Program 1 Tujuan 1 Matlamat dilaksanakan pada Ogos-September 2015 untuk mempersiapkan murid Tahun 6 UPSR. Program ini menekankan persiapan mental, fizikal dan emosi murid serta memberikan latihan soalan melalui bengkel akademik. Keseluruhan program berjalan lancar berkat kerjasama guru dan ibu bapa.
2. LAPORAN AKTIVITI PROGRAM 1 TUJUAN 1 MATLAMAT 2015
Program 1 Tujuan 1 Matlamat 2015 telah dijalankan pada 22 Ogos - 23 Ogos dan 5 hb
September 2015 yang lalu sebagai persediaan terakhir sebelum murid-murid Tahun 6
menduduki UPSR sebenar. Pn. Siti Awa bt Jamil (Guru Besar SK Sentul 2) telah merasmikan
program yang disediakan khas untuk meningkatkan kecemerlangan dan prestasi akademik
murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Persediaan
mental, fizikal dan emosi murid turut ditekankan sebagai persediaan menyeluruh kepada
semua murid Tahun 6. Jumlah murid Tahun 6 yang mengikuti program ini seramai 112 orang
iaitu dari Kelas 6 Arif , 6 Bestari , 6 Cekap , Dedikasi dan 6 Efektif.
Program ini dianjurkan oleh AJK Kecemerlangan UPSR yang terdiri daripada guru- guru
yang mengajar Tahun 6 dengan kerjasama PIBG SK Sentul 2. Mereka telah bertungkus lumus
membuat persiapan dan persediaan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan
mencapai matlamatnya. Mudah-mudahan program ini dapat membantu memberi pendedahan
hala tuju murid Tahun 6 di sekolah ini, membina keyakinan dan semangat untuk terus berusaha
bagi mencapai kecemerlangan akademik dan memperkasa akal, minda dan akal budi dalam
meningkatkan sahsiah diri mereka di samping memberi pengetahuan dan maklumat tentang
teknik menjawab soalan-soalan UPSR.
Program bermula dengan pendaftaran kursus di sekolah. AJK pendaftaran telah
menyediakan borang pendaftaran dan mengedarkan fail kursus kepada semua murid di kantin
sekolah. Ini diikuti penyampaian taklimat program oleh (Penyelaras program) di foyer sekolah
SK Sentul 2. Seterusnya sesi muhasabah diri untuk meningkatkan keyakinan diri murid dan
amanat daripada pentadbir tentang harapan sekolah terhadap pencapaian 5A pada tahun ini.
Alhamdulillah, program ini dapat berjalan dengan lancar. Murid dapat mengikuti setiap
aktiviti sama ada ketika bengkel , makan , riadah dan solat dalam keadaan baik. Semua murid
diberi makan pagi, tengah hari , petang dan malam yang disediakan oleh pihak kantin sekolah.
Program ini turut diisi dengan program tazkirah oleh ustaz yang telah
dipertanggungjawabkan mengikut tentatif program yang ditetapkan. Pada malam terakhir
program para pentadbir dan ajk program bersetuju mengadakan selingan program bagi mereda
dan mengurangkan tekanan serta kepenatan murid-murid yang telah bertungkus lumus dengan
mengadakan Program Santai Minda yang melibatkan semua guru SK Sentul 2 yang mengadakan
jamuan BBQ untuk para peserta program.
3. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat menghasilkan murid yang
berkualiti bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga bukan akademik. Mudah-mudahan
aktiviti yang dilaksanakan ini dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih baik pada masa
akan datang kerana ianya memberi banyak manfaat kepada semua pihak terlibat.
Program 1 Tujuan 1 Matlamat telah dapat dijalankan dengan baik hasil daripada kerjasama
antara guru dengan murid. Penghargaan yang tidak terhingga kepada Pn. Siti Awa bt Jamil
(Guru Besar) yang telah memberi kepercayaan dan sokongan yang padu kepada para guru
Tahun 6 seterusnya En. Azman b. Mohamad Razali (GPK Tadbir dan Kurikulum) yang
merupakan nadi penggerak utama program, En. Zulkifli b. Hj Md Shaarif ,YDP PIBG SKS 2 yang
amat komited mencari dana dan tenaga dalam menjayakan program ini seterusnya semua
guru, murid dan ibu bapa yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan
program ini. Adalah diharapkan aktiviti seumpama ini diteruskan lagi pada masa akan datang
kerana banyak faedah dan manfaat yang dapat ditimba. Segala pengalaman dan pengetahuan
yang diperolehi dari program ini dapat diaplikasikan oleh semua murid dan guru sewaktu
menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan dalam kehidupan sehari-
hari.
Disediakan oleh:
……………………………..
(EN. MD RAFI B. MD ZAIN )
Penyelaras Program 1Tujuan 1Matlamat
9 September 2015
4. PROGRAM 1 TUJUAN 1 MATLAMAT
LAPORAN PERBELANJAAN
PERKARA KUANTITI JUMLAH
1. MAKAN & MINUM(22/8)
Pagi
Tengah hari
Petang
Malam
2. MAKAN & MINUM(23/8)
Pagi
Tengah hari
Petang
Malam
3. MAKAN & MINUM(5/9)
Pagi
Tengah hari
Petang
Malam
4. JAMUAN/ BBQ
Ayam
Kambing
Sosej
Bahan nasi goreng
Bahan BBQ
Pinggan/Gelas
Tisu
RM 14.00 x 115 orang
RM 14.00 x 115 orang
RM 14.00 x 115 orang
RM 6.50 x 45kg
RM 22.00 x 16kg
10bungkus
-
-
-
-
RM 1,610.00
RM 1,610.00
RM 1,610.00
RM 292.50
RM 352.00
RM 120.00
RM 60.00
RM 140.00
RM 40.00
RM 20.00
JUMLAH RM 5,854.50
Wang peruntukan Kutipan Tahun 6 dan sumbangan daripada PIBG digunakan untuk membiayai
keseluruhan program ini.
5. ‘PROGRAM SATU TUJUAN SATU MATLAMAT’
Guru Mentor Mengikut Mata Pelajaran
Bil KELAS BM SAINS MATEMATIK BI
1. 6 A PN.SHERRYNA EN.FAIZIN EN.SHAHFUL PN.THANA
2. 6B EN .RAFI EN.SHAHRUL EN.SHAHFUL PN. ERNA
3. 6C PN.SHERRYNA CIK FARAH
NADIA
PN.HAZLEIN PN.MOGANA
4. 6D PN.NURUL CIK INTAN /
PN. ADILA
EN. IMRAN PN.MOGANA
5. 6E EN.JUNDI EN MARZUKI PN. DINI /
CIK NORASHIKIN
PN.ROZANITA
22 HB OGOS 2015 – 23 HB OGOS 2015
KELAS YANG BERGABUNG (BM – 6A&6C , MATEMATIK- 6A&6B DAN B.I- 6C&6D )
AKAN DIJALANKAN DI BILIK MESYUARAT TUN SRI LANANG
KELAS LAIN DI KELAS MASING – MASING
05 HB SEPTEMBER 2015
SEMUA MURID TAHUN 6 AKAN BERADA DI DEWAN
AKTIVITI DAN PEMBAHAGIAN TUGAS MENGIKUT KESESUAIAN DAN PERBINCANGAN
GURU MENTOR SETIAP SUBJEK
SEKIAN , TERIMA KASIH.
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL ( 2
JALAN SENTUL PASAR
51000 KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN
6. TENTATIF PROGRAM
HARI : SABTU TARIKH : 22 HB OGOS 2015
MASA PROGRAM GURU MENTOR GURU PENYELIA
8.00 - 10.00 PAGI KELAS MATEMATIK EN.SHAHFUL (6A&6B) EN. AZMAN B. HJ MOHAMAD
RAZALI
PN. ROZITA BT RAMLI
PN.HAZLEIN (6C)
EN. IMRAN (6D)
PN. DINIE (6E)
10.00 – 10.30 PAGI MINUM PAGI GURU MENTOR MATEMATIK
10.30 – 12.30 TGH KELAS B.INGGERIS PN.THANA (6A)
PN.ERNA (6B)
PN.MOGANA (6C& 6D)
PN.ROZANITA (6E)
12.30 – 2.30 PTG MAKAN TENGAH HARI PN.NAZIRA , PN MERIAM , PN
SYAQIYAH ,
PN ZANALIATIAKMAL
SOLAT ZOHOR UST.HASSAN / PN. HAZIAH
2.30 – 4.30 PTG KELAS SAINS EN.FAIZIN (6A)
EN.SHAHRUL (6B)
CIK FARAH NADIA (6C)
CIK INTAN (6D)
EN.MARZUKI (6E)
4.30 – 5.30 PTG SOLAT ASAR UST. HAFIZ / PN.ZAHARIAH
MINUM PETANG PN.WAN SUHAIZA
EN. SHAZWAN
PN .JUNDIANA
CIK SYAZA AMALIN
5.30 – 6.30 PTG RIADAH EN.NAZMEER, EN ZULFADLI
EN. MOHD RIZAL
6.30 – 7.00 MLM PERSIAPAN DIRI
7.00 – 8.00 MLM MAKAN MALAM /
SOLAT MAGHRIB
CIK AKMA NAWARAH,
PN.NISA,
UST.NIK / PN NORBAITHI
8.00 – 10.00 MLM KELAS B.MALAYSIA PN SHERRYNA (6A&6C)
EN RAFI (6B)
PN.FARAHWAHIDA (6D)
EN.JUNDI (6E)
7. TENTATIF PROGRAM
HARI : AHAD TARIKH : 23 HB OGOS 2015
MASA PROGRAM GURU MENTOR GURU PENYELIA
8.00 - 10.00 PAGI KELAS B.MALAYSIA PN SHERRYNA (6A&6C) EN. AZMAN B. HJ MOHAMAD
RAZALI
PN. ROZITA BT RAMLI
EN RAFI (6B)
PN.FARAHWAHIDA (6D)
EN.JUNDI (6E)
10.00 – 10.30 PAGI MINUM PAGI GURU MENTOR BM
10.30 – 12.30 TGH KELAS SAINS EN.FAIZIN (6A)
EN.SHAHRUL (6B)
CIK FARAH NADIA (6C)
PN ADILA (6D)
EN.MARZUKI (6E)
12.30 – 2.30 PTG MAKAN
TENGAH HARI
PN.MAREHAN
PN FARAH LIYANA
SOLAT ZOHOR UST.RAHMAT /
PN. NURUL AIDA
2.30 – 4.30 PTG KELAS B.INGGERIS PN.THANA (6A)
PN.ERNA (6B)
PN.MOGANA (6C& 6D)
PN.ROZANITA (6E)
4.30 – 5.30 PTG SOLAT ASAR UST. AZLAN / PN.NORMASILA
MINUM PETANG PN.RAIHAN
PN. SITI HAJAR
PN. AKHMAR SYAZNI
5.30 – 6.30 PTG RIADAH EN.FIRDAUS , EN FADZIL ,
EN DAHLAN
6.30 – 7.00 MLM PERSIAPAN DIRI
7.00 – 8.00 MLM MAKAN MALAM /
SOLAT MAGHRIB
PN.SYAZANA , EN SUHAIMI,
UST. HASSAN
8.00 – 10.00 MLM KELAS MATEMATIK EN.SHAHFUL (6A&6B)
PN.HAZLEIN (6C)
EN. IMRAN (6D)
CIK NORASHIKIN (6E)
8. TENTATIF PROGRAM
HARI : SABTU TARIKH : 05 HB SEPT 2015
MASA PROGRAM GURU MENTOR GURU PENYELIA
8.00 - 10.00 PAGI KELAS MATEMATIK EN.SHAHFUL EN. AZMAN B. HJ MOHAMAD
RAZALI
PN. ROZITA BT RAMLI
PN.HAZLEIN
EN. IMRAN
PN. DINIE
10.00 – 10.30 PAGI MINUM PAGI GURU MENTOR MATEMATIK
10.30 – 12.30 TGH KELAS B.MALAYSIA PN SHERRYNA
EN RAFI
PN.FARAHWAHIDA
EN.JUNDI
12.30 – 2.00 PTG MAKAN TENGAH HARI GURU MENTOR
BAHASA MALAYSIA
SOLAT ZOHOR USTAZ HAFIZ
2.00 – 4.00 PTG KELAS B.INGGERIS PN.THANA
PN.ERNA
PN.MOGANA
PN.ROZANITA
4.00 – 6.30 PTG SOLAT ASAR USTAZ AZLAN
KELAS SAINS EN.FAIZIN
EN.SHAHRUL
EN. MARZUKI
CIK FARAH NADIA
CIK INTAN
6.30 -7.00 MLM MAKAN MALAM GURU MENTOR
SAINS
7.00 – 7.30 MLM PERSIAPAN DIRI
7.30 – 9.00 MLM SOLAT MAGHRIB
TAZKIRAH
SOLAT ISYAK
USTAZ HASSAN
9.00 – 11.00 MLM JAMUAN/BBQ