SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
Bab 2 :
Peningatan
Tamadun
Peluasan kuasa
Tamadun Yunani
 Permulaan agenda penaklukan oleh pemerintah Yunani telah bermula sejak
tahun 800 s.m.
 Dimulakan oleh Philip II dari Macedonia yang telah menyatukan semua
bahagian Yunani untuk menjadi sebuah negara.
 Kemudian usaha penaklukan ini diteruskan oleh anaknya iaitu Alexander the
Great. Beliau merupakan seorang jeneral yang terkenal dalam sejarah dunia dan
menaiki takhta pada tahun 336 s.m.
 Semasa zaman pemerintahannya, beliau telah berjaya menguasai Parsi, Mesir,
Turkistan dan Samarkand. Akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean berada di
bawah kekuasaannya.
 Semasa era pemerintahannya memperlihatkan penyebaran Kebudayaan
Hellinstik ke seluruh timur. Kebudayaan Hellinstik ini ialah campuran kebudayaan
Yunani, Parsi, dan kebudayaan timur yang lain. Syracuse, Iskandar dan Antioch
merupakan antara tempat yang menerima kebudayaan ini.
 Kegemilangan empayar Yunani ini tamat apabila kematian Alexander the Great
dan bermulanya kemunculan Rom.
TAMADUN ROM
Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada
period pemerintahan Agustus Caesar.
Agustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak
saudara kepada Julius Caesar. Semasa pemerintahannya, beliau
telah menjalankan pemerintahan diktator.
Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera
pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah
bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleoparta
dalam peperangan Actium ( 31 S.M ).
Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem
empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya, iaitu
mewajibkan sistem pemerintahan warisan.
Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian,
Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan
Altas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin.
Tamadun India
Tokoh perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh
pemerintahan Dinasti Maurya iaitu Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ).
Kejayaan Chandragupta yang dapat membentuk empayar adalah
disebabkan mempunyai pasukan tentera yang besar, 600 ekor gajah, 1000
orang tentera berkuda dan 10, 000 orang infantri.
Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan
kedudukannya, beliau berjaya menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus
.
Kemudian agenda perluasan kuasa di India diteruskan oleh anaknya iaitu
Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di
bahagian selatan India.
Selepas Bindusara, Asoka telah menguasai seluruh India menjadi kawasan
takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut adalah kesan daripada
kemenangan Asoka ke atas kawasan Kalinga.
Selepas kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka tidak mengamalkan
corak pemerintahan seperti tokoh-tokoh sebelumnya, tetapi menekankan
dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan
kedudukan Maurya.
Tamadun China
Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman
Dinasti Chin, iaitu pada era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya
menyatukan seluruh kerajaan kecil di China
Shih Huang Ti telah melaksanakan ;
a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
b) Menghapuskan golongan bangsawan
c) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
d) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar China
daripada serangan orang gasar
Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti Han.
Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar Maharaja
Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan jajahannya melalui pasukan yang
besar dan kuat.
Antara kawasan ynag berjaya ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah Tarim, dan
Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan.
Beliau juga telah berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke
Jepun dan Turkistan serta dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran
Negeri China.
Peningkatan Ekonomi
Tamadun Yunani
Hampir semua negara kota dalam tamadun Yunani memberi tumpuan kepada
perdagangan, kecuali Sparta. Ini kerana keadaan bentuk muka buminya yang
bergunung ganang dan tidak sesuai untuk pertanian.
Akibat kekurangan tanah untuk pertanian, Athens dan Corinth menghadapi
masalah kekurangan makanan. Ini menyebabkan negara kota di Yunani terpaksa
mendapatkan bekalan makanan dari luar
.
Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut
Hitam. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barangan keperluan yang
datang dari Timur.
Kegiatan perdagangan di negara kota dikenakan cukai dan ini menyebabkan
kenaikan harga barangan. Akibatnya ramai orang Yunani berpindah ke tempat-
tempat lama seperti Alexandria pada zaman Graeco-Roman, iaitu pada tahun
300 s.m.
Zaman Graeco-Roman ini dikenali juga sebagai Zaman Hellenstik. Zaman ini
merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakat Rom.
Tamadun India
Bergantung kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian
Wujud hubungan perdagangan luar dan dalam. Antara pusat perdagangan yang
penting termasuklah Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading,
emas, berlian dan mutiara.
Hubungan perdagangan negara luar dapat dilihat melalui hubungan antara kerajaan
Maurya dengan Macedonic, Sri Lanka, rantau Asia Tenggara dan Asia Tengah.
Wujud beberapa pelabuhan yang penting, antaranya Tamralipti, Ghantashala, dan
Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat.
Persatuan perdagangan dan perusahaan ( Sresthin ) wujud di setiap bandar Mata
wang digunakan untuk medium dalam urusan jual beli.
Syiling emas telah digunakan pada zaman Gupta yang dikenali sebagai Dinara. Selain
itu terdapat wang perak serta wang yang terdiri daripada cangkerang siput. Ini jelas
membuktikan bahawa Dinasti Maurya dan Gupta melaksanakan satu dasar ekonomi yang
sistematik.
Perkembangan perusahaan tekstil, kain kapas, dan sutera mempergiatkan aktiviti
perdagangan sejak zaman Maurya.
Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Baneras. Barangan emas, mutiara
dan batu permata turut berkembang di India.
Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas hasil pertanian dan buah-buahan. Cukai-cukai
yang dipungut adalah untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
Sejak tahun 100 M, India menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kepulauan
Melayu, China, Rom dan Sri Lanka.
Tamadun China
Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Sejak zaman Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas.
Kolar kuda digunakan untuk menarik kereta kuda, tenggala kayu, kereta sorong dan
penyisir tanah.
Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan.
Kawasan bukit ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir.
Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han dan
diperdagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan
Barat.
Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat iaitu, Jalan Sutera Darat. Jalan ini bermula di
Barat iaitu dari Rom merentasi Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China.
Mulai zaman Dinasti Tang, Jalan Laut telah digunakan. Jalan ini merupakan jaringan
jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat, iaitu di Rom.
Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar
abad ke 5M. Kapal yang belayar dari Rom singgah di India. Kemudian melalui Teluk
Benggala dan Selat Melaka, begitu juga dengan kapal dari China dan India.
Penemuan tembikar China dibeberapa tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal
adalah bukti perdagangan maritim telah mula wujud sejak zaman Dinasti Tang.
Hasil perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri. Persatuan perdagangan
didirikan di China dan lahirnya golongan kelas pertengahan yang besar berikutan
perkembangan perdagangan.
Perkembangan ekonomi yang besar dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem
perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti
alat pengangkutan kereta kuda dan kereta lembu.
Aspek sosial
Pendidikan
Athens
a) Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari segi
aspek rohani dan jasmani
b) Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental
dan fizikal.
c) Manusia yang cemerlang juga dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan
hidup manusia.
d) Untuk melahirkan masyarakat cemerlang, pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan,
seni berpidato, membaca, menulis, menghafal amat dititikberatkan.
Sparta
a) Pendidikan bertujuan melahirkan anggota tentera yang gagah, sempurna dan taat
setia kepada negara kota.
b) Pendidikan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata lebih diutamakan daripada
pendidikan mental.
Kesan pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan di Yunani telah tertubuhnya
beberapa buah sekolah falsafah seperti di Athens, Thabes, Elea dan Miletus.
Athens dikenali sebagai pusat cendiakawan Yunani yang penting semasa era
pemerintahan Pericles. Sekolah-sekolah ini telah ramai melahirkan sejarawan seperti
Thucydides dan Herodatus, di samping ramai pemikir dalam bidang sains dan teknologi
seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras.
Falsafah
- Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara
berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang
berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar mereka.
- Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato.
- Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan melalui
kaedah soal jawab tentang kehidupan masyarakat bahagia dan beliau dituduh
merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan meminum
racun.
- Plato adalah pengikut Socrates dan falsafahnya ialah masyarakat yang sempurna
merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.
- Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens.
- Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan falsafah
dan hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic,metafizik, etika, politik,fizik, sains
tabii,astronomi dan geologi.
- Merupakan guru Alexander the Great.
- Karya utama ialah Republic.
- Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi.
- Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of Persian Wars
digelar Bapa Sejarah.
- Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of the
Peloponnesian War yang ditulis berteraskan penyelidikan.
Sains dan teknologi
- Peningkatan berlaku dalam bidang matematik, astronomi,perubatan
serta teknologi membuat perahu dan kertas.
- Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
- Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras.
- Ahli sains terkenal seperti Hippocrates terkenal sebagai Bapa
Perubatan.
- Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik telah menyumbangkan
teori berhubung dengan isi padu air dan graviti.
- Ptolemy merupakan tokoh bidang astronomi .
Seni bina
- Acropolis dibina untuk keagamaan.
- Merupakan pusat pentadbiran di Athens
- Didalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater
serta bangunan
yang menarik iaitu Parthenon.
- parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati kejayaan
membebaskan diri daripada kuasa Persia.
- Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan
menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
Bahasa dan Kesusasteraan
- Bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan
takluk Alexander The Great.
- Tokoh sastera ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua buah
buku puisi iaitu
Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan
dua buah epik iaitu
Illiad dan Odyssey.
Sistem Sosial
- Di Yunani, Athens – penduduk terbahagi kepada tiga kumpulan
iaitu pertama warganegara, kedua bukan warganegara dan
ketiga hamba.
- Golongan pertama mempunyai hak dalam politik tetapi
golongan lain tidak.
- Di Sparta pula kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen,
kedua ialah pekerja, artisan dan pedagang dan kelas ketiga ialah
Helot (golongan majoriti yang mengusaha tanah)
Tamadun rom
Pendidikan di Rom menitikberatkan ;
a) Apilikasi ilmu yang praktikal
b) Kesetiaan kepada Rom.
Pada tahap awal, unsur dari Yunani diserapkan dalam pendidikan
Rom. Pusat-pusat pendidikan ini telah melahirkan ;
a) Jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan
jalan raya
b) Ahli falsafah
c) Sejarawan
falsafah
- Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme yang
menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan
perikemanusiaan.
Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib
seseorang bergantung kepada hubungannya dengan alam
Sains dan teknologi
- Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan matematik
dengan muzik, geometri dan astronomi.
Seni bina
- Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.
- Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah
dan dalam pintu gerbang.
- Teknologinya berasaskan sistem gravity.
- Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom
bertarung dan sebagai teater.
Bahasa dan kesusteraan
- Terdapat dua orang penyajak terkenal iaitu Cicero dan Virgil.
- Karya sastera bertujuan meningkatkan semangat patriotisme.
- Sastera Rom mencapai zaman keagungan pada zaman
Agustus Caesar
Sistem sosial
- Terbahagi kepada tiga iaitu warganegara , bukan
warganegara dan hamba
Pendidikan
Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik.
Pendidikan pada zaman ini berteraskan agama Hindu adalah untuk
manusia menghadap hari selepas mati.
Ditekankan untuk mendalami kitab-kitab dan mempelajari bahasa
Sanskrit. Kaedah merupakan bagi mendalami kitab-kitab Veda.
Pendidikan cuma diberikan kepada kaum lelaki manakala kaum
wanita tidak diberi peluang untuk belajar.
Pada awalnya tempat belajar hanya di istana dan rumah. Kemudian
apabila berkembang dengan baik pusat pendidikan tinggi telah
dibina, iaitu yang pertama sekali tertubuhnya Kolej Brahman.
Pada abad pertama Masihi wujud universiti yang pertama iaitu
Universiti Taxila dan Universiti Nalanda pada abad kelima masihi.
Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus
menghafal pelbagai buku agama khususnya kitab Veda yang
mengandungi pelbagai peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu
agama. Selain itu, mereka mempelajari karya saintifik dan falsafah.
Bukan itu sahaja, malah pendidikan juga adalah untuk
meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf serta menjawat
jawatan dalam kerajaan.
Falsafah
- Wujud dalam dua bentuk pemikiran iaitu kumpulan yang bersumberkan
kitab veda dan yang menolaknya.
- Kitab veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan
Atharva Veda.
-Falsafah bukan aliran veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan
Buddhisme.
Sains dan teknologi
- - Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik.
Pengetahuan tentang astronomi dipetik daripada Rig Veda.
- - Matematik dalam tamadun India berkembang dalam Zaman
Gupta.
- - Ahli matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira.
- - Wujud sistem angka dalam tamadun Yunani iaitu herodianic dan
ionic.
- - Ilmu perubatan berkembang di India disebabkan kecenderungan
masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.
- - Dalam keempat-empat tamadun, ilmu pelayaran meningkat
dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih
besar.
Seni bina
- Great Bath merupakan binaan yang sangat baik dan lengkap.
- Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.
- Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan
penggunaan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat
- Stupa Besar di Sanchi adalah untuk keagamaan.
Bahasa dan kesusteraan
- Di India, masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iatu Dravidia di
Selatan dan
Indo –Arya.
- Bahasa masyarakat Dravidia adalah Telegu,Malayalam dan Kannada
manakala Indo-Aryan ialah Sanskrit.
- Bidang sastera terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak.
- Dua epik terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana.
- Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik
dan jahat.
- Ramayana – pergaduhan Rama dengan raja Sri Lanka yang melarikan
isterinya, Sita.
Sistem sosial
- Wujud sistem kasta – empat kasta utama iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan
Sudra.
- Mengikut sistem ini, lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita kasta lain dan
dilarang bergaul
Tamadun china
Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu
Tahap pendidikan Kaedah pembelajaran
Sekolah rendah Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan
buah buku suci tanpa memahami maknanya
Sekolah menengah Tumpuan terhadap karangan dan sastera
Pendidikan tinggi Memperterjemah buku suci
Matlamat utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam Peperiksaan
Awam Kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga peringkat;
a) Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama.
Diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun. Sesiapa yang lulus pada tahap ini layak
menjadi pegawai kerajaan untuk ijazah pertama sementara ijazah ketiga layak
menjadi pendidik.
b) Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen, setaraf dengan sarjana. Diadakan tiga
tahun sekali.
c) Peringkat Negara - tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah.
Diadakan tiga tahun sekali.
Pengendalian peperiksaan awam;
a) Diadakan dengan ketat.
b) Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.
c) Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari
peperiksaan.
d) Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik kecil
dengan disediakan makanan dan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.
Sistem peperiksaan awam China merupakan yang tertua sekali di dunia.
- Falsafah China menekankan hal berkaitan hubungan manusia dengan
manusia lain.
- Antara sumber falsafah ialah Kung-fu Tze atau Confucius dengan
ajarannya Confucianisme, Lao Tze, Toisme dan Mo Tzu
- Mo Tzu Menolak beberapa ajaran Confucianisme.
- Menurutnya manusia berakhlak baik tetapi menjadi sebaliknya kerana
pengaruh alam sekitar.
- Falsafah legalisme pula percaya hanya undang-undang dapat
mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.
Sains dan teknologi
- Di China konsep konsep keseimbangan kuasa Yang (aktif) dan Yin
(pasif) membolehkan seseorang sihat digunakan dalam perubatan
tradisional.
- Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih
kuat dan perahu yang lebih besar.
- Perahu layar dapat meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan
menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan.
- Penciptaan kertas telah bermula dengan mencampurkan bahan
mentah seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan
dijadikan pulpa dan diratakan serta dikeringkan.
Seni Bina
- Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman Dinasti
Chou.
- Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.
- Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata dan
lumpur.
- kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja.
- Istana yang masih kekal ialah kota larangan.
- Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.
Bahasa dan kesusteraan
Terdapat tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi,
Hakka, Kantonis dan Fukien.
- Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien menghasilkan karya Shih Chi –
berkaitan sosial, sejarah, kerajaan dan pemimpin.
- Tokoh puisi semasa Dinasti Tang – Tu Fu, Li Po danPo Chu-I.
- Kebanyakan karya sastera dalam tamadun-tamadun ini untuk
menyampaikan mesej kepada rakyat.
- Tulisan di Yunani berasal dari orang Phoenesia dengan tambahan kepada
huruf vokal dan tersebar ke Rom sehingga sampai kepada masyarakat Asia
Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.
Sistem sosial
- Di China – terdapat tiga kelas utama iaitu lapisan
pentadbir (Maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan
dan sida-sida. Kumpulan kedua - rakyat bahawan (
petani, dan artisan ). Golongan ketiga ialah hamba.
- Confucius membahagikan masyarakat China kepada
empat kelas utama.
- Menurutnya golongan teratas ialah sarjana (pegawai
kerajaan) , kedua ialah petani yang menjadi tulang
belakang ekonomi dan ketiga ialah golongan tukang
serta keempat (bawah) ialah pedagang.
- Setiap individu boleh menukar kelas kedudukannya (status)
yang lebih baik melalui pendidikan.
Sumbangan Tamadun
1. Tamadun Yunani – mewariskan system pemerintahan berbentuk demokrasi.
2. Tamadun Rom mewariskan sistem republik. Sistem ini diamalkan di India, Perancis dan
Afrika Selatan.
3. Agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme merupakan warisan yang masih
diamalkan hingga ke hari ini.
4. Ilmu falsafah seperti legalisme, stoicisme dan falsafah oleh Aristotle, Socrates dan Plato
masih jadi rujukan.
5. Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum, pantheon, Tembok Besar China,
Stupa di Sachi, candid an pagoda merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sbg
sumber pelancongan.
6. Tamadun China mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.
7. Hasil sastera seperti Iliad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana dijadikan rujukan
sehingga hari ini.
8. Bahasa Latin dan Bahasa Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan
keagamaan dan kesusasteraan, untuk agama Kristian (Latin) dan Hindu dan Buddha
(Sanskrit)
9. Dari segi sosial, wujud sistem pendidikan, falsafah, sains dan teknologi yang berkaitan
matematik, astronomi, fizik, perubatan dan seni bina, teori matematik seperti Teorom
Pythagoras dan Teori Archimedes.
10. Kelahiran Sukan Olimpik yang diperkenalkan di Yunani 776 M. Diadakan di Olympia iaitu
pertandingan antara Negara kota 4 tahun sekali bertujuan menghormati Tuhan Zeus.
Negara terlibat ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos. Perbezaan
dengan Sukan Olimpik sekarang dari segi : tujuan organisasi, bilangan peserta dan bilangan
acara.
1. Agama Hindu
- Muncul sejak zaman tamadun Indus
- Pada zaman Vedik wujud kitab suci Veda sebagai rujukan.
- Mempercayai tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu
menciptakan (Brahman) , memelihara (Vishnu) dan membinasa
(Siva)
- Terdapat enam aliran iaitu Saivisme , Vaishnavisma, Sakhtam,
Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.
- Pada zaman empayar Maurya agama Hindu menjadi penting
dan menjadi dominasi golongan Brahmin.
- Pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka,
Agama Hindu mendapat saingan daripada agama Buddha.
- Penganut agama hindu mempercayai Hukum Karma iaitu
mempercayai kelahiran semula selepas mati bergantung
kepada kelakuan semasa hidup.
- Tujuan hidup penganut agama Hindu ialah untuk mencapai
Moksya. Apabila seseorang telah mencapai Moksya, ia akan
bersatu dengan tuhan dan tidak akan dilahirkan ke dunia lagi.
- Seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar
dapat mencapai Moksya (kebebasan mutlak).
2. Agama Buddha
- Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali
sebagai Buddha.
- Gautama Buddha telah menemui kebenaran sewaktu
bertapa di bawah pokok bodhi di kampung Uruveda.
- Kebenaran yang ditemui oleh Gautma Buddha boleh
melepaskan manusia daripada kesengsaraan.
- Empat kebenaran mulia akan dapat dicapai melalui lapan
jalan.
- Pada masa pemerintahan Asoka agama Buddha telah
menjadi agama rasmi kerajaan Maurya.
- Agama Buddha telah tersebar ke Tibet, Sri Lanka, negeri-
negeri Asia Tenggara dan China.
- Agama Buddha menggunakan bahasa Pali.
- Kitab suci agama Buddha ialah Tripitaka yang
mengandungi Sutta Pitaka , Vinaya Pitaka dan Abhidhamma
Pitaka.
3. Agama Kristian
- Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ.
- Dua kitab suci iaitu bible yang terdiri daraipada Old Testament dan
New Testament.
- Pada zaman kerajaan Rom semasa pemerintahan Constantine agama
Kristian dipraktikkan oleh masyarakat.
- Hari Ahad dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti keagamaan.
- Agama Kristian telah gemilang di zaman Rom sehingga Rom dikenali
sebagai empayar Kristian.
5. Confucianisme
- Ajaran Confucianisme diasaskan oleh Confucius yang dilahirkan di
negeri Lu (Shantung) pada tahun 551 S.M.
- Beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Negeri Lu.
Beliau meletak jawatan selepas kematian ibunya dan mengembara
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menyebar ideanya kepada
penduduk China.
- Masyarakat China telah menjadikan ajaran Confucius ini sebagai satu
bentuk kepercayaan dan tokoh Confucius disembah sebagai salah satu
dewa utama dalam masyarakat China.
- Menekankan prinsip moral seperti perikemanusiaaan (ren), kesusilaan
(li) dan ketaatan (xiao).
6. Taoisme
- Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tze dan kemunculannya agak
lewat dibandingkan dengan ajaran Confucius.
- Beliau dilahirkan di negeri Chu pada tahun 604S.M. dan
pernah menjawat jawatan penting semasa pemerintahan
Dinasti Chou. Beliau telah keluar mengembara dan
menyebarkan ajarannya ke seluruh negeri China.
- Peringkat awal ajaran ini berbentuk falsafah kemudiannya
menjadi agama.
- Ajaran menekankan konsep Tao iaitu jalan setiap tindakan
manusia yang perlu ditentukan oleh Tao. Manusia tidak perlu
bertindak apa-apa (Wu-Wei).
- Manusia tidak boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.
4. Agama Islam
- Agama Islam telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad
S.A.W pada 6 Ogos tahun 610M bersamaan 17 Ramadhan.
- Ajaran Islam telah ditentang oleh orang Quraisy Makkah.
- Pada 12 September tahun 622M baginda telah berhijrah ke
Madinah, di madinah Islam telah berkembang dan tersebar ke
seluruh dunia.
- Di dalam Islam terdapat dua teras iaitu akidah dan syariah.
- Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan
Allah.
- Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam Al-
Quran dan Al-Sunnah (hadis).
- Orang Islam juga wajib meyakini rukun Iman dan rukun Islam

More Related Content

What's hot

MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4AFIQAH
 
Kemunculan tamadun awal manusia
Kemunculan tamadun awal manusiaKemunculan tamadun awal manusia
Kemunculan tamadun awal manusiaAbdul Bakri
 
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*Nurhidayatul Asma
 
Bab 1-ting-4
Bab 1-ting-4Bab 1-ting-4
Bab 1-ting-4fasila114
 
Bab 1-ting-4 Sejarah spm
Bab 1-ting-4 Sejarah spmBab 1-ting-4 Sejarah spm
Bab 1-ting-4 Sejarah spmnurul othman
 
Ciri-ciri tamadun mesopotamia
Ciri-ciri tamadun mesopotamiaCiri-ciri tamadun mesopotamia
Ciri-ciri tamadun mesopotamianoor izati
 
Bab1ting4 (1)
Bab1ting4 (1)Bab1ting4 (1)
Bab1ting4 (1)rajen197
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir
Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesirSistem pemerintahan dan pentadbiran mesir
Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesirMalar Muthiah
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropahamiraaa96
 
940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart
940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart
940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred HeartRusslan Ssvs
 
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)Nazmi Nami
 

What's hot (20)

Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4MIND MAPS SEJ T4
MIND MAPS SEJ T4
 
Kemunculan tamadun awal manusia
Kemunculan tamadun awal manusiaKemunculan tamadun awal manusia
Kemunculan tamadun awal manusia
 
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
 
Bab 1-ting-4
Bab 1-ting-4Bab 1-ting-4
Bab 1-ting-4
 
Tamadun mesir (sejarah tamadun)
Tamadun mesir (sejarah tamadun)Tamadun mesir (sejarah tamadun)
Tamadun mesir (sejarah tamadun)
 
Bab 1-ting-4 Sejarah spm
Bab 1-ting-4 Sejarah spmBab 1-ting-4 Sejarah spm
Bab 1-ting-4 Sejarah spm
 
Ciri-ciri tamadun mesopotamia
Ciri-ciri tamadun mesopotamiaCiri-ciri tamadun mesopotamia
Ciri-ciri tamadun mesopotamia
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Tamadun Hwangho
Tamadun HwanghoTamadun Hwangho
Tamadun Hwangho
 
Bab1ting4 (1)
Bab1ting4 (1)Bab1ting4 (1)
Bab1ting4 (1)
 
Sejarah kakak
Sejarah kakakSejarah kakak
Sejarah kakak
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir
Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesirSistem pemerintahan dan pentadbiran mesir
Sistem pemerintahan dan pentadbiran mesir
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
UICL2302-07 Zaman Klasik Kumpulan 1
UICL2302-07 Zaman Klasik Kumpulan 1UICL2302-07 Zaman Klasik Kumpulan 1
UICL2302-07 Zaman Klasik Kumpulan 1
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
 
940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart
940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart
940/2-Skema Pemarkahan, Ujian Sekolah Kedua, Mei 2012 - SMK Sacred Heart
 
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
 
Tamadun Indus Kumu
Tamadun Indus KumuTamadun Indus Kumu
Tamadun Indus Kumu
 

Similar to Bab 2

CH1F4
CH1F4CH1F4
CH1F4cgsha
 
Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012eppy25
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalFara Dianna
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2VisharaamBalaMurugan
 
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun LainPertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lainalexanderchan
 
Modul Pintar Sejarah K1 SPM. Cg Mike Mahen
Modul Pintar Sejarah K1 SPM. Cg Mike MahenModul Pintar Sejarah K1 SPM. Cg Mike Mahen
Modul Pintar Sejarah K1 SPM. Cg Mike Mahenisharsmiaa
 
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1Thamo Thiran
 
383550236-Bab-6-Peningkatan-Tamadun-Yunani-Dan-Rom.pptx
383550236-Bab-6-Peningkatan-Tamadun-Yunani-Dan-Rom.pptx383550236-Bab-6-Peningkatan-Tamadun-Yunani-Dan-Rom.pptx
383550236-Bab-6-Peningkatan-Tamadun-Yunani-Dan-Rom.pptxRUBBITHARANIAPNADESO
 
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)DyanaCD
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
Majalah surat-bulan-6-2018-m
Majalah surat-bulan-6-2018-mMajalah surat-bulan-6-2018-m
Majalah surat-bulan-6-2018-mBulia Binmunkar
 
Sejarah Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1 Nurin Imanina
 

Similar to Bab 2 (20)

Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
CH1F4
CH1F4CH1F4
CH1F4
 
Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awal
 
Perluasan kuasa
Perluasan kuasaPerluasan kuasa
Perluasan kuasa
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
 
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun LainPertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
 
Tamadun Cina
Tamadun CinaTamadun Cina
Tamadun Cina
 
Modul Pintar Sejarah K1 SPM. Cg Mike Mahen
Modul Pintar Sejarah K1 SPM. Cg Mike MahenModul Pintar Sejarah K1 SPM. Cg Mike Mahen
Modul Pintar Sejarah K1 SPM. Cg Mike Mahen
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
Sejarah bab 1
Sejarah bab 1Sejarah bab 1
Sejarah bab 1
 
Bab 5 Tamadun Awal Dunia.pdf
Bab 5 Tamadun Awal Dunia.pdfBab 5 Tamadun Awal Dunia.pdf
Bab 5 Tamadun Awal Dunia.pdf
 
383550236-Bab-6-Peningkatan-Tamadun-Yunani-Dan-Rom.pptx
383550236-Bab-6-Peningkatan-Tamadun-Yunani-Dan-Rom.pptx383550236-Bab-6-Peningkatan-Tamadun-Yunani-Dan-Rom.pptx
383550236-Bab-6-Peningkatan-Tamadun-Yunani-Dan-Rom.pptx
 
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
Majalah surat-bulan-6-2018-m
Majalah surat-bulan-6-2018-mMajalah surat-bulan-6-2018-m
Majalah surat-bulan-6-2018-m
 
Kerajaan melayu yang tua
Kerajaan melayu yang tuaKerajaan melayu yang tua
Kerajaan melayu yang tua
 
Sejarah Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1 Sejarah Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1
 

Bab 2

  • 2. Peluasan kuasa Tamadun Yunani  Permulaan agenda penaklukan oleh pemerintah Yunani telah bermula sejak tahun 800 s.m.  Dimulakan oleh Philip II dari Macedonia yang telah menyatukan semua bahagian Yunani untuk menjadi sebuah negara.  Kemudian usaha penaklukan ini diteruskan oleh anaknya iaitu Alexander the Great. Beliau merupakan seorang jeneral yang terkenal dalam sejarah dunia dan menaiki takhta pada tahun 336 s.m.  Semasa zaman pemerintahannya, beliau telah berjaya menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand. Akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean berada di bawah kekuasaannya.  Semasa era pemerintahannya memperlihatkan penyebaran Kebudayaan Hellinstik ke seluruh timur. Kebudayaan Hellinstik ini ialah campuran kebudayaan Yunani, Parsi, dan kebudayaan timur yang lain. Syracuse, Iskandar dan Antioch merupakan antara tempat yang menerima kebudayaan ini.  Kegemilangan empayar Yunani ini tamat apabila kematian Alexander the Great dan bermulanya kemunculan Rom.
  • 3. TAMADUN ROM Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada period pemerintahan Agustus Caesar. Agustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak saudara kepada Julius Caesar. Semasa pemerintahannya, beliau telah menjalankan pemerintahan diktator. Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleoparta dalam peperangan Actium ( 31 S.M ). Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan. Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Altas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin.
  • 4. Tamadun India Tokoh perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh pemerintahan Dinasti Maurya iaitu Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ). Kejayaan Chandragupta yang dapat membentuk empayar adalah disebabkan mempunyai pasukan tentera yang besar, 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10, 000 orang infantri. Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau berjaya menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus . Kemudian agenda perluasan kuasa di India diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. Selepas Bindusara, Asoka telah menguasai seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut adalah kesan daripada kemenangan Asoka ke atas kawasan Kalinga. Selepas kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka tidak mengamalkan corak pemerintahan seperti tokoh-tokoh sebelumnya, tetapi menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya.
  • 5. Tamadun China Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu pada era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China Shih Huang Ti telah melaksanakan ; a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak b) Menghapuskan golongan bangsawan c) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir d) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar China daripada serangan orang gasar Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan jajahannya melalui pasukan yang besar dan kuat. Antara kawasan ynag berjaya ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah Tarim, dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan. Beliau juga telah berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke Jepun dan Turkistan serta dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negeri China.
  • 6. Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani Hampir semua negara kota dalam tamadun Yunani memberi tumpuan kepada perdagangan, kecuali Sparta. Ini kerana keadaan bentuk muka buminya yang bergunung ganang dan tidak sesuai untuk pertanian. Akibat kekurangan tanah untuk pertanian, Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan. Ini menyebabkan negara kota di Yunani terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari luar . Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barangan keperluan yang datang dari Timur. Kegiatan perdagangan di negara kota dikenakan cukai dan ini menyebabkan kenaikan harga barangan. Akibatnya ramai orang Yunani berpindah ke tempat- tempat lama seperti Alexandria pada zaman Graeco-Roman, iaitu pada tahun 300 s.m. Zaman Graeco-Roman ini dikenali juga sebagai Zaman Hellenstik. Zaman ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakat Rom.
  • 7. Tamadun India Bergantung kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian Wujud hubungan perdagangan luar dan dalam. Antara pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading, emas, berlian dan mutiara. Hubungan perdagangan negara luar dapat dilihat melalui hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonic, Sri Lanka, rantau Asia Tenggara dan Asia Tengah. Wujud beberapa pelabuhan yang penting, antaranya Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat. Persatuan perdagangan dan perusahaan ( Sresthin ) wujud di setiap bandar Mata wang digunakan untuk medium dalam urusan jual beli. Syiling emas telah digunakan pada zaman Gupta yang dikenali sebagai Dinara. Selain itu terdapat wang perak serta wang yang terdiri daripada cangkerang siput. Ini jelas membuktikan bahawa Dinasti Maurya dan Gupta melaksanakan satu dasar ekonomi yang sistematik. Perkembangan perusahaan tekstil, kain kapas, dan sutera mempergiatkan aktiviti perdagangan sejak zaman Maurya. Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Baneras. Barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang di India. Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas hasil pertanian dan buah-buahan. Cukai-cukai yang dipungut adalah untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja. Sejak tahun 100 M, India menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu, China, Rom dan Sri Lanka.
  • 8. Tamadun China Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian. Sejak zaman Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas. Kolar kuda digunakan untuk menarik kereta kuda, tenggala kayu, kereta sorong dan penyisir tanah. Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan. Kawasan bukit ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir. Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han dan diperdagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat. Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat iaitu, Jalan Sutera Darat. Jalan ini bermula di Barat iaitu dari Rom merentasi Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China. Mulai zaman Dinasti Tang, Jalan Laut telah digunakan. Jalan ini merupakan jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat, iaitu di Rom. Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar abad ke 5M. Kapal yang belayar dari Rom singgah di India. Kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka, begitu juga dengan kapal dari China dan India. Penemuan tembikar China dibeberapa tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal adalah bukti perdagangan maritim telah mula wujud sejak zaman Dinasti Tang. Hasil perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri. Persatuan perdagangan didirikan di China dan lahirnya golongan kelas pertengahan yang besar berikutan perkembangan perdagangan. Perkembangan ekonomi yang besar dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti alat pengangkutan kereta kuda dan kereta lembu.
  • 9. Aspek sosial Pendidikan Athens a) Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari segi aspek rohani dan jasmani b) Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal. c) Manusia yang cemerlang juga dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup manusia. d) Untuk melahirkan masyarakat cemerlang, pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menulis, menghafal amat dititikberatkan. Sparta a) Pendidikan bertujuan melahirkan anggota tentera yang gagah, sempurna dan taat setia kepada negara kota. b) Pendidikan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata lebih diutamakan daripada pendidikan mental. Kesan pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan di Yunani telah tertubuhnya beberapa buah sekolah falsafah seperti di Athens, Thabes, Elea dan Miletus. Athens dikenali sebagai pusat cendiakawan Yunani yang penting semasa era pemerintahan Pericles. Sekolah-sekolah ini telah ramai melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodatus, di samping ramai pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras.
  • 10. Falsafah - Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar mereka. - Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato. - Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab tentang kehidupan masyarakat bahagia dan beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan meminum racun. - Plato adalah pengikut Socrates dan falsafahnya ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah. - Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens. - Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan falsafah dan hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic,metafizik, etika, politik,fizik, sains tabii,astronomi dan geologi. - Merupakan guru Alexander the Great. - Karya utama ialah Republic. - Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi. - Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of Persian Wars digelar Bapa Sejarah. - Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of the Peloponnesian War yang ditulis berteraskan penyelidikan.
  • 11. Sains dan teknologi - Peningkatan berlaku dalam bidang matematik, astronomi,perubatan serta teknologi membuat perahu dan kertas. - Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba. - Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras. - Ahli sains terkenal seperti Hippocrates terkenal sebagai Bapa Perubatan. - Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik telah menyumbangkan teori berhubung dengan isi padu air dan graviti. - Ptolemy merupakan tokoh bidang astronomi . Seni bina - Acropolis dibina untuk keagamaan. - Merupakan pusat pentadbiran di Athens - Didalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater serta bangunan yang menarik iaitu Parthenon. - parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia. - Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
  • 12. Bahasa dan Kesusasteraan - Bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk Alexander The Great. - Tokoh sastera ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua buah buku puisi iaitu Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua buah epik iaitu Illiad dan Odyssey. Sistem Sosial - Di Yunani, Athens – penduduk terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu pertama warganegara, kedua bukan warganegara dan ketiga hamba. - Golongan pertama mempunyai hak dalam politik tetapi golongan lain tidak. - Di Sparta pula kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen, kedua ialah pekerja, artisan dan pedagang dan kelas ketiga ialah Helot (golongan majoriti yang mengusaha tanah)
  • 13. Tamadun rom Pendidikan di Rom menitikberatkan ; a) Apilikasi ilmu yang praktikal b) Kesetiaan kepada Rom. Pada tahap awal, unsur dari Yunani diserapkan dalam pendidikan Rom. Pusat-pusat pendidikan ini telah melahirkan ; a) Jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya b) Ahli falsafah c) Sejarawan falsafah - Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme yang menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan. Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung kepada hubungannya dengan alam Sains dan teknologi - Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.
  • 14. Seni bina - Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom. - Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang. - Teknologinya berasaskan sistem gravity. - Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater. Bahasa dan kesusteraan - Terdapat dua orang penyajak terkenal iaitu Cicero dan Virgil. - Karya sastera bertujuan meningkatkan semangat patriotisme. - Sastera Rom mencapai zaman keagungan pada zaman Agustus Caesar Sistem sosial - Terbahagi kepada tiga iaitu warganegara , bukan warganegara dan hamba
  • 15. Pendidikan Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini berteraskan agama Hindu adalah untuk manusia menghadap hari selepas mati. Ditekankan untuk mendalami kitab-kitab dan mempelajari bahasa Sanskrit. Kaedah merupakan bagi mendalami kitab-kitab Veda. Pendidikan cuma diberikan kepada kaum lelaki manakala kaum wanita tidak diberi peluang untuk belajar. Pada awalnya tempat belajar hanya di istana dan rumah. Kemudian apabila berkembang dengan baik pusat pendidikan tinggi telah dibina, iaitu yang pertama sekali tertubuhnya Kolej Brahman. Pada abad pertama Masihi wujud universiti yang pertama iaitu Universiti Taxila dan Universiti Nalanda pada abad kelima masihi. Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya kitab Veda yang mengandungi pelbagai peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama. Selain itu, mereka mempelajari karya saintifik dan falsafah. Bukan itu sahaja, malah pendidikan juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf serta menjawat jawatan dalam kerajaan.
  • 16. Falsafah - Wujud dalam dua bentuk pemikiran iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab veda dan yang menolaknya. - Kitab veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. -Falsafah bukan aliran veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme. Sains dan teknologi - - Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dipetik daripada Rig Veda. - - Matematik dalam tamadun India berkembang dalam Zaman Gupta. - - Ahli matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira. - - Wujud sistem angka dalam tamadun Yunani iaitu herodianic dan ionic. - - Ilmu perubatan berkembang di India disebabkan kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga. - - Dalam keempat-empat tamadun, ilmu pelayaran meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.
  • 17. Seni bina - Great Bath merupakan binaan yang sangat baik dan lengkap. - Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil. - Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan penggunaan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat - Stupa Besar di Sanchi adalah untuk keagamaan. Bahasa dan kesusteraan - Di India, masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iatu Dravidia di Selatan dan Indo –Arya. - Bahasa masyarakat Dravidia adalah Telegu,Malayalam dan Kannada manakala Indo-Aryan ialah Sanskrit. - Bidang sastera terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak. - Dua epik terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana. - Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan jahat. - Ramayana – pergaduhan Rama dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. Sistem sosial - Wujud sistem kasta – empat kasta utama iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. - Mengikut sistem ini, lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita kasta lain dan dilarang bergaul
  • 18. Tamadun china Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu Tahap pendidikan Kaedah pembelajaran Sekolah rendah Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya Sekolah menengah Tumpuan terhadap karangan dan sastera Pendidikan tinggi Memperterjemah buku suci Matlamat utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam Peperiksaan Awam Kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga peringkat; a) Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama. Diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun. Sesiapa yang lulus pada tahap ini layak menjadi pegawai kerajaan untuk ijazah pertama sementara ijazah ketiga layak menjadi pendidik. b) Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen, setaraf dengan sarjana. Diadakan tiga tahun sekali. c) Peringkat Negara - tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah. Diadakan tiga tahun sekali. Pengendalian peperiksaan awam; a) Diadakan dengan ketat. b) Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati. c) Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan. d) Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik kecil dengan disediakan makanan dan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan. Sistem peperiksaan awam China merupakan yang tertua sekali di dunia.
  • 19. - Falsafah China menekankan hal berkaitan hubungan manusia dengan manusia lain. - Antara sumber falsafah ialah Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya Confucianisme, Lao Tze, Toisme dan Mo Tzu - Mo Tzu Menolak beberapa ajaran Confucianisme. - Menurutnya manusia berakhlak baik tetapi menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar. - Falsafah legalisme pula percaya hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat. Sains dan teknologi - Di China konsep konsep keseimbangan kuasa Yang (aktif) dan Yin (pasif) membolehkan seseorang sihat digunakan dalam perubatan tradisional. - Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar. - Perahu layar dapat meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan. - Penciptaan kertas telah bermula dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa dan diratakan serta dikeringkan.
  • 20. Seni Bina - Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman Dinasti Chou. - Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking. - Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata dan lumpur. - kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja. - Istana yang masih kekal ialah kota larangan. - Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah. Bahasa dan kesusteraan Terdapat tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis dan Fukien. - Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien menghasilkan karya Shih Chi – berkaitan sosial, sejarah, kerajaan dan pemimpin. - Tokoh puisi semasa Dinasti Tang – Tu Fu, Li Po danPo Chu-I. - Kebanyakan karya sastera dalam tamadun-tamadun ini untuk menyampaikan mesej kepada rakyat. - Tulisan di Yunani berasal dari orang Phoenesia dengan tambahan kepada huruf vokal dan tersebar ke Rom sehingga sampai kepada masyarakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.
  • 21. Sistem sosial - Di China – terdapat tiga kelas utama iaitu lapisan pentadbir (Maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sida. Kumpulan kedua - rakyat bahawan ( petani, dan artisan ). Golongan ketiga ialah hamba. - Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama. - Menurutnya golongan teratas ialah sarjana (pegawai kerajaan) , kedua ialah petani yang menjadi tulang belakang ekonomi dan ketiga ialah golongan tukang serta keempat (bawah) ialah pedagang. - Setiap individu boleh menukar kelas kedudukannya (status) yang lebih baik melalui pendidikan.
  • 22. Sumbangan Tamadun 1. Tamadun Yunani – mewariskan system pemerintahan berbentuk demokrasi. 2. Tamadun Rom mewariskan sistem republik. Sistem ini diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan. 3. Agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme merupakan warisan yang masih diamalkan hingga ke hari ini. 4. Ilmu falsafah seperti legalisme, stoicisme dan falsafah oleh Aristotle, Socrates dan Plato masih jadi rujukan. 5. Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum, pantheon, Tembok Besar China, Stupa di Sachi, candid an pagoda merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sbg sumber pelancongan. 6. Tamadun China mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar. 7. Hasil sastera seperti Iliad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana dijadikan rujukan sehingga hari ini. 8. Bahasa Latin dan Bahasa Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan keagamaan dan kesusasteraan, untuk agama Kristian (Latin) dan Hindu dan Buddha (Sanskrit) 9. Dari segi sosial, wujud sistem pendidikan, falsafah, sains dan teknologi yang berkaitan matematik, astronomi, fizik, perubatan dan seni bina, teori matematik seperti Teorom Pythagoras dan Teori Archimedes. 10. Kelahiran Sukan Olimpik yang diperkenalkan di Yunani 776 M. Diadakan di Olympia iaitu pertandingan antara Negara kota 4 tahun sekali bertujuan menghormati Tuhan Zeus. Negara terlibat ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos. Perbezaan dengan Sukan Olimpik sekarang dari segi : tujuan organisasi, bilangan peserta dan bilangan acara.
  • 23. 1. Agama Hindu - Muncul sejak zaman tamadun Indus - Pada zaman Vedik wujud kitab suci Veda sebagai rujukan. - Mempercayai tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu menciptakan (Brahman) , memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva) - Terdapat enam aliran iaitu Saivisme , Vaishnavisma, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura. - Pada zaman empayar Maurya agama Hindu menjadi penting dan menjadi dominasi golongan Brahmin. - Pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka, Agama Hindu mendapat saingan daripada agama Buddha. - Penganut agama hindu mempercayai Hukum Karma iaitu mempercayai kelahiran semula selepas mati bergantung kepada kelakuan semasa hidup. - Tujuan hidup penganut agama Hindu ialah untuk mencapai Moksya. Apabila seseorang telah mencapai Moksya, ia akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan dilahirkan ke dunia lagi. - Seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya (kebebasan mutlak).
  • 24. 2. Agama Buddha - Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali sebagai Buddha. - Gautama Buddha telah menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah pokok bodhi di kampung Uruveda. - Kebenaran yang ditemui oleh Gautma Buddha boleh melepaskan manusia daripada kesengsaraan. - Empat kebenaran mulia akan dapat dicapai melalui lapan jalan. - Pada masa pemerintahan Asoka agama Buddha telah menjadi agama rasmi kerajaan Maurya. - Agama Buddha telah tersebar ke Tibet, Sri Lanka, negeri- negeri Asia Tenggara dan China. - Agama Buddha menggunakan bahasa Pali. - Kitab suci agama Buddha ialah Tripitaka yang mengandungi Sutta Pitaka , Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.
  • 25. 3. Agama Kristian - Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ. - Dua kitab suci iaitu bible yang terdiri daraipada Old Testament dan New Testament. - Pada zaman kerajaan Rom semasa pemerintahan Constantine agama Kristian dipraktikkan oleh masyarakat. - Hari Ahad dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti keagamaan. - Agama Kristian telah gemilang di zaman Rom sehingga Rom dikenali sebagai empayar Kristian. 5. Confucianisme - Ajaran Confucianisme diasaskan oleh Confucius yang dilahirkan di negeri Lu (Shantung) pada tahun 551 S.M. - Beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Negeri Lu. Beliau meletak jawatan selepas kematian ibunya dan mengembara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menyebar ideanya kepada penduduk China. - Masyarakat China telah menjadikan ajaran Confucius ini sebagai satu bentuk kepercayaan dan tokoh Confucius disembah sebagai salah satu dewa utama dalam masyarakat China. - Menekankan prinsip moral seperti perikemanusiaaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan (xiao).
  • 26. 6. Taoisme - Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tze dan kemunculannya agak lewat dibandingkan dengan ajaran Confucius. - Beliau dilahirkan di negeri Chu pada tahun 604S.M. dan pernah menjawat jawatan penting semasa pemerintahan Dinasti Chou. Beliau telah keluar mengembara dan menyebarkan ajarannya ke seluruh negeri China. - Peringkat awal ajaran ini berbentuk falsafah kemudiannya menjadi agama. - Ajaran menekankan konsep Tao iaitu jalan setiap tindakan manusia yang perlu ditentukan oleh Tao. Manusia tidak perlu bertindak apa-apa (Wu-Wei). - Manusia tidak boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.
  • 27. 4. Agama Islam - Agama Islam telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 6 Ogos tahun 610M bersamaan 17 Ramadhan. - Ajaran Islam telah ditentang oleh orang Quraisy Makkah. - Pada 12 September tahun 622M baginda telah berhijrah ke Madinah, di madinah Islam telah berkembang dan tersebar ke seluruh dunia. - Di dalam Islam terdapat dua teras iaitu akidah dan syariah. - Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah. - Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam Al- Quran dan Al-Sunnah (hadis). - Orang Islam juga wajib meyakini rukun Iman dan rukun Islam