1. SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ AHMAD MANAF
JALAN SEPANG, 71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
DOKUMENTASI
AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKDAM
2015
LAPORAN
KEM BESTARI SOLAT
SIRI II
12 September 2015 (SABTU)
ANJURAN BERSAMA
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,
3. SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ AHMAD MANAF
JALAN SEPANG, 71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
LAPORAN AKTIVITI:
NAMA PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SIRI 2
TARIKH 12 September 2015 (SABTU)
TEMPAT SK Dato’ Ahmad Manaf
MASA/DURASI 07.45 pagi hingga 1.30 tengahari
GURU BERTINDAK 1. Pn. Salwani bt Ahmad (Penyelaras KBS 2015)
FASILITATOR 1. Guru pendidikan Islam SKDAM
2. Guru KAFA
3. 20 Fasilitator Pelajar Tahun 3 FKP,USIM.
BAJET
SUMBER
ANGGARAN KOS
RM 2,747.50
(Sila rujuk Lampiran KERTAS KERJA KBS SIRI 2)
JUMLAH SEBENAR
RM 1,834.40
PENJIMATAN
RM 913.10
SUMBER KEWANGAN
Wang Kerajaan - RM 734.40
Sumbangan pihak USIM – RM 900.00
Sumbangan Sekolah - RM 200.00
MURID TERLIBAT SASARAN:
Sasaran semua murid SKDAM Tahun 1 hingga 6 yang
beragama Islam seramai 403 orang
KEHADIRAN SEBENAR:
150 orang hadir (- 253 orang)
PENILAIAN/ CATATAN KEKUATAN:
Pihak penganjur telah berjaya melaksanakan Kem ini
seperti yang dirancang bersama pihak Usim walaupun
dalam kekangan masa dan kesibukan para guru membuat
persiapan peperiksaan akhir tahun pada tarikh berkenaan.
Pihak usim juga memberikan kerjasama yang sangat
baik dengan memberikan bantuan tenaga pengajar serta
kewangan di saat pihak sekolah sangat memerlukan.
4. Selain itu, segala persiapan telah dijalankan dengan
teliti dan jayanya pada sebelum Kem berlangsung bagi
mengelakkan sebarang kesulitan.
KELEMAHAN:
Namun, dengan KEHADIRAN MURID YANG SANGAT
MENGECEWAKAN, menyebabkan pihak penganjur
membazirkan sejumlah makanan yang telah ditempah bagi
semua murid.
REFLEKSI Pihak penganjur (Panitia P.Islam) mendapati kelemahan
yang dapat diperbaiki dalam Kem ini adalah:
1. HARI- yang merupakan factor utama yang
ketidakhadiran sebegitu ramai murid. Perubahan
KBS yang dilakukan pada hari persekolahan
mungkin akan memberi impak yang positif dari segi
kehadiran murid.
2. KETIDAKPRIHATINAN IBU BAPA- Juga dinilai
sebagai factor kelemahan kerana rata-rata ibu bapa
didapati tidak mahu menghantar anak-anak pada
hari Sabtu.
3. JUMLAH YANG RAMAI- menyebabkan peratus
ketidakhadiran juga meningkat serta sukar dipantau.
Pada masa akan datang, kemungkinan pihak
penganjur akan membahagikan kumpulan KBS
mengikut tahun bagi memudahkan pengurusan
penganjuran Kem ini.
Dilaporkan oleh,
………………………….…..
(SALWANI BINTI AHMAD)
Penyelaras Kem Bestari Solat 2015,
SK Dato’ Ahmad Manaf,
71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus