SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
APAKAH RELEVANNYA VETERAN MAYC?
MAYC DALAM SEJARAH PERGERAKAN BELIA DI MALAYSIA
TUN DR. MAHATHIR RASMIKAN KELAB VETERAN MAYC MALAYSIA
1. Pada 29 Mei, 2010 di Hotel M Suites di Johor Bharu Tun Dr. Mahathir, selaku mantan
Naib Presiden MAYC di waktu presidennya Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman, telah
merasmikan penubuhan Kelab Veteran MAYC Malaysia
2. Dalam ucapan mengalu-ngalukan kehadiran Tun Dr. Mahathir saya telah menyatakan
rasional Kelab Veteran MAYC ditubuhkan. Oleh kerana Tun Dr. Mahathir adalah tokoh
yang disegani dalam majlis itu maka ucapan saya mengenai sejarah pergerakan belia di
negara ini agak terbatas. Ucapan saya kepada Veteran MAYC di Ipoh Perak pada 21 Mei,
2010 telah menghuraikan dengan lebih jelas lagi perkara tersebut.
SEBELUM MERDEKA
3. Sebelum Merdeka kegiatan belia di dalam negara tertumpu kepada pergerakan
Pengakap, Briged St. John Ambulan dan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS). Saya terlibat di dalam 'Wolf Cub' atau anak serigala, iaitu pengakap
muda, waktu saya belajar di Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani. Senior saya, dalam
pergerakan pengakap pada waktu itu ialah Sdr. Sidek Ghouse dan Sdr. Dato' Syed Ahmad
Idid yang lebih terkenal dengan kegiatannya dalam The Fraternity of Adventurous. Saya
kenal Sdr. Sidek Ghouse dan Tuan Syed Ahmad Idid (kini Dato') waktu saya di Sekolah
Ibrahim Sungai Petani, dari tahun 1954 hingga tahun 1956, walau pun mereka tidak kenal
saya di waktu itu. Mereka berdua telah bersetuju melantik saya menjadi Setiausaha Agung
MAYC pada tahun 1972 apabila saya diperkenalkan kepada mereka oleh Sdr. Taib Wahab
yang menjadi Setiausaha Kerja MAYC di waktu itu. Sdr. Taib kenal saya sejak beliau
menjadi pelajar di Institut Teknologi MARA.
4. Pertubuhan Pengakap, Briged St. John dan GPMS bergiat di dalam sekolah-sekolah,
sementara di luar sekolah pula sudah ada pertubuhan Tamil Bell, Hindu Youth, YMCA dan
YWCA.
1948 - GPMS
5. GPMS telah ditubuhkan pada 15 Ogos, 1948 oleh Encik Aminuddin Baki, Encik Abd.
Wahab Ariff, Encik Mohd Nor Marahakim, Encik Abdul Majid dan Ce' Siti Hasmah (kini
Tun Dr) di waktu mereka menjadi mahasiswa di Raffles College dan Kolej Perubatan King
Edward di Singapura. Ianya ialah hasil keputusan Konvensyen Pelajar Melayu Seluruh
Semenanjung yang diadakan pada tahun 1948. Sebelum GPMS ditubuhkan pengasas-
pengasasnya telah bergerak cergas dalam Malay Boys League Penang Free School (1937),
Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution (1945) dan Kesatuan Penuntut Melayu
Selangor (1947).
1949 - YSG > MHYC - 1957
6. Pada 11 Disember, 1949 belia Hindu telah memulakan gerakan mereka di pekarangan
Chettiar Hall, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atas nama 'Youth Spiritual Group'. Pada tahun 1951
'Kuala Lumpur Hindu Youth Organization' telah didaftarkan. Diikuti dengan pendaftaran
Hindu Youth Orgaanization (HYO) di Klang dan Ipoh pada tahun 1957. Pada 27 Disember,
1957, iaitu setelah Merdeka, Konvensyen Belia Hindu Pertama telah diadakan di Ipoh di
mana Malayan Hindu Youth Council (MHYC) telah ditubuhkan dengan motto 'Service
Above Self'. Penaja MHYC ini ialah 1. Encik Satkunam a/l Dr. Unipathy Kandiah, 2. Encik
Shanmuganathan a/l Saravanamuthu, 3. Encik Kumarakulasingam a/l Saravanamuthu, 4.
Encik Vijayaratnam a/l Saravanamuthu, 5. Encik Senatirajah a/l Murugesu, 6. Encik
Balasundram a/l Murugesu, 7. Encik Selvanayagam a/l Kanagasabai, 8. Encik Selvarajak a/l
Kandiah, 9. Encik Kanagaratnam a/l Sinniah, 10. Encik Navaratnam a/l Sundram, dan 11.
Encik Shanmuganathan a/l Govindasami.
1954 - TAMIL BELL
7. Sementara MHYC merupakan kelab yang membataskan keahliannya kepada yang
beragama Hindu, sebagaimana YMCA dan YWCA dianggotai oleh orang-orang yang
beragama Kristian, ada sebuah kelab lagi yang diasaskan oleh kaum India tetapi
membataskan keanggotaannya kepada bangsa, seperti GPMS untuk orang-orang Melayu,
iaitu Kelab Tamil Bell yang ditubuhkan pada tahun 1954.
SETELAH MERDEKA
8. Setelah Merdeka pergerakan Pengakap dan Briged St. John Ambulan tetap giat di sekolah-
sekolah sementara GPMS, MHYC, TAMIL BELL, YMCA, YWCA dan lain-lain kelab
bergerak di luar sekolah.
1956 - MAYC
9. MAYC telah ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Tan Sri Mubin Shepherd yang menjadi
Penasihat British kepada Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Abdul
Rahman, yang kemudiannya, apabila Malaya Merdeka, telah menjadi Yang Di Pertuan
Agong Yang Pertama. Tan Sri Mubin Shepherd ialah Presiden MAYC yang pertama.
Hubungan Tan Sri Mubin Shepherd dengan kerabat di raja Negeri Sembilan telah
memudahkan beliau melatih Tunku Abdullah ibn Almarhum Tuanku Abdul Rahman sebagai
penggantinya menjadi Presiden MAYC kedua apabila beliau berhenti apabila Malaya
Merdeka. Tan Sri Mubin Shepherd telah menganut agama Islam dan bersama-sama dengan
Tengku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, bergerak di dalam
PERKIM.
10. Perkahwinan KDYMM Sultan Kedah dengan puteri Yang Di Pertuan Besar Negeri
Sembilan, Tuanku Bahiyah telah mendekatkan Tan Sri Mubin Shepherd dengan kerabat di
raja Kedah sehingga seorang dari anggota kerabat di raja Kedah telah menaja penubuhan dan
memimpin Kelab Belia Yan yang kemudiannya menjadi kelab belia gabungan MAYC yang
pertama di Kedah. Secara kebetulan ayahanda saya Junid sempat menjadi ahli yang aktif
dalam bidang bola sepak dalam kelab itu.
1961 - PKPIPTM > PKPIM - 1965
11. Sementara itu membaranya semangat keagamaan di kalangan pelajar-pelajar universiti
telah melahirkan Perstauan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah
Melayu (PKPIPTM) yang ditubuhkan pada 31 Mac, 1961 bertempat di asrama kedua
Universiti Malaya. Namanya ditukar menjadi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) pada 29 September, 1965 selaras dengan penubuhan Malaysia. Persatuan Pelajar
Islam ini telah diasaskan oleh 10 orang pelajar dari lima Institut Pendidikan Tinggi dalam
negara. Mereka ialah: 1. Sdr. Sulaiman Hj. Nordin (Pengerusi - Maktab Pertanian Malaysia
sekarang Universiti Pertanian Malaysia), 2. Sdr. Ahmad Johari (Setiausaha - Maktab
Pertanian Malaysia), 3. Sdr. Wan Jaafar Abdullah (Universiti Malaya), 4. Sdr. Mohd Ghazali
Abdullah (Universiti Malaya), 5. Sdr. Azizuddin Meor Hamzah (Maktab Teknik Kuala
Lumpur sekarang Universiti Teknologi Malaysia), 6.Sdr. Annuar Hj. Abd. Razak (Maktab
Teknik Kuala Lumpur), 7. Sdr. Ismail Ibrahim (Kolej Islam Malaya sekarang Maktab
Perguruan Islam), 8. Sdr. Ahmad Awang (Kolej Islam Malaya), 9. Sdr. Ab. Rahman Hj. Taib
(Maktab Perguruan Bahasa), 10. Sdr. Zainal Adnan Yang Yahya (Maktab Perguruan Bahasa).
Presiden pertama PKPIM ialah Sdr. Hanafiah Ahmad (1961-1962). Dengan wujudnya
PKPIM maka gerakan belia dan pelajar yang berorientasi ugama menjadi tiga iaitu Hindu
Youth, YMCA; YWCA dan PKPIM.
1966 - 4B
12. Oleh kerana MAYC ialah sebuah NGO maka kegiatannya dibiayai oleh penderma-
penderma yang menyokong program belia. Lama kelamaan jumlah ahli MAYC telah
bertambah dan dalam satu lawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dato' Senu
Abdul Rahman telah ditanya sebabnya kelab belia seperti MAYC tidak dapat bantuan
kerajaan. Dato' Senu telah menjelaskan bahawa tidak ada peruntukan khas dari kementerian
untuk kegiatan belia; Kementerian Kebajikan Masyarakat kadangkala membantu tetapi lebih
atas pertimbangan budi bicara sahaja. Jika pergerakan belia inginkan peruntukan mungkin
boleh diperolehi dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Walau
bagaimana pun oleh kerana KPNLB itu ialah satu kementerian untuk membantu Bumiputera
sahaja maka MAYC yang mempunyai ahli dari berbilang kaum tidak layak mendapat
bantuan. Begitu penjelas Dato' Senu.
.13. Dalam perbincangan lain dengan Dato' Senu, setelah perasmian satu majlis Pergerakan
Pemuda UMNO Seremban di Nilai, Dato' Senu telah memberitahu wujudnya sebuah gerakan
belia di Amerika Syarikat yang bernama 4H. 4H membawa erti tangan (Hand), fikiran
(Head), hati (Heart) dan kesihatan (Health). Ikrar anggota kelab 4H ini ialah:
I pledge
my Head to clearer thinking,
my Heart to greater loyalty,
my Hand to larger service,
my Health to better living.
Oleh kerana agak susah untuk memberi nama mengikut orientasi kegiatan maka 4B diertikan
sebagai berfikir (B), bersatu (B), belajar (B) dan berkhidmat (B).
14. Gerakan Belia 4B telah diwujudkan pada 12 April, 1966. Walau pun yang memainkan
peranan untuk menubuhkan Gerakan Belia 4B ialah YM Engku Mohsein Abdul Kadir selaku
Menteri Muda Kementerian Belia dan Sukan dibantu oleh Encik Abdullah Malim Baginda
selaku Penolong Pengarah Belia di Kementerian Belia dan Sukan, tetapi orang kuat Dato'
Senu Abdul Rahman iaitu Encik Mohd Kassim Shah telah diketengahkan sebagai Presiden
Gerakan Belia 4B yang pertama dari tahun 1965 hingga tahun 1969. Presiden yang kedua
ialah Dato' Hj. Shuhaimi Kamaruddin. Dengan tertubuhkan pertubuhan belia 4B maka
wujudlah sebuah lagi kelab yang mewakili hanya belia-belia Melayu selain GPMS.
15. Mengingatkan respon atas soalan bantuan kepada MAYC dan maklumat mengenai
pergerakan belia 4H di Amerika Syarikat oleh Dato' Senu maka saya, Dato' Ayob Yahya dan
beberapa orang ahli belia, termasuk yang menjadi ahli MAYC, yang juga menjadi ahli
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah keluar dari MAYC dan menubuhkan belia 4B di
Seremban
16. Walau pun alasan yang diberi untuk menubuhkan Gerakan Belia 4B ialah kerana banyak
kelab belia yang tidak bergabung dengan MAYC, sebab yang saya fahami, pada waktu
itu, ialah seperti yang diberitahu oleh Dato' Senu Abdul Rahman yang berkaitan dengan
bantuan kerajaan. Apabila saya terlibat dalam politik lebih lama barulah saya sedari bahawa
dengan keluarnya ramai belia-belia Melayu dari MAYC untuk masuk ke dalam 4B maka
tokoh-tokoh UMNO yang memimpin MAYC di waktu itu, seperti Tun Dr. Mahathir, juga
ditinggal oleh ahli-ahli MAYC yang menjadi ahli-ahli UMNO kerana mereka keluar dari
MAYC untuk menjadi ahli 4B.
17. Oleh kerana majoriti ahli MAYC beragama Islam, dan memandang kepada perlunya
pendidikan agama Islam di kalangan ahli MAYC maka saya telah mewujudkan sebuah
jawatankuasa dakwah di dalam Jawatankuasa Pusat MAYC. Walau bagaiman pun saya dapati
kegiatannya tidak mencukupi dan sebuah pergerakan belia baru perlu ditubuhkan untuk
bergiat dalam bidang dakwah Islamiah. Saya mencadangankan di dalam mesyuarat
jawatankuasa pusat MAYC untuk menubuhkan Angkatan Dakwah Malaysia atau singkatnya
ADAM. Saya berharap belia-belia boleh bergerak di dalam pertubuhan ADAM sehingga
keakhir hayat. Walau bagaimana pun Ustaz Usman Bakar dari Kampung Gajah yang giat di
dalam PKPIM menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya dalam PKPIM berpendapat
adalah lebih baik badan dakwah yang baru, jika hendak ditubuhkan eloklah sebagai
pergerakan belia kerana untuk orang-orang dewasa sudah ada Persatuan Ulama dan Darul
Arqam yang juga sedang ditibuhkan. Ustaz Usman Bakar memberitahu kepada saya bahawa
nama yang sesuai ialah ABIM atau Angkatan Belia Islam Malaysia. Saya pun membatalkan
rancangan menubuhkan ADAM dan ikut bersama dengan rakan-rakan dalam PKPIM,
GPMS dan 4B untuk turut menajakan ABIM.
1972 - ABIM
18. Pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sebuah
jawatankuasa telah diwujudkan untuk menubuh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Pengerusinya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah. Kemudiannya, dalam muktamar pertama
ABIM pada tahun 1972 Ustaz Ghazali Nawawi ( kini Pengerusi sekaligus pengasas Akademi
Al Quran Medic Malaysia, selepas beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Professor di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) telah dipilih menjadi Presiden ABIM yang
pertama, Sdr. Sanusi Junid menjadi Naib Presiden dan kemudiannya, setelah Sdr. Anwar
Ibrahim melepaskan jawatannya dalam PKPIM beliau telah dilantik menjadi Setiausaha
Agung ABIM. Saya berasa bangga kerana ibu pejabat ABIM yang pertama, waktu
didaftarkan ialah rumah saya di No. 3, Lorong Batai Dalam, Damansara Heights, Kuala
Lumpur. Kewujudan ABIM menambahkan lagi kelab belia berorientasikan agama di dalam
negara.
1975 - GBB
19. Pada tahun 1975, setelah memenangi kerusi Parlimen kawasan Muar Datuk Dr. Neo Yee
Pan telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Sebelum beliau
berpindah menjadi Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 1978 beliau telah memerhatikan
peranan yang dimainkan melalui pergerakan belia 4B khasnya dan gerakan belia 'amnya, oleh
pemimpin-pemimpin UMNO, untuk mendapatkan tempat di dalam politik. Lantaran itulah
beliau menjadi katalis untuk penubuhan Gerakan Belia Bersatu (GBB) yang anggotanya
terdiri dari belia-belia keturunan China yang menganggotai MCA. Dr. Neo Yee Pan berjaya
untuk menduduki tempat pertama dalam MCA apabila Tan Sri Lee San Choon meletakkan
jawatan pada 25 Mac, 1983. Dengan penubuhan Gerakan Belia Bersatu (GBB) untuk belia
keturunan China maka bertambahlah lagi kelab belia yang anggotanya terdiri dari satu kaum
saja, di samping kelab-kelab belia yang sedia ada seperti Tamil Bell untuk belia keturunan
India sahaja dan 4B untuk belia keturunan Melayu sahaja.
20. Oleh itu, peranan MAYC sangatlah penting kerana pertubuhan-pertubuhan belia yang lain
adalah tertumpu kepada agama tertentu seperti Hindu Youth, YMCA dan YWCA atau
dihadkan keahliannya mengikut bangsa seperti Tamil Bell, GBB, 4B dan GPMS. Dengan
wujudnya MAYC semua kaum dari berbilang agama dapat disatukan dengan kegiatan yang
relevan untuk belia, kerana tujuan MAYC ditubuhkan ialah untuk memberi kesempatan
kepada generasi muda dari berbilang kaum dan berbilang agama, dengan berbagai bahasa
ibunda untuk bergiat bersama dalam berbagai kegiatan sosial, sukan, kebajaijan dan
kebudayaan supaya mereka mengenal satu sama lain dengan lebih akratb lagi.
MAYC MENCADANGKAN PENUBUHAN KEMENTERIAN UNTUK BELIA
21. Memandang kepada keengganan KPNLB turut membiayai kelab multi-racial sebaliknya
pembiayaannya terbatas kepada belanjawan Kementerian Kebajikan Masyarakat yang
terbatas, maka MAYC, dalam mesyuarat agungnya pada tahun 1963 telah mencadangkan
Kementerian Belia ditubuhkan untuk menjaga kepentingan belia. Berikutan dengan cadangan
MAYC maka Kementerian Belia dan Sukan telah ditubuhkan pada 15 Mei, 1964. Dengan
tertubuhnya Kementerian Belia dan Sukan maka MAYC juga boleh kekal sebagai kelab yang
anggotanya terdiri dari berbilang bangsa, berbilang agama dan berbilang bahasa dan boleh
mendapat bentuan kerajaan sebagai kelab yang melambangkan 1Malaysia.
HAD UMUR BAGI PERTUBUHAN BELIA
22. Di waktu 4B ditubuhkan keanggotaannya dihadkan kepada belia yang berumur tidak
lebih dari 40 tahun. Had umur ini telah ditambah oleh Presiden 4B ke 2 Dato' Hj. Shuhaimi
Kamaruddin, di waktu beliau memimpin 4B, untuk membolehkan 4B terus dipimpin olehnya
apabila umurnya meningkat.
PENDERMA UMUMNYA BERUMUR LEBIH 40 TAHUN
23. MAYC tidak pernah bersetuju dengan cadangan untuk menghadkan umur kepada 40
tahun, kerana pengalaman kelab-kelab belia di Jepun seperti YUAI Youth Club dan NIPPON
KENSEI KAI yang keahlian anggotanya dibolehkan sampai ke akhir hayat. Rasional yang
dipegang oleh kelab-kelab belia Jepun untuk tidak menghadkan umur di bawah 40 tahun
ialah untuk membebaskan ahli dan pemimpin belia dari kongkongan politik berparti.
Lojiknya ialah sesebuah kelab belia itu memerlukan biaya untuk bergerak. Oleh kerana
dermawan di Jepun ialah di kalangan mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, atau pun
dari kalangan mereka yang sudah berpindah dari hanya menjadi ahli perniagaan yang berjiwa
Confucius kepada dermawan yang berjiwa Mencius maka para penderma mahu menderma
jika mereka dibenarkan untuk menjadi ahli dan menghadiri mesyuarat agung kelab untuk
memastikan derma mereka tidak disalahgunakan. Walau pun mereka yang umurnya lebih 40
tahun ingin hadir dalam mesyuarat agung kelab tetapi mereka tidak berminat memegang
sebarang jawatan kecuali, mungkin, sebagai pemeriksa kira-kira sahaja. Di Jepun, kelab-
kelab belia mereka tidak terikat kepada pemerintah kerana kerajaan tidak membiayai mereka.
Malahan Perdana Menteri Jepun biasanya dari salah sebuah kelab belia di Jepun, dan mereka
memahami aspirasi orang-orang muda di Jepun.
24. Walau pun Kementerian Belia dan Sukan telah ditubuhkan atas desakan MAYC melalui
usulnya di dalam mesyuarat agung tetapi, secara perbandingan, MAYC paling sedikit
mendapat bantuan pihak kementerian jika dibandingkan dengan kelab-kelab belia lain. Ini
tidak menjadi masalah bagi MAYC kerana ahli-ahli MAYC yang umurnya lebih 40 tahun
lumayan menderma untuk kegiatan-kegiatan MAYC. MAYC malah bebas bergerak di mana
saja tanpa sekatan politik oleh mana-mana pihak.
PENGARUH BELIA DALAM POLITIK
25. Walau pun MAYC mempunyai ahli dari berbilang kaum, agama dan bahasa, tetapi
majoriti ahli MAYC adalah penyokong UMNO, parti-parti komponen dalam Perikatan dan
kemudiannya Barisan Nasional. Ada juga ahli-ahli MAYC menjadi ahli-ahli dan pemimpin
dalam parti PAS dan DAP seperti Zainal Rampak dan P. Patto. Di satu masa dulu, di waktu
saya menjadi Setiausaha Agung UMNO lebih 40 peratus perwakilan dalam Perhimpunan
Agung UMNO terdiri dari pemimpin atau bekas pemimpin MAYC.
26. Banyak sekali Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar,
selain jumlah yang cukup ramai yang menjadi Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan
Negeri-Negeri dari kalangan pemimpin dan bekas pemimpin dan ahli MAYC. Kelab-kelab
belia selain MAYC juga mempunyai ramai pemimpin dan ahli dari berbagai peringkat yang
memainkan peranan dalam perubuhan politik berbagai parti. Ini menjadi bukti bahawa kelab-
kelab belia telah menjadi gelanggang latihan untuk seseorang itu belajar memimpin.
27. Berbagai program telah dilaksanakan oleh MAYC untuk membangun kekuatan mental,
jasad dan rohaniah (MENJARO) ahli-ahli dalam mempersiapkan belia dan beliawanis dalam
menghadapi cabaran hidup dalam bidang politik, ekonomi dan masyarakat (POLEMAS).
Sumbangan kelab-kelab belia dalam pembangunan negara adalah sesuatu yang nyata dan
tidak dapat dinafikan.
DEMONSTRASI TAHUN 1974
28. Pada tahun 1974 sebuah demonstrasi, yang dianggap menentang kerajaan, telah diadakan
di mana tokoh-tokoh belia dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan
Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah turut mengambil bahagian yang
cergas. Oleh kerana pemimpin ABIM dan pemimpin Majlis Belia Malaysia (MBM) pada
waktu itu adalah sama maka Kementerian Belia dan Sukan di mana Pengarah Belianya ialah
Dato' Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) telah mencadangkan untuk mengharamkan MBM
dan menubuhkan badan induk baru untuk belia bernama MAJLIS BELIA KEBANGSAAN
(MBK). Rancangan ini didukung oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah
pimpinan Dato' Harun Idris yang juga menjadi Menteri Besar Selangor dan pergerakan belia
4B yang dipimpin oleh Dato' Hj. Shuhaimi Kamaruddin, iaitu anak saudara Dato' Harun.
29. Majlis Belia Kebangsaan (MBK) yang dicadangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan
itu mempunyai struktur baru di mana setiap kelab belia akan menjadi cawangan kepada kelab
induknya, dan ketua kelab cawangan dilantik oleh Presiden kelab induk, seperti kelab 4B di
waktu itu, umur ahli kelab belia dibataskan kepada 40 tahun ke bawah dan pemimpin Majlis
Belia Negeri (MBN) dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri sesebuah negeri.
MAYC MENENTANG PENGHARAMAN MBM DAN RANCANGAN PENUBUHAN
MBK
30. MAYC telah menentang rancangan kerajaan untuk mengharamkan MBM kerana pada
pendapat MAYC keputusan untuk mengadakan demonstrasi itu tidak pernah dibuat dalam
mesyuarat MBM dan MBM tidak boleh disalahkan. MAYC juga menentang rancangan
Kementerian Belia dan Sukan untuk menubuhkan MBK di bawah struktur barunya. Pada
pendapat MAYC kebebasan belia akan terbantut apabila dermawan yang umurnya di atas 40
tahun tidak dibenarkan menjadi ahli MAYC dan semua kegiatan MAYC terpaksa bergantung
kepada biaya belas kasih pihak kerajaan; menjadikan semua kelab-kelab gabungan sebagai
cawangan kelab induk dan ketuanya dilantik oleh Presiden kelab induk akan membunuh
semangat demokrasi dalam pemilihan pemimpin di peringkat kelab, dan pemimpin kelab
cawangan hanyalah dari kalangan belia yang jinak dengan pemimpin atasan; lantikan
pengerusi MBN oleh Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri pula mengongkong kegiatan
politik belia dan membawa risiko pemilihan pengerusi MBN diasaskan kepada orientasi
politik MB dan KM yang tidak semestinya dari parti yang dipersetujui oleh ahli-ahli MAYC.
Struktur ini hanya menguntungkan Dato' Harun dan Dato' Haji Shuhaimi selaku Ketua
Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua 4B kerana merekalah yang akan menentukan siapa yang
menjadi Pengerusi MBN, iaitu pemimpin 4B yang ditunjuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia kepada MB.
MAYC KELUAR DARI MBM
31. Oleh kerana Pengarah Belia di waktu itu telah mengetahui MAYC menentang penubuhan
MBK sebagai ganti kepada MBM maka pemimpin-pemimpin MAYC telah diberitahu
bahawa kerajaan akan mengharamkan MBM dan mengikut Akta Pertubuhan apabila badan
induk MBM diharamkan maka semua kelab yang bergabung dengan MBM akan menjadi
haram dan tidak sah wujud lagi. Apabila MAYC mengetahui mengenai ancaman ini maka
MAYC di dalam mesyuarat agungnya telah memutus untuk keluar dari bergabung dengan
MBM sebelum MBM diharamkan. Dengan cara ini maka MAYC tidak haram apabila MBM
diharamkan. Yang haram ialah kelab-kelab yang masih bergabung dengan MBM.
PERDANA MENTERI TUN ABDUL RAZAK SOKONG PENDIRIAN MAYC
32. Tindakan drastik MAYC kerana keluar dari MBM telah menarik perhatian Tun Abdul
Razak, dan beliau telah menjemput saya ke rumahnya pada satu pagi sebelum Tun ke
mesyuarat kabinet. Saya telah menjelaskan kepada Allahyarham Tun sebab-sebab MAYC
menentang pengharaman MBM kerana MAYC tidak menganggap MBM terlibat dalam
demonstrasi kerana MAYC sebagai anggota MBM tidak pernah merestuinya, dan tidak ada
keputusan mesyuarat MBM untuk berdemonstrasi. MAYC juga menentang rancangan
penubuhan MBK oleh Kementerian Belia dan Sukan kerana MAYC menganggap struktur
MBK akan melemahkan semangat demokrasi dan semangat juang belia-belia di masa akan
datang. Pemimpin belia di masa akan datang akan terdiri dari mereka yang patuh dan ingin
mengekalkan jawatan walaupun bertentangan dengan prinsip. Belia akan hilang keberanian
dengan terbantut demokrasi dalam sistem pemilihan pemimpin. Pemimpin belia di masa yang
akan datang hanya akan menjadi pengikut Dato' Harun dan Dato' Haji Shuhaimi. MAYC
bukan belia sedemikian.
33. Tun Abdul Razak bersetuju dengan pendirian MAYC dan terus membatalkan rancangan
penubuhan MBK.
MAYC KEMBALI MENJADI ANGGOTA MBM
34. Apabila saya menyerah pimpinan MAYC kepada Dato' Syed Hamid Albar perkara yang
pertama yang diputuskan oleh MAYC di bawah pimpinan baru ialah untuk mengembalikan
MAYC ke dalam MBM. Bagi saya ini bukanlah sesuatu yang tidak baik kerana MBM itu
ialah MBM yang kekal wujud kerana perjuangan MAYC jua. Dato' Syed Hamid, yang belum
bergiat di dalam MAYC di waktu peristiwa MAYC keluar dari MBM berlaku, mungkin tidak
mengetahui sebab MAYC bertindak demikian dan tidak merasakan kehebatan MAYC
mempertahankan nama baik MBM di waktu itu.
IDE SIAPAKAH UNTUK MENGHARAMKAN MBM DAN MERANCANGKAN
PENUBUHAN MBK?
35.. Entah kenapa, apabila Ketua Pengarah Belia waktu MBM hendak diharamkan, menjadi
Timbalan Perdana Menteri, dalam lawatan beliau ke Kedah di mana saya menjadi Menter
Besarnya, beliau telah tarik saya ketepi hanya untuk membisik bahawa beliau dan saya adalah
sependapat mengenai tentangan saya terhadap pengharaman MBM dan Penubuhan
MBK.
36. Malangnya, apabila Ketua Pengarah Belia yang sama menjadi Perdana Menteri Malaysia
Ke 5 seorang Menteri yang tidak pernah terlibat dalam kegiatan belia telah melaksanakan
program yang hampir sama dengan yang dicadangkan oleh Ketua Pengarah Belia, yang sama,
di masa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hendak mengharamkan MBM dan
menubuhkan MBK, di zaman Tun Abdul Razak dahulu.
37. Jelas sekali MAYC di zaman Perdana Menteri ke 5 tidak pernah mengeluarkan pendapat
untuk mempertahankan pendirian MAYC sebelumnya. Mungkin kerana MAYC Kebangsaan
tidak rajin mengadakan mesyuarat agung sebagaimana yang dikehendaki oleh
perlembagaannya. Walau bagaimana pun mereka berminat kepada pendapatan yang
diperolehi dari harta MAYC walau pun hutangnya tidak diuruskan.
MAYC KINI
38. Saya difahamkan, sementara semua kelab belia yang ada di negara ini sudah pun ditubuh
semula di bawah struktur baru yang dikehendaki oleh kerajaan pihak MAYC yang saya
tinggal sudah tidak bermesyuarat agung sepanjang lebih 5 tahun, dan MAYC baru pun masih
menunggu mesyuarat agung penubuhannya.
39. Sementara pergerakan belia kini bergerak dengan lembab jika dibandingkan dengan masa
yang lalu, Kementerian Belia dan Sukan pula dibeban dengan berbagai jenis kegiatan sukan
seperti Piala Thomas dan Uber (di mana kita gagal mara ke perlawanan akhir) dan Piala Bola
Sepak Dunia di Afrika Selatan di mana kita hanya berjaya menghantar seorang pengadil
sahaja iaitu saudara Subkidin Mohd Saleh.
PENUTUP
40. Jika Barisan Nasional berasa cemas dengan sambutan generasi muda terhadap
pemerintahan ianya dapat difahami jika pihak kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada
kegiatan pertubuhan-pertubuhan belia. Kegiatan parti pembangkang masakini diterajui oleh
pemimpin-pemimpin yang ramai pernah gigih di dalam pergerakan belia di masa lalu,
sedangkan pemimpin muda dalam parti kerajaan masa kini telah tidak terdedah kepada
gelombang aktiviti pergerakan belia.
41. Soalannya ialah samada kuda-kuda yang dididik di dalam gelanggang mampu berlumba
dengan kuda sarkas di kandang dan seterusnya dengan kuda lumba di padang..
42. Dalam keadaan negara memerlukan barisan pelapis yang dinamik dan bertanggungjawab,
lebih-lebih lagi dengan keadaan persengketaan antara kaum dan di dalam setiap kaum belia
perlu didedah, dilatih dipimpin dan diajar memimpin supaya rakyat dapat bersatu dengan
pengalaman bersama, penderitaan bersama dan azam untuk bersatu disemarakkan semula.
43. Melalui pertubuhan-pertubuhan belia kerajaan dan masyarakat boleh menggerakkan
tenaga muda dalam usaha membasmi kemiskinan, pengangguran, maksiat, gejala sosial,
dadah dan sebagainya. Belia dan beliawanis boleh memainkan peranan menyatupadukan
rakyat Malaysia.
MAYC KEBANGSAAN MENOLAK SEBARANG
USAHA YANG MENGELIRUKAN AHLI-AHLI
MAYC
KENYATAAN AKHBAR (MAYC)
MAYC KEBANGSAAN MENOLAK SEBARANG USAHA YANG MENGELIRUKAN
AHLI-AHLI MAYC.
1. Pada hari ini, Ahad, 26 September, 2010, satu “Mesyuarat Agung Tahunan MAYC”
dikatakan diadakan di suatu Dewan di Wisma Belia MAYC.
2. Ianya , secara kononnya, bersandarkan suatu Notis Mesyuarat Agung yang ditandatangani
oleh seorang yang bernama Syed Abdul Rahman (SAR), kononnya, beliau adalah Setiausaha
Agung MAYC.
3. SAR memanglah seorang Setiausaha Agung MAYC semenjak dilantik pada tahun 2005,
bagaimanapun Perlembagaan MAYC hanya memberikan kuasa kepadanya hanya untuk
tempoh dua (2) tahun sahaja. Kami merujuk kepada Fasal 18 Perlembagaan MAYC.
4. Semenjak tahun 2006 hingga 2010, MAYC Kebangsaan tidak pernah menjalankan
Mesyuarat Agung Tahunannya.
5. Pada 31 Julai 2010, satu Mesyuarat Agung Tahunan MAYC telah diadakan dan Saudara
Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi telah dipilih sebagai Presiden MAYC bagi sessi
2010-2012. Ianya telah mendapat liputan yang luas oleh pihak media sendiri. Dan
pemilihanya amat disenangi oleh kepimpinan utama Negara.
6. Meskipun terdapat “bantahan” yang mana prosedur bantahan tersebut amat diragui, satu
pertemuan antara JK MAYC Kebangsaan 2010-2012 dengan YB Menteri Belia dan
Sukan pada 02 September, 2010 (hari Khamis) berkesudahan dengan ditetapkan satu Panel
Penyelesaian Pertikaian (PPP) menurut Seksyen 29(2) Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia 2007 (Akta668). Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Dato’ Ketua
Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan
Penasihat Undang-undang KBS.
7. Bagaimanapun tarikh Bicara untuk PPP masih belum ditetapkan oleh pihak ROY.
8. Kami juga difahamkan bahawa “Mesyuarat Agung Tahunan” yang diadakan pada hari
ini hanya dipanggil ahli-ahli yang tertentu dan juga turut dihadiri oleh bukan perwakilan
MAYC yang sah.
9. Kami juga telah disahkan bahawa tiada jemputan hadir Mesyuarat kepada majoriti ahli
MAYC melebihi 200 kelab belia berdaftar. Kepimpinan MAYC Negeri dan MAYC Kawasan
secara majoritinya juga turut tidak dipanggil.
10. Apa yang sedang berlaku hari ini ialah suatu manifestasi anti-demokrasi yang cuba
ditunjukkan kepada masyarakat khususnya golongan belia. Dan sikap sebegini amat ditentang
oleh Perlembagaan Persekutuan.
11. “Mesyuarat Agung Tahunan” yang hanya memanggil “ahli terpilih (selected members)”
sudah pasti akan difahami sebagai “ada sesuatu yang ingin diselindungkan” atau mempunyai
tujuan-tujuan yang berniat jahat (malafide).
12. Justeru, kami mempunyai tanggungjawab sosial malah ia sebenarnya suatu tanggungjawab
legal untuk menolak sebarang usaha yang cuba mengelirukan ahli-ahli MAYC, khususnya
para belia di seluruh Negara.
Bertarikh 26/09/2010
AZMI BIN ISMAIL, Naib Presiden MAYC Kebangsaan
AHMAD ANSOR, Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan
Oleh dan bagi pihak MAYC Kebangsaan
ESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KEBANGSAAN 2012
1. Prakata Awal
1955-2005
Tertubuhnya suatu badan gabungan kelab-kelab belia di Malaysia
yang dinamakan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia
(PKBM) yang dikenali umum sebagai MAYC.
Tegar wujud dan teguhnya organisasi MAYC ialah pada jumlah
keahlian dan keaktifan ahli-ahlinya (iaitu kelab-kelab
gabungannya).
60 tahun liku perjalanan organisasinya telah melahirkan ribuan
pemimpin negara, pemimpin politik, pemimpin masyarakat,
pemimpin kebudayaan dan pemimpin organisasi belia yang lain.
KBS, Belia 4B, ABIM, GBB, MBF
MAYC punya sejarah kuat dalam arus pergerakan belia Malaysia
kerana dari gerak getar arus perjuangan belia MAYC dan rancak
riak ahli gabungannya maka tercetus dan lahirnya suatu
Kementerian baru di dalam Kabinet Malaysia iaitu Kementerian
Kebudayan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan -
KBS)
Di atas premis yang sama juga tercipta lahir wujud dan/atau
bantu terbina organisasi belia yang lain iaitu Pertubuhan Gerakan
Belia 4B Malaysia (Belia 4B), Gerakan Belia Bersatu, (juga)
merancak pertumbuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
seterusnya menjadi sebab (tertubuhnya) Majlis Belia Felda.
MBM, MBN, MBD
MAYC (kerana ianya sebuah badan gabungan kelab-kelab belia),
ianya menjadi pemangkin penubuhan Majlis Belia Negeri di setiap
negeri dan Majlis Belia Daerah/Kawasan (kerana keaktifan kelab-
kelab belia gabungan MAYC).
Ku Iskandar mengumumkan sedang menantikan maklum balas pihak Mustafa
berkenaan kompromi
Walaupun ketika itu MAYC keluar sebagai badan gabungan Majlis
Belia Malaysia (MBM), MAYC terus menjamin MBM kekal sebagai
Badan Belia Bukan Kerajaan (NGYO) dan terselamatnya MBM
menjadi organisasi separuh Kerajaan (partly GO) seperti Majlis
Kebudayaan, Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan.
Apakah relevannya veteran mayc

More Related Content

What's hot

Bab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Bab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah KemerdekaanBab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Bab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah KemerdekaanMohd Sofian
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherHong Inn Looi
 
Tokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraTokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraQishin Norham
 
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaEmpat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaMiz Arien
 
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherPertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherAdada Eric
 
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam MelayuPengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam MelayuUniversiti Kebangsaan Malaysia
 
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )Khalidah Abd Hadi
 
Persatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysiaPersatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysiaAmykoty
 
Penubuhan Malaysia
Penubuhan Malaysia Penubuhan Malaysia
Penubuhan Malaysia mumtaz92
 
Bab7 t3
Bab7 t3Bab7 t3
Bab7 t3Cg Man
 
Tokoh PKS Negeri Johor- Ibu Zain
Tokoh PKS Negeri Johor- Ibu ZainTokoh PKS Negeri Johor- Ibu Zain
Tokoh PKS Negeri Johor- Ibu Zainqashah09
 

What's hot (14)

Gerakan Islah
Gerakan IslahGerakan Islah
Gerakan Islah
 
Bab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Bab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah KemerdekaanBab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Bab 4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
 
Gerakan islah
Gerakan islahGerakan islah
Gerakan islah
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
Tokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraTokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negara
 
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaEmpat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
 
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherPertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam MelayuPengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
 
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
 
Persatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysiaPersatuan sukan malaysia
Persatuan sukan malaysia
 
Penubuhan Malaysia
Penubuhan Malaysia Penubuhan Malaysia
Penubuhan Malaysia
 
Bab7 t3
Bab7 t3Bab7 t3
Bab7 t3
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Tokoh PKS Negeri Johor- Ibu Zain
Tokoh PKS Negeri Johor- Ibu ZainTokoh PKS Negeri Johor- Ibu Zain
Tokoh PKS Negeri Johor- Ibu Zain
 

Similar to Apakah relevannya veteran mayc

SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOHSEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOHPuteri Cahaya
 
Laporan tahunan
Laporan tahunanLaporan tahunan
Laporan tahunanazieEizara
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuladykathy
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Brenda Rachel Marie
 
Gerakan Islam Alam Melayu
Gerakan Islam Alam MelayuGerakan Islam Alam Melayu
Gerakan Islam Alam Melayufaliqlutfi
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherKarren Tan
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherPertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherben683958sia
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeriPei Yiing
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherbingzhen ho
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherSinceNg
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherchaisy
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherVinnie Liong
 
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERIkuangwei94
 
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling Rasikha Hansi
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 

Similar to Apakah relevannya veteran mayc (20)

SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOHSEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
SEJARAH 940/4 - PBS SEJARAH TOKOH
 
Laporan tahunan
Laporan tahunanLaporan tahunan
Laporan tahunan
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
 
sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
 
Isl 1
Isl 1Isl 1
Isl 1
 
Gerakan Islam Alam Melayu
Gerakan Islam Alam MelayuGerakan Islam Alam Melayu
Gerakan Islam Alam Melayu
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri anotherPertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
Pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
1.4 pertubuhan sukan kebangsaan dan negeri another
 
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI
1.4 PERTUBUHAN SUKAN KEBANGSAAN DAN NEGERI
 
Ajaran sesat
Ajaran sesatAjaran sesat
Ajaran sesat
 
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 

Apakah relevannya veteran mayc

  • 1. APAKAH RELEVANNYA VETERAN MAYC? MAYC DALAM SEJARAH PERGERAKAN BELIA DI MALAYSIA TUN DR. MAHATHIR RASMIKAN KELAB VETERAN MAYC MALAYSIA 1. Pada 29 Mei, 2010 di Hotel M Suites di Johor Bharu Tun Dr. Mahathir, selaku mantan Naib Presiden MAYC di waktu presidennya Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman, telah merasmikan penubuhan Kelab Veteran MAYC Malaysia 2. Dalam ucapan mengalu-ngalukan kehadiran Tun Dr. Mahathir saya telah menyatakan rasional Kelab Veteran MAYC ditubuhkan. Oleh kerana Tun Dr. Mahathir adalah tokoh yang disegani dalam majlis itu maka ucapan saya mengenai sejarah pergerakan belia di negara ini agak terbatas. Ucapan saya kepada Veteran MAYC di Ipoh Perak pada 21 Mei, 2010 telah menghuraikan dengan lebih jelas lagi perkara tersebut. SEBELUM MERDEKA 3. Sebelum Merdeka kegiatan belia di dalam negara tertumpu kepada pergerakan Pengakap, Briged St. John Ambulan dan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Saya terlibat di dalam 'Wolf Cub' atau anak serigala, iaitu pengakap muda, waktu saya belajar di Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani. Senior saya, dalam pergerakan pengakap pada waktu itu ialah Sdr. Sidek Ghouse dan Sdr. Dato' Syed Ahmad Idid yang lebih terkenal dengan kegiatannya dalam The Fraternity of Adventurous. Saya kenal Sdr. Sidek Ghouse dan Tuan Syed Ahmad Idid (kini Dato') waktu saya di Sekolah Ibrahim Sungai Petani, dari tahun 1954 hingga tahun 1956, walau pun mereka tidak kenal saya di waktu itu. Mereka berdua telah bersetuju melantik saya menjadi Setiausaha Agung MAYC pada tahun 1972 apabila saya diperkenalkan kepada mereka oleh Sdr. Taib Wahab yang menjadi Setiausaha Kerja MAYC di waktu itu. Sdr. Taib kenal saya sejak beliau menjadi pelajar di Institut Teknologi MARA. 4. Pertubuhan Pengakap, Briged St. John dan GPMS bergiat di dalam sekolah-sekolah, sementara di luar sekolah pula sudah ada pertubuhan Tamil Bell, Hindu Youth, YMCA dan YWCA. 1948 - GPMS 5. GPMS telah ditubuhkan pada 15 Ogos, 1948 oleh Encik Aminuddin Baki, Encik Abd. Wahab Ariff, Encik Mohd Nor Marahakim, Encik Abdul Majid dan Ce' Siti Hasmah (kini Tun Dr) di waktu mereka menjadi mahasiswa di Raffles College dan Kolej Perubatan King Edward di Singapura. Ianya ialah hasil keputusan Konvensyen Pelajar Melayu Seluruh Semenanjung yang diadakan pada tahun 1948. Sebelum GPMS ditubuhkan pengasas- pengasasnya telah bergerak cergas dalam Malay Boys League Penang Free School (1937),
  • 2. Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution (1945) dan Kesatuan Penuntut Melayu Selangor (1947). 1949 - YSG > MHYC - 1957 6. Pada 11 Disember, 1949 belia Hindu telah memulakan gerakan mereka di pekarangan Chettiar Hall, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atas nama 'Youth Spiritual Group'. Pada tahun 1951 'Kuala Lumpur Hindu Youth Organization' telah didaftarkan. Diikuti dengan pendaftaran Hindu Youth Orgaanization (HYO) di Klang dan Ipoh pada tahun 1957. Pada 27 Disember, 1957, iaitu setelah Merdeka, Konvensyen Belia Hindu Pertama telah diadakan di Ipoh di mana Malayan Hindu Youth Council (MHYC) telah ditubuhkan dengan motto 'Service Above Self'. Penaja MHYC ini ialah 1. Encik Satkunam a/l Dr. Unipathy Kandiah, 2. Encik Shanmuganathan a/l Saravanamuthu, 3. Encik Kumarakulasingam a/l Saravanamuthu, 4. Encik Vijayaratnam a/l Saravanamuthu, 5. Encik Senatirajah a/l Murugesu, 6. Encik Balasundram a/l Murugesu, 7. Encik Selvanayagam a/l Kanagasabai, 8. Encik Selvarajak a/l Kandiah, 9. Encik Kanagaratnam a/l Sinniah, 10. Encik Navaratnam a/l Sundram, dan 11. Encik Shanmuganathan a/l Govindasami. 1954 - TAMIL BELL 7. Sementara MHYC merupakan kelab yang membataskan keahliannya kepada yang beragama Hindu, sebagaimana YMCA dan YWCA dianggotai oleh orang-orang yang beragama Kristian, ada sebuah kelab lagi yang diasaskan oleh kaum India tetapi membataskan keanggotaannya kepada bangsa, seperti GPMS untuk orang-orang Melayu, iaitu Kelab Tamil Bell yang ditubuhkan pada tahun 1954. SETELAH MERDEKA 8. Setelah Merdeka pergerakan Pengakap dan Briged St. John Ambulan tetap giat di sekolah- sekolah sementara GPMS, MHYC, TAMIL BELL, YMCA, YWCA dan lain-lain kelab bergerak di luar sekolah. 1956 - MAYC 9. MAYC telah ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Tan Sri Mubin Shepherd yang menjadi Penasihat British kepada Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Abdul Rahman, yang kemudiannya, apabila Malaya Merdeka, telah menjadi Yang Di Pertuan Agong Yang Pertama. Tan Sri Mubin Shepherd ialah Presiden MAYC yang pertama. Hubungan Tan Sri Mubin Shepherd dengan kerabat di raja Negeri Sembilan telah memudahkan beliau melatih Tunku Abdullah ibn Almarhum Tuanku Abdul Rahman sebagai penggantinya menjadi Presiden MAYC kedua apabila beliau berhenti apabila Malaya Merdeka. Tan Sri Mubin Shepherd telah menganut agama Islam dan bersama-sama dengan Tengku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, bergerak di dalam PERKIM.
  • 3. 10. Perkahwinan KDYMM Sultan Kedah dengan puteri Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Bahiyah telah mendekatkan Tan Sri Mubin Shepherd dengan kerabat di raja Kedah sehingga seorang dari anggota kerabat di raja Kedah telah menaja penubuhan dan memimpin Kelab Belia Yan yang kemudiannya menjadi kelab belia gabungan MAYC yang pertama di Kedah. Secara kebetulan ayahanda saya Junid sempat menjadi ahli yang aktif dalam bidang bola sepak dalam kelab itu. 1961 - PKPIPTM > PKPIM - 1965 11. Sementara itu membaranya semangat keagamaan di kalangan pelajar-pelajar universiti telah melahirkan Perstauan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) yang ditubuhkan pada 31 Mac, 1961 bertempat di asrama kedua Universiti Malaya. Namanya ditukar menjadi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada 29 September, 1965 selaras dengan penubuhan Malaysia. Persatuan Pelajar Islam ini telah diasaskan oleh 10 orang pelajar dari lima Institut Pendidikan Tinggi dalam negara. Mereka ialah: 1. Sdr. Sulaiman Hj. Nordin (Pengerusi - Maktab Pertanian Malaysia sekarang Universiti Pertanian Malaysia), 2. Sdr. Ahmad Johari (Setiausaha - Maktab Pertanian Malaysia), 3. Sdr. Wan Jaafar Abdullah (Universiti Malaya), 4. Sdr. Mohd Ghazali Abdullah (Universiti Malaya), 5. Sdr. Azizuddin Meor Hamzah (Maktab Teknik Kuala Lumpur sekarang Universiti Teknologi Malaysia), 6.Sdr. Annuar Hj. Abd. Razak (Maktab Teknik Kuala Lumpur), 7. Sdr. Ismail Ibrahim (Kolej Islam Malaya sekarang Maktab Perguruan Islam), 8. Sdr. Ahmad Awang (Kolej Islam Malaya), 9. Sdr. Ab. Rahman Hj. Taib (Maktab Perguruan Bahasa), 10. Sdr. Zainal Adnan Yang Yahya (Maktab Perguruan Bahasa). Presiden pertama PKPIM ialah Sdr. Hanafiah Ahmad (1961-1962). Dengan wujudnya PKPIM maka gerakan belia dan pelajar yang berorientasi ugama menjadi tiga iaitu Hindu Youth, YMCA; YWCA dan PKPIM. 1966 - 4B 12. Oleh kerana MAYC ialah sebuah NGO maka kegiatannya dibiayai oleh penderma- penderma yang menyokong program belia. Lama kelamaan jumlah ahli MAYC telah bertambah dan dalam satu lawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dato' Senu Abdul Rahman telah ditanya sebabnya kelab belia seperti MAYC tidak dapat bantuan kerajaan. Dato' Senu telah menjelaskan bahawa tidak ada peruntukan khas dari kementerian untuk kegiatan belia; Kementerian Kebajikan Masyarakat kadangkala membantu tetapi lebih atas pertimbangan budi bicara sahaja. Jika pergerakan belia inginkan peruntukan mungkin boleh diperolehi dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Walau bagaimana pun oleh kerana KPNLB itu ialah satu kementerian untuk membantu Bumiputera sahaja maka MAYC yang mempunyai ahli dari berbilang kaum tidak layak mendapat bantuan. Begitu penjelas Dato' Senu.
  • 4. .13. Dalam perbincangan lain dengan Dato' Senu, setelah perasmian satu majlis Pergerakan Pemuda UMNO Seremban di Nilai, Dato' Senu telah memberitahu wujudnya sebuah gerakan belia di Amerika Syarikat yang bernama 4H. 4H membawa erti tangan (Hand), fikiran (Head), hati (Heart) dan kesihatan (Health). Ikrar anggota kelab 4H ini ialah: I pledge my Head to clearer thinking, my Heart to greater loyalty, my Hand to larger service, my Health to better living. Oleh kerana agak susah untuk memberi nama mengikut orientasi kegiatan maka 4B diertikan sebagai berfikir (B), bersatu (B), belajar (B) dan berkhidmat (B). 14. Gerakan Belia 4B telah diwujudkan pada 12 April, 1966. Walau pun yang memainkan peranan untuk menubuhkan Gerakan Belia 4B ialah YM Engku Mohsein Abdul Kadir selaku Menteri Muda Kementerian Belia dan Sukan dibantu oleh Encik Abdullah Malim Baginda selaku Penolong Pengarah Belia di Kementerian Belia dan Sukan, tetapi orang kuat Dato' Senu Abdul Rahman iaitu Encik Mohd Kassim Shah telah diketengahkan sebagai Presiden Gerakan Belia 4B yang pertama dari tahun 1965 hingga tahun 1969. Presiden yang kedua ialah Dato' Hj. Shuhaimi Kamaruddin. Dengan tertubuhkan pertubuhan belia 4B maka wujudlah sebuah lagi kelab yang mewakili hanya belia-belia Melayu selain GPMS. 15. Mengingatkan respon atas soalan bantuan kepada MAYC dan maklumat mengenai pergerakan belia 4H di Amerika Syarikat oleh Dato' Senu maka saya, Dato' Ayob Yahya dan beberapa orang ahli belia, termasuk yang menjadi ahli MAYC, yang juga menjadi ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah keluar dari MAYC dan menubuhkan belia 4B di Seremban 16. Walau pun alasan yang diberi untuk menubuhkan Gerakan Belia 4B ialah kerana banyak kelab belia yang tidak bergabung dengan MAYC, sebab yang saya fahami, pada waktu itu, ialah seperti yang diberitahu oleh Dato' Senu Abdul Rahman yang berkaitan dengan bantuan kerajaan. Apabila saya terlibat dalam politik lebih lama barulah saya sedari bahawa dengan keluarnya ramai belia-belia Melayu dari MAYC untuk masuk ke dalam 4B maka tokoh-tokoh UMNO yang memimpin MAYC di waktu itu, seperti Tun Dr. Mahathir, juga ditinggal oleh ahli-ahli MAYC yang menjadi ahli-ahli UMNO kerana mereka keluar dari MAYC untuk menjadi ahli 4B. 17. Oleh kerana majoriti ahli MAYC beragama Islam, dan memandang kepada perlunya pendidikan agama Islam di kalangan ahli MAYC maka saya telah mewujudkan sebuah jawatankuasa dakwah di dalam Jawatankuasa Pusat MAYC. Walau bagaiman pun saya dapati kegiatannya tidak mencukupi dan sebuah pergerakan belia baru perlu ditubuhkan untuk bergiat dalam bidang dakwah Islamiah. Saya mencadangankan di dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MAYC untuk menubuhkan Angkatan Dakwah Malaysia atau singkatnya
  • 5. ADAM. Saya berharap belia-belia boleh bergerak di dalam pertubuhan ADAM sehingga keakhir hayat. Walau bagaimana pun Ustaz Usman Bakar dari Kampung Gajah yang giat di dalam PKPIM menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya dalam PKPIM berpendapat adalah lebih baik badan dakwah yang baru, jika hendak ditubuhkan eloklah sebagai pergerakan belia kerana untuk orang-orang dewasa sudah ada Persatuan Ulama dan Darul Arqam yang juga sedang ditibuhkan. Ustaz Usman Bakar memberitahu kepada saya bahawa nama yang sesuai ialah ABIM atau Angkatan Belia Islam Malaysia. Saya pun membatalkan rancangan menubuhkan ADAM dan ikut bersama dengan rakan-rakan dalam PKPIM, GPMS dan 4B untuk turut menajakan ABIM. 1972 - ABIM 18. Pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sebuah jawatankuasa telah diwujudkan untuk menubuh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pengerusinya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah. Kemudiannya, dalam muktamar pertama ABIM pada tahun 1972 Ustaz Ghazali Nawawi ( kini Pengerusi sekaligus pengasas Akademi Al Quran Medic Malaysia, selepas beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) telah dipilih menjadi Presiden ABIM yang pertama, Sdr. Sanusi Junid menjadi Naib Presiden dan kemudiannya, setelah Sdr. Anwar Ibrahim melepaskan jawatannya dalam PKPIM beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Agung ABIM. Saya berasa bangga kerana ibu pejabat ABIM yang pertama, waktu didaftarkan ialah rumah saya di No. 3, Lorong Batai Dalam, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Kewujudan ABIM menambahkan lagi kelab belia berorientasikan agama di dalam negara. 1975 - GBB 19. Pada tahun 1975, setelah memenangi kerusi Parlimen kawasan Muar Datuk Dr. Neo Yee Pan telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Sebelum beliau berpindah menjadi Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 1978 beliau telah memerhatikan peranan yang dimainkan melalui pergerakan belia 4B khasnya dan gerakan belia 'amnya, oleh pemimpin-pemimpin UMNO, untuk mendapatkan tempat di dalam politik. Lantaran itulah beliau menjadi katalis untuk penubuhan Gerakan Belia Bersatu (GBB) yang anggotanya terdiri dari belia-belia keturunan China yang menganggotai MCA. Dr. Neo Yee Pan berjaya untuk menduduki tempat pertama dalam MCA apabila Tan Sri Lee San Choon meletakkan jawatan pada 25 Mac, 1983. Dengan penubuhan Gerakan Belia Bersatu (GBB) untuk belia keturunan China maka bertambahlah lagi kelab belia yang anggotanya terdiri dari satu kaum saja, di samping kelab-kelab belia yang sedia ada seperti Tamil Bell untuk belia keturunan India sahaja dan 4B untuk belia keturunan Melayu sahaja. 20. Oleh itu, peranan MAYC sangatlah penting kerana pertubuhan-pertubuhan belia yang lain adalah tertumpu kepada agama tertentu seperti Hindu Youth, YMCA dan YWCA atau dihadkan keahliannya mengikut bangsa seperti Tamil Bell, GBB, 4B dan GPMS. Dengan wujudnya MAYC semua kaum dari berbilang agama dapat disatukan dengan kegiatan yang
  • 6. relevan untuk belia, kerana tujuan MAYC ditubuhkan ialah untuk memberi kesempatan kepada generasi muda dari berbilang kaum dan berbilang agama, dengan berbagai bahasa ibunda untuk bergiat bersama dalam berbagai kegiatan sosial, sukan, kebajaijan dan kebudayaan supaya mereka mengenal satu sama lain dengan lebih akratb lagi. MAYC MENCADANGKAN PENUBUHAN KEMENTERIAN UNTUK BELIA 21. Memandang kepada keengganan KPNLB turut membiayai kelab multi-racial sebaliknya pembiayaannya terbatas kepada belanjawan Kementerian Kebajikan Masyarakat yang terbatas, maka MAYC, dalam mesyuarat agungnya pada tahun 1963 telah mencadangkan Kementerian Belia ditubuhkan untuk menjaga kepentingan belia. Berikutan dengan cadangan MAYC maka Kementerian Belia dan Sukan telah ditubuhkan pada 15 Mei, 1964. Dengan tertubuhnya Kementerian Belia dan Sukan maka MAYC juga boleh kekal sebagai kelab yang anggotanya terdiri dari berbilang bangsa, berbilang agama dan berbilang bahasa dan boleh mendapat bentuan kerajaan sebagai kelab yang melambangkan 1Malaysia. HAD UMUR BAGI PERTUBUHAN BELIA 22. Di waktu 4B ditubuhkan keanggotaannya dihadkan kepada belia yang berumur tidak lebih dari 40 tahun. Had umur ini telah ditambah oleh Presiden 4B ke 2 Dato' Hj. Shuhaimi Kamaruddin, di waktu beliau memimpin 4B, untuk membolehkan 4B terus dipimpin olehnya apabila umurnya meningkat. PENDERMA UMUMNYA BERUMUR LEBIH 40 TAHUN 23. MAYC tidak pernah bersetuju dengan cadangan untuk menghadkan umur kepada 40 tahun, kerana pengalaman kelab-kelab belia di Jepun seperti YUAI Youth Club dan NIPPON KENSEI KAI yang keahlian anggotanya dibolehkan sampai ke akhir hayat. Rasional yang dipegang oleh kelab-kelab belia Jepun untuk tidak menghadkan umur di bawah 40 tahun ialah untuk membebaskan ahli dan pemimpin belia dari kongkongan politik berparti. Lojiknya ialah sesebuah kelab belia itu memerlukan biaya untuk bergerak. Oleh kerana dermawan di Jepun ialah di kalangan mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, atau pun dari kalangan mereka yang sudah berpindah dari hanya menjadi ahli perniagaan yang berjiwa Confucius kepada dermawan yang berjiwa Mencius maka para penderma mahu menderma jika mereka dibenarkan untuk menjadi ahli dan menghadiri mesyuarat agung kelab untuk memastikan derma mereka tidak disalahgunakan. Walau pun mereka yang umurnya lebih 40 tahun ingin hadir dalam mesyuarat agung kelab tetapi mereka tidak berminat memegang sebarang jawatan kecuali, mungkin, sebagai pemeriksa kira-kira sahaja. Di Jepun, kelab- kelab belia mereka tidak terikat kepada pemerintah kerana kerajaan tidak membiayai mereka. Malahan Perdana Menteri Jepun biasanya dari salah sebuah kelab belia di Jepun, dan mereka memahami aspirasi orang-orang muda di Jepun.
  • 7. 24. Walau pun Kementerian Belia dan Sukan telah ditubuhkan atas desakan MAYC melalui usulnya di dalam mesyuarat agung tetapi, secara perbandingan, MAYC paling sedikit mendapat bantuan pihak kementerian jika dibandingkan dengan kelab-kelab belia lain. Ini tidak menjadi masalah bagi MAYC kerana ahli-ahli MAYC yang umurnya lebih 40 tahun lumayan menderma untuk kegiatan-kegiatan MAYC. MAYC malah bebas bergerak di mana saja tanpa sekatan politik oleh mana-mana pihak. PENGARUH BELIA DALAM POLITIK 25. Walau pun MAYC mempunyai ahli dari berbilang kaum, agama dan bahasa, tetapi majoriti ahli MAYC adalah penyokong UMNO, parti-parti komponen dalam Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional. Ada juga ahli-ahli MAYC menjadi ahli-ahli dan pemimpin dalam parti PAS dan DAP seperti Zainal Rampak dan P. Patto. Di satu masa dulu, di waktu saya menjadi Setiausaha Agung UMNO lebih 40 peratus perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO terdiri dari pemimpin atau bekas pemimpin MAYC. 26. Banyak sekali Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, selain jumlah yang cukup ramai yang menjadi Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri-Negeri dari kalangan pemimpin dan bekas pemimpin dan ahli MAYC. Kelab-kelab belia selain MAYC juga mempunyai ramai pemimpin dan ahli dari berbagai peringkat yang memainkan peranan dalam perubuhan politik berbagai parti. Ini menjadi bukti bahawa kelab- kelab belia telah menjadi gelanggang latihan untuk seseorang itu belajar memimpin. 27. Berbagai program telah dilaksanakan oleh MAYC untuk membangun kekuatan mental, jasad dan rohaniah (MENJARO) ahli-ahli dalam mempersiapkan belia dan beliawanis dalam menghadapi cabaran hidup dalam bidang politik, ekonomi dan masyarakat (POLEMAS). Sumbangan kelab-kelab belia dalam pembangunan negara adalah sesuatu yang nyata dan tidak dapat dinafikan. DEMONSTRASI TAHUN 1974 28. Pada tahun 1974 sebuah demonstrasi, yang dianggap menentang kerajaan, telah diadakan di mana tokoh-tokoh belia dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah turut mengambil bahagian yang cergas. Oleh kerana pemimpin ABIM dan pemimpin Majlis Belia Malaysia (MBM) pada waktu itu adalah sama maka Kementerian Belia dan Sukan di mana Pengarah Belianya ialah Dato' Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) telah mencadangkan untuk mengharamkan MBM dan menubuhkan badan induk baru untuk belia bernama MAJLIS BELIA KEBANGSAAN (MBK). Rancangan ini didukung oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah pimpinan Dato' Harun Idris yang juga menjadi Menteri Besar Selangor dan pergerakan belia 4B yang dipimpin oleh Dato' Hj. Shuhaimi Kamaruddin, iaitu anak saudara Dato' Harun.
  • 8. 29. Majlis Belia Kebangsaan (MBK) yang dicadangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan itu mempunyai struktur baru di mana setiap kelab belia akan menjadi cawangan kepada kelab induknya, dan ketua kelab cawangan dilantik oleh Presiden kelab induk, seperti kelab 4B di waktu itu, umur ahli kelab belia dibataskan kepada 40 tahun ke bawah dan pemimpin Majlis Belia Negeri (MBN) dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri sesebuah negeri. MAYC MENENTANG PENGHARAMAN MBM DAN RANCANGAN PENUBUHAN MBK 30. MAYC telah menentang rancangan kerajaan untuk mengharamkan MBM kerana pada pendapat MAYC keputusan untuk mengadakan demonstrasi itu tidak pernah dibuat dalam mesyuarat MBM dan MBM tidak boleh disalahkan. MAYC juga menentang rancangan Kementerian Belia dan Sukan untuk menubuhkan MBK di bawah struktur barunya. Pada pendapat MAYC kebebasan belia akan terbantut apabila dermawan yang umurnya di atas 40 tahun tidak dibenarkan menjadi ahli MAYC dan semua kegiatan MAYC terpaksa bergantung kepada biaya belas kasih pihak kerajaan; menjadikan semua kelab-kelab gabungan sebagai cawangan kelab induk dan ketuanya dilantik oleh Presiden kelab induk akan membunuh semangat demokrasi dalam pemilihan pemimpin di peringkat kelab, dan pemimpin kelab cawangan hanyalah dari kalangan belia yang jinak dengan pemimpin atasan; lantikan pengerusi MBN oleh Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri pula mengongkong kegiatan politik belia dan membawa risiko pemilihan pengerusi MBN diasaskan kepada orientasi politik MB dan KM yang tidak semestinya dari parti yang dipersetujui oleh ahli-ahli MAYC. Struktur ini hanya menguntungkan Dato' Harun dan Dato' Haji Shuhaimi selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua 4B kerana merekalah yang akan menentukan siapa yang menjadi Pengerusi MBN, iaitu pemimpin 4B yang ditunjuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kepada MB. MAYC KELUAR DARI MBM 31. Oleh kerana Pengarah Belia di waktu itu telah mengetahui MAYC menentang penubuhan MBK sebagai ganti kepada MBM maka pemimpin-pemimpin MAYC telah diberitahu bahawa kerajaan akan mengharamkan MBM dan mengikut Akta Pertubuhan apabila badan induk MBM diharamkan maka semua kelab yang bergabung dengan MBM akan menjadi haram dan tidak sah wujud lagi. Apabila MAYC mengetahui mengenai ancaman ini maka MAYC di dalam mesyuarat agungnya telah memutus untuk keluar dari bergabung dengan MBM sebelum MBM diharamkan. Dengan cara ini maka MAYC tidak haram apabila MBM diharamkan. Yang haram ialah kelab-kelab yang masih bergabung dengan MBM. PERDANA MENTERI TUN ABDUL RAZAK SOKONG PENDIRIAN MAYC
  • 9. 32. Tindakan drastik MAYC kerana keluar dari MBM telah menarik perhatian Tun Abdul Razak, dan beliau telah menjemput saya ke rumahnya pada satu pagi sebelum Tun ke mesyuarat kabinet. Saya telah menjelaskan kepada Allahyarham Tun sebab-sebab MAYC menentang pengharaman MBM kerana MAYC tidak menganggap MBM terlibat dalam demonstrasi kerana MAYC sebagai anggota MBM tidak pernah merestuinya, dan tidak ada keputusan mesyuarat MBM untuk berdemonstrasi. MAYC juga menentang rancangan penubuhan MBK oleh Kementerian Belia dan Sukan kerana MAYC menganggap struktur MBK akan melemahkan semangat demokrasi dan semangat juang belia-belia di masa akan datang. Pemimpin belia di masa akan datang akan terdiri dari mereka yang patuh dan ingin mengekalkan jawatan walaupun bertentangan dengan prinsip. Belia akan hilang keberanian dengan terbantut demokrasi dalam sistem pemilihan pemimpin. Pemimpin belia di masa yang akan datang hanya akan menjadi pengikut Dato' Harun dan Dato' Haji Shuhaimi. MAYC bukan belia sedemikian. 33. Tun Abdul Razak bersetuju dengan pendirian MAYC dan terus membatalkan rancangan penubuhan MBK. MAYC KEMBALI MENJADI ANGGOTA MBM 34. Apabila saya menyerah pimpinan MAYC kepada Dato' Syed Hamid Albar perkara yang pertama yang diputuskan oleh MAYC di bawah pimpinan baru ialah untuk mengembalikan MAYC ke dalam MBM. Bagi saya ini bukanlah sesuatu yang tidak baik kerana MBM itu ialah MBM yang kekal wujud kerana perjuangan MAYC jua. Dato' Syed Hamid, yang belum bergiat di dalam MAYC di waktu peristiwa MAYC keluar dari MBM berlaku, mungkin tidak mengetahui sebab MAYC bertindak demikian dan tidak merasakan kehebatan MAYC mempertahankan nama baik MBM di waktu itu. IDE SIAPAKAH UNTUK MENGHARAMKAN MBM DAN MERANCANGKAN PENUBUHAN MBK? 35.. Entah kenapa, apabila Ketua Pengarah Belia waktu MBM hendak diharamkan, menjadi Timbalan Perdana Menteri, dalam lawatan beliau ke Kedah di mana saya menjadi Menter Besarnya, beliau telah tarik saya ketepi hanya untuk membisik bahawa beliau dan saya adalah sependapat mengenai tentangan saya terhadap pengharaman MBM dan Penubuhan MBK.
  • 10. 36. Malangnya, apabila Ketua Pengarah Belia yang sama menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 5 seorang Menteri yang tidak pernah terlibat dalam kegiatan belia telah melaksanakan program yang hampir sama dengan yang dicadangkan oleh Ketua Pengarah Belia, yang sama,
  • 11. di masa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hendak mengharamkan MBM dan menubuhkan MBK, di zaman Tun Abdul Razak dahulu. 37. Jelas sekali MAYC di zaman Perdana Menteri ke 5 tidak pernah mengeluarkan pendapat untuk mempertahankan pendirian MAYC sebelumnya. Mungkin kerana MAYC Kebangsaan tidak rajin mengadakan mesyuarat agung sebagaimana yang dikehendaki oleh perlembagaannya. Walau bagaimana pun mereka berminat kepada pendapatan yang diperolehi dari harta MAYC walau pun hutangnya tidak diuruskan. MAYC KINI 38. Saya difahamkan, sementara semua kelab belia yang ada di negara ini sudah pun ditubuh semula di bawah struktur baru yang dikehendaki oleh kerajaan pihak MAYC yang saya tinggal sudah tidak bermesyuarat agung sepanjang lebih 5 tahun, dan MAYC baru pun masih menunggu mesyuarat agung penubuhannya. 39. Sementara pergerakan belia kini bergerak dengan lembab jika dibandingkan dengan masa yang lalu, Kementerian Belia dan Sukan pula dibeban dengan berbagai jenis kegiatan sukan seperti Piala Thomas dan Uber (di mana kita gagal mara ke perlawanan akhir) dan Piala Bola Sepak Dunia di Afrika Selatan di mana kita hanya berjaya menghantar seorang pengadil sahaja iaitu saudara Subkidin Mohd Saleh. PENUTUP 40. Jika Barisan Nasional berasa cemas dengan sambutan generasi muda terhadap pemerintahan ianya dapat difahami jika pihak kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada kegiatan pertubuhan-pertubuhan belia. Kegiatan parti pembangkang masakini diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang ramai pernah gigih di dalam pergerakan belia di masa lalu, sedangkan pemimpin muda dalam parti kerajaan masa kini telah tidak terdedah kepada gelombang aktiviti pergerakan belia. 41. Soalannya ialah samada kuda-kuda yang dididik di dalam gelanggang mampu berlumba dengan kuda sarkas di kandang dan seterusnya dengan kuda lumba di padang.. 42. Dalam keadaan negara memerlukan barisan pelapis yang dinamik dan bertanggungjawab, lebih-lebih lagi dengan keadaan persengketaan antara kaum dan di dalam setiap kaum belia perlu didedah, dilatih dipimpin dan diajar memimpin supaya rakyat dapat bersatu dengan pengalaman bersama, penderitaan bersama dan azam untuk bersatu disemarakkan semula. 43. Melalui pertubuhan-pertubuhan belia kerajaan dan masyarakat boleh menggerakkan tenaga muda dalam usaha membasmi kemiskinan, pengangguran, maksiat, gejala sosial,
  • 12. dadah dan sebagainya. Belia dan beliawanis boleh memainkan peranan menyatupadukan rakyat Malaysia. MAYC KEBANGSAAN MENOLAK SEBARANG USAHA YANG MENGELIRUKAN AHLI-AHLI MAYC KENYATAAN AKHBAR (MAYC) MAYC KEBANGSAAN MENOLAK SEBARANG USAHA YANG MENGELIRUKAN AHLI-AHLI MAYC. 1. Pada hari ini, Ahad, 26 September, 2010, satu “Mesyuarat Agung Tahunan MAYC” dikatakan diadakan di suatu Dewan di Wisma Belia MAYC. 2. Ianya , secara kononnya, bersandarkan suatu Notis Mesyuarat Agung yang ditandatangani oleh seorang yang bernama Syed Abdul Rahman (SAR), kononnya, beliau adalah Setiausaha Agung MAYC. 3. SAR memanglah seorang Setiausaha Agung MAYC semenjak dilantik pada tahun 2005, bagaimanapun Perlembagaan MAYC hanya memberikan kuasa kepadanya hanya untuk tempoh dua (2) tahun sahaja. Kami merujuk kepada Fasal 18 Perlembagaan MAYC. 4. Semenjak tahun 2006 hingga 2010, MAYC Kebangsaan tidak pernah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunannya. 5. Pada 31 Julai 2010, satu Mesyuarat Agung Tahunan MAYC telah diadakan dan Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi telah dipilih sebagai Presiden MAYC bagi sessi 2010-2012. Ianya telah mendapat liputan yang luas oleh pihak media sendiri. Dan pemilihanya amat disenangi oleh kepimpinan utama Negara. 6. Meskipun terdapat “bantahan” yang mana prosedur bantahan tersebut amat diragui, satu pertemuan antara JK MAYC Kebangsaan 2010-2012 dengan YB Menteri Belia dan Sukan pada 02 September, 2010 (hari Khamis) berkesudahan dengan ditetapkan satu Panel Penyelesaian Pertikaian (PPP) menurut Seksyen 29(2) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta668). Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Dato’ Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Penasihat Undang-undang KBS. 7. Bagaimanapun tarikh Bicara untuk PPP masih belum ditetapkan oleh pihak ROY. 8. Kami juga difahamkan bahawa “Mesyuarat Agung Tahunan” yang diadakan pada hari ini hanya dipanggil ahli-ahli yang tertentu dan juga turut dihadiri oleh bukan perwakilan MAYC yang sah. 9. Kami juga telah disahkan bahawa tiada jemputan hadir Mesyuarat kepada majoriti ahli MAYC melebihi 200 kelab belia berdaftar. Kepimpinan MAYC Negeri dan MAYC Kawasan secara majoritinya juga turut tidak dipanggil. 10. Apa yang sedang berlaku hari ini ialah suatu manifestasi anti-demokrasi yang cuba ditunjukkan kepada masyarakat khususnya golongan belia. Dan sikap sebegini amat ditentang oleh Perlembagaan Persekutuan. 11. “Mesyuarat Agung Tahunan” yang hanya memanggil “ahli terpilih (selected members)” sudah pasti akan difahami sebagai “ada sesuatu yang ingin diselindungkan” atau mempunyai tujuan-tujuan yang berniat jahat (malafide).
  • 13. 12. Justeru, kami mempunyai tanggungjawab sosial malah ia sebenarnya suatu tanggungjawab legal untuk menolak sebarang usaha yang cuba mengelirukan ahli-ahli MAYC, khususnya para belia di seluruh Negara. Bertarikh 26/09/2010 AZMI BIN ISMAIL, Naib Presiden MAYC Kebangsaan AHMAD ANSOR, Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan Oleh dan bagi pihak MAYC Kebangsaan
  • 14. ESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KEBANGSAAN 2012 1. Prakata Awal 1955-2005 Tertubuhnya suatu badan gabungan kelab-kelab belia di Malaysia yang dinamakan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (PKBM) yang dikenali umum sebagai MAYC. Tegar wujud dan teguhnya organisasi MAYC ialah pada jumlah keahlian dan keaktifan ahli-ahlinya (iaitu kelab-kelab gabungannya). 60 tahun liku perjalanan organisasinya telah melahirkan ribuan pemimpin negara, pemimpin politik, pemimpin masyarakat, pemimpin kebudayaan dan pemimpin organisasi belia yang lain. KBS, Belia 4B, ABIM, GBB, MBF MAYC punya sejarah kuat dalam arus pergerakan belia Malaysia kerana dari gerak getar arus perjuangan belia MAYC dan rancak riak ahli gabungannya maka tercetus dan lahirnya suatu Kementerian baru di dalam Kabinet Malaysia iaitu Kementerian Kebudayan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan - KBS) Di atas premis yang sama juga tercipta lahir wujud dan/atau bantu terbina organisasi belia yang lain iaitu Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia (Belia 4B), Gerakan Belia Bersatu, (juga) merancak pertumbuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), seterusnya menjadi sebab (tertubuhnya) Majlis Belia Felda. MBM, MBN, MBD MAYC (kerana ianya sebuah badan gabungan kelab-kelab belia), ianya menjadi pemangkin penubuhan Majlis Belia Negeri di setiap negeri dan Majlis Belia Daerah/Kawasan (kerana keaktifan kelab- kelab belia gabungan MAYC).
  • 15. Ku Iskandar mengumumkan sedang menantikan maklum balas pihak Mustafa berkenaan kompromi Walaupun ketika itu MAYC keluar sebagai badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), MAYC terus menjamin MBM kekal sebagai Badan Belia Bukan Kerajaan (NGYO) dan terselamatnya MBM menjadi organisasi separuh Kerajaan (partly GO) seperti Majlis Kebudayaan, Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan.