SlideShare a Scribd company logo
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK TUGASAN 1
KUMPULAN
UPSI-A11 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MASLINAWATIE BINTI MAT HASAN D20102041573 0194297872
NAMA TUTOR E-LEARNING: EN MOHAMED FAWZI
TARIKH SERAH: 22 APRIL 2012
PEMARKAHAN
2. ESEI:
(a)
(b)
3. FORUM
JUMLAH
HIPERAKTIF
LAMPIRAN 1
ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0 PENGENALAN 1
2.0 DEFINISI HIPERAKTIF 2
3.0 PUNCA BERLAKUNYA HIPERAKTIF 3
3.1 FAKTOR GENETIK 3
3.2 FAKTOR NEUROLOGIK 4,5
3.3 FAKTOR PSIKOSOSIAL DAN PERSEKITARAN 6,7
4.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF 7
5.1 SENSORY HYPERACTIF (PANCAINDERA) 9
5.2 MOTOR HIPERAKTIF (MOTOR KASAR & MOTOR HALUS) 10
5.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN 10
6.0 CARA-CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF 11,12
7.0 FOTO KANAK-KANAK HIPERAKTIF 12
LAMPIRAN 2
1.0 PENGENALAN
Merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 11 Julai 2011,Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak amat prihatin terhadap anak-anak kurang upaya di mana beliau
mengingatkan ibubapa supaya memahami risiko yang menyebabkan berlakunya kecacatan
itu.Dari aspek pendidikan,Negara sentiasa memberi perhatian khusus kepada anak-anak
kurang upaya.Hal ini terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Khas 1997)
Peraturan-peraturan Pendidikan,Bahagian II 3(2), Kementerian Pelajaran perlu menyediakan
Pendidikan Khas serta kemudahan untuk kanak-kanak kurang upaya dan bermasalah
pembelajaran.Pendidikan khas di definisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus
untuk memenuhi keperluan kanak-kanakyang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang
upaya.Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran,latihan
jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah,hospital dan institusi.Kurikulum untuk
Pendidikan Khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan
tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis
kecacatan atau kurang upaya.Program khas di Malaysia terdiri daripada :
a) Kanak-kanak bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori
seperti Sindrom Down,Perkembangan lewat,Autisme,Hiperaktif,Cerebral
Palsy,Epiletik,masalah emosi dan masalah pertuturan.
b) Kanak-kanak bermasalah penglihatan
c) Kanak-kanak bermasalah pendengaran
Di sini,saya ingin mengambil peluang untuk mendekati Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
iaitu kanak-kanak Hiperaktif.Untuk mengenalpasti samada kanak-kanak itu adalah kanak-kanak
yang bermasalah Pembelajaran ataupun tidak,terdapat beberapa ciri yang boleh kita perhatikan
iaitu mereka mengalami masalah membaca,masalah menulis,masalah mengira,masalah
interaksi sosial dan masalah tingkah laku.
1
2.0 DEFINISI HIPERAKTIF
Sindrom hiperaktif merupakan istilah gangguan kekurangan perhatian yang terjadi
kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai kerosakan otak minimal. (Nelson,1994).Pandangan
serta pendapat tentang asal usul terjadinya hiperaktif adalah berbeza-beza.Oleh itu,hiperaktif
bolehlah ditakrifkan sebagai gangguan tingkah laku yang tidak normal,disebabkan disfungsi
neurologis dengan gejala utama tidak mampu memusatkan perhatian.Hiperaktif dikenali juga
dengan istilah „Attention Deficit Hiperactivity Disorder atau ADHD‟.Hasil kajian oleh doktor
perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini,namun menurut mereka
sindrom ADHD ini melibatkan faktor baka atau genetik.Menurut mereka lagi,ADHD berlaku
disebabkan oleh perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang
berpendapat saiz otak kanak-kanak ini lebih kecil daripada otak normal di antara 5-10%.Ada
juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak
hiperaktif berlaku.Penyelaras Program Pendidikan Awal Kanak-kanak,Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya,Prof Madya Dr Mariani Md Nor,berkata kanak-kanak yang diletakkan
mengikut kategori masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami lewat perkembangan
(Global Developmental Delay).Hiperaktif merupakan satu pola perilaku seseorang yang tidak
pernah berdiam diri,sukar untuk dikendalikan,tidak memberi perhatian dan suka bertindak
mengikut hatinya sendiri.Hiperaktif juga sukar untuk mengawal diri sendiri agar tidak melakukan
sesuatu di luar kemampuan.Sebagai contoh,kanak-kanak hiperaktif tidak pernah memikirkan
sesuatu perkara yang ingin dilakukan dari sudut positif dan negative sebaliknya mereka hanya
melakukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak sendiri.Gangguan ini umumnya terjadi pada
anak-anak yang berusia 7 tahun ke bawah dan tentunya untuk mengatasi anak hiperaktif ini
memerlukan kesabaran yang tinggi serta perhatian dari kedua ibubapa yang paling dekat
dengan mereka.Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5-15 tahun
menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD.Penyakit ini kebanyakkannya dihidapi
oleh kanak-kanak lelaki.
2
3.0 PUNCA BERLAKUNYA HIPERAKTIF.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif di kalangan
pelajar samada faktor semulajadi mahupun faktor sekeliling.
3.1 FAKTOR GENETIK
Faktor kebakaan merupakan salah satu faktor semulajadi yang memainkan peranan utama
dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif.Faktor genetik,sudah tentunya dikaitkan dengan
hubungan antara anak dengan ahli keluarga samada ibu bapa ataupun saudara mara.Dalam
hal ini,ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif semasa kecilbesar
kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga.Sesetengah hiperaktif yang
dipengaruhi oleh faktor genetikseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak-anak
lelaki mereka.Oleh itu peratusan kanak-kanak lelaki menghidap sindrom ini adalah lebih tinggi 3
kali ganda berbanding dengan kanak-kanak perempuan.(Zuhayati Yazid,2009).Selain itu,si
kembar juga besar kemungkinan akan mendapat masalah hiperaktif (Sila rujuk Rajah 1 yang
menunjukkan pewarisan baka daripada ibubapa kepada anak-anak).Bayi lemas ketika proses
bersalin dan tekanan perasaan yang dialami oleh wanita ketika proses kehamilan
mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD.Wanita yang melalui proses kehamilan
terdedah kepada pelbagai risiko seperti keracunan pada akhir kehamilan contohnya
hipertensi,pembengkakan kaki,proteinuria,kecederaan otak akibat kecelakaan pada bahagian
kepala seperti trauma kepala dan gegar otak.Selain itu,faktor lemah pendengaran yang
diakibatkan oleh infeksi pada telinga sehingga anak tidak dapat menangkap bunyi yang
didengarinya.Ini mengakibatkan tingkah laku kanak-kanak itu tidak terkawal dan perkembangan
bahasanya yang lambat.Selain itu,faktor psikik juga merupakan masalah yang lebih banyak
dipengaruhi oleh hubungan anak dengan dunia luar.
3
RAJAH 1
X-LINKED RECESSIVE.CARRIER MOTHER
Unaffected father Carrier mother
Unaffected Unaffected CarrierAffected
Son Daughter DaughterSon
Sumber daripada : Eric J.Mash & David A.Wolfe,2004
3.2 FAKTOR NEUROLOGIK
Faktor ini merupakan faktor sekeliling yang mengganggu ibu sewaktu hamil.Kebarangkalian
untuk mendapat anak hiperaktif adalah disebabkan oleh kelahiran prenatal seperti proses
bersalin yang terlampau lama,distress fetal,bersalin menggunakan forcep dan sebagainya jika
dibandingkan dengan kelahiran secara normal.Disamping itu,faktor lain yang mempengaruhi
terjadinya sindrom ini adalah bayi yang lahir kurang berat badan,ibu yang hamil pada usia yang
terlalu muda,ibu yang merokok dan meminum alkohol.Ibu yang mempunyai tekanan perasaan
sewaktu hamil,tidak mendapat perhatian suami dan sikap yang terlalu emosional akan
mengundang berlakunya masalah ini.Bayi yang lemas sewaktu proses bersalin juga akan
mendedahkan bayi tersebut kepada risiko hiperaktif.Biochemical Abnormalities terjadi adalah
disebabkan oleh sel-sel yang mengalami kekurangan dalam pengeluaran neurotransmitter
4
seperti serotin,dopamine,neropinephrine,acetlycholine, dan bahan-bahan kimia yang lain adalah
diandaikan sebagai penyebab kesukaran di dalan neural impulse transmission dan kesan
kepada pembelajaran dan masalah tingkah laku.Menurut Sandra (2005) ADHD juga berlaku
akibat kekurangan aktiviti dan tahap metabolisme yang rendah di bahagian otak yang
tertentu.Kajian menunjukkan bahawa pesakit ADHD mengalami masalah kekurangan aktiviti di
mana aktiviti ini mengawal perjalanan bahagian otak yang lain.Bahagian ini akan mengawal
tahap aktiviti otak,dorongan dan perhatian seseorqng.Friend (2006) menyatakan bahawqa
terdapat 3 bahagian otak iaitu prefrontal cortex,basal ganglia dan cereblum.Ketiga-tiga
bahagian ini mengawal fungsi yang berlainan.Bagi penghidap ADHD mereka kekurangan
electrical activity dan kekurangan tindakbalas kepada stimulasi bahagian otak (rujuk rajah 2 di
bawah menunjukkan penghidap ADHD).Dalam konteks ini,faktor neurologik adalah merupakan
masalah-masalah yang kerap dihidapi oleh ibu sewaktu hamil dan ini dapat mempengaruhi bayi
tersebut.
RAJAH 2
THE BASIC PARTS OF THE BRAIN
5
RAJAH 3
MAP OF CORTEXES
3.3 FAKTOR PSIKOSOSIAL DAN PERSEKITARAN
Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di bawah faktor ini iaitu faktor
pemanjaan,faktor kurang disiplin dan pengawasan serta orientasi kesenangan.
a) Faktor pemanjaan
Menurut Faldz Hj Ibrahim (2007),memanjakan anak yang terlampau akan
mengakibatkan anak mengambil kesempatan di atas kebaikan ibubapa terhadap
mereka dengan melakukan sesuatu mengikut kehendak hati mereka seperti
memperdayakan orang tua agar mereka dapat apa yang mereka idamkan.Dalam
konteks ini,anak-anak yang terlalu dimanjakan akan menyebabkan mereka ingin memilih
cara sendiri supaya apa yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibubapa
mereka.Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang
hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang tua.Perilaku seperti ini akan menjadi
kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah jika mereka terbawa-bawa tingkahlaku
tersebut di sekolah.Oleh itu,jelaslah bahawa ibubapa yang terlalu manjakan anak
6
menjadi salah satu faktor berlakunya sindrom ini di dalam kelas kerana telah terbiasa
dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat teguran dari
ibubapa mereka.
b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan
Faktor ini juga merupakan faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada
anak-anak kerana kurangnya perhatian dan pengawasan ibubapa yang agak berbeza
dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan.Jika anak-anak diberi kebebasan
melakukian sesuatu perkara mengikut kehendak hati mereka semasa di rumah,maka
tidak hairanlah tingkah laku terseut akan terbawa-bawa ke mana sahaja terutma di
sekolah.Seterusnya perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa
dengan sikap hiperaktif mereka di sekolah.Pada hkikatnya,kanak-kanak yang
mempunyai sikap yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan didisiplinkan.Namun
begitu,sifat ibubapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak-anak menyebabkan
mereka menjadi anak yang tidak mendengar kata,asyik dengan aktiviti sendiri,terlalu
resah,tidak boleh duduk diam hampir di semua tempat serta tidak boleh menumpukan
perhatian terhadap pembelajaran.
c) Orientasikan kesenangan
Anak yang dilimpahi kemewahan juga antara faktor yang boleh menyebabkan hiperaktif
di mana kanak-kanak ini sentiasa menginginkan kesenangan agar semua kehendak
mereka dipenuhi.Mereka agak sukar menerima sedikit kesusahan kerana telah biasa
dilimpahi kesenangan.
4.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF
ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-
kanak.Ia biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan ( Oppotional Defiant
Disorder ) yang mana kanak-kanak itu berkelakuan degil,keras kepala,pemarah dan
pembangkang.Kanak-kanak hiperaktif ini tidak akan dapat duduk diam.Mereka kelihatan seperti
gelisah dan berlari ke sana ke mari,bahkan memanjat-manjat.Masalah harga diri boleh berlaku
kerana kesusahan di sekolah,rumah dan rakan.Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi
kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberikan tumpuan pada pelajaran di sekolah.Ia
melibatkan 3 jenis keadaaan iaitu kurang tumpuan,hiperaktif dan menurut kata hati ataupun
7
Impulsiviti.Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD jika dia mempunyai
lebih daripada enam gejala daripada kategori berikut:
a) KURANG TUMPUAN
Kanak-kanak yang hilang tumpuan,kebiasaannya sangat senang beralih pandangan dari
satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang
cuba bercakap dengannya.Oleh itu,kanak-kanak ini dikategorikan kanak-kanak yang
lemah kuasa penumpuan perhatiannya.Mereka juga adalah sukar untuk mematuhi
segala arahan yang diberikan kepada mereka.Kebiasaannya kanak-kanak ini tidak
menyiapkan tugasan yang diberikan,malah sering melakukan banyak kesilapan di dalam
kerja sekolah mereka serta mudah hilang perhatian dan tergolong sebagai pelupa.
b) HIPERAKTIF
Kebiasaannya,kanak-kanak hiperaktif akan menggoyang-goyangkan tangan dan
kakinya serta menggeliat dan resah di tempat duduknya.Mereka akan meninggalkan
kerusi di kelas dan merayau-rayau tanpa mempedulikan persekitaran mereka walaupun
sepatutnya ia duduk di situ.Kanak-kanak ini berlari-lari dan memanjat dengan berlebihan
iaitu lebih aktif dari kanak-kanak biasa.Kanak-kanak hiperaktif ini juga bising ketika
bermain kerana mereka banyak bercakap.Mereka sebenarnya suka berbicara tetapi
kurang efisyen dalam berkomunikasi.Gangguan pemusatan perhatian membuatkan
mereka sukar berkomunikasi secara timbal balik.Mereka cenderung sibuk dengan diri
sendiri dan kurang mampu merespon lawan secara tepat.Kelakuan hiperaktif selalunya
mendapat perhatian serta merunsingkan ibubapa apabila kanak-kanak itu berusia dua
atau tiga tahun,apabila dia sudah boleh berlari,memanjat dan melompat.
c) IMPULSIVITI (MENURUT KATA HATI)
Kanak-kanak impulsiviti adalah kanak-kanak yang suka menurut kata hatinya
sendiri.Kanak-kanak ini akan menjawab dengan spontan bagi setiap soalan yang
diajukan walaupun soalan yang diajukan itu belum habis.Mereka juga tidak sabar
menunggu giliran dan sering mengganggu rakan-rakan lain semasa mereka bercakap
atau bermain.Gejala hiperaktif ini juga dapat dikesan sebelum kanak-kanak ini berusia 7
tahun.Gejala yang didapati itu mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan.Perubahan yang
berlaku juga haruslah berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti
sekolah,tempat awam dan rumah.Jika ibubapa menyedari bahawa perubahan
8
kelakuananak mereka tidak setaraf dengan tahap umur kanak-kanak itu,maka anak
mereka berkemungkinan tergolong dalam golongan kanak-kanak hiperaktif.Perlu
diketahui bahawa kanak-kanak ini tidak mempunyai masalah tumbesaran ataupun
masalah kesihatan lain kecuali mereka hanya mengalami perubahan perlakuan yang
menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah,masalah dengan rakan-rakan
dan kehidupan hariannya.Oleh itu,jika gejala yang dinyatakan di atas memenuhi kriteria
anak-anak,maka mereka perlulah di rujuk agar mendapat bantuan dari yang pakar atau
professional dengan segera.
Menurut William Cruickshank (1986) kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2
ciri iaitu:
4.1 Sensory Hyperactive (Pancaindera)
Lemah dan gagal memberi tumpuan.
Kanak-kanak ini lemah dan gagal memberi tumpuan dalam pelajaran kerana mereka lebih
banyak memberi tumpuan dalam bermain kerana ia sesuatu yang menghiburkan walaupun
seketika.Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif gagal memberi tumpuan yang baik di dalam
proses pembelajaran.
Mudah hilang tumpuan.
Ketika proses pembelajaran berlangsung,tumpuan kanak-kanak hiperaktif hanya seketika
sahaja akan tetapi selepas beberapa minit mereka akan mengalihkan tumpuan mereka ke
arah sesuatu perkara yang lebih menghiburkan.
Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali.
Tumpuan pandangan dan mendengar bagi kanak-kanak hiperaktif adalah berulang kali
samada di kelas,di tempat-tempat lain atau rumah.
Tidak boleh membuat gambaran,pengasingan dan menyatakan kaitan atau
perhubungan.
Kebiasaannya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan,sesuatu objek,membezakan dan
menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan di antara lori dan
bas.
Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang.
Kanak-kanak ini juga tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi
saiz,jarak dan keadaan ruang.
9
4.2 Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus)
Tingkah laku yang aktif dan melampau:
Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya di mana mereka tidak akan duduk
diam walau sesaat dan ada ketikanya mereka akan bersikap lebih agresif sehingga
menyebabkab pergaduhan dengan rakan.
Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang.
Apabila mereka mendapat sesuatu,mereka akan mencuba pelbagai cara seperti
menghentak,memukul,membaling,atau sebagainya terhadap benda tersebut.Sasarannya
adalah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya.
5.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN.
Ada beberapa kaedah yag boleh dilakukan agar masalah hiperaktif dapat
dikurangkan.Salah satu kaedah yang boleh diambil ialah menggunakan ubat-ubatan yang
disarankan oleh doktor seperti Amphetamine,Ritalin dan Haloperidol untuk membantu mereka
supaya lebih tenang,dapat menumpukan perhatian semasa belajar agar lebih baik dan kurang
bertindak mengikut gerak hati mereka.Malangnya rawatan ini hanya untuk sementara
sahaja.Kesan jangkamasa selepas pengambilan ubat ini adalah bermula 30 hingga 60 minit dan
akan luput selepas 3 hingga 4 jam.Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan
kembali aktif.Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan
negatif.Sebelum pengambilan ubat,pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor kerana
sesetengah ubat hanya berkesan ke atas individu tertentu sahaja.Teknik pengubahsuaian
kelakuan iaitu Behavioural Modification juga merupakan salah satu teknik rawatan bagi kanak-
kanak hiperaktif.Teknik ini lebih berkesan tetapi tekniknya perlulah ditunjukkan oleh pakar
psikologisupaya dapat dijalankan dengan cara yang betul.Teknik ini perlulah diikuti selalu agar
ia berkesan bagi merawat kanak-kanak hiperaktif.Teknik pendekatan pembelajaran iaitu
Educational Approach juga dapat mengurangkan aktiviti kanak-kanak ini di mana dengan teknik
ini dapat melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang
boleh memperkembangkan intelek mereka.Pemakanan bagi kanak-kanak hiperaktif juga perlu
dijaga.Berdasarkan penelitian para ahli pemakanan,makanan yang mengandungi gula dan
karbohidrat yang tinggi tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak hiperaktif.Ini kerana
makanan yang mengandungi gula dan karbohidrat akan mempengaruhi mood kanak-kanak
hiperaktif.Jenis makanan tersebut akan menyebabkan pelepasan hormone stress seperti
adrenalin dan kortisol yang menimbulkan perasaan gelisah.Selain itu,berdasarkan sebuah
10
kajian yang diterbitkan dalam The Lancet,Pediatrics dan Journal of Pediatrics,zat penambah
rasa serta pewarna dan pemanis buatan dalam makanan boleh mendorong “nervous system”
menjadi terlampau aktif.Oleh itu,makanan yang mengandungi aditif makanan perlulah dijauhi
dari kanak-kanak hiperaktif ini agar kadar keaktifan mereka dapat dikurangkan dan dapat
dikawal.Kanak-kanak hiperaktif perlu diberi makanan yang mengandungi kalsium dan
magnesium seperti sayur-sayuran,kekacang, dan bijirin kerana jenis makanan ini dapat
menenangkan mereka.Berikut adalah jenis-jenis makanan yang dicadangkan bagi kanak-kanak
hiperaktif:
Yogurt rendah lemak atau keju rendah lemak tanpa perasa dan pemanis yang
disajikan bersama jus buah.
Kekacang atau bijirin seperti almond,kacang tanah,kuaci dan lain-lain.
Semangkuk buah-buahan yang segar,sejuk atau yang dikeringkan.
Cereal sihat yang disajikan boleh ditambah dengan susu rendah lemak.
6.0 CARA-CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF
Selain daripada menerima rawatan,kanak-kanak ini juga perlukan bimbingan dari guru
dan ibubapa.Ibubapa yang mempunyai kanak-kanak hiperaktif ini perlu menambah
pengetahuan mereka tentang gangguan hiperaktif.Ibubapa juga perlu mengetahui
minat,kelebihan dan bakat anak mereka.Guru dan ibubapa perlu memainkan peranan yang
sangat penting dalam perkembangan emosi dan sosial mereka berikutan egosentrik mereka
sangatlah tinggi kerana segala tindakan mereka difikirkan betul.Jika kesalahan yang mereka
lakukan itu ingin ditegur,haruslah kena pada caranya.Mereka perlu diberikan arahan satu
persatu dengan jelas sekaligus memberikan pujian jika mereka berjaya melakukan sesuatu
yang bagus contohnya mereka beradab dan tertib bila makan.Mereka perlu diberi disiplin yang
konsisten dan dipantau setiap aktiviti yang dilakukan mereka.Guru dan ibubapa juga perlu tahu
bagaimana untuk menarik perhatian mereka ketika menjalankan aktiviti pembelajaran kerana
mereka cepat beralih kepada benda yang dianggap lebih seronok.Oleh itu,ibubapa dan guru
perlulah sentiasa kreatif dalam menyampaikan pengajaran buat mereka.Tempoh pembelajaran
bagi kanak-kanak ini perlulah lebih singkat iaitu antara 10 minit hingga 15 minit.Sewaktu sesi
pembelajaran,mereka perlu ditempatkan di bahagian barisan hadapan di dalam kelas agar
mudah dipantau.Bagi menggalakkan perkembangan kanak-kanak keperluan khas,aktiviti seperti
menghadiri bengkel adalah langkah terbaik untuk mempertingkatkan perkembangan emosi dan
sosial mereka.Di situ kanak-kanak ini juga berpeluang untuk menjelajah dunia pembelajaran
11
yang lebih bersesuaian dengan mereka.Jika terdapat kerja-kerja sekolah yang perlu
dibuat,boleh meminta bantuan guru mencatat tugasan yang ingin diberikan itu di dalam buku
khas di mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada ibubapa mereka.Aktiviti harian
kanak-kanak ini perlu dikekalkan setiap hari agar mudah bagi mereka menjangkakan apa yang
berlaku setiap hari di mana ia menjadi rutin bagi mereka.Ibubapa dan juga guru perlu
membantu mereka mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk
memastikan tugas mereka disempurnakan.Kanak-kanak ini juga perlu diberi galakan untuk
mengawal kata hati mereka umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.Bina
semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan sesekali menitik beratkan
pada kelemahan mereka sahaja.
Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan,didapati nramai kanak-kanak hiperaktif
ini akan kurang berkelakuan agresif bila usia mereka meningkat.Bagaimanapun sifat kurang
yakin kepada diri semdiri,sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang
pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif.Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini
menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa kepada masalah pembelajaran.Oleh
itu,rawatan perlu dimulakan seawal yang boleh.Bagaimanapun kelakuan ini akan berkurangan
apabila mereka semakin meningkat dewasa.
7.0 FOTO KANAK-KANAK HIPERAKTIF.
Adik Mohamad Hafiz ini mengalami sindrom hiperaktif dan Autisme.
12
Asgmen pend khas 2012

More Related Content

Viewers also liked

Bbbs maksud & ciri ciri sej baca
Bbbs maksud & ciri ciri sej bacaBbbs maksud & ciri ciri sej baca
Bbbs maksud & ciri ciri sej baca
innovasi
 
Enfermedades[1] JENNIFER CASTRO
Enfermedades[1] JENNIFER CASTROEnfermedades[1] JENNIFER CASTRO
Enfermedades[1] JENNIFER CASTRO
Jeimys Gatita
 
CAB your multi channel partner
CAB your multi channel partnerCAB your multi channel partner
CAB your multi channel partner
Paul Carnall
 
Nama pelajar (merge)
Nama pelajar (merge)Nama pelajar (merge)
Nama pelajar (merge)
innovasi
 
Property Case Studies
Property Case StudiesProperty Case Studies
Property Case Studies
Paul Carnall
 
Trabajo susy.... power point JEIMYS CASTRO
Trabajo susy.... power point JEIMYS CASTROTrabajo susy.... power point JEIMYS CASTRO
Trabajo susy.... power point JEIMYS CASTRO
Jeimys Gatita
 
Salud jeimys castro
Salud jeimys castroSalud jeimys castro
Salud jeimys castro
Jeimys Gatita
 
Tugas Mandiri Riset Operasi
Tugas Mandiri Riset OperasiTugas Mandiri Riset Operasi
Tugas Mandiri Riset Operasi
Princess Nisa
 

Viewers also liked (9)

Bbbs maksud & ciri ciri sej baca
Bbbs maksud & ciri ciri sej bacaBbbs maksud & ciri ciri sej baca
Bbbs maksud & ciri ciri sej baca
 
Enfermedades[1] JENNIFER CASTRO
Enfermedades[1] JENNIFER CASTROEnfermedades[1] JENNIFER CASTRO
Enfermedades[1] JENNIFER CASTRO
 
CAB your multi channel partner
CAB your multi channel partnerCAB your multi channel partner
CAB your multi channel partner
 
Ch 9
Ch 9Ch 9
Ch 9
 
Nama pelajar (merge)
Nama pelajar (merge)Nama pelajar (merge)
Nama pelajar (merge)
 
Property Case Studies
Property Case StudiesProperty Case Studies
Property Case Studies
 
Trabajo susy.... power point JEIMYS CASTRO
Trabajo susy.... power point JEIMYS CASTROTrabajo susy.... power point JEIMYS CASTRO
Trabajo susy.... power point JEIMYS CASTRO
 
Salud jeimys castro
Salud jeimys castroSalud jeimys castro
Salud jeimys castro
 
Tugas Mandiri Riset Operasi
Tugas Mandiri Riset OperasiTugas Mandiri Riset Operasi
Tugas Mandiri Riset Operasi
 

Similar to Asgmen pend khas 2012

Deteksi Dini - ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders)
Deteksi Dini - ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders)Deteksi Dini - ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders)
Deteksi Dini - ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders)Mas Tri Sragen
 
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
Muhammad Sollahhuddin
 
Lp rm
Lp rmLp rm
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikfajar riansyah
 
Perilaku abnormal pada anak dan remaja
Perilaku abnormal pada anak dan remajaPerilaku abnormal pada anak dan remaja
Perilaku abnormal pada anak dan remaja
agung faisal
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Akhir masa kanak
Akhir masa kanakAkhir masa kanak
Akhir masa kanakReni Dian
 
1. anak non normatif 2012 baru
1. anak non normatif 2012 baru1. anak non normatif 2012 baru
1. anak non normatif 2012 baru
Naddya Paramadithya
 
Makalah permasalahan anak rukia
Makalah permasalahan anak rukiaMakalah permasalahan anak rukia
Makalah permasalahan anak rukia
Septian Muna Barakati
 
Sikap orang tua terhadap anaknya yang menyandang
Sikap orang tua terhadap anaknya yang menyandangSikap orang tua terhadap anaknya yang menyandang
Sikap orang tua terhadap anaknya yang menyandanghanafieminence
 
Gangguan perkembangan autis
Gangguan perkembangan autisGangguan perkembangan autis
Gangguan perkembangan autisSatrio Lintang
 
Makalah Pembelajaran Kelas Khusus
Makalah Pembelajaran Kelas KhususMakalah Pembelajaran Kelas Khusus
Makalah Pembelajaran Kelas Khusus
Dedy Wiranto
 
FISIOTERAPI PEDIATRI - GLOBAL DELAY DEVELOPMENTAL.pptx
FISIOTERAPI PEDIATRI - GLOBAL DELAY DEVELOPMENTAL.pptxFISIOTERAPI PEDIATRI - GLOBAL DELAY DEVELOPMENTAL.pptx
FISIOTERAPI PEDIATRI - GLOBAL DELAY DEVELOPMENTAL.pptx
Julfiana Mardatillah
 
Pendidikan anak dengan keterbatasan
Pendidikan anak dengan keterbatasanPendidikan anak dengan keterbatasan
Pendidikan anak dengan keterbatasanAntary Yuniar Widi
 
EDUP3103: ADD/ADHD.pdf
EDUP3103: ADD/ADHD.pdfEDUP3103: ADD/ADHD.pdf
EDUP3103: ADD/ADHD.pdf
PISMPBM20622AinNajwa
 
PEMBELAJARAN ANAK AUTISM DAN ANAK ADHD SD
PEMBELAJARAN ANAK AUTISM DAN ANAK ADHD SDPEMBELAJARAN ANAK AUTISM DAN ANAK ADHD SD
PEMBELAJARAN ANAK AUTISM DAN ANAK ADHD SD
f1081221041
 
PRESENTATION PENGURUSAN DAN NURSING CARE UNTUK PESAKIT DENGAN SKIZOFRENIA.pptx
PRESENTATION PENGURUSAN DAN NURSING CARE UNTUK PESAKIT DENGAN SKIZOFRENIA.pptxPRESENTATION PENGURUSAN DAN NURSING CARE UNTUK PESAKIT DENGAN SKIZOFRENIA.pptx
PRESENTATION PENGURUSAN DAN NURSING CARE UNTUK PESAKIT DENGAN SKIZOFRENIA.pptx
Fadhli Hasif
 
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinTd10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 

Similar to Asgmen pend khas 2012 (20)

Deteksi Dini - ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders)
Deteksi Dini - ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders)Deteksi Dini - ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders)
Deteksi Dini - ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders)
 
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Lp rm
Lp rmLp rm
Lp rm
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didik
 
Perilaku abnormal pada anak dan remaja
Perilaku abnormal pada anak dan remajaPerilaku abnormal pada anak dan remaja
Perilaku abnormal pada anak dan remaja
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Akhir masa kanak
Akhir masa kanakAkhir masa kanak
Akhir masa kanak
 
1. anak non normatif 2012 baru
1. anak non normatif 2012 baru1. anak non normatif 2012 baru
1. anak non normatif 2012 baru
 
Makalah permasalahan anak rukia
Makalah permasalahan anak rukiaMakalah permasalahan anak rukia
Makalah permasalahan anak rukia
 
Hiperaktif
Hiperaktif Hiperaktif
Hiperaktif
 
Sikap orang tua terhadap anaknya yang menyandang
Sikap orang tua terhadap anaknya yang menyandangSikap orang tua terhadap anaknya yang menyandang
Sikap orang tua terhadap anaknya yang menyandang
 
Gangguan perkembangan autis
Gangguan perkembangan autisGangguan perkembangan autis
Gangguan perkembangan autis
 
Makalah Pembelajaran Kelas Khusus
Makalah Pembelajaran Kelas KhususMakalah Pembelajaran Kelas Khusus
Makalah Pembelajaran Kelas Khusus
 
FISIOTERAPI PEDIATRI - GLOBAL DELAY DEVELOPMENTAL.pptx
FISIOTERAPI PEDIATRI - GLOBAL DELAY DEVELOPMENTAL.pptxFISIOTERAPI PEDIATRI - GLOBAL DELAY DEVELOPMENTAL.pptx
FISIOTERAPI PEDIATRI - GLOBAL DELAY DEVELOPMENTAL.pptx
 
Pendidikan anak dengan keterbatasan
Pendidikan anak dengan keterbatasanPendidikan anak dengan keterbatasan
Pendidikan anak dengan keterbatasan
 
EDUP3103: ADD/ADHD.pdf
EDUP3103: ADD/ADHD.pdfEDUP3103: ADD/ADHD.pdf
EDUP3103: ADD/ADHD.pdf
 
PEMBELAJARAN ANAK AUTISM DAN ANAK ADHD SD
PEMBELAJARAN ANAK AUTISM DAN ANAK ADHD SDPEMBELAJARAN ANAK AUTISM DAN ANAK ADHD SD
PEMBELAJARAN ANAK AUTISM DAN ANAK ADHD SD
 
PRESENTATION PENGURUSAN DAN NURSING CARE UNTUK PESAKIT DENGAN SKIZOFRENIA.pptx
PRESENTATION PENGURUSAN DAN NURSING CARE UNTUK PESAKIT DENGAN SKIZOFRENIA.pptxPRESENTATION PENGURUSAN DAN NURSING CARE UNTUK PESAKIT DENGAN SKIZOFRENIA.pptx
PRESENTATION PENGURUSAN DAN NURSING CARE UNTUK PESAKIT DENGAN SKIZOFRENIA.pptx
 
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinTd10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
 

Recently uploaded

MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
mohfedri24
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
kinayaptr30
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
setiatinambunan
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 

Recently uploaded (20)

MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 

Asgmen pend khas 2012

  • 1. RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK TUGASAN 1 KUMPULAN UPSI-A11 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON MASLINAWATIE BINTI MAT HASAN D20102041573 0194297872 NAMA TUTOR E-LEARNING: EN MOHAMED FAWZI TARIKH SERAH: 22 APRIL 2012 PEMARKAHAN 2. ESEI: (a) (b) 3. FORUM JUMLAH HIPERAKTIF LAMPIRAN 1
  • 2. ISI KANDUNGAN Halaman 1.0 PENGENALAN 1 2.0 DEFINISI HIPERAKTIF 2 3.0 PUNCA BERLAKUNYA HIPERAKTIF 3 3.1 FAKTOR GENETIK 3 3.2 FAKTOR NEUROLOGIK 4,5 3.3 FAKTOR PSIKOSOSIAL DAN PERSEKITARAN 6,7 4.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF 7 5.1 SENSORY HYPERACTIF (PANCAINDERA) 9 5.2 MOTOR HIPERAKTIF (MOTOR KASAR & MOTOR HALUS) 10 5.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN 10 6.0 CARA-CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF 11,12 7.0 FOTO KANAK-KANAK HIPERAKTIF 12 LAMPIRAN 2
  • 3. 1.0 PENGENALAN Merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 11 Julai 2011,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin terhadap anak-anak kurang upaya di mana beliau mengingatkan ibubapa supaya memahami risiko yang menyebabkan berlakunya kecacatan itu.Dari aspek pendidikan,Negara sentiasa memberi perhatian khusus kepada anak-anak kurang upaya.Hal ini terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Khas 1997) Peraturan-peraturan Pendidikan,Bahagian II 3(2), Kementerian Pelajaran perlu menyediakan Pendidikan Khas serta kemudahan untuk kanak-kanak kurang upaya dan bermasalah pembelajaran.Pendidikan khas di definisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanakyang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran,latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah,hospital dan institusi.Kurikulum untuk Pendidikan Khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan atau kurang upaya.Program khas di Malaysia terdiri daripada : a) Kanak-kanak bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down,Perkembangan lewat,Autisme,Hiperaktif,Cerebral Palsy,Epiletik,masalah emosi dan masalah pertuturan. b) Kanak-kanak bermasalah penglihatan c) Kanak-kanak bermasalah pendengaran Di sini,saya ingin mengambil peluang untuk mendekati Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran iaitu kanak-kanak Hiperaktif.Untuk mengenalpasti samada kanak-kanak itu adalah kanak-kanak yang bermasalah Pembelajaran ataupun tidak,terdapat beberapa ciri yang boleh kita perhatikan iaitu mereka mengalami masalah membaca,masalah menulis,masalah mengira,masalah interaksi sosial dan masalah tingkah laku. 1
  • 4. 2.0 DEFINISI HIPERAKTIF Sindrom hiperaktif merupakan istilah gangguan kekurangan perhatian yang terjadi kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai kerosakan otak minimal. (Nelson,1994).Pandangan serta pendapat tentang asal usul terjadinya hiperaktif adalah berbeza-beza.Oleh itu,hiperaktif bolehlah ditakrifkan sebagai gangguan tingkah laku yang tidak normal,disebabkan disfungsi neurologis dengan gejala utama tidak mampu memusatkan perhatian.Hiperaktif dikenali juga dengan istilah „Attention Deficit Hiperactivity Disorder atau ADHD‟.Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini,namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor baka atau genetik.Menurut mereka lagi,ADHD berlaku disebabkan oleh perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak ini lebih kecil daripada otak normal di antara 5-10%.Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif berlaku.Penyelaras Program Pendidikan Awal Kanak-kanak,Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,Prof Madya Dr Mariani Md Nor,berkata kanak-kanak yang diletakkan mengikut kategori masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay).Hiperaktif merupakan satu pola perilaku seseorang yang tidak pernah berdiam diri,sukar untuk dikendalikan,tidak memberi perhatian dan suka bertindak mengikut hatinya sendiri.Hiperaktif juga sukar untuk mengawal diri sendiri agar tidak melakukan sesuatu di luar kemampuan.Sebagai contoh,kanak-kanak hiperaktif tidak pernah memikirkan sesuatu perkara yang ingin dilakukan dari sudut positif dan negative sebaliknya mereka hanya melakukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak sendiri.Gangguan ini umumnya terjadi pada anak-anak yang berusia 7 tahun ke bawah dan tentunya untuk mengatasi anak hiperaktif ini memerlukan kesabaran yang tinggi serta perhatian dari kedua ibubapa yang paling dekat dengan mereka.Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5-15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD.Penyakit ini kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. 2
  • 5. 3.0 PUNCA BERLAKUNYA HIPERAKTIF. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif di kalangan pelajar samada faktor semulajadi mahupun faktor sekeliling. 3.1 FAKTOR GENETIK Faktor kebakaan merupakan salah satu faktor semulajadi yang memainkan peranan utama dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif.Faktor genetik,sudah tentunya dikaitkan dengan hubungan antara anak dengan ahli keluarga samada ibu bapa ataupun saudara mara.Dalam hal ini,ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif semasa kecilbesar kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga.Sesetengah hiperaktif yang dipengaruhi oleh faktor genetikseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak-anak lelaki mereka.Oleh itu peratusan kanak-kanak lelaki menghidap sindrom ini adalah lebih tinggi 3 kali ganda berbanding dengan kanak-kanak perempuan.(Zuhayati Yazid,2009).Selain itu,si kembar juga besar kemungkinan akan mendapat masalah hiperaktif (Sila rujuk Rajah 1 yang menunjukkan pewarisan baka daripada ibubapa kepada anak-anak).Bayi lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami oleh wanita ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD.Wanita yang melalui proses kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko seperti keracunan pada akhir kehamilan contohnya hipertensi,pembengkakan kaki,proteinuria,kecederaan otak akibat kecelakaan pada bahagian kepala seperti trauma kepala dan gegar otak.Selain itu,faktor lemah pendengaran yang diakibatkan oleh infeksi pada telinga sehingga anak tidak dapat menangkap bunyi yang didengarinya.Ini mengakibatkan tingkah laku kanak-kanak itu tidak terkawal dan perkembangan bahasanya yang lambat.Selain itu,faktor psikik juga merupakan masalah yang lebih banyak dipengaruhi oleh hubungan anak dengan dunia luar. 3
  • 6. RAJAH 1 X-LINKED RECESSIVE.CARRIER MOTHER Unaffected father Carrier mother Unaffected Unaffected CarrierAffected Son Daughter DaughterSon Sumber daripada : Eric J.Mash & David A.Wolfe,2004 3.2 FAKTOR NEUROLOGIK Faktor ini merupakan faktor sekeliling yang mengganggu ibu sewaktu hamil.Kebarangkalian untuk mendapat anak hiperaktif adalah disebabkan oleh kelahiran prenatal seperti proses bersalin yang terlampau lama,distress fetal,bersalin menggunakan forcep dan sebagainya jika dibandingkan dengan kelahiran secara normal.Disamping itu,faktor lain yang mempengaruhi terjadinya sindrom ini adalah bayi yang lahir kurang berat badan,ibu yang hamil pada usia yang terlalu muda,ibu yang merokok dan meminum alkohol.Ibu yang mempunyai tekanan perasaan sewaktu hamil,tidak mendapat perhatian suami dan sikap yang terlalu emosional akan mengundang berlakunya masalah ini.Bayi yang lemas sewaktu proses bersalin juga akan mendedahkan bayi tersebut kepada risiko hiperaktif.Biochemical Abnormalities terjadi adalah disebabkan oleh sel-sel yang mengalami kekurangan dalam pengeluaran neurotransmitter 4
  • 7. seperti serotin,dopamine,neropinephrine,acetlycholine, dan bahan-bahan kimia yang lain adalah diandaikan sebagai penyebab kesukaran di dalan neural impulse transmission dan kesan kepada pembelajaran dan masalah tingkah laku.Menurut Sandra (2005) ADHD juga berlaku akibat kekurangan aktiviti dan tahap metabolisme yang rendah di bahagian otak yang tertentu.Kajian menunjukkan bahawa pesakit ADHD mengalami masalah kekurangan aktiviti di mana aktiviti ini mengawal perjalanan bahagian otak yang lain.Bahagian ini akan mengawal tahap aktiviti otak,dorongan dan perhatian seseorqng.Friend (2006) menyatakan bahawqa terdapat 3 bahagian otak iaitu prefrontal cortex,basal ganglia dan cereblum.Ketiga-tiga bahagian ini mengawal fungsi yang berlainan.Bagi penghidap ADHD mereka kekurangan electrical activity dan kekurangan tindakbalas kepada stimulasi bahagian otak (rujuk rajah 2 di bawah menunjukkan penghidap ADHD).Dalam konteks ini,faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang kerap dihidapi oleh ibu sewaktu hamil dan ini dapat mempengaruhi bayi tersebut. RAJAH 2 THE BASIC PARTS OF THE BRAIN 5
  • 8. RAJAH 3 MAP OF CORTEXES 3.3 FAKTOR PSIKOSOSIAL DAN PERSEKITARAN Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di bawah faktor ini iaitu faktor pemanjaan,faktor kurang disiplin dan pengawasan serta orientasi kesenangan. a) Faktor pemanjaan Menurut Faldz Hj Ibrahim (2007),memanjakan anak yang terlampau akan mengakibatkan anak mengambil kesempatan di atas kebaikan ibubapa terhadap mereka dengan melakukan sesuatu mengikut kehendak hati mereka seperti memperdayakan orang tua agar mereka dapat apa yang mereka idamkan.Dalam konteks ini,anak-anak yang terlalu dimanjakan akan menyebabkan mereka ingin memilih cara sendiri supaya apa yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibubapa mereka.Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang tua.Perilaku seperti ini akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah jika mereka terbawa-bawa tingkahlaku tersebut di sekolah.Oleh itu,jelaslah bahawa ibubapa yang terlalu manjakan anak 6
  • 9. menjadi salah satu faktor berlakunya sindrom ini di dalam kelas kerana telah terbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat teguran dari ibubapa mereka. b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan Faktor ini juga merupakan faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak kerana kurangnya perhatian dan pengawasan ibubapa yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan.Jika anak-anak diberi kebebasan melakukian sesuatu perkara mengikut kehendak hati mereka semasa di rumah,maka tidak hairanlah tingkah laku terseut akan terbawa-bawa ke mana sahaja terutma di sekolah.Seterusnya perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa dengan sikap hiperaktif mereka di sekolah.Pada hkikatnya,kanak-kanak yang mempunyai sikap yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan didisiplinkan.Namun begitu,sifat ibubapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak-anak menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendengar kata,asyik dengan aktiviti sendiri,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir di semua tempat serta tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. c) Orientasikan kesenangan Anak yang dilimpahi kemewahan juga antara faktor yang boleh menyebabkan hiperaktif di mana kanak-kanak ini sentiasa menginginkan kesenangan agar semua kehendak mereka dipenuhi.Mereka agak sukar menerima sedikit kesusahan kerana telah biasa dilimpahi kesenangan. 4.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak- kanak.Ia biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan ( Oppotional Defiant Disorder ) yang mana kanak-kanak itu berkelakuan degil,keras kepala,pemarah dan pembangkang.Kanak-kanak hiperaktif ini tidak akan dapat duduk diam.Mereka kelihatan seperti gelisah dan berlari ke sana ke mari,bahkan memanjat-manjat.Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah,rumah dan rakan.Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberikan tumpuan pada pelajaran di sekolah.Ia melibatkan 3 jenis keadaaan iaitu kurang tumpuan,hiperaktif dan menurut kata hati ataupun 7
  • 10. Impulsiviti.Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD jika dia mempunyai lebih daripada enam gejala daripada kategori berikut: a) KURANG TUMPUAN Kanak-kanak yang hilang tumpuan,kebiasaannya sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya.Oleh itu,kanak-kanak ini dikategorikan kanak-kanak yang lemah kuasa penumpuan perhatiannya.Mereka juga adalah sukar untuk mematuhi segala arahan yang diberikan kepada mereka.Kebiasaannya kanak-kanak ini tidak menyiapkan tugasan yang diberikan,malah sering melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah mereka serta mudah hilang perhatian dan tergolong sebagai pelupa. b) HIPERAKTIF Kebiasaannya,kanak-kanak hiperaktif akan menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta menggeliat dan resah di tempat duduknya.Mereka akan meninggalkan kerusi di kelas dan merayau-rayau tanpa mempedulikan persekitaran mereka walaupun sepatutnya ia duduk di situ.Kanak-kanak ini berlari-lari dan memanjat dengan berlebihan iaitu lebih aktif dari kanak-kanak biasa.Kanak-kanak hiperaktif ini juga bising ketika bermain kerana mereka banyak bercakap.Mereka sebenarnya suka berbicara tetapi kurang efisyen dalam berkomunikasi.Gangguan pemusatan perhatian membuatkan mereka sukar berkomunikasi secara timbal balik.Mereka cenderung sibuk dengan diri sendiri dan kurang mampu merespon lawan secara tepat.Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merunsingkan ibubapa apabila kanak-kanak itu berusia dua atau tiga tahun,apabila dia sudah boleh berlari,memanjat dan melompat. c) IMPULSIVITI (MENURUT KATA HATI) Kanak-kanak impulsiviti adalah kanak-kanak yang suka menurut kata hatinya sendiri.Kanak-kanak ini akan menjawab dengan spontan bagi setiap soalan yang diajukan walaupun soalan yang diajukan itu belum habis.Mereka juga tidak sabar menunggu giliran dan sering mengganggu rakan-rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain.Gejala hiperaktif ini juga dapat dikesan sebelum kanak-kanak ini berusia 7 tahun.Gejala yang didapati itu mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan.Perubahan yang berlaku juga haruslah berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti sekolah,tempat awam dan rumah.Jika ibubapa menyedari bahawa perubahan 8
  • 11. kelakuananak mereka tidak setaraf dengan tahap umur kanak-kanak itu,maka anak mereka berkemungkinan tergolong dalam golongan kanak-kanak hiperaktif.Perlu diketahui bahawa kanak-kanak ini tidak mempunyai masalah tumbesaran ataupun masalah kesihatan lain kecuali mereka hanya mengalami perubahan perlakuan yang menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah,masalah dengan rakan-rakan dan kehidupan hariannya.Oleh itu,jika gejala yang dinyatakan di atas memenuhi kriteria anak-anak,maka mereka perlulah di rujuk agar mendapat bantuan dari yang pakar atau professional dengan segera. Menurut William Cruickshank (1986) kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2 ciri iaitu: 4.1 Sensory Hyperactive (Pancaindera) Lemah dan gagal memberi tumpuan. Kanak-kanak ini lemah dan gagal memberi tumpuan dalam pelajaran kerana mereka lebih banyak memberi tumpuan dalam bermain kerana ia sesuatu yang menghiburkan walaupun seketika.Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif gagal memberi tumpuan yang baik di dalam proses pembelajaran. Mudah hilang tumpuan. Ketika proses pembelajaran berlangsung,tumpuan kanak-kanak hiperaktif hanya seketika sahaja akan tetapi selepas beberapa minit mereka akan mengalihkan tumpuan mereka ke arah sesuatu perkara yang lebih menghiburkan. Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali. Tumpuan pandangan dan mendengar bagi kanak-kanak hiperaktif adalah berulang kali samada di kelas,di tempat-tempat lain atau rumah. Tidak boleh membuat gambaran,pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan. Kebiasaannya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan,sesuatu objek,membezakan dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan di antara lori dan bas. Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang. Kanak-kanak ini juga tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz,jarak dan keadaan ruang. 9
  • 12. 4.2 Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) Tingkah laku yang aktif dan melampau: Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya di mana mereka tidak akan duduk diam walau sesaat dan ada ketikanya mereka akan bersikap lebih agresif sehingga menyebabkab pergaduhan dengan rakan. Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang. Apabila mereka mendapat sesuatu,mereka akan mencuba pelbagai cara seperti menghentak,memukul,membaling,atau sebagainya terhadap benda tersebut.Sasarannya adalah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya. 5.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN. Ada beberapa kaedah yag boleh dilakukan agar masalah hiperaktif dapat dikurangkan.Salah satu kaedah yang boleh diambil ialah menggunakan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor seperti Amphetamine,Ritalin dan Haloperidol untuk membantu mereka supaya lebih tenang,dapat menumpukan perhatian semasa belajar agar lebih baik dan kurang bertindak mengikut gerak hati mereka.Malangnya rawatan ini hanya untuk sementara sahaja.Kesan jangkamasa selepas pengambilan ubat ini adalah bermula 30 hingga 60 minit dan akan luput selepas 3 hingga 4 jam.Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan kembali aktif.Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif.Sebelum pengambilan ubat,pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor kerana sesetengah ubat hanya berkesan ke atas individu tertentu sahaja.Teknik pengubahsuaian kelakuan iaitu Behavioural Modification juga merupakan salah satu teknik rawatan bagi kanak- kanak hiperaktif.Teknik ini lebih berkesan tetapi tekniknya perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologisupaya dapat dijalankan dengan cara yang betul.Teknik ini perlulah diikuti selalu agar ia berkesan bagi merawat kanak-kanak hiperaktif.Teknik pendekatan pembelajaran iaitu Educational Approach juga dapat mengurangkan aktiviti kanak-kanak ini di mana dengan teknik ini dapat melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh memperkembangkan intelek mereka.Pemakanan bagi kanak-kanak hiperaktif juga perlu dijaga.Berdasarkan penelitian para ahli pemakanan,makanan yang mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak hiperaktif.Ini kerana makanan yang mengandungi gula dan karbohidrat akan mempengaruhi mood kanak-kanak hiperaktif.Jenis makanan tersebut akan menyebabkan pelepasan hormone stress seperti adrenalin dan kortisol yang menimbulkan perasaan gelisah.Selain itu,berdasarkan sebuah 10
  • 13. kajian yang diterbitkan dalam The Lancet,Pediatrics dan Journal of Pediatrics,zat penambah rasa serta pewarna dan pemanis buatan dalam makanan boleh mendorong “nervous system” menjadi terlampau aktif.Oleh itu,makanan yang mengandungi aditif makanan perlulah dijauhi dari kanak-kanak hiperaktif ini agar kadar keaktifan mereka dapat dikurangkan dan dapat dikawal.Kanak-kanak hiperaktif perlu diberi makanan yang mengandungi kalsium dan magnesium seperti sayur-sayuran,kekacang, dan bijirin kerana jenis makanan ini dapat menenangkan mereka.Berikut adalah jenis-jenis makanan yang dicadangkan bagi kanak-kanak hiperaktif: Yogurt rendah lemak atau keju rendah lemak tanpa perasa dan pemanis yang disajikan bersama jus buah. Kekacang atau bijirin seperti almond,kacang tanah,kuaci dan lain-lain. Semangkuk buah-buahan yang segar,sejuk atau yang dikeringkan. Cereal sihat yang disajikan boleh ditambah dengan susu rendah lemak. 6.0 CARA-CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF Selain daripada menerima rawatan,kanak-kanak ini juga perlukan bimbingan dari guru dan ibubapa.Ibubapa yang mempunyai kanak-kanak hiperaktif ini perlu menambah pengetahuan mereka tentang gangguan hiperaktif.Ibubapa juga perlu mengetahui minat,kelebihan dan bakat anak mereka.Guru dan ibubapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan emosi dan sosial mereka berikutan egosentrik mereka sangatlah tinggi kerana segala tindakan mereka difikirkan betul.Jika kesalahan yang mereka lakukan itu ingin ditegur,haruslah kena pada caranya.Mereka perlu diberikan arahan satu persatu dengan jelas sekaligus memberikan pujian jika mereka berjaya melakukan sesuatu yang bagus contohnya mereka beradab dan tertib bila makan.Mereka perlu diberi disiplin yang konsisten dan dipantau setiap aktiviti yang dilakukan mereka.Guru dan ibubapa juga perlu tahu bagaimana untuk menarik perhatian mereka ketika menjalankan aktiviti pembelajaran kerana mereka cepat beralih kepada benda yang dianggap lebih seronok.Oleh itu,ibubapa dan guru perlulah sentiasa kreatif dalam menyampaikan pengajaran buat mereka.Tempoh pembelajaran bagi kanak-kanak ini perlulah lebih singkat iaitu antara 10 minit hingga 15 minit.Sewaktu sesi pembelajaran,mereka perlu ditempatkan di bahagian barisan hadapan di dalam kelas agar mudah dipantau.Bagi menggalakkan perkembangan kanak-kanak keperluan khas,aktiviti seperti menghadiri bengkel adalah langkah terbaik untuk mempertingkatkan perkembangan emosi dan sosial mereka.Di situ kanak-kanak ini juga berpeluang untuk menjelajah dunia pembelajaran 11
  • 14. yang lebih bersesuaian dengan mereka.Jika terdapat kerja-kerja sekolah yang perlu dibuat,boleh meminta bantuan guru mencatat tugasan yang ingin diberikan itu di dalam buku khas di mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada ibubapa mereka.Aktiviti harian kanak-kanak ini perlu dikekalkan setiap hari agar mudah bagi mereka menjangkakan apa yang berlaku setiap hari di mana ia menjadi rutin bagi mereka.Ibubapa dan juga guru perlu membantu mereka mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugas mereka disempurnakan.Kanak-kanak ini juga perlu diberi galakan untuk mengawal kata hati mereka umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan sesekali menitik beratkan pada kelemahan mereka sahaja. Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan,didapati nramai kanak-kanak hiperaktif ini akan kurang berkelakuan agresif bila usia mereka meningkat.Bagaimanapun sifat kurang yakin kepada diri semdiri,sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif.Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa kepada masalah pembelajaran.Oleh itu,rawatan perlu dimulakan seawal yang boleh.Bagaimanapun kelakuan ini akan berkurangan apabila mereka semakin meningkat dewasa. 7.0 FOTO KANAK-KANAK HIPERAKTIF. Adik Mohamad Hafiz ini mengalami sindrom hiperaktif dan Autisme. 12