bahasa melayu

5,443 views

Published on

Published in: Career
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,443
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
19
Actions
Shares
0
Downloads
172
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

bahasa melayu

  1. 1. Sebuah inskripsi Bahasa Melayu Kuno yang digelar Kawi ditemu di Pengkalan Kempas diNegeri Sembilan, Malaysia.Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan olehmasyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannyadinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kunomencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaanSrivijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasaMelayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia),Kepulauan Riau dan Sumatera.Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana:•Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.•Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.•Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding Bahasa Jawa.
  2. 2. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit. Ini adalahkerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrittelah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifatbahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasaasing seperti sanskrit diterima.Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava (Tulisan Pallava) danDevanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada Bahasa Sanskrit,rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.Kesan daripada Bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata BahasaMelayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalahseperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidakmempunyai pengaruh Parsi atau Arab.Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihatdaripada perkataan perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang seperticuri, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atauformat yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:
  3. 3. BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU BulanVulan AsyikNasyik NaikNayik Mengambilmangalap Membawamamava SeribuSaribu DenganDangan
  4. 4. ni- menjadi di- Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu nimakan Dimakan niminumna diminumnya niparvuat DiperbuatAwalan mar- menjadi ber-Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalamBahasa Melayu Kuno.Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayumarvanum Berbangunmarvuat Berbuatmarlapas BerlepasAkhiran -na menjadi -nyaAkhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini.Bahasa Melayu Kuno Bahasa MelayuVinina BininyaVuahna Buahnya
  5. 5. Salah satu bukti sejarah Bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batutelah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan BahasaMelayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitusejenis tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yangditemui.•Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.•Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan684 M. Batu•Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.•Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.•Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.•Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M)Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zamanbahasa Melayu Kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhioleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, MuaraTakus dan Pagarruyung di Sumatera, dan Candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.
  6. 6. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam Kerajaan Melayu Kuno. Kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan) ialah:-•Lembah Bujang•Kerajaan Funan•Srivijaya•Kerajaan Angkor•Majapahit•Kedah Tua•MelakaSistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu KunoA. Tulisan PalavaKeempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh menggunakan tulisan Palava( sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu ).(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaandengan 683 M (Masihi).
  7. 7. (b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaandengan 684 M.(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaandengan 686 M.(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaandengan 692 M.B. Tulisan NagiriTulisan ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri berasal dari UtaraIndia.C. Tulisan KawiTulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang Lawas(1213M) yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.
  8. 8. CONTOH BM KUNO DENGAN BM MODEN1. wulan - bulan2. Tatkalana - tatkalanya3. Niwarbuat - diperbuat4. sawanakna - sebanyaknya5. Nitanam - ditanam6. niyur -nyiur7. Hanau - enau8. rumwia -rumbia9. dngan -dengan10. nimakan -dimakan11. Wuahna -buahnya12. tathapi -tetapi13. haur -aur14. wuluh -buluh15. pattung -betung
  9. 9. Zaman Srivijaya yang bermula pada abad ke-7 merupakan permulaan kegemilangan BahasaMelayu. Ini kerana terdapat beberapa bukti yang menyokong kewujudan Bahasa Melayutelah mula digunakan pada zaman tersebut.Pada akhir abad ke-7,batu bersurat telah dijadikan tempat untuk menulis perkataan dalamBahasa Melayu bersama dengan Bahasa Sanskrit. Batu-batu bersurat tersebut telahdijumpai di Palembang, Pulau Bangka dan Daerah Hulu Jambi. Batu bersurat yang dijumpaidi palembang ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi serta BatuBersurat Talang Tuwo yang bertarikh 684 Masihi. Seterusnya di Kota Kapur, Pulau Bangkayang bertarikh 686 masihi. Manakala Batu Bersurat Karang Berahi, Meringin telah dijumpaidi daerah Hulu Jambi juga bertarikh 686 Masihi. Batu Bersurat lain ialah seperti BatuBersurat Gandasuli yang bertarikh 832 Masihi dan Bengkulu yang bertarikh 1000 Masihi.
  10. 10. Di Srivijaya pada masa itu, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran,perdagangan dan perhubungan umum. Dalam meluaskan daerah takluk Kerajaan Sriwijaya,Bahasa Melayu juga digunakan. Di samping itu, Bahasa Melayu juga menjadi bahasa LinguaFranca yang turut digunakan secara meluas di Nusantara. Penduduk jawa yang berada dibawah kekuasaan Kerajaan Majapahit juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasaperhubungan.Bahasa melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan dan pentadbiran di Sumaterakhususnya Jambi. Ini kerana negeri-negeri Melayu di Sumatera masih mengamalkan sistempemerintahan kerajaan melayu walaupun ditakluk kerajaan Majapahit.
  11. 11. Dalam bidang sastera, terdapat Panji Melayu yang merupakan cerita saduran yang telahditerjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Panji-panji ini sebenarnya berasal daripada PulauJawa. Antara panji-panji tersebut ialah Kuda Deraspati, Kelana Wira Asmara, Panji JawaPerara, Panji Taman Jayeng Kusuma dan Panji Kuda Semirang.Kewujudan Bahasa Melayu pada masa itu disokong oleh satu cacatan pengembara Cinayang singgah di Sriwijaya dalam perjalanan ke India. Berdasarkan cacatan tersebut, A.Teeuw pada 1952, berpendapat bahasa Bahasa Melayu sudah digunakan sejak berabadlamanya sebagai bahasa penghantar kebudayaan di daerah-daerah lain yang bukantermasuk dalam kepulauan melayu.Bukti-bukti konkrit yang lain ialah penemuan dua buah patung iaitu di Padang Lawas yangbertarikh 1029 Masihi dan di Padang Roco, Batanghari yang terdapat perkataan “Malaya” dibelakangnya dan bertarikh 1286 Masihi.
  12. 12. Disediakan oleh :-SHADATUL AZUWA. BT HASHIM

×