SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
1"
"
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
2018
922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
(KERJA KURSUS)
PORTFOLIO CONTOH
Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya seperti
watak Tun Bahara dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (2003)
selenggaraan A. Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur.
"
2"
"
PORTFOLIO DATUK HAJI MISBUN BIN DATO HAJI SIDEK SEORANG AHLI
SUKAN YANG BERJAYA SEPERTI WATAK TUN BAHARA DALAM SULALATUS
SALATIN SEJARAH MELAYU.
1.0 PENGENALAN
Tun Bahara adalah seorang pemain dan juara catur yang paling hebat sekali pada
zamannya. Tun Bahara berasal dari negara Pasai. Beliau telah berhijrah ke Melaka dan terkenal
dalam permainan catur. Tidak ada seorang pun yang berjaya mengalahkannya kecuali Tun
Pikrama anak Bendahara Paduka Raja yang hanya sedikit boleh menandinginya tapi kadang-kala
digelar sayur keladi oleh Tun Bahara. Tun Bahara juga mahir dalam bersyair, berbait,
bergurindam dan berseloka.
1.1 KONSEP
Menurut Aminudin Jusuh (2002) tokoh adalah pelaku yang mengembangkan peristiwa
dalam cerita fiksyen sehingga peristiwa itu mampu menjalin suatu cerita atau unsur yang penting
dalam sesuatu cerita rekaan. Menurut Ahmad Faiez (2013) ahli pula bermaksud mahir dalam
sesuatu bidang manakala sukan bermaksud aktiviti yang mengandungi latihan seperti kemahiran
berguna secara rekreasi dan peraturan tertentu dalam mengejar kegemilangan. Sebagai
rumusannya, ahli sukan adalah seseorang yang mahir dalam bidang sukan dan mampu mencapai
kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Antara bidang sukan yang boleh diceburi ialah
sukan outdoor seperti bola sepak, ragbi, hoki, kriket dan sukan indoor pula seperti catur,
badminton dan permainan tradisional.
3"
"
Tokoh adalah seseorang yang memiliki kemahiran dalam suatu jenis sukan hingga ke
peringkat daerah. Selain itu, tokoh tersebut menguasai teknik dan peraturan dalam
permainannya.
1.2 KAJIAN LEPAS
Kajian tokoh tentang ahli sukan banyak ditulis dalam bentuk biografi ataupun koleksi
yang berkaitan dengan tokoh sukan. Contohnya, Buku Malaysia 500 Khazanah Insan Aset
Negara ( Jilid 13 Juara Sukan ) . Buku ini memaparkan tokoh-tokoh sukan yang berjaya
mencapai kecemerlangan sehingga peringkat antarabangsa seperti Nicol David dalam sukan
squash, Lee Chong Wei yang sangat sinonim dengan badminton, Shalin Zulkifli dalam sukan
bowling dan tokoh-tokoh lain yang ternama.
1.3 FUNGSI KAJIAN
Fungsi Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan tokoh sukan yang dipilih oleh
pengkaji yang mengharumkan nama negeri dan negara. Selain itu, ia bertujuan untuk
menghargai jasa tokoh dalam sukan yang diceburinya.
1.4 BATASAN KAJIAN
Kajian ini akan mengenalpasti ciri-ciri ahli sukan yang berjaya dalam bidangnya seperti
watak Tun Bahara iaitu Datuk Haji Misbun Bin Dato’ Mohd Sidek dan juga akan
membincangkan latar belakang, sumbangan, keistimewaan, pemikiran, pengiktirafan dan karya
beliau.
4"
"
Datuk Haji Misbun bin Dato Haji Sidek
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini adalah untuk memenuhi kriteria lulus penuh dalam matapelajaran
Kesusasteraan Melayu Komunikatif peringkat STPM. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan garis
panduan untuk mengkaji lebih lanjut mengenai tokoh ini dan tokoh-tokoh sukan lain pada masa
akan datang.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mengenalpasti ciri-ciri ahli sukan yang berjaya dalam bidangnya seperti watak
Tun Bahara iaitu Datuk Haji Misbun Bin Dato’ Haji Mohd Sidek.
2.2 Membincangkan latar belakang, sumbangan, keistimewaan, pemikiran,
pengiktirafan dan karya beliau.
5"
"
3.0 KAEDAH KAJIAN
3.1 Kaedah Lapangan
Kaedah kajian yang digunakan sepanjang menjalankan kerja kursus ini ialah
kaedah lapangan. Keadah lapangan merupakan kajian yang melibatkan soal-
selidik atau temubual. Kaedah temubual dipilih kerana keadah ini mudah untuk
mendapat maklumat daripada tokoh atau pihak-pihak lain yang ada kaitan dengan
tokoh. Penulis telah membuat temujanji untuk menemubual dengan tokoh seperti
berikut:
Bil Tarikh Tempat Masa
1 12/3/2018 Stadium Badminton Kuala Lumpur 3.00 petang
2 15/5/2018 Stadium Badminton Kuala Lumpur 4.30 petang
Penulis juga telah menghubungi tokoh melalui panggilan telefon dan aplikasi
teknologi terkini untuk mengetahui maklumat terkini mengenai tokoh yang dikaji.
3.2 Kaedah Kepustakaan
Kaedah kepustakaan juga dijalankan untuk menyempurnakan portfolio ini.
Keadah ini bertujuan mendapat bahan dan maklumat tambahan yang diperlukan.
Keadah ini melibatkan usaha mencari definisi konsep dan menjelaskannya
melalui penulisan pengkaji. Kajian ini telah menggunakan bahan rujukan utama
iaitu Sulalatus Salatin Sejarah Melayu untuk membandingkan Tun Bahara dengan
tokoh yang dikaji. Beberapa buah buku telah digunakan untuk mendapatkan
maklumat tambahan tentang tokoh yang dikaji. Sesuai dengan kaedah
6"
"
kepustakaan, penulis telah melaksanakan prosedur sepatutnya iaitu mengunjungi
perpustakaan awam sepanjang menjalankan kajian ini.
Berikut adalah jadual kujungan penulis ke perpustakaan.
Bil Tarikh Tempat Masa
1 12/2/2018 Perpustakaan sekolah 3.00 petang
2 15/3/2018 Perpustakaan daerah/komuniti 2.30 petang
3 16/4/2018 Perpustakaan daerah/komuniti 3.00 petang
4 22/5/2018 Perpustakaan negeri 2.30 petang
4.0 ISI KAJIAN
4.1 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN/KERJAYA
Nama sebenar tokoh yang dikaji ialah Misbun bin Haji Ahmad Sidek. Beliau dilahirkan
di Kanchong Darat, Banting, Selangor pada 17 Februari 1960. Beliau memperolehi pendidikan
di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Manakala, pendidikan awalnya telah diperolehi di
Banting. Seawal usia 7 tahun iaitu pada 1967 beliau telah dilatih secara serius oleh bapanya
bermain badminton di hadapan rumah mereka. Bapanya, telah membina gelanggang badminton
khusus untuk keperluan anak-anaknya bermain badminton. Misbun mempunyai empat orang
adik-beradik iaitu Razif, Rahman , Jailani dan Rashid. Mereka mendapat latihan yang sama dari
bapanya.
Pada usia 16 tahun beliau telah terplih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Asia di
Hong Kong dan Terbuka Australia. Setahun kemudian beliau terpilih menjalani latihan Skuad
Piala Thomas. Pada usia 18 tahun, beliau telah membuktikan kehebatannya dengan mendominasi
7"
"
pertandingan badminton Peringkat Kebangsaan dengan memperolehi kemenangan dalam acara
perseorangan, bergu dan bergu campuran pada tahun 1978.
Misbun memenangi kejohanan antarabangsanya yang pertama dalam Terbuka Jerman
pada tahun 1981. Beliau turut membantu skuad badminton Malaysia memenangi pingat perak
dalam Sukan SEA pada tahun yang sama. Dalam kejohanan tersebut, beliau telah menewaskan
Liem Swie King dari Indonesia yang pada ketika itu merupakan Juara All England. Rentak
kecemerlangan dalam sukan badminton ialah apabila beliau dianugerahkan Olahragwan
Malaysia pada tahun 1983. Sebelum itu, pada tahun 1982 beliau telah menewaskan Morten Frost
dari Belanda dan Prakash Padukone dari India tetapi dikecewakan oleh Liem Swie King pada
perlawanan akhir dalam Kejohanan Dunia yang diadakan di Kuala Lumpur. Pada bulan Oktober
1983, Misbun menjadi pemain badminton bertaraf profesional di bawah kendalian International
Management Group. Karier Misbun berakhir dengan cemerlang apabila memenangi Piala
Thomas menewaskan Indonesia pada 1988 dan bersara setahun kemudian iaitu pada usia 29
tahun.
Manakala, ahli sukan yang berjaya dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ialah
Tun Bahara yang berasal dari Pasai dan berhijrah ke Melaka. Seperti tokoh kajian iaitu Misbun
Haji Sidek yang mahir dalam permainan badminton, Tun Bahara merupakan pemain catur yang
sangat mahir dan tiada yang dapat menandingi kehebatan beliau bermain catur di Melaka.
4.2 SUMBANGAN
Misbun memberikan sumbangan sebagai Jurulatih Perseorangan kepada adiknya sendiri
iaitu Rashid dalam Kejohanan Piala Thomas pada tahun 1992. Tugas kejurulatihan berterusan
apabila beliau turut menjadi jurulatih kepada Roslin Hashim dan Mohamad Hafiz Hashim serta
8"
"
Lee Chong Wei. Beliau merupakan Jurulatih Perseorangan Lelaki Malaysia dari tahun 2003-
2010. Sentuhan magis Misbun telah membolehkan Lee Chong Wei menjuarai beberapa
kejohanan dunia. Antaranya ialah Kejohanan Dunia 2005 di Anaheim dengan menjuarai
Perseorangan Lelaki . Seterusnya, menjuarai Perseorangan Lelaki dalam Kejohanan
Commonwealth pada tahun 2006, Asean Games di Doha juga pada tahun 2006 dan Kejohanan
Piala Thomas pada tahun 2008 di Jakarta.
Atas semangat cintakan sukan badminton beliau telah melahirkan Nusa Mahsuri pada 10
April 1997. Antara tujuan Nusa Mahsuri ditubuhkan adalah untuk melahirkan akademi
badminton profesional dalam melatih pemain badminton bertaraf dunia. Nusa Mahsuri turut
bertindak sebagai pusat latihan dalam kalangan pemain profesional. Selain itu, peranan lain
Nusa Mahsuri yang dikendalikan oleh Misbun ialah menjadi perunding kepada mana-mana
kelab, sekolah, universiti atau persatuan sukan yang memerlukan khidmat perunding. Kelab ini
juga diibaratkan sebagai penyambung wadah yang berkemampuan mencungkil bakat–bakat baru
dan membantu persatuan Badminton Malaysia ke arah pembangunan badminton itu sendiri.
Kesemua usaha yang dilakukan oleh beliau adalah bagi memartabatkan sukan badminton di
puncak tertinggi.
Manakala, Tun Bahara seperti yang digambarkan dalam SS mengangkat martabat catur
apabila tiada seorang pun mampu menewaskannya kecuali yang dapat bersaing sedikit dengan
beliau iaitu Tun Pikrama anak Bendahara Paduka Raja. Sumbangan lain Tun Pikrama ialah
mempopularkan permainan catur dalam kalangan rakyat Melaka sebagaimana yang dinyatakan
dalam petikan berikut,
9"
"
Maka bercaturlah Tun Bahara itu dengan orang Melaka…Maka segala orang yang tahu-
tahu bercatur, semuanya alah olehnya, seorang pun tiada dapat melawan dia,…
(Sulalatus Salatin, h.154)
4.3 KEISTIMEWAAN
Keistimewaan Misbun sebagai seorang pemain badminton menyerlah dalam usia yang
sangat muda iaitu pada usia 7 tahun dan dilatih pula oleh bapanya sendiri iaitu Dato’ Haji Sidek
Kamar. Pada usia 18 tahun, beliau telah terpilih sebagai pemain perseorangan ketiga untuk
skuad Piala Thomas yang mewakili negara pada ketika itu.
Keistimewaan Datuk Misbun Sidek tidak dapat dinafikan lagi khususnya dalam
memperkenalkan Teknik Servis S yang menimbulkan kontoversi kemudiannya. Teknik Servis S
Pukulan Bulu Tangkis telah mula digunakan pada 1970an. Teknik yang mengelirukan pihak
lawan ini memberikan impak yang besar dalam pertandingan badminton. Teknik Servis S ini
diharamkan sepenuhnya pada 1981 oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF). Selain itu,
keistimewaan beliau juga terletak pada pukulan pancung yang mematikan pergerakan pihak
lawan. Kemuncak kerjaya beliau sebagai jurulatih ialah apabila beliau berjaya mengekalkan
kejuaraan Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia selama 6 tahun berturut-turut.
Pada tahun 2016, beliau bertindak sebagai jurulatih membantu skuad badminton Denmark
menjuarai Piala Thomas buat kali pertama di Malaysia.
10"
"
Teknik servis S (sidek ) yang diharamkan IBF
Selain berkecimpung dalam sukan badminton beliau dan ahli keluarganya turut
menghasilkan siri animasi Anak-Anak Sidek bermula pada tahun 1999-2003 melibatkan 39
episod dan juga komik dalam judul yang sama . Komik berbentuk autobiografi yang
memaparkan kehidupan anak-anak Sidek itu telah dihasilkan pada tahun 1995-2005.
Keistimewaan Tun Bahara pula terlalu mahir bermain catur sehingga tiada siapa pun
dapat menewaskannya. Kehebatan bermain catur digambarkan seperti berikut,
Lawannya itu berfikir, ia tiada berfikir, pandang kiri, pandang kanan,,sambil
ia bersyair, dan berbait, dan bergurindam, dan berseloka.
(Sulalatus Salatin, h.154)
Berdasarkan petikan di atas, jelas menggambarkan watak Tun Bahara sebagai seorang pemain
catur yang sangat mahir dalam permainan catur sehinggakan beliau boleh bersyair, berbait,
bergurindam, dan berseloka semasa bermain catur. Oleh kerana keistimewaan tersebut, nama
Tun Bahara tercatat dan diabadikan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu sebagai salah
seorang tokoh yang berupaya menarik perhatian penulisnya.
11"
"
4.4 PEMIKIRAN
Idea penubuhan Kelab Profesional yang pertama di Malaysia iaitu Nusa Mahsuri yang
dikemukakan oleh Misbun membawa lembaran baru dalam sejarah permainan badminton di
Malaysia apabila kelab tersebut melahirkan pemain-pemain bertaraf profesioanal. Kewujudan
Nusa Mahsuri diikuti kelab-kelab yang lain seperti Kuala Lumpur Racket Club, Puchong
Badminton Club dan lain-lain. Dengan kewujudan pelbagai kelab membolehkan pertandingan
badminton antara kelab yang dinamakan Purple League yang turut disertai pemain-pemain
badminton antarabangsa telah diadakan mulai tahun 2014 sehingga kini.
Logo dan pemain-pemain yang bernaung di bawah Kelab Profesional Badminton pertama di
Malaysia – Nusa Mahsuri.
12"
"
Manakala, Tun Bahara melontarkan pemikirannya melalui permainan catur. Beliau begitu
bijak menyusun strategi sehingga digambarkan sentiasa memenangi permainan catur yang
disertainya. Pemikirannya dalam hal menyusun strategi permainan catur dijelaskan melalui
petikan berikut,
Lawannya itu berfikir, ia tiada berfikir, pandang kiri, pandang kanan,
sambil ia bersyair, dan berbait …dan jika Tun Bahara membuang sebiji
bidak ujung jua pun..
(Sulalatus Salatin,h.154)
Paparan di atas menjelaskan bagaimana Tun Bahara menggunakan serangan psikologi ke atas
lawannya apabila beliau begitu tenang dan santai semasa bermain catur dengan gambaran beliau
boleh bersyair, berbait , bergurindam dan berseloka semasa bermain catur manakala lawannya
terpaksa berfikir bersungguh-sungguh untuk menewaskannya.
4.5 PENGIKTIRAFAN
Datuk Misbun pernah dianugerahi dengan gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka iaitu
Darjah Mulia Seri Melaka (DSSM). Beliau dianugerahi dengan Ijazah Doktor Falsafah
(Pembangunan Insan) oleh Universiti Tun Hussin Onn Malaysia. Beliau juga menerima anugerah
Jurulatih Kebangsaan oleh Majlis Sukan Malaysia pada tahun 2002 dan 2009. Pada tahun 2002,
beliau menerima penghargaan khas dari Majlis Sukan Selangor serta anugerah penghargaan khas
Persatuan Badminton Melayu Malaysia.
13"
"
Bergambar bersama keluarga semasa menerima ijazah Doktor Falsafah.
Tun Bahara pula menerima pengiktirafan sebagai tokoh yang paling masyhur dalam
menguasai permainan catur di Melaka pada ketika itu. Biarpun tiada anugerah khusus yang
diperolehinya namun namanya yang tercatat dalam karya yang kini diangkat sebagai sebuah
Karya Agung amat membanggakan. Pembicaraan mengenai Tun Bahara yang diperkatakan
sehingga kini juga merupakan satu pengiktirafan yang amat besar kepada beliau.
4.6 KARYA
Sebagai seorang tokoh yang sangat istimewa dan telah banyak memberi sumbangan
dalam bidang sukan badminton, Misbun telah memperkenalkan Teknik Servis S yang boleh
dianggap karyanya yang hebat dan tiada tandingannya sehingga kini. Teknik ini dikatakan
mengelirukan pihak lawan menyebabkan pihak lawan sukar menanggapi pergerakan beliau dan
akan menyebabkan kekalahan kepada lawannya. Walaupun, Teknik Servis S itu kemudiannya
diharamkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa, sehingga kini tiada lain-lain pemain
badminton yang berjaya menghasilkan karya seumpama dengannya.
14"
"
Manakala, watak Tun Bahara memperlihatkan hasil karyanya melalui kemahiran beliau
bermain catur yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana individu di Melaka pada ketika itu
sehingga menyebabkan beliau amat dikenali disebabkan kehebatan tersebut.
5.0 PENUTUP
Sukan adalah salah satu kegiatan yang dapat merapatkan silaturrahim antara kaum.
Negara masih memerlukan sokongan yang kuat daripada semua bangsa. Pada pandangan penulis,
sukan dapat memberi ruang kerjaya yang boleh mendatangkan faedah yang besar kepada mana-
mana ahli sukan. Banyak kebaikan yang bakal diperolehi oleh ahli-ahli sukan yang aktif untuk
membina masa depan.
Adalah diharapkan setiap individu yang berkecimpung dalam bidang sukan dapat
memberikan kepakaran dan ilmu pengetahuan yang ada demi memajukan industri sukan negara
yang sedang berkembang pesat pada masa kini.
Penulis menyarankan agar penghargaan terhadap tokoh-tokoh sukan negara tidak
dianggap remeh kerana mereka telah banyak berjasa kepada negara terutamanya kerana
kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh ahli sukan mampu mengharumkan nama negara di mata
dunia. Penghargaan kepada mereka wajar diberikan kerana mereka telah mengorbankan masa,
keringat dan wang ringgit dalam usaha mencapai kejayaan tersebut. Dengan adanya penghargaan
tersebut, jasa meraka kepada negara akan sentiasa disanjung dan dikenang sepanjang zaman.
15"
"
SUMBER RUJUKAN
Ahmad Faiez (2013), Karier Sukan Di Malaysia, Selangor, Sri Bumi Pelangi Trading.
Aminuddin Yusof (2002) Stiliska, Penghantar Memahami Bahasa dalam karya Sastera,
Semarang, IKIP Semarang Press.
A. Samad Ahmad.peny. (2010), Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Ismail Hamid (1988), Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tai Lung Aik, (2013) Malaysia 500: Khazanah Insan Aset Negara, Kuala Lumpur,
Arus Intelek Sdn Bhd.
http://www.BHonline.

More Related Content

What's hot

Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikJASONYAPMUNHONG
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)saadiah alidrus
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganJimmy Mogolid
 
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandJelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandFaizah Yahya
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLim Willy
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insanabidin1961
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMNurZahidah22
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukkyoryo
 
kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015pah_cys
 
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras BahasaPenulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras BahasaHafezah Yusof
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3nasywah79
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING NurZahidah22
 
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAsmka wataniah machang, kelantan
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaKota Bharu
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaFaFai S.
 

What's hot (20)

Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
 
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandJelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
 
kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015
 
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras BahasaPenulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
 

Similar to 9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018

Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherPertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherben683958sia
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeriPei Yiing
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherbingzhen ho
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherSinceNg
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherchaisy
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherVinnie Liong
 
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERIkuangwei94
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherHong Inn Looi
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherKarren Tan
 
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherPertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherAdada Eric
 
KSSR Sejarah Tahun 6 Bab 7.pptx
KSSR Sejarah Tahun 6 Bab 7.pptxKSSR Sejarah Tahun 6 Bab 7.pptx
KSSR Sejarah Tahun 6 Bab 7.pptxssuserc3dfd2
 
Persatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysiaPersatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysiaAmykoty
 
Apakah relevannya veteran mayc
Apakah relevannya veteran maycApakah relevannya veteran mayc
Apakah relevannya veteran maycTSIVANESAN1
 
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeriPertubuhan persatuan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeriJessyca Ungat
 
Kertas kerja bulan patriotik 2016
Kertas kerja bulan patriotik 2016Kertas kerja bulan patriotik 2016
Kertas kerja bulan patriotik 2016Nik Aslili
 
Proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronas
Proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronasProposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronas
Proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronasAshraf Azim
 
kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014muhammad hilmi
 

Similar to 9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018 (20)

Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherPertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
6T KHAIRUL AL - RAZIQ.pptx
6T KHAIRUL AL - RAZIQ.pptx6T KHAIRUL AL - RAZIQ.pptx
6T KHAIRUL AL - RAZIQ.pptx
 
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherPertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
KSSR Sejarah Tahun 6 Bab 7.pptx
KSSR Sejarah Tahun 6 Bab 7.pptxKSSR Sejarah Tahun 6 Bab 7.pptx
KSSR Sejarah Tahun 6 Bab 7.pptx
 
Persatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysiaPersatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysia
 
Topik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola JaringTopik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola Jaring
 
Apakah relevannya veteran mayc
Apakah relevannya veteran maycApakah relevannya veteran mayc
Apakah relevannya veteran mayc
 
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeriPertubuhan persatuan kebangsaan dan negeri
Pertubuhan persatuan kebangsaan dan negeri
 
Kertas kerja bulan patriotik 2016
Kertas kerja bulan patriotik 2016Kertas kerja bulan patriotik 2016
Kertas kerja bulan patriotik 2016
 
Proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronas
Proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronasProposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronas
Proposel pbs sj (tun azizan zainul abidin) petronas
 
kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014
 
BUKU PROGRAM HARI SUKAN 2019.pdf
BUKU PROGRAM HARI SUKAN 2019.pdfBUKU PROGRAM HARI SUKAN 2019.pdf
BUKU PROGRAM HARI SUKAN 2019.pdf
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018 RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 manual kks syariah 2018
9304 manual kks  syariah 2018 9304 manual kks  syariah 2018
9304 manual kks syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 

Recently uploaded (12)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 

9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018

  • 1. 1" " MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018 922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 (KERJA KURSUS) PORTFOLIO CONTOH Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya seperti watak Tun Bahara dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (2003) selenggaraan A. Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. "
  • 2. 2" " PORTFOLIO DATUK HAJI MISBUN BIN DATO HAJI SIDEK SEORANG AHLI SUKAN YANG BERJAYA SEPERTI WATAK TUN BAHARA DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU. 1.0 PENGENALAN Tun Bahara adalah seorang pemain dan juara catur yang paling hebat sekali pada zamannya. Tun Bahara berasal dari negara Pasai. Beliau telah berhijrah ke Melaka dan terkenal dalam permainan catur. Tidak ada seorang pun yang berjaya mengalahkannya kecuali Tun Pikrama anak Bendahara Paduka Raja yang hanya sedikit boleh menandinginya tapi kadang-kala digelar sayur keladi oleh Tun Bahara. Tun Bahara juga mahir dalam bersyair, berbait, bergurindam dan berseloka. 1.1 KONSEP Menurut Aminudin Jusuh (2002) tokoh adalah pelaku yang mengembangkan peristiwa dalam cerita fiksyen sehingga peristiwa itu mampu menjalin suatu cerita atau unsur yang penting dalam sesuatu cerita rekaan. Menurut Ahmad Faiez (2013) ahli pula bermaksud mahir dalam sesuatu bidang manakala sukan bermaksud aktiviti yang mengandungi latihan seperti kemahiran berguna secara rekreasi dan peraturan tertentu dalam mengejar kegemilangan. Sebagai rumusannya, ahli sukan adalah seseorang yang mahir dalam bidang sukan dan mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Antara bidang sukan yang boleh diceburi ialah sukan outdoor seperti bola sepak, ragbi, hoki, kriket dan sukan indoor pula seperti catur, badminton dan permainan tradisional.
  • 3. 3" " Tokoh adalah seseorang yang memiliki kemahiran dalam suatu jenis sukan hingga ke peringkat daerah. Selain itu, tokoh tersebut menguasai teknik dan peraturan dalam permainannya. 1.2 KAJIAN LEPAS Kajian tokoh tentang ahli sukan banyak ditulis dalam bentuk biografi ataupun koleksi yang berkaitan dengan tokoh sukan. Contohnya, Buku Malaysia 500 Khazanah Insan Aset Negara ( Jilid 13 Juara Sukan ) . Buku ini memaparkan tokoh-tokoh sukan yang berjaya mencapai kecemerlangan sehingga peringkat antarabangsa seperti Nicol David dalam sukan squash, Lee Chong Wei yang sangat sinonim dengan badminton, Shalin Zulkifli dalam sukan bowling dan tokoh-tokoh lain yang ternama. 1.3 FUNGSI KAJIAN Fungsi Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan tokoh sukan yang dipilih oleh pengkaji yang mengharumkan nama negeri dan negara. Selain itu, ia bertujuan untuk menghargai jasa tokoh dalam sukan yang diceburinya. 1.4 BATASAN KAJIAN Kajian ini akan mengenalpasti ciri-ciri ahli sukan yang berjaya dalam bidangnya seperti watak Tun Bahara iaitu Datuk Haji Misbun Bin Dato’ Mohd Sidek dan juga akan membincangkan latar belakang, sumbangan, keistimewaan, pemikiran, pengiktirafan dan karya beliau.
  • 4. 4" " Datuk Haji Misbun bin Dato Haji Sidek 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini adalah untuk memenuhi kriteria lulus penuh dalam matapelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif peringkat STPM. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan garis panduan untuk mengkaji lebih lanjut mengenai tokoh ini dan tokoh-tokoh sukan lain pada masa akan datang. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Mengenalpasti ciri-ciri ahli sukan yang berjaya dalam bidangnya seperti watak Tun Bahara iaitu Datuk Haji Misbun Bin Dato’ Haji Mohd Sidek. 2.2 Membincangkan latar belakang, sumbangan, keistimewaan, pemikiran, pengiktirafan dan karya beliau.
  • 5. 5" " 3.0 KAEDAH KAJIAN 3.1 Kaedah Lapangan Kaedah kajian yang digunakan sepanjang menjalankan kerja kursus ini ialah kaedah lapangan. Keadah lapangan merupakan kajian yang melibatkan soal- selidik atau temubual. Kaedah temubual dipilih kerana keadah ini mudah untuk mendapat maklumat daripada tokoh atau pihak-pihak lain yang ada kaitan dengan tokoh. Penulis telah membuat temujanji untuk menemubual dengan tokoh seperti berikut: Bil Tarikh Tempat Masa 1 12/3/2018 Stadium Badminton Kuala Lumpur 3.00 petang 2 15/5/2018 Stadium Badminton Kuala Lumpur 4.30 petang Penulis juga telah menghubungi tokoh melalui panggilan telefon dan aplikasi teknologi terkini untuk mengetahui maklumat terkini mengenai tokoh yang dikaji. 3.2 Kaedah Kepustakaan Kaedah kepustakaan juga dijalankan untuk menyempurnakan portfolio ini. Keadah ini bertujuan mendapat bahan dan maklumat tambahan yang diperlukan. Keadah ini melibatkan usaha mencari definisi konsep dan menjelaskannya melalui penulisan pengkaji. Kajian ini telah menggunakan bahan rujukan utama iaitu Sulalatus Salatin Sejarah Melayu untuk membandingkan Tun Bahara dengan tokoh yang dikaji. Beberapa buah buku telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang tokoh yang dikaji. Sesuai dengan kaedah
  • 6. 6" " kepustakaan, penulis telah melaksanakan prosedur sepatutnya iaitu mengunjungi perpustakaan awam sepanjang menjalankan kajian ini. Berikut adalah jadual kujungan penulis ke perpustakaan. Bil Tarikh Tempat Masa 1 12/2/2018 Perpustakaan sekolah 3.00 petang 2 15/3/2018 Perpustakaan daerah/komuniti 2.30 petang 3 16/4/2018 Perpustakaan daerah/komuniti 3.00 petang 4 22/5/2018 Perpustakaan negeri 2.30 petang 4.0 ISI KAJIAN 4.1 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN/KERJAYA Nama sebenar tokoh yang dikaji ialah Misbun bin Haji Ahmad Sidek. Beliau dilahirkan di Kanchong Darat, Banting, Selangor pada 17 Februari 1960. Beliau memperolehi pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Manakala, pendidikan awalnya telah diperolehi di Banting. Seawal usia 7 tahun iaitu pada 1967 beliau telah dilatih secara serius oleh bapanya bermain badminton di hadapan rumah mereka. Bapanya, telah membina gelanggang badminton khusus untuk keperluan anak-anaknya bermain badminton. Misbun mempunyai empat orang adik-beradik iaitu Razif, Rahman , Jailani dan Rashid. Mereka mendapat latihan yang sama dari bapanya. Pada usia 16 tahun beliau telah terplih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Asia di Hong Kong dan Terbuka Australia. Setahun kemudian beliau terpilih menjalani latihan Skuad Piala Thomas. Pada usia 18 tahun, beliau telah membuktikan kehebatannya dengan mendominasi
  • 7. 7" " pertandingan badminton Peringkat Kebangsaan dengan memperolehi kemenangan dalam acara perseorangan, bergu dan bergu campuran pada tahun 1978. Misbun memenangi kejohanan antarabangsanya yang pertama dalam Terbuka Jerman pada tahun 1981. Beliau turut membantu skuad badminton Malaysia memenangi pingat perak dalam Sukan SEA pada tahun yang sama. Dalam kejohanan tersebut, beliau telah menewaskan Liem Swie King dari Indonesia yang pada ketika itu merupakan Juara All England. Rentak kecemerlangan dalam sukan badminton ialah apabila beliau dianugerahkan Olahragwan Malaysia pada tahun 1983. Sebelum itu, pada tahun 1982 beliau telah menewaskan Morten Frost dari Belanda dan Prakash Padukone dari India tetapi dikecewakan oleh Liem Swie King pada perlawanan akhir dalam Kejohanan Dunia yang diadakan di Kuala Lumpur. Pada bulan Oktober 1983, Misbun menjadi pemain badminton bertaraf profesional di bawah kendalian International Management Group. Karier Misbun berakhir dengan cemerlang apabila memenangi Piala Thomas menewaskan Indonesia pada 1988 dan bersara setahun kemudian iaitu pada usia 29 tahun. Manakala, ahli sukan yang berjaya dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ialah Tun Bahara yang berasal dari Pasai dan berhijrah ke Melaka. Seperti tokoh kajian iaitu Misbun Haji Sidek yang mahir dalam permainan badminton, Tun Bahara merupakan pemain catur yang sangat mahir dan tiada yang dapat menandingi kehebatan beliau bermain catur di Melaka. 4.2 SUMBANGAN Misbun memberikan sumbangan sebagai Jurulatih Perseorangan kepada adiknya sendiri iaitu Rashid dalam Kejohanan Piala Thomas pada tahun 1992. Tugas kejurulatihan berterusan apabila beliau turut menjadi jurulatih kepada Roslin Hashim dan Mohamad Hafiz Hashim serta
  • 8. 8" " Lee Chong Wei. Beliau merupakan Jurulatih Perseorangan Lelaki Malaysia dari tahun 2003- 2010. Sentuhan magis Misbun telah membolehkan Lee Chong Wei menjuarai beberapa kejohanan dunia. Antaranya ialah Kejohanan Dunia 2005 di Anaheim dengan menjuarai Perseorangan Lelaki . Seterusnya, menjuarai Perseorangan Lelaki dalam Kejohanan Commonwealth pada tahun 2006, Asean Games di Doha juga pada tahun 2006 dan Kejohanan Piala Thomas pada tahun 2008 di Jakarta. Atas semangat cintakan sukan badminton beliau telah melahirkan Nusa Mahsuri pada 10 April 1997. Antara tujuan Nusa Mahsuri ditubuhkan adalah untuk melahirkan akademi badminton profesional dalam melatih pemain badminton bertaraf dunia. Nusa Mahsuri turut bertindak sebagai pusat latihan dalam kalangan pemain profesional. Selain itu, peranan lain Nusa Mahsuri yang dikendalikan oleh Misbun ialah menjadi perunding kepada mana-mana kelab, sekolah, universiti atau persatuan sukan yang memerlukan khidmat perunding. Kelab ini juga diibaratkan sebagai penyambung wadah yang berkemampuan mencungkil bakat–bakat baru dan membantu persatuan Badminton Malaysia ke arah pembangunan badminton itu sendiri. Kesemua usaha yang dilakukan oleh beliau adalah bagi memartabatkan sukan badminton di puncak tertinggi. Manakala, Tun Bahara seperti yang digambarkan dalam SS mengangkat martabat catur apabila tiada seorang pun mampu menewaskannya kecuali yang dapat bersaing sedikit dengan beliau iaitu Tun Pikrama anak Bendahara Paduka Raja. Sumbangan lain Tun Pikrama ialah mempopularkan permainan catur dalam kalangan rakyat Melaka sebagaimana yang dinyatakan dalam petikan berikut,
  • 9. 9" " Maka bercaturlah Tun Bahara itu dengan orang Melaka…Maka segala orang yang tahu- tahu bercatur, semuanya alah olehnya, seorang pun tiada dapat melawan dia,… (Sulalatus Salatin, h.154) 4.3 KEISTIMEWAAN Keistimewaan Misbun sebagai seorang pemain badminton menyerlah dalam usia yang sangat muda iaitu pada usia 7 tahun dan dilatih pula oleh bapanya sendiri iaitu Dato’ Haji Sidek Kamar. Pada usia 18 tahun, beliau telah terpilih sebagai pemain perseorangan ketiga untuk skuad Piala Thomas yang mewakili negara pada ketika itu. Keistimewaan Datuk Misbun Sidek tidak dapat dinafikan lagi khususnya dalam memperkenalkan Teknik Servis S yang menimbulkan kontoversi kemudiannya. Teknik Servis S Pukulan Bulu Tangkis telah mula digunakan pada 1970an. Teknik yang mengelirukan pihak lawan ini memberikan impak yang besar dalam pertandingan badminton. Teknik Servis S ini diharamkan sepenuhnya pada 1981 oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF). Selain itu, keistimewaan beliau juga terletak pada pukulan pancung yang mematikan pergerakan pihak lawan. Kemuncak kerjaya beliau sebagai jurulatih ialah apabila beliau berjaya mengekalkan kejuaraan Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia selama 6 tahun berturut-turut. Pada tahun 2016, beliau bertindak sebagai jurulatih membantu skuad badminton Denmark menjuarai Piala Thomas buat kali pertama di Malaysia.
  • 10. 10" " Teknik servis S (sidek ) yang diharamkan IBF Selain berkecimpung dalam sukan badminton beliau dan ahli keluarganya turut menghasilkan siri animasi Anak-Anak Sidek bermula pada tahun 1999-2003 melibatkan 39 episod dan juga komik dalam judul yang sama . Komik berbentuk autobiografi yang memaparkan kehidupan anak-anak Sidek itu telah dihasilkan pada tahun 1995-2005. Keistimewaan Tun Bahara pula terlalu mahir bermain catur sehingga tiada siapa pun dapat menewaskannya. Kehebatan bermain catur digambarkan seperti berikut, Lawannya itu berfikir, ia tiada berfikir, pandang kiri, pandang kanan,,sambil ia bersyair, dan berbait, dan bergurindam, dan berseloka. (Sulalatus Salatin, h.154) Berdasarkan petikan di atas, jelas menggambarkan watak Tun Bahara sebagai seorang pemain catur yang sangat mahir dalam permainan catur sehinggakan beliau boleh bersyair, berbait, bergurindam, dan berseloka semasa bermain catur. Oleh kerana keistimewaan tersebut, nama Tun Bahara tercatat dan diabadikan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu sebagai salah seorang tokoh yang berupaya menarik perhatian penulisnya.
  • 11. 11" " 4.4 PEMIKIRAN Idea penubuhan Kelab Profesional yang pertama di Malaysia iaitu Nusa Mahsuri yang dikemukakan oleh Misbun membawa lembaran baru dalam sejarah permainan badminton di Malaysia apabila kelab tersebut melahirkan pemain-pemain bertaraf profesioanal. Kewujudan Nusa Mahsuri diikuti kelab-kelab yang lain seperti Kuala Lumpur Racket Club, Puchong Badminton Club dan lain-lain. Dengan kewujudan pelbagai kelab membolehkan pertandingan badminton antara kelab yang dinamakan Purple League yang turut disertai pemain-pemain badminton antarabangsa telah diadakan mulai tahun 2014 sehingga kini. Logo dan pemain-pemain yang bernaung di bawah Kelab Profesional Badminton pertama di Malaysia – Nusa Mahsuri.
  • 12. 12" " Manakala, Tun Bahara melontarkan pemikirannya melalui permainan catur. Beliau begitu bijak menyusun strategi sehingga digambarkan sentiasa memenangi permainan catur yang disertainya. Pemikirannya dalam hal menyusun strategi permainan catur dijelaskan melalui petikan berikut, Lawannya itu berfikir, ia tiada berfikir, pandang kiri, pandang kanan, sambil ia bersyair, dan berbait …dan jika Tun Bahara membuang sebiji bidak ujung jua pun.. (Sulalatus Salatin,h.154) Paparan di atas menjelaskan bagaimana Tun Bahara menggunakan serangan psikologi ke atas lawannya apabila beliau begitu tenang dan santai semasa bermain catur dengan gambaran beliau boleh bersyair, berbait , bergurindam dan berseloka semasa bermain catur manakala lawannya terpaksa berfikir bersungguh-sungguh untuk menewaskannya. 4.5 PENGIKTIRAFAN Datuk Misbun pernah dianugerahi dengan gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka iaitu Darjah Mulia Seri Melaka (DSSM). Beliau dianugerahi dengan Ijazah Doktor Falsafah (Pembangunan Insan) oleh Universiti Tun Hussin Onn Malaysia. Beliau juga menerima anugerah Jurulatih Kebangsaan oleh Majlis Sukan Malaysia pada tahun 2002 dan 2009. Pada tahun 2002, beliau menerima penghargaan khas dari Majlis Sukan Selangor serta anugerah penghargaan khas Persatuan Badminton Melayu Malaysia.
  • 13. 13" " Bergambar bersama keluarga semasa menerima ijazah Doktor Falsafah. Tun Bahara pula menerima pengiktirafan sebagai tokoh yang paling masyhur dalam menguasai permainan catur di Melaka pada ketika itu. Biarpun tiada anugerah khusus yang diperolehinya namun namanya yang tercatat dalam karya yang kini diangkat sebagai sebuah Karya Agung amat membanggakan. Pembicaraan mengenai Tun Bahara yang diperkatakan sehingga kini juga merupakan satu pengiktirafan yang amat besar kepada beliau. 4.6 KARYA Sebagai seorang tokoh yang sangat istimewa dan telah banyak memberi sumbangan dalam bidang sukan badminton, Misbun telah memperkenalkan Teknik Servis S yang boleh dianggap karyanya yang hebat dan tiada tandingannya sehingga kini. Teknik ini dikatakan mengelirukan pihak lawan menyebabkan pihak lawan sukar menanggapi pergerakan beliau dan akan menyebabkan kekalahan kepada lawannya. Walaupun, Teknik Servis S itu kemudiannya diharamkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa, sehingga kini tiada lain-lain pemain badminton yang berjaya menghasilkan karya seumpama dengannya.
  • 14. 14" " Manakala, watak Tun Bahara memperlihatkan hasil karyanya melalui kemahiran beliau bermain catur yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana individu di Melaka pada ketika itu sehingga menyebabkan beliau amat dikenali disebabkan kehebatan tersebut. 5.0 PENUTUP Sukan adalah salah satu kegiatan yang dapat merapatkan silaturrahim antara kaum. Negara masih memerlukan sokongan yang kuat daripada semua bangsa. Pada pandangan penulis, sukan dapat memberi ruang kerjaya yang boleh mendatangkan faedah yang besar kepada mana- mana ahli sukan. Banyak kebaikan yang bakal diperolehi oleh ahli-ahli sukan yang aktif untuk membina masa depan. Adalah diharapkan setiap individu yang berkecimpung dalam bidang sukan dapat memberikan kepakaran dan ilmu pengetahuan yang ada demi memajukan industri sukan negara yang sedang berkembang pesat pada masa kini. Penulis menyarankan agar penghargaan terhadap tokoh-tokoh sukan negara tidak dianggap remeh kerana mereka telah banyak berjasa kepada negara terutamanya kerana kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh ahli sukan mampu mengharumkan nama negara di mata dunia. Penghargaan kepada mereka wajar diberikan kerana mereka telah mengorbankan masa, keringat dan wang ringgit dalam usaha mencapai kejayaan tersebut. Dengan adanya penghargaan tersebut, jasa meraka kepada negara akan sentiasa disanjung dan dikenang sepanjang zaman.
  • 15. 15" " SUMBER RUJUKAN Ahmad Faiez (2013), Karier Sukan Di Malaysia, Selangor, Sri Bumi Pelangi Trading. Aminuddin Yusof (2002) Stiliska, Penghantar Memahami Bahasa dalam karya Sastera, Semarang, IKIP Semarang Press. A. Samad Ahmad.peny. (2010), Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Ismail Hamid (1988), Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tai Lung Aik, (2013) Malaysia 500: Khazanah Insan Aset Negara, Kuala Lumpur, Arus Intelek Sdn Bhd. http://www.BHonline.