SlideShare a Scribd company logo
nday, December 13, 2009
MODUL BMM 3104 (4)
KESUSASTERAAN MELAYU



Pengenalan


Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa.
Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan
disebarkan Dengan bahasa juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada
pada karya kesusasteraan. Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah
satu cabang kesenian yang dianggap sangat bernilai berbanding cabang kesenian
yang lain.
Istilah ‘kesusasteraan’ berakar dari kata ‘susastera / sushastra’ dalam bahasa
Sanskrit. Suku kata ‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang,
1984: 2), kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar,
?: 1). Manakala ‘sastera / shastra’ menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau
buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan ‘sastera / shastra’
merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah kerana berasal / ilham
daripada sumber tertinggi (Pencipta). Daripada kata ‘susastera’ telah diberikan
imbuhan apitan ‘ke- ... –an’ menghasilkan ‘kesusasteraan’ yang bertujuan memberi
keindahan bunyi. Ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan
baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil
karya itu dapat diteladani.
Sebenarnya, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh
kesusasteraan tanah air apabila mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal
(1975) berpendapat karya sastera adalah sesuatu yang membincangkan apa yang
berlaku dalam sesebuah masyarakat di samping mengemukakan sikap dan
pandangan pengarangnya. Hashim Awang (1985) menyatakan sastera merupakan
hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk
tamadun sesuatu bangsa. Hal Ini demikian kerana sastera biasanya
membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah
masyarakat. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mencatakan sebagai hasil
seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan yang tertentu.


Genre Kesusasteraan Melayu
a. Novel
Novel ialah cerita rekaan berbentuk prosa yang panjang. Istilah novel berasal
daripada perkataan novella dalam bahasa Itali. Maksud ‘novella’ ialah ‘satu benda
baru’ atau ‘satu benda kecil yang baharu.’ Kini, istilah ‘novella’ telah diringkaskan
menjadi ‘novel’ sahaja.
       Hashim Awang menganggap novel ditulis untuk menceritakan kisah hidup
manusia pada suatu tempat dan dalam suatu masa tertentu. Shahnon Ahmad pula
berpendapat novel mengisahkan tentang kehidupan manusia. Nurazmi Kuntum
menganggap novel mengisahkan tentang kehidupan dan liku-liku yang rencam
dalam masyarakat dari dulu hingga sekarang. Manakala, Kamus Dewan
mendifinisikan novel sebagai cerita dalam bentuk prosa yang agak panjang.
 Berdasarkan pendapat-pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa novel ialah
 sebuah karangan prosa fiksyen yang panjang menceritakan tentang hidup dan
 kehidupan manusia. Sebenarnya, novel mengisahkan tentang manusia melalui
 pelbagai watak. Ada novel menggunakan watak binatang. Misalnya novel Tikus
 Rahmat karya Hassan Ibrahim. Ada novel menggunakan benda-benda mati seperti
 novel Sampah karya Shahnon Ahmad. Walau bagaimanapun, novel menggunakan
 watak manusia lebih banyak dihasilkan.
Antara ciri-ciri novel ialah sebuah cereka prosa panjang yang lebih daripada 20,000
perkataan, mempunyai beberapa bahagian atau bab, terdapat banyak watak
dan dialog watak-watak sama ada secara cakap ajuk atau cakap pindah, masanya
lebih lama, masalahnya lebih kompleks, banyak masalah, watak dan peristiwa.
 b. Cerpen
 Istilah cerpen merupakan akronim kepada perkataan ‘cerita pendek.’ Cerpen
 merupakan cerita rekaan yang kadang-kala terdiri daripada imaginasi pengarang
 semata-mata atau campuran fakta dengan imaginasi pengarang. Genre cerpen
 merupakan satu cereka moden. Lazimnya, akhbar akan menyiarkan cerpen pada
 setiap hari minggu. Antara ciri-ciri Cerpen ialah cerpen merupakan sebuah cereka
 pendek yang jumlah perkataannya antara 500 hingga 20,000, cerpen mempunyai
 satu tema dengan persoalan yang terhad, watak-watak dalam cerpen adalah terhad
 dengan tumpuan cerita kepada watak utama sahaja, cereka cerpen adalah terbatas
 kepada satu perkara/ permasalahan sahaja kerana jangka waktunya juga singkat,
 dan mempunyai satu permasalahan sahaja, dan latar dalam cerpen juga terhad.
 Ceritanya mungkin berlaku di satu tempat, satu masa yang singkat, atau dalam satu
 golongan masyarakat tertentu sahaja. Kesimpulan, cerpen merupakan satu cereka
 prosa yang pendek yang ditulis dalam bahasa moden. Ceritanya mengisahkan
 tentang sesuatu perkara dengan mempunyai satu atau dua konflik sahaja. Watak-
 wataknya juga terhad dan pembaca dapat menghabiskan pembecaan cerpen dalam
 masa yang singkat.
 c. Sajak
 Sajak ialah puisi moden. Bentuk sajak adalah bebas dan tidak terikat dengan
 peraturan tertentu. Bilangan baris dan perkataan dalam sesebuah sajak tidak
 menentu. Ada sajak terdiri daripada satu baris. Ada juga sajak yang berpuluh-puluh
 baris dan panjang berjela-jela. Sajak tidak mempunyai pola, bentuk dan rima
 khusus. Sajak terbina kesan daripada kejayaan penyir mengolah kata-kata. Menurut
 Rahman Shaari, sajak ialah kata-kata yang berkeupayaan menerbitkan makna
 tambahan. Sanusi Pane menganggap sajak ialah kata-kata yang keluar daripada
 sukma manusia yag mampu menerangi hati manusia yang menikmatinya. Daripada
 dua pengertian itu dapat dirumuskan bahawa sajak ialah kata-kata yang mempunyai
 makna tambahan yang terbit dari sukma manusia untuk dinikmati dan diambil
 hikmahnya.
 d. Pantun
Pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama paling tua.
Menurut Harun Mat Piah, istilah ‘pantun’ mungkin
berasal dari akar kata ‘tun’ yang terdapat dalam bahasa
beberapa suku kaum di nusantara, yang merujuk
kepada sesuatu yang teratur, yang lurus baik, yang
konkrit mahupun yang abstrak. Demikian juga istilah
‘pantun’ mungkin berasal dari bahasa-bahasa suku
kaum berkenaan. Misalnya Tagalog (tonton), Jawa Kuno
(tuntun), Bisaya (Panton), Toba (pantun) yang
kesemuanya merujukkepada keteraturan, mendidik,
memimpin dan kesopanan. Maksud istilah-istilah itu jika
diteliti berkaitrapat dengan ciri pantun itu sendiri.
Penciptaan pantun pula mungkin berkaitan dengan
kebiasaan orang Melayu menyampaikan sesuatu secara
bersajak atau berirama.
Ciri-ciri pantun dapat dibahagikan kepada dua aspek,
iaitu aspek luaran dan aspek dalaman.
a) Aspek Luaran
      1. Istilah pantun terdiri daripada pantun dua
         rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan
         rangkap, atau sepuluh rangkap. Pantun paling
         popular terdiri daripada empat rangkap.
      2. Setiap rangkap terbahagi kepada dua bahagian
         iaitu pembayang dan maksud.Pembayang
         terletak pada bahagian atas dan maksud terletak
         pada bahagian bawah.
      3. Setiap baris mempunyai empat (yang terbaik)
         atau lima kata dasar denga jumlah suku kata
         antara lapan hingga sepuluh. Contohnya,
      4. Mempunyai skema rima akhir yang tetap, iaitu a-
         b-a-b atau a-a-a-a atau a-a-b-b.
      5. Setiap rangkap mempunyai satu fikiran atau
         maksud sahaja.
b) Aspek Dalaman
      1. Mempunyai isi atau pemikiran yang padat.
      2. Isi    atau    pemikiran   disampaikan   secara
         perbandingan yang halus.
3. Setiap pantun mempunyai nilai dan pengajaran
        yang dituju kepada manusia
     4. Terdapat      perhubungan       makna     antara
        pembayang dengan maksud.
     5. Terdapat penggunaan lambang-lambang atau
        persepsi tertentu yang diketahui oleh masyarakat.
     6. Bahagian pembayang lazimnya terdiri daripada
        imej-imej alam.
Jenis-Jenis Pantun
Selain berdasarkan bentuk, penggolongan jenis-jenis
pantun oleh para pengkaji adalah berdasarkan isi
pantun. Antara jenis-jenis pantun ialah seperti yang
berikut.
  e. Syair
Istilah syair berasal daripada bahasa Arab, iaitu
‘syi’r’ yang bermaksud puisi. Syair berbeza dengan
pantun kerana tidak mempunyai pembayang. Semua
barisnya merupakan mksud yang meliputi adat resam,
budaya, falsafah, pemkiran, sosial, kepercayaan,
sejarah dan sebagainya. Tidak seperti pantun, syair
merakamkan satu kisah yang lebih panjang. Ciri-Ciri
Syair ialah syair mempunyai empat baris serangkap,
bilangan rangkap dalam syair tidak tetap, setiap baris
syair mempunyai antara tiga hingga lima patah
perkataan atau suku kata dalam sebaris antara lapan
hingga dua belas suku kata, idea atau cerita antara
rangkap adalah saling berhubungan dan melengkapi,
satu syair menceritakan satu kisah yang lengkap
dengan permulaan, pertengahan dan pengakhiran, dan
rima akhir syair adalah sama, iaitu a-a-a-a. Contohnya
syair ialah ‘Syair Siti Zubaidah Perang Cina,’ ‘Syair Ken
Tambuhan,’ ‘Syair Dandan Setia.’
f. Seloka
Perkataan Seloka berasal daripada bahasa sankrit,
iaitu Shloka. Hashim Awang menjelaskan seloka
sebagai karangan berangkap yang tidak tetap jumlah
perkataan dan rima pada akhir barisnya. Manakala,
penciptaannya pula mengikut rentak pantun, syair atau
perumpamaan. Kenyataan itu menunjukkan seloka
sebuah puisi bebas. Nada seloka pada lazimnya bersifat
menyindir dan mengandungi unsur-unsur jenaka. Ciri-
Ciri Seloka ialah seloka tergolong dalam puisi Melayu
tradisional, tidak seperti pantun dan syair, bentuk seloka
adalah bebas. Terdapat seloka yang mempunyai empat
baris dan lebih, isi seloka mengandungi sindiran dan
ejekan di samping jenaka, senda gurau dan sebagainya.
Biasanya, seloka mengisahkan nasib malang yang
menimpa seseorang. Oleh sebab itu, fungsi seloka
adalah sebagai bahan hiburan di samping sebagai
bahan pengajaran agar pendengar tidak menerima
nasib malang sebagaimana diceritakan. Pengungkapan
seloka tidak serius, terasa nada melankolik dan
berirama/ berlagu. Ini sesuai dengan isi seloka yang
bersifat mengejek atau berjenaka. Penggunaan seloka
tidak meluas. Pada lazimnya, seloka diselit dalam cerita
terutama dalam cerita lipur lara atau cerita jenaka.
Kesimpulannya, seloka merupakan puisi tradisional
yang penciptaannya tidak terikat pada mana-mana
syarat. Namun, satu ciri penting ialah semua seloka
mempunyai nada mengejek atau menyindir dengan
mengisahkan nasib malang yang menimpa seseorang.
Pengisahan nasib malang itu adalah bertujuan sebagai
bahan hiburan dan agar audien mengambil iktibar
daripada peristiwa malang watak yang diceritakan.
g. Gurindam
Gurindam tergolong dalam puisi tradisional Melayu.
Menurut Hashim Awang, gurindam terdiri daripada dua
baris ayat serangkap dan mempunyai rima akhir yang
sama. Dalam kedua-dua baris itu tersimpul satu fikiran
lengkap yang berupa nasihat. Dalam kesusasteraan
Melayu, ‘Gurindam Dua Belas’ karya Raja Ali Haji
merupakan gurindam yang paling terkenal.
Ciri-Ciri Gurindam ialah bentuk gurindam ditulis secara
berpasangan dan berfungsi sebagai satu rangkap.
Setiap rangkapnya mempunyai kesatauan idea yang
lengkap. Baris pertama atau dua baris awal setiap
rangkap berfungsi sebagai syarat dan baris kedua atau
dua baris akhir pula berfungsi sebagai pelengkap.
Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah bebas,
namun, rima akhir baris bagi setiap rangkapnya mesti
sama, iaitu a-a. Gurindam membawa persoalan yang
serius, bersungguh-sungguh, tidak berkias dan tiada
jenaka, sindiran atau berteka-teki. Fungsi gurindam
ialah untuk menyampaikan pendidikan kepada manusia
agar menjadi manusia yang berilmu, bermoral,
berakhlak dan berguna kepada agama, bangsa dan
negara.
Kesimpulan, pada lazimnya, gurindam terdiri daripada
dua baris ayat. Namun, terdapat juga gurindam yang
mempunyai empat atau lebih baris. Setiap gurindam
membawa kesatuan idea yang lengkap dan ideanya
bersifat serius. Rima akhirnya adalah sama.
h. Nazam
Mengenal Struktur Karya
Jika hendak membina sebuah rumah perlu ada sokongan untuk menjadikan rumah
itu teguh dan kuat. Begitulah juga dengan sebuah karya sastera yang juga
memerlukan asas atau unsur-unsur yang kemas untuk menjamiin karya tersebut
baik dan bermutu.
(a) Tema dan persoalan
Tema ialah gagasan, fikiran atau persoalan utama/ pokok yang mendasari sesebuah
karya sastera dan ia terungkap secara langsung dan tidak langsung. Manakala,
Persoalan ialah Perkara-perkara atau masalah-masalah yang diketengahkan dalam
sesuatu karya yang berhubung kait dengan tema.
(b) Watak dan Perwatakan
Definisi watak ialah tokoh yang menggerakkan cerita dalam sesebuah karya.
Perwatakan pula ialah pengisahan tentang watak dalam sesebuah karya (kejiwaan
dan fizikal)
(c) Plot
Maksud plot merujuk pada susunan atau jalinan peristiwa yang menggerakkan cerita
berdasarkan sebab dan akibat. Tidak semua peristiwa menjadi unsur pembina plot.
d) Gaya Bahasa
Cara pengarang menggunakan bahasa dalam sesebuah karya ciptaannya. Aspek
kajian dalam gaya bahasa ialah;
(i) Diksi
Diksi ialah pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang tepat oleh
pengarang dalam karyanya. Diksi yang baik memperlihatkan kesesuaian kata yang
dapat menjelaskan tema , persoalan, peristiiwa, watak dan perwatakan dalam karya.
Contoh: Sajak ke makam bonda. Usman Awang memilih diksi ‘makam’ dan ‘bonda’
kerana difikirkan lebih tepat berbanding diksi ‘kubur / pusara’ dan ‘ibu / emak.’
(ii) Konotasi
Istilah konotasi ialah penggunaan bahasa yang memberikan kepelbagaian
maknaatau makna lain kepada pembaca. Contoh: buang kasut. Selain bermaksud
buang, ia juga bermaksud tanggalkan kasut daripada kaki. Diksi bunga boleh
merujuk kepada bunga sebenar atau gadis.
(iii) Metafora
Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara terus atau langsung
tanpa menggunakan kata-kata perbandingan seperti, umpama, seperti, bagai,
macam, bak, ibarat dan laksana. Metafora mengandungi perkataan bersifat konkrit
(nyata) dan abstrak. Contoh: laut waktu. Laut bersifat konkrit, manakala waktu
bersifat abstrak. Ia bermaksud waktu yang sangat luas.
(iv) Simile
Ungkapan yang membandingkan dua benda berbeza tetapi mengandungi unsur
tertentu yang ada persamaan. Ungkapan simile menggunakan kata-kata
perbandingan seperti, bagai, macam, bak, umpama, seperti, laksana dan ibarat.
Contoh: berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.
(v) Personifikasi
Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara (unsur pengorangan) tertentu.
Contoh: damai melambai senja. Damai telah diberikan sifat manusia, iaitu
‘melambai,’ sedangkan damai bukan manusia yang boleh berbuat demikian.
(vi) Hiperbola
Penyataan agak melampau tentang sesuatu / gaya bahasa perbandingan yang
melampau/ membesar-besarkan sesuatu. Contoh: lauatan api sanggup kurenangi,
atau badai perkasa. Mustahil seseorang dapat merenangi lautan api. Badai pula
memang bersifat perkasa. Tidak ada badai yang lembik. Justeru, badai yang
perkasa itu diperkasakan lagi.
(e) Latar
Latar / Setting ialah latar belakang bagi sesebuah karya sastera. Latar mengandungi
pelukisan masa, tempat, dan keadaan masyarakat yang melingkungi cerita.
(f) Nilai
Merupakan sesuatu yang tinggi sifatnya. Nilai yang memberi kebaikan dan bersifat
positif dikatakan sebagai nilai murni.

More Related Content

What's hot

Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Ahmad NazRi
 
P strategi kesantunan
P strategi kesantunanP strategi kesantunan
P strategi kesantunan
Richard Roberto Marchille
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
Maizatul Mansor
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
AnibintiMisran
 
Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
Demolish Wolf
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Kemeterian Pendidikan Malaysia
 
Kesantunan dalam komunikasi
Kesantunan dalam komunikasiKesantunan dalam komunikasi
Kesantunan dalam komunikasi
Jaf Hussin
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Antasha Kamaruzzaman
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Rafiza Diy
 
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
PISMPBM20622AinNajwa
 
Kata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantaraKata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantarafiro HAR
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
HanaFitrah
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
Muhammad Syahir
 
Syair dan- gurindam
Syair dan- gurindamSyair dan- gurindam
Syair dan- gurindamNZulkifli MH
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
fitri norlida
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
Hazean Erdawaty
 

What's hot (20)

Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
P strategi kesantunan
P strategi kesantunanP strategi kesantunan
P strategi kesantunan
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Kesantunan dalam komunikasi
Kesantunan dalam komunikasiKesantunan dalam komunikasi
Kesantunan dalam komunikasi
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
GPMK1012 : LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG DAN KANAK-KANAK
 
Kata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantaraKata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantara
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
Syair dan- gurindam
Syair dan- gurindamSyair dan- gurindam
Syair dan- gurindam
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 

Similar to Bmm3104 a

Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuinsansofiah
 
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayuasihwiniy viniy
 
nota sastera.pdf
nota sastera.pdfnota sastera.pdf
nota sastera.pdf
monistars
 
Puisi Melayu Tradisional - Pantun (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi Melayu Tradisional - Pantun (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)Puisi Melayu Tradisional - Pantun (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi Melayu Tradisional - Pantun (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
FaFai S.
 
Perbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan SyairPerbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan Syair
ArifahAzlanShah1
 
Perbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan SyairPerbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan Syair
ArifahAzlanShah2
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
Momee Rain
 
DEFINISI DAN CIRI-CIRI.ppt
DEFINISI DAN CIRI-CIRI.pptDEFINISI DAN CIRI-CIRI.ppt
DEFINISI DAN CIRI-CIRI.ppt
FatahiyahBtMohdIshak
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
ArifahAzlanShah2
 
Puisi teks lukisan zaman
Puisi teks  lukisan zamanPuisi teks  lukisan zaman
Puisi teks lukisan zamanshamarsetia
 
Kefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaKefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosa
ninawariz
 
Teks prosa
Teks prosaTeks prosa
Teks prosa
ninawariz
 
Cerita Tentang Syair 2
Cerita Tentang Syair 2Cerita Tentang Syair 2
Cerita Tentang Syair 2
Abdul Manaf Bin Mohd Yasir
 
1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak1 Bentuk Sajak
ANALISIS STILISTIK PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...
ANALISIS STILISTIK  PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...ANALISIS STILISTIK  PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...
ANALISIS STILISTIK PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...
eikarshdn
 

Similar to Bmm3104 a (20)

Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
 
nota sastera.pdf
nota sastera.pdfnota sastera.pdf
nota sastera.pdf
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Puisi Melayu Tradisional - Pantun (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi Melayu Tradisional - Pantun (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)Puisi Melayu Tradisional - Pantun (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi Melayu Tradisional - Pantun (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
 
Perbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan SyairPerbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan Syair
 
Perbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan SyairPerbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan Syair
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
DEFINISI DAN CIRI-CIRI.ppt
DEFINISI DAN CIRI-CIRI.pptDEFINISI DAN CIRI-CIRI.ppt
DEFINISI DAN CIRI-CIRI.ppt
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Puisi teks lukisan zaman
Puisi teks  lukisan zamanPuisi teks  lukisan zaman
Puisi teks lukisan zaman
 
Kefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosaKefahaman: Teks prosa
Kefahaman: Teks prosa
 
Teks prosa
Teks prosaTeks prosa
Teks prosa
 
Cerita Tentang Syair 2
Cerita Tentang Syair 2Cerita Tentang Syair 2
Cerita Tentang Syair 2
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Assgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sasteraAssgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sastera
 
Ihsan noorzali
Ihsan noorzaliIhsan noorzali
Ihsan noorzali
 
1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak
 
Prosa dan puisi
Prosa dan puisiProsa dan puisi
Prosa dan puisi
 
ANALISIS STILISTIK PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...
ANALISIS STILISTIK  PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...ANALISIS STILISTIK  PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...
ANALISIS STILISTIK PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...
 

Bmm3104 a

  • 1. nday, December 13, 2009 MODUL BMM 3104 (4) KESUSASTERAAN MELAYU Pengenalan Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan Dengan bahasa juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada pada karya kesusasteraan. Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian yang dianggap sangat bernilai berbanding cabang kesenian yang lain. Istilah ‘kesusasteraan’ berakar dari kata ‘susastera / sushastra’ dalam bahasa Sanskrit. Suku kata ‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2), kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, ?: 1). Manakala ‘sastera / shastra’ menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan ‘sastera / shastra’ merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah kerana berasal / ilham daripada sumber tertinggi (Pencipta). Daripada kata ‘susastera’ telah diberikan imbuhan apitan ‘ke- ... –an’ menghasilkan ‘kesusasteraan’ yang bertujuan memberi keindahan bunyi. Ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat diteladani. Sebenarnya, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air apabila mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah sesuatu yang membincangkan apa yang berlaku dalam sesebuah masyarakat di samping mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya. Hashim Awang (1985) menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal Ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mencatakan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Genre Kesusasteraan Melayu a. Novel Novel ialah cerita rekaan berbentuk prosa yang panjang. Istilah novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali. Maksud ‘novella’ ialah ‘satu benda baru’ atau ‘satu benda kecil yang baharu.’ Kini, istilah ‘novella’ telah diringkaskan menjadi ‘novel’ sahaja. Hashim Awang menganggap novel ditulis untuk menceritakan kisah hidup manusia pada suatu tempat dan dalam suatu masa tertentu. Shahnon Ahmad pula berpendapat novel mengisahkan tentang kehidupan manusia. Nurazmi Kuntum menganggap novel mengisahkan tentang kehidupan dan liku-liku yang rencam dalam masyarakat dari dulu hingga sekarang. Manakala, Kamus Dewan
  • 2. mendifinisikan novel sebagai cerita dalam bentuk prosa yang agak panjang. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa novel ialah sebuah karangan prosa fiksyen yang panjang menceritakan tentang hidup dan kehidupan manusia. Sebenarnya, novel mengisahkan tentang manusia melalui pelbagai watak. Ada novel menggunakan watak binatang. Misalnya novel Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim. Ada novel menggunakan benda-benda mati seperti novel Sampah karya Shahnon Ahmad. Walau bagaimanapun, novel menggunakan watak manusia lebih banyak dihasilkan. Antara ciri-ciri novel ialah sebuah cereka prosa panjang yang lebih daripada 20,000 perkataan, mempunyai beberapa bahagian atau bab, terdapat banyak watak dan dialog watak-watak sama ada secara cakap ajuk atau cakap pindah, masanya lebih lama, masalahnya lebih kompleks, banyak masalah, watak dan peristiwa. b. Cerpen Istilah cerpen merupakan akronim kepada perkataan ‘cerita pendek.’ Cerpen merupakan cerita rekaan yang kadang-kala terdiri daripada imaginasi pengarang semata-mata atau campuran fakta dengan imaginasi pengarang. Genre cerpen merupakan satu cereka moden. Lazimnya, akhbar akan menyiarkan cerpen pada setiap hari minggu. Antara ciri-ciri Cerpen ialah cerpen merupakan sebuah cereka pendek yang jumlah perkataannya antara 500 hingga 20,000, cerpen mempunyai satu tema dengan persoalan yang terhad, watak-watak dalam cerpen adalah terhad dengan tumpuan cerita kepada watak utama sahaja, cereka cerpen adalah terbatas kepada satu perkara/ permasalahan sahaja kerana jangka waktunya juga singkat, dan mempunyai satu permasalahan sahaja, dan latar dalam cerpen juga terhad. Ceritanya mungkin berlaku di satu tempat, satu masa yang singkat, atau dalam satu golongan masyarakat tertentu sahaja. Kesimpulan, cerpen merupakan satu cereka prosa yang pendek yang ditulis dalam bahasa moden. Ceritanya mengisahkan tentang sesuatu perkara dengan mempunyai satu atau dua konflik sahaja. Watak- wataknya juga terhad dan pembaca dapat menghabiskan pembecaan cerpen dalam masa yang singkat. c. Sajak Sajak ialah puisi moden. Bentuk sajak adalah bebas dan tidak terikat dengan peraturan tertentu. Bilangan baris dan perkataan dalam sesebuah sajak tidak menentu. Ada sajak terdiri daripada satu baris. Ada juga sajak yang berpuluh-puluh baris dan panjang berjela-jela. Sajak tidak mempunyai pola, bentuk dan rima khusus. Sajak terbina kesan daripada kejayaan penyir mengolah kata-kata. Menurut Rahman Shaari, sajak ialah kata-kata yang berkeupayaan menerbitkan makna tambahan. Sanusi Pane menganggap sajak ialah kata-kata yang keluar daripada sukma manusia yag mampu menerangi hati manusia yang menikmatinya. Daripada dua pengertian itu dapat dirumuskan bahawa sajak ialah kata-kata yang mempunyai makna tambahan yang terbit dari sukma manusia untuk dinikmati dan diambil hikmahnya. d. Pantun Pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama paling tua. Menurut Harun Mat Piah, istilah ‘pantun’ mungkin berasal dari akar kata ‘tun’ yang terdapat dalam bahasa beberapa suku kaum di nusantara, yang merujuk kepada sesuatu yang teratur, yang lurus baik, yang
  • 3. konkrit mahupun yang abstrak. Demikian juga istilah ‘pantun’ mungkin berasal dari bahasa-bahasa suku kaum berkenaan. Misalnya Tagalog (tonton), Jawa Kuno (tuntun), Bisaya (Panton), Toba (pantun) yang kesemuanya merujukkepada keteraturan, mendidik, memimpin dan kesopanan. Maksud istilah-istilah itu jika diteliti berkaitrapat dengan ciri pantun itu sendiri. Penciptaan pantun pula mungkin berkaitan dengan kebiasaan orang Melayu menyampaikan sesuatu secara bersajak atau berirama. Ciri-ciri pantun dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu aspek luaran dan aspek dalaman. a) Aspek Luaran 1. Istilah pantun terdiri daripada pantun dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, atau sepuluh rangkap. Pantun paling popular terdiri daripada empat rangkap. 2. Setiap rangkap terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud.Pembayang terletak pada bahagian atas dan maksud terletak pada bahagian bawah. 3. Setiap baris mempunyai empat (yang terbaik) atau lima kata dasar denga jumlah suku kata antara lapan hingga sepuluh. Contohnya, 4. Mempunyai skema rima akhir yang tetap, iaitu a- b-a-b atau a-a-a-a atau a-a-b-b. 5. Setiap rangkap mempunyai satu fikiran atau maksud sahaja. b) Aspek Dalaman 1. Mempunyai isi atau pemikiran yang padat. 2. Isi atau pemikiran disampaikan secara perbandingan yang halus.
  • 4. 3. Setiap pantun mempunyai nilai dan pengajaran yang dituju kepada manusia 4. Terdapat perhubungan makna antara pembayang dengan maksud. 5. Terdapat penggunaan lambang-lambang atau persepsi tertentu yang diketahui oleh masyarakat. 6. Bahagian pembayang lazimnya terdiri daripada imej-imej alam. Jenis-Jenis Pantun Selain berdasarkan bentuk, penggolongan jenis-jenis pantun oleh para pengkaji adalah berdasarkan isi pantun. Antara jenis-jenis pantun ialah seperti yang berikut. e. Syair Istilah syair berasal daripada bahasa Arab, iaitu ‘syi’r’ yang bermaksud puisi. Syair berbeza dengan pantun kerana tidak mempunyai pembayang. Semua barisnya merupakan mksud yang meliputi adat resam, budaya, falsafah, pemkiran, sosial, kepercayaan, sejarah dan sebagainya. Tidak seperti pantun, syair merakamkan satu kisah yang lebih panjang. Ciri-Ciri Syair ialah syair mempunyai empat baris serangkap, bilangan rangkap dalam syair tidak tetap, setiap baris syair mempunyai antara tiga hingga lima patah perkataan atau suku kata dalam sebaris antara lapan hingga dua belas suku kata, idea atau cerita antara rangkap adalah saling berhubungan dan melengkapi, satu syair menceritakan satu kisah yang lengkap dengan permulaan, pertengahan dan pengakhiran, dan rima akhir syair adalah sama, iaitu a-a-a-a. Contohnya syair ialah ‘Syair Siti Zubaidah Perang Cina,’ ‘Syair Ken Tambuhan,’ ‘Syair Dandan Setia.’ f. Seloka
  • 5. Perkataan Seloka berasal daripada bahasa sankrit, iaitu Shloka. Hashim Awang menjelaskan seloka sebagai karangan berangkap yang tidak tetap jumlah perkataan dan rima pada akhir barisnya. Manakala, penciptaannya pula mengikut rentak pantun, syair atau perumpamaan. Kenyataan itu menunjukkan seloka sebuah puisi bebas. Nada seloka pada lazimnya bersifat menyindir dan mengandungi unsur-unsur jenaka. Ciri- Ciri Seloka ialah seloka tergolong dalam puisi Melayu tradisional, tidak seperti pantun dan syair, bentuk seloka adalah bebas. Terdapat seloka yang mempunyai empat baris dan lebih, isi seloka mengandungi sindiran dan ejekan di samping jenaka, senda gurau dan sebagainya. Biasanya, seloka mengisahkan nasib malang yang menimpa seseorang. Oleh sebab itu, fungsi seloka adalah sebagai bahan hiburan di samping sebagai bahan pengajaran agar pendengar tidak menerima nasib malang sebagaimana diceritakan. Pengungkapan seloka tidak serius, terasa nada melankolik dan berirama/ berlagu. Ini sesuai dengan isi seloka yang bersifat mengejek atau berjenaka. Penggunaan seloka tidak meluas. Pada lazimnya, seloka diselit dalam cerita terutama dalam cerita lipur lara atau cerita jenaka. Kesimpulannya, seloka merupakan puisi tradisional yang penciptaannya tidak terikat pada mana-mana syarat. Namun, satu ciri penting ialah semua seloka mempunyai nada mengejek atau menyindir dengan mengisahkan nasib malang yang menimpa seseorang. Pengisahan nasib malang itu adalah bertujuan sebagai bahan hiburan dan agar audien mengambil iktibar daripada peristiwa malang watak yang diceritakan. g. Gurindam Gurindam tergolong dalam puisi tradisional Melayu. Menurut Hashim Awang, gurindam terdiri daripada dua
  • 6. baris ayat serangkap dan mempunyai rima akhir yang sama. Dalam kedua-dua baris itu tersimpul satu fikiran lengkap yang berupa nasihat. Dalam kesusasteraan Melayu, ‘Gurindam Dua Belas’ karya Raja Ali Haji merupakan gurindam yang paling terkenal. Ciri-Ciri Gurindam ialah bentuk gurindam ditulis secara berpasangan dan berfungsi sebagai satu rangkap. Setiap rangkapnya mempunyai kesatauan idea yang lengkap. Baris pertama atau dua baris awal setiap rangkap berfungsi sebagai syarat dan baris kedua atau dua baris akhir pula berfungsi sebagai pelengkap. Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah bebas, namun, rima akhir baris bagi setiap rangkapnya mesti sama, iaitu a-a. Gurindam membawa persoalan yang serius, bersungguh-sungguh, tidak berkias dan tiada jenaka, sindiran atau berteka-teki. Fungsi gurindam ialah untuk menyampaikan pendidikan kepada manusia agar menjadi manusia yang berilmu, bermoral, berakhlak dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kesimpulan, pada lazimnya, gurindam terdiri daripada dua baris ayat. Namun, terdapat juga gurindam yang mempunyai empat atau lebih baris. Setiap gurindam membawa kesatuan idea yang lengkap dan ideanya bersifat serius. Rima akhirnya adalah sama. h. Nazam Mengenal Struktur Karya Jika hendak membina sebuah rumah perlu ada sokongan untuk menjadikan rumah itu teguh dan kuat. Begitulah juga dengan sebuah karya sastera yang juga memerlukan asas atau unsur-unsur yang kemas untuk menjamiin karya tersebut baik dan bermutu. (a) Tema dan persoalan Tema ialah gagasan, fikiran atau persoalan utama/ pokok yang mendasari sesebuah karya sastera dan ia terungkap secara langsung dan tidak langsung. Manakala, Persoalan ialah Perkara-perkara atau masalah-masalah yang diketengahkan dalam sesuatu karya yang berhubung kait dengan tema. (b) Watak dan Perwatakan
  • 7. Definisi watak ialah tokoh yang menggerakkan cerita dalam sesebuah karya. Perwatakan pula ialah pengisahan tentang watak dalam sesebuah karya (kejiwaan dan fizikal) (c) Plot Maksud plot merujuk pada susunan atau jalinan peristiwa yang menggerakkan cerita berdasarkan sebab dan akibat. Tidak semua peristiwa menjadi unsur pembina plot. d) Gaya Bahasa Cara pengarang menggunakan bahasa dalam sesebuah karya ciptaannya. Aspek kajian dalam gaya bahasa ialah; (i) Diksi Diksi ialah pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang tepat oleh pengarang dalam karyanya. Diksi yang baik memperlihatkan kesesuaian kata yang dapat menjelaskan tema , persoalan, peristiiwa, watak dan perwatakan dalam karya. Contoh: Sajak ke makam bonda. Usman Awang memilih diksi ‘makam’ dan ‘bonda’ kerana difikirkan lebih tepat berbanding diksi ‘kubur / pusara’ dan ‘ibu / emak.’ (ii) Konotasi Istilah konotasi ialah penggunaan bahasa yang memberikan kepelbagaian maknaatau makna lain kepada pembaca. Contoh: buang kasut. Selain bermaksud buang, ia juga bermaksud tanggalkan kasut daripada kaki. Diksi bunga boleh merujuk kepada bunga sebenar atau gadis. (iii) Metafora Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata perbandingan seperti, umpama, seperti, bagai, macam, bak, ibarat dan laksana. Metafora mengandungi perkataan bersifat konkrit (nyata) dan abstrak. Contoh: laut waktu. Laut bersifat konkrit, manakala waktu bersifat abstrak. Ia bermaksud waktu yang sangat luas. (iv) Simile Ungkapan yang membandingkan dua benda berbeza tetapi mengandungi unsur tertentu yang ada persamaan. Ungkapan simile menggunakan kata-kata perbandingan seperti, bagai, macam, bak, umpama, seperti, laksana dan ibarat. Contoh: berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. (v) Personifikasi Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara (unsur pengorangan) tertentu. Contoh: damai melambai senja. Damai telah diberikan sifat manusia, iaitu ‘melambai,’ sedangkan damai bukan manusia yang boleh berbuat demikian. (vi) Hiperbola Penyataan agak melampau tentang sesuatu / gaya bahasa perbandingan yang melampau/ membesar-besarkan sesuatu. Contoh: lauatan api sanggup kurenangi, atau badai perkasa. Mustahil seseorang dapat merenangi lautan api. Badai pula memang bersifat perkasa. Tidak ada badai yang lembik. Justeru, badai yang perkasa itu diperkasakan lagi. (e) Latar Latar / Setting ialah latar belakang bagi sesebuah karya sastera. Latar mengandungi pelukisan masa, tempat, dan keadaan masyarakat yang melingkungi cerita. (f) Nilai Merupakan sesuatu yang tinggi sifatnya. Nilai yang memberi kebaikan dan bersifat positif dikatakan sebagai nilai murni.