2. BIODATA
NAMA: WAN MUHAMMAD ALIF HIKMI BIN WAN ZULFAZLEE
NOMBOR K/P: 051203110323
PROGRAM: PPISMP
KURSUS: BAHASA MELAYU 3
AMBILAN: JUN 2023/2028
TARIKH LAHIR: 3/12/2005
3. DEFINISI
DEFINISI
Komunikasi merupakan aktiviti keperluan bagi setiap individu, kerana ia berlaku
setiap hari.Komunikasi adalah proses berterusan yang melibatkan pemindahan
maklumat daripada sumberkepada penerima dan ada maklum balas di antara
kedua-duanya (Abram, 1986 ).Selain itu komunikasi juga merupakan sesuatu mesej
daripada penyampai kemudian dipindahkanmenerusi alat atau saluran khas kepada
penerima yang kemudiannya memberi maklum balasterhadap mesej tersebut yang
mengembalikan isyaratedalam bentuk yang sama ada mesej tersebutdifahami atau
tidak difahami (Sulaiman Md Yasin, 2002).
5. HALANGAN FIZIKAL
HALANGAN FIZIKAL
Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah
pihak.Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut
pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya
merupakan halangan yang sangat ketara dalam komunikasi. Ada orang yang biasa
menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut.
Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini
berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang kemahiran komunikasi sejak kecil.
6. HALANGAN BAHASA
HALANGAN BAHASA
Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu
halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa
yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran
perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang
tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga
menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan
mungkin membawa erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain
7. HALANGAN SIKAP
HALANGAN SIKAP
PEGHANTAR
PEGHANTAR
Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi
amaran dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka
akan menjadi pasif,tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan
yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang
negatif. Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat
penting dalam memberi keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin
disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya
secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah
telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada
komunikasi.
8. HALANGAN SIKAP
HALANGAN SIKAP
PENERIMA
PENERIMA
Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang
hendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin
disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan
mula memberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat
menerima maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar
dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering
ditegur tentang kerja,sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar
mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang tersirat.
Sekiranya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa yang
disangka lebih awal akan menghalang individu
9. HALANGAN PERSEKITARAN
HALANGAN PERSEKITARAN
Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut
mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan
mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin
disampaikan. Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan
persekitaran yang tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada
gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu ribut petit dan banjir.
Proses komunikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat
terputus atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat
dengan masalah persekitaran yang menyebabkan proses komunikasi tidak efektif.
11. MENDENGAR SECARA
MENDENGAR SECARA
AKTIF
AKTIF
Mendengar merupakan asas kepada komunikasi yang berkesan. Mendengar
secara aktif melibatkan berinteraksi sepenuhnya dengan pembicara dan
menunjukkan minat yang tulus terhadap perkataan mereka. Untuk amalkan
mendengar aktif, tunjukkan kontak mata, ajukan soalan klarifikasi, dan
ringkaskan perkara-perkara utama. Dengan mendengar secara aktif, anda
menunjukkan penghargaan terhadap idea-idea ahli pasukan anda, membina
kepercayaan, dan menggalakkan dialog terbuka.
12. PENYUSUNAN IDEA
PENYUSUNAN IDEA
Untuk berkomunikasi dengan jelas dan ringkas, susun pemikiran anda dahulu.
Gunakan bahasa yang mudah, dan elakkan istilah-istilah teknikal yang tidak perlu.
Ingat untuk menyesuaikan mesej anda dengan audiens anda, agar ia relevan dan
mudah diikuti. Komunikasi yang jelas dan ringkas mengurangkan salah faham,
menggalakkan kecekapan, dan meningkatkan produktiviti.
13. MENERAPKAN SIKAP
MENERAPKAN SIKAP
EMPATI
EMPATI
Usahakan untuk memahami perspektif dan perasaan orang lain, dan berbicaralah
dengan cara yang menghormati mereka. Hal ini penting untuk melahirkan suasana
yang selesa apabila berkomunikasi sesama masyarakat agar berlakunya perkongsian
maklumat yang positif.
14. BAHASA TUBUH YANG
BAHASA TUBUH YANG
TEPAT
TEPAT
Ekspresikan diri Anda dengan bahasa tubuh yang sesuai, seperti kontak mata yang
baik, sikap tubuh yang terbuka, dan senyuman yang ramah. Hal ini penting bagi
menarik minat pendengar supaya tertarik untuk berkomunikasi dengan seseorang
tersebut. Selain itu masyarakat akan lebih selesa untuk berkomunikasi apabila
sesorang itu mempunyai gaya tubuh yang tepat semasa berkomunikasi. Hal ini
dapat melahirkan suasana komunikasi yang harmoni.
15. KESIMPULAN
KESIMPULAN
Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran
maklumat antara dua atau lebih manusia. Halangan yang
menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan
sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami
peranan dan tugas masing-masing dalam mendapatkan
proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan
prinsip-prinsip komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap
dan sopan dipatuhi, akan membolehkan komunikasi
mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala
halangan dan kelemahan dalam mencapai komunikasi
efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi
meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan
seharian.