SlideShare a Scribd company logo
1
PENGAMBILAN KEDUA PRA KAP
Nurmasturah Bt Aris
940508-04-5286
010-7795794
‘ 4 Aspek Pengasuhan di dalam Kurikulum PERMATA Negara ‘
PUAN MAHSURI BINTI MD DESA
2
KANDUNGAN
Halaman
KANDUNGAN
1. PENGENALAN 3
2. 4 ASPEK PENGASUHAN
2.1 Pemakanan Seimbang 8
2.2 Keselamatan Kanak - Kanak 9
2.3 Penjagaan Dan Latihan Urus Diri Bayi Dan Kanak – Kanak 12
2.4 Amalan Pengasuhan 14
3. SAHSIAH , SOSIOEOSI & KEROHANIAN UTAMA di dalam
PERMATA NEGARA 16
4. KESIMPULAN 18
5. RUJUKAN 19
3
KURIKULUM PERMATA
1. PENGENALAN
Falsafah Kurikulum Permata
"Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik agi mengembangkan sahsiah, potensi
dan kecergasan mereka agar dapat menguasai kemahiran komunikasi, awal literasi, awal
matematik, pemikiran logik dan pengetahuan asas tentag dunia persekitaran, di samping
kemahiran mengurus diri dan amalan nilai-nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah
mulia,berdikari, berintelek tinggi, patriotik dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan
teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa. Usaha ini
memerlukan komitmen dan kolaborasi ibu bapa dan komuniti, kerana setiap kanak-kanak
umpama PERMATA yang tidak ternilai harganya"
Malamat Kurikulum Permata
" Matlamat kurikulum Permata Neara ialah untuk menyediakan program asuhan dan didikan
awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga
menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal
yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia,
kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya,
patriotik dan mengamalkan gaya hidup sihat "
Latar belakang Program Permata Negara
 Program Permata Negara telah diketuai oleh isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri
Rosmah Mansor pada tahun 2004/2005.
 Program ini adalag sebagai langkah untuk menangani masalah sosial di kalangan remaja
dan belia.
 Sebagai langkah permulaan, NCDRC ( Natinoal Child Development ) telah ditubuhkan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menguruskan pembinaan kurikulum
Permata dan perlaksanaan penyelidikan yang berkaitan.
 NCDRC juga dipertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepada pelatih dan
pendidik Permata.
 Jemaah Menteri pada 21Jun 2006 telah meluluskan dasar komprehensif dan holistik
berhubung dengan asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai "Setiap
Anak Permata Negara "
 Pada Mei 2007, projek perintis Permata Negara telah dilaksanakan di lima buah pusat
Anak Permata Negara iaitu di Putrajaya, Chini, Subang Jaya, Kepala Batas dan
Mempaga.
4
 Lanjutan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan program Permata Negara
dan pelaksanaanya ke semua TASKA di bawah kelolaan kerajaan seperti KEMAS,
JPNIN, Taska Komuniti dan Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
 Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak 20 juta dalam rancangan ke-9 untuk
perluasan Program Permata Negara.
 Pada 2010, satu penyelidikan yang menyeluruh telah dijalankan oleh jawatankuasa
Teknikal Kokurikulum dan Penyelidikan untuk menentukan keberkesanan kurikulum
Permata.
 Laporan penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa perlaksanaan kurikulum Permata
oleh pihak-pihak berkenaan dijalankan dengan efisyen dan berkesan.
5
Objektif Kurikulum Permata Negara
Objektif Kurikulum Permata Negara adalah untuk menyediakan garis panduan kepada pendidik
melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencapai hasil
pembelajaran yan telah ditetapkan iaitu:
1. Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individu yang
bersahsiah muia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang berempati da adil.
2. Membina kemahiran interpersonal da sosial yang baik untu membolehkan kanak-kanak
bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya.
3. Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal bahasa, berkomunikasi dan
literasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bhasa Ibunda
4. Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu berdikari dan
boleh membuat keputusan berdsarkan kebolehan diri
5. Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran moto kasar dan moto halus serta
fizikal yang mampan
6. Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta keupayaan
merekamenumpukan perhatian
7. Mmebina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak berkenaan yang
boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak
Model Konseptual Permata Negara
Kurikulum Permata Negara dibina berasaskan kepada konsep berikut:
1. Pendidikan secara holistik atau whole learning
2. Pembelajaran yang menyeronokkan (learning is fun)
3. Pengupayaan kanak-kanak (empowerment)
4. Penyertaan aktif ibu bapa dan komuniti
5. Asas pengasuhan yang berkualiti
6. Perkembangan embelajaran
7. Penaksiran dan penilaian
Skop Kurikulum Permata
Skop Permata Negara terbahagi kepada dua iaitu pengasuhan dan pembelajaran.
A) Aspek asas pengasuhan
 Pemakanan seimbang
 Keselamatan kanak-kanak
6
 Penjagaan dan latihan urus diri bayi dan kanak-kanak
 Amalan pengasuhan
B) Bidang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak
 Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
 Perkembangan bahasa, komunikasi, dan literasi awal
 Perkembangan awal matemataik dan pemikiran logik
 Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
 Perkembangan fizikal dan psikomotor
 Perkembangan kreativiti dan estetika
Contoh
Contoh
7
Ciri-Ciri Pendidik Permata Negara
1. Berpengalaman dalam bidang pendidikan dan berkemahiran dakam pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak
2. Berpengetahuan dalam bidang pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak
3. Kreatif dalam merancang aktiviti kanak-kanak
4. Memahami keperluan dan psikologi kanak-kanak
5. Berkemahiran melayan, mengendali dan mengurus kanak-kanak
Pendidik dan Pengasuh Taska Permata Negara
Keistimewaan Permata Negara
1. Ianya merupakan Kurikulum yang mengintegrasi secara bersepadu asas asuhan lengkap
dan asas didikan awal yang holistik.
2. Menekankan kepada amalan sentuhan dan belaian, mesra dan kasih sayang yang mampu
melahirkan insan yang ceria, positif dan yakin diri.
3. Menggalakkan interaksi dengan kanak-kanak yang dapat membina kemahiran sosial dan
penguasaan bahasa (bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda)
4. Mendedahkan kanak-kanak kepada persekitara semulajadi, tradisi dan budaya pelbagai
kaum di Malaysia yang dapat melahirkan warganegara yang toleran dan inklusif
5. Menitikberatkan kepentingan amalan pemakanan sihat, bersih dan berkhasiat untuk
kanak-kanak
6. Mewajibkan kolaborasi ibu bapa dan Taska untuk menjadi pemangkin kepada
perkembangan kanak-kanak dan kesinambungan asuahn dan didikan awal
8
2. 4 Aspek Pengasuhan di dalam Kurikulum PERMATA Negara
2.1 Pemakanan seimbang
Pemakanan yang mencukupi adalah kritikal bagi kesihatan dan perkembangan kanak-kanak.
Tempoh dari lahir sehingga berumur dua tahun adalah penting kerana pertumbuhan dan
perkembangan fizikal sedang berlaku. Amalan pemakanan yang tidak sempurna merupakan
penyumbang kepada masalah pemakanan seperti kekurangan zat makanan atau kegemukan. Oleh
itu, promosi bagi pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil adalah penting bagi mendapatkan
amalan pemakanan optima di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil.
Bagi mencapai pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil,
semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur
enam bulan dan meneruskannya shinga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu
diberikan mulai umur enam bulan. Makanan pelengkap merupakan makanan yang sesuai sebagai
tambahan kepada susu ibu, rumusan bayi atau rumusan susulan untuk bayi dari umur enam bulan
sehingga 24 bulan seperti makanan pejal, separa pejal dan lembut yang diberi kepada bayi. Ini
termasuk kanji, bubur, bijirin komersial, biskut, buah-buahan dan lain-lain.
Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil di
Malaysia, semua bayi harus disusukan dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berusia enam
bulan. Makananpelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu
ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun. Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-
kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan. Ia boleh
dicapai dengan mengaplikasikan sembilan garis panduan berikut
Prinsip Pemberian Makanan
1. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam
bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur enam bulan (180 hari) di samping
meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua tahun.
2. Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau
rumusan bayi apabila berusia enam bulan.
9
3. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur
dua tahun.
4. Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga.
5. Tingkatkan amaun makanan mengikut umur.
6. Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi.
Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.
7. Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur
bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaannya.
8. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.
9. Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip
penjagaan psikososial.Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan
secara selamat.Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain.
Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.
OBJEKTIF
 Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan tentang pemakanan bayi dan
kanak-kanak kecil.
 Untuk menyediakan panduan teknikal pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil kepada
profesional kesihatan dan semua yang terlibat dengan penjagaan bayi dan kanak kanak
kecil.
2.2 Keselamatan Kanak - Kanak
Sejak kebelakangan ini negara kita dikejutkan dengan kejadian kes kematian kanak-kanak di
pusat asuhan atau TASKA disebabkan tersedak susu atau kemalangan akibat daripada
kecuaian pengusaha dalam pengurusan TASKA.Kejadian ini berpunca disebabkan
beberapa faktor antaranya pengasuh tiadalatihan atau pengetahuan yang mendalam dalam
bidang berkenaan, persekitaranpremis yang tidak selamat dan tiada pemantauan dari pihak
berwajib. Laporan kematian yang kerap kali dilaporkan telah memberi dorongan supaya
pengurusan TASKA perlu diberi perhatian dari aspek keselamatan dan kesihatan
persekitaran premis berkenaan . Memandangkan penghuni TASKA adalah kanak-kanak
yang rentan terhadapkejadian kecederaan dan penularan penyakit terutamanya penyakit
tangan,kukudan mulut (HFMD) maka adalah perlu lawatan pemantauan
keselamatanpersekitaran dan pencegahan penyakit berjangkit dilaksanakan di Taman
Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di seluruh negara. Lawatan pemantauan ini juga sejajar
dengan dasar-dasar sedia ada seperti DasarPerlindungan Kanak-kanak Negara. Ia juga
selari dengan deklarasi/konvensyenisu-isu hak asasi kanak-kanak iaitu Convention for the
Right of the Child, iaitu memastikan persekitaran yang sihat dan selamat.
10
OBJEKTIF AM
1. Untuk memantau tahap kesihatan dan keselamatan di TASKA.
OBJEKTIF KHUSUS
1. Memantau kemudahan perubatan di TASKA (bilik rawatan, bilik isolasidan
peti kecemasan)
2. Memantau kemudahan dan keselamatan bangunan yang disediakandari segi
pencahayaan, pengudaraan dan kerosakan bangunan.
3. Memantau kemudahan sanitasi yang disediakan seperti bekalan airminum,
tandas, pembuangan sampah, air limbah dan kebersihansekeliling.
4. Memantau amalan pemberian susu dan pemakanan di TASKA(Bahagian
Kejururawatan).
Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya
ialah dimana;
 Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak di awasi dan
mereka berada dalam keadaan selamat dan jauh dari segala bentuk bahaya.
 Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah
ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi yang terlibat dengan
pendaftaran sesebuah TASKA.
 Setiap pengasuh perlu memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan
TASKA terutamanya keselamatan kanak-kanak semasa berada di TASKA. Pelbagai
langkah perlu diambil untuk memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keaadaan
selesa dan selamat.
 Bangunan perlu mendapat kelulusan dari semua agensi yang terlibat dalam proses
pendaftaran TASKA. Agensi terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Kesihatan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan Majlis Perbandaran. Semua
peraturan agensi berkenaan perlulah dipatuhi dan diperbaharui dari masa ke semasa
mengikut keperluan pendaftaran.
 Agensi terlibat juga akan menentukan keluasan sebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak
yang dibenarkan dijaga di TASKA.
11
 Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah
dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang sesuai dan selamat digunakan. Pastikan
peralatan dan bahan permainan sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.Ini boleh
menggelakkan dari kemalangan seperti tercekik permainan yang bersaiz kecil atau
sebagainya.
 Pastikan semua peralatan dan perabot di dalam dan di luar TASKA adalah selamat untuk
digunakan. Jangan menggunakan perabot yang rosak dan sudah tidak boleh digunakan
lagi.
Keselamatan kanak-kanak bukan sekadar keselamatan dari segi fizikal sahaja bahkan
keselamatan dari sudut emosi juga adalah penting. Ketika berada di TASKA, kanak-kanak
biasanya mempunyai pelbagai emosi yang berlainan antara setiap kanak-kanak. Mempunyai
emosi yang sihat dan positif sepanjang berada di TASKA boleh menjamin kualiti perkembangan
pembelajaran kanak-kanak yang positif juga. Oleh itu, peranan TASKA ialah untuk;
 Memastikan agar kanak-kanak sentiasa merasa selamat dan selasa sepanjang berada di
TASKA bagi membina sahsiah dan emosi yang stabil
 Memastikan kanak-kanak tidak merasa curiga dan takut ketika di TASKA.
 Memastikan kanak-kanak memahami setiap sudut dan ruang di TASKA adalah
direkabentuk untuk kegunaan mereka.
Peranan pengasuh pula;
 Pengasuh perlu peka tentang setiap keperluan kanak-kanak
 Pengasuh perlu memastikan setiap keperluan kanak-kanak dipenuhi mengikut jadual
aktiviti yang disediakan.
Pastikan sebarang tindakan yang di ambil oleh pengasuh tidak akan menjejaskan emosi kanak-
kanak. Setiap kesalahan kanak-kanak perlu ditanggani dengan baik dan penuh kasih sayang.
Lain-lain langkah keselamatan yang perlu diperhatikan oleh pihak TASKA :-
- Mempunyai alat pemadam kebakaran yang sentiasa diperbaharui
- Peti kecemasan yang sentiasa di pantau isi kandungannya.
- Smoke detecter (pengesan asap) sebagai langkah apabila berlaku kebakaran
- Mempunyai pagar keselamatan
- mempunyai CCTV jika perlu
- Pintu utama, pintu tandas, pintu dapur perlu sentiasa di tutup
- Beli peralatan dan perkakas pada bekalan yang berdaftar
Keselamatan lokasi Taska:
- Jauh dari jalan utama yang selalunya sibuk dengan kenderaan keluar masuk.
- Sebaiknya berdekatan dengan kemudahan seperti klinik@hospital dan balai polis.
- Lokasi yang dipilih perlu mendapat kebenaran dan kelulusan dari agensi berkenaan untuk
beroperasi di sesuai
12
2.3 Penjagaan Dan Latihan Urus Diri Bayi Dan Kanak – Kanak
Amalan Asuhan Dan Bimbingan Bayi & Kanak-Kanak
1. NILAI DAN SIKAP PENDIDIK FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN
HUBUNGAN PENDIDIK DAN KANAK-. KANAK .
Aplikasi dengan Teori Perkembangan & Pertumbuhan Kanak-Kanak
 konsep amalan asuhan ialah perbuatan yang dilakukan secara berterusan dan kerap
sehingga akhirnya menjadi kebiasaan .
 Pendidik bertanggungjawab melaksanakan amalan asuhan yang dapat memberi kesan
positif kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa amalan asuhan yang baik.
 Semasa kanak-kanak sampai di Taska ,Pendidik/Pengasuh digalakkan memberi salam
dan ucapan selamat datang dengan senyuman dan penuh kemesraan.
 Galakkan kanak-kanak bersalam dengan ibu bapa sebelum ibu bapa pergi.
 Waktu makan galakkan kanak-kanak makan makanan yang berkhasiat.
 Puji kanak-kanak bila apabila mereka dapat menghabiskan makanan yang dihidangkan.
 Baca doa makan sebelum makan.
 Waktu bermain dan menjalankan aktiviti beri penerangan yang jelas tentang aktiviti yang
dijalankan.
 Memberi galakan dan dorongan kepada kanak-kanak untuk mencuba dan melakukan
yang terbaik.
 Mengawasi kanak-kanak bermain.
 Amalan asuhan yang baik waktu mandi , pastikan kanak-kanak menggunakan syampu
atau sabun dengan cara yang betul.
 Galakkan kanak-kanak untuk mengelap sendiri badan dengan baik sebelum memakai
pakaian sendiri
 Waktu tidur galakkan kanak-kanak bekerjasama menyediakan tempat tidur sendiri dan
rakan- rakan
 Bercerita kepada kanak-kanak cerita teladan.
 Waktu pulang galakkan kanak-kanak untuk menyimpan dan mengemas semula barang
mainan dan peralatan ke tempat asal sebelum mereka pulang.
 Bersalam dengan kanak-kanak
3. CIRI-CIRI AMALAN ASUHAN YANG BERKESAN
13
 Berlaku Adil Terhadap Kanak-kanak
 Pendidik/pengasuh hendaklah berlaku adil kepada kanak-kanak tanpa mengira latar
belakang, jantina, rupa paras, kaum, agama, warna kulit dan sebagainya.
 Setiap kanak-kanak mempunyai hak yang sama.
 Menunjukkan rasa kasih melalui sentuhan dan belaian
 Kanak-kanak akan merasa diri mereka disayangi dan dihargai.
 Menyokong dan menghormati hak individu dan pilihannya
 Kanak-kanak perlu diberi hak memilih, sama ada waktu PdP atau waktu bermain.
 Jangan sesekali paksa kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti tanpa izin dan
kehendaknya secara sukarela
 Menghormati kepercayaan, cara hidup dan identiti kanak-kanak
 Pendidik/pengasuh perlu memahami dan dapat menerima semua kanak-kanak walaupun
berasal daripada latar belakang keluarga yang pelbagai.
 Pendidik/pengasuh perlu mengenal pasti dengan jelas keperluan kanak-kanak di bawah
asuhannya.

4. MENYOKONG MELALUI PERHUBUNGAN YANG BERKESAN
 Ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta bertimbang rasa
 Sentiasa mendengar dan memberi perhatian terhadap keperluan kanak-kanak.
 Menerima kanak-kanak seadanya
 Setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan dan keupayaan yang berbeza.
 Tidak layan kanak-kanak secara umum, peka terhadap kebolehan, kekuatan dan
kelemahan kanak-kanak.
 Menunjukkan empati terhadap keadaan kanak-kanak
 Memudahkan kanak-kanak bebas bercerita tentang keperluan dan kehendaknya.
 Kanak-kanak akan merasa diri mereka dihargai dan diberi perhatian.
 Tidak melabel dan menghukum kanak-kanak
 Menjatuhkan air muka kanak-kanak dan akan menyebabkan self-esteem kanak-kanak
rendah.
 Menerangkan kepada kanak-kanak sebab mengapa perbuatan yang dilakukan atau
tindakan itu salah.
5. NILAI DAN SIKAP PENDIDIK
 Pegangan dan nilai yang dipegang oleh pendidik akan mempengaruhi tingkah laku
mereka dalam menjalankan tugas.
 Nilai yang dipegang seseorang dapat dilihat pada tingkah lakunya, percakapan, memek
muka dan cara dia berinteraksi.
 Sikap ialah pandangan atau persepsi pendidik terhadap kanak-kanak dan persekitarannya
yang dijelmakan melalui tingkah laku.
 Sikap pendidik terhadap kanak-kanak akan mempengaruhi cara amalan asuhan yang
dilaksanakannya.
 Pendidik yang bersikap positif akan sentiasa sabar dan memberi peluang kepada kanak-
kanak supaya mencuba dan meneroka.
14
 Sikap positif pendidik ini juga akan menjadikan kanak-kanak berani untuk bertanya
soalan dan menyelesaikan masalah.
6. FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN HUBUNGAN PENDIDIK DAN
KANAK-KANAK .
7. MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG MENGGALAKKAN MESRA SELAMAT
MENARIK MINAT KANAK-KANAK MEMBERI PELUANG KEPADA KANAK-
KANAK UNTUK BERCAKAP, MENDENGAR DENGAN PENUH PERHATIAN
SEMASA KANAK-KANAK BERCAKAP DAN MEMBERI SOKONGAN EMOSI
MENGGALAKKAN DENGAN BERTANYAKAN SOALAN MEMBERI MASA/
TIDAK MEMAKSA TIDAK MEMPERLEKEHKAN .
8. MEMBERI ARAHAN YANG JELAS DAN TEPAT BERSIKAP POSITIF TERHADAP
SEMUA KEPUTUSAN YANG DIAMBIL BERTOLAK ANSUR PEKA DENGAN
KEPERLUAN KANAK- KANAK MENUNJUKKAN REAKSI YANG ADIL DAN
SAKSAMA MENDENGAR SETIAP SOALAN ATAU CERITA KANAK-KANAK.
2.4 Amalan Pengasuhan
Sebelum wujudnya Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (2008), di negara Malaysia
telah terdapat Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta TASKA 1984) - juga dikenali sebagai
Akta 308. Akta ini mewajibkan semua TASKA didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia untuk tujuan pemantauan kualiti dan bantuan khidmat perundingan dan
latihan. Semua pihak yang ingin membuka TASKA atau yang berminat menjadi pengasuh di
TASKA diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Selain itu, terdapat
pula Akta Kanak-kanak 2001 dan pindaan 2011 (yang dinamakan Akta 611). Akta ini dibentuk
sehaluan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Kanak-
kanak (CRC) yang ditandatangi oleh negara Malaysia pada tahun 1995. Akta 611 menyatakan
dengan jelas hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang berkualiti, selain daripada hak
untuk mendapat penjagaan dan perlindungan daripada ibu bapa/penjaga atau negara daripada
kemiskinan, penderaan, pengabaian dan eksploitasi, dan hak untuk bersuara.
15
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008
"Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi
memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia
menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia.
Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada".
Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah:-
Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum
berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak
antarabangsa;
menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yangberkualiti
bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi
fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan
menyeronokkan;
membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara
menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan;
mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan
pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif;
menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak swasta
dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan
pendidikan awal kanak-kanak;
meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanak-kanak
dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka sebelum
memasuki alam persekolahan formal; dan
memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian keberkesanan
program asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
16
3 SAHSIAH , SOSIOEOSI & KEROHANIAN UTAMA DI DALAM
PERMATA NEGARA
 Kurikulum PERMATA Negara menekankan kepada pembinaan aspek kerohanian yang
kukuh dalam jiwa kanak-kanak agar mereka hidup sebagai manusia :
Pendidikan Permata mestilah prihatin dalam membina emosi yang terkawal ,tenang dan
berdisiplin .Berikut ialah garis panduan kepada pendidik PERMATA bagaimana membantu
kanak-kanak :
Hasil pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 1 - 2 tahun
Bidang ini memberi fokus kepada pembentukan sahsiah dan kemahiran-kemahiran seperti :
 Layan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang.
 Hormati idea dan perasaan kanak-kanak .
 Sentiasa memberi galakan ,dorongan dan pujian untuk membina keyakinan diri.
 Wujudkan suasana pembelajaran selesa .
 Galakkan kanak-kanak meneroka .
 Tunjuk teladan yang baik dan beri peluang kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain . .
Beriman
 sosial
 Interpersonal
 Kerohanian kanak-kanak
Amanah
 Masih kurang mesra dengan orang yang tidak dikenali .
 Mula mengenali diri .
 Menunjukkan keyakinan diri .
 Boleh mengawal emosi .
 Memahami reaksi orang lain .
17
Hasil pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 2 - 3 tahun
 Bertindak balas positif terhadap kata-kata yang lembut dan mesra .
 Sentiasa gembira dan suka ketawa .
 Takut kepada orang yang tidak dikenali
 Faham arahan "jangan" dan tidak "boleh "
 Menunjukkan emosi yang terkawal ,tenang dan sabar .
 Berani mencuba ,menawarkan diri ,yakin diri dan berdikari .
 Tidak takut hadapi situasi baru .
 Membaca doa mudah seperti "doa makan" dan doa "tidur "
 Boleh sabar menunggu giliran semasa bermain ,makan atau ke tandas .
Berpandu ke arah kebaikan dan amalan yang bersih
 Menunjukkan rasa simpati dan rasa belas kasihan .
 Minta maaf jika buat kesalahan .
 Suka dan gembira apabila diberi pujian
 Tunjuk sikap Bertanggungjawab .
 Mengucap Bismillah ,Alhamdulillah dengan lancar .
18
KESIMPULAN
Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk menjalankan Projek Perintis
PERMATA Negara ini datangnya daripada isteri kepada Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datin
Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli
akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi
membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda
para remaja yang sungguh membimbangkan.
Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang ini telah senada
bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal bagi dan
ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada
lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan menganggap bahawa setiap anak yang
dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk negara yang akan
bersinar menerangi kegemilangan negara di masa akan datang. Dari ini lahirlah “Setiap Anak
PERMATA Negara” bagi menzahirkan suatu hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari
awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang terbaik.[3]
Falsafah dan Fokus PERMATA Negara
Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya
telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan
mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan
menghadapi cabaran masa hadapan.
Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti
melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna
kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan
bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi
nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju
sudah menjadikan pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.[3]
19
RUJUKAN
1. PERMATA Negara
2. http://www.programpermata.my/bm/about/vision-mission
http://www.programpermata.my/bm/about
3.
Laman Portal Informasi Pendidikan Awal Kanak – Kanak
4.
Moh.gov.org/pemakanan bayi dan kanakkanak
5.
6. https://anyflip.com/dfiyv/kggr
7. https://pakkkolejvokasionalkeningausabah.blogspot.com/

More Related Content

What's hot

Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanakHdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanakOpen University Malaysia
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakRawiah Al-Adawiah
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemRosnani Abu Bakar
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)shida01
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi mainJane Oon
 
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKALShahrizzat Md Sukor
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyPieja Hanhae
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahIzz Khalil
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitiffiro HAR
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakArra Asri
 
senarai semak tingkah laku emosi.pdf
senarai semak tingkah laku emosi.pdfsenarai semak tingkah laku emosi.pdf
senarai semak tingkah laku emosi.pdfAbraham Ccn
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 

What's hot (20)

Ciri ciri anak pintar cerdas
Ciri ciri anak pintar cerdasCiri ciri anak pintar cerdas
Ciri ciri anak pintar cerdas
 
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanakHdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi main
 
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolah
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak
 
senarai semak tingkah laku emosi.pdf
senarai semak tingkah laku emosi.pdfsenarai semak tingkah laku emosi.pdf
senarai semak tingkah laku emosi.pdf
 
Tokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich FroebelTokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich Froebel
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 

Similar to ASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdf

Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdfDasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdfErynnaBadli
 
Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)Hemah Naidu
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2rasfanul
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembanganDe Zer
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembanganDe Zer
 
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanNas Lin
 
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanIra Raji
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10Laieela De Matematicer
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanNur Syafira
 
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docFAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docMohdSaidZakaria
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfssuser24ab8d
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumnadpaisey
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahCik Ecah
 

Similar to ASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdf (20)

Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdfDasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.pdf
 
Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
Konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
 
B panduan koko 2014
B panduan koko 2014B panduan koko 2014
B panduan koko 2014
 
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
 
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
 
Pembentangan headstart
Pembentangan headstartPembentangan headstart
Pembentangan headstart
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docFAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
 
Pembentangan pj dalam fpk
Pembentangan pj dalam fpkPembentangan pj dalam fpk
Pembentangan pj dalam fpk
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulum
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolah
 

ASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdf

  • 1. 1 PENGAMBILAN KEDUA PRA KAP Nurmasturah Bt Aris 940508-04-5286 010-7795794 ‘ 4 Aspek Pengasuhan di dalam Kurikulum PERMATA Negara ‘ PUAN MAHSURI BINTI MD DESA
  • 2. 2 KANDUNGAN Halaman KANDUNGAN 1. PENGENALAN 3 2. 4 ASPEK PENGASUHAN 2.1 Pemakanan Seimbang 8 2.2 Keselamatan Kanak - Kanak 9 2.3 Penjagaan Dan Latihan Urus Diri Bayi Dan Kanak – Kanak 12 2.4 Amalan Pengasuhan 14 3. SAHSIAH , SOSIOEOSI & KEROHANIAN UTAMA di dalam PERMATA NEGARA 16 4. KESIMPULAN 18 5. RUJUKAN 19
  • 3. 3 KURIKULUM PERMATA 1. PENGENALAN Falsafah Kurikulum Permata "Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik agi mengembangkan sahsiah, potensi dan kecergasan mereka agar dapat menguasai kemahiran komunikasi, awal literasi, awal matematik, pemikiran logik dan pengetahuan asas tentag dunia persekitaran, di samping kemahiran mengurus diri dan amalan nilai-nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah mulia,berdikari, berintelek tinggi, patriotik dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa. Usaha ini memerlukan komitmen dan kolaborasi ibu bapa dan komuniti, kerana setiap kanak-kanak umpama PERMATA yang tidak ternilai harganya" Malamat Kurikulum Permata " Matlamat kurikulum Permata Neara ialah untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik dan mengamalkan gaya hidup sihat " Latar belakang Program Permata Negara  Program Permata Negara telah diketuai oleh isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2004/2005.  Program ini adalag sebagai langkah untuk menangani masalah sosial di kalangan remaja dan belia.  Sebagai langkah permulaan, NCDRC ( Natinoal Child Development ) telah ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menguruskan pembinaan kurikulum Permata dan perlaksanaan penyelidikan yang berkaitan.  NCDRC juga dipertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepada pelatih dan pendidik Permata.  Jemaah Menteri pada 21Jun 2006 telah meluluskan dasar komprehensif dan holistik berhubung dengan asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai "Setiap Anak Permata Negara "  Pada Mei 2007, projek perintis Permata Negara telah dilaksanakan di lima buah pusat Anak Permata Negara iaitu di Putrajaya, Chini, Subang Jaya, Kepala Batas dan Mempaga.
  • 4. 4  Lanjutan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan program Permata Negara dan pelaksanaanya ke semua TASKA di bawah kelolaan kerajaan seperti KEMAS, JPNIN, Taska Komuniti dan Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.  Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak 20 juta dalam rancangan ke-9 untuk perluasan Program Permata Negara.  Pada 2010, satu penyelidikan yang menyeluruh telah dijalankan oleh jawatankuasa Teknikal Kokurikulum dan Penyelidikan untuk menentukan keberkesanan kurikulum Permata.  Laporan penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa perlaksanaan kurikulum Permata oleh pihak-pihak berkenaan dijalankan dengan efisyen dan berkesan.
  • 5. 5 Objektif Kurikulum Permata Negara Objektif Kurikulum Permata Negara adalah untuk menyediakan garis panduan kepada pendidik melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencapai hasil pembelajaran yan telah ditetapkan iaitu: 1. Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individu yang bersahsiah muia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang berempati da adil. 2. Membina kemahiran interpersonal da sosial yang baik untu membolehkan kanak-kanak bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya. 3. Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal bahasa, berkomunikasi dan literasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bhasa Ibunda 4. Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu berdikari dan boleh membuat keputusan berdsarkan kebolehan diri 5. Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran moto kasar dan moto halus serta fizikal yang mampan 6. Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta keupayaan merekamenumpukan perhatian 7. Mmebina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak berkenaan yang boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak Model Konseptual Permata Negara Kurikulum Permata Negara dibina berasaskan kepada konsep berikut: 1. Pendidikan secara holistik atau whole learning 2. Pembelajaran yang menyeronokkan (learning is fun) 3. Pengupayaan kanak-kanak (empowerment) 4. Penyertaan aktif ibu bapa dan komuniti 5. Asas pengasuhan yang berkualiti 6. Perkembangan embelajaran 7. Penaksiran dan penilaian Skop Kurikulum Permata Skop Permata Negara terbahagi kepada dua iaitu pengasuhan dan pembelajaran. A) Aspek asas pengasuhan  Pemakanan seimbang  Keselamatan kanak-kanak
  • 6. 6  Penjagaan dan latihan urus diri bayi dan kanak-kanak  Amalan pengasuhan B) Bidang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak  Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian  Perkembangan bahasa, komunikasi, dan literasi awal  Perkembangan awal matemataik dan pemikiran logik  Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran  Perkembangan fizikal dan psikomotor  Perkembangan kreativiti dan estetika Contoh Contoh
  • 7. 7 Ciri-Ciri Pendidik Permata Negara 1. Berpengalaman dalam bidang pendidikan dan berkemahiran dakam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak 2. Berpengetahuan dalam bidang pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak 3. Kreatif dalam merancang aktiviti kanak-kanak 4. Memahami keperluan dan psikologi kanak-kanak 5. Berkemahiran melayan, mengendali dan mengurus kanak-kanak Pendidik dan Pengasuh Taska Permata Negara Keistimewaan Permata Negara 1. Ianya merupakan Kurikulum yang mengintegrasi secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik. 2. Menekankan kepada amalan sentuhan dan belaian, mesra dan kasih sayang yang mampu melahirkan insan yang ceria, positif dan yakin diri. 3. Menggalakkan interaksi dengan kanak-kanak yang dapat membina kemahiran sosial dan penguasaan bahasa (bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda) 4. Mendedahkan kanak-kanak kepada persekitara semulajadi, tradisi dan budaya pelbagai kaum di Malaysia yang dapat melahirkan warganegara yang toleran dan inklusif 5. Menitikberatkan kepentingan amalan pemakanan sihat, bersih dan berkhasiat untuk kanak-kanak 6. Mewajibkan kolaborasi ibu bapa dan Taska untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak dan kesinambungan asuahn dan didikan awal
  • 8. 8 2. 4 Aspek Pengasuhan di dalam Kurikulum PERMATA Negara 2.1 Pemakanan seimbang Pemakanan yang mencukupi adalah kritikal bagi kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. Tempoh dari lahir sehingga berumur dua tahun adalah penting kerana pertumbuhan dan perkembangan fizikal sedang berlaku. Amalan pemakanan yang tidak sempurna merupakan penyumbang kepada masalah pemakanan seperti kekurangan zat makanan atau kegemukan. Oleh itu, promosi bagi pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil adalah penting bagi mendapatkan amalan pemakanan optima di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil. Bagi mencapai pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil, semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya shinga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan. Makanan pelengkap merupakan makanan yang sesuai sebagai tambahan kepada susu ibu, rumusan bayi atau rumusan susulan untuk bayi dari umur enam bulan sehingga 24 bulan seperti makanan pejal, separa pejal dan lembut yang diberi kepada bayi. Ini termasuk kanji, bubur, bijirin komersial, biskut, buah-buahan dan lain-lain. Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil di Malaysia, semua bayi harus disusukan dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berusia enam bulan. Makananpelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun. Pemberian makanan kepada bayi dan kanak- kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan. Ia boleh dicapai dengan mengaplikasikan sembilan garis panduan berikut Prinsip Pemberian Makanan 1. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur enam bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua tahun. 2. Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia enam bulan.
  • 9. 9 3. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun. 4. Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga. 5. Tingkatkan amaun makanan mengikut umur. 6. Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap. 7. Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaannya. 8. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur. 9. Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat.Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap. OBJEKTIF  Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil.  Untuk menyediakan panduan teknikal pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil kepada profesional kesihatan dan semua yang terlibat dengan penjagaan bayi dan kanak kanak kecil. 2.2 Keselamatan Kanak - Kanak Sejak kebelakangan ini negara kita dikejutkan dengan kejadian kes kematian kanak-kanak di pusat asuhan atau TASKA disebabkan tersedak susu atau kemalangan akibat daripada kecuaian pengusaha dalam pengurusan TASKA.Kejadian ini berpunca disebabkan beberapa faktor antaranya pengasuh tiadalatihan atau pengetahuan yang mendalam dalam bidang berkenaan, persekitaranpremis yang tidak selamat dan tiada pemantauan dari pihak berwajib. Laporan kematian yang kerap kali dilaporkan telah memberi dorongan supaya pengurusan TASKA perlu diberi perhatian dari aspek keselamatan dan kesihatan persekitaran premis berkenaan . Memandangkan penghuni TASKA adalah kanak-kanak yang rentan terhadapkejadian kecederaan dan penularan penyakit terutamanya penyakit tangan,kukudan mulut (HFMD) maka adalah perlu lawatan pemantauan keselamatanpersekitaran dan pencegahan penyakit berjangkit dilaksanakan di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di seluruh negara. Lawatan pemantauan ini juga sejajar dengan dasar-dasar sedia ada seperti DasarPerlindungan Kanak-kanak Negara. Ia juga selari dengan deklarasi/konvensyenisu-isu hak asasi kanak-kanak iaitu Convention for the Right of the Child, iaitu memastikan persekitaran yang sihat dan selamat.
  • 10. 10 OBJEKTIF AM 1. Untuk memantau tahap kesihatan dan keselamatan di TASKA. OBJEKTIF KHUSUS 1. Memantau kemudahan perubatan di TASKA (bilik rawatan, bilik isolasidan peti kecemasan) 2. Memantau kemudahan dan keselamatan bangunan yang disediakandari segi pencahayaan, pengudaraan dan kerosakan bangunan. 3. Memantau kemudahan sanitasi yang disediakan seperti bekalan airminum, tandas, pembuangan sampah, air limbah dan kebersihansekeliling. 4. Memantau amalan pemberian susu dan pemakanan di TASKA(Bahagian Kejururawatan). Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana;  Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak di awasi dan mereka berada dalam keadaan selamat dan jauh dari segala bentuk bahaya.  Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi yang terlibat dengan pendaftaran sesebuah TASKA.  Setiap pengasuh perlu memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan TASKA terutamanya keselamatan kanak-kanak semasa berada di TASKA. Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keaadaan selesa dan selamat.  Bangunan perlu mendapat kelulusan dari semua agensi yang terlibat dalam proses pendaftaran TASKA. Agensi terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan Majlis Perbandaran. Semua peraturan agensi berkenaan perlulah dipatuhi dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran.  Agensi terlibat juga akan menentukan keluasan sebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak yang dibenarkan dijaga di TASKA.
  • 11. 11  Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang sesuai dan selamat digunakan. Pastikan peralatan dan bahan permainan sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.Ini boleh menggelakkan dari kemalangan seperti tercekik permainan yang bersaiz kecil atau sebagainya.  Pastikan semua peralatan dan perabot di dalam dan di luar TASKA adalah selamat untuk digunakan. Jangan menggunakan perabot yang rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi. Keselamatan kanak-kanak bukan sekadar keselamatan dari segi fizikal sahaja bahkan keselamatan dari sudut emosi juga adalah penting. Ketika berada di TASKA, kanak-kanak biasanya mempunyai pelbagai emosi yang berlainan antara setiap kanak-kanak. Mempunyai emosi yang sihat dan positif sepanjang berada di TASKA boleh menjamin kualiti perkembangan pembelajaran kanak-kanak yang positif juga. Oleh itu, peranan TASKA ialah untuk;  Memastikan agar kanak-kanak sentiasa merasa selamat dan selasa sepanjang berada di TASKA bagi membina sahsiah dan emosi yang stabil  Memastikan kanak-kanak tidak merasa curiga dan takut ketika di TASKA.  Memastikan kanak-kanak memahami setiap sudut dan ruang di TASKA adalah direkabentuk untuk kegunaan mereka. Peranan pengasuh pula;  Pengasuh perlu peka tentang setiap keperluan kanak-kanak  Pengasuh perlu memastikan setiap keperluan kanak-kanak dipenuhi mengikut jadual aktiviti yang disediakan. Pastikan sebarang tindakan yang di ambil oleh pengasuh tidak akan menjejaskan emosi kanak- kanak. Setiap kesalahan kanak-kanak perlu ditanggani dengan baik dan penuh kasih sayang. Lain-lain langkah keselamatan yang perlu diperhatikan oleh pihak TASKA :- - Mempunyai alat pemadam kebakaran yang sentiasa diperbaharui - Peti kecemasan yang sentiasa di pantau isi kandungannya. - Smoke detecter (pengesan asap) sebagai langkah apabila berlaku kebakaran - Mempunyai pagar keselamatan - mempunyai CCTV jika perlu - Pintu utama, pintu tandas, pintu dapur perlu sentiasa di tutup - Beli peralatan dan perkakas pada bekalan yang berdaftar Keselamatan lokasi Taska: - Jauh dari jalan utama yang selalunya sibuk dengan kenderaan keluar masuk. - Sebaiknya berdekatan dengan kemudahan seperti klinik@hospital dan balai polis. - Lokasi yang dipilih perlu mendapat kebenaran dan kelulusan dari agensi berkenaan untuk beroperasi di sesuai
  • 12. 12 2.3 Penjagaan Dan Latihan Urus Diri Bayi Dan Kanak – Kanak Amalan Asuhan Dan Bimbingan Bayi & Kanak-Kanak 1. NILAI DAN SIKAP PENDIDIK FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN HUBUNGAN PENDIDIK DAN KANAK-. KANAK . Aplikasi dengan Teori Perkembangan & Pertumbuhan Kanak-Kanak  konsep amalan asuhan ialah perbuatan yang dilakukan secara berterusan dan kerap sehingga akhirnya menjadi kebiasaan .  Pendidik bertanggungjawab melaksanakan amalan asuhan yang dapat memberi kesan positif kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa amalan asuhan yang baik.  Semasa kanak-kanak sampai di Taska ,Pendidik/Pengasuh digalakkan memberi salam dan ucapan selamat datang dengan senyuman dan penuh kemesraan.  Galakkan kanak-kanak bersalam dengan ibu bapa sebelum ibu bapa pergi.  Waktu makan galakkan kanak-kanak makan makanan yang berkhasiat.  Puji kanak-kanak bila apabila mereka dapat menghabiskan makanan yang dihidangkan.  Baca doa makan sebelum makan.  Waktu bermain dan menjalankan aktiviti beri penerangan yang jelas tentang aktiviti yang dijalankan.  Memberi galakan dan dorongan kepada kanak-kanak untuk mencuba dan melakukan yang terbaik.  Mengawasi kanak-kanak bermain.  Amalan asuhan yang baik waktu mandi , pastikan kanak-kanak menggunakan syampu atau sabun dengan cara yang betul.  Galakkan kanak-kanak untuk mengelap sendiri badan dengan baik sebelum memakai pakaian sendiri  Waktu tidur galakkan kanak-kanak bekerjasama menyediakan tempat tidur sendiri dan rakan- rakan  Bercerita kepada kanak-kanak cerita teladan.  Waktu pulang galakkan kanak-kanak untuk menyimpan dan mengemas semula barang mainan dan peralatan ke tempat asal sebelum mereka pulang.  Bersalam dengan kanak-kanak 3. CIRI-CIRI AMALAN ASUHAN YANG BERKESAN
  • 13. 13  Berlaku Adil Terhadap Kanak-kanak  Pendidik/pengasuh hendaklah berlaku adil kepada kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, jantina, rupa paras, kaum, agama, warna kulit dan sebagainya.  Setiap kanak-kanak mempunyai hak yang sama.  Menunjukkan rasa kasih melalui sentuhan dan belaian  Kanak-kanak akan merasa diri mereka disayangi dan dihargai.  Menyokong dan menghormati hak individu dan pilihannya  Kanak-kanak perlu diberi hak memilih, sama ada waktu PdP atau waktu bermain.  Jangan sesekali paksa kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti tanpa izin dan kehendaknya secara sukarela  Menghormati kepercayaan, cara hidup dan identiti kanak-kanak  Pendidik/pengasuh perlu memahami dan dapat menerima semua kanak-kanak walaupun berasal daripada latar belakang keluarga yang pelbagai.  Pendidik/pengasuh perlu mengenal pasti dengan jelas keperluan kanak-kanak di bawah asuhannya.  4. MENYOKONG MELALUI PERHUBUNGAN YANG BERKESAN  Ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta bertimbang rasa  Sentiasa mendengar dan memberi perhatian terhadap keperluan kanak-kanak.  Menerima kanak-kanak seadanya  Setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan dan keupayaan yang berbeza.  Tidak layan kanak-kanak secara umum, peka terhadap kebolehan, kekuatan dan kelemahan kanak-kanak.  Menunjukkan empati terhadap keadaan kanak-kanak  Memudahkan kanak-kanak bebas bercerita tentang keperluan dan kehendaknya.  Kanak-kanak akan merasa diri mereka dihargai dan diberi perhatian.  Tidak melabel dan menghukum kanak-kanak  Menjatuhkan air muka kanak-kanak dan akan menyebabkan self-esteem kanak-kanak rendah.  Menerangkan kepada kanak-kanak sebab mengapa perbuatan yang dilakukan atau tindakan itu salah. 5. NILAI DAN SIKAP PENDIDIK  Pegangan dan nilai yang dipegang oleh pendidik akan mempengaruhi tingkah laku mereka dalam menjalankan tugas.  Nilai yang dipegang seseorang dapat dilihat pada tingkah lakunya, percakapan, memek muka dan cara dia berinteraksi.  Sikap ialah pandangan atau persepsi pendidik terhadap kanak-kanak dan persekitarannya yang dijelmakan melalui tingkah laku.  Sikap pendidik terhadap kanak-kanak akan mempengaruhi cara amalan asuhan yang dilaksanakannya.  Pendidik yang bersikap positif akan sentiasa sabar dan memberi peluang kepada kanak- kanak supaya mencuba dan meneroka.
  • 14. 14  Sikap positif pendidik ini juga akan menjadikan kanak-kanak berani untuk bertanya soalan dan menyelesaikan masalah. 6. FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN HUBUNGAN PENDIDIK DAN KANAK-KANAK . 7. MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG MENGGALAKKAN MESRA SELAMAT MENARIK MINAT KANAK-KANAK MEMBERI PELUANG KEPADA KANAK- KANAK UNTUK BERCAKAP, MENDENGAR DENGAN PENUH PERHATIAN SEMASA KANAK-KANAK BERCAKAP DAN MEMBERI SOKONGAN EMOSI MENGGALAKKAN DENGAN BERTANYAKAN SOALAN MEMBERI MASA/ TIDAK MEMAKSA TIDAK MEMPERLEKEHKAN . 8. MEMBERI ARAHAN YANG JELAS DAN TEPAT BERSIKAP POSITIF TERHADAP SEMUA KEPUTUSAN YANG DIAMBIL BERTOLAK ANSUR PEKA DENGAN KEPERLUAN KANAK- KANAK MENUNJUKKAN REAKSI YANG ADIL DAN SAKSAMA MENDENGAR SETIAP SOALAN ATAU CERITA KANAK-KANAK. 2.4 Amalan Pengasuhan Sebelum wujudnya Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (2008), di negara Malaysia telah terdapat Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta TASKA 1984) - juga dikenali sebagai Akta 308. Akta ini mewajibkan semua TASKA didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk tujuan pemantauan kualiti dan bantuan khidmat perundingan dan latihan. Semua pihak yang ingin membuka TASKA atau yang berminat menjadi pengasuh di TASKA diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Selain itu, terdapat pula Akta Kanak-kanak 2001 dan pindaan 2011 (yang dinamakan Akta 611). Akta ini dibentuk sehaluan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Kanak- kanak (CRC) yang ditandatangi oleh negara Malaysia pada tahun 1995. Akta 611 menyatakan dengan jelas hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang berkualiti, selain daripada hak untuk mendapat penjagaan dan perlindungan daripada ibu bapa/penjaga atau negara daripada kemiskinan, penderaan, pengabaian dan eksploitasi, dan hak untuk bersuara.
  • 15. 15 Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008 "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada". Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah:- Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa; menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yangberkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan; membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan; mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif; menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak; meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal; dan memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
  • 16. 16 3 SAHSIAH , SOSIOEOSI & KEROHANIAN UTAMA DI DALAM PERMATA NEGARA  Kurikulum PERMATA Negara menekankan kepada pembinaan aspek kerohanian yang kukuh dalam jiwa kanak-kanak agar mereka hidup sebagai manusia : Pendidikan Permata mestilah prihatin dalam membina emosi yang terkawal ,tenang dan berdisiplin .Berikut ialah garis panduan kepada pendidik PERMATA bagaimana membantu kanak-kanak : Hasil pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 1 - 2 tahun Bidang ini memberi fokus kepada pembentukan sahsiah dan kemahiran-kemahiran seperti :  Layan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang.  Hormati idea dan perasaan kanak-kanak .  Sentiasa memberi galakan ,dorongan dan pujian untuk membina keyakinan diri.  Wujudkan suasana pembelajaran selesa .  Galakkan kanak-kanak meneroka .  Tunjuk teladan yang baik dan beri peluang kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain . . Beriman  sosial  Interpersonal  Kerohanian kanak-kanak Amanah  Masih kurang mesra dengan orang yang tidak dikenali .  Mula mengenali diri .  Menunjukkan keyakinan diri .  Boleh mengawal emosi .  Memahami reaksi orang lain .
  • 17. 17 Hasil pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 2 - 3 tahun  Bertindak balas positif terhadap kata-kata yang lembut dan mesra .  Sentiasa gembira dan suka ketawa .  Takut kepada orang yang tidak dikenali  Faham arahan "jangan" dan tidak "boleh "  Menunjukkan emosi yang terkawal ,tenang dan sabar .  Berani mencuba ,menawarkan diri ,yakin diri dan berdikari .  Tidak takut hadapi situasi baru .  Membaca doa mudah seperti "doa makan" dan doa "tidur "  Boleh sabar menunggu giliran semasa bermain ,makan atau ke tandas . Berpandu ke arah kebaikan dan amalan yang bersih  Menunjukkan rasa simpati dan rasa belas kasihan .  Minta maaf jika buat kesalahan .  Suka dan gembira apabila diberi pujian  Tunjuk sikap Bertanggungjawab .  Mengucap Bismillah ,Alhamdulillah dengan lancar .
  • 18. 18 KESIMPULAN Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk menjalankan Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada isteri kepada Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan. Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang ini telah senada bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal bagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan menganggap bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk negara yang akan bersinar menerangi kegemilangan negara di masa akan datang. Dari ini lahirlah “Setiap Anak PERMATA Negara” bagi menzahirkan suatu hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang terbaik.[3] Falsafah dan Fokus PERMATA Negara Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan. Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.[3]
  • 19. 19 RUJUKAN 1. PERMATA Negara 2. http://www.programpermata.my/bm/about/vision-mission http://www.programpermata.my/bm/about 3. Laman Portal Informasi Pendidikan Awal Kanak – Kanak 4. Moh.gov.org/pemakanan bayi dan kanakkanak 5. 6. https://anyflip.com/dfiyv/kggr 7. https://pakkkolejvokasionalkeningausabah.blogspot.com/