran
5.4.2.2 Pernah mewakili sekolah di dalam Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ)
5.4.2.3 Mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang Al-Quran.
5.4.2.4 Lulus ujian tapisan atau temuduga yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
5.5 PENGURUSAN PANITIA
5.5.1 Walaupun bilangan Guru KKQ hanya seorang bagi sesebuah sekolah, Panitia KKQ
hendaklah juga diwujudkan.
8
5.5.2 Panitia KKQ juga boleh bernaung di bawah Panitia Pendidikan Islam dengan cara
memasukkan KKQ dalam agenda mesyuarat.
5.5.3 Antara item yang boleh dimasukkan dalam Fail Panitia ialah;
5.5.3.1 Biodata Guru
5.5.3.2 Jadual Waktu
5.5.3.3 Sukatan Pelajaran
5.5.3.4 Huraian Sukatan Pelajaran
5.5.3.5 Senarai Buku - Buku Rujukan
5.5.3.6 Minit Mesyuarat
5.5.3.7 Senarai Murid
5.5.3.8 Pendaftaran Peperiksaan
5.5.3.9 Contoh - contoh soalan
5.5.3.10 Markah peperiksaan (syafawi)
5.5.3.11 Salinan Keputusan Peperiksaan
5.5.3.12 Surat-surat dari KPM, JPN, PPD dan sekolah
5.5.4 Bermula tahun 2012, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengoperasian KKQ
pada 7-9.12.2011 di Hotel De Palma Ampang telah menetapkan panduan pengurusan
dokumen panitia KKQ yang seragam untuk semua sekolah. Pengurusan sistem fail
KKQ dikehendaki mengikut panduan yang telah ditetapkan iaitu dengan menyediakan
fail-fail berikut :
5.5.4.1 Fail Induk - ( surat menyurat dan minit mesyuarat )
5.5.4.2 Sukatan Pelajaran - ( sukatan pelajaran, huraian sukatan rancangan
pembelajaran tahunan, senarai buku rujukan guru/murid, Standard Akademik )
5.5.4.3 Program Kecemerlangan - ( perancangan program, pelaksanaan dan
laporan program )
5.5.4.4 Pentaksiran dan Penilaian - ( analisis peperiksaan awam dan sekolah,
analisis pencapaian mata pelajaran dalam peperiksaan awam dan sekolah,
headcount, postmortem )
9
5.5.4.5 Penyeliaan - ( jadual penyeliaan, laporan penyeliaan P & P oleh pemerhati,
tindak ikut pencerapan )
5.5.4.6 Pemeriksaan Buku Rampaian - ( jadual pemeriksaan buku rampaian,
laporan pemeriksaan buku rampaian / buku kerja / buku nota )
5.5.4.7 Maklumat Guru Mata Pelajaran - ( maklumat peribadi guru, jadual waktu
mengajar guru, carta organisasi panitia )

5.6 STATUS GURU AL-QURAN
5.6.1 Guru al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada SMKA, SABK dan sekolah
menengah harian biasa yang mempunyai KAA. Di antara tugas dan tanggungjawab
guru al-Quran ialah :
5.6.1.1 Guru al-Quran yang dilantik diminta melaksanakan kelas KKQ.
5.6.1.2 Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan
al-Quran seperti kelas pemulihan, program budaya al-Quran, Majlis Tilawah
Al-Quran (MTQ) dan sebagainya.
5.6.1.3 Mereka boleh (dengan budi bicara) diminta mengajar mata pelajaran lain
seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat
kekosongan dalam jadual mereka (kurang 28 hingga 30 masa seminggu)
5.6.1.4 Membimbing murid - murid membaca al-Quran.
5.6.1.5 Menanam minat murid dan warga sekolah kepada al-Quran sehingga
terbentuk masyarakat celik al-Quran.
5.6.1.6 Bertanggungjawab membasmi buta al-Quran dikalangan murid.
5.6.1.7 Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan al-Quran dan aspek
kemahiran al-Quran.
10
5.6.1.8 Mematuhi arahan pengetua sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan
dari semasa ke semasa.
6 HARAPAN
6.1 Bilangan sekolah dan murid yang mengikuti kelas ini bertambah dari semasa ke semasa. Ini
bererti peranan dan tanggungjawab kita semakin bertambah.
6.2 Oleh yang demikian peranan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan
sekolah sangat penting dalam memastikan perjalanan kelas ini di negeri, daerah dan sekolah
masing-masing dengan membuat penyeliaan dan pemantauan yang berterusan sekurang-
kurangnya dua bulan sekali (surat edaran Bahagian Pendidikan Islam Bilangan
K.P.5206/3/38Jld 5 (76) bertarikh 28 September 1993).
6.3 Pihak sekolah juga patut berusaha khususnya dalam menjaga kebajikan mereka yang
terlibat dengan KKQ. Antara kebajikan yang boleh diberikan ialah menyediakan sebuah bilik
darjah khas kepada kelas tersebut. Perkara ini telah pun dilaksanakan di beberapa buah
sekolah.
7 PENUTUP
Adalah diharapkan agar kertas makluman ini, dapat dijadikan panduan kepada pegawai-pegawai
pelajaran negeri dan daerah, serta pihak pentadbir sekolah yang melaksanakan Kelas Aliran
Agama (KAA) agar program KKQ ini dapat dilaksanakan dan dijalankan dengan baik dan teratur
supaya matlamat memperkasakan penguasaan kemahiran al-Quran di kalangan pelajar tercapai.
11

More Related Content

What's hot

Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia kebahagiaanaisyah
 
Buku Panduan Peraturan Pertandingan
Buku Panduan Peraturan PertandinganBuku Panduan Peraturan Pertandingan
Buku Panduan Peraturan Pertandingansrjb
 
Bidang tugas guru penasihat kelab
Bidang tugas guru penasihat kelabBidang tugas guru penasihat kelab
Bidang tugas guru penasihat kelabelina85
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
Carta organisasi kpm
Carta organisasi kpmCarta organisasi kpm
Carta organisasi kpmti ti
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)naassyura
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 
Laporan kem bestari solat 2014 siri 2
Laporan kem bestari solat 2014 siri 2Laporan kem bestari solat 2014 siri 2
Laporan kem bestari solat 2014 siri 2atiza860726
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Noor Aziah Mamat
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdekamzaidin
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran nasuha792
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 

What's hot (20)

Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
 
Buku Panduan Peraturan Pertandingan
Buku Panduan Peraturan PertandinganBuku Panduan Peraturan Pertandingan
Buku Panduan Peraturan Pertandingan
 
Kursus sembelihan
Kursus sembelihanKursus sembelihan
Kursus sembelihan
 
Bidang tugas guru penasihat kelab
Bidang tugas guru penasihat kelabBidang tugas guru penasihat kelab
Bidang tugas guru penasihat kelab
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
Solat
SolatSolat
Solat
 
Carta organisasi kpm
Carta organisasi kpmCarta organisasi kpm
Carta organisasi kpm
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdfDASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
 
Laporan kem bestari solat 2014 siri 2
Laporan kem bestari solat 2014 siri 2Laporan kem bestari solat 2014 siri 2
Laporan kem bestari solat 2014 siri 2
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Laporan aktiviti mingguan ppim
Laporan  aktiviti mingguan  ppimLaporan  aktiviti mingguan  ppim
Laporan aktiviti mingguan ppim
 

Viewers also liked

Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran
Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quranSorotan penubuhan kelas kemahiran al quran
Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quranThariq Ziyad
 
S P P K 28 Feb K P P M U P S I
S P P K 28  Feb  K P P M  U P S IS P P K 28  Feb  K P P M  U P S I
S P P K 28 Feb K P P M U P S IHamsiah Dahalan
 
Format laporan mingguan
Format laporan mingguanFormat laporan mingguan
Format laporan mingguanMan Akmal
 
Permainan tradisional dan kertas kerja permainan kabaddi
Permainan tradisional dan kertas kerja permainan kabaddiPermainan tradisional dan kertas kerja permainan kabaddi
Permainan tradisional dan kertas kerja permainan kabaddiyankie03
 
C:\Documents And Settings\User\Desktop\Rp Ladang Sayuran
C:\Documents And Settings\User\Desktop\Rp Ladang SayuranC:\Documents And Settings\User\Desktop\Rp Ladang Sayuran
C:\Documents And Settings\User\Desktop\Rp Ladang SayuranRidzaludin
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganfairyzan
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerjasuju2403
 

Viewers also liked (8)

Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran
Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quranSorotan penubuhan kelas kemahiran al quran
Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran
 
S P P K 28 Feb K P P M U P S I
S P P K 28  Feb  K P P M  U P S IS P P K 28  Feb  K P P M  U P S I
S P P K 28 Feb K P P M U P S I
 
Format laporan mingguan
Format laporan mingguanFormat laporan mingguan
Format laporan mingguan
 
Permainan tradisional dan kertas kerja permainan kabaddi
Permainan tradisional dan kertas kerja permainan kabaddiPermainan tradisional dan kertas kerja permainan kabaddi
Permainan tradisional dan kertas kerja permainan kabaddi
 
C:\Documents And Settings\User\Desktop\Rp Ladang Sayuran
C:\Documents And Settings\User\Desktop\Rp Ladang SayuranC:\Documents And Settings\User\Desktop\Rp Ladang Sayuran
C:\Documents And Settings\User\Desktop\Rp Ladang Sayuran
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 

Similar to Garis panduan pelaksanaan-kkq_2012

Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuKetetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuAbu Bakar Sani
 
Fail meja ketua panitia pjk
Fail meja ketua panitia pjkFail meja ketua panitia pjk
Fail meja ketua panitia pjkshahida sani
 
Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13
Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13
Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13pitkien
 
Fail meja ketua panitia pjpk
Fail meja ketua panitia pjpkFail meja ketua panitia pjpk
Fail meja ketua panitia pjpkAnuar Abang
 
Ps panitia pai 2014 sk kalumpang
Ps panitia pai 2014 sk kalumpangPs panitia pai 2014 sk kalumpang
Ps panitia pai 2014 sk kalumpangsk410klpg
 
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahPengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahcikqil
 
PROGRAM_j_QAF_MEMPERKASAKAN_PENDIDIKAN_I.pdf
PROGRAM_j_QAF_MEMPERKASAKAN_PENDIDIKAN_I.pdfPROGRAM_j_QAF_MEMPERKASAKAN_PENDIDIKAN_I.pdf
PROGRAM_j_QAF_MEMPERKASAKAN_PENDIDIKAN_I.pdfNORAZIRABINTIMHDNORM
 
Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4Pak Tih Sbk
 
3.manual pentaksiran pafa sek rendah
3.manual pentaksiran pafa sek rendah3.manual pentaksiran pafa sek rendah
3.manual pentaksiran pafa sek rendahIPGM_KDRI
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asligemilangfaudzi
 
dokumen.tips_kem-bestari-solat-56574e3cb38cd.ppt
dokumen.tips_kem-bestari-solat-56574e3cb38cd.pptdokumen.tips_kem-bestari-solat-56574e3cb38cd.ppt
dokumen.tips_kem-bestari-solat-56574e3cb38cd.pptSyukSpecialEdition
 
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxBUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxInaAwatifAwalina
 
Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khas
Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khasGaris panduan pelaksanaan program pendidikan khas
Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khasKamarudin Kudong
 
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Mokhzani Fadir
 
Penting buka-kelas-pemulihan
Penting buka-kelas-pemulihanPenting buka-kelas-pemulihan
Penting buka-kelas-pemulihanAmirul Naim
 

Similar to Garis panduan pelaksanaan-kkq_2012 (20)

Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuKetetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
 
Fail meja ketua panitia pjk
Fail meja ketua panitia pjkFail meja ketua panitia pjk
Fail meja ketua panitia pjk
 
Fail Meja Ketua Panitia TMK
Fail Meja Ketua Panitia TMKFail Meja Ketua Panitia TMK
Fail Meja Ketua Panitia TMK
 
Failmejakp
FailmejakpFailmejakp
Failmejakp
 
Fail meja-ketua-panitia
Fail meja-ketua-panitiaFail meja-ketua-panitia
Fail meja-ketua-panitia
 
Fail meja ketua panitia
Fail meja ketua panitiaFail meja ketua panitia
Fail meja ketua panitia
 
Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13
Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13
Garis panduan-program-pemulihan-khas-terkini-25-2-13
 
Fail meja ketua panitia pjpk
Fail meja ketua panitia pjpkFail meja ketua panitia pjpk
Fail meja ketua panitia pjpk
 
Ps panitia pai 2014 sk kalumpang
Ps panitia pai 2014 sk kalumpangPs panitia pai 2014 sk kalumpang
Ps panitia pai 2014 sk kalumpang
 
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahPengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
 
PROGRAM_j_QAF_MEMPERKASAKAN_PENDIDIKAN_I.pdf
PROGRAM_j_QAF_MEMPERKASAKAN_PENDIDIKAN_I.pdfPROGRAM_j_QAF_MEMPERKASAKAN_PENDIDIKAN_I.pdf
PROGRAM_j_QAF_MEMPERKASAKAN_PENDIDIKAN_I.pdf
 
Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4
 
3.manual pentaksiran pafa sek rendah
3.manual pentaksiran pafa sek rendah3.manual pentaksiran pafa sek rendah
3.manual pentaksiran pafa sek rendah
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asli
 
dokumen.tips_kem-bestari-solat-56574e3cb38cd.ppt
dokumen.tips_kem-bestari-solat-56574e3cb38cd.pptdokumen.tips_kem-bestari-solat-56574e3cb38cd.ppt
dokumen.tips_kem-bestari-solat-56574e3cb38cd.ppt
 
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxBUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
 
Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khas
Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khasGaris panduan pelaksanaan program pendidikan khas
Garis panduan pelaksanaan program pendidikan khas
 
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
 
Penting buka-kelas-pemulihan
Penting buka-kelas-pemulihanPenting buka-kelas-pemulihan
Penting buka-kelas-pemulihan
 
Modul peralihan
Modul peralihanModul peralihan
Modul peralihan
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 

Recently uploaded (11)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 

Garis panduan pelaksanaan-kkq_2012

  • 1. KERTAS MAKLUMAN (MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGOPERASIAN KKQ PADA 7-9.12.2011 DI HOTEL DE PALMA AMPANG) PANDUAN PELAKSANAAN KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ) 1. PENDAHULUAN 1.1 Satu daripada keunikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi ( SBPI ) , Sekolah Menengah Agama Persekutuan ( SMAP ) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ) ialah wujudnya Kelas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ). 1.2 Program KKQ memperkasakan penguasaan kemahiran al-Quran di kalangan murid-murid yang mengikuti kelas berkenaan dari aspek kemahiran Taranum, Hafazan, Tajwid ,Ulum Al- Quran, Rasm Uthmani dan Qiraat Al-Sab’ie. 1.3 Sekolah - sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan KKQ perlu mematuhi garis panduan yang seragam bagi memudahkan pencapaian objektif program berkenaan. (Rujuk lampiran sekolah-sekolah yang melaksanakan KKQ) 1.4 Panduan pelaksanaan kelas KKQ ini menjelaskan perkara - perkara penting yang perlu dimaklumi dan dipatuhi. Ini merangkumi objektif dan matlamat panduan, rasional, latar belakang, status kelas kemahiran al-Quran, peperiksaan dan persijilan, jadual waktu, peranan dan tanggungjawab guru KKQ dan penutup. 2 OBJEKTIF DAN MATLAMAT PANDUAN 2.1 Kertas ini bertujuan menjelaskan peraturan dan panduan berhubung dengan pelaksanaan Kelas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ). 2.2 Membuat penjelasan tugas guru KKQ di sekolah - sekolah yang melaksanakan KKQ. 1
  • 2. 2.3 Memberi panduan kepada pentadbir mengambil faedah daripada penempatan guru KKQ di sekolah masing - masing. 3 RASIONAL 3.1 Pekeliling dan surat edaran berkenaan dengan KKQ yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran telah diedarkan kepada pihak sekolah seperti pekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9JPP/M(87) serta MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia KP(PP)0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002. Kertas panduan ini hanya membuat penegasan semula terhadap perkara tersebut. 3.2 Kurikulum KKQ turut menerima perubahan selaras dengan semakan semula kurikulum Pendidikan Islam teras dan elektif. Perubahan itu perlu dijelaskan bagi memastikan keselarasan kelas berkenaan. 3.3 Arahan dan panduan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah perlu bagi menjelaskan beberapa aspek berkaitan pelaksanaan KKQ di sekolah - sekolah tertentu. 4 LATAR BELAKANG 4.1 Kelas Khas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986 hingga sekarang. 4.2 Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985. 4.3 Kelas Khas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) adalah merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum. Berdasarkan pekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9JPP/M(87) kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah yang telah dinyatakan di atas. 2
  • 3. 4.4 Jawatan guru KKQ telah diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia KP(PP)0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002. 4.5 Bahagian Pendidikan Islam (BPI) (dahulu dikenali JAPIM) dari semasa ke semasa sentiasa mengadakan kursus - kursus khas kepada guru - guru yang mengajar KKQ bagi menambah atau melengkapkan guru - guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan. 5 PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN 5.1 STATUS KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QURAN 5.1.1 Kelas Kemahiran al-Quran adalah salah satu kegiatan kokurikulum. Namun begitu ia wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. 5.1.2 Oleh kerana statusnya sebagai kegiatan kokurikulum, maka proses pembelajarannya dilaksanakan di luar jadual waktu rasmi. Bagi murid sesi pagi , kelas KKQ hendaklah dilaksanakan pada sebelah petang sementara bagi murid sesi petang kelas KKQ hendaklah dilaksanakan pada sebelah pagi. Namun begitu ia menjadi tugas rasmi bagi guru dan pihak sekolah hendaklah meletakkan jadual kelas KKQ dalam jadual induk sekolah. 5.1.3 Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah untuk menyusun jadual yang membolehkan guru yang terbabit datang lewat kerana mereka terpaksa pulang lebih lewat berbanding dengan guru-guru lain, begitu juga sebaliknya. 3
  • 4. 5.1.4 Pihak sekolah hendaklah mewujudkan kelab atau persatuan Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) yang dianggotai oleh guru dan pelajar-pelajar KKQ. Pelajar yang terbabit dalam kelas ini hendaklah dianggap telah mengikuti salah satu daripada kegiatan kokurikulum yang diwajibkan dan kehadiran mereka dalam kelas ini hendaklah diambil kira ketika memberi markah dalam kegiatan kokurikulum. 5.1.5 Sekiranya pihak sekolah tidak dapat mewujudkan kelab atau persatuan KKQ, program KKQ ini dicadangkan supaya diletakkan di bawah Persatuan Agama Islam sekolah sebagai salah satu dari aktiviti persatuan tersebut. Ini bermakna pelajar KKQ diwajibkan mendaftar sebagai ahli Persatuan Agama Islam sekolah, begitu juga dengan guru KKQ, hendak dilantik sebagai salah seorang guru penasihat Persatuan Agama Islam sekolah. Ahli dan guru penasihat persatuan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan sewaktu aktiviti ko-akademik dijalankan. Kumpulan pelajar dan guru KKQ menjalani program KKQ manakala kumpulan pelajar lain menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan oleh Persatuan Agama Islam seperti biasa. 5.1.6 Guru yang mengajar kelas tersebut secara khusus juga tidak diberi jawatan - jawatan berat seperti ketua panitia, setiausaha pentadbiran sekolah, guru penyelaras sesuatu bidang, ketua rumah sukan, guru tingkatan, dan seumpamanya. Ini bagi membolehkan guru terbabit memberi tumpuan yang sepenuhnya supaya kelas berkenaan dapat berjalan dengan baik serta menjalankan aktiviti pemulihan al-Quran, budaya al- Quran dan segala aktiviti berkaitan al-Quran. Namun begitu, ianya terletak kepada budi bicara pentadbiran sekolah untuk melantik guru-guru tersebut sebarang jawatan di atas dasar keperluan sekolah. 5.1.7 Pentadbir sekolah juga diharap dapat membantu usaha-usaha menambah bahan - bahan bantuan mengajar yang diperlukan serta memastikan kelas berkenaan berjalan dengan baik. 5.2 PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN 5.2.1 Setiap murid yang mengikuti kelas ini adalah layak untuk mendaftar sebagai calon bagi peperiksaan khas yang akan dilaksanakan semasa di tingkatan tiga dan juga tingkatan lima. 4
  • 5. 5.2.2 Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab’ie. Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia. 5.2.3 Peperiksaan lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif. 5.2.4 Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak seluruh negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah. 5.2.5 Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas Khas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran. Kejayaan mereka ini diiktiraf sebagai menyertai aktiviti kokurikulum Peringkat Kebangsaan dengan memperolehi 17 markah. 5.3 JADUAL WAKTU 5.3.1 Antara isu yang sering timbul berhubung dengan kelas KKQ ialah jadual waktu kelas. Hal ini perlu diberi perhatian supaya kelas tersebut dapat berjalan dengan lebih teratur. 5.3.2 Jika berlaku pertembungan dengan aktiviti lain seperti sukan, kelas tambahan dan seumpamanya, keutamaan hendaklah diberikan kepada kelas KKQ. 5.3.3 Jadual untuk kelas KKQ hendaklah disusun dengan baik dan bersifat fleksibel. Jadual yang diperuntukkan untuk kelas ini adalah tiga jam seminggu iaitu 180 minit bagi setiap tingkatan seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP). 5.3.4 Guru KKQ yang mengajar di sekolah yang hanya mempunyai pelajar KAA tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, wajib mengajar kelas ini selama 9 jam atau 540 minit seminggu iaitu menyamai 13.5 masa mengajar seminggu. Baki dari jumlah masa mengajar tersebut hendaklah guru KKQ mewujudkan kelas-kelas/program pemulihan al-Quran bagi semua tingkatan di pelbagai aliran dan dimasukkan dalam 5
  • 6. jadual rasmi guru mengajar. Jika sekiranya terdapat lagi lebihan masa, bolehlah diarah guru tersebut membantu mengajar subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. 5.3.5 Bagi guru KKQ yang mengajar di SMKA dan sekolah-sekolah yang mewujudkan kelas KAA sehingga tingkatan 5, wajib mengajar kelas ini selama 15 jam atau 900 minit seminggu iaitu menyamai 22.5 masa mengajar seminggu. Baki dari jumlah masa tersebut (6 hingga 8 masa) hendaklah diwujudkan juga kelas-kelas pemulihan al- Quran. 5.3.6 Pihak sekolah hendaklah menetapkan semua waktu kelas termasuklah kelas pemulihan tersebut diluar jadual waktu rasmi sama ada pada waktu pagi bagi pelajar sesi petang dan waktu petang bagi pelajar sesi pagi. Namun ia menjadi tugas rasmi bagi guru berkenaan, Begitu juga jadual mereka adalah rasmi dan termasuk dalam jadual induk sekolah. 5.3.7 Berikut ini dicadangkan beberapa contoh jadual perlaksanaan kelas berkenaan bagi Kelas Aliran Agama (KAA) mengikut kesesuaian sekolah : 5.3.8.1 Jadual bagi Tingkatan 1,2 dan 3 – Kelas dilaksanakan waktu petang 5.3.8.2 Jadual Sesi Petang (Tingkatan 1 dan 2) – Kelas dilaksanakan waktu pagi 6 Hari / Masa 2.30 – 3.00 Petang 3.00 – 3.30 Petang 3.30 – 4.00 Petang 4.00 – 4.30 Petang Isnin TINGKATAN SATU Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Hafazan Selasa TINGKATAN DUA Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Hafazan Rabu TINGKATAN TIGA Taranum Khamis TINGKATAN TIGA Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Hafazan Jumaat TINGKATAN SATU TINGKATAN DUA Taranum Taranum
  • 7. 5.3.8.3 Jadual bagi Tingkatan 1,2, 3, 4 dan 5 – Kelas dilaksanakan waktu petang * Waktu K * Se • Sekiranya kelas tasmik tidak dapat dijalankan pada hari tersebut, kelas tasmik ditunda ke masa yang sesuai 7 Hari / Masa 10.00 – 10.30 Pagi 10.30 – 11.00 Pagi 11.00 – 11.30 Pagi 11.30 – 12.00 Pagi Isnin TINGKATAN SATU Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Hafazan Selasa TINGKATAN DUA Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Hafazan Rabu *KOKURIKULUM (AKADEMIK) - TINGKATAN SATU & DUA Taranum Rasm Khamis TINGKATAN 1 & 2 Taranum Rasm Hari / Masa 2.30 pm – 5.30 pm / 3.30 pm – 6.30 pm Isnin TINGKATAN SATU Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Taranum Hafazan / Tasmik* Selasa TINGKATAN DUA Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Taranum Hafazan / Tasmik* Rabu TINGKATAN TIGA Tajwid Qiraat Ulum Al-Quran Taranum Hafazan / Tasmik* Khamis TINGKATAN EMPAT Tajwid Qiraat Taranum Hafazan / Tasmik* Jumaat TINGKATAN LIMA Rasm Qiraat Taranum Hafazan / Tasmik*
  • 8. • Kokurikulum (Akademik) Kelab dan Persatuan tidak dijalankan pada setiap minggu, tetapi mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (12 kali pertemuan setahun) 5.4 STATUS MURID 5.4.1 Adalah dicadangkan supaya bilangan murid dalam sebuah kelas tidak melebihi 20 orang. Ini bagi membolehkan guru memberi tumpuan kepada tiap-tiap murid secara individu dan latih tubi . 5.4.2 Murid hendaklah dipilih dari kalangan meraka yang benar-benar memenuhi ciri-ciri kelayakan memasuki kelas tersebut kerana kandungan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah tinggi antaranya adalah : 5.4.2.1 Baik dan lancar membaca al-Quran 5.4.2.2 Pernah mewakili sekolah di dalam Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) 5.4.2.3 Mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang Al-Quran. 5.4.2.4 Lulus ujian tapisan atau temuduga yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 5.5 PENGURUSAN PANITIA 5.5.1 Walaupun bilangan Guru KKQ hanya seorang bagi sesebuah sekolah, Panitia KKQ hendaklah juga diwujudkan. 8
  • 9. 5.5.2 Panitia KKQ juga boleh bernaung di bawah Panitia Pendidikan Islam dengan cara memasukkan KKQ dalam agenda mesyuarat. 5.5.3 Antara item yang boleh dimasukkan dalam Fail Panitia ialah; 5.5.3.1 Biodata Guru 5.5.3.2 Jadual Waktu 5.5.3.3 Sukatan Pelajaran 5.5.3.4 Huraian Sukatan Pelajaran 5.5.3.5 Senarai Buku - Buku Rujukan 5.5.3.6 Minit Mesyuarat 5.5.3.7 Senarai Murid 5.5.3.8 Pendaftaran Peperiksaan 5.5.3.9 Contoh - contoh soalan 5.5.3.10 Markah peperiksaan (syafawi) 5.5.3.11 Salinan Keputusan Peperiksaan 5.5.3.12 Surat-surat dari KPM, JPN, PPD dan sekolah 5.5.4 Bermula tahun 2012, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengoperasian KKQ pada 7-9.12.2011 di Hotel De Palma Ampang telah menetapkan panduan pengurusan dokumen panitia KKQ yang seragam untuk semua sekolah. Pengurusan sistem fail KKQ dikehendaki mengikut panduan yang telah ditetapkan iaitu dengan menyediakan fail-fail berikut : 5.5.4.1 Fail Induk - ( surat menyurat dan minit mesyuarat ) 5.5.4.2 Sukatan Pelajaran - ( sukatan pelajaran, huraian sukatan rancangan pembelajaran tahunan, senarai buku rujukan guru/murid, Standard Akademik ) 5.5.4.3 Program Kecemerlangan - ( perancangan program, pelaksanaan dan laporan program ) 5.5.4.4 Pentaksiran dan Penilaian - ( analisis peperiksaan awam dan sekolah, analisis pencapaian mata pelajaran dalam peperiksaan awam dan sekolah, headcount, postmortem ) 9
  • 10. 5.5.4.5 Penyeliaan - ( jadual penyeliaan, laporan penyeliaan P & P oleh pemerhati, tindak ikut pencerapan ) 5.5.4.6 Pemeriksaan Buku Rampaian - ( jadual pemeriksaan buku rampaian, laporan pemeriksaan buku rampaian / buku kerja / buku nota ) 5.5.4.7 Maklumat Guru Mata Pelajaran - ( maklumat peribadi guru, jadual waktu mengajar guru, carta organisasi panitia ) 5.6 STATUS GURU AL-QURAN 5.6.1 Guru al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada SMKA, SABK dan sekolah menengah harian biasa yang mempunyai KAA. Di antara tugas dan tanggungjawab guru al-Quran ialah : 5.6.1.1 Guru al-Quran yang dilantik diminta melaksanakan kelas KKQ. 5.6.1.2 Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan al-Quran seperti kelas pemulihan, program budaya al-Quran, Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) dan sebagainya. 5.6.1.3 Mereka boleh (dengan budi bicara) diminta mengajar mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka (kurang 28 hingga 30 masa seminggu) 5.6.1.4 Membimbing murid - murid membaca al-Quran. 5.6.1.5 Menanam minat murid dan warga sekolah kepada al-Quran sehingga terbentuk masyarakat celik al-Quran. 5.6.1.6 Bertanggungjawab membasmi buta al-Quran dikalangan murid. 5.6.1.7 Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan al-Quran dan aspek kemahiran al-Quran. 10
  • 11. 5.6.1.8 Mematuhi arahan pengetua sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. 6 HARAPAN 6.1 Bilangan sekolah dan murid yang mengikuti kelas ini bertambah dari semasa ke semasa. Ini bererti peranan dan tanggungjawab kita semakin bertambah. 6.2 Oleh yang demikian peranan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah sangat penting dalam memastikan perjalanan kelas ini di negeri, daerah dan sekolah masing-masing dengan membuat penyeliaan dan pemantauan yang berterusan sekurang- kurangnya dua bulan sekali (surat edaran Bahagian Pendidikan Islam Bilangan K.P.5206/3/38Jld 5 (76) bertarikh 28 September 1993). 6.3 Pihak sekolah juga patut berusaha khususnya dalam menjaga kebajikan mereka yang terlibat dengan KKQ. Antara kebajikan yang boleh diberikan ialah menyediakan sebuah bilik darjah khas kepada kelas tersebut. Perkara ini telah pun dilaksanakan di beberapa buah sekolah. 7 PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas makluman ini, dapat dijadikan panduan kepada pegawai-pegawai pelajaran negeri dan daerah, serta pihak pentadbir sekolah yang melaksanakan Kelas Aliran Agama (KAA) agar program KKQ ini dapat dilaksanakan dan dijalankan dengan baik dan teratur supaya matlamat memperkasakan penguasaan kemahiran al-Quran di kalangan pelajar tercapai. 11