SlideShare a Scribd company logo
GARIS PANDUAN
PENYELARASAN PENGURUSAN KEWANGAN
JAWATANKUASA KARIAH
MASJID & SURAU DIRI JUMAAT
NEGERI PERAK
Meor Shafiq Nasution Bin Mohd Azkhar
Ketua Pembantu Tadbir Kewangan
Jabatan Agama Islam Negeri Perak
PENGENALAN
 Tatacara kewangan ini adalah Garis Panduan Penyelarasan Kewangan
Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Diri Jumaat (SDJ) di Negeri Perak.
Tatacara kewangan ini perlu diikuti dan dipatuhi sepenuhnya.
 Adalah menjadi tanggungjawab semua anggota Jawatankuasa Kariah untuk
sentiasa memahami dan mematuhi tatacara kewangan ini agar segala
tindakan dalam melaksanakan tugas selari dengan kehendak tatacara.
OBJEKTIF
 Menyelaraskan amalan-amalan pengurusan kewangan dalam kalangan anggota
Jawatankuasa Kariah Masjid dan SDJ di Negeri Perak.
 Menyeragamkan format (bentuk) rekod dan laporan kewangan seperti
Lembaran Imbangan (Kunci Kira-kira) dan Penyata Pendapatan dan
Perbelanjaan, supaya ianya dapat memberi gambaran yang jelas.
 Menyemaikan budaya pengurusan kewangan yang sistematik, telus dan
mempunyai kawalan dalaman yang asas.
 PENGGUNAAN WANG MASJID
 PENGURUSAN KEWANGAN
 PENGURUSAN PERAKAUNAN
 PERBENDAHARAAN
 LAPORAN KEWANGAN
 PELUPUSAN
 PERCANGGAHAN KEPENTINGAN
 PENGURUSAN PEROLEHAN
 AUDIT
PENGGUNAAN WANG MASJID
 Wang wakaf yang dipungut khusus untuk pembangunan masjid hendaklah
dibelanjakan untuk pembangunan fizikal masjid seperti membina, membaik
pulih, mengubah suai,membesarkan dan membeli peralatan, perkakasan,
infrakstruktur serta kemudahan fizikal yang bersangkutan dengan kepentingan
masjid berkenaan sama ada pada masa sekarang atau pada masa yang akan
datang.
 Wang atau aset yang diwakafkan hendaklah dibelanjakan atau digunakan
untuk manfaat dan maslahat yang ditentukan itu sahaja dan tidak boleh
dibelanjakan, dipindahkan atau digunakan kepada masjid/surau lain sebagai
menyempurnakan niat pewakaf berkenaan.
PENGGUNAAN WANG MASJID
 Wang yang didermakan oleh orang ramai sebagai khairat/kebajikan umum
bolehlah dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti yang mendatangkan
kemaslahatan ahli jemaah dan keperluan masjid/surau berkenaan yang
melibatkan wang kutipan jumaat dan tabung-tabung khas contohnya seperti
bayaran saguhati pensyarah dan guru yang mengajar, mengadakan jamuan
atau majlis berbuka puasa, membaiki kerosakan, kos penyelenggaraan,
pengurusan,pentadbiran masjid/surau berkenaan dan sebagainya .
 Wang yang didermakan oleh orang ramai bagi menjalankan aktiviti
khusus/tertentu seperti Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Majlis Khatam al-
Quran, Majlis Doa Selamat Pergi / Balik Haji,Majlis Sambutan Hari Kebesaran
Islam dan sebagainya hanya boleh dibelanjakan kepada aktivti yang
dikhususkan itu sahaja.
PENGURUSAN KEWANGAN
 7.1. AKAUN BANK
 Pembukaan akaun bank hendaklah mendapatkan kelulusan daripada
Majlis.
 Bendahari hendaklah bertanggungjawab menjaga urusan akaun bank.
PENGURUSAN KEWANGAN
 7.2. ANGGARAN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
 (a) Penyediaan Anggaran Belanjawan
 Bendahari hendaklah menyediakan anggaran penerimaan dan pembayaran untuk
dimaklumkan dalam Mesyuarat Agung Khas anggaran perbelanjaan sebelum 1hb Januari
tahun berikutnya.
 Penyediaan anggaran hendaklah mengambil kira strategi pengurusan bagi tahun
belanjawan, langkah-langkah meningkatkan kecekapan dan perancangan bagi tahun
berkenaan.
 Pengerusi bertanggungjawab memeriksa butir-butir anggaran penerimaan dan
pembayaran dan membuat apa-apa pengubahsuaian yang perlu sebelum dibentang untuk
kelulusan.
 (b) Format Anggaran
 Anggaran penerimaan dan pembayaran hendaklah menunjukkan seberapa tepat yang
boleh jumlah wang yang dijangka akan diterima atau dibayar pada tahun kewangan
berkenaan dengan menggunakan format dalam Lampiran A.
PENGURUSAN PERAKAUNAN
 8.1 TERIMAAN
 Kuasa Menerima dan Memungut
 Hanya Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dibenarkan memungut atau menerima
wang bagi pihak masjid / SDJ.
 Semua terimaan hendaklah dimasukkan oleh Bendahari ke dalam akaun bank
masjid.
 Kutipan
 Semua wang kutipan dan derma hendaklah dikira dan direkodkan oleh Bendahari
dalam sistem e-SpeAK.
 Tabung kutipan dan derma hendaklah dibuka dan dikira bersama-sama oleh
sekurangkurangnya tiga (3) orang yang terdiri daripada 2 orang ahli jawatankuasa
kariah dan seorang pegawai masjid yang dinamakan oleh jawatankuasa kariah
PENGURUSAN PERAKAUNAN
 Kutipan
 Butiran kutipan dan derma hendaklah direkod dan disahkan dengan menggunakan borang seperti
dalam Lampiran B.
 Satu penyata kewangan mengenai kutipan dan derma mingguan hendaklah
disediakan secara manual oleh Bendahari selewat-lewatnya pada hari Isnin minggu
berikutnya.
 Penyata wang kutipan hendaklah dipamerkan kepada jemaah untuk makluman pada
setiap minggu dengan menggunakan Lampiran C.
 Kemasukan Wang Kutipan Ke Dalam Bank
 Setiap urusan kemasukan wang kutipan dan derma masjid/surau ke dalam bank hendaklah
dibuat oleh Bendahari atau wakil yang dibenarkan.
 Semua kutipan dan derma yang melebihi RM500.00 pada satu-satu masa hendaklah dimasukkan
ke dalam akaun bank masjid/surau pada hari yang sama penjumlahan dijalankan atau selewat-
Iewatnya pada hari kerja berikutnya.
PENGURUSAN PERAKAUNAN
 Kemasukan Wang Kutipan Ke Dalam Bank
 Kutipan dan derma yang kurang daripada RM500.00 pada setiap minggu atau tidak dapat
dimasukkan pada hari yang sama penjumlahan dijalankan atau pada hari kerja berikutnya
hendaklah disimpan dalam peti besi.
 Semua slip bank hendaklah disimpan oleh Bendahari bagi tujuan pemeriksaan oleh
Jemaah audit selama 7 tahun kewangan.
 Semakan Kemasukan Wang Ke Dalam Bank
 Setelah proses kemasukan wang di bank selesai, Bendahari hendaklah menyemak dan
menurunkan tandatangan ringkas bagi memastikan bahawa slip bank berkenaan
mengandungi nombor akaun, jumlah dan tarikh yang betul dan diselia oleh Pengerusi.
 Setelah wang dimasukkan ke dalam bank, catatan nombor slip bank hendaklah direkodkan
ke dalam buku tunai. Jika berlaku perbezaan antara slip bank dengan catatan buku tunai,
pelarasan hendaklah dibuat dalam buku tunai dan hendaklah dilampirkan dokumen
sokongan.
PENGURUSAN PERAKAUNAN
 Resit Rasmi
 Resit rasmi hendaklah dijana melalui sistem e-SpeAK.
 Setiap buku resit rasmi yang dicetak mestilah mengandungi item-item yang diperlukan seperti
dalam Lampiran D.
 Setiap resit rasmi hendaklah dicetak dalam dua (2) salinan, iaitu salinan resit asal yang akan
diberi kepada pembayar dan salinan untuk kegunaan masjid/surau.
 Resit rasmi mestilah dikeluarkan kepada pembayar sebagai bukti penerimaan wang yang diterima
oleh masjid / SDJ pada masa urusan dibuat.
 Buku resit rasmi tidak boleh dilangkau atau dibiar kosong tanpa digunakan. lni adalah untuk
mengelakkan daripada disalahguna, kekeliruan atau penipuan.
 Resit tidak boleh dimusnahkan tetapi mestilah dibatalkan dengan cop 'BATAL' yang berwarna
merah atau tanda berpalang dan hendaklah disimpan berserta dengan salinannya bagi tujuan
pengauditan.
 Semua resit rasmi yang dikeluarkan hanya akan dianggap sah jika telah ditandatangani oleh
Bendahari yang mengeluarkan dan mengesahkan resit rasmi tersebut.
PENGURUSAN PERAKAUNAN
 Pengeluaran Resit Rasmi
 Setiap resit rasmi hendaklah diisi dengan lengkap mengenai tarikh, nama penyumbang,
jumlah dan kaedah sumbangan sarna ada secara tunai/cek/EFT.
PENGURUSAN PERAKAUNAN
 8.2 BAYARAN
 Kaedah Pembayaran
 Pembayaran melalui Pindahan Dana Elektronik (EFT) Dalam persekitaran
elektronik, bayaran dibuat terus kepada akaun penerima melalui pindahan
dana elektronik.
 Pembayaran daripada Panjar Wang Runcit (PWR) Jawatankuasa Kariah
hendaklah menentukan kadar maksimum pembayaran yang boleh dibuat
menggunakan Panjar Wang Runcit.
 Pembayaran dengan Cek Berpalang Semua bayaran kecuali yang dibuat dengan
menggunakan Panjar Wang Runcit hendaklah dibuat dengan menggunakan cek
yang dipalang 'Akaun Penerima Sahaja' atas nama orang yang berhak menerima
atau pindahan dana elektronik (EFT) kepada penerima.
 Adalah dilarang membuat pembayaran secara terus melalui kutipan atau
derma dan lainlain tabung.
PENGURUSAN PERAKAUNAN
 Baucar Bayaran
 Semua baucar bayaran dan baucar Panjar Wang Runcit hendaklah disokong oleh dokumen
sokongan yang lengkap seperti bil, resit, invois atau pengesahan bertulis yang menyatakan
bahawa sesuatu kerja/barang/perkhidmatan telah dibekalkan dengan sempurna. (Surat
perakuan siap kerja)
 Semua baucar bayaran dan baucar Panjar Wang Runcit seperti di Lampiran E hendaklah
disediakan oleh Bendahari dan disahkan oleh Pengerusi atau Setiausaha.
 Maklumat terperinci mengenai perbelanjaan dan nama penerima bayaran hendaklah ditulis
dengan jelas pada setiap baucar bayaran dan baucar Panjar Wang Runcit.
 Semua baucar bayaran dan baucar Panjar Wang Runcit hendaklah dijana melalui sistem eSpeAK
dan difailkan.
 Dokumen sokongan asal seperti bil, invois dan pengesahan bertulis hendaklah dikepilkan
bersama-sama dengan baucar bayaran atau baucar Panjar Wang Runcit. Bagi Salinan dokumen
sokongan hendaklah dicop "Diakui Sah Dari Salinan Asal"
 Bagi mengurangkan risiko pembayaran berulang, baucar bayaran dan dokumen sokongan
hendaklah dicop dengan perkataan "TELAH DIBAYAR" menggunakan cop berwarna merah.
 Jika cek bayaran dihantar melalui pos, salinan baucar bayaran hendaklah dilampirkan bersama
dengan cek tersebut.
PENGURUSAN PERAKAUNAN
 Baucar Bayaran
 Setiap baucar bayaran hanyalah untuk satu jenis perbelanjaan sahaja. Pelbagai jenis perbelanjaan
dalam satu baucar bayaran adalah tidak dibenarkan.
 Baucar bayaran tidak boleh dibuat atas nama lebih daripada satu penerima kecuali lebih daripada
satu penerima tersebut adalah pihak-pihak kepada kontrak atau urusan yang sama.
 Bayaran yang hendak dibuat kepada penerima selain yang disebutkan namanya pada baucar
bayaran hendaklah mendapat kebenaran daripada Jabatan. Surat kuasa yang rnembenarkan
pembayaran itu hendaklah dicatatkan pada baucar bayaran itu.
 Kelulusan dan Pengesahan Perbelanjaan
 Jawatankuasa Kariah, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oIeh Jabatan, dan hendaklah
menetapkan had perbelanjaan dan kuasa melulus yang bersesuaian.
 Jadual berikut merupakan penetapan had perbelanjaan dan kuasa melulus
Had Kelulusan Kuasa Melulus
Tidak melebihi RM10,000.00 Dua daripada tiga orang yang berikut:
Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari
Tidak melebihi RM20,000.00 Jawatankuasa Kariah
Melebihi RM20,000.00 Mesyuarat Agung Khas
PENGURUSAN PERAKAUNAN
 Kelulusan dan Pengesahan Perbelanjaan
 Kuorum Mesyuarat Agung Khas hendaklah tiga kali ganda bilangan anggota Jawatankuasa Kariah
daripada bilangan ahli kariah yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
 Jenis bajet perbelanjaan bolehlah disenaraikan dengan terperinci menurut kategori:
Perkara Peratus
Pengimarahan/Pengajian 20%
Penyelenggaraan 30%
Pentadbiran 30%
Kebajikan 10%
Simpanan / Pelaburan 10%
PERBENDAHARAAN
 9.1 PANJAR WANG RUNCIT (PWR) / (Petty Cash)
 Jawatankuasa Kariah hendaklah meluluskan pewujudan Panjar Wang Runcit agar boleh
digunakan untuk mempercepatkan pembayaran yang kecil dan segera.
 Had tuntutan maksimum untuk sesuatu resit ialah RM500.00 sahaja.
 Panjar Wang Runcit hendaklah digunakan untuk pembayaran kecil seperti alat tulis, utiliti,
barangan runcit lain-lain.
 Apabila Panjar Wang Runcit telah berkurangan, penambahan semula boleh dibuat beberapa
kali sebulan dengan perbelanjaan telah menjangkau 50% dan ke atas.
 Satu buku Panjar Wang Runcit hendaklah diselenggara dengan menunjukkan amaun yang
diterima dan dibayar. Semua baucar bayaran hendaklah dinombor dan dicatatkan ke dalam
buku Panjar Wang Runcit pada hari ianya dibayar.
 Buku Panjar Wang Runcit hendaklah dijumlah serta diseimbangkan dari semasa ke semasa
apabila penambahan semula Panjar Wang Runcit perlu dibuat. Buku tersebut hendaklah
ditutup setiap bulan dan bakinya dibawa ke bulan hadapan.
PERBENDAHARAAN
 9.1 PANJAR WANG RUNCIT (PWR) / (Petty Cash)
 Apabila berlaku pertukaran Bendahari yang mengendalikan Panjar Wang Runcit, kedudukan
Panjar Wang Runcit pada masa penyerahan tugas hendaklah disediakan, kemudian
ditandatangani oleh kedua-dua Bendahari yang memberi alih dan yang mengambil alih
seterusnya diserahkan kepada Pengerusi seperti dalam Lampiran F.
 (i) Sekiranya jawatan bendahari kosong,Jawatankuasa Kariah boleh melantik seorang dari
mana mana anggota jawatankuasa kariah yang berkelayakan melalui mesyuarat
Jawatankuasa untuk memangku sehingga jawatan diisi.
 Sekiranya semua atau separuh Jawatankuasa dikosongkan sebelum diisi, tugas tersebut
hendaklah diisi oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah.
Pegawai Tadbir Agama Daerah boleh melantik mana-mana pihak bagi membantu menguruskan
hal ehwal masjid berkenaan.
PERBENDAHARAAN
 9.2 BUKU CEK
 Permohonan Buku Cek
 Bendahari, Setiausaha atau Pengerusi dibenarkan untuk memohon buku cek daripada bank dan
hanya satu buku cek sahaja dibenarkan untuk digunakan pada satu-satu masa. Daftar Buku Cek
hendaklah disediakan dan diselenggara dengan kemas dan teratur seperti dalam Lampiran G.
 Cek dan Pindahan Dana Elektronik (EFT) Terbatal
 Mana-mana cek yang tidak ditunaikan sehingga tamat tempoh dari tarikh dikeluarkan hendaklah
disifatkan sebagai terbatal.
 Dalam melaksanakan pindahan dana elektronik, pemindahan wang secara elektronik yang
dikembalikan oleh bank hendaklah disifatkan sebagai terbatal.
 Sekiranya ada tuntutan mengenai cek yang telah dibatalkan itu, maka suatu cek baru hendaklah
dikeluarkan. Jika cek baharu yang diganti tidak dikehendaki maka amaun cek asal hendaklah
dikreditkan terus ke akaun perbelanjaan jika dibatalkan dalam tahun yang sama atau dikreditkan
ke akaun hasil jika cek dibatalkan dalam tahun berikutnya.
 Bendahari hendaklah menyenggara satu Daftar Cek Batal (DCB) atau satu Daftar Pindahan
Elektronik Terbatal (DPET) dengan kemas dan teratur seperti dalam Lampiran H.
PERBENDAHARAAN
 Pemeriksaan dan Penyimpanan Buku Cek
 Bendahari hendaklah memeriksa serta merta buku cek apabila diterima daripada bank untuk
menentukan supaya tidak ada cek yang ketinggalan atau hilang.
 Pengerusi atau Setiausaha hendaklah menurunkan tandatangan setelah pemeriksaan dibuat ke atas
buku cek oleh Bendahari.
 Bendahari hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan buku cek.
 Kehilangan Cek
 Jika sesuatu cek hilang atau salah letak sebelum diniagakan, bayaran masih boleh dibuat jika
penerima cek mengemukakan satu perakuan bertulis bahawa bayaran tidak diterimanya dan
Bendahari hendaklah mengambil tindakan dengan segera seperti yang berikut:
 Menahan cek itu daripada ditunaikan;
 Menyemak dan memastikan cek itu belum ditunaikan;
 Menyemak nombor cek tersebut dalam penyata bank dan penyata penyesuaian bank;
 Membatalkan cek tersebut sekiranya didapati cek tersebut belum dijelaskan; dan
 Mengeluarkan cek baharu.
PERBENDAHARAAN
 Tandatangan Cek atau Kelulusan Pindahan Dana Elektronik (EFT)
 Cek hendaklah ditandatangani oleh dua (2) daripada tiga (3) penandatangan iaitu Pengerusi,
Setiausaha Dan Bendahari. Adalah tidak dibenarkan menggunakan mesin menandatangani cek.
 Penukaran penandatangan cek hendaklah mendapat kelulusan daripada Jabatan.
 Tarikh, nama penerima, tujuan cek dikeluarkan serta amaunnya hendaklah ditulis dengan jelas
pada setiap keratan cek. Kaki cek juga hendaklah ditulis dengan lengkap.
 Setiap cek yang salah hendaklah ditulis perkataan "BATAL" pada cek tersebut dan keratannya. Cek-
cek yang batal hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan keratannya bagi tujuan pemeriksaan
audit.
 Cek kosong tidak dibenarkan ditandatangani terlebih dahulu oleh mana-mana pihak yang diberi
kuasa untuk menandatangani cek itu.
 Urusan pembayaran melalui pindahan dana elektronik hendaklah diuruskan oleh Bendahari.
Sekiranya pembayaran melalui pindahan dana elektronik dilaksanakan, kawalan dalaman dan
keselamatan yang mencukupi hendaklah diadakan.
 Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari yang diberi kuasa menandatangani cek atau membuat
pindahan dana elektronik adalah bertanggungjawab secara bersama dan masing- masing bagi
memastikan bahawa cek atau pindahan dana elektronik itu dikeluarkan dengan sepatutnya.
PERBENDAHARAAN
 9.3 PETI BESI
 Satu peti besi hendaklah diwujudkan di masjid / SDJ
 Untuk tujuan ini, peti besi hendaklah diletakkan di tempat yang selamat di dalam masjid tersebut.
 Kunci peti besi hendaklah mempunyai dua kunci yang berlainan dan nombor kombinasi yang
berlainan.
 Kunci peti besi hendaklah dipegang oleh Bendahari dan nombor kombinasi dipegang oleh
Setiausaha yang bertanggungjawab dan salinan pendua kunci disimpan oleh Pengerusi.
 Semua wang kutipan yang belum dimasukkan ke dalam bank dan segala dokumen-dokumen penting
masjid / SDJ termasuk nombor kombinasi peti besi hendaklah disimpan di dalam peti besi.
 Suatu Daftar Peti Besi hendaklah diwujudkan bagi memudahkan proses penyelenggaraan dan
semakan. Setiap butiran yang hendak didaftarkan bolehlah menggunakan borang seperti dalam
Lampiran I
PERBENDAHARAAN
 9.4 PELABURAN PATUH SYARAK
 Bagi tujuan menambah pendapatan, masjid / SDJ boleh menyertai Pelaburan
Simpanan Tetap sahaja.
 Pelaburan yang disertai hendaklah menggunakan wang lebihan maksimum 20%
daripada simpanan tahun sebelumnya dan sekiranya terdapat keperluan, ia
hendaklah dicairkan.
 Daftar Pelaburan Simpanan Tetap hendaklah disediakan dan dikemaskini dari
semasa ke semasa dan borang seperti dalam Lampiran J boleh digunakan untuk
tujuan tersebut.
 Sebarang Pelaburan yang dibuat hendaklah didaftarkan atas nama "masjid atau
surau“ sahaja.
 Sijil Pelaburan hendaklah disimpan oleh Bendahari di dalam peti besi.
 Sekiranya terdapat sebarang penambahan atau pencairan Pelaburan, ianya
hendaklah dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kariah
 Sebarang pelaburan dalam bentuk selain simpanan tetap yang ingin dibuat oleh
masjid / SDJ hendaklah mendapat kebenaran Jabatan.
PERBENDAHARAAN
 9.5 HARTA BENDA
 Semua harta masjid / SDJ yang diperoleh menerusi wang kutipan dan derma hendaklah direkodkan
dalam Daftar Harta Alih / Harta Tidak Alih menggunakan Lampiran K.
 Semua Harta Alih / Harta Tidak Alih Masjid/SDJ hendaklah dilabel ‘HAK MASJID’.
LAPORAN KEWANGAN
 10.1 REKOD-REKOD DAN PENYATA KEWANGAN
 Pembentangan dan Pengesahan
 Akaun masjid / SDJ hendaklah disediakan oleh Bendahari menggunakan asas tunai.
 Penyata Kewangan Bulanan hendaklah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kariah setiap kali mesyuarat
jawatankuasa diadakan.
 Pengesahan bersama-sama dengan notis mesyuarat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh
mesyuarat.
 Penyata Kewangan Bulanan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan masjid/surau bagi tujuan
ketelusan kepada jemaah/anak kariah setelah mendapat pengesahan daripada pemeriksa kira-kira yang
dilantik.
 Satu salinan Penyata Kewangan Bulanan yang telah diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kariah
hendaklah dihantar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dan
Pegawa Tadbir Agama Daerah untuk tujuan perekodan.
 Bendahari hendaklah memastikan semua dokumen asal dan rekod kewangan disimpan untuk pemeriksaan
dan pengauditan.
LAPORAN KEWANGAN
 Rekod kewangan dan dokumen yang perlu disediakan ialah:
 Anggaran Penerimaan dan Pembayaran
 Buku Tunai
 Buku Panjar Wang Runcit
 Baucar Kecil Runcit Am
 Borang Permohonan Panjar Wang Runcit –cc
 Penyata Pemberialih Kira-Kira Panjar Wang Runcit –cc
 Buku Resit Rasmi
 Daftar Buku Resit Rasmi
 Penyata Kutipan dan Derma
 Penyata Kutipan dan Derma Bulanan
 Daftar Buku Cek (Yang Telah/ Belum Digunakan)
 Akuan Terima Cek
 Baucar Bayaran
LAPORAN KEWANGAN
 Slip Deposit Bank
 Penyata Bank
 Fail Sebutharga
 Daftar Inventori
 Daftar Aset Tetap
 Pengkelasan Aset Tetap
 Anggaran Agihan Pendapatan & Perbelanjaan
 Jurnal
 Lejer/ Lejer Am
 Penyata Penyesuaian Bank
 Imbangan Duga
LAPORAN KEWANGAN
 Suatu Penyata Penyesuaian Bank hendaklah disediakan pada setiap bulan bertujuan
untuk mengesan:
 Cek-cek yang dikeluarkan tetapi tidak dikemukakan oleh penerima kepada bank.
 Resit yang direkodkan dalam buku tunai tetapi tidak didepositkan ke dalam bank.
 Caj perkhidmatan.
 Arahan pindahan bank (standing instruction).
 Kesilapan bank atau buku tunai.
 Hibah/dividen yang diterima.
LAPORAN KEWANGAN
 Penyata Terimaan (Laporan Pendapatan) dan Penyata Perbelanjaan (Laporan
Perbelanjaan) Bulanan
 Penyata terimaan dan Penyata perbelanjaan bulanan ialah penyata yang menunjukkan
jumlah terimaan dan perbelanjaan pada bulan berkenaan dan penutupan akaunhendaklah
dibuat pada hari akhir bulan seperti dalam Lampiran L dan Lampiran M yang dijana dalam
sistem e-SpeAK.
 Bendahari hendaklah menyediakan penyata terimaan dan perbelanjaan bulanan dan
dikemukakan kepada Jabatan pada setiap bulan untuk semakan.
LAPORAN KEWANGAN
 Penyata Kewangan
 Penyata Kewangan (Penyata Terimaan (Laporan Pendapatan), Penyata Perbelanjaan(Laporan
Perbelanjaan) dan Imbang Duga (Balancing Account) untuk masjid / SDJ hendaklahdisediakan
berdasarkan asas tunai.
 Penyata Kewangan hendaklah disediakan oleh Bendahari dan disahkan oleh pemeriksa kira-kira
bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun seperti contoh yang disediakan di
Lampiran L, Lampiran M dan Lampiran N.
 Penyata Kewangan masjid / SDJ yang disediakan hendaklah tidak lewat daripada tarikh yang
ditetapkan oleh Jabatan.
 Sesalinan Penyata Kewangan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Agama Daerah untuk
semakan setiap tahun.
 Jawatankuasa hendaklah menyediakan penyata tahunan untuk disemak oleh dua (2) pemeriksa
kira-kira dan Jawatankuasa Audit.
PELUPUSAN
 Dokumen kewangan boleh dilupuskan tujuh (7) tahun selepas penyelesaian akhir segala
urusan dan penutupan akaun terakhir dalamnya serta mendapatkan kelulusan JABATAN.
Bagi dokumen- dokumen yang terlibat dalam siasatan, pihak masjid/surau hendaklah
mendapatkan kelulusan Jabatan dan agensi terlibat terlebih dahulu.
 Masjid / SDJ boleh melupuskan hartanya dengan menjual atau menyumbangkan apaapa
hartanya mengikut tatacara pelupusan seperti yang berikut:-
 Segala jenis bahan-bahan yang masih boleh digunakan seperti al-Quran, kitab-kitab agama,
pakaian solat untuk persalinan dan sebagainya perlulah diasingkan dan digunapakai semula
tanpa perlu dilupuskan.
 Jika terdapat bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti karpet sembahyang, sejadah dan
sebagainya hendaklah diberi kepada masjid yang berdekatan atau mana-mana masjid agar
kesinambungan daripada manfaat berkenaan dapat diteruskan.
 Sekiranya bahan-bahan berkenaan tidak diperlukan oleh mana-mana masjid maka hendaklah ia
dijual manakala hasil daripada penjualan bahan-bahan berkenaan perlulah dimasukkan semula
ke dalam tabung masjid untuk kemaslahatan masjid.
 Pelupusan tersebut hendaklah dilaksanakan dengan mendapat kelulusan terlebih dahulu
daripada Jawatankuasa Kariah kecuali harta masjid / SDJ yang melebihi RM50,000.00 hendaklah
mendapatkan kelulusan Jabatan/ MAJLIS.
PERCANGGAHAN KEPENTINGAN
 Percanggahan kepentingan (conflict of interest) bermaksud berlakunya
percanggahan/konflik antara tanggungjawab jawatan dan kepentingan
peribadi seseorang penjawat.
 Percanggahan kepentingan boleh menyebabkan pelaksanaan tugas dan
tanggungjawabseseorang anggota pengurusan masjid / SDJ terjejas dan akan
memberi kesan atau pengaruh negatif dalam setiap keputusan dan
pertimbangan yang diambil.
 Bagi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara di samping
memastikan setiap keputusan atau tindakan yang diambil adalah telus dan
berintegriti, Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid/Surau perlu dalam
setiap masa mengelakkan diri daripada terlibat dalam situasi percanggahan
kepentingan.
PENGURUSAN PEROLEHAN
 NILAI DAN KAEDAH PEROLEHAN
 Jawatankuasa Kariah, tertakluk kepada prosedur / peraturan yang ditetapkan oleh
Jabatan / MAJLIS, hendaklah menetapkan had nilai dan kaedah perolehan yang
bersesuaian,
 Jadual berikut menetapkan had nilai dan kaedah perolehan:
Kaedah
Nilai
Panjar Pembelian Terus
(Jawatankuasa Kariah
- 3 sebut harga)
Jawatankuasa
Khas Sebut Harga
Kos Barangan
atau
Perkhidmatan
Tidak
Melebihi
RM500.00
Tidak Melebihi
RM20,000.00
Melebihi
RM20,000.00
Kos Kerja Tidak
Melebihi
RM500.00
Tidak Melebihi
RM20,000.00
Melebihi
RM20,000.00
PENGURUSAN PEROLEHAN
 Jawatankuasa Khas Sebut Harga dianggotai oleh:
 PTA sebagai pengerusi;
 Penghulu Mukim;
 Imam Daerah;
 PPMD; dan
 Pengerusi Jawatankuasa Kariah sebagai setiausaha.
AUDIT
 Jawatankuasa Audit hendaklah dianggotai oleh Jabatan, MAIPk dan Jabatan Mufti.
Format audit mengikut kategori pemilihan pengurusan masjid terbaik.
 Pengauditan Penyata Kewangan masjid / SDJ dari firma audit luar berlesen hendaklah
dilaksanakan dengan kebenaran Jabatan.
 Bendahari hendaklah memberi kerjasama kepada juruaudit dengan menyediakan segala
kemudahan yang perlu semasa juruaudit itu melaksanakan kewajipannya dan mengambil
tindakan segera dengan apa-apa pertanyaan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa
Kariah.
 Jawatankuasa Kariah adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala buku
daftar, akaun dan baucar berhubung dengan urusan kewangan dikemukakan kepada
juruaudit apabila dikehendaki.
 Suatu senarai lengkap yang ditandatangan oleh Bendahari mengenai buku-buku yang
dikemukakan untuk diaudit hendaklah disampaikan kepada juruaudit bersama dengan buku-
buku itu. Jika juruaudit ingin mengambiI dokumen tersebut, satu salinan akuan terima
secara bertulis hendaklah diberi oleh juruaudit itu dan satu salinan mengenainya disimpan
di masjid / SDJ.
 Jabatan boleh pada bila-bila masa mengadakan pemeriksaan mengejut atau pun berkala ke
atas pengurusan kewangan masjid / SDJ.
Sekian Terima Kasih
Shafiq Nasution
JAIPK

More Related Content

What's hot

Teknik distribusi tenaga listrik jilid 1
Teknik distribusi tenaga listrik jilid 1Teknik distribusi tenaga listrik jilid 1
Teknik distribusi tenaga listrik jilid 1
86WILDAN
 
Power system planing and operation (pce5312) chapter five
Power system planing and operation (pce5312) chapter fivePower system planing and operation (pce5312) chapter five
Power system planing and operation (pce5312) chapter five
Adama Science and Technology University
 
Sobretensiones eléctricas por maniobra en líneas de transmisión.
Sobretensiones eléctricas por maniobra en líneas de transmisión.Sobretensiones eléctricas por maniobra en líneas de transmisión.
Sobretensiones eléctricas por maniobra en líneas de transmisión.
Orlando Ramirez
 
Power system stability and control using facts devices
Power system stability and control using facts devicesPower system stability and control using facts devices
Power system stability and control using facts devices
Ajit Singh Rajawat
 
Power quality unit i ANNA UNIVERSITY SYALLABUS
Power quality unit i ANNA UNIVERSITY SYALLABUSPower quality unit i ANNA UNIVERSITY SYALLABUS
Power quality unit i ANNA UNIVERSITY SYALLABUS
MOHANASUNDARAM ANTHONY
 
Load dispatch center
Load dispatch centerLoad dispatch center
Load dispatch center
ddxdharmesh
 
OPERASI SISTEM TENAGA LISTRIK
OPERASI SISTEM TENAGA LISTRIKOPERASI SISTEM TENAGA LISTRIK
OPERASI SISTEM TENAGA LISTRIK
Politeknik Negeri Ujung Pandang
 
Definition & Classification Of Power System Stability
Definition & Classification Of Power System StabilityDefinition & Classification Of Power System Stability
Definition & Classification Of Power System Stability
Shahab Khan
 
Power Flow in a Transmission line
Power Flow in a Transmission linePower Flow in a Transmission line
Power Flow in a Transmission line
Ayyarao T S L V
 
Corona in trasmission line
Corona in trasmission lineCorona in trasmission line
Corona in trasmission line
atikul islam ashik
 
198114406 facts-devices
198114406 facts-devices198114406 facts-devices
198114406 facts-devices
homeworkping3
 
Automatic Load Frequency Control ppt.pdf
Automatic Load Frequency Control ppt.pdfAutomatic Load Frequency Control ppt.pdf
Automatic Load Frequency Control ppt.pdf
PhenomAssassin
 
Powergrid Corporation of India Limited.
Powergrid Corporation of India Limited. Powergrid Corporation of India Limited.
Powergrid Corporation of India Limited.
Sai Chaithanya Sharma
 
PPT on 220 kV G.S.S, Sitapura Jaipur by Ashish Bairwa
PPT on 220 kV G.S.S, Sitapura Jaipur by Ashish BairwaPPT on 220 kV G.S.S, Sitapura Jaipur by Ashish Bairwa
PPT on 220 kV G.S.S, Sitapura Jaipur by Ashish Bairwa
Ashish Bairwa
 
Circle Diagram
Circle DiagramCircle Diagram
Circle Diagram
Harsh Soni
 
1.Digital Electronics overview & Number Systems.pptx
1.Digital Electronics overview & Number Systems.pptx1.Digital Electronics overview & Number Systems.pptx
1.Digital Electronics overview & Number Systems.pptx
LibanMohamed26
 
220KV Substation Training Report
220KV Substation Training Report220KV Substation Training Report
220KV Substation Training Report
SWAPNILKUMARGUPTA
 
FAULT ANALISIS IN HVDC & HVAC TRANSMISSION LINE
FAULT ANALISIS IN HVDC & HVAC TRANSMISSION LINEFAULT ANALISIS IN HVDC & HVAC TRANSMISSION LINE
FAULT ANALISIS IN HVDC & HVAC TRANSMISSION LINE
Dr. Babasaheb Ambedkar Technological University
 
Power system stability
Power system stability Power system stability
Power system stability
MANGESHKULKARNI72
 
60232804 ppt-compensation-techniques-in-ac-transmission-system-using-c
60232804 ppt-compensation-techniques-in-ac-transmission-system-using-c60232804 ppt-compensation-techniques-in-ac-transmission-system-using-c
60232804 ppt-compensation-techniques-in-ac-transmission-system-using-c
ABHISHEK RAI
 

What's hot (20)

Teknik distribusi tenaga listrik jilid 1
Teknik distribusi tenaga listrik jilid 1Teknik distribusi tenaga listrik jilid 1
Teknik distribusi tenaga listrik jilid 1
 
Power system planing and operation (pce5312) chapter five
Power system planing and operation (pce5312) chapter fivePower system planing and operation (pce5312) chapter five
Power system planing and operation (pce5312) chapter five
 
Sobretensiones eléctricas por maniobra en líneas de transmisión.
Sobretensiones eléctricas por maniobra en líneas de transmisión.Sobretensiones eléctricas por maniobra en líneas de transmisión.
Sobretensiones eléctricas por maniobra en líneas de transmisión.
 
Power system stability and control using facts devices
Power system stability and control using facts devicesPower system stability and control using facts devices
Power system stability and control using facts devices
 
Power quality unit i ANNA UNIVERSITY SYALLABUS
Power quality unit i ANNA UNIVERSITY SYALLABUSPower quality unit i ANNA UNIVERSITY SYALLABUS
Power quality unit i ANNA UNIVERSITY SYALLABUS
 
Load dispatch center
Load dispatch centerLoad dispatch center
Load dispatch center
 
OPERASI SISTEM TENAGA LISTRIK
OPERASI SISTEM TENAGA LISTRIKOPERASI SISTEM TENAGA LISTRIK
OPERASI SISTEM TENAGA LISTRIK
 
Definition & Classification Of Power System Stability
Definition & Classification Of Power System StabilityDefinition & Classification Of Power System Stability
Definition & Classification Of Power System Stability
 
Power Flow in a Transmission line
Power Flow in a Transmission linePower Flow in a Transmission line
Power Flow in a Transmission line
 
Corona in trasmission line
Corona in trasmission lineCorona in trasmission line
Corona in trasmission line
 
198114406 facts-devices
198114406 facts-devices198114406 facts-devices
198114406 facts-devices
 
Automatic Load Frequency Control ppt.pdf
Automatic Load Frequency Control ppt.pdfAutomatic Load Frequency Control ppt.pdf
Automatic Load Frequency Control ppt.pdf
 
Powergrid Corporation of India Limited.
Powergrid Corporation of India Limited. Powergrid Corporation of India Limited.
Powergrid Corporation of India Limited.
 
PPT on 220 kV G.S.S, Sitapura Jaipur by Ashish Bairwa
PPT on 220 kV G.S.S, Sitapura Jaipur by Ashish BairwaPPT on 220 kV G.S.S, Sitapura Jaipur by Ashish Bairwa
PPT on 220 kV G.S.S, Sitapura Jaipur by Ashish Bairwa
 
Circle Diagram
Circle DiagramCircle Diagram
Circle Diagram
 
1.Digital Electronics overview & Number Systems.pptx
1.Digital Electronics overview & Number Systems.pptx1.Digital Electronics overview & Number Systems.pptx
1.Digital Electronics overview & Number Systems.pptx
 
220KV Substation Training Report
220KV Substation Training Report220KV Substation Training Report
220KV Substation Training Report
 
FAULT ANALISIS IN HVDC & HVAC TRANSMISSION LINE
FAULT ANALISIS IN HVDC & HVAC TRANSMISSION LINEFAULT ANALISIS IN HVDC & HVAC TRANSMISSION LINE
FAULT ANALISIS IN HVDC & HVAC TRANSMISSION LINE
 
Power system stability
Power system stability Power system stability
Power system stability
 
60232804 ppt-compensation-techniques-in-ac-transmission-system-using-c
60232804 ppt-compensation-techniques-in-ac-transmission-system-using-c60232804 ppt-compensation-techniques-in-ac-transmission-system-using-c
60232804 ppt-compensation-techniques-in-ac-transmission-system-using-c
 

Similar to GARIS PANDUAN KEWAWANGAN MASJID NEGERI PERAK.pptx

Prosedur Akuntansi Pendapatan Di SKPD
Prosedur Akuntansi Pendapatan Di SKPDProsedur Akuntansi Pendapatan Di SKPD
Prosedur Akuntansi Pendapatan Di SKPD
Fox Broadcasting
 
PAPARAN PENATAUSAHAAN KEUANGAN BLUD.pptx
PAPARAN PENATAUSAHAAN KEUANGAN BLUD.pptxPAPARAN PENATAUSAHAAN KEUANGAN BLUD.pptx
PAPARAN PENATAUSAHAAN KEUANGAN BLUD.pptx
SantiSantideswita
 
2017-02-22 Sosialisasi Peraturan Menteri Keuangan Nomor 230/PMK.05/2016
2017-02-22 Sosialisasi Peraturan Menteri Keuangan Nomor 230/PMK.05/20162017-02-22 Sosialisasi Peraturan Menteri Keuangan Nomor 230/PMK.05/2016
2017-02-22 Sosialisasi Peraturan Menteri Keuangan Nomor 230/PMK.05/2016
Ahmad Abdul Haq
 
Sosialisasi Banper Kemenkes.pptx
Sosialisasi Banper Kemenkes.pptxSosialisasi Banper Kemenkes.pptx
Sosialisasi Banper Kemenkes.pptx
MalaAhdina1
 
Si Pi, Wawan Dwi Hadisaputro, Hapzi Ali, Siklus pendapatan: Penjualan dan Pen...
Si Pi, Wawan Dwi Hadisaputro, Hapzi Ali, Siklus pendapatan: Penjualan dan Pen...Si Pi, Wawan Dwi Hadisaputro, Hapzi Ali, Siklus pendapatan: Penjualan dan Pen...
Si Pi, Wawan Dwi Hadisaputro, Hapzi Ali, Siklus pendapatan: Penjualan dan Pen...
Wawan Dwi Hadisaputro
 
Chapter 07 kas
Chapter 07 kasChapter 07 kas
Chapter 07 kas
Majid
 
Administrasi dan pelaporan keuangan tpk
Administrasi dan pelaporan keuangan tpkAdministrasi dan pelaporan keuangan tpk
Administrasi dan pelaporan keuangan tpk
husnijaeh
 
Mekanisme pencatatan kiriman uang antar-KPPN
Mekanisme pencatatan kiriman uang antar-KPPNMekanisme pencatatan kiriman uang antar-KPPN
Mekanisme pencatatan kiriman uang antar-KPPN
Ahmad Abdul Haq
 
MENGELOLA DANA KAS KECIL - Yunniastati Baderan, S.Pd
MENGELOLA DANA KAS KECIL - Yunniastati Baderan, S.PdMENGELOLA DANA KAS KECIL - Yunniastati Baderan, S.Pd
MENGELOLA DANA KAS KECIL - Yunniastati Baderan, S.Pd
SMK Negeri 4 Gorontalo
 
Tupoksi bendahara
Tupoksi bendaharaTupoksi bendahara
Tupoksi bendahara
Inspektorat
 
Ung Implementasi Blu 010210
Ung Implementasi Blu 010210Ung Implementasi Blu 010210
Ung Implementasi Blu 010210Arbyn Dungga
 
Implementasi SOP - Business Process Finance Accounting - PROSEDUR PETTY CASH/...
Implementasi SOP - Business Process Finance Accounting - PROSEDUR PETTY CASH/...Implementasi SOP - Business Process Finance Accounting - PROSEDUR PETTY CASH/...
Implementasi SOP - Business Process Finance Accounting - PROSEDUR PETTY CASH/...
Ferry Corua
 
KERANGKA ACUAN KEU.pdf
KERANGKA ACUAN KEU.pdfKERANGKA ACUAN KEU.pdf
KERANGKA ACUAN KEU.pdf
SitiAwaliyah10
 
Pengendalian interen dan kas
Pengendalian interen dan kasPengendalian interen dan kas
Pengendalian interen dan kasmohkhafi
 
17021348.ppt
17021348.ppt17021348.ppt
17021348.ppt
RizqiTsubata1
 
Tata usaha keuangan
Tata usaha keuanganTata usaha keuangan
Tata usaha keuangan
rajapusbar
 
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauTaklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Lee Oi Wah
 
Bendahara PPT (slide pajak)
Bendahara PPT (slide pajak)Bendahara PPT (slide pajak)
Bendahara PPT (slide pajak)
ssuser8f1e591
 

Similar to GARIS PANDUAN KEWAWANGAN MASJID NEGERI PERAK.pptx (20)

Prosedur Akuntansi Pendapatan Di SKPD
Prosedur Akuntansi Pendapatan Di SKPDProsedur Akuntansi Pendapatan Di SKPD
Prosedur Akuntansi Pendapatan Di SKPD
 
PAPARAN PENATAUSAHAAN KEUANGAN BLUD.pptx
PAPARAN PENATAUSAHAAN KEUANGAN BLUD.pptxPAPARAN PENATAUSAHAAN KEUANGAN BLUD.pptx
PAPARAN PENATAUSAHAAN KEUANGAN BLUD.pptx
 
2017-02-22 Sosialisasi Peraturan Menteri Keuangan Nomor 230/PMK.05/2016
2017-02-22 Sosialisasi Peraturan Menteri Keuangan Nomor 230/PMK.05/20162017-02-22 Sosialisasi Peraturan Menteri Keuangan Nomor 230/PMK.05/2016
2017-02-22 Sosialisasi Peraturan Menteri Keuangan Nomor 230/PMK.05/2016
 
Sosialisasi Banper Kemenkes.pptx
Sosialisasi Banper Kemenkes.pptxSosialisasi Banper Kemenkes.pptx
Sosialisasi Banper Kemenkes.pptx
 
Si Pi, Wawan Dwi Hadisaputro, Hapzi Ali, Siklus pendapatan: Penjualan dan Pen...
Si Pi, Wawan Dwi Hadisaputro, Hapzi Ali, Siklus pendapatan: Penjualan dan Pen...Si Pi, Wawan Dwi Hadisaputro, Hapzi Ali, Siklus pendapatan: Penjualan dan Pen...
Si Pi, Wawan Dwi Hadisaputro, Hapzi Ali, Siklus pendapatan: Penjualan dan Pen...
 
kas.pdf
kas.pdfkas.pdf
kas.pdf
 
Chapter 07 kas
Chapter 07 kasChapter 07 kas
Chapter 07 kas
 
Administrasi dan pelaporan keuangan tpk
Administrasi dan pelaporan keuangan tpkAdministrasi dan pelaporan keuangan tpk
Administrasi dan pelaporan keuangan tpk
 
Mekanisme pencatatan kiriman uang antar-KPPN
Mekanisme pencatatan kiriman uang antar-KPPNMekanisme pencatatan kiriman uang antar-KPPN
Mekanisme pencatatan kiriman uang antar-KPPN
 
MENGELOLA DANA KAS KECIL - Yunniastati Baderan, S.Pd
MENGELOLA DANA KAS KECIL - Yunniastati Baderan, S.PdMENGELOLA DANA KAS KECIL - Yunniastati Baderan, S.Pd
MENGELOLA DANA KAS KECIL - Yunniastati Baderan, S.Pd
 
Tupoksi bendahara
Tupoksi bendaharaTupoksi bendahara
Tupoksi bendahara
 
Ung Implementasi Blu 010210
Ung Implementasi Blu 010210Ung Implementasi Blu 010210
Ung Implementasi Blu 010210
 
Implementasi SOP - Business Process Finance Accounting - PROSEDUR PETTY CASH/...
Implementasi SOP - Business Process Finance Accounting - PROSEDUR PETTY CASH/...Implementasi SOP - Business Process Finance Accounting - PROSEDUR PETTY CASH/...
Implementasi SOP - Business Process Finance Accounting - PROSEDUR PETTY CASH/...
 
Spn
SpnSpn
Spn
 
KERANGKA ACUAN KEU.pdf
KERANGKA ACUAN KEU.pdfKERANGKA ACUAN KEU.pdf
KERANGKA ACUAN KEU.pdf
 
Pengendalian interen dan kas
Pengendalian interen dan kasPengendalian interen dan kas
Pengendalian interen dan kas
 
17021348.ppt
17021348.ppt17021348.ppt
17021348.ppt
 
Tata usaha keuangan
Tata usaha keuanganTata usaha keuangan
Tata usaha keuangan
 
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauTaklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
 
Bendahara PPT (slide pajak)
Bendahara PPT (slide pajak)Bendahara PPT (slide pajak)
Bendahara PPT (slide pajak)
 

GARIS PANDUAN KEWAWANGAN MASJID NEGERI PERAK.pptx

  • 1. GARIS PANDUAN PENYELARASAN PENGURUSAN KEWANGAN JAWATANKUASA KARIAH MASJID & SURAU DIRI JUMAAT NEGERI PERAK Meor Shafiq Nasution Bin Mohd Azkhar Ketua Pembantu Tadbir Kewangan Jabatan Agama Islam Negeri Perak
  • 2. PENGENALAN  Tatacara kewangan ini adalah Garis Panduan Penyelarasan Kewangan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Diri Jumaat (SDJ) di Negeri Perak. Tatacara kewangan ini perlu diikuti dan dipatuhi sepenuhnya.  Adalah menjadi tanggungjawab semua anggota Jawatankuasa Kariah untuk sentiasa memahami dan mematuhi tatacara kewangan ini agar segala tindakan dalam melaksanakan tugas selari dengan kehendak tatacara.
  • 3. OBJEKTIF  Menyelaraskan amalan-amalan pengurusan kewangan dalam kalangan anggota Jawatankuasa Kariah Masjid dan SDJ di Negeri Perak.  Menyeragamkan format (bentuk) rekod dan laporan kewangan seperti Lembaran Imbangan (Kunci Kira-kira) dan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, supaya ianya dapat memberi gambaran yang jelas.  Menyemaikan budaya pengurusan kewangan yang sistematik, telus dan mempunyai kawalan dalaman yang asas.
  • 4.  PENGGUNAAN WANG MASJID  PENGURUSAN KEWANGAN  PENGURUSAN PERAKAUNAN  PERBENDAHARAAN  LAPORAN KEWANGAN  PELUPUSAN  PERCANGGAHAN KEPENTINGAN  PENGURUSAN PEROLEHAN  AUDIT
  • 5. PENGGUNAAN WANG MASJID  Wang wakaf yang dipungut khusus untuk pembangunan masjid hendaklah dibelanjakan untuk pembangunan fizikal masjid seperti membina, membaik pulih, mengubah suai,membesarkan dan membeli peralatan, perkakasan, infrakstruktur serta kemudahan fizikal yang bersangkutan dengan kepentingan masjid berkenaan sama ada pada masa sekarang atau pada masa yang akan datang.  Wang atau aset yang diwakafkan hendaklah dibelanjakan atau digunakan untuk manfaat dan maslahat yang ditentukan itu sahaja dan tidak boleh dibelanjakan, dipindahkan atau digunakan kepada masjid/surau lain sebagai menyempurnakan niat pewakaf berkenaan.
  • 6. PENGGUNAAN WANG MASJID  Wang yang didermakan oleh orang ramai sebagai khairat/kebajikan umum bolehlah dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti yang mendatangkan kemaslahatan ahli jemaah dan keperluan masjid/surau berkenaan yang melibatkan wang kutipan jumaat dan tabung-tabung khas contohnya seperti bayaran saguhati pensyarah dan guru yang mengajar, mengadakan jamuan atau majlis berbuka puasa, membaiki kerosakan, kos penyelenggaraan, pengurusan,pentadbiran masjid/surau berkenaan dan sebagainya .  Wang yang didermakan oleh orang ramai bagi menjalankan aktiviti khusus/tertentu seperti Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Majlis Khatam al- Quran, Majlis Doa Selamat Pergi / Balik Haji,Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam dan sebagainya hanya boleh dibelanjakan kepada aktivti yang dikhususkan itu sahaja.
  • 7. PENGURUSAN KEWANGAN  7.1. AKAUN BANK  Pembukaan akaun bank hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Majlis.  Bendahari hendaklah bertanggungjawab menjaga urusan akaun bank.
  • 8. PENGURUSAN KEWANGAN  7.2. ANGGARAN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN  (a) Penyediaan Anggaran Belanjawan  Bendahari hendaklah menyediakan anggaran penerimaan dan pembayaran untuk dimaklumkan dalam Mesyuarat Agung Khas anggaran perbelanjaan sebelum 1hb Januari tahun berikutnya.  Penyediaan anggaran hendaklah mengambil kira strategi pengurusan bagi tahun belanjawan, langkah-langkah meningkatkan kecekapan dan perancangan bagi tahun berkenaan.  Pengerusi bertanggungjawab memeriksa butir-butir anggaran penerimaan dan pembayaran dan membuat apa-apa pengubahsuaian yang perlu sebelum dibentang untuk kelulusan.  (b) Format Anggaran  Anggaran penerimaan dan pembayaran hendaklah menunjukkan seberapa tepat yang boleh jumlah wang yang dijangka akan diterima atau dibayar pada tahun kewangan berkenaan dengan menggunakan format dalam Lampiran A.
  • 9. PENGURUSAN PERAKAUNAN  8.1 TERIMAAN  Kuasa Menerima dan Memungut  Hanya Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dibenarkan memungut atau menerima wang bagi pihak masjid / SDJ.  Semua terimaan hendaklah dimasukkan oleh Bendahari ke dalam akaun bank masjid.  Kutipan  Semua wang kutipan dan derma hendaklah dikira dan direkodkan oleh Bendahari dalam sistem e-SpeAK.  Tabung kutipan dan derma hendaklah dibuka dan dikira bersama-sama oleh sekurangkurangnya tiga (3) orang yang terdiri daripada 2 orang ahli jawatankuasa kariah dan seorang pegawai masjid yang dinamakan oleh jawatankuasa kariah
  • 10. PENGURUSAN PERAKAUNAN  Kutipan  Butiran kutipan dan derma hendaklah direkod dan disahkan dengan menggunakan borang seperti dalam Lampiran B.  Satu penyata kewangan mengenai kutipan dan derma mingguan hendaklah disediakan secara manual oleh Bendahari selewat-lewatnya pada hari Isnin minggu berikutnya.  Penyata wang kutipan hendaklah dipamerkan kepada jemaah untuk makluman pada setiap minggu dengan menggunakan Lampiran C.  Kemasukan Wang Kutipan Ke Dalam Bank  Setiap urusan kemasukan wang kutipan dan derma masjid/surau ke dalam bank hendaklah dibuat oleh Bendahari atau wakil yang dibenarkan.  Semua kutipan dan derma yang melebihi RM500.00 pada satu-satu masa hendaklah dimasukkan ke dalam akaun bank masjid/surau pada hari yang sama penjumlahan dijalankan atau selewat- Iewatnya pada hari kerja berikutnya.
  • 11. PENGURUSAN PERAKAUNAN  Kemasukan Wang Kutipan Ke Dalam Bank  Kutipan dan derma yang kurang daripada RM500.00 pada setiap minggu atau tidak dapat dimasukkan pada hari yang sama penjumlahan dijalankan atau pada hari kerja berikutnya hendaklah disimpan dalam peti besi.  Semua slip bank hendaklah disimpan oleh Bendahari bagi tujuan pemeriksaan oleh Jemaah audit selama 7 tahun kewangan.  Semakan Kemasukan Wang Ke Dalam Bank  Setelah proses kemasukan wang di bank selesai, Bendahari hendaklah menyemak dan menurunkan tandatangan ringkas bagi memastikan bahawa slip bank berkenaan mengandungi nombor akaun, jumlah dan tarikh yang betul dan diselia oleh Pengerusi.  Setelah wang dimasukkan ke dalam bank, catatan nombor slip bank hendaklah direkodkan ke dalam buku tunai. Jika berlaku perbezaan antara slip bank dengan catatan buku tunai, pelarasan hendaklah dibuat dalam buku tunai dan hendaklah dilampirkan dokumen sokongan.
  • 12. PENGURUSAN PERAKAUNAN  Resit Rasmi  Resit rasmi hendaklah dijana melalui sistem e-SpeAK.  Setiap buku resit rasmi yang dicetak mestilah mengandungi item-item yang diperlukan seperti dalam Lampiran D.  Setiap resit rasmi hendaklah dicetak dalam dua (2) salinan, iaitu salinan resit asal yang akan diberi kepada pembayar dan salinan untuk kegunaan masjid/surau.  Resit rasmi mestilah dikeluarkan kepada pembayar sebagai bukti penerimaan wang yang diterima oleh masjid / SDJ pada masa urusan dibuat.  Buku resit rasmi tidak boleh dilangkau atau dibiar kosong tanpa digunakan. lni adalah untuk mengelakkan daripada disalahguna, kekeliruan atau penipuan.  Resit tidak boleh dimusnahkan tetapi mestilah dibatalkan dengan cop 'BATAL' yang berwarna merah atau tanda berpalang dan hendaklah disimpan berserta dengan salinannya bagi tujuan pengauditan.  Semua resit rasmi yang dikeluarkan hanya akan dianggap sah jika telah ditandatangani oleh Bendahari yang mengeluarkan dan mengesahkan resit rasmi tersebut.
  • 13. PENGURUSAN PERAKAUNAN  Pengeluaran Resit Rasmi  Setiap resit rasmi hendaklah diisi dengan lengkap mengenai tarikh, nama penyumbang, jumlah dan kaedah sumbangan sarna ada secara tunai/cek/EFT.
  • 14. PENGURUSAN PERAKAUNAN  8.2 BAYARAN  Kaedah Pembayaran  Pembayaran melalui Pindahan Dana Elektronik (EFT) Dalam persekitaran elektronik, bayaran dibuat terus kepada akaun penerima melalui pindahan dana elektronik.  Pembayaran daripada Panjar Wang Runcit (PWR) Jawatankuasa Kariah hendaklah menentukan kadar maksimum pembayaran yang boleh dibuat menggunakan Panjar Wang Runcit.  Pembayaran dengan Cek Berpalang Semua bayaran kecuali yang dibuat dengan menggunakan Panjar Wang Runcit hendaklah dibuat dengan menggunakan cek yang dipalang 'Akaun Penerima Sahaja' atas nama orang yang berhak menerima atau pindahan dana elektronik (EFT) kepada penerima.  Adalah dilarang membuat pembayaran secara terus melalui kutipan atau derma dan lainlain tabung.
  • 15. PENGURUSAN PERAKAUNAN  Baucar Bayaran  Semua baucar bayaran dan baucar Panjar Wang Runcit hendaklah disokong oleh dokumen sokongan yang lengkap seperti bil, resit, invois atau pengesahan bertulis yang menyatakan bahawa sesuatu kerja/barang/perkhidmatan telah dibekalkan dengan sempurna. (Surat perakuan siap kerja)  Semua baucar bayaran dan baucar Panjar Wang Runcit seperti di Lampiran E hendaklah disediakan oleh Bendahari dan disahkan oleh Pengerusi atau Setiausaha.  Maklumat terperinci mengenai perbelanjaan dan nama penerima bayaran hendaklah ditulis dengan jelas pada setiap baucar bayaran dan baucar Panjar Wang Runcit.  Semua baucar bayaran dan baucar Panjar Wang Runcit hendaklah dijana melalui sistem eSpeAK dan difailkan.  Dokumen sokongan asal seperti bil, invois dan pengesahan bertulis hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan baucar bayaran atau baucar Panjar Wang Runcit. Bagi Salinan dokumen sokongan hendaklah dicop "Diakui Sah Dari Salinan Asal"  Bagi mengurangkan risiko pembayaran berulang, baucar bayaran dan dokumen sokongan hendaklah dicop dengan perkataan "TELAH DIBAYAR" menggunakan cop berwarna merah.  Jika cek bayaran dihantar melalui pos, salinan baucar bayaran hendaklah dilampirkan bersama dengan cek tersebut.
  • 16. PENGURUSAN PERAKAUNAN  Baucar Bayaran  Setiap baucar bayaran hanyalah untuk satu jenis perbelanjaan sahaja. Pelbagai jenis perbelanjaan dalam satu baucar bayaran adalah tidak dibenarkan.  Baucar bayaran tidak boleh dibuat atas nama lebih daripada satu penerima kecuali lebih daripada satu penerima tersebut adalah pihak-pihak kepada kontrak atau urusan yang sama.  Bayaran yang hendak dibuat kepada penerima selain yang disebutkan namanya pada baucar bayaran hendaklah mendapat kebenaran daripada Jabatan. Surat kuasa yang rnembenarkan pembayaran itu hendaklah dicatatkan pada baucar bayaran itu.  Kelulusan dan Pengesahan Perbelanjaan  Jawatankuasa Kariah, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oIeh Jabatan, dan hendaklah menetapkan had perbelanjaan dan kuasa melulus yang bersesuaian.  Jadual berikut merupakan penetapan had perbelanjaan dan kuasa melulus Had Kelulusan Kuasa Melulus Tidak melebihi RM10,000.00 Dua daripada tiga orang yang berikut: Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari Tidak melebihi RM20,000.00 Jawatankuasa Kariah Melebihi RM20,000.00 Mesyuarat Agung Khas
  • 17. PENGURUSAN PERAKAUNAN  Kelulusan dan Pengesahan Perbelanjaan  Kuorum Mesyuarat Agung Khas hendaklah tiga kali ganda bilangan anggota Jawatankuasa Kariah daripada bilangan ahli kariah yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.  Jenis bajet perbelanjaan bolehlah disenaraikan dengan terperinci menurut kategori: Perkara Peratus Pengimarahan/Pengajian 20% Penyelenggaraan 30% Pentadbiran 30% Kebajikan 10% Simpanan / Pelaburan 10%
  • 18. PERBENDAHARAAN  9.1 PANJAR WANG RUNCIT (PWR) / (Petty Cash)  Jawatankuasa Kariah hendaklah meluluskan pewujudan Panjar Wang Runcit agar boleh digunakan untuk mempercepatkan pembayaran yang kecil dan segera.  Had tuntutan maksimum untuk sesuatu resit ialah RM500.00 sahaja.  Panjar Wang Runcit hendaklah digunakan untuk pembayaran kecil seperti alat tulis, utiliti, barangan runcit lain-lain.  Apabila Panjar Wang Runcit telah berkurangan, penambahan semula boleh dibuat beberapa kali sebulan dengan perbelanjaan telah menjangkau 50% dan ke atas.  Satu buku Panjar Wang Runcit hendaklah diselenggara dengan menunjukkan amaun yang diterima dan dibayar. Semua baucar bayaran hendaklah dinombor dan dicatatkan ke dalam buku Panjar Wang Runcit pada hari ianya dibayar.  Buku Panjar Wang Runcit hendaklah dijumlah serta diseimbangkan dari semasa ke semasa apabila penambahan semula Panjar Wang Runcit perlu dibuat. Buku tersebut hendaklah ditutup setiap bulan dan bakinya dibawa ke bulan hadapan.
  • 19. PERBENDAHARAAN  9.1 PANJAR WANG RUNCIT (PWR) / (Petty Cash)  Apabila berlaku pertukaran Bendahari yang mengendalikan Panjar Wang Runcit, kedudukan Panjar Wang Runcit pada masa penyerahan tugas hendaklah disediakan, kemudian ditandatangani oleh kedua-dua Bendahari yang memberi alih dan yang mengambil alih seterusnya diserahkan kepada Pengerusi seperti dalam Lampiran F.  (i) Sekiranya jawatan bendahari kosong,Jawatankuasa Kariah boleh melantik seorang dari mana mana anggota jawatankuasa kariah yang berkelayakan melalui mesyuarat Jawatankuasa untuk memangku sehingga jawatan diisi.  Sekiranya semua atau separuh Jawatankuasa dikosongkan sebelum diisi, tugas tersebut hendaklah diisi oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah. Pegawai Tadbir Agama Daerah boleh melantik mana-mana pihak bagi membantu menguruskan hal ehwal masjid berkenaan.
  • 20. PERBENDAHARAAN  9.2 BUKU CEK  Permohonan Buku Cek  Bendahari, Setiausaha atau Pengerusi dibenarkan untuk memohon buku cek daripada bank dan hanya satu buku cek sahaja dibenarkan untuk digunakan pada satu-satu masa. Daftar Buku Cek hendaklah disediakan dan diselenggara dengan kemas dan teratur seperti dalam Lampiran G.  Cek dan Pindahan Dana Elektronik (EFT) Terbatal  Mana-mana cek yang tidak ditunaikan sehingga tamat tempoh dari tarikh dikeluarkan hendaklah disifatkan sebagai terbatal.  Dalam melaksanakan pindahan dana elektronik, pemindahan wang secara elektronik yang dikembalikan oleh bank hendaklah disifatkan sebagai terbatal.  Sekiranya ada tuntutan mengenai cek yang telah dibatalkan itu, maka suatu cek baru hendaklah dikeluarkan. Jika cek baharu yang diganti tidak dikehendaki maka amaun cek asal hendaklah dikreditkan terus ke akaun perbelanjaan jika dibatalkan dalam tahun yang sama atau dikreditkan ke akaun hasil jika cek dibatalkan dalam tahun berikutnya.  Bendahari hendaklah menyenggara satu Daftar Cek Batal (DCB) atau satu Daftar Pindahan Elektronik Terbatal (DPET) dengan kemas dan teratur seperti dalam Lampiran H.
  • 21. PERBENDAHARAAN  Pemeriksaan dan Penyimpanan Buku Cek  Bendahari hendaklah memeriksa serta merta buku cek apabila diterima daripada bank untuk menentukan supaya tidak ada cek yang ketinggalan atau hilang.  Pengerusi atau Setiausaha hendaklah menurunkan tandatangan setelah pemeriksaan dibuat ke atas buku cek oleh Bendahari.  Bendahari hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan buku cek.  Kehilangan Cek  Jika sesuatu cek hilang atau salah letak sebelum diniagakan, bayaran masih boleh dibuat jika penerima cek mengemukakan satu perakuan bertulis bahawa bayaran tidak diterimanya dan Bendahari hendaklah mengambil tindakan dengan segera seperti yang berikut:  Menahan cek itu daripada ditunaikan;  Menyemak dan memastikan cek itu belum ditunaikan;  Menyemak nombor cek tersebut dalam penyata bank dan penyata penyesuaian bank;  Membatalkan cek tersebut sekiranya didapati cek tersebut belum dijelaskan; dan  Mengeluarkan cek baharu.
  • 22. PERBENDAHARAAN  Tandatangan Cek atau Kelulusan Pindahan Dana Elektronik (EFT)  Cek hendaklah ditandatangani oleh dua (2) daripada tiga (3) penandatangan iaitu Pengerusi, Setiausaha Dan Bendahari. Adalah tidak dibenarkan menggunakan mesin menandatangani cek.  Penukaran penandatangan cek hendaklah mendapat kelulusan daripada Jabatan.  Tarikh, nama penerima, tujuan cek dikeluarkan serta amaunnya hendaklah ditulis dengan jelas pada setiap keratan cek. Kaki cek juga hendaklah ditulis dengan lengkap.  Setiap cek yang salah hendaklah ditulis perkataan "BATAL" pada cek tersebut dan keratannya. Cek- cek yang batal hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan keratannya bagi tujuan pemeriksaan audit.  Cek kosong tidak dibenarkan ditandatangani terlebih dahulu oleh mana-mana pihak yang diberi kuasa untuk menandatangani cek itu.  Urusan pembayaran melalui pindahan dana elektronik hendaklah diuruskan oleh Bendahari. Sekiranya pembayaran melalui pindahan dana elektronik dilaksanakan, kawalan dalaman dan keselamatan yang mencukupi hendaklah diadakan.  Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari yang diberi kuasa menandatangani cek atau membuat pindahan dana elektronik adalah bertanggungjawab secara bersama dan masing- masing bagi memastikan bahawa cek atau pindahan dana elektronik itu dikeluarkan dengan sepatutnya.
  • 23. PERBENDAHARAAN  9.3 PETI BESI  Satu peti besi hendaklah diwujudkan di masjid / SDJ  Untuk tujuan ini, peti besi hendaklah diletakkan di tempat yang selamat di dalam masjid tersebut.  Kunci peti besi hendaklah mempunyai dua kunci yang berlainan dan nombor kombinasi yang berlainan.  Kunci peti besi hendaklah dipegang oleh Bendahari dan nombor kombinasi dipegang oleh Setiausaha yang bertanggungjawab dan salinan pendua kunci disimpan oleh Pengerusi.  Semua wang kutipan yang belum dimasukkan ke dalam bank dan segala dokumen-dokumen penting masjid / SDJ termasuk nombor kombinasi peti besi hendaklah disimpan di dalam peti besi.  Suatu Daftar Peti Besi hendaklah diwujudkan bagi memudahkan proses penyelenggaraan dan semakan. Setiap butiran yang hendak didaftarkan bolehlah menggunakan borang seperti dalam Lampiran I
  • 24. PERBENDAHARAAN  9.4 PELABURAN PATUH SYARAK  Bagi tujuan menambah pendapatan, masjid / SDJ boleh menyertai Pelaburan Simpanan Tetap sahaja.  Pelaburan yang disertai hendaklah menggunakan wang lebihan maksimum 20% daripada simpanan tahun sebelumnya dan sekiranya terdapat keperluan, ia hendaklah dicairkan.  Daftar Pelaburan Simpanan Tetap hendaklah disediakan dan dikemaskini dari semasa ke semasa dan borang seperti dalam Lampiran J boleh digunakan untuk tujuan tersebut.  Sebarang Pelaburan yang dibuat hendaklah didaftarkan atas nama "masjid atau surau“ sahaja.  Sijil Pelaburan hendaklah disimpan oleh Bendahari di dalam peti besi.  Sekiranya terdapat sebarang penambahan atau pencairan Pelaburan, ianya hendaklah dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kariah  Sebarang pelaburan dalam bentuk selain simpanan tetap yang ingin dibuat oleh masjid / SDJ hendaklah mendapat kebenaran Jabatan.
  • 25. PERBENDAHARAAN  9.5 HARTA BENDA  Semua harta masjid / SDJ yang diperoleh menerusi wang kutipan dan derma hendaklah direkodkan dalam Daftar Harta Alih / Harta Tidak Alih menggunakan Lampiran K.  Semua Harta Alih / Harta Tidak Alih Masjid/SDJ hendaklah dilabel ‘HAK MASJID’.
  • 26. LAPORAN KEWANGAN  10.1 REKOD-REKOD DAN PENYATA KEWANGAN  Pembentangan dan Pengesahan  Akaun masjid / SDJ hendaklah disediakan oleh Bendahari menggunakan asas tunai.  Penyata Kewangan Bulanan hendaklah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kariah setiap kali mesyuarat jawatankuasa diadakan.  Pengesahan bersama-sama dengan notis mesyuarat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat.  Penyata Kewangan Bulanan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan masjid/surau bagi tujuan ketelusan kepada jemaah/anak kariah setelah mendapat pengesahan daripada pemeriksa kira-kira yang dilantik.  Satu salinan Penyata Kewangan Bulanan yang telah diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kariah hendaklah dihantar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dan Pegawa Tadbir Agama Daerah untuk tujuan perekodan.  Bendahari hendaklah memastikan semua dokumen asal dan rekod kewangan disimpan untuk pemeriksaan dan pengauditan.
  • 27. LAPORAN KEWANGAN  Rekod kewangan dan dokumen yang perlu disediakan ialah:  Anggaran Penerimaan dan Pembayaran  Buku Tunai  Buku Panjar Wang Runcit  Baucar Kecil Runcit Am  Borang Permohonan Panjar Wang Runcit –cc  Penyata Pemberialih Kira-Kira Panjar Wang Runcit –cc  Buku Resit Rasmi  Daftar Buku Resit Rasmi  Penyata Kutipan dan Derma  Penyata Kutipan dan Derma Bulanan  Daftar Buku Cek (Yang Telah/ Belum Digunakan)  Akuan Terima Cek  Baucar Bayaran
  • 28. LAPORAN KEWANGAN  Slip Deposit Bank  Penyata Bank  Fail Sebutharga  Daftar Inventori  Daftar Aset Tetap  Pengkelasan Aset Tetap  Anggaran Agihan Pendapatan & Perbelanjaan  Jurnal  Lejer/ Lejer Am  Penyata Penyesuaian Bank  Imbangan Duga
  • 29. LAPORAN KEWANGAN  Suatu Penyata Penyesuaian Bank hendaklah disediakan pada setiap bulan bertujuan untuk mengesan:  Cek-cek yang dikeluarkan tetapi tidak dikemukakan oleh penerima kepada bank.  Resit yang direkodkan dalam buku tunai tetapi tidak didepositkan ke dalam bank.  Caj perkhidmatan.  Arahan pindahan bank (standing instruction).  Kesilapan bank atau buku tunai.  Hibah/dividen yang diterima.
  • 30. LAPORAN KEWANGAN  Penyata Terimaan (Laporan Pendapatan) dan Penyata Perbelanjaan (Laporan Perbelanjaan) Bulanan  Penyata terimaan dan Penyata perbelanjaan bulanan ialah penyata yang menunjukkan jumlah terimaan dan perbelanjaan pada bulan berkenaan dan penutupan akaunhendaklah dibuat pada hari akhir bulan seperti dalam Lampiran L dan Lampiran M yang dijana dalam sistem e-SpeAK.  Bendahari hendaklah menyediakan penyata terimaan dan perbelanjaan bulanan dan dikemukakan kepada Jabatan pada setiap bulan untuk semakan.
  • 31. LAPORAN KEWANGAN  Penyata Kewangan  Penyata Kewangan (Penyata Terimaan (Laporan Pendapatan), Penyata Perbelanjaan(Laporan Perbelanjaan) dan Imbang Duga (Balancing Account) untuk masjid / SDJ hendaklahdisediakan berdasarkan asas tunai.  Penyata Kewangan hendaklah disediakan oleh Bendahari dan disahkan oleh pemeriksa kira-kira bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun seperti contoh yang disediakan di Lampiran L, Lampiran M dan Lampiran N.  Penyata Kewangan masjid / SDJ yang disediakan hendaklah tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan.  Sesalinan Penyata Kewangan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Agama Daerah untuk semakan setiap tahun.  Jawatankuasa hendaklah menyediakan penyata tahunan untuk disemak oleh dua (2) pemeriksa kira-kira dan Jawatankuasa Audit.
  • 32. PELUPUSAN  Dokumen kewangan boleh dilupuskan tujuh (7) tahun selepas penyelesaian akhir segala urusan dan penutupan akaun terakhir dalamnya serta mendapatkan kelulusan JABATAN. Bagi dokumen- dokumen yang terlibat dalam siasatan, pihak masjid/surau hendaklah mendapatkan kelulusan Jabatan dan agensi terlibat terlebih dahulu.  Masjid / SDJ boleh melupuskan hartanya dengan menjual atau menyumbangkan apaapa hartanya mengikut tatacara pelupusan seperti yang berikut:-  Segala jenis bahan-bahan yang masih boleh digunakan seperti al-Quran, kitab-kitab agama, pakaian solat untuk persalinan dan sebagainya perlulah diasingkan dan digunapakai semula tanpa perlu dilupuskan.  Jika terdapat bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti karpet sembahyang, sejadah dan sebagainya hendaklah diberi kepada masjid yang berdekatan atau mana-mana masjid agar kesinambungan daripada manfaat berkenaan dapat diteruskan.  Sekiranya bahan-bahan berkenaan tidak diperlukan oleh mana-mana masjid maka hendaklah ia dijual manakala hasil daripada penjualan bahan-bahan berkenaan perlulah dimasukkan semula ke dalam tabung masjid untuk kemaslahatan masjid.  Pelupusan tersebut hendaklah dilaksanakan dengan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Kariah kecuali harta masjid / SDJ yang melebihi RM50,000.00 hendaklah mendapatkan kelulusan Jabatan/ MAJLIS.
  • 33. PERCANGGAHAN KEPENTINGAN  Percanggahan kepentingan (conflict of interest) bermaksud berlakunya percanggahan/konflik antara tanggungjawab jawatan dan kepentingan peribadi seseorang penjawat.  Percanggahan kepentingan boleh menyebabkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawabseseorang anggota pengurusan masjid / SDJ terjejas dan akan memberi kesan atau pengaruh negatif dalam setiap keputusan dan pertimbangan yang diambil.  Bagi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara di samping memastikan setiap keputusan atau tindakan yang diambil adalah telus dan berintegriti, Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid/Surau perlu dalam setiap masa mengelakkan diri daripada terlibat dalam situasi percanggahan kepentingan.
  • 34. PENGURUSAN PEROLEHAN  NILAI DAN KAEDAH PEROLEHAN  Jawatankuasa Kariah, tertakluk kepada prosedur / peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan / MAJLIS, hendaklah menetapkan had nilai dan kaedah perolehan yang bersesuaian,  Jadual berikut menetapkan had nilai dan kaedah perolehan: Kaedah Nilai Panjar Pembelian Terus (Jawatankuasa Kariah - 3 sebut harga) Jawatankuasa Khas Sebut Harga Kos Barangan atau Perkhidmatan Tidak Melebihi RM500.00 Tidak Melebihi RM20,000.00 Melebihi RM20,000.00 Kos Kerja Tidak Melebihi RM500.00 Tidak Melebihi RM20,000.00 Melebihi RM20,000.00
  • 35. PENGURUSAN PEROLEHAN  Jawatankuasa Khas Sebut Harga dianggotai oleh:  PTA sebagai pengerusi;  Penghulu Mukim;  Imam Daerah;  PPMD; dan  Pengerusi Jawatankuasa Kariah sebagai setiausaha.
  • 36. AUDIT  Jawatankuasa Audit hendaklah dianggotai oleh Jabatan, MAIPk dan Jabatan Mufti. Format audit mengikut kategori pemilihan pengurusan masjid terbaik.  Pengauditan Penyata Kewangan masjid / SDJ dari firma audit luar berlesen hendaklah dilaksanakan dengan kebenaran Jabatan.  Bendahari hendaklah memberi kerjasama kepada juruaudit dengan menyediakan segala kemudahan yang perlu semasa juruaudit itu melaksanakan kewajipannya dan mengambil tindakan segera dengan apa-apa pertanyaan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kariah.  Jawatankuasa Kariah adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala buku daftar, akaun dan baucar berhubung dengan urusan kewangan dikemukakan kepada juruaudit apabila dikehendaki.  Suatu senarai lengkap yang ditandatangan oleh Bendahari mengenai buku-buku yang dikemukakan untuk diaudit hendaklah disampaikan kepada juruaudit bersama dengan buku- buku itu. Jika juruaudit ingin mengambiI dokumen tersebut, satu salinan akuan terima secara bertulis hendaklah diberi oleh juruaudit itu dan satu salinan mengenainya disimpan di masjid / SDJ.  Jabatan boleh pada bila-bila masa mengadakan pemeriksaan mengejut atau pun berkala ke atas pengurusan kewangan masjid / SDJ.
  • 37. Sekian Terima Kasih Shafiq Nasution JAIPK