SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
PINJAMAN ANDA
Perusahaan Kecil
dan Sederhana –
Produk Pembiayaan untuk
Perniagaan Anda
Program pendidikan pengguna oleh:
Perusahaan Kecil dan Sederhana
kandungan
Penafian
Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda
sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau
maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan
tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada
nasihat guaman.
Tarikh: 1 Mac 2004
1 Pengenalan
2 Produk yang betul untuk
tujuan yang betul
Pemerolehan aset/
pengembangan perniagaan
– Pinjaman berjangka
– Pajakan
– Sewa beli perindustrian
4 Modal kerja
– Overdraf
– Kredit pusingan
– Pemfaktoran
6 Pembiayaan dagangan
– Surat kredit atau kredit berdokumen
– Resit amanah
– Penerimaan jurubank
– Pembelian bil pertukaran
– Kontrak tukaran asing
– Pembiayaan kredit eksport
9 Perkhidmatan perdagangan
– Bil masuk/keluar untuk pengutipan
11 Jaminan
– Jaminan bank
– Jaminan perkapalan
Pengenalan
Bagi memenuhi keperluan perniagaan anda, institusi kewangan menawarkan
rangkaian produk pembiayaan yang luas untuk perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) di bawah perbankan konvensional dan Islam. Anda boleh memilih daripada
pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran, bergantung kepada keperluan
pembiayaan dan kesesuaian pembiayaan tersebut dengan perniagaan anda.
Buku kecil ini memberi anda pengetahuan asas mengenai jenis-jenis produk
yang terdapat di pasaran, berserta kegunaan dan faedahnya untuk PKS. Ia
bertujuan membantu anda mengenal pasti produk-produk yang paling sesuai
untuk keperluan pembiayaan anda.
Institusi kewangan
menawarkan
rangkaian produk
pembiayaan yang luas
bagi perniagaan anda
PEMEROLEHAN ASET/PENGEMBANGAN
PERNIAGAAN
Perniagaan anda memerlukan aset untuk
beroperasi. Aset-aset ini mungkin terdiri
dari harta benda tak alih seperti kilang,
rumah kedai dan bangunan ataupun lain-
lain aset seperti kenderaan, peralatan,
lekapan dan mesin. Sekiranya anda
bercadang untuk membeli atau memajak
aset-aset tersebut, produk pembiayaan
yang tersedia adalah disenaraikan seperti
berikut:
PINJAMAN BERJANGKA
• Kegunaan
Untuk memperolehi aset tetap (harta
tak alih, iaitu, tanah dan bangunan serta
kenderaan komersil).
• Ciri-ciri
Pinjaman yang diberi untuk jangka masa
yang dipratentukan (tempoh), dengan
pembayaran balik secara ansuran.
PRODUK YANG BETUL UNTUK TUJUAN
YANG BETUL
Umumnya, perniagaan anda memerlukan
pembiayaan untuk pemerolehan aset
dan modal kerja. Walau bagaimanapun,
terdapat pelbagai jenis pembiayaan
yang boleh anda pilih. Misalnya, untuk
memperolehi peralatan perniagaan,
lekapan dan kelengkapan, anda boleh
memilih untuk membiayai pemerolehan
tersebut melalui sewa beli perindustrian,
pajakan ataupun pinjaman berjangka.
Pilihan muktamad adalah keputusan anda.
Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin
mendapatkan maklumat lanjut mengenai
kesesuaian produk tersebut sebelum
membuat keputusan mengenai jenis
pembiayaan untuk perniagaan anda.
Maklumat yang disediakan hanya
sebagai panduan. Oleh yang demikian,
anda harus merujuk kepada institusi
kewangan anda untuk mendapatkan
penjelasan dan maklumat lanjut.
2
Perniagaan
anda
memerlukan
pembiayaan untuk
pemerolehan aset
dan modal kerja
3
• Faedah
Memudahkan pengurusan dana
memandangkan jumlah bayaran dipratentukan.
PAJAKAN
• Kegunaan
Untuk memperolehi modal aset seperti
peralatan dan mesin.
• Ciri-ciri
– Kemudahan yang membenarkan PKS
memajak peralatan daripada institusi
kewangan tanpa perlu membeli peralatan itu
– Terdapat 2 jenis kemudahan pajakan
yang tersedia:
i. Pajakan Operasi
Hak milik dipegang oleh institusi kewangan.
ii. Pajakan Pembiayaan
Hak milik dipegang oleh institusi kewangan.
Walau bagaimanapun, pemajak mempunyai
pilihan untuk membeli aset tersebut pada
akhir tempoh pajakan.
• Faedah
– Memudahkan pengurusan dana
kerana jumlah ansuran pajakan adalah
dipratentukan
– Untuk pajakan operasi, kos penyelenggaraan
ditanggung oleh pemberi pajak (institusi
kewangan)
– Ansuran yang dibayar untuk pajakan layak
mendapat pelepasan cukai sepenuhnya
SEWA BELI PERINDUSTRIAN
• Kegunaan
Untuk memperolehi modal aset seperti
peralatan dan mesin.
• Ciri-ciri
– Satu bentuk pembiayaan yang mana aset
dibeli oleh institusi kewangan dan disewakan
kepada PKS dengan hak milik dikekalkan
oleh institusi kewangan sehingga pinjaman
dibayar balik
– PKS membuat pembayaran balik secara
berkala kepada institusi kewangan
4
• Faedah
– Membolehkan PKS memiliki peralatan
dan mesin tanpa perlu membayar amaun
sepenuhnya terlebih dahulu
– Memudahkan pengurusan dana
memandangkan jumlah pembayaran balik
dipratentukan
– Membolehkan dana yang sedia ada
digunakan bagi tujuan lain
MODAL KERJA
Selain daripada pembiayaan aset, perniagaan
anda memerlukan modal kerja bagi
membiayai operasi harian perniagaan. Pada
amnya, bentuk pembiayaan yang paling
mudah ialah kemudahan overdraf daripada
bank-bank perdagangan. Namun begitu,
walaupun fleksibel, overdraf mungkin
meningkatkan kos perniagaan. Fi komitmen
mungkin dikenakan ke atas baki kemudahan
overdraf atau kredit pusingan yang tidak
digunakan. Faedah-faedah dan ciri-ciri produk
yang disediakan oleh institusi kewangan bagi
tujuan modal kerja adalah seperti yang
berikut:
OVERDRAF (OD)
• Kegunaan
Bagi memenuhi keperluan modal kerja,
iaitu pembayaran gaji, pembelian, utiliti
dan lain-lain.
• Ciri-ciri
– Pinjaman pusingan yang disediakan
kepada pelanggan perniagaan melalui
akaun semasa, yang mana peminjam
boleh mengeluarkan jumlah wang yang
diperlukan dengan cara mengeluarkan
cek selagi tidak melebihi had OD
– Fi komitmen sebanyak 1% dikenakan atas
baki kemudahan yang tidak digunakan
– Faedah dikira atas kadar harian
berdasarkan baki belum jelas pada
akhir setiap hari perniagaan
• Faedah
Kefleksibelan dalam pengurusan dana
kerana OD dapat digunakan secara
berterusan, selagi kemudahan tersebut
digunakan dengan cara yang teratur dan
perniagaan terus diuruskan dengan
memuaskan.
5
KREDIT PUSINGAN (RC)
• Kegunaan
Seperti OD, ia bersifat jangka pendek dan
biasanya digunakan untuk memenuhi
keperluan modal kerja jangka pendek.
• Ciri-ciri
– Pinjaman yang diberikan untuk satu
tempoh jangka masa tertentu yang
boleh dipusing semula apabila matang
– Kemudahan jangka pendek yang sesuai
bagi syarikat-syarikat yang mempunyai
kedudukan kewangan yang baik
– Pengeluaran pinjaman melalui surat
daripada PKS kepada institusi
kewangan dengan menyatakan tempoh
pinjaman yang diperlukan
• Faedah
– Kos pembiayaan lebih rendah
berbanding dengan kemudahan
pembiayaan konvensional
– Dana boleh digunakan secara
berterusan kerana ia adalah
kemudahan pusingan
PEMFAKTORAN
• Kegunaan
Bagi memperolehi pembiayaan
jangka pendek untuk hutang dagangan
(jualan barangan kepada pelanggan
secara kredit).
• Ciri-ciri
Satu kaedah pembiayaan yang mana
institusi kewangan membeli invois
dagangan pelanggan secara diskaun
atas nilai muka invois berkenaan dan
menyediakan pendahuluan tunai bagi
tujuan perniagaan.
• Faedah
– Pendahuluan tunai diperolehi dengan
mudah dan cepat
– Tidak memerlukan cagaran
– Dapat menjual pada harga yang lebih
berdaya saing kepada pengguna yang
membeli secara kredit
Walaupun fleksibel,
overdraf mungkin
meningkatkan
kos perniagaan
6
PEMBIAYAAN DAGANGAN
Selain daripada pembiayaan modal kerja,
institusi kewangan juga menyediakan
pembiayaan kepada PKS yang terlibat
dalam perdagangan domestik dan
antarabangsa. Sebahagian daripada
kemudahan pembiayaan dagangan yang
biasa ditawarkan oleh institusi kewangan
adalah seperti yang berikut:
SURAT KREDIT (LC) ATAU KREDIT
BERDOKUMEN (DC)
• Kegunaan
Bagi mengimport atau membeli barangan,
bahan mentah ataupun peralatan dari
pasaran tempatan.
• Ciri-ciri
Surat aku janji bertulis oleh institusi
kewangan untuk membayar kepada
penjual sejumlah wang yang dipersetujui
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
– Atas pengemukaan dokumen seperti
yang ditetapkan di dalam syarat-syarat LC
– Dalam jangka masa yang ditetapkan
– Di tempat yang ditetapkan
• Faedah
– Dapat memastikan bayaran dibuat
kepada benefisiari
– Mampu memperolehi harga belian
barangan pada harga yang rendah dan
jangka masa bayaran balik yang panjang
kerana LC mencerminkan kepastian
bayaran daripada perspektif penjual
– Dokumen yang dikemukakan akan
diperiksa oleh pakar pembiayaan
perdagangan
– Tidak perlu selalu berkomunikasi dengan
penjual asing memandangkan
keseluruhan transaksi dijalankan melalui,
dan diuruskan oleh institusi kewangan
Institusi
kewangan
juga menyediakan
pembiayaan
kepada PKS yang
terlibat dalam
perdagangan
domestik
dan antarabangsa
7
RESIT AMANAH (TR)
• Kegunaan
Memberi kemudahan kredit dengan
bersandarkan bil yang dikeluarkan di
bawah LC institusi kewangan itu sendiri.
Oleh itu, pelanggan tidak perlu
membuat bayaran serta-merta ke atas
LC.
• Ciri-ciri
Satu kemudahan pembiayaan yang
membolehkan pelanggan menerima
hantaran pembelian tempatan atau
luar negara sebelum pembayaran bil
tampak dibuat.
• Faedah
– Membolehkan pelanggan membayar
penjual dengan serta-merta
– Membolehkan pelanggan menerima
hantaran barangan tanpa perlu
membuat pembayaran serta-merta
– Memudahkan aliran tunai
PENERIMAAN JURUBANK (BA)
• Kegunaan
Pembiayaan perdagangan bona fide seperti eksport,
import ataupun transaksi perdagangan dalam negeri.
• Ciri-ciri
– Draf (Bil Pertukaran) yang dikeluarkan oleh
pelanggan mengikut perintah yang perlu
dibayar pada tarikh tertentu pada masa hadapan
dan diterima oleh institusi kewangan bagi tujuan
pembiayaan perdagangan bona fide
– Jumlah pembiayaan minimum ialah RM50,000
di dalam gandaan RM1,000 [Pengumpulan
("bunching") dibenarkan]
• Faedah
– Menyediakan aliran tunai sebelum hasil jualan
barangan secara hutang dapat dipungut ataupun
membiayai pembelian bahan mentah untuk
pengeluaran
– Sentiasa boleh dijual mengikut kadar pasaran
semasa sekiranya pelanggan memerlukan
pembiayaan segera
– Menyediakan pembiayaan dua-hala kerana
pembiayaan BA adalah terpakai untuk jualan
dan belian
PEMBELIAN BIL PERTUKARAN (PBP)
• Kegunaan
Sebagai satu kaedah pembiayaan
modal kerja bagi pengeksport.
• Ciri-ciri
Kemudahan yang disediakan oleh institusi
kewangan untuk pengeksport, yang mana
institusi kewangan membeli bil keluar
untuk pungutan dan perolehannya
dikreditkan ke dalam akaun pelanggan
dengan serta-merta.
• Faedah
– Boleh memperolehi dana dengan serta-
merta sebaik sahaja dokumen-dokumen
yang diperlukan telah dikemukakan
– Boleh memperbaiki aliran tunai
perniagaan memandangkan PKS boleh
memperoleh dana daripada institusi
kewangan dengan serta-merta
KONTRAK TUKARAN ASING (KTA)
• Kegunaan
Umumnya untuk perniagaan yang
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
– Kerap mengimport dan mengeksport
dalam mata wang asing
– Melibatkan jumlah yang besar
– Mempunyai kedudukan kredit yang
diterima oleh institusi kewangan
• Ciri-ciri
Pembelian dan penjualan tukaran asing
secara lani ataupun hadapan yang
berkaitan dengan perolehan asing ataupun
pembayaran yang perlu dibuat apabila
tampak ataupun pada satu tarikh hadapan
yang boleh ditentukan.
• Faedah
– Pelanggan boleh menetapkan sendiri
kadar tukaran bagi tujuan
pengekosan/perlindungan nilai
– Tidak lagi terdedah kepada risiko turun
naik tukaran terutamanya dalam pasaran
atau keadaan mudah ubah
8
PEMBIAYAAN KREDIT EKSPORT (PKE)
• Kegunaan
– Lazim digunakan oleh pengeksport
yang memenuhi kriteria berikut:
i. Mengeksport produk yang
mempunyai nilai ditambah
sekurang-kurangnya 20% dan
menggunakan sekurang-kurangnya
30% bahan mentah/bahan input
tempatan (kekurangan 2% adalah
dibenarkan) dan tidak berada
dalam senarai negatif Bank Negara
Malaysia
ii. Pengeksport langsung hendaklah
mengeksport sekurang-kurangnya
RM3 juta barangan layak setahun
bagi tahun kewangan terakhir dan
RM3 juta bagi 12 bulan sebelumnya
– Untuk produk pertanian, amaun
minimumnya adalah sebanyak RM1
juta bagi tahun kewangan terakhir dan
12 bulan sebelumnya
• Ciri-ciri
– Ditadbir oleh EXIM Bank
9
– Terdapat 2 jenis kemudahan:
i. Prahantaran
Amaun pembiayaan dikira dengan
menggunakan 2 cara:
Mengikut Pesanan
80% daripada nilai pesanan eksport atau
kontrak jualan dibundarkan kepada ribu
terhampir.
Sijil Prestasi (SP)
Amaun yang layak dinyatakan di dalam SP.
ii. Pasca hantaran
Amaun pembiayaan sehingga 100%
daripada bil eksport dibundarkan kepada
ribu terhampir
• Faedah
Sumber yang murah untuk pembiayaan eksport.
PERKHIDMATAN PERDAGANGAN
Untuk membantu pelanggan dalam transaksi
perdagangan, institusi kewangan juga
memberikan khidmat pembayaran. Bil
masuk/keluar untuk khidmat pengutipan
dinyatakan seperti yang berikut:
• Faedah
– Pembeli:
i. Satu kaedah pembayaran yang
selamat memandangkan pembayaran
boleh ditangguhkan oleh pembeli
sehingga barangan sampai atau
ditangguhkan sekiranya rancangan
untuk menangguh pembayaran
dipersetujui
ii. Pelanggan akan mempunyai masa
untuk memeriksa dokumen sebelum
membuat pembayaran/penerimaan
– Penjual:
i. Dokumen bernilai, iaitu dokumen
hak milik tidak dilepaskan kepada
pembeli (pesuruh bayar) sehingga
pembayaran atau penerimaan telah
disempurnakan
ii. Sebaik sahaja bil diterima oleh
pembeli (pesuruh bayar), penjual
(penyuruh bayar) boleh mendapatkan
remedi undang-undang sekiranya
tiada pembayaran diterima pada
tarikh matang
BIL MASUK/KELUAR UNTUK PENGUTIPAN
(OBC/IBC)
• Kegunaan
Membantu pelanggan membuat
pembayaran bagi transaksi perdagangan.
• Ciri-ciri
– Dokumen-dokumen disalurkan melalui
institusi kewangan mengikut arahan
khusus
– Institusi kewangan mengendalikan
dokumen berdasarkan arahan yang
diterima (daripada pelanggan atau
cawangan lain atau institusi kewangan)
untuk:
i. Mendapatkan penerimaan dan/atau
pembayaran
ii. Menghantar dokumen komersil
bersandarkan penerimaan dan/atau
bersandarkan pembayaran
iii. Menghantar dokumen atas terma dan
syarat-syarat lain
10
JAMINAN
Di samping pembiayaan untuk perniagaan,
anda mungkin memerlukan kemudahan
jaminan bagi pelbagai tujuan. Pada
asasnya, kemudahan jaminan ini adalah
aku janji institusi kewangan bagi pihak
anda (pihak ketiga) yang dibuat
berasaskan undang-undang. Aku janji ini
menjamin pembayaran sejumlah wang
yang telah ditetapkan jumlahnya kepada
benefisiari, seandainya perniagaan anda
gagal menjelaskan hutangnya atau tidak
melakukan sesuatu obligasi undang-
undang. Ini adalah tertakluk kepada
pematuhan sepenuhnya kesemua syarat
yang ditetapkan di dalam jaminan
berkenaan. Terdapat beberapa jenis
jaminan yang boleh diaturkan oleh institusi
kewangan bergantung kepada keperluan-
keperluan spesifik peminjam.
Institusi kewangan mungkin mengambil
kira beberapa faktor sebelum sesuatu
jaminan dikeluarkan, seperti saiz, tempoh
dan tarikh luput serta kedudukan kredit
pelanggan terlibat. Berikut adalah jenis-
jenis jaminan yang biasa diperolehi:
JAMINAN BANK (BG)
• Kegunaan
– Menyediakan jaminan bagi kepentingan
pihak ketiga untuk prestasi kerja,
pembayaran, dll.
– Umumnya, jenis perniagaan yang
memerlukan BG adalah kontraktor,
seperti kontraktor binaan dan pembekal.
Bagi sektor korporat, BG dikeluarkan
untuk terbitan sekuriti hutang swasta
• Ciri-ciri
– Jenis jaminan:
i. Jaminan Tender atau Bon Bida
ii. Jaminan Prestasi
iii. Jaminan Pembayaran Pendahuluan
iv. Jaminan Waranti Penyelenggaraan
v. Jaminan Bendungan
vi. Jaminan Sekuriti
11
Institusi kewangan
akan mengambil
kira beberapa
faktor sebelum
jaminan dikeluarkan
– Komisen akan dikenakan berdasarkan
amaun dan tempoh jaminan
– Tempoh maksimum jaminan adalah
berpandukan kepada peraturan
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia,
iaitu jaminan tidak boleh dikeluarkan
untuk tempoh melebihi 1 tahun kecuali
kontrak kerajaan. Manakala tempoh
luput jaminan mestilah tidak melebihi
12 bulan selepas tarikh luput tempoh
kontrak asal.
• Faedah
– Menunjukkan kebolehan pelanggan/
pemohon untuk melakukan kerja seperti
yang ditetapkan dalam kontrak
– Boleh mendapatkan terma perdagangan
yang lebih baik daripada benefisiari jika
BG disertakan
– Tiada keperluan mengumpul wang tunai
untuk memenuhi keperluan deposit.
Dana boleh digunakan untuk pengurusan
modal kerja
– Memberi pelanggan akses kepada
dana terutama sekali apabila BG
dikeluarkan untuk tujuan pembayaran
pendahuluan atau pelepasan dana tertahan
di bawah kontrak
JAMINAN PERKAPALAN (JP)
• Kegunaan
Untuk mempercepatkan penyerahan barangan
yang sampai sebelum dokumen pengangkutan
asal diterima.
• Ciri-ciri
– Jaminan atau aku janji yang dikeluarkan
oleh institusi kewangan kepada ejen
perkapalan untuk menyerahkan barangan
tanpa memerlukan dokumen pengangkutan
asal
– JP biasanya dikeluarkan apabila barangan
pada asalnya diimport di bawah LC dan perlu
bersandarkan kemudahan TR/BA
• Faedah
Membantu memastikan pengeluaran ataupun
kontrak dapat dilaksanakan pada tarikh yang
ditetapkan.
12
Design Copyright © 2004 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT
SILA LAYARI
www.bankinginfo.com.my
ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK-BANK TERTENTU
Edisi Pertama

More Related Content

Similar to Sme produk

Praktis Perbankan Islam
Praktis Perbankan IslamPraktis Perbankan Islam
Praktis Perbankan IslamAzim Ismail14
 
Perkhidmatan Bank Perdagangan - PERDAGANGAN TINGKATAN 5
Perkhidmatan Bank Perdagangan - PERDAGANGAN TINGKATAN 5Perkhidmatan Bank Perdagangan - PERDAGANGAN TINGKATAN 5
Perkhidmatan Bank Perdagangan - PERDAGANGAN TINGKATAN 5najwanabila
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Farhana Aisyah Norzelan
 
Bantuan kewangan & prasarana
Bantuan kewangan & prasaranaBantuan kewangan & prasarana
Bantuan kewangan & prasaranaAlif Akram
 
Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2seethor
 
T1-Bab7-Perdagangan dan Keusahawanan
T1-Bab7-Perdagangan dan KeusahawananT1-Bab7-Perdagangan dan Keusahawanan
T1-Bab7-Perdagangan dan Keusahawanansmrsmart
 
Prinsip perakaunan kewangan
Prinsip perakaunan kewanganPrinsip perakaunan kewangan
Prinsip perakaunan kewangansufiey84
 
Syarat2 menjadi francaisee
Syarat2 menjadi francaiseeSyarat2 menjadi francaisee
Syarat2 menjadi francaiseeyenlin
 
Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3amm_kmz
 
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalianBab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendaliangangga satyanarain
 
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalianBab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendaliangangga satyanarain
 
Fitur ekonomi dlm pembelian kredit today pnp
Fitur ekonomi dlm pembelian kredit today pnpFitur ekonomi dlm pembelian kredit today pnp
Fitur ekonomi dlm pembelian kredit today pnparharynna
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)Fatimah Shukur
 

Similar to Sme produk (20)

SISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAIN
SISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAINSISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAIN
SISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAIN
 
SISTEM PERBANKAN
SISTEM PERBANKANSISTEM PERBANKAN
SISTEM PERBANKAN
 
Praktis Perbankan Islam
Praktis Perbankan IslamPraktis Perbankan Islam
Praktis Perbankan Islam
 
Perkhidmatan Bank Perdagangan - PERDAGANGAN TINGKATAN 5
Perkhidmatan Bank Perdagangan - PERDAGANGAN TINGKATAN 5Perkhidmatan Bank Perdagangan - PERDAGANGAN TINGKATAN 5
Perkhidmatan Bank Perdagangan - PERDAGANGAN TINGKATAN 5
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
 
PROSES
PROSESPROSES
PROSES
 
Bantuan kewangan & prasarana
Bantuan kewangan & prasaranaBantuan kewangan & prasarana
Bantuan kewangan & prasarana
 
Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2Kh form 2-bab 2
Kh form 2-bab 2
 
Ringgit 2014
Ringgit 2014Ringgit 2014
Ringgit 2014
 
T1-Bab7-Perdagangan dan Keusahawanan
T1-Bab7-Perdagangan dan KeusahawananT1-Bab7-Perdagangan dan Keusahawanan
T1-Bab7-Perdagangan dan Keusahawanan
 
Prinsip perakaunan kewangan
Prinsip perakaunan kewanganPrinsip perakaunan kewangan
Prinsip perakaunan kewangan
 
Syarat2 menjadi francaisee
Syarat2 menjadi francaiseeSyarat2 menjadi francaisee
Syarat2 menjadi francaisee
 
Perbankan
PerbankanPerbankan
Perbankan
 
Saham wakaf
Saham wakafSaham wakaf
Saham wakaf
 
Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3
 
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalianBab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
 
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalianBab 2 penubuhan dan pengendalian
Bab 2 penubuhan dan pengendalian
 
Fitur ekonomi dlm pembelian kredit today pnp
Fitur ekonomi dlm pembelian kredit today pnpFitur ekonomi dlm pembelian kredit today pnp
Fitur ekonomi dlm pembelian kredit today pnp
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
 
Sistem perbankan
Sistem perbankanSistem perbankan
Sistem perbankan
 

More from AlFakir Fikri AlTakiri

Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdf
Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdfNotes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdf
Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdfAlFakir Fikri AlTakiri
 
04 designing-plastic-products-injection-moulding
04 designing-plastic-products-injection-moulding04 designing-plastic-products-injection-moulding
04 designing-plastic-products-injection-mouldingAlFakir Fikri AlTakiri
 
Auto cad workbook2d hartnell college engineering technology
Auto cad workbook2d   hartnell college engineering technologyAuto cad workbook2d   hartnell college engineering technology
Auto cad workbook2d hartnell college engineering technologyAlFakir Fikri AlTakiri
 
(Without animation) animated timeline free power point template
(Without animation) animated timeline free power point template(Without animation) animated timeline free power point template
(Without animation) animated timeline free power point templateAlFakir Fikri AlTakiri
 
(With animation) animated timeline free power point template
(With animation) animated timeline free power point template(With animation) animated timeline free power point template
(With animation) animated timeline free power point templateAlFakir Fikri AlTakiri
 
Cambridge english vocabulary in use - pre-int int
Cambridge   english vocabulary in use - pre-int intCambridge   english vocabulary in use - pre-int int
Cambridge english vocabulary in use - pre-int intAlFakir Fikri AlTakiri
 
Cambridge english vocabulary in use - elem
Cambridge   english vocabulary in use - elemCambridge   english vocabulary in use - elem
Cambridge english vocabulary in use - elemAlFakir Fikri AlTakiri
 

More from AlFakir Fikri AlTakiri (20)

Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdf
Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdfNotes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdf
Notes-Engineering-Graphics-and-Design-1-.pdf
 
Machine_Drawing.pdf
Machine_Drawing.pdfMachine_Drawing.pdf
Machine_Drawing.pdf
 
04 designing-plastic-products-injection-moulding
04 designing-plastic-products-injection-moulding04 designing-plastic-products-injection-moulding
04 designing-plastic-products-injection-moulding
 
10 study successful-calculation
10 study successful-calculation10 study successful-calculation
10 study successful-calculation
 
Auto cad workbook2d hartnell college engineering technology
Auto cad workbook2d   hartnell college engineering technologyAuto cad workbook2d   hartnell college engineering technology
Auto cad workbook2d hartnell college engineering technology
 
Auto cad 2020_shortcuts_guide
Auto cad 2020_shortcuts_guideAuto cad 2020_shortcuts_guide
Auto cad 2020_shortcuts_guide
 
Multi view dimensioning rules notes
Multi view dimensioning rules   notesMulti view dimensioning rules   notes
Multi view dimensioning rules notes
 
(Without animation) animated timeline free power point template
(Without animation) animated timeline free power point template(Without animation) animated timeline free power point template
(Without animation) animated timeline free power point template
 
(With animation) animated timeline free power point template
(With animation) animated timeline free power point template(With animation) animated timeline free power point template
(With animation) animated timeline free power point template
 
Cambridge english vocabulary in use - pre-int int
Cambridge   english vocabulary in use - pre-int intCambridge   english vocabulary in use - pre-int int
Cambridge english vocabulary in use - pre-int int
 
Cambridge english vocabulary in use - elem
Cambridge   english vocabulary in use - elemCambridge   english vocabulary in use - elem
Cambridge english vocabulary in use - elem
 
Basic english usage_[oxford]
Basic english usage_[oxford]Basic english usage_[oxford]
Basic english usage_[oxford]
 
Robot simulation for_control_design
Robot simulation for_control_designRobot simulation for_control_design
Robot simulation for_control_design
 
Win zip 17 code
Win zip 17 codeWin zip 17 code
Win zip 17 code
 
Rp percetakan
Rp percetakanRp percetakan
Rp percetakan
 
Panduan rancangan kewangan
Panduan rancangan kewanganPanduan rancangan kewangan
Panduan rancangan kewangan
 
Format penulisan rp
Format penulisan rpFormat penulisan rp
Format penulisan rp
 
Contoh rp
Contoh rpContoh rp
Contoh rp
 
Bantuan kewangan
Bantuan kewanganBantuan kewangan
Bantuan kewangan
 
Sme produk
Sme produkSme produk
Sme produk
 

Sme produk

  • 1. PINJAMAN ANDA Perusahaan Kecil dan Sederhana – Produk Pembiayaan untuk Perniagaan Anda Program pendidikan pengguna oleh: Perusahaan Kecil dan Sederhana
  • 2. kandungan Penafian Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman. Tarikh: 1 Mac 2004 1 Pengenalan 2 Produk yang betul untuk tujuan yang betul Pemerolehan aset/ pengembangan perniagaan – Pinjaman berjangka – Pajakan – Sewa beli perindustrian 4 Modal kerja – Overdraf – Kredit pusingan – Pemfaktoran 6 Pembiayaan dagangan – Surat kredit atau kredit berdokumen – Resit amanah – Penerimaan jurubank – Pembelian bil pertukaran – Kontrak tukaran asing – Pembiayaan kredit eksport 9 Perkhidmatan perdagangan – Bil masuk/keluar untuk pengutipan 11 Jaminan – Jaminan bank – Jaminan perkapalan
  • 3. Pengenalan Bagi memenuhi keperluan perniagaan anda, institusi kewangan menawarkan rangkaian produk pembiayaan yang luas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perbankan konvensional dan Islam. Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran, bergantung kepada keperluan pembiayaan dan kesesuaian pembiayaan tersebut dengan perniagaan anda. Buku kecil ini memberi anda pengetahuan asas mengenai jenis-jenis produk yang terdapat di pasaran, berserta kegunaan dan faedahnya untuk PKS. Ia bertujuan membantu anda mengenal pasti produk-produk yang paling sesuai untuk keperluan pembiayaan anda. Institusi kewangan menawarkan rangkaian produk pembiayaan yang luas bagi perniagaan anda
  • 4. PEMEROLEHAN ASET/PENGEMBANGAN PERNIAGAAN Perniagaan anda memerlukan aset untuk beroperasi. Aset-aset ini mungkin terdiri dari harta benda tak alih seperti kilang, rumah kedai dan bangunan ataupun lain- lain aset seperti kenderaan, peralatan, lekapan dan mesin. Sekiranya anda bercadang untuk membeli atau memajak aset-aset tersebut, produk pembiayaan yang tersedia adalah disenaraikan seperti berikut: PINJAMAN BERJANGKA • Kegunaan Untuk memperolehi aset tetap (harta tak alih, iaitu, tanah dan bangunan serta kenderaan komersil). • Ciri-ciri Pinjaman yang diberi untuk jangka masa yang dipratentukan (tempoh), dengan pembayaran balik secara ansuran. PRODUK YANG BETUL UNTUK TUJUAN YANG BETUL Umumnya, perniagaan anda memerlukan pembiayaan untuk pemerolehan aset dan modal kerja. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis pembiayaan yang boleh anda pilih. Misalnya, untuk memperolehi peralatan perniagaan, lekapan dan kelengkapan, anda boleh memilih untuk membiayai pemerolehan tersebut melalui sewa beli perindustrian, pajakan ataupun pinjaman berjangka. Pilihan muktamad adalah keputusan anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesesuaian produk tersebut sebelum membuat keputusan mengenai jenis pembiayaan untuk perniagaan anda. Maklumat yang disediakan hanya sebagai panduan. Oleh yang demikian, anda harus merujuk kepada institusi kewangan anda untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut. 2 Perniagaan anda memerlukan pembiayaan untuk pemerolehan aset dan modal kerja
  • 5. 3 • Faedah Memudahkan pengurusan dana memandangkan jumlah bayaran dipratentukan. PAJAKAN • Kegunaan Untuk memperolehi modal aset seperti peralatan dan mesin. • Ciri-ciri – Kemudahan yang membenarkan PKS memajak peralatan daripada institusi kewangan tanpa perlu membeli peralatan itu – Terdapat 2 jenis kemudahan pajakan yang tersedia: i. Pajakan Operasi Hak milik dipegang oleh institusi kewangan. ii. Pajakan Pembiayaan Hak milik dipegang oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, pemajak mempunyai pilihan untuk membeli aset tersebut pada akhir tempoh pajakan. • Faedah – Memudahkan pengurusan dana kerana jumlah ansuran pajakan adalah dipratentukan – Untuk pajakan operasi, kos penyelenggaraan ditanggung oleh pemberi pajak (institusi kewangan) – Ansuran yang dibayar untuk pajakan layak mendapat pelepasan cukai sepenuhnya SEWA BELI PERINDUSTRIAN • Kegunaan Untuk memperolehi modal aset seperti peralatan dan mesin. • Ciri-ciri – Satu bentuk pembiayaan yang mana aset dibeli oleh institusi kewangan dan disewakan kepada PKS dengan hak milik dikekalkan oleh institusi kewangan sehingga pinjaman dibayar balik – PKS membuat pembayaran balik secara berkala kepada institusi kewangan
  • 6. 4 • Faedah – Membolehkan PKS memiliki peralatan dan mesin tanpa perlu membayar amaun sepenuhnya terlebih dahulu – Memudahkan pengurusan dana memandangkan jumlah pembayaran balik dipratentukan – Membolehkan dana yang sedia ada digunakan bagi tujuan lain MODAL KERJA Selain daripada pembiayaan aset, perniagaan anda memerlukan modal kerja bagi membiayai operasi harian perniagaan. Pada amnya, bentuk pembiayaan yang paling mudah ialah kemudahan overdraf daripada bank-bank perdagangan. Namun begitu, walaupun fleksibel, overdraf mungkin meningkatkan kos perniagaan. Fi komitmen mungkin dikenakan ke atas baki kemudahan overdraf atau kredit pusingan yang tidak digunakan. Faedah-faedah dan ciri-ciri produk yang disediakan oleh institusi kewangan bagi tujuan modal kerja adalah seperti yang berikut: OVERDRAF (OD) • Kegunaan Bagi memenuhi keperluan modal kerja, iaitu pembayaran gaji, pembelian, utiliti dan lain-lain. • Ciri-ciri – Pinjaman pusingan yang disediakan kepada pelanggan perniagaan melalui akaun semasa, yang mana peminjam boleh mengeluarkan jumlah wang yang diperlukan dengan cara mengeluarkan cek selagi tidak melebihi had OD – Fi komitmen sebanyak 1% dikenakan atas baki kemudahan yang tidak digunakan – Faedah dikira atas kadar harian berdasarkan baki belum jelas pada akhir setiap hari perniagaan • Faedah Kefleksibelan dalam pengurusan dana kerana OD dapat digunakan secara berterusan, selagi kemudahan tersebut digunakan dengan cara yang teratur dan perniagaan terus diuruskan dengan memuaskan.
  • 7. 5 KREDIT PUSINGAN (RC) • Kegunaan Seperti OD, ia bersifat jangka pendek dan biasanya digunakan untuk memenuhi keperluan modal kerja jangka pendek. • Ciri-ciri – Pinjaman yang diberikan untuk satu tempoh jangka masa tertentu yang boleh dipusing semula apabila matang – Kemudahan jangka pendek yang sesuai bagi syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik – Pengeluaran pinjaman melalui surat daripada PKS kepada institusi kewangan dengan menyatakan tempoh pinjaman yang diperlukan • Faedah – Kos pembiayaan lebih rendah berbanding dengan kemudahan pembiayaan konvensional – Dana boleh digunakan secara berterusan kerana ia adalah kemudahan pusingan PEMFAKTORAN • Kegunaan Bagi memperolehi pembiayaan jangka pendek untuk hutang dagangan (jualan barangan kepada pelanggan secara kredit). • Ciri-ciri Satu kaedah pembiayaan yang mana institusi kewangan membeli invois dagangan pelanggan secara diskaun atas nilai muka invois berkenaan dan menyediakan pendahuluan tunai bagi tujuan perniagaan. • Faedah – Pendahuluan tunai diperolehi dengan mudah dan cepat – Tidak memerlukan cagaran – Dapat menjual pada harga yang lebih berdaya saing kepada pengguna yang membeli secara kredit Walaupun fleksibel, overdraf mungkin meningkatkan kos perniagaan
  • 8. 6 PEMBIAYAAN DAGANGAN Selain daripada pembiayaan modal kerja, institusi kewangan juga menyediakan pembiayaan kepada PKS yang terlibat dalam perdagangan domestik dan antarabangsa. Sebahagian daripada kemudahan pembiayaan dagangan yang biasa ditawarkan oleh institusi kewangan adalah seperti yang berikut: SURAT KREDIT (LC) ATAU KREDIT BERDOKUMEN (DC) • Kegunaan Bagi mengimport atau membeli barangan, bahan mentah ataupun peralatan dari pasaran tempatan. • Ciri-ciri Surat aku janji bertulis oleh institusi kewangan untuk membayar kepada penjual sejumlah wang yang dipersetujui tertakluk kepada syarat-syarat berikut: – Atas pengemukaan dokumen seperti yang ditetapkan di dalam syarat-syarat LC – Dalam jangka masa yang ditetapkan – Di tempat yang ditetapkan • Faedah – Dapat memastikan bayaran dibuat kepada benefisiari – Mampu memperolehi harga belian barangan pada harga yang rendah dan jangka masa bayaran balik yang panjang kerana LC mencerminkan kepastian bayaran daripada perspektif penjual – Dokumen yang dikemukakan akan diperiksa oleh pakar pembiayaan perdagangan – Tidak perlu selalu berkomunikasi dengan penjual asing memandangkan keseluruhan transaksi dijalankan melalui, dan diuruskan oleh institusi kewangan Institusi kewangan juga menyediakan pembiayaan kepada PKS yang terlibat dalam perdagangan domestik dan antarabangsa
  • 9. 7 RESIT AMANAH (TR) • Kegunaan Memberi kemudahan kredit dengan bersandarkan bil yang dikeluarkan di bawah LC institusi kewangan itu sendiri. Oleh itu, pelanggan tidak perlu membuat bayaran serta-merta ke atas LC. • Ciri-ciri Satu kemudahan pembiayaan yang membolehkan pelanggan menerima hantaran pembelian tempatan atau luar negara sebelum pembayaran bil tampak dibuat. • Faedah – Membolehkan pelanggan membayar penjual dengan serta-merta – Membolehkan pelanggan menerima hantaran barangan tanpa perlu membuat pembayaran serta-merta – Memudahkan aliran tunai PENERIMAAN JURUBANK (BA) • Kegunaan Pembiayaan perdagangan bona fide seperti eksport, import ataupun transaksi perdagangan dalam negeri. • Ciri-ciri – Draf (Bil Pertukaran) yang dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh tertentu pada masa hadapan dan diterima oleh institusi kewangan bagi tujuan pembiayaan perdagangan bona fide – Jumlah pembiayaan minimum ialah RM50,000 di dalam gandaan RM1,000 [Pengumpulan ("bunching") dibenarkan] • Faedah – Menyediakan aliran tunai sebelum hasil jualan barangan secara hutang dapat dipungut ataupun membiayai pembelian bahan mentah untuk pengeluaran – Sentiasa boleh dijual mengikut kadar pasaran semasa sekiranya pelanggan memerlukan pembiayaan segera – Menyediakan pembiayaan dua-hala kerana pembiayaan BA adalah terpakai untuk jualan dan belian
  • 10. PEMBELIAN BIL PERTUKARAN (PBP) • Kegunaan Sebagai satu kaedah pembiayaan modal kerja bagi pengeksport. • Ciri-ciri Kemudahan yang disediakan oleh institusi kewangan untuk pengeksport, yang mana institusi kewangan membeli bil keluar untuk pungutan dan perolehannya dikreditkan ke dalam akaun pelanggan dengan serta-merta. • Faedah – Boleh memperolehi dana dengan serta- merta sebaik sahaja dokumen-dokumen yang diperlukan telah dikemukakan – Boleh memperbaiki aliran tunai perniagaan memandangkan PKS boleh memperoleh dana daripada institusi kewangan dengan serta-merta KONTRAK TUKARAN ASING (KTA) • Kegunaan Umumnya untuk perniagaan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: – Kerap mengimport dan mengeksport dalam mata wang asing – Melibatkan jumlah yang besar – Mempunyai kedudukan kredit yang diterima oleh institusi kewangan • Ciri-ciri Pembelian dan penjualan tukaran asing secara lani ataupun hadapan yang berkaitan dengan perolehan asing ataupun pembayaran yang perlu dibuat apabila tampak ataupun pada satu tarikh hadapan yang boleh ditentukan. • Faedah – Pelanggan boleh menetapkan sendiri kadar tukaran bagi tujuan pengekosan/perlindungan nilai – Tidak lagi terdedah kepada risiko turun naik tukaran terutamanya dalam pasaran atau keadaan mudah ubah 8
  • 11. PEMBIAYAAN KREDIT EKSPORT (PKE) • Kegunaan – Lazim digunakan oleh pengeksport yang memenuhi kriteria berikut: i. Mengeksport produk yang mempunyai nilai ditambah sekurang-kurangnya 20% dan menggunakan sekurang-kurangnya 30% bahan mentah/bahan input tempatan (kekurangan 2% adalah dibenarkan) dan tidak berada dalam senarai negatif Bank Negara Malaysia ii. Pengeksport langsung hendaklah mengeksport sekurang-kurangnya RM3 juta barangan layak setahun bagi tahun kewangan terakhir dan RM3 juta bagi 12 bulan sebelumnya – Untuk produk pertanian, amaun minimumnya adalah sebanyak RM1 juta bagi tahun kewangan terakhir dan 12 bulan sebelumnya • Ciri-ciri – Ditadbir oleh EXIM Bank 9 – Terdapat 2 jenis kemudahan: i. Prahantaran Amaun pembiayaan dikira dengan menggunakan 2 cara: Mengikut Pesanan 80% daripada nilai pesanan eksport atau kontrak jualan dibundarkan kepada ribu terhampir. Sijil Prestasi (SP) Amaun yang layak dinyatakan di dalam SP. ii. Pasca hantaran Amaun pembiayaan sehingga 100% daripada bil eksport dibundarkan kepada ribu terhampir • Faedah Sumber yang murah untuk pembiayaan eksport. PERKHIDMATAN PERDAGANGAN Untuk membantu pelanggan dalam transaksi perdagangan, institusi kewangan juga memberikan khidmat pembayaran. Bil masuk/keluar untuk khidmat pengutipan dinyatakan seperti yang berikut:
  • 12. • Faedah – Pembeli: i. Satu kaedah pembayaran yang selamat memandangkan pembayaran boleh ditangguhkan oleh pembeli sehingga barangan sampai atau ditangguhkan sekiranya rancangan untuk menangguh pembayaran dipersetujui ii. Pelanggan akan mempunyai masa untuk memeriksa dokumen sebelum membuat pembayaran/penerimaan – Penjual: i. Dokumen bernilai, iaitu dokumen hak milik tidak dilepaskan kepada pembeli (pesuruh bayar) sehingga pembayaran atau penerimaan telah disempurnakan ii. Sebaik sahaja bil diterima oleh pembeli (pesuruh bayar), penjual (penyuruh bayar) boleh mendapatkan remedi undang-undang sekiranya tiada pembayaran diterima pada tarikh matang BIL MASUK/KELUAR UNTUK PENGUTIPAN (OBC/IBC) • Kegunaan Membantu pelanggan membuat pembayaran bagi transaksi perdagangan. • Ciri-ciri – Dokumen-dokumen disalurkan melalui institusi kewangan mengikut arahan khusus – Institusi kewangan mengendalikan dokumen berdasarkan arahan yang diterima (daripada pelanggan atau cawangan lain atau institusi kewangan) untuk: i. Mendapatkan penerimaan dan/atau pembayaran ii. Menghantar dokumen komersil bersandarkan penerimaan dan/atau bersandarkan pembayaran iii. Menghantar dokumen atas terma dan syarat-syarat lain 10
  • 13. JAMINAN Di samping pembiayaan untuk perniagaan, anda mungkin memerlukan kemudahan jaminan bagi pelbagai tujuan. Pada asasnya, kemudahan jaminan ini adalah aku janji institusi kewangan bagi pihak anda (pihak ketiga) yang dibuat berasaskan undang-undang. Aku janji ini menjamin pembayaran sejumlah wang yang telah ditetapkan jumlahnya kepada benefisiari, seandainya perniagaan anda gagal menjelaskan hutangnya atau tidak melakukan sesuatu obligasi undang- undang. Ini adalah tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya kesemua syarat yang ditetapkan di dalam jaminan berkenaan. Terdapat beberapa jenis jaminan yang boleh diaturkan oleh institusi kewangan bergantung kepada keperluan- keperluan spesifik peminjam. Institusi kewangan mungkin mengambil kira beberapa faktor sebelum sesuatu jaminan dikeluarkan, seperti saiz, tempoh dan tarikh luput serta kedudukan kredit pelanggan terlibat. Berikut adalah jenis- jenis jaminan yang biasa diperolehi: JAMINAN BANK (BG) • Kegunaan – Menyediakan jaminan bagi kepentingan pihak ketiga untuk prestasi kerja, pembayaran, dll. – Umumnya, jenis perniagaan yang memerlukan BG adalah kontraktor, seperti kontraktor binaan dan pembekal. Bagi sektor korporat, BG dikeluarkan untuk terbitan sekuriti hutang swasta • Ciri-ciri – Jenis jaminan: i. Jaminan Tender atau Bon Bida ii. Jaminan Prestasi iii. Jaminan Pembayaran Pendahuluan iv. Jaminan Waranti Penyelenggaraan v. Jaminan Bendungan vi. Jaminan Sekuriti 11 Institusi kewangan akan mengambil kira beberapa faktor sebelum jaminan dikeluarkan
  • 14. – Komisen akan dikenakan berdasarkan amaun dan tempoh jaminan – Tempoh maksimum jaminan adalah berpandukan kepada peraturan Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia, iaitu jaminan tidak boleh dikeluarkan untuk tempoh melebihi 1 tahun kecuali kontrak kerajaan. Manakala tempoh luput jaminan mestilah tidak melebihi 12 bulan selepas tarikh luput tempoh kontrak asal. • Faedah – Menunjukkan kebolehan pelanggan/ pemohon untuk melakukan kerja seperti yang ditetapkan dalam kontrak – Boleh mendapatkan terma perdagangan yang lebih baik daripada benefisiari jika BG disertakan – Tiada keperluan mengumpul wang tunai untuk memenuhi keperluan deposit. Dana boleh digunakan untuk pengurusan modal kerja – Memberi pelanggan akses kepada dana terutama sekali apabila BG dikeluarkan untuk tujuan pembayaran pendahuluan atau pelepasan dana tertahan di bawah kontrak JAMINAN PERKAPALAN (JP) • Kegunaan Untuk mempercepatkan penyerahan barangan yang sampai sebelum dokumen pengangkutan asal diterima. • Ciri-ciri – Jaminan atau aku janji yang dikeluarkan oleh institusi kewangan kepada ejen perkapalan untuk menyerahkan barangan tanpa memerlukan dokumen pengangkutan asal – JP biasanya dikeluarkan apabila barangan pada asalnya diimport di bawah LC dan perlu bersandarkan kemudahan TR/BA • Faedah Membantu memastikan pengeluaran ataupun kontrak dapat dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan. 12
  • 15. Design Copyright © 2004 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.
  • 16. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI www.bankinginfo.com.my ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK-BANK TERTENTU Edisi Pertama