MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR EDISI KE 16mdzaini
Ini hasil kerjasama semua warga SMK Beris Panchor Tahun 2010, maka terhasillah Majalah Menara Bakti edisi 16 seadanya, tahun ni? Dok betukus lumus nok ssiap awal, 90% dah siap...insyallah
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondelferrydmn1999
Indonesia, negara kepulauan yang kaya akan keragaman budaya, suku, dan tradisi, memiliki Jakarta sebagai pusat kebudayaan yang dinamis dan unik. Salah satu kesenian tradisional yang ikonik dan identik dengan Jakarta adalah ondel-ondel, boneka raksasa yang biasanya tampil berpasangan, terdiri dari laki-laki dan perempuan. Ondel-ondel awalnya dianggap sebagai simbol budaya sakral dan memainkan peran penting dalam ritual budaya masyarakat Betawi untuk menolak bala atau nasib buruk. Namun, seiring dengan bergulirnya waktu dan perubahan zaman, makna sakral ondel-ondel perlahan memudar dan berubah menjadi sesuatu yang kurang bernilai. Kini, ondel-ondel lebih sering digunakan sebagai hiasan atau sebagai sarana untuk mencari penghasilan. Buku foto Lensa Kampung Ondel-Ondel berfokus pada Keluarga Mulyadi, yang menghadapi tantangan untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel warisan leluhur di tengah keterbatasan ekonomi yang ada. Melalui foto cerita, foto feature dan foto jurnalistik buku ini menggambarkan usaha Keluarga Mulyadi untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel sambil menghadapi dilema dalam mempertahankan makna budaya di tengah perubahan makna dan keterbatasan ekonomi keluarganya. Buku foto ini dapat menggambarkan tentang bagaimana keluarga tersebut berjuang untuk menjaga warisan budaya mereka di tengah arus modernisasi.
Apakah program Sekolah Alkitab Liburan ada di gereja Anda? Perlukah diprogramkan? Jika sudah ada, apa-apa saja yang perlu dipertimbangkan lagi? Pak Igrea Siswanto dari organisasi Life Kids Indonesia membagikannya untuk kita semua.
Informasi lebih lanjut: 0821-3313-3315 (MLC)
#SABDAYLSA #SABDAEvent #ylsa #yayasanlembagasabda #SABDAAlkitab #Alkitab #SABDAMLC #ministrylearningcenter #digital #sekolahAlkitabliburan #gereja #SAL
15. AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh,
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak sekolah atas kejayaan dalam menerbitkan
majalah istiqamah pada tahun ini . Saya percaya inisiatif yang diperlihatkan oleh warga
sekolah dalam menerbitkan majalah ini akan dapat menjana bakat dan potensi murid-
murid yang amat besarnya dalam arena pendidikan Negara.
Peningkatan berterusan kualiti pendidikan merupakan kunci kepada kejayaan dan
pembangunan sesebuah Negara . Sistem pendidikan kita harus melahirkan modal insan
berminda kelas pertama yang berupaya bersaing di persada dunia yang kian kompleks
dan mencabar . Kualiti murid hasil daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan harus mampu
memenuhi tuntutan semasa dan masa hadapan ,lantas individu yang telahmelalui system
pendidikan kita setidak-tidaknya telah menguasai Intelectual Quotient(IQ),Emotional
Quotient(EQ) danSpiritual Quotient(SQ) seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Negara.
Walaupun pendidikan di Malaysia telah mencapai tahap kemajuan yang
memberangsangkan ,usaha berterusan hendaklah dilaksanakan bagi meningkatkan lagi
tahap ekses ,ekuiti dan kualiti pendidikan . Matlamat utama pendidikan adalah untuk
mempersiap murid dengan ilmu,kemahiran dan perspektif yang membolehkan mereka
bersaing dalam dunia yang semakin kompleks dan kompetitif . Kunci kepada pencapaian
matlamat ini adalah menyediakan pendidikan yang berkualiti di institusi pendidikan
masing-masing.
Dalam merealisasikan matlamat melahirkan modal insan yang berkualiti ,system
pendidikan bukan sahaja perlu melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik
malah seharusnya melahirkan jati diri yang kemas,cintaakan Negara dan bersifat holistic .
Lantaran itu,bidang kokurikulum dan sukan di sekolah yang menyokong kearah matlamat
tersebut hendaklah diperkukuh dari semasa ke semasa.
Sekian.
14
16. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan kurnia-Nya atas nikmat yang dilimpahkan kepada
kita semua . Tahniah dan syabas kepada sidang redaksi dan warga SMK Agama Tok Bachok kerana
berjaya meneruskan tradisi penerbitan majalah tahunan sekolah . Usaha sebegini perlu diteruskan
untuk memberi ruang kepada warga sekolah bagi menyumbang hasil idea dan kreativiti ke arah
kelangsungan budaya cintakan ilmu . Di samping itu,penerbitan majalah juga diharap dapat
membantu menyalurkan informasi sekolah yang terkini untuk tatapan umum .
Pendidikan merupakan tunjang dan landasan pembangunan insan dan negara . Cabaran utama
dalam pendidikan ialah menentukan kualiti pendidikan di semua peringkat terus dipertingkatkan
. Untuk itu warga sekolah perlulah merangka pelbagai pendekatan yang strategik untuk mencapai
kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan .
Para pendidik perlu bersedia untuk memajukan diri dengan meningkatkan kemahiran diri masing-
masing serta meneroka pelbagai ilmu yang dapat digunakan untuk mencapai kecemerlangan
pendidikan . Kita perlulah keluar daripada pemikiran lama dan melihat perspektif baru dengan
objektif dan pengharapan baru , yang sesuai dengan cita-cita mencapai kecemerlangan pendidikan
SMKA Tok Bachok adalah antara sekolah yang sentiasa mampu mengharumkan nama sekolah dan
daerah hingga ke peringkat kebangsaan dalam bidang akademik dan kokurikulum .Tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang sentiasa berjaya membuktikan
SMKA Tok Bachok sebagai sekolah SMKA terbilang di negeri Kelantan ini .
Akhir kata , harapan agar SMKA Tok Bachok akan terus mengorak langkah ke hadapan mencipta
lebih banyak kejayaan cemerlang dalam dunia pendidikan .Semoga hala tuju pendidikan SMKA
Tok Bachok dapat melahirkan pelajar yang tinggi daya intelek , mempunyai jati diri dan berakhlak
mulia bagi membentuk modal insan yang terbaik pada masa hadapan.
Sekian ,terima kasih.
…………………………………..
(YBRS TN.HJ MOHD FAIZUL BIN YUSOFF)
KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BACHOK
15
17. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum , Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia .Dengan nama ALLAH yang maha
pemurah lagi maha penyayang ,selawat dan salam keatsa junjungan besar nabi Muhammad S.A.W
dan para sahabat baginda .
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya ,kita telah dipanjangkan
umur untuk melangkah ke tahun 2018 ini. Tahniah dan syabas , saya ucapkan kepada unit editorial
sekolah kerana berjaya menerbitkan majalah sekolah bilangan ke-19 bagi sesi 2018 .Hasrat kerajaan
dalam dasar pembangunan dan hala tuju Negara amat berkait rapat dan bergantung kepada sistem
pendidikan .Begitu juga , harapan tinggi yang disandarkan oleh ibu bapa dan masyarakat untuk
melihat kejayaan anak-anak mereka pada masa hadapan .Oleh hal yang demikian , tugas mendidik
merupakan satu tugas yang amat berat dan mencabar untuk warga guru .
Namun , tugasan ini tidak akan berjalan lancar tanpa sokongan dan dorongan daripada pihak
ibu bapa dan masyarakat setempat .Seharusnya pihak ibu bapa hendaklah sentiasa bersama-sama
warga sekolah sama ada menyumbangkan idea ,tenaga ,masa ,sokongan moral dan material dalam
setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah .Objektif ini mampu kita capai jika kita semua
memainkan peranan masing-masing dengan lebih bersungguh-sungguh dan berkesan.
Kekuatan kerjasama antara dua pihak ini dapat melahirkan modal insan yang seimbang ,holistic
,mempunyai semangat patriotism yang tinggi ,sihat dan seterusnya membentuk warga Negara yang
baik dan cemerlang .Ciri-ciri rakyat yang sedemikianlah diperlukan oleh Negara untuk menghadapi
pelbagai cabaran baru demi mencapai dan merialisasikan hasrat kerajaan untuk membina Negara
bangsa dengan semangat 1Malaysia .Sehingga kini saya amat berbangga dengan komitmen
,kesungguhan dan keikhlasan guru-guru sekolah ini dalam menjalankan tugas .Pada masa yang
sama juga saya sesungguhnya amat berpuas hati dengan kerjasama yang berterusan dan menyeluruh
daripada pihak ibu bapa .
Akhir kata ,semoga seluruh warga sekolah sentiasa komited dengan tugasan yang diamanahkan yang
akhirnya dapat mencipta kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang .
Sekian,terima kasih .
……………………………….....
(DATO’ DR ILLIAS B. HUSSAIN)
YDP PIBG
16
18. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera .
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya maka majalah
istiqamah Edisi ke-19 tahun 2018 dapat disiapkan , Syabas , dan tahniah serta terima kasih
diucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah Istiqamah 2018 yang telah berusaha dengan
gigih dan tekun bagi menyiapkan majalah istiqamah yang menjadi kebanggaan sekolah.
Majalah Istiqamah 2018 merupakan dokumen penting sekolah yang merakamkan semua
aktiviti suka duka yang berlaku sepanjang tahun ini.Penerbitan majalah ini juga dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan bakat dalam bidang penulisan
dan penghasilan karya yang bermutu tinggi seiring dengan status SMKA TOK BACHOK
sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan dan Tahfiz Model Ulul Albab.Hal yang demikian
dapat melahirkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu serta menjadi insan yang
cemerlang.
Kecemerlangan sebuah institusi pendidikan bergantung kepada peranan yang dimainkan
oleh semua pihak termasuk pelajar , pendidik , pemimpin , penjaga serta masyarakat
setempat . Akhirnya kecemerlangan itu menjadi satu budaya yang diterapkan dalam
kalangan semua pelajar dan menjadi panduan semua pelajar dalam kehidupan pada masa
yang akan datang .
Akhir kata , saya mengucapkan selamat maju jaya , terima kasih kepada Sidang Redaksi
Majalah Istiqamah 2018 , guru penasihat dan semua guru yang terlibat dalam penerbitan
majalah ini .
Sekian , terima kasih .
..........................................
Tn Hj Mohamad bin Zakaria
Pengetua SMKA Tok Bachok
17
19. Assalamualaikum W.B.T, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia
Bersyukur ke hadrat & iradat ALLAH S.W.T kerana dengan berkat rahman-Nya dan
rahim-Nya kita diberi kekuatan untuk meneruskan budaya menerbitkan wadah rasmi
SMKA Tok Bachok, iaitu “ISTIQAMAH” edisi ke 18 selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W di atas usaha Baginda kita tergolong dalam golongan
khairul ummah.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada
sidang redaksi “ISTIQAMAH” yang berusaha keras dalam memastikan kejayaan majalah
yang menjadi kebanggaan sekolah kami sejak dari dulu lagi. Saya yakin pasti semua orang
mengenali SMKA Tok Bachok yang masyur dalam kebitaraan kawad kaki dan bahasa arab
setelah diiktiraf sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang lebih dikenali sebagai
tahfiz model ulul albab.
Rakan-rakanyangdikasihisekalian,sedarilahbahawakitasemuaasetyangpalingberharga
buat negara ini. Justeru, kita hendaklah bersedia dalam menempuh segala cabaran dan
dugaan yang bakal dialami oleh kita semua pada era globalisasi ini dengan menghiasi diri
kita semua dengan ilmu-ilmu yang berguna dan akhlak yang unggul bersesuaian dengan
pelancaran sumur du sekolah kita.
Kehidupan hari ini mengajar kita menjadi seorang pelajar yang sentiasa berfikiran 10
tahun kehadapan sepertimana dimiliki oleh Saidina Umar Al-Kattab yang menyeru
umat Islam agar sentiasa berlumba-lumba dalam menuntut ilmu agar kemodenan dan
kemajuan dapat dicapai. Oleh itu kawan-kawan, bangunlah daripada angan-angan dan
mimpi di siang hari. Hidup tanpa cita-cita ibarat bahtera tanpa laluan. Sekiranya kita bijak
mengawal muatan bahtera, sememangnya kita bijak menentukan laluan di samudera yang
bergelora.
Kepada rakan sekalian, marilah kita sama berusaha ke arah kecemerlangan agar kita
semua dapat mengangkat martabat SMKA Tok Bachok ke mercu kegemilangan yang
diredhai lagi di berkati ilahi. Akhir kalam tidak lupa juga kepada semua guru yang telah
banyak menabur bakti dan budi dalam usaha mendidik anak-anak bangsa. Pengorbanan
kalian akan tetap kami kenang buat selama-lamanya. Sekian wassalam.
Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad agar diri sentiasa dirahmati dan
diredhai-Nya.
Ahmad Nasran
(Ketua Pelajar SMKA Tok Bachok)
18
20. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Segala puji bagi Allah Yang Maha Agung,Selawat dan selamat atas junjungan Nabi Muhammad
S.A.W.Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana limpah kurnianya yang tidak terhingga.Terima kasih
saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi sepatah dua kata dalam majalah
istiqamah SMKATB bagi edisi ke-19 kali ini.
Ucapan tahniah dan syabas kepada sidang redaksi ISTIQAMAH yang berusaha memastikan
kejayaan menerbitkan majalah kebanggaan sekolah ini.Dengan majalah ini,kita dapat merakamkan
pelbagai peristiwa yang telah dilakukan oleh para pelajar bagi tahun 2018 serta menjadi tatapan
warga SMKATB.Ucapan ini juga saya tujukan kepada semua warga SMKATB di atas komitmen
dan kecaknaan dalam meningkatkan prestasi serta kecemerlangan bagi melonjakkan nama “TOK
BACHOK” ke persada yang lebih tinggi lagi.Dengan izin Allah S.W.T. sekolah ini akan menjadi lebih
maju,cemerlang serta dapat melahirkan generasi yang menjadi mutiara kepada dunia pada masa
akan datang.
Kehidupan masa kini penuh dengan liku-liku cabaran yang kita akan hadapi semasa di alam
persekolahan dan terutamanya setelah kita menjejaki ke alam dunia yang lebih luas.Sedarlah
bahawa masa tidak akan menunggu kita,ketinggian ilmu dan kekuatan rohani menjadi tunjang
utama kita sebagai seorang muslim.Carilah ilmu sebanyak yang mungkin di sekolah ini sama ada
dunia dan ukhrawi.Perbentukkanlah peribadi yang baik dengan akhlak yang terpuji bagi menghiasi
diri sepanjang di sekolah dan di mana sekalipun serta istiqamah selama-lamanya.
Akhir kata,saya ingin memohon seribu kemaafan sepanjang saya berada disini serta kepada semua
warga SMKATB.Sebagai seorang insan lemah yang diberi amanah sebagai ketua asrama pada tahun
ini saya juga ingin memohon maaf jika ada melakukan salah dan silap sepanjang kerja laku saya,saya
doakan kepada kesemua pemimpin sekolah pada tahun akan datang agar lebih berjaya dan dapat
membantu guru-guru bagi sayap kiri sekolah.Semoga sekolah ini dapat meningkatkan lagi prestasi
dari segi akademik,kokurikulum dan rohani agar menjadi kebangggaan ummah.
Sekian,wassalam.
19
21. Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t.Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Seribu penghargaan
saya ucapkan kepada kelab editor sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk
memberi ucapan di dalam majalah kebanggaan kita ini.
Para pelajar yang disayangi sekalian,sekiranya anda membaca ucapan ini bermakna
saya sudah tidak ada lagi di sekolah ini untuk meneruskan perjuangan mencari ilmu di
seluruh dunia.
Wahai pelajar SMKATB,jagalah akhlak kamu kerana adat itu penting terutamanya
dalam menuntut ilmu.Contohilah imam SYAFIE yang tidak pernah melunjurkan kakinya
ke arah rumah gurunya.Ingatlah pelajar sekalian,tiada guna ilmu jika tidak ada keberkatan
daripada gurunya.Carilah peluang untuk berbakti kepada guru seperti menolong mereka
walaupun tidak diminta.Walaupun kecil tetapi sudah menggembirakan hati mereka.
Pelajar yang dikasihi sekalian,belajarlah bersungguh-sungguh untuk mencapai
impian masing-masing.”NO PAIN NO GAIN”.Berkorbanlah dari segi tenaga,masa dan
wang ringgit untuk mencapai kejayaan.Jangan mudah putus asa dalam menuntut ilmu.
Harumkanlah nama sekolah sehingga seantero dunia.Imam Syafie pernah berkata “jika
kamu tidak tahan penatnya belajar,maka kamu akan rasa peritnya kebodohan”.Bangkitlah
pelajar SMKATB untuk mencapai kejayaan.
Pesanan akhir daripada saya,jauhilah maksiat dan perbanyakkanlah melakukan
amal ibadah.Amalkan amar makruf nahi mungkar.Berilah teguran dan bersedialah untuk
menerima teguran.
Akhir sekali,saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi
kepercayaan kepada saya untuk menjadi ketua badar bagi sesi tahun 2018.Saya memohan
seribu kemaafan sekiranya terdapat kesilapan sepanjang pemerintahan saya.Saya doakan
SMKATB akan terus cemerlang melahirkan generasi yang berilmu .Doakan kejayaan
saya pada masa akan datang.Sekian sahaja daripada saya.Assalamualaikum w.b.t.(“Dan
berikanlah peringatan,sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang
mukmin”),surah Az-
20
22. Limpahan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t, selawat dan salam
ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para
sahaba baginda. Alhamdulilah setelah menghadapi pelbagai rintangan
istiqamah bilangan 18 berjaya diterbitkan.
Objektif utama majalah ini diterbitkan adalah untuk merakamkan peristiwa
peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini.oleh itu kami menggunakan
khidmat jurugambar dalaman iaitu ahli ahli editor sendiri serta guru guru
yang pandai dalam fotografi.Tujuan lain adalah untuk memberi peluang
kepada kreatif dan inovatif dalam menghasilkan karya.
Tambahan pula ahli badan editor majalah kebanyakannya daripada
pelajar tingkatan 3,4 dan 5.Kami tidak mampu membahagikan masa
yang mencukupi antara masa belajar dan membuat penggambaran kerja
kerja lain.Kami berasa sungguh berbesar hati kerana dapat menyiapkan
majalah istiqamah 18 .Segala titik peluh yang telah dicurahkan sepanjang
menghasilkan majalah Ini diharapkan dihargai dan tidak disia sia kan.
Akhirulkalam daripada kami unit penerbitan istiqamah SMKATB ingin
memohon seribu kemaafan di atas segala kekurangan yang ada.
SEKIAN TERIMA KASIH
THANK YOU
SYUKRAN.
21
116. When you are sad, I will dry your tears
When you are scared, I will comfort your fears
When you are worried, I will give you hope
When you are confused, I will help you cope
When you are lonely, and you need someone to talk
Remember that I am always there for you…
I will hug you, when you say
I will be with you, when you pray
I will laugh with you when you happy
I will cry with you when you are sad
I will swim to the longest ocean, I wil jump to sky
I will do anything and everything for you….
BECAUSE YOU ARE MY FRIENDS
A little bit from,
Girls 1WH_SASA
BECAUSE YOU ARE MY FRIENDS
Here I go lungs
Scream my out and try to get you,
You are my only , my only one,
Where’d you go
I miss you so,
Seem like its been forever, you’re been gone
Sorry, I can’t be perfect
But thank you for changing my life
And I swear if you come back to my life
I would never had a dream come true
Till the day that I found you
I don’t want to fall to pieces
Just fell the rain on my skin
And you’ll raise me up so I can walk on stormy seas,
This love for SMKATB is unbreakable
I just want you to know
That there’s one day you’ll come back to me…
Piece of work by:
Bidadari_walid_05
To my bestfriends,
One day all of us will get separated from each other.
We will miss our conversations of everything and
nothing and the dreams we had. Days, months and
years will pass until this contact becomes rare.
One day, our child will see our pictures and ask,
“Who are these peope?”
And we will smile with invisible tears because a heart
is touched with a strong world and you will say;
“It was them that I had the best days of my life with”.
Written by:
nrlaina:)
WORDS FOR YOU
SMKATB
114
117. Once upon a time, in a galaxy far, far away…. (not too far)
Sebuah empayar yang gemilang memerintah galaksi yang dipanggil Tok Bachok. Empayar ini diperintah
oleh Maharaja Munzir, pengasas Empayar 2 Hafs. Empayar ini ditadbir oleh 6 pembesar daripada 6 pakatan
yangberbezaiaituPuteraAdamdariPakatanGhostGuard,JeneralMuayyaddariRoyalGuardians,Laksamana
Ali dari Pakatan Phoenix, Kapten Amrin dari Pakatan Spectre, Panglima Farid dari Pakatan Assassin dan
Professor Faieq dari Royal Scientists.
Setiap pakatan mempunyai beberapa ahi-ahli tertinggi di mana kekuatan dan kebijaksanaan mereka
tidak dapat ditandingi. Dari Pakatan Ghost Guard, mereka adalah Bahjat, Amin, Umar dan Danish. Manakala
Nabil, Aqil dan Izzat merupakan kekuatan utama Royal Guardians. Gandingan daripada Faisal, Akif, Amir
dan Ammar mengukuhkan lagi kekuasaan Pakatan Phoenix. “No one knows about us or our existence,” kata-
kata daripada Najwan, Amirul, Aliff dan Haziq dari Pakatan Assasin merupakan antara yang tertinggi dalam
bidang serangan mengejut. “Sep-sep bijok” Hazim, Musyrif, Qisti dan Afif telah menyertai Royal Scientists
yang diketuai oleh Prof. Faieq dan isterinya.
Setiap pakatan diberi tanggungjawab yang wajib mereka pikul. Pembersihan jenayah dibereskan oleh
Pakatan Ghost Guard. Ahli-ahli Pakatan Spectre ditugaskan sebagai spy, penyiasat upahan dan askar upahan
empayar dalam ‘wanted list’. Para assassin mengetuai kawalan sempadan empayar di sepanjang penjuru
angkasa. Pakatan Phoenix mengawal laluan angaksa di sekitar angkasa. Di planet utama, Royal Guardians
menjaga dan mengawal dengan ketat. Segala kemajuan di dalam kerajaan ini semuanya daripada Pakatan
Royal Scientists yang bijaksana.
Pada setiap tahun, empayar ini akan cuba memperkuat askar-askar yang terdiri daripada ‘tentera subjek’
bagi menempuhi dua peperangan yang dasyat yang akan berlansung. Antaranya ialah pertempuran PT3 dan
SPM menjelang tahun 2019 dan 2021. Semua ahli-ahli pakatan meminta supaya seluruh galaksi Tok Bachok
mendoakan mereka supaya mereka memenangi pertempuran –pertempuran itu dengan keputusan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Inilah pengenalan-pengenalan tentang empayar ini. Harap semua pembaca tertarik dengan empayar ini.
p/s: Ini hanyalah rekaan semata-mata. Saja nk bbajet sikit.
Follow us on this instagram: @glorious_hafs
Idea dan sumbangan oleh: Ditulis semua oleh:
Hafsians Champions Mr. Writing (original)
EMPAYAR 2 HAFS
115
118. Perempuan,
Mudah terganggu emosinya.
Perempuan,
Hadir rasa cemburu dan kekurangan
Tika melihat yang lain lebih cantik darinya
Perempuan,
Auratnya sukar dijaga jika berbanding dengan
bukan mahramnya.
Perempuan,
Tika dewasa menjaga maruahnya.
Perempuan,
Kecantikannya menjadi perhatian dunia.
Perempuan,
Hatinya perlu dijaga.
Jika tak mahu dia luka,jangan sentuh hatinya.
Perempuan,
Lebih indah jika cemburu itu ditujukan
pada mereka yang punyai ilmu agama
tinggi,
di samping memperbaiki diri.
Perempuan,
Berbaktilah kepada ibu bapa,
jagalah keluarga dengan penuh
kesabaran,
walau ujian sering menerpa,
moga engkau sentiasa bersama rahmat-
Nya.
Perempuan,
Andai auratnya dijaga sempurna, ajnabi
akan hormat padanya.
Andai aurat masih belum terjaga,
cubalah sedikit demi sedikit untuk
menutup auratmu,
tertutup , bukannya terbalut.
Perempuan,
Walau kadangnya sukar untukmu
bebas, tetapah bersederhana.
Cukuplah Allah pendampingmu.
Cukuplah al-Quran itu menjadi sahabat
setiamu.
Perempuan,
Jagalah kecantikannmu itu,
semoga ianya tidak menjadi fitnah
dunia.
-NA 0212-
NASIHAT UNTUK
BIDADARI SYURGA:)
116
125. SALAM DIBERI PERMULAAN BICARA
TERSEBUTLAH KISAH KELAS TERNAMA
31 PUTERI SEMUA SEMPURNA
TIADA YANG CACAT MAHUPUN BUTA
USTAZAH AIN GURU KELAS KAMI
PRIHATINNYA TIDAK ADA GALANG GANTI
PATUHI MASA SEPERTI DIJANJI
MENGGALAS JAWATAN HEBAT SEKALI
UZMA DAYANA KETUA KAMI
SIKAPNYA RAJIN BAK TERLEBIH BATERI
OTAK YANG GELIGA TAK DITANDINGI
MEMBERI ARAHAN TEGAS SEKALI
ORANGNYA BISING SENTIASA HAPPY
TAK PERNAH DIAM KE SANA SINI
ITULAH AISYAH NAYLI EMPUNYA DIRI
BILA BERBORAK TAK HENTI-HENTI
KERIS DISISIP TAPAK DIBUKA
TAJAK DISARUNG TANDA SETIA
MENEMPUH DUGAAN YANG TAK HENTI TIBA
ITULAH JANNAH PENSILAT KITA
IFFAH DAN IZZAH KEMBAR SEJATI
SETIAP MASA MESTI BERKELAHI
TAPI MEREKA MEMANG KUAT STUDY
MAKLUMLAH BAKAL BEST STUDENT NANTI
DI TEPI JENDELA TEMPAT ASALNYA
TIME STUDY SENYAP SAHAJA
TEMAN DI TEPI MENJADI BUALANNYA
NUR INSYIRAH DIALAH ORANGNYA
NUR IQLIMA CANTIK SEKALI
SENYUMANNYA AKAN MEMIKAT HATI
DIA NI RAMAI BUAH HATI
SO,MELEPASLAH LAGI…
DIALAH PELAWAK DIALAH PELUCU
DALAM KELAS ‘GEGE’ SELALU
RASA LAPAR MAKAN DAHULU
ZUZAM AMALIN WE ALL LUV U
MEMPUNYAI SENYUMAN MANIS BERSERI
SELALU BUAT LAWAK TAK PERNAH JADI
SEORANG PELAJAR YANG BAIK HATI
ITULAH DIA NASYWA ASFAYUZIE
TEMPAT DUDUKNYA DI DEPAN SEKALI
STUDY TAK HABIS SETIAP HARI
ANGANNYA MENJADI HUFFAZ SEJATI
FATIN SYAFIQAH EMPUNYA DIRI
SEORANG GADIS TERSENYUM SENTIASA
MATANYA BERSINAR WATAKNYA CERIA
SIFATNYA TENANG HATINYA MULIA
ALIA SYAFIQAH PEMILIK NAMA
SEORANG MANUSIA YANG GILA-GILA
MENCIPTA KETAWA DI MANA JUA
SENTIASA MEMBINA SUASANA CERIA
HUMAIRAH QAIREENA EMPUNYA NAMA
KELAHIRAN BACHOK BERSAMA KAMI
KECIL SUNGGUH CUTE SEKALI
SIAPA LAGI EMPUNYA DIRI
ATIYAH AISYA PALING DIMINATI
SATU PERKARA JANGAN LUPA
AIR TENANG TIADA BUAYA
SOLIHAH PENDIAM TERSENYUM MESRA
MENGHAFAL AL-QURAN IDAMAN HATINYA
SHIFAA CHUKREE EMPUNYA NAMA
SENYUMANNYA MANIS DISEGANI SEMUA
JARI MENARI BERSAMA PENA
SEKELIP MATA SUDAH TERLENA
BAIK BUDINYA INDAH PEKERTINYA
ALUNAN AL-QURANMERDU SUARANYA
MENGHARUKAN HATI PENDENGAR SETIA
TASNIM UST WA ITULAH DIA
GADIS CANTIK LENTIK DI MATA
BIJAK BELAJAR RAJIN MEMBACA
OTAKNYA GENIUS MINDANYA GELIGA
ARIFA SUMAYYAH TAULADAN SEMUA
TIBALAH GILIRAN SANG GENIUS KAMI
BUKU DIPEGANG SIANG DAN MALAM
YANG BETUL DIAMBIL YANG SALAH DIKAJI
AINA FARAIZA BAK CIKGU MITHALI
DIA KELAKAR DIA MESRA
SUARA MERDU TERPEGUN SEMUA
DIA IDOLA KEPADA KITA
YASMEEN UST KIE ITULAH DIA
DUDUKNYA DIA DI HUJUNG SEKALI
MUKANYA CANTIK LAGI CERIA
ORANG BERGURAU DIA KETAWA
ALIA AZMI ITULAH DIA
BERJIWANG BERMESEJ TAK KIRA MASA
SUKA TIDUR TAPI BIJAK GILA
ORANGNYA CANTIK LAGI BERGAYA
NUR BALQIS PSS BERJAYA
KEMBARA 2 QALUN
123
126. DARI KRAI DIA MERANTAU
MENCARI ILMU DI TEMPAT ORANG
BIARPUN JALAN DIPENUHI RANJAU
A’ISHAH BUKAN CALANG ORANGNYA
DIA BIJAK DIA BERKACA MATA
DIA KELAKAR DIA MUDAH MESRA
DIALAH PAKAR JUGALAH PEREKA
AISYAH NADHIRAH EMPUNYA NAMA
SENYUMAN MANIS SENTIASA DIBERI
KETAWA GEMBIRA TAK INGAT DIRI
MENCERIAKAN KELAS MENGGELETEK HATI
NUR AFIAN NAMA DIBERI
DIAM-DIAM UBI BERISI
DALAM KELAS SEPI SEKALI
BERKACA MATA GENIUS SEKALI
ITULAH AQISH PANGGILAN DIBERI
BANGUN AWAL SUATU KEMESTIANNYA
MENGHAFAL MURAJAAH SETIAP MASA
KECEKAPAN DIKAGUMI SETIAP LANGKAHNYA
WAN MAHIRAH GADIS BERBISA
MINDANYA CEGAS LANGKAHNYA PERLAHAN
DIALAH CONTOH DIALAH IDAMAN
NASYID DAN LAGU DIJADIKAN MAKANAN
ITULAH HUSNA SOLO KEBANGGAAN
SUKA MELUKIS HOBI SI DIA
SELALU TERTUNDUK MENANTIKAN KERJA
BILA DISAPA TERSENGIHLAH DIA
SIAPA TAK KENAL AISYAH RUGILAH DIA
SEORANG PENGAWAS MENJUNJUNG TUGAS
NAMANYA MENGHANTUI PENDUDUK KELAS
AKTIF BERTANYA TAK KENAL BATAS
SYAMILAH IZZATI SENTIASA CERGAS
TIDUR DALAM KELAS MENJADI HOBI
BILA EXAM KALUT STUDY
SEBENARNYA BIJAK TAK TUNJUK LAGI
MUNIRAN HANAN SETIA DI QALUN NI
KECIL-KECIL CILI API
WALAUPUN KECIL ADA ISI
ITULAH DIA SI FATINAH KITA
BAYAR DENDA LIAT SEKALI
124
127. PENJAGA WARKAH ILMU TERKANDUNG
BERBAJU KUNING TANDA JAWATAN
BERSIFAT KALUT TIDAK BERTEMPAT
HAFIZAH ALWANI PENDEKAR RAHSIA
MENCIPTA NOVEL ITULAH IMPIAN
SENTIASA BERKHAYAL ITULAH HOBI
PAHLAWAN ALEEYA PENJELAJAH DUNIA
GELARAN NOVELIS MENJADI PUJAAN
NAMA TERINDAH DARI KITAB SUCI
AMRINA RASYADA PENYEJUK MATA
MENJADI PAHLAWAN PEMUJUK HATI
DENGAN IZIN-NYA AL-HAFIZAH B
AKAL DISANDANG
LARIAN PECUT SETARAF USAIN BOLT
MURSYIDAH BA JADI PEGANGAN
PAHLAWAN HASIBA BAGAIKAN PETIR
MATANYA MEMBULAT APABILA TERKEJUT
SUKA BERCAKAP SEPERTI MURAI
BADANNYA KURUS SEPERTI CHOPSTICK
MULUTNYA PEDAS SERING TERASA
PAHLAWAN AQILA INGATAN SEMUA
ANAK SULUNG DALAM KELUARGA
MEMAKAI PD PENYERI PAKAIAN
PAHLAWAN MAHIRAM PENCETUS SEMANGAT
JANGAN DIKACAU NANTI HURU HARA
PAHLAWAN SABRINA MUSUH SI KUCING
TUDUNGNYA TAJAM SEPERTI DURI
EGONYA ADA MENCERMINKAN DIRI
AKALNYA PANDAI SEPERTI KANCIL
PAHLAWAN SENI MENGHIASI KERABAT
PEREKA BUSANA PARA GADIS
KEINDAHAN ALAM MENJADI KETENANGAN
PAHLAWAN MASTURINA GADIS CERIA
PENETAP SETIA DI BAWAH KIPAS
KEHADIRAN ANGIN MENJADI PENYELAMAT
JANGAN DIKONGKONG NANTI TERJUNAM
PAHLAWAN NATASYA PENDIRIAN TETAP
DI SINI SAHAJA AL-KISAHNYA
22 PAHLAWAN DAN SEORANG PERMAISURI
MENYEMPURNAKANKEKURANGANKERABAT
INI
PERJUANGAN KAMI TAKKAN PERNAH HENTI
HABIS SUDAH WARKAH KAMI
MENULIS KATA DENGAN SOPAN
JIKA ADA TERKASAR BAHASA
KAMI MOHON SERIBU KEMAAFAN
CREATED BY:ALEEYANA_FARIF
#QUEEN#
ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA KISAH
MARI KENALI PAHLAWAN SEJATI
YANG BERMATI MATIAN DEMI PT3
ITULAH KAMI 3 AL BAZZI
22 PAHLAWAN AKAN DIKENALKAN
PELBAGAI TENAGA MENJADI Satu
HIDUP KAMI JANGAN DIKACAU
KERANA KAMI KERABAT HIPSTER
HITAM PUTIH MENJADI TEMA
KEWUJUDAN PERMAISURI MENGHIASI SEGALANYA
TERCIPTA INDAH USTAZAH HUFAIDAH
MEMERINTAH PARA PEHLAWAN SUPAYA BERADAB
DIMARTABATKAN SEBAGAI KETUA PAHLAWAN
HATINYA KENTAL TAK KIRA ZAMAN
FARZANA ATHIRAH SEORANG PAHLAWAN
MEMERANGI KEJAHATAN MASA SILAM
DIANGKAT SEBAGAI KESATRIA YANG TEGAS
TERBANG KE LANGIT MERENTASI AWAN
GELARAN CAPTAIN SEBAGAI IMPIAN
KESATRIA YANG KAMI HORMATI AIDA NAJWA
LAKSAMANA AUFA PENCORET ARAHAN
KELANTANGAN SUARA MENGGEGARKAN ISTANA
JANGAN DIUSIK HATI PERASAAN
KERANA MEJA BOLEH MELAYANG
LAKSAMANA RIBENA SI ATHIRAH ASPAL
MANGHANCURKAN PERABOT DENGAN TELATAHNYA
PARA PAHLAWAN PENING KEPALA
SATU KELAS DITAWAF TANPA NIAT
MENGUMPUL DUIT TUGAS MENTERI KEWANGAN
DIBERI GELARAN RAJA BOOMERANG
KETAWA TERSEKAT TIDAK BERBUNYI
GENIUS MATEMATIK AISYAH NABILAH
PENDEBAR SETIA MILIK SI PIPIT
KESEDIHAN DIRI DILIPUTI SENYUMAN
ANTARA YANG TERSERLAH DALAM KERABAT
FARAH ATHIRAH PENYEJUK API
PENASIHAT DI RAJA TAKDIR TERTULIS
PEMBIMBING PAHLAWAN KETIKA LALAI
PENYENTUH HATI MENGINGATKAN AKHIRAT
TERLAHIRNYA DI DUNIA FARAH INSYIRAH
KERAJAAN
3 ALBAZZI
125
128. ASSALAMUALAIKUM TIRAI DIBUKA
JANGAN TAK JAWAB NANTI BERDOSA
4 IBNU RUSHDI EMPUNYA SELOKA
SUKA DAN DUKA TETAP BERSAMA
17 PUTERI 13 PUTERA
SALING MENEGUR UNTUK KE SYURGA
30 JUZUK TAK PERNAH LUPA
INILAH KISAH PENGGEGAR DUNIA
YANG BERBAHAGIA AYAHANDA KAMI
USTAZ ZULFARID KAMI HORMATI
KEHEBATANNYA TIDAK DITANDINGI
KERANA BELIAU AGUNGNYA KAMI
IRFAN FATHULLAH ‘MONITOR’ KAMI
ARAHAN DIBERI SENTIASA DIPATUHI
KETIKA BELAJAR TERSENGIH SENDIRI
RUPANYA MEMANDANG ‘DIA’ YANG DINANTI
KETIKA MEMBACA AYU TERASA
KETIKA MENGILAI GILA BAHANA
‘ASSISTANT’ HEBAT SENTIASA SETIA
EZZATIE NAJWA ITULAH DIA
BAHASA ARAB MENJADI PILIHAN
BERSPEAKING DI SYURGA ITU IMPIANNYA
AIN SYAHIRAH KAMI KENALKAN
AKHLAK TERJAGA SEBAGAI KAUM HAWA
AMINAH DAN SOFEA BERPISAH TIADA
BISING DAN KECOH HOBI MEREKA
KEDUANYA DUANYA OTAK BERGELIGA
SEKALI KENYIT MUSNAHLAH DUNIA
PENGAWAS PSS JAWATAN DIBERI
WAJAHNYA TETAP BERSERI SERI
ALIANA NAJWA NAMA DIBERI
SEKALI PANDANG TERJATUH HATI
AUNI DAN AQILAH EMPUNYA PENANGAN
INGATKAN PENDIAM TETAPI PERIANG
SEKALI LIHAT PASTI BERKENAN
RAJINNYA PULA TIADA TANDINGAN
PANDAI MELUKIS MEMANG BAKATNYA
IRFAN JAZLI ITULAH NAMANYA
KECEK BODO DIALAH PAKARNYA
NAK SAKIT JIWA? JUMPALAH DIA
FASIHAH DAN NASIHAH BERKEPIT SENTIASA
SAMA HEBAT SAMA BERBISA
KALAU BELAJAR JANGAN KE KAYANGAN
NANTI KEJAYAAN JADI BAYANGAN
ORANGNYA CANTIK IDAMAN SI TERUNA
BILA MENGAMUK TAK INGAT DUNIA
RAJA SYAZWANI MULIA AKHLAKNYA
DALAM KELAS SENTIASA TERUJA
DUDUK BERSEBELAHAN DALAM KELAS
PATUTLAH PERANGAI HAMPIR SAMA
DIALAH AISHAH PENGHIBUR KELAS
BERSAMA ENGKU SEPANJANG MASA
BILA BELAJAR FOKUS SEKALI
AIN AFFIZA EMPUNYA DIRI
ALLAH DAN QURAN SENTIASA DI HATI
BILA DIPUJI SENTIASA MERENDAH HATI
SEKALI PANDANG BOLEH MELAYANG
TETAP COMEL SETIAP MASA
AINUL AQILAH EMPUNYA ORANG
SEKALI JELING BERGONCANG DADA
ALIYA AQILAH HEBAT SENTIASA
SEMUA SUBJEK TELAH DIKUASAI
BUAT KEBAIKAN SEPANJANG MASA
BUAT KEJAHATAN JANGAN SESEKALI
SUFIYYA ILIYANIE MENGUNYAH SENTIASA
SITI NUR ATHIRAH KETAWA TAK HENTI
PENGHIBUR KELAS SEPANJANG MASA
KEDUA DUA BIJAK BESTARI
LUNAKNYA SUARA BAK BIDADARI
KERIANGANNYA TAK PERNAH BASI
NAUFAL HAKIM NAMA DIBERI
KECIL KECIL CILI PADI
ZARIF DAN ABQARIY NAMA MEREKA
BERPAKAIAN KEMAS KEPAKARAN MEREKA
FOKUS BELAJAR MISI MEREKA
SAHABAT KE SYURGA ITULAH MEREKA
MENJADI PENYERI SEWAKTU BERDUKA
SENYUM TERTAWA SEPANJANG MASA
HAZEEQ AFIEFF KAMI TAK LUPA
KERANA DIA HIDUP LEBIH BERMAKNA
SELOKA 4 IBNU RUSHD
1 2 6
129. SI LEGEND ENGLISH KAMI GELARI
AL HAFIZ PERTAMA KALANGAN KAMI
NIK ABID DZAR NAMA DIBERI
ANTARA TERCERDIK ITU SUDAH PASTI
ADIWIRA PISA ITU KEBANGGAANNYA
BABY TERCUTE ANTARA SEMUA
ASYRAF BOBBY SENTIASA CERIA
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
FARIZUL ZAKWAN BERTUBUH SASA
MUKA SINGA TAPI HATI BUNGA
BILA BERKAWAN JANGAN BERDUSTA
NANTI MEREKA MENUNGGU KITA
HOMEWORK TAKSIAP TAKPERNAH KANTOI
ITULAH SYAHIR YANG KAMI KAGUMI
SIKAP DIRINYA TERSANGATLAH SEMPOI
JALAN KE SYURGA SENTIASA DICARI
RAUT WAJAHNYA SEMANIS GULA
KALAM BICARA MENYENTAP JIWA
AIDI BASSYAR DIAM SENTIASA
BIAR BEGITU ILMU PENUH DI DADA
ATIEF TIDAK KESEORANGAN LAGI
SEKARANG ADA AL QURAN DI HATI
MASA BELAJAR SENYAP SEKALI
RUPANYA SUDAH KE ALAM MIMPI
ALUNAN SUARA MENGGODA JIWA
SESIAPA TERDENGAR PASTI BERKENAN
ADA ALLAH ADA SEGALANYA
FAKHRULLAH AFIQ KAMI KENALKAN
SELOKA DIOLAH BUAT INGATAN
KENANG KENANGLAH JANGAN DILUPA
DURI DI HATI JANGAN DI SIMPAN
TAKUT LUKA BERTAMBAH LARA
SAMPAI DI SINI TARIAN PENA
SERIBU KEMAAFAN PADA YANG TERLUKA
BUKAN MENGATA BUKAN MENGHINA
SEKADAR MEMORI BILA DEWASA
CREATED BY:
_XIX_
127