SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
AJARAN
Terdapat banyak ajaran yang dibawa oleh baha’i yang sangat bertentangan dengan ajaran
Islam. Antara ajaran yang menyeleweng yang dibawa oleh agama ini adalah :
 Allah S.W.T tidak mempunyai sifat, nama dan juga af'al. Mana-mana nama, sifat dan
af'al yang disandarkan kepada Allah S.W.T tidak lebih dari simbol-simbol untuk
orang-orang pilihan dari kalangan manusia sama ada pada zaman dahulu atau pada
zaman kemudian. Mereka merupakan fenomena perintah Allah S.W.T, tempat
turunnya wahyu.
 Hujah mereka tentang mukjizat Bahaullah ini ialah semenjak awal lagi, dia
menghadapi pelbagai ujian dan bencana yang besar. Walaupun dia bukan seorang
ahli ilmu dan tidak pernah mendapat pelajaran di pusat-pusat ilmu namun begitu, dia
telah memenuhkan alam ini dengan 'lauh-lauh' sucinya sama ada dalam bahasa
Farsi atau dalam bahasa Arab.
 Tidak beriman kepada hari akhirat, syurga dan neraka setelah hisab. Mereka
memberi maksud hari akhirat dengan alam rohani sahaja.
 Semua penganut agama adalah sama sahaja. Semua mempunyai hak yang sama
dalam pelbagai perkara.
 Al-Quran tidak sesuai dipraktikkan pada zaman ini. Mereka tidak mempercayai Al-
Quran sebagai mukjizat.
 Sembahyang sekali sahaja sebulan dan tidak memerlukan wuduk.
 Tidak wajib mengadap kiblat ketika menunaikan sembahyang kerana bagi mereka, di
mana sahaja mereka mengadap, di sana wajah Allah berada. Terdapat juga
sesetengah penganut baha’i yang menjadikan kiblat mereka ke Uka, Palestin, iaitu
tempat di mana Baha atau khalifah mereka berada.
 Menafikan hukuman qisas (bunuh balas), hudud (hukuman bagi zina, tuduhan zina,
mencuri, minum arak dan sebagainya) dan takzir secara sebatan (selain hukuman
hudud dan qisas yang ditetapkan oleh nas Al-Quran dan hadis).
 Menyamakan kadar penerimaan perempuan dengan lelaki dalam harta pusaka. Ini
bermaksud perempuan mendapat hak yang sama dalam menerima harta pusaka.
 Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan
dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan
bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali.
 Beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib
 Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran
baha’i.
 Mereka meyakini adanya satu Tuhan dan semua agama besar di dunia mengimani
satu Tuhan yang sama. Namun begitu, mereka mempercayai pengasasnya adalah
jelmaan Allah S.W.T
 Mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut.
 Beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansuhkan semua kitab
samawi.
 Memansuhkan agama Islam.
 Menganggap Acre di Palestin ialah kiblat baru.
 Menghilangkan setiap ikatan agama Islam dan menganggap syari’at telah hilang.
 Melarang poligami kecuali bila ada kekecualian, namun tidak lebih daripada dua
isteri. Ajaran ini juga melarang talak kecuali terpaksa yang tidak memungkinkan
antara kedua pasangan untuk bergaul lagi. Seorang isteri yang ditalak tidak perlu
‘iddah.
 Bahaiyyah dipercayai sebagai agama yang paling tinggi dan mulia di antara agama-
agama lain kerana pernyataan 'wujud Allah' pada Al Baha' adalah dalam bentuk
yang paling tinggi dan agung berbanding dengan pernyataannya pada nabi-nabi
yang lalu.
Peringkat Pegangan
Mereka membahagikan pengikut-pengikut mereka kepada beberapa peringkat.
Peringkat pertama ialah imam. Imam merupakan orang yang mengetahui perkara yang
ghaib tanpa perantraan. Yang kedua ialah hujah. Hujan ialah orang yang menerima ilmu
daripada imam. Peringkat yang ketiga ialah Zu al-Massoh yang merupakan orang yang
menerima ilmu daripada hujah. Peringkat yang keempat ialah Abwab. Abwab merupakan
orang yang menyampaikan darjat pengikut-pengikut kepada imam dan hujah. Seterusnya,
peringkat yang kelima ialah da’i. Da’i ialah orang yang menyampaikan perjanjian daripada
orang ramai dan menerima penuntut ilmu. Peringkat yang keenam ialah mukalaf. Mukalaf ini
merupakan orang-orang yang bersahabat dengan da’i dan tidak berhak untuk berdakwah.
Peringkat yang terakhir ialah mukmin yang merupakan pengikut biasa.
Kitab-kitab
Mereka juga mempunyai kitab tersendiri seperti kitab Al-Itqan, kitab Majmu’ah al-
Alwah al- Mubarakah, kitab Al-Syeikh, kitab Al-Israqat wal Basyirat, kitab Al-Durr al-Bahiah,
kitab Al-Hujaj al-Bahiah, kitab Al-Faraid dan kitab Faslu al-Khatab.
AKTIVITI
Seperti agama-agama lain, agama baha’i juga menekankan aspek-aspek seperti
sembahyang, puasa, haji, zakat, perkahwinan dan kematian .Namun begitu, sangat berbeza
dengan agama Islam.
Sembahyang
Sembahyang hanya diwajibkan kepada yang sudah baligh. Ia dilakukan secara
seorang diri dan tidak ada sembahyang jemaah melainkan sembahyang jenazah. Kiblat
sembahyang adalah di mana letaknya kubur Baha’ iaitu di ‘Uka, Palestin. Jumlah
sembahyang adalah sembilan rakaat dalam tiga peringkat iaitu:
 Sembahyang besar > Boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diingini. Sesiapa
yang menunaikannya tidak perlu lagi bersembahyang pada waktu pertengahan dan
sembahyang kecil.
 Sembahyang pertengahan > Disyaratkan dalam tiga waktu iaitu subuh, zohor dan
asar. Sesiapa yang menunaikannya juga tidak perlu lagi bersembahyang besar dan
sembahyang kecil.
 Sembahyang kecil > Syaratnya mestilah pada waktu gelincir matahari iaitu pada
waktu zohor. Sesiapa yang menunaikannya tidak perlu lagi sembahyang yang besar
dan sembahyang pertengahan.
 Sembahyang mayat mereka mengandungi enam kali takbir Selepas sembahyang,
mereka membaca bacaan yang ditetapkan sebanyak 19 kali.
 Sembahyang boleh ditinggalkan bagi sesiapa yang musafir ataupun lemah seperti
kerana sudah tua atau kerana sakit. Hukum meninggalkannya sama seperti
perempuan yang datang haid ataupun nifas.
 Mereka mewajibkan sembahyang dengan berwuduk. Sesiapa yang tidak boleh
menggunakan air, memadai dengan menyebut nama Tuhan sebanyak lima kali.
Puasa
Bagi mereka, dalam setahun ada 19 bulan dan bulan yang terakhir adalah bulan
puasa. Pada penghujung bulan puasa itu, mereka akan menyambut hari raya yang
dinamakan Hari Raya Nuruz. Seperti agama Islam juga, sesiapa yang sakit, musafir ataupun
lemah tidak diwajibkan puasa dan perlu diganti (qada).
Zakat
Sama seperti zakat yang ditunaikan oleh orang Islam. Namun, zakat tidak boleh
dikumpulkan sekarang kerana tidak ada rumah keadilan.
Haji
Haji hanya diwajibkan kepada orang lelaki sahaja. Manakala perempuan tidak
diwajibkan menunaikan haji. Haji di sisi mereka ialah pergi ke rumah di mana dilahirkan
pengasas mereka iaitu Mirza Ali Muhammad di Syiraz atau ke rumah yang menjadi
persinggahan Husain Ali al Maazandaraani yang digelarkan dengan "bahaullah" di
Iraq.Tidak ada waktu tertentu untuk menunaikan haji.
Perkahwinan
Tidak dibenarkan meminang perempuan sebelum mencapai umur 15 tahun. Jarak
masa antara meminang dengan akad nikah tidak boleh melebihi 95 hari. Jarak antara akad
nikah dengan bertemu suami isteri tidak boleh melebihi daripada satu hari. Perkahwinan
dibolehkan hanya dengan seorang perempuan sahaja dan tidak ada penceraian dalam
kalangan mereka.
Kematian
Mereka mengkafankan mayat dengan lima helai kain sutera ataupun kain kapas dan diberi
pakai cincin yang bertulis dengan ayat yang tertentukan.
Harta Pusaka
Pusaka menurut ajaran Baha'i adalah sama banyak di antara anak lelaki dan anak
perempuan begitu juga sekalian hak-hak yang lain
Hari Raya
Selain itu, mereka juga meraikan hari raya dan mereka mempunyai lima hari raya iaitu:
 Hari Raya Nuruz
 Hari Raya Riduan
 Hari Raya Lahir al-Bab
 Hari Lahir Baha
 Hari Diisytiharkan Ajaran al-Bab
Nama-nama hari
Di samping itu, mereka juga mempunyai pendapat tentang nama-nama hari iaitu:
1. Hari Jaalal
2. Hari Jamal
3. Hari Kamal
4. Hari Fimal
5. Hari Adal
6. Hari Istihlal
7. Hari Istiklal
Baha'i ajaran

More Related Content

What's hot

kajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahkajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahNatasha Nabila
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaEzad Azraai Jamsari
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqhIM UMAZ
 
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKAPEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKAAina Zambry
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Adabiyat Amal Jamaie (Adab Dakwah Kolektif) - Ustaz Najid Jamal
Adabiyat Amal Jamaie (Adab Dakwah Kolektif) - Ustaz Najid JamalAdabiyat Amal Jamaie (Adab Dakwah Kolektif) - Ustaz Najid Jamal
Adabiyat Amal Jamaie (Adab Dakwah Kolektif) - Ustaz Najid JamalNajid Jamal
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh completeAngah Rahim
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamNoor Aini Samsusah
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahCamar Puteh
 
Keluasan dan keperluan dakwah amal jamai pt 4
Keluasan dan keperluan dakwah   amal jamai pt 4Keluasan dan keperluan dakwah   amal jamai pt 4
Keluasan dan keperluan dakwah amal jamai pt 4Amiruddin Ahmad
 
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHAKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHanuar2u
 

What's hot (20)

kajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiahkajian sejarah perkembangan syiah
kajian sejarah perkembangan syiah
 
Khurafat
KhurafatKhurafat
Khurafat
 
Sebab nuzul
Sebab nuzulSebab nuzul
Sebab nuzul
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
BIMS1023 Akidah Islam - Bahagian 14 (Sifat-Sifat Wajib Bagi Rasul)
BIMS1023 Akidah Islam - Bahagian 14 (Sifat-Sifat Wajib Bagi Rasul)BIMS1023 Akidah Islam - Bahagian 14 (Sifat-Sifat Wajib Bagi Rasul)
BIMS1023 Akidah Islam - Bahagian 14 (Sifat-Sifat Wajib Bagi Rasul)
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKAPEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
 
Saidatina aisyah
Saidatina aisyahSaidatina aisyah
Saidatina aisyah
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Konsep nasakh & mansukh
Konsep nasakh & mansukhKonsep nasakh & mansukh
Konsep nasakh & mansukh
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Adabiyat Amal Jamaie (Adab Dakwah Kolektif) - Ustaz Najid Jamal
Adabiyat Amal Jamaie (Adab Dakwah Kolektif) - Ustaz Najid JamalAdabiyat Amal Jamaie (Adab Dakwah Kolektif) - Ustaz Najid Jamal
Adabiyat Amal Jamaie (Adab Dakwah Kolektif) - Ustaz Najid Jamal
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
 
Asbabun nuzul
Asbabun nuzulAsbabun nuzul
Asbabun nuzul
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
 
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptxKuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
 
Keluasan dan keperluan dakwah amal jamai pt 4
Keluasan dan keperluan dakwah   amal jamai pt 4Keluasan dan keperluan dakwah   amal jamai pt 4
Keluasan dan keperluan dakwah amal jamai pt 4
 
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHAKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
 

Baha'i ajaran

  • 1. AJARAN Terdapat banyak ajaran yang dibawa oleh baha’i yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Antara ajaran yang menyeleweng yang dibawa oleh agama ini adalah :  Allah S.W.T tidak mempunyai sifat, nama dan juga af'al. Mana-mana nama, sifat dan af'al yang disandarkan kepada Allah S.W.T tidak lebih dari simbol-simbol untuk orang-orang pilihan dari kalangan manusia sama ada pada zaman dahulu atau pada zaman kemudian. Mereka merupakan fenomena perintah Allah S.W.T, tempat turunnya wahyu.  Hujah mereka tentang mukjizat Bahaullah ini ialah semenjak awal lagi, dia menghadapi pelbagai ujian dan bencana yang besar. Walaupun dia bukan seorang ahli ilmu dan tidak pernah mendapat pelajaran di pusat-pusat ilmu namun begitu, dia telah memenuhkan alam ini dengan 'lauh-lauh' sucinya sama ada dalam bahasa Farsi atau dalam bahasa Arab.  Tidak beriman kepada hari akhirat, syurga dan neraka setelah hisab. Mereka memberi maksud hari akhirat dengan alam rohani sahaja.  Semua penganut agama adalah sama sahaja. Semua mempunyai hak yang sama dalam pelbagai perkara.  Al-Quran tidak sesuai dipraktikkan pada zaman ini. Mereka tidak mempercayai Al- Quran sebagai mukjizat.  Sembahyang sekali sahaja sebulan dan tidak memerlukan wuduk.  Tidak wajib mengadap kiblat ketika menunaikan sembahyang kerana bagi mereka, di mana sahaja mereka mengadap, di sana wajah Allah berada. Terdapat juga sesetengah penganut baha’i yang menjadikan kiblat mereka ke Uka, Palestin, iaitu tempat di mana Baha atau khalifah mereka berada.  Menafikan hukuman qisas (bunuh balas), hudud (hukuman bagi zina, tuduhan zina, mencuri, minum arak dan sebagainya) dan takzir secara sebatan (selain hukuman hudud dan qisas yang ditetapkan oleh nas Al-Quran dan hadis).
  • 2.  Menyamakan kadar penerimaan perempuan dengan lelaki dalam harta pusaka. Ini bermaksud perempuan mendapat hak yang sama dalam menerima harta pusaka.  Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali.  Beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib  Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran baha’i.  Mereka meyakini adanya satu Tuhan dan semua agama besar di dunia mengimani satu Tuhan yang sama. Namun begitu, mereka mempercayai pengasasnya adalah jelmaan Allah S.W.T  Mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut.  Beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi.  Memansuhkan agama Islam.  Menganggap Acre di Palestin ialah kiblat baru.  Menghilangkan setiap ikatan agama Islam dan menganggap syari’at telah hilang.  Melarang poligami kecuali bila ada kekecualian, namun tidak lebih daripada dua isteri. Ajaran ini juga melarang talak kecuali terpaksa yang tidak memungkinkan antara kedua pasangan untuk bergaul lagi. Seorang isteri yang ditalak tidak perlu ‘iddah.  Bahaiyyah dipercayai sebagai agama yang paling tinggi dan mulia di antara agama- agama lain kerana pernyataan 'wujud Allah' pada Al Baha' adalah dalam bentuk yang paling tinggi dan agung berbanding dengan pernyataannya pada nabi-nabi yang lalu.
  • 3. Peringkat Pegangan Mereka membahagikan pengikut-pengikut mereka kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah imam. Imam merupakan orang yang mengetahui perkara yang ghaib tanpa perantraan. Yang kedua ialah hujah. Hujan ialah orang yang menerima ilmu daripada imam. Peringkat yang ketiga ialah Zu al-Massoh yang merupakan orang yang menerima ilmu daripada hujah. Peringkat yang keempat ialah Abwab. Abwab merupakan orang yang menyampaikan darjat pengikut-pengikut kepada imam dan hujah. Seterusnya, peringkat yang kelima ialah da’i. Da’i ialah orang yang menyampaikan perjanjian daripada orang ramai dan menerima penuntut ilmu. Peringkat yang keenam ialah mukalaf. Mukalaf ini merupakan orang-orang yang bersahabat dengan da’i dan tidak berhak untuk berdakwah. Peringkat yang terakhir ialah mukmin yang merupakan pengikut biasa. Kitab-kitab Mereka juga mempunyai kitab tersendiri seperti kitab Al-Itqan, kitab Majmu’ah al- Alwah al- Mubarakah, kitab Al-Syeikh, kitab Al-Israqat wal Basyirat, kitab Al-Durr al-Bahiah, kitab Al-Hujaj al-Bahiah, kitab Al-Faraid dan kitab Faslu al-Khatab.
  • 4. AKTIVITI Seperti agama-agama lain, agama baha’i juga menekankan aspek-aspek seperti sembahyang, puasa, haji, zakat, perkahwinan dan kematian .Namun begitu, sangat berbeza dengan agama Islam. Sembahyang Sembahyang hanya diwajibkan kepada yang sudah baligh. Ia dilakukan secara seorang diri dan tidak ada sembahyang jemaah melainkan sembahyang jenazah. Kiblat sembahyang adalah di mana letaknya kubur Baha’ iaitu di ‘Uka, Palestin. Jumlah sembahyang adalah sembilan rakaat dalam tiga peringkat iaitu:  Sembahyang besar > Boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diingini. Sesiapa yang menunaikannya tidak perlu lagi bersembahyang pada waktu pertengahan dan sembahyang kecil.  Sembahyang pertengahan > Disyaratkan dalam tiga waktu iaitu subuh, zohor dan asar. Sesiapa yang menunaikannya juga tidak perlu lagi bersembahyang besar dan sembahyang kecil.  Sembahyang kecil > Syaratnya mestilah pada waktu gelincir matahari iaitu pada waktu zohor. Sesiapa yang menunaikannya tidak perlu lagi sembahyang yang besar dan sembahyang pertengahan.  Sembahyang mayat mereka mengandungi enam kali takbir Selepas sembahyang, mereka membaca bacaan yang ditetapkan sebanyak 19 kali.  Sembahyang boleh ditinggalkan bagi sesiapa yang musafir ataupun lemah seperti kerana sudah tua atau kerana sakit. Hukum meninggalkannya sama seperti perempuan yang datang haid ataupun nifas.  Mereka mewajibkan sembahyang dengan berwuduk. Sesiapa yang tidak boleh menggunakan air, memadai dengan menyebut nama Tuhan sebanyak lima kali.
  • 5. Puasa Bagi mereka, dalam setahun ada 19 bulan dan bulan yang terakhir adalah bulan puasa. Pada penghujung bulan puasa itu, mereka akan menyambut hari raya yang dinamakan Hari Raya Nuruz. Seperti agama Islam juga, sesiapa yang sakit, musafir ataupun lemah tidak diwajibkan puasa dan perlu diganti (qada). Zakat Sama seperti zakat yang ditunaikan oleh orang Islam. Namun, zakat tidak boleh dikumpulkan sekarang kerana tidak ada rumah keadilan. Haji Haji hanya diwajibkan kepada orang lelaki sahaja. Manakala perempuan tidak diwajibkan menunaikan haji. Haji di sisi mereka ialah pergi ke rumah di mana dilahirkan pengasas mereka iaitu Mirza Ali Muhammad di Syiraz atau ke rumah yang menjadi persinggahan Husain Ali al Maazandaraani yang digelarkan dengan "bahaullah" di Iraq.Tidak ada waktu tertentu untuk menunaikan haji. Perkahwinan Tidak dibenarkan meminang perempuan sebelum mencapai umur 15 tahun. Jarak masa antara meminang dengan akad nikah tidak boleh melebihi 95 hari. Jarak antara akad nikah dengan bertemu suami isteri tidak boleh melebihi daripada satu hari. Perkahwinan dibolehkan hanya dengan seorang perempuan sahaja dan tidak ada penceraian dalam kalangan mereka. Kematian Mereka mengkafankan mayat dengan lima helai kain sutera ataupun kain kapas dan diberi pakai cincin yang bertulis dengan ayat yang tertentukan.
  • 6. Harta Pusaka Pusaka menurut ajaran Baha'i adalah sama banyak di antara anak lelaki dan anak perempuan begitu juga sekalian hak-hak yang lain Hari Raya Selain itu, mereka juga meraikan hari raya dan mereka mempunyai lima hari raya iaitu:  Hari Raya Nuruz  Hari Raya Riduan  Hari Raya Lahir al-Bab  Hari Lahir Baha  Hari Diisytiharkan Ajaran al-Bab Nama-nama hari Di samping itu, mereka juga mempunyai pendapat tentang nama-nama hari iaitu: 1. Hari Jaalal 2. Hari Jamal 3. Hari Kamal 4. Hari Fimal 5. Hari Adal 6. Hari Istihlal 7. Hari Istiklal