SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
KHS Terbilang 2010
DIARI KONSEP 942/2 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA
TEMA 1 – PENDUDUK
KONSEP HURAIAN
1. Penduduk
sebagai sumber
Penduduk bertindak sebagai agen perubahan terhadap pembangunan
sosioekonomi ruangan, perubahan terhdp landskap budaya dan
perubahan terhdp landskap fizikal di sesebuah kwsn.
2. Pola taburan
penduduk: stpm
2008
Sebaran penduduk disesuatu kwsn di muka bumi. Pola taburan ini
berbeza antara kwsn. Terdapat tiga jenis pola taburan penduduk iaitu
padat terdapat di kwsn bandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan
penduduk sederhana pula terdapat di kwsn pekan kecil seperti
Kluang manakala taburan penduduk jarang terdapat di kwsn
pedalaman, gurun dan kwsn berpaya.
3. Kadar
Pertumbuhan
Penduduk: stpm
2007
Satu angka (biasanya dalam peratus) yang menunjukan suatu arah
pertambahan penduduk sama ada pesat (tinggi), Perlahan
(sederhana), statik ( sifar) atau berkurangan (bawah sifar) bagi satu-
satu tempoh tertentu (tahunan/10 tahun).
Kadar ini mrjk kepada satu-satu kwsn tertentu seperti negara,
wilayah, dunia.
Kadar Pertumbuhan Penduduk (KPP) = kadar kelahiran (KL) – kadar
kematian (KM) + kadar migrasi bersih (KMB)
4. Konsep Lebihan
Penduduk :
Keadaan dimana jmlh penduduk melebihi kemampuan penawaran
sumber yg ada dlm sesebuah negara. Terbahagi kpd 2 iaitu:
lebihan penduduk mutlak yg bermakna sumber alam yg amat
sedikit atau sudah habis digunakan dan
lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih
banyak tetapi keupayaan teknologi utk membangun/menjana sumber
tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak
boleh ditampung.
5. Penduduk
kurangan
Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yg sedikit
berbanding dgn jmlh sumber s/jadi yg ada.
6. Penduduk
Optimun
Keadaan yg seimbang antara jmlh atau saiz penduduk dgn sumber
pengeluaran khususnya sumber alam berbanding dgn tempoh
sebelum atau selepas mencapai penduduk optimun.
7. Piramid
Penduduk
Graf bar yg menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan
jantina di sesebuah negara. Paksi menegak mewakili kumpulan umur,
paksi mendatar menunjukan peratusan atau jmlh jantina lelaki dan
perempuan
8. Piramid Progresif Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut:
jmlh penduduk muda yg ramai, kdr kelahiran tinggi. Jangka hayat
penduduk rendah, nisbah tanggungan tinggi, pembangunan ekonomi
dan sosial rendah
1
nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
KHS Terbilang 2010
Konsep Huraian
9. Piramid Regresif
(peralihan)
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr
kelahiran rendah, nisbah tanggungan rendah, golongan produktif dr
segi ekonomi tinggi, tahap pembangunan ekonomi lebih maju.
10. Piramid
penduduk stabil
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr
kelahiran yg sgt rendah, tahap penduduk optimun, jangka hyt
penduduk tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial sgt maju.
11. Piramid
Penduduk
terganggu
Blh berlaku ke atas mana-mana piramid s/ada progresif, regresif atau
stabil yg menyebabkan perubahan yg ketara ke atas struktur umur
dan jantina penduduk. Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak
penyakit, atau kesan polisi kerajaan spt dasar saiz keluarga kecil.
12. Model peralihan
Demografi
Satu bentuk graf garis yg menggambarkan transisi atau perubahan
kependudukan yg dialami oleh sesebuah negara dari dulu hingga kini
dan pada masa akan datang.
13. Mobiliti ruang Merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kwsn atau
antara kwsn sama ada bersifat jangka pendek atau jangka panjang.
14. Mobiliti sosial Mrjk kpd perubahan status sosioekonomi para migran yg berhijrah
dari kwsn mundur ke kwsn maju.
15. Migrasi Mrjkk kpd penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat
ke satu tempat yg lain yg melibatkan perubahan ruang dan masa.
16. Migrasi Dalaman
: (tema 1)
Perpindahan penduduk dlm negara, iaitu perpindahan yg tidak
merentasi sempadan sesebuah negara.
17. Migrasi
Antarabangsa
(tema 1) stpm
2007
Perpindahan atau pergerakan penduduk yg merentasi sempadan
negara atau antarabangsa. Cth kemasukan pekerja asing dari
Indonesia, Vietnam dan Bangladesh ke Malaysia.
18. Imigrasi Penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah kwsn
19. Emigrasi Penghijrahan keluar penduduk dr sesebuah kwsn
20. Migrasi bersih Mrjk kpd perbezaan nilai yg wujud antara imigrasi dan emigrasi
21. Daya tampung
Persekitaran
fizikal
Kecukupan sumber alam spt tanah pertanian, bekalan tenaga, air dan
udara utk menampung keperluan penduduk pd aras tertentu di
sesebuah kwsn.
21. Daya tampung
sumber alam
Keupayaan sesuatu sumber alam menampung dan memenuhi
keperluan penduduk pd tempoh tertentu.
2
nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
KHS Terbilang 2010
Tema 2 – Pembangunan Ekonomi : Pertanian
Konsep Huraian
1. Pertanian pindah Sejenis pertanian sara diri ringkas yg berkonsepkan pindah tapak
mengikut perpindahan org-org asli. Dikenali dgn pelbagai nama
Ladang di M’sia, Huma di Indon, Caingin di Filipina, Tamrai di
Thai, Tuangnya di Myanmar dan Hay di Laos.
2. Pertanian Sara diri
Intensif
Diusahakan giat setempat, utk keperluan keluarga, lebihan hasil
akan dijual. Lebih maju dari pertanian pindah.
3. Pertanian Kebun
kecil
Berkonsepkan kpd aktiviti pertanian bukan bijirin, bersifat
separuh komersial dan campuran antara perkebunan secara jualan
dgn yg digunakan utk keluarga.
4. Pertanian
Perladangan
ekstensif
Berkonsepkan komersial sepenuhnya, berskala besar, kos tinggi,
pengurusan sistematik serta berorientasikan pasaran dan
keuntungan.
5. Bioteknologi
pertanian: (tema 2)
stpm 2008
Proses atau teknologi menggunakan sains hayat/biologi spt
mikroorganisma, haiwan & tumbuhan utk mengatasi masalah
pertanian & menghasilkan produk pertanian yg berkualiti. Kaedah
ini dibahagikan kpd dua iaitu:
Pengklonan yg merupakan proses menghasilkan benih tanaman
atau haiwan ternakan drp tisu pokok atau haiwan yg sama
kandungan genetiknya dgn induk bagi menghasilkan jumlah yg
lebih byk.
Kacukan hibrid ialah proses memindahkan genetik secara semula
jadi drp dua organisma yg sama untuk menghasilkan anak benih
yg baru.
6. Industri asas tani:
(tema 2) stpm 2006
Salah satu subsektor perkilangan yg menghasilkan produk
makanan & bukan makanan yg menggunakan bhn keluaran
pertanian spt getah, k/sawit, herba, & padi sebagai bhn mentah.
7. Produk Pertanian
Jenama M’sia Best
Mula diperkenalkan pd 28 Jun 2003. Pd peringkat permulaan
betik, mangga, tembikai, nenas dan belimbing dilabelkan
seterusnya diperluaskan kpd produk lain spt hasil ternakan,
sayuran dan perikanan. Jenama ini membuktikan produk pertanian
M’sia berkualiti dan mempunyai keselamatan mengikut standard
piawaian pertanian antarabangsa.
8. Pembangunan:
(tema 2) stpm 2008
Proses perubahan taraf hidup penduduk melalui perubahan dlm
sektor ekonomi, misalnya berubah drp ekonomi pertanian kpd
ekonomi perindustrian, perubahan dlm peningkatan pendapatan
misalnya, drp petani kpd peniaga, perubahan dlm aspek teknologi
misalnya penggunaan teknologi maklumat dlm kehidupan &
peningkatan dlm sektor pendidikan serta peningkatan dlm kualiti
hidup penduduk di sesuatu kwsn.
3
nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
KHS Terbilang 2010
Tema 2 – Pembangunan Ekonomi
Konsep Huraian
1. Perikanan Pinggir
Pantai
Dijalankan di kws laut cetek iaitu di kws pentas benua tidak
melebihi 32 km dr pantai dan 180 m kedalaman laut. Cth Laut
China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau.
2. Perikanan Laut
Dalam
Dijalankan di perairan antarabangsa spt Lautan Hindi, Lautan
Pasifik dan Lautan Atlantik. Jarak melebihi 32 km dr pantai dan
kedalaman laut melebihi 180 m.
3. Perikanan
Akuakultur
Merupakan sub sektor perikanan yg amat penting sbg pelengkap
kpd sektor perikanan laut di M’sia. Menyumbang kira-kira 20%
drp jmlh tangkapan ikan di M’sia. Terbahagi dua:
a) perikanan air tawar
b) perikanan air payau/ air masin (marinkultur)
4. Echo sounder Satu peralatan perikanan yg digunakan untuk mengetahui
kedalaman air , keadaan dasar laut, kedudukan ikan, dan tempat-
tempat baru penangkapan ikan.
5. Penyahhutanan Penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt
pembalakan, pembukaan kws ladang pertanian, pembinaan kwsn
petempatan dan industri dan ditengelami air utk projek hidro
elektrik.
6. Tenaga Biojisim Bahan buangan dan sisa organik spt sisa tumbuhan, sisa tanaman
dan najis haiwan serta sisa domestik khususnya sampah sarap.
7. Industri
Perkilangan:
(tema 2)
Industri pemprosesan & pembuatan berasaskan sumber & bukan
berasaskan sumber yg tergolong dlm sektor sekunder. Perkilangan
yg berasaskan sumber byk bergantung kpd sumber bhn mentah
drp sektor primer spt pertanian & Perlombongan.
8. Industri Kecil dan
Sederhana: (tema 2)
Adalah sekumpulan industri atau perusahaan pembuatan yg
berskala kecil & sederhana. Skala industri boleh diukur dgn
bilangan pekerja sesebuah kilang/firma, saiz modal yg dilaburkan
& mungkin jmlh nilai perniagaan utk satu-satu tempoh tertentu. Di
Malaysia misalnya, industri yg menggunakan kurang dari 50
pekerja, dianggap sbg industri kecil dan yg menggunakan kurang
daripada 150 orang pekerja di anggap sbg industri sederhana.
Walaupun IKS byk terlibat dlm memproses atau membuat
makanan dam minuman dan dimiliki oleh individu atau syarikat
kecil, tetapi pd masa ini sudah ada IKS yg ditubuhkan atau ditaja
sbg vendor syarikat besar spt Proton.
9. Estet Perindustrian Kawasan pengelompokan atau aglomerasi industri yg besar di
sesuatu tempat yg tlh dikhaskan oleh kerajaan dlm kwsn zon
perdagangan bebas (FTZ).
4
nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
KHS Terbilang 2010
10. Sektor
Perkhidmatan
Dikenali juga sbg sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi
peringkat ketiga. Sektor ekonomi ini membekalkan
perkhidmatankpd pengguna.
11. Ekopelancongan Aktiviti pelancongan yg berkembang berasaskan sumber s/jadi
pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air
tejun/jeram, tasik, sungai, gua batu kapur.
12. Agropelancongan Aktiviti pelancongan berkaitan pertanian spt di Cameron Highland
13. Akuapelancongan Aktiviti pelancongan berkaitan akuakultur konsep homestay.
14. Pelancongan
Kesihatan
Kedatangan pelancong utk mendapatkan rawatan perubatan,
rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan
tradisional.
15. Pelancongan
pendidikan
Menggalakkan aktiviti sambil belajar khususnya di kalangan
pelajar sekolah.
16. Pelancongan
budaya dan warisan
sejarah
Pelancongan di kwsn tinggalan sejarah, tapak arkeologi, dan
muzium
17. Pelancongan MICE Delegasi pelancong yg menghadiri seminar, persidangan, pameran
dan simposium.
18. Pelancongan kapal
mewah
Aktiviti pelancongan di atas kapal mewah spy Star Cruise dan Star
Leo
19. Pelancongan Sukan
Dan rekreasi
Aktiviti pelancongan berasaskan sukan dan rekreasi spt Formula
One di Sepang, Power Boat di Tasik Putrajaya dan Stadium Bukit
Jalil.
5
nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
KHS Terbilang 2010
Tema 3 – Transformasi Desa dan Pembandaran
Konsep Huraian
1. Transformasi
Desa: stpm 2007
Proses perubahan yg berlaku kepada kwsn luar bandar. Proses ini
boleh dirancang dan dilaksanakan secara bertujuan atau blh berlaku
sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini berlaku dr bebrp aspek. Kwsn
desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan kepadatan
penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh
berubah dr hanya bergantung kpd pertanian kpd melakukan kerja-
kerja bukan tani di kwsn desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg lbh
baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan
awam yg lbh selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih
digemari dan migrasi ke bandar berkurangan.
2. Pembandaran
Desa:
Bermaksud melengkapkan kwsn desa dgn kemudahan serta
perkhidmatan bandar yg asas spt bekalan elektrik, air, alat
komunikasi, pendidikan menengah dan tinggi, perubatan/kesihatan.
Secara tidak langsung dgn kemudahan dan perkhidmatan tersebut
penduduk desa tidak perlu berhijrah ke bandar utk menikmati
kehidupan bandar krn kwsn desa juga soalah-olah tlh menjadi bandar.
3. Pembangunan
tidak seimbang
Bermaksud aras kemajuan sosioekonomi yg tidak samarata dicapai
dlm sesebuah negara atau wilayah.
4. Dasar Satu set keputusan tentang matlamat, strategi, serta tindakan atau
program pembangunan yg perlu dan blh dilaksanakan bg
mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah.
5. Pembangunan In-
situ
Menekankan pembangunan fizikal desa spt penyediaan kemudahan
asas yg lengkap dan sempurna, bekalan elektrik, air, j/raya,
telekomunikasi, penyedian rumah rakyat (PPRT) serta pusat
pertumbuhan ekonomi desa.
6. Pembangunan
Pertanian
bersepadu
Pakej pembangunan luar bandar yg mengabungjalinkan segala
sumber, tenaga dan agensi bagi memajukan sektor pertanian luar
bandar dan seterusnya membasmikan kemiskinan desa.
7. Pembangunan
wilayah
Satu strategi pembangunan secara khusus di wilayah yg dikenal pasti
mundur bagi menjana sumber dan membangunkan tanah baru. Cth,
Wilayah Jengka, Kejora, Ketengah, Dara, Kesedar.
6
nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
KHS Terbilang 2010
Tema 3 – Transformasi Desa dan Pembandaran
Konsep Huraian
8. Pembandaran/
Urbanisasi
Proses perubahan sesuatu kws drp luar bandar kpd bandar atau
bandar kecil yg berkembang menjadi lbh besar dan bersifat
kompleks. Meliputi aspek berikut:
a) pertambahan jmlh penduduk di bandar
b) perluasan saiz bandar
c) perubahan kegiatan ekonomi tradisional kpd ekonomi moden
d) perubahan cara hidup
9. Ketersampaian:
stpm 2005
Aras atau kualiti dari segi mudah atau sukarnya sesebuah kws
dikunjungi. Ia bergantung kpd kewujudan dan kecekapan jaringan
pengangkutan. Kualiti ketersampaian fizikal dinilai berdasarkan jarak
fizikal, masa dan kos yg terlibat dlm perjalanan.
10. Bandaraya
Primat:
Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di
Thailand dan Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat
berganda-ganda besarnya (5 kali ganda) berbanding dgn saiz
penduduk bandar kedua terbesar atau tidak dpt ditandingi oleh
bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini menyebabkan
berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran,
kemudahan sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses
pembandaran serta migrasi bandar secara memusat ke bandar utama.
11. Rebakan Bandar Satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dr kws pusat bdr ke
pinggir bdr. Dikaitkan juga dgn istilah limpahan pembandaran.
12. Subbandar Merujuk kpd kws pinggir bandar yg menjadi penyokong kpd pusat
bandar. Terdiri dari bandar-bandar baru pinggir bandar. Cth, Cheras,
Gombak, Selayang, Ampang subbandar kpd K. Lumpur.
13. Metropolis Bandar yg telah mencapai jmlh penduduk melebihi 1 juta org.
14. Megalopolis Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis dan mempunyai
penduduk melebihi 10 juta org.
15. Kornubasi
bandar:
Proses penggabungan beberapa buah bandar berdekatan dalam
sesuatu kawasan atau wilayah perbandaran yang besar seperti bandar
Shah Alam Bercantum dgn Petaling Jaya.
16. Bandar Satelit Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar
induk dan berada di bawah lingkungan pengaruh bandar induk. Cth
Petaling Jaya kpd K. Lumpur.
17. Setinggan Satu proses menduduki bangunan atau tanah yg bukan hak milik
secara tidak sah di sisi undang-undang. Merupakan petempatan
haram di kws tanah yg bukan hak milik penghuninya s/ada di kws
tanah kerajaan, swasta atau individu.
7
nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
KHS Terbilang 2010
Tema 4 – Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
KONSEP HURAIAN
1. Globalisasi
Ekonomi: (tema
4) stpm 2007
Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin
runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn
cepat, mudah, pantas dan rapat. Globalisasi juga dikenali sbg dunia
tanpa sempadan.
2. Liberalisasi
ekonomi
Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa shj
termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi
sesebuah negara tanpa batas.
3. Deregulasi
ekonomi
Dasar penghapusan segala peraturan & sekatan ekonomi yg
diamalkan olh sebuah negara yg selama ini menghalang aktiviti
perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan,
pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth penghapusan
subsidi, penghapusan sekatan tarif dll.
4. Kerja sama
serantau:
Pakatan kerjasama antara negara-negara jiran dalam satu rantau atau
wilayah yang sama seperti Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur. Biasanya negara-negara berkenaan telah bersepakat dan
bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa bidang tertentu untuk
memenuhi kepentingan bersama atau mencapai keadaan menang-
menang. Kerjasama serantau ini seperti kerjasama ekonomi, sosial,
politik atau kebudayaan. Contohnya kerjasama serantau yang
terkenal ialah ASEAN.
5. Kawasan
perdagangan
bebas ASEAN
(AFTA): stpm
2005
ialah satu persetujuan dalam kalangan negara ASEAN untuk
kemudahan memasarkan barangan keluaran negara anggota menerusi
kadar cukai yang rendah (kurang 5%) atau memansuhkan langsung
duti import bagi membolehkan kemasukan barangan secara bebas
dari negara anggota ASEAN.
6. APEC Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ialah satu pertubuhan separuh rasmi
yg tlh dibentuk melalui persidangan pertama pd November 1989 di
Canberra, Australia.
7. Segi Tiga
Pertumbuhan
(GT)
Merujuk kpd kerjasama ekonomi pd kws yg lbh kecil di dlm wilayah
ASEAN yg melibatkan tiga atau empat buah negara jiran. Cth, IMT-
GT yg melibatkan Indon-M’sia-Thai
8. Deklarasi
Langkawi
Di keluarkan olh ketua-ketua negara Komanwel di Langkawi pd 21
Oktober 1998 berkaitan persetujuan bersama negara-negara
Komanwel utk menjaga, melindungi, & menguruskan alam sekitar
secara mapan.
8
nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
KHS Terbilang 2010
Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya.
Konsep Huraian
1. Pengurusan Alam
Sekitar: stpm
2006
Usaha dan tindakan merancang dan mengawal selia kelestarian alam
sekitar menerusi keupayaan daya tampung sumber alam sekitar ke
arah mencapai pembangunan mapan dan berterusan. Pengurusan
alam sekitar mencakupi usaha penjagaan, pemeliharaan dan
pemuliharaan.
2. Pembangunan
Lestari: stpm 2007
Pembangunan yang tidak merosakkan sumber alam dan alam sekitar
atau pembangunan mesra alam, iaitu yang dirancang dan mengambil
kira kepentingan alam sekitar. Dalam pembangunan lestari, langkah
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar diambil berat. Misalnya,
dalam kes pembalakan, satu pokok ditebang perlu diganti dengan
satu pokok baru melalui program penanaman semula hutan. Tujuan
utama pembangunan lestari ialah memberi manfaat dan memenuhi
keperluan bukan sahaja genarasi hari ini tetapi juga generasi akan
datang.
3. Pemeliharaan dan
Pemuliharaan
alam sekitar :
stpm
2008
Pemeliharaan mrjk kpd langkah memelihara alam sekitar drp
sebarang kerosakan atau kemusnahan akibat di eksploitasi olh
manusia secara keterlaluan dan tidak terancang. Pengawalan blh
dilakukan melalui kaedah hutan simpan.
Pemuliharaan mrjk kpd langkah membaik pulih alam sekitar yg
semakin terancam dan menghadapi kepupusan atau kehabisan.
Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah penanaman semula dan
rawatan sisa.
4. Pemanasan
Global
Mrjk kepada peningkatan suhu dunia yg diakibatkan olh kesan rumah
hijau dan penipisan lapisan ozon.
5. Kesan Rumah
Hijau
Mrjk kpd kewujudan gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida
dan metana yg bertindak membenarkan bahangan m/hari masuk
tetapi memerangkap bahangan bumi dr keluar ke angkasa lepas.
6. Penipisan lapisan
ozon
Mrjk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga molekul oksigen yg
membentuk ozon akibat serangan gas CFC dan Halon.
7. Penggurunan Mrjk kpd pembesaran saiz gurun yg sedia ada hingga melampaui kws
pinggirnya atau yg menukarkan sesuatu kws yg sebelum ini bukan
gurun kpd ciri-ciri gurun yg tandus dan gersang.
8. Penyahhutanan Bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai
tujuan spt pembalakan, pertanian, pembinaan petempatan dll.
9. Pencemaran
udara
Mrjk kpd kehadiran bahan pemcemar udara khususnya gas-gas
rumah hijau. Manakala jerebu mrjk kpd kehadiran partikel terampai
(PM10) seperti debu, asap, dan habuk di dalam keadaan cuaca
kering.
9
nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2

More Related Content

Similar to Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024

Akalah tentang pertanian di indonesia
Akalah tentang pertanian di indonesiaAkalah tentang pertanian di indonesia
Akalah tentang pertanian di indonesia
Febrilidia
 
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptxKelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
ghaibgp
 
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptxKelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
ghaibgp
 
Apakah pertanian bertentangan dengan pembangunan
Apakah pertanian bertentangan dengan pembangunanApakah pertanian bertentangan dengan pembangunan
Apakah pertanian bertentangan dengan pembangunan
Warnet Raha
 
10.2 peranan sektor pertanian terhadap perekonomian
10.2 peranan sektor pertanian terhadap perekonomian10.2 peranan sektor pertanian terhadap perekonomian
10.2 peranan sektor pertanian terhadap perekonomian
via ultuflia
 
Petani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
Petani Indonesia Yang Modern Dan ProfesionalPetani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
Petani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
Hikmat Hikmatullah
 

Similar to Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024 (20)

Modul penuh penduduk
Modul penuh pendudukModul penuh penduduk
Modul penuh penduduk
 
Pasar Masa Depan dan Pasar Tunggal Asean 2015
Pasar Masa Depan dan Pasar Tunggal Asean 2015Pasar Masa Depan dan Pasar Tunggal Asean 2015
Pasar Masa Depan dan Pasar Tunggal Asean 2015
 
Seminar Krisis Finansial
Seminar Krisis FinansialSeminar Krisis Finansial
Seminar Krisis Finansial
 
alam sekitar
alam sekitar alam sekitar
alam sekitar
 
Akalah tentang pertanian di indonesia
Akalah tentang pertanian di indonesiaAkalah tentang pertanian di indonesia
Akalah tentang pertanian di indonesia
 
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptxKelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
 
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptxKelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
Kelompok Peng Ekonomi Kelompok 2.pptx
 
Apakah pertanian bertentangan dengan pembangunan
Apakah pertanian bertentangan dengan pembangunanApakah pertanian bertentangan dengan pembangunan
Apakah pertanian bertentangan dengan pembangunan
 
Apakah pertanian bertentangan dengan pembangunan
Apakah pertanian bertentangan dengan pembangunanApakah pertanian bertentangan dengan pembangunan
Apakah pertanian bertentangan dengan pembangunan
 
Bitranet edisi 44
Bitranet edisi 44Bitranet edisi 44
Bitranet edisi 44
 
tantangan dan peluang bisnis tanaman buah - buahan
tantangan dan peluang bisnis tanaman buah - buahantantangan dan peluang bisnis tanaman buah - buahan
tantangan dan peluang bisnis tanaman buah - buahan
 
Membangun Perusahaan Berdaya Saing Global
Membangun Perusahaan Berdaya Saing GlobalMembangun Perusahaan Berdaya Saing Global
Membangun Perusahaan Berdaya Saing Global
 
Revisi draft 1
Revisi draft 1Revisi draft 1
Revisi draft 1
 
IUT PERKEMBANGAN PERTANIAN dan Masalah UT.pptx
IUT PERKEMBANGAN PERTANIAN dan Masalah UT.pptxIUT PERKEMBANGAN PERTANIAN dan Masalah UT.pptx
IUT PERKEMBANGAN PERTANIAN dan Masalah UT.pptx
 
10.2 peranan sektor pertanian terhadap perekonomian
10.2 peranan sektor pertanian terhadap perekonomian10.2 peranan sektor pertanian terhadap perekonomian
10.2 peranan sektor pertanian terhadap perekonomian
 
strategidankebijakanpemberdayaanusahaekonomimasyarakat-110709104010-phpapp02.pdf
strategidankebijakanpemberdayaanusahaekonomimasyarakat-110709104010-phpapp02.pdfstrategidankebijakanpemberdayaanusahaekonomimasyarakat-110709104010-phpapp02.pdf
strategidankebijakanpemberdayaanusahaekonomimasyarakat-110709104010-phpapp02.pdf
 
Sistem ekonomi pancasila
Sistem ekonomi pancasilaSistem ekonomi pancasila
Sistem ekonomi pancasila
 
Petani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
Petani Indonesia Yang Modern Dan ProfesionalPetani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
Petani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
 
1658-3722-1-PB.pdf
1658-3722-1-PB.pdf1658-3722-1-PB.pdf
1658-3722-1-PB.pdf
 
Bappenas
Bappenas Bappenas
Bappenas
 

More from CORNELIUSMATHHIASJAG

TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHANTIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
CORNELIUSMATHHIASJAG
 
Pembangunan Lestari dan Analisis Soalan Sebenar
Pembangunan Lestari dan Analisis Soalan SebenarPembangunan Lestari dan Analisis Soalan Sebenar
Pembangunan Lestari dan Analisis Soalan Sebenar
CORNELIUSMATHHIASJAG
 
MODUL KTE GEOGRAFI STPM SEM PENGGAL DUA STPM 2024
MODUL KTE GEOGRAFI STPM SEM PENGGAL DUA STPM 2024MODUL KTE GEOGRAFI STPM SEM PENGGAL DUA STPM 2024
MODUL KTE GEOGRAFI STPM SEM PENGGAL DUA STPM 2024
CORNELIUSMATHHIASJAG
 
Nota Geo Alam Sekitar Fiz Sem SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN STPM
Nota Geo Alam Sekitar Fiz Sem SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN STPMNota Geo Alam Sekitar Fiz Sem SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN STPM
Nota Geo Alam Sekitar Fiz Sem SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN STPM
CORNELIUSMATHHIASJAG
 
KOLEKSI SOALAN TRIAL S1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN 2024
KOLEKSI SOALAN TRIAL S1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN 2024KOLEKSI SOALAN TRIAL S1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN 2024
KOLEKSI SOALAN TRIAL S1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN 2024
CORNELIUSMATHHIASJAG
 
Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024
Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024
Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024
CORNELIUSMATHHIASJAG
 
GEOGRAFI PENGGAL SATU SIJIL PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM
GEOGRAFI PENGGAL SATU SIJIL PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPMGEOGRAFI PENGGAL SATU SIJIL PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM
GEOGRAFI PENGGAL SATU SIJIL PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM
CORNELIUSMATHHIASJAG
 
TRIAL Sejarah Sem 3 2020 TERENGGANU. pdf.pdf
TRIAL Sejarah Sem 3 2020 TERENGGANU. pdf.pdfTRIAL Sejarah Sem 3 2020 TERENGGANU. pdf.pdf
TRIAL Sejarah Sem 3 2020 TERENGGANU. pdf.pdf
CORNELIUSMATHHIASJAG
 
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU BAHASA MELAYU
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU BAHASA MELAYUJABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU BAHASA MELAYU
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU BAHASA MELAYU
CORNELIUSMATHHIASJAG
 
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU GEOGRAFI SEMESTER DUA 2021
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU GEOGRAFI SEMESTER DUA 2021JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU GEOGRAFI SEMESTER DUA 2021
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU GEOGRAFI SEMESTER DUA 2021
CORNELIUSMATHHIASJAG
 

More from CORNELIUSMATHHIASJAG (12)

TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHANTIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
TIPS MENJAWAB SOALAN SEM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
 
Pembangunan Lestari dan Analisis Soalan Sebenar
Pembangunan Lestari dan Analisis Soalan SebenarPembangunan Lestari dan Analisis Soalan Sebenar
Pembangunan Lestari dan Analisis Soalan Sebenar
 
MODUL KTE GEOGRAFI STPM SEM PENGGAL DUA STPM 2024
MODUL KTE GEOGRAFI STPM SEM PENGGAL DUA STPM 2024MODUL KTE GEOGRAFI STPM SEM PENGGAL DUA STPM 2024
MODUL KTE GEOGRAFI STPM SEM PENGGAL DUA STPM 2024
 
Nota Geo Alam Sekitar Fiz Sem SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN STPM
Nota Geo Alam Sekitar Fiz Sem SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN STPMNota Geo Alam Sekitar Fiz Sem SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN STPM
Nota Geo Alam Sekitar Fiz Sem SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN STPM
 
KOLEKSI SOALAN TRIAL S1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN 2024
KOLEKSI SOALAN TRIAL S1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN 2024KOLEKSI SOALAN TRIAL S1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN 2024
KOLEKSI SOALAN TRIAL S1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN 2024
 
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAANKK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
 
Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024
Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024
Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024
 
GEOGRAFI PENGGAL SATU SIJIL PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM
GEOGRAFI PENGGAL SATU SIJIL PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPMGEOGRAFI PENGGAL SATU SIJIL PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM
GEOGRAFI PENGGAL SATU SIJIL PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM
 
BM TOPIKAL BM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
BM TOPIKAL BM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHANBM TOPIKAL BM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
BM TOPIKAL BM 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
 
TRIAL Sejarah Sem 3 2020 TERENGGANU. pdf.pdf
TRIAL Sejarah Sem 3 2020 TERENGGANU. pdf.pdfTRIAL Sejarah Sem 3 2020 TERENGGANU. pdf.pdf
TRIAL Sejarah Sem 3 2020 TERENGGANU. pdf.pdf
 
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU BAHASA MELAYU
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU BAHASA MELAYUJABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU BAHASA MELAYU
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU BAHASA MELAYU
 
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU GEOGRAFI SEMESTER DUA 2021
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU GEOGRAFI SEMESTER DUA 2021JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU GEOGRAFI SEMESTER DUA 2021
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU GEOGRAFI SEMESTER DUA 2021
 

Recently uploaded

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Recently uploaded (20)

PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 

Daftar Istilah Geo Manusia SEMESTER DUA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2024

  • 1. KHS Terbilang 2010 DIARI KONSEP 942/2 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA TEMA 1 – PENDUDUK KONSEP HURAIAN 1. Penduduk sebagai sumber Penduduk bertindak sebagai agen perubahan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan, perubahan terhdp landskap budaya dan perubahan terhdp landskap fizikal di sesebuah kwsn. 2. Pola taburan penduduk: stpm 2008 Sebaran penduduk disesuatu kwsn di muka bumi. Pola taburan ini berbeza antara kwsn. Terdapat tiga jenis pola taburan penduduk iaitu padat terdapat di kwsn bandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan penduduk sederhana pula terdapat di kwsn pekan kecil seperti Kluang manakala taburan penduduk jarang terdapat di kwsn pedalaman, gurun dan kwsn berpaya. 3. Kadar Pertumbuhan Penduduk: stpm 2007 Satu angka (biasanya dalam peratus) yang menunjukan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat (tinggi), Perlahan (sederhana), statik ( sifar) atau berkurangan (bawah sifar) bagi satu- satu tempoh tertentu (tahunan/10 tahun). Kadar ini mrjk kepada satu-satu kwsn tertentu seperti negara, wilayah, dunia. Kadar Pertumbuhan Penduduk (KPP) = kadar kelahiran (KL) – kadar kematian (KM) + kadar migrasi bersih (KMB) 4. Konsep Lebihan Penduduk : Keadaan dimana jmlh penduduk melebihi kemampuan penawaran sumber yg ada dlm sesebuah negara. Terbahagi kpd 2 iaitu: lebihan penduduk mutlak yg bermakna sumber alam yg amat sedikit atau sudah habis digunakan dan lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi utk membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung. 5. Penduduk kurangan Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yg sedikit berbanding dgn jmlh sumber s/jadi yg ada. 6. Penduduk Optimun Keadaan yg seimbang antara jmlh atau saiz penduduk dgn sumber pengeluaran khususnya sumber alam berbanding dgn tempoh sebelum atau selepas mencapai penduduk optimun. 7. Piramid Penduduk Graf bar yg menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan jantina di sesebuah negara. Paksi menegak mewakili kumpulan umur, paksi mendatar menunjukan peratusan atau jmlh jantina lelaki dan perempuan 8. Piramid Progresif Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: jmlh penduduk muda yg ramai, kdr kelahiran tinggi. Jangka hayat penduduk rendah, nisbah tanggungan tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial rendah 1 nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
  • 2. KHS Terbilang 2010 Konsep Huraian 9. Piramid Regresif (peralihan) Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran rendah, nisbah tanggungan rendah, golongan produktif dr segi ekonomi tinggi, tahap pembangunan ekonomi lebih maju. 10. Piramid penduduk stabil Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran yg sgt rendah, tahap penduduk optimun, jangka hyt penduduk tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial sgt maju. 11. Piramid Penduduk terganggu Blh berlaku ke atas mana-mana piramid s/ada progresif, regresif atau stabil yg menyebabkan perubahan yg ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk. Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaan spt dasar saiz keluarga kecil. 12. Model peralihan Demografi Satu bentuk graf garis yg menggambarkan transisi atau perubahan kependudukan yg dialami oleh sesebuah negara dari dulu hingga kini dan pada masa akan datang. 13. Mobiliti ruang Merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kwsn atau antara kwsn sama ada bersifat jangka pendek atau jangka panjang. 14. Mobiliti sosial Mrjk kpd perubahan status sosioekonomi para migran yg berhijrah dari kwsn mundur ke kwsn maju. 15. Migrasi Mrjkk kpd penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yg lain yg melibatkan perubahan ruang dan masa. 16. Migrasi Dalaman : (tema 1) Perpindahan penduduk dlm negara, iaitu perpindahan yg tidak merentasi sempadan sesebuah negara. 17. Migrasi Antarabangsa (tema 1) stpm 2007 Perpindahan atau pergerakan penduduk yg merentasi sempadan negara atau antarabangsa. Cth kemasukan pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dan Bangladesh ke Malaysia. 18. Imigrasi Penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah kwsn 19. Emigrasi Penghijrahan keluar penduduk dr sesebuah kwsn 20. Migrasi bersih Mrjk kpd perbezaan nilai yg wujud antara imigrasi dan emigrasi 21. Daya tampung Persekitaran fizikal Kecukupan sumber alam spt tanah pertanian, bekalan tenaga, air dan udara utk menampung keperluan penduduk pd aras tertentu di sesebuah kwsn. 21. Daya tampung sumber alam Keupayaan sesuatu sumber alam menampung dan memenuhi keperluan penduduk pd tempoh tertentu. 2 nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
  • 3. KHS Terbilang 2010 Tema 2 – Pembangunan Ekonomi : Pertanian Konsep Huraian 1. Pertanian pindah Sejenis pertanian sara diri ringkas yg berkonsepkan pindah tapak mengikut perpindahan org-org asli. Dikenali dgn pelbagai nama Ladang di M’sia, Huma di Indon, Caingin di Filipina, Tamrai di Thai, Tuangnya di Myanmar dan Hay di Laos. 2. Pertanian Sara diri Intensif Diusahakan giat setempat, utk keperluan keluarga, lebihan hasil akan dijual. Lebih maju dari pertanian pindah. 3. Pertanian Kebun kecil Berkonsepkan kpd aktiviti pertanian bukan bijirin, bersifat separuh komersial dan campuran antara perkebunan secara jualan dgn yg digunakan utk keluarga. 4. Pertanian Perladangan ekstensif Berkonsepkan komersial sepenuhnya, berskala besar, kos tinggi, pengurusan sistematik serta berorientasikan pasaran dan keuntungan. 5. Bioteknologi pertanian: (tema 2) stpm 2008 Proses atau teknologi menggunakan sains hayat/biologi spt mikroorganisma, haiwan & tumbuhan utk mengatasi masalah pertanian & menghasilkan produk pertanian yg berkualiti. Kaedah ini dibahagikan kpd dua iaitu: Pengklonan yg merupakan proses menghasilkan benih tanaman atau haiwan ternakan drp tisu pokok atau haiwan yg sama kandungan genetiknya dgn induk bagi menghasilkan jumlah yg lebih byk. Kacukan hibrid ialah proses memindahkan genetik secara semula jadi drp dua organisma yg sama untuk menghasilkan anak benih yg baru. 6. Industri asas tani: (tema 2) stpm 2006 Salah satu subsektor perkilangan yg menghasilkan produk makanan & bukan makanan yg menggunakan bhn keluaran pertanian spt getah, k/sawit, herba, & padi sebagai bhn mentah. 7. Produk Pertanian Jenama M’sia Best Mula diperkenalkan pd 28 Jun 2003. Pd peringkat permulaan betik, mangga, tembikai, nenas dan belimbing dilabelkan seterusnya diperluaskan kpd produk lain spt hasil ternakan, sayuran dan perikanan. Jenama ini membuktikan produk pertanian M’sia berkualiti dan mempunyai keselamatan mengikut standard piawaian pertanian antarabangsa. 8. Pembangunan: (tema 2) stpm 2008 Proses perubahan taraf hidup penduduk melalui perubahan dlm sektor ekonomi, misalnya berubah drp ekonomi pertanian kpd ekonomi perindustrian, perubahan dlm peningkatan pendapatan misalnya, drp petani kpd peniaga, perubahan dlm aspek teknologi misalnya penggunaan teknologi maklumat dlm kehidupan & peningkatan dlm sektor pendidikan serta peningkatan dlm kualiti hidup penduduk di sesuatu kwsn. 3 nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
  • 4. KHS Terbilang 2010 Tema 2 – Pembangunan Ekonomi Konsep Huraian 1. Perikanan Pinggir Pantai Dijalankan di kws laut cetek iaitu di kws pentas benua tidak melebihi 32 km dr pantai dan 180 m kedalaman laut. Cth Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau. 2. Perikanan Laut Dalam Dijalankan di perairan antarabangsa spt Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Jarak melebihi 32 km dr pantai dan kedalaman laut melebihi 180 m. 3. Perikanan Akuakultur Merupakan sub sektor perikanan yg amat penting sbg pelengkap kpd sektor perikanan laut di M’sia. Menyumbang kira-kira 20% drp jmlh tangkapan ikan di M’sia. Terbahagi dua: a) perikanan air tawar b) perikanan air payau/ air masin (marinkultur) 4. Echo sounder Satu peralatan perikanan yg digunakan untuk mengetahui kedalaman air , keadaan dasar laut, kedudukan ikan, dan tempat- tempat baru penangkapan ikan. 5. Penyahhutanan Penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt pembalakan, pembukaan kws ladang pertanian, pembinaan kwsn petempatan dan industri dan ditengelami air utk projek hidro elektrik. 6. Tenaga Biojisim Bahan buangan dan sisa organik spt sisa tumbuhan, sisa tanaman dan najis haiwan serta sisa domestik khususnya sampah sarap. 7. Industri Perkilangan: (tema 2) Industri pemprosesan & pembuatan berasaskan sumber & bukan berasaskan sumber yg tergolong dlm sektor sekunder. Perkilangan yg berasaskan sumber byk bergantung kpd sumber bhn mentah drp sektor primer spt pertanian & Perlombongan. 8. Industri Kecil dan Sederhana: (tema 2) Adalah sekumpulan industri atau perusahaan pembuatan yg berskala kecil & sederhana. Skala industri boleh diukur dgn bilangan pekerja sesebuah kilang/firma, saiz modal yg dilaburkan & mungkin jmlh nilai perniagaan utk satu-satu tempoh tertentu. Di Malaysia misalnya, industri yg menggunakan kurang dari 50 pekerja, dianggap sbg industri kecil dan yg menggunakan kurang daripada 150 orang pekerja di anggap sbg industri sederhana. Walaupun IKS byk terlibat dlm memproses atau membuat makanan dam minuman dan dimiliki oleh individu atau syarikat kecil, tetapi pd masa ini sudah ada IKS yg ditubuhkan atau ditaja sbg vendor syarikat besar spt Proton. 9. Estet Perindustrian Kawasan pengelompokan atau aglomerasi industri yg besar di sesuatu tempat yg tlh dikhaskan oleh kerajaan dlm kwsn zon perdagangan bebas (FTZ). 4 nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
  • 5. KHS Terbilang 2010 10. Sektor Perkhidmatan Dikenali juga sbg sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi peringkat ketiga. Sektor ekonomi ini membekalkan perkhidmatankpd pengguna. 11. Ekopelancongan Aktiviti pelancongan yg berkembang berasaskan sumber s/jadi pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air tejun/jeram, tasik, sungai, gua batu kapur. 12. Agropelancongan Aktiviti pelancongan berkaitan pertanian spt di Cameron Highland 13. Akuapelancongan Aktiviti pelancongan berkaitan akuakultur konsep homestay. 14. Pelancongan Kesihatan Kedatangan pelancong utk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional. 15. Pelancongan pendidikan Menggalakkan aktiviti sambil belajar khususnya di kalangan pelajar sekolah. 16. Pelancongan budaya dan warisan sejarah Pelancongan di kwsn tinggalan sejarah, tapak arkeologi, dan muzium 17. Pelancongan MICE Delegasi pelancong yg menghadiri seminar, persidangan, pameran dan simposium. 18. Pelancongan kapal mewah Aktiviti pelancongan di atas kapal mewah spy Star Cruise dan Star Leo 19. Pelancongan Sukan Dan rekreasi Aktiviti pelancongan berasaskan sukan dan rekreasi spt Formula One di Sepang, Power Boat di Tasik Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil. 5 nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
  • 6. KHS Terbilang 2010 Tema 3 – Transformasi Desa dan Pembandaran Konsep Huraian 1. Transformasi Desa: stpm 2007 Proses perubahan yg berlaku kepada kwsn luar bandar. Proses ini boleh dirancang dan dilaksanakan secara bertujuan atau blh berlaku sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini berlaku dr bebrp aspek. Kwsn desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan kepadatan penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh berubah dr hanya bergantung kpd pertanian kpd melakukan kerja- kerja bukan tani di kwsn desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg lbh baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan awam yg lbh selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih digemari dan migrasi ke bandar berkurangan. 2. Pembandaran Desa: Bermaksud melengkapkan kwsn desa dgn kemudahan serta perkhidmatan bandar yg asas spt bekalan elektrik, air, alat komunikasi, pendidikan menengah dan tinggi, perubatan/kesihatan. Secara tidak langsung dgn kemudahan dan perkhidmatan tersebut penduduk desa tidak perlu berhijrah ke bandar utk menikmati kehidupan bandar krn kwsn desa juga soalah-olah tlh menjadi bandar. 3. Pembangunan tidak seimbang Bermaksud aras kemajuan sosioekonomi yg tidak samarata dicapai dlm sesebuah negara atau wilayah. 4. Dasar Satu set keputusan tentang matlamat, strategi, serta tindakan atau program pembangunan yg perlu dan blh dilaksanakan bg mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah. 5. Pembangunan In- situ Menekankan pembangunan fizikal desa spt penyediaan kemudahan asas yg lengkap dan sempurna, bekalan elektrik, air, j/raya, telekomunikasi, penyedian rumah rakyat (PPRT) serta pusat pertumbuhan ekonomi desa. 6. Pembangunan Pertanian bersepadu Pakej pembangunan luar bandar yg mengabungjalinkan segala sumber, tenaga dan agensi bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmikan kemiskinan desa. 7. Pembangunan wilayah Satu strategi pembangunan secara khusus di wilayah yg dikenal pasti mundur bagi menjana sumber dan membangunkan tanah baru. Cth, Wilayah Jengka, Kejora, Ketengah, Dara, Kesedar. 6 nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
  • 7. KHS Terbilang 2010 Tema 3 – Transformasi Desa dan Pembandaran Konsep Huraian 8. Pembandaran/ Urbanisasi Proses perubahan sesuatu kws drp luar bandar kpd bandar atau bandar kecil yg berkembang menjadi lbh besar dan bersifat kompleks. Meliputi aspek berikut: a) pertambahan jmlh penduduk di bandar b) perluasan saiz bandar c) perubahan kegiatan ekonomi tradisional kpd ekonomi moden d) perubahan cara hidup 9. Ketersampaian: stpm 2005 Aras atau kualiti dari segi mudah atau sukarnya sesebuah kws dikunjungi. Ia bergantung kpd kewujudan dan kecekapan jaringan pengangkutan. Kualiti ketersampaian fizikal dinilai berdasarkan jarak fizikal, masa dan kos yg terlibat dlm perjalanan. 10. Bandaraya Primat: Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di Thailand dan Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat berganda-ganda besarnya (5 kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau tidak dpt ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran, kemudahan sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses pembandaran serta migrasi bandar secara memusat ke bandar utama. 11. Rebakan Bandar Satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dr kws pusat bdr ke pinggir bdr. Dikaitkan juga dgn istilah limpahan pembandaran. 12. Subbandar Merujuk kpd kws pinggir bandar yg menjadi penyokong kpd pusat bandar. Terdiri dari bandar-bandar baru pinggir bandar. Cth, Cheras, Gombak, Selayang, Ampang subbandar kpd K. Lumpur. 13. Metropolis Bandar yg telah mencapai jmlh penduduk melebihi 1 juta org. 14. Megalopolis Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis dan mempunyai penduduk melebihi 10 juta org. 15. Kornubasi bandar: Proses penggabungan beberapa buah bandar berdekatan dalam sesuatu kawasan atau wilayah perbandaran yang besar seperti bandar Shah Alam Bercantum dgn Petaling Jaya. 16. Bandar Satelit Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk dan berada di bawah lingkungan pengaruh bandar induk. Cth Petaling Jaya kpd K. Lumpur. 17. Setinggan Satu proses menduduki bangunan atau tanah yg bukan hak milik secara tidak sah di sisi undang-undang. Merupakan petempatan haram di kws tanah yg bukan hak milik penghuninya s/ada di kws tanah kerajaan, swasta atau individu. 7 nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
  • 8. KHS Terbilang 2010 Tema 4 – Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau KONSEP HURAIAN 1. Globalisasi Ekonomi: (tema 4) stpm 2007 Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat. Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan. 2. Liberalisasi ekonomi Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa shj termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas. 3. Deregulasi ekonomi Dasar penghapusan segala peraturan & sekatan ekonomi yg diamalkan olh sebuah negara yg selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif dll. 4. Kerja sama serantau: Pakatan kerjasama antara negara-negara jiran dalam satu rantau atau wilayah yang sama seperti Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Biasanya negara-negara berkenaan telah bersepakat dan bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa bidang tertentu untuk memenuhi kepentingan bersama atau mencapai keadaan menang- menang. Kerjasama serantau ini seperti kerjasama ekonomi, sosial, politik atau kebudayaan. Contohnya kerjasama serantau yang terkenal ialah ASEAN. 5. Kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA): stpm 2005 ialah satu persetujuan dalam kalangan negara ASEAN untuk kemudahan memasarkan barangan keluaran negara anggota menerusi kadar cukai yang rendah (kurang 5%) atau memansuhkan langsung duti import bagi membolehkan kemasukan barangan secara bebas dari negara anggota ASEAN. 6. APEC Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ialah satu pertubuhan separuh rasmi yg tlh dibentuk melalui persidangan pertama pd November 1989 di Canberra, Australia. 7. Segi Tiga Pertumbuhan (GT) Merujuk kpd kerjasama ekonomi pd kws yg lbh kecil di dlm wilayah ASEAN yg melibatkan tiga atau empat buah negara jiran. Cth, IMT- GT yg melibatkan Indon-M’sia-Thai 8. Deklarasi Langkawi Di keluarkan olh ketua-ketua negara Komanwel di Langkawi pd 21 Oktober 1998 berkaitan persetujuan bersama negara-negara Komanwel utk menjaga, melindungi, & menguruskan alam sekitar secara mapan. 8 nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2
  • 9. KHS Terbilang 2010 Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya. Konsep Huraian 1. Pengurusan Alam Sekitar: stpm 2006 Usaha dan tindakan merancang dan mengawal selia kelestarian alam sekitar menerusi keupayaan daya tampung sumber alam sekitar ke arah mencapai pembangunan mapan dan berterusan. Pengurusan alam sekitar mencakupi usaha penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan. 2. Pembangunan Lestari: stpm 2007 Pembangunan yang tidak merosakkan sumber alam dan alam sekitar atau pembangunan mesra alam, iaitu yang dirancang dan mengambil kira kepentingan alam sekitar. Dalam pembangunan lestari, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar diambil berat. Misalnya, dalam kes pembalakan, satu pokok ditebang perlu diganti dengan satu pokok baru melalui program penanaman semula hutan. Tujuan utama pembangunan lestari ialah memberi manfaat dan memenuhi keperluan bukan sahaja genarasi hari ini tetapi juga generasi akan datang. 3. Pemeliharaan dan Pemuliharaan alam sekitar : stpm 2008 Pemeliharaan mrjk kpd langkah memelihara alam sekitar drp sebarang kerosakan atau kemusnahan akibat di eksploitasi olh manusia secara keterlaluan dan tidak terancang. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah hutan simpan. Pemuliharaan mrjk kpd langkah membaik pulih alam sekitar yg semakin terancam dan menghadapi kepupusan atau kehabisan. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah penanaman semula dan rawatan sisa. 4. Pemanasan Global Mrjk kepada peningkatan suhu dunia yg diakibatkan olh kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. 5. Kesan Rumah Hijau Mrjk kpd kewujudan gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida dan metana yg bertindak membenarkan bahangan m/hari masuk tetapi memerangkap bahangan bumi dr keluar ke angkasa lepas. 6. Penipisan lapisan ozon Mrjk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga molekul oksigen yg membentuk ozon akibat serangan gas CFC dan Halon. 7. Penggurunan Mrjk kpd pembesaran saiz gurun yg sedia ada hingga melampaui kws pinggirnya atau yg menukarkan sesuatu kws yg sebelum ini bukan gurun kpd ciri-ciri gurun yg tandus dan gersang. 8. Penyahhutanan Bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt pembalakan, pertanian, pembinaan petempatan dll. 9. Pencemaran udara Mrjk kpd kehadiran bahan pemcemar udara khususnya gas-gas rumah hijau. Manakala jerebu mrjk kpd kehadiran partikel terampai (PM10) seperti debu, asap, dan habuk di dalam keadaan cuaca kering. 9 nsnj2009© Diari Konsep Geografi 942/2