Program khas murid orang asli

3,286 views

Published on

Perkongsian Ilmu.

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,286
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
138
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Program khas murid orang asli

  1. 1. PROGRAM KHAS MURID ORANG ASLI (PKMOA)1.0 PENGENALAN Pelbagai Kaum dan etnik didapati di Malaysia. Mereka terdiri daripada kaumMelayu, Cina, India dan lain-lain termasuklah kaum orang Asli.Dalam kumpulan Kaumorang Asli ianya terbahagi kepada tiga kumpulan utama yang di dalamnya terdiridaripada pelbagai Etnik. Antara Kumpulan nya ialah Negrito(4,150),Melayu Proto(55,852) dan Senoi(72,871) (Jabatan Statistik Negara, pada tahun 2002). Di dalamkumpulan tersebut ianya terdiri daripada pelbagai etnik iaitu Kensiu,Kintak,Lanoh,Jahai, Mendriq dan Bateq berada di dalam kumpulan Negrito.Bagi Kumpulan Senoi pula terdiri daripada etnik Temiar,Semai,Semoq Beri, Che Wong,Jahut dan Mah Meri.Manakala bagi kumpulan Melayu proto terdiri daripada etnikTemuan, Semelai,Jakun,Orang Kanaq,Orang Kuala dan Orang Seletar.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara dan dipetikdaripada NST “Nation” bertarikh 03/09/2002 melaporkan bahawa terdapat seramai132,873 orang, kaum Orang Asli yang menetap di Semenanjung Malaysia.Daripadajumlah tersebut seramai 6,235 orang telah mengalami keciciran dalam pelajaran. Selain daripada itu taraf kehidupan mereka juga adalah rendah. Hampir 85.2peratus berada di tahap miskin.(Sumber:JHEOA 1997). Keadaan ini sememangmenjadi satu punca utama kenapa keciciran banyak berlaku di kalangan kaum orangasli. Dalam usaha menangani masalah keciciran ini kerajaan dengan pelbagai caradibantu oleh Kementerian yang berada dibawahnya cuba mencari jalanpenyelesaiannya. Antaranya ialah Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM).Ketika ituianya dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian ini telah berusaha melaksanakan pelbagai program pendidikan bagimasyarakat orang asli untuk menangani masalah keciciran ini. Program PemulihanKhas Murid Orang Asli (PKMOA) adalah salah satu program yang dirancang dandilaksanakan bermula pada tahun 2000. Ianya bertujuan untuk membasmi masalah 1Mfs
  2. 2. murid orang asli yang tidak menguasai kemahiran Asas 3M (membaca,menulis danmengira). Program Khas Murid Orang Asli (PKMOA) ini tercetus dan dilaksanakanberdasarkan saranan YB Menteri Pendidikan ketika itu supaya struktur sistempendidikan sekolah rendah murid orang asli dikaji semula. Saranan itu telahdibuat pada 6 April 1997. Memandangkan Pendidikan peringkat rendah bertujuan melahirkan insanyang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segiintelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum BersepaduSekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Program ini telah dilaksanakan di sekolah-sekolah orang asli di semenanjungMalaysia dan telah melibatkan 94 buah sekolah.Program ini merupakan usahakerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan UNICEF.KementerianPendidikan Malaysia bertindak sebagai agensi pelaksana manakala UNICEFmerupakan penaja sumber kewangan. Sebagai agensi pelaksana Pusat Perkembangan Kurikulum PKK bertanggungjawab membina kurikulum juga bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yangdiperlukan dalam program ini. Ianya juga menganjurkan kursus-kursus orientasipengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru yang bakal terlibat di dalam program ini. Jabatan-jabatan pelajaran negeri akan mengelolakan perlaksanaannya keperingkat sekolah-sekolah di negeri masing-masing.Manakala diperingkat sekolah pulaianya ditentukan oleh pihak pentadbiran sekolah diketuai oleh Guru Besar dalammenentukan pemilihan guru-guru untuk melaksankan program ini kepada murid-muridkhas yang telah dipilih melalui satu instrument ujian diagnostik.2.0 OBJEKTIF Berlandaskan perkara di atas , Program Khas Murid Orang Asli telahdirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memenuhi keperluanpendidikan murid Orang Asli yang belum lagi m e n gua sa i kem ah ira na sa s 3 M (m em b a ca , m e nu lis d an mengira). 2Mfs
  3. 3. SASARAN Program Khas ini dilaksanakan untuk murid-murid Orang Asli lepasan Tahun 2.Murid-murid yang gagal di dalam ujian akhir tahun akan dipilih bagi mengikuti programtersebut. Bagi murid-murid yang lulus, mereka akan meneruskan pembelajaran merekake Tahun 3 dan mengikuti kurikulum KBSR yang sedia ada. Murid yang mendapatmarkah 30 % ke ba wah dalam pelaja ran Bahasa Melayu dan Matematik akanmenyertai kelas Pemulihan PKMOA. Jika terdapat murid-murid bukan Orang Asli di sekolah terlibat yang belummenguasai kemahiran 3M, mereka juga boleh diberi peluang mengikuti. Program Khastersebut. 3.0 PENEMPATAN Mereka akan ditempatkan di dalam satu kelas khas yang dikenali sebagai kelasPemulihan PKMOA. Ini hanya dilakukan di sekolah-sekolah yang mempunyai bilikdarjah yang mencukupi. Seramai 25 orang murid sahaja ditempatkan di dalam kelas ini.Sekiranya pelajarnya kurang daripada 15 orang dan sekolah tidak mempunyai bilikmaka murid-murid ini akan dicantumkan dengan murid-murid di tahun 3. Walaupun ianya satu kelas khas dan program khas namun mata pelajaran KBSRyang lain juga tetap diajar. Walau bagaimanapun penekanan akan diberikan kepadamata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik. Sekolah juga disarankan supayamenambah masa bagi dua mata pelajaran tersebut. Bagi penambahan masa kepadadua mata pelajaran tersebut maka masa mata pelajaran yang difikirkan sesuai akandikurangkan untuk memberi ruang kepada mata pelajaran tersebut. 3Mfs
  4. 4. 4.0 PEMILIHAN MURID Untuk memastikan murid-murid yang patut dan layak mengikuti program ini makaujian penguasaan kemahiran telah disediakan bertujuan menilai pengguasaan murid-murid dalam kemahiran 3M. Bahan-bahan untuk ujian diagnostik Bahasa Melayu danMatematik akan dibekalkan. Ujian-ujian ini akan dilaksanakan sebelum dan selepaspenggunaan pakej dan bahan bantu mengajar yang telah dibekalkan oleh pihak PusatPerkembangan Kurikulum (PPK). Ujian-ujian ini akan dilaksanakan mengikut jadual di bawah:- BIL MASA UJIAN 1 Penggal I Ujian Diagnostik 2 Penggal II Ujian Diagnostik 3. Penggal III Peperiksaan Akhir Tahun 4Mfs
  5. 5. 5.0 CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN PKMOA Di bawah ini ditunjukkan carta aliran perlaksanaan Program Pemulihan PKMOA:- PROGRAM KHAS MURID ORANG ASLI Murid mengikuti TAHUN 1 Pembelajaran berdasarkan Kurikulum UJIAN AKHIR TAHUN KBSR TAHUN 2 Murid diasingkan di LULUS GAGAL dalam kelas Khas.Pengajaran lebih ditekankan TAHUN 3 PROGRAM KHAS kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Pelajaran TAHUN 4 TAHUN 3 lain juga masih diajar. TAHUN 5 TAHUN 4 TAHUN 6 TAHUN 5 TAHUN 6 5Mfs
  6. 6. 6.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Bagi memastikan program ini berlangsung dengan baik dan selaras di seluruhNegara,Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) telah dipertanggungjawabkan untukmembina kurikulum bagi Tahun Pemulihan. Bahan kurikulum yang disediakan untukpelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Spesifikasi kurikulum Bahasa Melayu memuatkan senarai kemahiranlisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis yang asas dan utama yangperlu dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan. Kandungan kurikulum adalahberlandaskan KBSR sedia ada. Huraian Spesifikasi Kurikulum Bahasa MelayuTahun Pemulihan ini memuatkan hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pengajarandan pembelajaran. Walau bagaimanapun aktiviti tersebut hanyalah satu cadangan danpanduan. Guru-Guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yangdikemukakan. Memandangkan sosio budaya yang berbeza maka guru-guru diberipeluang untuk mengubah, mengolah atau menyesuaikan cadangan tersebut dengankesesuaian tempat dan persekitaran murid masing-masing. Huraian SpesifikasiKurikulum ini ju ga b o le h d i gu n a ka n u n t u k m e r a n ca n g p e n ga ja ra n d a npembelajaran mengikut penggal,mingguan dan harian di dalam bilik darjah.7.0 BAHAN-BAHAN SOKONGAN Memandang program ini mempunyai hasrat yang amat tinggi dan jugamemperuntukan perbelanjaan yang begitu tinggi demi melihat kejayaanya. Denganhasrat murni ini sekolah-sekolah terlibat telah dibekalkan dengan bahan-bahanpengajaran dan juga bahan bantu yang diperlukan. Ianya telah dibina khas untukprogram ini setelah dikaji keperluan dan kesesuaiannya. Namun begitu bahan-bahan inisentiasa dimurnikan bagi menambahbaik dan juga memastikan keberkesanannya.Bengkel-bengkel pembinaan bahan sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa. 6Mfs
  7. 7. Dalam usaha menarik dan menambahkan keseronokan murid-murid yang mengikutiprogram ini satu Sudut Pembelajaran Kendiri (SPK) disarankan supaya diujudkan. Disudut ini kaedah belajar sambil menyanyi diperkenalkan agar mereka akan lebihseronok apabila datang ke sekolah. Murid-murid akan dibimbing untuk menggunakanbahan-bahan yang disediakan dengan sendiri.Mereka bebas menggunakan bahantersebut berasakan keinginan dan masa lapang mereka melalui pendekatan KaedahPembelajaran Kendiri. Sudut ini dilengkapkan dengan pelbagai bahan-bahan pengajaran danpembelajaran yang menarik yang mana ianya dibekalkan oleh pihak PusatPerkembangan Kurikulum seperti:- i. Kad Lembaran, ii. Kid Sudut Pembelajaran Kendiri, iii. Buku Cerita Kanak-Kanak iv. dan Poster Aktiviti AsasBahan –bahan yang disebut di atas adalah untuk keperluan bahasa Melayu manakalabagi Pemulihan Matematik pula:- i. Congkak, ii. Kad Asas Matematik, iii. Poster Gambar Perbincangan, iv. dan Aktiviti Akses Kendiri. Selain itu sudut pembelajaran ini juga dibekalkan dengan tiga jenis komputer iaitu:- i. Learning Schools, ii. Childrens Laptop iii. dan Power Note Book. iv. 7Mfs
  8. 8. Cerita Motivasi, Kad Lembaran Kerja , Kad Asas Matematik, Poster GambarPerbincangan dan Kad Aktiviti Akses Kendiri dibina atas inisiatif Unit Projek Khas PusatPerkembangan Kurikulum dengan kerjasama guru-guru manakala bahan-bahan laindidapatkan da ripada pembekal tempatan. Buku-buku cerita motivasi dihasilkan bertujuan membanteraskan masalah potengsekolah dan menarik minat murid-murid orang Asli untuk datang ke sekolah. Terdapattujuh buah cerita yang dihasilkan. Antara tajuk-tajuk yang telah dihasilkan ialah:- i. Atoi, ii. Aseng Rajin, iii. Pedik Penyayang, iv. Uda dan Jogan, v. Usaha Tangga Kejayaan, vi. Serama Budak Rajin vii. dan Jadi Macam Along. Watak-watak yang diujudkan di dalam buku-buku cerita di atas adalah watak- watak orang Asli dan juga berlatar belakangkan kehidupan mereka. Dengan cara ini diharap akan dapat menarik minat mereka untuk membaca dan sentiasa berminat untuk ke sekolah seterusnya melawat sudut pembelajaran kendiri. 8.0 PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN Pendedahan mengenai penggunaan bahan-bahan pengajaran danpembelajaran sudut pembelajaran khas kepada guru-guru telah dilaksanakanm e l a l u i s a t u k u r s u s o r i e n t a s i penggunaan sudut pembelajaran kendiri padabulan November 2000 semasa projek PKMOA dijalankan. Latihan guru PKMOA 8Mfs
  9. 9. pada masa itu dan tahun-tahun seterusnya dila ksana kan se te lah Ju ru la tihUtama peringkat negeri diberi latihan.Mereka juga dibekalkan dengan Manual JurulatihUtama PKMOA. Dengan adanya manual tersebut guru-guru mempunyai panduan untukmelaksanakan program ini dengan lebih berkesan. Manual Jurulatih Utama PKMOAmengandungi maklumat yang boleh membantu dan membimbing guru-guru tentangaspek pengurusan dan penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran,aspeklatihan dan bimbingan guru PKMOA serta aspek penyimpanan rekod kemajuanpembelajaran murid sebelum dilaksanakan dan dipraktikkan di dalam bilik darjah.Manual ini amat membantu dan menjadi rujukan kepada guru-guru yang melaksanakanprogram ini.9.0 KEKUATANProgram Khas murid orang asli (PKMOA) ini mempunyai kekuatan yangtersendiri,antaranya:-i. bahan pengajaran dan pembelajaran disediakanii. bahan-bahan sokongan sentiasa ditingkatkan mengikut kesesuaian.iii. Kursus-kursus kepada pelaksana sentiasa dianjurkan.iv. Mendapat peruntukan khas daripada UNICEF.10.0 KELEMAHANTidak dinafikan bahawa setiap perancangan dan program pastinya terdapatkelemahannya.begitu juga dengan program ini.Kelemahan-kelamahan ini dapat dikesanapabila ianya telah dilaksanakan. Diharap kelemahan-kelemahan ini akan dapatdijadikan ukuran bagi melaksanakan usaha penambah baikannya. Antara kelemahandalam melaksanakan program ini ialah :- i. Kemampuan sekolah menyediakan bilik-bilik khas memandangkan kebanyakan sekolah asli mempunyai bilangan bilik yang terhad. 9Mfs
  10. 10. ii. Kekurangan guru. Apabila satu kelas khas diujudkan maka bilangan kelas akan bertambah namun bilangan guru tidak ditambah.Ianya menjadi beban kepada pentadbir untuk menyediakan jadual guru-guru bagi menampung mata pelajaran lain di dalam kelas tersebut perlu diambil kira. iii. Guru-guru dibebani dengan pelbagai tugasan lain. Memandangkan guru-guru disekolah Asli bilangannya sedikit namun beban tugas yang perlu dilaksanakan sama seperti yang dilakukan oleh sekolah-sekolah lain. iv. Murid tidak ke sekolah bukan semata-mata kerana tidak berminat tetapi murid perlu membantu keluarga dalam mencari kelangsungan hidup. v. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melihat keperluan di sekolah asli sama seperti di sekolah-sekolah Bandar. Kelemahan-kelemahan ini seharusnya diambil kira demi memantapkan setiapprogram dirancang.11.0 KESIMPULAN Program Khas Murid Orang Asli merupakan satu usaha kerajaan Malaysia dibawah Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama badan UNICEFuntuk membasmi masalah keciciran murid-murid daripada kaum orang asli disemenanjung Malaysia. Selain daripada itu tujuan utamanya juga adalah untukmemastikan semua murid-murid daripada kaum asli yang berada di sekolah-sekolahasli di semenanjung Malaysia dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulisserta kemahiran mengira(3M). Program ini mendapat perhatian dan tumpuan khas serta peruntukan yangbegitu banyak. Ianya menyediakan keperluan-keperluan yang serba lengkap dari segibahan-bahan keperluan untuk pengajaran dan pembelajaran. Penambahbaikansentiasa dilakukan dari semasa dan ke semasa demi mencapai cita-cita Negara dankementerian pelajaran Malaysia(KPM) untuk memastikan murid-murid kaum orang aslitidak tercicir di dalam arena pendidikan dan pengusaan kemahiran asas membaca dan 10Mfs
  11. 11. menulis serta kemahiran mengira(3M). Atas kesucian dan keikhlasan pihak kerajaan dan agensi yangbertanggungjawab iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usahamemastikan masalah-masalah keciciran dan masalah penguasaan kemahiran asas 3Mini tidak membelenggu murid-murid kaum orang asli maka usaha demi usaha dilakukan.Dalam usaha untuk mencapai impian murni ini maka pada bulan Mac 2007, enam buahsekolah murid orang Asli di Semenanjung Malaysia telah dipilih oleh KementerianPendidikan Malaysia untuk melaksanakan Projek Rintis Kurikulum Bersepadu SekolahMurid Orang Asli dan Penan (KAP). Manakala pada tahun 2008 projek inidikembangkan lagi dengan penambahan lapan buah sekolah murid orang Asli diSemenanjung dan enam buah sekolah Penan di Sarawak yang menjadikannya kepada20 buah sekolah. Ini boleh disimpulkan bahawa Kurikulum Bersepadu Sekolah Murid Orang Aslidan Penan (KAP) merupakan kesinambungan dan penambahbaikan kepada programkhas murid orang asli (PKMOA) yang sedia ada. Boleh disimpulkan di sini bahawaKurikulum Bersepadu Sekolah Murid Orang Asli dan Penan (KAP) akan menggantikanProgram Khas Murid Orang Asli (PKMOA).Ianya akan diguna pakai di sekolah-sekolahAsli dan Penan di seluruh negara bukan tertumpu di semenanjung Malaysia sahaja. 11Mfs

×