SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
06: Islam Dan Keadilan
Submitted by admin on Sat, 2007-10-20 13:32



Masyarakat

Setiap manusia fitrah semula jadinya inginkan keadilan. Kerana keadilan itu satu perkara
yang berharga dan penting. Justeru itu, begitu serius manusia memperjuangkannya dari
sejak wujudnya manusia hingga kini. Bahkan akan terus diperjuangkan sambungbersambung hingga ke hari Kiamat.
Memang di antara sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji) yang selalu diperkatakan orang di
dalam pidato-pidato, di dalam tulisan-tulisan dan di dalam perbincangan-perbincangan
adalah sifat adil. Bukan sahaja umat Islam yang menyebutnya bahkan semua kaum dan
bangsa.
Kita pun hairan juga mengapa semua kaum dan bangsa di kalangan manusia, sangat
memperjuangkan sifat adil. Sifat-sifat mahmudah yang lain seperti pemurah, berkasih
sayang, ikhlas, mengutamakan orang lain, pemaaf, meminta maaf, merendah diri,
bertimbang rasa, sabar dan lain-lain lagi tidak pula begitu serius diperkatakan apatah lagi
untuk diperjuangkan dan dijadikan slogan antarabangsa.
Sifat adil itu hampir setiap hari kita dengar dan baca melalui khutbah, ceramah, media
elektronik dan media cetak. Perkataan keadilan itu diucapkan dan ditulis oleh semua
golongan manusia, tidak kira dia Islam atau bukan Islam.Berbagai-bagai bentuk perkataan
yang kita dengar mengenai keadilan itu.
Antaranya:


Kita mesti adil.



Itu tidak adil.



Keadilan belum begitu wujud lagi.



Kita mahu keadilan yang menyeluruh.



Belum ada keadilan ekonomi dan politik.



Mari kita perjuangkan keadilan.



Dia itu pejuang keadilan.



Selagi ada diskriminasi, keadilan tidak akan wujud.
Dan lain-lain lagi susunan bahasa mengenai keadilan sebagai slogan di dalam pidato dan
tulisan. Lebih-lebih lagi jika berlaku krisis politik dan ekonomi di dalam sesebuah negara
atau apabila ada pemimpin yang dipecat dan ada pegawai kerajaan yang dibuang kerja
maka perkataan keadilan itu akan diperkatakan oleh golongan-golongan tertentu melalui
pidato-pidato atau tulisan-tulisannya. Kejadian itu akan disebut sebagai adil atau tidak adil
mengikut pandangan dan pertimbangan masing-masing.
KEADILAN YANG BELUM BERSIFAT GLOBAL
Kalau kita teliti dan perhati perkataan keadilan yang biasa dikumandangkan dan digembargemburkan oleh sesetengah pihak di seluruh dunia, jelas menunjukkan bahawa keadilan
yang disebut atau diperjuangkan itu tidak bersifat menyeluruh atau global. Keadilan yang
diperbesar-besarkan itu hanya di bidang-bidang atau di sudut-sudut tertentu sahaja, seperti
keadilan di bidang politik, ekonomi, jawatan dan pemberian biasiswa.
Kalaupun ada di bidang-bidang lain, ianya tidak begitu serius diperkatakan. Bahkan di
dalam sesetengah hal dan keadaan, perkataan keadilan itu ditimbulkan apabila ia menimpa
orang-orang yang berjawatan besar. Ketika itu barulah soal keadilan itu dihebohkan atau
diperbesarkan. Sebaliknya, jika berlaku kepada orang-orang bawahan atau rakyat jelata, ia
tidak pun diperbesarkan.
Bahkan adakalanya apabila berlaku ketidakadilan atau diskriminasi kepada golongan
bawahan, tidak ada seorang pun yang mengambil tahu atau membuat liputan dalam media
massa. Mungkin ada yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu kerana yang tidak dapat
keadilan itu bukan dari golongan atau konco-konconya. Namun demikian ada orang
menyatakan dia itu adalah pejuang keadilan. Itu menunjukkan orang yang menggelarkan
seseorang itu pejuang keadilan pun belum faham erti keadilan yang sebenar.
KEADILAN YANG BERSIFAT GLOBAL
Islam melihat bahawa keadilan itu adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji. Ia
adalah bersifat menyeluruh dan global. Sifat ini tidak hanya berkaitan aspek-aspek tertentu
sahaja. Selain bersifat sejagat, ia juga adalah berkait dengan semua aspek, hal dan
keadaan.
Ia mesti berlaku di dalam politik, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, ketenteraan,
perjawatan, kebudayaan, kemasyarakatan, penganugerahan, khidmat cemerlang, akhlak
atau moral dan lain-lain lagi merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sama ada yang
lahir mahupun yang batin. Sama ada yang bersifat fizikal mahupun yang bersifat
maknawiah dan rohaniah.
Erti keadilan itu sangat luas fungsi atau kedudukannya di dalam kehidupan manusia
terutama di dalam kehidupan bermasyarakat. Manusia itu bukan sahaja mesti adil kepada
orang lain tetapi juga mesti adil pada diri sendiri dan anggota-anggotanya, lahir dan batin.
MENGAPA KEADILAN TIDAK DIPERJUANGKAN SECARA GLOBAL?
Pada hari ini, keadilan itu tidak diperjuangkan secara global dansejagat walaupun sifat adil
itu bertaraf sejagat. Keadaan ini berlaku kerana beberapa sebab seperti berikut:
1. Mungkin ramai orang yang belum faham erti keadilan yang sebenarnya.
2. Kerana manusia itu susah hendak lari atau keluar daripada kepentingan diri, keluarga
dan kelompok-kelompoknya, golongan, kaum dan bangsanya, maka masing-masing
lebih menekankan keadilan itu untuk kepentingan diri dan kelompok- kelompoknya
sahaja.
3. Setiap kelompok itu mentakrifkan atau mendefinasikan mengikut kefahaman, ideologi,
agama pegangan masingmasing atau akal fikiran masing-masing. Bukan mengikut
takrif Islam yang luas lagi sempurna.
4. Ada golongan tertentu yang memperkatakan tentang keadilan itu bertujuan hendak
menjatuhkan individu yang tertentu, puak atau parti yang tertentu kerana hasad
dengki, sakit hati atau kerana itu musuhnya.
5. Ada golongan memperjuangkan keadilan setelah tersepit, dibuang daripada jawatan
atau dizalimi. Maka mulalah mereka menggembar-gemburkan keadilan. Kalau tidak
menimpa diri dan golongan sendiri, mereka pun tidak minat hendak menyebut dan
memperjuangkannya
6. Ada golongan yang takut untuk perjuangkan keadilan secara global kerana bimbang
kalau keadilan itu disarankan atau diperjuangkan kepada semua pihak, akan ada nanti
golongan yang bangun dan maju.
7. Disebabkan takut dan bimbang risikonya ditekan dan disusahkan kalau keadilan secara
global yang diperjuangkan itu mencabar golongan yang berkuasa atau kuat.
Secara umumnya inilah di antara sebab-sebab mengapa pejuang-pejuang yang ingin
menegakkan keadilan, kelihatan tidak bersifat global dan menyeluruh. Maka orang menjadi
bingung dan keliru. Lebih-lebih lagi apabila mereka tidak tahu bagaimana memperjuangkan
keadilan secara tepat.
ERTI KEADILAN
Mengikut bahasa, di antara erti adil itu ialah sama rata di antara dua perkara. Seimbang di
antara dua keadaan atau mengimbangi bebanan. Erti keadilan mengikut istilah syariat Islam
ialah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maksud keadilan mengikut istilah syariat
itulah yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam beberapa ayat.
Di antaranya, firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala menyuruhmu, supaya kamu membayarkan
amanat kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum antara manusia,
hendaklah kamu hukum dengan adil. (An Nisaa: 58)

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan berbuat
kebajikan serta memberi kaum kerabat dan melarang berbuat yang keji dan yang
mungkar dan kezaliman. (An Nahl: 90)

Maksudnya: Maka jika salah satu dari keduanya teraniaya kepada yang lain,
hendaklah kamu perangi (golongan) yang membuat aniaya, hingga kembali
kepada perintah Allah dan hendaklah perdamaikan antara keduanyadengan
keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil. (Al Hujurat: 9)
Di sini dapatlah kita faham bahawa apa saja yang kita lakukan sama ada orang atau barang
atau benda atau perkara, sama ada yang bersifat maddi (material) mahupun bersifat
maknawi atau rohani, jika dapat diletakkan pada tempatnya, inilah yang dikatakan adil.
Kalau berlaku sebaliknya maka dinamakan zalim kerana lawan adil itu ialah zalim.
Perkataan zalim itu berasal daripadazulmat ertinya gelap atau kegelapan.
Orang yang bertindak di dalam kehidupan tidak meletakkan sesuatu perkara atau perbuatan
sama ada yang bersifat lahir mahupun yang batin, yang bersifat material (maddi) atau
bersifat maknawi atau rohani, pada tempatnya, dia dianggap orang yang hidup di dalam
suasana yang gelap, yang tidak ada panduan dan pedoman hingga selalu sahaja tersilap,
tersasul, tersalah, tergelincir dan terjatuh. Ertinya hidup di dalam keadaan kelamkabut dan
huru-hara. Kalau begitulah erti adil atau keadilan menurut Islam iaitu meletakkan sesuatu
itu pada tempatnya, ertinya adil atau keadilan itu bukan ertinya sama rata atau dua benda
yang samasama sukatan atau dua benda yang sama ukurannya.
Di sini ditegaskan, keadilan itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ia melibatkan
banyak perkara.
Di antaranya:


Mengenai orang



Mengenai benda



Mengenai masa atau keadaan



Mengenai perbuatan atau tenaga
MENGENAI ORANG
Kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas sesuai dengan profesyen, kebolehan dan
kemampuannya, itulah dikatakan adil. Sebaliknya, kalau seseorang itu diberi jawatan atau
tugas bukanpada tempatnya, ertinya tidak sesuai dengan ilmu dan kemampuannya, itu
tidak adil namanya. Apabila tidak adil, zalimlah namanya iaitu lawan bagi adil.
MENGENAI BENDA
Contohnya Al Quran atau kitab. Jika ia diletakkan pada tempatnya iaitu di tempat yang
tinggi lagi mulia, sesuai dengan kemuliaannya, itu dinamakan adil. Sebaliknya kalau tidak
diletakkan pada tempat yang mulia atau tinggi iaitu diletakkan di tempat yang hina seperti
di tandas, di dapur, di tempat yang kotor atau terdedah kepada tempat lalu-lalang manusia
sehingga boleh terlanggar, terlangkah atau tersepak, itu adalah perbuatan zalim dan
jatuh berdosa.
MENGENAI MASA
Katalah waktu Maghrib, masa itu mestilah digunakan pada tempatnya iaitu bersembahyang.
Sebaiknya sembahyang berjemaah. Itu adalah adil. Sebaliknya kalau waktu Maghrib itu diisi
dengan perbuatan lain, sekalipun yang halal seperti berniaga, apatah lagi diisi dengan
perbuatan yang haram seperti mencuri, itu dianggap zalim. Maka jatuh kepada dosa.
MENGENAI PERBUATAN ATAU TENAGA
Sebagai contoh, kita disuruh berbuat, bertindak, berusaha kepada yang sesuai pada
tempatnya. Misalnya berbuat perkara yang disuruh oleh Allah SWT seperti menolong orang,
berdakwah, mengajar, membaca Al Quran, bersembahyang, bersilaturrahim, menziarahi
orang yang sakit, bergotong- royong di dalam membuat baik dan mencegah kemungkaran.
Paling tidak membuat perkara-perkara yang harus seperti berehat atau tidur. Maka itu
dikatakan adil. Sebaliknya jika perbuatan atau tenaganya digunakan bukan pada tempatnya
seperti digunakan untuk berjudi, mencuri,memukul orang, berzina, memegang orang yang
bukan muhram, bergaul bebas tanpa batas, membangunkan tempat-tempat maksiat, maka
itu dikatakan zalim.
Empat perkara yang kita sebutkan di atas sebagai contoh yang asas, yang bersifat lahir.
Kalau hendak dihuraikan lagi, terlalu luas. Bagi diri manusia sahaja, tentulah melibatkan
seluruh anggotanya, lahir dan batin, yang bersifat fizik mahupun yang bersifat maknawi dan
rohani. Berkaitan benda pula terlalu banyak.
Tentang masa pula, di dalam sehari semalam ada 24 jam. Setiap waktu atau jam mesti diisi
oleh perkara atau perbuatan yang patut atau sesuai dengan masa itu. Mengenai perbuatan
atau tenaga, banyak kebaikan yang mesti diuntukkan pada tempatnya. Jika semuanya itu
diletakkan pada tempatnya, itulah yang dikatakan adil. Jika berlaku sebaliknya maka ia
dianggap zalim.
Keadilan yang melibatkan perkara-perkara bersifat maknawi dan rohani ialah:


Akal fikiran



Nafsu



Hati dan jiwa atau roh.
ADIL TERHADAP AKAL FIKIRAN
Digunakan pada tempatnya seperti memikirkan ilmu-ilmu Al Quran, Al Hadis dan ilmu-ilmu
yang dibenarkan seperti ilmu ekonomi, politik, pendidikan, pembangunan, pentadbiran dan
kemasyarakatan. Akal juga digunakan untuk memikirkan kebesaran Allah SWT dan lain-lain
lagi. Ini adalah adil terhadap akal. Sebaliknya kalau berfikir sesuatu yang tidak sepatutnya
kerana bukan tempatnya, seperti memikirkan perempuan yang bukan muhram kita,
memikirkan arak, judi dan memikirkan hendak membunuh, mencuri, zina dan lain-lain yang
dilarang, maka hukumnya zalim.
ADIL TERHADAP NAFSU
Kehendak nafsu dan kemahuannya dihalakan atau didorong ke tempat yang dibenarkan
oleh Allah Taala seperti berkehendak untuk memperjuangkan agama-Nya, berkemahuan
membantu fakir miskin, berkeinginan mendaulatkan undang-undang Islam, membangunkan
ekonomi Islam, pendidikan Islam, kebudayaan, pentadbiran Islam, masyarakat Islam dan
lain-lain yang diperintahkan oleh Islam. Inilah yang dikatakan adil. Sebaliknya jika
kehendak nafsu itu didorong kepada bukan tempatnya seperti berkehendak kepada
perempuan yang bukan isteri, mendorong memperjuangkan kebatilan seperti
memperjuangkan ideologi, ekonomi kapitalis, pendidikan sekular dan lain-lain yang dilarang
Islam, hukumnya zalim.
ADIL TERHADAP HATI ATAU JIWA ATAU ROH
Hendaklah perasaan-perasaan itu diletakkan pada tempatnya seperti merasakan kebesaran
Allah, rasa takut kepada Allah, rasa malu, rasa cinta kepada-Nya, rasa lemah, rasa harap,
rasa berdosa, rasa pemurah, rasa kasih sesama manusia, rasa belas kasihan terhadap
orang yang susah dan lain-lain lagi. Jika berlaku sebaliknya, iaitu rasa-rasa hati itu
diletakkan pada rasa sombong, rasa megah, rasa ujub, rasa dendam, rasa marah, rasa
bakhil, rasa tamak, rasa tidak pernah cukup dan lain-lain lagi rasa yang dilarang oleh Allah
Taala, hukumnya zalim.
ERTI KEADILAN MENURUT ISLAM
Adil atau keadilan adalah satu daripada sifat mahmudah iaitu sifat terpuji, yang Allah Taala
wajibkan dimiliki oleh setiap mukalaf atau menjadi pegangan setiap orang. Sifat ini bertaraf
sejagat. Ertinya ia diterima bersama oleh seluruh manusia sama ada orang Islam mahupun
yang bukan Islam.
Walaupun sifat adil itu bersifat sejagat, diterima bersama oleh semua manusia namun bagi
setiap diri manusia itu amat susah sekali untuk dapat memiliki sifat itu. Setiap orang suka
kalau orang lain berlaku adil kerana ia menguntungkan diri, walaupun dia sendiri tidak
boleh berlaku adil pada orang lain. Kerana itulah lumrah berlaku di dalam kehidupan bermasyarakat, perkataan keadilan itu dislogan dan diperjuangkan supaya orang lain
mengamalkannya.
Seperti memperjuangkan agar kerajaan amalkan keadilan atau agar majikan melaksanakannya. Keadilan itu tidak diperjuangkan dengan tujuan agar diamalkan oleh diri
masing-masing atau oleh setiap orang. Sepatutnya sifat keadilan itu diperjuangkan agar ia
dapat dimiliki terlebih dahulu oleh setiap diri orang yang memperjuangkannya, sebelum ia
dapat diamalkan oleh orang lain.
Memang kita merasa pelik kerana pejuang-pejuang keadilan seluruh dunia
memperjuangkan sifat keadilan itu agar orang lain berlaku adil. Bukan untuk mereka sendiri
berusaha berlaku adil. Justeru itu kebanyakan orang melihat tidak adil pada diri orang lain,
bukan pada diri sendiri. Sebenarnya atau sepatutnya setiap orang itu mesti memperjuangkan keadilan agar ia menjadi milik dirinya. Apabila ia mempunyai sifat itu, akan
berlakulah keadilan kepada orang lain.
Begitulah tuntutan dari Islam. Apabila menyebut keadilan, ia mesti dilakukan oleh setiap
mukalaf. Bukan mendesak agar dilakukan oleh orang lain sedangkan diri sendiri tidak perlu
berlaku adil. Berlaku adil adalah kewajipan setiap orang. Kemestian setiap individu. Adalah
menjadi satu kesalahan tidak bersifat adil. Berdosa di sisi Tuhan. Kalau tidak bertaubat, ke
Nerakalah padahnya.
KEDUDUKAN SIFAT ADIL DALAM ISLAM
Kedudukan sifat adil di dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Ia adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji yang wajib diusahakan dan
diperjuangkan agar setiap orang memilikinya.
2. Sifat adil itu lebih hampir kepada sifat taqwa. Berdasarkan sebuah ayat Al Quran yang
berbunyi:
Maksudnya: Janganlah kamu tertarik kerana kebencianmu terhadap satu kaum
sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana keadilan itu lebih
dekat dengan taqwa dan takutlah kepada Allah. (Al Maidah: 8)
3. Keadilan itu kalau berlaku, sangat berperanan dan memberi kesan di dalam kehidupan
bermasyarakat.
4. Sifat adil ini adalah salah satu akhlak mulia yang bersifat sejagat. Ertinya setiap
manusia sama ada Islam mahupun yang bukan Islam menginginkannya.
5. Sifat adil itu kalau menjadi pakaian kepada pemimpin atau raja, ia lebih indah dan
cantik. Lebih cantik dan menarik, lebih luas dan lebih merata faedah dan kebaikannya.
6. Sifat adil itu hendaklah diberi atau diratakan kepada semua golongan manusia
sekalipun orang yang kita benci atau musuh kita.
7. Sifat adil itu sangat membantu menyelesaikan masalah masyarakat.
8. Satu saat boleh berlaku adil lebih baik daripada beribadah 70 tahun.
ADIL LEBIH UTAMA BAGI PEMIMPIN
Di dalam ajaran Islam, semua orang yang mukalaf, lelaki dan perempuan yang akil baligh,
wajib berlaku adil. Bahkan wajib memperjuangkannya agar keadilan itu dapat ditegakkan
didalam kehidupan bermasyarakat, di semua aspek kehidupan. Begitupun, berlaku adil bagi
seseorang pemimpin di dalam sesebuah negara, adalah lebih utama kerana dia adalah
contoh ikutan yang utama kepada rakyatnya.
Di antara sebab adil itu lebih utama bagi pemimpin ialah:
1. Apabila pemimpin sesebuah negara itu adil, dia dapat melakukan keadilan itu secara
umum. Ramai orang terbela secara menyeluruh dan dapat manfaatnya.
2. Kalau pemimpin atau raja sesebuah negara itu tidak adil, maka ramai pula orang yang
terzalim atau teraniaya, terbiar dan tidak terbela.
3. Apabila pemimpin sesebuah negara itu adil, seluruh rakyat daripada orang besar
hingga orang kecil akan sayang dan hormat. Dengan itu mudahlah rakyat dididik dan
didisiplinkan.
4. Apabila pemimpin sesebuah negara adil dan baik, mudah rakyat meniru menjadi baik.
Apabila rakyat baik, gejala masyarakat yang tidak sihat kurang berlaku, menjadikan
masyarakat aman, tenteram, bahagia dan harmoni.
5. Sebaliknya kalau pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara itu tidak adil dan
jahat, rakyat akan jadi jahat. Ini akan menyebabkan berlakunya kemungkaran,
jenayah dan tergugatlah ketenteraman umum. Sudah tentulah hidup dalam gelisah dan
ketakutan.
6. Apabila pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara itu tidak adil, ertinya berlaku
sebaliknya iaitu zalim. Lama kelamaan rakyat tidak tahan. Akhirnya timbul
pemberontakan, mengguling pemimpin atau raja. Sama ada berjaya atau tidak, akan
lahirlah huru-hara. Maka semua golongan akan mendapat kesusahan.
7. Apabila pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara itu adil, Allah Taala akan
memberi keberkatan kepada pemimpin atau raja itu. Kemudian keberkatan itu akan
melimpahruah seluruh negara dan rakyat. Ia akan menjadikan negara makmur, aman
damai dan mendapat keampunan dari Allah Taala.
Begitulah yang akan diperolehi oleh rakyat di dalam sesebuah negara itu yang mempunyai
pemimpin atau raja yang adil. Justeru itulah sifat adil itu lebih utama dimiliki oleh pemimpin
atau raja di dalam sesebuah negara berbanding dengan golongan lain.
Dengan kerana keadilan seseorang pemimpin atau raja itu, berkat dan rahmat Allah Taala
akan melimpah ruah kepada seluruh negara. Kerana itulah raja atau pemimpin yang adil itu
termasuk salah satu daripada golongan yang dapat perlindungan Allah Taala di Padang
Mahsyar seperti yang telah disebutkan oleh sebuah Hadis:
Maksudnya: Ada tujuh golongan yang Allah memberi perlindungan-Nya di hari yang tiada
perlindungan selain perlindungan-Nya. Mereka ialah pemimpin yang adil, pemuda yang
sentiasa beribadah untuk Tuhannya, lelaki yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid,
dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah
pun kerana-Nya dan lelaki yang digoda oleh perempuan yang ada kedudukan dan
kecantikan lalu dia berkata, Aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam dan lelaki yang
bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang
dibelanjakan oleh tangan kanannya. Dan lelaki yang mengingati Allah sewaktu sunyi, lalu
mengalir air matanya. (Riwayat Bukhari)
PEMBAHAGIAN KEADILAN DAN KEZALIMAN
Kalau kita hurai dengan lebih terperinci lagi tentang keadilan dan kezaliman, ia boleh
dibahagi pula kepada empat bahagian:
1. Keadilan dan kezaliman kepada Allah SWT
2. Keadilan dan kezaliman kepada manusia
3. Keadilan dan kezaliman kepada diri sendiri
4. Keadilan dan kezaliman kepada haiwan
KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA ALLAH SWT
Sebagai contoh, jika bertembung kehendak Allah SWT dengan kehendak kita seperti waktu
sembahyang sudah tiba dan waktu itu juga kita hendak membuat kerja kita atau bos kita,
kenalah kita dahulukan kehendak Allah SWT iaitu kerjakan sembahyang lebih dahulu. Itu
dinamakan adil kepada Allah SWT. Jika didahulukan kehendak kita atau kehendak bos kita
hingga tertinggal sembahyang, hukumnya kita menzalimi Allah SWT.
Sebagai contoh yang lain, kalau kita mendahului undangundang Allah Taala di dalam
membuat hukum atau mengatur kehidupan, kita telah berlaku adil dengan Allah SWT.
Sebaliknya kalau kita tolak hukum Allah Taala, kita ganti dengan hukum kita atau hukum
manusia maka kita dianggap menzalimi Allah Taala kerana kita tidak meletakkan hukum
Allah SWT pada tempatnya. Seterusnya kiaskanlah kepada perkara-perkara lain.
KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA MANUSIA
Sebagai contoh, dengan kedua ibu bapa kita hormati dan kita utamakan daripada isteri kita.
Penghormatan dan keutamaan itu sudah kita letakkan pada tempat yang betul. Kita telah
berlaku adil.
Kalau berlaku sebaliknya, isteri kita lebih kita hormat dan utamakan daripada ibu bapa kita,
maka kita telah berlaku zalim kerana meletakkan sifat hormat dan keutamaan itu bukan
kepada tempatnya yang sebenar.
Contoh yang lain, kalau kita orang yang berkuasa, kita naikkan pangkat seseorang itu atas
dasar kesungguhan dan kemampuan kerja, maka kita telah berlaku adil kerana kita naikkan
pangkat itu sesuai dengan orang pada tempatnya dan sepatutnya.
Kalau berlaku sebaliknya, kita naikkan pangkat seseorang itu bukan atas dasar kebolehan,
kesungguhan dan lama bekerja tetapi atas dasar dia pandai mengambil hati kita walaupun
tidak layak, maka kita telah berlaku zalim. Kita telah memberi pangkat kepada seseorang
bukan pada tempatnya iaitu bukan orang yang sepatutnya. Kiaskanlah kepada yang lainlain seperti memberi projek, memberi anugerah cemerlang dan lain-lain lagi.
KEADILAN DAN KEZALIMAN PADA DIRI SENDIRI
Allah SWT menjadikan kita untuk beribadah, maka kita pun menjadi orang yang beribadah.
Ertinya kita telah berlaku adil kepada diri kerana kita telah meletakkan diri kita pada
tempatnya yang sebenarnya. Jika berlaku sebaliknya iaitu kita tidak beribadah atau cuai
beribadah kepada Allah Taala ertinya kita sudah tidak meletakkan diri kita pada tempatnya
yang sebenar. Maka kita dikira menzalimi diri sendiri.
Sebagai contoh yang lain, Allah Taala menjadikan mata, telinga dan lain-lain anggota
dengan tujuan untuk melihat, mendengar dan sebagainya kepada yang dihalal atau
diperintah oleh Allah Taala. Contohnya seperti melihat kebesaran Allah Taala, melihat dan
membaca Al Quran, melihat ciptaan Tuhan agar terasa Maha Kuasa Allah Taala. Jika kita
lakukan yang demikan maka kita telah berlaku adil pada diri kita. Jika berlaku sebaliknya,
seperti melihat perempuan-perempuan yang bukan muhram, melihat dan mendengar
gambar-gambar dan perkataan- perkataan yang lucah, kita telah menzalimi diri kita kerana
kita sudah tidak meletakkan lagi diri kita (anggota kita) pada tempatnya yang sebenarnya.
Seterusnya kiaskanlah anggotaanggota yang lain.
KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA HAIWAN
Kalau kita ada memelihara haiwan yang dibenarkan oleh Islam, kita beri tempat tinggal
yang sepadan dan sepatutnya kepada haiwan itu. Kita beri makan dan minum sesuai
dengan haiwanitu. Kalau perlu kita gunakan untuk bekerja, sesuai dan sepadan dengan
kerja-kerjanya yang patut dengan haiwan itu, tidaklah sampai membeban atau
memberatkan. Maka kita telah berlaku adil terhadap haiwan itu. Jika berlaku sebaliknya
seperti tempat tinggalnya tidak sempurna, makan minum tidak cukup, dibebankan dengan
kerja yang tidak sepatutnya, maka kita telah melakukan kekejaman dan kezaliman
terhadap haiwan itu. Contoh-contoh yang lain bolehlah kiaskan sendiri.
MENEGAKKAN KEADILAN AMAT SUSAH
Setelah kita membahas, mengkaji, menganalisa tentang pengorbanan dan kehendakkehendak sifat-sifat adil atau keadilan untuk dipraktikkan di dalam kehidupan kita, ia terasa
sungguh susah untuk kita laksanakan. Bukan sahaja sulit sekali untuk berlaku adil kepada
Allah Taala, kepada manusia, kepada haiwan bahkan untuk berlaku adil kepada diri kita
sendiri pun amat payah sekali.
Jika kita tidak dapat berlaku adil kepada diri kita ertinya kita melakukan penzaliman kepada
diri kita sendiri. Kalau kita tidak berhenti dan bertaubat kepada Allah, Nerakalah padahnya.
Kalau terhadap diri kita yang kita sayangi pun kita tidak berlaku adil bahkan kita zalimi,
apakah ada satu jaminan yang kita boleh berlaku adil kepada manusia atau makhluk yang
lain?
Kalau kita tidak sayang pada diri kita, bolehkah kita menyayangi diri orang lain? Kalau kita
sanggup menzalimi diri sendiri, apakah jaminan kita tidak akan menzalimi orang lain?
DUNIA HARI INI PENUH PENZALIMAN
Setelah kita memahami erti keadilan menurut Islam, maka tidak syak lagi, dunia pada hari
ini penuh dengan kezaliman dalam berbagai-bagai bentuk. Ia berlaku di pelbagai aspek
kehidupan dan dilakukan oleh individu, kaum, puak, parti, golongan atau bangsa. Sama ada
disedari oleh manusia atau tidak, hakikatnyatidak ada tempat di dunia ini yang tidak
berlaku penindasan dan penzaliman itu. Di mana-mana pun berlaku penzaliman tidak kira
sama ada terhadap Allah Taala, terhadap manusia, haiwan dan terhadap diri sendiri.
Penzaliman itu pula berlaku di pelbagai aspek seperti pendidikan, ekonomi, politik,
pentadbiran, kemasyarakatan, ketenteraan, kebudayaan, kekeluargaan, perhubungan
antarabangsa dan lain-lain lagi. Justeru itu tidak hairanlah jika di mana-mana sahaja di
muka bumi Tuhan ini, tidak ada tempat yang tenang, yang tidak ada pergolakan. Di sana
sini berlakunya berbagai-bagai krisis, perselisihan, pergeseran, pergaduhan, jatuhmenjatuhkan, katamengata, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, hina-menghina,
pakatan jahat atau konfrantasi, tangkap-menangkap, tuduhmenuduh, demontrasi,
pemberontakan dan seterusnya peperangan. Ketika seseorang, satu puak, satu golongan,
satu parti atau satu bangsa itu dizalimi, di masa yang sama mereka menzalimi pula.
Di satu sudut mereka kena zalim manakala di sudut yang lain mereka menzalimi pula. Di
dalam mereka dituduh, mereka menuduh pula. Jadi zalim-menzalim itu telah berlaku di
antara satu sama lain. Kalau begitu di mana golongan yang adil? Sesetengah mereka kalau
tidak menzalimi manusia, mereka menzalimi Allah Taala. Kalau tidak menzalimi Allah Taala,
mereka menzalimi manusia. Kalau tidak menzalimi manusia atau Tuhan, mereka menzalimi
haiwan. Kalau tidak menzalimi haiwan, manusia atau Tuhan, mereka akan menzalimi diri
sendiri sehingga yang paling kejam iaitu bunuh diri. Bahkan ada yang lebih kejam lagi dari
itu iaitu mereka menzalimi Tuhan, menzalimi manusia, haiwan dan diri sendiri.
CARA MENEGAKKAN KEADILAN
Sebelum ini kita telah memperkatakan bahawa fitrah semula jadi manusia suka kepada
keadilan. Justeru itu mereka inginkepada keadilan dan sentiasa bangun untuk berjuang
menegakkan keadilan. Di waktu ini hampir setiap hari kita mendengar, membaca bahkan
memperkatakan keadilan.Memang perkataan keadilan itu lebih banyak disebut orang
daripada sifat-sifat mahmudah yang lain.
Tadi kita telah memperkatakan bahawa kezaliman itu telah merata berlaku kepada setiap
individu, kelompok, puak, parti, golongan dan bangsa. Ia berlaku di pelbagai bidang dan
aspek. Dunia hari ini sudah penuh dengan penzaliman. Penzaliman telah rata berlaku di
dunia dan hampir tidak ada manusia yang tidak dijangkiti. Oleh yang demikian siapalah
yang hendak kita harapkan untuk bangun menegakkan keadilan sekaligus menumpaskan
kezaliman?
Di sinilah rahsianya mengapa pejuang-pejuang keadilan belum berjaya menegakkan
keadilan sekaligus menumpaskan kezaliman. Sebenarnya di samping mereka ingin
menegakkan keadilan dan menumpaskan kezaliman, mereka juga membuat kezaliman.
Bahkan adakalanya apabila satu-satu golongan itu berjaya menumbangkan satu golongan
yang zalim, mereka kemudiannya lebih zalim lagi daripada golongan yang sebelumnya.
Oleh itu yang penting di waktu ini ialah setiap orang dan golongan berusaha membaiki diri
dan cuba bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan di dalam diri dan golongannya
terlebih dahulu. Selepas itu perjuangkanlah keadilan itu. Bilamana sifat adil itu telah wujud
di dalam diri masing-masing dan di dalam golongan tersebut, insya-Allah, golongan lain
akan sedar dan insaf kerana model telah wujud dan Allah Taala akan memberi bantuan
kepada orang yang telah menegakkan keadilan itu. Inilah cara atau jalan keluar daripada
penindasan dan penzaliman di dalam kehidupan manusia.
Apabila penzaliman dapat ditumpaskan kerana masing-masing menegakkan keadilan di
dalam diri mereka terlebih dahulu, secara automatik keadilan dapat ditegakkan di dalam
kehidupan manusia, di dalam semua peringkat dan di seluruh aspek kehidupan masyarakat.
JAUHILAH PERBUATAN ZALIM
Di dalam ajaran Islam perbuatan menzalim sangat dilarang. Ia termasuk dosa besar kerana
menzalim itu merosakkan kehidupan manusia. Sama ada fizikalnya, hartanya, maruahnya,
kedudukannya atau lain-lain lagi. Maka kerana itulah dosa menzalim ini di dunia lagi akan
dihukum oleh Allah Taala sebelum dibalas di Akhirat. Lebih-lebih lagi kalau orang yang kita
zalimi itu ialah ibu bapa atau guru kita.
Justeru itu ada Hadis menyebut:
Maksudnya: Hendaklah kamu takuti doa orang yang dizalimi kerana tidak ada di
antaranya hijab dengan Allah Taala.
Doa orang yang dizalimi terus Allah Taala terima sekalipun dia orang kafir. Maka akan
hancurlah orang yang zalim itu di dunia lagi.
Oleh itu berhati-hatilah agar jangan sampai kita menzalimi makhluk Allah Taala kerana
hukumannya akan berlaku di dunia lagi. Sama ada cepat atau lambat, jangka pendek
mahupun jangka panjang. Bentuk atau sifatnya yang sama dengan orang yang dizalimi atau
Allah Taala datangkan dengan bentuk atau sifat yang lain. Adakalanya Allah Taala balas
penzaliman itu setelah orang yang menzalimi lupa perbuatan zalim yang pernah
dilakukannya. Mungkin dia lambat dihukum sehingga dia tidak dapat hubungkaitkan
hukuman itu dengan perbuatannya dahulu. Hanya orang yang prihatin atau peka sahaja
yang sedar atau dapat hubungkaitkan.
Marilah sama-sama kita insaf, agar jangan kita menzalim. Kalau sudah terlajak cepatcepatlah kita memohon maaf sebelum tibanya hukuman daripada Allah Taala, sama ada di
awal, di pertengahan, atau di hujung hidup kita. Apatah lagi di Akhirat, sudah pasti tidak
terlepas daripada hukuman. Moga-moga Allah Taala sentiasa menjauhkan kita daripada
perbuatan zalim.

More Related Content

What's hot

Kesejahteraan umat
Kesejahteraan umatKesejahteraan umat
Kesejahteraan umatAjeng Faiza
 
Kesejahteraan sosial dalam islam
Kesejahteraan sosial dalam islamKesejahteraan sosial dalam islam
Kesejahteraan sosial dalam islamDhea Maharani
 
Akhlak sosial
Akhlak sosialAkhlak sosial
Akhlak sosialYuliana
 
kerukunan umat beragama
kerukunan umat beragamakerukunan umat beragama
kerukunan umat beragamaLya youli
 
KB 1 Kerukunan Antar Umat Beragama
KB 1 Kerukunan Antar Umat BeragamaKB 1 Kerukunan Antar Umat Beragama
KB 1 Kerukunan Antar Umat Beragamapjj_kemenkes
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamImanina Baim
 
Pengertian islam (bahasa)
Pengertian islam (bahasa)Pengertian islam (bahasa)
Pengertian islam (bahasa)Amirah Naidin
 
Takwa dan Kerukunan Antar Umat Beragama
Takwa dan Kerukunan Antar Umat BeragamaTakwa dan Kerukunan Antar Umat Beragama
Takwa dan Kerukunan Antar Umat BeragamaSovie Silviana
 
ARTIKEL PKN : Membangun kerukunan beragama dalam kehidupan sehari hari by Ri...
ARTIKEL PKN :  Membangun kerukunan beragama dalam kehidupan sehari hari by Ri...ARTIKEL PKN :  Membangun kerukunan beragama dalam kehidupan sehari hari by Ri...
ARTIKEL PKN : Membangun kerukunan beragama dalam kehidupan sehari hari by Ri...Ricky Suadma
 
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslimChapter 3   syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslimFazd Alias
 
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnikAplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnikZida Min
 
Presentasi kerukunan antar umat beragama
Presentasi kerukunan antar umat beragamaPresentasi kerukunan antar umat beragama
Presentasi kerukunan antar umat beragamaArief Anzarullah
 

What's hot (20)

Kesejahteraan umat
Kesejahteraan umatKesejahteraan umat
Kesejahteraan umat
 
Alamiyyah uztzh baru
Alamiyyah uztzh baruAlamiyyah uztzh baru
Alamiyyah uztzh baru
 
Kesejahteraan sosial dalam islam
Kesejahteraan sosial dalam islamKesejahteraan sosial dalam islam
Kesejahteraan sosial dalam islam
 
Akhlak sosial
Akhlak sosialAkhlak sosial
Akhlak sosial
 
kerukunan umat beragama
kerukunan umat beragamakerukunan umat beragama
kerukunan umat beragama
 
KB 1 Kerukunan Antar Umat Beragama
KB 1 Kerukunan Antar Umat BeragamaKB 1 Kerukunan Antar Umat Beragama
KB 1 Kerukunan Antar Umat Beragama
 
Topik 6 ( tugas 4 )
Topik 6 ( tugas 4 )Topik 6 ( tugas 4 )
Topik 6 ( tugas 4 )
 
Masyarkat Madani
Masyarkat MadaniMasyarkat Madani
Masyarkat Madani
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islam
 
Pengertian islam (bahasa)
Pengertian islam (bahasa)Pengertian islam (bahasa)
Pengertian islam (bahasa)
 
Takwa dan Kerukunan Antar Umat Beragama
Takwa dan Kerukunan Antar Umat BeragamaTakwa dan Kerukunan Antar Umat Beragama
Takwa dan Kerukunan Antar Umat Beragama
 
ARTIKEL PKN : Membangun kerukunan beragama dalam kehidupan sehari hari by Ri...
ARTIKEL PKN :  Membangun kerukunan beragama dalam kehidupan sehari hari by Ri...ARTIKEL PKN :  Membangun kerukunan beragama dalam kehidupan sehari hari by Ri...
ARTIKEL PKN : Membangun kerukunan beragama dalam kehidupan sehari hari by Ri...
 
Kerukunan umat beragama
Kerukunan umat beragamaKerukunan umat beragama
Kerukunan umat beragama
 
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslimChapter 3   syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim
 
Tsawabit
TsawabitTsawabit
Tsawabit
 
Islam Sebagai Addin
Islam Sebagai AddinIslam Sebagai Addin
Islam Sebagai Addin
 
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnikAplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
 
Makalah Masyarakat Madani
Makalah Masyarakat MadaniMakalah Masyarakat Madani
Makalah Masyarakat Madani
 
Presentasi kerukunan antar umat beragama
Presentasi kerukunan antar umat beragamaPresentasi kerukunan antar umat beragama
Presentasi kerukunan antar umat beragama
 
Pai
PaiPai
Pai
 

Similar to 121978622 keadilan

Keadilan dari perspektif islam
Keadilan dari perspektif islamKeadilan dari perspektif islam
Keadilan dari perspektif islamAbdul Ghani
 
Sistem Sosial dan Keadilan Ekonomi dalam Islam.pdf
Sistem Sosial dan Keadilan Ekonomi dalam Islam.pdfSistem Sosial dan Keadilan Ekonomi dalam Islam.pdf
Sistem Sosial dan Keadilan Ekonomi dalam Islam.pdfMohalliAhmad1
 
MANUSIA dan KEADILAN
MANUSIA dan KEADILANMANUSIA dan KEADILAN
MANUSIA dan KEADILANfay Rafida
 
Keadilan Dalam Pandangan Islam
Keadilan Dalam Pandangan IslamKeadilan Dalam Pandangan Islam
Keadilan Dalam Pandangan IslamMuhamad Yogi
 
Tugas etika kehidupan dalam masyarakat
Tugas etika kehidupan dalam masyarakatTugas etika kehidupan dalam masyarakat
Tugas etika kehidupan dalam masyarakatHaniatur Rohmah
 
Ppt ilmu budaya dasar materi 7 muhammad khoerul imam
Ppt ilmu budaya dasar materi 7 muhammad khoerul imamPpt ilmu budaya dasar materi 7 muhammad khoerul imam
Ppt ilmu budaya dasar materi 7 muhammad khoerul imamimam_999
 
11. AKHLAk Sosial.pptx
11. AKHLAk Sosial.pptx11. AKHLAk Sosial.pptx
11. AKHLAk Sosial.pptxwindajubaidah2
 
!! Satu hal lagi mengenai bertutur santun dalam islam
!! Satu hal lagi mengenai bertutur santun dalam islam!! Satu hal lagi mengenai bertutur santun dalam islam
!! Satu hal lagi mengenai bertutur santun dalam islamyuniarkowahyu
 
Reformasi politik peranan ulama
Reformasi politik peranan ulamaReformasi politik peranan ulama
Reformasi politik peranan ulamaAbdul Ghani
 
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam (amalan terbaik)
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam (amalan terbaik)Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam (amalan terbaik)
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam (amalan terbaik)IZZATUL AMIRA
 
20 Usul memahami Islam - Imam Hasan al-Banna
20 Usul memahami Islam - Imam Hasan al-Banna20 Usul memahami Islam - Imam Hasan al-Banna
20 Usul memahami Islam - Imam Hasan al-BannaNajid Jamal
 
Manusiadanpandanganhidup 160502220122
Manusiadanpandanganhidup 160502220122Manusiadanpandanganhidup 160502220122
Manusiadanpandanganhidup 160502220122Must Hmpc
 
Manusia dan Pandangan Hidup
Manusia dan Pandangan HidupManusia dan Pandangan Hidup
Manusia dan Pandangan HidupVinda Syakira
 
MATERI PAK IPA 1 -. 4
MATERI PAK IPA 1 -. 4MATERI PAK IPA 1 -. 4
MATERI PAK IPA 1 -. 4IndraCHY
 

Similar to 121978622 keadilan (20)

91538642 makalah-keadilan
91538642 makalah-keadilan91538642 makalah-keadilan
91538642 makalah-keadilan
 
Keadilan dari perspektif islam
Keadilan dari perspektif islamKeadilan dari perspektif islam
Keadilan dari perspektif islam
 
Adil dan amal saleh
Adil dan amal salehAdil dan amal saleh
Adil dan amal saleh
 
Perilaku terpuji
Perilaku terpujiPerilaku terpuji
Perilaku terpuji
 
Rukun al fahmu pt 2
Rukun al fahmu pt 2Rukun al fahmu pt 2
Rukun al fahmu pt 2
 
Sistem Sosial dan Keadilan Ekonomi dalam Islam.pdf
Sistem Sosial dan Keadilan Ekonomi dalam Islam.pdfSistem Sosial dan Keadilan Ekonomi dalam Islam.pdf
Sistem Sosial dan Keadilan Ekonomi dalam Islam.pdf
 
Adil
AdilAdil
Adil
 
MANUSIA dan KEADILAN
MANUSIA dan KEADILANMANUSIA dan KEADILAN
MANUSIA dan KEADILAN
 
Keadilan Dalam Pandangan Islam
Keadilan Dalam Pandangan IslamKeadilan Dalam Pandangan Islam
Keadilan Dalam Pandangan Islam
 
Tugas etika kehidupan dalam masyarakat
Tugas etika kehidupan dalam masyarakatTugas etika kehidupan dalam masyarakat
Tugas etika kehidupan dalam masyarakat
 
Ppt ilmu budaya dasar materi 7 muhammad khoerul imam
Ppt ilmu budaya dasar materi 7 muhammad khoerul imamPpt ilmu budaya dasar materi 7 muhammad khoerul imam
Ppt ilmu budaya dasar materi 7 muhammad khoerul imam
 
11. AKHLAk Sosial.pptx
11. AKHLAk Sosial.pptx11. AKHLAk Sosial.pptx
11. AKHLAk Sosial.pptx
 
!! Satu hal lagi mengenai bertutur santun dalam islam
!! Satu hal lagi mengenai bertutur santun dalam islam!! Satu hal lagi mengenai bertutur santun dalam islam
!! Satu hal lagi mengenai bertutur santun dalam islam
 
Materi akhl ak sosial
Materi  akhl ak sosialMateri  akhl ak sosial
Materi akhl ak sosial
 
Reformasi politik peranan ulama
Reformasi politik peranan ulamaReformasi politik peranan ulama
Reformasi politik peranan ulama
 
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam (amalan terbaik)
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam (amalan terbaik)Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam (amalan terbaik)
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam (amalan terbaik)
 
20 Usul memahami Islam - Imam Hasan al-Banna
20 Usul memahami Islam - Imam Hasan al-Banna20 Usul memahami Islam - Imam Hasan al-Banna
20 Usul memahami Islam - Imam Hasan al-Banna
 
Manusiadanpandanganhidup 160502220122
Manusiadanpandanganhidup 160502220122Manusiadanpandanganhidup 160502220122
Manusiadanpandanganhidup 160502220122
 
Manusia dan Pandangan Hidup
Manusia dan Pandangan HidupManusia dan Pandangan Hidup
Manusia dan Pandangan Hidup
 
MATERI PAK IPA 1 -. 4
MATERI PAK IPA 1 -. 4MATERI PAK IPA 1 -. 4
MATERI PAK IPA 1 -. 4
 

More from Operator Warnet Vast Raha

Permohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga penggantiPermohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga penggantiOperator Warnet Vast Raha
 

More from Operator Warnet Vast Raha (20)

Stiker kk bondan
Stiker kk bondanStiker kk bondan
Stiker kk bondan
 
Proposal bantuan sepak bola
Proposal bantuan sepak bolaProposal bantuan sepak bola
Proposal bantuan sepak bola
 
Surat pernyataan nusantara sehat
Surat pernyataan nusantara sehatSurat pernyataan nusantara sehat
Surat pernyataan nusantara sehat
 
Surat pernyataan nusantara sehat fajar
Surat pernyataan nusantara sehat fajarSurat pernyataan nusantara sehat fajar
Surat pernyataan nusantara sehat fajar
 
Halaman sampul target
Halaman sampul targetHalaman sampul target
Halaman sampul target
 
Makalah seni kriya korea
Makalah seni kriya koreaMakalah seni kriya korea
Makalah seni kriya korea
 
Makalah makromolekul
Makalah makromolekulMakalah makromolekul
Makalah makromolekul
 
126895843 makalah-makromolekul
126895843 makalah-makromolekul126895843 makalah-makromolekul
126895843 makalah-makromolekul
 
Kafer akbid paramata
Kafer akbid paramataKafer akbid paramata
Kafer akbid paramata
 
Perilaku organisasi
Perilaku organisasiPerilaku organisasi
Perilaku organisasi
 
Mata pelajaran seni budaya
Mata pelajaran seni budayaMata pelajaran seni budaya
Mata pelajaran seni budaya
 
Lingkungan hidup
Lingkungan hidupLingkungan hidup
Lingkungan hidup
 
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga penggantiPermohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
 
Odher scout community
Odher scout communityOdher scout community
Odher scout community
 
Surat izin keramaian
Surat izin keramaianSurat izin keramaian
Surat izin keramaian
 
Makalah keganasan
Makalah keganasanMakalah keganasan
Makalah keganasan
 
Perilaku organisasi
Perilaku organisasiPerilaku organisasi
Perilaku organisasi
 
Makalah penyakit genetika
Makalah penyakit genetikaMakalah penyakit genetika
Makalah penyakit genetika
 
Undangan kecamatan lasalepa
Undangan kecamatan lasalepaUndangan kecamatan lasalepa
Undangan kecamatan lasalepa
 
Bukti registrasi pajak
Bukti registrasi pajakBukti registrasi pajak
Bukti registrasi pajak
 

121978622 keadilan

  • 1. 06: Islam Dan Keadilan Submitted by admin on Sat, 2007-10-20 13:32  Masyarakat Setiap manusia fitrah semula jadinya inginkan keadilan. Kerana keadilan itu satu perkara yang berharga dan penting. Justeru itu, begitu serius manusia memperjuangkannya dari sejak wujudnya manusia hingga kini. Bahkan akan terus diperjuangkan sambungbersambung hingga ke hari Kiamat. Memang di antara sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji) yang selalu diperkatakan orang di dalam pidato-pidato, di dalam tulisan-tulisan dan di dalam perbincangan-perbincangan adalah sifat adil. Bukan sahaja umat Islam yang menyebutnya bahkan semua kaum dan bangsa. Kita pun hairan juga mengapa semua kaum dan bangsa di kalangan manusia, sangat memperjuangkan sifat adil. Sifat-sifat mahmudah yang lain seperti pemurah, berkasih sayang, ikhlas, mengutamakan orang lain, pemaaf, meminta maaf, merendah diri, bertimbang rasa, sabar dan lain-lain lagi tidak pula begitu serius diperkatakan apatah lagi untuk diperjuangkan dan dijadikan slogan antarabangsa. Sifat adil itu hampir setiap hari kita dengar dan baca melalui khutbah, ceramah, media elektronik dan media cetak. Perkataan keadilan itu diucapkan dan ditulis oleh semua golongan manusia, tidak kira dia Islam atau bukan Islam.Berbagai-bagai bentuk perkataan yang kita dengar mengenai keadilan itu. Antaranya:  Kita mesti adil.  Itu tidak adil.  Keadilan belum begitu wujud lagi.  Kita mahu keadilan yang menyeluruh.  Belum ada keadilan ekonomi dan politik.  Mari kita perjuangkan keadilan.  Dia itu pejuang keadilan.  Selagi ada diskriminasi, keadilan tidak akan wujud. Dan lain-lain lagi susunan bahasa mengenai keadilan sebagai slogan di dalam pidato dan tulisan. Lebih-lebih lagi jika berlaku krisis politik dan ekonomi di dalam sesebuah negara atau apabila ada pemimpin yang dipecat dan ada pegawai kerajaan yang dibuang kerja maka perkataan keadilan itu akan diperkatakan oleh golongan-golongan tertentu melalui pidato-pidato atau tulisan-tulisannya. Kejadian itu akan disebut sebagai adil atau tidak adil mengikut pandangan dan pertimbangan masing-masing.
  • 2. KEADILAN YANG BELUM BERSIFAT GLOBAL Kalau kita teliti dan perhati perkataan keadilan yang biasa dikumandangkan dan digembargemburkan oleh sesetengah pihak di seluruh dunia, jelas menunjukkan bahawa keadilan yang disebut atau diperjuangkan itu tidak bersifat menyeluruh atau global. Keadilan yang diperbesar-besarkan itu hanya di bidang-bidang atau di sudut-sudut tertentu sahaja, seperti keadilan di bidang politik, ekonomi, jawatan dan pemberian biasiswa. Kalaupun ada di bidang-bidang lain, ianya tidak begitu serius diperkatakan. Bahkan di dalam sesetengah hal dan keadaan, perkataan keadilan itu ditimbulkan apabila ia menimpa orang-orang yang berjawatan besar. Ketika itu barulah soal keadilan itu dihebohkan atau diperbesarkan. Sebaliknya, jika berlaku kepada orang-orang bawahan atau rakyat jelata, ia tidak pun diperbesarkan. Bahkan adakalanya apabila berlaku ketidakadilan atau diskriminasi kepada golongan bawahan, tidak ada seorang pun yang mengambil tahu atau membuat liputan dalam media massa. Mungkin ada yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu kerana yang tidak dapat keadilan itu bukan dari golongan atau konco-konconya. Namun demikian ada orang menyatakan dia itu adalah pejuang keadilan. Itu menunjukkan orang yang menggelarkan seseorang itu pejuang keadilan pun belum faham erti keadilan yang sebenar. KEADILAN YANG BERSIFAT GLOBAL Islam melihat bahawa keadilan itu adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji. Ia adalah bersifat menyeluruh dan global. Sifat ini tidak hanya berkaitan aspek-aspek tertentu sahaja. Selain bersifat sejagat, ia juga adalah berkait dengan semua aspek, hal dan keadaan. Ia mesti berlaku di dalam politik, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, perjawatan, kebudayaan, kemasyarakatan, penganugerahan, khidmat cemerlang, akhlak atau moral dan lain-lain lagi merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sama ada yang lahir mahupun yang batin. Sama ada yang bersifat fizikal mahupun yang bersifat maknawiah dan rohaniah. Erti keadilan itu sangat luas fungsi atau kedudukannya di dalam kehidupan manusia terutama di dalam kehidupan bermasyarakat. Manusia itu bukan sahaja mesti adil kepada orang lain tetapi juga mesti adil pada diri sendiri dan anggota-anggotanya, lahir dan batin. MENGAPA KEADILAN TIDAK DIPERJUANGKAN SECARA GLOBAL? Pada hari ini, keadilan itu tidak diperjuangkan secara global dansejagat walaupun sifat adil itu bertaraf sejagat. Keadaan ini berlaku kerana beberapa sebab seperti berikut:
  • 3. 1. Mungkin ramai orang yang belum faham erti keadilan yang sebenarnya. 2. Kerana manusia itu susah hendak lari atau keluar daripada kepentingan diri, keluarga dan kelompok-kelompoknya, golongan, kaum dan bangsanya, maka masing-masing lebih menekankan keadilan itu untuk kepentingan diri dan kelompok- kelompoknya sahaja. 3. Setiap kelompok itu mentakrifkan atau mendefinasikan mengikut kefahaman, ideologi, agama pegangan masingmasing atau akal fikiran masing-masing. Bukan mengikut takrif Islam yang luas lagi sempurna. 4. Ada golongan tertentu yang memperkatakan tentang keadilan itu bertujuan hendak menjatuhkan individu yang tertentu, puak atau parti yang tertentu kerana hasad dengki, sakit hati atau kerana itu musuhnya. 5. Ada golongan memperjuangkan keadilan setelah tersepit, dibuang daripada jawatan atau dizalimi. Maka mulalah mereka menggembar-gemburkan keadilan. Kalau tidak menimpa diri dan golongan sendiri, mereka pun tidak minat hendak menyebut dan memperjuangkannya 6. Ada golongan yang takut untuk perjuangkan keadilan secara global kerana bimbang kalau keadilan itu disarankan atau diperjuangkan kepada semua pihak, akan ada nanti golongan yang bangun dan maju. 7. Disebabkan takut dan bimbang risikonya ditekan dan disusahkan kalau keadilan secara global yang diperjuangkan itu mencabar golongan yang berkuasa atau kuat. Secara umumnya inilah di antara sebab-sebab mengapa pejuang-pejuang yang ingin menegakkan keadilan, kelihatan tidak bersifat global dan menyeluruh. Maka orang menjadi bingung dan keliru. Lebih-lebih lagi apabila mereka tidak tahu bagaimana memperjuangkan keadilan secara tepat. ERTI KEADILAN Mengikut bahasa, di antara erti adil itu ialah sama rata di antara dua perkara. Seimbang di antara dua keadaan atau mengimbangi bebanan. Erti keadilan mengikut istilah syariat Islam ialah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maksud keadilan mengikut istilah syariat itulah yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam beberapa ayat. Di antaranya, firman Allah SWT:
  • 4. Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala menyuruhmu, supaya kamu membayarkan amanat kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah kamu hukum dengan adil. (An Nisaa: 58) Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan berbuat kebajikan serta memberi kaum kerabat dan melarang berbuat yang keji dan yang mungkar dan kezaliman. (An Nahl: 90) Maksudnya: Maka jika salah satu dari keduanya teraniaya kepada yang lain, hendaklah kamu perangi (golongan) yang membuat aniaya, hingga kembali kepada perintah Allah dan hendaklah perdamaikan antara keduanyadengan keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil. (Al Hujurat: 9) Di sini dapatlah kita faham bahawa apa saja yang kita lakukan sama ada orang atau barang atau benda atau perkara, sama ada yang bersifat maddi (material) mahupun bersifat maknawi atau rohani, jika dapat diletakkan pada tempatnya, inilah yang dikatakan adil. Kalau berlaku sebaliknya maka dinamakan zalim kerana lawan adil itu ialah zalim. Perkataan zalim itu berasal daripadazulmat ertinya gelap atau kegelapan. Orang yang bertindak di dalam kehidupan tidak meletakkan sesuatu perkara atau perbuatan sama ada yang bersifat lahir mahupun yang batin, yang bersifat material (maddi) atau bersifat maknawi atau rohani, pada tempatnya, dia dianggap orang yang hidup di dalam suasana yang gelap, yang tidak ada panduan dan pedoman hingga selalu sahaja tersilap, tersasul, tersalah, tergelincir dan terjatuh. Ertinya hidup di dalam keadaan kelamkabut dan huru-hara. Kalau begitulah erti adil atau keadilan menurut Islam iaitu meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, ertinya adil atau keadilan itu bukan ertinya sama rata atau dua benda yang samasama sukatan atau dua benda yang sama ukurannya. Di sini ditegaskan, keadilan itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ia melibatkan banyak perkara. Di antaranya:  Mengenai orang  Mengenai benda  Mengenai masa atau keadaan  Mengenai perbuatan atau tenaga MENGENAI ORANG
  • 5. Kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas sesuai dengan profesyen, kebolehan dan kemampuannya, itulah dikatakan adil. Sebaliknya, kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas bukanpada tempatnya, ertinya tidak sesuai dengan ilmu dan kemampuannya, itu tidak adil namanya. Apabila tidak adil, zalimlah namanya iaitu lawan bagi adil. MENGENAI BENDA Contohnya Al Quran atau kitab. Jika ia diletakkan pada tempatnya iaitu di tempat yang tinggi lagi mulia, sesuai dengan kemuliaannya, itu dinamakan adil. Sebaliknya kalau tidak diletakkan pada tempat yang mulia atau tinggi iaitu diletakkan di tempat yang hina seperti di tandas, di dapur, di tempat yang kotor atau terdedah kepada tempat lalu-lalang manusia sehingga boleh terlanggar, terlangkah atau tersepak, itu adalah perbuatan zalim dan jatuh berdosa. MENGENAI MASA Katalah waktu Maghrib, masa itu mestilah digunakan pada tempatnya iaitu bersembahyang. Sebaiknya sembahyang berjemaah. Itu adalah adil. Sebaliknya kalau waktu Maghrib itu diisi dengan perbuatan lain, sekalipun yang halal seperti berniaga, apatah lagi diisi dengan perbuatan yang haram seperti mencuri, itu dianggap zalim. Maka jatuh kepada dosa. MENGENAI PERBUATAN ATAU TENAGA Sebagai contoh, kita disuruh berbuat, bertindak, berusaha kepada yang sesuai pada tempatnya. Misalnya berbuat perkara yang disuruh oleh Allah SWT seperti menolong orang, berdakwah, mengajar, membaca Al Quran, bersembahyang, bersilaturrahim, menziarahi orang yang sakit, bergotong- royong di dalam membuat baik dan mencegah kemungkaran. Paling tidak membuat perkara-perkara yang harus seperti berehat atau tidur. Maka itu dikatakan adil. Sebaliknya jika perbuatan atau tenaganya digunakan bukan pada tempatnya seperti digunakan untuk berjudi, mencuri,memukul orang, berzina, memegang orang yang bukan muhram, bergaul bebas tanpa batas, membangunkan tempat-tempat maksiat, maka itu dikatakan zalim. Empat perkara yang kita sebutkan di atas sebagai contoh yang asas, yang bersifat lahir. Kalau hendak dihuraikan lagi, terlalu luas. Bagi diri manusia sahaja, tentulah melibatkan seluruh anggotanya, lahir dan batin, yang bersifat fizik mahupun yang bersifat maknawi dan rohani. Berkaitan benda pula terlalu banyak. Tentang masa pula, di dalam sehari semalam ada 24 jam. Setiap waktu atau jam mesti diisi oleh perkara atau perbuatan yang patut atau sesuai dengan masa itu. Mengenai perbuatan atau tenaga, banyak kebaikan yang mesti diuntukkan pada tempatnya. Jika semuanya itu
  • 6. diletakkan pada tempatnya, itulah yang dikatakan adil. Jika berlaku sebaliknya maka ia dianggap zalim. Keadilan yang melibatkan perkara-perkara bersifat maknawi dan rohani ialah:  Akal fikiran  Nafsu  Hati dan jiwa atau roh. ADIL TERHADAP AKAL FIKIRAN Digunakan pada tempatnya seperti memikirkan ilmu-ilmu Al Quran, Al Hadis dan ilmu-ilmu yang dibenarkan seperti ilmu ekonomi, politik, pendidikan, pembangunan, pentadbiran dan kemasyarakatan. Akal juga digunakan untuk memikirkan kebesaran Allah SWT dan lain-lain lagi. Ini adalah adil terhadap akal. Sebaliknya kalau berfikir sesuatu yang tidak sepatutnya kerana bukan tempatnya, seperti memikirkan perempuan yang bukan muhram kita, memikirkan arak, judi dan memikirkan hendak membunuh, mencuri, zina dan lain-lain yang dilarang, maka hukumnya zalim. ADIL TERHADAP NAFSU Kehendak nafsu dan kemahuannya dihalakan atau didorong ke tempat yang dibenarkan oleh Allah Taala seperti berkehendak untuk memperjuangkan agama-Nya, berkemahuan membantu fakir miskin, berkeinginan mendaulatkan undang-undang Islam, membangunkan ekonomi Islam, pendidikan Islam, kebudayaan, pentadbiran Islam, masyarakat Islam dan lain-lain yang diperintahkan oleh Islam. Inilah yang dikatakan adil. Sebaliknya jika kehendak nafsu itu didorong kepada bukan tempatnya seperti berkehendak kepada perempuan yang bukan isteri, mendorong memperjuangkan kebatilan seperti memperjuangkan ideologi, ekonomi kapitalis, pendidikan sekular dan lain-lain yang dilarang Islam, hukumnya zalim. ADIL TERHADAP HATI ATAU JIWA ATAU ROH Hendaklah perasaan-perasaan itu diletakkan pada tempatnya seperti merasakan kebesaran Allah, rasa takut kepada Allah, rasa malu, rasa cinta kepada-Nya, rasa lemah, rasa harap, rasa berdosa, rasa pemurah, rasa kasih sesama manusia, rasa belas kasihan terhadap orang yang susah dan lain-lain lagi. Jika berlaku sebaliknya, iaitu rasa-rasa hati itu diletakkan pada rasa sombong, rasa megah, rasa ujub, rasa dendam, rasa marah, rasa bakhil, rasa tamak, rasa tidak pernah cukup dan lain-lain lagi rasa yang dilarang oleh Allah Taala, hukumnya zalim. ERTI KEADILAN MENURUT ISLAM
  • 7. Adil atau keadilan adalah satu daripada sifat mahmudah iaitu sifat terpuji, yang Allah Taala wajibkan dimiliki oleh setiap mukalaf atau menjadi pegangan setiap orang. Sifat ini bertaraf sejagat. Ertinya ia diterima bersama oleh seluruh manusia sama ada orang Islam mahupun yang bukan Islam. Walaupun sifat adil itu bersifat sejagat, diterima bersama oleh semua manusia namun bagi setiap diri manusia itu amat susah sekali untuk dapat memiliki sifat itu. Setiap orang suka kalau orang lain berlaku adil kerana ia menguntungkan diri, walaupun dia sendiri tidak boleh berlaku adil pada orang lain. Kerana itulah lumrah berlaku di dalam kehidupan bermasyarakat, perkataan keadilan itu dislogan dan diperjuangkan supaya orang lain mengamalkannya. Seperti memperjuangkan agar kerajaan amalkan keadilan atau agar majikan melaksanakannya. Keadilan itu tidak diperjuangkan dengan tujuan agar diamalkan oleh diri masing-masing atau oleh setiap orang. Sepatutnya sifat keadilan itu diperjuangkan agar ia dapat dimiliki terlebih dahulu oleh setiap diri orang yang memperjuangkannya, sebelum ia dapat diamalkan oleh orang lain. Memang kita merasa pelik kerana pejuang-pejuang keadilan seluruh dunia memperjuangkan sifat keadilan itu agar orang lain berlaku adil. Bukan untuk mereka sendiri berusaha berlaku adil. Justeru itu kebanyakan orang melihat tidak adil pada diri orang lain, bukan pada diri sendiri. Sebenarnya atau sepatutnya setiap orang itu mesti memperjuangkan keadilan agar ia menjadi milik dirinya. Apabila ia mempunyai sifat itu, akan berlakulah keadilan kepada orang lain. Begitulah tuntutan dari Islam. Apabila menyebut keadilan, ia mesti dilakukan oleh setiap mukalaf. Bukan mendesak agar dilakukan oleh orang lain sedangkan diri sendiri tidak perlu berlaku adil. Berlaku adil adalah kewajipan setiap orang. Kemestian setiap individu. Adalah menjadi satu kesalahan tidak bersifat adil. Berdosa di sisi Tuhan. Kalau tidak bertaubat, ke Nerakalah padahnya. KEDUDUKAN SIFAT ADIL DALAM ISLAM Kedudukan sifat adil di dalam Islam adalah seperti berikut: 1. Ia adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji yang wajib diusahakan dan diperjuangkan agar setiap orang memilikinya. 2. Sifat adil itu lebih hampir kepada sifat taqwa. Berdasarkan sebuah ayat Al Quran yang berbunyi:
  • 8. Maksudnya: Janganlah kamu tertarik kerana kebencianmu terhadap satu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana keadilan itu lebih dekat dengan taqwa dan takutlah kepada Allah. (Al Maidah: 8) 3. Keadilan itu kalau berlaku, sangat berperanan dan memberi kesan di dalam kehidupan bermasyarakat. 4. Sifat adil ini adalah salah satu akhlak mulia yang bersifat sejagat. Ertinya setiap manusia sama ada Islam mahupun yang bukan Islam menginginkannya. 5. Sifat adil itu kalau menjadi pakaian kepada pemimpin atau raja, ia lebih indah dan cantik. Lebih cantik dan menarik, lebih luas dan lebih merata faedah dan kebaikannya. 6. Sifat adil itu hendaklah diberi atau diratakan kepada semua golongan manusia sekalipun orang yang kita benci atau musuh kita. 7. Sifat adil itu sangat membantu menyelesaikan masalah masyarakat. 8. Satu saat boleh berlaku adil lebih baik daripada beribadah 70 tahun. ADIL LEBIH UTAMA BAGI PEMIMPIN Di dalam ajaran Islam, semua orang yang mukalaf, lelaki dan perempuan yang akil baligh, wajib berlaku adil. Bahkan wajib memperjuangkannya agar keadilan itu dapat ditegakkan didalam kehidupan bermasyarakat, di semua aspek kehidupan. Begitupun, berlaku adil bagi seseorang pemimpin di dalam sesebuah negara, adalah lebih utama kerana dia adalah contoh ikutan yang utama kepada rakyatnya. Di antara sebab adil itu lebih utama bagi pemimpin ialah: 1. Apabila pemimpin sesebuah negara itu adil, dia dapat melakukan keadilan itu secara umum. Ramai orang terbela secara menyeluruh dan dapat manfaatnya. 2. Kalau pemimpin atau raja sesebuah negara itu tidak adil, maka ramai pula orang yang terzalim atau teraniaya, terbiar dan tidak terbela. 3. Apabila pemimpin sesebuah negara itu adil, seluruh rakyat daripada orang besar hingga orang kecil akan sayang dan hormat. Dengan itu mudahlah rakyat dididik dan didisiplinkan. 4. Apabila pemimpin sesebuah negara adil dan baik, mudah rakyat meniru menjadi baik. Apabila rakyat baik, gejala masyarakat yang tidak sihat kurang berlaku, menjadikan masyarakat aman, tenteram, bahagia dan harmoni.
  • 9. 5. Sebaliknya kalau pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara itu tidak adil dan jahat, rakyat akan jadi jahat. Ini akan menyebabkan berlakunya kemungkaran, jenayah dan tergugatlah ketenteraman umum. Sudah tentulah hidup dalam gelisah dan ketakutan. 6. Apabila pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara itu tidak adil, ertinya berlaku sebaliknya iaitu zalim. Lama kelamaan rakyat tidak tahan. Akhirnya timbul pemberontakan, mengguling pemimpin atau raja. Sama ada berjaya atau tidak, akan lahirlah huru-hara. Maka semua golongan akan mendapat kesusahan. 7. Apabila pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara itu adil, Allah Taala akan memberi keberkatan kepada pemimpin atau raja itu. Kemudian keberkatan itu akan melimpahruah seluruh negara dan rakyat. Ia akan menjadikan negara makmur, aman damai dan mendapat keampunan dari Allah Taala. Begitulah yang akan diperolehi oleh rakyat di dalam sesebuah negara itu yang mempunyai pemimpin atau raja yang adil. Justeru itulah sifat adil itu lebih utama dimiliki oleh pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara berbanding dengan golongan lain. Dengan kerana keadilan seseorang pemimpin atau raja itu, berkat dan rahmat Allah Taala akan melimpah ruah kepada seluruh negara. Kerana itulah raja atau pemimpin yang adil itu termasuk salah satu daripada golongan yang dapat perlindungan Allah Taala di Padang Mahsyar seperti yang telah disebutkan oleh sebuah Hadis: Maksudnya: Ada tujuh golongan yang Allah memberi perlindungan-Nya di hari yang tiada perlindungan selain perlindungan-Nya. Mereka ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah untuk Tuhannya, lelaki yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah pun kerana-Nya dan lelaki yang digoda oleh perempuan yang ada kedudukan dan kecantikan lalu dia berkata, Aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam dan lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya. Dan lelaki yang mengingati Allah sewaktu sunyi, lalu mengalir air matanya. (Riwayat Bukhari) PEMBAHAGIAN KEADILAN DAN KEZALIMAN Kalau kita hurai dengan lebih terperinci lagi tentang keadilan dan kezaliman, ia boleh dibahagi pula kepada empat bahagian: 1. Keadilan dan kezaliman kepada Allah SWT 2. Keadilan dan kezaliman kepada manusia 3. Keadilan dan kezaliman kepada diri sendiri 4. Keadilan dan kezaliman kepada haiwan KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA ALLAH SWT
  • 10. Sebagai contoh, jika bertembung kehendak Allah SWT dengan kehendak kita seperti waktu sembahyang sudah tiba dan waktu itu juga kita hendak membuat kerja kita atau bos kita, kenalah kita dahulukan kehendak Allah SWT iaitu kerjakan sembahyang lebih dahulu. Itu dinamakan adil kepada Allah SWT. Jika didahulukan kehendak kita atau kehendak bos kita hingga tertinggal sembahyang, hukumnya kita menzalimi Allah SWT. Sebagai contoh yang lain, kalau kita mendahului undangundang Allah Taala di dalam membuat hukum atau mengatur kehidupan, kita telah berlaku adil dengan Allah SWT. Sebaliknya kalau kita tolak hukum Allah Taala, kita ganti dengan hukum kita atau hukum manusia maka kita dianggap menzalimi Allah Taala kerana kita tidak meletakkan hukum Allah SWT pada tempatnya. Seterusnya kiaskanlah kepada perkara-perkara lain. KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA MANUSIA Sebagai contoh, dengan kedua ibu bapa kita hormati dan kita utamakan daripada isteri kita. Penghormatan dan keutamaan itu sudah kita letakkan pada tempat yang betul. Kita telah berlaku adil. Kalau berlaku sebaliknya, isteri kita lebih kita hormat dan utamakan daripada ibu bapa kita, maka kita telah berlaku zalim kerana meletakkan sifat hormat dan keutamaan itu bukan kepada tempatnya yang sebenar. Contoh yang lain, kalau kita orang yang berkuasa, kita naikkan pangkat seseorang itu atas dasar kesungguhan dan kemampuan kerja, maka kita telah berlaku adil kerana kita naikkan pangkat itu sesuai dengan orang pada tempatnya dan sepatutnya. Kalau berlaku sebaliknya, kita naikkan pangkat seseorang itu bukan atas dasar kebolehan, kesungguhan dan lama bekerja tetapi atas dasar dia pandai mengambil hati kita walaupun tidak layak, maka kita telah berlaku zalim. Kita telah memberi pangkat kepada seseorang bukan pada tempatnya iaitu bukan orang yang sepatutnya. Kiaskanlah kepada yang lainlain seperti memberi projek, memberi anugerah cemerlang dan lain-lain lagi. KEADILAN DAN KEZALIMAN PADA DIRI SENDIRI Allah SWT menjadikan kita untuk beribadah, maka kita pun menjadi orang yang beribadah. Ertinya kita telah berlaku adil kepada diri kerana kita telah meletakkan diri kita pada tempatnya yang sebenarnya. Jika berlaku sebaliknya iaitu kita tidak beribadah atau cuai beribadah kepada Allah Taala ertinya kita sudah tidak meletakkan diri kita pada tempatnya yang sebenar. Maka kita dikira menzalimi diri sendiri. Sebagai contoh yang lain, Allah Taala menjadikan mata, telinga dan lain-lain anggota dengan tujuan untuk melihat, mendengar dan sebagainya kepada yang dihalal atau diperintah oleh Allah Taala. Contohnya seperti melihat kebesaran Allah Taala, melihat dan
  • 11. membaca Al Quran, melihat ciptaan Tuhan agar terasa Maha Kuasa Allah Taala. Jika kita lakukan yang demikan maka kita telah berlaku adil pada diri kita. Jika berlaku sebaliknya, seperti melihat perempuan-perempuan yang bukan muhram, melihat dan mendengar gambar-gambar dan perkataan- perkataan yang lucah, kita telah menzalimi diri kita kerana kita sudah tidak meletakkan lagi diri kita (anggota kita) pada tempatnya yang sebenarnya. Seterusnya kiaskanlah anggotaanggota yang lain. KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA HAIWAN Kalau kita ada memelihara haiwan yang dibenarkan oleh Islam, kita beri tempat tinggal yang sepadan dan sepatutnya kepada haiwan itu. Kita beri makan dan minum sesuai dengan haiwanitu. Kalau perlu kita gunakan untuk bekerja, sesuai dan sepadan dengan kerja-kerjanya yang patut dengan haiwan itu, tidaklah sampai membeban atau memberatkan. Maka kita telah berlaku adil terhadap haiwan itu. Jika berlaku sebaliknya seperti tempat tinggalnya tidak sempurna, makan minum tidak cukup, dibebankan dengan kerja yang tidak sepatutnya, maka kita telah melakukan kekejaman dan kezaliman terhadap haiwan itu. Contoh-contoh yang lain bolehlah kiaskan sendiri. MENEGAKKAN KEADILAN AMAT SUSAH Setelah kita membahas, mengkaji, menganalisa tentang pengorbanan dan kehendakkehendak sifat-sifat adil atau keadilan untuk dipraktikkan di dalam kehidupan kita, ia terasa sungguh susah untuk kita laksanakan. Bukan sahaja sulit sekali untuk berlaku adil kepada Allah Taala, kepada manusia, kepada haiwan bahkan untuk berlaku adil kepada diri kita sendiri pun amat payah sekali. Jika kita tidak dapat berlaku adil kepada diri kita ertinya kita melakukan penzaliman kepada diri kita sendiri. Kalau kita tidak berhenti dan bertaubat kepada Allah, Nerakalah padahnya. Kalau terhadap diri kita yang kita sayangi pun kita tidak berlaku adil bahkan kita zalimi, apakah ada satu jaminan yang kita boleh berlaku adil kepada manusia atau makhluk yang lain? Kalau kita tidak sayang pada diri kita, bolehkah kita menyayangi diri orang lain? Kalau kita sanggup menzalimi diri sendiri, apakah jaminan kita tidak akan menzalimi orang lain? DUNIA HARI INI PENUH PENZALIMAN Setelah kita memahami erti keadilan menurut Islam, maka tidak syak lagi, dunia pada hari ini penuh dengan kezaliman dalam berbagai-bagai bentuk. Ia berlaku di pelbagai aspek kehidupan dan dilakukan oleh individu, kaum, puak, parti, golongan atau bangsa. Sama ada disedari oleh manusia atau tidak, hakikatnyatidak ada tempat di dunia ini yang tidak berlaku penindasan dan penzaliman itu. Di mana-mana pun berlaku penzaliman tidak kira sama ada terhadap Allah Taala, terhadap manusia, haiwan dan terhadap diri sendiri.
  • 12. Penzaliman itu pula berlaku di pelbagai aspek seperti pendidikan, ekonomi, politik, pentadbiran, kemasyarakatan, ketenteraan, kebudayaan, kekeluargaan, perhubungan antarabangsa dan lain-lain lagi. Justeru itu tidak hairanlah jika di mana-mana sahaja di muka bumi Tuhan ini, tidak ada tempat yang tenang, yang tidak ada pergolakan. Di sana sini berlakunya berbagai-bagai krisis, perselisihan, pergeseran, pergaduhan, jatuhmenjatuhkan, katamengata, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, hina-menghina, pakatan jahat atau konfrantasi, tangkap-menangkap, tuduhmenuduh, demontrasi, pemberontakan dan seterusnya peperangan. Ketika seseorang, satu puak, satu golongan, satu parti atau satu bangsa itu dizalimi, di masa yang sama mereka menzalimi pula. Di satu sudut mereka kena zalim manakala di sudut yang lain mereka menzalimi pula. Di dalam mereka dituduh, mereka menuduh pula. Jadi zalim-menzalim itu telah berlaku di antara satu sama lain. Kalau begitu di mana golongan yang adil? Sesetengah mereka kalau tidak menzalimi manusia, mereka menzalimi Allah Taala. Kalau tidak menzalimi Allah Taala, mereka menzalimi manusia. Kalau tidak menzalimi manusia atau Tuhan, mereka menzalimi haiwan. Kalau tidak menzalimi haiwan, manusia atau Tuhan, mereka akan menzalimi diri sendiri sehingga yang paling kejam iaitu bunuh diri. Bahkan ada yang lebih kejam lagi dari itu iaitu mereka menzalimi Tuhan, menzalimi manusia, haiwan dan diri sendiri. CARA MENEGAKKAN KEADILAN Sebelum ini kita telah memperkatakan bahawa fitrah semula jadi manusia suka kepada keadilan. Justeru itu mereka inginkepada keadilan dan sentiasa bangun untuk berjuang menegakkan keadilan. Di waktu ini hampir setiap hari kita mendengar, membaca bahkan memperkatakan keadilan.Memang perkataan keadilan itu lebih banyak disebut orang daripada sifat-sifat mahmudah yang lain. Tadi kita telah memperkatakan bahawa kezaliman itu telah merata berlaku kepada setiap individu, kelompok, puak, parti, golongan dan bangsa. Ia berlaku di pelbagai bidang dan aspek. Dunia hari ini sudah penuh dengan penzaliman. Penzaliman telah rata berlaku di dunia dan hampir tidak ada manusia yang tidak dijangkiti. Oleh yang demikian siapalah yang hendak kita harapkan untuk bangun menegakkan keadilan sekaligus menumpaskan kezaliman? Di sinilah rahsianya mengapa pejuang-pejuang keadilan belum berjaya menegakkan keadilan sekaligus menumpaskan kezaliman. Sebenarnya di samping mereka ingin menegakkan keadilan dan menumpaskan kezaliman, mereka juga membuat kezaliman. Bahkan adakalanya apabila satu-satu golongan itu berjaya menumbangkan satu golongan yang zalim, mereka kemudiannya lebih zalim lagi daripada golongan yang sebelumnya. Oleh itu yang penting di waktu ini ialah setiap orang dan golongan berusaha membaiki diri dan cuba bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan di dalam diri dan golongannya terlebih dahulu. Selepas itu perjuangkanlah keadilan itu. Bilamana sifat adil itu telah wujud
  • 13. di dalam diri masing-masing dan di dalam golongan tersebut, insya-Allah, golongan lain akan sedar dan insaf kerana model telah wujud dan Allah Taala akan memberi bantuan kepada orang yang telah menegakkan keadilan itu. Inilah cara atau jalan keluar daripada penindasan dan penzaliman di dalam kehidupan manusia. Apabila penzaliman dapat ditumpaskan kerana masing-masing menegakkan keadilan di dalam diri mereka terlebih dahulu, secara automatik keadilan dapat ditegakkan di dalam kehidupan manusia, di dalam semua peringkat dan di seluruh aspek kehidupan masyarakat. JAUHILAH PERBUATAN ZALIM Di dalam ajaran Islam perbuatan menzalim sangat dilarang. Ia termasuk dosa besar kerana menzalim itu merosakkan kehidupan manusia. Sama ada fizikalnya, hartanya, maruahnya, kedudukannya atau lain-lain lagi. Maka kerana itulah dosa menzalim ini di dunia lagi akan dihukum oleh Allah Taala sebelum dibalas di Akhirat. Lebih-lebih lagi kalau orang yang kita zalimi itu ialah ibu bapa atau guru kita. Justeru itu ada Hadis menyebut: Maksudnya: Hendaklah kamu takuti doa orang yang dizalimi kerana tidak ada di antaranya hijab dengan Allah Taala. Doa orang yang dizalimi terus Allah Taala terima sekalipun dia orang kafir. Maka akan hancurlah orang yang zalim itu di dunia lagi. Oleh itu berhati-hatilah agar jangan sampai kita menzalimi makhluk Allah Taala kerana hukumannya akan berlaku di dunia lagi. Sama ada cepat atau lambat, jangka pendek mahupun jangka panjang. Bentuk atau sifatnya yang sama dengan orang yang dizalimi atau Allah Taala datangkan dengan bentuk atau sifat yang lain. Adakalanya Allah Taala balas penzaliman itu setelah orang yang menzalimi lupa perbuatan zalim yang pernah dilakukannya. Mungkin dia lambat dihukum sehingga dia tidak dapat hubungkaitkan hukuman itu dengan perbuatannya dahulu. Hanya orang yang prihatin atau peka sahaja yang sedar atau dapat hubungkaitkan. Marilah sama-sama kita insaf, agar jangan kita menzalim. Kalau sudah terlajak cepatcepatlah kita memohon maaf sebelum tibanya hukuman daripada Allah Taala, sama ada di awal, di pertengahan, atau di hujung hidup kita. Apatah lagi di Akhirat, sudah pasti tidak terlepas daripada hukuman. Moga-moga Allah Taala sentiasa menjauhkan kita daripada perbuatan zalim.