SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
11
PENASIHAT
PN. ZUBAIDAH BT JAAFAR
(GURU BESAR)
PENOLONG PENASIHAT 1
PN. NORIDA BT ANNUAR
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
PENOLONG PENASIHAT 2
PN. MAZNAH BT MOHD GHAZALI
(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)
PENOLONG PENASIHAT 3
EN. MOHD NIZAR BIN ZAINOL
(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
KETUA EDITOR
PN. SITI MUSLEHA BT MUSA
(JURUTEKNIK KOMPUTER)
SIDANG EDITOR
PN. ZAHRATUL AKMAL BT YAHAYA (KP BM)
PN. JEEVAJOOTHY A/P PALAYAN (KP BI)
PN. NOOR HASIMAH BT MOHAMAD ANSOR (KP MT)
PN. VANITHA A/P KANNAN (KP SN)
PN. FARIDAH BT YUSOFF (KP PI)
PN. KHAIRUNNISA BT BARUDDIN (KP PM)
EN. SABARUDIN BIN MOHAMAD YUSOF (KP PSV)
PN. FATIMAH BT ABDULLAH (KP PSK)
PN. SITI FATIMAH BT MAT DAUD (KP PMZ)
PN. NOORDINA BT MOHD HARON (KP PJK)
PN. HANISAH BT HARON (KP KH)
PN. NORAZIMAH BT AZIZ (KP KT)
PN. SITI NORBAYA BT ABDULLAH ZAWAWI (KP SJ)
EN. MOHD ROSHAYDI BIN AHMAD (KP RBT)
PN. FARIDAH BT ABDULLAH (KP TMK)
PN. RUHUL HUDA BT ABD HALIM (KP BA)
PN. D.RHAYVADHI A/P DEVATHASI (KP BT)
PN. SHAHANUM BT HAMID (PEMULIHAN)
PN. SAODAH BT MAT YOB (PRASEKOLAH)
EN. DZULHASDI BIN MAT ZAMAN (KAUNSELING)
PN. NOORAINI BT NOOR (SAL)
PN. HJH RODZIAH BT IBRAHIM (STUDIO)
PN. SUGANTHI A/P NALLATHAMBI (DR.MUDA)
FOTOGRAFI
EN. CHE SALIM BIN OTHMAN (PSS)
PN. NOOR LUBNA BT ISMAIL (PIBG)
PN. NOR HAFIZOH BT NORDIN (JQAF)
PN. ROHANI BT OSMAN (DATA)
SIRIHSEKAPUR
Mutiara Kata :
Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria, tetapi berani surut dari salah dan berani mengaku adalah lebih satria.
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI
ASSALAMUALAIKUM,
DAN SALAM SEJAHTERA
Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana telah memberikan keizinan dan
kekuatan kepada kita bagi meneruskan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan. Penerbitan Buletin Sekolah Kebangsaan Jawi Tahun
2015 Siri 2 (Edisi Sekolah) menggambarkan komitmen dan
kesepakatan yang jitu dikalangan warga sekolah dalam
menghimpunkan maklumat yang dipaparkan melalui buletin ini.
Terhasilnya buletin ini bukan sahaja catatan peristiwa dan aktiviti
sekolah semata-mata, malah boleh dijadikan sumber rujukan pada
masa hadapan akan segala peristiwa dan kejayaan sekolah yang
dicapai sepanjang tahun 2015. Peristiwa, aktiviti dan kejayaan yang
dimuatkan dalam buletin ini boleh dijadikan asas untuk mengambil
langkah-langkah penambahbaikan bagi mencipta kejayaan yang lebih
cemerlang dalam merangka program yang lebih baik dan membawa
impak yang maksimum kepada sistem pendidikan kita.
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada sidang redaksi
kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini. Saya percaya segala
maklumat yang dipaparkan boleh dimanfaatkan sebagai satu
himpunan aktiviti dan kejayaan yang seharusnya disimpan malahan
juga boleh dijadikan sumber rujukan serta peransang untuk kita terus
berjaya pada masa hadapan selaras dengan transformasi pendidikan
yang dilaksanakan kini.
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI
ASSALAMUALAIKUM,
DAN SALAM SEJAHTERA
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana izinNya jualah maka Buletin Sekolah
Kebangsaan Jawi ini dapat diterbitkan untuk tatapan semua warga
Sekolah Kebangsaan Jawi. Dengan adanya buletin ini adalah
diharapkan supaya setiap aktiviti yang dijalankan dapat dimaklumkan
kepada semua warga sekolah dan seterusnya dapat berkongsi
maklumat untuk memajukan kualiti pendidikan Negara selaras
Transformasi Pendidikan yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Kemaafan dipinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam
terbitan sulung ini dan komen-komen yang membina daripada warga
pendidikan amat dialu-alukan.
11
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP (12 MAC 2015)
Kejohanan Olahraga ini telah berlangsung di SMK Mutiara Impian dimana SK
Jawi turut menyertai dalam beberapa acara yang di pertandingkan. Antaranya
penyertaan dan kejayaan yang telah dicapai ialah
PENYERAHAN BANTUAN KWAPM (13 MAC 2015)
Program Penyerahan Bantuan KWAPM ini bertujuan untuk menyerahkan duit
bantuan persekolahan kepada murid yang didalam keluarga yang
berpendapatan sederhana atau miskin. Guru kelas telah ditugaskan untuk
menguruskan penyerahan duit ini kepada ibubapa mereka yang hadir. Dengan
adanya bantuan sebegini, sekurang-kurangnya telah membantu ibubapa dalam
merancang untuk kegunaan persekolahan anak mereka.
MERENTAS DESA (27 - 28 MAC 2015)
Program ini bertujuan untuk membina stamina dan kecerdasan murid-murid
dalam bersukan. Program ini melibatkan semua murid SK Jawi dimana murid-
murid akan berlari merentasi check point yang telah ditetapkan dan diawasi
oleh guru-guru yang ditugaskan setiap check point. Laluan merentas desa
dikawal oleh polis trafik dari IPD SPS, Jawi bagi memastikan perjalanan
program berjalan dengan lancar dan terkawal. Setiap pemenang akan
menerima hadiah sebagai tanda telah berjaya sampai ke garisan penamat.
MTQ (16 MAC 2015)
Pertandingan MTQ Peringkat Daerah diadakan di SK Sungai Bakap Indah. Guru
pembimbing yang terlibat Pn. Faridah bt Yusoff, Pn. Norhafizoh bt Nordin, En.
Mohd Fairuz b. Ismail, Pn. Mardziyah bt Salleh, Pn. Nafizah bt Md. Akhir.
Kejayaan yang dicapai di dalam pertandingan ini ialah Naib Johan Tilawah Al-
Quran (Lelaki), Naib Johan Bercerita (Lelaki), Ketiga Bercerita (Perempuan),
Ketiga Tilawah Al-Quran (Perempuan), Ketiga Kalam Jamaie dan Ketiga
Kompang Selawat.
LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM BIG (13 MAC 2015)
Semua warga SK Jawi mengalu-alukan kedatangan rombongan PPG Bahasa
Tamil Kohort-2 yang mengadakan Program BIG di SK Jawi. Program ini
bertujuan untuk mendedahkan mereka tentang penyertaan atau penglibatan
warga sekolah yang mencapai kejayaan disamping persekitaran sekolah serta
kaedah pengajaran dan pembelajaran di SK Jawi. Di samping itu dapat
mendedahkan mereka bahawa SK Jawi di antara sekolah yang cemerlang di
dalam Kurikulum, Kokurikulum mahupun pentadbiran dan pengurusan sekolah.
11
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
KEJOHANAN BOLA BALING LELAKI (31 MAC 2015)
Kejohanan Bola Baling Kategori Lelaki 12TKB Peringkat Negeri ini telah
berlangsung di Pusat Komuniti Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Seramai 5 orang
murid SK Jawi telah mewakili sekolah ke peringkat negeri Pulau Pinang.
Pencapaian mereka di dalam Kejohanan Bola Baling ini ialah Naib Johan.
Tahniah diucapkan kepada mereka dan guru pembimbing serta semua ahli
pasukan bola baling peringkat negeri Pulau Pinang. Semoga kejayaan ini akan
terus menaikkan usaha mereka untuk kejayaan yang lebih tinggi.
PERASMIAN BILIK KELAB DOKTOR MUDA (1 APRIL 2015)
Perasmian Bilik Kelab Doktor Muda ini telah dirasmikan oleh Ketua Unit
Kokurikulum Jabatan Pendidikan Pulau Pinang iaitu Tuan Haji Zulkafli Bin
Kamaruddin. Selain perasmian, aktiviti lain yang dijalankan ialah persembahan
murid, kedai jualan dari kalangan guru dan murid yang mewakili kelab masing-
masing, pameran dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPS serta pameran kesihatan
dari Pejabat Kesihatan Daerah Bukit Panchur. Program ini telah mendapat
sambutan dikalangan ibubapa juga.
PERTANDINGAN PENANG GERM BUSTER RACE (2 APRIL 2015)
Pertandingan Penang Germ Buster Race ini telah dijalankan di Institut Latihan
Kecemerlangan Mara (ILKM) Jawi. Di dalam pertandingan ini SK Jawi telah
memenangi tempat Naib Johan. Guru pembimbing yang terlibat ialah Pn.
Noorhasimah bt Mohamad Ansor, Pn. Zahratul Akmal bt Yahaya dan Pn.
Norazimah bt Aziz. Program ini bertujuan menguji IQ murid untuk berfikir
dengan menggunakan aras tinggi. Tahniah diucapkan di atas kejayaan yang
telah dicapai dan teruskan usaha yang lebih baik.
MAASAS (4 APRIL 2015)
MAASAS peringkat Daerah SPS ini telah diadakan di SMKA Nibong Tebal, SPS,
Pulau Pinang. SK Jawi telah menyertai 2 acara iaitu Kompang Selawat dan
Kalam Jamaie dan telah memenangi tempat ketiga. Tahniah diucapkan
kepada guru pembimbing dan murid SK Jawi. Persembahan dari SK Jawi telah
dilakukan dengan baik oleh semua ahli pasukan. Teruskan usaha untuk
mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan terus menaikkan nama SK Jawi ke
persada kecemerlangan.
LAWATAN PENANDA ARAS SK JAWI KE SK CONVENT CAMERON
HIGHLANDS, PAHANG (30 MAC 2015)
Lawatan ini melibatkan beberapa orang pentadbir, guru, staf dan murid SK
Jawi. Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk membina jalinan antara SK
Jawi dengan SK Convent Cameron Highlands. Melalui lawatan ini juga dapat
menambah ilmu pengetahuan dengan amalan terbaik yang digunakan di SK
Convent Cameron Highlands. Selain itu, ia dapat berkongsi pengalaman
serta rahsia kejayaan SK Convent Cameron Highlands sehingga mereka telah
dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
11
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
KAWAD PPIM (9 APRIL 2015)
Kawad Unit Beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia telah diadakan di
Perda-Tech Bukit panchur. Pasukan SK Jawi ialah murid seramai 44 orang dan
guru pembimbing seramai 6 orang. Melaui program ini ahli PPIM dapat
membina disiplin yang tinggi disamping menguji ketahan fizikal dan mental
mereka. Selain itu, ia menggalakkan budaya berkerjasama dalam pasukan di
sepanjang pertandingan. Tahniah di ucapkan kepada pasukan SK Jawi dan
guru pembimbing kerana Berjaya memenangi tempat naib johan daerah.
KEM TAHUN 6 (11-12 APRIL 2015)
Kem Tahun 6 telah dijalankan dengan jayanya di PULAZA, Pulau Pinang.
Semua murid tahun 6 terlibat dalam program yang dijalankan ini sebagai
program motivasi yang diadakan untuk murid tahun 6 setiap tahun bagi
memantapkan jati diri murid dari segi fizikal dan mental yang bakal menjadi
calon UPSR 2015 nanti. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam program ini.
Beberapa guru pembimbing turut menyertai program ini untuk memberi
semangat kepada murid tahun 6 supaya mereka lebih semangat dan akan
memberi tumpuan sebaiknya untuk peperiksaan UPSR nanti.
PROGRAM KESIHATAN (11 APRIL 2015)
Program Kesihatan ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar cara-cara
memelihara kebersihan diri dan kesihatan. Aktiviti yang turut dijalankan
adalah persembahan dari pelajar SK Jawi. Dengan adanya program seperti
ini, murid-murd dapat mengetahui serba sedikit tentang penjagaan diri dan
keselamatan diri mereka dengan baik dan berkesan. Selain itu ialah membina
keyakinan diri dan melatih budaya bekerjasama dalam pasukan.
PESTA PANTUN DAERAH (8 APRIL 2015)
Pesta Pantun peringkat Daerah SPS 2015 kali ini telah diadakan di SK Jawi.
SK Jawi telah menjadi tuan rumah bagi program ini. Seluruh warga SK Jawi
turut bekerjasama dalam menjayakan program ini agar ianya berjalan
dengan lancar. Seramai 5 orang pemantun dari SK Jawi yang dibimbing di
bawah Pn. Siti Fatimah bt Mat Daud, Pn. Noor Haida bt Shohaili dan Pn.
Zahratul Akmal bt Yahaya. SK Jawi telah menjuarai pertandingan ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga SK Jawi yang terlibat.
PROGRAM TAHUN 6 BERSAMA USM (10 & 17 APRIL 2015)
SK Jawi telah mengadakan jalinan bersama USM iaitu program murid tahun 6
bersama pelajar USM. Melalui program ini, murid tahun 6 dapat memperolehi
beberapa tips kejayaan sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Selain itu ia
dapat menaikkan semangat murid-murid tahun 6 supaya mereka lebih
bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang di dalam
peperiksaan UPSR. Di dalam program ini, pelajar USM turut mengadakan
beberapa aktiviti yang menguji minda dan motivasi yang dapat diamalkan oleh
murid tahun 6 sebelum dan selepas peperiksaan UPSR.
11
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
KARNIVAL BAHASA - SCRABBLE (14 APRIL 2015)
Program Scrabble yang diadakan di dalam Karnival Bahasa ini telah
berlangsung di SJKC Kampung Jawi. Program ini merupakan salah satu
permainan bahasa yang memerlukan kemahiran berfikir dalam membina
perkataan didalam perkataan yang dibina dikalangan pemain-pemainnya. Di
dalam permainan ini, idea yang menarik yang menghasilkan perkataan yang
betul dengan jayanya akan dikira sebagai pemenang. Di dalam permainan
ini, SK Jawi tetap mendapat saguhati sebagai penyertaan. Tahniah.
KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPP NEGERI(16 APRIL 2015)
Kejohanan Bola Sepak MSSPP Negeri Pulau Pinang ini telah diadakan di
Penang Free School. Pasukan bolasepak peringkat negeri turut diwakili oleh
murid dari SK Jawi seramai 3 orang murid dimana mereka telah mewakili
Zon Nibong Tebal. Kejayaan mereka ialah mendapat naib johan untuk
kategori 12TKB. Malahan seorang murid turut melayakkan untuk mewakili
Negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan iaitu adik Aman Syamim.
Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan berpihak kepada pasukannya.
KEJOHANAN CATUR (16 APRIL 2015)
Kejohanan Catur 12TKB peringkat daerah ini telah disertai oleh 2 orang
wakil murid SK Jawi. Beliau telah memenangi tempat kedua. Tahniah
diucapkan kepada guru pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar
kepada beliau. Tahniah diucapkan terutamanya kepada adik Nurul Akma
Quzaina kerana berjaya memenangi tempat dalam setiap pertandingan
yang dipertandingkan. Semoga mereka akan meneruskan usaha ke arah
kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
PROGRAM SEGAK (16 APRIL 2015)
Program SEGAK ini telah diadakan di Dewan Ar-Razi, SK Jawi. Program ini
merupakan program Pendidikan Kesihatan dan Jasmani. Ia merupakan
latihan dan ujian bagi mengetahui tahap kecerdasan fizikal mereka.
Program ini telah dibimbing oleh Pn. Noordina bt Mohd Haron, Pn.
Rubavathi a/p Arumugam, Pn. Siti Holijah bt Ghazali dan En. Mohd Roshaydi
bin Ahmad. Semoga program ini dapat meningkatkan stamina murid dalam
mengekalkan kesihatan mereka dengan lebih baik.
MINI PARLIMEN (13-16 APRIL 2015)
Seramai tiga orang murid SK Jawi iaitu adik Noor Amirah Aisyah bt Zaiffri,
Muhammad Muizzudin bin Mohd Zaili dan Muhammad Syahmi bin Ishak
telah terpilih menjadi ahli parlimen kanak-kanak dalam rancangan bersiri
RTM iaitu Mini Parlimen. Rancangan bual bicara kanak-kanak membahaskan
sesuatu isu berkaitan di Malaysia ini. Apa yang membanggakan adalah
mereka ini turut bergandingan dengan pelakon-pelakon cilik tanah air untuk
memberi nafas baru kepada rancangan Mini Parlimen 2015.
11
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
KARNIVAL SAINS – MATH MAGIC (18 APRIL 2015)
Program Math Magic yang diadakan dalam Karnival ini telah diadakan di
SMK Permatang Pasir. Tujuan program ini adalah menguji kepantasan
murid dalam menyelesaikan masalah pengiraan. Program ini akan menguji
kepantasan membuat keputusan bagi penyelesaian masalah tersebut dan
menyatakan jawapan yang betul. Peserta yang paling banyak berjaya
menjawab dengan tepat akan dikira sebagai pemenang. Kumpulan SK Jawi
telah menjadi juara.
PESTA PANTUN NEGERI (22 APRIL 2015)
Kejayaan Pesta Pantun Daerah SPSP yang lalu telah melayakkan pemantun SK
Jawi ke peringkat Negeri yang telah diadakan di SK Bayan Lepas 2, Pulau
Pinang. Pasukan pemantun SK Jawi telah memenangi Naib Johan Negeri.
Tahniah diucapkan kepada pemantun dan guru pembimbing pesta pantun.
Diharap Pasukan Pemantun SK Jawi tidak berputus asa dan semoga teruskan
udaha ke peringkat yang lebih tinggi.
ANUGERAH SLAAS (23 APRIL 2015)
SK Jawi telah diberi Pensijilan Khas Sekolah Harapan dalam Sekolah Lestari
Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2013 / 2014. Sijil ini telah diterima oleh
guru besar SK Jawi sebagai penganugerahan kepada SK Jawi di atas kejayan
warga sekolah yang bertungkus lumus dan bekerjasama merealisasikan impian
sekolah untuk menjadikan SK Jawi sekolah cemerlang alam sekitar. Dengan
kejayaan ini maka terbuktilah bahawa SK Jawi sememangnya cemerlang
setara dengan kebitaraan alam sekitar sekolah kluster kecemerlangan.
KEJOHANAN CATUR (23 APRIL 2015)
Kejohanan Catur ini telah disertai oleh adik Nurul Akma Quzaina bt
Khairolnisal dari kelas 4 Gemilang, Sekolah Kebangsaan Jawi. Beliau
telah memenangi tempat keenam yang diadakan SJKC Shang Whu, Air
Itam. Dengan kejayaan yang dicapai telah melayakkan beliau untuk
mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Semoga beliau mencapai
kejayaan di peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang. Tahniah
diucapkan kepada guru pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar
kepada beliau.
KEMPORI PENGAKAP (24-26 APRIL 2015)
Kempori Pengakap peringkat daerah SPS ini telah diadakan di SK Sungai
Acheh selama 3 hari. Murid-murid dan guru pembimbing pengakap SK
Jawi turut terlibat dalam program ini. Kempori Pengakap ini menjalankan
aktiviti seperti perkhemahan dan beberapa ilmu unit beruniform
pengakap yang telah diberi semasa program dijalankan. Tahniah
diucapkan kepada murid SK Jawi kerana begitu bersemangat dalam
menjayakan program ini dengan baik.
11
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
PENGHARGAAN SEKOLAH - ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN
(27 APRIL 2015)
Anugerah Kecemerlangan Sukan kepada murid-murid SK Jawi ini
merupakan penghargaan sekolah kepada mereka yang telah berjaya dalam
setiap pertandingan yang telah mengharumkan nama SK Jawi di peringkat
daerah, negeri mahupun kebangsaan. Semoga dengan penghargaan dan
penganugerahan ini, mereka lebih bersemangat untuk meneruskan usaha
untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Tahniah.
PERTANDINGAN KOKURIKULUM AKADEMIK KELOMPOK R1
(28 APRIL 2015)
Pertandingan Kokurikulum Akademik Kelompok R1 Bahasa Melayu
diadakan di SK Sungai Bakap manakala Bahasa Inggeris pula diadakan di
SJKC Kampung Jawi. Kategori Bahasa Melayu telah memenangi Johan dalam
setiap acara manakala Bahasa Inggeris pula memenangi Johan Poem, Naib
Johan Story Telling, Ketiga Choral Speaking dan Saguhati Action Song.
Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat.
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014 (29 APRIL 2015)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 ini telah diadakan di
Perda-Tech Bukit Panchur, Pulau Pinang. Seramai 6 orang penerima APC
SK Jawi iaitu Pn. Zubaidah bt jaafar, Pn. Maznah bt Mohd Ghazali, Pn.
Rubavathi a/p Arumugam, Pn. Rodziah bt Ibrahim, Pn. Nora bt Nordin dan
En. Abdul Razak bin Kamaruddin. APC merupakan penganugerahan di atas
kecemerlangan penjawat awam di atas penilaian prestai mereka di tahun
semasa mereka berkhidmat di tempat kerja.
PIDATO IDOLA PENANG GREEN COUNCIL (25 APRIL 2015)
Pidato Idola atau pertandingan pengucapan awam ini telah diadakan di
Penang Green Council. Murid SK Jawi iaitu Adik Syazrin Amanda binti
Rosli telah berjaya di peringkat separuh akhir yang diadakan di Straits
Quay Retail Marina sempena penganjuran program ‘Think Green, Go
Green’. Beliau telah dipilih sebagai 5 finalis yang akan bertanding di
peringkat akhir di pusat membeli belah 1st
Avenue sempena penganjuran
Karnival Hijau Pulau Pinang 2015.
SUKANTARA (29-30 APRIL 2015)
Sukantara diadakan bagi melatih murid-murid mengekalkan stamina
mereka untuk bersukan dan mendedahkan kepada mereka bahawa
kesihatan fizikal juga penting untuk mereka sentiasa sihat. Latihan sukan
turut dijalankan bagi melatih murid-murid yang layak memasuki acara
yang dipertandingkan semasa Hari Sukan Sekolah pada 26 Mei 2015.
Melalui sukaneka ini sekolah akan mempunyai olahragawan dan
olahragawati bagi mewakili sekolah ke peringkat setersunya.
11
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
PERTANDINGAN PIDATO SKK KEBANGSAAN (7 MEI 2015)
Pertandingan Pidato SKK Kebangsaan ini telah diadakan di Unisza,
Terengganu. Adik Syazrin Amanda binti Rosli telah menyertainya yang
telah dibimbing oleh Pn. Rodziah bt Ibrahim. Adik Syazrin telah
memenangi Johan Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada adik Syazrin
dan Pn. Rodziah kerana Berjaya mengharumkan nama SK Jawi ke
peringkat kebangsaan dan meletakkan SK Jawi di persada
kecemerlangan.
PERKHEMAHAN PPIM (8 MEI 2015)
Perkhemahan Unit Beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia telah
diadakan di . Pasukan SK Jawi ialah murid seramai 4 orang dan guru
pembimbing seramai 2 orang. Objektif perkhemahan ini adalah untuk
mendedahkan mereka kepada beberapa aktiviti yang menguji ketahan
fizikal dan mental mereka di samping menggalakkan budaya
berkerjasama dalam berpasukan semasa menjalankan aktiviti di
sepanjang kem ini. Tahniah di ucapkan kepada pasukan SK Jawi. Semoga
terus bersemangat dalam aktiviti yang diadakan di masa hadapan.
PERSAHABATAN SOFTBOL (8 MEI 2015)
Persahabatan Softbol antara SK Jawi dengan SKKB telah diadakan di SK
Kampung Baru, Bukit Mertajam. Program ini diadakan untuk membina
jalinan antara kedua-dua sekolah dan melatih pasukan softbol sekolah
untuk terus memberikan yang terbaik semasa dalam permainan softbol.
Guru pembimbing yang terlibat ialah Pn. Rubavathi a/p Arumugam, En.
Mohd Roshaydi bin Ahmad dan En. Sabarudin bin Mohamad Yusof.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
JAMUAN PENGHARGAAN PESERTA MTQ & MASAAS (30 APRIL 2015)
Jamuan ini diadakan sebagai penghargaan kepada peserta MTQ dan
MAASAS yang telah berjaya dalam acara yang dieprtandingkan. Jamuan ini
telah diadakan di De Pauh Garden, Permatang Pauh di mana semua
peserta dan beberapa guru pembimbing turut menyertainya. Makanan
yang disediakan beserta layanan amatlah baik dan harganya berpatutan.
Semoga dengan adanya jamuan penghargaan ini, murid-murid yang
terlibat akan terus berusaha untuk kejayaan di masa akan datang.
LAWATAN ILMIAH KE BRUNEI (1 – 4 MEI 2015)
Lawatan Ilmiah ini bertujuan untuk membina jalinan antara ahli Kelab
Doktor Muda dengan guru-guru SK Jawi dan masyarakat di Brunei. Ia juga
dapat menambah ilmu pengetahuan serta menyebarkan maklumat tentang
program Kelab Doktor Muda disamping dapat mendedahkan murid-murid
dari Kelab Doktor Muda SK Jawi kepada sebuah institusi pendidikan di
Brunei iaitu SK Sengkurong. Selain itu, ia dapat menilai tahap atau amalan
kualiti akademik yang boleh digunakan sebagai penanda aras.
11
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
KEM BOLA ASTRO KASIH (9 MEI 2015)
Kem bola Astro Kasih ini diadakan di Padang TNB, Perai. Seramai 4 orang
wakil dari SK Jawi telah menyertai kem bola ini. Melalui program ini,
murid-muird dapat didedahkan dengan tips-tips semasa dalam
permainan bola supaya lebih cekap semasa bermain. Guru pembimbing
yang terlibat ialah Pn. Rubavathi a/p Arumugam. Semoga dengan adanya
program sebegini, murid-murid dapat memberikan yang terbaik semasa
dalam perlawanan bola nanti.
STATE ENGLISH LANGUAGE FAIR (9 MEI 2015)
State English Language Fair ini telah diadakan di SMK Tinggi Bukit
Mertajam. Aktiviti yang diajalankan ialah reading corner, writing corner,
cooking, raffle, drum presentation, exhibition, coloring corner, language
foot step. Pn. Zubaidah bt Jaafar selaku guru besar turut hadir memberi
sokongan kepada semua guru yang menyertainya. Semoga dengan
adanya program sebegini dapat mempertingkatkan kualiti bahasa
inggeris guru-guru semasa dalam PdP masing-masing. Tahniah.
KEJOHANAN CATUR TERBUKA USM (9 MEI 2015)
Kejohanan Catur Terbuka 12TKB ini telah diadakan di USM Kampus
Kejuruteraan Transkrian. Adik Nurul Akma Quzaina bt Khairolnisal telah
memenangi Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan
kepada beliau kerana bersungguh-sungguh dalam pertandingan tersebut.
Walaupun beliau tidak berjaya memperoleh Johan, namun beliau telah
memberikan yang terbaik di dalam permainan catur tersebut. Ternyata beliau
mempunyai daya pemikiran yang bijak untuk menghabiskan permainan catur
tersebut.
KONVENSYEN DOKTOR MUDA DAERAH SPS (11 MEI 2015)
Konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah SPS ini telah diadakan di
Institut Latihan Kecemerlangan Mara Jawi. Acara yang dipertandingkan
yang mendapat kejayaan adalah Johan Sekolah Cemerlang Doktor
Muda, Johan Tokoh Doktor Muda, Johan Kuiz Kesihatan, Johan Bicara
Spontan BM, Johan Bicara Spontan BI, Naib Johan Pameran Intervensi,
Ketiga Projek Komuniti, Ketiga Inovasi BBM. Acara yang mendapat
johan akan meneruskan perjuangan ke peringkat negeri pada 19 Mei
2015 nanti. Semoga Berjaya.
11
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan
program-program yang dijalankan oleh Sekolah Kebangsaan Jawi sepanjang tahun 2015.
• PN. ZUBAIDAH BT JAAFAR
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jawi
• PN. NORIDA BT ANNUAR
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Jawi
• PN. MAZNAH BT MOHD GHAZALI
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Jawi
• EN. MOHD NIZAR BIN ZAINUL
Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jawi
• EN. ROHAIZAR BIN HARON
YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Jawi
• SELURUH AHLI JAWATAN KUASA PIBG SEKOLAH
• KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
• JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG
• PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
• PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI BAKAP
• PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
• IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
• INSTITUT LATIHAN KECEMERLANGAN MARA SG JAWI
• SEMUA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI DAN KUMPULAN ATAU INDIVIDU YANG
MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM
SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI PADA TAHUN 2015.
PENGHARGAANSEKALUNG

More Related Content

What's hot

Kertas kerja sambutan autisme 2018
Kertas kerja sambutan autisme 2018Kertas kerja sambutan autisme 2018
Kertas kerja sambutan autisme 2018ieta yatim
 
Program Selepas UPSR 2013
Program Selepas UPSR 2013Program Selepas UPSR 2013
Program Selepas UPSR 2013Alfian Mansor
 
Buku program ma2013
Buku program ma2013Buku program ma2013
Buku program ma2013Azmi Muda
 
Kertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahKertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahJojo Ern
 
Kertas kerja anti dadah rokok
Kertas kerja anti dadah rokokKertas kerja anti dadah rokok
Kertas kerja anti dadah rokokAzrini Adam
 
Kertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysiaKertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysiaMohamad Faiz
 
Laporan gotong royong 2010
Laporan gotong royong 2010Laporan gotong royong 2010
Laporan gotong royong 2010Wan Hasni
 
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Mohd Jaludin
 
Minit mesyuarat jawatankuasa pibg smk juasseh kali pertama sesi 20162017
Minit mesyuarat jawatankuasa pibg smk juasseh kali pertama sesi 20162017Minit mesyuarat jawatankuasa pibg smk juasseh kali pertama sesi 20162017
Minit mesyuarat jawatankuasa pibg smk juasseh kali pertama sesi 20162017hasnol esham
 
Kertas kerja sambutan hari guru 2018
Kertas kerja sambutan hari guru 2018 Kertas kerja sambutan hari guru 2018
Kertas kerja sambutan hari guru 2018 sksalimahmohdtaib
 
Buku program hari antidadah
Buku program hari antidadahBuku program hari antidadah
Buku program hari antidadahyusmie
 
Piawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganuPiawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganuMohd Syukri
 
Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanLaporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanyoonaika
 
Minit mesyuarat-pembubaran-dan-perlantikan-ahli-jawatankuasa-persatuan-ibu-ba...
Minit mesyuarat-pembubaran-dan-perlantikan-ahli-jawatankuasa-persatuan-ibu-ba...Minit mesyuarat-pembubaran-dan-perlantikan-ahli-jawatankuasa-persatuan-ibu-ba...
Minit mesyuarat-pembubaran-dan-perlantikan-ahli-jawatankuasa-persatuan-ibu-ba...Haziq Ruslan
 
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013Shuhada Osman
 
buku pengurusan sktkk 2 2017
 buku pengurusan sktkk 2 2017 buku pengurusan sktkk 2 2017
buku pengurusan sktkk 2 2017kim ha
 
kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014muhammad hilmi
 

What's hot (20)

Kertas kerja sambutan autisme 2018
Kertas kerja sambutan autisme 2018Kertas kerja sambutan autisme 2018
Kertas kerja sambutan autisme 2018
 
Program Selepas UPSR 2013
Program Selepas UPSR 2013Program Selepas UPSR 2013
Program Selepas UPSR 2013
 
Buku program ma2013
Buku program ma2013Buku program ma2013
Buku program ma2013
 
Kertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahKertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadah
 
Kertas kerja anti dadah rokok
Kertas kerja anti dadah rokokKertas kerja anti dadah rokok
Kertas kerja anti dadah rokok
 
Kertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysiaKertas kerja senam 1 malaysia
Kertas kerja senam 1 malaysia
 
Laporan kem sukan sekolah
Laporan kem sukan  sekolahLaporan kem sukan  sekolah
Laporan kem sukan sekolah
 
Laporan gotong royong 2010
Laporan gotong royong 2010Laporan gotong royong 2010
Laporan gotong royong 2010
 
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
 
Contoh laporan
Contoh laporanContoh laporan
Contoh laporan
 
Minit mesyuarat jawatankuasa pibg smk juasseh kali pertama sesi 20162017
Minit mesyuarat jawatankuasa pibg smk juasseh kali pertama sesi 20162017Minit mesyuarat jawatankuasa pibg smk juasseh kali pertama sesi 20162017
Minit mesyuarat jawatankuasa pibg smk juasseh kali pertama sesi 20162017
 
Kertas kerja sambutan hari guru 2018
Kertas kerja sambutan hari guru 2018 Kertas kerja sambutan hari guru 2018
Kertas kerja sambutan hari guru 2018
 
Buku program hari antidadah
Buku program hari antidadahBuku program hari antidadah
Buku program hari antidadah
 
Piawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganuPiawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganu
 
Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanLaporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukan
 
Laporan lawatan ilmiah
Laporan lawatan ilmiahLaporan lawatan ilmiah
Laporan lawatan ilmiah
 
Minit mesyuarat-pembubaran-dan-perlantikan-ahli-jawatankuasa-persatuan-ibu-ba...
Minit mesyuarat-pembubaran-dan-perlantikan-ahli-jawatankuasa-persatuan-ibu-ba...Minit mesyuarat-pembubaran-dan-perlantikan-ahli-jawatankuasa-persatuan-ibu-ba...
Minit mesyuarat-pembubaran-dan-perlantikan-ahli-jawatankuasa-persatuan-ibu-ba...
 
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
 
buku pengurusan sktkk 2 2017
 buku pengurusan sktkk 2 2017 buku pengurusan sktkk 2 2017
buku pengurusan sktkk 2 2017
 
kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014
 

Similar to Buletin siri2 2015

PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...Chon Seong Hoo
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1timbanghawai
 
Kertas kerja magiz 14'
Kertas kerja magiz 14'Kertas kerja magiz 14'
Kertas kerja magiz 14'Mardhiah Ishak
 
Kertas kerja magiz
Kertas kerja magizKertas kerja magiz
Kertas kerja magizatika295
 
Kertas kerja magiz (1)
Kertas kerja magiz (1)Kertas kerja magiz (1)
Kertas kerja magiz (1)mimieysyamimi
 
Kertas kerja magiz (1)
Kertas kerja magiz (1)Kertas kerja magiz (1)
Kertas kerja magiz (1)melcassie
 
Kertas kerja untuk ppd 2014
Kertas kerja untuk ppd 2014Kertas kerja untuk ppd 2014
Kertas kerja untuk ppd 2014Mohd Ngah
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumnadpaisey
 
Kertas Kerja Karnival Sukan SK Skarok | Oktober 2016
Kertas Kerja Karnival Sukan SK Skarok | Oktober 2016Kertas Kerja Karnival Sukan SK Skarok | Oktober 2016
Kertas Kerja Karnival Sukan SK Skarok | Oktober 2016Stephanie Unsil
 
335390195 kertas-kerja-jogathon
335390195 kertas-kerja-jogathon335390195 kertas-kerja-jogathon
335390195 kertas-kerja-jogathonskstpaul
 
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011Pensil Dan Pemadam
 
Kertas kerja orientasi thn 6
Kertas kerja orientasi thn 6Kertas kerja orientasi thn 6
Kertas kerja orientasi thn 6Zatil Nabilah
 

Similar to Buletin siri2 2015 (20)

Laporan lawatan 2014
Laporan lawatan 2014Laporan lawatan 2014
Laporan lawatan 2014
 
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR ...
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1
 
Kertas kerja magiz 14,kpz
Kertas kerja magiz 14,kpzKertas kerja magiz 14,kpz
Kertas kerja magiz 14,kpz
 
Kertas kerja magiz 14'
Kertas kerja magiz 14'Kertas kerja magiz 14'
Kertas kerja magiz 14'
 
Magiz (1)
Magiz (1)Magiz (1)
Magiz (1)
 
Kertas kerja magiz
Kertas kerja magizKertas kerja magiz
Kertas kerja magiz
 
Kertas kerja magiz (1)
Kertas kerja magiz (1)Kertas kerja magiz (1)
Kertas kerja magiz (1)
 
Kertas kerja magiz (1)
Kertas kerja magiz (1)Kertas kerja magiz (1)
Kertas kerja magiz (1)
 
Graduasi 2012
Graduasi 2012Graduasi 2012
Graduasi 2012
 
Kertas kerja untuk ppd 2014
Kertas kerja untuk ppd 2014Kertas kerja untuk ppd 2014
Kertas kerja untuk ppd 2014
 
Munajat kasih spm 2016
Munajat kasih spm 2016Munajat kasih spm 2016
Munajat kasih spm 2016
 
Laporan kempen standtogether
Laporan kempen standtogetherLaporan kempen standtogether
Laporan kempen standtogether
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulum
 
kertas kerja
kertas kerja kertas kerja
kertas kerja
 
Kertas Kerja Karnival Sukan SK Skarok | Oktober 2016
Kertas Kerja Karnival Sukan SK Skarok | Oktober 2016Kertas Kerja Karnival Sukan SK Skarok | Oktober 2016
Kertas Kerja Karnival Sukan SK Skarok | Oktober 2016
 
335390195 kertas-kerja-jogathon
335390195 kertas-kerja-jogathon335390195 kertas-kerja-jogathon
335390195 kertas-kerja-jogathon
 
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
 
Kertas kerja orientasi thn 6
Kertas kerja orientasi thn 6Kertas kerja orientasi thn 6
Kertas kerja orientasi thn 6
 
B panduan koko 2014
B panduan koko 2014B panduan koko 2014
B panduan koko 2014
 

Recently uploaded

Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 

Recently uploaded (11)

Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 

Buletin siri2 2015

  • 1. 11 PENASIHAT PN. ZUBAIDAH BT JAAFAR (GURU BESAR) PENOLONG PENASIHAT 1 PN. NORIDA BT ANNUAR (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) PENOLONG PENASIHAT 2 PN. MAZNAH BT MOHD GHAZALI (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID) PENOLONG PENASIHAT 3 EN. MOHD NIZAR BIN ZAINOL (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM) KETUA EDITOR PN. SITI MUSLEHA BT MUSA (JURUTEKNIK KOMPUTER) SIDANG EDITOR PN. ZAHRATUL AKMAL BT YAHAYA (KP BM) PN. JEEVAJOOTHY A/P PALAYAN (KP BI) PN. NOOR HASIMAH BT MOHAMAD ANSOR (KP MT) PN. VANITHA A/P KANNAN (KP SN) PN. FARIDAH BT YUSOFF (KP PI) PN. KHAIRUNNISA BT BARUDDIN (KP PM) EN. SABARUDIN BIN MOHAMAD YUSOF (KP PSV) PN. FATIMAH BT ABDULLAH (KP PSK) PN. SITI FATIMAH BT MAT DAUD (KP PMZ) PN. NOORDINA BT MOHD HARON (KP PJK) PN. HANISAH BT HARON (KP KH) PN. NORAZIMAH BT AZIZ (KP KT) PN. SITI NORBAYA BT ABDULLAH ZAWAWI (KP SJ) EN. MOHD ROSHAYDI BIN AHMAD (KP RBT) PN. FARIDAH BT ABDULLAH (KP TMK) PN. RUHUL HUDA BT ABD HALIM (KP BA) PN. D.RHAYVADHI A/P DEVATHASI (KP BT) PN. SHAHANUM BT HAMID (PEMULIHAN) PN. SAODAH BT MAT YOB (PRASEKOLAH) EN. DZULHASDI BIN MAT ZAMAN (KAUNSELING) PN. NOORAINI BT NOOR (SAL) PN. HJH RODZIAH BT IBRAHIM (STUDIO) PN. SUGANTHI A/P NALLATHAMBI (DR.MUDA) FOTOGRAFI EN. CHE SALIM BIN OTHMAN (PSS) PN. NOOR LUBNA BT ISMAIL (PIBG) PN. NOR HAFIZOH BT NORDIN (JQAF) PN. ROHANI BT OSMAN (DATA) SIRIHSEKAPUR Mutiara Kata : Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria, tetapi berani surut dari salah dan berani mengaku adalah lebih satria. GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI ASSALAMUALAIKUM, DAN SALAM SEJAHTERA Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana telah memberikan keizinan dan kekuatan kepada kita bagi meneruskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Penerbitan Buletin Sekolah Kebangsaan Jawi Tahun 2015 Siri 2 (Edisi Sekolah) menggambarkan komitmen dan kesepakatan yang jitu dikalangan warga sekolah dalam menghimpunkan maklumat yang dipaparkan melalui buletin ini. Terhasilnya buletin ini bukan sahaja catatan peristiwa dan aktiviti sekolah semata-mata, malah boleh dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan akan segala peristiwa dan kejayaan sekolah yang dicapai sepanjang tahun 2015. Peristiwa, aktiviti dan kejayaan yang dimuatkan dalam buletin ini boleh dijadikan asas untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dalam merangka program yang lebih baik dan membawa impak yang maksimum kepada sistem pendidikan kita. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini. Saya percaya segala maklumat yang dipaparkan boleh dimanfaatkan sebagai satu himpunan aktiviti dan kejayaan yang seharusnya disimpan malahan juga boleh dijadikan sumber rujukan serta peransang untuk kita terus berjaya pada masa hadapan selaras dengan transformasi pendidikan yang dilaksanakan kini. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI ASSALAMUALAIKUM, DAN SALAM SEJAHTERA Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana izinNya jualah maka Buletin Sekolah Kebangsaan Jawi ini dapat diterbitkan untuk tatapan semua warga Sekolah Kebangsaan Jawi. Dengan adanya buletin ini adalah diharapkan supaya setiap aktiviti yang dijalankan dapat dimaklumkan kepada semua warga sekolah dan seterusnya dapat berkongsi maklumat untuk memajukan kualiti pendidikan Negara selaras Transformasi Pendidikan yang sedang dilaksanakan ketika ini. Kemaafan dipinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam terbitan sulung ini dan komen-komen yang membina daripada warga pendidikan amat dialu-alukan.
  • 2. 11 LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP (12 MAC 2015) Kejohanan Olahraga ini telah berlangsung di SMK Mutiara Impian dimana SK Jawi turut menyertai dalam beberapa acara yang di pertandingkan. Antaranya penyertaan dan kejayaan yang telah dicapai ialah PENYERAHAN BANTUAN KWAPM (13 MAC 2015) Program Penyerahan Bantuan KWAPM ini bertujuan untuk menyerahkan duit bantuan persekolahan kepada murid yang didalam keluarga yang berpendapatan sederhana atau miskin. Guru kelas telah ditugaskan untuk menguruskan penyerahan duit ini kepada ibubapa mereka yang hadir. Dengan adanya bantuan sebegini, sekurang-kurangnya telah membantu ibubapa dalam merancang untuk kegunaan persekolahan anak mereka. MERENTAS DESA (27 - 28 MAC 2015) Program ini bertujuan untuk membina stamina dan kecerdasan murid-murid dalam bersukan. Program ini melibatkan semua murid SK Jawi dimana murid- murid akan berlari merentasi check point yang telah ditetapkan dan diawasi oleh guru-guru yang ditugaskan setiap check point. Laluan merentas desa dikawal oleh polis trafik dari IPD SPS, Jawi bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan terkawal. Setiap pemenang akan menerima hadiah sebagai tanda telah berjaya sampai ke garisan penamat. MTQ (16 MAC 2015) Pertandingan MTQ Peringkat Daerah diadakan di SK Sungai Bakap Indah. Guru pembimbing yang terlibat Pn. Faridah bt Yusoff, Pn. Norhafizoh bt Nordin, En. Mohd Fairuz b. Ismail, Pn. Mardziyah bt Salleh, Pn. Nafizah bt Md. Akhir. Kejayaan yang dicapai di dalam pertandingan ini ialah Naib Johan Tilawah Al- Quran (Lelaki), Naib Johan Bercerita (Lelaki), Ketiga Bercerita (Perempuan), Ketiga Tilawah Al-Quran (Perempuan), Ketiga Kalam Jamaie dan Ketiga Kompang Selawat. LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM BIG (13 MAC 2015) Semua warga SK Jawi mengalu-alukan kedatangan rombongan PPG Bahasa Tamil Kohort-2 yang mengadakan Program BIG di SK Jawi. Program ini bertujuan untuk mendedahkan mereka tentang penyertaan atau penglibatan warga sekolah yang mencapai kejayaan disamping persekitaran sekolah serta kaedah pengajaran dan pembelajaran di SK Jawi. Di samping itu dapat mendedahkan mereka bahawa SK Jawi di antara sekolah yang cemerlang di dalam Kurikulum, Kokurikulum mahupun pentadbiran dan pengurusan sekolah.
  • 3. 11 LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH KEJOHANAN BOLA BALING LELAKI (31 MAC 2015) Kejohanan Bola Baling Kategori Lelaki 12TKB Peringkat Negeri ini telah berlangsung di Pusat Komuniti Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Seramai 5 orang murid SK Jawi telah mewakili sekolah ke peringkat negeri Pulau Pinang. Pencapaian mereka di dalam Kejohanan Bola Baling ini ialah Naib Johan. Tahniah diucapkan kepada mereka dan guru pembimbing serta semua ahli pasukan bola baling peringkat negeri Pulau Pinang. Semoga kejayaan ini akan terus menaikkan usaha mereka untuk kejayaan yang lebih tinggi. PERASMIAN BILIK KELAB DOKTOR MUDA (1 APRIL 2015) Perasmian Bilik Kelab Doktor Muda ini telah dirasmikan oleh Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Pulau Pinang iaitu Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin. Selain perasmian, aktiviti lain yang dijalankan ialah persembahan murid, kedai jualan dari kalangan guru dan murid yang mewakili kelab masing- masing, pameran dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPS serta pameran kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Bukit Panchur. Program ini telah mendapat sambutan dikalangan ibubapa juga. PERTANDINGAN PENANG GERM BUSTER RACE (2 APRIL 2015) Pertandingan Penang Germ Buster Race ini telah dijalankan di Institut Latihan Kecemerlangan Mara (ILKM) Jawi. Di dalam pertandingan ini SK Jawi telah memenangi tempat Naib Johan. Guru pembimbing yang terlibat ialah Pn. Noorhasimah bt Mohamad Ansor, Pn. Zahratul Akmal bt Yahaya dan Pn. Norazimah bt Aziz. Program ini bertujuan menguji IQ murid untuk berfikir dengan menggunakan aras tinggi. Tahniah diucapkan di atas kejayaan yang telah dicapai dan teruskan usaha yang lebih baik. MAASAS (4 APRIL 2015) MAASAS peringkat Daerah SPS ini telah diadakan di SMKA Nibong Tebal, SPS, Pulau Pinang. SK Jawi telah menyertai 2 acara iaitu Kompang Selawat dan Kalam Jamaie dan telah memenangi tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan murid SK Jawi. Persembahan dari SK Jawi telah dilakukan dengan baik oleh semua ahli pasukan. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan terus menaikkan nama SK Jawi ke persada kecemerlangan. LAWATAN PENANDA ARAS SK JAWI KE SK CONVENT CAMERON HIGHLANDS, PAHANG (30 MAC 2015) Lawatan ini melibatkan beberapa orang pentadbir, guru, staf dan murid SK Jawi. Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk membina jalinan antara SK Jawi dengan SK Convent Cameron Highlands. Melalui lawatan ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dengan amalan terbaik yang digunakan di SK Convent Cameron Highlands. Selain itu, ia dapat berkongsi pengalaman serta rahsia kejayaan SK Convent Cameron Highlands sehingga mereka telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
  • 4. 11 LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH KAWAD PPIM (9 APRIL 2015) Kawad Unit Beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia telah diadakan di Perda-Tech Bukit panchur. Pasukan SK Jawi ialah murid seramai 44 orang dan guru pembimbing seramai 6 orang. Melaui program ini ahli PPIM dapat membina disiplin yang tinggi disamping menguji ketahan fizikal dan mental mereka. Selain itu, ia menggalakkan budaya berkerjasama dalam pasukan di sepanjang pertandingan. Tahniah di ucapkan kepada pasukan SK Jawi dan guru pembimbing kerana Berjaya memenangi tempat naib johan daerah. KEM TAHUN 6 (11-12 APRIL 2015) Kem Tahun 6 telah dijalankan dengan jayanya di PULAZA, Pulau Pinang. Semua murid tahun 6 terlibat dalam program yang dijalankan ini sebagai program motivasi yang diadakan untuk murid tahun 6 setiap tahun bagi memantapkan jati diri murid dari segi fizikal dan mental yang bakal menjadi calon UPSR 2015 nanti. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam program ini. Beberapa guru pembimbing turut menyertai program ini untuk memberi semangat kepada murid tahun 6 supaya mereka lebih semangat dan akan memberi tumpuan sebaiknya untuk peperiksaan UPSR nanti. PROGRAM KESIHATAN (11 APRIL 2015) Program Kesihatan ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar cara-cara memelihara kebersihan diri dan kesihatan. Aktiviti yang turut dijalankan adalah persembahan dari pelajar SK Jawi. Dengan adanya program seperti ini, murid-murd dapat mengetahui serba sedikit tentang penjagaan diri dan keselamatan diri mereka dengan baik dan berkesan. Selain itu ialah membina keyakinan diri dan melatih budaya bekerjasama dalam pasukan. PESTA PANTUN DAERAH (8 APRIL 2015) Pesta Pantun peringkat Daerah SPS 2015 kali ini telah diadakan di SK Jawi. SK Jawi telah menjadi tuan rumah bagi program ini. Seluruh warga SK Jawi turut bekerjasama dalam menjayakan program ini agar ianya berjalan dengan lancar. Seramai 5 orang pemantun dari SK Jawi yang dibimbing di bawah Pn. Siti Fatimah bt Mat Daud, Pn. Noor Haida bt Shohaili dan Pn. Zahratul Akmal bt Yahaya. SK Jawi telah menjuarai pertandingan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga SK Jawi yang terlibat. PROGRAM TAHUN 6 BERSAMA USM (10 & 17 APRIL 2015) SK Jawi telah mengadakan jalinan bersama USM iaitu program murid tahun 6 bersama pelajar USM. Melalui program ini, murid tahun 6 dapat memperolehi beberapa tips kejayaan sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Selain itu ia dapat menaikkan semangat murid-murid tahun 6 supaya mereka lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. Di dalam program ini, pelajar USM turut mengadakan beberapa aktiviti yang menguji minda dan motivasi yang dapat diamalkan oleh murid tahun 6 sebelum dan selepas peperiksaan UPSR.
  • 5. 11 LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH KARNIVAL BAHASA - SCRABBLE (14 APRIL 2015) Program Scrabble yang diadakan di dalam Karnival Bahasa ini telah berlangsung di SJKC Kampung Jawi. Program ini merupakan salah satu permainan bahasa yang memerlukan kemahiran berfikir dalam membina perkataan didalam perkataan yang dibina dikalangan pemain-pemainnya. Di dalam permainan ini, idea yang menarik yang menghasilkan perkataan yang betul dengan jayanya akan dikira sebagai pemenang. Di dalam permainan ini, SK Jawi tetap mendapat saguhati sebagai penyertaan. Tahniah. KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPP NEGERI(16 APRIL 2015) Kejohanan Bola Sepak MSSPP Negeri Pulau Pinang ini telah diadakan di Penang Free School. Pasukan bolasepak peringkat negeri turut diwakili oleh murid dari SK Jawi seramai 3 orang murid dimana mereka telah mewakili Zon Nibong Tebal. Kejayaan mereka ialah mendapat naib johan untuk kategori 12TKB. Malahan seorang murid turut melayakkan untuk mewakili Negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan iaitu adik Aman Syamim. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan berpihak kepada pasukannya. KEJOHANAN CATUR (16 APRIL 2015) Kejohanan Catur 12TKB peringkat daerah ini telah disertai oleh 2 orang wakil murid SK Jawi. Beliau telah memenangi tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar kepada beliau. Tahniah diucapkan terutamanya kepada adik Nurul Akma Quzaina kerana berjaya memenangi tempat dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan. Semoga mereka akan meneruskan usaha ke arah kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. PROGRAM SEGAK (16 APRIL 2015) Program SEGAK ini telah diadakan di Dewan Ar-Razi, SK Jawi. Program ini merupakan program Pendidikan Kesihatan dan Jasmani. Ia merupakan latihan dan ujian bagi mengetahui tahap kecerdasan fizikal mereka. Program ini telah dibimbing oleh Pn. Noordina bt Mohd Haron, Pn. Rubavathi a/p Arumugam, Pn. Siti Holijah bt Ghazali dan En. Mohd Roshaydi bin Ahmad. Semoga program ini dapat meningkatkan stamina murid dalam mengekalkan kesihatan mereka dengan lebih baik. MINI PARLIMEN (13-16 APRIL 2015) Seramai tiga orang murid SK Jawi iaitu adik Noor Amirah Aisyah bt Zaiffri, Muhammad Muizzudin bin Mohd Zaili dan Muhammad Syahmi bin Ishak telah terpilih menjadi ahli parlimen kanak-kanak dalam rancangan bersiri RTM iaitu Mini Parlimen. Rancangan bual bicara kanak-kanak membahaskan sesuatu isu berkaitan di Malaysia ini. Apa yang membanggakan adalah mereka ini turut bergandingan dengan pelakon-pelakon cilik tanah air untuk memberi nafas baru kepada rancangan Mini Parlimen 2015.
  • 6. 11 LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH KARNIVAL SAINS – MATH MAGIC (18 APRIL 2015) Program Math Magic yang diadakan dalam Karnival ini telah diadakan di SMK Permatang Pasir. Tujuan program ini adalah menguji kepantasan murid dalam menyelesaikan masalah pengiraan. Program ini akan menguji kepantasan membuat keputusan bagi penyelesaian masalah tersebut dan menyatakan jawapan yang betul. Peserta yang paling banyak berjaya menjawab dengan tepat akan dikira sebagai pemenang. Kumpulan SK Jawi telah menjadi juara. PESTA PANTUN NEGERI (22 APRIL 2015) Kejayaan Pesta Pantun Daerah SPSP yang lalu telah melayakkan pemantun SK Jawi ke peringkat Negeri yang telah diadakan di SK Bayan Lepas 2, Pulau Pinang. Pasukan pemantun SK Jawi telah memenangi Naib Johan Negeri. Tahniah diucapkan kepada pemantun dan guru pembimbing pesta pantun. Diharap Pasukan Pemantun SK Jawi tidak berputus asa dan semoga teruskan udaha ke peringkat yang lebih tinggi. ANUGERAH SLAAS (23 APRIL 2015) SK Jawi telah diberi Pensijilan Khas Sekolah Harapan dalam Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2013 / 2014. Sijil ini telah diterima oleh guru besar SK Jawi sebagai penganugerahan kepada SK Jawi di atas kejayan warga sekolah yang bertungkus lumus dan bekerjasama merealisasikan impian sekolah untuk menjadikan SK Jawi sekolah cemerlang alam sekitar. Dengan kejayaan ini maka terbuktilah bahawa SK Jawi sememangnya cemerlang setara dengan kebitaraan alam sekitar sekolah kluster kecemerlangan. KEJOHANAN CATUR (23 APRIL 2015) Kejohanan Catur ini telah disertai oleh adik Nurul Akma Quzaina bt Khairolnisal dari kelas 4 Gemilang, Sekolah Kebangsaan Jawi. Beliau telah memenangi tempat keenam yang diadakan SJKC Shang Whu, Air Itam. Dengan kejayaan yang dicapai telah melayakkan beliau untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Semoga beliau mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar kepada beliau. KEMPORI PENGAKAP (24-26 APRIL 2015) Kempori Pengakap peringkat daerah SPS ini telah diadakan di SK Sungai Acheh selama 3 hari. Murid-murid dan guru pembimbing pengakap SK Jawi turut terlibat dalam program ini. Kempori Pengakap ini menjalankan aktiviti seperti perkhemahan dan beberapa ilmu unit beruniform pengakap yang telah diberi semasa program dijalankan. Tahniah diucapkan kepada murid SK Jawi kerana begitu bersemangat dalam menjayakan program ini dengan baik.
  • 7. 11 LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH PENGHARGAAN SEKOLAH - ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN (27 APRIL 2015) Anugerah Kecemerlangan Sukan kepada murid-murid SK Jawi ini merupakan penghargaan sekolah kepada mereka yang telah berjaya dalam setiap pertandingan yang telah mengharumkan nama SK Jawi di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Semoga dengan penghargaan dan penganugerahan ini, mereka lebih bersemangat untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Tahniah. PERTANDINGAN KOKURIKULUM AKADEMIK KELOMPOK R1 (28 APRIL 2015) Pertandingan Kokurikulum Akademik Kelompok R1 Bahasa Melayu diadakan di SK Sungai Bakap manakala Bahasa Inggeris pula diadakan di SJKC Kampung Jawi. Kategori Bahasa Melayu telah memenangi Johan dalam setiap acara manakala Bahasa Inggeris pula memenangi Johan Poem, Naib Johan Story Telling, Ketiga Choral Speaking dan Saguhati Action Song. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014 (29 APRIL 2015) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 ini telah diadakan di Perda-Tech Bukit Panchur, Pulau Pinang. Seramai 6 orang penerima APC SK Jawi iaitu Pn. Zubaidah bt jaafar, Pn. Maznah bt Mohd Ghazali, Pn. Rubavathi a/p Arumugam, Pn. Rodziah bt Ibrahim, Pn. Nora bt Nordin dan En. Abdul Razak bin Kamaruddin. APC merupakan penganugerahan di atas kecemerlangan penjawat awam di atas penilaian prestai mereka di tahun semasa mereka berkhidmat di tempat kerja. PIDATO IDOLA PENANG GREEN COUNCIL (25 APRIL 2015) Pidato Idola atau pertandingan pengucapan awam ini telah diadakan di Penang Green Council. Murid SK Jawi iaitu Adik Syazrin Amanda binti Rosli telah berjaya di peringkat separuh akhir yang diadakan di Straits Quay Retail Marina sempena penganjuran program ‘Think Green, Go Green’. Beliau telah dipilih sebagai 5 finalis yang akan bertanding di peringkat akhir di pusat membeli belah 1st Avenue sempena penganjuran Karnival Hijau Pulau Pinang 2015. SUKANTARA (29-30 APRIL 2015) Sukantara diadakan bagi melatih murid-murid mengekalkan stamina mereka untuk bersukan dan mendedahkan kepada mereka bahawa kesihatan fizikal juga penting untuk mereka sentiasa sihat. Latihan sukan turut dijalankan bagi melatih murid-murid yang layak memasuki acara yang dipertandingkan semasa Hari Sukan Sekolah pada 26 Mei 2015. Melalui sukaneka ini sekolah akan mempunyai olahragawan dan olahragawati bagi mewakili sekolah ke peringkat setersunya.
  • 8. 11 LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH PERTANDINGAN PIDATO SKK KEBANGSAAN (7 MEI 2015) Pertandingan Pidato SKK Kebangsaan ini telah diadakan di Unisza, Terengganu. Adik Syazrin Amanda binti Rosli telah menyertainya yang telah dibimbing oleh Pn. Rodziah bt Ibrahim. Adik Syazrin telah memenangi Johan Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada adik Syazrin dan Pn. Rodziah kerana Berjaya mengharumkan nama SK Jawi ke peringkat kebangsaan dan meletakkan SK Jawi di persada kecemerlangan. PERKHEMAHAN PPIM (8 MEI 2015) Perkhemahan Unit Beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia telah diadakan di . Pasukan SK Jawi ialah murid seramai 4 orang dan guru pembimbing seramai 2 orang. Objektif perkhemahan ini adalah untuk mendedahkan mereka kepada beberapa aktiviti yang menguji ketahan fizikal dan mental mereka di samping menggalakkan budaya berkerjasama dalam berpasukan semasa menjalankan aktiviti di sepanjang kem ini. Tahniah di ucapkan kepada pasukan SK Jawi. Semoga terus bersemangat dalam aktiviti yang diadakan di masa hadapan. PERSAHABATAN SOFTBOL (8 MEI 2015) Persahabatan Softbol antara SK Jawi dengan SKKB telah diadakan di SK Kampung Baru, Bukit Mertajam. Program ini diadakan untuk membina jalinan antara kedua-dua sekolah dan melatih pasukan softbol sekolah untuk terus memberikan yang terbaik semasa dalam permainan softbol. Guru pembimbing yang terlibat ialah Pn. Rubavathi a/p Arumugam, En. Mohd Roshaydi bin Ahmad dan En. Sabarudin bin Mohamad Yusof. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. JAMUAN PENGHARGAAN PESERTA MTQ & MASAAS (30 APRIL 2015) Jamuan ini diadakan sebagai penghargaan kepada peserta MTQ dan MAASAS yang telah berjaya dalam acara yang dieprtandingkan. Jamuan ini telah diadakan di De Pauh Garden, Permatang Pauh di mana semua peserta dan beberapa guru pembimbing turut menyertainya. Makanan yang disediakan beserta layanan amatlah baik dan harganya berpatutan. Semoga dengan adanya jamuan penghargaan ini, murid-murid yang terlibat akan terus berusaha untuk kejayaan di masa akan datang. LAWATAN ILMIAH KE BRUNEI (1 – 4 MEI 2015) Lawatan Ilmiah ini bertujuan untuk membina jalinan antara ahli Kelab Doktor Muda dengan guru-guru SK Jawi dan masyarakat di Brunei. Ia juga dapat menambah ilmu pengetahuan serta menyebarkan maklumat tentang program Kelab Doktor Muda disamping dapat mendedahkan murid-murid dari Kelab Doktor Muda SK Jawi kepada sebuah institusi pendidikan di Brunei iaitu SK Sengkurong. Selain itu, ia dapat menilai tahap atau amalan kualiti akademik yang boleh digunakan sebagai penanda aras.
  • 9. 11 LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH KEM BOLA ASTRO KASIH (9 MEI 2015) Kem bola Astro Kasih ini diadakan di Padang TNB, Perai. Seramai 4 orang wakil dari SK Jawi telah menyertai kem bola ini. Melalui program ini, murid-muird dapat didedahkan dengan tips-tips semasa dalam permainan bola supaya lebih cekap semasa bermain. Guru pembimbing yang terlibat ialah Pn. Rubavathi a/p Arumugam. Semoga dengan adanya program sebegini, murid-murid dapat memberikan yang terbaik semasa dalam perlawanan bola nanti. STATE ENGLISH LANGUAGE FAIR (9 MEI 2015) State English Language Fair ini telah diadakan di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Aktiviti yang diajalankan ialah reading corner, writing corner, cooking, raffle, drum presentation, exhibition, coloring corner, language foot step. Pn. Zubaidah bt Jaafar selaku guru besar turut hadir memberi sokongan kepada semua guru yang menyertainya. Semoga dengan adanya program sebegini dapat mempertingkatkan kualiti bahasa inggeris guru-guru semasa dalam PdP masing-masing. Tahniah. KEJOHANAN CATUR TERBUKA USM (9 MEI 2015) Kejohanan Catur Terbuka 12TKB ini telah diadakan di USM Kampus Kejuruteraan Transkrian. Adik Nurul Akma Quzaina bt Khairolnisal telah memenangi Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana bersungguh-sungguh dalam pertandingan tersebut. Walaupun beliau tidak berjaya memperoleh Johan, namun beliau telah memberikan yang terbaik di dalam permainan catur tersebut. Ternyata beliau mempunyai daya pemikiran yang bijak untuk menghabiskan permainan catur tersebut. KONVENSYEN DOKTOR MUDA DAERAH SPS (11 MEI 2015) Konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah SPS ini telah diadakan di Institut Latihan Kecemerlangan Mara Jawi. Acara yang dipertandingkan yang mendapat kejayaan adalah Johan Sekolah Cemerlang Doktor Muda, Johan Tokoh Doktor Muda, Johan Kuiz Kesihatan, Johan Bicara Spontan BM, Johan Bicara Spontan BI, Naib Johan Pameran Intervensi, Ketiga Projek Komuniti, Ketiga Inovasi BBM. Acara yang mendapat johan akan meneruskan perjuangan ke peringkat negeri pada 19 Mei 2015 nanti. Semoga Berjaya.
  • 10. 11 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program-program yang dijalankan oleh Sekolah Kebangsaan Jawi sepanjang tahun 2015. • PN. ZUBAIDAH BT JAAFAR Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jawi • PN. NORIDA BT ANNUAR Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Jawi • PN. MAZNAH BT MOHD GHAZALI Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Jawi • EN. MOHD NIZAR BIN ZAINUL Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jawi • EN. ROHAIZAR BIN HARON YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Jawi • SELURUH AHLI JAWATAN KUASA PIBG SEKOLAH • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA • JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG • PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN • PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI BAKAP • PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN • IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN • INSTITUT LATIHAN KECEMERLANGAN MARA SG JAWI • SEMUA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI DAN KUMPULAN ATAU INDIVIDU YANG MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI PADA TAHUN 2015. PENGHARGAANSEKALUNG