1. Aku sebuah kamus.Namaku Kamus Dewan Bahasa .Aku dilahirkan di
sebuah kilang yang terletak di Pahang. Aku dilahirkan pada 30 Julai 2005. Muka
surat bukuku hanya 600 muka surat sahaja .
Selepas itu, aku telaj di masukkan ke dalam kotak lalu di hantar ke sebuah
kedai buku iaitu 'POPULAR' di Kuala Lumpur. Kemudian , aku telah di tanda
harga dengan Rm 400 . Tubuhku dipenuhi isi kandungan. Isi kandungan ini hendak
memudahkan kita untuk mencari maklumat dan senang menyemak kamus.
Kemudian, aku telah di pamerkan dengan buku-buku yang lain. Aku telah
menjadi tumpuan orang ramai. Selepas itu, aku telah dibeli oleh seorang lelaki
yang bernama encik Farhan. Kemudian , aku dibawa pulang kerumahnya.
Aku telah digunakan untuk mencari makna-makna perkataan. Aku telah
memudahkan pembelajaran inggeris. Ramai orang menggunakanku untuk
memantapkan penguasaan bahasa.
Aku telah dijaga dengan baik. Muka suratku tidak boleh dikoyak. Aku
diletakkan di tempat yang selamat. Tuan aku tidak memberi anak-anaknya
menconteng diriku.
Walaupun sudah 6 tahun aku bersama dengan encik Farhan, aku masih
digunakan lagi. Aku dianggap seperti keluarganya sendiri. Aku sangat gembira.