Malaysia sebuah negara yang didiami oleh rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan dan adat resam. Perbezaan agama, budaya dan adat resam antara kaum bukanlah titik pemisah untuk rakyat terus menikmati kehidupan yang
harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan membangun sebuah masyarakat yang progresif demi kemakmuran dan kestabilan politik bertitik tolak daripada kebijaksanaan
pemimpin menerap semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Tanpa perpaduan, negara akan lemah dan boleh mengakibatkan
Malaysia sebuah negara yang didiami oleh rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan dan adat resam. Perbezaan agama, budaya dan adat resam antara kaum bukanlah titik pemisah untuk rakyat terus menikmati kehidupan yang
harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan membangun sebuah masyarakat yang progresif demi kemakmuran dan kestabilan politik bertitik tolak daripada kebijaksanaan
pemimpin menerap semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Tanpa perpaduan, negara akan lemah dan boleh mengakibatkan
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA Pushpanantini Iswaran
MATLAMAT 1 MALAYSIA ADALAH UNTUK MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN PERPADUAN DI DALAM KEPELBAGAIAN INI YANG SELAMA INI MENJADI KEKUATAN KITA DAN AKAN KEKAL SEBAGAI BEKALAN TERBAIK KITA UNTUK MASA HADAPAN.’MERUJUK KEPADA KENYATAAN DI ATAS , JELASKAN DENGAN LEBIH LANJUT CABARAN ETHNOSENTRISMEDAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA “ TERUTAMANYA BERKENAAN KESTABILAN SOSIO-POLITIK DAN KEMAJUAN EKONOMI.
1. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP
BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari
1.1 : RUKUN NEGARA
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
(1)Kepercayaan kepada Tuhan
(2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara
(3)Keluhuran Perlembagaan
(4)Kedaulatan Undang-undang
(5)Kesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara
ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan
terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam
Rukun Negara.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut
Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua
Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan
Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat
setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
2. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu
gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia
menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,
hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang
negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap
negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur
tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa
selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu
tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau
dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan
santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang
dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling
bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain
dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila
patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu
golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi
dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini
menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang
sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
3. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
1.2 : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna,
semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan
FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan
mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan
pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini
ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual
Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak
ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh
dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara."
Unsur-Unsur Penting FPK
· Menjadi warganegara Malaysia yang baik
· Unsur intelek
· Unsur rohani dan emosi
· Unsur jasmani
· Memperkembangkan potensi individu
· Menyeluruh dan bersepadu
· Insan yang seimbang
· Kepercayaan kepada Tuhan
· Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.
Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
Implikasi Terhadap Kurikulum.
Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan
kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama
dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar
kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah
bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga
diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi
pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan
4. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah.
Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi
membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.
Implikasi Terhadap Pendidik.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem
pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia
boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen
perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab
membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar
mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru
mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik,
sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi
matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai
pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan
pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti
dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.
Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan.
Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu
untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan
jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya
di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya
supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu
untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga
diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya
membaca di kalangan mereka.
Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai
satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”.
* Nota Tambahan pengkhususan bidang ;
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional
5. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
di Malaysia
Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang
baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
a. Percaya dan patuh kepada tuhan
b. Berilmu pengetahuan
c. Berakhlak mulia
d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan
negara.
f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Falsafah Pendidikan Guru
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
1.3 : WAWASAN 2020
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia
menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun
2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi,
tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan
nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan
sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian,
maruah bangsa, serta juga keyakinan.
Cabaran utama
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada
Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan
matlamat utama Wawasan 2020:
6. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya
secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara.
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan
keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa
yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat
sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh
rakyat negara lain.
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang
mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman
matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa
banyak negara membangun.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan
warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai
etika paling tinggi.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan
pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi
masa depan.
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial
yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan
tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem
keluarga yang kukuh.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan
wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan
ekonomi.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat
dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya
menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang.
Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada
masa berkenaan.
Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?
7. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata
sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa
dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada
dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30
tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun,
dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada
puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1
peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang
bukannya tidak mungkin.
KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920
bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan
pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai
sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan
kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat
Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan
tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan
2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang
tahun 2020 berbanding 1990.
1.4 : ISLAM HADHARI
Islam Hadhari (Arab: iroet nakapurem "nudamatreb gnay malsI" uata )اإل س الم ال ح ضاري
kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari alQuran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia
adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut
yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan
Tamadun Islam.
Tujuan
Visi:
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Misi:
Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan
Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
Objektif:
Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani),
akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,
inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional,
praktikal dan damai.
Prinsip
(1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
(2) Kerajaan Adil dan Beramanah.
8. http://fadzilmahasiswa.blogspot.com
(3) Rakyat Berjiwa Merdeka.
(4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
(5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
(6) Kehidupan Berkualiti.
(7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
(8) Keutuhan Budaya dan Moral.
(9) Pemeliharaan Alam Semulajadi.
(10) Kekuatan Pertahanan.