Doa memohon petunjuk dan kekuatan dari Allah untuk menghadapi ujian UPSR yang menentukan masa depan. Doa agar Allah terangkan hati, kuatkan ingatan, lapangkan dada, mudahkan urusan, ampuni dosa, sempurnakan usaha, berikan kejayaan, dan terima permohonan.
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
Doa upsr
1. DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR
بِ اسْمِمِ ا اللهِ ا الرَّحْمِمَنِنِ ا الرَّحِ ايْمِمِ ا
اَنِلْمِحَنِمْمِدُ ل للهِ اَّ رَنِبِّ الْمِعَنِاللَنِمِ ايْمِنَنِ,
الصَّلاَنِة ُ وَنِالسَّلاَنِمُ ل عَنِلَنِى سَنِيِّ دِ انَنِال مُ لحَنِمَّدٍ وَ وَنِعَنِلَنِى آلِ اهِ ا وَنِأَنِصْمِحَنِالبِ اهِ ا أَنِجْمِمَنِعِ ايْمِنَنِ
…Allahumma Nawwir Qulubana
يال الله يال رحمن يال رحيم
Terangilah hati kami dengan cahaya pertunjukMu sebagaimana Engkau
menerangi bumi dengan cahaya
Matahari selama-lamanya
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan
pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki
peperiksaan UPSR yang menentukan kejayaan dalam perjuangan kami.
Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di
bawah kekuasaan dan kehendakMu jua.
Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan hidayahMu.
Kuatkanlah ingatan kami dan janganlah Engkau biarkan kami terlupa.
Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkannya.
Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan.
Allahummaftah Alaina Hikmataka Wansyur Alaina..
يال الله يال غفالر
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru
kami dan seluruh umat Islam, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah
hati kami terhadap rezeki pemberianMu.
Janganlah Engkau hukum kami akibat kesalahan dan dosa-dosa kami
dan jangan biarkan hati kami terpedaya degan kelalaian dan kekufuran.
يال الله يال رحمن يال رحيم
Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami
dengan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang
mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsia, maka bantulah kami.
Kabulkanlah permohonan kami.
Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin..