SlideShare a Scribd company logo
1.0   SEJARAH DAN PERKEMBANGAN




1.1   Pengenalan dan asal-usul

      Permainan bola baling berasal dari Eropah dan telah diubah suai daripada
permainan-permainan asal seperti Czeska Hasenka di Czechoslovakia, Handbold di
Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Pada Perang Dunia Pertama,
permainan yang pernah dikenali sebagai Torball ini membabitkan tujuh orang
pemain namun telah diubah kepada 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang
bola sepak pada tahun 1917 di Jerman dan secara rasminya dikenali sebagai
handball.




1.2   Perkembangan sukan bola baling

      Peringkat Antarabangsa

      Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah
menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelaraskan undang-undang
permainan ini. Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) pula ditubuhkan
di Amsterdam pada tahun 1928 dan Avery Brudge dari Residen Majlis Olimpik
Antarabangsa (IOC) dilantik sebagai ahli piagam kesatuan tersebut. Sebanyak 23
buah negara menganggotai kesatuan ini pada tahun 1936 apabila pertandingan bola
baling buat kali pertama dalam Sukan Olimpik di Berlin.




      Pada tahun 1946, IAHF telah digantikan dengan sebuah pertubuhan yang
dikenali sebagai Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini
menyatakan bahawa hanya tujuh orang pemain sepasukan dalam permainan bola
baling dan dimainkan di padang atau gelanggang seperti permainan bola keranjang.




                                         1
Di peringkat dunia, sukan bola baling dimonopoli oleh beberapa negara
seperti Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan Poland.
Di Asia pula negara yang menguasai sukan ini ialah Jepun, China dan Korea.




      Peringkat Kebangsaan (Malaysia)

      Permainan bola baling telah diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu
Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor pada tahun 1976
kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor. Pada tahun 1978, sebuah
jawatankuasa kerja bola baling telah dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dan
banyak kursus-kursus bola baling seperti pengenalan permainan, pengadilan dan
kejurulatihan dijalankan untuk guru-guru sekolah bagi memperkenal sukan ini
kepada pelajar sekolah.




      Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan kategori
lelaki dan wanita julung-julung kali diadakan pada 2 Jun 1982 dan telah mendapat
perhatian 12 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan
Universiti Malaya.




      Pada 11 September 1982, Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan
Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi manakala Persekutuan Bola
Baling Malaysia didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985 dan Encik Cheah Hai Su
dilantik sebagai presiden yang pertama. Pada tahun 1986, kesatuan ini telah
menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia.




      Kejohanan Bola Baling Kebangsaan yang pertama bagi lelaki dan wanita
telah diadakan pada 7 Disember 1985. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling
Malaysia telah memperoleh kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola

                                       2
Baling antara Kelab-kelab Negara Komanwel. Sebanyak tujuh buah negara
mengambil bahagian termasuk Malaysia.




Logo Pertubuhan Bola Baling




Rajah 1.1 Logo pertubuhan bola baling daripada pelbagai peringkat




                                        3
2.0   CIRI-CIRI PERALATAN PERMAINAN

2.1   Padang / Gelanggang (Kawasan Permainan)

      Bagi permainan bola baling, permukaan gelanggang perlu keras dan rata
walaupun bermain di kawasan padang berumput. Gelanggang berbentuk segi empat
bujur, 40 meter panjang di garisan tepid an 20 meter lebar di garisan gol.
Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh
satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol
yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah
putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti
pula 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga
gol ialah 15cm dan jaraknya dari tengah garisan gol pula 4 meter. Di dua garisan
tepi, wujud dua garisan pertukaran pemain dengan panfjang 15cm dan jaraknya dari
garisan tengah ialah 4.5 meter.




Rajah 2.1 Gelanggang bola baling



                                         4
2.2       Bola

Bola yang digunakan permainan bola baling berbentuk bulat dan diperbuat sama ada
daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk
setiap kategori pemain adalah berbeza.

      a) Lelaki dan remaja (16 tahun ke atas)
                 Bola saiz 3
                 Berat 425g - 475g
                 Lilitan 58cm - 60cm
      b) Wanita dan remaja (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga
          16 tahun)
                 Bola saiz 2
                 Berat 325g - 375g
                 Lilitan 54cm - 56cm
      c) Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun
          sehingga 12 tahun)
                 Bola saiz 1
                 Berat 290g - 330g
                 Lilitan 50cm - 52cm
      d) MSSM
              Lelaki 18 tahun ke bawah - bola saiz 3
                                            - berat 425g - 475g
                                            - lilitan 58cm - 60cm
              Perempuan 18 tahun ke bawah, lelaki dan perempuan 15 tahun ke
                 bawah serta lelaki 12 tahun ke bawah
                 - bola saiz 2
                 - berat 325g - 375g
                 - lilitan 54cm - 56cm
              Perempuan 12 tahun ke bawah - bola saiz 1
                                                  - berat 290g - 330g
                                                  - lilitan 50cm - 52cm

                                             5
Kebiasaannya, dua biji bola akan diperiksa oleh pengadil sebelum sesuatu
perlawanan dimulakan. Bola yang digunakan dalam perlawanan tidak boleh
sewenang-wenangnya ditukar ganti, melainkan sebab-sebab tertentu. Manakala
pada peringkat antarabangsa, hanya bola yang mempunyai logo IHF sahaja
dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.




                               Rajah 2.2 Bola baling




2.3   Tiang Gol

Tiang gol terletak pada bahagian tengah garisan gol. Suatu tiang gol terdiri daripada
dua batang tiang tegak 3 meter panjang x 2 meter tinggi. Sebatang palang empat
segi berukuran 3.16 meter berfungsi menyambung kedua-dua tiang tegak tersebut.
Tiang gol kebiasaannya diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa
dan dicat dengan dua warna yang terang. Penjuru pertemuan antara tiang tegak
dengan palang perlu dicat dengan warna sama berukuran 28cm. Bahagian lain pada
tiang tegak dan palang, panjang warna yang sama adalah 20cm. Suatu tiang gol
perlulah dipasangkan dengan jaring. Lebar kayu bagi tiang gol dan palang ialah
8cm. Tiang gol yang digunakan dalam bola baling adalah seperti di bawah.




                                          6
2.3 Tiang gol




2.4   Pemain dan Pakaian

      Pakaian untuk pemain lelaki dan wanita terdiri daripada baju lengan pendek
atau panjang, berseluar pendek, stoking dan kasut biasa (atau but). Semua pemain
wajib berpakaian seragam kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian
berlainan dengan pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan.
Sebarang alat yang dianggap berbahaya terhadap pemain lain tidak dibenarkan
untuk memakainya.




      Setiap pasukan bola baling terdiri daripada 12 orang pemain iaitu 10 orang
pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Setiap pemain dibenarkan memakai




                                       7
jersi bernombor 1 hingga 20. Namun, hanya nombor 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk
penjaga gol dan pemain lain bebas memilih nombor masing-masing.




2.5      Pegawai Permainan

Dalam suatu perlawanan bola baling, sebanyak empat orang pegawai bertauliah
diperlukan untuk mengawal sesuatu perlawanan. Empat orang pegawai ini
termasuklah :-

      a) Pengadil garisan gol iaitu pengadil yang bertugas di bahagian depan pemain
         penyerang.
      b) Pengadil gelanggang iaitu pengadil yang bertugas di bahagian belakang
         pemain penyerang (kedua-dua pengadil di atas sering bertukar tugas
         mengikut situasi permainan).
      c) Penjaga masa iaitu pengadil yang bertugas mengawal masa permainan,
         mengawal pemain yang keluar masuk dari gelanggang, mengawal masa
         penggantungan dan mengawal kemasukan pemain.
      d) Pencatat iaitu pengadil yang ditugaskan untuk mencatat bilangan jaringan gol
         dan mengawal kemasukan pemain.




                                   Pengadil                      Pengadil
  Pegawai                         garisan gol                   gelanggang
 permainan                                                         Penjaga
                                    Pencatat
                                                                    masa


                             Rajah 2.4 Pegawai permainan



                                           8
3.0     KEMAHIRAN ASAS

3.1     Pengenalan

      Dalam satu pasukan bola baling, setiap pemain perlulah mempunyai beberapa ciri
seperti tahap teknik kemahiran yang tinggi, tahap kecergasan, kesegaran dan
keseimbangan yang tinggi, pengetahuan dan persefahaman tentang taktik, pendekatan
mental yang betul dan bersikap positif serta mempunyai semangat kesukanan.




      Teknik kemahiran merupakan ciri terpenting dalam permainan bola baling. Sesuatu
pengelolaan latihan yang teratur bergantung pada peningkatan tahap kemahiran
pemain. Untuk mencapai tahap kemahiran yang diperlukan, setiap pemain memerlukan
bimbingan      dan   tunjuk   ajar   daripada   jurulatih   yang   bertanggungjawab   dan
berpengalaman.




      Secara teknikalnya, kemahiran asas bola baling dapat dibahagikan kepada sembilan
aktiviti iaitu berlari, melompat, membuat hantaran dan tangkapan, menangkap,
menggelecek, menghadang, menjaringkan gol, mengacah dan menjaga gol. Setiap
pemain juga wajib mahir dalam setiap kemahiran secara individu.




3.2     Kemahiran Menjaga Gol

      Penjaga gol merupakan barisan terpenting dalam sesebuah pasukan bola baling.
Hal ini kerana seorang penjaga gol mempunyai ciri-ciri seperti :-

      a) Mampu bertindak balas dengan pantas
      b) Mempunyai koordinasi tangan dan mata yang cekap
      c) Berkebolehan bergerak dalam pelbagai aksi
      d) Dapat bertindak dengan pantas mengikut pergerakan bola
      e) Berkeupayaan membaca gerakan pemain lawan


                                                9
f) Berkeupayaan menutup sudut jaringan pemain lawan
g) Berani, tenang, dan penyabar




      Selain itu, ciri fizikal seorang penjaga gol juga perlu diberi perhatian. Ciri
fizikal ideal untuk seorang penjaga gol adalah seperti bertubuh tinggi, tidak terlalu
gemuk serta mempunyai tangan yang panjang.




      Meskipun tugas utama seorang penjaga gol ialah mengawal dan mengawasi
gol pasukan, namun begitu, beberapa tugas seorang penjaga gol yang baik ialah
seperti menghalang pasukan lawan daripada membuat jaringan, merancang
banteng pertahanan, merancang serangan balas, dan berusaha untuk mengikuti
pergerakan bola setiap masa.




      Seorang penjaga gol juga perlu memahirkan diri mereka dengan pelbagai
kemahiran seperti menangkap bola, menahan, menolak, menepis, menampan, dan
menjatuhkan badan.




                                         10
4.0          Ansur Maju

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, seorang penjaga gol perlu mahir dalam pelbagai
kemahiran iaitu :-

      a) Menangkap bola
      b) Menahan bola
      c) Menolak bola
      d) Menepis bola
      e) Menampan bola
      f) Menjatuhkan badan




Ansur maju

a) Menangkap Bola
      i) Teknik yang digunakan hampir sama dengan teknik terima bola dan ibu jari
         bertindak sebagai penampan.
      ii) Secara tiga orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol).
      iii) Penjaga gol berdiri di tengah antara 2 kon.
      iv) Pemain cuba menjaringkan gol.
      v) Penjaga gol menangkap bola dengan teknik menangkap bola.


b) Menahan
      i) Kemahiran menahan bola dengan tangan perlu diberi tumpuan khusus kepada
         kelajuan dan ketinggian bola. Sekiranya bola laju dan rendah, penjaga gol hanya
         menjatuhkan badan ke tanah dan menangkap bola. Sekiranya bola laju dan
         tinggi, penjaga gol perlu menolak badan melepasi palang. Penggunaan kaki
         untuk menahan bola adalah semasa bola terlalu rendah (bawah paras lutut).
      ii) Secara tiga orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol), semua melutut.
      iii) Dalam jarak 1 meter, pemain menghantar bola ke sisi kanan dan kiri separas
         bahu penjaga gol.
      iv) Penjaga gol menjatuhkan badan dan menangkap bola.

                                                 11
v) Dalam jarak yang sama, pemain menghantar bola ke sisi kanan dan kiri atas
  kepala penjaga gol.
  vi) Penjaga gol menepis bola atas kepala.
  vii) Semua ahli kumpulan berdiri. Ulang semula aktiviti (iii - vi)


c) Menolak
  i) Perlakuan menolak terletak pada bahagian tapak tangan yang dilentikkan ke
  arah badan dan menolak bola ke bahagian atas atau sudut atas gol.
  ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol)
  iii) Penjaga gol berada di tengah 2 kon. Badan penjaga gol direndahkan sedikit.
  iv) Pemain cuba menjaringkan gol.
  v) Penjaga gol menolak bola ke bahagian atas / sudut atas gol.
  vi) Sekiranya bola rendah, penjaga gol perlu menjatuhkan badan seperti pada
  (b)(vii)


d) Menepis
  i) Kemahiran menepis dilakukan menggunakan tapak tangan dan jari dalam
      kedudukan melentik. Kebiasaannya gerakan menepis dilakukan ke atas bola
      yang datang dari arah depan, sisi kanan atau kiri pada aras bahu ke lutut.
  ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol)
  iii) Dalam keadaan melutut, penjaga gol perlu melentikkan jari dan rapatkan
      setiap satu jari.
  iv) Pemain cuba untuk merejam.
  v) Penjaga gol menepis bola ke arah lain.


e) Menampan
  i) Gerakan ini dilakukan sekiranya bola datang pada aras bahu, lutut atau lebih
      rendah. Penjaga gol perlu membengkokkan lutut sedikit dan menampan bola
      menggunakan lutut atau tapak tangan.
  ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol)
  iii) Pemain cuba untuk menjaringkan gol pada aras lutut.

                                          12
iv) Penjaga gol dalam keadaan lutut dibengkokkan, tampan bola menggunakan
     tapak tangan. Bola dibiarkan melantun untuk memudahkan tangkapan dilakukan.
  v) Kedudukan tangan penjaga gol semasa menampan perlulah lurus, ke depan atau
     ke sisi, bergantung arah bola datang.


f) Menjatuhkan badan
  i) Menjatuhkan badan merupakan gerakan sekiranya penjaga gol jauh daripada
     bola.
  ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol)
  iii) Kesemua pemain dan penjaga gol duduk dalam keadaan segitiga.
  iv) Penjaga gol melutut. Pemain berdiri.
  v) Pemain menghantar bola ke arah sisi kanan dan kiri penjaga gol.
  vi) Penjaga gol perlu menjatuhkan diri dan terus menangkap bola.
  vii) Ulang (iii - vi) dalam keadaan penjaga gol berdiri dan pemain berada 3 meter dari
     penjaga gol untuk melakukan jaringan.




                                             13
5.0      BUTIR MENGAJAR KEMAHIRAN MENJAGA GOL (MENANGKAP)

         Kemahiran menangkap bagi seorang penjaga gol adalah sama dengan
kemahiran menangkap bagi seorang pemain. Perkara yang perlu diberi perhatian
semasa kemahiran ini diaplikasikan ialah seorang penjaga gol perlu menangkap
bola tidak kira seberapa laju dan keliru sesuatu rejaman dilakukan. Seorang penjaga
gol perlu menguasai kemahiran tangkapan ini untuk menghalang mata diberi kepada
pihak lawan.




         Seorang jurulatih perlu memastikan teknik yang digunakan tepat dan betul
oleh seorang penjaga gol. Butir pengajaran bagi kemahiran menangkap ialah :-

      i) Mata seorang penjaga gol mestilah fokus pada bola dan pergerakan
         penyerang.
      ii) Kedua-dua tangan direnggangkan dan dihulur ke arah bola.
      iii) Tangan dan jari dalam keadaan terbuka dan ibu jari bertindak sebagai
         penahan bola.
      iv) Setelah berjaya ditangkap, bola perlu dibawa ke dada supaya bola tidak
         terlepas dan peluang untuk pihak lawan tertutup.
      v) Kaki seorang penjaga gol juga perlu diperhatikan. Pastikan kedudukan
         sebelah kaki ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki
         belakang.
      vi) Sepanjang pergerakan menangkap bola, penjaga gol mestilah dalam
         kedudukan seimbang. Badan perlu dibongkokkan untuk bersedia.
      vii) Setiap bola yang ditangkap, kedudukan tangan penjaga gol berada di
         belakang bola.
      viii)Jurulatih perlu memastikan penjaga gol berada pada garisan 4 meter agar
         bola mudah untuk ditangkap.




                                           14
Aktiviti Teaching Games for Understanding (TGfU) untuk kemahiran menjaga gol
(menangkap)




Bola Baling 1 Gol

Butiran permainan :-

   i) Kawasan permainan
              Kawasan segi empat dibahagikan kepada dua bahagian oleh satu
              garisan tengah dengan bulatan berjejari 3 meter.
              Sebuah kerusi gimnastik diletakkan di garisan tengah dalam bulatan
              tersebut.
   ii) Formasi
              2 kumpulan sama banyak.
              Seorang penjaga gol setiap kumpulan berdiri dihadapan kerusi
              gimnastik.
              Separuh pemain dari setiap kumpulan di bahagikan kedua-dua
              bahagian.
   iii) Peraturan
              Semua peraturan mengikut peraturan bola baling yang sebenar.
              Peraturan tambahan ialah setiap pemain tidak dibenarkan melepasi
              garisan tengah.
              Setiap jaringan yang dibuat mengenai mana-mana bahagian kerusi
              gimnastik atau melepasinya, satu mata poin akan diberi kepada mana-
              mana kumpulan.




                                         15
6.0   REFLEKSI




      Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi saya peluang untuk
menyiapkan tugasan yang merupakan suatu tanggungjawab saya sebagai seorang
pelatih. Tugasan penulisan ilmiah bagi subjek PJM 3111 (Bola Baling) ini
merupakan satu tugasan yang mendedahkan kepada saya mengenai permainan
bola baling ini secara keseluruhannya.




      Saya telah memilih kemahiran menjaga gol kerana bagi saya dalam sukan
bola baling, perkara yang perlu dititik beratkan ialah penjagaan gawang bagi
mengelakkan mata poin diberi secara percuma kepada pihak lawan. Penjaga gol
merupakan nadi utama sesuatu pasukan dan perlu diberi lebih perhatian bagi
memastikan setiap pasukan lebih mantap.




      Walaupun kebanyakan jurulatih pasukan bola baling lebih mementingkan
bahagian serangan, saya merasakan bahawa penjagaan gawang gol yang baik
dapat menepis sebarang kemungkinan yang negatif. Penjaga gol juga mampu
mengeluarkan arahan kepada pemain lain kerana penjaga gol dapat melihat
kelemahan dan peluang yang sedia ada.




      Secara keseluruhannya, melalui pembacaan saya, saya menyedari bahawa
setiap posisi pemain memainkan peranan masing-masing lebih-lebih lagi bagi
seorang penjaga gol.




                                         16

More Related Content

What's hot

Sejarah bola keranjang
Sejarah  bola keranjangSejarah  bola keranjang
Sejarah bola keranjangNadwah Khalid
 
Sukan Bola Keranjang
Sukan Bola KeranjangSukan Bola Keranjang
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola JaringTopik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Chegu Abbas : Guru PJ SK Bandar Baru Sungai Buloh
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakCheeyee Ho
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Ahmad NazRi
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 
Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Nor Azelin Azeman
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
cikgujamil
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4Mohamad Ihtifazuddin
 
Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1
Wan Suhaimi Wan Setapa
 
Rph bola tampar
Rph bola tamparRph bola tampar
Rph bola tampar
Hambali Izam
 
Lari Berpagar
Lari BerpagarLari Berpagar
Lari Berpagar
syafiqahharris
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) new
G-Jie Bax
 
Pembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapanPembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapanRibut Taufan
 

What's hot (20)

Sejarah bola keranjang
Sejarah  bola keranjangSejarah  bola keranjang
Sejarah bola keranjang
 
Sukan Bola Keranjang
Sukan Bola KeranjangSukan Bola Keranjang
Sukan Bola Keranjang
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola JaringTopik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
 
Lempar cakera
Lempar cakeraLempar cakera
Lempar cakera
 
Acara pecut
Acara pecutAcara pecut
Acara pecut
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkak
 
Pendidikan luar
Pendidikan luarPendidikan luar
Pendidikan luar
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
 
2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor
 
Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1
 
Rph bola tampar
Rph bola tamparRph bola tampar
Rph bola tampar
 
Lari Berpagar
Lari BerpagarLari Berpagar
Lari Berpagar
 
Bola keranjang
Bola keranjangBola keranjang
Bola keranjang
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) new
 
Pembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapanPembinaan olahraga balapan
Pembinaan olahraga balapan
 

Viewers also liked

Ukuran padang bola baling
Ukuran padang bola balingUkuran padang bola baling
Ukuran padang bola balingDhinnesh Kumar
 
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Sekolah
 
Permainan bola baling
Permainan bola balingPermainan bola baling
Permainan bola balingLinda Midy
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola balingfurzan
 
pj oum tugasan
pj oum tugasanpj oum tugasan
pj oum tugasan
muhammad
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
Mohd Nazri Awang
 
Permainan bola-baling
Permainan bola-balingPermainan bola-baling
Permainan bola-baling
fariesya20
 
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
rahzaliri
 
Kemahiran menjaga gol BOLA BALING
Kemahiran menjaga gol BOLA BALINGKemahiran menjaga gol BOLA BALING
Kemahiran menjaga gol BOLA BALINGEi Reen
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKaren Kayny
 
Contoh Peraturan Kejohanan Bola Baling
Contoh Peraturan Kejohanan Bola BalingContoh Peraturan Kejohanan Bola Baling
Contoh Peraturan Kejohanan Bola BalingIss Dean
 
Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat
Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihatRujukan pantas bola baling untuk guru penasihat
Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat
Mohd Rizal Mustafa
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
czm1976
 
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepakNor Azuria Ali
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
sobri4587
 
61360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-1
61360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-161360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-1
61360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-1
Warnet Raha
 

Viewers also liked (20)

Ukuran padang bola baling
Ukuran padang bola balingUkuran padang bola baling
Ukuran padang bola baling
 
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
 
Permainan bola baling
Permainan bola balingPermainan bola baling
Permainan bola baling
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
 
pj oum tugasan
pj oum tugasanpj oum tugasan
pj oum tugasan
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Permainan bola-baling
Permainan bola-balingPermainan bola-baling
Permainan bola-baling
 
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
 
Kemahiran menjaga gol BOLA BALING
Kemahiran menjaga gol BOLA BALINGKemahiran menjaga gol BOLA BALING
Kemahiran menjaga gol BOLA BALING
 
Bola baling sekolah rendah
Bola baling sekolah rendahBola baling sekolah rendah
Bola baling sekolah rendah
 
Bola baling sekolah menengah
Bola baling sekolah menengahBola baling sekolah menengah
Bola baling sekolah menengah
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepak
 
Contoh Peraturan Kejohanan Bola Baling
Contoh Peraturan Kejohanan Bola BalingContoh Peraturan Kejohanan Bola Baling
Contoh Peraturan Kejohanan Bola Baling
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat
Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihatRujukan pantas bola baling untuk guru penasihat
Rujukan pantas bola baling untuk guru penasihat
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
 
Badminton sekolah menengah
Badminton sekolah menengahBadminton sekolah menengah
Badminton sekolah menengah
 
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
61360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-1
61360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-161360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-1
61360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-1
 

Similar to Bola baling

Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1
BolaKeranjang
 
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1QKS2115 Kumpulan 1
 
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptx
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptxMATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptx
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptx
BagusDwiWicaksono1
 
Olahraga Materi Basket
Olahraga Materi BasketOlahraga Materi Basket
Olahraga Materi Basket
Grizzle-Piowlski Jung's Taale
 
Sejarah bola basket
Sejarah bola basketSejarah bola basket
Sejarah bola basket
Septian Muna Barakati
 
Kliping basket
Kliping basketKliping basket
Kliping basket
Wiwiek S Ningsih
 
Sejarah bola basket
Sejarah bola basketSejarah bola basket
Sejarah bola basket
Operator Warnet Vast Raha
 
ppt bola basket.pptx
ppt bola basket.pptxppt bola basket.pptx
ppt bola basket.pptx
DheddyAnwar1
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasutAn Hawa
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasutAn Hawa
 
Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)
Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)
Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)Bong Tong
 
Permainan bola basket
Permainan bola basketPermainan bola basket
Permainan bola basket
Jujun Muhamad Jubaerudin
 

Similar to Bola baling (20)

Bahan proposal sem 7
Bahan proposal sem 7Bahan proposal sem 7
Bahan proposal sem 7
 
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1
 
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
 
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptx
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptxMATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptx
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptx
 
Olahraga Materi Basket
Olahraga Materi BasketOlahraga Materi Basket
Olahraga Materi Basket
 
Sejarah bola basket
Sejarah bola basketSejarah bola basket
Sejarah bola basket
 
Sejarah bola basket
Sejarah bola basketSejarah bola basket
Sejarah bola basket
 
Kliping basket
Kliping basketKliping basket
Kliping basket
 
Sejarah bola basket
Sejarah bola basketSejarah bola basket
Sejarah bola basket
 
Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2
 
Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2
 
Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2
 
91456967 bola-tampar
91456967 bola-tampar91456967 bola-tampar
91456967 bola-tampar
 
Peraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaringPeraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaring
 
Futsalfg
FutsalfgFutsalfg
Futsalfg
 
ppt bola basket.pptx
ppt bola basket.pptxppt bola basket.pptx
ppt bola basket.pptx
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasut
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasut
 
Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)
Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)
Bola Tampar (Form 3 PJ Folio)
 
Permainan bola basket
Permainan bola basketPermainan bola basket
Permainan bola basket
 

More from enab dan kesum

Pendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moralPendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moralenab dan kesum
 
Pendekatan pendidikan moral aku ogy
Pendekatan pendidikan moral aku ogyPendekatan pendidikan moral aku ogy
Pendekatan pendidikan moral aku ogyenab dan kesum
 
Pembelajaran aktif nab ogy paih
Pembelajaran aktif nab ogy paihPembelajaran aktif nab ogy paih
Pembelajaran aktif nab ogy paihenab dan kesum
 
Pengenalan kepada sistem biologikal manusia
Pengenalan kepada sistem biologikal manusiaPengenalan kepada sistem biologikal manusia
Pengenalan kepada sistem biologikal manusiaenab dan kesum
 
Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)enab dan kesum
 
Kertas kerja senaman kalistenik
Kertas kerja senaman kalistenikKertas kerja senaman kalistenik
Kertas kerja senaman kalistenikenab dan kesum
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 

More from enab dan kesum (17)

Rph pj mikroteaching
Rph pj mikroteachingRph pj mikroteaching
Rph pj mikroteaching
 
Pendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moralPendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moral
 
Pendekatan pendidikan moral aku ogy
Pendekatan pendidikan moral aku ogyPendekatan pendidikan moral aku ogy
Pendekatan pendidikan moral aku ogy
 
Rph moral baru edit
Rph moral baru editRph moral baru edit
Rph moral baru edit
 
Pembelajaran aktif nab ogy paih
Pembelajaran aktif nab ogy paihPembelajaran aktif nab ogy paih
Pembelajaran aktif nab ogy paih
 
Aktiviti lokomotor
Aktiviti lokomotorAktiviti lokomotor
Aktiviti lokomotor
 
Pengenalan kepada sistem biologikal manusia
Pengenalan kepada sistem biologikal manusiaPengenalan kepada sistem biologikal manusia
Pengenalan kepada sistem biologikal manusia
 
Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)
 
Sistem otot
Sistem ototSistem otot
Sistem otot
 
Sistem pencernaan
Sistem pencernaanSistem pencernaan
Sistem pencernaan
 
Sistem saraf
Sistem sarafSistem saraf
Sistem saraf
 
Kertas kerja senaman kalistenik
Kertas kerja senaman kalistenikKertas kerja senaman kalistenik
Kertas kerja senaman kalistenik
 
Hoki
HokiHoki
Hoki
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
olahraga
olahragaolahraga
olahraga
 
100 meter
100 meter100 meter
100 meter
 
eksperimen
eksperimeneksperimen
eksperimen
 

Bola baling

  • 1. 1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN 1.1 Pengenalan dan asal-usul Permainan bola baling berasal dari Eropah dan telah diubah suai daripada permainan-permainan asal seperti Czeska Hasenka di Czechoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Pada Perang Dunia Pertama, permainan yang pernah dikenali sebagai Torball ini membabitkan tujuh orang pemain namun telah diubah kepada 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak pada tahun 1917 di Jerman dan secara rasminya dikenali sebagai handball. 1.2 Perkembangan sukan bola baling Peringkat Antarabangsa Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelaraskan undang-undang permainan ini. Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) pula ditubuhkan di Amsterdam pada tahun 1928 dan Avery Brudge dari Residen Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dilantik sebagai ahli piagam kesatuan tersebut. Sebanyak 23 buah negara menganggotai kesatuan ini pada tahun 1936 apabila pertandingan bola baling buat kali pertama dalam Sukan Olimpik di Berlin. Pada tahun 1946, IAHF telah digantikan dengan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menyatakan bahawa hanya tujuh orang pemain sepasukan dalam permainan bola baling dan dimainkan di padang atau gelanggang seperti permainan bola keranjang. 1
  • 2. Di peringkat dunia, sukan bola baling dimonopoli oleh beberapa negara seperti Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan Poland. Di Asia pula negara yang menguasai sukan ini ialah Jepun, China dan Korea. Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling telah diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor. Pada tahun 1978, sebuah jawatankuasa kerja bola baling telah dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dan banyak kursus-kursus bola baling seperti pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan dijalankan untuk guru-guru sekolah bagi memperkenal sukan ini kepada pelajar sekolah. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan kategori lelaki dan wanita julung-julung kali diadakan pada 2 Jun 1982 dan telah mendapat perhatian 12 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Pada 11 September 1982, Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi manakala Persekutuan Bola Baling Malaysia didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985 dan Encik Cheah Hai Su dilantik sebagai presiden yang pertama. Pada tahun 1986, kesatuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan yang pertama bagi lelaki dan wanita telah diadakan pada 7 Disember 1985. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah memperoleh kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola 2
  • 3. Baling antara Kelab-kelab Negara Komanwel. Sebanyak tujuh buah negara mengambil bahagian termasuk Malaysia. Logo Pertubuhan Bola Baling Rajah 1.1 Logo pertubuhan bola baling daripada pelbagai peringkat 3
  • 4. 2.0 CIRI-CIRI PERALATAN PERMAINAN 2.1 Padang / Gelanggang (Kawasan Permainan) Bagi permainan bola baling, permukaan gelanggang perlu keras dan rata walaupun bermain di kawasan padang berumput. Gelanggang berbentuk segi empat bujur, 40 meter panjang di garisan tepid an 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti pula 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol ialah 15cm dan jaraknya dari tengah garisan gol pula 4 meter. Di dua garisan tepi, wujud dua garisan pertukaran pemain dengan panfjang 15cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Rajah 2.1 Gelanggang bola baling 4
  • 5. 2.2 Bola Bola yang digunakan permainan bola baling berbentuk bulat dan diperbuat sama ada daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah berbeza. a) Lelaki dan remaja (16 tahun ke atas) Bola saiz 3 Berat 425g - 475g Lilitan 58cm - 60cm b) Wanita dan remaja (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2 Berat 325g - 375g Lilitan 54cm - 56cm c) Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun sehingga 12 tahun) Bola saiz 1 Berat 290g - 330g Lilitan 50cm - 52cm d) MSSM  Lelaki 18 tahun ke bawah - bola saiz 3 - berat 425g - 475g - lilitan 58cm - 60cm  Perempuan 18 tahun ke bawah, lelaki dan perempuan 15 tahun ke bawah serta lelaki 12 tahun ke bawah - bola saiz 2 - berat 325g - 375g - lilitan 54cm - 56cm  Perempuan 12 tahun ke bawah - bola saiz 1 - berat 290g - 330g - lilitan 50cm - 52cm 5
  • 6. Kebiasaannya, dua biji bola akan diperiksa oleh pengadil sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Bola yang digunakan dalam perlawanan tidak boleh sewenang-wenangnya ditukar ganti, melainkan sebab-sebab tertentu. Manakala pada peringkat antarabangsa, hanya bola yang mempunyai logo IHF sahaja dibenarkan dalam sesuatu pertandingan. Rajah 2.2 Bola baling 2.3 Tiang Gol Tiang gol terletak pada bahagian tengah garisan gol. Suatu tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak 3 meter panjang x 2 meter tinggi. Sebatang palang empat segi berukuran 3.16 meter berfungsi menyambung kedua-dua tiang tegak tersebut. Tiang gol kebiasaannya diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. Penjuru pertemuan antara tiang tegak dengan palang perlu dicat dengan warna sama berukuran 28cm. Bahagian lain pada tiang tegak dan palang, panjang warna yang sama adalah 20cm. Suatu tiang gol perlulah dipasangkan dengan jaring. Lebar kayu bagi tiang gol dan palang ialah 8cm. Tiang gol yang digunakan dalam bola baling adalah seperti di bawah. 6
  • 7. 2.3 Tiang gol 2.4 Pemain dan Pakaian Pakaian untuk pemain lelaki dan wanita terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, berseluar pendek, stoking dan kasut biasa (atau but). Semua pemain wajib berpakaian seragam kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian berlainan dengan pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Sebarang alat yang dianggap berbahaya terhadap pemain lain tidak dibenarkan untuk memakainya. Setiap pasukan bola baling terdiri daripada 12 orang pemain iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Setiap pemain dibenarkan memakai 7
  • 8. jersi bernombor 1 hingga 20. Namun, hanya nombor 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol dan pemain lain bebas memilih nombor masing-masing. 2.5 Pegawai Permainan Dalam suatu perlawanan bola baling, sebanyak empat orang pegawai bertauliah diperlukan untuk mengawal sesuatu perlawanan. Empat orang pegawai ini termasuklah :- a) Pengadil garisan gol iaitu pengadil yang bertugas di bahagian depan pemain penyerang. b) Pengadil gelanggang iaitu pengadil yang bertugas di bahagian belakang pemain penyerang (kedua-dua pengadil di atas sering bertukar tugas mengikut situasi permainan). c) Penjaga masa iaitu pengadil yang bertugas mengawal masa permainan, mengawal pemain yang keluar masuk dari gelanggang, mengawal masa penggantungan dan mengawal kemasukan pemain. d) Pencatat iaitu pengadil yang ditugaskan untuk mencatat bilangan jaringan gol dan mengawal kemasukan pemain. Pengadil Pengadil Pegawai garisan gol gelanggang permainan Penjaga Pencatat masa Rajah 2.4 Pegawai permainan 8
  • 9. 3.0 KEMAHIRAN ASAS 3.1 Pengenalan Dalam satu pasukan bola baling, setiap pemain perlulah mempunyai beberapa ciri seperti tahap teknik kemahiran yang tinggi, tahap kecergasan, kesegaran dan keseimbangan yang tinggi, pengetahuan dan persefahaman tentang taktik, pendekatan mental yang betul dan bersikap positif serta mempunyai semangat kesukanan. Teknik kemahiran merupakan ciri terpenting dalam permainan bola baling. Sesuatu pengelolaan latihan yang teratur bergantung pada peningkatan tahap kemahiran pemain. Untuk mencapai tahap kemahiran yang diperlukan, setiap pemain memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih yang bertanggungjawab dan berpengalaman. Secara teknikalnya, kemahiran asas bola baling dapat dibahagikan kepada sembilan aktiviti iaitu berlari, melompat, membuat hantaran dan tangkapan, menangkap, menggelecek, menghadang, menjaringkan gol, mengacah dan menjaga gol. Setiap pemain juga wajib mahir dalam setiap kemahiran secara individu. 3.2 Kemahiran Menjaga Gol Penjaga gol merupakan barisan terpenting dalam sesebuah pasukan bola baling. Hal ini kerana seorang penjaga gol mempunyai ciri-ciri seperti :- a) Mampu bertindak balas dengan pantas b) Mempunyai koordinasi tangan dan mata yang cekap c) Berkebolehan bergerak dalam pelbagai aksi d) Dapat bertindak dengan pantas mengikut pergerakan bola e) Berkeupayaan membaca gerakan pemain lawan 9
  • 10. f) Berkeupayaan menutup sudut jaringan pemain lawan g) Berani, tenang, dan penyabar Selain itu, ciri fizikal seorang penjaga gol juga perlu diberi perhatian. Ciri fizikal ideal untuk seorang penjaga gol adalah seperti bertubuh tinggi, tidak terlalu gemuk serta mempunyai tangan yang panjang. Meskipun tugas utama seorang penjaga gol ialah mengawal dan mengawasi gol pasukan, namun begitu, beberapa tugas seorang penjaga gol yang baik ialah seperti menghalang pasukan lawan daripada membuat jaringan, merancang banteng pertahanan, merancang serangan balas, dan berusaha untuk mengikuti pergerakan bola setiap masa. Seorang penjaga gol juga perlu memahirkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran seperti menangkap bola, menahan, menolak, menepis, menampan, dan menjatuhkan badan. 10
  • 11. 4.0 Ansur Maju Seperti yang dinyatakan sebelum ini, seorang penjaga gol perlu mahir dalam pelbagai kemahiran iaitu :- a) Menangkap bola b) Menahan bola c) Menolak bola d) Menepis bola e) Menampan bola f) Menjatuhkan badan Ansur maju a) Menangkap Bola i) Teknik yang digunakan hampir sama dengan teknik terima bola dan ibu jari bertindak sebagai penampan. ii) Secara tiga orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol). iii) Penjaga gol berdiri di tengah antara 2 kon. iv) Pemain cuba menjaringkan gol. v) Penjaga gol menangkap bola dengan teknik menangkap bola. b) Menahan i) Kemahiran menahan bola dengan tangan perlu diberi tumpuan khusus kepada kelajuan dan ketinggian bola. Sekiranya bola laju dan rendah, penjaga gol hanya menjatuhkan badan ke tanah dan menangkap bola. Sekiranya bola laju dan tinggi, penjaga gol perlu menolak badan melepasi palang. Penggunaan kaki untuk menahan bola adalah semasa bola terlalu rendah (bawah paras lutut). ii) Secara tiga orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol), semua melutut. iii) Dalam jarak 1 meter, pemain menghantar bola ke sisi kanan dan kiri separas bahu penjaga gol. iv) Penjaga gol menjatuhkan badan dan menangkap bola. 11
  • 12. v) Dalam jarak yang sama, pemain menghantar bola ke sisi kanan dan kiri atas kepala penjaga gol. vi) Penjaga gol menepis bola atas kepala. vii) Semua ahli kumpulan berdiri. Ulang semula aktiviti (iii - vi) c) Menolak i) Perlakuan menolak terletak pada bahagian tapak tangan yang dilentikkan ke arah badan dan menolak bola ke bahagian atas atau sudut atas gol. ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol) iii) Penjaga gol berada di tengah 2 kon. Badan penjaga gol direndahkan sedikit. iv) Pemain cuba menjaringkan gol. v) Penjaga gol menolak bola ke bahagian atas / sudut atas gol. vi) Sekiranya bola rendah, penjaga gol perlu menjatuhkan badan seperti pada (b)(vii) d) Menepis i) Kemahiran menepis dilakukan menggunakan tapak tangan dan jari dalam kedudukan melentik. Kebiasaannya gerakan menepis dilakukan ke atas bola yang datang dari arah depan, sisi kanan atau kiri pada aras bahu ke lutut. ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol) iii) Dalam keadaan melutut, penjaga gol perlu melentikkan jari dan rapatkan setiap satu jari. iv) Pemain cuba untuk merejam. v) Penjaga gol menepis bola ke arah lain. e) Menampan i) Gerakan ini dilakukan sekiranya bola datang pada aras bahu, lutut atau lebih rendah. Penjaga gol perlu membengkokkan lutut sedikit dan menampan bola menggunakan lutut atau tapak tangan. ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol) iii) Pemain cuba untuk menjaringkan gol pada aras lutut. 12
  • 13. iv) Penjaga gol dalam keadaan lutut dibengkokkan, tampan bola menggunakan tapak tangan. Bola dibiarkan melantun untuk memudahkan tangkapan dilakukan. v) Kedudukan tangan penjaga gol semasa menampan perlulah lurus, ke depan atau ke sisi, bergantung arah bola datang. f) Menjatuhkan badan i) Menjatuhkan badan merupakan gerakan sekiranya penjaga gol jauh daripada bola. ii) Secara 3 orang berkumpulan (2 pemain, 1 penjaga gol) iii) Kesemua pemain dan penjaga gol duduk dalam keadaan segitiga. iv) Penjaga gol melutut. Pemain berdiri. v) Pemain menghantar bola ke arah sisi kanan dan kiri penjaga gol. vi) Penjaga gol perlu menjatuhkan diri dan terus menangkap bola. vii) Ulang (iii - vi) dalam keadaan penjaga gol berdiri dan pemain berada 3 meter dari penjaga gol untuk melakukan jaringan. 13
  • 14. 5.0 BUTIR MENGAJAR KEMAHIRAN MENJAGA GOL (MENANGKAP) Kemahiran menangkap bagi seorang penjaga gol adalah sama dengan kemahiran menangkap bagi seorang pemain. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa kemahiran ini diaplikasikan ialah seorang penjaga gol perlu menangkap bola tidak kira seberapa laju dan keliru sesuatu rejaman dilakukan. Seorang penjaga gol perlu menguasai kemahiran tangkapan ini untuk menghalang mata diberi kepada pihak lawan. Seorang jurulatih perlu memastikan teknik yang digunakan tepat dan betul oleh seorang penjaga gol. Butir pengajaran bagi kemahiran menangkap ialah :- i) Mata seorang penjaga gol mestilah fokus pada bola dan pergerakan penyerang. ii) Kedua-dua tangan direnggangkan dan dihulur ke arah bola. iii) Tangan dan jari dalam keadaan terbuka dan ibu jari bertindak sebagai penahan bola. iv) Setelah berjaya ditangkap, bola perlu dibawa ke dada supaya bola tidak terlepas dan peluang untuk pihak lawan tertutup. v) Kaki seorang penjaga gol juga perlu diperhatikan. Pastikan kedudukan sebelah kaki ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang. vi) Sepanjang pergerakan menangkap bola, penjaga gol mestilah dalam kedudukan seimbang. Badan perlu dibongkokkan untuk bersedia. vii) Setiap bola yang ditangkap, kedudukan tangan penjaga gol berada di belakang bola. viii)Jurulatih perlu memastikan penjaga gol berada pada garisan 4 meter agar bola mudah untuk ditangkap. 14
  • 15. Aktiviti Teaching Games for Understanding (TGfU) untuk kemahiran menjaga gol (menangkap) Bola Baling 1 Gol Butiran permainan :- i) Kawasan permainan Kawasan segi empat dibahagikan kepada dua bahagian oleh satu garisan tengah dengan bulatan berjejari 3 meter. Sebuah kerusi gimnastik diletakkan di garisan tengah dalam bulatan tersebut. ii) Formasi 2 kumpulan sama banyak. Seorang penjaga gol setiap kumpulan berdiri dihadapan kerusi gimnastik. Separuh pemain dari setiap kumpulan di bahagikan kedua-dua bahagian. iii) Peraturan Semua peraturan mengikut peraturan bola baling yang sebenar. Peraturan tambahan ialah setiap pemain tidak dibenarkan melepasi garisan tengah. Setiap jaringan yang dibuat mengenai mana-mana bahagian kerusi gimnastik atau melepasinya, satu mata poin akan diberi kepada mana- mana kumpulan. 15
  • 16. 6.0 REFLEKSI Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi saya peluang untuk menyiapkan tugasan yang merupakan suatu tanggungjawab saya sebagai seorang pelatih. Tugasan penulisan ilmiah bagi subjek PJM 3111 (Bola Baling) ini merupakan satu tugasan yang mendedahkan kepada saya mengenai permainan bola baling ini secara keseluruhannya. Saya telah memilih kemahiran menjaga gol kerana bagi saya dalam sukan bola baling, perkara yang perlu dititik beratkan ialah penjagaan gawang bagi mengelakkan mata poin diberi secara percuma kepada pihak lawan. Penjaga gol merupakan nadi utama sesuatu pasukan dan perlu diberi lebih perhatian bagi memastikan setiap pasukan lebih mantap. Walaupun kebanyakan jurulatih pasukan bola baling lebih mementingkan bahagian serangan, saya merasakan bahawa penjagaan gawang gol yang baik dapat menepis sebarang kemungkinan yang negatif. Penjaga gol juga mampu mengeluarkan arahan kepada pemain lain kerana penjaga gol dapat melihat kelemahan dan peluang yang sedia ada. Secara keseluruhannya, melalui pembacaan saya, saya menyedari bahawa setiap posisi pemain memainkan peranan masing-masing lebih-lebih lagi bagi seorang penjaga gol. 16