SlideShare a Scribd company logo
0
PANDUAN PENGURUSAN
PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
DI SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1
BAB 1 PENDAHULUAN
1. PENGENALAN
1.1 Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah mula dilaksanakan di
sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan semenjak 1979 bagi
membekalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat kepada murid luar bandar
dan murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah bagi mengatasi
masalah malnutrisi dan ‘kelaparan tersembunyi’ dalam kalangan murid yang akan
menganggu perkembangan fizikal dan kognitif mereka.
1.2 Sebagai tambahan kepada program RMT, Program Susu Sekolah (PSS) telah
mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1983.
Program ini membekalkan susu kepada murid sekolah sama seperti program
yang dilaksanakan di pelbagai negara dunia terutamanya bagi negara-negara
yang mempunyai industri tenusu. Pemberian susu kepada murid sebagai
makanan tambahan dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk
membekalkan nutrisi yang mencukupi dan pemakanan yang seimbang serta
memupuk tabiat pemakanan yang baik supaya murid kekal sihat dan sentiasa
segar.
1.3 Program Susu Sekolah (PSS) merupakan satu usaha kerajaan untuk memupuk
amalan meminum susu yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bersama-sama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep
Persyarikatan Malaysia.
1.4 Program Susu Sekolah (PSS) Tahun 2020 adalah kesinambungan Program Susu
1Malaysia (PS1M) yang telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
pada tahun 2010. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap
pemakanan dan kesihatan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah bagi
memastikan pertumbuhan fizikal, mental dan kesihatan murid-murid sekolah
rendah bertambah baik. Pada tahun 2020, PSS telah diteruskan di bawah
program RMT.
2
1.5 PSS disasarkan kepada semua murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga
Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan yang memenuhi
kriteria berikut:
1.5.1 Pendapatan isi rumah adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK)
Nasional semasa (kategori miskin tegar); atau
1.5.2 Murid di Sekolah Orang Asli/Penan; atau
1.5.3 Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memegang Kad Orang Kurang
Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM).
** Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima PSS.
3
2. OBJEKTIF
2.1 AM
Meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah rendah melalui
pemupukan amalan meminum susu.
2.2 KHUSUS
2.2.1 Meningkatkan amalan mengambil minuman susu dalam kalangan murid-
murid sekolah rendah.
2.2.2 Meningkatkan peratus kehadiran murid-murid sekolah rendah ke
sekolah.
2.2.3 Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan yang diingini
khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan
serta aspek-aspek pendidikan yang lain amnya.
2.2.4 Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah
bagi memastikan pertumbuhan fizikal, mental dan kesihatan murid
sekolah bertambah baik.
2.2.5 Meningkatkan usaha-usaha pembangunan masyarakat dan industri
tenusu tempatan yang berdasarkan pengeluaran, pemprosesan dan
pembekalan susu.
2.3 SUSU UHT
2.3.1 Susu UHT adalah susu yang diproses melalui kaedah UHT (Ultra High
Temprerature) dimana susu dipanaskan pada suhu 135 -140 darjah
celcius selama 2-10 saat. Tujuannya adalah untuk membunuh kuman-
kuman yang boleh merosakkan susu atau menyebabkan simptom
keracunan seperti sakit perut.
2.3.2 Susu dibungkus dengan cara pembungkusan aseptik iaitu
pembungkusan menggunakan teknologi tinggi yang keadaan
sekelilingnya steril dan bebas dari kuman.
2.3.3 Susu UHT boleh disimpan pada suhu bilik.
2.3.4 Susu UHT mempunyai tempoh hayat sehingga 10 bulan dari tarikh
pengeluaran.
4
BAB 2 KAJIAN TENTANG PS1M
1. KAJIAN 1
Kajian keberkesanan Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan oleh
Universiti Putra Malaysia 2013 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M.
Dari kajian ini didapati:
1.1 Persepsi murid, guru dan ibu bapa/penjaga terhadap tiga aspek iaitu
meningkatkan tahap kesihatan, menggalakkan kehadiran murid ke sekolah dan
menunjukkan peningkatan pencapaian akademik.
1.2 Perbezaan persepsi juga ditunjukkan oleh murid dan guru berdasarkan beberapa
faktor seperti jantina, peringkat umur murid, lokasi dan jenis sekolah yang dilawati
oleh penyelidik.
1.3 Program susu merupakan satu program yang biasa di sekolah-sekolah pelbagai
negara termasuk Malaysia serta dengan kepercayaan bahawa program ini akan
diteruskan dalam tempoh jangka panjang.
1.4 Hasil dapatan tersebut menunjukkan murid, guru dan ibu bapa/penjaga
mempunyai persepsi yang positif terhadap PS1M.
2. KAJIAN 2
Kajian keberkesanan Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang telah dilaksanakan
oleh Universiti Putra Malaysia 2014 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat
pembekal PS1M. Hasil dapatan daripada kajian ini mengenai pertumbuhan fizikal
murid peringkat sekolah rendah didapati:
2.1 Tinggi: Susu dan kuantiti ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid.
2.2 Berat: Susu memberi kesan terhadap peningkatan berat badan tetapi tidak
dipengaruhi oleh kuantiti susu yang diminum.
2.3 BMI (Body Mass Index): Susu tidak menunjukkan kesan terhadap peningkatan
atau penurunan peratus BMI.
2.4 Lemak: Susu tidak menunjukkan kesan yang konsisten terhadap peningkatan
atau penurunan kandungan lemak dalam badan murid.
5
2.5 Kepadatan Tulang: Susu meningkatkan kepadatan tulang murid.
2.6 Indeks kualiti tulang: Susu dapat meningkatkan indeks kualiti tulang.
2.7 Kecergasan fizikal: Susu tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam
meningkatkan kecergasan fizikal murid.
Di peringkat sekolah rendah, susu dan kuantiti yang diminum oleh murid yang terlibat
dalam kajian telah didapati ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid, berat
badan, BMI dan peratus lemak dalam badan murid.
3. Hasil daripada kajian ini, pihak pengkaji dari UPM mencadangkan seperti berikut:
3.1 Meneruskan program pemberian susu kepada murid.
3.2 Memastikan pemberian susu kepada murid adalah tidak terputus dan bermula
pada hari pertama persekolahan dan tamat pada hari terakhir persekolahan.
3.3 Menambah kuantiti bilangan susu yang diberi kepada murid.
3.4 Memperluaskan supaya semua murid sekolah rendah dapat menikmati susu.
3.5 Memperluaskan program bantuan susu ke sekolah menengah rendah supaya
murid yang sedang membesar ini dapat menikmati khasiat susu dalam
pertumbuhan mereka.
3.6 Meningkatkan program dan aktiviti menggalakkan minum susu dan makan
makanan berasaskan susu di kalangan murid sekolah dengan kerjasama
pelbagai pihak.
6
BAB 3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
1.1 Menyelaraskan data penerima PSS dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
1.2 Memastikan spesifikasi susu dan syarat-syarat keselamatan susu dipatuhi
sebelum diminum.
1.3 Mengeluarkan arahan pemberhentian edaran susu sekiranya berlaku isu
kesihatan murid berdasarkan syor oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
1.4 Mengeluarkan surat siaran pelaksanaan PSS tahun semasa.
1.5 Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PSS.
1.6 Khidmat kunjung bantu ke Jabatan Pendidikan Negeri mengikut keperluan.
2. Bahagian Kewangan (BKew)
2.1 Mengeluar dan mengemaskini Garis Panduan Pengurusan Kewangan Program
Susu Sekolah (PSS).
2.2 Memaklumkan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan
kepada Bahagian Perolehan (BPL) untuk penyediaan dokumen kontrak dan
kepada BPSH untuk perancangan pelaksanaan.
2.3 Memastikan peruntukan kewangan PSS bagi tahun semasa mencukupi.
2.4 Menyalurkan dan memastikan peruntukan PSS yang mencukupi ke JPN.
2.5 Memantau prestasi perbelanjaan PSS di peringkat JPN.
2.6 Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan PSS.
2.7 Memastikan pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan pesanan tempatan
(Local Order) yang dikeluarkan dan pengesahan penerimaan bekalan oleh pihak
sekolah.
2.8 Mengeluarkan arahan pemberhentian pesanan susu kepada JPN sekiranya
peruntukan yang mencukupi tidak dapat disediakan.
3. Bahagian Perolehan (BPL)
3.1 Mengurus proses perolehan PSS.
3.2 Menyediakan dokumen kontrak pembekalan PSS berdasarkan kelulusan
daripada Kementerian Kewangan antara syarikat pembekal dengan kerajaan.
3.3 Mengedarkan dokumen kontrak perjanjian pembekalan kepada syarikat
pembekal, Bahagian Kewangan, BPSH dan JPN.
7
3.4 Menyediakan dan mengedarkan softcopy dokumen kontrak yang lengkap dan
cabutan dokumen kontrak kepada JPN untuk diedarkan ke PPD dan sekolah.
3.5 Meneliti dan menguruskan penamatan kontrak selepas merujuk kepada
Penasihat Undang-Undang (PUU).
3.6 Mendapatkan prestasi syarikat pembekal daripada Jabatan Pendidikan Negeri
bagi tujuan pelepasan Bon Jaminan Pelaksanaan.
3.7 Menjadi urus setia Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian sekiranya berlaku
pertikaian atau tuntutan oleh pihak yang terlibat dengan perjanjian ini.
4. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
4.1 Unit Hal Ehwal Murid
4.1.1 Menyediakan data penerima PSS.
4.1.2 Mengedarkan surat siaran pelaksanaan PSS kepada PPD dan sekolah.
4.1.3 Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PSS.
4.1.4 Menyediakan nota minta untuk pesanan PSS.
4.1.5 Membantu Jabatan Kesihatan Negeri dan syarikat pembekal
menyediakan laporan kes-kes simptom klinikal PSS.
4.1.6 Pemantauan dan kunjung bantu pelaksanaan PSS ke Pejabat
Pendidikan Daerah / sekolah.
4.2 Unit Perolehan
4.2.1 Menyimpan softcopy dan dokumen kontrak yang lengkap serta
mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada BPL
kepada PPD dan sekolah.
4.2.2 Memastikan syarat-syarat kontrak dipatuhi.
4.2.3 Mengemukakan syor untuk dendaan jika berlaku ketidakpatuhan syarat
kontrak kepada Unit Kewangan JPN.
4.2.4 Menyediakan prestasi syarikat dan dihantar ke BPL, KPM.
4.2.5 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPL, KPM
berdasarkan laporan daripada sekolah.
8
4.3 Unit Kewangan
4.3.1 Menyediakan pesanan tempatan (LO) PSS berdasarkan nota minta yang
disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid.
4.3.2 Memastikan LO PSS disediakan sebelum atau pada 15hb setiap bulan
(tertakluk kepada perubahan jadual penghantaran yang diputuskan oleh
KPM).
4.3.3 Memastikan syarikat pembekal mengemukakan Sijil Akuan Penerimaan
(SAP) dari pihak sekolah bagi setiap pesanan selepas penghantaran
susu.
4.3.4 Pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan LO yang dikeluarkan dan
pengesahan penerimaan SAP oleh pihak sekolah.
4.3.5 Menyediakan perkiraan dan membuat pemotongan bayaran atau
dendaan berdasarkan perakuan daripada Unit Perolehan.
4.3.6 Menyedia prestasi kewangan PSS dan menghantar ke Bahagian
Kewangan, KPM.
4.3.7 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPL, KPM
berdasarkan laporan daripada sekolah.
5. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
5.1 Mengumpul, menyelaras dan mengesahkan data penerima PSS.
5.1.1 Data sekolah
5.1.2 Data murid
5.2 Menguruskan taklimat pengurusan PSS kepada sekolah.
5.3 Pemantauan dan khidmat kunjung bantu pelaksanaan PSS di sekolah.
5.4 Membantu sekolah menyediakan laporan jika berlaku kes symptom klinikal
PSS.
5.5 Menyimpan dan mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada
Unit Perolehan kepada sekolah.
5.6 Menerima dan mengumpul laporan pemantauan Pegawai Perhubungan Program
Susu Sekolah (PPPSS) dari pembekal.
9
PENGURUSAN PESANAN DAN BAYARAN PSS
MULA
Unit HEM kemukakan nota minta dan dokumen
berikut ke Unit Kewangan:
a. Senarai sekolah b. Bil murid
c. Bil. kotak susu d. Dokumen sokongan
Unit Kewangan sediakan Pesanan Tempatan
(LO) e-perolehan
Serahkan (LO) kepada Syarikat Pembekal Susu /
cetakan terus melalui sistem e-perolehan
Unit HEM terima daripada Syarikat Pembekal
Susu:
a. LO asal b. Invois
c. SAP d. Salinan kontrak / SST
Semakan dokumen oleh Unit HEM
Dokumen lengkap
Syarikat lengkapkan
dokumen
TAMAT
YA
TIDAK
Serahkan kepada Unit Kewangan
Penyediaan baucer bayaran
Bayaran dibuat kepada pembekal susu
PESANANBAYARAN
10
BAB 5 PENGURUSAN PSS DI SEKOLAH
Sekolah merupakan destinasi terakhir susu bagi Program Susu Sekolah (PSS) dihantar
sebelum diminum oleh murid-murid. Bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan,
semua pihak perlu bertanggungjawab mengawal selia dan mengurus PSS dengan sebaik
mungkin.
1. Penubuhan Jawatankuasa Bantuan Murid
Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Bantuan Murid yang
dipengerusikan oleh Guru Besar dengan keahlian seperti berikut:
i) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid;
ii) Guru Penyelaras Bantuan/ Kebajikan;
iii) Pembantu Tadbir Kewangan;
iv) Guru penyelaras setiap aliran (Tahun 1 – Tahun 6 dan PPKI).
** Bilangan Ahli Jawatankuasa bergantung kepada kesesuaian sekolah masing-
masing
2. Peranan Jawatankuasa Program Susu Sekolah Di Sekolah
2.1 Mesyuarat penyelarasan di peringkat sekolah.
2.2 Mengesahkan senarai murid yang layak menerima (berdasarkan senarai
penerima RMT dan mengikut tahun semasa) dan mendapat kebenaran ibu
bapa/penjaga.
2.3 Memastikan tempat penyimpanan selamat dan sesuai.
2.4 Memastikan bekalan susu tahun semasa habis diminum. Bekalan tahun
semasa tidak dibenarkan dibawa ke tahun berikutnya.
2.5 Memastikan pengurusan PSS mengikut garis panduan yang ditetapkan.
11
3. Carta Alir Pengurusan Program Susu Sekolah Di Sekolah
PSS
LENGKAPKAN
BUKU LAPORAN
PSS
12
4. Penerimaan Bekalan
4.1 Waktu Penerimaan : Berdasarkan keberadaan pentadbir di sekolah.
4.2 Pengesahan Penerimaan :
4.2.1 Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah disemak dan disahkan oleh dua
individu berbeza.
4.2.2 Sijil Akuan Penerimaan (SAP) disahkan oleh Guru Besar/Guru Penolong
Kanan Pentadbiran/Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Guru
Penolong Kanan Kokurikulum/Guru Penyelia Petang/Guru Penolong
Kanan Pendidikan Khas.
4.2.3 Pastikan SAP lengkap dengan tandatangan, tarikh dan cap jawatan
penerima semasa hari susu dihantar ke sekolah.
4.2.4 Pastikan jumlah bekalan mengikut jumlah yang tercatat pada SAP.
4.2.5 Pastikan salinan SAP disimpan untuk tujuan rekod.
5. Peringatan
5.1 Pastikan catatan penerimaan dilengkapkan dalam Buku Laporan Program Susu
Sekolah (Buku Log).
5.2 Penerima bekalan susu perlu menolak bekalan sekiranya terdapat kotak susu
yang rosak atau tidak mempunyai nombor batch dan tarikh luput.
5.3 Kotak susu yang mempunyai kerosakan fizikal tidak boleh diterima dan hendaklah
dikembalikan kepada pembekal untuk diganti.
5.4 Pastikan pemandu dan pembantu yang menghantar bekalan susu memakai
pakaian yang sopan dan bersesuaian.
5.5 Memastikan warga sekolah tidak terlibat dalam kerja-kerja pemunggahan dan
penyusunan susu.
5.6 Memastikan langkah-langkah keselamatan diutamakan.
13
6. Aktiviti Pendidikan Program Susu Sekolah Di Sekolah
6.1 Taklimat kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Guru Penyelaras PSS
oleh pihak pembekal (sekurang-kurangnya sekali setahun).
6.2 Bekerjasama dengan semua pihak dalam melaksanakan program pendidikan
PSS.
6.3 Menggalakkan warga sekolah menonton video Panduan Minum Susu di laman
web/CD.
6.4 Demonstrasi Lihat, Hidu dan Rasa PSS mengikut masa yang sesuai.
6.5 Poster dan lain-lain bahan pendidikan dipamerkan di lokasi bersesuaian.
7. Penyimpanan Susu PSS Di Sekolah
7.1 Tempat penyimpanan bekalan susu perlu mempunyai ciri-ciri berikut :
7.1.1 Dilindungi daripada makhluk perosak, haiwan peliharaan dan risiko
pencemaran.
7.1.2 Pencahayaan semula jadi atau buatan yang sesuai diperlukan.
7.1.3 Pengudaraan yang mencukupi untuk mengelak bahang berlebihan,
kondensasi, kotoran dan wap.
7.1.4 Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 cm dari lantai atau jika
menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-
kurangnya 15 cm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak melebihi
keluasan pallet.
7.1.5 Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding.
7.1.6 Susu hendaklah disimpan berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor
batch bagi memudahkan amalan FIFO (First In First Out) dilaksanakan
7.1.7 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelak kotak susu
bergoyang dan terjatuh. Contoh: Interlocking Stacking System (Sistem
Perkuncian Barang Tindihan).
7.1.8 Tidak menyusun kotak melebihi ketinggian dibenarkan (8 hingga 10
karton). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan
bawah.
7.1.9 Sistem Perkuncian Barang Tindihan (Interlocking Stacking System).
14
8. Pengagihan Susu PSS Di Sekolah
8.1 Menetapkan hari dan waktu yang sesuai untuk minum susu.
8.2 Pastikan amalan sistem penggiliran stok FIFO (First In First Out) dilaksanakan.
8.3 Sebelum susu diagih kepada murid-murid, pastikan perkara-perkara berikut
dipatuhi :
8.3.1 Nombor batch dan tarikh luput.
8.3.2 Tarikh pengagihan dicatat.
8.3.3 Catat jumlah kotak susu yang diagih.
8.4 Pastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu :
8.4.1 Tanda kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran.
8.4.2 Bocor atau pecah.
8.4.3 Menggelembung.
8.4.4 Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan pada
kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat.
8.4.5 Tanda atau kesan gigitan makhluk perosak.
15
8.5 Pastikan penerangan diberi sebelum murid-murid minum susu:
8.5.1 Amalan membasuh tangan.
8.5.2 Pastikan kotak tidak kembung, kemek dan bocor.
8.5.3 Pastikan tarikh belum luput.
8.5.4 Goncang kotak susu.
8.5.5 Rasa sedikit; jika susu rasa masam, jangan minum dan laporkan segera
kepada guru.
8.5.6 Jika susu elok, minum hingga habis. Jangan simpan baki susu yang sudah
diminum.
8.5.7 Buang kotak susu ke dalam plastik sampah yang disediakan.
9. Pemantauan PSS
9.1 Guru Penyelaras PSS perlu mengemaskini Buku Laporan PSS setiap bulan.
9.2 Guru Besar / Pentadbir Sekolah perlu membuat pengesahan pada Buku Laporan
PSS setiap bulan.
9.3 Memberi kerjasama kepada pihak JPN, PPD dan PPPSS yang hadir untuk
pemantauan.
10. Isu dan Tindakan Dalam Pelaksanaan PSS di Sekolah
10.1 Fizikal Kotak Susu: Kemek, kembung dan bocor.
10.1.1 Asingkan kotak susu yang rosak.
10.1.2 Laporkan kepada pembekal untuk gantian.
10.2 Simpton Klinikal: Alahan, sakit perut, muntah, pening dan cirit birit.
10.2.1 Berhenti minum susu dan pengedaran kepada murid serta merta.
10.2.2 Asingkan murid yang terlibat.
10.2.3 Hubungi klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan
segera.
10.2.4 Maklum kepada PPD/JPN dan pembekal.
10.2.5 Maklum kepada ibu bapa/penjaga murid terlibat.
10.2.6 Menyediakan laporan mengikut Format 1:3:7 kepada PPD dan JPN
(muka surat 27)
16
11. Pelupusan Kotak Susu PSS
11.1 Pastikan plastik sampah disediakan oleh pembekal mencukupi.
11.2 Sekolah membuat pelupusan atau kitar semula kotak susu tersebut.
12. Keperluan Dokumentasi
12.1 Pastikan Fail Pengurusan PSS disediakan dan mengandungi:
12.1.1 Surat Masuk/Keluar
12.1.2 Minit Mesyuarat
12.1.3 Borang Kebenaran Ibu bapa/Penjaga
12.1.4 Senarai Nama Penerima
12.1.5 Buku Laporan PSS
12.1.6 Bahan-bahan Pendidikan PSS
12.1.7 Salinan Sijil Akuan Penerimaan
12.1.8 Laporan Kes Simptom Klinikal (jika ada)
12.1.9 Lain-lain bahan berkaitan PSS (jika ada)
13. Perlindungan Kepada Guru
13.1 Pihak pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa
kerosakan susu yang dibekalkan yang boleh menyebabkan keracunan
makanan kepada murid-murid.
13.2 Pihak pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku
ketidakpatuhan terhadap mana-mana terma dalam kontrak pembekalan susu.
13.3 Warga sekolah tidak boleh dipersalahkan sekiranya pihak pembekal tidak
mematuhi mana-mana terma dalam kontrak pembekalan susu.
17
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGURUSAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
1. Nama Sekolah : ………………………………………………………………………………….……………….
2. Alamat Sekolah: ………………………………………………………………………………………………….
3. Lokasi Sekolah : Bandar Luar Bandar
4. No. Telefon : ………………………..
5. No. Faks ::………………………….
6. Guru Besar : ………………………………………………………………………………..……………………
7. No. Telefon : ………………………………..
8. GPK HEM : ………………………………………………………………………………………….………….
9. No. Telefon : ………………………………..
10. Guru Bertugas : ……………………………………………………………………………..…….…………….
11. No. Telefon : ………………………………
12. Enrolmen Murid : …………………………..
13. Jumlah Penerima Susu : ………………….
14. Tempat Penyimpanan Susu :
➢
Stor PSS
➢
Bilik GPK HEM
➢
Kabinet Bilik Guru
➢
Bilik Kesihatan
➢
Lain-lain ………………………
Tandatangan
Nama
Jawatan
: …………………………………………………………
: .…………………………………………………………..
: …………………………………………………………
Cap Sekolah :
( Sila tanda √ ) Berkenaan
LAMPIRAN 1 – MAKLUMAT AM PSS
18
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SENARAI SEMAK KENDIRI PENGHANTAR PSS
ARAHAN :
DIISI OLEH PENGHANTAR PSS DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH SETIAP
KALI PENGHANTARAN.
NO. PERKARA SEMAK CATATAN
YA TIDAK
A PEMUNGGAHAN DARI LORI UNTUK EDARAN/SIMPANAN SEKOLAH
1 Maklumat Am pengangkutan
- Nama Agensi :
- No Kenderaan :
- Lori / Kapasiti :
2 Pemunggahan susu (yang berbungkus) ke dalam kenderaan
hendaklah dijalankan dengan cermat.
- Tidak mencampak
- Tidak menghempas
- Tidak memijak / duduk
3 Menyediakan perlindungan yang berkesan kepada susu daripada
sinaran matahari dan pencemaran termasuk habuk dan asap mahu
pun makhluk perosak.
4 Kenderaan pengangkutan berkeadaan baik
- Peralatan pemunggahan perlu sentiasa bersih
- Boleh dibersihkan, dinyahjangkitan
- Bebas daripada sebarang kotoran
5 Kenderaan pengangkutan mempunyai ruangan yang mencukupi bagi
produk dan sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum
mengangkut produk.
6 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai
- Susu berbungkus dapat mengelakkan tray bergoyang
- Susu tidak terjatuh contohnya interlocking stacking system
- Jangan menyusun kotak melebihi beban, beban yang melampau
akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah. (contoh: bagi
tetra pak per 200ml tidak boleh melebihi ketinggian yang
dibenarkan iaitu 8-10 tray).
7 Jangan campur adukkan batch yang berlainan. Pengangkutan
dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch.
8 Susu yang telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera
daripada kenderaan pengangkutan.
9 Pengilang dan pengedar perlu menyediakan sistem rekod
penghantaran yang mengandungi maklumat-maklumat yang
diperlukan seperti :
- Tarikh dan masa pemunggahan
- No batch / kuantiti
- Tarikh luput bagi setiap batch
NO. PERKARA
SEMAK
CATATAN
YA TIDAK
B KEADAAN PENYIMPANAN
1 Susu sentiasa dilindungi dari sebarang kerosakan dengan tidak
menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan
(8 – 10 tray).
2 Beban yang terlalu berat akan merosakkan kotak susu di lapisan
bawah.
LAMPIRAN 2 – SENARAI SEMAK PSS
19
3 Melindungi dari kerosakan oleh makhluk perosak.
4 Tidak mengendalikan susu dengan kasar.
5 Mengelakkan kerosakan dengan menggunakan kaedah susunan yang
sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh contohnya
interlocking stacking system.
6 Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 sm dari lantai atau jika
menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-
kurangnya 15 sm dari lantai.
7 Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 sm jarak daripada
dinding.
8 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray
bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system.
9 Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan
nombor batch bagi memudahkan amalan first in, first out (FIFO) atau
masuk dulu, keluar dulu.
10 Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar daripada
stor penyimpanan.
11 Penyimpanan susu ke dalam stor hendaklah dijalankan dengan
cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak
susu adalah dilarang sama sekali.
Nama Penghantar :
No. HP:
Tarikh / Masa :
Tandatangan :
20
PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
BORANG KEBENARAN IBU / BAPA / PENJAGA
Guru Besar
……………………………………………………
……………………………………………………
Tuan,
PERSETUJUAN MENERIMA PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) Tahun…...…….…..
Merujuk kepada perkara di atas saya …………....................……….…………………………………….
…..……………………………… No. Kad Pengenalan : ……….........................……………………….
ibubapa/penjaga kepada ………………………………………………………….………… Tahun
………………………………
2. Dengan ini saya;
bersetuju membenarkan anak / jagaan saya menerima
/ minum susu Program Susu Sekolah
tidak bersetuju anak / jagaan saya menerima Program Susu Sekolah kerana
…………………………………………………………………......................................……
…………………………………………………………….……………………….....…………
Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan
3. Saya akan mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang diberikan oleh pihak sekolah.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………...
( ) Tarikh : …………………..
Catatan :
Borang ini dikumpul dan disimpan di sekolah
LAMPIRAN 3 – KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA
21
SIJIL AKUAN PENERIMAAN
(Untuk diisi setelah alat-alat/bahan-bahan disemak)
Kod Sekolah : ………………………………. Nombor SAP: ……………………………………….
Sekolah : ………………………………. Syarikat : ……………………………………….
………………………………. ……………………………………….
Alamat : ………………………………. Alamat : ……………………………………….
………………………………. ……………………………………….
No. Telefon : ………………………………. No. Tel : ……………………………………….
No. Faks : ………………………………. No. Faks : ……………………………………….
Bekalan bulan : ………………………………. No. Pesanan Tempatan (LO) : ……………………
Tahun : ………………………………. Bilangan Murid PSS : ……………………
Butiran
Produk (Kod
Item)
Jumlah
Murid
Kuantiti
Kotak
Setiap
Murid
Jumlah
Kuantiti
Kotak
Harga
Ulasan SekolahSeunit
(RM)
Jumlah
(RM)
Susu UHT
Berperisa
Coklat
(200 ml)
Susu dalam
keadaan baik
semasa
penerimaan
Plastik sampah
dibekalkan
Penghantaran
mengikut jadual
Saya mengaku bahawa susu UHT berperisa coklat (200 ml) di atas telah diterima dan disemak
dengan betul (kualiti dan kuantiti).
Diterima / disemak oleh: Disahkan oleh:
………………………………………….……… ……………………………………………………
(Tandatangan) (Tandatangan Guru Besar / Penolong Kanan)
Nama : …………………………………………
No. KP : ……………………………………….. …………………………………………………
(Cap Guru Besar / Penolong Kanan)
Tarikh : ……………………………………….. Tarikh : ………………………………………..
Peringatan :
1) Sijil Akaun Penerimaan (SAP) hendaklah diisi dalam (4) Salinan untuk edaran berikut:
a) 3 salinan kepada kontraktor termasuk yang asal.
b) 1 salinan untuk fail sekolah.
2) Sila pastikan No. Pesanan Tempatan (LO) yang sah telah diisi sebelum akaun penerimaan dibuat.
3) Penyemak dan pengesah adalah dua individu yang berbeza.
LAMPIRAN 4 – SAP
22
A. PENERIMAAN
BIL
TARIKH TERIMA
BEKALAN
KUANTITI DITERIMA
NO. SAP NO. LO
NAMA PENERIMA
BEKALAN
TANDA
TANGANJUMLAH
KOTAK
TARIKH
LUPUT
1
2
3
4
5
JUMLAH SEBULAN
ULASAN / CATATAN :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
LAMPIRAN 5 – BUKU LOG
PROGRAM SUSU SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bulan :……………………. Nama Guru Penyelaras :……………………….……
Tempat
Simpanan :……………………………………… Bil. Murid PSS : ………………….........
23
B. AGIHAN
BIL JUMLAH AGIHAN
SEBULAN
(KOTAK)
MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5
Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti
1
2
3
4
5
JUMLAH
ULASAN / CATATAN :
……………………………………………………………………………………………………………………………................……….…………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
C. LAPORAN SUSU ROSAK
Bil
Tarikh
kes
Tarikh
luput
Kuantiti Guru Pelapor
Tanda
tangan
Kuantiti
gantian
Tarikh
terima
gantian
Tarikh
luput
Guru Penerima Tanda tangan
ULASAN / CATATAN :
……………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………..
Disediakan oleh: Disemak oleh:
24
PANDUAN MENGISI BUKU LAPORAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
A. PENERIMAAN:
1. Bilangan : Kekerapan penghantaran PSS ke sekolah.
2. Tarikh terima bekalan : Tarikh di mana pihak sekolah terima bekalan daripada pembekal.
3. Jumlah kotak : Sama seperti jumlah paket yang tertulis di dalam SAP.
4. Kuantiti diterima : Jumlah susu yang diterima mengikut Sijil Akuan Penerimaan (SAP).
5. Tarikh luput : Tarikh luput yang tercatat di atas kotak susu.
6. No SAP/LO : Nombor sebagaimana yang tercatat dalam SAP penghantaran
tersebut.
7. Nama guru yang : Guru yang menerima bekalan semasa penghantaran ke sekolah.
menerima bekalan
8. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang menerima bekalan tersebut.
B. AGIHAN:
1. Bilangan : Kekerapan PSS diagihkan kepada murid.
2. Tarikh : Tarikh PSS diagihkan kepada murid.
3. Kuantiti : Jumlah penerima PSS di sekolah.
4. Jumlah agihan sebulan : Jumlah keseluruhan (dalam kotak) yang diagihkan kepada murid
dalam tempoh sebulan.
C. LAPORAN SUSU ROSAK / SIMPTOM KLINIKAL ( JIKA ADA KES )
1. Bilangan : Bilangan kekerapan kes.
2. Tarikh : Tarikh kejadian berlaku.
3. Tarikh luput : Tarikh luput susu.
4. Kuantiti : Bilangan kotak terlibat.
5. Guru pelapor : Nama guru yang melaporkan kes kejadian.
6. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang melaporkan kejadian.
7. Kuantiti gantian : Bilangan kotak yang diganti oleh pembekal.
8. Tarikh terima gentian : Tarikh di mana susu gantian di terima.
9. Tarikh luput : Tarikh luput pada kotak susu gantian.
10. Guru penerima : Guru yang menerima susu gantian.
11. Tanda tangan : Tanda tangan penerima susu gantian.
25
PROGRAM SUSU SEKOLAH
INSTRUMEN PEMANTAUAN DAN KHIDMAT KUNJUNG BANTU KPM / JPN / PPD
TAHUN 20…….
NAMA SEKOLAH : ________________________________________________
KOD SEKOLAH : _____________________
BILANGAN MURID PENERIMA : _____________ orang
ARAHAN AM :
1. Isi semua bahagian disediakan.
2. Tandakan ( / ) pada ruang skor disediakan berdasarkan skala berikut :
*Skala / Skor
0 Tiada
1 Ada tetapi tidak sempurna
2 Ada dan diuruskan dengan sempurna
Ulasan :
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
Tandatangan : Tandatangan Guru Besar :
Tarikh : …………………………… Cap sekolah :
BIL PERKARA
SKOR
0 1 2
1.
Fail Pengurusan (Pin Am 435)
1.1 Surat masuk
1.2 Surat keluar
2.
2.1 Carta Jawatankuasa
2.2 Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa
2.3 Minit Mesyuarat Jawatankuasa
2.4 Borang Kebenaran Ibu / Bapa / Penjaga (tahun semasa)
2.5 Senarai Penerima (tahun semasa)
2.6 Sijil Akuan Penerimaan (SAP)
2.7 Bahan Pendidikan / Buku Panduan
2.8 Bahan / Nota Taklimat
3.
3.1 Tempat penyimpanan susu sesuai dan selamat
3.2 Plastik sampah dibekal dan mencukupi
3.3 Fizikal stok susu diperiksa sebelum diagihkan kepada murid
3.4 Agihan susu dilakukan mengikut prosedur yang betul
3.5 Susu yang dibuka diminum hingga habis atau dibuang selepas minum
3.6 Kotak susu dibuang dan dilupuskan dengan kaedah yang betul
LAMPIRAN 6 – INSTRUMEN
26
CATATAN BERKALA PEMANTAUAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
(Bagi kegunaan Pegawai Penghubung PSS Syarikat)
SEKOLAH
TARIKH
JENIS BILIK
BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN
1. BILIK PENYIMPANAN SUSU
1.1 Mempunyai keluasan yang sesuai
1.2 Pengudaraan dan pencahayaan yang baik
1.3 Mempunyai tingkap, kipas/penghawa dingin dan lampu
1.4 Hanya menyimpan susu sahaja
1.5 Tiada kesan makhluk perosak
1.6 Ruang lantai yang bersih
1.7 Siling tiada sawang
1.8 Bilik selamat dan berkunci
2. KAEDAH PENYIMPANAN SUSU
2.1 Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya 15 sm jarak
daripada dinding
2.2 Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya pada
ketinggian 20 sm daripada lantai
2.3 Susu disusun di dalam rak bertutup/terbuka meja atau
pallet
2.4 Kuantiti susu di sekolah hanya untuk agihan satu bulan
sahaja
2.5 Tidak menyimpan susu dengan tarikh luput yang lama di
sekolah
3. DOKUMENTASI DAN REKOD
3.1 Mengisi Buku Pelaporan Program Susu Sekolah (PSS)
3.2 Buku Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu terdapat
di bilik penyimpanan susu
3.3 Sijil Akuan Penerima (SAP) disusun ikut bulan dan difailkan
3.4 CP Panduan Meminum Susu digunakan ikut bulan dan
difailkan
3.5 Poster PSS di tampal dan dipamerkan
3.6 Jawatankuasa PSS Sekolah dipamerkan
3.7 Borang Persetujuan Penerimaan PSS difailkan
3.8 Senarai Penerima PSS difailkan
3.9 Jumlah penerima PSS bersama dengan bekalan diterima
sekolah
4. LAIN-LAIN
4.1 Plastik sampah disediakan
4.2 Pelupusan kotak susu dibuat secara bersistematik
4.3 Ada kemudahan chiller/peti sejuk (Jika ada)
4.4 Bilik dihias menarik
4.5 Pemantauan oleh PPD/JPN/KPM
Dipantau oleh :
Tandatangan : Jawatan / Cap :
LAMPIRAN 7 – CATATAN BERKALA
27
NAMA SEKOLAH ……………………………………………………………………..
LAPORAN PENYIASATAN ADUAN PELANGGAN
1. Tajuk Berita/Jenis Aduan (Bertulis/Lisan) :
2. No. Aduan :
3. Kategori Aduan :
4. Akhbar/Nama & Alamat Pengadu :
5. Tarikh Terbitan/Siaran/Aduan :
6. Lampiran (Petikan Akhbar/Salinan Aduan) :
7. Laporan Siasatan :
7.1 Perkara/Isu yang berlaku
7.2 Pihak yang terlibat (Murid/Guru/Kakitangan/Lain-lain)
7.3 Tarikh/Masa/Tempat
7.4 Latar belakang dan Punca Kejadian
7.5 Dapatan Siasatan :
7.6 Tindakan yang telah dan akan dijalankan/dilaksanakan
(Bahagian/Jabatan/PPD/Sekolah)
7.7 Nama Pegawai Penyiasat
7.8 Tarikh Siasatan
8. Status Kes :
9. Syor/Cadangan :
10. Lampiran (Jika ada):
Disediakan : Disahkan :
.............................................. ……………………......................................
Pegawai Penyiasat Aduan (Pengarah/ Tim. Pengarah/ KPPK/ KPP/ PPD)
Tarikh Penyediaan Laporan :
LAMPIRAN 8 – FORMAT ADUAN/SIASATAN

More Related Content

What's hot

Borang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLCBorang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLC
Ung Eleanor
 
Borang sarana Learning Walk
Borang sarana Learning WalkBorang sarana Learning Walk
Borang sarana Learning Walk
Mokhzani Fadir
 
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.pptDP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
JayaSheela22
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
amuradhamid edidik edu my
 
Senarai semak fail rmt
Senarai semak fail rmtSenarai semak fail rmt
Senarai semak fail rmt
ummainacosy
 
PSO HEM SKBI.docx
PSO HEM SKBI.docxPSO HEM SKBI.docx
PSO HEM SKBI.docx
MUHAMADRAZIABINABDHA
 
Borang semakan buku kerja murid
Borang semakan buku kerja muridBorang semakan buku kerja murid
Borang semakan buku kerja muridSiti Musiah Matnor
 
pelan intervensi pemulihan 2020 word.docx
pelan intervensi pemulihan 2020 word.docxpelan intervensi pemulihan 2020 word.docx
pelan intervensi pemulihan 2020 word.docx
NuhaAbdullah6
 
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
ariv792002
 
Kertas Kerja Majlis Anugerah Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum 2021-2022.docx
Kertas Kerja Majlis Anugerah Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum 2021-2022.docxKertas Kerja Majlis Anugerah Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum 2021-2022.docx
Kertas Kerja Majlis Anugerah Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum 2021-2022.docx
sanomikayo1
 
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
Shafizad Kamaludin
 
Pelan intervensi muzik.docx
Pelan intervensi muzik.docxPelan intervensi muzik.docx
Pelan intervensi muzik.docx
ANNESEBESTINAAPMIACH
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahAzmie Trip
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
Nur Aida Ahmad Nazeri
 
PSO.pptx
PSO.pptxPSO.pptx
Tool kit ls 2 borang pemerhatian
Tool kit ls 2   borang pemerhatianTool kit ls 2   borang pemerhatian
Tool kit ls 2 borang pemerhatian
Faridah Ibrahim
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
Stephanie Unsil
 
Contoh laporan plc
Contoh laporan plcContoh laporan plc
Contoh laporan plc
salllash
 
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
Anuar Zainal Sepri
 
PELAN INTERVENSI sains.pdf
PELAN INTERVENSI sains.pdfPELAN INTERVENSI sains.pdf
PELAN INTERVENSI sains.pdf
MOHDHELMIBINMOHDAZAH
 

What's hot (20)

Borang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLCBorang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLC
 
Borang sarana Learning Walk
Borang sarana Learning WalkBorang sarana Learning Walk
Borang sarana Learning Walk
 
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.pptDP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
DP PBD T3 2020 KESELURUHAN.ppt
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
 
Senarai semak fail rmt
Senarai semak fail rmtSenarai semak fail rmt
Senarai semak fail rmt
 
PSO HEM SKBI.docx
PSO HEM SKBI.docxPSO HEM SKBI.docx
PSO HEM SKBI.docx
 
Borang semakan buku kerja murid
Borang semakan buku kerja muridBorang semakan buku kerja murid
Borang semakan buku kerja murid
 
pelan intervensi pemulihan 2020 word.docx
pelan intervensi pemulihan 2020 word.docxpelan intervensi pemulihan 2020 word.docx
pelan intervensi pemulihan 2020 word.docx
 
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020Kertas kerja  sambutan hari lahir 2020
Kertas kerja sambutan hari lahir 2020
 
Kertas Kerja Majlis Anugerah Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum 2021-2022.docx
Kertas Kerja Majlis Anugerah Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum 2021-2022.docxKertas Kerja Majlis Anugerah Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum 2021-2022.docx
Kertas Kerja Majlis Anugerah Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum 2021-2022.docx
 
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
 
Pelan intervensi muzik.docx
Pelan intervensi muzik.docxPelan intervensi muzik.docx
Pelan intervensi muzik.docx
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
PSO.pptx
PSO.pptxPSO.pptx
PSO.pptx
 
Tool kit ls 2 borang pemerhatian
Tool kit ls 2   borang pemerhatianTool kit ls 2   borang pemerhatian
Tool kit ls 2 borang pemerhatian
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Contoh laporan plc
Contoh laporan plcContoh laporan plc
Contoh laporan plc
 
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
 
PELAN INTERVENSI sains.pdf
PELAN INTERVENSI sains.pdfPELAN INTERVENSI sains.pdf
PELAN INTERVENSI sains.pdf
 

Similar to Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020

Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Rosdi Ramli
 
Buku panduan pengurusan rmt
Buku panduan pengurusan rmtBuku panduan pengurusan rmt
Buku panduan pengurusan rmt
Nizam
 
Program susu sekolah untuk muri-murihd sealokd.pptx
Program susu sekolah untuk muri-murihd sealokd.pptxProgram susu sekolah untuk muri-murihd sealokd.pptx
Program susu sekolah untuk muri-murihd sealokd.pptx
SKSEBERANGPASIRMASSE
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahMohd Faizal Jan
 
Panduan hidangan sihat di kantin sekolah
Panduan hidangan sihat di kantin sekolahPanduan hidangan sihat di kantin sekolah
Panduan hidangan sihat di kantin sekolah
JessWongHuiJuan1
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Ahmad NazRi
 
Program kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahProgram kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolah
priya devi
 
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Joyce Robert
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Jimmy Siow
 
PELAN STRATEGIK.docx
PELAN STRATEGIK.docxPELAN STRATEGIK.docx
PELAN STRATEGIK.docx
KALTHOMBINTIMESKAMKP
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpmGaris panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
UbkSktss
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_ Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
FREE FILE DOWNLOAD
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_ Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
Mohd Tahar Jusoh
 
KELAB DOKTOR MUDA
KELAB DOKTOR MUDAKELAB DOKTOR MUDA
KELAB DOKTOR MUDA
HafizSaefullah
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
sandra naggan
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
baizuraharun
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
baizuraharun
 
Pekeliling 1 m 1s
Pekeliling 1 m 1sPekeliling 1 m 1s
Pekeliling 1 m 1s
PPD HULU SELANGOR
 

Similar to Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020 (20)

Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
 
Buku panduan pengurusan rmt
Buku panduan pengurusan rmtBuku panduan pengurusan rmt
Buku panduan pengurusan rmt
 
Bahan kesihatan1
Bahan kesihatan1Bahan kesihatan1
Bahan kesihatan1
 
Program susu sekolah
Program susu sekolahProgram susu sekolah
Program susu sekolah
 
Program susu sekolah untuk muri-murihd sealokd.pptx
Program susu sekolah untuk muri-murihd sealokd.pptxProgram susu sekolah untuk muri-murihd sealokd.pptx
Program susu sekolah untuk muri-murihd sealokd.pptx
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 
Panduan hidangan sihat di kantin sekolah
Panduan hidangan sihat di kantin sekolahPanduan hidangan sihat di kantin sekolah
Panduan hidangan sihat di kantin sekolah
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Program kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahProgram kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolah
 
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
 
PELAN STRATEGIK.docx
PELAN STRATEGIK.docxPELAN STRATEGIK.docx
PELAN STRATEGIK.docx
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpmGaris panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_ Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_ Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 
KELAB DOKTOR MUDA
KELAB DOKTOR MUDAKELAB DOKTOR MUDA
KELAB DOKTOR MUDA
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
 
Pekeliling 1 m 1s
Pekeliling 1 m 1sPekeliling 1 m 1s
Pekeliling 1 m 1s
 

Recently uploaded

Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
SYARIFAHSHAIRAHBTSYE
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
g32420007
 

Recently uploaded (11)

Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
 

Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020

  • 1. 0 PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 2. 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1. PENGENALAN 1.1 Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah mula dilaksanakan di sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan semenjak 1979 bagi membekalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat kepada murid luar bandar dan murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah bagi mengatasi masalah malnutrisi dan ‘kelaparan tersembunyi’ dalam kalangan murid yang akan menganggu perkembangan fizikal dan kognitif mereka. 1.2 Sebagai tambahan kepada program RMT, Program Susu Sekolah (PSS) telah mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1983. Program ini membekalkan susu kepada murid sekolah sama seperti program yang dilaksanakan di pelbagai negara dunia terutamanya bagi negara-negara yang mempunyai industri tenusu. Pemberian susu kepada murid sebagai makanan tambahan dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk membekalkan nutrisi yang mencukupi dan pemakanan yang seimbang serta memupuk tabiat pemakanan yang baik supaya murid kekal sihat dan sentiasa segar. 1.3 Program Susu Sekolah (PSS) merupakan satu usaha kerajaan untuk memupuk amalan meminum susu yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Persyarikatan Malaysia. 1.4 Program Susu Sekolah (PSS) Tahun 2020 adalah kesinambungan Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2010. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, mental dan kesihatan murid-murid sekolah rendah bertambah baik. Pada tahun 2020, PSS telah diteruskan di bawah program RMT.
  • 3. 2 1.5 PSS disasarkan kepada semua murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan yang memenuhi kriteria berikut: 1.5.1 Pendapatan isi rumah adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa (kategori miskin tegar); atau 1.5.2 Murid di Sekolah Orang Asli/Penan; atau 1.5.3 Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). ** Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima PSS.
  • 4. 3 2. OBJEKTIF 2.1 AM Meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan amalan meminum susu. 2.2 KHUSUS 2.2.1 Meningkatkan amalan mengambil minuman susu dalam kalangan murid- murid sekolah rendah. 2.2.2 Meningkatkan peratus kehadiran murid-murid sekolah rendah ke sekolah. 2.2.3 Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek-aspek pendidikan yang lain amnya. 2.2.4 Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, mental dan kesihatan murid sekolah bertambah baik. 2.2.5 Meningkatkan usaha-usaha pembangunan masyarakat dan industri tenusu tempatan yang berdasarkan pengeluaran, pemprosesan dan pembekalan susu. 2.3 SUSU UHT 2.3.1 Susu UHT adalah susu yang diproses melalui kaedah UHT (Ultra High Temprerature) dimana susu dipanaskan pada suhu 135 -140 darjah celcius selama 2-10 saat. Tujuannya adalah untuk membunuh kuman- kuman yang boleh merosakkan susu atau menyebabkan simptom keracunan seperti sakit perut. 2.3.2 Susu dibungkus dengan cara pembungkusan aseptik iaitu pembungkusan menggunakan teknologi tinggi yang keadaan sekelilingnya steril dan bebas dari kuman. 2.3.3 Susu UHT boleh disimpan pada suhu bilik. 2.3.4 Susu UHT mempunyai tempoh hayat sehingga 10 bulan dari tarikh pengeluaran.
  • 5. 4 BAB 2 KAJIAN TENTANG PS1M 1. KAJIAN 1 Kajian keberkesanan Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia 2013 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M. Dari kajian ini didapati: 1.1 Persepsi murid, guru dan ibu bapa/penjaga terhadap tiga aspek iaitu meningkatkan tahap kesihatan, menggalakkan kehadiran murid ke sekolah dan menunjukkan peningkatan pencapaian akademik. 1.2 Perbezaan persepsi juga ditunjukkan oleh murid dan guru berdasarkan beberapa faktor seperti jantina, peringkat umur murid, lokasi dan jenis sekolah yang dilawati oleh penyelidik. 1.3 Program susu merupakan satu program yang biasa di sekolah-sekolah pelbagai negara termasuk Malaysia serta dengan kepercayaan bahawa program ini akan diteruskan dalam tempoh jangka panjang. 1.4 Hasil dapatan tersebut menunjukkan murid, guru dan ibu bapa/penjaga mempunyai persepsi yang positif terhadap PS1M. 2. KAJIAN 2 Kajian keberkesanan Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang telah dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia 2014 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M. Hasil dapatan daripada kajian ini mengenai pertumbuhan fizikal murid peringkat sekolah rendah didapati: 2.1 Tinggi: Susu dan kuantiti ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid. 2.2 Berat: Susu memberi kesan terhadap peningkatan berat badan tetapi tidak dipengaruhi oleh kuantiti susu yang diminum. 2.3 BMI (Body Mass Index): Susu tidak menunjukkan kesan terhadap peningkatan atau penurunan peratus BMI. 2.4 Lemak: Susu tidak menunjukkan kesan yang konsisten terhadap peningkatan atau penurunan kandungan lemak dalam badan murid.
  • 6. 5 2.5 Kepadatan Tulang: Susu meningkatkan kepadatan tulang murid. 2.6 Indeks kualiti tulang: Susu dapat meningkatkan indeks kualiti tulang. 2.7 Kecergasan fizikal: Susu tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam meningkatkan kecergasan fizikal murid. Di peringkat sekolah rendah, susu dan kuantiti yang diminum oleh murid yang terlibat dalam kajian telah didapati ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid, berat badan, BMI dan peratus lemak dalam badan murid. 3. Hasil daripada kajian ini, pihak pengkaji dari UPM mencadangkan seperti berikut: 3.1 Meneruskan program pemberian susu kepada murid. 3.2 Memastikan pemberian susu kepada murid adalah tidak terputus dan bermula pada hari pertama persekolahan dan tamat pada hari terakhir persekolahan. 3.3 Menambah kuantiti bilangan susu yang diberi kepada murid. 3.4 Memperluaskan supaya semua murid sekolah rendah dapat menikmati susu. 3.5 Memperluaskan program bantuan susu ke sekolah menengah rendah supaya murid yang sedang membesar ini dapat menikmati khasiat susu dalam pertumbuhan mereka. 3.6 Meningkatkan program dan aktiviti menggalakkan minum susu dan makan makanan berasaskan susu di kalangan murid sekolah dengan kerjasama pelbagai pihak.
  • 7. 6 BAB 3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) 1.1 Menyelaraskan data penerima PSS dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). 1.2 Memastikan spesifikasi susu dan syarat-syarat keselamatan susu dipatuhi sebelum diminum. 1.3 Mengeluarkan arahan pemberhentian edaran susu sekiranya berlaku isu kesihatan murid berdasarkan syor oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 1.4 Mengeluarkan surat siaran pelaksanaan PSS tahun semasa. 1.5 Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PSS. 1.6 Khidmat kunjung bantu ke Jabatan Pendidikan Negeri mengikut keperluan. 2. Bahagian Kewangan (BKew) 2.1 Mengeluar dan mengemaskini Garis Panduan Pengurusan Kewangan Program Susu Sekolah (PSS). 2.2 Memaklumkan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan kepada Bahagian Perolehan (BPL) untuk penyediaan dokumen kontrak dan kepada BPSH untuk perancangan pelaksanaan. 2.3 Memastikan peruntukan kewangan PSS bagi tahun semasa mencukupi. 2.4 Menyalurkan dan memastikan peruntukan PSS yang mencukupi ke JPN. 2.5 Memantau prestasi perbelanjaan PSS di peringkat JPN. 2.6 Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan PSS. 2.7 Memastikan pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan pesanan tempatan (Local Order) yang dikeluarkan dan pengesahan penerimaan bekalan oleh pihak sekolah. 2.8 Mengeluarkan arahan pemberhentian pesanan susu kepada JPN sekiranya peruntukan yang mencukupi tidak dapat disediakan. 3. Bahagian Perolehan (BPL) 3.1 Mengurus proses perolehan PSS. 3.2 Menyediakan dokumen kontrak pembekalan PSS berdasarkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan antara syarikat pembekal dengan kerajaan. 3.3 Mengedarkan dokumen kontrak perjanjian pembekalan kepada syarikat pembekal, Bahagian Kewangan, BPSH dan JPN.
  • 8. 7 3.4 Menyediakan dan mengedarkan softcopy dokumen kontrak yang lengkap dan cabutan dokumen kontrak kepada JPN untuk diedarkan ke PPD dan sekolah. 3.5 Meneliti dan menguruskan penamatan kontrak selepas merujuk kepada Penasihat Undang-Undang (PUU). 3.6 Mendapatkan prestasi syarikat pembekal daripada Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan pelepasan Bon Jaminan Pelaksanaan. 3.7 Menjadi urus setia Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian sekiranya berlaku pertikaian atau tuntutan oleh pihak yang terlibat dengan perjanjian ini. 4. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI 4.1 Unit Hal Ehwal Murid 4.1.1 Menyediakan data penerima PSS. 4.1.2 Mengedarkan surat siaran pelaksanaan PSS kepada PPD dan sekolah. 4.1.3 Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PSS. 4.1.4 Menyediakan nota minta untuk pesanan PSS. 4.1.5 Membantu Jabatan Kesihatan Negeri dan syarikat pembekal menyediakan laporan kes-kes simptom klinikal PSS. 4.1.6 Pemantauan dan kunjung bantu pelaksanaan PSS ke Pejabat Pendidikan Daerah / sekolah. 4.2 Unit Perolehan 4.2.1 Menyimpan softcopy dan dokumen kontrak yang lengkap serta mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada BPL kepada PPD dan sekolah. 4.2.2 Memastikan syarat-syarat kontrak dipatuhi. 4.2.3 Mengemukakan syor untuk dendaan jika berlaku ketidakpatuhan syarat kontrak kepada Unit Kewangan JPN. 4.2.4 Menyediakan prestasi syarikat dan dihantar ke BPL, KPM. 4.2.5 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPL, KPM berdasarkan laporan daripada sekolah.
  • 9. 8 4.3 Unit Kewangan 4.3.1 Menyediakan pesanan tempatan (LO) PSS berdasarkan nota minta yang disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid. 4.3.2 Memastikan LO PSS disediakan sebelum atau pada 15hb setiap bulan (tertakluk kepada perubahan jadual penghantaran yang diputuskan oleh KPM). 4.3.3 Memastikan syarikat pembekal mengemukakan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dari pihak sekolah bagi setiap pesanan selepas penghantaran susu. 4.3.4 Pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan LO yang dikeluarkan dan pengesahan penerimaan SAP oleh pihak sekolah. 4.3.5 Menyediakan perkiraan dan membuat pemotongan bayaran atau dendaan berdasarkan perakuan daripada Unit Perolehan. 4.3.6 Menyedia prestasi kewangan PSS dan menghantar ke Bahagian Kewangan, KPM. 4.3.7 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPL, KPM berdasarkan laporan daripada sekolah. 5. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 5.1 Mengumpul, menyelaras dan mengesahkan data penerima PSS. 5.1.1 Data sekolah 5.1.2 Data murid 5.2 Menguruskan taklimat pengurusan PSS kepada sekolah. 5.3 Pemantauan dan khidmat kunjung bantu pelaksanaan PSS di sekolah. 5.4 Membantu sekolah menyediakan laporan jika berlaku kes symptom klinikal PSS. 5.5 Menyimpan dan mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada Unit Perolehan kepada sekolah. 5.6 Menerima dan mengumpul laporan pemantauan Pegawai Perhubungan Program Susu Sekolah (PPPSS) dari pembekal.
  • 10. 9 PENGURUSAN PESANAN DAN BAYARAN PSS MULA Unit HEM kemukakan nota minta dan dokumen berikut ke Unit Kewangan: a. Senarai sekolah b. Bil murid c. Bil. kotak susu d. Dokumen sokongan Unit Kewangan sediakan Pesanan Tempatan (LO) e-perolehan Serahkan (LO) kepada Syarikat Pembekal Susu / cetakan terus melalui sistem e-perolehan Unit HEM terima daripada Syarikat Pembekal Susu: a. LO asal b. Invois c. SAP d. Salinan kontrak / SST Semakan dokumen oleh Unit HEM Dokumen lengkap Syarikat lengkapkan dokumen TAMAT YA TIDAK Serahkan kepada Unit Kewangan Penyediaan baucer bayaran Bayaran dibuat kepada pembekal susu PESANANBAYARAN
  • 11. 10 BAB 5 PENGURUSAN PSS DI SEKOLAH Sekolah merupakan destinasi terakhir susu bagi Program Susu Sekolah (PSS) dihantar sebelum diminum oleh murid-murid. Bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan, semua pihak perlu bertanggungjawab mengawal selia dan mengurus PSS dengan sebaik mungkin. 1. Penubuhan Jawatankuasa Bantuan Murid Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Bantuan Murid yang dipengerusikan oleh Guru Besar dengan keahlian seperti berikut: i) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; ii) Guru Penyelaras Bantuan/ Kebajikan; iii) Pembantu Tadbir Kewangan; iv) Guru penyelaras setiap aliran (Tahun 1 – Tahun 6 dan PPKI). ** Bilangan Ahli Jawatankuasa bergantung kepada kesesuaian sekolah masing- masing 2. Peranan Jawatankuasa Program Susu Sekolah Di Sekolah 2.1 Mesyuarat penyelarasan di peringkat sekolah. 2.2 Mengesahkan senarai murid yang layak menerima (berdasarkan senarai penerima RMT dan mengikut tahun semasa) dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga. 2.3 Memastikan tempat penyimpanan selamat dan sesuai. 2.4 Memastikan bekalan susu tahun semasa habis diminum. Bekalan tahun semasa tidak dibenarkan dibawa ke tahun berikutnya. 2.5 Memastikan pengurusan PSS mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • 12. 11 3. Carta Alir Pengurusan Program Susu Sekolah Di Sekolah PSS LENGKAPKAN BUKU LAPORAN PSS
  • 13. 12 4. Penerimaan Bekalan 4.1 Waktu Penerimaan : Berdasarkan keberadaan pentadbir di sekolah. 4.2 Pengesahan Penerimaan : 4.2.1 Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah disemak dan disahkan oleh dua individu berbeza. 4.2.2 Sijil Akuan Penerimaan (SAP) disahkan oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan Pentadbiran/Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Guru Penolong Kanan Kokurikulum/Guru Penyelia Petang/Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas. 4.2.3 Pastikan SAP lengkap dengan tandatangan, tarikh dan cap jawatan penerima semasa hari susu dihantar ke sekolah. 4.2.4 Pastikan jumlah bekalan mengikut jumlah yang tercatat pada SAP. 4.2.5 Pastikan salinan SAP disimpan untuk tujuan rekod. 5. Peringatan 5.1 Pastikan catatan penerimaan dilengkapkan dalam Buku Laporan Program Susu Sekolah (Buku Log). 5.2 Penerima bekalan susu perlu menolak bekalan sekiranya terdapat kotak susu yang rosak atau tidak mempunyai nombor batch dan tarikh luput. 5.3 Kotak susu yang mempunyai kerosakan fizikal tidak boleh diterima dan hendaklah dikembalikan kepada pembekal untuk diganti. 5.4 Pastikan pemandu dan pembantu yang menghantar bekalan susu memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian. 5.5 Memastikan warga sekolah tidak terlibat dalam kerja-kerja pemunggahan dan penyusunan susu. 5.6 Memastikan langkah-langkah keselamatan diutamakan.
  • 14. 13 6. Aktiviti Pendidikan Program Susu Sekolah Di Sekolah 6.1 Taklimat kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Guru Penyelaras PSS oleh pihak pembekal (sekurang-kurangnya sekali setahun). 6.2 Bekerjasama dengan semua pihak dalam melaksanakan program pendidikan PSS. 6.3 Menggalakkan warga sekolah menonton video Panduan Minum Susu di laman web/CD. 6.4 Demonstrasi Lihat, Hidu dan Rasa PSS mengikut masa yang sesuai. 6.5 Poster dan lain-lain bahan pendidikan dipamerkan di lokasi bersesuaian. 7. Penyimpanan Susu PSS Di Sekolah 7.1 Tempat penyimpanan bekalan susu perlu mempunyai ciri-ciri berikut : 7.1.1 Dilindungi daripada makhluk perosak, haiwan peliharaan dan risiko pencemaran. 7.1.2 Pencahayaan semula jadi atau buatan yang sesuai diperlukan. 7.1.3 Pengudaraan yang mencukupi untuk mengelak bahang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap. 7.1.4 Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 cm dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang- kurangnya 15 cm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak melebihi keluasan pallet. 7.1.5 Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding. 7.1.6 Susu hendaklah disimpan berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan amalan FIFO (First In First Out) dilaksanakan 7.1.7 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelak kotak susu bergoyang dan terjatuh. Contoh: Interlocking Stacking System (Sistem Perkuncian Barang Tindihan). 7.1.8 Tidak menyusun kotak melebihi ketinggian dibenarkan (8 hingga 10 karton). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah. 7.1.9 Sistem Perkuncian Barang Tindihan (Interlocking Stacking System).
  • 15. 14 8. Pengagihan Susu PSS Di Sekolah 8.1 Menetapkan hari dan waktu yang sesuai untuk minum susu. 8.2 Pastikan amalan sistem penggiliran stok FIFO (First In First Out) dilaksanakan. 8.3 Sebelum susu diagih kepada murid-murid, pastikan perkara-perkara berikut dipatuhi : 8.3.1 Nombor batch dan tarikh luput. 8.3.2 Tarikh pengagihan dicatat. 8.3.3 Catat jumlah kotak susu yang diagih. 8.4 Pastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu : 8.4.1 Tanda kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran. 8.4.2 Bocor atau pecah. 8.4.3 Menggelembung. 8.4.4 Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan pada kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat. 8.4.5 Tanda atau kesan gigitan makhluk perosak.
  • 16. 15 8.5 Pastikan penerangan diberi sebelum murid-murid minum susu: 8.5.1 Amalan membasuh tangan. 8.5.2 Pastikan kotak tidak kembung, kemek dan bocor. 8.5.3 Pastikan tarikh belum luput. 8.5.4 Goncang kotak susu. 8.5.5 Rasa sedikit; jika susu rasa masam, jangan minum dan laporkan segera kepada guru. 8.5.6 Jika susu elok, minum hingga habis. Jangan simpan baki susu yang sudah diminum. 8.5.7 Buang kotak susu ke dalam plastik sampah yang disediakan. 9. Pemantauan PSS 9.1 Guru Penyelaras PSS perlu mengemaskini Buku Laporan PSS setiap bulan. 9.2 Guru Besar / Pentadbir Sekolah perlu membuat pengesahan pada Buku Laporan PSS setiap bulan. 9.3 Memberi kerjasama kepada pihak JPN, PPD dan PPPSS yang hadir untuk pemantauan. 10. Isu dan Tindakan Dalam Pelaksanaan PSS di Sekolah 10.1 Fizikal Kotak Susu: Kemek, kembung dan bocor. 10.1.1 Asingkan kotak susu yang rosak. 10.1.2 Laporkan kepada pembekal untuk gantian. 10.2 Simpton Klinikal: Alahan, sakit perut, muntah, pening dan cirit birit. 10.2.1 Berhenti minum susu dan pengedaran kepada murid serta merta. 10.2.2 Asingkan murid yang terlibat. 10.2.3 Hubungi klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera. 10.2.4 Maklum kepada PPD/JPN dan pembekal. 10.2.5 Maklum kepada ibu bapa/penjaga murid terlibat. 10.2.6 Menyediakan laporan mengikut Format 1:3:7 kepada PPD dan JPN (muka surat 27)
  • 17. 16 11. Pelupusan Kotak Susu PSS 11.1 Pastikan plastik sampah disediakan oleh pembekal mencukupi. 11.2 Sekolah membuat pelupusan atau kitar semula kotak susu tersebut. 12. Keperluan Dokumentasi 12.1 Pastikan Fail Pengurusan PSS disediakan dan mengandungi: 12.1.1 Surat Masuk/Keluar 12.1.2 Minit Mesyuarat 12.1.3 Borang Kebenaran Ibu bapa/Penjaga 12.1.4 Senarai Nama Penerima 12.1.5 Buku Laporan PSS 12.1.6 Bahan-bahan Pendidikan PSS 12.1.7 Salinan Sijil Akuan Penerimaan 12.1.8 Laporan Kes Simptom Klinikal (jika ada) 12.1.9 Lain-lain bahan berkaitan PSS (jika ada) 13. Perlindungan Kepada Guru 13.1 Pihak pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa kerosakan susu yang dibekalkan yang boleh menyebabkan keracunan makanan kepada murid-murid. 13.2 Pihak pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap mana-mana terma dalam kontrak pembekalan susu. 13.3 Warga sekolah tidak boleh dipersalahkan sekiranya pihak pembekal tidak mematuhi mana-mana terma dalam kontrak pembekalan susu.
  • 18. 17 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGURUSAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) 1. Nama Sekolah : ………………………………………………………………………………….………………. 2. Alamat Sekolah: …………………………………………………………………………………………………. 3. Lokasi Sekolah : Bandar Luar Bandar 4. No. Telefon : ……………………….. 5. No. Faks ::…………………………. 6. Guru Besar : ………………………………………………………………………………..…………………… 7. No. Telefon : ……………………………….. 8. GPK HEM : ………………………………………………………………………………………….…………. 9. No. Telefon : ……………………………….. 10. Guru Bertugas : ……………………………………………………………………………..…….……………. 11. No. Telefon : ……………………………… 12. Enrolmen Murid : ………………………….. 13. Jumlah Penerima Susu : …………………. 14. Tempat Penyimpanan Susu : ➢ Stor PSS ➢ Bilik GPK HEM ➢ Kabinet Bilik Guru ➢ Bilik Kesihatan ➢ Lain-lain ……………………… Tandatangan Nama Jawatan : ………………………………………………………… : .………………………………………………………….. : ………………………………………………………… Cap Sekolah : ( Sila tanda √ ) Berkenaan LAMPIRAN 1 – MAKLUMAT AM PSS
  • 19. 18 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SENARAI SEMAK KENDIRI PENGHANTAR PSS ARAHAN : DIISI OLEH PENGHANTAR PSS DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH SETIAP KALI PENGHANTARAN. NO. PERKARA SEMAK CATATAN YA TIDAK A PEMUNGGAHAN DARI LORI UNTUK EDARAN/SIMPANAN SEKOLAH 1 Maklumat Am pengangkutan - Nama Agensi : - No Kenderaan : - Lori / Kapasiti : 2 Pemunggahan susu (yang berbungkus) ke dalam kenderaan hendaklah dijalankan dengan cermat. - Tidak mencampak - Tidak menghempas - Tidak memijak / duduk 3 Menyediakan perlindungan yang berkesan kepada susu daripada sinaran matahari dan pencemaran termasuk habuk dan asap mahu pun makhluk perosak. 4 Kenderaan pengangkutan berkeadaan baik - Peralatan pemunggahan perlu sentiasa bersih - Boleh dibersihkan, dinyahjangkitan - Bebas daripada sebarang kotoran 5 Kenderaan pengangkutan mempunyai ruangan yang mencukupi bagi produk dan sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum mengangkut produk. 6 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai - Susu berbungkus dapat mengelakkan tray bergoyang - Susu tidak terjatuh contohnya interlocking stacking system - Jangan menyusun kotak melebihi beban, beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah. (contoh: bagi tetra pak per 200ml tidak boleh melebihi ketinggian yang dibenarkan iaitu 8-10 tray). 7 Jangan campur adukkan batch yang berlainan. Pengangkutan dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch. 8 Susu yang telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera daripada kenderaan pengangkutan. 9 Pengilang dan pengedar perlu menyediakan sistem rekod penghantaran yang mengandungi maklumat-maklumat yang diperlukan seperti : - Tarikh dan masa pemunggahan - No batch / kuantiti - Tarikh luput bagi setiap batch NO. PERKARA SEMAK CATATAN YA TIDAK B KEADAAN PENYIMPANAN 1 Susu sentiasa dilindungi dari sebarang kerosakan dengan tidak menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 – 10 tray). 2 Beban yang terlalu berat akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah. LAMPIRAN 2 – SENARAI SEMAK PSS
  • 20. 19 3 Melindungi dari kerosakan oleh makhluk perosak. 4 Tidak mengendalikan susu dengan kasar. 5 Mengelakkan kerosakan dengan menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system. 6 Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 sm dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang- kurangnya 15 sm dari lantai. 7 Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 sm jarak daripada dinding. 8 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system. 9 Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan amalan first in, first out (FIFO) atau masuk dulu, keluar dulu. 10 Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar daripada stor penyimpanan. 11 Penyimpanan susu ke dalam stor hendaklah dijalankan dengan cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak susu adalah dilarang sama sekali. Nama Penghantar : No. HP: Tarikh / Masa : Tandatangan :
  • 21. 20 PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) BORANG KEBENARAN IBU / BAPA / PENJAGA Guru Besar …………………………………………………… …………………………………………………… Tuan, PERSETUJUAN MENERIMA PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) Tahun…...…….….. Merujuk kepada perkara di atas saya …………....................……….……………………………………. …..……………………………… No. Kad Pengenalan : ……….........................………………………. ibubapa/penjaga kepada ………………………………………………………….………… Tahun ……………………………… 2. Dengan ini saya; bersetuju membenarkan anak / jagaan saya menerima / minum susu Program Susu Sekolah tidak bersetuju anak / jagaan saya menerima Program Susu Sekolah kerana …………………………………………………………………......................................…… …………………………………………………………….……………………….....………… Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan 3. Saya akan mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang diberikan oleh pihak sekolah. Sekian, terima kasih. Yang benar, ……………………………………………... ( ) Tarikh : ………………….. Catatan : Borang ini dikumpul dan disimpan di sekolah LAMPIRAN 3 – KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA
  • 22. 21 SIJIL AKUAN PENERIMAAN (Untuk diisi setelah alat-alat/bahan-bahan disemak) Kod Sekolah : ………………………………. Nombor SAP: ………………………………………. Sekolah : ………………………………. Syarikat : ………………………………………. ………………………………. ………………………………………. Alamat : ………………………………. Alamat : ………………………………………. ………………………………. ………………………………………. No. Telefon : ………………………………. No. Tel : ………………………………………. No. Faks : ………………………………. No. Faks : ………………………………………. Bekalan bulan : ………………………………. No. Pesanan Tempatan (LO) : …………………… Tahun : ………………………………. Bilangan Murid PSS : …………………… Butiran Produk (Kod Item) Jumlah Murid Kuantiti Kotak Setiap Murid Jumlah Kuantiti Kotak Harga Ulasan SekolahSeunit (RM) Jumlah (RM) Susu UHT Berperisa Coklat (200 ml) Susu dalam keadaan baik semasa penerimaan Plastik sampah dibekalkan Penghantaran mengikut jadual Saya mengaku bahawa susu UHT berperisa coklat (200 ml) di atas telah diterima dan disemak dengan betul (kualiti dan kuantiti). Diterima / disemak oleh: Disahkan oleh: ………………………………………….……… …………………………………………………… (Tandatangan) (Tandatangan Guru Besar / Penolong Kanan) Nama : ………………………………………… No. KP : ……………………………………….. ………………………………………………… (Cap Guru Besar / Penolong Kanan) Tarikh : ……………………………………….. Tarikh : ……………………………………….. Peringatan : 1) Sijil Akaun Penerimaan (SAP) hendaklah diisi dalam (4) Salinan untuk edaran berikut: a) 3 salinan kepada kontraktor termasuk yang asal. b) 1 salinan untuk fail sekolah. 2) Sila pastikan No. Pesanan Tempatan (LO) yang sah telah diisi sebelum akaun penerimaan dibuat. 3) Penyemak dan pengesah adalah dua individu yang berbeza. LAMPIRAN 4 – SAP
  • 23. 22 A. PENERIMAAN BIL TARIKH TERIMA BEKALAN KUANTITI DITERIMA NO. SAP NO. LO NAMA PENERIMA BEKALAN TANDA TANGANJUMLAH KOTAK TARIKH LUPUT 1 2 3 4 5 JUMLAH SEBULAN ULASAN / CATATAN : …………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………… LAMPIRAN 5 – BUKU LOG PROGRAM SUSU SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bulan :……………………. Nama Guru Penyelaras :……………………….…… Tempat Simpanan :……………………………………… Bil. Murid PSS : ………………….........
  • 24. 23 B. AGIHAN BIL JUMLAH AGIHAN SEBULAN (KOTAK) MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5 Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti 1 2 3 4 5 JUMLAH ULASAN / CATATAN : ……………………………………………………………………………………………………………………………................……….………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… C. LAPORAN SUSU ROSAK Bil Tarikh kes Tarikh luput Kuantiti Guru Pelapor Tanda tangan Kuantiti gantian Tarikh terima gantian Tarikh luput Guru Penerima Tanda tangan ULASAN / CATATAN : …………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………….. Disediakan oleh: Disemak oleh:
  • 25. 24 PANDUAN MENGISI BUKU LAPORAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) A. PENERIMAAN: 1. Bilangan : Kekerapan penghantaran PSS ke sekolah. 2. Tarikh terima bekalan : Tarikh di mana pihak sekolah terima bekalan daripada pembekal. 3. Jumlah kotak : Sama seperti jumlah paket yang tertulis di dalam SAP. 4. Kuantiti diterima : Jumlah susu yang diterima mengikut Sijil Akuan Penerimaan (SAP). 5. Tarikh luput : Tarikh luput yang tercatat di atas kotak susu. 6. No SAP/LO : Nombor sebagaimana yang tercatat dalam SAP penghantaran tersebut. 7. Nama guru yang : Guru yang menerima bekalan semasa penghantaran ke sekolah. menerima bekalan 8. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang menerima bekalan tersebut. B. AGIHAN: 1. Bilangan : Kekerapan PSS diagihkan kepada murid. 2. Tarikh : Tarikh PSS diagihkan kepada murid. 3. Kuantiti : Jumlah penerima PSS di sekolah. 4. Jumlah agihan sebulan : Jumlah keseluruhan (dalam kotak) yang diagihkan kepada murid dalam tempoh sebulan. C. LAPORAN SUSU ROSAK / SIMPTOM KLINIKAL ( JIKA ADA KES ) 1. Bilangan : Bilangan kekerapan kes. 2. Tarikh : Tarikh kejadian berlaku. 3. Tarikh luput : Tarikh luput susu. 4. Kuantiti : Bilangan kotak terlibat. 5. Guru pelapor : Nama guru yang melaporkan kes kejadian. 6. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang melaporkan kejadian. 7. Kuantiti gantian : Bilangan kotak yang diganti oleh pembekal. 8. Tarikh terima gentian : Tarikh di mana susu gantian di terima. 9. Tarikh luput : Tarikh luput pada kotak susu gantian. 10. Guru penerima : Guru yang menerima susu gantian. 11. Tanda tangan : Tanda tangan penerima susu gantian.
  • 26. 25 PROGRAM SUSU SEKOLAH INSTRUMEN PEMANTAUAN DAN KHIDMAT KUNJUNG BANTU KPM / JPN / PPD TAHUN 20……. NAMA SEKOLAH : ________________________________________________ KOD SEKOLAH : _____________________ BILANGAN MURID PENERIMA : _____________ orang ARAHAN AM : 1. Isi semua bahagian disediakan. 2. Tandakan ( / ) pada ruang skor disediakan berdasarkan skala berikut : *Skala / Skor 0 Tiada 1 Ada tetapi tidak sempurna 2 Ada dan diuruskan dengan sempurna Ulasan : ...................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... Tandatangan : Tandatangan Guru Besar : Tarikh : …………………………… Cap sekolah : BIL PERKARA SKOR 0 1 2 1. Fail Pengurusan (Pin Am 435) 1.1 Surat masuk 1.2 Surat keluar 2. 2.1 Carta Jawatankuasa 2.2 Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa 2.3 Minit Mesyuarat Jawatankuasa 2.4 Borang Kebenaran Ibu / Bapa / Penjaga (tahun semasa) 2.5 Senarai Penerima (tahun semasa) 2.6 Sijil Akuan Penerimaan (SAP) 2.7 Bahan Pendidikan / Buku Panduan 2.8 Bahan / Nota Taklimat 3. 3.1 Tempat penyimpanan susu sesuai dan selamat 3.2 Plastik sampah dibekal dan mencukupi 3.3 Fizikal stok susu diperiksa sebelum diagihkan kepada murid 3.4 Agihan susu dilakukan mengikut prosedur yang betul 3.5 Susu yang dibuka diminum hingga habis atau dibuang selepas minum 3.6 Kotak susu dibuang dan dilupuskan dengan kaedah yang betul LAMPIRAN 6 – INSTRUMEN
  • 27. 26 CATATAN BERKALA PEMANTAUAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) (Bagi kegunaan Pegawai Penghubung PSS Syarikat) SEKOLAH TARIKH JENIS BILIK BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN 1. BILIK PENYIMPANAN SUSU 1.1 Mempunyai keluasan yang sesuai 1.2 Pengudaraan dan pencahayaan yang baik 1.3 Mempunyai tingkap, kipas/penghawa dingin dan lampu 1.4 Hanya menyimpan susu sahaja 1.5 Tiada kesan makhluk perosak 1.6 Ruang lantai yang bersih 1.7 Siling tiada sawang 1.8 Bilik selamat dan berkunci 2. KAEDAH PENYIMPANAN SUSU 2.1 Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya 15 sm jarak daripada dinding 2.2 Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya pada ketinggian 20 sm daripada lantai 2.3 Susu disusun di dalam rak bertutup/terbuka meja atau pallet 2.4 Kuantiti susu di sekolah hanya untuk agihan satu bulan sahaja 2.5 Tidak menyimpan susu dengan tarikh luput yang lama di sekolah 3. DOKUMENTASI DAN REKOD 3.1 Mengisi Buku Pelaporan Program Susu Sekolah (PSS) 3.2 Buku Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu terdapat di bilik penyimpanan susu 3.3 Sijil Akuan Penerima (SAP) disusun ikut bulan dan difailkan 3.4 CP Panduan Meminum Susu digunakan ikut bulan dan difailkan 3.5 Poster PSS di tampal dan dipamerkan 3.6 Jawatankuasa PSS Sekolah dipamerkan 3.7 Borang Persetujuan Penerimaan PSS difailkan 3.8 Senarai Penerima PSS difailkan 3.9 Jumlah penerima PSS bersama dengan bekalan diterima sekolah 4. LAIN-LAIN 4.1 Plastik sampah disediakan 4.2 Pelupusan kotak susu dibuat secara bersistematik 4.3 Ada kemudahan chiller/peti sejuk (Jika ada) 4.4 Bilik dihias menarik 4.5 Pemantauan oleh PPD/JPN/KPM Dipantau oleh : Tandatangan : Jawatan / Cap : LAMPIRAN 7 – CATATAN BERKALA
  • 28. 27 NAMA SEKOLAH …………………………………………………………………….. LAPORAN PENYIASATAN ADUAN PELANGGAN 1. Tajuk Berita/Jenis Aduan (Bertulis/Lisan) : 2. No. Aduan : 3. Kategori Aduan : 4. Akhbar/Nama & Alamat Pengadu : 5. Tarikh Terbitan/Siaran/Aduan : 6. Lampiran (Petikan Akhbar/Salinan Aduan) : 7. Laporan Siasatan : 7.1 Perkara/Isu yang berlaku 7.2 Pihak yang terlibat (Murid/Guru/Kakitangan/Lain-lain) 7.3 Tarikh/Masa/Tempat 7.4 Latar belakang dan Punca Kejadian 7.5 Dapatan Siasatan : 7.6 Tindakan yang telah dan akan dijalankan/dilaksanakan (Bahagian/Jabatan/PPD/Sekolah) 7.7 Nama Pegawai Penyiasat 7.8 Tarikh Siasatan 8. Status Kes : 9. Syor/Cadangan : 10. Lampiran (Jika ada): Disediakan : Disahkan : .............................................. ……………………...................................... Pegawai Penyiasat Aduan (Pengarah/ Tim. Pengarah/ KPPK/ KPP/ PPD) Tarikh Penyediaan Laporan : LAMPIRAN 8 – FORMAT ADUAN/SIASATAN