SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
1
ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬
ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬
ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬
ً‫ﻼ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﺻ‬َ‫أ‬َ‫و‬ ً‫ة‬َ‫ﺮ‬‫ُﻜ‬‫ﺑ‬ ِ‫ﷲ‬‫ا‬ َ‫ن‬‫َﺎ‬‫ﺤ‬ْ‫ﺒ‬ُ‫ﺳ‬َ‫و‬ ‫ًا‬‫ﺮ‬‫ِﯿ‬‫ﺜ‬َ‫ﻛ‬ ِ‫ﷲ‬ ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ ،‫ًا‬‫ﺮ‬‫ِﯿ‬‫ﺒ‬ِ‫ﻛ‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬

َ‫ﻮ‬ُ‫ھ‬َ‫و‬ ُ‫ﺖ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ُ‫ﯾ‬َ‫و‬ ْ‫ﻲ‬ِ‫ﯿ‬ْ‫ﺤ‬ُ‫ﯾ‬ ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬َ‫و‬ ُ‫ﻚ‬ْ‫ﻠ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ ،ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ َ‫ﻚ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺮ‬َ‫ﺷ‬ َ‫ﻻ‬ ُ‫ه‬َ‫ﺪ‬ْ‫ﺣ‬َ‫و‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ﻻ‬ِ‫إ‬ َ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ِ‫إ‬ َ‫ﻻ‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ﺪ‬َ‫ﮭ‬ْ‫ﺷ‬َ‫أ‬‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬
ٌ‫ﺮ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺪ‬َ‫ﻗ‬ ٍ‫ء‬ْ‫ﻲ‬َ‫ﺷ‬ ِّ‫ﻞ‬ُ‫ﻛ‬
‫ًا‬‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫ﱠ‬‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ﺪ‬َ‫ﮭ‬ْ‫ﺷ‬َ‫أ‬َ‫و‬َ‫ﻋ‬،ُ‫ﮫ‬ُ‫ﻟ‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﺳ‬َ‫ر‬َ‫و‬ ُ‫ه‬ُ‫ﺪ‬ْ‫ﺒ‬
ِ‫ﮫ‬ِ‫ﻟ‬‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ،ِ‫ﺔ‬‫ﱠ‬‫ﻣ‬ُ‫ﻷ‬ْ‫ا‬ ِ‫ﻊ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻔ‬َ‫ﺷ‬َ‫و‬ ،ِ‫ﺔ‬َ‫ﻤ‬ْ‫ﺣ‬‫ﱠ‬‫ﺮ‬‫اﻟ‬ ِّ‫ﻲ‬ِ‫ﺒ‬‫ﱠ‬‫ﻧ‬ ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫َﺎ‬‫ﻧ‬ِ‫ﺪ‬ِّ‫ﯿ‬َ‫ﺳ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ْ‫ك‬ِ‫ر‬‫َﺎ‬‫ﺑ‬َ‫و‬ ْ‫ﻢ‬ِّ‫ﻠ‬َ‫ﺳ‬َ‫و‬ ِّ‫ﻞ‬َ‫ﺻ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬
ُ‫ه‬َ‫ﻻ‬‫َا‬‫و‬َ‫و‬ ُ‫ه‬َ‫ﺮ‬َ‫ﺼ‬َ‫ﻧ‬َ‫و‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻌ‬ِ‫ﺒ‬َ‫ﺗ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻣ‬َ‫و‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﺒ‬ْ‫ﺤ‬َ‫ﺻ‬َ‫و‬.
‫ْﺪ‬‫ﻌ‬َ‫ﺑ‬ ‫ﱠﺎ‬‫ﻣ‬َ‫أ‬‫ﱠ‬‫ﻖ‬َ‫ﺣ‬ َ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫ُﻮا‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺗ‬‫ا‬ ،ِ‫ﷲ‬‫ا‬ َ‫د‬‫َﺎ‬‫ﺒ‬ِ‫ﻋ‬ ‫َﺎ‬‫ﯿ‬َ‫ﻓ‬ُ‫ن‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻣ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﺘ‬ْ‫ﻧ‬َ‫أ‬َ‫و‬ ‫ﱠ‬‫ﻻ‬ِ‫إ‬ ‫ﱠ‬‫ﻦ‬ُ‫ﺗ‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻤ‬َ‫ﺗ‬ َ‫ﻻ‬َ‫و‬ ،ِ‫ﮫ‬ِ‫ﺗ‬‫َﺎ‬‫ﻘ‬ُ‫ﺗ‬
HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIRAHMATI ALLAH,
Bersempena Hari Raya Aidil Fitri yang mulia dan hari berkat ini, marilah kita kukuh dan mantapkan taqwa
kepada Allah Ta’ala dengan taqwa yang sebenar-benar taqwa. Taqwa dalam erti kata melaksanakan segala titah
perintah Allah SWT serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Kerana sifat taqwa itu membentuk umat
yang beriman, berakhlak mulia, bersabar dan berjiwa syukur. Sesungguhnya semulia-mulia hamba ialah orang
yang bertaqwa, firman Allah SWT:

Maksudnya: “…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujuraat, ayat 13)
ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI ALLAH,
Tiga mesej penting kepada umat Islam yang berpuasa, iaitu cukupkan puasa sebulan Ramadan, membesarkan
Allah SWT dengan takbir dan tahmid serta bersyukur kepada-Nya. Firman Allah Ta’ala:
2
…
Maksudnya: “…dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu
membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur”.
(Surah Al-Baqarah, ayat 185)
Kegembiraan itu disambut dan dirayakan dengan kalimah takbir, tahmid dan tasbih. Kalimah takbir ALLAHU
AKBAR itu diulang-ulang sejak malam hari raya Aidil Fitri, seluruh desa, kampong, pekan, Bandar, bandaraya
dan Negara umat Islam di seluruh pelusuk dunia mengucapkan dan mengumandangkan kalimah yang sama,
bahawa kita semua mengagong dan membesarkan Allah Ta’ala Yang Maha Agong, Maha Kuasa, Maha
Perkasa, sesungguhnya tidak ada lagi yang mengatasi Maha Agong, Maha Kuasa dan Maha Perkasa selain
Allah Azza wa Jalla. Manakala kalimah tahmid adalah puji-pujian itu hanya milik dan untuk Allah SWT dan
kalimah tasbih adalah Maha Suci-Nya Allah SWT dari segala kekurangan, kelemahan dan kecacatan.
Sesungguhnya inilah aqidah Tauhid umat Islam yang akan menyatukan, mengukuhkan dan mengangkat darjat
umat Islam.
Dalam Kitabnya Lato’if Al-Ma’arif, Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullahu Ta’ala berkata: “Bukanlah hari
raya itu hanya mereka yang berpakaian baru dan indah. Namun, sesungguhnya hari raya itu bagi mereka yang
ketaatannya bertambah. Bukanlah hari raya itu bagi mereka yang berhias-hias dengan pakaian dan
kenderaan. Namun, sesungguhnya hari raya itu bagi mereka yang diampunkan dosa dan kesalahan”
Aidil Fitri yang kita rayakan pada hari ini dengan seluruh jiwa umat Islam yang berpuasa selama sebulan
dengan perasaan yang teramat gembira, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “…Orang yang
berpuasa mendapat dua perkara yang mengembirakan. Pertama semasa dia berbuka puasa dan kedua semasa
dia menemui Tuhannya (pada hari akhirat)…” (HR Imam Muslim)
Pada hari ini diharamkan berpuasa. Dari Abi ‘Ubaid, katanya: Aku telah hadir merayakan hari raya bersama-
sama dengan Saidina Umar bin Al-Khattab RA, lalu dia berkata: “Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi,
Rasulullah SAW telah melarang berpuasa padanya, iaitu Hari Raya Aidil Fitri setelah kamu sempurnakan
puasa kamu dan Hari Raya Aidil Adha untuk kamu makan dari daging korban kamu”. (HR Imam Al-Bukhari)
ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬
SAUDARA JEMAAH AIDIL FITRI YANG MULIA,
Kalimah takbir yang berkumandang sepanjang malam hingga ke subuh dan pagi Aidil Fitri adalah isyarat jelas
lagi nyata bahawa umat Islam hanya mengagong dan membesarkan Allah SWT Yang Maha Kuasa, Maha
Perkasa lagi Maha Agong. Ini bermakna umat Islam wajib meyakini 100% bahawa tiada lagi yang Maha
Agong, Maha Kuasa dan Maha Perkasa selain Allah SWT.
Justeru itu, umat Islam mesti meninggalkan segala perbuatan khurafat, tahyul dan amalan mempercayai pada
kuasa jin, ramalan bomoh, azimat dan seumpamanya yang boleh menyebabkan syirik.
Sepatutnya dalam kehidupan seharian umat Islam tidak ada lagi istilah takut kepada hantu, syaitan dan jin.
Tidak ada lagi adat kepercayaan yang mempercayai kata-kata ramalan bomoh-bomoh yang sesat dan
menyesatkan.
Sekiranya tersilap, maka umat Islam hendaklah memperbetulkan, sekiranya kita terikut-ikut bawaan adat tradisi
dan kepercayaan yang salah yang boleh menyebabkan tercabut iman, NA’UZUBILLAHI MIN ZALIK. Inilah
masa terbaik untuk kita memperbetulkan.
3
Oleh itu, bersama-sama kita bersihkan iman, mantapkan kefahaman dengan sentiasa belajar dan menambah
ilmu pengetahuan supaya kita selamat dari segala perbuatan khurafat, tahyul dan amalan syirik yang mungkin
tidak disedari sama ada dalam niat, kata-kata, amalan dan tindakan.
ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,
Sambutl dan rayakanlah Aidil Fitri yang mulia ini dengan mendaulatkan ajaran dan Syariat Islam dengan
melaksanakan setiap yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: “…Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta
amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah
kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab siksa-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-
Nya)”. (Surah Al-Hasyr, ayat 7)
Islam adalah agama yang syumul dan lengkap untuk semua bidang kehidupan manusia, firman Allah SWT:

Maksudnya: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan
nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah Al-Maidah,
ayat 3)
Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menjadikan Syariat Islam itu sebagai landasan kehidupan dalam segala
sistem, peraturan, amalan, akhlak dan juga tindakan termasuk ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ini
bermakna umat Islam wajib menjadikan ajaran dan Syariat Islam yang termaktub di dalam Al-Quran, Sunnah
Rasulullah SAW serta Ijmak dan Qiyas sebagai asas, dasar dan panduan terbaik dalam kehidupan, sosial,
pendidikan, ekonomi, pengurusan, politik dan lain-lain.
ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬
MUSLIMIN MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH,
Sambut dan rayakanlah Aidil Fitri ini dengan bersyukur kepada Allah SWT kerana kurniaan-Nya teramat
banyaknya, antaranya nikmat iman, Islam, kehidupan yang aman damai, kesihatan, rezeki dan nikmat Hari
Raya Aidil Fitri yang kita rayakan pada hari ini, dengan sambutan yang terbaik menurut lunas-lunas ajaran dan
Syariat Islam dengan amalan yang menambahkan ketaatan dan dekatnya kita kepada Allah SWT, yakni buatlah
yang Allah SWT suka dan tinggalkan amal perbuatan yang Allah SWT murka.
Kerana perintahnya di dalam Al Quran, firman-Nya:

Maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya
azab-Ku amatlah keras”. (Surah Ibrahim, ayat 7)
4
Berdasarkan mafhum ayat ini, sesungguhnya beruntunglah orang yang sentiasa bersyukur kerana Allah SWT
pasti akan menambahkan segala rahmat dan nikmat kurniaan-Nya.Lantaran ketaatannya dalam melaksanakan
perintah Allah SWT. Tetapi akibat dan padahlah kepada orang yang kufur ingkar yang pasti akan ditimpa azab
siksa Allah SWT yang teramat keras, lantaran kekufuran mereka, yakni melanggar segala perintah Allah SWT.
ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬
HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIMULIAKAN ALLAH,
Sambut dan rayakanlah Aidil Fitri yang mulia ini dengan bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan seluruh
ahli keluarga, ibu bapa, suami isteri, adik-beradik, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh umat
Islam sama ada yang kaya mahupun yang miskin, yang jauh dan yang dekat hatta di mana-mana jua kita berada
baik di kampung, desa, pekan atau bandar.
Kerana sesungguhnya umat Islam yang beriman itu adalah bersaudara, sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelengkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. (Surah
Al-Hujuraat, ayat 10)
Maka bersempena hari baik dan mulia ini, bersama-sama juga kita berkongsi kesusahan dan penderitaan yang
menimpa saudara-saudara seIslam kita sama ada yang berada sebelah kampung atau daerah, negeri hatta
mereka yang berada di negara umat Islam seperti di Palestin, Syria, Rohingya atau di mana-mana jua umat
Islam yang memerlukan bantuan. Bantulah mengikut kemampuan dan titipkanlah doa-doa, sesungguhnya doa
orang mukmin merupakan senjata.
Ada empat perkara pesanan Rasulullah SAW dalam memperkukuhkan ukhuwah Islamiah, sebagaimana sabdanya yang
bermaksud: "Sebarkanlah salam, perkuatkanlah silaturahim, kasihanilah golongan fakir miskin dan jangan tinggalkan
solat malam." (HR Imam Muslim).
ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬
HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIMULIAKAN ALLAH,
Demikianlah, Islam indahnya Syariat Islam, ketika ia hidup, subur dan berdaulat dalam kehidupan umat Islam.
Kerana Islam mengatur hidup manusia dengan Syariatnya yang syumul dan serba lengkap dengan membawa
rahmat dan keselamatan kepada manusia. Kerana itu, umat Islam hendaklah menjadikan ajaran dan Syariat
Islam yang menjadi dasar dalam menjalani kehidupan ini, termasuklah cara kita menyambut dan merayakan
Hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini sewajarnya dirayakan dengan amal-amal soleh yang menambahkan
ketaatan serta mendekatkan kita kepada Allah SWT.
Mudah-mudahan akan tercapailah tujuan perayaan Aidil Fitri yang kita rayakan kali ini dengan kita sekeluarga,
suami/isteri, anak cucu, jiran, sahabat dan seluruh umat Islam imendapat darjat hamba Allah yang bertaqwa
serta terus istiqamah melaksana dan mendaulatkan Syariat Islam dalam seluruh bidang dan sistem kehidupan
disepanjang hayat kita.
Sesiapa yang mencari atau mengambil selain dari ajaran dan Syariat Islam rugilah dia di dunia, lebih-lebih lagi
di hari akhirat nanti, firman Allah SWT:
5

Maksudnya: “Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan
dia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi”. (Surah Ali ‘Imran, ayat 85)
6
KHUTBAH KEDUA HARI RAYAAIDIL FITRI
TAHUN 1437H/2016H
، ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ُا‬‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬
، ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،
، ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬َِ‫و‬
َ‫ه‬ِ‫ﺮ‬َ‫ﻛ‬ ْ‫ﻮ‬َ‫ﻟ‬َ‫و‬ ِ‫ﮫ‬ِّ‫ﻠ‬ُ‫ﻛ‬ ِ‫ﻦ‬‫ّﯾ‬ِ‫ﺪ‬‫اﻟ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ُ‫ه‬َ‫ﺮ‬ِ‫ﮭ‬ْ‫ﻈ‬ُ‫ﯿ‬ِ‫ﻟ‬ ِّ‫ﻖ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﻦ‬‫ِﯾ‬‫د‬َ‫و‬ ‫َى‬‫ﺪ‬ُ‫ﮭ‬ْ‫ﻟ‬‫ِﺎ‬‫ﺑ‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬‫ُﻮ‬‫ﺳ‬َ‫ر‬ َ‫ﻞ‬َ‫ﺳ‬ْ‫ر‬َ‫أ‬ ‫ِى‬‫ﺬ‬‫ﱠ‬‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬ُِ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬َ‫ا‬
َ‫ن‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻛ‬ِ‫ﺮ‬ْ‫ﺸ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬
ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ َ‫ﻚ‬‫ِﯾ‬‫ﺮ‬َ‫ﺷ‬ َ‫ﻻ‬ ُ‫ه‬َ‫ﺪ‬ْ‫ﺣ‬َ‫و‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ﻻ‬ِ‫إ‬ َ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ِ‫إ‬ َ‫ﻻ‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ﺪ‬َ‫ﮭ‬ْ‫ﺷ‬َ‫أ‬.ُ‫ﮫ‬ُ‫ﻟ‬‫ُﻮ‬‫ﺳ‬َ‫ر‬َ‫و‬ ُ‫ه‬ُ‫ﺪ‬ْ‫ﺒ‬َ‫ﻋ‬ ‫ًا‬‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫ﱠ‬‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ﺪ‬َ‫ﮭ‬ْ‫ﺷ‬َ‫أ‬َ‫و‬
ِ‫م‬‫َﺎ‬‫ﻣ‬ِ‫إ‬ ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﺗ‬َ‫ﻮ‬ْ‫ﺳ‬ُ‫أ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﺗ‬َ‫و‬ْ‫ﺪ‬ُ‫ﻗ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻧ‬ِ‫ﺮ‬ْ‫ﺧ‬ُ‫ز‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﻌ‬‫ِﯿ‬‫ﻔ‬َ‫ﺷ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﺒ‬‫ِﯿ‬‫ﺒ‬َ‫ﺣ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ْ‫ك‬ِ‫ر‬‫َﺎ‬‫ﺑ‬َ‫و‬ ْ‫ﻢ‬ِّ‫ﻠ‬َ‫ﺳ‬َ‫و‬ ‫ﱢ‬‫ﻞ‬َ‫ﺻ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬
َ‫ﺪ‬َ‫ھ‬‫َﺎ‬‫ﺟ‬َ‫و‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﺠ‬ْ‫ﮭ‬َ‫ﻧ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ َ‫ر‬‫َﺎ‬‫ﺳ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻣ‬َ‫و‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﺑ‬‫َﺎ‬‫ﺤ‬ْ‫ﺻ‬َ‫أ‬َ‫و‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﻟ‬‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺪ‬ِ‫ھ‬‫َﺎ‬‫ﺠ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ة‬‫َﺎ‬‫ﻋ‬‫ﱡ‬‫ﺪ‬‫اﻟ‬ ِ‫ﺪ‬ِ‫ﺋ‬‫َﺎ‬‫ﻗ‬َ‫و‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺘ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬
ِ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِّ‫ﺪ‬‫اﻟ‬ ِ‫م‬ْ‫ﻮ‬َ‫ﯾ‬ ‫َﻰ‬‫ﻟ‬ِ‫إ‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬‫َﺎ‬‫ﮭ‬ِ‫ﺠ‬‫ِﺑ‬
ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻌ‬َ‫ﺑ‬ ‫ﱠﺎ‬‫ﻣ‬َ‫أ‬.َ‫ز‬‫َﺎ‬‫ﻓ‬ ْ‫ﺪ‬َ‫ﻘ‬َ‫ﻓ‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﺘ‬َ‫ﻋ‬‫َﺎ‬‫ﻃ‬َ‫و‬ ِ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫َى‬‫ﻮ‬ْ‫ﻘ‬َ‫ﺘ‬ِ‫ﺑ‬ َ‫ي‬‫ﱠﺎ‬‫ﯾ‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻜ‬‫ِﯿ‬‫ﺻ‬ْ‫و‬ُ‫أ‬ ،ِ‫ﷲ‬‫ا‬ َ‫د‬‫َﺎ‬‫ﺒ‬ِ‫ﻋ‬ ‫َﺎ‬‫ﯿ‬َ‫ﻓ‬َ‫ن‬‫ُﻮ‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺘ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬.‫ْا‬‫و‬ُ‫د‬‫ﱠ‬‫و‬َ‫ﺰ‬َ‫ﺗ‬َ‫و‬
‫َى‬‫ﻮ‬ْ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺘ‬‫اﻟ‬ ِ‫د‬‫ﱠا‬‫ﺰ‬‫اﻟ‬ َ‫ﺮ‬ْ‫ﯿ‬َ‫ﺧ‬ ‫ﱠ‬‫ن‬ِ‫ﺈ‬َ‫ﻓ‬
ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ِا‬‫ِﷲ‬َ‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬
MUSLIMIN MUSLIMAT JEMAAH AIDILFITRI YANG DIHORMATI,
Sebagai umat Islam yang beriman dan bersyukur serta memperolehi kesan ibadah puasa sebulan Ramadan,
tentunya menambahkan lagi ketaatan dan kesukaan kepada menurut segala perintah Allah SWT, sekaligus
meninggalkan segala yang dilarang dan tidak disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
Justeru itu, sambut dan rayakanlah Aidil Fitri yang mulia ini dengan mengikut panduan ajaran dan Syariat
Islam, antaranya:
1. Menjaga solat fardu lima waktu, walau sesibuk mana kita berhari raya dan melayan tetamu yang
berkunjung.
2. Menjaga pergaulan supaya dapat memelihara batas-batas pergaulan supaya dapat mengelak perkara
dosa.
3. Mengucapkan ucapan “TAQABBALLALLAHU MINNA WA MINKUM” ketika bertemu.
4. Saling ziarah-menziarah dan saling member hadiah akan menambahkah kasih sayang.
5. Saling bermaaf-maafan akan mengugurkan dosa-dosa.
7
6. Memperbanyakkan sedekah dan meraikan golongan fakir miskin akan menambahkan rezeki dan
hubungan kasih sayang.
7. Mengelakkan pembaziran dalam menjamu dan menyediakan juadah. Membazir itu akan menjadi
saudara syaitan.
Khatib ingin mengingat jemaah yang dikasihi,jika selama ini ada yang tidak bertegur sapa cuma kerana perkara
kecil, kerana harta, kerana perbezaan pendapat atau seumpamanya sehingga bertahun-tahun lamanya. Inilah
ketikanya, saat paling indah kita sebagai sanak saudara, adik-beradik, anak, emak, ayah, ipar duai, jiran,
sahabat dan rakan supaya saling bertegur sapa, bersalaman dan bermaafan, ziarah-menziarah dan mengukuhkan
kembali tali ukhuwah dan persaudaraan, kerana sungguh besar kebaikan dan pahalanya di sisi Allah SWT.
Lupakan segala salah silap, hapuslah segala hasad dengki, permusuhan dan sebagainya.
Ingatlah, pesan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Janganlah kamu saling benci-membenci,
janganlah kamu dengki-mendengki dan janganlah kamu sindir-menyindir, jadilah kamu sebagai hamba-hamba
Allah yang bersaudara. Haram seorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya”.
(HR Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Seterusnya, Rasulullah SAW juga menganjurkan supaya umatnya melaksanakan puasa sunat enam hari di
bulan Syawal, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian
dia berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun”. (HR At-
Thabrani)
ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ِا‬‫ِﷲ‬َ‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬
JEMAAH AIDIL FITRI YANG DIMULIAKAN,
Marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas Junjungan yang kita kasihi Rasulullah SAW, kerana Allah
SWT dan para malaikat-Nya juga sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah SAW, sebagaimana firman-
Nya di dalam Al-Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Ta’ala dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi
Muhammad SAW, wahai orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan ke atasnya dengan sepenuhnya”. (Surah Al-Ahzab, ayat 56)
،َ‫ﻢ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ھ‬‫َا‬‫ﺮ‬ْ‫ﺑ‬ِ‫إ‬ ِ‫ل‬َ‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ َ‫ﻢ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ھ‬‫َا‬‫ﺮ‬ْ‫ﺑ‬ِ‫إ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ َ‫ﺖ‬ْ‫ﯿ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬َ‫ﺻ‬ ‫َﺎ‬‫ﻤ‬َ‫ﻛ‬ ،ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ِ‫ل‬َ‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ِّ‫ﻞ‬َ‫ﺻ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬
‫ِﻰ‬‫ﻓ‬ ،َ‫ﻢ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ھ‬‫َا‬‫ﺮ‬ْ‫ﺑ‬ِ‫إ‬ ِ‫ل‬َ‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ َ‫ﻢ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ھ‬‫َا‬‫ﺮ‬ْ‫ﺑ‬ِ‫إ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ َ‫ﺖ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ر‬‫َﺎ‬‫ﺑ‬ ‫َﺎ‬‫ﻤ‬َ‫ﻛ‬ ،ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ِ‫ل‬َ‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ْ‫ك‬ِ‫ر‬‫َﺎ‬‫ﺑ‬َ‫و‬
ِ‫إ‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﻟ‬‫َﺎ‬‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ٌ‫ﺪ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﺠ‬‫ﱠ‬‫ﻣ‬ ٌ‫ﺪ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﺣ‬ َ‫ﻚ‬‫ﱠ‬‫ﻧ‬
ِ‫ت‬‫َا‬‫ﻮ‬ْ‫ﻣ‬َ‫ﻷ‬‫َا‬‫و‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬ْ‫ﻨ‬ِ‫ﻣ‬ ِ‫ء‬‫َﺂ‬‫ﯿ‬ْ‫ﺣ‬َ‫ﻷ‬ْ‫ا‬ ِ‫ت‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ ،ِ‫ت‬‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﻣ‬ْ‫ﺆ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻨ‬ِ‫ﻣ‬ْ‫ﺆ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻠ‬ِ‫ﻟ‬ ْ‫ﺮ‬ِ‫ﻔ‬ْ‫ﻏ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬.
ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﺟ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺪ‬ِ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ‫ﱠﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﻋ‬ ُ‫ﻒ‬ْ‫ﻋ‬‫َﺎ‬‫ﻓ‬ َ‫ﻮ‬ْ‫ﻔ‬َ‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ‫ﱡ‬‫ﺐ‬ِ‫ﺤ‬ُ‫ﺗ‬ ٌ‫ﻢ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺮ‬َ‫ﻛ‬ ‫ﱞ‬‫ﻮ‬ُ‫ﻔ‬َ‫ﻋ‬ َ‫ﻚ‬‫ﱠ‬‫ﻧ‬ِ‫إ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﻊ‬
َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﺣ‬‫ﱠا‬‫ﺮ‬‫اﻟ‬ َ‫ﻢ‬َ‫ﺣ‬ْ‫ر‬َ‫أ‬ ‫َﺎ‬‫ﯾ‬ َ‫ﻚ‬ِ‫ﺘ‬َ‫ﻤ‬ْ‫ﺣ‬َ‫ﺮ‬ِ‫ﺑ‬ ِ‫ت‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬.،‫ًﺎ‬‫ﻗ‬ِ‫د‬‫َﺎ‬‫ﺻ‬ ‫ًﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻘ‬َ‫ﯾ‬َ‫و‬ ،ً‫ﻼ‬ِ‫ﻣ‬‫َﺎ‬‫ﻛ‬ ‫ًﺎ‬‫ﻧ‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫إ‬ َ‫ﻚ‬ُ‫ﻟ‬َ‫ﺄ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻧ‬ ‫ﱠﺎ‬‫ﻧ‬ِ‫إ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬
ً‫ﻼ‬‫ﱠ‬‫ﺒ‬َ‫ﻘ‬َ‫ﺘ‬ُ‫ﻣ‬ ‫ًﺎ‬‫ﺤ‬ِ‫ﻟ‬‫َﺎ‬‫ﺻ‬ ً‫ﻼ‬َ‫ﻤ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ،‫ًﺎ‬‫ﻌ‬ِ‫ﺷ‬‫َﺎ‬‫ﺧ‬ ‫ًﺎ‬‫ﺒ‬ْ‫ﻠ‬َ‫ﻗ‬َ‫و‬ ،‫ًا‬‫ﺮ‬ِ‫ﻛ‬‫َا‬‫ذ‬ ‫ًﺎ‬‫ﻧ‬‫َﺎ‬‫ﺴ‬ِ‫ﻟ‬َ‫و‬.َ‫ﻚ‬ُ‫ﻟ‬َ‫ﺄ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻧ‬ ‫ﱠﺎ‬‫ﻧ‬ِ‫إ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬،ٍ‫ﺔ‬‫ﱠ‬‫ﯿ‬ِ‫ﻠ‬َ‫ﺑ‬ ِّ‫ﻞ‬ُ‫ﻛ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ َ‫ﺔ‬َ‫ﯿ‬ِ‫ﻓ‬‫َﺎ‬‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬
ِ‫س‬‫ﱠﺎ‬‫ﻨ‬‫اﻟ‬ ِ‫ﻦ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﻰ‬‫ﻨ‬ِ‫ﻐ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ َ‫م‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬َ‫ﺗ‬ َ‫ﻚ‬ُ‫ﻟ‬َ‫ﺄ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻧ‬َ‫و‬.‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﯿ‬َ‫ﻟ‬ِ‫إ‬ ْ‫ه‬ِّ‫ﺮ‬َ‫ﻛ‬َ‫و‬ ،‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﺑ‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻠ‬ُ‫ﻗ‬ ‫ِﻰ‬‫ﻓ‬ ُ‫ﮫ‬ْ‫ﻨ‬ِّ‫ﯾ‬َ‫ز‬َ‫و‬ َ‫ن‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﻹ‬ْ‫ا‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﯿ‬َ‫ﻟ‬ِ‫إ‬ ْ‫ﺐ‬ِّ‫ﺒ‬َ‫ﺣ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬
8
َ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺪ‬ِ‫ﺷ‬‫ﱠا‬‫ﺮ‬‫اﻟ‬ َ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﻠ‬َ‫ﻌ‬ْ‫ﺟ‬‫َا‬‫و‬ ،َ‫ن‬‫َﺎ‬‫ﯿ‬ْ‫ﺼ‬ِ‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ق‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﺴ‬ُ‫ﻔ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ﺮ‬ْ‫ﻔ‬ُ‫ﻜ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬
َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫م‬َ‫ﻼ‬ْ‫ﺳ‬ِ‫ﻹ‬ْ‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ﺰ‬ِ‫ﻋ‬َ‫أ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬.َ‫ﻢ‬ْ‫ﻠ‬‫ﱡ‬‫ﻈ‬‫َاﻟ‬‫و‬ ،َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻘ‬ِ‫ﻓ‬‫َﺎ‬‫ﻨ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ق‬‫َﺎ‬‫ﻔ‬ِّ‫ﻨ‬‫َاﻟ‬‫و‬ ،َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻛ‬ِ‫ﺮ‬ْ‫ﺸ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ك‬ْ‫ﺮ‬ِّ‫ﺸ‬‫اﻟ‬ ‫ﱠ‬‫ل‬ِ‫ذ‬َ‫أ‬َ‫و‬
ِ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِّ‫ﺪ‬‫اﻟ‬ َ‫ء‬‫َآ‬‫ﺪ‬ْ‫ﻋ‬َ‫أ‬ َ‫ك‬َ‫ء‬‫َآ‬‫ﺪ‬ْ‫ﻋ‬َ‫أ‬ َ‫ة‬َ‫ﺮ‬َ‫ﻔ‬َ‫ﻜ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﺮ‬ِّ‫ﻣ‬َ‫د‬َ‫و‬ ،َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﻟ‬‫ﱠﺎ‬‫ﻈ‬‫َاﻟ‬‫و‬.ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﺮ‬ُ‫ﺼ‬ْ‫ﻧ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬ِّ‫ﻞ‬ُ‫ﻛ‬ ‫ِﻰ‬‫ﻓ‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺪ‬ِ‫ھ‬‫َﺎ‬‫ﺠ‬ُ‫ﻤ‬‫َﺎن‬‫ﻜ‬َ‫ﻣ‬
ْ‫ﺢ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺻ‬َ‫أ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬‫ﺳﺎﺑﮫ‬ ‫ﻧﻜﺮي‬ ‫دﻓﺮﺗﻮا‬ ‫ﯾﻎ‬ ‫ﺗﺮاوﺗﺎم‬ ‫ﯾﻎ‬ ‫ﺗﻮان‬ ‫اﻟﻤﻌﺎﻟﻰ‬ ‫ﺻﺎﺣﺐ‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ِ‫ﺑ‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ َ‫ﺮ‬َ‫ﻔ‬َ‫ﻏ‬
ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻓ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﺘ‬َ‫ﯾ‬َ‫ﻻ‬ِ‫و‬ ْ‫ﻞ‬َ‫ﻌ‬ْ‫ﺟ‬‫َا‬‫و‬ ،‫َﺎ‬‫ﻧ‬ِ‫ر‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻣ‬ُ‫أ‬ َ‫ت‬َ‫ﻻ‬ُ‫و‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﺘ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬ِ‫ﺋ‬َ‫أ‬ َ‫ﺢ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺼ‬ُ‫ﺗ‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫اﻟ‬ َ‫ﻚ‬ُ‫ﻟ‬َ‫ﺄ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻧ‬ ‫َﺎ‬‫ﻤ‬َ‫ﻛ‬ ،ُ‫ه‬‫َﺎ‬‫ﺿ‬ْ‫ﺮ‬َ‫ﺗ‬َ‫و‬ ‫ﱡ‬‫ﺐ‬ِ‫ﺤ‬ُ‫ﺗ‬ْ‫ﻦ‬َ‫ﻤ‬
‫َﺎ‬‫ﯾ‬ َ‫ك‬‫َﺎ‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺗ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ﻚ‬َ‫ﻓ‬‫َﺎ‬‫ﺧ‬َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﻟ‬‫َﺎ‬‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ب‬َ‫ر‬
‫ًﺎ‬‫ﻣ‬‫َﺎ‬‫ﻣ‬ِ‫إ‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺘ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻠ‬ِ‫ﻟ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﻠ‬َ‫ﻌ‬ْ‫ﺟ‬‫َا‬‫و‬ ٍ‫ﻦ‬ُ‫ﯿ‬ْ‫ﻋ‬َ‫أ‬ َ‫ة‬‫ﱠ‬‫ﺮ‬ُ‫ﻗ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﺗ‬‫ﱠﺎ‬‫ﯾ‬ِّ‫ر‬ُ‫ذ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِِ‫ﺟ‬‫َا‬‫و‬ْ‫ز‬َ‫أ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﻟ‬ ْ‫ﺐ‬َ‫ھ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬‫ﱠ‬‫ﺑ‬َ‫ر‬.‫َﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﺴ‬ُ‫ﻔ‬ْ‫ﻧ‬َ‫أ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﻠ‬َ‫ﻇ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬‫ﱠ‬‫ﺑ‬َ‫ر‬
َ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺮ‬ِ‫ﺳ‬‫َﺎ‬‫ﺨ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ َ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ‫ﱠ‬‫ﻦ‬َ‫ﻧ‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻜ‬َ‫ﻨ‬َ‫ﻟ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺣ‬ْ‫ﺮ‬َ‫ﺗ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﻟ‬ ْ‫ﺮ‬ِ‫ﻔ‬ْ‫ﻐ‬َ‫ﺗ‬ ْ‫ﻢ‬َ‫ﻟ‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬.َ‫ﻨ‬ِ‫ﺗ‬َ‫آ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬‫ﱠ‬‫ﺑ‬َ‫ر‬ِ‫ة‬َ‫ﺮ‬ِ‫ﺧ‬َ‫ﻵ‬‫ا‬ ‫ِﻰ‬‫ﻓ‬َ‫و‬ ً‫ﺔ‬َ‫ﻨ‬َ‫ﺴ‬َ‫ﺣ‬ ‫َﺎ‬‫ﯿ‬ْ‫ﻧ‬‫ﱡ‬‫ﺪ‬‫اﻟ‬ ‫ِﻰ‬‫ﻓ‬ ‫ﺎ‬
ِ‫ر‬‫ﱠﺎ‬‫ﻨ‬‫اﻟ‬ َ‫ب‬‫َا‬‫ﺬ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﻗ‬َ‫و‬ ً‫ﺔ‬َ‫ﻨ‬َ‫ﺴ‬َ‫ﺣ‬
ِ‫ﷲ‬‫ا‬ َ‫د‬‫َﺎ‬‫ﺒ‬ِ‫ﻋ‬!ِ‫ء‬‫َﺂ‬‫ﺸ‬ْ‫ﺤ‬َ‫ﻔ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﻦ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﻰ‬‫ﮭ‬ْ‫ﻨ‬َ‫ﯾ‬َ‫و‬ ،‫َﻰ‬‫ﺑ‬ْ‫ﺮ‬ُ‫ﻘ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ْ‫ى‬ِ‫ذ‬ ِ‫ء‬‫َﺂ‬‫ﺘ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ،ِ‫ن‬‫َﺎ‬‫ﺴ‬ْ‫ﺣ‬ِ‫ﻹ‬‫َا‬‫و‬ ِ‫ل‬ْ‫ﺪ‬َ‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫ِﺎ‬‫ﺑ‬ ُ‫ﺮ‬ُ‫ﻣ‬ْ‫ﺄ‬َ‫ﯾ‬ َ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ن‬ِ‫إ‬
ِ‫ﻰ‬ْ‫ﻐ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ ِ‫ﺮ‬َ‫ﻜ‬ْ‫ﻨ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬.‫ﱠ‬‫ﻛ‬َ‫ﺬ‬َ‫ﺗ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻜ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬َ‫ﻌ‬َ‫ﻟ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻜ‬ُ‫ﻈ‬ِ‫ﻌ‬َ‫ﯾ‬َ‫ن‬ْ‫و‬ُ‫ﺮ‬.ِ‫ﮫ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﻌ‬ِ‫ﻧ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ‫ْا‬‫و‬ُ‫ﺮ‬ُ‫ﻜ‬ْ‫ﺷ‬‫َا‬‫و‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻛ‬ْ‫ﺮ‬ُ‫ﻛ‬ْ‫ﺬ‬َ‫ﯾ‬ َ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫ُوا‬‫ﺮ‬ُ‫ﻛ‬ْ‫ذ‬‫َا‬‫و‬
ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻜ‬ِ‫ﻄ‬ْ‫ﻌ‬ُ‫ﯾ‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﻀ‬َ‫ﻓ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ُ‫ه‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻟ‬َ‫ﺄ‬ْ‫ﺳ‬‫َا‬‫و‬ ،ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻛ‬ْ‫د‬ِ‫ﺰ‬َ‫ﯾ‬.ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ِ‫ﷲ‬‫ا‬ ُ‫ﺮ‬ْ‫ﻛ‬ِ‫ﺬ‬َ‫ﻟ‬َ‫و‬.َ‫ن‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻌ‬َ‫ﻨ‬ْ‫ﺼ‬َ‫ﺗ‬ ‫َﺎ‬‫ﻣ‬ ُ‫ﻢ‬َ‫ﻠ‬ْ‫ﻌ‬َ‫ﯾ‬ َ‫ﷲ‬‫َا‬‫و‬
Disediakan oleh :
BAHAGIAN PENYELIDIKAN & INFORMASI
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH
“TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM”
SELAMAT MENYAMBUTAIDIL FITRI 2015,
MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SELURUH KAKITANGAN JHEAINS SELURUH SABAH

More Related Content

What's hot

Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatBeriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Malaikatfarahmohammat
 
Menikah nyok!
Menikah nyok!Menikah nyok!
Menikah nyok!Aisyah N
 
Natalan bagi islam
Natalan bagi islamNatalan bagi islam
Natalan bagi islamSugani Spd
 
17 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xvii 2013 tawakkal 3
17 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xvii 2013 tawakkal 317 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xvii 2013 tawakkal 3
17 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xvii 2013 tawakkal 3LAZNas Chevron
 
Hubungan Antara Iman, Islam Dan Ihsan
Hubungan Antara Iman, Islam Dan IhsanHubungan Antara Iman, Islam Dan Ihsan
Hubungan Antara Iman, Islam Dan Ihsanshofichofifah
 
Kelebihan 10 awal zulhijjah
Kelebihan 10 awal zulhijjahKelebihan 10 awal zulhijjah
Kelebihan 10 awal zulhijjahMohd Tuah Atan
 
Situs pendidikan islam no#1
Situs pendidikan islam no#1Situs pendidikan islam no#1
Situs pendidikan islam no#1Deni Mulyana
 
Doa Nurun Nubuwwah
Doa Nurun NubuwwahDoa Nurun Nubuwwah
Doa Nurun NubuwwahRoslan Aziz
 
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan QadarBeriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan Qadarfarahmohammat
 
The power of silaturahmi
The power of silaturahmiThe power of silaturahmi
The power of silaturahmiSofyan Siroj
 
(Silaturahmi) صِلَة الرَّحِم
 (Silaturahmi) صِلَة الرَّحِم (Silaturahmi) صِلَة الرَّحِم
(Silaturahmi) صِلَة الرَّحِمYudi Wahyudin
 
Penyebab Manusia Berbuat Syirik
Penyebab Manusia Berbuat SyirikPenyebab Manusia Berbuat Syirik
Penyebab Manusia Berbuat Syirikatika rizki
 
Apa bentuk komitmen saya kepada Islam
Apa bentuk komitmen saya kepada IslamApa bentuk komitmen saya kepada Islam
Apa bentuk komitmen saya kepada IslamSalman Al-Farisi
 
Apa Bentuk Komitmen Saya Kepada Islam?
Apa Bentuk Komitmen Saya Kepada Islam?Apa Bentuk Komitmen Saya Kepada Islam?
Apa Bentuk Komitmen Saya Kepada Islam?Salman Al-Farisi
 
Tazkiyatun nafs
Tazkiyatun nafsTazkiyatun nafs
Tazkiyatun nafsHMGI
 

What's hot (20)

Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatBeriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Malaikat
 
Menikah nyok!
Menikah nyok!Menikah nyok!
Menikah nyok!
 
Natalan bagi islam
Natalan bagi islamNatalan bagi islam
Natalan bagi islam
 
Tauhid vs Syirik
Tauhid vs SyirikTauhid vs Syirik
Tauhid vs Syirik
 
17 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xvii 2013 tawakkal 3
17 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xvii 2013 tawakkal 317 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xvii 2013 tawakkal 3
17 buletin hikmah jumat laz nas chevron duri edisi xvii 2013 tawakkal 3
 
Hubungan Antara Iman, Islam Dan Ihsan
Hubungan Antara Iman, Islam Dan IhsanHubungan Antara Iman, Islam Dan Ihsan
Hubungan Antara Iman, Islam Dan Ihsan
 
Doa nuurun-nubuwwah-1-nur-buat
Doa nuurun-nubuwwah-1-nur-buatDoa nuurun-nubuwwah-1-nur-buat
Doa nuurun-nubuwwah-1-nur-buat
 
Kelebihan 10 awal zulhijjah
Kelebihan 10 awal zulhijjahKelebihan 10 awal zulhijjah
Kelebihan 10 awal zulhijjah
 
Silaturrahim
SilaturrahimSilaturrahim
Silaturrahim
 
Situs pendidikan islam no#1
Situs pendidikan islam no#1Situs pendidikan islam no#1
Situs pendidikan islam no#1
 
Doa Nurun Nubuwwah
Doa Nurun NubuwwahDoa Nurun Nubuwwah
Doa Nurun Nubuwwah
 
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan QadarBeriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
 
The power of silaturahmi
The power of silaturahmiThe power of silaturahmi
The power of silaturahmi
 
wali Allah dan karamahnya wali setan dan tipu dayanya
wali Allah dan karamahnya wali setan dan tipu dayanyawali Allah dan karamahnya wali setan dan tipu dayanya
wali Allah dan karamahnya wali setan dan tipu dayanya
 
Hukuman hudud
Hukuman hududHukuman hudud
Hukuman hudud
 
(Silaturahmi) صِلَة الرَّحِم
 (Silaturahmi) صِلَة الرَّحِم (Silaturahmi) صِلَة الرَّحِم
(Silaturahmi) صِلَة الرَّحِم
 
Penyebab Manusia Berbuat Syirik
Penyebab Manusia Berbuat SyirikPenyebab Manusia Berbuat Syirik
Penyebab Manusia Berbuat Syirik
 
Apa bentuk komitmen saya kepada Islam
Apa bentuk komitmen saya kepada IslamApa bentuk komitmen saya kepada Islam
Apa bentuk komitmen saya kepada Islam
 
Apa Bentuk Komitmen Saya Kepada Islam?
Apa Bentuk Komitmen Saya Kepada Islam?Apa Bentuk Komitmen Saya Kepada Islam?
Apa Bentuk Komitmen Saya Kepada Islam?
 
Tazkiyatun nafs
Tazkiyatun nafsTazkiyatun nafs
Tazkiyatun nafs
 

Viewers also liked

Kertas soalan pendidikan moral t2
Kertas soalan pendidikan moral t2Kertas soalan pendidikan moral t2
Kertas soalan pendidikan moral t2Lela Taip
 
SOALAN UJIAN MAC PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
SOALAN UJIAN MAC PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2SOALAN UJIAN MAC PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
SOALAN UJIAN MAC PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2cikla321
 
Soalan pendidikan-moral march 2014
Soalan pendidikan-moral march 2014Soalan pendidikan-moral march 2014
Soalan pendidikan-moral march 2014Christie Mh
 
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2Legendary Rafiee
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
bahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisanbahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisanPAKLONG CIKGU
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Amir Aiman Akashah
 
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1murni mohamat
 
portfolio_ecommerce
portfolio_ecommerceportfolio_ecommerce
portfolio_ecommerceSandip Gupta
 
La información en internet
La información en internetLa información en internet
La información en internetmaylikct
 
рекламаплюс.рф
рекламаплюс.рфрекламаплюс.рф
рекламаплюс.рфAuditorr
 
Исследование институты развития и Сколково июнь 2015
Исследование институты развития и Сколково июнь 2015Исследование институты развития и Сколково июнь 2015
Исследование институты развития и Сколково июнь 2015Dmitry Tseitlin
 
Preguntas Grado Decimo Diapositivas
Preguntas Grado Decimo DiapositivasPreguntas Grado Decimo Diapositivas
Preguntas Grado Decimo Diapositivasguestd317606
 
N & N Signpost Reading Log
N & N Signpost Reading LogN & N Signpost Reading Log
N & N Signpost Reading Logackerkri
 
Essa ural.ru
Essa ural.ruEssa ural.ru
Essa ural.ruAuditorr
 

Viewers also liked (20)

Kertas soalan pendidikan moral t2
Kertas soalan pendidikan moral t2Kertas soalan pendidikan moral t2
Kertas soalan pendidikan moral t2
 
SOALAN UJIAN MAC PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
SOALAN UJIAN MAC PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2SOALAN UJIAN MAC PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
SOALAN UJIAN MAC PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
 
Soalan pendidikan-moral march 2014
Soalan pendidikan-moral march 2014Soalan pendidikan-moral march 2014
Soalan pendidikan-moral march 2014
 
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
Soalan Ujian 1 mac Pendidikan Moral Tahun 2
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 
bahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisanbahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisan
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
 
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
 
portfolio_ecommerce
portfolio_ecommerceportfolio_ecommerce
portfolio_ecommerce
 
La información en internet
La información en internetLa información en internet
La información en internet
 
11 normas ensayo
11 normas ensayo11 normas ensayo
11 normas ensayo
 
рекламаплюс.рф
рекламаплюс.рфрекламаплюс.рф
рекламаплюс.рф
 
Исследование институты развития и Сколково июнь 2015
Исследование институты развития и Сколково июнь 2015Исследование институты развития и Сколково июнь 2015
Исследование институты развития и Сколково июнь 2015
 
Contenido y preguntas del foro
Contenido y preguntas del foroContenido y preguntas del foro
Contenido y preguntas del foro
 
Preguntas Grado Decimo Diapositivas
Preguntas Grado Decimo DiapositivasPreguntas Grado Decimo Diapositivas
Preguntas Grado Decimo Diapositivas
 
Predatory Publishing
Predatory PublishingPredatory Publishing
Predatory Publishing
 
N & N Signpost Reading Log
N & N Signpost Reading LogN & N Signpost Reading Log
N & N Signpost Reading Log
 
Essa ural.ru
Essa ural.ruEssa ural.ru
Essa ural.ru
 
Recursos y herramientas con un uso pedagógico
Recursos y herramientas con un uso pedagógicoRecursos y herramientas con un uso pedagógico
Recursos y herramientas con un uso pedagógico
 
Clase 5
Clase 5Clase 5
Clase 5
 

Similar to BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Ramadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
Ramadhan Adalah Madrasah TarbawiyahRamadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
Ramadhan Adalah Madrasah TarbawiyahAbdul Ghani
 
Kuliah 2 - Pokok-pokok Keimanan
Kuliah 2 - Pokok-pokok KeimananKuliah 2 - Pokok-pokok Keimanan
Kuliah 2 - Pokok-pokok KeimananTaofik Rusdiana
 
01 SYAWWAL 1443H (RUMI) RAMADHAN DIINGATI, IDULFITRI DISYUKURI.pdf
01 SYAWWAL 1443H (RUMI) RAMADHAN DIINGATI, IDULFITRI DISYUKURI.pdf01 SYAWWAL 1443H (RUMI) RAMADHAN DIINGATI, IDULFITRI DISYUKURI.pdf
01 SYAWWAL 1443H (RUMI) RAMADHAN DIINGATI, IDULFITRI DISYUKURI.pdfHAZWABINSHARIFHASSAN
 
02 Menyatukan Pemikiran, Perasaan dan Perbuatan(1).ppt
02 Menyatukan Pemikiran, Perasaan dan Perbuatan(1).ppt02 Menyatukan Pemikiran, Perasaan dan Perbuatan(1).ppt
02 Menyatukan Pemikiran, Perasaan dan Perbuatan(1).pptdebujalanan
 
Akhiri puasa ramadhan dengan amal shaleh
Akhiri puasa ramadhan dengan amal shalehAkhiri puasa ramadhan dengan amal shaleh
Akhiri puasa ramadhan dengan amal shalehMunawar Saiman
 
Aqidah-dan-Ibadah.ppt
Aqidah-dan-Ibadah.pptAqidah-dan-Ibadah.ppt
Aqidah-dan-Ibadah.pptZulAndrivat1
 
Aqidah-dan-Ibadah pedoman hidup islami.ppt
Aqidah-dan-Ibadah pedoman hidup islami.pptAqidah-dan-Ibadah pedoman hidup islami.ppt
Aqidah-dan-Ibadah pedoman hidup islami.ppthadi77081
 
Kultum puasa tq
Kultum puasa tqKultum puasa tq
Kultum puasa tqteguh.qi
 
Akidah asas dasar dalam kehidupan beragama
Akidah asas dasar dalam kehidupan beragamaAkidah asas dasar dalam kehidupan beragama
Akidah asas dasar dalam kehidupan beragamapramujiwo
 
Materi khotbah Ied Fitri 1441 H
Materi khotbah Ied Fitri 1441 HMateri khotbah Ied Fitri 1441 H
Materi khotbah Ied Fitri 1441 HIwan Sumantri
 
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)Hanxel Zelo
 
2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslimShahirah Said
 
khutbah idul adha ZHQ 2023.docx
khutbah idul adha ZHQ 2023.docxkhutbah idul adha ZHQ 2023.docx
khutbah idul adha ZHQ 2023.docxAbi Iklil
 
Rekonstruksi makna hijrah 2
Rekonstruksi makna hijrah 2Rekonstruksi makna hijrah 2
Rekonstruksi makna hijrah 2alisaifudinhamz
 
Khutbah idul fitri ramadhan membentuk kepribadian yang shalih
Khutbah idul fitri  ramadhan membentuk kepribadian yang shalihKhutbah idul fitri  ramadhan membentuk kepribadian yang shalih
Khutbah idul fitri ramadhan membentuk kepribadian yang shalihOpissen Yudisyus
 

Similar to BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI (20)

Ramadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
Ramadhan Adalah Madrasah TarbawiyahRamadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
Ramadhan Adalah Madrasah Tarbawiyah
 
Kuliah 2 - Pokok-pokok Keimanan
Kuliah 2 - Pokok-pokok KeimananKuliah 2 - Pokok-pokok Keimanan
Kuliah 2 - Pokok-pokok Keimanan
 
01 SYAWWAL 1443H (RUMI) RAMADHAN DIINGATI, IDULFITRI DISYUKURI.pdf
01 SYAWWAL 1443H (RUMI) RAMADHAN DIINGATI, IDULFITRI DISYUKURI.pdf01 SYAWWAL 1443H (RUMI) RAMADHAN DIINGATI, IDULFITRI DISYUKURI.pdf
01 SYAWWAL 1443H (RUMI) RAMADHAN DIINGATI, IDULFITRI DISYUKURI.pdf
 
02 Menyatukan Pemikiran, Perasaan dan Perbuatan(1).ppt
02 Menyatukan Pemikiran, Perasaan dan Perbuatan(1).ppt02 Menyatukan Pemikiran, Perasaan dan Perbuatan(1).ppt
02 Menyatukan Pemikiran, Perasaan dan Perbuatan(1).ppt
 
Akhiri puasa ramadhan dengan amal shaleh
Akhiri puasa ramadhan dengan amal shalehAkhiri puasa ramadhan dengan amal shaleh
Akhiri puasa ramadhan dengan amal shaleh
 
Aqidah-dan-Ibadah.ppt
Aqidah-dan-Ibadah.pptAqidah-dan-Ibadah.ppt
Aqidah-dan-Ibadah.ppt
 
Aqidah-dan-Ibadah pedoman hidup islami.ppt
Aqidah-dan-Ibadah pedoman hidup islami.pptAqidah-dan-Ibadah pedoman hidup islami.ppt
Aqidah-dan-Ibadah pedoman hidup islami.ppt
 
Kultum puasa tq
Kultum puasa tqKultum puasa tq
Kultum puasa tq
 
Akidah asas dasar dalam kehidupan beragama
Akidah asas dasar dalam kehidupan beragamaAkidah asas dasar dalam kehidupan beragama
Akidah asas dasar dalam kehidupan beragama
 
Materi khotbah Ied Fitri 1441 H
Materi khotbah Ied Fitri 1441 HMateri khotbah Ied Fitri 1441 H
Materi khotbah Ied Fitri 1441 H
 
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)
Khutbah multimedia e masjid (menghayati peristiwa israk mikraj 22 mei 2015)
 
1. Agar Hidup Menjadi Berkah.docx
1. Agar Hidup Menjadi Berkah.docx1. Agar Hidup Menjadi Berkah.docx
1. Agar Hidup Menjadi Berkah.docx
 
Jauhilah gaya hidup orang kafir
Jauhilah gaya hidup orang kafirJauhilah gaya hidup orang kafir
Jauhilah gaya hidup orang kafir
 
ASAS-ASAS ISLAM.pptx
ASAS-ASAS ISLAM.pptxASAS-ASAS ISLAM.pptx
ASAS-ASAS ISLAM.pptx
 
Optimalisasi Ramadhan
Optimalisasi RamadhanOptimalisasi Ramadhan
Optimalisasi Ramadhan
 
Perkara yang Merosakkan Akidah
Perkara yang Merosakkan AkidahPerkara yang Merosakkan Akidah
Perkara yang Merosakkan Akidah
 
2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim
 
khutbah idul adha ZHQ 2023.docx
khutbah idul adha ZHQ 2023.docxkhutbah idul adha ZHQ 2023.docx
khutbah idul adha ZHQ 2023.docx
 
Rekonstruksi makna hijrah 2
Rekonstruksi makna hijrah 2Rekonstruksi makna hijrah 2
Rekonstruksi makna hijrah 2
 
Khutbah idul fitri ramadhan membentuk kepribadian yang shalih
Khutbah idul fitri  ramadhan membentuk kepribadian yang shalihKhutbah idul fitri  ramadhan membentuk kepribadian yang shalih
Khutbah idul fitri ramadhan membentuk kepribadian yang shalih
 

BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

  • 1. 1 ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ً‫ﻼ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﺻ‬َ‫أ‬َ‫و‬ ً‫ة‬َ‫ﺮ‬‫ُﻜ‬‫ﺑ‬ ِ‫ﷲ‬‫ا‬ َ‫ن‬‫َﺎ‬‫ﺤ‬ْ‫ﺒ‬ُ‫ﺳ‬َ‫و‬ ‫ًا‬‫ﺮ‬‫ِﯿ‬‫ﺜ‬َ‫ﻛ‬ ِ‫ﷲ‬ ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ ،‫ًا‬‫ﺮ‬‫ِﯿ‬‫ﺒ‬ِ‫ﻛ‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬  َ‫ﻮ‬ُ‫ھ‬َ‫و‬ ُ‫ﺖ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ُ‫ﯾ‬َ‫و‬ ْ‫ﻲ‬ِ‫ﯿ‬ْ‫ﺤ‬ُ‫ﯾ‬ ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬َ‫و‬ ُ‫ﻚ‬ْ‫ﻠ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ ،ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ َ‫ﻚ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺮ‬َ‫ﺷ‬ َ‫ﻻ‬ ُ‫ه‬َ‫ﺪ‬ْ‫ﺣ‬َ‫و‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ﻻ‬ِ‫إ‬ َ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ِ‫إ‬ َ‫ﻻ‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ﺪ‬َ‫ﮭ‬ْ‫ﺷ‬َ‫أ‬‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ٌ‫ﺮ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺪ‬َ‫ﻗ‬ ٍ‫ء‬ْ‫ﻲ‬َ‫ﺷ‬ ِّ‫ﻞ‬ُ‫ﻛ‬ ‫ًا‬‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫ﱠ‬‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ﺪ‬َ‫ﮭ‬ْ‫ﺷ‬َ‫أ‬َ‫و‬َ‫ﻋ‬،ُ‫ﮫ‬ُ‫ﻟ‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﺳ‬َ‫ر‬َ‫و‬ ُ‫ه‬ُ‫ﺪ‬ْ‫ﺒ‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﻟ‬‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ،ِ‫ﺔ‬‫ﱠ‬‫ﻣ‬ُ‫ﻷ‬ْ‫ا‬ ِ‫ﻊ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻔ‬َ‫ﺷ‬َ‫و‬ ،ِ‫ﺔ‬َ‫ﻤ‬ْ‫ﺣ‬‫ﱠ‬‫ﺮ‬‫اﻟ‬ ِّ‫ﻲ‬ِ‫ﺒ‬‫ﱠ‬‫ﻧ‬ ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫َﺎ‬‫ﻧ‬ِ‫ﺪ‬ِّ‫ﯿ‬َ‫ﺳ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ْ‫ك‬ِ‫ر‬‫َﺎ‬‫ﺑ‬َ‫و‬ ْ‫ﻢ‬ِّ‫ﻠ‬َ‫ﺳ‬َ‫و‬ ِّ‫ﻞ‬َ‫ﺻ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬ ُ‫ه‬َ‫ﻻ‬‫َا‬‫و‬َ‫و‬ ُ‫ه‬َ‫ﺮ‬َ‫ﺼ‬َ‫ﻧ‬َ‫و‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻌ‬ِ‫ﺒ‬َ‫ﺗ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻣ‬َ‫و‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﺒ‬ْ‫ﺤ‬َ‫ﺻ‬َ‫و‬. ‫ْﺪ‬‫ﻌ‬َ‫ﺑ‬ ‫ﱠﺎ‬‫ﻣ‬َ‫أ‬‫ﱠ‬‫ﻖ‬َ‫ﺣ‬ َ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫ُﻮا‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺗ‬‫ا‬ ،ِ‫ﷲ‬‫ا‬ َ‫د‬‫َﺎ‬‫ﺒ‬ِ‫ﻋ‬ ‫َﺎ‬‫ﯿ‬َ‫ﻓ‬ُ‫ن‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻣ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﺘ‬ْ‫ﻧ‬َ‫أ‬َ‫و‬ ‫ﱠ‬‫ﻻ‬ِ‫إ‬ ‫ﱠ‬‫ﻦ‬ُ‫ﺗ‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻤ‬َ‫ﺗ‬ َ‫ﻻ‬َ‫و‬ ،ِ‫ﮫ‬ِ‫ﺗ‬‫َﺎ‬‫ﻘ‬ُ‫ﺗ‬ HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIRAHMATI ALLAH, Bersempena Hari Raya Aidil Fitri yang mulia dan hari berkat ini, marilah kita kukuh dan mantapkan taqwa kepada Allah Ta’ala dengan taqwa yang sebenar-benar taqwa. Taqwa dalam erti kata melaksanakan segala titah perintah Allah SWT serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Kerana sifat taqwa itu membentuk umat yang beriman, berakhlak mulia, bersabar dan berjiwa syukur. Sesungguhnya semulia-mulia hamba ialah orang yang bertaqwa, firman Allah SWT:  Maksudnya: “…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujuraat, ayat 13) ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI ALLAH, Tiga mesej penting kepada umat Islam yang berpuasa, iaitu cukupkan puasa sebulan Ramadan, membesarkan Allah SWT dengan takbir dan tahmid serta bersyukur kepada-Nya. Firman Allah Ta’ala:
  • 2. 2 … Maksudnya: “…dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Baqarah, ayat 185) Kegembiraan itu disambut dan dirayakan dengan kalimah takbir, tahmid dan tasbih. Kalimah takbir ALLAHU AKBAR itu diulang-ulang sejak malam hari raya Aidil Fitri, seluruh desa, kampong, pekan, Bandar, bandaraya dan Negara umat Islam di seluruh pelusuk dunia mengucapkan dan mengumandangkan kalimah yang sama, bahawa kita semua mengagong dan membesarkan Allah Ta’ala Yang Maha Agong, Maha Kuasa, Maha Perkasa, sesungguhnya tidak ada lagi yang mengatasi Maha Agong, Maha Kuasa dan Maha Perkasa selain Allah Azza wa Jalla. Manakala kalimah tahmid adalah puji-pujian itu hanya milik dan untuk Allah SWT dan kalimah tasbih adalah Maha Suci-Nya Allah SWT dari segala kekurangan, kelemahan dan kecacatan. Sesungguhnya inilah aqidah Tauhid umat Islam yang akan menyatukan, mengukuhkan dan mengangkat darjat umat Islam. Dalam Kitabnya Lato’if Al-Ma’arif, Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullahu Ta’ala berkata: “Bukanlah hari raya itu hanya mereka yang berpakaian baru dan indah. Namun, sesungguhnya hari raya itu bagi mereka yang ketaatannya bertambah. Bukanlah hari raya itu bagi mereka yang berhias-hias dengan pakaian dan kenderaan. Namun, sesungguhnya hari raya itu bagi mereka yang diampunkan dosa dan kesalahan” Aidil Fitri yang kita rayakan pada hari ini dengan seluruh jiwa umat Islam yang berpuasa selama sebulan dengan perasaan yang teramat gembira, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “…Orang yang berpuasa mendapat dua perkara yang mengembirakan. Pertama semasa dia berbuka puasa dan kedua semasa dia menemui Tuhannya (pada hari akhirat)…” (HR Imam Muslim) Pada hari ini diharamkan berpuasa. Dari Abi ‘Ubaid, katanya: Aku telah hadir merayakan hari raya bersama- sama dengan Saidina Umar bin Al-Khattab RA, lalu dia berkata: “Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi, Rasulullah SAW telah melarang berpuasa padanya, iaitu Hari Raya Aidil Fitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu dan Hari Raya Aidil Adha untuk kamu makan dari daging korban kamu”. (HR Imam Al-Bukhari) ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ SAUDARA JEMAAH AIDIL FITRI YANG MULIA, Kalimah takbir yang berkumandang sepanjang malam hingga ke subuh dan pagi Aidil Fitri adalah isyarat jelas lagi nyata bahawa umat Islam hanya mengagong dan membesarkan Allah SWT Yang Maha Kuasa, Maha Perkasa lagi Maha Agong. Ini bermakna umat Islam wajib meyakini 100% bahawa tiada lagi yang Maha Agong, Maha Kuasa dan Maha Perkasa selain Allah SWT. Justeru itu, umat Islam mesti meninggalkan segala perbuatan khurafat, tahyul dan amalan mempercayai pada kuasa jin, ramalan bomoh, azimat dan seumpamanya yang boleh menyebabkan syirik. Sepatutnya dalam kehidupan seharian umat Islam tidak ada lagi istilah takut kepada hantu, syaitan dan jin. Tidak ada lagi adat kepercayaan yang mempercayai kata-kata ramalan bomoh-bomoh yang sesat dan menyesatkan. Sekiranya tersilap, maka umat Islam hendaklah memperbetulkan, sekiranya kita terikut-ikut bawaan adat tradisi dan kepercayaan yang salah yang boleh menyebabkan tercabut iman, NA’UZUBILLAHI MIN ZALIK. Inilah masa terbaik untuk kita memperbetulkan.
  • 3. 3 Oleh itu, bersama-sama kita bersihkan iman, mantapkan kefahaman dengan sentiasa belajar dan menambah ilmu pengetahuan supaya kita selamat dari segala perbuatan khurafat, tahyul dan amalan syirik yang mungkin tidak disedari sama ada dalam niat, kata-kata, amalan dan tindakan. ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA, Sambutl dan rayakanlah Aidil Fitri yang mulia ini dengan mendaulatkan ajaran dan Syariat Islam dengan melaksanakan setiap yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, sebagaimana firman Allah SWT:  Maksudnya: “…Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab siksa-Nya (bagi orang yang melanggar perintah- Nya)”. (Surah Al-Hasyr, ayat 7) Islam adalah agama yang syumul dan lengkap untuk semua bidang kehidupan manusia, firman Allah SWT:  Maksudnya: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah Al-Maidah, ayat 3) Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menjadikan Syariat Islam itu sebagai landasan kehidupan dalam segala sistem, peraturan, amalan, akhlak dan juga tindakan termasuk ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ini bermakna umat Islam wajib menjadikan ajaran dan Syariat Islam yang termaktub di dalam Al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW serta Ijmak dan Qiyas sebagai asas, dasar dan panduan terbaik dalam kehidupan, sosial, pendidikan, ekonomi, pengurusan, politik dan lain-lain. ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ MUSLIMIN MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH, Sambut dan rayakanlah Aidil Fitri ini dengan bersyukur kepada Allah SWT kerana kurniaan-Nya teramat banyaknya, antaranya nikmat iman, Islam, kehidupan yang aman damai, kesihatan, rezeki dan nikmat Hari Raya Aidil Fitri yang kita rayakan pada hari ini, dengan sambutan yang terbaik menurut lunas-lunas ajaran dan Syariat Islam dengan amalan yang menambahkan ketaatan dan dekatnya kita kepada Allah SWT, yakni buatlah yang Allah SWT suka dan tinggalkan amal perbuatan yang Allah SWT murka. Kerana perintahnya di dalam Al Quran, firman-Nya:  Maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”. (Surah Ibrahim, ayat 7)
  • 4. 4 Berdasarkan mafhum ayat ini, sesungguhnya beruntunglah orang yang sentiasa bersyukur kerana Allah SWT pasti akan menambahkan segala rahmat dan nikmat kurniaan-Nya.Lantaran ketaatannya dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Tetapi akibat dan padahlah kepada orang yang kufur ingkar yang pasti akan ditimpa azab siksa Allah SWT yang teramat keras, lantaran kekufuran mereka, yakni melanggar segala perintah Allah SWT. ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIMULIAKAN ALLAH, Sambut dan rayakanlah Aidil Fitri yang mulia ini dengan bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan seluruh ahli keluarga, ibu bapa, suami isteri, adik-beradik, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh umat Islam sama ada yang kaya mahupun yang miskin, yang jauh dan yang dekat hatta di mana-mana jua kita berada baik di kampung, desa, pekan atau bandar. Kerana sesungguhnya umat Islam yang beriman itu adalah bersaudara, sebagaimana firman Allah SWT:  Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelengkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. (Surah Al-Hujuraat, ayat 10) Maka bersempena hari baik dan mulia ini, bersama-sama juga kita berkongsi kesusahan dan penderitaan yang menimpa saudara-saudara seIslam kita sama ada yang berada sebelah kampung atau daerah, negeri hatta mereka yang berada di negara umat Islam seperti di Palestin, Syria, Rohingya atau di mana-mana jua umat Islam yang memerlukan bantuan. Bantulah mengikut kemampuan dan titipkanlah doa-doa, sesungguhnya doa orang mukmin merupakan senjata. Ada empat perkara pesanan Rasulullah SAW dalam memperkukuhkan ukhuwah Islamiah, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sebarkanlah salam, perkuatkanlah silaturahim, kasihanilah golongan fakir miskin dan jangan tinggalkan solat malam." (HR Imam Muslim). ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ا‬ ُ‫ﷲ‬َ‫ا‬ HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIMULIAKAN ALLAH, Demikianlah, Islam indahnya Syariat Islam, ketika ia hidup, subur dan berdaulat dalam kehidupan umat Islam. Kerana Islam mengatur hidup manusia dengan Syariatnya yang syumul dan serba lengkap dengan membawa rahmat dan keselamatan kepada manusia. Kerana itu, umat Islam hendaklah menjadikan ajaran dan Syariat Islam yang menjadi dasar dalam menjalani kehidupan ini, termasuklah cara kita menyambut dan merayakan Hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini sewajarnya dirayakan dengan amal-amal soleh yang menambahkan ketaatan serta mendekatkan kita kepada Allah SWT. Mudah-mudahan akan tercapailah tujuan perayaan Aidil Fitri yang kita rayakan kali ini dengan kita sekeluarga, suami/isteri, anak cucu, jiran, sahabat dan seluruh umat Islam imendapat darjat hamba Allah yang bertaqwa serta terus istiqamah melaksana dan mendaulatkan Syariat Islam dalam seluruh bidang dan sistem kehidupan disepanjang hayat kita. Sesiapa yang mencari atau mengambil selain dari ajaran dan Syariat Islam rugilah dia di dunia, lebih-lebih lagi di hari akhirat nanti, firman Allah SWT:
  • 6. 6 KHUTBAH KEDUA HARI RAYAAIDIL FITRI TAHUN 1437H/2016H ، ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ُا‬‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ، ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ، ، ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬َِ‫و‬ َ‫ه‬ِ‫ﺮ‬َ‫ﻛ‬ ْ‫ﻮ‬َ‫ﻟ‬َ‫و‬ ِ‫ﮫ‬ِّ‫ﻠ‬ُ‫ﻛ‬ ِ‫ﻦ‬‫ّﯾ‬ِ‫ﺪ‬‫اﻟ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ُ‫ه‬َ‫ﺮ‬ِ‫ﮭ‬ْ‫ﻈ‬ُ‫ﯿ‬ِ‫ﻟ‬ ِّ‫ﻖ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﻦ‬‫ِﯾ‬‫د‬َ‫و‬ ‫َى‬‫ﺪ‬ُ‫ﮭ‬ْ‫ﻟ‬‫ِﺎ‬‫ﺑ‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬‫ُﻮ‬‫ﺳ‬َ‫ر‬ َ‫ﻞ‬َ‫ﺳ‬ْ‫ر‬َ‫أ‬ ‫ِى‬‫ﺬ‬‫ﱠ‬‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﷲ‬ُِ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬َ‫ا‬ َ‫ن‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻛ‬ِ‫ﺮ‬ْ‫ﺸ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ َ‫ﻚ‬‫ِﯾ‬‫ﺮ‬َ‫ﺷ‬ َ‫ﻻ‬ ُ‫ه‬َ‫ﺪ‬ْ‫ﺣ‬َ‫و‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ﻻ‬ِ‫إ‬ َ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ِ‫إ‬ َ‫ﻻ‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ﺪ‬َ‫ﮭ‬ْ‫ﺷ‬َ‫أ‬.ُ‫ﮫ‬ُ‫ﻟ‬‫ُﻮ‬‫ﺳ‬َ‫ر‬َ‫و‬ ُ‫ه‬ُ‫ﺪ‬ْ‫ﺒ‬َ‫ﻋ‬ ‫ًا‬‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫ﱠ‬‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ﺪ‬َ‫ﮭ‬ْ‫ﺷ‬َ‫أ‬َ‫و‬ ِ‫م‬‫َﺎ‬‫ﻣ‬ِ‫إ‬ ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﺗ‬َ‫ﻮ‬ْ‫ﺳ‬ُ‫أ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﺗ‬َ‫و‬ْ‫ﺪ‬ُ‫ﻗ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻧ‬ِ‫ﺮ‬ْ‫ﺧ‬ُ‫ز‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﻌ‬‫ِﯿ‬‫ﻔ‬َ‫ﺷ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﺒ‬‫ِﯿ‬‫ﺒ‬َ‫ﺣ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ْ‫ك‬ِ‫ر‬‫َﺎ‬‫ﺑ‬َ‫و‬ ْ‫ﻢ‬ِّ‫ﻠ‬َ‫ﺳ‬َ‫و‬ ‫ﱢ‬‫ﻞ‬َ‫ﺻ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬ َ‫ﺪ‬َ‫ھ‬‫َﺎ‬‫ﺟ‬َ‫و‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﺠ‬ْ‫ﮭ‬َ‫ﻧ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ َ‫ر‬‫َﺎ‬‫ﺳ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻣ‬َ‫و‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﺑ‬‫َﺎ‬‫ﺤ‬ْ‫ﺻ‬َ‫أ‬َ‫و‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﻟ‬‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺪ‬ِ‫ھ‬‫َﺎ‬‫ﺠ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ة‬‫َﺎ‬‫ﻋ‬‫ﱡ‬‫ﺪ‬‫اﻟ‬ ِ‫ﺪ‬ِ‫ﺋ‬‫َﺎ‬‫ﻗ‬َ‫و‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺘ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِّ‫ﺪ‬‫اﻟ‬ ِ‫م‬ْ‫ﻮ‬َ‫ﯾ‬ ‫َﻰ‬‫ﻟ‬ِ‫إ‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬‫َﺎ‬‫ﮭ‬ِ‫ﺠ‬‫ِﺑ‬ ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻌ‬َ‫ﺑ‬ ‫ﱠﺎ‬‫ﻣ‬َ‫أ‬.َ‫ز‬‫َﺎ‬‫ﻓ‬ ْ‫ﺪ‬َ‫ﻘ‬َ‫ﻓ‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﺘ‬َ‫ﻋ‬‫َﺎ‬‫ﻃ‬َ‫و‬ ِ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫َى‬‫ﻮ‬ْ‫ﻘ‬َ‫ﺘ‬ِ‫ﺑ‬ َ‫ي‬‫ﱠﺎ‬‫ﯾ‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻜ‬‫ِﯿ‬‫ﺻ‬ْ‫و‬ُ‫أ‬ ،ِ‫ﷲ‬‫ا‬ َ‫د‬‫َﺎ‬‫ﺒ‬ِ‫ﻋ‬ ‫َﺎ‬‫ﯿ‬َ‫ﻓ‬َ‫ن‬‫ُﻮ‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺘ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬.‫ْا‬‫و‬ُ‫د‬‫ﱠ‬‫و‬َ‫ﺰ‬َ‫ﺗ‬َ‫و‬ ‫َى‬‫ﻮ‬ْ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺘ‬‫اﻟ‬ ِ‫د‬‫ﱠا‬‫ﺰ‬‫اﻟ‬ َ‫ﺮ‬ْ‫ﯿ‬َ‫ﺧ‬ ‫ﱠ‬‫ن‬ِ‫ﺈ‬َ‫ﻓ‬ ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ِا‬‫ِﷲ‬َ‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ MUSLIMIN MUSLIMAT JEMAAH AIDILFITRI YANG DIHORMATI, Sebagai umat Islam yang beriman dan bersyukur serta memperolehi kesan ibadah puasa sebulan Ramadan, tentunya menambahkan lagi ketaatan dan kesukaan kepada menurut segala perintah Allah SWT, sekaligus meninggalkan segala yang dilarang dan tidak disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Justeru itu, sambut dan rayakanlah Aidil Fitri yang mulia ini dengan mengikut panduan ajaran dan Syariat Islam, antaranya: 1. Menjaga solat fardu lima waktu, walau sesibuk mana kita berhari raya dan melayan tetamu yang berkunjung. 2. Menjaga pergaulan supaya dapat memelihara batas-batas pergaulan supaya dapat mengelak perkara dosa. 3. Mengucapkan ucapan “TAQABBALLALLAHU MINNA WA MINKUM” ketika bertemu. 4. Saling ziarah-menziarah dan saling member hadiah akan menambahkah kasih sayang. 5. Saling bermaaf-maafan akan mengugurkan dosa-dosa.
  • 7. 7 6. Memperbanyakkan sedekah dan meraikan golongan fakir miskin akan menambahkan rezeki dan hubungan kasih sayang. 7. Mengelakkan pembaziran dalam menjamu dan menyediakan juadah. Membazir itu akan menjadi saudara syaitan. Khatib ingin mengingat jemaah yang dikasihi,jika selama ini ada yang tidak bertegur sapa cuma kerana perkara kecil, kerana harta, kerana perbezaan pendapat atau seumpamanya sehingga bertahun-tahun lamanya. Inilah ketikanya, saat paling indah kita sebagai sanak saudara, adik-beradik, anak, emak, ayah, ipar duai, jiran, sahabat dan rakan supaya saling bertegur sapa, bersalaman dan bermaafan, ziarah-menziarah dan mengukuhkan kembali tali ukhuwah dan persaudaraan, kerana sungguh besar kebaikan dan pahalanya di sisi Allah SWT. Lupakan segala salah silap, hapuslah segala hasad dengki, permusuhan dan sebagainya. Ingatlah, pesan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu dengki-mendengki dan janganlah kamu sindir-menyindir, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya”. (HR Imam Al-Bukhari dan Muslim) Seterusnya, Rasulullah SAW juga menganjurkan supaya umatnya melaksanakan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian dia berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun”. (HR At- Thabrani) ُ‫ﺪ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ْ‫ﻟ‬‫ِا‬‫ِﷲ‬َ‫و‬ ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ ،ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ JEMAAH AIDIL FITRI YANG DIMULIAKAN, Marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas Junjungan yang kita kasihi Rasulullah SAW, kerana Allah SWT dan para malaikat-Nya juga sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah SAW, sebagaimana firman- Nya di dalam Al-Quran:  Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Ta’ala dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, wahai orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan ke atasnya dengan sepenuhnya”. (Surah Al-Ahzab, ayat 56) ،َ‫ﻢ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ھ‬‫َا‬‫ﺮ‬ْ‫ﺑ‬ِ‫إ‬ ِ‫ل‬َ‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ َ‫ﻢ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ھ‬‫َا‬‫ﺮ‬ْ‫ﺑ‬ِ‫إ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ َ‫ﺖ‬ْ‫ﯿ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬َ‫ﺻ‬ ‫َﺎ‬‫ﻤ‬َ‫ﻛ‬ ،ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ِ‫ل‬َ‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ِّ‫ﻞ‬َ‫ﺻ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬ ‫ِﻰ‬‫ﻓ‬ ،َ‫ﻢ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ھ‬‫َا‬‫ﺮ‬ْ‫ﺑ‬ِ‫إ‬ ِ‫ل‬َ‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ َ‫ﻢ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ھ‬‫َا‬‫ﺮ‬ْ‫ﺑ‬ِ‫إ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ َ‫ﺖ‬ْ‫ﻛ‬َ‫ر‬‫َﺎ‬‫ﺑ‬ ‫َﺎ‬‫ﻤ‬َ‫ﻛ‬ ،ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ِ‫ل‬َ‫آ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ٍ‫ﺪ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬َ‫ﺤ‬ُ‫ﻣ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ْ‫ك‬ِ‫ر‬‫َﺎ‬‫ﺑ‬َ‫و‬ ِ‫إ‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﻟ‬‫َﺎ‬‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ٌ‫ﺪ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﺠ‬‫ﱠ‬‫ﻣ‬ ٌ‫ﺪ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﺣ‬ َ‫ﻚ‬‫ﱠ‬‫ﻧ‬ ِ‫ت‬‫َا‬‫ﻮ‬ْ‫ﻣ‬َ‫ﻷ‬‫َا‬‫و‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬ْ‫ﻨ‬ِ‫ﻣ‬ ِ‫ء‬‫َﺂ‬‫ﯿ‬ْ‫ﺣ‬َ‫ﻷ‬ْ‫ا‬ ِ‫ت‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ ،ِ‫ت‬‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﻣ‬ْ‫ﺆ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻨ‬ِ‫ﻣ‬ْ‫ﺆ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻠ‬ِ‫ﻟ‬ ْ‫ﺮ‬ِ‫ﻔ‬ْ‫ﻏ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬. ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﺟ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺪ‬ِ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ‫ﱠﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﻋ‬ ُ‫ﻒ‬ْ‫ﻋ‬‫َﺎ‬‫ﻓ‬ َ‫ﻮ‬ْ‫ﻔ‬َ‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ‫ﱡ‬‫ﺐ‬ِ‫ﺤ‬ُ‫ﺗ‬ ٌ‫ﻢ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺮ‬َ‫ﻛ‬ ‫ﱞ‬‫ﻮ‬ُ‫ﻔ‬َ‫ﻋ‬ َ‫ﻚ‬‫ﱠ‬‫ﻧ‬ِ‫إ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﻊ‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﺣ‬‫ﱠا‬‫ﺮ‬‫اﻟ‬ َ‫ﻢ‬َ‫ﺣ‬ْ‫ر‬َ‫أ‬ ‫َﺎ‬‫ﯾ‬ َ‫ﻚ‬ِ‫ﺘ‬َ‫ﻤ‬ْ‫ﺣ‬َ‫ﺮ‬ِ‫ﺑ‬ ِ‫ت‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬.،‫ًﺎ‬‫ﻗ‬ِ‫د‬‫َﺎ‬‫ﺻ‬ ‫ًﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻘ‬َ‫ﯾ‬َ‫و‬ ،ً‫ﻼ‬ِ‫ﻣ‬‫َﺎ‬‫ﻛ‬ ‫ًﺎ‬‫ﻧ‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫إ‬ َ‫ﻚ‬ُ‫ﻟ‬َ‫ﺄ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻧ‬ ‫ﱠﺎ‬‫ﻧ‬ِ‫إ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬ ً‫ﻼ‬‫ﱠ‬‫ﺒ‬َ‫ﻘ‬َ‫ﺘ‬ُ‫ﻣ‬ ‫ًﺎ‬‫ﺤ‬ِ‫ﻟ‬‫َﺎ‬‫ﺻ‬ ً‫ﻼ‬َ‫ﻤ‬َ‫ﻋ‬َ‫و‬ ،‫ًﺎ‬‫ﻌ‬ِ‫ﺷ‬‫َﺎ‬‫ﺧ‬ ‫ًﺎ‬‫ﺒ‬ْ‫ﻠ‬َ‫ﻗ‬َ‫و‬ ،‫ًا‬‫ﺮ‬ِ‫ﻛ‬‫َا‬‫ذ‬ ‫ًﺎ‬‫ﻧ‬‫َﺎ‬‫ﺴ‬ِ‫ﻟ‬َ‫و‬.َ‫ﻚ‬ُ‫ﻟ‬َ‫ﺄ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻧ‬ ‫ﱠﺎ‬‫ﻧ‬ِ‫إ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬،ٍ‫ﺔ‬‫ﱠ‬‫ﯿ‬ِ‫ﻠ‬َ‫ﺑ‬ ِّ‫ﻞ‬ُ‫ﻛ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ َ‫ﺔ‬َ‫ﯿ‬ِ‫ﻓ‬‫َﺎ‬‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫س‬‫ﱠﺎ‬‫ﻨ‬‫اﻟ‬ ِ‫ﻦ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﻰ‬‫ﻨ‬ِ‫ﻐ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ َ‫م‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬َ‫ﺗ‬ َ‫ﻚ‬ُ‫ﻟ‬َ‫ﺄ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻧ‬َ‫و‬.‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﯿ‬َ‫ﻟ‬ِ‫إ‬ ْ‫ه‬ِّ‫ﺮ‬َ‫ﻛ‬َ‫و‬ ،‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﺑ‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻠ‬ُ‫ﻗ‬ ‫ِﻰ‬‫ﻓ‬ ُ‫ﮫ‬ْ‫ﻨ‬ِّ‫ﯾ‬َ‫ز‬َ‫و‬ َ‫ن‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﻹ‬ْ‫ا‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﯿ‬َ‫ﻟ‬ِ‫إ‬ ْ‫ﺐ‬ِّ‫ﺒ‬َ‫ﺣ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬
  • 8. 8 َ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺪ‬ِ‫ﺷ‬‫ﱠا‬‫ﺮ‬‫اﻟ‬ َ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﻠ‬َ‫ﻌ‬ْ‫ﺟ‬‫َا‬‫و‬ ،َ‫ن‬‫َﺎ‬‫ﯿ‬ْ‫ﺼ‬ِ‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ق‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﺴ‬ُ‫ﻔ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ﺮ‬ْ‫ﻔ‬ُ‫ﻜ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺴ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫م‬َ‫ﻼ‬ْ‫ﺳ‬ِ‫ﻹ‬ْ‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ﺰ‬ِ‫ﻋ‬َ‫أ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬.َ‫ﻢ‬ْ‫ﻠ‬‫ﱡ‬‫ﻈ‬‫َاﻟ‬‫و‬ ،َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻘ‬ِ‫ﻓ‬‫َﺎ‬‫ﻨ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ق‬‫َﺎ‬‫ﻔ‬ِّ‫ﻨ‬‫َاﻟ‬‫و‬ ،َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻛ‬ِ‫ﺮ‬ْ‫ﺸ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ك‬ْ‫ﺮ‬ِّ‫ﺸ‬‫اﻟ‬ ‫ﱠ‬‫ل‬ِ‫ذ‬َ‫أ‬َ‫و‬ ِ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِّ‫ﺪ‬‫اﻟ‬ َ‫ء‬‫َآ‬‫ﺪ‬ْ‫ﻋ‬َ‫أ‬ َ‫ك‬َ‫ء‬‫َآ‬‫ﺪ‬ْ‫ﻋ‬َ‫أ‬ َ‫ة‬َ‫ﺮ‬َ‫ﻔ‬َ‫ﻜ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﺮ‬ِّ‫ﻣ‬َ‫د‬َ‫و‬ ،َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﻟ‬‫ﱠﺎ‬‫ﻈ‬‫َاﻟ‬‫و‬.ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﺮ‬ُ‫ﺼ‬ْ‫ﻧ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬ِّ‫ﻞ‬ُ‫ﻛ‬ ‫ِﻰ‬‫ﻓ‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺪ‬ِ‫ھ‬‫َﺎ‬‫ﺠ‬ُ‫ﻤ‬‫َﺎن‬‫ﻜ‬َ‫ﻣ‬ ْ‫ﺢ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺻ‬َ‫أ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫َﻟ‬‫ا‬‫ﺳﺎﺑﮫ‬ ‫ﻧﻜﺮي‬ ‫دﻓﺮﺗﻮا‬ ‫ﯾﻎ‬ ‫ﺗﺮاوﺗﺎم‬ ‫ﯾﻎ‬ ‫ﺗﻮان‬ ‫اﻟﻤﻌﺎﻟﻰ‬ ‫ﺻﺎﺣﺐ‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ِ‫ﺑ‬ ُ‫ﮫ‬َ‫ﻟ‬ ُ‫ﷲ‬‫ا‬ َ‫ﺮ‬َ‫ﻔ‬َ‫ﻏ‬ ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻓ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﺘ‬َ‫ﯾ‬َ‫ﻻ‬ِ‫و‬ ْ‫ﻞ‬َ‫ﻌ‬ْ‫ﺟ‬‫َا‬‫و‬ ،‫َﺎ‬‫ﻧ‬ِ‫ر‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻣ‬ُ‫أ‬ َ‫ت‬َ‫ﻻ‬ُ‫و‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﺘ‬‫ﱠ‬‫ﻤ‬ِ‫ﺋ‬َ‫أ‬ َ‫ﺢ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﺼ‬ُ‫ﺗ‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ‫ﱠ‬‫ﻢ‬ُ‫ﮭ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫اﻟ‬ َ‫ﻚ‬ُ‫ﻟ‬َ‫ﺄ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻧ‬ ‫َﺎ‬‫ﻤ‬َ‫ﻛ‬ ،ُ‫ه‬‫َﺎ‬‫ﺿ‬ْ‫ﺮ‬َ‫ﺗ‬َ‫و‬ ‫ﱡ‬‫ﺐ‬ِ‫ﺤ‬ُ‫ﺗ‬ْ‫ﻦ‬َ‫ﻤ‬ ‫َﺎ‬‫ﯾ‬ َ‫ك‬‫َﺎ‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺗ‬‫َا‬‫و‬ َ‫ﻚ‬َ‫ﻓ‬‫َﺎ‬‫ﺧ‬َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﻟ‬‫َﺎ‬‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ب‬َ‫ر‬ ‫ًﺎ‬‫ﻣ‬‫َﺎ‬‫ﻣ‬ِ‫إ‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯿ‬ِ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺘ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻠ‬ِ‫ﻟ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﻠ‬َ‫ﻌ‬ْ‫ﺟ‬‫َا‬‫و‬ ٍ‫ﻦ‬ُ‫ﯿ‬ْ‫ﻋ‬َ‫أ‬ َ‫ة‬‫ﱠ‬‫ﺮ‬ُ‫ﻗ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﺗ‬‫ﱠﺎ‬‫ﯾ‬ِّ‫ر‬ُ‫ذ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِِ‫ﺟ‬‫َا‬‫و‬ْ‫ز‬َ‫أ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﻟ‬ ْ‫ﺐ‬َ‫ھ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬‫ﱠ‬‫ﺑ‬َ‫ر‬.‫َﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﺴ‬ُ‫ﻔ‬ْ‫ﻧ‬َ‫أ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﻠ‬َ‫ﻇ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬‫ﱠ‬‫ﺑ‬َ‫ر‬ َ‫ﻦ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫ﺮ‬ِ‫ﺳ‬‫َﺎ‬‫ﺨ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ َ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ‫ﱠ‬‫ﻦ‬َ‫ﻧ‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻜ‬َ‫ﻨ‬َ‫ﻟ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﻤ‬َ‫ﺣ‬ْ‫ﺮ‬َ‫ﺗ‬َ‫و‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬َ‫ﻟ‬ ْ‫ﺮ‬ِ‫ﻔ‬ْ‫ﻐ‬َ‫ﺗ‬ ْ‫ﻢ‬َ‫ﻟ‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬.َ‫ﻨ‬ِ‫ﺗ‬َ‫آ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬‫ﱠ‬‫ﺑ‬َ‫ر‬ِ‫ة‬َ‫ﺮ‬ِ‫ﺧ‬َ‫ﻵ‬‫ا‬ ‫ِﻰ‬‫ﻓ‬َ‫و‬ ً‫ﺔ‬َ‫ﻨ‬َ‫ﺴ‬َ‫ﺣ‬ ‫َﺎ‬‫ﯿ‬ْ‫ﻧ‬‫ﱡ‬‫ﺪ‬‫اﻟ‬ ‫ِﻰ‬‫ﻓ‬ ‫ﺎ‬ ِ‫ر‬‫ﱠﺎ‬‫ﻨ‬‫اﻟ‬ َ‫ب‬‫َا‬‫ﺬ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ِ‫ﻗ‬َ‫و‬ ً‫ﺔ‬َ‫ﻨ‬َ‫ﺴ‬َ‫ﺣ‬ ِ‫ﷲ‬‫ا‬ َ‫د‬‫َﺎ‬‫ﺒ‬ِ‫ﻋ‬!ِ‫ء‬‫َﺂ‬‫ﺸ‬ْ‫ﺤ‬َ‫ﻔ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ِ‫ﻦ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﻰ‬‫ﮭ‬ْ‫ﻨ‬َ‫ﯾ‬َ‫و‬ ،‫َﻰ‬‫ﺑ‬ْ‫ﺮ‬ُ‫ﻘ‬ْ‫ﻟ‬‫ا‬ ْ‫ى‬ِ‫ذ‬ ِ‫ء‬‫َﺂ‬‫ﺘ‬ْ‫ﯾ‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ،ِ‫ن‬‫َﺎ‬‫ﺴ‬ْ‫ﺣ‬ِ‫ﻹ‬‫َا‬‫و‬ ِ‫ل‬ْ‫ﺪ‬َ‫ﻌ‬ْ‫ﻟ‬‫ِﺎ‬‫ﺑ‬ ُ‫ﺮ‬ُ‫ﻣ‬ْ‫ﺄ‬َ‫ﯾ‬ َ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫ﱠ‬‫ن‬ِ‫إ‬ ِ‫ﻰ‬ْ‫ﻐ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬ ِ‫ﺮ‬َ‫ﻜ‬ْ‫ﻨ‬ُ‫ﻤ‬ْ‫ﻟ‬‫َا‬‫و‬.‫ﱠ‬‫ﻛ‬َ‫ﺬ‬َ‫ﺗ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻜ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬َ‫ﻌ‬َ‫ﻟ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻜ‬ُ‫ﻈ‬ِ‫ﻌ‬َ‫ﯾ‬َ‫ن‬ْ‫و‬ُ‫ﺮ‬.ِ‫ﮫ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﻌ‬ِ‫ﻧ‬ ‫َﻰ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ‫ْا‬‫و‬ُ‫ﺮ‬ُ‫ﻜ‬ْ‫ﺷ‬‫َا‬‫و‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻛ‬ْ‫ﺮ‬ُ‫ﻛ‬ْ‫ﺬ‬َ‫ﯾ‬ َ‫ﷲ‬‫ا‬ ‫ُوا‬‫ﺮ‬ُ‫ﻛ‬ْ‫ذ‬‫َا‬‫و‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻜ‬ِ‫ﻄ‬ْ‫ﻌ‬ُ‫ﯾ‬ ِ‫ﮫ‬ِ‫ﻠ‬ْ‫ﻀ‬َ‫ﻓ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ُ‫ه‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻟ‬َ‫ﺄ‬ْ‫ﺳ‬‫َا‬‫و‬ ،ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻛ‬ْ‫د‬ِ‫ﺰ‬َ‫ﯾ‬.ُ‫ﺮ‬َ‫ﺒ‬ْ‫ﻛ‬َ‫أ‬ ِ‫ﷲ‬‫ا‬ ُ‫ﺮ‬ْ‫ﻛ‬ِ‫ﺬ‬َ‫ﻟ‬َ‫و‬.َ‫ن‬ْ‫ﻮ‬ُ‫ﻌ‬َ‫ﻨ‬ْ‫ﺼ‬َ‫ﺗ‬ ‫َﺎ‬‫ﻣ‬ ُ‫ﻢ‬َ‫ﻠ‬ْ‫ﻌ‬َ‫ﯾ‬ َ‫ﷲ‬‫َا‬‫و‬ Disediakan oleh : BAHAGIAN PENYELIDIKAN & INFORMASI JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH “TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM” SELAMAT MENYAMBUTAIDIL FITRI 2015, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SELURUH KAKITANGAN JHEAINS SELURUH SABAH