SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
AKTIVITI FIZIKAL MAMPU MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR 
Bismillah Hirrahman Nirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berusaha 
Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh Encik Ramli b X tau, Penolong 
Kanan Pentadbiran Encik Abdullah Sani Pawan, Penolong Kanan HEM Pn Noraini 
Selamat,Penolong Kanan Ko-Kurikulum En Sanaisi Naidu, guru-guru dan para pelajar 
yang dikasihi sekelian. 
Alhamdulillah pada pagi ini kita dapat berkumpul untuk satu aktiv iti sempena 
sambutan Bulan Kesihatan Sekolah. Sambutan ini bertujuan untuk membangkitkan 
kesedaran di kalangan pelajar tentang peri pentingnya kesihatan dalam kehidupan 
kita. Kesihatan yang baik akan menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan dalam 
kehidupan kita. 
Pada hari ini, cikgu ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan ceramah 
ringkas mengenai bagaimana aktiv iti fizikal mampu mengurangkan risiko penyakit 
kardiovaskular. Mungkin kamu semua tidak pernah mendengar perkataan 
kardiovaskular. Kardiovaskular adalah akronim daripada 2 patah perkataan iaitu 
cardio yang bermaksud jantung manakala vascular bermaksud system pengedaran 
darah melalui pembuluh darah atau vena. 
Penyakit kardiovaskular pula bermaksud terdapatnya gangguan pada jantung kita 
serta pembuluh darah yang berperanan mengedarkan darah ke seluruh tubuh kita. 
Kegagalan jantung serta kerosakan pada system vena dan pembuluh darah kita 
akan menyebabkan kita mengalami serangan jantung, stroke atau angin ahmar 
yang boleh membawa maut. 
Banyak faktor yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular ini. Antara factor 
utama yang menyebabkan penyakit ini adalah seperti tekanan darah tinggi, 
kolesterol yang tinggi di dalam tubuh, meminum minuman keras, merokok, obesity, 
diabetes, gaya hidup sedentary atau hidup bermalas-malas, usia dan keturunan. 
Faktor usia dan keturunan adalah factor di luar kawalan kita. Namun terdapat 
banyak factor lain yang boleh kita kawal untuk mengurangkan risiko penyakit 
kardiovaskular yang bahaya ini. Kita mesti menjauhi semua tabiat yang buruk dan 
negative misalnya jangan menghisap rokok yang diketahui membawa pelbagai 
risiko kesihatan akibat daripada kandungan tar dan nikotin yang terdaat dalam 
tembakau manakala asap rokok pula mengandungi gas yang sangat merbahaya 
seperti karbon monoksida dan sebagainya. 
Kita sepatutnya menjauhi meminum minuman keras yang sememangnya di 
haramkan di sisi agama kita Arak dan semua jenis minuman keras akan 
menyebabkan saluran darah kita mengeras atau dipanggil alteroklerosis yang akan 
menyebabkan perjalanan darah kita menjadi tersekat dan tersumbat dan 
seterusnya menimbulkan risiko penyakit kardiovaskular. 
Kita sepatutnya menjalani hidup yang aktif dengan melakukan senaman dan lain-lain 
aktiv iti fizikal yang akan menjadikan tubuh kita cergas dan bertenaga di 
samping mengelakkan terjadinya obesity atau berat badan berlebihan yang turut 
menyumbang ke arah penyakit jantung.
Masyarakat moden hari ini kurang bersenam dan kurang melakukan aktiv iti fizikal 
sebaliknya lebih suka kepada gaya hidup sedentary atau bermalas-malasan. Kita 
lebih banyak menghabiskan masa kita dengan melakukan aktiv iti-aktiviti yang pasif 
dan tidak mengeluarkan peluh. Kita menghabiskan masa kita dengan duduk 
menonton televisyen, bermain permainan computer, melayari internet. Kegiatan ini 
menyebabkan tubuh kita menjadi lesu dan tidak cergas. Akibatnya kita terdedah 
kepada risiko penyakit kardiovaskular. 
Kita sepatutnya mengamalkan gaya hidup sihat dengan selalu bersenam secara 
konsisten serta melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berlari, berbasikal, bermain 
permainan seperti bola sepak, tenis, sepaktakraw dan sebagainya. Aktiv iti-aktiviti ini 
selain menyihatkan tubuh badan juga mencergaskan minda kita serta menjauhkan 
kita daripada pelbagai risiko penyakit kronik. 
Selain bersenam kita juga sepatutnya mengamalkan pemakanan yang sihat. 
Makan makanan yang seimbang setiap hari akan mengelakkan kita dari terdedah 
kepada risiko obesity. Makanan segera, minuman serta makanan ringan sepatutnya 
tidak dijadikan amalan. Kita sepatutnya memakan lebih banyak sayuran dan buah-buahan 
untuk membantu tubuh kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan.

More Related Content

What's hot

Ppt lay informasi mella maringga 089
Ppt lay informasi mella maringga 089Ppt lay informasi mella maringga 089
Ppt lay informasi mella maringga 089
mellar
 
Makanan utk usia atas 40 tahun
Makanan utk usia atas 40 tahunMakanan utk usia atas 40 tahun
Makanan utk usia atas 40 tahun
Manaf Abdul
 

What's hot (16)

Tumbuh kembang lansia
Tumbuh kembang lansiaTumbuh kembang lansia
Tumbuh kembang lansia
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Presentasi kp i (healthy life style)
Presentasi kp i (healthy life style)Presentasi kp i (healthy life style)
Presentasi kp i (healthy life style)
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
 
Pola hidup-sehat-160216190608
Pola hidup-sehat-160216190608Pola hidup-sehat-160216190608
Pola hidup-sehat-160216190608
 
Doc1
Doc1Doc1
Doc1
 
Ppt lay informasi mella maringga 089
Ppt lay informasi mella maringga 089Ppt lay informasi mella maringga 089
Ppt lay informasi mella maringga 089
 
Makanan utk usia atas 40 tahun
Makanan utk usia atas 40 tahunMakanan utk usia atas 40 tahun
Makanan utk usia atas 40 tahun
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Penjasorkes Makanan Sehat dan Bahaya Makanan
Penjasorkes Makanan Sehat dan Bahaya MakananPenjasorkes Makanan Sehat dan Bahaya Makanan
Penjasorkes Makanan Sehat dan Bahaya Makanan
 
Pola Hidup Sehat
Pola Hidup SehatPola Hidup Sehat
Pola Hidup Sehat
 
5 tips ampuh mencegah diabetes yang efektif
5 tips ampuh mencegah diabetes yang efektif5 tips ampuh mencegah diabetes yang efektif
5 tips ampuh mencegah diabetes yang efektif
 
Masa Usia Lanjut
Masa Usia LanjutMasa Usia Lanjut
Masa Usia Lanjut
 
89948496 024-akbid-makalah-usia-harapan-hidup
89948496 024-akbid-makalah-usia-harapan-hidup89948496 024-akbid-makalah-usia-harapan-hidup
89948496 024-akbid-makalah-usia-harapan-hidup
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 

Similar to Aktiviti fizikal mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Septian Muna Barakati
 
Hipertensi dan faktor faktor resikonya
Hipertensi dan faktor faktor resikonyaHipertensi dan faktor faktor resikonya
Hipertensi dan faktor faktor resikonya
Maul_N
 
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokinetiBab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
khairul azlan taib
 

Similar to Aktiviti fizikal mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (20)

Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Lansia_sehat_dan_mandiri_ok.pptx
Lansia_sehat_dan_mandiri_ok.pptxLansia_sehat_dan_mandiri_ok.pptx
Lansia_sehat_dan_mandiri_ok.pptx
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
 
Hipertensi dan faktor faktor resikonya
Hipertensi dan faktor faktor resikonyaHipertensi dan faktor faktor resikonya
Hipertensi dan faktor faktor resikonya
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
karya ilmiah.pdf
karya ilmiah.pdfkarya ilmiah.pdf
karya ilmiah.pdf
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokinetiBab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat  dan bersih irmayaniMakalah pola hidup sehat  dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
TUGASAN 2 - PEMBENTANGAN.pdf
TUGASAN 2 - PEMBENTANGAN.pdfTUGASAN 2 - PEMBENTANGAN.pdf
TUGASAN 2 - PEMBENTANGAN.pdf
 
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 
Makalah penyakit strok
Makalah penyakit strokMakalah penyakit strok
Makalah penyakit strok
 
Na n0
Na n0Na n0
Na n0
 
Na n0
Na n0Na n0
Na n0
 

Aktiviti fizikal mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

  • 1. AKTIVITI FIZIKAL MAMPU MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR Bismillah Hirrahman Nirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh Encik Ramli b X tau, Penolong Kanan Pentadbiran Encik Abdullah Sani Pawan, Penolong Kanan HEM Pn Noraini Selamat,Penolong Kanan Ko-Kurikulum En Sanaisi Naidu, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekelian. Alhamdulillah pada pagi ini kita dapat berkumpul untuk satu aktiv iti sempena sambutan Bulan Kesihatan Sekolah. Sambutan ini bertujuan untuk membangkitkan kesedaran di kalangan pelajar tentang peri pentingnya kesihatan dalam kehidupan kita. Kesihatan yang baik akan menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Pada hari ini, cikgu ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan ceramah ringkas mengenai bagaimana aktiv iti fizikal mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Mungkin kamu semua tidak pernah mendengar perkataan kardiovaskular. Kardiovaskular adalah akronim daripada 2 patah perkataan iaitu cardio yang bermaksud jantung manakala vascular bermaksud system pengedaran darah melalui pembuluh darah atau vena. Penyakit kardiovaskular pula bermaksud terdapatnya gangguan pada jantung kita serta pembuluh darah yang berperanan mengedarkan darah ke seluruh tubuh kita. Kegagalan jantung serta kerosakan pada system vena dan pembuluh darah kita akan menyebabkan kita mengalami serangan jantung, stroke atau angin ahmar yang boleh membawa maut. Banyak faktor yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular ini. Antara factor utama yang menyebabkan penyakit ini adalah seperti tekanan darah tinggi, kolesterol yang tinggi di dalam tubuh, meminum minuman keras, merokok, obesity, diabetes, gaya hidup sedentary atau hidup bermalas-malas, usia dan keturunan. Faktor usia dan keturunan adalah factor di luar kawalan kita. Namun terdapat banyak factor lain yang boleh kita kawal untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang bahaya ini. Kita mesti menjauhi semua tabiat yang buruk dan negative misalnya jangan menghisap rokok yang diketahui membawa pelbagai risiko kesihatan akibat daripada kandungan tar dan nikotin yang terdaat dalam tembakau manakala asap rokok pula mengandungi gas yang sangat merbahaya seperti karbon monoksida dan sebagainya. Kita sepatutnya menjauhi meminum minuman keras yang sememangnya di haramkan di sisi agama kita Arak dan semua jenis minuman keras akan menyebabkan saluran darah kita mengeras atau dipanggil alteroklerosis yang akan menyebabkan perjalanan darah kita menjadi tersekat dan tersumbat dan seterusnya menimbulkan risiko penyakit kardiovaskular. Kita sepatutnya menjalani hidup yang aktif dengan melakukan senaman dan lain-lain aktiv iti fizikal yang akan menjadikan tubuh kita cergas dan bertenaga di samping mengelakkan terjadinya obesity atau berat badan berlebihan yang turut menyumbang ke arah penyakit jantung.
  • 2. Masyarakat moden hari ini kurang bersenam dan kurang melakukan aktiv iti fizikal sebaliknya lebih suka kepada gaya hidup sedentary atau bermalas-malasan. Kita lebih banyak menghabiskan masa kita dengan melakukan aktiv iti-aktiviti yang pasif dan tidak mengeluarkan peluh. Kita menghabiskan masa kita dengan duduk menonton televisyen, bermain permainan computer, melayari internet. Kegiatan ini menyebabkan tubuh kita menjadi lesu dan tidak cergas. Akibatnya kita terdedah kepada risiko penyakit kardiovaskular. Kita sepatutnya mengamalkan gaya hidup sihat dengan selalu bersenam secara konsisten serta melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berlari, berbasikal, bermain permainan seperti bola sepak, tenis, sepaktakraw dan sebagainya. Aktiv iti-aktiviti ini selain menyihatkan tubuh badan juga mencergaskan minda kita serta menjauhkan kita daripada pelbagai risiko penyakit kronik. Selain bersenam kita juga sepatutnya mengamalkan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang seimbang setiap hari akan mengelakkan kita dari terdedah kepada risiko obesity. Makanan segera, minuman serta makanan ringan sepatutnya tidak dijadikan amalan. Kita sepatutnya memakan lebih banyak sayuran dan buah-buahan untuk membantu tubuh kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan.